BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum mengadakam majlis tahlil dan bacaan yassin? Adakah satu amalan dalam islam atau hanya dalam amalan melayu


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, mengadakan majlis tahlil dan bacaan yaasin adalah harus. Ia merupakan amalan yang telah diterima dan menjadi amalan oleh ulama’ muktabar sejak dahulu, dan tidak boleh sama sekali dihukumkan sebagai bid’ah. Perkara ini termasuk dalam perkara khilafiah yang telah difatwakan. Rujukan fatwa : http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/361-fatwa-menangani-persoalan-bid-ah-dalam-masalah-ikhtilaf-khilaf-perkara-furu والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 72

message user image