Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bolehkah simpan robot mekanikal Gundam sebagai koleksi?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, patung/robot di dalam rumah menjadi sebab malaikat tidak masuk rumah. Hadis tersebut yang diriwayatkan daripada Abu Talhah al-Ansari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ، وَلَا تَمَاثِيلُ Maksudnya : “Para malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan patung-patung” (Riwayat Muslim) Jadi, pada dasarnya memiliki patung untuk anak perempuan dan robot yang menjadi koleksi anak lelaki adalah diharuskan, selagi mana tidak mengagung-agungkan koleksi robot tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.