BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah batal puasa jika buat pap smear bagi wanita yang sedang berpuasa? Terima kasih tuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, wanita yang menjalani ujian pap smear boleh menyebabkan puasanya batal. Ini kerana ia termasuk dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa iaitu memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj, termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginascope) atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 1261

message user image