BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya adalah pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan cuci darah ( dialisis ). Apa perlu saya lakukan pada masa bulan Ramadhan. Terus berpuasa atau tidak berpuasa pada hari2 cuci darah. Dan apa perlu saya lakukan, jika tidak berpuasa ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berdasarkan kepada Garis Panduan Bagi Pesakit yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (telah disahkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) memutuskan bahawa, rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang sama ada hemodilisis atau peritonealdialisis adalah termasuk rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa. Puan boleh berpuasa semasa rawatan dialisis dilakukan. Adapun, jika tidak berupaya untuk berpuasa pada hari menjalani dialisis, maka harus untuk tidak berpuasa sebab sakit. Tetapi hendaklah diqada’ pada hari lain yang tidak menjalani dialisis. Firman Allah SWT: Maksudnya ; (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain” (al-Baqarah : 184) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 107

message user image