BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammua'laikum, Pernahkah mana-mana sahabiyah (wanita di kalangan para sahabat Rhm) atau mana-mana wanita solehah beriktikaf di dalam masjid? Seperti di lakukan oleh muslimin di dalam bulan Ramadhan. Atau adakah lebih baik para muslimat beribadah di dalam rumah-rumah mereka? Terima kasih di atas pencerahan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, beriktikaf di masjid pernah dilakukan oleh para muslimah. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, katanya : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ وَإِذَا صَلَّى الْغَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِى اعْتَكَفَ فِيهِ قَالَ فَاسْتَأْذَنَتْهُ عَائِشَةُ فَأَذِنَ لَهَا Maksudnya : “Rasulullah SAW biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesai Solat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf baginda. Dia (Yahya bin Sa’id) berkata: Kemudian ‘Aisyah radiallahu ‘anha meminta izin untuk beri’tikaf, maka baginda mengizinkannya.” (Riwayat al-Bukhari) Dalam hadith yang lain, ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: أَنَّ النَّبِىَّ ﷺ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ Maksudnya : “Nabi SAW beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .” (Riwayat al-Bukhari) Adapun, wanita yang ingin beriktikaf di masjid-masjid, mestilah mendapat keizinan daripada suami mereka, terhindar daripada fitnah dan tidak melakukan perkara yang menyalahi syarak seperti berhias-hias dan seumpamanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 130

message user image