BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Aslmkm. Saya nak tanya satu soalan. Saya bukan nak berpropaganda. Cuma ingin tahu kebenaran sahaja... Harap dapat menjawabnya... Adakah 'mahdi' yg disabda oleh Rasulullah adalah Mahathir Mohamad? Dan 'bapanya' adalah Sultan Abdullah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, ciri-ciri Imam Mahdi yang sebenar telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa potong hadis berkaitan peristiwa akhir zaman dan kedatangan Imam Mahdi juga merupakan satu daripada tanda - tanda akhir zaman sebelum berlakunya hari kiamat. Hadis riwayat Abdullah Ibnu Mas’ud RA, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: لَو لَمْ يبقَ من الدنيا إلا يومٌ واحد لَطَوَّل اللُهُ ذلك اليومَ حتى يبعثَ اللهُ فيه رجلاً منيِّ أو من أهل بيتي يواطىء اسمُه اسمي واسمُ أبيه اسمَ أبي، وهو ابن خليفة يملأ الارضُ قِسطاً وعدلاً كما مَلئت ظلماً وجُوراً. Maksudnya ; “Sekiranya tidak berbaki dunia ini melainkan tinggal sehari sahaja, pasti Allah memanjangkan hari itu sehingga Ia mengutus seorang lelaki dari keturunanku atau dari ahli keluargaku yang namanya sama seperti namaku dan nama bapanya sama seperti nama bapaku. Dia anak khalifah yang membuat bumi penuh dengan keadilan sebagaimana halnya dipenuhi dengan kezaliman dan aniaya”. (Riwayat at-Tirmizi) Lelaki yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis ini adalah Imam Mahdi. Beliau adalah seorang yang berbangsa Arab dari keturunan Rasulullah SAW dan nama beliau sama seperti nama Rasulullah iaitu Muhammad bin Abdullah. Penjelasan ini sekaligus menolak sangkaan golongan Syiah yang mempercayai bahawa Imam Mahdi adalah Muhammad bin Hassan al-Askari. Penjelasan Rasulullah SAW ini juga turut menolak sangkaan-sangkaan lain yang menisbahkan tokoh atau individu tertentu yang tiada ciri-ciri tersebut dengan Imam Mahdi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 175

message user image