Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah batal puasa krna Adakah batal puasa krna gusi kerap brdarah tk
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, tidaklah membatalkan puasa jika gusi kerap berdarah. Tetapi, jika ditelan ia akan membatalkan puasa. Oleh itu hendaklah berkumur-kumur bagi membersihkan gusi daripada darah tersebut, serta mengelakkan daripada tertelan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.