Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum...ustaz. Saya ingin bertanya, tentang hukum seorang suami menghalang isteri daripada membantu ibu bapanya(isteri) dan mengharapkan adik beradik isteri yang lain membantu mereka(ibu bapa isteri) tanpa sebab? Perlukah isteri menuruti suaminya?Jika isteri ingkar, adakah isteri berdosa besar?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, seorang isteri wajib patuh kepada kehendak suami, kecuali dalam perkara yang bercanggah dengan syarak. Oleh itu mengingkarinya adalah berdosa. Ini kerana keutamaan ke atas seorang anak perempuan akan beralih daripada bapanya kepada suaminya. Walau bagaimanapun, sebaiknya bawalah berbincang mencari jalan penyelesaian agar keharmonian rumah tangga dan hubungan baik keluarga yang lebih besar dengan ibu bapa mertua dapat terus terjalin. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.