Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bolehkah orang Islam yang sedang berpuasa membancuh minuman untuk orang bukan Islam atas dasar jualan ? Adakah perbuatan tersebut dianggap berdosa ?
Jawapan
Menjual makanan atau sarapan pagi kepada yang bukan Islam pada bulan ramadhan adalah dibolehkan dan harus hukumnya. Hukum jual beli tersebut juga sah apabila memenuhi syarat dan rukun jual beli. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.