BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Pertanyaan saya adalah: 1-Ada sebatang pokok dihalaman rumah jiran yang mana dahan dan daun pokok tersebut masuk kehalaman rumah saya.Jadi apa hak saya bagi dahan dan daun kering yang jatuh dihalaman saya,Siapa yang bertanggungjawab keatas kerja-kerja membersihkan daun kering dari pokok tersebut. Sekian.Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak menyakiti jiran merupakan sebahagian bukti keimanan kepada Allah SWT. Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” (Riwayat Muslim) Membiarkan dahan pokok dan daun-daun kering boleh mengganggu dan menyakiti jirannya. Maka ia bertanggungjawab untuk mengelakkan gangguan itu supaya tidak berterusan. Oleh itu, jiran yang terganggu dibolehkan memotong dahan pokok yang menjalar ke kawasannya, tanpa dikenakan ganti. Bagaimanapun, Islam menggalakkan kita untuk berbaik-baik dengan jiran. Bawalah berbincang kerana jiranlah orang yang paling dekat untuk mendapatkan bantuan jika ada sesuatu musibah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 97

message user image