Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum Ustaz Saya ingin bertanya satu soalan. Di pejabat saya ada menyediakan mesin penapis air cuccko untuk diminum. Apakah hukum jika saya mengisi air dalam botol dan membawa balik kerumah untuk diminum oleh anak dan isteri saya?Sekiranya tidak boleh,bagaimana saya ingin membayar balik air yg diambil itu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, jika air yang diambik adalah sekadarnya tidak mengapa, namun jika kadarnya lebih 5 liter adalah melebihi kebiasaan. Jika ingin dibawa pulang ke rumah, mestilah meminta kebenaran dan berbincang dengan pihak yang menguruskan mesin air tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.