BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukumnya seorang suami yang mempunyai hubungan dengan perempuan lain? Boleh kah saya dakwa perempuan tersebut kerana mengganggu rumahtangga saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, seorang suami yang telah berumahtangga dan dalam masa yang sama dia mempunyai hubungan dengan perempuan lain yang bukan mahramnya, hukumnya adalah berdosa, kerana ia boleh membawa dan mendorong kepada maksiat dan fitnah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”. (al-Israa' : 32) Puan boleh membuat dakwaan ke atas perempuan atau orang ketiga yang mengganggu rumahtangga puan. Justeru, aduan tersebut hendaklah dikemukakan terus ke Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 148

message user image