BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Status penceraian sebab di paksa atau didesak hingga x ada masa untuk bincang bertanya..atau disihir..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, status perceraian yang dipaksa atau didesak oleh seseorang sehingga boleh mengancam atau membahayakan nyawanya adalah tidak sah. لَا طَلَاقَ وَلَا عَتَاقَ فِي إِغْلَاقٍ Maksudnya: “Tidak berlaku talak dan pembebasan hamba yang dilakukan dalam keadaan Ighlaq (paksaan)” (Riwayat Abu Daud) Telah berkata Sheikh Khatib al-Syarbini di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj yang bermaksud: “Syarat paksaan adalah kemampuan pemaksa dalam melaksanakan ancamannya dengan kuasanya dan lemah orang yang dipaksa untuk melawannya dengan melarikan diri dan sebagainya, dan kuat sangkaannya jika ditolak akan kemahuannya, menyebabkan akan diseksa, dipukul dengan kuat atau ditahan atau dimusnahkan harta benda dan perkara-perkara yang setara dengannya”. Adapun, perkara berkaitan perceraian sedemikian akan dibicara dan disahkan statusnya oleh Hakim Syarie. Justeru, pasangan suami isteri tersebut hendaklah mengemukakan terus perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk proses selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 134

message user image