BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Sekiranya hidung kerap berair dan bila solat susah nak lap kat kain telekung sbb nnt kotor.Apabila dibiar,air hidung masuk dlm mulut ketika solat dan tertelan.adakah solat dan puasa batal?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, sekiranya semasa solat air hidung masuk ke dalam mulut dan tertelan, maka batallah solat dan puasanya. Wajib qada’ puasa dan perbaharui solat tersebut. Tetapi, jika dilap pada kain telekung, tidaklah menyebabkan batalnya wuduk dan solat, kerana ia bukan najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 128

message user image