BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam..saya terdengar di youtube dari seorang ustaz yang mengatakan laknat bagi orang yang sering baca Al-Quran yang salah walau satu huruf..perkara ini buatkan saya takut baca Al-Quran lagi dan timbul was2..saya sudah benti menbaca Al-Quran..takut kena laknat..apa patut saya lakukan??perkara ini buatkan saya lemah semangat..rasa takut Al-Quran benci dan laknat saya kalu2 saya ada tersalah..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, membaca al-Quran adalah suatu amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut untuk membacanya dengan bacaan yang betul. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili radhiallahu ‘anhu, katanya, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِه Maksudnya : “Bacalah oleh kalian al-Qur`an. Kerana ia (al-Qur`an) akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang yang rajin membacanya.” (Riwayat Muslim) Teruskanlah usaha saudari membaca al-Quran dan pada masa yang sama, sentiasa berusaha mempelajari bacaan al-Quran mengikut hukum bacaan yang betul. Adalah disarankan supaya saudari tidak lemah semangat atau berputus asa untuk terus membaca al-Quran hanya disebabkan bimbang salah dalam bacaan tersebut. Justeru carilah guru-guru yang berkemahiran untuk mempelajari dan membaiki bacaan al-Quran. Mudah-mudahan saudari dapat membacanya mengikut bacaan dan hukum tajwid yang betul. Dari Ummul Mu’minin ‘Aisyah radhiallahu‘anha berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda : الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أجْرَانِ Maksudnya : “Yang membaca Al-Qur`an dan dia mahir membacanya, dia bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan yang membaca Al-Qur`an namun dia tidak tepat dalam membacanya dan mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala.” (Riwayat Al-Bukhari) Maksud dalam ceramah dilaknat, adalah sebagai peringatan jika enggan belajar sehingga terus menerus beramal dengan yang salah. Tetapi jika mengambil langkah untuk belajar, kesalahannya akan dimaafkan, sebaliknya ditambah kebajikannya kerana menuntut ilmu yang difardhukan kepada setiap muslim. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 143

message user image