Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum... Saya ingin bertanya pasal nazar... Apabila seseorang itu bernazar untuk mandi wajib tidak lebih dari sejam... Tetapi apabila siap mandi dia dapati dia telah mandi wajib sejam setengah... Apakah status mandi wajib itu... Sah atau wajib mandi semula??...tq mohon pencerahan
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, nazar tersebut tidak sah, kerana syarat sah nazar mestilah perkara yang dinazarkan itu dalam kategori perkara-perkara sunat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.