BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: anak sedang menduduki peperiksaan , kedua ibu dan bapa meminta saya balek kampong kerana mereka uzur , apa perlu saya buat ...kalau saya tak balek ...apakah saya berdosa


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, menyantuni ibu dan bapa adalah kewajipan bagi setiap anak. Firman Alllah SWT : وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا Maksudnya : “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (al-Israa' : 24) Tidaklah berdosa jika puan tidak balik ke kampung ketika anak sedang menduduki peperiksaan, kerana puan boleh berbuat demikian setelah peperiksaaan tersebut selesai. Maklumkan kepada ibu bapa agar mereka memahami. Berbincang dengan adik-beradik lain yang berkelapangan untuk membantu mereka. Puan juga perlulah meminta izin suami, jika diizinkan dan suami pula boleh memantau anak, maka puan boleh pulang ke kampung. Situasi seperti ini boleh dibawa berbincang secara berhikmah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 74

message user image