BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah perkara yg harus diutamakan antara membayar hutang atau bersedekah bagi orang yg berhutang bbanyak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, membayar hutang dan sedekah adalah dua perkara yang berbeza. Membayar hutang hukumnya wajib, manakala sedekah hukumnya adalah sunat. Membayar hutang wajib untuk dilunaskan, bahkan membawa gambaran kesempurnaan amalan. Ibadah tidak akan lengkap jika masih terdapat hutang yang tidak dilunaskan sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abdillah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda: يُغْفَرُ للشهيد كل ذنب إلا الدَّين Maksudnya : “Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang” (Riwayat Muslim) Oleh itu, perkara yang paling utama adalah membayar hutang berbanding bersedekah. Namun, jika boleh membayar hutang yang banyak itu secara konsisten setiap bulan, maka disunatkan bersedekah jika ada lebihan wang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 167

message user image