BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Begini soalannya ustaz, mungkin soalan ini agak lucu, tapi penting untuk menambah pengetahuan saya berkaitan soal rumahtangga. Saya mempunyai masalah dalam kawalan diri dari mengucapkan kata-kata talak ataupun cerai. Ada satu hari tu saya diganggu dengan bisikan-bisikan talak ataupun cerai. Bisikan tu seolah olah membuatkan saya ingin membuka mulut untuk melafazkan kata talak atau cerai. Mungkin perkara ini agak pelik bagi ustaz. Tapi saya tak lah sampai buka mulut untuk mengucapkan kata talak atau cerai, cuma apa yang saya dengar dari mulut saya yang tak membuka mulut adalah bunyi "eekk ekkk." seolah-olah ingin menyebut perkataan talak, tapi disebabkn saya cuba menahan dari membuka mulut maka berbunyilah perkataan seperti itu. Adakah perkara ini boleh menyebabkan jatuh talak pada isteri saya. Tapi dalam masa yang sama saya takut dan was-was kalau saya ada niat talak pada waktu tu. Saya risau bila memikirkan tentang perkara ini. Bagaimana status perkahwinan saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, selagi belum menyebut lafaz cerai tersebut, maka talak masih belum jatuh. Walaubagaimanapun saudara boleh merujuk kepada bahagian undang-undang keluarga jabatan agama islam atau mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 333

message user image