BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah, Bolehkah dan apakah hukum seseorang itu makan/minum (sahur) ketika azan subuh di bulan Ramadhan, kerana telah terlewat bangun. Lalu meneruskan puasa Ramadhan seperti biasa. Dia terjaga ketika sedang azan Subuh. Mohon pencerahan .


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hukum makan dan minum (sahur) ketika azan subuh di bulan Ramadhan adalah batal puasanya, kerana sudah terbit fajar. Wajib qada’. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 102

message user image