BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin membolehkan ibu saya untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun hadapan. Tetapi simpanan masih lagi belum mencukupi. Sekiranya saya menggunakan Dividen tahunan ASB yang diperoleh setiap tahun adakah dibolehkan? Apakah hukumnya menggunakan duit dividen ASB untuk membawa ibu menunaikan Haji? Mohon penjelasan daripada Ustaz/Ustazah. Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H memutuskan bahawa: Hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus kerana peratusan pelaburan dalam syarikat patuh syarak telah melepasi 66% mengikut piawaian Suruhanjaya Sekuriti. Pengharusan ini ertinya الحكم يدور مع علته وجودا وعدما iaitu fiqhiyyah kaedah berdasarkan “Hukum Berubah Menurut Perubahan ‘Illah (sebab).” Sehubungan itu, hasil pelaburan yang bermula dari tahun 2017 sehingga kini adalah harus dan boleh digunakan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 79

message user image