BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam ustaz, saya mahu penerangan mengenai pembayaran fidyah, kerana saya terlepas puasa sehari kerana terkeluar air mani, bolehkah saya membeli sekampit beras untuk diberikan kepada orang miskin?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, oleh kerana keluar mani dengan sengaja membatalkan puasa, maka puasa yang terlepas itu, wajib diqada’ sebaik sahaja tamat bulan Ramadhan kali ini. Tempoh qada’ adalah sehingga sebelum bertemunya bulan Ramadhan akan datang. Tidak perlu bayar fidyah. Sekampit beras yang diberikan kepada orang miskin tidak boleh menggantikan puasa yang telah ditinggalkan. Ia tetap wajib diqada’.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 79

message user image