BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum tindik telinga lebih daripada satu bagi wanita? Adakah wanita yang sudah menindik telinga lebih dari satu dibenarkan untuk memakai anting-anting pada lubang tindik 2 atau 3?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, menindik telinga adalah diharuskan bagi golongan wanita. Adapun, perhiasannya itu boleh hanya dilihat oleh suami dan mahramnya sahaja kerana ia adalah aurat. Namun, menindik telinga lebih dari satu lubang adalah menyerupai golongan kafir dan ia dilarang. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : من تشبه بقوم فهو منهم Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka” (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 2673

message user image