BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: adakah jatuh talak dengan hanya menyebut perkataan "cerai" sepasang suami isteri sering bertengkar walaupun hanya pada perkara dan hal yang remeh. sehinggalah pada suatu hari hati kecil suami berbisik menanyakan "ngko nak ceraikan isteri ngko ke tak ? dalam tak sedar mulut suami melafazkan perkataan "cerai". adakah jatuh talak dalam situasi ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perkataan cerai hanya terlintas di dalam hati tidak menjatuhkan talak. Jika hanya perkataan ‘cerai’ tidak membawa maksud yang jelas untuk menyebabkan jatuhnya talak ke atas isteri. Walaubagaimanapun saudara boleh merujuk kepada bahagian undang-undang keluarga jabatan agama islam atau mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 92

message user image