BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya mohon penjelasan... Sekiranya seorang wanita mempunyai seorang anak luar nikah...kemudiannya bernikah dengan lelaki lain yang mengetahui sejarah hidup wanita tersebut. Namun dalam tempoh perkahwinan, mereka belum dikurniakan zuriat. Si suami pula seperti tidak ikhlas sepenuh hati untuk menerima 'si anak' dan sering menginginkan kehidupan seperti pengantin yang baru berkahwin. Contohnya ingin pulang ke kampung hanya berdua bersama isteri dan tanpa anak, keluar bersiar-siar berdua-duaan..keadaan ini sering menimbulkan pergaduhan diantara suami dan isteri. Apakah hukum si isteri jika dia lebih pentingkan anak dari suami?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, ibarat pepatah “Ditelan mati emak, dibuang mati ayah”, situasi tersebut bagi wanita yang baru kahwin dan tanggungjawab menjaga anak yang masih kecil memang sama-sama penting. Mungkin untuk sementara waktu. Penuhi kehendak suami dengan meminta bantuan keluarga atau pusat jagaan menjaga anak. Dalam masa yang sama, bincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan keluarga dimasa depan berteraskan agama. Pasangan suami isteri bukan sekadar perkongsian keseronokan semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah perkongsian tanggungjawab. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 177

message user image