Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalam setelah hampir 3 tahun sy bkahwin, suami sy mberitahu pnah bkahwin kali kedua dengan seorg wanita di Thailand..pkahwinan mereka tidak didaftarkan di Malaysia.. yg mnjd kemusykilan sy,waktu kami nk bkahwin dia menyatakan dia duda ...surat cerai pn mggunakan pceraian pertama dgn bekas isteri nya yg pertama... Adakah pkahwinan kami tganggu sis?Sy dh beritahu pd suami..suami bkata nk ceraikan pompuan tu mcm mna? Sdgkn pkahwinan x diiktiraf.. pkahwinan blaku 20 tahun yg lalu & mereka dikurniakan anak ...surat nikah pn beli.. kata suami ...sy musykil sis.. nafkah anak-anak dgn wanita itu pn suami x bagi..sy dh cuba nasihat suami tetapi suami berkata ini urusan dia...adakah sy bsubahat dlm dosa suami sy ini? Lgpn sy tak sanggup bermadu...mohon pencerahan ..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, 1. Isu pernikahan puan dan suami puan yang menggunakan surat cerai dengan isterinya yang pertama, sekiranya pernikahan tersebut cukup rukun-rukun dan syarat-syarat nikah, maka nikah puan adalah sah. Adapun tindakan suami mengaku duda dan menggunakan surat cerai isteri yang pertama sedangkan dia pernah bernikah di Thailand, ia merupakan satu kesalahan dari sudut enakmen undang-undang keluarga Islam, ia termasuk dalam berdusta/ menipu. Hukumnya berdosa. Dari sudut hukum syarak, sekiranya sempurna rukun dan syarat nikah, maka nikahnya adalah sah pada hukum syarak. 2. Dalam isu pernikahan luar Negara suami puan, pihak kami mencadangkan agar suami puan mendaftarkan pernikahan tersebut ke mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat tinggal puan dan suami. Ini bagi memastikan pernikahan tersebut dapat ditentukan samada ianya sah atau tidak dari sudut hukum syarak. Walaupun mungkin pernikahan itu sudah lama berlaku dan tiada dokumen sokongan, ianya tetap perlu didaftarkan ke Mahkamah Syariah. 3. Dari sudut pelaksanaan nafkah dan tanggungjawab suami puan, kepada puan dan isterinya (hasil pernikahan di Thailand), tindakan puan menasihatkan suami puan adalah merupakan tindakan yang baik, namun bagi memastikan suami lebih bersungguh-sungguh dan amanah dalam pelaksanaan tanggungjawab tersebut, adalah baik sekiranya puan dan suami hadir ke mana-mana Pejabat Agama Islam yang berhampiran bagi menjalani sesi rundingcara keluarga agar puan dan suami dapat memperolehi pandangan dari pihak yang berautoriti dalam hal ehwal kekeluargaan Islam dan puan dan suami boleh mengambil tindakan yang wajar bagi menyelesaikan permasalahan ini. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.