BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Sy bekerja sebagai guru tadika di tadika cina. Kadang kala ada kanak-kanak lelaki (4 thn) membuang air besar di dalam seluar dan saya terpaksa membasuh najis mereka. Apakah hukum dan cara menyucikan najis kanak-kanak bukan islam. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bagi kanak-kanak bukan Islam, cara menyucikan najisnya adalah sama dengan kanak-kanak muslim. Iaitu najis mutawassitah (pertengahan). Cara menyucikannya hendaklah dihilangkan ‘ain najis tersebut sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa). Kemudian dicuci menggunakan air. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 74

message user image