BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, saya ingin bertanya berkenaan makanan kucing. Saya telah membeli makanan kucing yang telah disyorkan oleh doktor haiwan Muslim untuk diberikan kepada kucing sakit. Seterusnya saya telah menyuap makanan tersebut kepada kucing saya menggunakan syringe. Setelah itu, saya telah diberitahu oleh rakan bahawa makanan kucing yang saya berikan itu mempunyai campuran hati khinzir. Adakah saya perlu sertu tangan dan lantai saya yang telah dikotori bahan makanan tersebut semasa saya menyuapnya kepada kucing saya? Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, jika benar terdapat bahan daripada sumber haiwan yang haram dalam makanan kucing tersebut, maka perkakas yang terkena makanan itu, perlu dicuci dengan sabun bercampur tanah yang berada di pasaran. Seandainya makanan tersebut tidak juga dapat dipastikan kandungannya, maka ia perlu dibersihkan/dibasuh seperti biasa sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 206

message user image