BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum tuan, Saya ada satu kemusykilan berkaitan dengan isu-isu dalam bab perkahwinan. Saya agak keliru dengan permasalahan talak. Senarionya adalah seperti berikut. Saya berada dalam keadaan marah kerana baru bertengkar dengan isteri, lalu saya keluar dari rumah kerana bimbang akan berlaku perkara-perkara yang akan memudaratkan kerukunan rumahtangga kami. Persoalannya, kerana berasa sakit hati yang teramat sangat, semasa memandu kereta, saya ada terbayangkan seolah-olah saya berasa puas hati sekiranya dapat menceraikan isteri saya. Lalu saya bercakap seorang diri seolah-olah bercakap dengan isteri saya “ aku ceraikan kau”….padahal itu semua hanyalah bayangan sahaja dan jauh sekali hendak betul-betul menceraikan isteri saya kerana saya sangat sayang kepada beliau dan anak-anak. Pada masa saya mengungkapkan lafaz tersebut, tidak ada sesiapa pun di dalam kereta dan saya tidak mempunyai niat yang jelas untuk menceraikan isteri saya .. Sebaliknya apa yang berlaku pada masa itu hanyalah perasaan marah sahaja yang memenuhi benak hati saya. Pada masa itu juga saya berpendapat talak hanya jatuh sekirnya saya menyebut dengan jelas di hadapan isteri saya Apabila sudah sejuk, saya kembali semula ke pangkuan isteri saya dan menjalani kehidupan seperti pasangan suami-isteri yang lain. Sekian mohon pencerahan ustaz


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perkara yang terlintas di fikiran tidak menyebabkan talak itu jatuh. Walaubagaimanapun, untuk penerangan lebih lanjut, saudara boleh merujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga Pejabat Agama Islam atau di Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 180

message user image