BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya Muhammad Firdaus ingin bertanya tentang pembekuan sperma di hospital, kerana saya menghidap kanser testikal (buah zakar) dan perlu menjalani rawatan chemotherapy yang akan mematikan semua sel kanser dan sel hidup termasuk tidak boleh memberi zuriat selepas menjalani rawatan chemotherapy. Saya masih bujang belum berkahwin, jadi bolehkah saya simpan bekukan sperma di hospital sebelum menjalani rawatan chemotherapy? Apakah hukumnya ustaz? Jika selepas rawatan, saya ingin berkahwin dan mendapat cahaya mata. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Pihak kami mendoakan semoga saudara segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat, bahawa : 1. Hukum mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum akad nikah dan kemudiannya dibuat pencantuman dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah haram. 2. Hukum mencantumkan benih yang diambil dan dicantumkan dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah harus. Hukum bagi proses pencantuman benih adalah harus selagi mana ia tidak menyalahi syarak dan benih sperma tersebut hanya dimasukkan ke dalam rahim isterinya yang sah sahaja demi menjaga hubungan nasab agar tiada pencampuran nasab. Oleh kerana saudara belum berkahwin, maka no. 1 adalah terpakai. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 111

message user image