BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum ustaz, sy ada satu soalan, sy adalah isteri kedua, sy ada trbaca msj suami, isteri pertama sll bertnya pada suami, 'betina' masih wujudkah? Madu sy memanggil sy dgn panggilan betina. Suami sy sering menafikan, yg 'betina' wujud. Madu sy beranggapan yg mmg suami dh ceraikan sy. To bg suami pulak lain.suami maksudkan 'betina' itu bkn sy. Adakah talak jatuh jika suami menafikan dn memberitahu kpda madu sy yg 'betina' dh xwujud.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, berdasarkan penceritaan saudari tiada satu pun perkataan cerai telah dilafazkan oleh suami, manakala pada lafaz “betina dah tak wujud” merupakan lafaz kinayah yang perlu kepada niat suami, jika suami berniat cerai barulah talak itu berlaku, namun jika sebaliknya maka talak tidak jatuh. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 88

message user image