Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum....saya akan berpindah masuk kerumah sewa baru pada bulan hadapan untuk makluman rumah ini adalah fully furnishef..utk makluman rumah ini pernah diduki oleh keluarga bukan ISLAM berbangsa cina...soalan saya...adakah perlu saya samak/sertu barangan peninggalan mereka seperti singki...peti sejuk...jika saya ingin gunakan benda tersebut...sekian terima kasih..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, Islam tidak memaksa melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya. Walau bagaimana ia tidak bererti mempermudah-mudahkan. saudara tidak perlu sertu jika tidak dilihat dengan jelas kenampakan kesan najis mughallazah tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.