BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum,ape hukumnya jika sy ingin bertanggungjawab trhadap wanita itu..tpi dihalang keluarganya...kerana kami sudah trlanjur...dan keluarganya sudah janji untuk nikahkan kami terus,tetapi di mungkiri janji dan suruh saya tnggu untk 3tahun lgi


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, pertamanya saudara mestilah bertaubat dengan taubat nasuha di atas kesalahan masa lalu tersebut. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Ali'Imran :135) Tiada masalah jika saudara ingin bertanggungjawab untuk menikahi wanita tersebut. Sebaiknya diadakan perbincangan dengan hikmah diantara kedua belah keluarga. Jika pihak perempuan memberikan tempoh 3 tahun lagi, maka, dalam tempoh itu saudara boleh membuat persediaan sebelum mendirikan rumahtangga. Namun, lebih baik lakukan khitbah sebagai tanda dan janji ingin mengahwininya agar tiada orang lain yang masuk meminang dan mengahwininya. Hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA katanya, Nabi SAW bersabda لا يَخْطُبْ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ حَتَّى يَتْرُكَ الْخَاطِبُ قَبْلَهُ ، أَوْ يَأْذَنَ لَهُ الْخَاطِبُ Maksudnya : “Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sehingga perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkannya” (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 148

message user image