Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum... Saya ingin bertanya, ketika berpuasa ada serpihan kecil makanan / gigi saya patah (saya pun tak pasti yg mana satu).. saya buang sisa tuu dri mulut dn saya berpendapat air liur saya dh bercmpur dgn benda lain.. tpi saya melengah2 kan masa utk membuang air liur tuu dn menyebabkan saya tertelan sedikit air liur tuu.. jadi persoalannya batal kah puasa saya ituu???
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, jika terdapat sisa makanan yang jumlahnya banyak, lalu menelannya secara sengaja dalam keadaan berpuasa, bukan memuntahkannya, puasanya terbatal. Jika sedikit dan tidak dapat membezakan samaada sisa makanan atau hanya air liur, maka puasanya tidak batal. Maka sebaiknya, setelah sahur kita membersihkan mulut dengan berus gigi atau bersugi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.