BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya,apa hukum nya ada gambar ulama (makhluk)di hadapan org solat didalam masjid


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, adalah dilarang meletakkan sebarang gambar di suatu tempat solat kerana boleh mengganggu. Perbuatan tersebut adalah menyalahi syarak dan mengganggu kekhusyukan semasa solat. Hadith yang diriwayatkan daripada Anas r.a ia berkata: “Tirai Aisyah r.a menutupi seluruh rumahnya”, lalu Nabi S.A.W bersabda: أميطى عنا قرامك هذا فإنه لا تزال تصاويره تعرض في صلاتي Maksudnya: “Hilangkanlah dari padaku tiraimu ini, kerana gambar-gambarnya itu menimpaku (mengganggu) terhadap solatku”. (Riwayat al-Bukhari) Berdasarkan kepada dalil tersebut, sebagaimana keadaanya di rumah, sudah tentu di masjid juga sama jika terdapat gambar-gambar di dalamnya, lebih-lebih lagi di hadapan orang yang sedang solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 168

message user image