BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, saya telah menghalau suami saya 3 bulan lepas kerana dia tidak memberi nafkah dn kemudian ada memanggil dia pulang atas rasa sayang tapi dia enggan pulang, jadi sy meminta untuk dilepaskan dia enggan boleh kah saya menuntut cerai takliq dan bagaimana proses nyer dan kalau saya berdiam apa pula hukum bagi suami saya kerana dia tidak memberi nafkah langsung.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, seorang isteri tidak sepatutnya menghalau suaminya dan berdosa hukumnya kerana tidak menghormati suami. Sebagai isteri wajib patuh dan taat kepada suaminya selagi mana ketaatan suami tidak bertentangan dengan hukum syarak. Sekalipun suami tidak memberikan nafkah, sepatutnya puan berbincang terlebih dahulu dengan suami dan menasihatinya. Jika suami masih berterusan tidak memberi nafkah, puan boleh membuat permohonan tuntutan nafkah ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal puan. Bermakna, pihak Mahkamah boleh memerintahkan suami agar menjalankan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri. Isteri patut berhati-hati kerana, tindakan menghalau suami boleh disabitkan sebagai nusyuz (derhaka). Bagi isteri yang derhaka, hilanglah kelayakannya untuk mendapat nafkah dari suami, sehinggalah isteri tersebut bertaubat. Adapun, jika puan telah membuat keputusan untuk memohon tuntutan perceraian secara taklik, hendaklah terus berurusan di Mahkamah Syariah. Mereka akan menerangkan beberapa prosedur yang ditetapkan dan dokumen yang perlu dikemukakan terhadap permohonan puan. Jika puan masih ingin meneruskan perkahwinan bersama suami, sebaiknya masing-masing bermuhasabah dan perbaiki hubungan suami isteri dan kembali kepada ajaran Islam dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Semoga beroleh keberkatan. Selagi mana perkahwinan ini boleh diselamatkan, pertahankanlah. Namun jika sebaliknya, hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik di Mahkamah Syariah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 239

message user image