BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya nak penjelasan solat yg sesuai bagi org yg obesiti bmi >40 dan umur dalam 30 tahun? Masalah yg dihadapi adalah tidak bole sujud kerana sakit di kepala lutut. Duduk diantara 2 sujud dan tahiyat tidak boleh tgakkan kaki dan cepat kebas. Tq. Bole sertakan video sekali. Untk pgetahuan individu ini tiada sebarang penyakit. Cuma masalah obesiti


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, kemudahan (rukhsah) dalam solat adalah diberikan kepada orang yang sakit. Mereka wajib melakukan solat mengikut kemampuan masing-masing. Sekiranya tidak mampu berdiri, bolehlah solat duduk. Bagi pelaksanaan solat secara duduk adalah seperti berikut: i. Duduk menghadap kiblat mengikut keselesaan pesakit. Sebaik-baiknya, solat duduk ialah duduk tahiyat awal (iftirasy). ii. Ketika ruku’, hendaklah menundukkan kepala sehingga sampai paras lutut. Sekiranya tidak mampu, hendaklah tunduk yang dapat membezakan dengan perbuatan sujud. iii. Ketika iktidal, hendaklah diangkatkan kepala semula sambil mengangkat tangan seperti takbiratul ihram, kemudian luruskan kedua-dua tangan. Sekiranya tidak dapat sujud seperti biasa, hendaklah menundukkan kepala lebih rendah daripada had ruku’. Walaubagaimanapun, sekiranya masih mampu solat secara normal, adalah disarankan solat secara normal iaitu berdiri tegak terlebih dahulu dan bertakbirlah seperti biasa. Apabila terasa sakit semasa melaksanakan rukun-rukun tertentu, bolehlah duduk. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 91

message user image