Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum...mohon pencerahan..adakah jika seseorang suami berkata jatuh la talak..maka hukumnya sudah jatuh ke kpd isterinya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz suami “jatuhla talak” merupakan ayat yang tidak jelas samaada untuk menjatuhkan talak atau ayat perbualan . Namun begitu sebaiknya rujuk terus ke mahkamah rendah syariah yang berhampiran bagi mendapatkan pengesahan lafaz tersebut samaada jatuh atau pun tidak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.