BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam ustaz... ttg rukun qauli yg kene lafaz dan bersuara tu. sapai skrg sy keliru. klu sy pergi ke mane2 surau knp xde suara langsung dikalangan wanita. dr awal sampai akhir senyap sunyi bacs dlm hati. rasanye ramai yg da tahu hukum ni tp sy xpernah nmpk


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, Rukun Qauli adalah bacaan yang wajib di dalam solat bagi memastikan solat tersebut sah. Syaratnya, adalah bacaan tersebut sekadar didengari oleh diri sendiri dan tidak meninggikan suara sehingga mengganggu orang lain, kerana makruh hukumnya. Jika terdapat masalah pendengaran atau sebarang gangguan bunyi, adalah memadai jika dilakukan dengan kadar yang disebut di atas. Oleh itu, keadaan solat wanita yang tidak didengari suaranya, tidak boleh terus dihukumkan sebagai tidak sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 146

message user image