BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah jatuh talak Lelaki yg sudah beristeri mengaku bujang tidak beristeri .


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, seseorang yang menyatakan ia masih bujang atau belum berkahwin sedangkan ia telah berkahwin sama ada dengan tujuan memperolok-olokkan atau mempersenda gurau, ia adalah termasuk dalam erti kata pembohongan dan tidak membabitkan gugur talak. Walaubagaimanapun saudara boleh merujuk kepada bahagian undang-undang keluarga jabatan agama islam atau mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 78

message user image