BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Sulam bedak adakah sah solat, haram atau tidak? Ada yang menyatakan ianya adalah serum dan bukan bersifat tatoo. Mohon penjelasan supaya tidak terjebak melakukan sesuatu yang haram untuk kelihatan cantik. Ada yang menyatakan terdapat 2 teknik dimana (1) serum utk mencantikkan kulit dan (2) teknik embroidery yg dikatakan haram sebab warna digunakan utk menyuntik pada kulit.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sulam bedak atau mesoteraphy treatment merupakan satu proses rawatan kecantikan yang bertujuan untuk menegangkan serta meremajakan kulit wajah, menghilangkan bintik-bintik hitam atau bekas-bekas jerawat selain itu juga bertujuan mengurangkan lemak-lemak pada kulit dan menurunkan berat badan. Ringkasnya ia adalah proses memasukkan bahan yang mengandungi pelbagai campuran vitamin, mineral serta serum ke dalam lapisan kulit. Sekiranya bahan yang digunakan mengandungi bahan yang terlarang hukum penggunaannya adalah dilarang. Menggunakan rawatan ini bagi tujuan untuk menghilangkan aib atau apa-apa kecacatan yang mungkin memudaratkan pada individu adalah diharuskan. Bagaimanapun sekiranya ia bertujuan untuk menjadikan wajah lebih cantik sehingga mengubah kejadian asal ia adalah ditegah dan dilarang. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud Radhiallahu ‘Anhu yang bermaksud : “Allah melaknat para wanita yang mentato, para wanita yang minta ditato, para wanita yang mencabut alisnya, para wanita yang minta dicabut alisnya, para wanita yang minta direnggangkan gigi-giginya dan para wanita yang merubah cipataan Allah” . Ibnu Mas’ud R.A. berkata : “ Bagaimana saya tidak melaknat mereka yang dilaknat Rasulullah SAW?” (Muttafaqun ‘alaih) Bagi rawatan kecantikan yang bersifat tidak kekal, hanya sementara dan akan hilang dalam masa singkat seperti mengenakan inai dan celak, maka ia dibolehkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 326

message user image