Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam. Sekiranya kita tak lafaz niat puasa ramadhan pada sah satu hari tetapi kita masih bangun sahur kerana niat dihati untuk berpuasa pada hari tersebut, adakah puasa kita dikira sah ataupun ianya tidak dikira dan perlu diqada kan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, niat adalah keinginan dalam hati untuk melakukan suatu tindakan yang ditujukan hanya kepada Allah. Adapun yang saudara lafazkan itu disebut sebagai lafaz niat. Ia sunat kerana membantu untuk menghadirkan niat di dalam hati menurut mazhab Syafie. Oleh itu puasa saudara adalah sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.