BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam, apakah hukum lelaki yg memakai gelang hanya di rumahnya sahaja? Gelang itu mempunyai sedikit saduran, emas di bahagian luarnya, dalam 2 jalur. Salam, bleh tk terangkn mengenai ikhtilat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada daripada Ibnu Abbas RA katanya: لعن رسول الله ﷺ المتشبهين من الرجل بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجل Maksudnya : “Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang perempuan yang menyerupai lelaki”. (Riwayat al-Bukhari) Berdasarkan kepada hadith tersebut, Allah SWT melaknat lelaki yang memakai gelang, kerana memakai gelang adalah kebiasaan bagi wanita. Sama ada gelang tersebut disadur dengan emas ataupun tidak, tetap dilaknat. Selagi mana tiada maslahah muktabar dari sudut syariat seperti untuk tujuan perubatan, keselamatan dan lain-lain yang diakui oleh syarak. Merujuk kepada persoalan yang kedua, ikhtilat yang difahami oleh masyarakat pada hari ini ialah percampuran diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ikhtilat atau percampuran yang diharamkan dalam Islam pula adalah percampuran yang tidak terkawal serta tiada keperluan yang diiktiraf oleh syarak seperti belajar, rawatan perubatan dan sebagainya. Sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Abbas R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda : لاَ يَحلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ Maksudnya : “Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya” (Riwayat Muslim) Daripada nas di atas, jelas menunjukkan perbuatan berkhalwat di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah suatu yang dilarang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 79

message user image