BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.

Kategori Koleksi Soal Jawab Agama:



JENAYAH

message user image

Soalan: Soalan saya ialah kalau seseorang itu menerima duit dari rasuah, bagaimanakah caranya untuk dia membersihkan duit rasuah tersebut? Bolehkah duit rasuah itu digunakan untuk kegunaan pembinaan Masjid atau Madrasah?

message user image

Soalan: Bismillah, Dato Mufti, saya nak bertanya sedikit tentang sejauh mana perlaksaan fatwa yang mengatakan rokok haram di negeri selangor dan sejauhmana terpakainya enakmen jenayah syariah seksyen 13 yang jelas perbuatan merokok bertentangan dengan fatwa sekarang. So hukumannya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt.  Saya mempunyai beberapa soalan untuk pihak mufti bagi kajian Kami untuk kursus Bahasa Melayu Kerjaya(sains Dan teknologi) tentang euthanasia(pembunuhan rahmat). Soalan seperti berikut: 1. Apakah hukum pembunuhan rahmat dalam Islam? 2. Mengikut pengetahuan pihak mufti, apakah pendapat mazhab lain tentang pembunuhan rahmat? 3. Menurut seorang pensyarah USM, beliau ada menyertakan dalam pembentangan(power point) beliau tentang pandangan Dr Yusoff Al-Qadrawi bahawa hukum euthanasia pasif adalah harus (https://www.slideshare.net/mobile/drcd2009/isu-semasa-fiqh-perubatan). Adakah sahih pandangan tersebut? Adalah besar harapan saya sekiranya pihak mufti dapat menjawab dan menjelaskan persoalan berkaitan isu ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nak tanya soalan berkaitan mencuri. Jujur cakap, waktu kecik sekolah rendah dulu, saya pernah mencuri, mula2 saya curi duit ibu bapa saya, selepas itu saya jadi ketagih. Saya mencuri barang/duit kawan saya, saya mencuri di kedai, banyak lagi lah, lepas tu ada barang yang saya curi tu ada yang saya bagi kawan saya. Semua perbuatan tu saya buat semasa saya sekolah rendah. Sekarang saya dah habis sekolah menengah dah pun. Jadi saya nak tanya, apa yang perlu dilakukan untuk saya tebus dosa2 saya? Apakah saya perlu membayar balik apa yang saya curi? Bagaimana dengan hasil curian saya di kedai dan terhadap orang yang saya tak berhubung? Selain itu, ada cara lain ke yang tidak memalukan saya dengan mengaku perbuatan saya terhadap mangsa curi saya? Akhir sekali, apa yang perlu saya lakukan terhadap barang hasil curi yang saya masih simpan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya boleh atau tidak kita membunuh burung didalam kawasan masjid? Bilangan burung yang terlalu banyak menyebabkn kekotoran di dalam dan luar masjid. Tindakan seperti menutup lubang2 tempat bersarang telah dilakukan tetapi tidak berkesan. Terdapat lebih dari 4 jenis burung. Aduan dari jemaah kerap kali dan tindakan telah dibuat tetapi tiada kesan. Minta pencerahan sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Orang Islam yang sudah berkahwin jika berzina akan dihukum rejam sampai mati. Soalan saya, sekiranya orang tersebut berzina ketika hukuman hudud tidak dilaksana tetapi dia sudahpun dihukum dengan undang-undang buatan manusia, adakah dia masih wajib untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa sekiranya hukuman hudud telah dilaksana pada akan datang? Atau jika dia berzina sewaktu ketiadaan hukuman hudud dan dia tidak dikenakan hukuman (tidak diketahui orang), adakah dia juga wajib menyerah diri? Jika wajib & dia tidak berbuat demikian, adakah taubatnya diterima? Terima kasih.

message user image

Soalan: As salam, Saya telah mencuri duit syarikat tempat saya bekerja berjumlah RM 800,000.00 dalam masa 10 tahun. Syarikat itu dimiliki oleh ayah saya sebanyak 30% dan dua lagi ahli kongsi sebanyak 30% dan 40% masing-masing. Saya telah memberitahu ayah saya tentang duit yang saya curi dan dia telah menghalalkan bahagiannya. Soalan 1 : Boleh kah saya tidak memberitahu 2 lagi ahli kongsi ayah saya dan membayar semula semua wang yang telah saya curi? Soalan 2 : Boleh kah ayah saya menggunakan duit yang dia ada di syarikat untuk mendahulukan baki hutang RM 540,000 dan saya bayar semula kepada ayah saya secara ansuran mengikut perjanjian antara saya dan ayah saya. Minta pandangan ustaz atau ustazah dalam isu ini. Terima kasih & as salam,

message user image

Soalan: Apakah hukum membunuh kucing? Seorang hamba Allah ni, dia sedang marah kerana kucing masuk rumah. lalu dia angkat kucing itu kemudian dia hempaskan ke lantai. kucing itu patah tengkuk dan mati.

message user image

Soalan: Apakah hukum suami mencederai & menyakitkan isteri dengan tujuan isteri mengikut kata ?

message user image

Soalan: assalammuaalikum ustazah. saya mahu tanya, saya ada kemusykilan sedikit. kawan saya sedang mengandung. tetapi dia belum lagi berkahwin, belum nikah lagi. kandungan nya baru sahaja 1 bulan. jadi haruskah kawan saya itu mengugurkan anaknyaa ? kerana kawan saya takut anaknya nanti tidak dapat di walikan oleh bapanya kerana dia anak luar nikah. ada juga saya tengok ceramah yang mengatakan kandungan di bawah 4 bulan masih boleh digugurkan kerana masih belum bernyawa. saya mengharapkan pertanyaan saya ini dapat di jawab dengan segera. terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum...boleh bertanya..saya dulu pernah scam orang dengan membeli barang online...dia sudah post barang saya..tapi saya belum bankin duit kepada tuannya..bolehkah saya membayar duit tersebut dengan hanya bersedekah dengan nilai yang sama saya curi ...kalau ikut saya nak post semula barang tersebut kepada tuannya...tapi saya takut tuannya menceritakan kepada orang lain...dan jika saya ingin post barang tersebut agak susah kerana susah untuk pergi ke bandar kerana saya baru berumur 14 tahun...

message user image

Soalan: Assalamualaikum dan selamat petang.. sy ingin bertanya dan meluahkan rasa, saya berumur 38 tahun, ibu kepada 4 orang anak yang sedang membesar, saya dan suami bekerja, saya disektor kerajaan manakala suami di sektor swasta.. pekerjaan suami yang sibuk dan selalu outstation menyebabkan sy perlu menguruskan anak2 sendirian. setelah mengalami tumpah darah utk kelahiran ke 3 dan 4 dan menghidapi penyakit tiroid semasa hamil anak ke 4, saya mmg tidak mahu hamil lg. Tambahan pula saya bekerja diseberang laut yang jauh dari keluarga.. hampir 4 tahun merancang, pada bulan ini saya dapati saya hamil lg, ini membuatkan saya sangat kecewa dan hilang semangat kerana saya benar2 tidak mahukan anak lg.. kadang2 sy persoalkan mengapa Allah msih berikan pd sy walaupun sy sudah berusaha utk tidak hamil, kadang2 saya merasa marah, sedih dan saya juga suami merancang ingin gugurkan kandungan ini.. saya tidak mahu kelelahan hamil menyebabkan saya mengabaikan anak2 y sgt peelukan saya, kualiti kerja y akan merosot. saya takut, Allah murka dgn apa y saya rasa tp bagaimana untuk saya merasa redha, utk terima, mengapa saya merasa Allah tidak adil pada saya, bolehkah tuan berikan sedikit nasihat pada saya supaya hilang rasa sedih, kecewa ini.. bolehkah saya menggugurkan kandungan kerana saya tkt pengalaman kelahiran sblm ini iaitu tumpah drh, saya tkt ank2 saya akan kehilangan sy..

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Apakah hukumnya seseorang yang menipu resume untuk mendapatkan jawatan dalam sesuatu pekerjaan. Sekiranya dengan menipu resume tersebut dan dia dapat pekerjaan itu, apakah hukumnya terhadap rezeki yang diterima untk isteri, anak anak dan keluarga.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang wang yang datang dari hasil curi tetapi bukan saya yang mencuri cuma saya mendapat bahagian dari hasil curi tersebut, jadi wang dari hasil curi itu saya guna dengan membeli talipon dan membeli barang keperluan, adakah setiap kerja yang halal melalui talipon itu menjadi haram ? Dan adakah saya perlu mengantikan nya semula tetapi saya tidak tahu untuk membayarnya kepada siapa.

message user image

Soalan: Hukum gugur janin berusia 30 hari kerana isteri mengambil ubat ACCUTINE iaitu ubat yang dilarang kepada ibu yg mengandung kerana risiko amat tinggi 'birth defects' atau kecacatan pada hati, otak dan muka. Sebelum isteri mengambil ubat ini, memang telah diberitahu akan larangan untuk mengandung kerana sebab-sebab yg dinyatakan di atas malah ada persetujuan bertulis antara doktor dan pesakit untuk tidak mengandung akibat daripada kesan teruk (kecacatan) kepada bayi semasa tempoh mengandung. Mohon pandangan tuan berkenaan menggugurkan janin pada usia 30 hari ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti yang dihormati. Apakah hukum sitaan yang dilakukan oleh badan-badan penguatkuasa seperti DBKL terhadap peniaga kecil-kecilan di Malaysia yang tercinta ini. Apakah beza antara tindakan mereka itu dengan merompak? Mohon penerangan daripada pihak tuan. Amanah adalah sesuatu yang berat dan antara amanah yang terbesar adalah amanah terhadap ilmu. Nyatakanlah kebenaran walaupun di hadapan penguasa yang zalim. Tuan akan diberatkan di hadapan Allah dengan ilmu dan autoriti yang berada di pihak tuan. Segala jawapan dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

message user image

Soalan: Assalammualaikum Ustaz, soalan saya bertanya ni agak merunsingkan saya . Saya nak tanya jika seseorang lelaki itu seorang lelaki yang tulen yang hanya suka pada perempuan tapi disebabkan nafsu serakah dia, dia terpaksa melanggan seorang transgender atau kata nama shemale. Dia sudah melakukan banyak kali perbuatan tersebut hanya untuk melepaskan nafsu air mani dia. Namun dia tidak melakukan persetubuhan tapi hanya menggunakan tangan dan mulut orang tersebut bagi melepaskan nafsu. Apa hukum bagi dosa ni dan adakah taubat dia segera diampunkan selepas dia menyesal melalukan perkara tersebut ? Terima kasih

message user image

Soalan: As salamualaikum saya nk tanya..apa hukum mengambil barang orang lain tanpa sengaja dan langsung tidak ada niat untuk mencuri.Contohnya kita terambil baju orang lain yang sama dengan design baju kita di ampaian baju,kita mengira bahawa baju yang kita terambil itu baju kita tapi sebenarnya bukan,masalah semakin menjadi rumit sebab masa tu saya perasan yang saya tersalah terambil baju, niat saya sebenarnya nak letak balik ke ampaian tapi selepas tu saya betul2 lupa,selepas 5 tahun..saya teringat balik yang saya lupa nak pulangkan baju dan saya tak tahu siapa tuan punya baju tersebut dan perkara itu membuat kan hati saya tidak tenang sejak akhir2 ni . Soalan saya pertama ialah apakah itu dikira mengambil hak orang lain ataupun luqatah? Soalan yang kedua bagaimana nak menebus balik sebab baju tu sebab saya betul2 tak pasti siapa tuan punya baju dan hanya main teka ja itupun tak pasti betul ataupun tidak siapa orang tu

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah, Maaf jika terdapat dua soalan yang serupa saya hantarkan kerana terdapat kesalahan ejaan dan bimbang jika tidak difahami untuk ulasan jawapan. Saya ada persoalan sejak kebelakangan ini menggangu fikiran saya sama ada ianya dosa besar atau dosa kecil. Berdasarkan ilmu agama yang saya ada, zina terbahagi kepada dua iaitu zina majazi dan hakiki. Zina majazi adalah zina daripada pacaindera yang dikategorikan sebagai zina kecil iaitu dosa kecil. Manakala zina hakiki pula adalah zina kemaluan dan ianya adalah dosa besar. (Betulkan jika saya silap) Persoalannya saya, apakah kategori dosa iaitu dosa kecil atau besar, jika pasangan yang belum berkahwin telah melakukan perbuatan berciuman mulut tanpa melibatkan persetubuhan iaitu zina kemaluan. Ianya menjadi kemusykilan saya kerana melalui pembacaa saya, saya tidak menjumpai perbuatan berciuman dalam zina majazi. Adakah ianya dalam kategori yang sama?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Boleh ke kandungan digugurkan sekiranya menjadi mudharat kepada si ibu? Contoh si ibu mengalamai tekanan yang melampau.

message user image

Pertanyaan: Salam, apakah hukum membunuh kucing menggunakan racun kerana kucing tersebut memakan anak ayam yang menjadii sumber pendapatan seseorang?

message user image

Soalan: assalamualaikum.. saya ingin bertanya dahulu saya sering mendownload filem.. animasi dan anime jepun secara haram..tetapi untuk tontonan sendiri shja soalan saya adakah mendownload filem atau anime secara haram walaupun untuk tontonan sndiri dikira salah?? agak sukar dan mustahil untuk berhubung dgn pengarah dan produksi.. jadi bagaimana ingin bertaubat dari kesalahan ini??

message user image

Soalan: Adakah hukuman hudud yang dijalankan oleh kawan-kawan dan bukan oleh imam/mahkamah/sultan/ pemerintah sah disisi syarak. Sebagai contoh seorang lelaki di sebat 100 kali oleh 4 orang kawan-kawannya di universiti secara rahsia kerana berzina. Adakah dia telah dikira dihukum walaupun tidak dihukum mahkamah atau oleh imam/sultan/pemerintah. Adakah dia tergolong dalam golongan yang di kategorikan sebagai مجلود dalam hadis oleh abu hurairah yang di riwayatkan imam Abu Dawud

message user image

Assalamualaikum, saya ada persolaan. adakah amal ibadat saya tidak akan diterima selama-lamanya disebabkan memakan makanan yang dicuri dan makanan tersebut adalah haram disebabkan saya mencurinya dan makanan tersebut telah menjadi darah daging saya. saya telah menyesali perbuatan saya tersebut dan bertaubat, walaubagaimanapun taubat saya tidak memenuhi satu daripada empat syarat taubat kerana melibatkan hak manusia. Sekiranya saya tidak memenuhi empat syarat taubat tersebut adakah amal ibadat saya  MASIH TIDAK akan diterima/ditolak juga walaupun saya menyesali perbuatan saya? mohon pencerahan.

message user image

Asalam,Saya ad persoalan yang selalu menggangu saya dalam kepala.Saya seorang yang gemar menonton film atau anime(kartun jepun).Dulu saya menonton film dan anime ini di website yg tidak rasmi(illegal).setelah saya tahu bahawa menonton di website tidak rasmi itu berdosa kerana ia diaggap seperti mencuri,saya telah berpindah dan menonton dengan cara rasmi(legal).Saya teringat bahawa cara untuk taubat dari dosa mencuri adalah dengan mengmbalikan barang yang telah dicuri,jadi bagaimana pula dengan hukum menonton dengan cara tidak rasmi.apakah saya perlu membayar semula film dan anime yg saya sudah tonton di website tidak rasmi.Terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum , persoalan saya adakah hukum qazaf gugur contoh apabila seorng ii itu bertaubat secara diam ² . Apakah hukum bgi org yg tidak mengetahui qazaf  Ataupun tuduhan secara ats talian tpi tidak menyebutkan nama nya secara jelas atau org lain itu tidak mengetahui siapa yg di tuduh .

message user image

Assalamualaikum tuan / puan, saya ingin bertanya. Semasa saya masih belajar di universiti di Perak (tahun 2009. Sekarang saya menetap di Selangor) saya pernah makan di KFC dan saya ambil satu sos cili dari situ dan bawa balik ke hostel. Sekarang saya sudah bertaubat, lalu saya terkenang akan dosa dosa yang lepas. Bagaimana caranya untuk saya tebus kesalahan saya ? Saya tak ingat KFC cawangan mana atau KFC tu masih wujud atau tak sebab lokasi keadaan agak terpencil, bukan di kawasan bandar. Saya singgah di situ untuk makan dari outing bandar ke universiti saya. Jadi saya tak ingat sangat KFC tu di mana. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.Saya ada sedikit kemusykilan berkaitan hukum membunuh tanpa sengaja,adakah perlu kifarah iaitu perlu berpuasa 2 bulan?.bagaimana pula sekiranya kita sebagai doktor yang setiap hari perlu menjaga pesakit,jika begitu ramai pesakit yang meninggal ketika berada dalam waktu jagaan kita,adakah kita perlu kifarah mengikut bilangan pesakit yang meninggal??..terima kasih laman mufti selangor

message user image

Salam.. saya mengandung anak ke-4 sekarang, di mana usia kehamilan berusia 7 minggu. Tetapi, anak ke-3 saya baru berusia setahun ++. Apakah hukum menggugurkan kandungan di waktu wabak covid yang sedang melanda tika ini? Saya masih tidak bersedia, dan pada masa yang sama sangat takut dengan implikasi wabak ini terhadap bayi dalam kandungan jika saya meneruskannya. Adakah ia dikira berdosa jika saya menggugurkan kandungan saya sekarang?

message user image

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah, 

Saya nak tnya, kalau kerja kita ni buat tender untuk dapatkan project construction, selepas tender tu berjaya dan syarikat  dapat project tu kemudian banyak kes rasuah yg terjadi.

Ada 2 situasi.

Situasi 1: Tender atau project syarikat dapatkn secara rasuah iaitu melalui perjanjian antara boss syarikat dengan consultant atau mana2 pihak terlibat. 

Situasi 2: Tender kita dapat secara sah tetapi untuk luluskan atau melancarkn urusan project tu boss membayar duit kepada consultant atau mana2 pihak terlibat secara rasuah. 

Apa hukumnya kepada pekerja yang melakukan tender sampai berjaya mendapatkan project tersebut? walaupun yg memberi rasuah itu adalah boss2 adakah pekerja dikira terlibat atau bersubahat juga dengan rasuah?

Mohon pencerahan. 

Terima Kasih

message user image

Assalamualaikum Ustaz/ustazah. Saya memerlukakan pencerahan tetang anak saya yg telah terlanjur. Sekarang ni dah masuk 8 minggu(56hari). Boleh ke kite gugurkan kandungan nya demi kesihatannya. Kerana dia mengidap athma dan dia juga mempunyai masaalah IQ yang rendah yang boleh memudaratkan dia untuk menjaga bayi tu kelak.

message user image

Assalamualaikum.

 

Mohon pencerahan berkenaan kemudahan pinjaman pembelian komputer bagi penjawat awam yang disediakan oleh kerajaan. 

Pinjaman adalah sebanyak RM5000 dan bayaran balik secara potong gaji selama 48 bulan dengan nilai RM113 sebulan. 

 

Kebanyakan yang memohon kemudahan ini hanya membeli quotation dan invoice di kedai tanpa pembelian komputer sebenar untuk digunakan sebagai permohonan pinjaman

 

Apakah hukum tentang pinjaman tersebut dengan pembelian invoice dan quotation yang tiada jual beli komputer sebenar.

Adakah halal / berkat digunakan duit pinjaman tersebut untuk kegunaan lain yang lebih mendesak kerana pinjaman tersebut tetap dibayar tanpa culas sehingga selesai.

Sekian. Terima kasih 

message user image

Soalan berkaitan talasemia dan pengguguran janin. 

Assalamualaikum, 

Saya Norhafiza dari Kelana Jaya.

 

Adakah dibolehkan untuk menggugurkan kandungan yg berumur kurang 120hari, disebabkan medical condition seperti talasemia?

 

Saya ada terbaca di bahagian QnA, mengenai Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan MengGugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassemia.

 

Statement di bawah saya kurang jelas.

“PengGuguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.”

 

Sekiranya ujian pengesanan talasemia yg dibuat sebelum kandungan 120hari, menunjukkan kandungan ialah penghidap talasemia, bermakna kandungan itu berpenyakit. 

 

Tapi saya kurang pasti sekiranya ianya termasuk boleh membahayakan nyawa ibu atau tak.

 

Pengalaman saya mengandungkan anak kedua yang  juga penghidap talasemia semasa itu, semasa mengandung bacaan darah merah saya drop dan saya sangat pucat dan lemah (berbeza dengan pengalaman mengandung anak pertama, yg bukan penghidap talasemia). Adakah itu termasuk dalam kategori membahayakan nyawa ibu?

 

Semoga ustaz/ustazah dapat beri kecerahan kepada kami.

 

Terima kasih kami dahulukan, semoga dimudahkan urusan ustaz/ustazah dan seisi keluarga.

message user image

Assalamualaikum 

saya ada beberapa soalan ingin bertanya kepada pihak tuan/puan.

  Pertama sekali, soalannya "saya bekerja sebagai pembantu jualan disebuah kedai telefon, ada pelanggan datang beli barang dengan harga sebagai contoh rm 200, dalam resit beharga rm200 kemudian saya memberi diskaun sebanyak rm50. So barang berkenaan menjadi rm150, lagi rm50 saya amik untuk diri saya. Apakah hukumnya?

 

  Kemudian, saya dah bertaubat dan rm50 tadi tu saya harus pulangkan kepada pelanggan atau kepada majikan saya ? 
 

  Keduanya, kalau sebelum-sebelum ni saya pernah berbuat perkara sama seperti diatas, bagaimana harus saya lakukan ? Kalau saya sudah lupa dengan pelanggan yang mana satu macam mana ?

 

  Ketiga, kalau saya ingin pulangkan barang/ganti barang yang pernah saya ambil dari orang sebelum ni perlu ke saya bagitahu sebab apa saya pulangkan barang tu ? Atau saya hanya cukup sekadar bagitahu yang barang tu saya hadiahkan kepada tuan punya badan ? Tanpa memberi tahu saya pernah mengambil barang beliau sebelum ini
 

itu sahaja pertanyaan saya, harap dapat maklum balas dari pihak Tuan/Puan secepat mungkin. 
 

Terima kasih.

message user image

Saya nk bertnya, dulu saya pernah sengaja mengambil bag org yang tertinggal di kedai makan. Dalam nya ada dompet berisi rm900. saya gunakan beg dan dompet. Saya juga menggunkan duit rm900. Sekarang saya nk bertaubat. Bagaimana saya nk tebus dosa-doasa saya? Saya dah usaha cari org itu, tapi tak jumpa. 

message user image

Isteri telah terlanjur sekali tanpa pengetahuan suami dan telah bertaubat dan menyesal sesungguh sungguh nya semoga Allah menerima taubatnya, Tetapi terhadap suami, si isteri hanya bagitahu hanya curang bukan perihal terlanjur. Si isteri telah memohon maaf tetapi tidak cerita sepenuhnya dan secara terperinci untuk menutup aib diri dan takut akan penceraian macam mana hukum nya? Adakah permohon maaf itu dikira diterima ? adakah perlu terus terang tentang semua ? Si suami tidak tanya lebih lanjut dan telah memaafkan. Sekiranya, akan datang suami bertanya adakah pernah berzina si isteri perlu mengaku atau terus menutup aib dengan menidakkan? Adakah di akhirat kelak turut dibuka semula? Sekiranya suami telah memaafkan atau redha secara umum sahaja? Betulkah Balasan di akhirat pada isteri akan terlepas jika isteri ini meminta maaf pada suaminya semasa di dunia ini Dan suami memaafkannya semasa di dunia ini, permohonan maaf itu secara umum atau secara terperinci ? Akhir kata, masih ada peluang kah untuk menjadi isteri solehah dan hanya taat kepada suami adakah dosa ini dapat diampun kan ? 

 

message user image

Assalammualaikum wbt..

Saya ingin bertanya, mengenai hukum menggunakan applikasi Mod dalam pekerjaan sebagai rider penghantar makanan dan barang.

Untuk pengetahuan pihak tuan, applikasi mod ini ialah satu applikasi yang tidak dibenarkan / di banned oleh penyedia operator perkhidmatan penghantaran seperti grab, foodpanda, shoppee food dan sebagainya. Ada segelintir rider yang menggunakan applikasi ini untuk mendapatkan pesanan-pesanan dengan cepat dan pantas, Applikasi mod ini akan memintas setiap pesanan yang masuk ke dalam applikasi rider yang disediakan oleh operator grab, foodpanda, shopeefood dan akan dialihkan kepada rider yang menggunakan applikasi mod dalam beberapa saat walaupun rider tersebut berada diluar kawasan atau jauh dari vendor tersebut. 

Applikasi mod ini berfungsi sebagai pin locator dimana, setiap pesanan baru yang masuk ke dalam applikasi rider, mod ini akan bertindak seolah-olah rider tersebut lebih hampir dengan lokasi vendor berbanding rider-rider lain yang berada disekitar kawasan tersebut. Sebagai contoh, lokasi di Mcdonald Sek 7 Shah Alam, berhampiran McD tersebut terdapat 5 orang rider yang berhampiran, namun dengan menggunakan applikasi mod, rider dari Sek 9 yang terdahulu menerima pesanan tersebut, walaupun seharusnya sistem applikasi rider secara automatik memilih rider yang paling hampir dengan McD sek 7. 

Kesan daripada penggunaan applikasi mod ini, menyebabkan ramai rider-rider yang tidak menerima sebarang pesanan masuk secara adil. Malah mereka terpaksa menunggu 2,3 jam sekadar untuk mendapatkan 1 pesanan yang hanya bernilai RM6. Mereka terpaksa berpanas, berhujan menunggu sehingga larut malam demi mendapatkan RM50 setiap hari berbanding rider menggunakan mod yang mana income mereka mencecah RM300 sehari. 

Mohon pencerahan dari pihak mufti, memandangkan ramai rider-rider menipu ini mengatakan tidak salah kerana tiada sebarang fatwa berkaitan penggunaan applikasi mod ini.

Terima kasih

Wassalam

  

message user image

Assalamualaikum mufti,

 

Saya ingin bertanya 1 soalan,

Apakah hukum sekiranya saya menggunakan perisian komputer yang sepatutnya berbayar seperti 'Adobe Reader (pdf)' ,'Microsoft Office', 'Scribd' yang dibeli dari aplikasi Shopee dimana terdapat penjual yang menyediakan harga lebih murah (kemungkinan hacked version) daripada membeli versi asli berbayar dimana harganya sememangnya diketahui lebih mahal. Adakah dengan menggunakan perisian seperti yang saya nyatakan tersebut, segala ilmu dan kerja yang saya buat selama ini tidak bermanfaat / berdosa / tidak berkat?

 

Sama juga dengan siaran TV seperti astro dimana terdapat penjual di dalam aplikasi Shopee yang menjual dengan harga jauh lebih murah dari melanggan secara rasmi daripada astro, adakah saya bersubahat dengan penjual kerana melanggan siaran tersebut dan apakah hukumnya?

 

Mohon pencerahan mufti atas hukum syarak bagi perkara di atas.

Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum 

Apakah hukumnya seorang janda bermalam di rumah duda pada hujung minggu. Janda tersebut datang membawa bersama 2 org anak lelakinya berusia16 & 20 tahun.Duda pula mempunyai 4 orang anak perempuan berusia 7 hingga 16 tahun.Janda tersebut menggunakan alasan kasihan dan ingin memberi kasih sayang pada anak duda tersebut yg telah kematian isteri.Janda tersebut memasak ,makan menonton dan melakukan aktiviti lain bersama anak2.Pasangan tersebut mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seksual kerana janda tersebut tidur bersama anak lelaki tersebut.Mohon pencerahan.

message user image

Assalammualaikum,persoalan saya apakah tangungjawab ayah pada anak yamg bukan darah daging si ayah.. si ibu telah berzina dengan lelaki lain. Dan melahirkan anak hasil dari perzinaan tersebut, anak yang lahir di bin/binti kan pada si suami?

Soalan pertama :Apakah tangungjawab si suami pada anak hasil zina isteri dgn lelaki lain?

Soalan kedua : apakah si ayah bolah amik tindakan pada si ibu ?

message user image

Assalamualaikum,

Saya bekerja di sebuah kilang dan kerap kali dihantar ke luar negara atas urusan kerja. Kerana kejahilan saya, saya telah melakukan zina bersama wanita bukan islam sehingga dia mengandung. 

Apakah hak saya terhadap anak tersebut & bagaimana pula akidah anak tersebut kerana ibunya bukan islam. Adakah boleh sy menyuruh perempuan itu mengugurkannya kerana mengelakkan anak itu beragama lain?

Saya sangat menyesali perbuatan terkutuk ini. Maafkan saya..

 

message user image

Assalamualaikum.

Suami saya telah menikahi semula jandanya, yang mana mereka sebelum ini sudah cerai talak 3 dan wanita tersebut belum pernah kawin lain. Mereka nikah semula melalui sindiket & untuk pengesahan status jandanya, wanita tersebut telah menggunakan surat cerainya dgn suami terdahulu. (Dokumen ini ditemui oleh ahli keluarga wanita tersebut dan dimaklumkan kpd saya).

Hal ini telah dimaklumkan kpd Pejabat Agama namun tindakan tak dpt dilakukan kerana mereka tidak tinggal serumah (namun setiap hari keluar bersama).

Semenjak mereka bersatu semula, suami terus abaikan nafkah zahir batin untuk saya (dah 7 bulan). Malah suami tak izin saya balik ke rumahnya (saya tinggal dirumah milik saya sendiri).

Untuk makluman, sebelum hal diatas berlaku, suami tidak pernah mengasari saya malah melayan saya dgn sgt baik & lemah lembut.

Soalan saya:

1. Adakah berdosa jika saya ingin terus kekal sebagai isterinya walaupun saya tahu dia bermaksiat & berzina.

2. Adakah saya masih wajib minta izinnya jika nak kemana-mana.

Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya kepastian dan kesahihan berkenaan hukum memakan harta anak yatim..hukum memakan harta anak yatim ya adalah satu daripada 7 perkara dosa besar, jika pelaku memakan harta anak yatim adakah pelaku dan selama 7 keturunan akan dihukum ditimpa nasib tidak baik(contoh, hidup tak tenang. bergaduh,rezeki tak masuk)?

message user image

Salam,

Saya ingin bertanya boleh ke seorang muslim itu menjadi peguam atau hakim yang menggunakan undang-undang buatan manusia di dalam hujahan dan penghakiman?

Bolehkah seseorang muslim itu menggunakan kes-kes dari england di dalam hujahan? Adakah perbuatan ini bertentangan dengan ajaran Islam? Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan/Puan. Saya mempunyai beberapa soalan berkenaan dengan bayaran kaffarah (membunuh tanpa niat). Sebagai contoh kemalangan di jalan raya yang menyebabkan kematian.

 

1. Adakah kaffarah sebegini boleh dilakukan dengan memberi makan kepada 60 fakir miskin sekiranya tidak mampu untuk berpuasa 2 bulan berturut-turut.

 

2. Adakah menjadi keutamaan untuk berpuasa 2 bulan berturut- turut sebelum memilih untuk memberi makan 60 fakir miskin atau dibolehkan untuk memilih mana-mana satu. 

 

Saya berharap pihak Tuan/Puan boleh menjawab petanyaan saya. 

 

Sekian, terima kasih.

message user image

Assamualaikum..saya nak tanya apakah hukum mengugurkan kandungan untuk menjarak kan anak di usia bawah 120 hari mengikut islam?

sekiranya perbuatan tersebut berdosa besar ,bagaimana cara untuk menebus dosa itu?Adakah Allah akan ampunkan dosa tersebut setelah bertaubat dan menyesal akan dosa itu?sekian terima kasih 

 

message user image

Assalamualaikum w.b.r

Saya di hantui dengan dosa lampau.Setiap hari saya sik fikir adakah dosa saya diampunkan Allah .Saya telah buat solat taubat tp adakah alla tidak ampunkan dosa saya ,sebab saya tidak tenang dan takut akan azab Allah setiap kalai teringat akan dosa itu..dosa yang menghantui saya ialah saya saya telah gugurkan kandungan sebanyak dua kali sebab tidak mahu anak

message user image

Assalamualaikum saya ingin bertanya. saya ada seorang kekasih dan saya pernah berzina dengan kekasih saya berkali kali sewaktu dahulu. Semenjak beberapa bulan ini saya berniat di dalam hati bahawa saya nak berubah menjadi lebih baik ke jalan Allah tetapi kekasih saya tidak menerima tindakkan saya itu dan saya mengajak dia untuk berubah bersama saya dan dia tidak terima. Apa yang perlu saya buat sama ada berkahwin dengan dia atau tinggalkan dia kerana melarang saya bertaubat.mohon jawap pertanyaan saya terima kasih

message user image

Assalamualaikum Ustaz..mohon pencerahan berkaitan sumpah laknat. Kawan saya seorang lelaki telah berkahwin dan dalam masa yang sama mempunyai seorang teman wanita. Mereka berdua telah terlanjur dan hubungan mereka telah diketahui oleh si isteri. Lelaki tersebut sememangnya berniat untuk jadikan teman wanita tersebut sebagai isteri kedua tetapi mendapat tentangan oleh isteri. Isterinya telah membuat ugutan cerai dan memaksa membuat sumpah laknat (memegang Al-Quran) dengan mengatakan tidak akan bersama (bersetubuh) dengan teman wanita tersebut. Sekiranya ia melakukan juga ia akan mati disambar petir. 

Ustaz..lelaki tersebut tetap ingin bernikah dengan teman wanitanya dan ingin bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka. Bolehkah dia membatalkan sumpah laknat tersebut?

message user image

Assalamualaikum WBT. Saya ada dua situasi dalam kemusykilan.

 

Situasi Pertama:
Ada 4 orang kawan lepak minum di kedai mamak. Bila nak bayar, mereka main osom. Siapa kalah kena bayar.

Soalan saya:
1) Adakah itu dikira berjudi?
2) Makanan/minuman yang kita minum itu dikira jadi haram ke?

 

Situasi Kedua:
Bila sedang drive di highway, kemudian ada orang dimmed lampu dari jalan seberang. Rupanya ada roadblock. Then lepas roadblock kita buat benda sama. Ada kereta yang berhenti tepi jalan tggu roadblock habis.

Soalan saya:
Adakah kita bersubahat atas kesalahan orang lain? Mungkin berhenti sebab roadtax tak renew dan sebagainya?

 

Sekian, Wasalam.

message user image

Assalamualaikum tuan mufti, saya ingin bertanya, jika si A berdendam dengan si B, dan secara tidak sengaja (tanpa niat)  si A telah melanggar si B sehingga menyebabkan kematian dan si A berpuas hati. Apakah hukum pembunuhan tersebut?

message user image

BAGAIMANA SAYA NAK MENEBUS DOSA GUGURKAN KANDUNGAN?

ADAKAH ALLAH AMPUNI DOSA SAYA SETELAH BERTAUBAT