BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.

Kategori Koleksi Soal Jawab Agama:



MUAMALAT

message user image

Soalan: Bolehkah ayah saya menolak bahagian faraid dari harta arwah anaknya untuk mengelak perebutan.

message user image

Soalan: Tuan pegawai jabatan mufti yg dirahmati Allah. Saya ingin bertanya, apakah hukum mengupah penoreh getah, dan upahnya ialah 50 peratus dari hasil jualan getah tersebut. Mohon Tuan dapat memberi pencerahan kepada saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t, Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan, Saya ingin bertanya berkenaan hukum menyimpan matawang kripto seperti bitcoin,ethereum, Dan lain-lain matawang kripto. Kedua, jika simpanan atau pembelian Yang murah manakala Kita menjual nya ketika harga Yang sedikit tinggi dari Yang asal, apakah status hukum tersebut. Mengikut pandangan panel syariah bank negara, jika tidak silap saya, hukum nya tidak haram. Jika saya tidak salah faham dengan penerangan tersebut. Akan tetapi saya ingin meminta pandangan dari Tuan/Puan mungkin pandangan Yang berbeza. Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya bekerja sebagai administration di twin valley holdings sdn bhd. Masalah saya yang ingin ajukan begini, semalam saya pergi melawat rumah haji yg sama dgn saya join umrah tahun 2016 lalu, Saya tercerita hal saya bekerja di syarikat property tapi kini syarikat ini ade side income menjalankan tanah lot perkuburan untuk orang cina. Haji tuh cakap dia risau takut saya dikira bersubahat walaupun saya hanya kerja admin sahaja oleh kerana saya turut ade buat surat dan print dokumen berkenaan dengan side income kubur tu. Haji risau rezeki saya susah nak berkat disebabkan kerja saya itu. Jadi, saya ingin bertanya beberapa soalan :- 1) Adakah kemungkinan saya dikira bersubahat dalam side bisnes ni? 2) Perlu ke saya cari keje lain macam yang haji tu sarankan? Sebab dia ade tanya ustaz untuk hal ni. 3) Memang tak boleh ye saya kerja dengan company cina yg buat kubur cina, yang handle sami untuk upacara kubur tu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbk, ajaran bisnes gaya Nabi, yang sedang menular di media sosial, menimbulkan kemusykilan di hati saya. Ajaran bisnes ini, pada mulanya menimbulkan minat saya sekitar tahun 2015. Pada awalnya, ajaran ini menonjolkan kebaikan serta kebenaran. Tetapi lama kelamaan, saya semakin ragu-ragu bila pengasasnya menyamakan dirinya seperti Saidatina Khadijah. Ditambah bilangan follower yang melebihi 100k, semakin musykil dan ragu-ragu apabila melihat ketaksuban follower-follower pengasas ajaran ini. Sekali-sekala, ada panggilan tidak sepatutnya, iaitu Saidatina Khadijah dipanggil janda kaya. Mana-mana, lelaki yang 'dilamar' pengasas ini melalui bisnesnya, akan dipanggil berkahwin sepertimana Nabi Muhammad saw. Ada kontrak perjanjian bisnes atau 'perkahwinan' yang sangat mengelirukan. Bagaimana bisnes disamakan dengan perkahwinan? Ditambah lagi, disamakan dengan perkahwinan seperti Saidatina Khadijah ra. Baru-baru, ini ada sekompok ustaz dipanggil mengahadap pengasas ini, untuk belajar kajian hadith psikologi. Kemudian ada status, Fatimah janda muda talak 3. Status ini benar-benar menglirukan kerana tidak dihurai secara terbuka serta tidak ramai yang benar-benar dapat menilai status fb ini. Adakah pengasas ini merujuk kepada Fatimah Az Zahra. Saya kepilkan attachment untuk makluman tuan. Mudahan mendapat penjelasan sewajarnya, dalam dunia penuh ujian dan kebatilan. http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/162-koleksi-kertas-kerja/627-persediaan-untuk-menangani-ajaran-menyeleweng-sesat

message user image

Soalan: Soalan saya berkaitan dengan urusan lelongan hartanah. Misalnya saya adalah seorang pembida dalam lelongan hartanah. Kemudian datang seorang individu yang juga pembida hartanah yang sama, menawarkan saya duit supaya menarik diri dari membida. Bolehkan saya terima duit itu sebagai pendapatan yang halal atau sebaliknya.

message user image

Soalan: Tolong jelaskan mengenai konsep ar-Rahnu, dalam sistem muamalat Islam.

message user image

Soalan: 1. Hukum jual beli guna vending machine seperti jual air tin? 2. Hukum sewa bilik atau ruang untuk berniaga yang mempunyai kemudahan seperti elektrik dan bayaran sewa sudah termasuk dengan bil elektrik serta bayaran bulanannya adalah tetap?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt, saya berkhidmat di jabatan awam. Skop kerja jabatan kami terlibat dalam pengeluaran lesen atau permit bagi bahan kimia dan racun kepada syarikat- syarikat yang terlibat. Terdapat beberapa syarikat tersebut terlibat dalam pengilangan arak dan salah satu bahan kimia yang digunakan oleh syarikat tersebut memerlukan permit penggunaan yang dikeluarkan oleh jabatan kami. Bahan kimia tersebut digunakan untuk membersihkan mesin- mesin yang digunakan dan rawatan sisa buangan dalam penghasilan arak. Bidang kerja kami adalah, kami perlu menjalankan pemeriksaan ke atas syarikat- syarikat yang dilesenkan atau diberikan permit untuk memastikan syarikat tersebut mematuhi undang- undang. Pengeluaran lesen atau permit tersebut juga bergantung kepada hasil laporan pemeriksaan tersebut. Sehubungan itu, apakah hukumnya jika kami seorang islam menjalankan pemeriksaan ke atas syarikat tersebut? Selain itu apakah hukumnya kepada orang islam yang terlibat dalam menyokong dan meluluskan permit bahan kimia tersebut?

message user image

Soalan: Saya ada hutang kredit kad pada tahun 2005, saya tidak bayar kerana saya sakit. Pada 2014 saya dah agak sihat dan boleh bekerja. Saya dapat surat dari bank menyatakan hutang saya mencecah rm50k padahal limit kad kredit saya rm5k dan saya pakai pun belum sampai limit. Sekarang saya bayar rm300 sebulan. Memang sampai bila pun tak akan habis sebab bunganya makin meningkat. Soalnya, mana yang wajib saya bayar, yang RM5k++ atau yang RM50k+++?

message user image

Soalan: Apakah hukum menjual game permainan seperti video game dan sebagainya secara online?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, untuk pengetahuan uztaz saya bekerja sebagai seorang pramugara di salah satu syarikat penerbangan di malaysia. Saya ingin bertanya apakah hukum menghidangkan arak kepada pelanggan. Patut saya berhenti dan cari peluang pekerjaan lain yang lebih baik?

message user image

Soalan: Adakah Skim Insurans Perkejaan (SIPS) yang berkuatkuasa secara mandatori mulai Januari 2018 ini patuh dari segi hum syarak dsbnya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Pertanyaan saya, apakah hukum gaji seorang "paid dealer representative" (orang tengah antara syarikat broker saham dan pelanggan) yang bekerja dengan bank pelaburan yang bercampur dengan riba (konvensional)? Adakah harus? kerana hanya terdapat satu sahaja bank pelaburan yang berstatus islamic full-fledge di Malaysia. Bank lain semuanya hanya berstatus window. Jadi peluang kerja bersama bank pelaburan yang berstatus islamic full fledge adalah sangat terhad. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, soalan saya berkenaan simpanan ASb. Dalam website ASB mengalami hukumnya harus tetapi baru-baru ini, saya menonton ceramah Dalam FB mengatakan ianya tidak mematuhi shariah atau haram. Menurut penceramah tersebut, dividen yang diterima Kita boleh gunakan untuk membantu / Sedekah kepada yang memerlukan. Lebih ditekankan disitu ialah keutamaan kepada ahli keluarga Yang terdekat. Persoalan saya ialah, 1. Kakak saya telah meminjam duit simpanan ASB saya sebanyak Rm9000 untuk membuat bayaran deposit rumah baru. Buat setakat ini,dia cuma membayar semula RM4k. selebihnya Masih belum ada kemampuan untuk membayar lagi. Boleh atau tidak saya mengira baki RM5k itu sebagai dividen yang pernah saya terima selama 7 tahun saya melabur dlm ASB dan berniat untuk sedekahkan baki itu (Tidak perlu bayar semula). Jumlah dividen yang saya diterima mungkin lebih dari baki tersebut. Saya berniat untuk menutup akaun ASB dan mengambil duit pokok sahaja. Selebihnya, saya agihkan dividen tersebut kepada yang memerlukan.

message user image

Soalan: Bagaimana cara saya nak membayar hutang yang telah lama dan tidak ingat jumlahnya. Utk makluman hutang tersebut dibuat masa saya belajar foliar negara. Banyak syarikat yang telah ditutup dan yang masih beroperasi tidak punyai rekod lagi. Saya pun tak mampu nak kenegara tersebut. Mohon penjelasan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Ayam yang sudah sembelih dan dijual tanpa membersihkan bahagian dalam yang ada usus dan najis. Apa hukum nya?

message user image

Soalan: Soalan Berkenaan Perniagaan: Saya reseller / jual semula satu produk yang saya dapatkan dari website China contoh: Alibaba. Harga dari website Alibaba rm20, saya jual semula di ebay/amazon dengan harga rm27. Proses membeli > pembeli order dari saya dengan harga rm27 melalui ebay, kemudian saya pon order/beli produk itu di website Alibaba dengan harga rm20 (guna modal saya), saya tak pegang stok, saya cuma iklankan/publish di ebay bila ada orang beli saya pon order dari Alibaba. Bila saya order dari alibaba, saya akan note ianya untuk dropship/ saya buat dropship, so mereka tahu saya jual semula produk tu. Jadi. Adakah halal untung saya dapat tu? Kalau tak bagitahu peniaga/supplier di alibaba saya dropship macam mana pula? Halal atau tidak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah yang dihormati, semasa belajar di sekolah asrama pada tahun 1984. Masa tu saya tingkatan 3, berumur +15 tahun. Saya berhutang dengan kedai koperasi sekolah, rasanya RM2 - RM4 (tak ingat sebab lama sangat). Saya ambil jajan tapi hutang dulu sebab tak bawak duit masa tu. Saya nak bayar nanti. Lengah2, lama-lama lupa. 33 tahun sudah berlalu & saya menghampiri 50 tahun. Bila teringat, saya rasa bersalah kerana saya fikir berhutang kepada koperasi bermakna berhutang dengan ahli-ahli koperasi (semua pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang berjumlah 700 - 800 orang). Semua pelajar diwajibkan jadi ahli koperasi bila daftar masuk sekolah. Tahun lepas saya join whatsapp bekas pelajar sekolah lama tapi yang sama umur/batch sahaja tapi saya rasa segan pula nak beritahu dalam whatsapp. Pada masa yang sama, saya risau bila dengar ustaz-ustaz di tv berkata hutang dengan manusia mesti dibayar. Kalau tak bila mati, amalan/pahala kita akan tergantung & di akhirat pula kena cari setiap orang yg kita hutang minta halalkan.Saya buntu macam mana nak jelaskan hutang ini. Saya terfikir mahu mengupah orang untuk mencari semua bekas2 pelajar & meminta maaf atau membayar wang kepada setiap mereka. Ada juga yang dah meninggal dunia. Saya berharap sangat pada nasihat ustaz. Didahului dgn jutaan terima kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukumnya membeli barang bukan original tapi kualitinya bagus? Walhal harga asalnya sangat tinggi daripada harga original.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Adakah halal pendapatan saya bekerja dengan syarikat kosmetik Marykay yang menjual produk kosmetik. Kerana kebanyakan wanita hari ni beli kosmetik untuk bertabarruj. Jadi saya jadi sedikit was-was dalam hal ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan peraduan yang sedang dijalankan oleh Syarikat Nestle sempena Tahun Baru Cina ini. Setiap RM 4 pembelian barangan dalam satu resit akan diberikan satu nombor siri dan peserta dikehendaki menjawap satu soalan mudah. Nombor siri akan disusun dan dijumlahkan untuk mendapat jumlah keseluruhan penyertaan. Jumlah penyertaan ini akan dibahagi kepada 3 untuk menentukan pemenang. Nombor siri sepertiga pertama akan mendapat hadiah pertama, nombor siri sepertiga kedua akan mendapat hadiah kedua dan seterusnya. Ini bermakna semakin banyak pembelian akan bertambah peluang untuk menang peraduan tersebut. Terma & syarat serta cara pengadilan diterangkan secara jelas didalam borang peraduan. Ini akan mendorong orang ramai untuk membeli sebanyak mungkin produk makanan syarikat tersebut dan menghantar resit sebanyak yang boleh untuk meningkatkan peluang nombor siri terpilih untuk menang. Apakah hukum menyertai pertandingan ini sekiranya kita membeli produk makanan tersebut dengan banyak (harga tetap sama, tidak ada kenaikan) untuk mendapatkan lebih nombor siri dengan harapan untuk menang. Produk makanan yang telah dibeli pula akan dijual semula, disedekahkan ataupun disimpan untuk stok makanan. Adakah cara ini dikira sebagai judi atau sebaliknya. Saya berharap kemusykilan saya ini dapat dijelaskan oleh tuan mufti.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Sohibus samahah, Saya ingin bertanya hukum penggunaan kad kesetiaan yang terdapat di stesen minyak, kedai buku, pasar raya dan lain-lain. Adakah ianya menepati kehendak syarak. (Contoh kad mesra dipetronas dan kad kedai buku popular)

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Berikut saya sertakan situasi dan persoalan. *Situasi: Saya menjalankan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya mempunyai pelanggan yang telah menempah produk tersebut. Dalam masa yang sama saya juga mengambil produk tersebut secara pukal pada sebuah syarikat yang memproses produk-produk kesihatan. Kesemua pelanggan-pelanggan saya telah membayar harga produk-produk kesihatan tersebut kepada saya. Dan dalam masa yang sama, saya telah membuat pembayaran pada syarikat yang memproses produk tersebut. Setelah membayar pada syarikat tersebut, saya dapati yang saya telah ditipu syarikat tersebut. Dan produk yang dipesan secara pukal tidak saya perolehi. Pembayaran pada syarikat tersebut juga telah dibuat tetapi tidak dikembalikan. Justeru itu, saya telah mengembalikan semula pembayaran tetapi hanya jumlah keuntungan yang saya ambil atas produk tersebut. Contoh : Harga produk kepada pelanggan RM 50. dan harga pembayaran kepada syarikat RM40. Saya hanya mengembalik kan RM 10 iaitu jumlah pembayaran yang masih ada pada saya atas sebab faktor kemampuan saya. Persoalan: 1) Adakah pembayaran dari pelanggan dikira sebagai hutang yang saya perlu lunaskan sedangkan saya juga telah ditipu oleh pihak ketiga. 2) Saya telah pun membuat pembayaran baki yang masih ada pada saya iaitu RM 10 kepada pelanggan. Beerti saya tidak menggunakan duit pelanggan atas kepentingan diri sendiri. Adakah ianya dikira selesai antara saya dan pelanggan? Harap ustaz/ustazah dapat memberikan jawapan sekali gus membantu saya dalam hal ini. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Kawan saya nak pinjam duit RM 5k. Dalam masa 2 bulan tempoh. Masa nak bayar dia janji nak bagi extra RM 500. Apa kah hukum nya?

message user image

Soalan: Apakah hukum jika berkerja sebagai akaun exec di kedai serbanika yang menjual arak contoh 7 eleven? Adakah sumber rezeki itu halal?

message user image

Soalan: Apakah hukum seseorang memuat turun video atau filem yang dikeluarkan oleh laman web2 di Internet? Adakah ia dikira mencuri? Kerana ia sama seperti kes cetak rompak tetapi secara digital.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya hukum mengambil komisyen dari supllier. Saya bekerja di sebuah kilang. Saya menguruskan jual beli dengan supplier. Bila saya beli barang dari supplier, mereka ada polisi syarikat mereka sendiri. Setiap orang dari mereka akan mendapat komisyen selepas kami membeli barang dari mereka. Jadi, salah seorang dari mereka berkata kepada saya yang dia xmahu ambil komisyen syarikat dia tersebut sebaliknya ingin memberikan kepada saya. Saya xtahu kenapa, tapi saya fikir mungkin niat dia untuk terus dapat pembeli dari saya/kilang saya. Maksudnya disini, dia menggunakan komisyen (hak dia) dari syarikatnya untuk memberikan kepada saya sebagai hadiah atau lain-lain sebab/niat. Dia merupakan pangkat yang tinggi dalam syarikat, jadi tiada masalah baginya untuk memebrikan komisyen dia pada orang lain. Jadi, apa hukumnya saya menerima komisyen tersebut? Adakah halal atau haram jika saya guna? Jika haram, bolehkah saya derma di masjid atau menolong orang susah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ade kemusykilan, saya baru mendapat perkerjaan di sebuah syarikat yang secara amnya dalam bidang hospitality and services. syarikat ini mempunyai beberapa anak syarikat salah satunya restaurant. Selepas saya memulakan kerja baru saya mendapat tahu yang restaurant itu ada menjual arak. Saya pekerja di bahagian akaun parent company ni, semua urusan akaun anak anak syarikat ini di buat oleh parent company. Secara tidak langsung saya juga ada menguruskan account kepada restaurant tadi. Soalan saya, adakah haram saya bekerja di parent company ni? Terima kasih.

message user image

Pertanyaan berkenaan hukum syarak berkaitan babi. Soalan: Pihak kami ditanya oleh awam berkaitan hukum syarak seperti soalan dibawah. Memandangkan fatwa rasmi berkaitan hukum syarak adalah merujuk kepada pihak mufti selangor maka soalan ini diajukan dan dimohon jawapan fatwa untuk kebaikan bersama. 2. Adakah halal saya memakan daging lembu yang diberikan oleh pihak yang membekalkan daging babi kepada umum atau ia adalah syubhah? 3. Kenalan saya seorang penternak babi dan jual daging babi. Adakah halal saya makan daging lembu yang dijual olehnya yang saya sangsi dan ragu kerana bimbang berlaku perkara bercampuran yang tidak sepatutnya. Sekian, mohon fatwa.

message user image

Soalan: Apa hukum menggunakan arang (activated charcoal) yang diperbuat dari habuk kayu dan tempurung kelapa dijadikan sebagai bahan mentah untuk membuat ubat gigi.

message user image

Soalan: Assammualaikum Ustaz, saya zam dari sabah, saya ada soalan , saya baru membeli mesin mining bitcoin@etherium melalui syarikat luar negara secara online, konsep perniagaan mereka adalah orang awam yang beli mesin mining hanya perlu bayar mengikut harga mesin, keuntungan hasil mining yg diperolehi telah ditentukan setiap bulan secara kontrak dlm tempoh 5tahun selagi mesin beroperasi. Setiap mesin yang dibeli akan dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat tersebut, saya hanya terima hasil mining kadar tetap setiap bulan, apakah hukumnya saya mendapat hasil mining secara tetap setiap bulan selama kontrak 5tahun. Mohon penjelasan ya ustaz. Wslm dan terima kasih ustaz.

message user image

Soalan: Ibu saya ingin membayar hutang arwah suami and bapa beliau tetapi orang yang memberi hutang tidak dapat dijumpai. Bagaimana caranya untuk beliau membayar/melunaskan hutang2 tersebut.

message user image

Soalan: Saya ada terbeli dompet berkulit khinzir dari negara China. Saya sangkakan dompet itu daripada kulit lembu kerana ia tertera pada deskripsi yang ia diperbuat dari 'cow leather'. Namun, selepas bertanya pada pengeluar, dan dia nyatakan dompet itu diperbuat daripada kulit khinzir. Saya telah pun terlanjur memesan dompet tersebut. Saya berniat mahu menjualnya juga tapi bukan kepada orang Islam. Tapi adakah boleh saya menjualnya dan mengaut keuntungan daripada jualan barangan kulit khinzir tersebut? Minta pencerahan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukum pelaburan wang zakat? Mengapakah Selangor masih tidak mengeluarkan fatwa pengharusan pelaburan zakat?

message user image

Soalan: Apakah hukumnya bagi seseorang yang beragama Islam bekerja dan menerima pendapatan daripada syarikat yang menjalankan perniagaan perhotelan, taman tema, kasino dan hiburan walaupun pekerja tersebut hanya bekerja di bahagian sokongan dan tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti perniagaan tersebut?

message user image

Soalan: Apakah hukum menerima wang bayaran hutang dari penghutang yang mendapatkan wang dari sumber yang haram seperti judi?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak tanya, saya bekerja di syarikat Jepun. dimana mereka sangat-sangat mementingkan masa. Saya selalu qada' zohor saya kerana sini surau tiada. Saya perlu ke bangunan sebelah untuk solat dan ia makan masa. Saya telah cuba untuk berbincang tapi tiada kesudahan dan faham antara kami. Perlukah saya teruskan bekerja? Nak cari kerja lain susah sekarang ni.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Arwah suami menamakan EPF atas nama saya (dia meninggal tahun lepas). Sejak itu saya menguruskan sendiri untuk selesaikan hutang2 arwah dan juga badal hajinya. Kami mempunya 2 orang anak perempuan (9 tahun, 6 tahun) dan ibu/bapa arwah juga masih hidup. Sejak suami sakit, saya berhenti kerja untuk menjaganya. Suami seorang yg sangat bertanggung jawab pada saya dan ibunya. Suami diserahkan oleh ibu mertua kepada maklongnya sejak kecil manakala bapanya susah untuk dihubungi. Ibu/bapa mertua telah berpisah. Buat masa sekarang, saya tiada pekerjaan tetap. Cuma menguruskan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Masalah saya, ibu mertua menuntut jumlah RM40k untuk dirinya di mana itu tidak bersamaan dengan jumlah pembahagian faraid. Semua urusan telahpun saya selesaikan cuma tinggal keretanya sahaja yang perlu saya jual kerana saya tidak mampu untuk membayarnya. Saya mohon pencerahan dan pendapat tentang perkara berikut:- (1) Jumlah RM40k yang ibu mertua minta, adakah patut saya serahkan jumlah itu tanpa mengikut pembahagian faraid? Sedangkan baki yang ada cuma RM100K. Itupun belum selesai hal kereta lagi (yang mungkin saya kena top-up untuk selesaikan dengan pihak bank jika harga beli kurang daripada baki hutang bank). (2) Apa yang perlu saya lakukan pada bahagian ayah mertua jika saya gagal menghubungi beliau? Adik2 suami tak nak beri bahagian ayah mertua kerana kata mereka, ayah tak menjaga arwah suami dari kecik. Mereka minta saya serahkan bahagian ayah mertua kepada mereka. Saya mohon sangat pencerahan dan jalan penyelesaian daripada pihak mufti. Berat yang saya tanggung ini. Pilu hati saya, belum setahun suami pergi, saya dan anak2 belum kuat dari segi emosi di tambah pula desakan sebegini. Ini usaha saya untuk mencari jalan yang terbaik agar kami dan keluarga arwah tidak bersengketa.

message user image

Soalan: Hukum berhijrah ke negara lain secara haram (tidak mengikut undang2 negara tersebut) dan hukum hasil gaji yg diperolehi melalui pekerjaan yg halal (contohnya, cleaner).

message user image

Soalan: Apakah hukum kutu emas?

message user image

Soalan: Saya bekerja sebagai rider penghantar makanan di sebuah syarikat. Tetapi yang menjadikan saya khuatir adalah saya akan mendapat order dari pelanggan untuk makanan tak halal. Apakah hukumnya ustaz? Dan apa yang saya perlu lakukan? Jika saya terus kan pekerjaan ini. Apakah cara terbaik untuk menguruskan makanan ini.

message user image

Soalan: Saya merupakan petugas kesihatan yang diarahkan untuk membuat kerja lebih masa (Luar waktu pejabat) bayaran kami bergantung kepada pesakit yang datang. Tiada pesakit datang kami tidak akan mendapat upah.pada pendapat pihak tuan adakah patut sedemikian. Tiada orang yang datang. Kami tak dapat upah. Dalam waktu bertugas kami tidak boleh kemana mana. (Standby)adakah menjadi dosa sekiranya tiada orang yang datang kami membuat tuntutan. Takkan kami tak dapat upah sedangkan kami sentiasa duduk dalam keadaan berjaga jaga. Masa tidur lena dan masa bersama keluarga kami korbankan. Kadang kadang hari minggu pun kami kena standby. Tak boleh kemana mana. Tiada pesakit tiada upah. Minta tolong ustaz jawab soalan saya ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Soalan saya, apakah hukumnya bekerja dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan penapisan air, dan dalam kita bekerja, kita tahu ada rakan-rakan kita yang berikan komisen untuk mendapatkan sales? Adakah ia digelar rasuah walaupun bukan untuk mendapatkan sesuatu yang haram? Apakah hukumnya jika kita sudah meletakkan jawatan atas sebab sebab tidak mahu terlibat dalam pemberian komisen, akan tetapi pihak atasan berjanji akan menukarkan kita ke jabatan yang berlainan? Adakah ianya masih haram bekerja di syarikat tersebut? Kerana bukan semua pekerja memberikan komisen, hanya satu dan dua orang sahaja yang mengamalkannya sedangkan pihak atasan tidak menggalakkan pemberian komisen. Mohon pencerahan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin ketahui apakah hukum melabur di ASB, apakah hukum yang sohih dikeluarkan oleh mufti selangor.

message user image

Soalan: Status halal /haram urusniaga bitcoin.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya bekerja sebagai kakitangan kontrak bagi satu projek di sebuah jabatan. Tempoh kontrak saya hampir tamat sekitar 6 bulan lagi. Kemudian majikan tempat saya bekerja syorkan saya dengan tawaran kontrak baru dalam kadar segera. Bermakna dalam satu tempoh yang sama dan tempat bekerja yang sama saya dibayar gaji oleh dua pihak untuk menjaga dua projek berbeza. Saya telah menjalankan tugas bagi kedua-dua projek terlibat. Soalan saya apakah hukum saya bekerja sebagai dua jawatan serentak dan mendapat gaji bagi 2 jawatan. Jika tidak boleh perlukah saya berhenti kedua-duanya atau teruskan bekerja sehingga kontrak tamat. Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Apa hukum menjual/membeli barangan cetak rompak atau "copy-ori"? Sama ada pemilik sebenar jenama tersebut ada ataupun tiada copyright.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum melukis gambar tengkorak pada baju/kasut atau pada peralatan/aksesori lain dengan tujuan untuk menjualnya kepada masyarakat di luar negara? Bagaimana pula dengan hasil pendapatan yang diperolehi dari hasil jualan produk tersebut?

message user image

Soalan: Sejak kebelakangan ini, seperti sedia maklum kini movie/filem mudah di dapatkan di internet. Kebanyakan individu yang share akan dapat ke untungan melalui share movie tersebut. Adakah hasil ke untungan tersebut haram? Saya pernah berbincang dengan kawan saya berkenaan dengan tajuk ini dan saya juga telah membaca artikel berkenaan dengan tajuk ini, hasil daripada perbincangan dengan kawan saya 2 jawapan yang saya terima, 1. Haram kerana mengambil hak milik orang lain 2. Tidak haram kerana pembuat movie tersebut ada tempoh tertentu untuk mendapatkan hasilnya. Oleh itu, apabila hasilnya sudah di terima oleh pembuat movie, movie tersebut tidak haram untuk di kongsi dan mendapatkan keuntungan. Dan hasil daripada pembacaan artikel saya mendapati hukum mendapat keuntungan daripada movie halal hasilnya apabila kita mengshare movie yang bertentangan dengan ajaran islam seperti pelakon yang mendedahkan aurat dan menunjukan pergaulan bebas. Berikutan jawapan yang saya terima lebih daripada 1 saya menginginkan kepastian adakah haram atau halal apabila kita mendapatkan keuntungan daripada share movie? Pendapatan hasil movie: https://www.the-numbers.com/box-office-records/worldwide/all-movies/cumulative/all-time Artikel tentang hukum share movie: https://books.google.com.my/books?id=ZeDOmbj_jboC&pg=PR3&source=gbs_selected_pages&cad=2

message user image

Soalan: Assalamualaikum, kepada Ustaz/Ustazah, terima kasih kerana meluangkan masa untuk membantu kami dengan kemusykilan di bawah: Berikut adalah kemusykilan pihak syarikat. Mohon bantuan dan jawapan bagi membantu kami menyusun syarikat dan gerak kerja Agar berketepatan dengan syariah dan pendapatan yang diberkati. Terlebih dahulu kami memperkenalkan serba sedikit tentang latarbelakang perniagaan kami. Rich Moment Photo merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan fotografi dalam pelbagai genre seperti perkahwinan, produk, konvokesyen, gambar berkumpulan dan majlis-majlis korporat serta istiadat di raja. Kami juga menjual bingkai gambar dan menyediakan perkhidmatan studio untuk tujuan mengambil gambar keluarga dan gambar produk. Soalan 1 : Adakah haram pendapatan kami apabila menjual bingkai gambar beserta gambar studio pada majlis konvokesyen?Kerana terdapat hadis yang menyatakan bahawa rumah tidak di masuki oleh Malaikat Rahmat kerana tergantungnya gambar di rumah. Bagaimana status pendapatan kami yang mana syarikat perlu mengambil gambar ke semua graduan menerima sijil tetapi graduan tersebut tidak menutup aurat dan yang bukan Islam. Soalan 2 : Bgaimana status pendapatan syarikat yang menghantar jurugambar untuk mengambil gambar majlis perkahwinan atau majlis yang terdapat di dalamnya wanita Islam yang tidak menutup aurat dan gambar itu di cuci dan di masukkan ke dalam album, kami tidak dapat mengelak untuk tidak mengambil gambar mereka kerana kami di bayar oleh pelanggan untuk merakamkan suasa perjalanan majlis secara keseluruhan. Soalan 3 : Jika kami mempunyai mesin pencetak gambar dan pelanggan yang menghantar kepada kami itu adalah mereka yang bukan Islam dan kami mencetak gambar tersebut( yang mana wanitanya tidak menutup aurat contohnya gambar perkahwinan masyarakat India, Cina atau Melayu ) bagaimana status pendapatan itu? Begitu juga jika gambar – gambar tersebut jika kami hasilkan dalam bentuk album untuk simpanan pelanggan. Mohon maklumbalas daripada pihak Ustaz dan Ustazah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya. Saya ada sebuah perniagaan. Perniagaan ini di dalam ssm didaftar 4 orang nama. Pertama, saya. Kedua isteri saya, ketiga rakan isteri saya dan keempat majikan kepada isteri saya. Nama ketiga, rakan isteri saya dari mula buka perniagaan telah nyatakan secara lisan, bahawa dia tidak mahu apa apa pun dari perniagaan ini. Dan perniagaan ini adalah perniagaan saya dan isteri saya. Dia hanya ingin membantu sahaja.Nama keempat, secara lisan juga menyatakan, dia tidak mahu apa apa dari perniagaan ini. Hanya inginkan doa dari kami bertiga sekiranya dia sudah tiada kelak. Tambahnya lagi, dia sudah berikan pancing (sebiji mesin dan wang memulakan perniagaan) pandai pandailah saya usahakan. Dia hanya sebagai penasihat sahaja. Bermula dari mesin 1head sahaja perniagaan saya uruskan,dibantu isteri dan rakan (nama ke 3) kerja tidak mengira masa, dan mampu membayar ansuran bulanan mesin lebih besar 6head sehinggalah selesai hutang. Alhamdulillah, perniagaan kami usaha tiada hutang tertunggak dengan pembekal. Walaupun kawan isteri dan majikan isteri saya dari awal sudah mengatakan tidak mahu apa apa dari perniagaan ini, saya tetap berikan elaun secara bulanan sebagai tanda penghargaan dari saya.Setelah perniagaan agak bagus, selain dari gaji bulanan. Saya ada menggunakan wang dari perniagaan ini untuk tujuan peribadi saya. Namun baru baru ini, ada berlaku pertelingkahan antara isteri saya dan kawan nya (nama ketiga). Akhirnya majikan isteri saya (nama keempat) masuk campur dan mengambil keputusan menutup perniagaan ini dan mula mempersoalkan semua kewangan. Mereka menuduh saya tak jujur. Pecah amanah. Dan ambil duit sesuka hati tanpa berbincang. Sedangkan dari awal2 mereka sendiri dah cakap yang mereka tidak mahu apa2 pun dari perniagaan nie. Dan pandai2 la saya uruskan perniagaan ni. Hinggakan mesin kecil yang diberi diambil semula dan mesin baru yang lebih besar yang dibayar hasil dari perniagaan yg diusahakan juga turut diambil. Soalan saya ustaz. 1. Halal atau tidak duit yang saya ambil dari perniagaan selain dari gaji asas. 2. Halal atau tidak majikan isteri saya mengambil semula mesin yg diberikan. 3. Apakah status mesin yang lebih besar hasil perniagaan yg saya usahakan itu. Adakah nama ke ketiga dan ke empat punya hak. 4. Apakah status hak perniagaan itu dalam islam kerana nama mereka ada di dalam ssm.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada sedikit pertanyaan. Saya membeli insuran konvensional, great eastern. Boleh saya tahu, saya masih keliru, kerana saya sudah membeli insuran itu atas nama saya, anak dan juga isteri. Ada agent insuran islamic menyatakan "insuran konvensional" yang saya beli itu akan merugikan saya. Kerana mereka memberitahu bahawa jikalau saya sudah meninggal atau pemegang polisi tersebut meningal, wang "pampasan" itu tidak di wariskan kepada penama yang saya telah wariskan. Kerana mereka beritahu wang tersebut akan disekat di bahagian baitumal dan amanah raya. Jika itu benar, insuran yang saya beli sekarang adalah merugikan. Atau pun ini cuma marketing strategi mereka untuk menarik orang Islam membeli produk mereka.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan 1 soalan berkenaan status halal atau haram dari hasil perkejaan sebagai pengutip hutang di syarikat kutipan hutang yang berdaftar dan diwakilkan oleh istitusi2 perbankan. Tugas kerja menghubungi peminjam atau penjamin untuk meminta semula bayaran tunggakan dan saya akan dibayar upah komisen dari setiap kutipan oleh pihak bank.

message user image

Soalan: Salam. Saya ingin bertanya tentang hukum menggunakan perkhidmatan kad kredit. Saya telah menemui dua pendapat, 1) Sebagai seorang muslim, adalah haram untuk menggunakan kad kredit konvensional walaupun berazam untuk membayar amount bulanan sebelum dikenakan "interest". Pendapat ke-dua(2) pula mengatakan adalah halal menggunakan kad kredit sekiranya bayaran bulanan dibuat sebelum dikenakan "interest" Saya cuba mencari jawapan di laman web fatwa ini. Semoga dapat bantu saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan, saya mempunyai persoalan. Saya bekerja sambilan dengan satu agensi menghantar makanan halal & non halal (delivery). Agensi ini membayar saya mengikut berapa "order" yang saya dapat (contohnya RM10 per order). Ada kala saya mendapat order untuk menghantar makanan halal dan adakala saya mendapat order untuk menghantar makanan non-halal. Persoalan saya, apa hukum gaji yg saya dapat ketika saya mendapat order untuk menghantar makanan haram (pork, bacon etc.)? Adakah ia haram serta merta? Ada segelinitr sahabat saya berkata gaji tersebut haram sama sekali, tetapi ada juga yang berkata sebaliknya tetapi keseluruhannya makanan non-halal akan dihantar kepada non-muslim. Jadi berbalik kepada persoalan saya, adakah haram jika saya menerima gaji tersebut atau halal? Dan jika haram, apa yang saya boleh buat dengan gaji tersebut (derma or etc?). Apakah saya boleh meneruskan pekerjaan sedemikian? Mohon penjelasan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya berniaga di pasar. Apabila selesai berniaga terdapat lebihan wang tunai. Apa yang harus saya lakukan dengan wang tersebut. Sila terangkan dengan terpeinci. Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Salam Sejahtera, apakah hukum mengambil hadiah percuma apabila syarikat membeli sesuatu barangan. Contohnya, syarikat beli penyaman udara dan diberikan hadiah percuma dan saya berniat untuk mengambil hadiah percuma tersebut.

message user image

Soalan: Pembelian tanah melalui broker. Broker ambil komisen yang terlalu tinggi tanpa keluarkan modal. Sah atau tidak duit komisen itu?

message user image

Soalan: Apa hukumnya suami isteri menyewa bilik/tinggal dalam bilik dalam rumah yang turut didiami oleh bukan mahram lain? Di Shah Alam pada masa inj banyak iklan/permintaan bilik sewa kepada/untuk pasangan suami/isteri. Apa pula hukum tuan rumah yang membenarkan pasangan suami/isteri menyewa bilik tersebut. Terima kasih. Assalamualaikum.

message user image

Soalan: Adakah dikira judi jika senior berkata jika juniornya berjaya mencari 5 customer, senior akan belanja dan jika junior gagal mencari 5 customer, maka dia akan didenda dengan membelanja si senior tadi.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai hukum atau Pandangan mufti Selangor mengenai apa hukum jika kita menjalankan proses Jual beli janin haiwan mahupan manusia yang masih dalam kandungan. Hal ini disebabkan isu ini giat dijalankan di Indonesia. Dan saya ingin membuat penyelidikan mengenai Isu ini.

message user image

Soalan: Saya bekerja di bahagian operasi syarikat yang memberi khidmat menyusun barang makanan dan minuman bagi semua pasaraya dan kedai serbaneka seperti 7 Eleven dan 99 Speedmart. Syarikat kami baru sahaja memperoleh tender bagi barangan alkohol Carlsberg. Saya bagaimanapun tidak menguruskan bahagian itu secara langsung berikutan saya berada di dalam bahagian lain. Adakah gaji yang diterima halal (memandangkan syarikat akan mencampur wang perolehan mereka termasuk dari sumber urus niaga carlsberg)? Apakah saya perlu bertukar tempat kerja? Mohon pencerahan dari pihak tuan/puan .

message user image

Soalan: Assalamualaikum, soalan saya, saya pemilik salun rambut muslimah. Soalan 1 bolehkan saya mengambil gambar selepas rambut pelanggan saya (tidak menunjukkan wajah pelanggan). Soalan 2: Berkenaan isu gambar non-muslim. Saya inginkan kepastian. Benarkah boleh kita menggunakan model rambut non-muslim (menggunakan apa-apa gambar non-muslim di carian google) sebagai iklan promosi di fb (pakaian sopan).

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Mahukan hukum seseorang islam yang berkerja di kilang menjual dan membuat servis mesin-mesin membuat label. Kadang kadang syarikat akan mengarahkan untuk pergi ke kilang arak bagi membuat servis atau repair mesin-mesin label botol arak. Dan syarikat pula, tiada orang bukan islam untuk melakukan servis tersebut. Bagaimanakah pandangan hukum dalam masalah ini?

message user image

Soalan: Apakah hukum bidaan atau "bidding"?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan hukum menjual ubat yang tidak halal. Situasinya adalah, saya adalah seorang jurujual bagi syarikat farmaseutikal dan saya diberi 10 produk untuk dijual. 1 antaranya mengandungi porcine (khinzir). Saya berfikir untuk tidak menjual/mempromosikan produk tersebut tetapi saya tidak boleh melarang atau menghentikan pembelian dari pelanggan/farmasi/hospital. Jualan dari produk tersebut akan diletakkan dibawah saya. Apakah hukum bagi situasi seperti ini?

message user image

Soalan: Assalam. Ust saya hendak tanya akad jual beli seperti “Ust saya hendak tanya tentang pajak tanah. Contoh buah2an. Tak boleh sebab belum jelas masaknya.” Kalau kelapa sawit bagaimana pula sebab contoh ada orang nak beri usaha tanah sawit selama 5 tahun dan dia minta RM3 Ribu. Boleh ke saya semasa akad jual beli menyatakan "Saya akan usahakan tanah sawit ini selama 5 tahun dan dengan ini sebagai sumbangan kepada tuan saya beri sebanyak RM3 Ribu”?

message user image

Soalan: Dalam sesebuah drama atau filem melayu, ada adegan bersentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, seperti babak anak dan ibu. Berpelukkan, tetapi mereka bukan mahram. Adakah rezeki yang mereka dapat dari hasil lakonan tersebut 'HALAL' dan boleh digunakan untuk perbelanjaan ibadah haji?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya bercadang untuk membeli motor melalui loan kedai kerana tidak mampu untuk membayar tunai harga motor, setelah saya survey semua kedai menawarkan loan kedai dengan pakej wajib ambil insuran konvesional. Jadi persoalan saya, bolehkah saya beli motor menggunakan loan kedai dengan syarat wajib ambil insuran konvesional kerana tiada kedai yang menawarkan insuran islamik

message user image

Soalan: Berdosakah duit riba diberikan kepada individu yang memerlukan umpamanya bagi rawatan perubatan atau melangsaikan hutang?

message user image

Soalan: Apakah hukum bekerja sebagai pemungut hutang? Saya juga keliru antara riba' yang dimaksudkan, kenaikan yang terjadi disebabkan masa, dan kerugian syarikat (pemberi pinjaman/syarikat pemungut hutang) yang perlu ditanggung seperti mengupah pekerja. Apakah hukum mengambil upah sebagai pemungut hutang, iaitu bekerja bergantung kepada komisen.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Bolehkan duit tidak patuh syariah di gunakan untuk membeli kenderaan seperti van untuk kegunaan sekolah?

message user image

Soalan: Assalammualaikum WBT. Saya ingin bertanya apakah hukum seseorang mencari rezeki dengan hanya bermodalkan sejumlah wang yang kecil dan dilaburkan di sebuah institusi pelaburan/syarikat dimana, urus niaga di dalam US Dollar. Hasil dari modal itu tadi, menjadi berganda dalam satu tempoh yang ditetapkan sedangkan dia hanya menunggu dan tambah modal ke dalam akaun itu. Mohon penjelasan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukum insurans yang diberikan oleh syarikat bas terhadap penumpang dan pemandu bas sekiranya berlaku kemalangan dan sebagainya? Adakah membeli tiket bas untuk perjalanan adalah haram kerana terdapat unsur-unsur membayar insurans tersebut?

message user image

Soalan: Bekerja disyarikat 7eleven di department real estate dan construction. Tugasan saya mencari kedai baru dan menyiapkan proposal termasuk mempersetujui hasil jualan rokok dan alkohol. Adakah perkerjaan saya halal atau saya kena cari kerja lain? Adakah hasil pendapatan gaji saya datang daripada rokok dan arak?

message user image

Soalan: Assalam. saya membawa wang syarikat sebanyak 10 ribu dengan kereta. Dipertengahan jalan saya telah dirompak. Saya telah membuat laporan polis. Soalan saya dari segi agama islam, perlukah saya mengganti balik wang itu kepada syarikat? Assalamualaikum

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ada persoalan berkenaan menjual tanah kepada orang bukan Islam bagi tujuan membuat tanah perkuburan mereka. Adakah dibenarkan dalam Islam? Sekian terima kasih

message user image

Soalan: Adik ipar saya ada gadaikan barang kemas kepada pajak gadai dengan faedah dikenakan sebanyak 2% sebulan. Bolehkah saya menebus barang kemas tersebut dan menyimpannya? Bila adik ipar saya membayar balik kepada saya, saya akan kembalikan kepadanya barang kemas tersebut tanpa mengambil sebarang keuntungan. Minta nasihat dari segi hukum. Tq.

message user image

Soalan: Saya ingin membuat pertanyaan. Adakah wajib individu A untuk membayar hutang kereta yg telah ditarik 20 tahun yang lalu, sedangkan kereta itu bukan milik A tetapi hanya menggunakan namanya. Saya musykil adakah berdosa jika hutang itu tidak bayar atas alasan bukan milik A tetapi atas nama sahaja. Individu B yg menggunakan nama A untuk membuat pinjaman. terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum, 1) Ketika membeli rumah, kebiasaannya orang akan memohon jumlah pinjaman yang lebih dari bank dengan tujuan untuk digunakan sebagai pengubahsuaian rumah. (pinjaman melebihi dari harga rumah). Apakah hukumnya ?

message user image

Soalan: Dalam urusan jual beli tanah, pembeli dikenakan bayaran pampasan jika lewat bayar dari tarikh yang ditetapkan mengikut bilangan hari. Kadar dikenakan selalunya peratusan dan jumlah harga jualan. Soalan: Adakah bayaran itu dikira riba atau diharuskan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Sya ingin bertanya berkenaaan Pelaburan ASB dan ASN. Ada yang menyatakan hukum harus atau haram. saya ragu-ragu dalam pelaburan ini. Harap dapat penjelasan dari pihak mufti. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah membuat pelaburan ini dan telah mendapat dividennya. Bagaimana dengan zakat yang perlu di keluarkan? Apakah saya harus teruskan pelaburan ini atau sebaliknya mengikut hukum yang sebenarnya yang disyariatkan dan diredhai Allah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan tentang nafkah tempat tinggal. Saya bekerja di JB dan suami pula di Muar. Saya cuba untuk bekerja di Muar tetapi gaji yang ditawarkan sangat rendah berbanding di JB dan saya perlu kerja untuk menampung ibu saya dan membayar hutang belajar saya. Saya bekerja di JB dan tinggal bersama ibu di rumah pusaka. Suami bekerja di Muar berpendapatan kecil , tinggal di rumah pusaka. Persoalan saya, adakah menjadi kewajiban bagi suami untuk menyediakan tempat tinggal untuk saya yang di JB? Sedangkan saya sudah menumpang rumah ibu dan suami ada menyediakan rumah di Muar. Ibu saya menyindir suami saya seolah-olah tidak menjalankan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal.

message user image

Soalan: Bolehkah orang Islam berniaga barang perhiasan berbentuk khinzir seperti patung, tabung, hiasan meja dan sebagainya?

message user image

Soalan: Apakah hukum sebagai pemandu grab dimana pemandu wajib mengeluarkan sejumlah wang deposit dan hanya akan menerima kembali wang daripada syarikat grab sebanyak 80 peratus apabila selesai melakukan pekerjaan penghantaran pelanggan dari destinasi ke destinasi. Adakah ini dikira sebagai riba ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti, Apakah hukum melabur di ASB?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, maaf saya nak bertanyakan status halal pelaburan dalam ASB dan ASN bagi tahun 2019. Adakah majlis fatwa selangor sudah menghalal kan pelaburan itu? Terima Kasih.

message user image

Soalan: Saya membuat pelaburan forex. Fatwa kebangsaan memutuskan forex trading adalah haram. Saya membuat pelaburan melalui satu syarikat. Syarikat tesebut berjanji jika rugi pihaknya akan membayar semula modal. Tetapi malangnya rugi. Syarikat tersebut terpaksa membayar duit pelabur dengan menggunakan forex trading. Adakah halal saya menerima modal saya daripda hasil forex trading oleh syarikat tersebut?maksudnya syarikat terpaksa membuat forex trading untuk membayar modal saya sedangkan forex trading itu diharamkan oleh fatwa kebangsaan. Saya agak keliru.

message user image

Soalan: Caj bulanan bagi penyelenggaraan di apartment telah ditetapkan kepada semua pemilik. Apa hukumnya dikenakan caj/denda lewat bayar 10% sekiranya pemilik lewat bayar? Untuk makluman, setiap tahun yuran tertunggak pemilik rumah semakin meningkat sedangkan pengurusan perlukan wang untuk mengurus. Sekiranya caj 10% adalah riba, apakah kaedah yang boleh laksanakan.?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tn/Pn, Sebelum ini saya tinggal di Shah Alam tetapi sekarang tinggal di luar negara. Mohon maaf, boleh saya bertanya 2 soalan mengenai pendapatan? 1. Apakah hukum duit pendapatan (setiap kali jual beli) peniaga-peniaga Islam yang berniaga (contohnya sayur-sayuran atau buah-buahan) di tepi jalan, sedangkan mereka tidak mempunyai lesen kebenaran berniaga dari pihak berkuasa? 2. Apakah hukum duit pendapatan (terlebih kerja 1 hari) kepada seseorang yang hanya dibenarkan oleh kerajaan untuk bekerja 5 hari sahaja dalam seminggu (syarat ini tertulis di dalam visa sementaranya) walaupun syarikat tempatnya bekerja telah mengetahui syarat tersebut tetapi masih membenarkannya untuk bekerja 6 hari atau 7 hari seminggu sekiranya dia mahu untuk bekerja 6 hari atau 7 hari tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum WBT Saya ingin membuat pertanyaan terhadap status wang yang saya terima hasil dari upah seperti situasi berikut: Saya mempunyai sedikit kelebihan dalam bidang Multimedia, rakan saya telah meminta bantuan saya untuk menyediakan "Hard Disk Karaoke" supaya beliau dapat menggunakan Hard Disk tersebut semasa menganjurkan majlis perkhawinan. Untuk makluman, beliau mempunyai syarikat katering majlis perkahwinan yang turut menyediakan perkhidmatan pengacaraan termasuk karaoke. Saya tidak mahu menerima wang upah dari beliau, namun beliau tetap berkeras ingin memberi upah kepada saya atas masa, tenaga yang saya korbankan untuk membantu beliau. Jumlah upah yang diberikan adalah sebanyak RM 120. Saya berasa musykil mengenai status wang ini memandangkan ianya hasil dari perkara yang pada akhirnya membawa kepada kelalaian umat. Pertanyaan saya: a. Adakah halal bagi saya menggunakan wang tersebut (patuh syarak) b. sekiranya tidak, bagaimana saya hendak menyalurkan wang tersebut?

message user image

Soalan: Saya hendak beli emas baru, saya menjual emas lama dan tambah sedikit harga untuk emas baru. Dibolehkan atau tidak?

message user image

Soalan: berkenaan wasiat, adakah dibolehkan jika saksi hanya membuat rakaman suara tetapi tidak hadir di tempat ketika wasiat itu ditulis ?

message user image

Soalan: Apakah hukum sebagai pemandu e-hailing di mana wang deposit di e-wallet akan di ambil oleh syarikat e-hailing sebanyak 20 peratus ketika berjumpa dengan penumpang akan tetapi pekerjaan menghantarnya belum selesai ? Terdapat gharar di dalam akad tersebut di mana penumpang mungkin membatalkan perjalanan atau pemandu mempunyai masalah untuk menghabiskan perjalanan tersebut dan tidak menerima langsung apa-apa jumlah bayaran untuk perkerjaan tersebut walaupun e-wallet pemandu telah di potong dan di ambil bayaran sebagai komisyen sebanyak 20 peratus. Adakah gharar ini di maafkan oleh syarak ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. mohon pandangan berkenaan wakaf. Syarikat A mencetak kitab. Syarikat A mengajak orang berwakaf dengan membayar harga kitab tersebut. Bolehkah syarikat A mengambil keuntungan daripada kitab yang diwakafkan . Banyak syarikat mengajak orang ramai berwakaf dengan produk keluaran mereka dan dalam masa yang sama mereka mengaut keuntungan kerana ada pelanggan beli produk mereka. Maksudnya menjual produk dengan menggunakan medium wakaf . Apakah hukumnya?

message user image

Soalan: 1) Bolehkah ustaz yang memberi kuliah di akhir kuliah mengumumkan permohonan derma untuk tujuan tertentu seperti untuk maahad tahfiz kelolaan ustaz tersebut. 2) bolehkah ustaz yang menyampaikan kuliah sambil membuat jualan barangan untuk tujuan tertentu seperti untuk menampung kos pengurusan tahfiz milik beliau

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya berkerja di sebuah syarikat jenteran pertanian milik non muslim. baru-baru ini saya diminta untuk study tentang teknologi pertanian dari israel kerana majikan hendak membeli teknologi dari mereka sekiranya sesuai. beli melalui negara lain memandangkan malaysia sekat barangan israel. apa patut saya buat kerana semestinya saya menyumbang?

message user image

Soalan: Saya nak tanya berkenaan pekerjaan saya berkat atau tidak. Disini saya bekerja sebagai manager di satu syarikat ini berkenaan dengan pelaburan emas. Kami menjalankan promosi melalui pencarian pekerja untuk mencari pelabur. Jadi kami menyediakan latihsn yang didalam nya untuk menarik minat orang yang mahu bekerja untuk melabur di syarikat akan tetapi cara kami memberi latihan akan lebih bercakap tentang untung. Jadi adakah saya patut kekal atau keluar dari syarikat tersebut?

message user image

Soalan: Hukum bekerja di bank yang bercampur sistem islamik dan konvensional?

message user image

Soalan: Dalam urusan jual beli, sebagai penjual, apa hukum mengubah tarikh luput atas barangan yang dijual?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan, Saya ada kemusykilan. Sebuah NGO iaitu Rotary Club telah menjalankan Program MyKasih. Dalam program ini mereka menyalurkan sumbangan berjumlah RM80- RM100 sebulan kepada murid dalam Kad Debit. Murid boleh mengguna kad ini membeli makanan di kantin sekolah. Soalan saya, bolehkah pelajar beragama Islam menerima sumbangan daripada NGO yang dalam pengetahuan saya dianjurkan badan Kristian khususnya untuk membeli makanan. Mohon penjelasan tuan berhubung dengan isu ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan, seorang rakan saya merupakan bekas pekerja Royal Selangor Club selama 20 tahun, beliau bekerja sebagai pelayn yang mana beliau terlibat dengan hidangan arak, soalan beliau adalah apakah hukum beliau menggunakan wang EPF hasil daripada pekerjaan beliau selama 20 tahun bersama Royal Selangor Club? Beliau sangat rungsing Harap ada jawapan terhadap persoalan beliau..

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ada soalan mengenai hutang yang perlu diselesaikan oleh waris. Untuk makluman ustaz, bapa mertua saya telah meninggal dunia dan mempunyai sebuah syarikat hartanah kecil semasa arwah sihat. Semasa arwah sakit, syarika tersebut telah di tutup. Selepas arwah bapa mertua meninggal, terdapat tuntutan wang pelaburan daripada orang yang terlibat (perjanjian antara syarikat dan pemilik-pemilik tanah yang telah melabur) pemilik-pemilik tanah menuntut wang hasil pelaburan yang dijanjikan oleh syarikat arwah bapa mertua dahulu. Sekarang bapa mertua telah tiada dan pemilik tanah ini memohon waris iaitu anak arwah untuk menyelesaikan tuntutan itu. sedangkan anak-anak arwah tidak tahu menahu mengenai syarikat itu dan tidak bekerja dengan syarikat itu. tambahan pula syarikat itu telah ditutup. Adakah wajib waris menyelesaikan tuntutan ini, jika benar waris perlu selesaikan, waris tidak mempunyai apa-apa untuk dilangsaikan kepada penuntut. saya amat memohon soalan ini dapat dijawab dengan segera oleh pihak ustaz. ribuan terima kasih.

message user image

Soalan: Salam. Saya ingin bertanya bagi pihak kawan saya. Kawan saya inginkan kenaikan gaji kerana hendak menggunakan duit secepat mungkin. Apa yang telah dilakukan oleh beliau adalah seperti ini. Beliau melakukan satu surat tawaran palsu, dengan tawaran gaji yang diberi sebanyak sekian sekian. Dan memaklumkannya kepada HR syarikat tersebut. Sebelum itu, pihak syarikat boleh menaikkan gaji beliau jika beliau mendapat offer letter dari mana-mana syarikat. Oleh kerana tidak mendapat apa-apa tawaran kerja, beliau buat surat tawaran palsu. Jadi, disebabkan beliau diperlukan dalam syarikat itu, pihak syarikat bersetuju menawarkan kenaikan gaji sebanyak yang di tawar di dalam surat tawaran palsu itu. Januari yang lepas, kontrak yang baru telah diberi berdasarkan gaji beliau yang baru di mana lebih tinggi dari sebelumnya. Persoalan: Adakah gaji lebihan yang didapat daripada gaji asal itu berkat? Jika tidak, apa yg harus dilakukan dengan duit tersebut? Dan apa yang harus dilakukan oleh beliau untuk memulihkan keadaan? Beliau menegaskan bahawa salah HR kerana tidak semak surat tawaran tersebut Harap tuan dapat memberi penjelasan ini kerana beliau tidak tahu untuk rujuk kepada sesiapa.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah berkat rezeki yang kita peroleh andai kita bersubahat/bersekongkol dengan kawan sepejabat dalam melakukan perkara yang dilarang dalam syarikat? Contoh: Si A menolong si B untuk si B melarikan diri dari syarikat dengan si A membantu mengeluarkan notis singkat dan berpura-pura tidak tahu akan kehilangan si B. Apakah berkat gaji/rezeki yang diperoleh dari perbuatan si A. Mohon penjelasan dari ustaz/ustazah. Sekian

message user image

Soalan: Bapa saya pernah berhutang dengan pihak bank suatu ketika dahulu. Setelah sekian lama , pihak bank kini menuntut hutang tersebut yang mana hutang tersebut telah bercampur aduk nilai asalnya dengan bunga(riba). Bapa saya kini sudah tua dan tidak kuat bekerja . Soalannya adakah boleh saya melangsaikan hutang tersebut dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak walaupun hutang tersebut melibatkan permasalah riba ?

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Saya ingin bertanyakan kemusykilan berkenaan hukum memancing (ikan, udang dll) di kolam secara berbayar. Setahu saya, memancing berbayar adalah satu bentuk perjudian di mana melibatkan dua pihak yakni 1 pihak samada akan untung atau 1 pihak lagi akan rugi. Ia seolah bergantung pada nasib. Ia menafikan hak pemancing untuk mendapatkan kualiti dan kuantiti ikan/udang yang bersesuaian dengan jumlah yuran yang dibayar. Namun terdapat juga pendapat mengatakan jika pemancing berniat untuk menyewa kemudahan/perkhidmatan yang disediakan oleh pemilik kolam, maka hukum memancing tika itu adalah dibolehkan. Saya sesungguhnya keliru. Mohon jasa baik Ustaz tolong berikan penjelasan supaya saya mudah faham. Dan seterusnya saya dapat berkongsi ilmu tersebut dengan rakan-rakan lain.

message user image

Soalan: Ustaz saya ada kemusykilan. Sanak saudara saya (F) yg duduk di Felda Sg Pancing yang bekerja di kantin markas tentera dekat sana telah memberikan beberapa barang seperti ikan bilis , kordial dan serbuk kopi kepada saya. Saya rasa ragu-ragu untuk menggunakan barang tersebut sebab ada tertulis hak kerajaan malaysia. Dia bagitau yang pegawai di situ tidak suka makanan yang dimasak menggunakan barang yang dibekalkan oleh kerajaan secara percuma kepada tentera. Jadi beliau menyuruh atau mungkin tidak saya tak dapat pastikan adakah cerita dari F ini benar, pegawai itu menyuruh dia membeli barang lain untuk dimasak hasil dari jualan barang tadi. Lalu dia bawa semua barang itu ke rumahnya dan jual pada jiran dan hadiahkan pada sanak saudaranya. Apakah kerajaan tahu komplot di antara pegawai dan pekerja kantin itu? Bolehkah kami orang awam memanfaatkan barang tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan, Surau kami ada membuat permohonan untuk memasang karpet baharu. Bagi mendapatkan dana, kami telah melancarkan Sumbangan Waqaf Karpet menerusi surat, e-mel dan whatsapp. selepas satu ketika, didapati sumbangan daripada orang ramai/korporat melebihi jumlah yang diperlukan. Soalannya bagaimana untuk menguruskan lebihan sumbangan ini? Mohon penjelasan tuan.

message user image

Soalan: assalammualaikum saya ingin mendapatkan pencerahan, mengenai bidaan. syarikat saya membeli no. plat kenderaan dan melakukan open bidaan kepada umum. pastinya sesuatu no. plat kenderaan akan menjadi rebutan kerana susunan nombornya yang unik dan menarik. maka persoalannya ialah adakah boleh proses bidaan ini dilakukan. juga ia menjadi sebahagian dari keuntungan syarikat. sekiranya tidak boleh mohon dinyatakan sebabnya mohon pencerahan terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum Dato' Tuan Mufti. Saya telah trade in gelang emas lama dengan membeli gelang emas baru yang lebih berat dari gelang lama. Saya terlupa bahawa kaedah tersebut berunsur riba'. Bagaimana cara sy nak bersihkan harta saya dari unsur riba' tersebut? Atau saya perlu nilaikan jumlah riba' dan salurkan untuk kegunaan membina prasarana sekolah dsb. Mohon respons Dato' berkenaan permasalahan ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: Asalamualaikum, Saya sedia maklum melalui pembacaan di internet mengenai status insurans dan penglibatan secara terus adalah hukumnya haram. Saya bekerja sebagai seorang pelatih di salah sebuah syarikat insurans di Malaysia. Apakah hukumnya jika saya melatih modul pembelajaran yang berkaitan insurans (bukan takaful) dan dalam masa yang sama memberi semangat serta sales idea kepada agen-agen yang sememangnya mereka menjual produk insurans. Berdosakah saya? Bagaimana pula dengan gaji yang saya terima? Mohon pertolongan serta pencerahan daripada ustaz.

message user image

Soalan: Assalamua'laikum YBhg. Datuk Mufti, Saya ingin bertanyakan berkenaan dengan pelaburan melalui Contract for Differences (CFD). Adakah dibolehkan sekiranya menggunakan broker yang dimiliki oleh orang Islam yang memberi jaminan 'swap free' dengan kata lain tidak terlibat dgn riba. Mohon pandangan SS Dato Mufti memandangkan pelaburan CFD ini banyak mendatangkan keuntungan setakat ini.

message user image

Soalan: apakah hukum saya makan / jual daging lembu yang saya langgar di jalan raya (sempat Sembelih). ini kerana tiada tuan lembu yang mengaku bertanggungjawab apabila diminta berbuat demikian. hasil jualan daging lembu tu saya guna untuk baiki kereta saya

message user image

Soalan: Salam Ust, soalannya: Syarikat saya telah mendapat projek membina dinding mudah alih (operable wall) di salah satu gereja di Melaka, Persoalan, bolehkah kami meneruskan projek pembinaan ini? memandangkan ianya sebuah gereja tempat sembahan orang bukan islam. Terima Kasih

message user image

Soalan: Apakah hukum menerima wang tips di dalam aplikasi GRAB dan e-hailing secara online ? Penumpang akan diberikan pilihan untuk memberi wangs tips di dalam aplikasi secara online setelah sampai ke destinasi yang dipersetujui tanpa pengetahuan dan pilihan dari pemandu. Adakah ini sama seperti meminta wang tambahan dari akad as-salam melalui tulisan ? Adakah halal untuk menerima wang hadiah tersebut apabila wang tersebut sudah masuk ke dalam e-wallet pemandu ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin bertanya bagi pihak kawan saya. Ayahnya pernah membeli sebuah rumah tetapi di atas tanah abang kepada ayahnya sebanyak RM15000 pada 20 tahun yang lepas. Akan tetapi pada tahun ini, abang kepada ayahnya mahukan semula tanah yang telah dibina rumah itu kerana ingin melaksanakan projek taman perumahan yang baru. Persoalannya, adakah ayahnya berhak mendapat pampasan rumah (harga yang dibeli atau lebih kerana permintaan tinggi atas peredaran masa) mengikut hukum islam? Jika ya berapakah jumlah pampasan yang dibenarkan? Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, penyewa rumah saya gagal membayar tunggakan sewa dan bil utility sebanyak RM2000 dan telah mengosongkan rumah. saya bertindak mengambil barangan beliau iaitu penapis air coway sebagai cagaran agar dia menjelaskan hutang tunggakan tersebut.(hanya itu sahaja yang bernilai) tapi rasanya ia masih dlm proses sewa beli. penyewa seorang bangsa india. saya memberi masa selama 6 bulan untuk menjelaskan hutang. sekiranya gagal saya ambil coway sebagai ganti. apakah hukumnya? minta penjelasan dan terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada mendengar ceramah sekiranya orang yang mengajak orang untuk melabur dan pelaburan tersebut tidak menguntungkan maka baki pelaburan ( modal ) perlu dibayar. Kawan sepejabat saya telah mengajak dan berjanji untuk membayar jika saya melabur dalam pelaburan (MLM). Atas dasar percaya dengan janji beliau saya telah membuat pinjaman bank namun selepas beberapa bulan syarikat MLM tersebut telah ditutup. Soalan saya apakah hukum yang telah kawan saya janjikan untuk membayar modal kepada saya. Saya juga telah meminta kawan saya untuk membayar semula namun beliau enggan membayar.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, seorang pegawai kerajaan seperti guru tidak dibenarkan mempunyai sumber pendapatan lain seperti berniaga. Apakah hukum seorang guru membuat bisnes seperti biskut raya atau homestay untuk mendapatkan duit sampingan? dari segi halal haram dan keberkatan rezeki. Terima kasih..

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin meminta pendapat kalau orang bayar kita untuk iklankan barangan yang dia jual akan tetapi saya tidak pernah cuba, kiranya saya tidak tahu barang yang dia jual tipu atau tidak sebab saya hanya ambil upah untuk iklankan sahaja, apakah hukum duit yang saya peroleh?

message user image

Soalan: 1.Apakah hukum trade in barang kemas lama kepada barang kemas baru? 2.Bagaimanakah proses penukaran barang kemas lama kepada barang kemas baru mengikut syariat yang sah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wrt wbt Dato' Mufti. Saya mempunyai kemusykilan mengenai pekerjaan saya sekarang ini. - Mula bekerja di syarikat ini pada tahun 2008. - Syarikat ini HQ di Germany, dan mempunyai Distribution Centre di China, Malaysia dan US. - Pada ketika itu, kesemua HQ dan distribution centre menjalankan perniagaan menjual peralatan menternak ayam dan khinzir. Kecuali distribution centre di Malaysia, di mana hanya menjalankan perniagaan untuk ayam sahaja. - Namun pada tahun 2018, pengurusan tertinggi kumpulan mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan membekal peralatan penternakan khinzir di Malaysia. - Syarikat ini tidak menternak khinzir, tetapi menjual peralatan menternak kepada penternak-penternak khinzir. - Saya dalam bahagian procurement. Sebagai contoh, saya terlibat dalam development control panel untuk ladang khinzir dan ladang ayam. Control panel ini di design khas untuk mengendalikan ladang khinzir, tidak sama dengan control panel untuk ladang ayam, di mana ia juga mempunyai design tersendiri. - Soalan saya, apakah hukum saya bekerja di sini? Saya memohon pencerahan dari Dato' Mufti. Assalamualaikum.

message user image

Soalan: assalamulaikum saya ingin bertanya hukum bekerja di luar negara tanpa permit yang sah, walaupun pekerjaan dari sumber halal

message user image

Soalan: Assalam. Apakah hukum seorang wanita menjual alatan solek menggunakan wajah mereka sebagai iklan di laman sosial, membuat demo secara langsung dan mempamerkan dua wajah sebelum dan selepas bersolek meskipun dilarang suami. Terima kasih

message user image

Soalan: Apakah hukum menggunakan wang lebihan bayaran daripada pelajar untuk program lawatan kepada program yang berlainan walaupun tujuan asal bayaran untuk program lawatan.

message user image

Soalan: Saya tolong beratur dan seterusnya tempah meja di restoran tiada sijil halal untuk pelanggan bukan islam. Saya diberi upah untuk usaha saya itu. Adakah upah saya itu halal atau sebaliknya? Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ingin tahu mengenai skim pinjaman asbf. saya memang berniat untuk ambil keuntungan dengan menutup akaun tersebut selepas 2 tahun. apa hukumnya? maksudnya, saya memang rancang masuk pelaburan asb, selepas 2 tahun akan tutup akaun tersebut sebab masa itu akan untung dalam 5k.

message user image

Soalan: Apa hukumnya jika seseorang itu mencari rezeki melalui pertunjukan patung puppet.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, begini situasi saya. Kawan saya ingin beli TV. Dia meminta saya untuk membeli TV untuknya. Dia kemudiannya memberi saya wang RM 850. Setelah beberapa jam, dia meminta untuk dikembalikan wang tersebut. Dia ingin membatalkan semula pesanan untuk membeli TV. Saya menipu dia bahawa saya cakap, saya sudah membayar wang itu kepada syarikat barangan tersebut. Hakikatnya, saya belum membayarnya lagi kepada syarikat barangan tersebut. Saya mengatakan kepada kawan saya bahawa syarikat tersebut hanya boleh memulangkan wang tersebut sebanyak RM 650 dan lagi RM 200 itu akan dikembalikan setelah 1 minggu..Saya hanya pulang wang dia semula sebanyak RM 650 dan RM 200 itu saya ambil untuk saya membayar hutang saya..Saya amat terdesak ketika itu untuk membayar hutang saya.. Saya berhasrat untuk memulangkan kembali wang RM 200 yang saya ambil itu setelah saya mendapat gaji saya.. SOALAN: 1)Apakah halal atau haram wang yang saya ambil itu untuk membayar hutang? 2)Adakah selesai hutang tersebut dengan saya membayar menggunakan wang hasil saya ambil dari duit kawan saya itu? 3)Adakah hutang yang saya bayar itu hasil daripada saya mengambil wang kawan saya sebanyak RM 200 itu terlaksana dan menjadi halal , jika saya telah mengembalikan semula wang yang saya ambil dari kawan saya itu setelah saya mendapat gaji saya?.. Saya tidak ada niat nak ambil wang itu..tetapi saya amat terdesak ketika itu.Mohon Penjelasan ustaz..Terima Kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukum seorang Islam membeli barangan terpakai yang dijual oleh pihak gereja kristian, mohon pencerahan?

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum, saya ingin bertanya apakah hukum pekerjaan menghantar barang (rider/despacth) bunga pada orang bukan islam yang telah mati? Contoh: jika saya mendapat pelanggan tetap daripada florist untuk menghantar bunga pada pelanggannya untuk upacara kematian? Ini kerana harga upah yang saya tawarkan berpatutan daripada rider lain. Maka apa hukumnya saya menerima wang dari upah tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang status duit yang diterima daripada menjawab survey berbayar. Adakah halal dan dibolehkan? Laman web/syarikat tersebut mengendalikan survey bagi pelbagai syarikat. Perlu mendaftar dan kemudian perlu menjawab survey.. Dengan menjawab survey, akan diberi bayaran atau voucher. Adakah membuat kerja tambahan menjawab survey ini dibolehkan? Bolehkah menerima wang atau voucher tersebut? Terima kasih

message user image

Soalan: assalamualaikum. saya hendak bertanya, apakah hukum mengambil komisyen mencari pelanggan pinjaman wang berlesen? adakah haram?

message user image

Soalan: Assalam Ustaz, saya akan menunaikan Umrah pada 14 oktober 2019. Alhamdulilah semua perbelanjaan untuk kesana kelak mencukupi. Anak saya ada membuat rayuan ke universiti tempatan dan sekiranya rayuan berjaya anak saya akan mendaftar pada bulan September ni. Disebabkan memerlukan dana kewangan untuk tujuan perbelanjaan dan pendaftaran Universiti, bolehkah saya membuat gadaian emas untuk tujuan tersebut?

message user image

Soalan: Apakah hukum melanggan syarikat telekomunikasi atau telco yang mana sebahagian saham syarikat tersebut dimiliki oleh syarikat perjudian.

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanyakan satu soalan tentang hukum bermain Forex.Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan, Saya bekerja di bahagian logistik/import eksport barang. Saya baru bekerja selama 6 bulan di syarikat ini. Saya mempunyai satu kemusykilan. di mana baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa syarikat saya ada membuat penghantaran untuk Genting shipment, menghantar machine slot (mesin judi). Tetapi Genting shipment hanya akan dibuat untuk musim tertentu sahaja. Tetapi syarikat ini mempunyai pelanggan yang ramai, syarikat ini juga import eksport buah-buahan, bunga, ubat-ubat, pakaian dan berbagai lagi jenis barang yang diimport. Pada pendapat tuan, adakah pekerjaan saya ini sama seperti bekerja di 7 eleven yang menjual arak di premis mereka? atau bagaimana ya? Saya menjadi risau kerana dengan duit gaji saya, adakah saya perlu membersihkan gaji saya? buat masa ini saya sedang mencari kerja yang lain kerana saya risau dengan status saya bekerja di sini. Diharap pihak tuan dapat memberikan nasihat untuk saya apakah yang saya perlu lakukan dan apakah hukumnya bekerja di syarikat logistik seperti ini?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya hendak bertanya. Saya ada menyertai kaji selidik berbayar. Iaitu jika saya dapat menjawab kaji selidik tersebut hingga selesai . saya akan diberi point. Point tersebut boleh tebus dengan wang tunai. Tetapi sewaktu saya menjawab soalan kaji selidik itu, saya tidak menjawab dengan jujur. Tetapi kadang kala saya jawab dengan jujur. Selesai saya menjawab kaji selidik tersebut, saya memperolehi point untuk ditebus dengan wang tunai. Saya sudah menebus point tersebut dengan wang tunai. Soalan saya.. Adakah hasil wang tunai yang saya perolehi hasil daripada saya menjawab kaji selidik berbayar itu menjadi halal atau haram kerana saya memperolehi wang tunai tersebut hasil saya menjadi kaji selidik tidak jujur. Mohon ustaz beri penjelasan. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Bagaimanakah ingin menyelesaikan masalah tentang beli barang menggunakan wang yang dicuri? masa muda saya jahil saya curi duit datuk saya dengan kadar yang banyak untuk beli helmet berharga ribuan. sekarang ini datuk saya sudah meninggal dunia dan barang masih dengan saya. tetapi nenek saya masih ada. bagaimana saya boleh selesaikan masalah ini? mohon dijawab. Asalamualaikum

message user image

Soalan: Assalamualaikum, ustaz saya ada beberapa soalan dan kemusykilan. saya ingin bertanya tentang pandangan ustaz, saya baru bekerja di kilang minyak ini hampir 2 bulan lebih, di syarikat ini terdapat beberapa isu seperti menjual minyak paket di dalam botol, seperti yang kita ketahui, kualiti minyak paket adalah lebih murah dari kualiti minyak botol. apakah hukum nya menjual minyak paket yang dimasukkan dalam botol dan dijual dengan harga botol. sekian, harap maklum balas

message user image

Soalan: Assalammualaikum saya ingin bertanya mengenai perkara berikut : 1. apakah hukum mengambil keuntungan atau upah atas pengenalan atau cadangan didalam pemilihan tender. maksudnya ialah pekerja dalaman mencadangkan atau recommend kepada pemilihan tender, keatas tender-tender yang dicadangkan. Dan selepas itu sekiranya tender yang dicadangkan tersebut dipilih maka pekerja dalaman yang mancadangkan itu mendapat untung atau upah atas hasil cadangan beliau. adakah ini dibolehkan?

message user image

Soalan: Salam, saya bercadang ingin berniaga dan menjual cecair atau ejuice untuk vape dan rokok elektronik. Tetapi, saya ada terbaca tentang fatwa yang mengatakan pengunaan vape/rokok elektronik adalah haram: Fatwa: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/10333 Jika saya hanya menjual cecair/ejuice vape dan rokok elektronik ini, adakah sumber dan hasil keuntungan yang saya dapat ini dikira haram? Adakah rezeki dari perniagaan vape tersebut tidak berkat untuk diri saya dan keluarga saya? Saya lihat masih ramai penjual dalam kalangan umat islam di negara ini yang aktif menjalankan perniagaan vape.

message user image

Soalan: Bapa telah meninggal dunia. Kemudian tanah diambil alih oleh anak-anak lelaki perempuan dan balu sebagai penama dalam geran. Setelah itu, tanah telah dimajukan dan mendapat hasil dalam wang ringgit. Persoalannya adalah, hasil dari pendapatan itu boleh kah difaraidkan atau dibahagikan sama rata. Dan juga di kenakan zakat pendapatan? Soalan kedua, bapa telah meninggal dan meninggalakn sejumlah wang simpanan. Wang simpanan ini tidak difaraidkan bahkan tidak dibahagi samarata antara adik beradik. Wang tersebut digunakan hanya untuk anak perempuan sahaja tanpa pengetahuan anak lelaki. Apakah hukum tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum WBT, 1. Saya ingin bertanya mengenai kami sebagai penyedia platform derma secara online kepada masjid-masjid dan badan-badan kebajikan. Apakah hukum-hukum syarak yang patut kami patuhi.? 2. Apakah hukum-hukum yang patut kami patuhi didalam caj perkhidmatan ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya mempunyai soalan berkenaan harta pusaka. Arwah abah saya telah meninggal pada beberapa tahun yang lalu, bapa saya adalah seorang peneroka yang mempunyai 6 orang anak perempuan. sebelum ini bapa saya pernah berkhawin dan bercerai dan mempunyai 5 orang anak yang telah berkhawin serta bekas isteri yang juga telah berkahwin dengan orang lain. Setelah 5 tahun bercerai dengan bekas isteri, arwah abah telah berkhawin lagi dengan isteri sekarang selama 21 tahun sehingga arwah meninggal dan mempunyai seorang anak berusia 20 tahun yang belum berkahwin serta seorang balu. Maka, disini la bermulanya persoalan saya, isteri sekarang arwah abah telah menolak segala harta pusaka yang berkaitan felda kerana isu "ibu tiri dan anak tiri yang tidak sehaluan". Namun jauh sebelum arwah abah meninggal, dia ada membelikan sebuah rumah untuk isterinya yang sekarang dan diletakkan diatas nama isteri tersebut. Permasalahannya adalah anak-anak kepada bekas isteri arwah mempertikaikan keberadaan rumah tersebut. walhal rumah tersebut telah dibeli oleh arwah semasa dalam keadaan sangat sihat. kemungkinan 5 hingga 6 tahun sebelum arwah meninggal tanpa sepengetahuan anak-anaknya yang bersama bekas isteri. Tujuan dia membelikan rumah tersebut adalah untuk isterinya yang sekarang tinggal sekiranya dia meninggal dunia. Sekarang anak-anak arwah telah mengetahui keberadaan rumah tersebut dan mempertikaikannya. sekiranya rumah tersebut dijual anak-anak arwah meminta duit dari jualan tersebut sedangkan rumah tersebut adalah salah satu nafkah yang arwah beri kepada isteri untuk kebajikan isteri sekiranya arwah meninggal. Saya berharap pihak tuan dapat memberi sebarang nasihat kerana masalah ini cukup menjadi tekanan hebat kepada balu arwah. terima kasih. assalmualaikum..

message user image

Soalan: saya ingin bertanya tentang hutang abang saya sudah meninggal dunia dan saya ingin menjelaskan hutang abang saya tetapi saya tidak tahu berapa banyak abang saya berhutang dan untuk bukan islam bagaimana saya boleh jelaskan hutang mereka kerana saya tidak tahu siapa abang saya berhutang untuk orang bukan yang islam

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya ingin bertanya apakah sebenar hukum caj perkhidmatan? Saya menjual topup secara bergerak.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan, saya mempunyai soalan berkaitan pelaburan. Adakah pelaburan ASB dibolehkan atau sebaliknya. Terima kasih.

message user image

Soalan: Jika saya ingin membeli susu untuk anak saya yang berumur 3tahun, ada banyak jenis susu yang harga lebih murah dan diiktiraf halal oleh jakim tetapi di keluarkan oleh orang bukan islam, dan ada juga susu yang ada halal jakim yang harganya lebih mahal tetapi dikeluarkan oleh orang islam. Dari segi hukum, bolehkah saya membeli susu keluaran orang bukan islam yang lebih murah untuk diberi kepada anak sedangkan dalam masa yang sama ada keluaran susu oleh orang islam?. Dalam syara', orang islam itu telah menunaikan fardhu kifayah kerana menjadi wakil islam dalam mengeluarkan produk susu,dan adakah jatuh fardhu ain bagi orang islam sekeliling untuk membeli daripadanya kerana mencari yang halal itu adalah perkara yang fardhu. Memang kedua susu itu diiktiraf halal oleh jakim akan tetapi satunya bersyahadah sebab islam dan satunya lagi tidak bersyahadah sebab bukan islam,dan semestinya konsep taharah islam meraka tidak tahu.Harap dapat memberi jawapan yang terbaik.

message user image

Soalan: adakah cabutan bertuah boleh dikira sebagai judi?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya minta agar panel dapat menjawab soalan saya. Saya terpaksa buka aib arwah ibubapa saya kerana ingin mnyelesaikan masalah harta pusaka. Arwah emak saya telah terlanjur dengan orang lain dan mengandung sebelum berkahwin dengan ayah saya, tetapi emak saya telah bersalin selepas berkahwin dengan ayah dan mengurniakan anak lelaki iaitu abang saya yang sulung. Setelah emak dan ayah saya meninggal, adakah abang saya yang sulung dapat hak harta pusaka ayah saya? Ayah saya seorang peneroka felda dan kami sebagai anak2 telah mendapat hasil dari arwah saya iaitu gaji felda pada setiap bulan. Disini saya ingin menanyakan adakah abang saya selaku abang tiri dapat bahagian dari hasil gaji tersebut? Saya memohon agar pihak panel dapat menjawab soalan saya secepat mungkin. Sekian.

message user image

Soalan: saya bekerja sebagai cashier disebuah hypermaket, pelanggan ada membeli arak akan tetapi saya tidak scan mahupun sentuh arak tersebut akan tetapi saya terima duit oleh kerana penyelia saya kurang pengetahuan mengenai isu arak dan memaksa saya terima duit jualan tersebut. Adakah haram gaji saya bulan tersebut? dan bagaimana saya hendak membersihkan gaji saya?

message user image

Soalan: Apakah hukumnya jika sesorg itu tidak menepati akad yang dipersetujui dalam proses jual beli.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, soalan saya seperti berikut, Pelancong luar negara yang bukan Muslim bergambar di luar kawasan masjid perlu membayar yuran masuk luar kawasan masjid, yuran tersebut dikira pungutan yang halal atau haram?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ada pegang duit seorang pakistan yang datang ke malaysia pada tahun 2013 sebanyak 1800 usd. tidak berapa lama selepas itu dia cakap mahu pulang sekejap ke pakistan atas urusan keluarga. saya telah tukar duit tersebut di money changer dan masukkan ke dalam bank saya. sehingga sekarang saya tidak menemuinya dan telah berusaha mencari dia. tetapi tidak berjaya. apa patut saya lakukan?

message user image

Soalan: Hukum menjadi ejen hartanah (Orang tengah)

message user image

Soalan: Apa hukumnya berniaga secara sistem dropship dari segi Islam?

message user image

Pertanyaan: apa hukum atau fatwa bagi mereka yang menjalankan perniagaan nikah siam?

message user image

Soalan: Saya tertanya-tanya apakah hukum hasil keuntungan yang dilaburkan dalam sesuatu pelaburan yang sebelumnya diyakini halal (sebelum keluar fatwa) tetapi pada masa sekarang telah difatwakan haram? Sebagai contoh pelaburan forex, apakah status hasil keuntungan seseorang sebelum difatwakan haram, adakah hasil keuntungan itu dibenar atau dikira haram?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Sebuah tanah diwakafkan bertempoh. Dengan syarat hasil dari tanah tersebut hendaklah digunakan untuk menyelenggarakan masjid dan membayar imam dan bilal. Adakah tanah itu menjadi wakaf selama-lamanya walaupun pemberi wakaf menyebut tempoh wakaf? Sekian.

message user image

Soalan: 1.Assalamualaikum. kawan saya telah membeli tanah pusaka arwah ayahnya semasa ayahnya masih hidup dan semua dokumen telah diuruskan. soalannya ialah apakah status rumah yang didiami oleh ibunya sekarang diatas tanah itu. segala kos baik pulih rumah dibiaya sepenuhnya oleh kawan saya. adakah rumah itu perlu difaraidkan? 2. kayu-kayu dari rumah asal sudah tidak digunakan lagi. adakah boleh ianya dijual dan duitnya difaraidkan 3. Ada sebidang tanah lagi telah diwasiatkan kepada abangnya yang sulung dengan syarat abangnya memberi seorang rm5000 apabila abangnya mendapat wang kwsp. tetapi abangnya tidak mampu untuk memberi wang rm5000 seperti yang diamanahkan. apakah status tanah dan rumah tersebut, Adakah perlu difaraidkan? 4. Arwah ayahnya mempunyai 3 orang anak lain yang berlainan ibu. arwahnya memberitahu bahawa tanah-tanah pusaka ini tidak ada kena mengena dengan ank-anak yang dahulu dan tidak perlu difaraidkan. apakah statusnya sekarang?

message user image

Soalan: Asalamualaikum. saya sudah bercerai dengan bekas isteri selama 23 tahun kami bersama. semasa kami bersama kami telah membina sebuah rumah dengan duit bersama. persoalannya tanah yang kami beli menguna pakai nama bekas untuk buat pinjaman bayaran balik ke bank juga bersama kami punya 4 orang anak. adakah saya masih berhak ke atas harta tersebut?

message user image

Soalan: Apakah hujahnya jika kita menjadi agen jualan untuk produk yang dibangunkan/dimiliki oleh syarikat Israel yang terang-terangan menyokong tentera Israel?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. saya ingin bertanya, apa hukum kita sebagai tuan kedai bagi resit kosong kepada pelanggan untuk claim pada majikannya? padahal resit saya bagi dan cop kedai syarikat saya.

message user image

Soalan: aya mendapat pekerjaan dalam bidang IT di EXIM Bank, milik kerajaan melalui MOF. Untuk pengetahuan, Bank ini menjalankn operasi perbankan konvensional dan syariah. Apakah hukum untuk situasi begini? Terima Kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz...saya ada sedikit kemusykilan agama...sy bekerja di sebuah syarikat swasta bahagian admin..saya ditugaskan untuk mengurus urusan pembelian toner printer syarikat. Oleh itu, saya telah melantik satu syarikat untuk membekalkan toner kerana harga yang diberikan berpatutan dan kualiti toner memuaskan...tetapi setiap kali pembelian dilakukan ,sales person pembekal tersebut akan menyerahkan saguhati wang ringgit kepada saya...jadi duit yg sy terima itu halal or haram???? Untuk makluman saya tidak pernah meminta dan mensyaratkan sejumlah wang kepada beliau sebelum melakukan urus niaga ini. Mohon penjelasan dari pihak tuan...sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Jika seseorang anak itu pernah meminta dan menerima duit haram (si anak tahu duit itu dari sumber haram) dari seorang bapa kerana ingin membeli motosikal untuk kegunaan harian ke sekolah zaman dahulu,adakah barang yang dibeli itu haram dan harus dijual balik? atau si anak tiada kena mengena dengan dosa duit haram tersebut, kerana si bapa yang melakukan dosa itu. Jika kena jual balik, boleh ke ikut harga barang yang sekarang bukan jumlah duit yang diambil dulu?

message user image

Soalan: Apakah hukum jika ibu bapa berhutang dengan anak, tetapi tidak dibayar.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Apakah hukum jika kita berkejar di syarikat pinjaman wang berlesen?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Baru-baru ni saya ada bertanyakan soalan berkenaan dengan hukum bekerja di syarikat logistik yang menguruskan penghantaran untuk syarikat genting..pihak pengurusan masih dalam perbincangan untuk menerima surat letak jawatan saya kerana bagi mereka terdapat ramai lagi pihak yang terlibat dengan genting..seperti contoh pekerja Kastam yang meluluskan permit untuk penghantaran machine slot, pihak polis yang meng ekskot lori yang membawa machine slot terserbut..saya buntu untuk menjawab soalan mereka..General Manager saya jumpa untuk pujuk supaya tidak berhenti dari kerja. saya tak mampu nak jawab soalan-soalan yang GM saya ajukan. Sangat hargai sekiranya pihak ustaz dapat membantu apa yang saya patut jawab kepada mereka supaya mereka rasa saya bukan seorang yang berfikiran sempit/ekstem dengan mengambil keputusan berhenti kerja ini. Terima kasih atas keperihatinan pihak tuan.

message user image

Soalan: Salam Ustaz , apakah hukumnya mengambil kad perubatan insurans konvensional? Kita tidak membelanjakan wang tersebut untuk hiburan, tapi untuk mengubati sakit ibubapa. Wang premium yg dibayar disalurkan ke sumber pelabyran yang halal. Apakah yang perlu saya buat? Takaful terlalu mahal, saya tidak mampu, tapi saya nak sangat tolong mereka.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t, Saya ingin bertanya, bapa mempunyai 11 orang adik beradik. Bapa saya adalah anak yang sulung dan mempunyai seorang adik lelaki bongsu, dan selebihnya adalah adik perempuan. Adik bongsu lelaki telah meninggal dunia, dan dia tidak berkahwin. Soalan saya, bagaimanakah status hartanya? Kerana adik beradik perempuan telah berpakat utk menginfaqkan harta sedangkan bapa saya tidak tahu akan hal ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Apakah hukum bekerja dengan company swasta yang menghasilkan applikasi Fintech(Financial technology) dan menjual applikasi kepada bank, yang mana, applikasi tersebut mempunyai fungsi interest, spread dll. Bekerja sebagai Project Lead yang mana mengurustadbir applikasi ini untuk digunakan kepada pengguna(bank). daripada petikan (https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2364-al-kafi-725-kenapa-masih-ada-interest-dalam-pembiayaan-rumah-patuh-syariah')yang saya baca di bawah, 'penulisnya' juga boleh membawa maksud applikasi di zaman sekarang? Sekian, Alhamdulillah dan terima kasih Ustaz. Daripada al-Sha'bi R.A berkata: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم آكِلَ الرِّبَا وَمُوكِلَهُ وَشَاهِدَهُ وَكَاتِبَهُ Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba’, orang yang memberi riba’, saksinya dan penulisnya.”Riwayat al-Nasa’i (5105)

message user image

Soalan: assalamualaikum..soalan saya adalah..apa hukummya jika berniaga dalam group2 yg ahlinya berpakaian trlalu seksi..contohnya tik tok yg dh trend skrg.hari² melihat perempuan berpakaian menjolok mata...dan apakah hukum brniaga pil perangsang sex kepada wanita

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan. Seorang isteri baru setahun berkahwin dengan suaminya kemudian si isteri meninggal. Duit EPF bernilai RM28k dituntut semua oleh ibu arwah isteri. Katanya, si suami tidak layak dapat sebab baru setahun kawin dengan anaknya. Betulkah? Jika suami layak dapat wang peninggalan itu, berapa bahagian yang suami layak? Mereka belum di kurniakan anak. Isteri meninggalkan suami,ibu,bapa,seorang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Mohon pencerahan tuan yang pakar dalam bidang ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: Pembahagian harta Assalamualaikum. Kakak sulung bapa saya telah meninggal dunia dan telah meninggalkan wasiat. Oleh kerana dia tidak menpunyai anak dan suami telah meninggal sebelumnya, wasiat ditulis untuk dibahagikan kepada waris yang tinggal iaitu 6 adik perempuan dan bapa saya iaitu adik lelaki yang tunggal. Namun begitu bapa saya pun telah meninggal dunia dan meninggalkan 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Tetapi 1 daripada anak lelaki baru meninggal dunia. Jadi bagaimana kah bahagian faraid mengikut wasiat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Disini ada satu isu berkaitan hutang. Satu ketika hampir 10 tahun lepas saya memberi hutang sebanyak rm 10,000.00 kepada seorang sahabat. Perjanjiannya dia harus membayar sebanyak rm100 x 100 bulan. Dia hanya mampu bayar untuk beberapa bulan sahaja kemudian dia minta tangguh kerana kesempitan wang. Saya memberi dia ruang dengan seluasnya dan lama kelamaan dia terus senyap meskipun kami saling berhubung. Setelah 2 tahun sewaktu isterinya sedang bertarung ingin melahirkan bayi pertama.. Pada ketika itu saya berdoa dan berkata pada Allah bahawa saya menghalalkan hutang itu. Hingga kini setelah hampir 10 tahun mereka tidak tahu bahawa hutang itu sudah dihalalkan kerana mereka sendiri terus tidak menyebut pasal hutang itu. Soalannya. Bolehkah saya menuntut kembali hutang itu

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya hukum membeli followers di media sosial seperti instagram dan facebook. Adakah dibenarkan sekiranya saya sebagai penjual akan berlaku jujur dengan memastikan kualiti barangan adalah benar, cuma membeli followers kerana memerlukan bilangan followers yang ramai sahaja. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum..Di tempat kerja saya ramai pekerja asing. Mereka terpaksa meninggalkan isteri dan keluarga dalam tempoh yang lama, berbulan bahkan ada yang bertahun. Apakah hukum kalau saya menjual "sex toy" kepada mereka? atas dasar ingin membantu mereka melepaskan keperluan dan keinginan mereka..

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai hukum pendapatan melalui aplikasi Fingo, platform e-commerce baru di Malaysia. Di bawah ini saya lampirkan penerangan mengenai kerja tersebut. Kita dapat pendapatan tanpa perlu menjual apa-apa. Adakah ianya sah kerana seolah-olah kita mendapat untung atas angin. Cara FINGO cari Shopper baru pula adalah dengan memberikan peluang kepada Customer mereka *Menjana Pendapatan* tanpa perlu jual barang dalam FINGO.Memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Wechat. Sebab itu FINGO dikenali sebagai *Social e-Commerce.*Kita share Invite Link --> Orang daftar secara percuma sebagai Shopper --> Mereka beli barang --> Kita dapat *10% Komisen* bagi setiap barang yang dibeli (Selagi mereka membeli, selagi tu kita dapat komisen) Shopper (SH) yang daftar dengan Link kita & upgrade kepada Preferred Shopper (PS) kita akan dapat *RM50* bagi setiap seorang yang upgrade.

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya ada pertanyaan berkenaan rumah pusaka. Bapa saya telah meninggal dunia dan dia meninggalkan harta berupa rumah kpd ibu dan anak2. Rumah tersebut atas nama bapa, bapa yg membayar dari mula hinggalah habis, tetapi rumah tersebut dibina atas tanah kepunyaan ibu saya. Untuk makluman, saya adalah anak yang sulong dan saya ada 3 adik lelaki dan seorang adik perempuan yang bongsu, dan ibu saya masih ada. Soalan saya: 1. Apakah status rumah tersebut? Sekiranya rumah ini adalah rumah pusaka, apa perkiraan dari segi syarak oleh kerana ianya dibina atas tanah kepunyaan ibu saya. 2. Apakah hak saya keatas rumah tersebut sebagai anak sulong perempuan. Saya ingin penjelasan oleh kerana ibu bercadang untuk memberi sahaja rumah tersebut kpd adik lelaki saya. Saya tidak bersetuju oleh kerana saya merasakan saya juga ada hak keatas rumah tersebut dari segi faraid. Mohon pencerahan. Terima Kasih

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya ada pertanyaan berkenaan rumah pusaka. Bapa saya telah meninggal dunia dan dia meninggalkan harta berupa rumah kpd ibu dan anak2. Rumah tersebut atas nama bapa, bapa yg membayar dari mula hinggalah habis, tetapi rumah tersebut dibina atas tanah kepunyaan ibu saya. Untuk makluman, saya adalah anak yang sulong dan saya ada 3 adik lelaki dan seorang adik perempuan yang bongsu, dan ibu saya masih ada. Soalan saya: 1. Apakah status rumah tersebut? Sekiranya rumah ini adalah rumah pusaka, apa perkiraan dari segi syarak oleh kerana ianya dibina atas tanah kepunyaan ibu saya. 2. Apakah hak saya keatas rumah tersebut sebagai anak sulong perempuan. Saya ingin penjelasan oleh kerana ibu bercadang untuk memberi sahaja rumah tersebut kpd adik lelaki saya. Saya tidak bersetuju oleh kerana saya merasakan saya juga ada hak keatas rumah tersebut dari segi faraid. Mohon pencerahan. Terima Kasih

message user image

Pertanyaan: Bolehkah guna wang insuran konvensional untuk membayar hutang seperti hutang pinjaman peribadi, hutang kereta dan rumah? Wang insuran pokok (insured) sahaja bukan interest atau dividen.

message user image

Soalan: Adakah caj lewat bayar cukai tanah yang dikenakan oleh Pejabat Tanah Negeri Selangor dikira sebagai riba?Contohnya jumlah 7% caj lewat dari cukai asal berjumlah RM500 pada tahun 2001 iaitu RM35 akan dicampur dengan RM500 cukai tahun 2002.Caj lewat tahun 2002 ialah 7% daripada (500+500+35) bersamaan dgn RM72.45.(Cukai tahun 2001 dikenakan lagi caj lewat pada tahun berikutnya)mera. Maksudnya pada tahun 2002 jumlah yang perlu dibayar ialah sebanyak RM1000+RM35+RM72.45 iaitu sebanyak RM 1107.45.Maksudnya selepas 10 tahun caj lewat akan menjadi hampir sama dengan jumlah tunggakan cukai itu sendiri.

message user image

Soalan: Bolehkah kita membuat wasiat yang berbeza dengan kiraan faraid dengan tujuan memudahkan urusan pembahagian harta nanti. Contohnya kita ada harta berupa 2 buah rumah yang berbeza nilainya dan satu akaun simpanan, dan 3 waris (katakan A B C). Kita berwasiat supaya A ambil rumah 1, B ambil rumah 2, C ambil duit simpanan.

message user image

Soalan: Si A mempunyai banyak hutang dengan orang. Baru2 ini beliau mendapat tajaan sepenuhnya menunaikan umrah. Beliau berat hendak menerima tajaan berkenaan dalam keadaan banyak hutang sedangkan beliau tidak perlu keluarkan sesen pun untuk ibadah umrah ini. Boleh tolong beri nasihat kepada beliau. Perlukah beliau menerima jemputan ini?

message user image

Soalan: Askum, Pertanyaan 1 betul ke barang kemas pemberian arwah ibu kepada kita, tidak boleh pakai. Pertanyaan 2 barang kemas tersebut perlu diwakafkan untuk arwah di mana-mana pusat punggutan zakat. Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Soalan: saya baru pencan, dan dapat sejumlah wang graduti,adakah saya dikenakan zakat atas wang tersebut... Bagaimanapula wang hasil jualan sebuah rumah.., wang hasil jualan rmah digunakan semula untuk beli rumah baru...adakah dikenakan zakat

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Saya ingin bertanya. Apakah hukum jika saya menjual ataupun menjadi agent kepada suatu produk kosmetik malaysia yang belum tentu ada pengesahan HALAL. Tambahan pula pada masa kini terdapat pelbagai produk kosmetik yang dikeluarkan. ADAKAH sumber duit keuntungan yang akan dapat itu halal..? Maaf jika ada tersilap bicara. Mohon penjelasan... Terima Kasih.. : )

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada persoalan mengenai hukum jual beli kasut kulit babi. Saya ada membeli kasut dan apabila saya teliti ternyata kasut tersebut dihasilkan daripada kulit babi. Persoalan saya, bolehkah saya jual semula kasut tersebut kepada Non Muslim dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal yang saya beli untuk mengambil sedikit keuntungan. Sekiranya tidak, bolehkah saya jual untuk dapatkan kembali modal saya tanpa mengambil sebarang keuntungan, atau saya perlu buang sahaja kasut tersebut? Moga jabatan mufti dapat bantu leraikan kekusutan saya ini. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Kemusykilan Tanah Wakaf. Saya , cucu kepada atuk saya beliau mewakafkan tanahnya untuk surau sudah lebih anggaran 50 tahun surau tersebut Di tanah Wakaf itu.Dalam masa Yang Sama Dalam alamat Yang Sama Kami sekeluarga menduduki Di tanah atuk saya itu.Surau tersebut anggaran saiz tanah Yang Di wakafkan anggaran 1 lot tanah .Jadi tanah selebihnya Yang didalam alamat berkenaan adalah tanah pusaka warisan. Persoalanya, pihak orang surau sudah terlalu gila kuasa seolah- olah Kami menumpang Di tanah warisan milik atuk Kami.sedangkan Wakaf surau hanya Di 1 petak lot berkanaan sahaja.kami sekeluarga hampir bergaduh gara- gara ini.mereka ( orang surau) gila kuasa seperti hendak meletakkan pagar Dan berbagai halangan seolah- olah menghalalu kami.Disini,saya lihat pemahaman saya.pewaris la Kan Yang berhak untuk pemilikan tanah Dan berhak bersuara betul Kan ? Mohon penjelasannya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya nak tahu macam mana nak agihkan(faraid) duit epf setelah suami meninggal dunia?arwah mempunyai seorang isteri dan dua anak lelaki yang masih kecil..isterinya merupakan penama ..masalahnya sekarang keluarga arwah menyibuk nak uruskan duit.mohon bantuan pencerahan bagi masalah kakak saya. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Saya Mohd Zabri Bin Mohd Shupli ingin mengemukakan 2 soalan untuk hari ini. Soalan 1. Boleh kah kita membuat upacara seperti silap mata, tayangan bola sepak, aktiviti memanah, mewarna, aktiviti2 kelas masakan, aktiviti2 jalan2 dan yang seumpamanya, bagi tujuan mengimarahkan masjid/surau? Disini juga terdapat pergaulan antara lelaki dan perempuan. Soalan 2. Bagaimana pula hukum meminta minta untuk dapatkan sumbangan bagi tujuan aktiviti2 diatas. Yang mana Masjid/Surau yang tidak kuat sumber kewangan tetapi ingin membuat aktiviti2 besar dengan meminta sumbangan kewangan, kambing golek dll untuk memeriahkan majlis/aktiviti2 sedemikian.

message user image

Soalan: Asslmkm. Tuan, Saya Ada pertanyaan berkenaan saudara Saya. Dia bekerja sebagai kakitangan kerajaan Dan membuat pinjaman atau loan peribadi sebanyak 200k dgn potongan gaji setiap bulan selama 10tahun. Dia guna duit loan utk bayar deposit rumah, sedekah, bayar hutang, buat korban, beri kpd ibu bapa, beli barangan perabot Dan peralatan elektrik, kereta Dan motorsikal Dan utk duit makan. Tetapi baru setahun pinjaman, Dia bermain nombor ramalan @ekor Dan beliau mendapat untung Dan judinya mengena Dan dia melunaskan semua hutang dgn pihak bank. Dia tahu dosa besar perbuatan itu walaupun hutangnya langsai. Cuma... Dia dlm ketakutan krn wang rm2k yg dipotong dahulu melalui gajinya tidak lagi dipotong krn hutang dah selesai dibayar. Dia musykil adakah wang rm2k itu halal dia makan utk anak isteri dan keluarganya krn duit itu dia dapat semula krn dia bayar penuh hutang dgn bank walau pakai duit haram. Adakah semua perkara yg dia lakukan dulu pakai duit loan dulu dianggap haram, tidak sah Dan batal dan segala barangan yg dibeli pun kini dianggap haram Dan harus dibuang. Macam Mana nak buang peralatan Dan perabot Serta rumah yg dibeli. Tak masuk akal. Ibadah korban dulu Tak sah? Sedangkan dulu duit tu halal walaupun dia pinjam tapi dia mampu bayar. Cuma bila dia berjudi nasib dia baik kena Dan dia langsaikan hutang tersebut. Dia fikir duit gaji yg dapat semula itu halal krn duit itu asalnya drpd gajinya yg halal sebagai kakitangan kerajaan. Tapi.... Dia juga takutttt beri keluarga makan duit haram. Dia dlm dilemma. Dia Tanya Saya, Saya fikir halal duit itu krn duit itu atas upah gaji dia kerja halal tapi bayar hutang guna duit haram tetap salah Dan berdoa dan dia kena tanggung lah dosa tersebut sebab berjudi. Tapiiiiiiiiii mohonlahlah pihak Tuan beri pencerahan krn dia dah pun berjudi Dan dah pun langsaikan hutangnya Dan duit gaji pun dah tak dipotong lagi. Dia dalam dilemma Dan selalu susah hati. Sekian terima kasih. Asslmkm.

message user image

Pertanyaan: Adakah dividen pelaburan ASB perlu dibersihkan? Ini kerana pihak zakat selangor hanya menerima 72% sahaja dari jumlah diveden ASb tersebut. adakah baki 28% lagi perlu dibersihkan? jika perlu bagaimana cara pembersihan tersebut. Terima kasih.

message user image

Pertanyaan: Assalammualaikum. Saya ada sebuah kedai sewa yg sekarang di sewa oleh tukang jahit. Masaalah saya skrg ialah, Semasa arwah emak saya masih hidup dia telah berpesan secara lisan bahawa sewa kedai jahit tersebut harus di bahagi 2 dgn kakak saya. Sekarang ada penyewa baru hendak menyewa kedai tersebut. Perlukah saya bagi juga bahagian kakak saya. Kerana dia bukan penyewa lama lg. Penyewa baru dgn kadar sewa baru. Cuma bangunan sahaja yg lama.

message user image

Soalan: Sekiranya kita membeli beras yang ditimbang di kedai runcit...dan ada duit di dalam barangan tersebut...adakah duit itu hak milik kita atau tuan kedai....?.

message user image

Soalan: SALAM MOHON PENCERAHAN BERKENAAN UNIT FUND DAN BOND FUND YANG TAK PATUH SYARIAH. BOLEH TAK DUIT ITU SAYA GUNAKAN UTUK MEMBELI HP ATAU BARANG LAIN. ATAU SAYA GUNAKAN UNTUK MEMBELI BARANG/PERALATAN CUCIAN MASJID ATAU KEGUNAAN UMUM. MOHON PENCERAHAN USTAZ.

message user image

Soalan: Arwah ibu ada memberikan 5K kepada abang. Abang tidak sempat menunaikan amanah Dan ibu meninggal dunia. Apa yang patut dibuat? Duit itu perlu difaraid kepada anak-anak atau diberi sama rata kepada cucu-cucunya?

message user image

Soalan: Cara untuk membayar hutang dengan orang kafir yang tidak lagi diketahui dimana mereka berada..

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Apakah hukumnya menggunakan wang dari org yg berhutang. Ctnnya: Pemberi hutang memberi hutang sebanyak rm10000 tanpa apa2 syarat . Tetapi org yg berhutang memulang sebanyak rm20000. Apakah wang yg dipulang itu halal utk digunakan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz Pertanyaan saya. Seorang anak lelaki yg berkahwin dan berkeluarga...dan masih mempunyai ibu ... Apabila si anak lelakinya meninggal dunia...adakah si ibu tadi masih mempunyai bahagian dlm pembahagian harta pusaka? Mohon pencerahan

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan pandangan tuan mengenai penganjuran pertandingan badminton menggunakan duit kutipan bulanan ahli.Pada masa ini, pihak kami yang terdiri lebih kurang 20 orang ingin membuat kutipan tetap secara bulanan dalam RM10 sebulan. Pihak kami merancang untuk menggunakan duit yang terkumpul dalam RM2000 pada akhir tahun bagi menganjurkan pertandingan badminton sesama sendiri. Sehubungan itu kami ingin mendapatkan pandangan dari sudut islam sama duit kutipan ahli ini boleh digunakan untuk membeli hadiah pertandingan di samping perbelanjaan penganjuran seperti pembelian shuttlecock, sewaan court dan penyediaan makan minum.

message user image

Soalan: Apakah hukum sebenar penggunaan kad kredit? Terdapat banyak pendapat di internet dan saya tidak tahu ingin ikuti yang mana.

message user image

Soalan: assalam. Saya dalam proses menjual rumah di mana rumah masih ada penyewa. Pembeli telah menjelaskan keseluruhan harga rumah tetapi wang masih ditangan peguam kerana proses tukar hakmilik belum selesai. Soalan1: Adakah rumah tersebut masih milik saya kerana walaupun pembeli telah menjelaskan semua bayaran tetapi masih dalam proses tukar hak milik. Soalan 2: Adakah bayaran sewa bulan tersebut hak saya atau hak pembeli? Soalan 3: Adakah saya berhak untuk melanjutkan sewa rumah tersebut untuk bulan berikutnya? Wassalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti,saya ada soalan.bolehkah isteri guna duit tunai arwah suami yang belum di faraid untuk kegunaan harian sementara menunggu proses faraid dijalankan jika tiada sesiapa yang boleh menanggung keluarga arwah pada ketika itu? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz,saya mohon pencerahan dari ustaz,suami saya merupakan seorang anak angkat,sebelum ibu angkat suami meninggal,ibu angkat ada mewasiatkan(wasiat mulut dan bersaksi) tapak rumah,kebun dan barang kemas di berikan kepada suami.Apakah wasiat mulut ini terpakai selepas ibu angkat suami meninggal atau semua harta peninggalan ini perlu di faraidkan kpd ahli keluarga ibu angkat?Memandangkan ibu angkat memang tiada anak bapa saudara(adik ibu)menjadi waris.Barang kemas yg di wasiat oleh ibu angkat suami ada pada saya.Perlukah saya pulangkan kembali kepada waris atau wasiat lisan ibu barang kemas itu di beri kepada suami adalah sah dari segi hukum syarak?mohon penjelasan ustaz.Terima kasih

message user image

Soalan: Salam. Sy ingin mohon pencerahan tentang hukum Islam faraidh yg menimpa keluarga. Ayah dan ibu bekerja bersama sehingga ibu bersara dahulu. Ayah kemudian bersara dan slps bbrapa tahun mghidapi pnyakit Alzheimer. Kemudian ayah sudah meninggal dan tinggalkan balu bersama seorang anak lelaki dan 4 org perempuan. Rumah dan kereta arwah ayah dijual sblm meninggal. Ibu masih ada anak bongsu yg masih belajar utk menanggung. Anak lelaki yg sudah berkahwin ini sblm ini lebihkan belah keluarga mentua dan tidak menjaga ibu nya malah hanya sesekali mmberi bantuan kewangan pd ibu. Faraidh datang bersama tanggungjawab tetapi anak lelaki ini hanya ingin menuntut hak nya krana dia seorang lelaki dan mengatakan dia hnya mengikut tuntutan agama. Minta pencerahan adakah dia masih boleh menuntut wang peninggalan ini dari ibu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Mohon pencerahan berkenaan harta pusaka. Arwah nenek saya dikurniakan 3 anak perempuan dan 2 anak lelaki hasil perkahwinannya dengan arwah datuk. Ayah saya merupakan anak sulung lelaki. Arwah nenek saya mempunyai tanah pusaka dan tanah yang dibeli menggunakan wang simpanan semasa hayatnya. Tanah yang dibeli, dibeli bersama anak(perempuan) sulungnya atas nama anak sulungnya. Selepas arwah meninggal, ayah saya dinafikan hak kerana nama bapa kepada nenek saya yang tertulis di sijil kelahiran ayah saya sedikit tidak sama dengan adik beradiknya yang lain. (Masalah ketika mendaftar nama semasa kelahiran). Ketika itu arwah bapa ayah (datuk) saya masih hidup dan mengesahkan bahawa ayah saya adalah anaknya dengan arwah nenek. Nenek pernah berpesan kepada arwah datuk semasa hayatnya untuk menyerahkan tanah yang dibeli kepada ayah saya sekiranya nenek meninggal dunia. Makcik saya yang sulung bertegas mengatakan tanah tersebut miliknya seorang kerana tiada nama nenek di dalam geran. Perkara ini sudah berlaku lebih 10 tahun dan sehingga hari ini, ayah tidak mendapat sedikit pun bahagian daripada harta peninggalan ibunya. Baru-baru ini makcik berniat untuk menaja ayah mengerjakan umrah tetapi atas faktor kesihatan, ayah tidak dapat pergi. Kami tahu dia berniat menaja menggunakan wang hasil tanah peninggalan ibunya. Ayah saya dah berkali-kali nasihat bahawa hasil tanah arwah ibunya seeloknya dibahagi dengan adik beradik yang lain mengikut faraid sekiranya makcik tidak mahu menyerahkan bahagian arwah nenek kepada ayah saya. Kami risau sekiranya sesuatu berlaku ke atasnya akibat bersikap tidak amanah kerana kesihatan makcik kerap terganggu sekarang. Mohon pencerahan dan nasihat.

message user image

Soalan: Ayah saya telah memajak barang barang kemas di kedai pajak untuk kegunaan abang abang dan adik saya. Tetapi setelah ayah meninggal dunia saya dan suami telah menebus kembali barang barang kemas tersebut dan menyimpannya.Keaadan terdesak saya dan suami telah menggadaikan salah satu barang kemas tersebut untuk menambah modal membina sebuah rumah lain kerana berlaku konflik antara adik beradik . Pertanyaan saya apa hukum saya menggadaikan barang kemas tersebut padahal jika saya tidak menebus barang tersebut ia akan lebur begitu sahaja kerana tiada siapa yang mampu menebusnya kerana tarikh penebusan berakhir dalam waktu yang terdekat . Apa hukum penggunaan saya tadi dan apa yang saya perlu buat kerana barang tersebut telah saya gunakan ...terima kasih ustaz

message user image

Soalan: As Salam, Abang saya ingin membeli sebuah kereta menggunakan nama saya. Persetujuan di buat secara lisan, iaitu membenarkan beliau menggunakan nama saya untuk membeli kereta tersebut. 1. Setuju secara lisan untuk menggunakan nama saya. 2. Selepas beberapa tahun, tak mampu bayar dan akhirnya nama saya disenaraihitam. 3. Bank telah menyaman saya dan mahkamah jatuhkan hukuman bankrap terhadap saya. 4. Abang saya meninggal dunia pada 2018. Bercerai dan meninggalkan seorang anak perempuan. 5. Pembahagian KWSP (2/6 – bapa, 1/6 – ibu & 3/6 – anak perempuan) Jumlah hutang kereta tersebut adalah RM45,000. Selepas pengeluaran diluluskan, adakah boleh digunakan bahagian bapa & ibu bagi membayar hutang itu.

message user image

Soalan: assalamualaikum, saya ingin bertanya jika seorang lelaki meninggal tetapi tiada berharta kecuali hutang siapakah yang dipertanggungjawapkan untuk menyelesaikannya? jika arwah berharta , harta akan dibahagikan secara farait tetapi hutang?

message user image

Assalamualaikum Tuan Mufti, Saya Azlinah Binti Mohd Yusof. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih diatas kesudian pihak tuan mufti memberi respon dan huraian terhadap persoalan yang saya ajukan. Saya ingin mengetahui apakah hukum terhadap perkhidmatan yang saya berikan ini dari sudut pandangan Islam. 1. Saya berhajat ingin membuka SPA kecantikan dimana perkhidamatan yang akan saya tawarkan merupakan pemasangan bulu mata palsu (EYELASH EXTENSIONS). Saya sedia maklum dan telah membaca beberapa halaman yang sah dan mengetahui hukum sambung bulu mata samada si pemasang atau yang dipasang adalah HARAM. Dalam kes saya , saya adalah si pemasang dan saya hanya ingin memberikan tawaran eyelash extension ini hanya untuk orang bukan islam, apa pandangan mufti akan hal ini. Saya bercadang saya akan meletakkan memo dan syarat2 khas untuk pelanggan saya bahawa perkhidmatan saya untuk pemasangan bulu mata palsu hanya untuk org bukan islam sahaja. 2. Perkhidmatan lain yang saya tawarkan adalah merapikan bulu kening dengan menggunakan inai/henna, saya juga sedia maklum akan hal dimana haram untuk wanita mencukur kening mengubah ciptaan ALLAH SWT. Namun saya ingin meminta pandangan sekiranya saya menawarkan perkhidmatan untuk merapikan bulu kening tanpa mencukur bulu kening dengan hanya menggunakan inai (teknik yg saya pelajari) adakah haram perkhidmatan yang saya lakukan. Tujuan dan niat saya merapikan kening menggunakan teknik inai/henna agar penampilan kemas dan inai tahan lama dan telus air sedikit sebanyak menjimatkan masa pada kami kaum wanita. sekian sahaja persoalan saya berkenaan hukum hakam terhadap perancangan perkhidmatan yg saya ingin lakukan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya jika semua dalam kehimpitan hidup dan darurat yg panjang contoh peperangan. bagaimana hutang kita antara bank?Adakah hutang bank sama macam hutang biasa? Mohon pencerahan terima kasih

message user image

Soalan: Jika seseorang itu mengambil lesen tetapi dengan memberi duit kepada pengajar agar diluluskan disebabkan masalah masa dan duit adakah lesen itu haram dipakai dan bagaimana langkah penyelesaiannya

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Ibu saya baru 10 hari meninggal dunia akibat kanser rahim. Semasa hayatnya, Ibu saya ada menyimpan sejumlah wang yg dirahsiakan (bersama saya) dari Ayah saya dengan tujuan untuk kegunaan sakit peningnya kelak. Tetapi sepanjang Ibu saya mengalami kanser rahim dan telah melakukan pembedahan di hospital kerajaan, Ayah saya yang menanggung kos semuanya. Maksud Ibu saya tentang duit simpanannya itu adalah sekiranya Ayah saya beralih arah memandangkan Ayah saya ada isteri muda. Bukan lah bermakna ayah saya seorang yang zalim, tetapi Ibu saya cuma mengambil langkah berjaga2 kerana Ibu tidak bekerja. Ibu saya 'pergi' sangat cepat dan mengejut. Kami masih lagi terkejut di atas pemergiannya, tetapi alhamdulillah kami redha. Ibu saya pergi dengan tenang. Persoalannya, apakah saya perlu bagitahu Ayah saya berkenaan duit tersebut? Jika mengikut syarak, saya perlu bagi ke Ayah saya, saya berbesar hati dan tak kisah pun untuk berbuat demikian. Saya tidak terus beritahu Ayah tentang duit Ibu kerana masih lagi merasakan ianya masih lagi rahsia antara saya dan Ibu.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt Ustaz, Saya ingin bertanya, faedah adalah riba, apakah hukum bagi orang yang bekerja di syarikat yang mengenakan cas pada pelanggan yang mempunyai terma hutang bertempoh di mana apabila pelanggan (kebiasaannya hanya syarikat dan bukan individu) itu tidak dapat membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan cas faedah , dan pekerja di syarikat itu mengisukan invois atau debit note keatas pelanggan yang lambat membayar hutang

message user image

Soalan: Assalammualaikum ustaz, saya ada 2 pertanyaan. 1. Apakah hukum pelaburan saham didalam islam? 2. Apakah hukum jual beli saham didalam kurang tempoh 1/2 jam. contoh, pukul 10pagi kita beli saham dan pukul 11pagi atau 12tengahari pada hari yang sama kita jual saham tersebut? Adakah dibenarkan didalam islam?

message user image

Assalamualaikum Saya nasirudzin shah bin abdul hadi Ingin bertanya dan mendapatkan pencerahan dari pihak atau ahli yang berkaitan insurans 1.adakah insuran kenderaan itu halal? 2.adakah insuran untuk penyakit misalan sakit jantung,kanser,buah pinggang,dan strok itu halal?sedangkan pembayaran setiap bulan sebanyak rm37.00 dan had maximum tuntutan sebanyak rm100000 3.adakah insuran itu memang tidak patut ada dalam islam? Dan jika ada mohon kemukakan hujah-hujah,dalil dan Nas jika ada....

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan, kisah saya seperti ini. Sy melaksanakan kerja2 sy mengikut prosedur yg telah ditetapkan dan akhir sekali keputusan kes akan diputuskan oleh Tim. Pendakwa Raya bukannya sy. Soalan sy setelah selesai kes di mahkamah, kadang2 sy diberi sejumlah sumbangan berbentuk wang ringgit tanda terima kasih oleh pihak tertuduh kerana perkhidmatan sy dalam menyelesaikan kes tersebut walaupun ada di antara mereka yag didakwa, dipenjara, didenda atau diusir. Apakah status sumbangan tersebut? Adakah kita boleh terima sumbangan itu ataupun tidak? Apakah hukum jika sy menerima sumbangan itu? Sy sgt keliru dgn keadaan ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah aplikasi cashzine iaitu aplikasi yang memberikan ganjaran wang kepada pengguna apabila pengguna tersebut membaca artikel atau berkongsi artikel tersebut kepada rakan lain. Pengguna menggunakan aplikasi ini untuk menjana pendapatan sampingan sehingga lebih daripada rm100 sehari. Oleh itu, adakah ia dibolehkan di dalam islam ? terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya.

message user image

Soalan: Ada uztaz yang mengatakan orang yang memberi hutang dan hutang tidak dijelaskan olih siberhutang, si pemberi hutang akan tunggu di pintu syurga menunggu si penghutang minta halal, sebelum masuk syurga. Adakah hadis yg menyatakn demikian? Terima kasih.

message user image

Soalan: kakitangan non muslim sy membuat claim makanan untuk client dari restoren yang non halal. bolehkah sy meluluskan permohonan pembayaran tersebut. syarikat kami 100% muslim owner. jazakAllah

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Soalan: Wajibkah saya keluarkan zakat simpanan walaupun saya telah tiada pekerjaan dan hanya bergantung kepada wang simpanan untuk perbelanjaan seharian? Sekian.

message user image

Soalan: Salam , Saya nak tanya soalan bekaitan tentang apakah hukum bagi masalah saya ini . "Sekarang saya tinggal di rumah arwah bapa saya yang meninggal pada setahun yang lalu , saya tinggal bersama adik beradik yang lain dan ibu saya. Saya mendapat tahu tanah rumah ini masih bernama arwah tokwan saya (bapa arwah bapa saya) yang belum di faraid lagi , apakah hukum saya dan keluarga saya tinggal di rumah ini? Bolehkah kami tinggal di sini sehingga selesai kes faraid ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, 1-Arwah ayah meninggal pada umur 52 tahun iaitu pada Nov 2019. ayah terlantar sakit selama 2 tahun, dan sebelum itu dia sakit on off bertahun, jadi ayah tidah berpuasa pada beberapa tahun itu. Sewaktu ayah sihat adakala sy lihat arwah ayah tidak berpuasa, boleh kah saya membayar fidyah ayah dari ayah berumur 20 tahun hingga 52 tahun? iaitu 30hari x 32 tahun. Bolehkah sy membayar untuk ayah sebanyak itu untuk ayah disana? sebab saya tak tahu jumlah sebenar hari puasa yang ditinggalkan. 2-Boleh kah membayar fidyah dan upah haji ayah menggunakan harta pusakanya? (duit EPF), selebihnya baru dibahagikan secara faraid.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz saya ada soalan berkaitan harta peninggalan arwah pakcik saya. Arwah bujang tidak berkahwin, tidak ada anak, ibu bapa arwah juga sudah meninggal dunia yg hidup hanya ada adik beradik. Arwah tinggal serumah bersama saya dan ibu bapa saya. Semasa hayatnya arwah pernah berniat untuk menghibahkan harta beliau kepada saya dan mengamanahkan saya untuk menguruskannya tetapi kerana sudah sampai ajal beliau tidak sempat membuat hibah tersebut. Arwah juga berkata yg beliau tidak akan memberi harta beliau kepada saya atau sesiapa dalam keluarga melainkan harta itu digunakan untuk menambah amal ibadat beliau sendiri. Kata-kata ini keluar dari mulut arwah sendiri semasa hidup kepada saya bersaksikan ibu saya. Kerana tidak sempat membuat hibah harta arwah dibahagi kepada adik beradik mengikut sistem faraid. Soalan saya adakah harta arwah ini halal dimakan adik beradik untuk kegunaan seharian berdasarkan kata-kata yang dilafazkan oleh beliau semasa hidup. Sekian terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. 1. Pada masa ini di media sosial, terdapat ramai peniaga dalam talian yang berniaga pelbagai barangan. Saya dapati ramai juga antara mereka menjual barangan tiruan seperti beg & kasut berjenama tiruan pada harga yang sangat murah. 2. Dari segi undang-undang di Malaysia, saya tahu ia merupakan satu kesalahan bila menjual barangan tiruan. 3. Bagaimana pula dari segi hukum Islam bagi mereka yang menjual barangan tiruan? Adakah hasil pendapatan mereka halal atau haram? 4. Dan bagaimana pula orang yang membeli barangan tiruan, adakah berdosa? 5. Diharap dapat penjelasan dari Pejabat Mufti kerana saya lihat semakin ramai peniaga yang beragama Islam dalam talian yang menjual barangan tiruan. Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukum saya menjual santan 1kg 8.00, 1/2 kg 4.00 , 250g rm2.00. Tetapi apabila orang membeli minta rm1.00 sy jual 100g, rm3.00 sy jual 300g ADAKAH DLM SITUASI DIATAS SY DIKIRA BERDOSA ,TETAPI SY MEMAKLUMKAN KPD PEMBELI GRAM DAN HARGA TERSEBUT. JIKA PERBUATAN SY SALAH BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENEBUS KESALAHAN LAMPAU.

message user image

Soalan: Assalamulaikum... Ank saudara saya telah berkahwin..tetapi belum dapat anak ...masallah nya..anak saurada saya telah menbuat sebuat rumah atas tanah isterinya...diatas geran tanah tersebut nama anak saudara saya tidak ada...dalam hal ini..meraka telah berpakat dgn isteri nya ..isterinya buat bayar Rm 800. Dan anak saudara bayar Rm600 sebulam ..oleh hal yg demikian ditakdirkan meraka berdua ni ..telah berpisah..persoalan saya ..adakah anak saudara saya boleh menuntuk hak di atas rumah berkenaan.? Apa kah yg perlu anak saudqra saya lakukan.. Sekian saya amak berharap agar ust dapat menbantu saya dan anak saudara saya. Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ada membuat pertandingan memancing. Saya menyediakan wang tunai untuk hadiah pertandingan untuk minggu ini. Hukumnya boleh. Soalan: saya dari kutipan yuran minggu ini di gunakan untuk membuat hadiah wang tunai mengunakan duit yuran perserta pada minggu lepas apa hukum nya... Adakah di kira dari duit perserta jugak Mohon penjelasan yang jelas

message user image

Soalan: Apakah hukum menjual barang dengan harga gram yg berbeza cthnya sekilo rm8.00 tetapi sy menjual 500gm dengan hrga rm5.00.adakah dikira berdosa tetapi pengguna dimklmkn

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nk bertanya.. Saya baru bekerja di sesebuah company dan perlu travel ke luar office dan blh claim dengan company.. dari segi makan, hotel dan OT.. kawan sekerja saya membuat claim lebih.. contohnya kami bekerja cuma 2 hari tetapi dia claim 3 hari bekerja.. saya terpaksa ikut seperti yang di claim oleh kawan saya kerana kami bekerja bersama.. jadi hasil daripada claim yng tidak betul ini apa yang perlu saya buat? Adakah saya perlu sumbangkan kepada fakir miskin ataupun bolehkah saya gunakannya untuk membeli barangan yng bukan makanan.. Mohon pencerahan apakah cara yang betul untuk saya lakukan. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Salam ustaz/ustazah.saya telah beli peti ais dari wang haram 100% hasil riba dan peras ugut orang.saya telah solat taubat dan sudah 2 tahun tidak melakukan riba dan pemerasan. Saya insaf dan ingin bertaubat.apa yang saya perlu lakukan dengan harta haram ini. 1)buang peti ais tersebut?. 2)guna peti ais ini dan sedekah wang kepada fakir miskin dengan nilai yang sama dengan harga peti ais tersebut?. 3)beri kepada fakir miskin? Bantu saya..

message user image

Soalan: Assalammualaikum 1) Apakah hukum menanam jambang bagi lelaki yang memang tidak tumbuh jambang yang lebat? 2) Apakah hukum download & mengupload semula video yang di buat oleh orang bukan islam ke youtube untuk dapatkan bayaran dari youtube/google. Adakah wang itu halal? Contohnya : download movies atau animasi/kartun/short video/video viral dari internet, selepas itu edit video tersebut, dan upload ke youtube. Dapat bayaran dri youtube.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan pembayaran FIDYAH. kadar bayaran Fidyah yang dikenakan adalah berbeza mengikut negeri. Soalan saya, adakah saya perku membayar fidyah di negeri tempat tinggal saya ( kuala lumpur) atau saya boleh memilih untuk membayar fidyah di mana-mana negeri? contoh: kadar bayaran fidyah yang dikenakan di tempat tinggal sya iaitu di kuala lumpur 1 hari= RM4 manakala kadar bayaran fidyah di kampung saya iaitu di Selangor dan Johor adalah lebih rendah. Boleh kah saya memilih untuk membayar fidyah di kampung?

message user image

Asalamualaikum.. Saya seorang peniaga nasi lemak..dan baru ini saya terima bantuan beras dari individu yg menderma pada golongan b40 yg ada anak ramai.. Soalannya..bolehkah saya gunakan beras bantuan itu untuk berniaga nasi lemak dgn niat boleh jadikan hasil yg lebih sedikit..apakah hukumnya Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ada soalan berkenaan hukum. Apakah hukum jika saya bekerja dalam bidang arkitek di sebuah syarikat yang mengambil projek-projek yang jelas terdapat unsur haramnya seperti projek membina kelab malam, projek membina restoran/bar yang menjual arak, membina projek pusat penyembahan agama lain, projek membina kilang penyembelihan bukan cara islam dan sebagainya? Bagaimanakah hukum dari segi pendapatan saya? Apakah yang saya perlu lakukan jika projek itu diserahkan tugas kepada saya untuk mengetuainya atau saya terlibat dengannya? Saya harap dapat mendengar penjelasan berkenaan isu ini dan dapat mendengar pendapat ustaz untuk memudahkan urusan ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. adik saya meninggal dunia tahun 2016.Duit kwsp dan insuran di buat firaid.dan bayaran hutang mengunakan duit firaid tersebut.Waris2 ( adik beradik ) yg menerima duit faraid bersetuju menyerahkan duit kpd emak. pada Nov 2019.emak telah meninggal. Soalan: 1) Boleh ke waris (adik beradik ) menuntut hutang dahulu yg arwah adik ada berhutang denganya setelah 4 tahun kematian arwah. 2) Adakah duit emak akan dikira sebagai harta pusaka dan akan dibuat pembahagian faraid.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, mohon pencerahan mengenai isu harta. Abg sy meninggal dunia pd 17.4.2019 .JPA telah menetapkan sejumlah Wang pampasan kpd Emak. Tp emak pula meninggal seminggu selepas abg sy iaitu pd 27.4.2019. Wang pampasan tu dpt selepas Emak meninggal.Soalannya..duit tersbt wajib dibagikan ikut faraid ke tidak.Tk atas bantuan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin mengajukan satu soalan berkenaan hutang lapuk. Pada satu masa sebelum ini, saya pernah menjadi orang tengah untuk satu urusan jual beli yang melibatkan ramai individu, lebih kurang 20 hingga 30 orang termasuk saya sendiri. Malangnya, saya telah ditipu dalam urusan tersebut. Jumlah bayaran setiap individu adalah RM25 pada masa itu. Perkara ini telah berlalu hampir 15 tahun lamanya. Saya juga tidak ada senarai pembeli yang turut menjadi mangsa untuk memohon maaf kerana saya berpindah tidak lama selepas itu. Namun, saya masih merasa terganggu dengan perkara itu. Apa yang perlu saya lakukan? Perlukah saya menanggung dan menyelesaikan hutang kepada semua pembeli tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Anak saudara saya ada membeli rumah daripada ayahnya. Tetapi nama utk bill api dan air belum ditukar dan deposit api dan air berjumlah rm500 ++ masih belum dibayar kepada ayahnya. Ditakdirkan ayahnya meninggal dunia beberapa bulan yang lepas. Urusan tukar nama bill api air belum dibuat. Bermakna duit deposit rm500 telah tertunggak. Soalannya boleh atau tidak anak saudara saya tu membayar rm500 dengan menggunakan duitnya sendiri kepada waris (bukan duit deposit yg diterima dari tnb sbb belum berurusan). Dengan niat jika urusan telah dibuat dan pihak tnb kembalikan deposit tersebut duit itu akan menjadi miliknya sahaja x perlu difaraidhkan lagi. Harap pihak Tuan dapat memberikan penjelasan.

message user image

Soalan: Assalammualaikum...saya ingin bertanya...adik saya ada meminjam duit pd kawan dia...baru2 ni dapat berita kawan dia meninggal..kwm dia dah bercerai dgn isteri dia dan dia mempunyai 2 org ank lelaki yg masih bersekolah...ank2 dia dijga oleh bekas mertua dia...soalan saya..pd siapakah duit yg adik ssya pinjam tu patut diberikan. Sekian..wassalam

message user image

Soalan: Apakah hukum menjual gambar dan video di laman web Shutterstock? Soalan ini adalah melibatkan dari segi semua aspek cara mendapat pembayaran dari pihak Shutterstock.

message user image

Soalan: Assalammualaikum ustaz, nak tanya kalau kita masukkan modal rm 300(contoh) dalam pelaburan forex dan kita mendapat untung mencecah rm 800(contoh) adakah kita boleh ambil rm 300(modal) dari pulangan rm 800 dan lebihannya iaitu rm 500 kita sedekahkan dan tak guna langsung duit tu sebab baru tahu hukum main forex adalah haram.Soalan utamanya adalah bolehkah kita mengambil balik duit rm 300(modal) daripada rm 800( untung forex).Mohon pencerahan.Terima kasih.

message user image

Soalan: Ayah saya baru meninggal dunia. Meninggalkan 4 orang anak (2 lelaki, 2 perempuan) serta seorang isteri (ibu tiri saya). Sewaktu hayat Arwah saya pernah membeli sebiji kereta dan sebiji motor untuk Arwah Ayah gunakan selama mana yang beliau mahu. Kedua-duanya adalah secara tunai dan didaftarkan di atas nama saya sendiri. Soalan: 1. Adakah motor dan kereta tersebut kini menjadi harta pusaka dan perlu dibahagikan kepada kami adik beradik dan ibu tiri mengikut perkiraan faraid? 1. Adakah ibu tiri berhak menuntut motor dan kereta tersebut sebagai harta sepencarian kerana ianya saya berikan kepada Arwah Ayah sewaktu ibu tiri telah menjadi isteri Arwah Ayah.

message user image

Soalan: Saya ada satu pertanyaan . Ayat nya begini. Pada di bulan ramadan .pada di malam ramadhan hamba allah ini sudah niat puasa untuk keesokan harinya selepas terawih .jadi pada jam sekian2 hamba allah ini tidak lagi tidur jadi ia terniat untuk onani . Setelah ia buat perbuatan itu dia rasa menyesal dan hamba allah ini mandi wajib jadi ia tertanya tanya adakah sah puasa aku ni .kejadian itu sebelum sahur .dan sahkah ibadah puasa hamba allah itu pada hari itu. Itu saja soalan saya maaf kerana pertayaan ini agak berat .

message user image

Soalan: Assalammualaikum, semoga kita berada dalam rahmat Allah SWT. Apakah hukum berurusan, seperti berbelanja, di kedai yg syarikatnya yg mengadakan kempen menyokong LGBTQ. Kedua, bagaimana pula dgn pembelian barangan buatan negara yg menindas umat islam?

message user image

Assalamualaikum, Tuan/puan, Saya ada persoalan mengenai hukum jual beli online. Situasi: Seorang tukang jahit langsir mengiklan design-design langsir di laman sosial (shopee/lazada), design diambil dari page penjual kain langsir yang lain di platform yg sama. Apabila ada pembeli membuat order kepada tukang jahit dengan memilih design yang dipilih, barulah tukang jahit membeli kain tersebut kepada penjual langsir untuk dijahit. Semasa pembeli membuat order,sejumlah wang telahpun ditolak dari akaun pembeli. Tetapi wang tersebut masih belum diperoleh oleh tukang jahit (dalam simpanan shopp/lazada) sehingga barang di pos oleh tukang jahit kepada pembeli. Persoalan sy, adakah sah jual beli. Pengetahuan sy sah jual beli apabila barang telahpun ada ditangan penjual (dalam situasi ini tukang jahit). Tetapi hakikat kain tiada di tangan dan baru akan dibeli oleh tukang jahit kepada pihak ke3?. Situasi berlaku apabila penjahit tidak mahu ambil risiko menyimpan stok yg tidak tahu akan dibeli atau tidak. Apabila ada pembeli, barulah kain di beli dah dijahit. Bagaimana pendapat tuan/puan dalam isu ini?.

message user image

Soalan: assalam saya berkerja di maybank sebagai ketua audit untuk IT dan operation. saya di beri saham maybank sebagai reward (benefit) setiap tahun . saham ini di credit ke account dan dividednya sekali. soalan saya bolehkah saya guna duit saham ini dan dividednya. kerana ia diberi sebagai saguhati untuk berkerja lama di maybank. wasalam

message user image

Soalan: kita tahu bahawa penggunaan kad kredit sangat meluas sekarang ini. saya ingin bertanya hukum bagi penggunaan kad kredit. ada sesetengah ustaz mengatakan haram. saya ingin meminta penjelasan dengan lebih jelas mengikut situasi yang saya alami. 1. saya menggunakan kad kredit konvasional dan membuat bayaran tepat pada masa tanpa ada sebarang cas lewat pembayaran. adakah setiap urusan jual beli itu haram?. 2. setiap kad konvensional yang saya gunakan mempunyai cash back berdasarkan penggunaan bulanan saya (hampir setiap bulan saya terima rm30). adakah cash back tersebut haram kerana kad tersebut kad konvesional dan terdapat unsur riba?? 3. situasi yang sama seperti soalan 2 tapi kad yg digunakan adalah kad islamic. adakah cash back yang saya terima halal atau haram?

message user image

Soalan: Saya sedang berkerja di syarikat pengeluaran majalah, dimana 3 dari 72 majalah disitu adalah majalah mengenai LGBT. Adakah cukup untuk saya membenci perbuatan LGBT itu dan meneruskan pekerjaan saya disitu. Adakah gaji saya itu gaji yang halal disisi Allah SWT?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan, sy mahu bertanya jika saya menyimpan duit pemberian org untuk anak sy dlm akaun amanah saham sy, adakah sy perlu asingkan juga dividen yg sy terima mengikut amaun duit hak anak sy? Anak masih kecil, kerana kekangan masih belum blh buat akaun peribadi untuk anak semasa musim perintah berkurung. Teeima kasih tuan

message user image

Soalan: Saya ada menyertai satu program pelaburan di sebuah syarikat. Dan syarikat itu mengatakan bahawa setiap hari, pelabur akan diberi dividen di antara 1%-2% daripada modal kita labur setiap hari sepanjang 180 hari kontrak. Syarikat menjalankan beberapa bisnes seperti jual beli emas, jual beli kereta terpakai, forex trading, dan beberapa lagi. Lepas join saya mula was-was dengan halal haram ni sebab saya tak tahu. Adakah itu dikira menjanjikan keuntungan sebabnya kita tetap tak tahu berapa yg kita akan dapat setiap hari, cuma anggaran di antara 1-2% tu. Boleh jelaskan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan. Jika dahulu ibu bapa saya gunakan bank konventional untuk simpankan duit dan tidak tahu dividen yang dapat dari bank itu adalah riba. Maka mereka telah menggunakannya dan ia berlaku bertahun-tahun. Kemudian, sekarang sudah pun ada perbankan islamik. Dan sekiranya mereka baru tahu tentang unsur riba dalam akaun konventional tersebut dan baru nak tukar kepada akaun islamik, bagaimana dengan duit dividen yang sudah bertahun-tahun dapat dari bank tersebut? Dan kemungkinan mereka pun tak tahu sebenarnya berapa dividen yang mereka telah dapat setelah sekian lama. Perlukah mereka menyucikan atau membersihkan duit tersebut dengan bersedekah? Tetapi tidak tahu nilai dividen yang haram. Saya senaraikan soalan utama saya di bawah: 1) sekiranya mereka baru tahu tentang unsur riba dalam akaun konventional tersebut dan baru nak tukar kepada akaun islamik, bagaimana dengan duit dividen yang sudah bertahun-tahun dapat dari bank tersebut? 2) Jika mereka pun tak tahu sebenarnya berapa dividen yang mereka telah dapat setelah sekian lama, perlukah mereka menyucikan atau membersihkan duit tersebut dengan bersedekah? 3) Jika tidak tahu nilai dividen yang haram kerana sudah lama, bagaimana nak tahu berapa yang perlu disedekahkan? 4) sekiranya perlu membersihkan duit tersebut dengan bersedekah, bolehkan anak menjadi wakil dan bersedekah bagi pihak ibubapa saya dengan duit saya sendiri?

message user image

Soalan: assalamualikum sy telah membuat potongan gaji bulanan ke akaun tabung haji ayah saya..setelah ayah saya meninggal dunia..bolehkan sy mengambil duit gaji yg sy telah potong tersebut ..kerana sy merupakan penama bg akaun tersebut..dan baki duit tersebut akan diagihkan kepada adik beradik yg lain.:ini kerana ibu saya hendak sy ambil duit yg telah sy potong setiap bulan tersebut..minta bg pandangan dalam hal ini..sb saya kuatir adalah haram jika sy mengambil duit tersebut

message user image

Soalan: Saya ada bunga simpanan tetap di Bank yang ingin sayahantarkan ke Baitulmal tetapi ada seorang kawan saya sedang menghadapi kesusahan kehilangan kerja untuk menampung keluarga. Bolehkah saya serahkan kesemua amaun bunga tersebut kepada beliau untuk menyelesaikan itu riba yang saya hadapi.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, 1. Apakah hukum menggunakan files/software dari sebuah laman web yang perlu dibayar setiap tahun yang khas untuk 1 pengguna akaun sahaja tetapi bayaran tahunan,nama akaun dan kata laluan dari laman web tersebut dikongsi secara ramai? 2. Dan apa hukum menjual files/software tersebut kepada orang awam? *contoh laman web seperti Envato Elements. pengguna akaun perlu membuat bayaran setiap tahun dan boleh muat turun seberapa banyak mereka mahu dalam tempoh 1 tahun itu. setiap bayaran hanya untuk 1 pengguna akaun yang diberi ID dan password.1 group whatsapp dibuat untuk kongsi id dan password tersebut,boleh muat turun ikut giliran.

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya ingin bertanya berkaitan dengan hasil gaji pekerjaan saya. Saya bekerja di sebuah organisasi hospital swasta kecil, iaitu hospital kanak-kanak di mana sesetengah pesakit akan menggunakan insuran untuk membayar perawatan sama ada sebagai pesakit luar atau dirawat di dalam. Jadi seperti yang kita tahu sesetengah insuran hanya boleh di gunakan oleh pesakit jika mencapai syarat-syarat yang tertentu jadi apakah hukum jika doktor itu menipu dalam perawatan untuk membolehkan pesakit untuk tuntut duit insuran tersebut, dan apakah hukum untuk hasil gaji yang saya terima. Sebagai contoh pesakit kanak-kanak ini tidak mengalami sebarang penyakit setelah berjumpa dengan doktor hanya mengalamani batuk sahaja, jadi doktor mencadangkan untuk melakukan rawatan seperti menghisap wap sahaja, jadi ibu bapa ini tidak mempunyai duit yang mencukupi atau tidak ingin membayar secara tudai jadi doktor membantu dengan memasukkan pesakit ke dalam ward, dan menipu sesetengah perawatan yang di perlukan untuk tuntutat insurans tersebut. Saya berharap persoalan ini dihuraikan supaya saya tidak dibelenggu dengan rasa curiga tentang hukumnya. Terima Kasih kerana sudi membaca soalan saya dan di atas peluang untuk saya membuat pertanyaan.

message user image

Soalan: Soalan 1: Topik Jual beli emas. Saya ada membeli beberapa jenis emas iaitu Gold bar dan juga barang kemas melalui online. Selepas membayar- Penjual akan mengepos emasnya kepada saya. Adakah sah jual beli emas begitu. Biasanya tempoh masa untuk sampai kepada saya adalah dalam 3-6 hari. Bergantung keadaan pos. 2. Saya pernah membeli emas melalui akaun emas fizikal. Saya hanya bayar di ke syarikat dan boleh keluar emasnya pada bila2 masa. Yang menjadi masalahnya- Pernah terjadi iaitu- bayaran emas sudah dibayar tetapi emasnya selalu x ada sehingga lambat menjadi hampir 3 bulan baru saya dapat emas fizikal itu. Adakah sah jual beli begitu. Penangguhan terlalu lama

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum, Tuan. Saya ingin bertanya tentang apakah hukumnya menggunakan baucar atau kod diskaun yang sebenarnya bukan untuk kita? Maksud saya, contohnya saya ingin membuat pembelian online di Shopee menggunakan akaun saya yang sedia ada. Tetapi Shopee ada diskaun kod untuk pelanggan baru atau yang baru mencipta akaun. Saya mahukan diskaun itu, jadi saya cipta akaun baru untuk dapatkan diskaun kod tersebut untuk digunakan dalam pembelian saya. Apakah hukumnya? Adakah salah untuk berbuat begitu? Maaf jika soalan saya kurang jelas. Saya harap pihak tuan dapat membantu menjawab kemusykilan saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan sumbangan NGO. Adakah sukarelawan atau perkerja daripada sebuah NGO, atau yang menguruskan NGO tersebut, boleh mengambil upah atau gaji daripada sebahagian sumbangan yang dikutip daripada sumber lain seperti sumbangan orang awam atau organisasi tertentu. Adakah ini dibolehkan dan dianggap sebagai upah asalkan berpatutan (tidak melebih-lebih) sama seperti seorang amil yang menerima sebahagian daripada zakat. Mohon makluman dan pencerahan. Sekian terima kasih

message user image

Pertanyaan: Saya nak tanya tentang pandang ulama' , ustaz tentang e-Sukan ( ESports) . Boleh jelaskan? Apa hukum2 terlibat secara langsung? Adakah ia sah dan halal untuk dijadikan satu pekerjaan?

message user image

Soalan: Saya mahu menjadi pereka fashion di luar negara (negara majority nya bukan beragama Islam seperti London). Apakah hukumnya jika saya me-reka baju -baju yang dikhaskan untuk orang bukan beragama Islam, agak tidak menutup aurat , adakah saya berdosa juga kerana berbuat sedemikian

message user image

Soalan: Salam ustaz..dulu bekas suami ada beli rumah secara ansuran atas nama sy..lps bercerai dia serahkan rumah tu dan di tanggung sepenuhnya oleh sy..lps beberapa tahun bercerai rumah tu di lelong..soalan sy adakah dia juga berhak menuntut ke atas baki wang lelongan tersebut kerana ianya berlaku selepas beberapa tahun kami bercerai

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya tentang tuntutan wang Kisahnya bermula semasa saya kemalangan dengan orang dihadapan saya. Kereta mereka hanya rosak di bahagian bampa bawah dan pintu bonet. kami berbincang dan telah capai persetujuan untuk buat laporan polis dan orang yang dilanggar claim insuran saya, jadi sepatutnya masalah selesai disitu. Tetapi pihak yang dilanggar tidak membuat claim insuran secara terus kepada pihak insuran kerana dia telah menukar keputusan untuk menggunakan orang tengah (longkai) untuk claim insuran. Saya telah bertanya kepada orang yang mahir, kalau kemalangan, jangan sesekali bagi orang luar/tengah(longkai) yang uruskan kereta, nanti mereka kena kan caj macam macam Jadi, orang yang dilanggar telah telefon saya untuk mengatakan bahawa claim mereka tidak lepas dan terpaksa membayar harga kemalangan RM 4000 dan saya mengsyaki dia telah ditipu lah longkai sebab pada mulanya kami dah bersetuju untuk claim insuran terus mengikut prosedur yang betul, tapi dia telah menukar fikiran untuk ambil longkai.Saya mengsyaki dia telah ditipu oleh longkai tersebut sebab dia tidak mengikut prosedur yang betul untuk claim. Jadi, mereka menuntut kepada saya sedangkan kami dah setuju pada awal untuk claim insuran ikut prosedur. Kalau diikutkan pengetahuan saya, mereka yang salah sebab tak ikut prosedur yang betul. Saya tahu saya yang langgar, tetapi saya telah serahkan 100% kepada insuran. Jadi soalan saya, wajibkah saya membayar juga kepada mereka?

message user image

Soalan: Apakah hukum menganjurkan lelongan atau terlibat dalam bidaan dgn wang ringgit? Adakah ianya dikira sebagai taruhan? Sebagai contoh, sebiji buah durian jenis terbaik dibuka utk bidaan / lelongan dengan nilai bidaan tertentu walaupun tujuannya sebagai salah satu strategi pemasaran

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan, Saya ingin bertanya berkenaan adakah boleh jika kita melakukan seperti perkara di bawah ini, untuk tujuan sama ada untuk mendapatkan kepercayaan bakal pembeli (prospek), atau untuk meningkatkan marketing bisnes kita. 1)Swap Like - di mana sekumpulan pengguna Instagram melakukan aktiviti, bertukar-tukar jumlah 'like' yang sama, bagi menaikkan kepercayaan prospek bila 'post' itu mendapat sambutan. Dan secara tak langsung, itu jadi marketing percuma bila, ada di antara pengguna Instagram yang turut serta dalam aktiviti itu, tertarik dengan post kita itu dan membeli barang dengan kita. 2) Beli Followers/Likes/Retweet -ada server yang boleh digunakan untuk meningkatkan jumlah followers social media. Begitu juga dengan Likes/Retweet/Subscribers. Tujuan pembelian adalah untuk menampakkan sesebuah akaun itu 'trusted'. Sebab jika followers sikit, walaupun kita jujur menjual sesuatu barangan, prospek pasti akan ragu-ragu sama ada kita ni boleh dipercayai atau tidak. Kalau tak beli servis begitu, contoh nak follow orang secara manual, orang pun taknak follow balik kalau tengok followers kita sikit je. 3)Membeli Akaun Media Social Orang Lain -dimana orang yang baru ingin memulakan perniagaan secara atas talian di media sosial, akan membeli akaun media sosial yang sedia ada ramai followers dari pengguna yang sudah bersetuju untuk menjual akaun media sosial miliknya, dengan harga yang telah dipersetujui oleh pembeli dan penjual. Ini kerana, jika kita baru-baru nak mula berniaga atas talian di media sosial, dan kita membuka akaun instagram contohnya, nak naikkan followers tu sangat la susah jika bermula dari bawah. Mungkin mengambil masa yang sangat lama untuk mendapat ribuan followers sedangkan akaun pesaing kita memang sudah sedia ada ribuan followers. Harap Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan dapat memberikan jawapan kerana pada zaman yang memang berjual beli di atas talian terutamanya di media sosial, perkara-perkara yang saya sebutkan di atas ini memang ramai yang buat. Perkara di atas dilakukan di atas sebab manusia ni apa yang dilihat, itu yang dipercayai. Zaman sekarang, susah sekali menggunakan hati nurani untuk menilai sesuatu disebabkan banyak penipuan yang mungkin boleh berlaku di atas talian, memaksa pengguna untuk mengambil inisiatif mempercaya akaun media sosial yang tampak lebih ramai pengikut(followers)/likes/retweet/subscribers. Jawapan dari pihak Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan amat saya hargai. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih atas masa yang diberikan untuk membaca dan membalas persoalan saya ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya nk tahu hukum bermain kutu duit,ada yg kata haram dan ada yang.kata harus dengan akad ibarat hutang dan membayar hutang...saya harap sangat dapat pencerahan sejelasnya ...terima kasih..

message user image

Soalan: Saya pernah membeli dapur gas jenama singer melalui seorang ajen sekitar tahun 1980an. Saya baru teringat kemungkinan besar bayaran belum selesai. Saya pergi kekedai singer utk semakan tapi tiada rekod. Ejen tersebut telah meninggal. Bagaimana cara saya nak selesaikan hutang tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Sy nak bertanya, bolehkah sebagai org islam berkerja dengan org bukan islam dalam syarikat pinjaman wang berlesen. Yg mana sedia maklum terdapat riba n faedah yg berlebihan slm syarikat tersebut? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Kira-kira 20 tahun lalu, saya menyambung pelajaran diluar negeri. Ketika kembali ke tanah air, saya tidak tutup akaun bank disana dan ada mempunyai hutang credit card dalam RM1,500 (tukaran wang ketika itu). Pada mulanya, saya bayar dari Malaysia tetapi kemudian terlupa. Sekarang, bila saya sedar kesilapan, saya mahu menjelaskan hutang tersebut. Saya cuba menghubungi bank tersebut andainya ia masih menyimpan rekod saya. Malangnya, bank tersebut telah diambil alih oleh sebuah bank lain dan beberapa email saya kepada bank itu tidak mendapat layanan. Soalan saya, apa perlu saya buat yang saya menjelaskan hutang-hutang tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Saya nak bertanya pasal hutang2 arwah adik saya. Arwah ada meninggalkan sejumlah wang yg agak besar. Wang tersebut telah diberikan kepada ayah dan ibu kami atas persetujuan ketiga tiga adik beradik tanpa minta sesen pun. Tapi yang menyedihkan ibu saya telah membelanjakan wang tersebut sewenang wenangnya. Untuk pengetahuan, arwah meninggalkan hutang, kereta dan bil2 yang lain. Kami ada beberapa kali mengingatkan ayah dan ibu untuk melangsaikan hutang2 tersebut malangnya tidak dipedulikkan. Bagaimana kami sebagai adik beradik dapat membantu? Jami sedih mengenangkan hutang2 arwah yang nasih belum dilangsaikan.

message user image

Soalan: Apakah hukum sesaorang berniaga alat solet wanita,setiap wanita Akan bersolet Serta berhias apabila keluar rumah.

message user image

Soalan: Tajuk : Ibadah Korban Suami Isteri. Bolehkan sesorang itu /suami meminjam duit kepada sesorang (isteri) untuk menunaikan ibadah korban dan berjanji akan menggantikan nya semula.. adakan tempuh masa untuk membayar semula duit yg dipinjam itu atau bila² masa atau tiada tempuh.

message user image

Soalan: 1.setiap bulan saya ada buat potongan khairat bapa mertua saya di institusi tempat kerja saya, setelah bapa mertua meninggal dunia, duit tersebut ada di simpan saya kerana kos urusan semua telah di uruskan oleh pihak masjid disebabkan bapa mertua saya juga ada membuat potongan, soalan saya seperti berikut:- a) boleh ke duit tersebut saya simpan dan gunakan untuk diri saya dan keluarga memadangkan saya yang membuat potongan, jika hutang bapa mertua saya tiada b) adakah duit tersebut perlu diserahkan kepada ibu mertua saya

message user image

Soalan: Salam... Saya nak tanya.. Macam mana nak jelaskan baki hutang Pembelian emas yang berbaki sekitar rm 400...kejadian berlaku pada 1997 di mana berlaku banjir teruk dan segala dokument termasuk nombor telefon Hilang... Sehingga kini tidak dapat berhubung dengan penjual tersebut ( ejen jual emas dari rumah) ... Mohon pencerahan... Apa perlu saya buat dgn baki hutang tersebut. Terima kasih

message user image

Soalan: assalamualaikum , saya bekerja di syarikat pinjaman berlesen dan setiap pelanggan yang lulus membuat pinjaman dengan syarikat saya , saya akan mendapat komisen sebanyak 5-6% . setelah beberapa bulan saya bekerja saya menyedari bahawa pekerjaan saya mempunyai unsur riba. perlukah saya memulangkan komisen tersebut kepada pelanggan saya atau ada cara lain ?

message user image

Soalan: Salam ustaz, apakah hukum menjual software crack seperti ( adobe, windows crack, dan lain2) ? Dan apakah hukum mengunakan software crack? Jika haram, menjual software crack, macam mana nak bersihkan harta yang diperoleh daripada hasil jualan software crack?

message user image

Soalan: *Salam.soalan sy mengenai pembahagian harta yg di tinggal kan si mati. Sebelum itu, sy cerita kan serba sedikit situasi yg sy hadapi. Ayah sy baru saja meninggal dan arwah ada simpanan dalam bank sebelum ni . Selepas arwah meninggal, abg2 sy minta persetujuan utk mengeluar kan wang simpanan arwah dgn alasan ingin melangsaikan segala hutang nya jika ada. Jadi kami semua sign tanda setuju utk keluarkan wang simpanan arwah .akan tetapi, sampai sekarang sy masih tidak diberitahu langsung mengenai wang @ maklumat mengenai hutang2 jelas kan. Soalan sy, bagaimanakah yg seharusnya yg perlu di lakukan oleh waris mengenai wang simpanan arwah ? Dan boleh ke waris ( abg ) menggunakan wang arwah selain drpd mbayar hutang dan sebagainya tanpa persetujuan @ memaklum kan pada waris2 yg lain ?? Mohon penjelasan mengenai situasi ini . Sekian sahaja .- Terimakasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya apakah hukum bekerja di syarikat A yang menjual servis pembungkusan/pembungkusan semula(repackaging)/testing kepada syarikat yang lain (B). Syarikat B menjual produk itu kepada pelbagai syarikat networking yang lain , salah satunya mungkin laman web lucah. Namun , pengetahuan terhadap maklumat pelanggan syarikat B ialah terbatas dan pekerja syarikat A tiada maklumat mengenainya (cuma dari sembang-sembang rakan sekerja saya mendapat tahu salah satu pelanggan akhir syarikat B ialah salah sebuah laman web lucah). Apakah hukum saya bekerja sekarang? Adakah punca rezeki saya halal?

message user image

Soalan: Datuk saya telah tinggal diatas tanah kerajaan dari tahun 1960-1995. Sehingga datuk saya meninggal dunia, geran tidak dapat dimiliki. Setelah itu, 1998 emak saya duduk diatas tanah kerajaan tersebut (atas tanah kerajaan yg datuk saya duduk sebelum itu). Pada 2006 emak saya mendapat geran anugerah kerajaan neg selangor atas tanah tersebut. Isu yang berlaku, adik beradik emak saya telah menuntut hak faraid ke atas tanah tersebut. sedangkan emak saya masih hidup. Adik beradik emak menganggap bahawa tanah tersebut adalah hak datuk saya kerana datuk yang membuka tanah tersebut. Adakah emak saya perlu menyerahkan tanah tersebut utk difaraidkan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum.boleh saya tahu status ASB?surat terdahulu 11Mei 2017 menyatakan untuk buat semakan selepas 3 tahun dan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syariah melebihi 75%.sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Salam ustaz, saya nak tanya hukum memelihara ular dan hukum urusan jual beli ular.

message user image

Soalan: Assalammualaikum, Saya ingin bertanya tentang hukum di dalam perniagaan atau bermain FOREX? Sama ada trade sendiri atau laburkan dekat broker FOREX? Trade sendiri pula bergantung dari signal2 yg diberi oleh broker. Laburkan dekat broker pula, mereka yg akan trade kan utk kita? Boleh beri penjelasan yg lebit detail. Terima kasih

message user image

Soalan: assalamualaikum..saya ada kemusykilan berkenaan kwsp..saya ada buat pengeluaran kwsp..tp kwsp saya bkn kwsp syariah..saya ingin membuat penyucian dividen tetapi saya x tau brapa dividen yg saya dpt dr tahun 2012 sehingga 2018..di dalam website mereka hanya ad tahun 2019 dan 2020..jd apa yg perlu saya buat? soalan saya yg seterusnya..perlukah saya membuat penyucian dividen kwsp itu sekiranya saya membuat pembayaran zakat kwsp?

message user image

Soalan: Hai ustaz. Saya nak tanya. Saya pernah jual bahan bacaan ebook tapi jalan cerita nya bukan datang daripada saya. Ianya milik orang lain. Jadi dalam kes ini, ia dikira sebagai plagiat. Saya jual dan dapat hasil. Jadi, suatu hari, pemilik sebenar bahan bacaan tersebut menegur saya tentang penjualan tersebut kerana kalau ikutkan hasil daripada jualan saya itu merupakan hasil yang tidak halal. Jadi, saya memohon maaf kepada pemilik tersebut dan dia memaafkan perbuatan saya. Jadi, apakah yang patut saya buat dengan hasil penjualan tersebut?

message user image

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya sering mengalami masalah yakin kenajisan sesuatu kemudian ragu-ragu apakah sesuatu itu bernajis. Contohnya, pada satu masa saya yakin satu tempat di rumah saya itu bernajis, kemudian setelah beberapa jam, saya terlupa, apakah perkara yang menyebabkan tempat itu jadi bernajis. Saya jadi ragu-ragu apakah benar tempat itu benar-benar bernajis atau cuma waswas saya sahaja. Apakah tempat ini boleh dianggap tidak najis karena saya tidak ingat penyebab yang menjadikan ia bernajis?

message user image

Soalan: Assalam ustaz. Saya nak bertanya tentang hukum faraid. Makcik saya meninggal dunia. Dia tak berkhawin lg. Takda suami dan anak. Soalan saya siapa ka yg layak dapat harta makcik saya ? Ayah hidup lg. Cuma Mak je da meninggal. Dan ada adik beradik kandung dan adik beradik tiri lain bapa. Makcik saya tu kira yg tertua dalam adik beradik. Sbb pcik saya yg paling tua dalam adik beradik dorang da meninggal. Mohon penjelasan ustaz. Syukran

message user image

Soalan: Arwah ibu ada memberi tanah seluas lbih kurang suku ekar saja kpd saya dn abg.Bila ibu dh meninggal dunia.,adik beradik lain yg 7 org tu menuntuk hak.dgn cara nilaikan harga tanah tu lpas tu di bahagi 7. Soalan sy..perlukah sy dn abg membayar wang tersebut.

message user image

Soalan: saya ada satu soalan..saya ada join satu kelas masakan jarak jauh(pjj) dengan byaran..bila saya dah join kelas tu..cikgu yg mengajar ilmu masakan bgtahu..tidak boleh share ilmu masakn yg dia kongsi dalam group pada sesiapa walau ank kita sendiri..contoh..kalau kita nk bg ilmu yg kita beljar dlm kelas pjj tadi..kita kena byar dekat cikgu tu tadi..klu tak..dia tak kan halal ilmu yg kita kongsi ..boleh kah mcm tu ustaz..sedangkan kita dah byar ilmu yg di ajarkn..sekian terima ksih..

message user image

Pertanyaan: Apakah hukum menjual barang kemas yang dijumpai Dan bagai Mana nak gantikan semula?

message user image

Assalamualaikum..sy ingin tahu permasalahan ini: 1.ibu telah meninggal, harta nya patut diberi atau agihkan juga kpd anak lelakinya yg lain ayah 2.bgm jika harta(wang) itu telah diagih2kan kpd semua adik beradik seibu dan sebapa shj dan emas berbentu hiasan dgn persetujuan adik beradik juga diberi kpd kakak

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya, bapa saya adalah seorang peneroka dan telah meninggal dunia. Selepas bapa meninggal, gaji peneroka di serahkan kepada ibu saya. Soalannya, perlukah ibu saya membahagi gaji tersebuh mengikut hukum faraid atau ia adalah hak ibu sepenuhnya.

message user image

Soalan: Apakah hukum jika suami kata die mengharamkan walau se sen pun duitnya pada isteri? Apakah yg perlu isteri buat? Kene cari duit lain kalau nak makan? Apa jadi kalau isteri dah termakan sedikit makanan yg dibeli?

message user image

Soalan: Assalammualaikum Ustaz, Saya telah submit income tax pada LHDN 3 tahun lambat . LHDN telah mengenakan Penalty sebanyak lebih 30 % daripada jumlah yg kena bayar. 1- Saya tidak pernah meminjam daripada LHDN. 2- Saya berniat untuk bayar semula jumlah yg saya tertunggak , mengapa saya kena bayar penalty yg tidak munasabah. 3- Adakah ini Riba? ayat Al-baqarah 275 yg mana Allah mengharamkan Riba. atau satu penganiyaan . 4- Adakah bekerja di LHDN sebagai pegawai yg menilai dan menulis jumlah penalty pada rakyat itu boleh pada pandangan agama sedangkan orang yg berhutang pun diberi tempoh. Jika sesiapa yg menerima riba, menulis atau menjadi saksi , dia adalah ahli neraka. Al- Baqarah : 275 5-Saya adalah pembayar Zakat 6-Minta penjelasan ustaz tentang perkara diatas dari sudut pandangan Islam kerana penalty ini lebih teruk pada Riba.

message user image

Soalan: Apakah hukum jika kita menjalankan perniagaan menjual barangan & kita promosikan atas dasar infaq supaya barangan perniagaan kita laris dijual? Misalnya saya menjual makanan & saya promosikan kepada rakan2 untuk berinfaq dengan membeli jualan saya & saya akan sampaikan infaq tersebut pada anak yatim & sebagainya.. Saya mendapat untung sebab lebih senang untuk menjual barangan atas dasar "jom berinfaq" berbanding dengan cara biasa di mana ada banyak persaingan. Sebab saya tahu orang ramai lebih suka berinfaq, jadi saya guna modal perkataan "infaq" untuk lariskan jualan makanan saya. Tapi saya akan tetap sampaikan infaq orang. Apakah hukum perniagaan saya ini? Adakah saya akan mendapat berkat dalam perniagaan saya? Minta penjelasan. Terimakasih.

message user image

Soalan: Saya berkerja sebagai kerani dah tugas saya adalah mengumpul dan merekodkan resit-resit untuk tujuan tuntutan wang daripada Finance. Di antara resit-resit tersebut ada resit untuk pembelian Arak untuk tunjuan hiburan/meeting. Adakah saya dikira bersubahat dalam penjualan/pembelian arak ini? Pembayaran tuntutan ini dibuat oleh pihak Finance

message user image

Assalamualaikum, Jika pelaburan di dalam syarikat yang menjamin pulangan tetap, contohnya pada kadar 4% sebulan dari nilai modal, adakah pulangan ini halal? Syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan untuk tolong melaburkan modal pelabur di pasaran saham. Jika pelabur melabur RM10000, dia akan mendapat RM400 setiap bulan selama 12 bulan, dan modalnya sebanyak RM10000 itu akan dipulangkan kembali selepas 12 bulan. Syarikat tersebut mengatakan sistem mereka patuh syariah kerana melabur di kaunter2 patuh syariah dan mereka boleh menjamin pulangan kerana mereka pelabur besar dan berpengalaman yang memang akan sentiasa mendapat keuntungan. Mereka menggunakan wang pelabur untuk melabur saham dan apa2 keuntungan melebihi 4% sebulan itulah yang mereka akan simpan. 4% itu yang dijamin akan diberi kepada pelabur. Ini menjadi motivasi kepada mereka untuk memastikan mereka mencapai keuntungan tertinggi. Yang saya faham, syarikat pelabur itu yang menanggung risiko perniagaan, kerana mereka yang terdedah kepada turun naik harga saham. Dari sudut pelabur pula, mereka tidak menanggung risiko kerana pulangan yang dijamin. Adakah pulangan yang diterima pelabur itu halal atau sebaliknya?

message user image

Soalan: Dalam situasi Covid-19, majikan membenarkan saya bekerja di rumah. Bila di rumah kadang kala dalam tempoh 9 jam bekerja, saya ada membuat kerja2 peribadi. Kadangkala tempoh untuk mengantikan masa peribadi itu tidak cukup. Apakah tindakan sewajarnya saya lakukan untuk mendapat rahmah Allah dan rezeki saya ini diberkati, adakah saya perlukan sedekahkan duit gaji saya atas nama syarikat saya kerja atau adakah saya tidak membuat apa2 tuntutan yang ada contoh jika saya menjalankan kerja di luar pejabat

message user image

Soalan: Ingin tahu berkenaan faraid. Ahmad ada 9 orang anak, yg mana 3 anak lelaki 6 anak perempuan. Ditakdirkan salah seorang anak lelaki Ahmad bernama Along meninggal dahulu. Along meninggalkan 4 orang anak lelaki, seorang anak perempuan dan seorang isteri. Setelah beberapa tahun, Ahmad pula meninggal. Jadi ingin tanya disini, adakah anak-anak dari Along, mendapat bahagian didalam harta Ahmad?

message user image

Assalamualaikum saya ingin bertanya mengenai zakat pendpatan (kwsp)...bilakah zakat ini perlu dibayar selepas kluarkan semua atau separuh atau selepas ditolak kesemua yang perlu, baki duit itu baru dibayar zakat...? harap boleh beri penjelasan dan membantu dalam hal ini. maklumbalas adalah sangat diharapakn.

message user image

Assalamualaikum Tuan, Saya nak bertanya... sahabat bertanya kepada saya. SOALAN 1 ************** Situasi ********* Cth : Individu A bernama Ahmad tubuhkan Badan NGO bernama Kasih Bersama Mu ( KBM ), Ahmad merupakan Pengerusi KBM dan mempunyai 10 pekerja bagi pengurusan wang tersebut. Cth : KBM terima dana derma sebanyak 2 juta. 2 juta itu seharusnya di dermakan kepada yg memerlukan. Tetapi Ahmad menubuhkan Syarikat lain yg juga milikan beliau, atas nama Kasih Food Sdn Bhd atas tujuan menjadi badan atau kontraktor yg bertugas untuk edarkan makanan daripada KBM tadi. Ahmad mengambil profit daripada syarikat Kasih Food Sdn Bhd. Apakah hukum dari segi Muamalat dan adakah di benarkan prosesnya begitu? Sedangkan KBM adalah milikan tunggal. Ahmad mengambil contoh Pejabat Zakat yg melantik kontraktor. Maka beliau juga mengikut sistem begitu. Namun, pejabat zakat bukan badan tunggal dan kuasanya di kawal oleh pejabat agama. Lantikan vendor pula adalah untuk pengurusan makanan tersebut. Dan staff pejabat zakat tidak mengambil profit daripada syarikat vendor yg dilantik mereka. Secara normalnya badan NGO hanya akan ambil 10-20% untuk urusan management, staff dan overhead. Tetapi KBM menubuhkan beberapa syarikat bagi pengurusan wang tersebut. SOALAN 2 ************* Adakah di benarkan wang derma di niagakan atau dibuat modal utk diniagakan atas sebab. Keuntungan dari hasil modal tersebut dapat membayar kos management, pekerja dan overhead badan NGO tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak bertanya soalan dan mohon pendapat. 1) Jika pernah terlibat dgn perjudian dan ada hasil perjudian tetapi pelaku mahu bertaubat apa yg perlu dilakukan dengan hasil tersebut.? 2) Pelaku tersebut pula ada berhutang dengan saudaranya, dalam masa yang sama pemiutang pula terdesak perlukan wang dan meminta pada pelaku membayar hutangnya. Bolehkah pelaku tadi membayar hutang kepada pemiutang menggunakan hasil atau sumber syubhah yang ada kerana tiada wang "bersih" yg mencukupi untuk bayar kepada pemiutang tanpa pemiutang mengetahui sumber wang tersebut.? Jika tidak membayar, boleh jadi perbalahan besar sesama saudara tersebut.

message user image

Soalan: Saya memberi RM 1000 kepada seseorang untuk Bantu sebagai modal untuk siapkan kja kontrak. Dalam tempoh 1 bulan orang Itu akan bayar balik duit saya jadi RM 1500.00 . adalah Ini dikira riba'

message user image

Soalan: Assalammualaikum wbt. 1. Arwah ada meninggalkan sebidang tanah yang mana terdapat 2 nama iaitu nama arwah dan nama adiknya..Semasa hidupnya, tanah, bahagian adiknya itu telah dipindah milik kepada arwah kerana proses pertukaran pada tanah ditempat lain yang mana bahagian arwah ditukar kepada adiknya..Namun begitu, pertukaran nama geran tanah tidak dilakukan. Justeru itu adakah bahagian tanah yang tidak ditukar nama itu (walhal milik arwah) perlu juga dibahagikan mengikut hukum syarak iaitu faraid? 2. Salah seorang waris dengan tegas mendakwa arwah ada berhutang dgn seorang pembuat rumah dgn jumlah yang besar tanpa bukti yang kukuh dan dengan hanya bersandar peristiwa yang berlaku semasa arwah masih hidup, dimana pembuat rumah itu bertemu dan merayu kepada waris yang mengatakan arwah masih berhutang dengan pembuat rumah itu. Mengikut penjelasan waris itu, arwah beberapa kali menyanggah dakwaan tukang rumah itu dan telah membayarnya. Waris ini tidak mempercayai penjelasan arwah dan memberitahu waris lain untuk mendahului pembayaran hutang ini biarpun ada waris lain tidak bersetuju kerana tiada bukti yang arwah masih berhutang dan hanya cakap cakap dari pwristiwa yang berlaku masa arwah masih hidup. Justeru itu, adakah kita perlu membayar hutang berkenaan walhal ianya tidak mempunyai bukti yg mencukupi serta ianya akan membawa kepada ketidakadilan kepada waris lain. Mohon penjelasan.

message user image

Soalan: salam saya nak Tanya kenapa cukai arak dikategorikan sebagai halal sedangkan upah utk penghantaran makanan (grap food/panda)seperti Babi adalaah Haram...mohon pencerahan

message user image

Soalan: Soalan saya, jika tidak bayar zakat emas selama 3tahun adakah sy perlu untuk bayar semua sekali gus?

message user image

Soalan: adakah sayaI perlu mmbayar zakat duit dari pemberian suami utk perbelanjaan saya dan utk mjlis pernikahan anak.sebelum ini duit tersebut saya simpan dlm acc koperasi permodalan syarikat sy bekerja

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya, di dalam syarikat saya, saya menguruskan bahagian pembayaran balik resit yang di claim. kadang bos saya memberikan resit pembelian arak untuk kegunaannya. Adakah saya berdosa kerana terlibat dalam pembayan balik duit syarikat kepadanya atas pembelian alkoholnya itu? Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih

message user image

Soalan: assalamualaikum, jika saya bekerja di bahagian IT membuat sistem untuk beratus syarikat dan salah satu syarikat berkenaan adalah kilang arak. apakah status pekerjaan saya. adakah halal atau haram?

message user image

Soalan: Seorang bapa bernama Abu mempunyai 10 orang anak, dimana 6 perempuan dan 4 lelaki. Abu telah meninggal, meninggalkan seorang isteri dan 10 anak. Beberapa tahun selepas Abu meninggal, salah seorang anak lelaki Abu bernama Ali meninggal dunia tanpa sempat melakukan pentadbiran pusaka. Ali meninggalkan seorang isteri dan 2 anak lelaki serta 2 anak perempuan. Apabila anak-anak dan isteri Abu ingin melakukan pentadbiran pusaka, adakah anak-anak Ali mendapat bahagian Ali?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustzh, Mohon pencerahan dalam soal dropshipping yang kini popular dalam trend e commerce. Adakah konsep dropship itu halal dalam hukum islam?

message user image

Soalan: Apakah hukumnya orang islam bekerja sebagai pembantu rumah di rumah orang bukan islam?trr

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Syarikat tempat saya bekerja ada mengambil insurans untuk pekerja. Memandangkan ini bukan syarikat muslim, saya rasa ianya insurans konvesional. Apakah hukum saya menggunakan insurans ini untuk mendapatkan rawatan di klinik panel atau hospital? Dan bagaimana pula dengan pampasan kematian yang akan diberikan kepada waris saya setelah permergian saya? Bagaimana status wang pampasan kematian itu dan boleh ke waris saya menggunakannya, sebagai contoh untuk menyelesaikan hutang2 saya dan membantu kewangan mereka? Saya harap pihak mufti selangor dapat menjawab soalan saya. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, baru-baru ni saya telah diajak untuk menyertai kumpulan niaga Atomy. Namun setelah diselidik latar belakang perniagaan Atomy ini, saya dapati ia mendirikan Yayasan "Dream Foundation" bagi menyalurkan dana kepada usaha-usaha penyebaran agama Kristian. Apakah hukum sekiranya saya menyertai kympulan ini? Apakah hukum duit yang dijana melalui perniagaan melalui kumpulan ini?

message user image

Assalamualaikum ustaz.. 

Saya ingin bertanyakan soalan mengenai Atomy.. Seperti semua sedia maklum berkenaan maklum balas sebelumnya mengenai perniagaan Atomy, yakni mengandungi unsur syubhah dan larangan Dalam membantu, bekerjasama dalam penyebaran agama lain seperti yang telah di tanya oleh seseotang sebelum ini.. 

http://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=2425

Persoalan yang ingin saya ajukan adalah:

1. Bagaimanakah dengan hasil pendapatan yang diperolehi dari atomy? Adakah ianya syubhah.? 

2. Sekiranya pendapatan tersebut syubhah, Bagaimanakah caranya untuk ahli atomy yang berdaftar ingin membersihkan harta, hasil pendapatan mereka tersebut.?

 

Sekian, 

Terima kasih

 

message user image

Assalammualaikum tuan guru, mufti, masyaikh. Saya ingin bertanya berkenaan jual beli. Dari segi timbang/dacing yg digunakan. Saya seorg peniaga ikan, bermain dgn ikan semestinya basah jika dacing terdpt kebasahan mata dacing akan bergerak ke 1gram atau 0.5 gram. Persoalan saya, wajib kah saya alih kan ke arah 0 kembali? Dan apakah hukum kalau saya biar kan? Sblum ni saya mmg alih kn ke 0 kembali. Nak minta  penjelasan pada yg Ahli.

message user image

Assalammualaikum ustaz.. 

Apakah hukum jika seseorang itu menerima komisen dari peguam kerana memperkenalkan peguam tersebut kepada orang yang memerlukan khidmat peguam. 

message user image

Kalau buat bisnes servis renew insurans kereta dan motosikal tapi guna syarikat konvensional

boleh ke?

 

 

message user image

Assalamualaikum

Saya musykil berkaitan syarikat insuran konvensional. Adakah kesemua syarikat insuran konvensional difatwakan haram walaupun mempromosikan produk yang tidak berkaitan dengan pelaburan ( servis perlindungan semata contohnya medical card).

Bagaimana pula dengan syarikat Takaful di Malaysia yang dimiliki pegangan ownership oleh syarikat insuran konvensional? Sebagai contoh PruBsn Takaful dimiliki oleh Prudential konvensional. AIA Takaful dimiliki oleh AIA konvensional. Dana untuk membuka syarikat Takaful datangnya dari syarikat konvensional ini. Segala keuntungan syarikat Takaful ini disalurkan semula pada syarikat konvensional sebagai pemilik (pemegang saham). Dan apabila berlaku kerugian dari syarikat Takaful, syarikat konvensional sebagai pemilik akan menyalurkan dana tambahan utk menanggung & melancarkan operasi syarikat Takaful mereka. Bagaimana pula dengan sumber pendapatan agent Takaful yg memenangi contest ganjaran jualan tetapi dana ganjaran tersebut sebenarnya datang dari syarikat konvensional sebagai syarikat induk.

Mohon penjelasan kerana saya keliru berkaitan perkara ini. Terima kasih.

 

message user image

Kalau kita dah tahu syarikat  tertentu membantu menyalurkan duit kpd israel secara terang-terangan tunjuk dalam media dan sekali gus membantu biaya membeli senjata api untuk tujuan memerangi orang islam , adakah boleh kita terus menggunakan atau bermuamalat dengan syarikat tersebut.

message user image

Assalamualaikum 

 

Ana ada satu soalan nak dapatkan kepastian dari pihak mufti, berkenaan perniagaan yang ana nak buat.

 

Ana nak berniaga di Shopee/Lazada (platform berniaga). Tapi barang belum ada.

 

Ana iklankan barang di Shopee/Lazada dan tulis pre-order.

 

Bila dapat order, Shopee/Lazada hold dulu duit tu. Dengan duit sendiri, ana pergi beli barang tersebut dan hantar kepada pembeli.

 

Lepas pembeli terima barang tersebut, barulah Shopee/Lazada release duit tersebut kepada ana.

 

Kalau ana tak boleh deliver, Shopee/Lazada pulangkan semula duit tu kepada pembeli. 

 

 

Harus/halalkah cara berniaga yang ana nak buat ni? Takut termasuk dalam larangan

 لا تبع ما ليس عندك

message user image

Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya.

Saya ada berhutang kepada sahabat RM200. (Sahabat saya baru meninggal dunia) belum sempat untuk membayar hutang sebelum kematiannya.

Boleh kah saya wakafkan duit hutang si mati.(wakaf atas nama simati) Kepada badan wakaf. Supaya mendapat pahala wakaf berpanjangan?

Atau saya pulangkan rm200 Kepada waris? 

Sekian terima kasih untuk jawapannya.

message user image

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan,saya ada persoalan berkaitan pertikaian harta pusaka oleh keluarga angkat arwah ibu mertua.

Ibu mertua saya Yang binti Khamis adalah anak angkat.Semasa ibu angkatnya meninggal dunia,ibunya berwasiat secara lisan untuk menghibahkan sebahagian tanah seluas tapak rumah kepada ibu mertua saya.Wasiatnya telah ditunaikan oleh bapa angkatnya iaitu Ali.

Tetapi setelah hampir 20 tahun,anak buah kepada ibu angkatnya telah meminta arwah ibu mertua saya, menandatangani surat perjanjian untuk mencagarkan geran tanah tersebut.Tapi apa yang berlaku sebaliknya.Apabila disemak di pejabat tanah Alor Gajah, Melaka oleh beberapa orang anak arwah ibu mertua,didapati nama arwah telah dipadam.

Anak arwah ada menuntut hak tanah tersebut tetapi mereka menggunakan sihir untuk memiliki tanah tersebut.Sekarang ini,anak arwah yang bongsu hendak menebus semula tanah tersebut.

Tuan,apa yang perlu saya dan suami buat.Adakah hak tanah pusaka itu telah terputus atau belum dan bagaimana cara.

Sekian terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum... saya ingat bertanya berkenaan hukum jika saya dipanggil mengajar di bawah satu program di bawah tajaan Kerajaan persekutuan, iaitu program tajaan HRDF untuk memberi latihan kepada rakyat malaysia. Saya difahamkan, pegawai yang menguruskan program ini akan mengambil 30% daripada peruntukan yg diluluskan iaitu sebanyak 100K untuk satu-satu kursus yang diberikan kepada syarikat yang melaksanakan kursus tersebut... adakah ini dikira rasuah ? dan apakah status bagi halal haram duit bayaran yang saya terima sebagai Cikgu yang mengajar program tersebut ?

message user image

Assalamualaikum tuan ss mufti selangor.

Saya mempunyai kemusykilan mengenai hukum trading FCPO ( future crude palm oil). Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuti Malaysia telah memutuskan hukum trading FCPO adalah halal. Namun, sehingga kini, semua broker dan bank yang terlibat adalah bank konvensional. Persoalannya:

1. Adakah hukumnya saya menggunakan perkhidmatan bank konvensional ( yang melibatkan leverage dan sebagainya) ini untuk trading FCPO, kerana setakat ini belum ada bank islam yang menawarkan perkhidmatan yang sama?.

2. Jika dibenarkan, bagaimana pula caranya untuk saya membuat pembersihan terhadap keuntungan yang saya dapat daripada trade ini? Berapa kadar RM yang perlu saya bersihkan?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum 

 

Saya hendak bertanya tentang saluran untuk membersihkan interest / dividen yang tidak patuh syariah. Saya faham yang kita perlu salurkan kpda badan yang memberi benefits kepada orang awam.

 

Soalan saya, boleh ke saya salurkan kepada orang yang kurang bernasib baik, tetapi secara individu. Contohnya saya guna duit itu untuk membeli pakaian kepada jiran yang baru kebakaran rumah, atau kepada mana-mana pengemis di tepi jalan. Boleh ke sedemikian?

 

Harap dapat dibantu

message user image

Aslmkm..saya ingin bertnya apa hukum seorang dropship kedai emas menjual emas dengan cara mark up harga kepada pelanggan yang berminat dan pelanggan tersebut perlu membuat bayaran dahulu oleh pelanggan tersebut sebelum barang kemas itu diserah kepada pelanggan.Maksudnya dropship itu tidak mengeluarkan sebarang modal tetapi mendapat keuntungan melalui mark up harga pada barangan tersebut.Apakah hukumnya ustaz?Adakah ini dikira sebagai makan untung atas angin? Dan apakah hukum makan untung angin?terima kasih ustaz.Harap sangat ustaz dpt menjawab soalan saya kerana saya bimbang rezeki yang masuk ini tidak halal.

message user image

Assalamualaikum..saya ada pernyataan berkenaan forex trading..Apakah hukum berdagang minyak mentah melalui forex?Adakah hukumnya sama seperti forex?

message user image

Assalamualikum,

Saya sudah bercerai sama suami 4 tahun yang lepas.

Ketika masih bersama dulu, saya dan suami ada membeli kereta dan saya pernah meminta suami untuk memberi sedikit wang sebagai bayaran pembelian kereta.

Masalahnya, saya tidak ingat samada saya minta wang secara hutang atau tidak.  Yang saya ingat adalah suami setuju memberi wang dangan syarat saya membelikan jam tangan untuknya sebagai hadiah harijadi.

Selepas mendapatkan kereta, saya juga telah membeli jam untuk suami.  Setahun selepas itu kami bercerai dan selepas 3 tahun saya telah menjual kereta tersebut.

Soalan saya – perlukah saya membayar wang bekas suami yang telah dipakai untuk membeli kereta? Sebab saya tidak ingat samada wang itu dikira hutang atau tidak.

Jazakallah kheir

message user image

Assalamualaikum 

Saya diajak oleh rakan untuk menyertai MLM iaitu Mary Kay, Young Living,  sharklee, tupperware, atomy (syarikat luar negara) yang keuntungannya disalurkan untuk perttubuhan kristian di negara mereka. Sekiranya saya menggunakan produk tersebut dan mendapat hasil keuntungan. Apakah hukum saya mendapat komisyen hasil perniagaan tersebut.

message user image

Apakah hukum berurusan jual beli and mempromosi produk-produk syarikat milik bukan Islam bertaraf International (Syarikat luar negara beroperasi di Malaysia) jika aktiviti syarikat nya seperti dibawah?

Syarikat "A" merupakan sebuah syarikat berskala multibillion dollar yg mempunyai kilang pengeluaran terbesar didunia dan pusat RND nya sendiri yg kedua besar didunia yg banyak melibatkan diri dalam industri "Health and Wellness" serta produk-produk kegunaan rumah (Households item) dan lain-lain. Syarikat ini memasarkan dan membuka cawangannya sudah berada di hampir 16 buah negara termasuk di Malaysia. Konsep perniagaan mereka sangat mudah iaitu menjual produk terus kepada pengguna dari kilang tanpa ada orang tengah dengan motto perniagaan mereka ialah " Absolute Quality" dan " Absolute Price", bermakna mereka tekankan quality produk dan harga yg sangat berpatutan. Mereka sanggup memberi jaminan pulangan bayaran dalam masa 30 hari jika ada pelanggan/pembeli yg tidak berpuas hati dengan produk mereka. Kosep perniagaan mereka adalah mudah iaitu "Consumer Base Income", dimana semua pembeli di anggap sebagai rakan perniagaan yang setiap belian akan diberi bonus (income) jika syarat-syarat dipenuhi. Antara syaratnya ialah minima adalah pembeli wajib mendaftar sebagai ahli (tanpa ada apa-apa bayaran dikenakan, percuma seumur hidup), belian telah mencapi nilai RM100.00 dan belian dalam kumpulan mencapai RM3000.00 tanpa ada masa ditetapkan. Syarika "A" menetapkan 70% keuntungan akan diberikan kepada pembeli (ahli) dan 30% dikembalikan kepada syarikat. Daripada 70% itu, 44% dikenali sebagai Komisen/Bonus Umum, 20% sebagai "Leadership Bonus: dan 6% sebagai "Education Bonus" mengikut pencapaian ahli. Apa yg menarik sistem perniagaan syarikat "A" adalah untuk menjadi ahli;

1. Tiada sebarang bayaran dikenakan semasa pendaftaran

2. Tiada pembayaran deposit diperlukan

3. Tiada konsep "memakan komisen" keatas ahli lain

4. Tidak perlu menjual produk syarikat

5. Hanya perlu membeli untuk kegunaan sendiri bila perlu (tiada paksaan)

6. Setiap pembelian akan diberi bonus

7. Ahli perlu menghebahkan kehebatan produk kepada kawan dan kenalan dan menjemput mereka bersam-sama menajd ahli.

8. Semakin ramai menjadi ahli semakin besar keuntungan perniagaan dan semakin banyak bonus akan diberikan kepada ahli.

Dengan sistem yg mudah dan tidak membebankan serta percuma, ia telah dijadikan satu platform untuk membantu semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama untuk sama-sama menertai sebagai ahli dan menjadikan kosep perniagaan ini sebagai satu sumber pendapatan. Di Malaysia kami jadikan ia sebagai platform HMF (Help Muslim First) dimana ramai masyarakat Islam melebihi 80,000 org telah menyertai dan mendapat manafaat besar apatah lagi dikala pendemik convid ini yg ramai kehilangan dan kekurangan punca pendapatan. Ramai masyarakat Islam di Malaysia yang dulunya asnaf penerima zakat sudah menjadi pengeluar zakat sebagai contoh. Ada yg telah mencapai pendapatan 5 angka hasil daripada menyertai program dengan syarikat "A" ini; iaitu program "Consumer Base Income" ini.

Bukan sahaja pendapatan baik diperolehi, malah quality produk telah memanfaat ramai pengguna seperti pesakit kanser yang pulih, pesakit penyakit-penyakit kronik sperti jantung, Darah tinggi, Diabetis, penyakit kulit dan lain-lain yg semakin pulih dengan penggunaan produk kesihatan mereka sebagai contoh.

Menyedari sensitiviti orang Islam, syarikat "A" telah bekerjasama dengan " Korean Muslim Federation" untuk mengaudit dan mengcertifikasi status halal produk-produk yang masuk ke Malaysia serta bekerjasama dengan JAKIM dan KKM seperti yg diwajibkan kerajaan Malaysia. Bermula dengan Malaysia mereka telah paham kepentinagn halal dan Malaysia dijadikan permulaan certifikasi halal produk-produk mereka untuk keseluruh dunia terutamnay ke negara-negara Islam lain.

Sebagai syarikat yang hebat, mereka jugak menjalankan aktivit-aktiviti CSR dan bantuan kepada yg memerlukan seperti di Malaysia mereka terlibat dengan menyumbang bantuan kepada badan-badan kerajaan dan NGO utk menghadapi CONVID19, bantuan kepada persatuan-perssatuan sepeti orang cacat dan lain-lain.

Sebagai syarikat bukan Islam mereka juga terlibat memberi bantuan dan sumbangan kepada badan-badan dan organisasi bukan Islam termasuklah organisasi berasakan agama seperti Kristianity terutamanya di negara mereka. Walaubagimanapun polisi syarikat tidak membenarkan syarikat terlibat secara terus sebagai organisasi politik, keagamaan dan lain-lain tetapi hanya sekadar menyumbang bantuan CSR. Maka tidak hairanlah sumbangan mereka diberi pengiktirafan oleh badan-badan tertentu termasuklah badan-badan keagamaan (bukan Islam). 

PERSOALAN:

Apakah hukum berurusan dengan syarikat "A" sebuah syarikat bukan Islam yang turut menyumbang kepada aktivit kebajikan tak mengira bangsa dan agama termasuklah mereka meyumbang bantuan kepada organisasi agama (bukan Islam seperti Kristianity) atas dasar sumbangan CSR syarikat. Apakah Haram berurusan? Harus berurusan? Atau dikira bersyubahah atau tidak?

 

 

message user image

Assalamualaikum 

Saya mohon pencerahan jawapan dari pihak pejabat mufti. Berkaitan link ini.  

http://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=2425

Soalan saya:
1. Adakah jawapan tersebut hasil muzakarah pejabat Mufti Selangor dengan pihak Atomy @ jawapan tersebut mengikut soalan yang diberikan?

2. Adakah jawapan tersebut pandangan @ fatwa daripada pejabat Mufti Selangor?

Saya percaya dengan amanah yang di pertanggungjawab ke atas pihak Mufti. Jika jawapan adalah hasil muzakarah & penilitian pihak pejabat Mufti dengan Atomy. 

Maka wajib bagi saya berhenti dan menyeru dengan yakin kepada orang yang saya bawa masuk untuk tidak terlibat dengan Atomy. 

Jawapan dari pihak pejabat Mufti Selangor ini nanti saya jadikan sebagai hujah. InshaAllah. Berani kerana Benar. Allahu Akhbar.

message user image

Assalamualaikum...

Saya ingin bertanyakan mengenai apakah hukum memperolehi pendapatan melalui media sosial seperti youtube,facebook dan lain lain,seperti kita sedia maklum bahawa pendapatan melalui media sosial adalah melalui iklan yg terdapat di media sosial tersebut,apakah hukumnya jika iklan iklan yang dipaparkan tersebut menunjukkan perkara yang tidak elok seperti perempuan yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Sbg contoh jika iklan yang dipaparkan itu iklan baju dan seluar dalam wanita serta perempuan yang didalam iklan itu hanya memakai baju dalam dan seluar dalam....

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, apakah hukum jika kita berniaga di platform Facebook yang secara terang memberikan sumbangan kepada Yahudi ( Israel) yang menyerang Islam di Palestin ?

Ada diantara kita yang membuat iklan berbayar di fb tersebut adakah kita dikategori membantu dakwah mereka ? Dan apakah hukum bagi pendapatan yang kita dapat dari hasil iklan berbayar di Facebook tersebut ? 

message user image

Assalamualaikum 

Di dalam kenyataan pentadbiran Amerika Syarikat, mereka ban jenama Huawei kerana applikasi mereka digunakan untuk menangkap golongan Islam Uyghur di China. Adakah menggunakan telefon Huawei, bekerja dengan Huawei juga subahat menindas golongan Islam Uyghur.

Intel Malaysia antara pembayar tercukai tertinggi negara Malaysia.  Mereka juga penyumbang utama ekonomi Israel , wwe.jewishvirtuallibrary.org/intel-and-istael...adakah menggunakan komputer yang mempunyai chip intel, applikasi Facebook dan komputer Dell membantu golongan zionis mengembangkan zionis dan menindas saudara Islam Palestine sebagaimana perniagaan Atomy yang berlandaskan Kritianiasi. Diketahui Zionis membunuh berjuta-juta umat Islam di Palestine, mengembangkan zionisme di mana-mana. Adakah mereka yang bekerja di Intel, Dell, Facebook, microsoft dan sebagainya, menggunakan komputer, telefon applikasi ini bersubahat memyumbang untuk agama lain . 

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

 

Saya mohon pandangan dari pejabat mufti selangor

Saya ada beberapa soalan.Syarikat ditempat saya bekerja ada menyediakan group term medical card untuk semua pekerja yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat.Medical card ini menyediakan perkhidmatan pesakit luar klinik & hospitalized.Tapi medical card tersebut ialah konvensional.

Kemudian setiap tahun kami diberi peruntukan oleh majikan dalam bentuk point dan diberi pilihan samada untuk ;

A) Menaikkan kadar perlindungan medical card

 - Jika melebihi had yang disediakan,maka pekerja perlu menambah bayaran melalui potongan gaji

B) Tidak membuat sebarang perubahan

C) Menurunkan kadar perlindungan medical card

 -  Maka akan banyak point yang berbaki

Hasil dari lebihan point tadi,pekerja boleh membuat beberapa jenis claim bergantung kepada jumlah point yang berbaki oleh setiap pekerja.

Sebagai contoh boleh claim petrol,servis kereta,peralatan elektronik dsb.Misalnya saya ada lebihan 500 point,maka saya layak untuk claim petrol saya berjumlah Rm500 dengan 500 point.Kemudian syarikat akan kreditkan duit kedalam account bank saya.

1) Soalan saya bolehkah kami pekerja muslim menggunakan medical card tersebut ?

2) Apakah dibolehkan pekerja muslim menerima wang pampasan dari syarikat insurans tersebut jika berlaku kematian?

3) Apakah hukum wang yang kami terima hasil dari transaksi claim point tersebut ?

 

Sekian,

 

message user image

Assalamualaikum, baru-baru ni saya telah diajak untuk menyertai kumpulan niaga shaklee. Namun setelah diselidik latar belakang perniagaan shaklee ini, saya dapati ia mendirikan Yayasan "Dream Foundation" bagi menyalurkan dana kepada usaha-usaha penyebaran agama Kristian. Apakah hukum sekiranya saya menyertai kumpulan ini? Apakah hukum duit yang dijana melalui perniagaan melalui kumpulan ini?

message user image

Assalamualaikum tuan, saya ada terbaca komen tuan mengenai syarikat atomy.jadi timbul tanda tanya pada diri saya.majoriti perniagaan2 di malaysia,rata2 pemiliknya dari kaum yg bukan berugama islam.contoh kedai2 runcit..supermarket ternama..farmasi..kedai baik pulih kenderaan..

Jadi, pemilik2 perniagaan ni rata2 dari kaum cina atau india.setiap keuntungan pasti mereka hadiah atau sumbang dkt gereja2 atau kuil2 setiap ugama yg mereka anuti.

Jadi macam mana nak klasifikasikan status kalau kita pergi membeli product2 yg mereka niagakan?

Mungkin tuan memberi penjelasan khas utk atomy korea.tetapi ahli2 atomy malaysia disarankan membayar zakat serta bersedekah.sebab tu komuniti atomy malaysia berkembang sehingga ahli lebih kurang 70ribu.jadi tarikan kerana setiap komisen yg dapat,atomy malaysia sarankan utk zakat dan bersedekah.

Mohon penjelasan..dari hamba ALLAH swt yg lemah.

message user image

Soalan: Salam ustaz, minta pencerahan berkenaan soalan dan situasi seperti yang saya ceritakan. Seorang lelaki yang ada kerja hakiki sebagai pengurus di syarikat swasta dan juga ada pekerjaan sampingan seperti bussines jual beli haiwan seperti ular, tikus, iguana. Bussines itu didaftarkan atas nama sendiri dan di uruskan sendiri seperti memandikan, memberi makanan, membersihkan najis, dan menjual (ular,tikus,iguana).binatang itu semua di pelihara dan di jaga di dalam rumah sewa kerana lelaki itu menyewa seorang diri.binatang itu akan di jual kepada pihak zoo, ipta/ipts, petshop dan individu yang berminat. minta pencerahan dari sumber rezeki bussines tersebut .

message user image

Soalan: Soalan tentang pembahagian harta peninggalan arwah bapa 1) Wajibkah harta peninggalan yang tidak seberapa itu dibuat pembahagian kepada anak² yg ada sedangkan ibu kami masih hidup dn tiada mata pencarian dn hnya bergantung kepada duit yg ditinggalkan oleh arwah bapa saya yg masa hidupnya bekerja sebagai pengawal keselamatan sahaja. 2l) Adakah ibu (ISTERI si mati) dianggap memakan harta anak yatim sekiranya harta tersebut tidak dibuat pembahagiain kepada anak anaknya.

message user image

Soalan: Soalan: Assalamualaikum wbt ahli panel, soalan saya; Saya berniaga menggunakan modal jualan dari sumber yang halal tetapi ketika saya berniaga atau membeli barangan jualan di kedai saya memakai pakaian dari sumber yang haram contohnya saya memakai topi yang dibeli menggunakan wang haram, adakah hasil keuntungan dari perniagaan saya akan menjadi haram?

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya berkenaan hibah. sekarang PNB ada menawarkan khidmat hibah untuk pelanggannya. Yang menjadi kemusykilan saya hibah tersebut tidak boleh ditarik balik kecuali mendapat keizinan penerima hibah.Soalan saya, adakah dengan sain kontrak sudah dikira "al-qabd" untuk menyempurnakan hibah tersebut walaupun harta hanya dipindah milik jika pemberi meninggal.? Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum Saya Ridzwan(24tahun)...Saya Telah Kehilangan Ayah Beberapa Bulan Yang Lalu Dan Arwah Telah Meninggal Sejumlah Harta Untuk Diwasiatkan Kepada Anak2 Dan Urusan Alhamdulillah Selesai Dalam Satu Kejadian Saya Dianiayai Oleh Rakan (Boss Ditempat kerja) membeli barangan tetapi Barangan tersebut Diatas Nama sy Jika Diikutkan Penaniaya Sebelum Ini Membayar Dengan Cara Baik Tetapi Ada Sedikit Masalah antara kami Dia terus Tidak Mahu Bayar Dianggarkn Sata Perlu Membayar 5 hingga ke 6 ribu dengan hasil saya kerja hanya pembantu kedai sy tidak mampu.Saya Terpaksa menggunakan Duit yang Diamanatkan. arwah utk saya guna untuk tujuan sakit kerana saya mgalami penyakit saraf dan duit yang disimpan oleh saya untuk tujuan kesihatan diri.dalam kejadian itu saya terpaksa menggunakan wang tersebut SOALAN SY : adakah itu termasuk dalam memakan hak anak yatim utk si penganiaya . Adakah sy tidak amanah kerana apa yang diamanatkan oleh arwah utk diri saya tetapi sy trpaksa gunakan untuk menanggung beban ini? Saya tidak mahu lagi percaya dengan manusia.sekalipun untuk mangadu masalah saya niat saya ingin tahu dan tidak rasa brsalah pada arwah

message user image

Soalan: Bolehkah kita sebagai muslim bekerja di restauran yang kurang halal? Maksudnya restauran itu menyediakn makan yang hanya berasaskan bahan bahan yang halal tetapi pada masa yang sama turut menghidangkan beberapa menu makanan yang dicampur alkohol.

message user image

Soalan: sy bekerja sebagai akauntan di salah sebuah sykt swasta bkn bumiputra, sy merekod akaun syarikat, tapi bos sy nak buka satu restoran non halal dan menyuruh sy merekod akaun untuk restoran tersebut. gaji sy bukan dari hasil restoran non halal tu. ape hukum jika sy mengikut arahan bos utk merekod akaun utk restoran tersebut. utk makluman restoran itu juga menjual arak. jika haram hukumnya boleh ke sy ajar/guide staf non muslim utk rekod akaun restoran tu. sy musykil

message user image

Soalan: Apakah hukum menggunakan, software melukis yang di download secara percuma atas talian (Yang asalnya kena bayar untuk software yang original/crack version), hasilnya lukisan tersebut dijual untuk mendapat pendapatan bulanan? Adakah hasil jualan lukisan tersebut haram (melukis menurut syariah) ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Pada tahun 1990 saya telah mengambil ansuran MCIS tetapi saya tidak membayar untuk semua faedah yang ditawarkan. Saya niatkan masa itu sebagai simpanan sebanyak RM10 000 selama tempoh matang tempoh 2020.Setiap bulan saya membuat pembayaran potongan gaji sebanyal RM32. Persolan saya setelah sampai tempoh matangm wang yang dikembalikan kepada saya ialah RM 26k. Persoalan saya, bagaimana kedudukan wang tersebut dari segi syarak.

message user image

Assalamualaikum. Pohon penjelasan mengenai perkara ini:- 1. Seorang bapa telah memberikan wang kepada anak2nya (dalam tempoh masa yang berlainan) dan berpesan supaya wang tersebut digunakan untuk belanja pengkebumiannya nanti. 2. Anak2 masing-masing tidak tahu bahawa bapa ada berbuat sedemikian kepada adik beradik masing-masing yang lain. 3. Selepas selesai urusan pengkebumian bapa (diurus oleh salah seorang anak) dan anak-anak kemudiannya dapat tahu bahawa sejumlah terkumpul RM17 ribu telah ditinggalkan oleh bapa sesama mereka dengan pesanan yang sama iaitu untuk urusan pengkebumian. 4. Adalah mengikut hukum, urusan pengkembumian haruslah guna harta si-mati DAN secara adatnya belanja pengkebumian hanyalah urusan kapan,korek kubur, upah dsbg yang biasanya kuranglebih RM1 ribu sahaja. 5. Urusan belanja kenduri tahlil dsbg bukan urusan pengkebumian dan tidak boleh guna pesaka si-mati. 6. Persoalan saya, apa yang harus dilakukan dengan baki wang yang ditinggalkan dengan pesanan seperti diatas? Adakah harus ditunaikan wasiat tersebut walaupun mustahil hendak dilakukan sekarang? 7. Simati ada harta pesaka lain. Adekah perbezaan hukum atas wasiat tersebut (bagi baki wang) jika ianya melebihi atau kurang 1/3. 8. Adakah baki tersebut boleh menjadi pesaka hak ahli waris? DAN 9. Sekiranya baki wang tersebut telah dibahagikan kepada ahli waris, dan kemudiannya didapati hukum menetapkan wasiat bagi baki wang tersebut harus ditunaikan jugak, Adakah waris perlu menggantikan wang tersebut? Wallahu'alam.

message user image

Soalan: Abg sy nak jual rumah dgn harga rm150k.sy dah bayar rm40K. Abg sy akad di bank rm 200k.dan bank beri sy pinjaman rm200k.bank akan bayar melalui bank abg sy rm200k.abg sy bg balik baki pd saya.dia hanya amik rm110k shj.ada riba tak disitu...sbb sy suruh abg akad lebih sbb bank tak terima loan klu rendah sgt..kata banker..

message user image

Soalan: Salam. Apakah hukumnya keuntungan jualan rokok bolehkan perniagaan peruncitan saya gunakan untuk bayar gaji pekerja2 mengambil kira rokok itu haram. Adalah pendapatan jualan rokok itu haram juga. Pohon dapat pencerahan mengenainya. Terima kasih banyak2

message user image

Soalan: Assalammualaikum dan selamat sejahtera, Saya di sini ingin bertanyakan tentang hukum hasil pendapatan daripada aplikasi untuk like, subscribe dan follow sebarang akaun media sosial /gambar/ video sesorang terkadang sesuatu yang menjolok mata. . Terkadang juga kita tak tahu apa yang kita like/subscribe/ follow tu sama ada berunsurkan lucah, fitnah dan sebagai ya. Kemudian kita akan dibayar daripada aktiviti-aktiviti itu setelah selesai melakukan tugas yang ditetapkan. Senang kata apps ni aplikasi untuk jana pendapatan dalam talian dan dalam masa sama ada pelaburan internet. Kadang2 tu bila ada orang join under kita melalui, kita akan dapat 16% keuntungan daripada pelanggan baru tu. Adakah hasil pendapatan itu haram? Mohon penjelasan. Terima kasih

message user image

Soalan: salam YBhg Tuan/Puan. Apakah hukum menggunakan wang hasil menang judi untuk membuka perniagaan halal (kedai makan)?. Adakah pekerjanya juga memakan hasil haram?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Nenek saya telah meninggal dunia. Nenek saya ada tinggalkan sejumlah wang kepada ayah saya. Baru2 ni ayah saya meninggal dunia. jadi, adakah duit itu boleh digunakan oleh kami anak beranak & ibu utk kelangsungan hidup. Atau duit itu perlu difaraidkan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, nak tanya, saya terima duit dalam akaun Bank saya tapi duit tu dari mesin cdm. Bank tak dapat tolong untuk pulangkan duit ni. Saya tak dapat tahu owner duit ni siapa. Apa patut saya buat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum...saya mohon pencerahan serta panduan...Adakah konsep charity shop itu halal? kalau saya menerima pakaian terpakai atau barang terpakai hasil pemberian orang (percuma), kemudian saya baiki/basuh/perbaharu barangan tersebut kemudian jual semula dengan kadar harga yang murah dan mengambil sebahagian hasil jualan untuk kos urusan operasi dan gaji saya...Lebihan untung jualan akan disalurkan sebagai sedekah ke mana-mana pihak yang memerlukan...adakah duit hasil yang saya ambil sebagai kos operasi dan gaji saya itu halal? dan adakah cara sedekah saya itu halal? Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ada pertanyaan berkenaan zakat. Adakah wajib saya membayar zakat bagi duit faraid yang diterima dari Amanah Raya? Mohon pencerahan. Terima kasih

message user image

Soalan: Saya ada pertanyaan berkenaan zakat. Adakah wajib saya membayar zakat bagi duit faraid yang diterima dari Amanah Raya? Mohon pencerahan. Terima kasih

message user image

As salam tuan. Saya mendapat kerja bahagian storekeeper di sebuah speedmart,skop kerja saya kadang2 perlu menyusun arak adakah haram kerja saya itu?

message user image

Soalan: assalamualaikum ustaz.. saya ingin bertanya satu soalan.

message user image

Soalan: Macam mana kalau seorang bapa yang waktu arwah ibu masih ada, dia bersikap tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah si ibu dan anak-anaknya. Tetapi apabila si ibu meninggal, dia inginkan harta pusaka milik ibu mengikut faraid walhal rumah yang yang kami tinggal sekarang ini pon masih rumah ibu, bukannya miliknya. Ibu juga pernah berpesan untuk membahagikan harta sama rata antara adik beradik sama ada lelaki ataupun perempuan tetapi arwah ibu hanya berpesan melalui lisan. Kesemua adik beradik bersetuju dengan pesanan si ibu kecuali seorang anak lelaki yang merasakan harta yang bakal didapatinya sedikit. Dia berpakat dengan si ayah yang memanjakannya untuk menuntut harta dan ingin membawa hal ini ke mahkamah. Bukanlah kami tergila-gilakan harta tersebut, tetapi kami merasakan si ayah dan anak lelaki itu tidak layak untuk memegang harta ibu kami. Sedangkan adik kami yang bongsu masih bersekolah. Kenapa sekarang baru nak menuntut hak dengan mahkamah sedangkan dulu ibu kami boleh saja membawa hal ini ke mahkamah. Padahal si bapa hanya takut akan si anak kesayangannya yang lagi kuat kekuatan daripadanya. Boleh minta pencerahan tak mengenainya dan apa tindakan yang kami boleh lakukan sekiranya hal ini dibawa ke mahkamah? Jika ada jawapannya, jangan telefon ya, mohon emailkan kepada saya sahaja. Terima kasih diatas perhatian. Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa kerana diri ini merasakan amarah di hati ini sudah lama terbuku sejak kecil.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya berkongsi modal perniagaan bersama orang cina. Mereka mahu saya mengusahakan nasi ayam halal berkonsepkan franchise. Masalah nya isteri saya kata haram. Pasal duit modal mereka ada campuran jualan nasi babi. kerana mereka juga peniaga nasi ayam cina. Modal hanya sekali. Dan saya berniat untuk tolong bangsa melayu maju. Harap dapat penjelasan dari ustaz. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya soalan. Apakah hukum duit yang diperolehi dari aplikasi like share. Duit diperoleh dalam bentuk coins dan akan ditukar kepada nilai RM sekiranya mencapai jumlah seratus ringgit. Cara kerjanya ialah, hanya perlu like, follow, suscribe media-media sosial yang diberikan dan akan memperoleh satu coins. Untuk mendapatkan lebih banyak task/coin dalam sehari, perlu melabur sejumlah wang tunai untuk naik ke level seterusnya. Mohon penjelasan mengenai perkara ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ada membeli insurans Prudential-Prulink (insurans hayat & perubatan)...Memandangkan saya sudah tidak bekerja saya telah surrender policy tersebut dan pihak insuran telah membayar blk sejumlah wang kepada saya dan jumlah tersebut adalah kurang dari jumlah sebenar premium yg telah saya byr kepada syarikat insurans. Adakah duit itu halal jika saya anggap sebagai simpanan kerana premium yg telah saya bayar lebih banyak dari bayaran yg syarikat insuran bayar balik. 2. Adakah saya boleh simpan duit tersebut di lembaga tabung haji. 3. Perlu ke saya bayar zakat bagi insurans tersebut. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya bekerja sendiri. Dalam masa sekarang agak sukar nak dapatkan pembiayaan walaupun mampu bayar.Soalan saya:Adakah ianya salah dari segi syarak kalau kita rekod pendapatan sendiri (sewa rumah) atau masukkan wang sendiri dalam akaun perniagaan tapi direkod sebagai jualan. Ini akan meningkatkan kemampuan bayaran sebagai peminjam semasa permohonan pembiayaan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanyakan mengenai hukum bekerja di pusat membeli belah ,sebagai pekerja yang bertanggungjawab untuk memeriksa kebersihan kedai kedai, termasuk kedai makan yang menyediakan makanan yang tidak halal seperti daging babi dan arak.

message user image

Soalan: Seorang kawan saya minta saya derma untuk sedikit renovation tempat sembahannya. Bolehkah saya beri sedikit duit untuk tujuan tersebut dengan nial hendak jaga hatinya dan persahabatan kami?

message user image

Assalamualaikum wbt.Apa khabar semua di pejabat mufti? Semoga baik2 semuanya.Saya ada satu persoalan tentang unsur riba. Situasi seperti berikut. Kawan sy bekerja di sebuah koperasi yang menawarkan perkhidmatan pinjaman dan sbgnya. Kebanyakkan pelanggan adalah penjawat awam. Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan ialah penyelesaian hutang lama yg telah disenaraihitamkan oleh pihak bank/lain-lain. Jadi, staff koperasi akan menilai permohonan pinjaman baru, jika layak, mereka akan mencari funder utk menyelesaikan hutang lama pemohon.Staff koperasi akan uruskan semua daripada mencari funder, termasuk menyelesaikan hutang lama pelanggan dgn pihak2 tertentu. Selepas htg lama diselesaikan, pinjaman baru akan diluluskan, dan caj sebanyak 20% dr jumlah htg lama akan dikenakan. Funder yg telah melaburkan duit yg akan menerima charge 20% tersebut, kebiasaannya dalam masa seminggu sahaja utk dapatkan pulangan. Soalan sy, adakah 20% yg diterima funder dikira riba? Atau bolehkah ianya dikira sebagai ujrah? Mohon pencerahan dari pejabat mufti. Dalam keadaan sekarang yang kehilangan kerja akibat covid, tawaran ini agak menarik buat sy. Tapi sy risau jika ianya dikira riba.

message user image

Soalan: assalam, saya nak bertanya mengenai hutang. 1- Jika saya pernah berhutang tapi telah lupa mengenai hutang tersebut apa yang sepatutnya saya buat (dalam kes ini, pemberi hutang telah meninggal dunia/ tidak dapat dihubungi) 2. Bolehkan saya niatkan sedekah duit/ harta dengan niat untuk langsaikan hutang (dalam kes ini, pemberi hutang telah meninggal dunia/ tidak dapat dihubungi)

message user image

Soalan: Assalammualaikum.. sy ingin bertanye tuan. Sy sebagai pemandu lori syarikat pembersihan, di samping itu syarikat sy ade memproses hampas kelapa (dedak) utk dijadikan makanan ternakan khinzir, apakah hukumnya sy menghantar dedak tersebut ke kandang khinzir.

message user image

Soalan: saya seorang tukang jahit. saya ada ambil tempahan dari seorang perempuan benggali yg meminta saya menjahit beberapa helai kain putih dan beberapa helai kain alas yg mereka gunakan dalam upacara sembahyang mereka. Apa hukum wang upah menjahit yang saya ambil dari mereka itu....

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan berhubung hukum bekerja sebagai ejen hartanah. Sekiranya ada pembeli yang memilih untuk berurus niaga melalui pinjaman riba, adakah ejen hartanah juga berdosa kerana menjadi pemudah cara (facilitate) walaupun tidak terlibat secara langsung dengan keputusan pembeli untuk memilih pinjaman konvensional

message user image

Soalan: Salam Ustaz, saya nak tnye ap hukum kalau bekerja sebagai consultant IT bagi syarikat arak? Syarikat saya bekerja telah mendapat contract daripada satu syarikat arak terkemuka dan saya terpilih untuk menjadi consultant bgi syarikat tersebut. Syarikat arak tersebut akan membayar kepada company saya atas khidmat yang diberikan dan duit tersebut akan digunakan untuk membayar gaji saya. Harap ustaz boleh bagi pencerahan. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Tn Mufti yang amat saya hormati, Saya punya persoalan yg amat perlukan pendapat dari yang ahli dalam bidang ini. Dan saya mohon agar segala identiti dan soalan dirahsiakan. Rakan saya ingin membeli rumah mampu milik di sebuah negeri, yg mana mensyaratkan 4 syarat utama yang dia berkelayakan semuanya kecuali 1 syarat; "lahir/bekerja/menetap" di negeri tersebut. Beliau ada bertanya kepada pihak berkaitan, adakah boleh utk dia mohon & beli dengan menggunakan alamat ahli keluarga di negeri itu sebagai alamat menetap. Mereka mengatakan boleh, walaupun dia tidak lahir/menetap/bekerja di sana..dan tidak dikira mengambil hak org lain kerana melalui proses tapisan. Rakan saya keliru. Jika permohonannya diluluskan, adakah dia dikira berdosa kerana menggunakan alamat bukan alamat menetap beliau? Adakah harta tersebut berkat/syubhah?Mohon sangat respon dari pihak Tn Mufti, sebelum beliau membuat sebarang keputusan dalam ketidakpastian.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada satu persoalaan. Saya ada mencuri duit pada waktu dulu-dulu untuk beli komik. Sekarang ini, Saya sangat-sangat menyesal atas perbuatan saya dan sudah bertaubat. Saya juga berniat untuk memulangkan duit yang saya telah curi tersebut kepada tuannya tetapi tidak berkesempatan untuk dipulangkan lagi. Persoalannya, adakah solat dan amal ibadat saya diterima atau tidak, selagi mana saya tidak memulangkan duit yang telah dicuri walaupun sudah menyesal yang teramat dan sudah bertaubat? ( Saya ada dengar ceramah, kalau orang yang mencuri atau orang yang memakan harta yang haram amal ibadat mereka tidak akan diterima). Saya berasa amat gelisah tentang sama ada amal ibadat saya diterima oleh Allah SWT atau tidak disebabkan saya belum berpeluang untuk membayar balik apa yang saya curi kepada tuannya walaupun sudah menyesal dan bertaubat.( Saya sudah memesej tuan duit yang saya curi tersebut tetapi dia tidak membalas lagi). Mohon penjelasan. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum kepada semua staff Jabatan Mufti Selangor dan kepada Tuan Mufti, saya ingin bertanyakan soalan mengenai penggunaan kad kredit dari bank conventional. saya ada membaca soal jawab yang telah dikeluarkan oleh Dr Zaharudin. dan saya agak keliru tentang penggunaan secara am kad kredit dari bank konventional. ada dinyatakan adalah haram jika terlibat dalam hal2 riba, seperti pinjaman tunai yang dikenakan komisyen yang tinggi serta tidak mempunyai akad yang sah. dan beberapa perkara lain seperti denda yang mengikut kadar tidak berpadanan jika pengguna terlewat bayar. akan tetapi setakat ini, saya menggunakan kad kredit berdasarkan kapasiti perbelanjaan bulanan dan tidak akan lebih daripada apa yang saya tidak mampu bayar. tiada kelewatan dan tiada pinjaman tunai dari kad kredit tersebut. saya menggunakan kad tersebut kerana kelebihan 'cashback' yang tinggi dan ini memberi saya sedikit ruang dalam perbelanjaan bulanan. soalan saya 1. adakah pengunaan kad kredit konvensional adalah haram secara am nya walaupon pengguna tidak terlibat dalam perkara-perkara yang haram seperti pinjaman dengan kadar tinggi dan mempunyai unsur riba, sentiasa patuh dengan pembayaran penuh pengunaan tanpa kelewatan. 2. Hukum menyertai peraduan spin and win untuk bayaran melebihi rm100. sebagai contoh saya berbelanja barangan rumah yang melebihi RM100 dan layak untuk bermain spin and win, dan menang cashback (RM5, RM50, RM100) atau tidak menang apa2 dan permainan ini tidak mendatangkan kerugian pada saya kerana saya berbelanja perkara-perkara yang sepatutnya. adakah perkara ini haram atau dikategorikan sebagai judi?

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Saya ingin bertanya berkenaan dengan zakat simpanan. Situasinya adalah dimana, saya membuat potongan bulanan di dalam Tabung Haji dan setiap tahun duit simpanan itu sudah dibayarkan zakat oleh pihak tabung haji seperti yang kita sedia maklum. Selepas duit itu, duit tersebut saya keluarkan pada setiap tahun dalam jumlah rm10,000 setahun dan dimasukkan didalam takaful simpanan yang lain untuk tujuan pelaburan dan tempoh matangnya adalah pada tahun ke 10. Soalan saya, adakah perlu duit yang saya ambil daripada tabung haji tadi dan dimasukkan dalam takaful tersebut perlu dibayar zakat lagi pada setiap tahun?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan pelaburan matawang. Sekarang di Malaysia terdapat ramai orang islam telah meyertai pelaburan matawang iaitu forsagetron.io/ adakah ianya patuh syariah dan boleh disertai. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya suka bermain mesin kren yang ambil anak patung yang biasa ada di Shopping complex. Saya ada dengar yang permainan tersebut dianggap sebagai Judi. Kalau is dianggap Judi, bagaimanakah dengan patung-patung yang telah saya perolehi. Adakah perlu saya buangkan patung-patung tersebut. Patung-patung itu diguna untuk bermain dan bukannya perhiasan

message user image

Soalan: Asaalamualaikum. Soalan saya ialah, bapa saya pernah berhutang dengan ibu saya dan tidak sempat untuk melunaskannya sehingga bapa meninggal dunia. Bolehkah saya sebagai anak melunaskannya bagi pihak bapa?

message user image

Soalan: Salam pihak Mufti Selangor.. Maaf ganggu...Sy Izairi....Ada soalan nak tanya harap pihak Mufti sudi menjawabnya...Saya tempoh hari pada 27/11/2020, ada pergi ke Bank Islam untuk buat akad pembiyaan peribadi Islamik.Sy asalnya tahu sedikit mengenai konsep Tawaruq yg diguna pakai oleh Bank Islam..Cumanya sy keliru & tertukar dgn konsep Bai Inah...Dimana sy ingat pada asalnya sy dgn pihak bank shj dlm akad tersebut....Rupanya sy sedar ada 3 pihak dlm konsep Tawaruq setelah sy pulang ke rumah. Ceritanya sy ada tandatangan kontrak cuma ada yg sy tak baca tapi sy tandatangan terus. Bila dah selesai semuanya sy pun balik ke rumah.Cuma sy tertanya2 kenapa tak ada akad jual beli berdasarkan konsep Tawaruq tuh. Bila esoknya 28/11/2020, baru sy teliti balik salinan kontrak tersebut...Dan baru sy faham akan konsep sebenar Tawaruq...Dimana Bank Islam ada guna konsep Murabahah dan Tawaruq..Sy wakilkan pihak bank sbg Ejen belian dan jualan komoditi kpd pihak kedua & ketiga. Dan sy ada bertanya staf bank yg sy berurusan hari tuh, beliau bgtahu urusan jual beli tawaruq tersebut dh selesai sebelum kami berpisah..jadi di sini adakah akad harituh sy dgn staf bank dikira sah? Sbb mmg ya sy ada tandatangan kontrak cuma sy x berapa jelas akan konsep tersebut dan tak baca betul2 apa yg sy tandatangan..Boleh ke sy pada waktu tersebut beranggapan sy guna akad Bai Inah tetapi sebenarnya sy tandatangan akad yg lain kerana sy tak baca & tak faham akan akad tersebut. Sy benar2 harap pihak Mufti sudi jawab soalan nih, sy xnak hasil muamalah nih tak berkat dan haram

message user image

Soalan: Bolehkan sesebuah pusat pengajian atau sekolah swasta Islam mengambil bayaran yuran secara advance..Contoh : Yuran bulanan di Sekolah A adalah RM 500.00 sebulan. Semasa pendaftaran pada Januari 2020 Pihak sekolah telah meminta utk jelaskan bayaran Jan 2020 dan Dis 2020. jumlah yang perlu dijelaskan adalah RM1000.00..Bolehkan bayaran Disember 2020 itu diambil? Apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Assalamualaiku ustaz. Disini saya ada 2 soalan yang nak diutarakan 1. Arwah ayah pernah tinggal bersama saya sejak kematian emak. Masa tu arwah ayah pun sedang sakit2 dan terlantar di katil. Masih boleh bercakap dan bangun untuk ke tandas tapi tak boleh bergerak terlalu lama. Masa arwah tinggal bersama saya arwah ada sedikit simpanan dan mohon saya keluarkan semua simpanan dan simpan pada saya untuk apa2 kegunaan samada untuk keluarga saya atau untuk perubatan arwah. Arwah juga mohon saya buatkan badal haji untuk arwah, arwah emak, juga pada 4 orang arwah atuk dan nenek sebelah ayah dan emak. Alhadulillah saya telah selesaikan amanah arwah ayah.Simpanan yang arwah beri saya gunakan untuk segala urusan dan perubatan beliau semasa hayat sehingga la beliau meninggal dunia.Tujuan sebenar arwah ayah mohon saya keluarkan dan simpan pada akaun saya adalah untuk mengelakkan masalah perebutan anak2 yang lain. Untuk pengetahuan ustaz ayah pernah berkahwin 3 dan mempunyai 24 orang anak. Saya anak yang paling bongsu iaitu yang ke 24 dari ibu no 2. Walalupun arwah membenarkan saya menggunakan simpanan beliau untuk urusan perbelanjaan harian saya tapi saya tidak menggunakannya. Saya berniat untuk menggunakan simpanan arwah untuk arwah sahaja. Bila arwah meninggal ada sedikit lagi baki simpanan arwah dalam tangan saya sebanyak RM9,000 lebih. Tujuan arwah beri saya simpanan dia sebab tak nak timbul hal2 yang tak diingini.Allah ustaz memang betul jangkaan arwah. Mayat masih di rumah anak2 dari ibu pertama dah bersoal2 tentang wang dari poket baju arwah sampai la ke buku simpanan. Saya juga jadi mangsa pertelingkahan mereka. Rumah pusaka yang sekangkang kera pun jadi rebutan. Arwah pernah berpesan pada kami anak2 dari ibu ke2 jangan campur urusan mereka. Soalan saya ustaz salahkah saya pegang amanah arwah supaya baki simpanan beliau jangan diberi pada anak2 yang lain. Perlukah di faraid simpanan Rm9k lebih tu pada anak2 yang lain. Satu lagi hal kalau saya beritahu hal ni pada saudara2 yang lain terutama anak2 dari ibu pertama saya pasti akan timbul pertelingkahan.Pasti mereka akan lemparkan tuduhan macam2 pada saya sedangkan niat saya cuma nak pegang amanah arwah ayah dan juga nak gunakan duit itu untuk urusan arwah. Bagaimana harus saya selesaikan hal ini ustaz. Niat hati nak bayarkan fidiyah untuk arwah ayah. Saya risau juga jika ada solat dan puasa arwah ada yang tertangguh semasa hayat beliau. Bagaimana penyelesaian ustaz. 2. Saya pernah ada pembantu yang menjaga anak2 saya masa saya berkerja. Makcik ni bukan keluarga kandung tapi amat rapat. Tinggal bersama saya hampir 12 tahun. Sejak bersama saya alhamdulillah dia berjaya membuat sedikit simpanan dari wang yang saya beri selama tinggal dengan saya. Semua simpanan dia suruh saya simpan dan benarkan saya guna jika ada keperluan. Dia kata buat macam duit sendiri. Nak guna tak perlu tanya dia. Alhamdulillah saya tak pernah guna duit simpanan dia untuk kegunaan saya. Semua perbelanjaan dia saya catit dengan lengkap. Alhamdulillah dengan duit tu dia dapat buat operation kedua2 belah lutut, dapat pergi haji dan umrah dan guna untuk perubatan dia. Makcik pernah mohon saya carikan peguam untuk saksi dia nak serahkan segala simpanan dia pada saya. Saya bawakan dia seorang peguam dan dia ada lafazkan jika ada lagi simpanan dia serahkan semuanya pada saya. Adakah ini di katakan hibah? Mengikut peguam dia boleh serahkan pada saya selagi dia masih hidup. Tapi saya dah berjanji dengan dia saya akan gunakan setiap sen duit dia untuk dia sahaja walaupun dia tiada nanti. Saya telah berpindah jauh ke selatan tapi makcik tak nak ikut alasan jauh dari sedara dan kawan2. Saya tinggalkan dia bersama anak angkat dia di utara.Tapi masing2 sibuk dengan urusan kerja dan makcik pun dah berusia 88 tahun dan perlukan penjagaan yang rapi mereka buat keputusan hantar beliau ke rumah pengasih. Semasa beliau bersama saya, saya pernah mohon untuk mendapatkan bantuan kebajikan masyarakat untuk beliau. Sekarang duit bantuan digunakan untuk membayar pada rumah pengasih. Alhamdulillah dia mendapat jagaan yang rapi dan gembira sebab ada kawan2 sebaya yang boleh berbual2. Soalan saya ustaz perlukah saya kembalikan duit dia semasa hayat dia. Buat masa sekarang dia memang tak perlukan duit sebab semua urusan perubatan dia di bawah JKM. Makchik masih ada lagi dan ikutkan hati saya nak pulangkan ja semua duit dia tapi saya kurang yakin ada yang boleh menguruskan kewangan dia. Saya pernah tanya dia duit yang dia bagi saya tu dia nak balik tak? Dia cakap dah bagi pada saya dia suruh saya guna saja. Tapi duit dia masih saya simpan untuk apa2 urusan dia kelak. Duit yang ada pada saya setelah semua perbelanjaan dia masa urusan haji dan umrah dan lain2 berjumlah RM9762.25. Bagaimana pandangan ustaz?

message user image

Soalan: Asmkm wbt..Tuan/Puan; Beberapa tahun yang lepas KAKAK IPAR saya telah bersetuju secara mulut memberikan satu gelang tangan (harta pusaka) kepada isteri saya disebabkan gelang tangan (harta pusaka) yg dimiliki isteri saya telah hilang dicuri. Setelah KAKAK IPAR dan ISTERI saya membuat semakan dengan kedai emas, harga gelang tangan tersebut bernilai $450. Jadi KAKAK IPAR bersetuju memberikan (menjual) secara hutang kepada ISTERI saya (adiknya). Bukan berniat nak buat harta dengan satu gelang tangan emas ni tapi nak simpan sebagai kenangan arwah mak mereka. Setelah beberapa tahun kemudian, KAKAK IPAR saya tiba2 menuntut semula gelang tangan emas tersebut dengan alasan tiada sebarang surat perjanjian hitam putih antara KAKAK IPAR dan ISTERI saya bagi penjualan gelang tangan tersebut. Oleh kerana gelang tangan tersebut saya dan isteri terpaksa pajak dahulu di Ar Rahnu Pejabat Pos Shah Alam, kami terpaksa bertahan dahulu sambil mencari modal untuk menebusnya. Akhirnya baru2 ini ada pihak ketiga yg membantu saya dan isteri menebus semula gelang tangan emas tersebut pada harga $1300. Gelang tangan emas tersebut saya sudah serahkan pada KAKAK IPAR tu dengan cara pos disebabkan PKPB ni. Persoalan saya ; 1) Berapa kadar penjualan semula yg saya patut kira dengan KAKAK IPAR ni? Kesepakatan jual beli awal $450. Harga kemudian setelah ditebus $1300 tapi saya belum berkira2 dengan KAKAK IPAR ni kerana keliru pasal ni. Amat takut salah kira harta pusaka ni..Oleh itu saya amat meminta jasa baik Tuan/Puan memberikan jawapan yg terbaik inshaAllah..

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Situasi saya adalah individu yang dilantik menguruskan sumbangan untuk kematian. Dari awal sumbangan org ramai yang dibuat adalah atas nama arwah. Masalah sekarang ,Ketua saya tidak bersetuju untuk berikan semua hasil sumbangan kepada waris si mati.Hanya sebahagian sahaja akan di berikan kepada waris simati. Alasannya sebahagian lagi akan diberikan kepada org lain yang memerlukan.. Adakah boleh berbuat sedemikian? Apakah hukumnya? Mohon pencerahan..terima kasih

message user image

Soalan: Soalan: Assalamualaikum tuan/puan yg sy hormati. Saya nak tanya, kerajaan membenarkan pengeluaran kwsp sehingga 10k untuk golongan yg ditetapkan mengijut syarat..Saya layak untuk pengeluaran tersebut..Saya nak tahu sekiranya wang kwsp tersebut selama ni dilaburkan pada pelaburan tak patuh syariah, yang mana saya tak pernah tukar kan ke patuh syariah sebab tak tahu pasal ni. Jadi sekiranya wang kwsp ni saya dapat nanti, bahagian mana yg saya boleh gunakan dan selebihnya apa patut dibuat..lagi satu memang semua dividen tu memang tak boleh ambil langsung atau boleh ambil sedikit sebab pelaburan mungkin ada ke pelaburan yg halal juga..saya tak ada idea pasal ni..boleh pihak tuan bagi pencerahan.tq

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya mau tanya..apakah bisnes Food Delivery itu ada unsur riba..kerana Food Delivery service provider mendapat keuntungan dari jualan makanan yg dibuat oleh orang lain..makanan itu dibuat oleh orang lain..tetapi dijual oleh orang lain tanpa dia memiliki dulu makanan itu..maksudnya terjadi transaksi jual beli yg barang dagangan itu milik orang lain..sedangkan food delivery service provider mendapat keuntungan hasil dr penat lelah org lain..apakah hasil pendapatan ini adalah haram kerana jatuh dlm salah satu dr cabang riba..mohon dpt beri penjelasan

message user image

Soalan: Hukum fekah asal bagi kos mengurus jenazah diambil dari harta si mati. Bolehkah duit tabung masjid diguna untuk membayar sebahagian kos ikut ketetapan pegawai/ajk masjid. Cthnya kos gali kubur

message user image

Soalan: Assalam Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan status duit Saya pegang. Saya merupakan sorang guru dan telah membuat kutipan pibg. Setelah issue resit mengikut jumlah bayaran semua murid Saya mendapati ada lebihan bayaran. Sedangkan semua murid yang membayar mengikut jumlah Saya tulis amount nya dan minta mereka tandatangan sebagai bukti. Kesemua nya telah selesai tetapi ada lebihan baki duit pula. Saya tak ingat adakah itu duit yang Saya pernah dahulu kan atau duit siapa. Murid2 tiada yang membuat tuntutan bayaran kerana mereka bayar mengikut jumlah sepatutnya. Apakah status duit tersebut.

message user image

Assalamualaikum wrt. wbt. Saya berharap pihak Tuan dapat memberikan jawapan kepada persoalan saya. Terima Kasih. 'Bank bermatlamat untuk memanfaatkan dana simpanan pencarum untuk dilaburkan/diniagakan. Disamping untuk tujuan keuntungan, bank telah mencairkan dana-dana yang disimpan untuk tujuan galakan aktiviti perekonomian.' 'Bank menggunakan wang yang bertujuan disimpan/simpanan untuk dimanfaatkan atau galakan atau kecairan bagi aktiviti keberangsangan ekonomi atau memenuhi permintaan mereka yang memerlukan dana/instrumen pembiyaan (debtor).' Apakah pandangan islam terhadap matlamat bank seperti yang dinyatakan.

message user image

Soalan: Assalam..saya dapat tawaran kerja di kilang membuat tin..tapi kilang tu ada buat tin minuman arak sekali..haram ke kerja kat situ tuan?

message user image

Soalan: Apa hukum menjual semula (resell) barang barang branded yang menyokong gerakan lgbt?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada terbaca di fb peguam hartanah Salkukhairi Abd Sukor yang kebanyakan sales & purchase agreement(SPA)rumah di malaysia tidak patuh syariah kerana terlibat dengan riba. 1. Apakah benar SPA yang banyak diguna pakai sekarang tidak patuh syariah mengikut pandangan mufti? 2. Saya dalam proses untuk membeli rumah yang sudah siap dari satu pemaju. Jika betul SPA sekarang tidak patuh syariah, saya akan cuba berbincang dengan pemaju untuk guna SPA yang disediakan peguam Salkukhairi. Apa pilihan yang saya ada sekiranya pihak pemaju tidak mahu guna pakai SPA yang patuh syariah? 3. Perlukah saya batalkan niat untuk membeli rumah tersebut & hilang deposit rumah tersebut?

message user image

Soalan: Apakah hukum mendapatkan duit melalui apps seperti cashzine, buzzmatch dan sebagainya dan adakah halal duit tersebut ?

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya ingin memohon pencerahan. Saya melihat ramai orang menjual hardisk. Menjual hardisk itu bukan suatu permasalahan kerana ia merupakan salah satu barang yang dibenarkan untuk menjual beli. Tetapi, ada juga yang membuat pakej. Sebagai contoh: Pakej A: Hardisk + Movie Maka, harga pun berlainan kerana disertakan movie sekali. Persoalan saya.Adakah dibenarkan untuk menjual beli movie atau game yang di download secara online di internet? Adakah sah jual beli tersebut?

message user image

Soalan: Assalammualaikum ustaz, bolehkah jika seseorang itu menerima upah dari seorang peguam apabila beliau memperkenalkan peguam tersebut kepada orang yang memerlukan khidmat peguam tersebut

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. sy nk tny jika saya jual id or acc game apa hukumnya ye.. kalau jual servis pulak apa hukum nya.. servis ni sy tlg naikkn level game org mntk servis yg sy bg.. terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ada hutang lampau berkaitan pembelian tanah. Saya sudah lama mencari orang berkenaan utk bayar hutang tersebut malangnya tiada siapa yg tahu walaupun saudara mara beliau sendiri. Baru2 ini saya ada berkemas rumah maka saya terjumpa surat lama Dr tuan tanah asal ini. Pada surat tersebut ada tertulis no akaun bank beliau. Saya bersyukur sgt dan terus check no akaun tersebut melalui on line Saya dapati akaun tersebut masih aktif. Saya pun terus transfer jumlah hutang saya itu sebanyak rm2000. Malangnya, semalam saya dapat berita bahawa pemilik akuan tersebut telah pun meninggal dunia pada awal Nov baru2 ini. Satu2nya waris beliau juga tidak dapat dikesan. Saya ingin bertanya ustaz, adakah saya masih dikira berhutang. Kalau benar, apa yang perlu saya lakukan sekarang. Terima kasih ustaz

message user image

Soalan: 1. Mengapa pencen penjawat awam yang meninggal tidak perlu difaraid kpd waris2? 2. Apa perbezaan duit epf dan pencen selepas kematian ?

message user image

Rumah sy tiada tv dan radio serta tidak dengar suara azan kerana jauh dengan masjid. Saya hanya bergantung pada waktu solat di aplikasi sahaja. Perlukah saya gantikan solat dan puasa saya kerana telah solat dan berbuka puasa awal?

message user image

Soalan: Assalamualaikum . Saya ilya. Ada nk tnya soalan kepada pihak mufti selangor. Sya kerja dgn pengurusan 99 speedmart. Outlet yg saya perlu jaga tu ada melakukan urusan jual beli arak. Saya terpaksa kerja ni sbb masih tak dpt panggilan kerja lain, tambahan pula ibubapa saya baru kena retrenched. Jadi sya terpaksa juga kerja. Sya bekerja sebagai asst manager. Tugas harian saya antaranya melibatkan tracking arak(pengiraan arak) sebelum buka kedai dan selepas tutup kedai..Saya nk tnya pendapat pihak tuan, ada apa yg perlu sya buat dgn gaji sya tu, maksudnya perlu sedekahkan sebahagian ke atau mcm mna?

message user image

Assalamualaikum tuan mufti. Baru baru ini hangat diperkatakan tentang berniaga dengan syarikat Atomy iaitu syarikat dari korea yang menjalankan perniagaan jualan atas talian. Salah satu produknya adalah HemoHIM iaitu produk kesihatan berasaskan herba yang telah dibagunkan oleh penyelidik korea untuk membantu mereka yg terdedah kepada sinar radiasi. Disebabkan keberkesanan yang terbukti dari hasil penyelidikan selama 8 tahun, pengasas syarikat Atomy berhasrat untuk mengeluarkannya secara besar besaran dan menjualnya secara langsung kepada orang ramai melalui sistem online untuk mengelak keuntungan orang tengah. Saya sebagai seorang doktor, mendapati produk hemoHIM yg berstatus halal ini dapat membantu pesakit pesakit saya berbanding dengan produk herba lain yang ada di pasaran. Produk hemoHIM juga telah dibuktikan keberkesanannya melalui kajian yang dilakukan di makmal dan kajian tersebut boleh diakses secara terus di dalam platform jurnal online terkemuka dunia perubatan. Untuk mendapat produk tersebut, kita perlu jadi ahli sykt Atomy dan membelinya secara online. Tiada bayaran yang dikenakan untuk berdaftar menjadi ahli Atomy.

Soalan saya, apakah hukumnya menjadi ahli atomy dan menjadikkannya sebagai salah satu perniagaan rangkaian.

message user image

Assalammualaikum saya ada soalan , apakah hukum nermain permainan dalam talian seperti KING ISLANDS , ini kerana didalam permainan tersebut  kita perlu menyerang atau mencuri coin pemain lain yang seterusnya coin tersebut boleh ditukar menjadi wang sebenar. Adakah cara mencuri coin pemain lain yang coin itu nanti boleh menjadi wang sebenar sama sahaja seperti mencuri dari orang lain sekian sahaja soalan saya, terima kasih

message user image

Assalamualaikum tuan mufti

Berdasarkan situasi berikut apa pendapat tuan mufti?

Saya pekerja kilang Majoriti kilang di Msia kepunyaan pelabur asing Pelabur asing majoriti bukan islam Mereka support Israel, Zionis, Kristian, LGBT, bekalan senjata untuk menyerang umat islam dan banyak lagi.

Kawan2 saya bekerja di syarikat utiliti (elektrik, air etc) Mereka supply ke kilang2 ini, kilang arak, gereja, tokong, kuil, kasino dan banyak lagi

Adakah pendapatan kami syubhah dan kami perlu berhenti kerja?

Harap dapat maklumbalas segera darI pihak tuan mufti.

Terima kasih

Kami pun nak masuk syurga macam tuan mufti

message user image

Assalammualaikum 

1. Berapakah peratus kadar Wang tidak patuh syariah asb 2020? 

2. Bolehkah Saya berpegang terus keuntungan  asb Harus mengikut fatwa k.lumpur tampa pengasingan Wang tidak patuh syariah.... sbb asb Saya loan kadar rugi mengatasi pelaburan asb jika tolak wang tidak patuh syariah.

 

 

 

message user image

baru-baru ini saya membayar zakat untuk pelaburan tunai ASB, tapi pegawai zakat tu cakap dividen yang saya perolehi itu hanya diambil dalam 74 peratus sahaja yang layak dizakati, selebihnya tidak patuh syariah... boleh tuan jelaskan? adakah dividen ASB tidak 100% patuh syariah?

message user image

Assalamualaikum,

Tuan yang dimuliakan,

Mohon pandangan bagi situasi berikut:

Sekiranya saya mempunyai sebidang tanah dan saya berniat untuk menyewakan tanah tersebut kepada non Muslim yang bercadang untuk pengoperasian Nirvana (pengkuburan non Muslim). Kemudian keuntungan operasi ini dikongsi bersama. Adakah dibenarkan urus niaga ini dalam Islam?

Penjelasan dan pendapat tuan amat diperlukan sebagai rujukan saya dan orang awam lain.

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, tuan/puan.

Saya ingin bertanya berkenaan hukum jual beli in-game currency spt PUBG-UC, Mobile Legends-Diamonds dari sudut muamalat. Adakah sah dari sudut syara'? Jika tak keberatan juga, boleh ada penerangan terperinci berkenaan masalah ini. 

Jazakumullahu kheir atas jawapannya.

message user image

 

Assalammualaikum Mufti,

Saya ade kemusykilan berkenaan pelaburan yg ingin saya join. Mintak pandangan sedikit dr pihak Mufti. 

Contoh lau kite invest rm100k kat 1 platform ni, dia janjikan pulangan modal dibayar berserta dngn untung syarikat dlm tempoh 12 bulan, adakah ianya jatuh riba? Modal dan keuntungan dibayar sekali dlm mase 12 bulan 18-20% sebulan x 12 bulan.

Contoh, modal rm100k, 18% so jadi rm18k x 12 = rm216k, keuntungan bersih setelah tolak modal ialah rm116k, keuntungan itu pihak syarikat akad sebagai PROFIT SHARING. Klau untung lebih, syarikat akan bayar paling tinggi 20%. Paling rendah 18%. Adakah ianya jatuh riba jika ade jaminan modal dan keuntungan di situ?

P/s: Perniagaan yg dijalankan adalah emas fizikal dan hartanah, perniagaan tiada unsur2 haram dan syubhah.

Minta penjelasan pihak Mufti secepat mungkin. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Tuan

Saya ada terbaca suatu posting di media sosial yang menyatakan, "tidak boleh jual barangan yang bukan milik kita, kecuali sebagai ejen atau wakil atau broker (simsar).."

Boleh saya mohon pandangan tuan berkenaan dengan satu kaedah dropship di shopee? 

Penjual meletakkan listing produk di kedainya di shopee, tapi produk sebenarnya tiada, dan dinyatakan pre-order. 

Bila ada customer order produk, baru penjual akan beli daripada seller lain. Apabila barang dah sampai pada penjual, baru akan dipos semula pada customer. 

Penjual hanya terima bayaran selepas customer confirm order dengan shopee.

Bolehkah kaedah jual beli seperti ini? Mohon pandangan tuan.

message user image

Assalamuakailum.

Saya ingin bertanya tentang pernyataan “trade in emas dan tambah duit trade in beli emas baru, hukumnya haram ada syubhah (riba). Kalau nak beli emas baru, kena jual dulu emas lama, dan pegang dulu duit emas yang dijual tadi dan baru boleh beli emas baru. Hukumnya haram trade in emas ambil emas baru tambah duit sebab ada riba dekat situ.”
 

Betulkah kenyataan ini? Sekiranya betul, minta pencerahan tentang unsur riba tersebut. Apa yang perlu di buat sekiranya ada urusan jual beli emas yang menggunakan cara “trade in” begini sebelum ini.

Terimakasih.

message user image

HUKUM MEMBUKA KEDAI MAKAN DI KAWASAN KEJIRANAN 

Assalammualaikum tuan,puan...Saya ingin bertanya apakah hukum membuka kedai makan di rumah yang mempunyai kejiranan bersebelahan rumah,tidakkah ia akan mengganggu ketenteraman dan privasi jiran memandangkan laman rumah bersebelahan antara satu sama lain dan hanya mempunyai pagar berjaring paras bahu,tidakkah mata2 pelanggan akan memerhati kawasan sekitar...sekian,terima kasih,harap pihak tuan puan dapat membantu...

message user image

Apa hukum jika kita masih menggunakan nama arwah di bil bil air, bil elektrik dan nama rumah.Saya masih menggunakan nama arwah ayah saya.Saya ada dengar pendapat segala doa yang kita sampaikan tidak akan diterima oleh si mati..kuburnya juga akan gelap selagi kita masih menggunakan nama arwah di bil bil tersebut..minta pencerahan..terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

Saya ni salah seorg ajk jawatankuasa ibu bapa dan guru di salah satu sekolah ugama rakyat.tatkala pkp sekolah terkesan dgn pembayaran yuran dari waris.pihak pengurusan sudah pon memberi pengurangan serta menjemput waris utk berbincang jikalau ada masalah pembayaran yuran.

Malangnya saya diberitahu oleh pengurusan sekolah yg ada pertikaian oleh waris. Contoh: bulan januari dan februari, yuran yg dikenakan ialah 100% penuh.tetapi utk bulan 3 serta 4, pihak pengurusan membuat potongan utk menolak duit makan utk anak2.

Malangnya ada waris mempertikai kepada pengurusan yang HARAM pihak pengurusan sekolah ambil yuran penuh pada bulan 1 serta 2...

Soalan saya..betul kah tindakan pengurusan ni dikategori sebagai haram? 

Saya harap pihak jbtn mufti selangor dpt membantu memperjelaskan dari sisi halal haram..

Walhal waris patut tahu yang mereka sedang hantar anak mereka di sekolah swasta sepenuhnya.tidakkah tak sepatutnya pertikaian ini timbul?

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dgn kerunsingan saya.

Assalamualaikun dan terima kasih

message user image

Assalamualaikum,saya terus kepada soalan 

Soalan saya,hari ini kakak saya telah melakukan pembelian emas secara trade in.  Dengan menambah sebanyak rm200 lebih..kemudian, dia hadiahkan kepada ibu saya..dia ada bertanya kepada pekerja kedai emas tu,ada akad tak..pekerja tu hanya menjawab boleh,setakat itu sahaja..adakah itu di kira akad?apakah hukum ibu saya memakai barang yg tidak jelas jual belinya tuan?adakah cara untuk menyucikan sekiranya haram cara jual beli ni?itu sahaja pertanyaan saya,mohon pencerahan..terima kasih

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Sy izany,sy penjual pakaian bundle secara online..sy ada keraguaan yg ingin tanya berkenaan jual beli mengikut syariat..di sini sy jelaskan situasi jual beli yg berlaku dn sedang menjadi ikutan di beberapa penjual online dn hangat menjadi perbahasan krna ada unsur haram..

Situasi 1

Penjual membuat acara jualan beli baju di dalam parcel/plastik pos..ada penjual buat hrga RM250 ada yg buay lebih..penjual akn tunjuk baju yg dimasukan di dalam parcel..baju yg dimasukkan berbeza hrga pasaran ada yg sama nilai dan ada yg lebih..penjual juga akn masukkan satu baju yg betul2 mahal di dalam parcel..setelah itu parcel akn ditulis nombor dn pembeli akn pilih nombor yg dikehendaki..setelah itu bayaran akn dibuat dn penjual akn tunjuk baju yg pembeli dpt dn tidak boleh cancel..

Situasi 2

Kaedah jualan yg sama..tetapi bayaran hnya akn di ambil setelah baju ditunjuk lepas parcel dipilih pembeli dn pembeli boleh cancel jika tidak mahu baju yang dapat..

Soalan sy adakah hukum kedua2 jual beli ini haram kerana ada unsur judi dan gharar..bgi yg mengatakan tidak haram kerana sama dengan beli guni dari kilang bundle tidak jelas atau tidak pasti barang di dalamnya dan pembeli redha dgn jual beli itu...mohon pencerehan ustaz..terima kasih...

message user image

Assalamualaikum pihak Mufti Selangor. 

Saya ada pertanyaan mengenai hukum melanggan "protection/insurance plan" untuk telefon bimbit IPhone 11Pro baru saya di bawah Celcom (phonecare.asurion.com) pada bulan Mac 2020.

Di sini saya telah membayar setiap bulan sebanyak RM18. Sudah hampir 11 bulan saya melanggan dan telefon bimbit saya pula rosak pada 3/2/2021 lepas. 

Di bawah plan protection/insurance tersebut, saya layak untuk melakukan tuntutan di mana saya hanya perlu membuat transaksi bayaran sebanyak RM710 dan menukar telefon saya yg rosak kepada telefon sama jenis (swap one to one) yg baru. Telefon baru yg diberi syaratnya sama jenis dgn yg rosak, cuma boleh jadi "original" atau "refurbished".

Pada 5/2/2021, saya telah melakukan transaksi pertukaran tersebut. Cuma di sini, saya tidak pasti sama ada plan protection/insurance tersebut sama atau tidak dgn plan insurance konvensional yg hukumnya tidak patuh Shariah. Apa yg telah saya periksa di laman web Internet keberangkalian plan tersebut tidak patuh Shariah. (phonecare.asurion.com). 

Jadi, kemusykilan disini apakah hukum transaksi tersebut dan adakah saya tidak boleh guna telefon yg baru saya dapat ini? 

Semasa saya melanggan plan tersebut pada Mac 2020, saya sedar di mana plan tersebut lebih kurang sama seperti plan insurans konvensional yg lain, cuma waktu itu saya tetap melanggannya tanpa usul periksa. 

Dan sekarang saya telah melakukan transaksi pertukaran "swap one to one" dan menyesal dengan perbuatan saya tersebut.

Apakah tindakan yg sewajarnya saya perlu lakukan sebab saya betul2 tidak ingin terlibat dgn transaksi2 yg tidak patuh Shariah. 

Saya berharap sangat2 pihak Mufti dapat menjawab permasalahan saya ini. 

Terima kasih pihak Mufti. 

Wassalam

Muhammad Izairi Bin Mahadi

60193787411

 

 

message user image

Assalammualaikum..

 

1. Berapakah kadar peratus wang tidak patuh syariah asb tahun 2020.

2.Bolehkah Saya menggunapakai terus keuntungan asb mengikut hukum Harus yang dikeluarkan oleh Fatwa Malaysia. Saya membuat loan utk asb...

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya apakah hukum kita mengambil upah (menaikkan sedikit hrga barang) jika ada kawan-kawan yang kirim minta belikan barang contohnya ketika kita pergi travel ke luar negara dan tiada akad jual beli? 

message user image

Bismillah,

Assalamualaikum wbt Tuan Mufti,

Saya ingin menanyakan soalan berkenaan pekerjaan yang saya baru sahaja mula bekerja pada awal tahun ini.

Sedikit mengenai skop kerja saya, syarikat ini merupakan syarikat multinasional yang berpengkalan di Perancis. Ia syarikat yang menjalankan kajian pasaran (market research) mempunyai lebih 90 pejabat di seluruh dunia. Saya ditugaskan untuk menjaga bahagian Asia Utara yang merangkumi negara seperti Korea, Jepun, Taiwan dan Hong Kong. Sebahagian besar client bagi syarikat ini adalah F&B (makanan & minuman), yang mana sekiranya mereka ingin memasarkan produk baru di negara mereka, mereka akan menggunakan khidmat syarikat saya untuk menjalankan kajian lapangan seperti survey dan sebagainya untuk mendapatkan respons awal pengguna terhadap produk yang akan mereka pasarkan.

Namun begitu, akan ada masa di mana client yang menggunakan khidmat syarikat saya adalah syarikat yang menjual minuman keras. Tugas syarikat saya adalah bagi mendapatkan respons awal pengguna terhadapan minuman beralkohol yang akan dipasarkan di negara mereka (bukan di Malaysia dan kebanyakan responden adalah bukan muslim bagi kawasan di bawah bidang tugas saya). Sebagai contohnya, soalan yang akan ditanyakan dalam survey itu adalah, 'adakah anda berminat sekiranya produk beralkohol berperisa Oren dipasarkan' dan soalan-soalan lain yang berkaitan produk baru tersebut. Tugas saya sendiri bukanlah yang membuat survey tersebut, tetapi sebagai sebagai Project Manager yang menjadi orang tengah yang memastikan kelancaran proses mendapatkan respons dan data pengguna sampai pada client dalam masa yang telah dijanjikan untuk mereka lihat respons pengguna sama ada mahu dipasarkan produk tersebut ataupun tidak. 

Yang menjadi kerisauan saya adalah sekiranya bidang kerja saya ini termasuk dalam 10 golongan yang dilaknat oleh Allah swt seperti yang disebut dalam hadith Nabi SAW? 

Diharap persoalan saya ini mendapat pencerahan daripada pihak Mufti Selangor dan dapat membantu saya mudah-mudahan amin.

Terima kasih.

message user image

Syarikat saya menawarkan perkhidmatan pembinaan telaga tiub, bolehkah syarikat saya menerima kerja pembinaan telaga tiub untuk tempat ibadat orang bukan Islam seperti tokong dan kuil?

message user image

Assalamualaikum ustaz.

Setahun yang Lepas saya ada melancong ke Korea. Apabila kawan-kawan mengetahui, mereka mengirim barang untuk di beli di Sana (yang mana harga adalah lebih murah Dari Malaysia).

Jadi apabila tiba Di Sana, saya survey beberapa kedai dgn harga berbeza. Saya beli di kedai yang menawarkan harga paling murah tetapi sy ambil gmbr harga di kedai lain untuk tujuan kawan2 buat pembayaran bagi barangan tersebut (harga tinggi sedikit tetapi tidak berbeza Banyak Dari kedai yang saya beli Dan Masih murah Dari Malaysia). Tujuan sy berbuat demikian adalah untuk menyekalikan harga barang dan upah saya membelikan barang tersebut. Untuk maklumat ustaz, barangan tersebut adalah Sama Dari segi kualiti kerana merupakan Dari jenama yg Sama. Adakah boleh ustaz? Sy tiada niat untuk menipu, hanya untuk mengambil sedikit upah kerana membelikan barang tersebut tambahan sy membayar Kos perjalanan flight Dari Malaysia ke Korea.

Terima kasih ustaz kerana sudi menjawab persoalan saya.

message user image

Assalamualaikum Tuan Ustaz maaf menggangu saya ada pertanyaan yang hendak ditanya harap dapat jawapan daripada pihak Ustaz..

Soalan Saya:
Hukum dropship harus kan ustaz dari apa yang saya tahu, cuma persoalan nya saya sebagai agent dropship produk stokin/handsock , saya nak tahu hukum dalam Islam atau bahasa mudahnya boleh ke saya sebagai dropship ada dropship lagi di bawah saya.. 

Maksudnya :
HQ- Agent Z -Dropship A( Saya) - Dropship B (Dropship under saya)

Boleh ke Ustaz Dropship B berada di bawah saya sebab saya ada terbaca macam tak boleh sebab saya pun hanya agent dropship sahaja atau ada syarat-syaratnya Ustaz. Sebab dropship B di bawah saya automatik bila mereka ada jualan saya akan dapat juga komisyen daripada Dropship B. Jadi macam mana hukum komisyen/ duit yang saya dapat tu juga.

Harap dapat penjelasan dari Ustaz sebab saya memang ada dropship bawah saya, saya perlu minta izin atau bagitahu HQ  dulu ke atau macam mana untuk kes macam ni mengikut hukum Islam.. 

Terima Kasih Ustaz

message user image

Assalamualaikum,

Ustaz, saya ada satu pertanyaan berkaitan harta pusaka.

Baru-baru ini adik-beradik arwah ayah saya mendapati terdapat harta pusaka arwah datuk saya yang baru ditemui.

Adik-beradik arwah ayah saya telah membahagikan harta pusaka arwah datuk saya antara adik-beradik arwah ayah saya. Mereka memberikan RM 2000 bahagian arwah ayah saya kepada saya. Saya diamanahkan untuk membahagikan wang tersebut sama rata.

Untuk makluman ustaz, ketika saya diberitahu pemberian RM 2000 bahagian arwah ayah saya adalah harta pusaka datuk saya yang baru ditemui baru-baru ini:

1. Arwah datuk saya telah meninggal dunia terlebih dahulu.

2. Arwah nenek saya telah meninggal dunia.

3. Arwah ayah saya telah meninggal dunia selepas arwah nenek.

4. Arwah emak saya telah meninggal dunia setelah arwah ayah.

5. Adik-beradik emak saya seibu-sebapa telah meninggal dunia 2 orang lelaki.

Yang masih hidup: 

1. Tiga adik-beradik emak saya seibu sebapa masih hidup sekarang 2 lelaki dan seorang perempuan.

2. Saya tiga adik-beradik semua perempuan seibu sebapa.

 

Soalan: Bagaimana pembahagian pusaka bahagian ayah saya yang diserahkan oleh adik-beradiknya kepada saya?

Mohon penjelasan ustaz. 

Terima kasih.

 

message user image

Sebelum ayah saya meninggal dunia, beliau ada membuat video tentang harta pusaka dibagi sama rata. Soalan saya boleh tak saya jadikan video itu sebagai bukti kerana adik saya mahu di bahagikan mengikut faraid.

 

Soalan kedua. Adik lelaki saya telah meninggal dunia selepas ayah saya. Beliau tiada anak bersama balunya. Adakah balunya berhak mendapat bahagian suaminya iaitu adik saya. 

Soalan ketiga. Bagaimana pengiraan faraid utk saya dan adik ipar (perempuan)?

message user image

Sebelum arwah ayah meninggal dunia, beliau telah memberi sebahagian besar duit ASB beliau kepada saya untuk tujuan menjaga ibu jika dia tiada. Setelah beliau meninggal dunia, saya telah memaklumkan kepada hampir semua abang dan kakak. Sebahagian wang yang lain telah di agihkan kepada semua adik beradik berdasarkan persetujuan semua dibahagi sama rata.  Adakah sebahagian wang yang diberi kepada saya untuk menjaga ibu dikira Hibah dan tidak termasuk sebagai harta pusaka? Ibu saya yang masih hidup tinggal bersama saya.

message user image

Assalamualikum ustaz

Sebelum ini saya ada trade forex online dan saya bernazar sekiranya duit dalam akaun forex saya telah habis disebabkan ketamakan saya semasa trade forex ,maka saya bernazar akan puasa sebulan.Memang duit dalam akaun forex saya telah habis sebab saya tamak.

Setelah itu,saya sedar bahawasanya hukum trade forex online adalah haram.Adakah saya wajib berpuasa sebulan sedangkan hukum trade forex adalah haram?

Mohon penjelasan ustaz

 

Sekian Terima Kasih

message user image

Salam ustaz

Bapa saya sudah meninggal

Saya anak ke dua daripada 10 adik beradik daripada isteri kedua arwah bapa saya

Bapa saya seorang peneroka felda dan ada 10ekar tanah 

Geran tanah ada nama bapa dan isteri pertama

Kerajaan beli tanah dengan harga RM 2 juta

1 juta isteri pertama ambil kerana dia cakap ini harta sepencarian

Baki lagi 1juta dibahagikan mengikut faraid yang diuruskan oleh anak isteri pertama

Ibu arwah bapa masih hidup

Isteri pertama ada 11 orang anak

Ibu saya ( isteri kedua)  ada 10 orang anak

Anak lelaki dan perempuan  dapat bahagian yg sama (33ribu) selepas sebahagian adik beradik saya bersetuju

Soalan saya

Betulkah bahagian 1juta yang diambil oleh isteri pertama itu miliknya kerana namanya ada di dalam geran tanah dan adakah pembahagian harta ini betul? 

Saya harap pihak ustaz boleh menjelaskannya

Terima kasih

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

message user image

Saya baru menjual sebuah rumah dengan harga RM2XXK kepada pembeli. Bagaimanapun pembeli telah make up  harga pembelian rumah  kepada RM3XXK semasa membuat permohonan pinjaman bank dan pembeli bersetuju menanggung semua kos yang dikenakan diatas perbezaan harga sebenar dengan harga make up.

Untuk pengetahuan ustaz,saya ada membuat permohonan pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah LHDN (CKHT) dan permohonan tersebut  telah diluluskan. Dalam permohonan tersebut harga jualan rumah adalah mengikut harga make up. Oleh itu, pembeli telah membayar kos perbezaan harga  bagi Cukai Keuntungan Harta Tanah tersebut sebelum kelulusan dikeluarkan.

Kemusykilan saya ialah  “Adakah saya boleh mengambil kos perbezaan harga  bagi Cukai Keuntungan Harta tersebut yang telah dibayar oleh pembeli kepada saya”?

#Jika saya tidak membuat permohonan pengecualian CKHT tersebut, pembeli memang akan menanggung kos perbezaan tersebut.

 

message user image

Assalamualaikum. Saya ada 1 pertanyaan tentang duit insurans selepas kematiannya pencarum . Arwah ibu mentua saya ada meninggalkan duit insurans (hibah) . Semasa mencarum insurans tersebut , beliau telah berpesan kepada isteri saya untuk menggunakan wang tersebut untuk digunakan bagi membesarkan cucunya seramai 2 orang yang beliau pelihara dari kecil lagi jika dia meninggal dunia. Insurans ini dia tidak sempat untuk meletakkan penama . Tiba-tiba berlaku sedikit perselisihan faham tentang duit insurans ini apabila ibu kandung (telah berkahwin lain)kepada 2 orang ini telah menuntut kesemua duit insurans ini dan telah mengambil anak-anaknya seramai 2 orang untuk dibawa pulang selepas 7-8 tahun dia membiarkan arwah ibu mentua dan isteri saya menjaganya . Adakah duit ini boleh dibahagikan untuk anak-anak arwah seramai 3 orang termasuk isteri saya , abang sulungnya dan ibu kandung kepada 2 orang kanak-kanak tersebut atau wajib kami menunaikan amanat arwah mentua saya supaya duit ini digunakan untuk membesarkan cucunya dengan memberi kesemua wang tersebut kepada ibu kandung mereka , ini kerana kami bimbang jika kesemua duit insurans ini dibagi terus kepada ibu kandung mereka , akan berlaku salahguna wang tersebut kerana ibu kandung mereka dan bapa tiri mereka tidak bekerja . 

message user image

Assalamualaikum Tuan,

Semoga Allah merahmati kita semua. Saya ingin memohon nasihat untuk perkara berikut. Saya baru membeli sebuah apartment (SOHO unit) di Ampang. Selain daripada bayaran bulanan maintenance fee secara bulanan, saya baru diinvois oleh pihak pengurusan apartment dengan insurans konvensional tahunan yang saya difahamkan perlu dibayar oleh setiap unit apartment sebagai perlindungan daripada musibah seperti kebakaran.

Soalan saya, apakah hukum saya membayar insurans fee ini? Adakah hukumnya harus (kerana saya tidak diberi pilihan) ?

Jika sekiranya keadaan ini diharuskan, adakah pampasan (sekiranya berlaku apa2 musibah, na'uzubillah) juga diharuskan?

Mohon nasihat daripada pihak Jabatan Mufti.

Sekian.Terima kasih.

Wassalam

Mohd Fairuz Anuar, Subang Jaya

message user image

Assalamualaikum ustaz, sy ingt bertanya mengenai pekerjaan sy. sy bekerja sbg content review utk company media sosial, dan policy utk company sy jika ada video berkenaan arak, sy perlu approve jika tdk melampau batas. adakah pekerjaan sy ini kategori haram, sepertimana yg disebutkan dlm Alquran berkenaan arak. mohon penjelasan ustaz. terima kasih

message user image

Assalamualaikom warahmatullahiwabarokatu

Saya ingin bertanyakan tentang soalan perbezaan hukum ASB financing dan ASB loan. Seperti yang dimaklumkan, hukum melabur didalam ASB adalah harus, akan tetapi, saya baru sahaja mendapat maklumat tentang perbezaan ASB financing dan ASB loan, dimana ASB financing adalah pinjaman yang mematuhi syariah manakala ASB loan dibawah konvensional.

Adakah haram hukumnya jika saya melabur dibawa ASB loan dibawah konvensional dan sekiranya saya sudah pun melabur didalam ASB loan selama 4 tahun, apakah yang patut saya buat kerana saya baru sahaja mengetahui tentang info ini. Perlukah saya menamatkan pelaburan tersebut dan adakah saya perlu menyucikan harta dengan membayar zakat ? 

 

Terima kasih dan semoga Allah merahmati tuan/puan

message user image

Assalamualaikum, saya Muhd Danish , nak minta pencerahan pihak mufti jika kita bussines online di platform e commerce, tapi kita tidak pasti 'atau' kita tahu syarikat tu tidak support Israel tetapi kita pasti negara syarikat tu ada diplomatik. Contohnya,syarikat e - commerce 'shopee'  daripada negara Singapore. Dari apa yang saya search di Google, Singapore dan Israel ada hubungan diplomatik dan berurusan antaranya dalam perdagangan 'military' . Dari aspek ekonomi,apa yang saya ketahui syarikat mesti akan bayar cukai kat negara. Saya tak pasti 'flow income' negara Singapura melalui cukai dari syarikat 'shopee' tu digunapakai atau dibelanjakan untuk sektor ekonomi yang mana.Jadi pendapat pihak mufti, dibenarkan ke kalau kita masih teruskan bussines di platform tu sekiranya kita tiada kepastian tentang di mana 'flow income' daripada hasil cukai tersebut dibelanjakan oleh negara Singapura? .

 

Kedua, jika kita berurusan dalam bidang perniagaan dengan negara China misalnya ambil barang niaga dari pembekal negara China.. Tetapi negara China berurusan dengan negara Amerika yang sokong Israel. Dari segi ekonomi, pendapat saya mengatakan bahawa kedua2 negara dapat keuntungan. Sekiranya saya mendapatkan pembekal dari negara China utk perniagaan saya di Malaysia , pembekal tersebut ingin juga keuntungan sedikit daripada saya.Apa pendapat pihak Mufti? 

Seperti saya..saya menjalankan perniagaan jenis 'Affiliate marketing dan dropshipping'.. Minta pencerahan dan saranan dari pihak Mufti, sekiranya ada pembetulan tentang pertanyaan saya minta diperbetulkan.. Terima Kasih atas komitmen yang diberikan. 

message user image

Assalamualaikum w.b.t , saya ingin bertanya tentang status halal & haram pekerjaan saya.

 

Saya bekerja di sebuah syarikat kecil yang memerlukan kami untuk travel ke merata negeri untuk mencari sale. Soalnya, setiap kali kami travel kami akan menetap di homestay, bercampur lelaki & perempuan dalam rumah yang sama, katanya untuk mengurangkan kos pembelanjaan penginapan.

Walaupun kami tidak melakukan sebarang maksiat, dari awal lagi saya sudah tidak selesa sebabnya setahu saya duduk serumah antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah berdosa kerana boleh mendatangkan fitnah.

Awal-awalnya, saya tidak diberi penerangan yang kami akan kena tinggal serumah. Saya bekerja selama 3 bulan dan masa itu walaupun saya rasa tidak selesa bekerja dengan cara ini, saya teruskan kerana masih tidak sedar apa yang saya buat adalah salah. Bila saya dinasihat oleh ibu bapa saya, saya minta berhenti serta merta.

Sekarang saya dah berhenti dari kerja itu, tapi soalan saya, duit yang saya dapat daripada usaha sales saya tu, adakah halal atau haram untuk saya guna?

message user image

Assalamualaikum.

Pada tahun 2017 - 2018 saya ada menyewa sebuah rumah di Negeri Sembilan dengan kadar sewa RM 330 sebulan.
Pada tahun 2019 saya dapat kerja di Shah Alam saya kemudian menyewa sebuah rumah lain di Shah Alam.
Selama beberapa bulan rumah di Negeri Sembilan ditinggalkan tanpa ada penghuni (sewa masih bayar seperti biasa).
Rumah di Negeri Sembilan kemudiannya saya menyewakan kepada pihak lain dengan kadar sewa RM 480 sebulan dengan niat untuk kembali menetap di sana. (tanpa renew contract)

Untuk pengetahuan tuan, tuan rumah (Encik S) ada seorong perantara (Encik Y) untuk urusan sewa rumah beliau. 
Semua urusan sewa rumah saya hanya berurusan dengan Encik Y dari mula. Menaikkan sewa dari RM 330 ke Rm 480 dan menyewakan kepada pihak lain juga dicadangkan oleh Encik Y.
Asasnya sewa yang dibayar kepada pemilik rumah hanya RM 330 dah RM 150 adalah sebagai back up samada untuk membaiki peralatan rumah asas yang rosak @ back up sepanjang tiada penyewa masuk.


Mohon pencerahan, lebihan RM 150 yang saya terima dari penyewa sekarang boleh diambil @ tidak sedangkan perkara ini dicadangkan oleh Encik Y sendiri selaku wakil Encik S.

Jawapan pencerahan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

message user image

Soalan

1. Bolehkan kita berniat untuk membayar semula duit yang sepatutnya bukan milik kita kepada seseorang tanpa memberitahu niat sebenar kita atas malu akan aib & dosa yg kita lakukakan kepada beliau?

 

2. Bagaimana kita hendak perjelaskan segala hutang tpi lupa akan berapa banyak kita berhutang kepada sesiapa?

message user image

Assalamualaikum, saya merupakan seorang pelajar di London, United Kingdom. Kini saya bekerja di sebuah restaurant yang menjual salad dan ayam yang halal. Tapi baru2 ini, saya mendapat tahu bahawa terdapat satu menu salad yang disertakan dengan khinzir. (95% makanan adalah halal manakala baki 5% adalah menu yang mengandungi khinzir). Tugas saya di restaurant tersebut adalah membasuh pinggan ataupun menjadi penyambut tetamu. Apakah hukum pekerjaan saya ini?. Jika tidak dibenarkan, bagaimana pula dengan gaji yang telah saya terima selama ini, saya baru mendapat tahu tentang kewujudan menu tersebut semalam.

message user image

Assalamualaikum w.b.t. Saya ada beberapa persoalan berkenaan harta pusaka. Ibu dan kakak saya baru sahaja meninggal dunia dan tidak sempat menyediakan apa-apa wasiat berkaitan dengan peninggalan harta mereka. Antara harta peninggalan yang ada adalah wang simpanan di bank, wang tunai, 1 biji rumah dan barang kemas. Untuk makluman, urusan bayaran untuk pengebumian, pelunasan atau pembayaran hutang arwah telah berjaya diselesaikan oleh waris tanpa menggunakan wang peninggalan arwah.

Persoalan:

1. Sekiranya semua ahli keluarga/waris  bersetuju untuk wang simpanan di bank dan wang tunai tidak dibahagikan secara faraid tetapi digunakan sepenuhnya untuk diwakafkan/disedekahkan/dibayar zakat bagi pihak arwah, adakah ianya dibenarkan mengikut syarak?

2. Sekiranya semua ahli keluarga/waris bersetuju untuk barang kemas peninggalan arwah  tidak dibahagikan secara faraid tetapi diberikan kepada anak dan adik perempuan yang lain,  adakah ianya dibenarkan oleh syarak?

3. Sekiranya semua ahli  keluarga/waris bersetuju untuk rumah peninggalan tersebut  tidak dibahagikan secara faraid  tetapi dijadikan sebagai rumah pusaka, adakah ianya dibenarkan oleh syarak?

 

Terima kasih atas jawapan yang diberikan.

message user image

Assalamualaikum, terdapat beberapa soalan yang ingin saya dikemukakan.
Pertama: Hukum menjalankan perniagaan jual beli haiwan eksotik seperti ular, kalajengking, tikus dan lain-lain. Adakah status hasil pendapatan yang diterima?
Kedua: Bagaimana pula hukum kepada si pembeli iaitu individu itu sendiri yang ingin membela haiwan seperti yang dinyatakan? 
Itu sahaja, terima kasih. 

message user image

Assalammualaikum WBT,

Kehadapan YB Mufti Selangor,

Diharapkan YB Mufti dalam keadaan baik dan sihat. Saya ingin bertanya beberapa soalan bagi pihak ayah saya mengenai rumah peninggalan arwah atuk saya. Perkara ini merupakan perkara sensitif terhadap sesetengah individu, berikutan ini, saya mengambil inisiatif untuk bertanya secara peribadi melalui e-mail. Dibawah saya sertakan situasi:

1) kami ada 7 org adik beradik (namanya A hingga G) 
2) abah beli rmh berharga rm42k tetapi guna nama G kerana abah sudah tua. Semua kos ditanggung abah. Tidak ada satu sen pun duit kami baradik ni.
3) bila abah meninggal, semua kos yg sudah di tanggung dari poket abah berjumlah rm8k. Bayaran bulanan sebanyak rm190.00 abah bayar menggunakan duit sewa rmh tersebut dan cara ini sudah berlngsung lebih kurang 15 tahun. 
4) satu masa dulu abah pernah offer kpd kami adik beradik, sesiapa yg minat rmh tersebut untuk membeli dari abah dgn harga pasaran. Masa itu mungkin bernilai rm55k. 
5) apabila abah kembali ke rahmatullah, G telah mengambil rmh itu dan byr rm8k. Dibahagikan kpd adik beradik semua (rm1150 seorang), kerana kononnya itulah harga yg arwah abah pernah keluarkan untuk rmh tersebut. 
6) persoalannya, adakah tindakan G itu betul dari segi hukum syarak.?
7) akhirnya rumah tersebut di beli dgn harga rm8k termasuk baki pinjaman yg perlu di bayar bulanan. 
8) mohon penjelasan dari yg arif.

Mohon bantuan dan maklumbalas daripada YB Mufti yang dimana saya yakin lebih arif tentang perkara yang diceritakan di atas. Segala kerjasama dan masa daripada YB Mufti amatlah saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian, terima kasih. 
 

message user image

Assalamualaikum, saya ada menerima tips daripada pelanggan selepas berjaya melakukan penghantaran makanan (grab) pada rumah pelanggan. Pelanggan telah memberi tips (duit) pada saya dengan mengatakan "buatlah belanja minum-minum". Adakah saya hanya boleh menggunakan duit tersebut bagi tujuan membeli minuman sahaja ataupun boleh menggunakan duit tersebut untuk tujuan apa sekali pun? Mohon penjelasan tuan. 

message user image

Salam ustaz,

Soalan saya,

Seberang jalan di hadapan rumah saya ada pokok buah mangga yang ditanam oleh pemaju perumahan.

Ada beberapa batang pokok buah di sekitar perumahan ini kerana telah ditanam oleh pemaju.

Jiran2 saya tiada yg berminat utk mengambil buahnya dan kdg2 buah gugur dan busuk begitu sahaja.

Adik saya telah menjual buah2 tersebut dan mendapat wang hasil jualannya.

Adakah wang hasil jualan buah tersebut halal untuknya? Sedangkan buah itu bukan ditanam olehnya tetapi ditanam oleh pemaju. Dia juga tiada hak milik terhadap pokok itu.

Mohon penjelasan dr pihak ustaz dgn kadar segera supaya adik saya tidak termakan wang yg tidak halal.

message user image

Assalam saya nak bertanya berkenaan dengan membeli 'mystery box' (barang yg tak diketahui isinya atau barang disenaraikan kita dapat secara rawak), apakah hukum membelinya dan boleh berikan penjelasan yang lengkap?

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada satu soalan ingin diajukan,saya ingin mengetahui apakah hukum jika saya dan adik beradik saya mengeluarkan duit dari bank ayah setelah ayah kami meninggal dunia?untuk kegunaan harian n duit tersebut dibahagikan sama rata pada adik beradik..apakah hukum jika kami mengeluarkan faraid tersebut dan menggunakannnya tanpa merujuk mana-mana pihak?mohon pencerahan dari pihak tuan.

Soalan ini sebagai contoh shj sebab ada diantara keluarga2 lain banyak dah kami jumpa dan dengar kes macam ini, kami suka berbincang soal hukum hakam jd kami ada kekeliruan sikit tentang ini.Terima kasih.

message user image

Assalammualaikum mufti,

Saya dulu pernah bekerja di hotel dan saya ada menguruskan satu event dimana pembayaran dan quotation dah tulis dan ditandatangani antara saya dan pihak yang ingin menganjurkan event tersebut. Tetapi setelah selesai semuanya, baru saya perasan saya tersilap kira, akan tetapi persutujuan sudah ditandatangani dan saya sudah sahkan dengan pelangang tersebut beberapa kali sebelum menandatagani sebut harga sama ada pihak tersebut bersutuju atau tidak dengan harga yang telah dinyatakan di dalam sebut harga(quatation). Sekarang saya sudah bekerja di syarikat lain, bukan hotel tersebut.

Saya rasa, harganya berjumlah yang besar dan saya tidak rasa saya dapat membayar selebihnya

Jadi, adakah saya perlu membayar balik jumlah yang terlebih kira?

Terima kasih diatas masa yang diluangkan... ... 

message user image

Assalamualaikum.

Suami saya telah disahkan legally blind akibat brain tumor dan surgeri.Penglihatan beliau amat terhad menyebabkan beliau dibersarakan Atas Sebab Kesihatan (ASK) oleh kerajaan.Beliau juga mempunyai kad OKU.

Suami saya ada membeli sebuah rumah dengan loan CIMB dan MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) dari Sun Life.

Rumah tersebut dibeli pada tahun 2009.Ketika itu suami juga tiada ilmu yang cukup berkaitan insurans/takaful.

Bagaimana dari segi hukum kami sebagai Muslim membuat tuntutan Ketidakupayaan Kekal Menyeluruh (Total Permanent Disability/TPD) terhadap insurans rumah tersebut?

Pandangan tuan amat kami hargai.

Sekian terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum WBT.

Saya Irwan Bin Mohammad dan keluarga saya (ibu dan bapa saudara) mewarisi sebidang tanah di sabak bernam, selangor. Di atas tanah tersebut terdapat sebuah surau dan surau tersebut tidak didaftarkan kepada pihak berkuasa agama islam negeri selangor.

Keluarga saya sebulat suara bersetuju untuk menjual tanah tersebut kepada pihak pemaju (syarikat bukan islam). Antara syarat jual beli tersebut adalah pihak penjual (keluarga saya) perlu merobohkan semua binaan di atas tanah tersebut termasuk surau.

Berdasarkan maklumat ini, saya ingin bertanya apakah hukum untuk melakukan urusan jual beli ini dan hukum merobohkan surau tersebut. Saya mohon pihak tuan dapat membantu saya dengan memberikan pencerahan.

 

 

 

message user image

Assalamualaikum..saya ada terjumpa 1 utas gelang tangan di lapangan terbang diluar semenanjung malaysia pada awal tahun 2018.ketika itu situasinya ketika saya sedang beratur untuk boarding checking last gate sebelum naik flight.secara tiba² saya terpandang 1 utas gelang berada di atas kerusi yg tidak di duduki betul² disebelah tempat saya beratur. Oleh kerana beranggapan gelang itu adalah fake dan takut terlepas flight saya terus mengambil gelang itu dengan harapan ada berjumpa dengan petugas untuk memulangkan ke department lost and found nanti.namun tiada petugas disitu..setelah pulang ke  semenanjung saya masih beranggapan gelang itu adalah tiruan dan membiarkannya hinggalah ketika ini julai 2021..Minggu lepas saya ada bertanyakan kepada salah seorang kenalan yg menjalankan perniaagan emas dan meminta dia menilai ketulenan rantai itu..terkejut saya dia menyatakan gelang itu adalah emas 916.dalam keadaan tanpa berfikir panjang saya telah menjual gelang itu kepadanya dengan jumlah nilai belian emas terkini..

Soalan saya.

1.Apa yg perlu saya lakukan dengan wang tersebut.

2.bolehkan saya sedekahkan wang tersebut dan berniat atas tuan empunya gelang.

3.Apakah hukumnya jika saya membelanjakan wang tersebut..

4.Betulkah tindakan saya tidak men war warkan kerana beranggapan gelang itu fake dan tidak bernilai dan situasi ketika itu yang takut terlepas flight 

Harap pihak tuan dapat menjawab persoalan saya dan memberi kata nasihat untuk tindakan seterusnya.terima kasih tuan

 

message user image

لسلام عليكم‎

Mohon bantuan untuk membantu menjawab kemusykilan kami. saya terpaksa bercerita panjang sedikit supaya tuan boleh memahami situasi yang berlaku.

Ada sebuah kilang berdekatan tempat tinggal kami..nama kilang itu adalah pentas flora(PF). Sebuah kilang yang memproses minyak hitam kitar semula. Kilang ini disyaki sebagai punca utama yang menghasilkan pencemaran bau yang kerap berlaku(bukan setiap hari) di kawasan tempat tinggal kami walaupun telah mendapat kebenaran pihak majlis dan juga pihak alam sekitar.

Baru-baru ini pihak kilang telah mengadakan kajian soal selidik dari rumah ke rumah. Kajian soal selidik itu adalah kerana mereka ingin membesarkan kilang mereka. Sementara itu heboh di taman perumahan kami tentang pihak pentas flora mengadakan kajian soal selidik. PF ambil masa selama 2 hari untuk selesaikan kajian soal selidik mereka di taman perumahan kami. Ada yang mengutuk dan ada yang ambil positif, saya berfikiran positif. Kami yang berfikiran positif ni, berfikir tak apalah, sekadar soal jawab pun. Giliran lorong rumah saya diadakan pada hari kedua. Yang berfikiran negatif pula, secara tota menolak atas alasan PG menyusahkan hidup penduduk dengan pencearan bau.

Mereka yang menjawab telah diberikan hadiah dalam sebuah beg kain yang berisi face mask dan juga sabun pencuci tangan. Info ini kami dapat dari lorong yang telah selesai disoal selidik oleh PF. Hari kedua setelah selesai mnejawab soal selidik dan setelah lebih kurang 30 minit berlalu, saya pun melihat beg tersebut, saya dapati bukan sahaja face mask dan sabun pencuci tangan tetapi terdapat juga sampul surat dalam beg tersebut. Bila saya buka terdapat sejumlah wang dalam sampul tersebut.

Bila saya tanya jiran-jiran saya, mereka yang jawab semua dapat hadiah yang sama. Jumlah yang kami dapat tidak sama. Ada yang dapat RM200, RM500 dan paling tinggi RM1500.00. Kami nak pulangkan kembali serba salah nak ambil serba salah.. bagi penduduk yang tidak menjawab, ada yang menuduh kami meminta duit. Sedangkan kami tak minta dan tidak tahu pun mengenai hadiah duit tersebut. Hadiah wang ini tidak pula disebut oleh penerima2 pada hari pertama atau pun yang tahu mengenai perkara ini. Mungkin mereka terlupa...

Saya dan jiran-jiran ingin bertanya mengenai status mengenai hadiah yang kami terima sekarang? Mohon pengesahan dari tuan yang lebih arif dalam hukum agama mengenai status hadiah tersebut, itu rasuah ke? Halal atau haram?

Pencerahan daripada pihak tuan amat kami hargai.

والسلام

message user image

Assalamualaikum, apakah hukum seseorang jual barang yang orang beri sebab barang tu telah rosak ? Adakah dibolehkan ?

message user image

Assalamualaikum, tuan. saya ada soalan berkaitan Non-Fungible Token.

1. Adakah Non Fungible Token ini dibernarkan dalam islam? 

2. Dan adakah jual beli NFT ini juga dibenarkan?

Saya  pernah dicadang untuk menjual karya seni digital saya sebagai NFT.. Namun, saya tak pasti apa hukum jual beli seperti NFT ini. Kalau dibenarkan, saya ingin menjadikan ini sebagai pendapatan sampingan saya. 

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum WBT

Tuan,

 Saya mempunyai sejumlah wang faedah bank ,soalannya adalah bolehkah saya menyumbang wang tersebut untuk pembinaan sekolah agama?.Seperti sedia maklum ada fatwa mengatakan tidak boleh  diguna untuk membina masjid kecuali membuat pagar, jalan,bilik air dsgnya.Mohon pencerahan dan didahului dengan ucapan Terimakasih.

message user image

Apakah hukum orang Islam membantu untuk menyolek wanita bukan Islam sebelum dikebumikan?
Apakah hujah dan dalil berdasarkan hukum di atas?

message user image

Assalamualaikum wbt, Tuan Mufti. Jika sebuah organisasi/persatuan/NGO menerima sumbangan daripada orang ramai untuk satu program yang khusus, contoh program sumbangan bantuan bekalan makanan asasi, sekiranya terdapat lebihan daripada kutipan sumbangan tersebut, adakah boleh digunakan untuk kegunaan organisasi tersebut atau untuk program yang lain oleh organisasi yang sama? Adakah boleh mengambil sedikit peratusan daripada kutipan sumbangan tersebut untuk kegunaan organisasi (kos pengurusan organisasi)? Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.

Sy ingin bertanya. Adik saya ingin meminjam wang dr saya utk modal perniagaan. Untuk maklumat adik saya berjaya mendapat tender kerajaan dan kekurangan modal utk projek tersebut. Beliau ingin meminjam wang dan menjanjikan wang akan dikembalikan dengan keuntungan 10% dr wang yg dipinjam. Maknanya klu sy bg pinjam rm10000 dia akan pulangkan kembali rm10000 itu bersama dengan keuntungan 10% iaitu rm1000. Rm10000+rm1000= rm11000.  Persoalannya.. adakah muamalah ini dibenarkan dlm islam atau diketegorikan sebagai riba.. mohon bantuan penjelasan dr pihak tuan. Atau ada cara lain yg boleh sy bantu adik saya ini. Yerima ksh atas perhatian tuan.

message user image

Assalamualaikum. Apa hukum jual beli emas 18K dan perak s925 secara online, untuk custom nama pada kalung, gelang dan cincin. 

message user image

Assalamualaikum Ustaz.

Saya mempunyai masalah mengenai pembayaran balik kepada pembeli.

Arwah bapa saya menjual tanah kepada seorang pembeli dan pembeli bersetuju dengan harga tersebut. Proses jual beli ini ada dokumen perjanjiannya. Pembeli telah membayar sebanyak 10% dahulu dan bakinya akan dibayar penuh selepas pinjaman bank diluluskan. Tapi malangnya, pinjaman tidak diluluskan. Pembeli merayu untuk memulangkan kembali 10% bayaran yang telah dibuat walaupaun dokumen perjanjian telah terbatal kerana pembeli gagal membuat pembayaran penuh. Dokumen perjanjian tidak menyatakan bayaran dikembalikan sekiranya pinjaman tidak lulus.

Atas desakan dan rayuan pembeli, arwah bapa saya bersetuju untuk membayar kembali 10% walaupun peguam menjelaskan tidak perlu bayaran balik dibuat kerana tidada dalam dokumen perjanjian. Arwah saya hanya dapat membayar balik 2% daripada bayaran 10% tu. 

Setelah arwah bapa saya meninggal, pembeli menuntut pembayaran balik selebihnya itu kepada waris. Sebelum meninggal, arwah bapa saya ada berpesan tiada lagi bayaran balik kepada pembeli tersebut. .Daripada pesanan ini, waris beranggapan bayaran balik semasa arwah hidup dan bebanan ini tidak ditanggung oleh waris.

1. Adakah waris perlu membuat bayaran balik dan adakah ini dianggap sebagai hutang?

 

Harap pihak ustaz dapat memberi penjelasan.. Sekian terima kasih.

message user image

Assalam tuan,

Sy ingin bertanya mengenai permainan di shopee...kebanyakannya melibatkan cabutan bertuah/luck contoh spin wheel and win, shopee shake, dan sebaginya..ada yang berbayar(guna matawang shopee coins) dan ada yang percuma...sy hanya menyertai permainan yang percuma sahaja iaitu tidak melibatkan pembayaran(untuk mengelakkan ada unsur judi kerana tidak pasti jumlah hadiah) Jadi adakah benar pendapat sy itu? Hadiah bermain permainan itu adalah dalam bentuk voucher atau shopee coins yang boleh digunakan untuk membeli barang. Adakah hukum hadiah itu? Dibolehkan bagi permainan yang percuma itu? 

satu lagi soalan, adakah dengan menyertai permainan percuma itu, sy secara tidak langsung berjudi sama dengan orang yang membayar untuk menyertai cabutan bertuah itu walaupun sy tidak ikut sama membayar? Untuk makluman tuan, shopee memberi peluang bermain percuma hanya sekali/dua dan selebihnya perlu dibayar dengan shopee coins. (Sy hanya bermain setakat percuma sahaja untuk elakkan sy berjudi(mengikut pemahaman sy). 
 

harap pihak tuan dapat membantu saya merungkai permasalahan ini. Terima kasih

 



 


 

message user image

Assalamualaikum,

Beberapa tahun lepas sy ada download applikasi 30 juzuk Al Quran ke dlm hp sy secara percuma. Salah ke kalau sy share app. ini dgn suami kerana kalau nak download baru, bayaran akan dikenakan.

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum,

Apakah hukum bekerja di syarikat forex trading antarabangsa, tetapi dalam unit HR dan IT. Adakah haram hasil gaji kami? Secara detailnya syarikat Exness Malaysia.

Saya dah beberapa hari tak dapat tidur fikirkan masalah ini. Buat masa sekarang dengan PKP, saya tak tahu samada wajar atau tak untuk berhenti kerja. 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

 

Majikan saya memberikan benefit kepada pekerja , iaitu insurans konvensional. Insurans tersebut merupakan jenis insurans group term life , insurans hospital dan pembedahan, dan insurans kemalangan peribadi.

Saya tidak menyumbang apa-apa kepada insurans tersebut. Majikan saya merupakan pemegang polisi.

Soalan saya, 

1) Apakah hukum jika keluarga saya dapat wang pampasan jika berlaku kematian saya? Saya diarahkan oleh majikan untuk menulis nama-nama penerima wang pampasan dan peratus wang pampasan sekiranya berlaku kematian saya.

2) Apakah hukum jika saya menggunakan medikal kad yang diberikan oleh majikan?

3) Jika medikal kad digunakan untuk suami dan anak-anak, saya perlu membayar kepada pihak hospital terlebih dahulu kemudian saya perlu klaim insurans. Apakah hukum saya klaim insurans dan gunakan wang tersebut?

 

Terima kasih.

message user image

Assalam Ustaz, saya bertanya bagi pihak suami berkenaan harta pusaka. Isteri pertama suami saya meninggal pada tahun 2006. Saya bwrkahwin dengan suami 2009. Harta arwah ada sepasang subang, rantai tgn dan rantai. Duit kwsp tak sampai rm 2k dan duit simpanan tak sampai rm 2k.

Harga emas waktu 2006 rm76g waktu itu. Arwah ada waris anak 2 lelaki dan 1 perempuan dan ibu. Anak waktu itu berumur 12, 10 dan 7thn.

Suami waktu itu jahil, guna pakai duit itu untuk perbelanjaan anak. Tidak beri pada ibu. Barang emas pula pada 2015  masuk pajak. Duit guna untuk perbelanjaan telah maklum pada anak2 sahaja. Ibu tidak tahu langsung. Barang sampai sekarang masih dalam pajak.

Soalan. Bagaimana  suami nak beri duit faraid 1/6 kepada ibu arwah. Kerana barang masih dalam pajak, tidak mampu untuk keluarkan. Dan juga duit simpanan arwah yang sudah di pakai?

Mohon pencerahan daripada ustaz. 

message user image

Assalamualaikum tuan/ puan.

Saya ada persoalan berkenaan maslahah faraid. Ibu saya pernah menghadiahkan sebuah dapur dan sebuah kabinet kepada arwah nenek saya dimana peralatan itu berharga RM2000 lebih kurang 20tahun yang lalu. Setelah nenek saya meninggal dunia, dapur itu telah dikembalikan kepada ibu saya oleh adik lelaki ibu saya dan kabinet diambil oleh adik lelaki ibu saya. Untuk pengetahuan pihak tuan/ puan, nenek saya telah meninggal dunia pada awal tahun 2000. Ibu saya mempunyai seorang saudara lelaki seibu sebapa dan 4 orang saudara perempuan seibu sebapa. 

1. Adakah perlu dapur ini di faraid kan? Ini kerana, baru-baru ini salah seorang dari adik ibu saya telah memberitahu bahawa dapur itu perlu di faraidkan. Untuk pengetahuan pihak tuan, adik beradik ibu saya yang lain menegaskan bahawa dapur itu tidak perlu di faraidkan dan bersepakat dapur itu dipulangkan semula kepada ibu saya. 

2. Jika ibu saya ingin membuat faraid dapur tersebut, adakah nilai yang perlu di faraid kan hendaklah mengikut nilai semasa barang atau perlu mengikut nilai barangan itu dibeli? Perlu susut nilai atau tidak.

3. Jika tidak keberatan, bolehkah pihak tuan/ puan memberikan pencerahan berkenaan faraid berkenaan harta pusaka barangan peribadi seperti perabot, pakaian, pinggan mangkuk dan alatan kelengkapan. Adakah wajib di faraid kan atau sekadar dibahagikan sesama waris atas persetujuan semua waris?

Penjelasan dari pihak tuan/ puan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum Ustaz, 

Setelah seorang Ibu meninggal Dunia, beliau meninggalkan sebuah rumah kepada anak anak nya seramai 7 orang yang semuanya sudah berkahwin. Beliau berpesan untuk tidak menjual rumah tersebut Dan jadikan rumah itu sebagai tempat berkumpul adik beradik. Buat masa ini, Salah seorang dari anak Lelaki tinggal disitu bersama keluarganya. Persoalannya adakah wajib untuk waris melaksanakan faraid keatas rumah itu. Sekiranya mereka cuma membiarkan harta itu tanpa pembahagian, adakah simati dihukum di Alam sana. Kesemua adik beradik sepakat untuk tidak menjual rumah itu. Baru Baru ini, Salah seorang anak Lelaki telah meninggal Dunia , meninggalkan 2 orang anak. Apakah Hak mereka?

 

message user image

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.

Untuk makluman, ibu bapa saya masih belum Islam. Saya ingin tahu sekiranya mereka meninggal dunia,

1) Harta mereka boleh tak saya terima / mewarisi ?

2) Boleh tak saya membayar duit pembelian keranda dan kos penghantaran mayat ?

3) Boleh tak saya membayar duit pembakaran mayat ? Agama mereka tidak perlu membakar, pilih membakar sebab kos lebih rendah.

Sekian, terima kasih.

Wassalammualaikum.

 

message user image

ASSALAMUALAIKUM, SAYA TELAH DIBERI TANGGUNGJAWAB OLEH MAJIKAN UNTUK MENCARI TIGA SEBUTHARGA UNTUK PEMBELIAN STOK, SAYA TELAH MENCARI NAMUN TIDAK BERJAYA KERANA STOK TERSEBUT ADALAH TERHAD DI TEMPAT SAYA. ADA SYARIKAT YANG MENYEDIAKAN SEBUTHARGA TERLALU MAHAL(SYARIKAT TIDAK CUKUP BAJET)  DAN ADA JUGA YANG TIDAK MEMBERI RESPON UNTUK PENYEDIAAN SEBUTHARGA. MASA SEMAKIN SINGKAT UNTUK SAYA UNTUK MEMBUAT PEROLEHAN STOK TERSEBUT(MESTI SIAP TAHUN SEMASA) KERANA BEKALAN STOK TERSEBUT MENGAMBIL MASA TERLALU LAMA. OLEH ITU SAYA TELAH MEMINTA KAWAN SAYA SENDIRI(ADA SYARIKAT SENDIRI) UNTUK MENYEDIAKAN SEBUTHARGA, UNTUK MEMPERCEPATKAN PEROLEHAN INI. APA PANDANGAN TUAN MENGENAI PERKARA INI?

UNTUK PERTANYAAN KEDUA, SAMBUNGAN SITUASI DARIPADA PERENGGAN DI ATAS, KAWAN SAYA INGIN MEMBERI DUIT KEUNTUNGAN HASIL DIA MARK UP HARGA STOK TERSEBUT. NAMUN SAYA TELAH MENOLAK KERANA SAYA TAHU IA ADALAH HARAM. TETAPI DIA MEMAKSA UNTUK MENERIMA DUIT TERSEBUT. JIKA SAYA MENERIMA DUIT TERSEBUT DAN DISEDEKAHKAN SEMUANYA KE MASJID ATAU AMAN PALESTINE..ADAKAH DIBOLEHKAN? MOHON PANDANGAN TUAN. TERIMA KASIH. 

message user image

Menipu ata berhutang duit org kafir..dah taubat nk byr balek tp xtau kt mana..kalo sedekah duit tu mcm mna? Sbb org kafir xdpt pum pahala sedekah tu 

message user image

Assalamualaikum ustaz. 

Saya menabung sejumlah wang setiap bulan ke akaun simpanan Tabung Haji anak2, bagi tujuan membiayai keperluan pendidikan mereka kelak (jika mereka layak menyambung pelajaran). Walaubagaimanapun, sebelum mrk sampai ke umur berkenaan, saya ingin menggunakan sebahagian wang tersebut untuk tujuan lain.  

Soalan saya.

1. Adakah saya boleh menggunakan wang tersebut? 2. Perlukah saya meminta keizinan daripada mereka. 

Terima kasih ustaz.

message user image

Bolehkah wang syubhah dibagi kepada adik bradik yg tidak ada kerja?

 

Boleh kah duit syubhah sy guna untuk byr duit sewa rumah dan bil elektrik..sbb duit halal sy dah berkurangan sgt..kalo sy bg semua duit syubhah tu sy mungkin xde duit nk byr sewa dan mungkin perlu hutang dgn org lain atau ahlong..duit syubhah tu sy ada buat beli beras bg kepada org kg sblum ni

 

message user image

Assalamualaikum admin, saya nak bertanya tentang harta yang saya ragu-ragu.

Situasinya: Saya membuat pelaburan melalui Fund Manager. Dan saya baru tahu yang fund manager tersebut antara sumber pelaburannya adalah melalui Forex, gold, future trading yang saya tahu haram. Maka, saya dalam proses utk mengeluarkan semula modal saya.

Fund manager tersebut ada memberi duit saguhati kepada client-client nya yang meletakkan modal dalam fund management nya.

Persoalan saya.. adakah halal duit hadiah saguhati yang saya terima?

message user image

Apakah hukum menggunakan sbhgian dana wakaf pembinaan masjid bagi kos  pengurusan spt pengiklanan, lantikan konsultan, duta wakaf dan sebagainya?

Jika dibenarkan, berapa peratuskah had yg dibenarkan?

message user image

Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya tentang penggunaan voucher..

Shopee akan memberi voucher bernilai RM8 untuk setiap pendaftaran baru menggunakan simkad baru.

Sy dah dftr dan dapat voucher RM8 tu dan sy mmbeli barang yg berhrga RM9..jd sy hanya membayar RM1 shj..

kemudian sy mmbuat akaun shopee yg baru menggunakan simkad lainbyg sy baru beli dan selepas itu shopee mmberi sy voucher  RM8 untuk pendftrn baru..dan sy mmbeli lg brang yg brharga RM9 dan membayar hanya RM1 shj setelah mnggunakan voucher tu..sy mndftr berulang kali dan mndpt lg voucher tu sbyk 50x..ini bererti sy dah untung rm400 setelah berkali2 mmbeki guna voucher yg sy dpt setiap mendftr akaun baru shopee.

Sy ingin tahu adakah halal barang yg sy beli tu dan boleh kah sy menjual brg2 yg sy mmbeli dgn voucher tu..harap ustaz dpt mmbntu sy dgn hal ini..terima kasih..assalamualaikum

message user image

Assalamualaikum,

Pihak KASTAM dipertanggung jawab untuk mengutip cukai import rokok dan minuman keras. Saya ada terbaca Kerajaan boleh mengutip kutipan cukai produk yang memudharatkan seperti rokok dan minuman keras.

Pihak KASTAM akan menjual setem cukai untuk ditampal pada produk-produk rokok dan minuman keras. Sekiranya syarikat saya menjual setem cukai kepada jabatan KASTAM, adakah perniagaan menjual setem cukai pada KASTAM itu HALAL atau HARAM?

Terima kasih atas pencerahan yang akan diberikan.

 

Yang benar

Mohd Abdul Aziz

message user image

Assalamualaikum saya ada kemusykilan yang sangat memerlukan jawapan. Saya ada meminta bantuan seorang kawan untuk membuat personal loan pada bank atas nama beliau. Di mana perjanjiannya loan pada bank tersebut akan saya bayar setiap bulan seperti arahan bank. Tak lama selepas dapat duit loan tersebut kawan saya meninggal dunia. Apabila beliau meninggal, loan tersebut pun di cover oleh insuran. Jadi di pihak bank isu loan ni dah pun clear. Persoalan saya, adakah wajib bagi saya untuk membayar hutang / loan yang sepatutnya saya bayar kepada bank tadi kepada waris si mati pula? Harap sangat-sangat mendapat bantuan dan pencerahan, ribuan terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya ada menyertai satu laman web iaitu 2captcha. Laman web ini menyediakan perkhidmatan bagi menyelesaikan captcha yang dihantar oleh 'client' kepada mereka. Seterusnya akan diagihkan kepada 'worker' untuk diselesaikan. Para worker pula akan dibayar mengikut apa yang telah dibuat. Persoalan saya, apakah hukum duit yang diterima dari kerja ini? Diharap pihak tuan/puan dapat menjawab persoalan ini. Sekian terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.

Kami adalah syarikat penjual, dan pasang kipas syilling gergasi.

Ada terima order daripada GEREJA, dan pihak bahagian sales telah menerima order tersebut. Lebih 50% staff adalah berbangsa bukan Islam. Persoalan, apakah hukum untuk mengarahkan pekerja MUSLIM ISLAM ke Gereja untuk menjalankan kegiatan Pemasangan Kipas? dan boleh kah pekerja islam pergi ke Gereja untuk kerja-kerja servis kipas.

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum, saya ada 2 soalan yang ingin ditanyakan.

1. Sewaktu belajar di universiti dahulu, saya selalu membeli duit syiling perak melalui internet dimana saya akan membuat pembayaran hari ini dan syiling tersebut dihantar melalui pos, kadang kala esoknya sampai, kadang kala selepas seminggu. Saya diberitahu oleh rakan bahawa perkara itu jatuh dalam perkara yang dilarang. Syiling-syiling itu masih berada dengan saya. Jika begitu, bagaimanakah cara untuk saya menyucikan syiling-syiling perak yang telah saya beli itu?.

2. Ibu saya mempunya pinjaman ASB secara konvensional yang dilakukan hampir belasan tahun dahulu dan telah habis dibayar baru-baru ini. Cara ibu saya membayarnya ialah dengan menggunakan dividen ASB yang diperoleh tahun ini untuk membayar tahun hadapannya, disebut sebagai devidend rolling. Soalan saya, apakah hukum duit yang ada di dalam ASB itu sekarang kerana pinjaman yang dilakukan oleh ibu saya itu ialah secara konvensional?

Sekian, terima kasih kerana menjawab soalan-soalan saya. Assalamualaikum.

message user image

Assalamualaikum w.b.t.

Saya ada menerima tawaran kerja dari syarikat Rakuten Trade Sdn Bhd yang menyediakan platform untuk membeli saham syarikat Malaysia (BURSA) secara atas talian.

Soalan saya : Bolehkah saya bekerja di syarikat tersebut?

Terima kasih banyak ustaz.

message user image

Assalamualaikum..

Sekarang ramai pengusaha melayu jadi barista & penjual coffee, soalan saya adakah biji kopi yang diimport dari luar negara perlu sijil halal sebelum digunakan... Sama ada biji kopi fresh atau tidak.. Terima kasih 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum,

Soalan berkenaan Harta Pusaka.

Saya mempunyai isteri muallaf.Jika meninggal bagaimana pembahagian Harta pusaka, contoh KWSP dll. Adakah ianya perlu di bahagikan mengikut faraidh kepada adiknya yg ada juga yg muallaf,ataupun kepada saya dan anak sahaja. Ibunya adalah Kristian.

Terimakasih.

message user image

Asalammualaikum tuan 

Semoga Allah SWT merahmati tuan dan Allah memudah Kan urusan tuan 

Saya Ada persoalan berkaitan hukum cukai pendapatan individu 

APA kah cukai ini halal utk Di kutip 

Dan Ada Kah denda 45% yg dia Amal Kan sekarang Di benar Kan dlm Islam 

 

Mohon pencerahan 

message user image

Assalammualaikum, Syarikat saya ada menjual penambahan waranti, iaitu "Extended Warranty", "Screen Protection Plan" dan Accidental Protection Plan, saya dapat dari video ceramah Ustaz di youtube, mengatakan hukum nya Haram, adakah ia Haram and boleh kah saya mendapat maklumat pekara ini dari orang yang arif dalam bidang ini?

Sekian, Terima Kasih

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya. saya ada join satu kerja part time ni dengan shopee, kerja ni senang je. Pertama, diorang bagi satu link product/shop dalam shopee, lepastu kita kena like and follow link shop tu. Dah siap like dan follow, kita kena screenshot kerja tersebut yang telah dibuat dan hantar dekat dorang, lepastu kita akan dapat bayaran daripada diorang. Contohnya diorang bayar RM2-4.

Kerja kedua, diorang bagi satu link product dalam shopee, lepastu kita kena buat pembayaran mengikut harga product itu. Diorang cakap selepas buat pembayaran kita akan dapat 20% komisen dari jumlah yang kita telah payment. Contohnya, diorang suruh bayar RM100 untuk produk itu, jadi lepastu diorang akan bayar 20% komisen dari RM100 tu. Jadi, bayaran  + dengan komisen tu memang betul2 dapat masuk akaun bank.

Jadi, apa hukumnya untuk duit tu? bolehkah kita guna? 

 

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin mendapat sadikit penjelasan dari pihak Tuan tentang kewajipan berzakat ke atas hutang yg diberikan. 

Isunya berkaitan dengan hutang yg ingin dilupuskan atau dihalalkan oleh pemiutang di mana hutang tersebut telah melebihi nisab dan telah melebihi 10 tahun. Berdasarkan kaadaan si berhutang, tidaklah diyakini hutang itu akan diperolehi atau di bayar kembali. Jadi si pemiutang bercadang untuk menghalalkan shj hutang tersebut. Sebelum dihalalkan, adakah si pemiutang perlu membayar zakat hutang tersebut. Jika perlu, adakah zakat nya perlu dibayar setiap tahun atau cuma pada tahun di mana hutang tersebut dihalalkan. Sebarang  pencerahan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum..

saya nak tanya berkenaan status bagi matawang kripto dan e-wallet sekiranya pemiliknya meninggal dunia. adakah ianya menjadi harta pusaka yang wajib difaraidhkan? bagaimana kaedah pembahagian bagi harta "maya' ini?

Jazakallah..

message user image

Assalamulaikum.

Saya faris daripada Selangor. Ingin bertanyakan bertanyakan soalan mengenai 'parcel unclaimed' iaitu kotak barang yang tidak dituntut untuk waktu yang lama. 
Langkah yang telah dibuat adalah:

  • mencari pemilik(owner), (sebab ada nama code pada atas kotak tersebut).
  • memaklumkan kepada pemilik tentang barangan untuk dituntut segera beberapa kali. tapi tidak diendahkan. 
  • Kebanyakkan barang yang tidak dituntut adalah lebih daripada 3 bulan sehingga 2 tahun lamanya walaupun telah diwar-warkan secara terbuka dan secara peribadi.

Jadi atas sebab kerisauan ruang tempat adalah terhad, ada terfikir merancang untuk melelong semula barangan tersebut. 

Adakah cara-cara seperti di atas dibenarkan ? Saya khuatir bahawa tindakan ini tidak berpatutan dan sebab itu saya memerlukan nasihat dan pendapat dari pakar agar tindakan saya seringi dengan syariah Islam. 

Semoga dengan ini, saya akan jumpa solusi yang terbaik. 

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum, Saya adalah peniaga online. saya ada masalah di mana customer online, telah membuat membayaran secara online kepada saya, dan saya pula mengalami masalah untuk berhubung dengan customer akibat tempat kami berhubung itu tidak dapat digunakan lagi oleh saya. Maksudnya saya tidak dapat contact customer dan customer pon tidak dapat contact saya. Dah macam macam saya cuba untuk berhubung dengan customer saya, tapi tidak berjaya. Soalan saya, apa yang saya harus buat dengan duit tersebut? Bolehkah saya menggunakkan duit itu walaupun saya dah berusaha untuk memulangkan duit customer tersebut.

message user image

Salam tuan/puan,

Saya nak bertanya, di laman web shopee, banyak video courses orang-orang barat berkaitan pendidikan (Sebagai contoh teknik dan strategi menjana wang, memahirkan kemahiran dalam sesuatu perkara) dijual dengan harga yang sangat murah, sedangkan harga sebenar adalah dari ratusan hingga mencecah ribuan ringgit jika ditukar ke wang kita,

soalan saya, dengan melihat kemampuan kewangan seseorang, apakah hukum dan keberkatan apabila kita membeli barangan ini dan mengambil pelajaran/ilmu dan melaksanakan strategi2 yang kita pelajari dari video2 courses tersebut (personal use) untuk menjana wang/memahirkan diri kita dalam sesuatu perkara?

message user image

Assalamualaikum. Saya ada membeli rantai emas untuk isteri saya dan dibayar secara ansuran. Pada waktu itu saya tidak tahu bahawa haram membeli emas dengan bayaran ansuran. Adakah saya berdosa dan bagaimana kedudukan emas tersebut? Adakah saya tidak boleh menyimpannya atau saya perlu mendermakannya? Terima kasih 

message user image

Soalan saya, adakah halal pelaburan dlm cfg football investment Malaysia, atau adakah patuh shariah 

message user image

Assalamualaikum.

 

Saya kerja di bidang kreatif, dan apabila saya harus turun bantu shoot untuk musik video, ada satu scene dimana seolah2 penari meniru tarian Buddha hands, dan saya baru tahu tentang tarian itu pada hari shoot. Saya tidak tahu sama ada ianya kebetulan atau betul2 disengajakan, namun adakah saya turut berdosa atas penglibatan seperti berikut?

message user image

Salam, saya sdg mencari kerja dan saya mahu bekerja dalam bidang food and beverage. Namun, di tmpt shopping mall yang saya hendak kerja, banyak restoran/kedai yg menawarkan diskaun krismas/gong xi fa cai dan lain2. Terdapat juga perhiasan perayaan lain dan offer dari shopping mall seperti (contoh beli rm100 tebus percuma beg tahun harimau).

 

Apakah hukum bekerja disitu dan adakah saya dikira terlibat?

message user image

Assalammualaikum, saya bekerja sebagai penghantat makanan sepenuh masa(grabfood), ada ya g saya amik pesanan dari kedai non muslim yang tiada arak/babi, disini saya ingin menanyakan soalan apakah hukum saya amik pesanan di kedai non muslim yang tiada babi/arak?

message user image

Assalamualaikum

Saya seorang guru sekolah kerajaan di Selangor. Pihak kerajaan negeri ada menjalankan program tuisyen rakyat selangor di mana program ini adalah kelas tambahan bagi murid-murid selepas waktu sekolah. Akan tetapi kelas tambahan tersebut telah dijalankan pada waktu persekolah dan bukan pada waktu selepas persekolah. Saya merasa musykil dan waswas dengan elaun yang saya perolehi dari kelas tambahan tersebut. Apakah status elaun tersebut. saya tidak mahu mengunakan wang elaun tersebut untuk tujuan peribadi kerana merasa ragu-ragu akan status halal dan berkat elaun tersebut kerana diperolehi melalui cara penipuan tuntutan elaun. Apa yang perlu saya buat dengan duit tersebut. Adakah boleh saya

i) gunakan duit itu untuk membeli peralatan untuk kegunaan sekolah dan guru dan manfaat untuk murid seperti papan putih, projektor, fotostate bahan dan sebagainya?

ii) memberi sumbangan derma pada murid yang susah

iii) menyerahkan kesemua duit itu pada baitulmal?

 

Sekian terima kasih

message user image

Assalamualaikum Ustaz. Dalam bulan ini banyak benda yang saya perlu bayar sekaligus seperti Roadtax kereta, lesen kereta, roadtax moto menyebabkan banyak komitmen2 seperti bayaran bulanan rumah, hutang bank dan hutang2 lain tertunggak..gaji yang saya terima setiap bulan tidak lagi seperti sebelum ini walaupun gaji basic telah dinaikkan ke RM2000 namun saya tidak lagi meneriman bayaran OT seperti sebelum ini menyebabkan gaji bersih yg saja terima setiap bulan dalam lingkungan RM2000 - RM2100.. Isteri saya bekerja disebuah restoran namun gaji yang beliau terima ialah lebih kurang RM1600 saja..komitmen yang perlu saya bayar setiap bulan lebih kurang RM3500 termasuk pampers dan susu anak saya yang seorang..Disebabkan itulah saya telah mendaftar untuk menjadi GrabRider sebagai part time untuk membayar komitmen yang tertunggak namun atas ketiadaan kuota untuk id Halal saya secara automatik menerima id regular ( menerima pesanana halal dan non- halal) padahal semasa pendaftaran saya telah memilih id halal namun pada waktu pengaktifan staff grab tidak memberitahu saya dan saya hanya tahu bahawa saya telah menerima id regular dari rakan driver grab yang lain. Saya telah berhubung dengan GRAB untuk menukar balik ID yang telah didaftar namun mereka mengatakan bahawa pada waktu ini mereka tidak dapat menukarnya biarpun saya telah mengatakan bahawa pada waktu pendaftaran saya telah memilih ID Halal. Soalan saya disini apakah hukum saya menghantar makanan non-halal (tidak termasuk arak kerana saya tahu haram untuk terlibat dengan arak hatta dalam penghantaran sekalipun). Maksud saya hukum menghantar makanan dari kedai non halal. Saya tidak ada pilihan lain selain menjadikan Grab rider sebagai part time kerana saya sangat memerlukan wang ketika ini untuk membayar tunggakan komitmen seperti renew lesen, roadtax kereta, installment rumah dan hutang2 lain..

message user image

assalamualaikum,saya ingin bertanya berkenaan urusan jual beli,saya ada menjalankan perniagaan membeli buah kelapa sawit daripada pekebun-pekebun kecil,buah yang saya beli perlu saya kumpul di pusat belian sehingga mencapai kuantiti yang membolehkan untuk saya hantar ke kilang.Permasalah yang terjadi masa yang diambil untuk mengumpul buah akan memakan masa sehari dimana buah yang dihantar pagi oleh pekebun saya akan hantar ke kilang pada pagi keesokknya,buah yang dikumpul akan dibiarkan di kawasan pengumpulan yg terbuka menyebabkan susut nilai,kebanyakan pembeli buah sawit akan menyiram buah sawit sebelum dihantar ke kilang untuk mengekalkan kesegaran buah.soalan saya boleh ke saya untuk menyiram buah sawit tersebut,jika saya tidak berbuat seperti itu susut nilai akan berlaku dan menyebabkan kerugian pada perniagaan saya

message user image

Saya sekarang dibawah employment satu Islamic bank dan bekerja di bahagian Company Secretarial Department. Kerja saya adalah administrative in nature and involve attending Board meetings and take minutes of meeting. 

 

Soalan saya adalah, apakah hukum sekiranya saya provide secretarial services kepada -

 

1. holding company Islamic bank tersebut yang mempunyai subidiary conventional bank

2 the conventional bank yang merupakan sister company

message user image

Salam alayk ustaz. Maaf saya nak bertanya tentang hutang si mati. Si mati ada berhutang dengan si fulan sebanyak 20 mayam emas lebih kurang 15 tahun yang lalu. Si mati ambik emas tersebut dan gadai. Masalah timbul apabila, jumlah gadaian dan segala surat menyurat berkenaan gadaian, ahli keluarga tak tahu dan tak jumpa. Sekarang, ahli keluarga tak pasti mcm mana nak selesaikan hutang 15 tahun yang lalu, kiraan yang harus dibayar bagaimana ustaz? Mohon penjelasan dan bantuan dari ustaz. Adakah ahli keluarga perlu tukarkan nilai 20 mayam itu ke gram dan bayar mengikut harga semasa emas harini walaupon harga emas sangat berbeza 15 tahun yang lalu. Terima kasih ustaz.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya berkenaan kisah ibu saya. Awal cerita bermula lebih kurang 25 tahun lepas. Arwah ayah saya telah menebus barang emas gadaian arwah makcik saya beberapa bulan sebelum barang kemas itu bakal dipindah hak milik kerana masa itu arwah makcik memerlukan wang bagi menampung anak-anaknya. Barang kemas itu telah disimpan oleh ibu saya menunggu sekiranya makcik saya mampu menebus kembali barang kemas tersebut yang dimasa itu nilai gadaian rm160. Selang beberapa tahun, mak cik saya meninggal dunia dan anak-anaknya telah berpindah. Sekarang, ibu sudah pun berusia 80 tahun..dia tidak mahu menyimpan barang kemas itu lagi dan ibu mahu tahu sekiranya dia ingin anak-anak makcik saya mengambil semula atau membeli barang kemas itu dgn nilai emas semasa, adakah itu dikira riba. Apakah cara terbaik yang boleh diberikan?

Terim Kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang ujrah atau upah amil yang mengumpul, mengusaha serta menyampaikan harta wakaf. Bolehkah seseorang amil itu mengambil upah daripada harta yang diwakafkan itu? Sebagai contoh, amil mengambil 50 sen daripada Rm 10 daripada harta yang diwakafkan dengan pihak pewakaf mengetahui dan meredhai transaksi tersebut. Cas atau upah dikenakan tersebut digunakan untuk menampung kos pengurusan dan bayaran gaji amil tersebut.

message user image

Salam, 

Saya ada soalan, adakah melabur saham melalui aplikasi OctaFX yang banyak diwawarkan diTV and diYouTube halal?

Sekian

message user image

Assalamualaikum, kalau saya minta kawan saya belikan barang dikedai untuk diberikan kepada orang susah sebanyak RM100 dengan duitnya dahulu (pinjam), upah kawan saya adalah sebanyak RM10 (upah beli dan hantar kepada orang susah), adakah ketika mana kawan saya beri saya pinjam duit berserta ambil upah itu termasuk larangan (لا يحل سلف وبيع)?

message user image

Assalamualaikum w.r.t,

Saya mewakili syarikat ingin mengemukakan pertanyaan seperti berikut. 

Apakah hukumnya sekiranya syarikat menjalankan aktiviti pensijilan dan pelabelan untuk vape atau e-cigarrete bagi memastikan produk tersebut menepati keperluan standard kualiti dan keselamatan, sebelum pemohon/peniaga memasarkan produk-produk tersebut dipasarkan kepada orang ramai. Apakah hukumnya yuran bayaran / pendapatan yang diterima oleh pihak syarikat melalui aktiviti pensijilan dan pelabelan tersebut. 

Diharapkan mendapat pencerahan hukum berkenaan perkara diatas. 

Sekian, Terima kasih.

 

Rohana.

message user image

Assalamualaikum ustaz,

 

Pengeluaran Wang simpanan KWSP umur 55 tahun

 

1. Pendapat ustaz 1 menyatakan zakat wang simpanan wajib dikeluarkan apabila dapat terus duit dan dimasukkan dalam akaun bank..tak perlu tunggu setahun. Pendapat ustaz 2 pula menyatakan kena tunggu setahun dulu dari tarikh wang masuk..cukup haul dalam akaun bank barulah wajib keluarkan zakat. Mana satu yang betul dari pendapat ustaz tersebut.

 

2. Wajibkah ahli tersebut keluarkan zakat kerana beliau dah dikira bersara(swasta) dan tiada lagi pendapatan tetap..hanya bergantung pada wang KWSP tersebut untuk menyara diri dan keluarga.

 

Sebab duit tersebut akan berkurangan setiap bulan untuk kegunaan harian ahli...sebab syarat wajib zakat simpanan mesti duit tersebut berkembang atau bertambah...ini sebaliknya..

 

Sekian semoga mendapat penjelasan akan kekeliruan ini dari pihak tuan.

message user image

SALAM

SAYA ADA PERTANYAAN

SAYA MENJALANKAN PERNIAGAAN KERETA SEWA TIDAK BERLESEN

YANG MENJADI PERSOALAN/MASALAH SAYA ADALAH APABILA KERETA SEWA SAYA EXCIDENT SAYA CLAIM INSURAN SEBAGAI KERETA PERIBADI

PIHAK INSURAN TIDAK MEMBENARKAN CLAIM JIKA KERETA TERSEBUT DIBUAT SEBAGAI KERETA SEWA TAPI SAYA MEMBAYAR INSURAN KERETA TERSEBUT TIAP2 TAHUN SEBAGAI INSURAN PERIBADI

JADI JIKA BERLAKU KEMALANGAN SAYA TELAH NYATAKAN PADA PIHAK  INSURAN KERETA TERSEBUT SEBAGAI KERETA PERIBADI ATAU DIPINJAM ORANG SUPAYA DAPAT CALAIM INSURAN TERSEBUT

JADI APA HUKUM SAYA MENIPU PIHAK INSURAN DAN ADAKAH DUIT CLAIM MAMBAIKI KERETA TERSEBUT MENJADI HARAM SEDANGKAN SAYA MEMBAYAR DUIT INSURAN TERSEBUT TIAP2 TAHUM.TERIMA KASIH

 

message user image

Assalamualaikum JMNS.

Saya ingin bertanya soalan:

Adakah halal barang/hadiah/pendapatan yang dimain secara cabutan bertuah dengan MENGGUNAKAN POINTS/MATA yang telah dikumpul sekian lama atau hukumnya sama dengan judi? Contoh (Ali telah lama menjadi "member" untuk sebuah pasaraya dan telah kumpul banyak mata. Kemudian dia menebus mata untuk masuk cabutan bertuah, malangnya dia tidak menang apa-apa)

Sekian, Terima Kasih

message user image

Assalamualaikum wbt admin

Saya difahamkan pada tahun 2017, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan keharusan pelaburan PNB dalam ASB. Walau bagaimanapun, tiada fatwa khusus berkaitan hukum pelaburan oleh orang awam di ASB. (Betulkan saya jika saya salah) 

Apakah status hukum semasa terkini orang awam di Selangor membuat pelaburan simpanan mereka di ASB? 

Kerjasama daripada pihak admin amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. 

Jazakumullah. 

message user image

kami ada 8 beradik (4 lelaki 4 perempuan), Seorang adik perempuan sudah meninggal (punyai anak2)  Bapa telah meninggal 5 tahun lalu sementara ibu 8 bulan lepas. Sebelum bapa meninggal dunia dia bersama ibu berpakat dan berwasiat kepada kami setelah kedua mereka meninggal nanti harta tinggalan berupa tanah dan rumah hendaklah difaraid kepada 6 orang anak sahaja, kerana yang 2 orang anaknya telah menerima bayaran rm10 ribu seorang semasa bapa masih hidup. Tanah dan rumah itu bolih menghasil pendapatan rm 3-4, ribu sebulan . Persoalannya sekarang bolih ke kami mengikuti wasiat mereka dengan cara pembahagian begitu. Kerana mereka tiada pengetahuan mendalam tentang faraid adakah mereka berdosa. 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum, saya mempunyai persoalan, jika kita ke Kedai Steamboat, dan akad sewaktu jual beli mengataan hanya boleh di makan di kedai, jika makanan yang di ambil tidak di makan, perlu membayar lebihan makanan tersebut...

 

Persoalan saya, adakah haram makanan jika kita membungkus makanan tersebut tanpa memberitahu si Penjual... 

message user image

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Muhammad Hanis Irfan, seorang pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat pengehosan web di Selangor. Tujuan saya menyertai syarikat ini ialah untuk menambah pengalaman dan sebagai syarat bergraduat kolej saya.

Di syarikat pengehosan ini, mereka menyediakan pelbagai servis pengehosan yang mana termasuk dengan pengehosan Forex. Servis pengehosan Forex ini membolehkan pelanggan mengehos Forex online trading mereka secara dalam talian mengunakan Virtual Private Server (VPS).

Bagi servis pengehosan Forex ini, kami tidak memberikan sebarang konsultasi atau kelas berkenaan Forex namun kami hanya memberikan sebuah VPS bagi pelanggan menjalankan perisian trading mereka.

Saya ditugaskan untuk membantu pelanggan dengan menjawab soalan mereka dan juga mengendalikan hal berkaitan teknikal pelayan pengehosan Forex ini. Antaranya masalah teknikal yang perlu saya selesaikan untuk pelanggan ialah memasang perisan trading iaitu MetaTrader 4 pada VPS mereka.

Persoalan saya, adakah pekerjaan saya ini dibenarkan? Apakah status elaun/gaji yang saya terima daripada syarikat ini?

Terima kasih di atas masa yang diluangkan bagi membaca dan menjawab persoalan saya.

message user image

Salam . Apakah hukum saya meminjam duit dari kawan yang sering berjudi ataupun dari hasil yang haram walaupun saya akan bayar semula pada dia menggunakan duit gaji saya yang halal??

message user image

Assalamualaikum, saya nak tanya berkenaan dengan hukum untuk membuat ansuran berfaedah seperti Aeon credit atau JCL credit.

Interest yang dikenakan adalm 15% setahun. Manakala jika customer lambat bayar bulanan, customer akan di cas oleh pihak company tersebut.

Akan tetapi, pihak company itu juga akan call/wasap/email untuk memberitahu yang kita sudah terlambat bayar. Mereka juga mewajibkan auto-debit untuk pembayaran.

Soalan saya, adakah dibolehkan kami(kedai) untuk buat ansuran ini. Adakah ansuran ini masih riba? Mohon bantuan.

message user image

Assalamulaikum. Saya ada kedai menjual alat telekomunikasi. Jadi saya berhajat untuk menggunakan kaedah ansuran melalui agen third party iaitu easy deal. Customer akan submit borang dan kita akan hantar kepada agen. Sekiranya lulus customer akan mula proses membayar melalui cara auto debit kepada agen untuk mengelakkan ada caj untuk lambat bayar. Setiap bulan customer akan dikenakan interest sepanjang tempoh ansuran. Soalan saya :

1. Adakah kaedah dibolehkan memandangkan urusan pembayaran adalah diantara customer dgn agen? Saya hanya mendapat jumlah mengikut harga yg saya jual pada customer shj

2. Ada pendapat mengatakan dibolehkan kaedah ini kerana interest yg dikenakan kepada customer adalah upah kepada agen yg akan menjalankan proses collection dan menanggung risiko sekiranya customer tidak membuat pembayaran. 

3.  Ada juga berpendapat kaedah ini dibolehkan kerana dalam perniagaan atau perdagangan, sekiranya kita tidak menggunakan kaedah yg telah digunapakai oleh peniaga lain, kita akan ketinggalan dan sukar utk bersaing dgn yang lain. 

Jadi saya nak mintak pendapat tuan dalam hal ini. Saya ada bertanya kepada 2 3 org dah dan ada berpendapat ianya dibolehkan atas sebab2 diatas. Cuma saya nak bertanya lagi utk lebih kepastian. Terima kasih

message user image

Ibu Saya baru meninggal pada Nov 20, 2021. Anak anak ibu cuma Saya dan Abang Saya. Tapi Abang dah  meninggal dahulu dari ibu pada tahun 2019.

untuk agihan barang kemas Arwah Ibu, Saya ingin tahu selain dari saya siapa lagi Waris Waris lain? Adakah anak2 arwah Abang Saya Waris yang sah  untuk agihan harta pusaka arwah ibu? Kalau mereka ada hak - berapa kah bahagian mereka? Arwah Abang ada 3 anak lelaki dan 4 anak perempuan.

untuk pengetahuan, suami ibu dan semua adik beradik ibu (adik, Abang, kakak) semua dah meninggal dahulu sebelum ibu.

 

message user image

Assalamualaikum WBT,

Saya mempunyai kekeliruan mengenai hukum berkaitan pengeluaran wang e-Pemula, di mana sebuah tweet (https://twitter.com/adhamrafiq99/status/1513429302444195841?s=21) mengatakan ianya haram untuk memindahkan wang e-Pemula ke akaun bank sendiri atau orang lain dengan tujuan untuk mengeluarkan semula wang secara fizikal atau memindahkan semula ke aplikasi e-dompet untuk tujuan pembelian atas talian. Ia dikatakan haram kerana melanggar objektif e-Pemula yang ditetapkan kerajaan iaitu untuk menggalakkan pembelian secara tanpa tunai di kedai-kedai fizikal. Walau bagaimanapun, kredit e-Pemula ini mempunyai tarikh luput iaitu pada 10 Jun 2022 dan kredit tersebut akan dikembalikan kepada kerajaan sekiranya tidak digunakan. Dengan mengambil kira kebanyakan belia tinggal di kawasan pedalaman dan tiada akses kepada kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai, ia semestinya menyukarkan mereka untuk memanfaatkan bantuan tersebut.

 

Oleh yang demikian, adakah tindakan berikut dikira halal atau haram?:

 

1. Memindahkan kredit e-Pemula melalui QR Code DuitNow rakan-rakan atau ahli keluarga yang mempunyai merchant account kerana mempunyai perniagaan berdaftar dengan SSM.

2. Memindahkan kredit e-Pemula untuk tujuan cash out atau berniat memindahkan semula ke aplikasi e-dompet seperti Shopee untuk tujuan pembelian atas talian.

3. Menggunakan kredit e-Pemula bukan berdasarkan tujuan asalnya iaitu untuk menggalakkan pembelian secara tanpa tunai di kedai-kedai fizikal tetapi membuat pembelian atas talian dan mengubahnya kepada wang fizikal melalui pengeluaran di ATM bank.

 

Mohon pandangan dan jawapan panel. Terima kasih.

message user image

Saya membayar bil Wifi dengan menggunakan duit haram. Wifi tersebut saya gunakan untuk perniagaan online seperti dropship dan pelaburan saham.

Apa hukumnya duit untung dari perniagaan online tersebut, adakah duit itu haram?

Mohon bantuan pihak Mufti. Terima kasih banyak kerana sudi menjawab soalan saya. 

message user image

Assalamualaikum Yang Berbahagia Datuk/Dato’/Dr/Tuan Hj/Ustadz/Pegawai Mufti. 

 

Soalan saya berhubung pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah kakak saya.

 

Untuk makluman Yang Berbahagia Datuk/Dato'/Tuan Hj/Ustadz, Mahkamah Tinggi telah memutuskan keseluruhan harta arwah kakak dalam bentuk tunai +- RM1.7 Juta diberikan kepada ayah saya memandangkan arwah kakak masih belum berkahwin semasa arwah meninggal. (Ibu saya telah meninggal terlebih dahulu sebelum kematian arwah kakak). Harta Arwah tersebut umumnya diperolehi daripada pampasan Insurans semasa arwah berkerja bersama pihak Astro Malaysia, Personal Insurance arwah bersama Prudential, Great Eastern, dan MCiS.

 

Semasa hayat arwah, arwah ada membeli sebuah rumah tanga perlindungan Insurans rumah. Rumah tersebut masih berbaki pembiayaannya sekitar RM1.3 Juta.

 

Ayah saya selanjutnya mengkhendaki Harta tersebut ditadbir oleh kami adik beradik sebaiknya mengikut kesesuaian dan yang terbaik. Namun kami sekeluarga dimaklumkan, harta yang diperolehi daripada pampas insurans itu tidak boleh digunakan semudah itu kerana kesuciannya diragui. Kami sekeluarga hanya boleh menggunakan sebahagian harta tersebut sebanyakmana nilai caruman yang dikeluarkan oleh arwah kakak. The rest perlu diagih/disedekah ke tempat-tempat lain. Adakah itu benar?

 

Bagaimana kedudukan harta pampasan insurans tempat kerja arwah kakak kerana arwah tidak mencarum untuk itu kerana ianya dibayar oleh pihak Astro. Perlukah kami serahkan semuanya kepada badan-badan kebajikan atau tempat lain? Adakah pihak keluarga boleh menggunakan wang insurans tersebut untuk menyelesaikan baki pembiayaan rumah arwah?

 

Kami keliru dan khuatir. Mohon pencerahan Yang Berbahagia Datuk/Dato’/Dr/Tuan Hj/Ustadz/Pegawai Mufti.

      

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum, Saya ada soalan berkenaan youtube. Soalan pertama, Apakah hukum duit youtube jika terdapat iklan yang mengandungi aurat tetapi produk yang diiklankan/dijual adalah halal, Jadi adakah halal atau haram sumber pendapatan saya?. Soalan kedua, Adakah orang melihat iklan yang mengandungi aurat perlu saya tanggung dosa mereka?. Terima kasih tuan/puan.

message user image

Assalam, sy ada soalan mengenai riba, apa hukumnya kita membantu customer yg berurusan dgn kita dengan mengambil document seperti bank statement,Slip gaji untuk kita hantar kepada bank atau institusi pemberi pinjaman untuk customer mendapatkan pinjaman untuk membeli product yg dijual oleh kita,

sy bagi dua contoh

1- Sy seorang penjual kereta, customer datang untuk membeli kereta dekat tempat sy dan sudah tentu dia tiada wang yg cukup untuk buat pembayaran penuh harga kereta tersebut, jd sy minta dia serahkan document tertentu kepada sy (bank statement & slip gaji) untuk sy hantar ke bank2 dan institusi memberi pinjaman, setelah pinjaman customer tadi diluluskan, bank akan transfer pembayaran pembelian kereta customer tadi kepada sy tanpa ada perubahan sedikitpon drpd harga asal kemudian sy serahkan kereta kepada customer. Bermaksud sy mengambil keuntungan hasil jualan kereta tanpa ambil keuntungan drpd riba. jd apa hukumnya membantu customer tadi menyerah document kpd bank

2- Sy seorang penjual rumah, customer datang untuk membeli rumah dekat tempat sy dan sudah tentu dia tiada wang yg cukup untuk buat pembayaran penuh harga rumah tersebut, jd sy minta dia serahkan document tertentu kepada sy (bank statement & slip gaji) untuk sy hantar ke bank2 dan institusi memberi pinjaman, setelah pinjaman customer tadi diluluskan, bank akan transfer pembayaran pembelian rumah customer tadi kepada sy tanpa ada perubahan sedikitpon drpd harga asal kemudian sy serahkan kunci rumah kepada customer. Bermaksud sy mengambil duit hasil jualan rumah tanpa ambil keuntungan drpd riba. jd apa hukumnya membantu customer tadi menyerah document kpd bank??

message user image

Assalamualaikum...16 tahun lalu saya pernah menggunakan nama kawan untuk loan motor. Dua tahun kemudian saya di berhentikan kerja dan motor kena tarik.saya pernah berbincang hal tersebut dgn si kwn tp dia mengelak katanya benda dh lepas.tahun lepas,2021 kawan meninggal.jadi adakah tunggakan motor yang kena tarik di kira hutang?kalau hutang pada siapa saya perlu bayar,pada waris si mati atau debt collector?

message user image

Assalaamua'laikum Dato Seri Mufti..soalan saya..apakah hukum tidak telus dan tidak jujur dalam penyediaan dokumen bagi permohonan Jual Beli Rumah (perbankan islam)? Jika permohonan tersebut berjaya apakah hukum rumah yang dimiliki itu? Adakah ianya Harta yang haram?

message user image

Soalan faraid
Assalamualaikum wbt, Ustaz/ Ustazah. Saya ada persoalan berkenaan dengan harta pusaka.

Arwah ayah saya ada tinggalkan beberapa hartanah seperti tanah dan rumah.

saya ada seorang mak dan 5 orang adik beradik lelaki, 2 bawah 18 tahun.

1. Bolehkah semua ahli keluarga bersepakat meletakkan 1 nama (atas nama mak) pada semua hartanah arwah atas faktor untuk memudahkan urusan? tetapi kos perbelanjaan hartanah (cukai, bill penyelengaraan & lain-lain) digunakan daripada hasil sewa hartanah tersebut dahulu dan bakinya dibahagi mengikut faraid atau persetujuan bersama.

2. Bolehkah duit sewa tersebut digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga atas persetujuan semua ahli keluarga walaupun belum mendapat surat faraid daripada mahkamah. Adakah itu dibolehkan?

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

1) Jikalau kita menjadi orang tengah serta wakil kepada sesuatu kedai tempahan barang yang mana menggunakan akad salam, akan tetapi, kita meletakkan syarat dengan kedai tersebut bahawa kita tidak akan serahkan wang pelanggan apabila mempunyai tempahan kepada kedai tersebut sehinggalah barang itu sudah siap dan boleh untuk diserahkan kepada pelanggan oleh kita. Syarat ini juga dipersetujui oleh kedai tersebut kerana sebagai orang tengah, pelanggan akan mencari kita untuk menuntut ganti rugi sekiranya kedai tersebut melakukan penipuan dan sebagainya dan bukannya mencari kedai kerana mereka melakukan tempahan melalui kita sebagai orang tengah. Adakah dibolehkan cara sebegini? hal ini disebabkan zohirnya masih patuh akad salam kerana pelanggan membayar penuh kepada kita sebagai wakil kedai dan orang tengah(termasuk upah kita yang dipersetujui oleh kedai), cuma kita meletakkan syarat dan kedai bersetuju dengannya yang mereka tidak akan mengambil duit bayaran pelanggan dari kita sehingga barang itu sudah siap.

2)  Adakah dibolehkan bagi kita sebagai wakil dan orang tengah kedai tersebut untuk menggunakan wang pelanggan yang diterima untuk melakukan pelaburan dan lain-lain dalam tempoh menunggu tempahan itu siap sekiranya kedai tersebut mengizinkan? Malah, semua keuntungan akan pergi kepada kita hasil daripda pelaburan tersebut  juga mendapat izin dari kedai tersebut, adakah dibenarkan?

message user image

Assalamualaikum.

Adakah kos penempatan isteri yang kematian suami beriddah 4 bulan 10 hari merupakan perkara yang wajib ditunaikan terhadap harta pusaka si mati(suami).

message user image

Assalamualaikum w.b.t., saya merasakan terdapat gaji yang masuk kedalam akaun saya dahulu adalah bukan hak saya dan ingin memulangkan semula, namun terdapat kesulitan bahawa perkara tersebut telah berlalu berbelas tahun dan proses memulangkan agak rumit kerana syarikat lama tersebut tidak wujud lagi (disebabkan masalah lain), bertukar milik serta pengurusan adalah berbeza. 
Malah proses akan menjadi lebih rumit oleh kerana tiada alasan kukuh, rekod yang mungkin tidak wujud atau sukar untuk disahkan\dibuktikan, kesukaran mendapatkan maklumat berkaitan malah mungkin menyebabkan kesulitan yang lain selain menyebabkan ia menjadi berlanjutan. 
Apakah jalan terbaik untuk ini, adakah saya harus menyerahkan wang tersebut kepada Baitulmal dan fakir miskin? Mohon penjelasan dan pendapat kerana kesulitan untuk saya mengesahkan serta membuat keputusan oleh kerana faktor yang disebut diatas serta kebarangkalian yang lain yang memudaratkan. Sekian Terima Kasih

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada pertanyaan. Apakah hukum bekerja di pusat penysunan atau " sorting center" bagi syarikat seperti lazada atau shopee, kerana kedua-dua syarikat ini menjual barang yang tidak haram dan haram seperti arak. Sekiranya seseorang itu bekerja di pusat penyusunan tersebut adakah pendapatannya haram dan mereka juga dilaknat, walaupun barang yang disusun itu tidak pasti sama ada ianya arak atau bukan? mohon pencerahan.

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Tuan/Puan/Ustaz/Ustazah/Haji/Hajah. Saya adalah seorang pelajar praktikal (internship)  dalam bidang memasak dan servis "food & beverage" di sebuah hotel di Kuala Lumpur, di sebuah hotel tersebut, saya telah menandatangani kontrak selama 2-3 bulan di bahagian memasak dan service (penghidang makanan), hotel tersebut mempunyai restoran yang juga menghidang arak, jadi saya terpaksa menghidang arak walaupun niat dan hati saya tidak rela, dan saya juga menjadi tidak tentu arah kerana saya bukannya pekerja yang boleh berhenti, tetapi adalah pelajar praktikal yang kontrak,  hotel yang dipilih itu juga bukanlah hotel yang saya minta sebaliknya pensyarah saya yang memilih hotel untuk kami, jika difikirkan cara yang terakhir adalah berhenti belajar (drop) tetapi saya pun sudah pada semester terakhir, apakah pendapat Tuan/Puan/Ustaz/Ustazah/Haji/Hajah atas perkara berkenaan, terima kasih. 

message user image

Saya dapat tawaran kerja sebagai editor content untuk siaran televisyen. Tetapi saya waswas, adakah pekerjaan ini dibolehkan kerana saya hanya ditugaskan untuk membuang adegan-adegan lucah dan bogel. Tetapi aurat-aurat seseorang individu itu masih lagi disiarkan dan saya tidak dibenarkan utk menutup bahagian tersebut kerana tidak termasuk di dalam polisi syarikat. Adakah saya yang akan menanggung dosa siaran yang disiarkan itu walaupun saya tak rela ianya disiarkan?

message user image

Salam, Tuan Mufti 
Saya dan adik ipar saya meniaga barang bundle, dan sejak2 pendemik ni perniagaan bundle kami terjejas dan adik ipar sy pulak bertukar meniaga barang copy ORI, jam ,beg dan lain2..Dan ia laku dlm masa 2 thun ni shj dia bole dpt keuntugan belipat kali ganda smpai bole bwa mak ayah dia ke umrah dan buat kan rumah utk mereka..tapi persoalan nya dia mjual dan mgunakan alasan barang itu adalah bundle padahal ia nya terang barang baru dari kotak (bukan bundle)..adakah rezeki dr hasil begini berkat tuan mufti, sebab kebelakangan ini sy selalu tgk isteri,ipar2 sy mak dan ayah mertua sy sering bergaduh. itu yang buat sy terpanggil nk ajukan persoalan dan meminta pandangan dr pihak tuan mufti.Harap dapat membantu. Sekian Salam.

message user image

Assalamualaikum.

Kawan saya seorang wiring kecil-kecilan,mengambil kerja disekitar daerah tmpt saya,beliau seeing kekurangan modal tunai utk membeli barang-barang wiring.beliau sering meminta pertolongan saya Dari segi kewangan dgn memberikan 10% Dari jumlah Wang yg saya beriman contohnya jika rm3000 beliau akan kembalikan sebanyak rm3300 Tanpa saya meminta.bila saya tanya, beliau kata itu keuntungan Dari hasil kerjanya Dan ikhlas memberi kerana menolongnya.soalan saya,boleh kah saya menerimanya atau perlu saya menolaknya.

message user image

Assalamualaikum sahibusamahah tn mufti? Saya ingin bertanya.. apakah hukum sekiranya membuat pinjaman untuk menunaikan umrah/ haji?

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum  dulu saya main forex online sekarang saya dah berhenti ..  saya ada simpan duit Forex.. duit itu memang haram untuk saya gunakan.. soalan saya boleh tak gunakan duit forex itu untuk beli barang electric untuk mertua saya

message user image

Assalammualaikum tuan/puan.

Saya ada 2 soalan yang memerlukan penjelasan. Soalan-soalan ini berkaitan dengan harta pusaka arwah ibu saya. Di sini saya nyatakan serba sedikit maklumat berkenaan arwah ibu saya. Ibu saya masih bersuami tetapi sudah tidak duduk sebumbung kerana ayah saya tinggal bersama isteri mudanya.

Soalan 1

Saya perlukan penjelasan berkenaan harta sepencarian pasangan suami isteri. Ibu saya seorang surirumah. Rumah yang ibu saya tinggal selama hayatnya adalah rumah yang ayah saya sediakan. Nama empunya rumah itu adalah nama ayah saya. Adakah terdapat bahagian untuk arwah ibu saya dalam aset rumat tersebut? Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian?

 

Soalan 2

Semasa hujung hayat arwah ibu saya, arwah ibu duduk di rumah saya sehingga akhir hayatnya. Semasa ibu saya masih hidup, ibu saya ada menerima wang nafkah dari ayah saya, tetapi ibu saya tidak mahu terima duit berkenaan. Dan ibu saya berikan kepada saya duit tersebut. Saya pula tidak sampai hati nak gunakan duit tersebut untuk kegunaan peribadi saya tetapi saya gunakan untuk membeli barang keperluan untuk ibu saya di luar pengetahuannya. Dan sekarang ibu saya telah meninggal dunia dan masih terdapat saki baki duit tersebut. Apakah status duit tersebut? Apakah duit tersebut termasuk dalam harta pusaka arwah ibu yang perlu diagih-agihkan kepada waris-warisnya atau duit itu boleh saya gunakan untuk keperluan saya? 

Mohon penjelasan dari pihak tuan kerana saya dalam dilema dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Sekian, terima kasih

message user image

As salam Encik/ Puan,

 

Saya sekarang berumur 50 tahun.  Baru-baru ini saya dengar ceramah yang megatakan bahawa insuran conventional (yang bukan takaful) adalah haram.  Jika berlaku musibah terhadap saya duit insuran yang di bayar oleh insuran conventional ini tidak boleh digunakan kerana haram.

Saya sudah melanggan insuran conventional sejak umur saya 25 tahun dan pada ketika itu takaful tidak ada lagi.  Saya sudah mencuba mencari syarikat takaful untuk mengantikan insuran conventional saya sekarang ini tetapi malangnya saya dalam kategori berisiko  tinggi maka saya tidak layak untuk medapat khidmat takaful dari mereka.  Maka soalan saya, kerana saya tidak ada pilihan lain lagi bolehkah saya terus dengan insuran conventional yang sekarang?  Jika saya tamat kan insuran sekarang saya akan terdedah kepada masalah yang lebish besar jika saya  "Total Permenant Disability" atau meninggal.   Kemungkinan besar saya tidak ada duit yang mencukupi untuk menampung hutang rumah dan kehidupan setelah cacat.

Ini juga membawa kepada issue house loan saya yang bukan Islamic.  Saya sudah tidak layak untuk refinance rumah kepada Islamic loan.  Bagaimana pula dengan keadaan ini? 

Terima kasih diatas perhatian tuan/ puan dan semoga dapat menolong saya dengan masalah saya ini.  Terima kasih.

 

message user image

Mohon penjelasan tuan berkenaan satu program infak yang memberikan manfaat kepada penyumbangnya secara konsisten setiap bulan sehingga akhir hayat. Adakah program sebegini ada unsur riba kerana ada manfaat bulanan yang tetap? Atau manfaat itu dikira sebagai hibah?

 Berikut sedikit penerangan contoh keadaan dan manfaat program:

1.Kalau kita infak apa yang kita dapat?
 - tak dapat apa apa..sekadar derma ,ganjaran itu Allah yang bagi

2.Apakah manfaat yang boleh saya dapat jika menyertai program ini?
 - sebagai penghargaan kepada semua penderma, anda layak mendapat :
 1- seekor ayam kampung (bersih)
 ATAU
 2- digantikan dengan tunai bernilai RM13.00 untuk seekor ayam kg.

3.Berapa lama manfaat ini akan saya perolehi?
 - Setiap bulan dan seumur hidup anda

4. Siapa yang boleh menyertai program ini?
 - terbuka kepada semua orang yang memegang account Maybank atau lain-lain (pemegang individu)

5.Berapa had umur minima untuk sertai program infak ini?
 - seusia baby berumur 1 tahun dan tiada had umur dewasa.


6.Bagaimana nilai infak kami 250 tu bekerja..?
 -untuk setiap RM250.00 ,kita akan ternak 30 ekor ayam kampung, dan sebagai penghargaan setiap 2 bulan ,penderma akan mendapat 2 ekor ayam kg percuma @ RM26.00 , tetapi pakkp agihkan setiap bulan BUKAN 2 bulan sekali ..bermaksud seekor sebulan @ RM13 sebulan SETIAP BULAN.

7. Mengapa manfaat diberi etiap bulan?
 - supaya penderma mendapat manfaat itu setiap bulan dan tak perlu tunggu 2 bulan sekali. so boleh makan ayam tiap tiap bulan (jika pilih ayam) atau boleh dapat tunai setiap bulan (jika pilih tunai)

8. Boleh kah saya buat infak dengan nilai yang banyak?
 -Boleh.
 setiap Infak RM250 ,anda dapat manfaat 1 ekor ayam @ RM13
 Jika 500 , dapat RM26.00
 Jika 1000 , dapat RM52.00
 Jika 5000 , manfaat yg dapat 260.00 dan seterusnya...
 SETIAP BULAN dan SEUMUR HIDUP

Infak ni jika kita buat...manfaat di dunia kita dapat, ganjaran di akhirat juga kita dapat...itu janji Allah...
 bersihkan lah pendapatan kita dengan infak/sedekah atau derma..
 anda tidak rugi apa apa...

TIADA SEBARANG RISIKO.

ingat! ini bukan sebuah perniagaan..tetapi kerja kerja amal untuk bantu lebih ramai orang menyimpan dengan menggunakan duit poket yg minima.

Terima kasih tuan atas masa yang diberi untuk perhatian soalan ini. 

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya. Semasa saya bekerja, saya perlu mengisi sotong ke dalam sebuah bekas dan menimbangnya sebanyak 600g. Selepas selesai mengisi sotong tersebut, menimbang, mengisi air ke dalam bekas-bekas tersebut untuk tujuan pembekuan dan melabelkan bekas tersebut dengan harga untuk 600g, lalu saya menyimpan bekas-bekas tersebut untuk dibekukan. Walaubagaimanapun, selepas beberapa jam telah berlalu, secara tiba-tiba saya merasakan bahawa yang saya tidak menimbang satu atau dua bekas sotong tersebut dan saya juga berasa bahawa satu atau dua bekas tersebut tidak mencukupi 600g. Tetapi saya juga rasa bahawa saya telah menimbangnya sebanyak 600g. Perasaan ini menjadi ulang alik dan ianya membuatkan saya tidak tenteram. Saya cuba untuk mengeluarkan bekas-bekas tersebut dan menimbangnya kembali tetapi air dalam bekas-bekas tersebut telah hampir beku. Sekiranya saya hendak defrost sotong-sotong, keluarkan air-airnya dan menimbang semula, ia akan mengambil masa yang lama. Apakah yang akan terjadi kepada gaji saya sekiranya sotong-sotong tersebut dijual? Saya berasa amat risau dan gelisah. mohon pencerahan.

message user image

Assalam.

Saya mempunyai beberapa soalan yg ingin diajukan.

1. Apakah hukum menghisap dan menjual ganja? Serta hasil duit tersebut jika digunakan untuk sumber makanan, susu anak-anak?

2. Bolehkah seorang cucu menggantikan puasa untuk arwah neneknya bagi menyelesaikan fidyahnya?

Terima kasih.

 

 

message user image

Assalamualaikum, saya nak bertanya berkenaan dengan insurans haiwan. Memandangkan kebanyakkan orang memiliki haiwan peliharaan seperti kucing, burung, dan sebagainya. Adakah dibenarkan untuk mengambil insurans haiwan. Memandangkan kos serta akses perubatan haiwan yang agak mahal berbanding manusia, ramai kini yang mengambil insurans haiwan untuk haiwan peliharaan mereka. Saya juga jelas bahawa insurans konvensional am dan nyawa adalah haram untuk diambil oleh muslim memandangkan terdapat unsur gharar. Namun, saya perlukan penjelasan dari segi hukum insurans haiwan memandangkan ia adalah untuk kegunaan haiwan sahaja dan bukan secara langsung untuk kegunaan manusia seperti kereta rumah dsbg serta ketiadaan takaful untuk haiwan yang ditawarkan buat masa sekarang.

message user image

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya apakah status barang yang dibeli secara ansuran yang mengandungi unsur riba? Adakah barang tersebut haram digunakan? Contohnya, saya membeli telefon secara ansuran menggunakan sebuah aplikasi paylater dan di dalam pensyaratan ansuran tersebut, saya akan dikenakan denda jika lewat bayar. Saya tahu caj lewat bayar ini adalah haram tetapi bagaimana dengan barang yang saya beli tersebut? Adakah haram digunakan? Mohon penjelasan nya ustaz.

message user image

Assalamualaikum..saya ingin bertanya..sekira nya saya buat akikah untuk anak saya..bolehkah saya menggunakan duit anak saya untuk beli ayam dan bahan2 masakan dan jugak canopy untuk majlis akikah dia..mohon pencerahan...terima kasih

message user image

[[Pembetulan kepada soalan yang dihantar]]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
 

Saya pernah guna servis Buy Now Pay Later dari Grab (Grab PayLater) dan Shopee (SPayLater). Untuk Grab PayLater, tidak ada sebarang caj dikenakan untuk bayaran ansuran. Tetapi jika bayar lewat, akaun Grab itu akan dibekukan dan perlu membayar RM 10 admin Feb untuk aktifkan kembali akaun itu. Adakah RM 10 itu riba? Seterusnya, SPayLater mengenakan processing fee 1.5% daripada harga keseluruhan barang untuk bayaran ansuran. Dan ia juga mempunyai denda lewat bayar yang dikatakan akan didermakan kepada pihak-pihak yang dibenarkan dari segi syarak. Walaupun Shopee mengatakan SPayLater itu syariah compliant dalam Terma dan Syarat mereka, saya masih ingin mengetahui dengan betul sama ada ia betul-betul halal. Dan jika ia tidak halal, adakah saya berdosa sebab saya tidak tahu tentang butir-butir ini dan tidak tahu sepenuhnya apa yang dikira sebagai riba? Dan bolehkah saya membayar hutang kepada servis-servis ini yang masih belum lengkap bayarannya kerana saya sudah bermula bayaran dan tidak dapat batalkan bayaran tersebut?

message user image

Assalamualaikum wbt Tuan Mufti,

Merujuk kepada perkara di atas, saya Jazalina Binti Yahaya ingin membuat pertanyaan dan berharap pihak tuan dapat memberi penjelasan mengenai persoalan saya seperti berikut:

Ibu saya telah meninggal dunia pada 13 Oct 2022. Saya sebagai anak perempuan kepada gemullah akan menguruskan urusan faraid. Untuk makluman tuan, saya mempunyai 3 orang adik beradik (1 anak lelaki dan 2 anak perempuan) :-

1) Azlina Binti Ismail

2) Jazalina Binti Yahaya

3) Pridauz Bin Yahaya (telah meninggal dunia pada 3/9/2019)

Gemullah mempunyai 6 orang adik beradik (3 saudara lelaki dan 3 saudara perempuan) yang masih hidup:

1) Esah Binti Hamid

2) Fuziah Binti Hamid

3) Yusof Bin Hamid

4) Rosnah Binti Hamid

5) Abdul Malik Bin Hamid

6) Abu Bakar bin Hamid

Gemullah mempunya 8 orang cucu:

1) Syed Hazim ( Anak lelaki kepada Azlina)

2) Sharifah Nuratikah (Anak perempuan kepad Azlina)

3) Syed Hakim (Anak lelaki kepada Azlina) 

4) Sharifah Irdina (Anak perempuan kepada Azlina)

5) Nur Ameera (Anak perempuan kepada Jazalina)

6) Nur Athirah (Anak perempuan kepada Jazalina)

7) Muhammad Naqib (Anak lelaki kepada arwah Pridauz)

8) Sofia Humairah (Anak perempuan kepada arwah Pridauz)

Soalan 1:

Siapakah yang layak mendapat bahagian daripada harta peninggalan gemullah?

Soalan 2:

Adakah pinggan mangkuk, periuk dan perkakas dapur perlu di isytiharkan sebagai harta faraid? Sekiranya ya, Bagaimana cara pengagihannya?

Kami berharap agar persoalan ini mendapat maklumbalas dari pihak tuan

Sekian terima kasih

 

Jazalina Yahaya

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya mengenai satu video game yang bername Genshin Impact. Di dalam game tersebut ada mata wang yang di panggil Primogems. Primogems ini boleh di dapati dengan cara membuka kotak di dalam game / membuat misi / mendapat hadiah dari pada player lain. Player tersebut haruslah menggunakan duit RM untuk memberi hadiah kepada player lain. Kegunaan Primogems ini untuk menikam di kedai dalam game tersebut. Adakah perbuatan ini di kira judi walaupun pemain tidak menggunakan duit RM yang sebenar? Mohon penjelasan.

Terima kasih sudi membace soalan ini.

message user image

Assalammualaikum.

Tuan,

Sekarang ada game online,di mana peserta dikehendaki meneka  simbol Kecil/Besar.

Kecil atau besar...

Jika betul tekaan Maka akan mendapat sejumlah duit.

Setiap tekaan adalah 0.98 sen dikenakan  Dan jika tekaan betul dapatlah rm.1.96 ...setelah ditolak cukai...

Ramai yang sertai permainan ini & menanggap ini bukan Judi kerana ada signal dari satu pihak yang mengkaji sistem permainan tersebut yang memberi panduan keputusan  yg akan keluar.

Mohon  pandangan pihak tuan dalam hal ini bagi perkongsian ilmu.

 

Tk.

Assalammualaikum.

message user image

Assalamualaikum tuan mufti. Apakah hukumnya melabur dalam saham Levi Strauss (pembuatan pakaian) dan saham ini dikategorikan patuh syariah oleh MIDF Invest. Untuk makluman tuan mufti juga, syarikat Levi Strauss ini adalah milik keluarga keturunan Yahudi. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, apa hukum seseorang menggunakan harta kerajaan untuk diri sendiri dan berniaga. Contohnya seseorang membuat kek menggunakan harta kerajaan sewaktu bertugas untuk dimakan sekeluarga dan juga untuk dijual.

message user image

Assalamualaikum

Pada pertengahan bulan 8 2022 saya telah menjumpai duit tunai,Dan selepas beberapa hari saya telah buat iklan di media sosial mengenai sesiapa yang ade kehilangan duit.Sehingga hari ini tiada balasan dari siapa siapa mengenai kehilangan duit dan tiada sesiapa yang komen di iklan saya.

Soalan saya,Boleh kan duit itu digunakan Dan apakah hukum nya menggunakan duit yang di jumpai?

message user image

Assalamualaikum Yg Berbahagia sohibusamah Tn Mufti, saya Abdul Rahim Osman dari Klang, ada kemuskilan, saya ada buat tempahan kabinet dapur untuk rumah baru saya pada tahun 2017 yang lalu daripada syarikat bukan islam di Subang Jaya. Setelah berbincang saya bersetuju dengan harga diletak RM16,000 dengan syarat2 Jenis, warna,  spec kabinet yang dipersetujui. Kabinet ini kemudiannya ditempah oleh syarikat kepada kilang di China. Walaubagaimanapun bila kabinet siap dan sampai sini namun warnanya bukan seperti yang ditempah. Saya terima aja biarpun hati tak berapa setuju. Maka kabinet barupun dipasang tapi tidak siap sepenuhnya. Para- para kabinet tidak dipasang, dapur masak tidak dipasang dan sinki bocor kemudiannya. Saya bayar RM8000 masa pasang itu, jadi ada Baki RM8000 lagi. Namun begitu kabinet tersebut tidak disiapkan sepenuhnya. Puas berapa Kali saya talipon minta dia siapkan. Sampai berapa kali saya kena keluar pejabat setelah buat appointment dengan dia tapi dia tak datang untuk menyiapkan kabinet tersebut hingga berbulan- bulan. Says kemudian panggil kontraktor melayu untuk menyiapkan kerja2 yang kontraktor sebelum ini tak siapkan. Kontraktor melayu ini amat berpengalaman pernah bekerja dengan tauke cina. Beliau bagitahu saya jenis kabinet kami bukan lah jenis nyatoh tapi jenis tampalan kertas laminated dan tak berkualiti. Harganya pun hanya sekitar RM8000 lebih. Saya tidak bagitahu nya harga sebenarnya kabinet Itu kepada kontraktor melayu ini. Untuk kerja2 nya saya bayarnya dekat RM900. Daripada penjelasannya rupanya kami telah ditipu jenis kabinet bukan sebagimana sepatutnya. Saya tak bagitahu ini kepada kontraktor bukan bumi Itu tapi saya minta dia datang untuk selesaikan namun tetap tak datang. Malah tak pernah datang dan tak pernah hubungi saya sekian lama. Hinggalah baru2 ini saya cari kedainya dan kilangnya pun dah tak ada lagi. Nombor talipnnya pun dah tidak aktif lagi. Persoalannya bagaimana saya nak selesaikan bayaran ini dan apa sepatutnya saya buat. Boleh lah saya bagi sahaja duit Baki dalam RM7100 tu ke Baitulmal untuk penyelesian baki ini. Mohon bantuan Sohibusamah Tn mufti untuk bantu saya menyelesaikan masalah ini termasuk ditipu dan kontraktor bukan bumi yang tidak bertanggungjawsb untuk menyiapkan kabinet saya dan banyak perkara kami laluu dengan hal kabinet ini.  Terima kasih.

 

Abdul Rahim bin Osman. 

 

message user image

Salam,

Saya ada mengambil servis satu website syarikat penyewaan rumah untuk menyewakan rumah saya. Salah satu kelebihan syarikat ini adalah penyewa tidak perlu membayar deposit, Tetapi syarikat itu berkerjasama dengan syarikat insurans konventional untuk memberikan perlindungan kepada tuan rumah. Tuan rumah perlu membayar premium kepada syarikat insurans tersebut.

Soalan saya, jike terdapat kerosakan dirumah dan saya perlu membuat tuntutan kos pembaikan dan syarikat insurans membayar kos tersebut, adakah duit tersebut boleh saya terima? Contohnya premium adalah RM1,000 dan kos pembaikan adalah juga RM1,000. Adakah saya boleh menerima wang tersebut keseluruhanyya atau tidak boleh langsung walaupun telah membayar premium sejulah RM1,000 itu?

Bagaiman pula jika premium dibayar kepada syarikat insurans adalah RM1,000 dan kos kerosakan adalah RM2,000? Adakah saya sekurang-kurangnya boleh mengambil wang RM1,000 (hanya wang premium yang telah dibayar) dan menderma RM1,000 lebihan wang tersebut?

Mohon pencerahan, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz. Saya ada persoalan berkaitan dengan hukum tukar nama tuan tanah. Sebagai contoh, tanah yang kami duduki sekarang ini adalah hibah pemberian seorang adik kepada abangnya. Tanah ini dah ditukarkan namanya kepada bapa saya. Dan bapa saya ingin hibahkan tanah ini kepada saya tanpa pengetahuan si adik (si pemberi/tuan tanah asal) . Adakah pemberian ini dikira sah dari segi hukum islam?

Selain itu, akah perbuatan hibah memerlukan persetujuan daripada ahli waris yang lain cth: abang atau kakak? Sebagai contoh, seorang bapa telah hibahkan tanah kepada salah seorang anaknya tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain. Kemudian, ada antara ahli keluarga yang tidak bersetuju dengan hibah yang dilakukan itu. Bagaimana hukumnya ustaz. Mohon penjelasan. Terima kasih

message user image

assalamualaikum, saya ad pertanyaan sekiranya saya pernah membeli barang secara hutang tetapi tuan yang menjual sudah tidak dijumpai (tidak mempunyai nombor telefon dan alamat )untuk dilunaskan bayaran macam mana? saya perlu membayar hutang tersebut bagaimana

message user image

Salam ustazbmnta maaf Sy nak bertanya twntang hukum 

Sy ada bermain forex dan  Sy menggunakan duit Dari Sumbner yg halal bernilai 5 ribu  kemudia Sy rugi.   

Kemudian Sy tambah lagi modal dngan niat untuk mngambil balik semula modal yg telah Sy rugi tersebut. Bernilai 5 ribu tersebutdan Sy telah DPT smula modal yg say rugi tersebut tanpa ada keuntungan

Jadi apa hukum duit modal yg Sy ambil tersebut

T.kasih

 

 

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum..saya ada 2 pertanyaan

1.   Suami saya baru meninggal dunia pada 8hb 12.2022...2 bulan sebelum meninggal dia telah mengeluarkan keseluruhan wang kwsp kerana 55 tahun ..duit yang dapat ada yg telah suami belanjakan seperti bayar hutang, beli barang dab bagi pada anak anak...baki wang tersebut dimasukkan ke dalam simpanan ASB saya utk simpanan masa depan..persoalan saya adakah wang baki di ASB saya itu perlu difaraidkan

 

2. Soalan ke 2..suami ada beli kereta second guna loan pejabat kakaknya dibawah nama pejabat dgn potongan dari gaji suami setiap bulan....sekarang saya sebagai isteri akan menyambung bayaran kereta tersebut dn bercadang bilandh habis bayar nak tukarkan nama saya sebagai pemilik...adakah kereta tersebut juga perlu difaraid 

message user image

Assalamualaikum

Saya ada memberi ibu saya duit pada setiap bulan sehingga dia dapat menyimpan duit tersebut dalam amaun yang agak banyak.Adakah duit tersebut perlu dibahagikan secara faraid selepas kematiannya walaupun sumbernya hanya daripada saya seorang.Sekian, terima kasih

message user image

assalamualaikum ustaz. Apa khabar?, semoga ustaz sentiasa di dalam lindungan allah swt. Saya ingin bertanya beberapa soalan berkenaan dengan anak yatim. Sebelum itu saya terangkan serba sedikit info yang mungkin sedikit sebanyak memberi info tambahan kepada ustaz. Saya dahulu pernah duduk di satu rumah anak yatim, dan ibu saya sekali bekerja di sana sebagai tukang masak. Dan untuk pengetahuan ustaz, ibu saya masih duduk di rumah anak yatim tersebut sehingga sekarang. Disebabkan dia bekerja di situ, tiada warden yang di lantik di situ, ibu saya juga jadi warden dan jugak tukang masa di situ pagi, petang dan malam, pendek kata dia memang tidur di situ.

 

Saya ada beberapa masalah berhubung perkara di atas, dan saya ingin bertanya kepada ustaz, ini senarai soalan saya di bawah:

  1. Saya sudah berkahwin, dan setiap minggu saya akan tidur di rumah mertua dan juga ibu saya, apabila sampai giliran untuk tidur dirumah ibu saya, ibu saya tiada rumah, dia hanya tinggal dirumah anak yatim itu saja, jadi saya dan isteri akan tidur dirumah anak yatim itu, dan semestinyalah bila sudah tidur disitu akan pakai air, elektrik situ, dan bangun pagi ibu saya akan masakkan sarapan dan bahan2 mentah itu datangnya dari rumah anak yatim itu, soalan saya, adakah itu boleh ustaz?
  2. Kedua, saya ingin membuat majlis tahlil dan ibu saya ingin masak kan makanan untuk majlis tahlil itu, saya beli semua bahan2 mentah yang hendak dimasak untuk santapan semasa majlis tahlil tu, tetapi adakah boleh, jika air dan elektrik digunakan pada tetamu yang hadir, dimana air dan elektrik itu datang dari rumah anak yatim tersebut?
  3. Ketiga, kadang2 ada org sedekah terlampau banyak dirumah anak yatim, dan semua makanan tersebut selaluya datang dalam kuantiti yang banyak melampau dan mungkin tinggal beberapa hari saja lagi untuk expired, boleh kah makanan itu disedekah kan kepada org lain?, adakah org yang menerima itu boleh sesiapa saja atau org miskin sahaja?

message user image

Assalamualaikum,

Saya mempunyai 2 soalan.

Pertama, pembelian emas dan perak memerlukan akad seperti yang telah diberitahu kepada saya. Jika tidak silap, akad ketika pembayaran selepas menerima emas/perak tersebut atau selepas melakukan pembayaran dan penjual menjadi wakil.  Soalan saya, bagaimana jika pembelian dilakukan melaui platform atas talian yang dikendalikan oleh warga bukan islam sama ada institusi kerajaan seperti perth mint atau swasta seperti bullion now dimana penghantaran mengambil masa yang lama dan hanya menggunakan fungsi chat sebagai saluran pertanyaan dan jika kita melakukan akad di situ kemungkinan tidak dilayan atau membuat mereka bingung. Sesetengah platform tidak mempunyai fungsi chat dan panggilan telefon tidak dilayan, bagaimana pula untuk keadaan tersebut?.

Kedua, maklum sebagai lelaki, diharamkan memakai emas dan sutera. Sebagai peminat jam dan fountain pen, terdapat pen dan jam yang mengandungi emas. Bagi pen, dibahagian mata pen(nib), bahagian klip(klip ke poket) dan perhiasan pada badan pen. Bagi jam lebih kompleks, pada muka jam, pada jarum jam, pada enjin jam, pada keseluruhan jam dan sebagainya. Ada pen yang hanya matanya sahaja mengadungi emas dan ada jam yang hanya enjinnya sahaja yang mengandungi emas. Soalan saya, adakah dibenarkan bagi lelaki untuk memakai jam atau pen yang mengandungi emas kerana ada yang mengatakan boleh. Mohon penjelasan.

Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum..

 

Sekiranya saya berhutang (tanah) dgn arwah semasa dia hidup dan kedua2 telah bersetuju jika berlaku kematian maka wakafkan hutangnya itu atas nama arwah. Adakah selesai hutang saya itu setelah saya mewakafkannya atau hutang tersebut jatuh sebagai pusaka kerana waris masih ade atas kerana tanah dan bukan emas, duit dan sebagainya..

message user image

Assalamualaikum tuan mufti, 

Soalan saya ialah berkaitan dengan urusniaga sebuah syarikat telco yang menawarkan insurance konvensional kepada mana-mana pelanggan yg melanggan pelan internet yang ditawarkan. 

Jadi bagaimanakah hukumnya dengan orang yang menjadi penjual bagi syarikat itu ? Halal atau haram pendapatannya ? Kerana pada saya terdapat perkara yang diharamkan Islam iaitu wujudnya insurance konvensional.

Disini saya sertakan link untuk rujukan pihak tuan menilai persoalan saya dengan lebih jelas. 

https://youtu.be/sQljF8D7L0M

Terima kasih, mohon pihak tuan mufti memberi respon agar permasalahan saya moga dapat diselesaikan. 

message user image

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

saya ingin bertanya tentang hukum dan status gaji saya mengenai penglibatan saya di dalam bidang perhotelan, saya bekerja di front desk di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur , saya berasa musykil tentang penglibatan saya terhadap arak kerana di hotel kami terdapat sebuah bar, oleh kerana saya bekerja di front desk , saya perlu menjawab pelbagai pertanyaan yang ditanyakan oleh tetamu-tetamu hotel, Salah satunya adalah apabila tetamu-tetamu bertanyakan tentang laluan dan arah untuk ke bar di hotel kami, apakah haram hukum pekerjaan saya ? 
 

terima kasih 

message user image

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya NORIZAL BIN ZUBIR ingin bertanya soalan berkenaan pembahagian dan pengurusan harta pusaka mengikut kaedah dan prosedur tertentu yang telah ditetapkan oleh hukum syarak dan undang-undang. 

Untuk makluman pihak tuan, ibu saya telah kembali kerahmatullah dan meninggalkan suami, anak sulung lelaki dan anak perempuan. 

Oleh yang demikian, Allahyarhamah ada sedikit wang simpanan dan barang kemas. Kami sekeluarga tidak pasti akan tatacara pengurusan barangan tersebut dan yang lebih merisaukan ialah jika pengurusan faraid tersebut tidak mengikut hukum syarak dan segala doa serta amalan yang kami sekeluarga titipkan tidak sampai kepada Allahyarhamah.

Kami sekeluarga memohon pandangan dan teguran pihak tuan dalam melunaskan pembahagian harta pusaka Allahyarmah mengikut nas-nas yang terkandung di dalam Al-Quran demi mendapatkan keredaan dan keberkatan ALLAH SWT. 

Kami sekeluarga berharap pembahagian harta pusaka Allahyarhamah ini tidak menimbulkan segala syak wasangka kemudian hari serta tidak dipersalahkan di Akhirat kelak.

Semoga ALLAH SWT merahmati usaha pihak tuan dan dipermudahkan segala urusan. Aminn Ya Rabbal Alaminn.

Wassalam

message user image

Assalamualaikum ustaz/ustazah, berikut soalan saya.

Saya bekerja di sebuah syarikat multinasional dan kebanyakan staff dan boss merupakan orang bukan islam. Di syarikat kami, akan ada corporate event di mana kehadiran saya akan membawa impak kepada performance kerjaya saya. Dan sering kali apabila perlu pergi workshop, akan ada juga sesi networking. Di corporate event sebegini, akan dihidangnya alkohol (saya tidak minum). Adakah islam membolehkan saya menghadiri majlis-majlis kepentingan sebegini dengan tujuan bekrja? Dan jikalau saya berada di negara dimana Islam minoriti, dalam professional setting (bukan untuk bersuka ria), adakah saya dibenarkan hadir?

message user image

Assalamualaikum.

Sebelum ni saya pernah mengambil pinjaman bank untuk pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASBF). Saya telah menamatkan pinjaman kerana mengetahui yang pinjaman tersebut adalah konvensional. Pada ketika itu masih ada baki dividen hasil dari pinjaman untuk pelaburan tersebut.

Sehingga kini baki pelaburan itu telah meningkat dengan penambahan dividen setiap tahun.

1. Soalan saya bolehkah saya menggunakan baki pelaburan tersebut untuk kegunaan saya sendiri? Bolehkah saya menyucikan wang tersebut dengan mengeluarkan zakat? 

2. Jika tidak boleh, bagaimana saya harus menggunakan wang tersebut? Bolehkah saya menyalurkan kepada pusat zakat, masjid, asnaf atau mana2 institusi?

3. Apakah hukum menggunakan dividen yang dapat daripada hasil pinjaman konvensional?

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum,...saya ingin bertanya tentang beras yg disedakah kan kepada madrasah......boleh kah jual beras yg disedekah kerana takut rosak n menyebabkan membazir...n Klau boleh MCM mana cara menjual n duit daripada tu...adakah wajib beli beras pula....@ boleh beli makanan2 lain

message user image

Assalamualaikum,

Mohon pencerahan bagi permasalahan berikut:

Terdapat sebidang tanah pusaka berstatus pertanian yang berkeluasan sekitar 2 hektar yang telah diberikan hakmilik secara faraid kepada 7 orang waris Setiap tahun salah seorang waris yang memiliki sebahagian daripada tanah tersebut telah mengambil tanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah bagi keseluruhan lot tanah tersebut, manakala waris/pemilik yang lain langsung tidak mengambil peduli tentang perkara ini walau pun telah diwar-warkan sedangkan mereka juga memanfaatkan tanah bahagian mereka dengan membina rumah dan mengusahakan kebun tanaman.

Apakah hukum dan pandangan islam ke atas permasalahan ini

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum, saya ingn bertanya tentang kerja saya. Saya bekerja sebagai seorang jurutera lapangan untuk sebuah syarikat farmaseutikal yang membekalkan vaksin kepada haiwan. 90% daripada haiwan ternakan adalah daripada ayam manakala 10% daripadanya adalah untuk khinzir ternakan. Pekerjaan saya hanyalah memberikan latihan dan melakukan audit kepada pengguna vaksin haiwan dan membuat servis mesin vaksin (semburan dan alat cucuk). Saya cuba mengelak untuk menyentuh khinzir secara langsung atau tanpa memakai sarung tangan. Adakah pekerjaan saya haram dan saya perlu mencari kerja lain?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum wbt. saya Mardhiatul Syuhada binti Mustapa ingin mengajukan dua soalan:


1) Apakah hukum sekiranya kita bekerja sebagai pemandu lori untuk sebuah "supermarket" dan ada sebahagian barangan yang kita bawa adalah barangan/makanan yang tidak halal seperti arak?

 
2) Bagaimana dengan gaji yang kita peroleh dari pekerjaan pemandu lori tersebut, ianya dikira halal atau haram untuk digunakan?

message user image

Assalamualaikum 

Saya mohon penjelasan berkaitan perkara berikut.

Suami saya baharu meninggal dunia pada November yang lepas. Ada 2 kemusykilan berkaitan isu faraid dan harta yang ditinggalkan.

1. Arwah telah menghibahkan rumah yang disewakan kepada anak kami yang masih di bawah umur. Saya adalah wasi kepada harta tersebut sehingga anak saya cukup umur. Persoalan saya, adakah hasil sewaan tersebut adalah hak anak saya sepenuhnya atau saya sebagai pemegang amanah, boleh menggunakan duit sewaan tersebut untuk menampung perbelanjaan harian anak saya yang menerima hibah, termasuk saya dan anak-anak yang lain? Untuk makluman, rumah tersebut telah bebas hutang.

 

2. Arwah suami juga telah membuat wasiat bahawa sejumlah dari duit KWSP beliau diinfaqkan kepada seorang individu kurang upaya dan sebuah Maahad Tahfiz. Persoalan saya, adakah saya sebagai pemegang amanah, setelah mengeluarkan duit KWSP, boleh terus tunaikan wasiat tersebut setelah semua hutang piutang diselesaikan walaupun urusan pusaka yang lain masih lagi dalam tindakan pejabat pusaka kecil?  Untuk makluman tuan, urusan pusaka yang lain telah pun difailkan untuk urusan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, soalan saya :

1. Apakah hukum gaji yang saya terima jika penyelia atasan saya claim elaun outstation dan ot secara lebih. Dan jika ianya haram bagaimanakah cara saya menyelesaikannya? Setiap claim dibuat oleh penyelia kumpulan. Saya sebagai orang bawahan dan baru sahaja bekerja 2 bulan di syarikat ini, tidak mampu menegur atau mengubah claim yang telah dibuat.

2. Apakah hukum gaji yang diterima jika kerja yang telah diarahkan seharusnya siap dalam masa 2 hari, tetapi kami telah siapkan dalam masa sehari, lalu penyelia saya tetap claim bayaran untuk 2 hari, sedangkan kami telah siapkan kerja dalam masa sehari.

Mohon perjelaskan agar saya tidak keliru dan termakan hasil yang haram.

message user image

Assalamualaikum ustaz tuan/puan..

Apa hukumnya jika seorang ibu telah berikan harta kepada anak lelaki kemudian ibu (belum meninggal) telah menjual harta tersebut?

message user image

Salam, 

Saya ada pertanyaan mengenai Hutang Lapuk Kad Kredit. Saya pernah berhutang kad kredit lebih kurang 30 tahun yang lalu dengan jumlah pengunaan kad sekitar RM 8000.00 Kerana kurangnya kesedaran akan kepentingan membayar hutang di dalam Islam, saya mengabaikan pembayaran hutang tersebut. 

Alhamdulillah, saya telah pun sedar dan berhasrat untuk membayar hutang tersebut tetapi pihak bank telah pun menyerahkan urusan hutang tersebut kepada agen pengutip hutang yang telah menambah jumlah keseluruhan termasuk bunga berjumlah RM 160,000.00 dan diluar kemampuan saya untuk membayar. 

Menurut undang2 hutang lapuk di Malaysia, saya telah pun melepasi Akta Had Masa iaitu hutang selepas 6 tahun, pihak bank tidak boleh menuntut. Soalan saya :

1) Apakah pandangan Islam mengenai hutang lapuk yang menurut undang2 dunia sudah tidak boleh dituntut?

2) Boleh kah sekiranya saya menyerahkan RM 8000.00 tersebut kepada mana2 rumah anak yatim dengan niat untuk melunas kan hutang saya?

3) Perlukan saya membayar balik RM 160,000 termasuk bunga kepada mana2 rumah anak yatim atau cukur sekadar jumlah sebenar hutang?

Saya berharap pihak tuan/puan dapat membantu saya dalam kemusykilan ini.

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya soalan berkenaan dgn hutang, sebelum itu saya akan menerang kan situasi saya:

Saya mempunyai seorang kawan yang suka mengada adakan hutang kepada orang lain, iaitu dia akan mengajak kami keluar pergi jalan-jalan menggunakan kereta dia (kdg2 dia memaksa), selepas itu dia akan kira berapa jauh kami bawa, tetapi dia mengganda kan hutang tersebut dengan mengikut kepala

Contoh: Gombak - Batu caves = RM 10

2 orang (kalau transport biasa, x kisah berapa orang tetap RM 10)

Tapi dia kira seorang RM 10, so di situ dia untung RM 10, dan dia membuat kerap kali sehingga hutang kami mencecah puluhan ringgit, adakah halal duit yang diterima?

1. Dia membuat orang berhutang dengan nya walaupun dia yg ajak

2. Dia mengganda kan harga tersebut dengan alasan untuk bayar duit minyak

Dan apabila saya hendak bayar, dia tidak mahu terima dan akan tolak duit hutang itu dengan membuat kan saya membayar untuk dia, seperti makanan dan sebagai nya

Itu sahaja soalan saya, saya ingin sedikit pencerahan kerana saya takut kawan saya dan saya sekali bergelumang dalam dosa, wallahu a'lam. Terima kasih dan Assalamualaikum

 

 

message user image

Assalamualaikum..saya bekerja di sebuah syarikat insurans bukan seabagai agent tetapi staff operation..jd saya nak tanya apakah hukum pekerjaan saya adakah halal atau haram disisi agama? Kerana tunang saya merasa was2 dengan sumber pendapatan saya dr pekerjaan ini..

message user image

Assalamualaikum,

Saya merupakan seorang pelajar.

Saya ingin bertanya, saya telah menjual buku digital di sebuah laman jual beli belah atas talian tanpa kebenaran publisher dengan harga yang murah (semuanya buku popular terbitan luar negara-english). Buku yang dijual merupakan buku yang saya dapatkan secara percuma di laman sesawang(private).

Jualan itu lebih kepada service disebabkan saya hanya mengambil harga kurang seringgit untuk satu tajuk buku -lebih kepada upah untuk berkongsi buku tersebut.

Selepas mendapat sedikit keuntungan, saya baru sedar akan hukum menjual tanpa kebenaran publisher. Saya berhenti menjualnya kerana ragu ragu dengan status wang yang diperolehi.

Walau bagaimanapun, saya telah menggunakan semua wang saya perolehi untuk membeli komputer walau masih ragu dengan status wang tersebut.

Akan tetapi selepas beberapa bulan, komputer yang saya beli itu telah rosak. Saya tahu mungkin ini disebabkan saya menggunakan wang yang tidak halal sumbernya.

 

Persoalan saya, apakah yang saya perlu lakukan? Semua wang tersebut telah saya gunakan dan saya masih tiada wang lebihan untuk mengganti balik wang tersebut. Sekiranya saya perlu menggantikan balik wang tersebut, berapa lamakah masa saya boleh ambik untuk menggantikannya(kerana saya masih belajar dan tiada sumber pendapatan tetapi) dan kepada siapa perlu diberikannya? Apakah yang saya perlu lakukan untuk menenangkan diri ini yang tak tenang dengan hasil tindakan sendiri mencari rezeki dengan cara yang haram? Bagaimana ingin meminta keampunan tersebut?

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum w.b.t, Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan,

Saya mempunyai aset kripto yang telah diperoleh sebelum tahun 2020, jadi adakah boleh memperoleh & menggunakan keuntungan penjualan semula aset tersebut pada masa kini kerana nilai mata wang kripto yg telah berubah berdasarkan harga semasa. Mohon pencerahan & pandangan. Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualikum Ustaz,

Saya ingin bertanya tentang status pemberian rumah daripada ayah.

Untuk makluman Ustaz, saya adalah anak bongsu daripada 10 beradik, beza umur saya dengan kakak yang sulung hampir 30 tahun dan beza umur saya dengan kakak (anak no. 9) hampir 10 tahun.

Sebelum ayah meninggal semua adik beradik saya sudah berumah tangga dan masing masing mempunyai rumah sendiri kecuali saya (bujang) yang baru habis belajar and baru mula berkerja.

Ayah telah memberitahu adik beradik saya yang dia memberikan rumahnya kepada saya sekitar tahun 2000 dan pada masa itu tidak ada seorang pun yang menentang dan ada juga yang setuju. Selepas itu geran rumah ditukar keatas nama saya.

Ayah meninggal pada tahun 2002 dan saya telah berpindah kebandar lain atas urusan kerja.

Pada masa ini (setelah 20 tahun), pihak kerajaan berhasrat untuk mengambil kawasan rumah dan tanah untuk membangunkan projek kerajaan. Saya diberi pilihan samada untuk mengambil wang pampasan atau berpindah ke tempat penempatan yang baru.

Setelah mendengar hasrat kerajaan memberi wang pampasan, adik beradik saya hendak menuntut hak mereka.

Saya tidak pasti samada pemberian rumah daripada ayah itu adalah secara hibah atau bukan.

Mohon minta penjelasan daripada Ustaz.

Terima Kasih dan Jazakallah kheir.

message user image

Assalamualaikum..saya mempunyai sebuah premis kedai untuk disewa. Ada individu bukan islam ingin menyewa kedai saya untuk dijadikan kedai makan. Bolehkan saya memberi sewa kerana pada asasnya kita tahun kedai makan bukan islam sudah tentu ada makanan seperti khinzir atau arak. Atau kita tidak perlu ambil tahu apa yang diniagakan oleh penyewa dan memberi sewa kepada beliau. Haram atau tidak pendapatan sewaan tersebut.

message user image

Assalamualaikum,

Saya sekarang bekerja sebagai jurutera perisian (Software Engineer) di bawah syarikat yang menyediakan servis pembangunan perisian untuk syarikat insurans. Projek yang saya terlibat sekarang menyediakan khidmat pembangunan, penyelenggaraan & penambahbaikan kepada portal-portal insurans syarikat yang bernama Great Eastern. Ada 3 portal insurans syarikat tersebut yang kami dipertanggungjawabkan, iaitu Portal Insurans Singapura, Portal Insurans Malaysia & Portal Insurans Takaful. Baru-baru ini saya diberitahu bahawa insurans jenis konvensional adalah haram. Jadi soalan saya, haramkan perkerjaan saya? Wajibkah saya mencari kerja lain?

Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Saya kini berhutang bank dengan kaedah konvensional. Saya tak berapa faham konsep hutang konvensional dan syariah, membuatkan saya tersilap langkah berhutang dengan kaedah riba.

Soalan saya, memandangkan saya tiada simpanan yang cukup untuk selesaikan hutang riba ini secepat mungkin, adakah perlu/wajib saya mohon pinjaman syariah hanya untuk membayar terus hutang konvensional saya? Risau kematian datang awal sebelum saya dapat selesaikan dosa hutang yang nabi isytihar perang.

Terima kasih..

message user image

Assalammualaikum.

Saya ada beberapa soalan, maaf jika panjang, saya cuba pendekkan.

  1. Contoh ada jualan NFT untuk miliki 5 set gambar digital dalam satu pek. Gambar yang diberi adalah secara rawak. Set penuh mungkin ada dalam 100 gambar digital NFT. Adakah belian ini di anggap judi?
  2. Berkaitan dengan soalan 1. Setiap belian pek itu, akan ada kemungkinan pembeli dapat menang satu gambar itu secara fizikal. Maknanya 5 gambar digital dan 1 gambar fizikal. Adakah ini judi juga?
  3. Jika saya membeli barang dari seseorang yang dapat barang tersebut dari perjudian (bukan curi), apakah hukumnya?
  4. Berkait soalan nombor 3.Jika haram, apakah solusi terbaik, kerana pada masa saya beli tu saya tak sedar apakah hukumnya. Dan barang di beli tu mahal dan sebenarnya nak digunakan untuk berniaga.
  5. Saya tinggal di kawasan bersempadan negeri, perlukah saya tanya soalan ni kepada mufti negeri lagi satu juga?

Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ada sedikit pertanyaan. Apakah hukum menggunakan percubaan premium akaun Youtube secara berterusan? Setiap kali percubaan percuma  selama satu bulan itu tamat, kita perlu membayarnya untuk meneruskan manfaat tersebut. Namun demikian, saya tidak membayar, sebaliknya akan membuat akaun baharu untuk  terus mendapat manfaat dari percubaan premium tersebut. Mohon soalan saya dapat dijawab dengan jelas

message user image

Assalamualaikum.

Bagaimanakah pelaksanaan akad muamalat oleh golongan orang kelaian upaya(OKU)

*Buta Bisu atau kecacatan lain.

 

message user image

Assalamualaikum tuan..

Mohon pencerahan mengenai wakaf.

Sekira masjid ingin membuat wakaf tentang tanaman Sawit, adakah kos upah dibenarkan dalam pengiraan wakaf tersebut. 

contoh:

Tebang pokok (jentera berat), Anak sawit, upah meracun, baja, dan upah membaja dan menanam anak sawit

message user image

Assalamualaikum tuan..

Mohon pencerahan mengenai wakaf.

Sekira masjid ingin membuat wakaf tentang tanaman Sawit, adakah kos upah dibenarkan dalam pengiraan wakaf tersebut. 

contoh:

Tebang pokok (jentera berat), Anak sawit, upah meracun, baja, dan upah membaja dan menanam anak sawit

message user image

Assalamualikum ustaz,

Saya Ingin bertanya saya ada memohon line hp berbil lebih kurang 5 tahun lepas sebanyak rm87.00 apabila saya nk membayar syarikat tersebut dah ditamatkan tidak ujud lagi.

Adakah saya dikira berhutang ,Saya Mohon dapatkan perjelasan dari ustaz  macamana saya nk membayar hutang tersebut dan kemana hendak disalurkan.

Sekian terima Kasih.

message user image

salam. apa hukumnya seorang pelajar bujang menggunakan duit geran khas prihatin daripada kerajaan yang pada asalnya bertujuan untuk menjadi modal perniagaan bagi membantu rakyat,tetapi pelajar tersebut menggunakan wang itu untuk keperluan kehidupan seperti membayar sewa rumah & mengisi petrol dan tidak membuat sebarang urusniaga menggunakan duit itu?

 

Dan apa sepatutnya pelajar tersebut lakukan dengan duit tersebut  jika tidak ada masa untuk melakukan urusniaga kerana sibuk dengan pelajaran?

message user image

Assalammualaikum 

saya ingin bertanya tentang faraid. Saya telah dapat sijil faraid untuk duit simpanan asb arwah ibu saya.

kemudian baru saya tahu ada lagi wang tunai ibu saya yg belum difaraid. Bolehkah saya buat pembahagian wang tersebut kepada waris berpandukan sijil fraid yg sedia ada? Atau saya perlu mohon sijil faraid yg baru,

Harap dapat penjelasan dari pihak tuan. Terima kasih.

message user image

Salam ustaz,

Saya nak tanya. Apa perlu sy buat sekiranya telah terguna duit harta pusaka arwah ayah sebelum dibahagikan. Dan skrg sy tiada duit utk membayarnya semula. 

message user image

 

Assalamualaikum Ustaz,

 

Saya Kamila. 

Kakak saya kerja di sebuah warehouse. Salah satu company yg gunakan service mereka adalah company yg melibatkan arak. Guna utk simpan brg sat, pastu depa ambik blk.

Kakak saya kerja sbg kerani. Dia antara kerani yg uruskan surat incoming & outgoing brg. 

 

Soalan:

1- Adakah kerja kakak saya tu halal @ haram?

2- Adakah tergolong dlm 10 golongan yg dilaknat Allah yg berkaitan arak? 

3- Kakak saya sara family kami. Adakah duit yg kami guna semua tu halal @ haram?

4- Sekiranya haram, adakah pakaian, makanan & semua benda yg dibeli dr duit gaji akak saya tu haram?

Saya check kat internet, saya jumpa jwpan ni kat link mufti. Ada pendpt kata haram, ada yg harus. 

 https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3950-al-kafi-1508-hukum-bekerja-di-syarikat-pengeposan-yang-melibatkan-penghantaran-arak

Mohon sgt supaya Ustaz bg jwpan utk soalan2 saya. 

Terima kasih

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum ss, saya ingin dapat penjelasan kes berikut mengenai sewa tanah.satu syarikat nak sewa tanah saya 8k sebulan. pehak yang mengurus sewaan telah meawarkan khidmat utk mengurus semua urusan sewaan bagi pehak tuan tanah. pehak yang mengurus minta izin tanpa paksaan, dpd tuan tanah utk "markup" harga sewaan kpd 10k. tuan tanah dbayar 8k dan yg mengurus  2k. soalannya bolehkah sewaan ini sya teruskan.mohon panjelasan dari perspektif muamalat islam.  harap dapat jawapan kadar segera.tkasih mohon maaf.

message user image

Assalamualaikum wbt..,

Saya ingin bertanya mengenai isu jika kita hendak membeli kereta dengan membuat pinjaman loan di bank adakah itu termasuk dalam kategori riba? Hal ini kerana sebagai rakyat yang bertaraf b40 memang tidak mampu untuk membeli kereta secara cash. Jadi adakah loan di bank konvensional dan bank islamik sama sahaja? Dua dua akan menjuruskan ke arah riba? Dan macam mana konsep riba dalam urusan jual beli kereta/ rumah? 
Saya dalam dilema dan buntu..harap pihak mufti ada jawapan untuk ini. 
Terima kasih.

message user image

asalamualaikum..sy hasan ..sy seorang trader  emas yg menguna Platform metatrader 4 untuk melakukan transaksi ..soalan sy apakah hukum jual beli emas atau lebih di kenali sbgai xauusd di dlm platform metatrader4 .

terima kasih 

message user image

ust, jual beli akaun game genshin impact halal atau tidak?  Kalau saya dapati haram. Boleh tak saya ambil duit modal yang saya guna untuk beli akaun tu dan barang dalam akaun tu dulu melalui jual semula akaun tu. Untung selebihnya saya guna untuk orang awam. Boleh tak ust?

message user image

Assalamualaikum ustaz,

 

Pakcik saya berhutang dengan ibu saya sebanyak rm15,000 kerana dia ingin membeli rumah ibu saya ketika itu atas dasar kasih sayang ingin membantu pakcik yang tiada rumah (tiada agreement, hanya cakap mulut di hadapan arwah tok saya).

 

Setelah beberapa tahun meminta, kami tetap tak dapat wang tersebut. Malah, pakcik saya siap renovate rumah tersebut guna KWSP. Sekarang ibu sudah tua, dan market value rumah tersebut sudah memcecah lebih rm300,000. Bolehkah kami jual rumah tersebut? Kerana nak guna wang tersebut utk ibu saya naik haji dan belanja hari tua beliau? Kami dah tak boleh beri masa lagi pada pakcik kerana dah berpuluh tahun beri muka. 

 

Harap ustaz dapat balas pertanyaan saya (melalui email/call/video youtube), sebab saya tak mahu hubungan sesama keluarga kami rosak dan ibu berkecil hati sampai hayatnya jika masalah ini tak selesai.

message user image

Salam.  

Saya nak bertanya hukum tentang penggunaan duit yg Haram untuk dibuat modal perniagaan yg halal adakah duit Dari hasil perniagaan yg halal tersebut turut menjadi Haram 

Contoh saya ada bermain forex 

Kemudia hasil duit tersebut saya menjalankan perniagaan kedai emas. Adakah hasil saya berniaga emas ini turut haram.t.kasih

 

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Saya membayar untuk menyertai satu program Raisefund bagi menubuhkan kedai grocer patuh syariah dan saya telah memperkenalkan program ini kepada rakan-rakan saya supaya lebih banyak cawangan dapat di buka dan jenama lebih kukuh. Akhirnya kami di dapati telah di tipu dan saya ingin tahu, adakah saya perlu membayar gantirugi kepada rakan-rakan saya sedangkan saya juga telah di tipu. Mohon penjelasan.

message user image

Assalamualaikum....ayah saya meninggal dunia n mak saya telah bercerai ngn arwah dh bertahun2... N arwah ayah kahwin dua lagi slpas bercerai n meninggalkan anak dari mak saya 9.. dari isteri no satu 6..n isteri no 2..dua orang anak....n ayah saya tinggal bnyak harta...adakah saya n adik beradik saya berhak menerima harta pusaka arwah ayah saya .. walaupun arwah ayah n mak dh lama bercerai

message user image

Assalamualaikum Encik/Cik/Tuan/Puan/Dato/Datin,

saya ada pertanyaan berkaitan penghantar makanan (grab),

 

Saya ada menghantar makanan ke cust berjumlah RM20 dari kedai halal tomyam , tetapi cust tersebut tidak dapat dihubungi, dan kemudian saya telah hubungi pihak grab, dan pihak grab telah refund RM20 kepada saya dan grab minta untuk melupuskan makanan berkenaan,

 

Persoalan,

 

1) Apa Hukumnya, jika saya makan makanan yang diarahkan untuk dilupuskan? atas sebab membazir. sedangkan saya telah pun dapat duit refund

 

2) Jika makanan berkenaan jatuh hukum haram, bolehkah saya sedekah kepada orang miskin,? atas sebab membazir

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya... Apakah hukum hasil komisyen yang diperoleh oleh ejen hartanah sekiranya client atau pembeli rumah yg ejen hartanah ini uruskan menggunakan pinjaman bank konvensional yang menggunakan sistem riba? Kerana terdapat hadis nabi yang mengatakan nabi melaknat orang yg memakan riba, orang yg memberi riba, saksinya dan penulisnya... Adakah dalam situasi ini ejen hartanah tergolong dlm golongan penulis itu? seperti yang dinyatakan dalam hadis nabi tersebut...

message user image

Assalamualaikum.

Soalan saya:

Apakah hukum, blik yang diwakafkan untuk perpustakaan, setelah beberapa tahun buku2 dipindahkan dan bilik itu dijadikan  bilik tidur.

Wassalam.

message user image

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya bekerja sebagai seorang pembantu akaun di salah sebuah syarikat pemasaran. Syarikat ini menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengelola pameran dan roadshow pelbagai jenama dari pelbagai industri seperti kereta dan baverages untuk mendapatkan keuntungan. Kemusykilan yang saya hadapi adalah:

1. Apakah haram hasil rezeki saya apabila syarikat tersebut membuat kerja pemasaran untuk syarikat yang mengeluarkan arak? 

2. Boleh ke kalau saya membayar zakat terhadap gaji bulanan saya untuk tujuan pembersihan harta? Berapa banyak yang perlu saya zakatkan dari hasil gaji saya tersebut?

3. Perlukah saya menukar pekerjaan?

Mohon penjelasan. Sekian terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum WBT,

Ibu saya sudah meninggal dunia dan ada mewarisi harta pusaka bernilai rm25,000.00 setelah dijual. Saya bertiga beradik. Saya kakak sulung, ada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Adik lelaki saya masih hidup. Adik perempuan saya sudah meninggal dunia terlebih dahulu daripada ibu saya dan adik perempuan saya ini meninggalkan seorang anak lelaki yang sudah dewasa.

Pertanyaan saya adalah apakah anak lelaki kepada adik perempuan saya ini boleh mendapat hak daripada hasil penjualan harta arwah ibu saya yang bernilai rm25,000.

Adik lelaki saya bersetuju untuk membahagi rm25,000 sama rata dengan saya. Apakah cucu lelaki arwah ibu saya dari adik perempuan saya ada juga hak ke atas rm25,000 tersebut. Kalau ya, berapa rm yang patut dia dapat?

Harap mendapat penjelasan dari pihak tuan.

Terima kasih.

 

 

 

message user image

Adakah dikira riba kalau bayar yuran secara ansuran rm10 sebulan untuk 12 bulan = Rm120.. Tetapi kalau bayar sekali gus rm100. Sahaja..  ( mereka kata Diskaun sebab bayar sekali gus) Mohon Pencerahan.. Terima kasih banyak banyak 

message user image

SAYA INGIN BERTANYA TENTANG WASIAT WAJIBAH.  APAKAH CUCU LELAKI YANG TAK SAH TARAF/ANAK LUAR NIKAH ATAU ANAK ANGKAT KEPADA ANAK PEREMPUAN LAYAK MENDAPAT WASIAT WAJIBAH DARIPADA NENEK. 

message user image

Assalamualaikum Tuan,

Saya bekerja makan gaji. Pekerjaan saya adalah membuat penyelenggaraan atau servis kepada sistem penghawa dingin di bangunan-bangunan dan kilang-kilang.

Persoalan pertama

1) Apakah hukum nya jika saya membuat penyelenggaraan atau servis penghawa dingin di dalam kilang pembuatan arak yang mana kilang tersebut 100% membuat arak sahaja. 

Persoalan kedua

2) Adakah hukum pada persoalan pertama berbeza dengan situasi dimana saya membuat servis penghawa dingin di kedai Speed99 misalnya yang tidak sepenuhnya menjual arak tetapi terdapat barang-barang keperluan yang lain

Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini saya telah dilantik sebagai bendahari untuk unit di tempat kerja saya. Saya ditugaskan untuk mengutip yuran bulanan setiap kakitangan. Akaun bank yang digunakan ialah akaun bank atas nama saya sendiri. Oleh itu, segala duit simpanan saya telah dipindahkan ke akaun bank yang lain, bagi bertujuan mengkhaskan akaun bank tersebut digunakan untuk transaksi keluar masuk wang kutipan tersebut. Persoalannya, bolehkah saya menyimpan wang kutipan unit itu ke tempat pelaburan, dan cukup tahun, hasil dividen itu saya yang ambil tanpa mengambil sedikit pun duit kutipan itu. Contohnya: jumlah kutipan rm2000, saya menyimpan rm1000 di pelaburan ASB. Cukup setahun edaran dividien 5% (rm50) itu saya ambil tanpa mengambil duit yang dilaburkan (rm1000) tersebut. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.. saya mahu bertanya soalan berkaitan faraid. 

Saya ada 12 beradik, ibu kami tinggalkan sebidang tanah. Ayah sudah lama meninggal.  Sepanjang 10 tahun ibu saya sakit terlantar, saya yang menjaga ibu. Abang saya yg sulong pernah bergaduh dgn ibu bapa kami dulu dan tidak pernah dtg meminta maaf kepada ibu bapa kami. Ibu saya pernah menyebut bahawa, abang sy ni anak derhaka dan jika dia sudah tiada, jgn berikan tanah ibu kepada dia kerana dia telah melarikan bnyk harta arwah ayah sehingga kami sekeluarga tiada wang setelah peninggalan ayah. Soalannya, adakah salah jika kami bahagikan tanah ibu tanpa melibatkan abang sulong mengikut pesanan ibu?

message user image

Assalamualaikum..

Soalan saya :

Semasa kematian ayah dan ibu saya, pihak majikan saya telah beri wang sumbangan termasuk wang sumbangan dari badan kebajikan yang saya sebagai ahlinya.

Adakah wang sumbangan tersebut merupakan harta pusaka yang perlu di faraidkan atau saya boleh gunakan untuk urusan saya memandangkan urusan pengkebumian dan sebagainya menggunakan wang dari sumber lain.

Penjelasan dari pihak tuan amat saya hargai.

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum tuan, 

Saya mohon pandangan tentang kemusykilan berikut:

Kira-kira 25 tahun lalu saya membeli sebuah rumah, tetapi dengan pembiayaan jenis riba drpd bank MBSB. Bank itu tidak menawarkan pembiayaan Islamik pada masa itu. Pada masa itu saya masih jahil tentang hukum agama dan dosa riba, serta kurang ilmu tentang pembiayaan Islamik. Pada masa itu pembiayaan Islamik yg ada hanya drpd bank Islam dan ansuran bulanannya lebih tinggi berbanding pembiayaan konvensional. Beberapa tahun kemudian saya berkahwin dan berhenti kerja menjadi suri rumah. Oleh sebab tiada pendapatan tetap agak sukar untuk saya refinance rumah itu semula menggunakan pembiayaan islamik. Saya tidak mahu membebankan suami saya yg mempunyai komitment hutang yg tinggi.

Namun, kira-kira 5 tahun yg lalu skim pembiayaan riba itu (bank MBSB) telah diubah secara automatik oleh bank itu menjadi pembiayaan Islamik. Kini rumah itu telah habis dibayar dan saya tidak tinggal di sana. Ia disewakan.

Saya juga sudah memahami hukuman ke atas riba, dan saya sangat-sangat menyesal, bertaubat dan tidak mahu melibatkan diri dgn pinjaman riba lagi.

Oleh itu, apakah yg patut saya buat dgn pembiayaan riba (iaitu interest atau bunga pinjaman) yg telah saya bayar pada masa lalu? Adakah saya perlu membayarnya semula dan bagaimana?

Mohon pencerahan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yg benar

Nor Azila

message user image

Assalamualaikum.

Saya ada rumah untuk disewa. Ada sebuah keluarga India berminat untuk menyewa. Dia berhadrat untuk menjual bunga depan rumah. Sepwrti diketahui kegunaan bunga pelbagai, termasuk bunga untuk hadiah, konvo, perkahwinan, bunga gelung di tengkuk, juga bunga yg di letak di keranda. Setahu saya, bunga sekadar hiasan tanpa pemujaan.

Soalan saya adakah dibenarkan untuk saya menyewa rumah ini.

Terima kasih

Hamidi Abdul Aziz

0125082880

message user image

Assalamualaikum Ustaz

 

Persoalan berkenaan Zakat Pendapatan.

Salah 1 syarat adalah cukuk Haul 12 bulan qamariyah.

Saya pohon jelaskan maksud cukup haul ini Ustaz. Adakah duit gaji atau pendapatan itu yang sudah cukup hisab harus berada dalam pegangan kita selama 12 bulan tanpa dibelanjakan. Atau, jika duit gaji itu telah dibelanjakan dikira tiada dalam simpanan atau pegangan kita selama 12 bulan. Contoh gaji RM5,000. Jika kita dapat simpan 2,000 dari gaji ini setiap bulan baru dikira cukup haul. Atau, tidak ambil kira jumlah gaji yang kita simpan. Cukup sekadar kira jumlah gaji ditolak segala belanja baru di darab dengan 12 bulan. Adakah ini cara kiraan haul tersebut.

 

Terima kasih Ustaz

message user image

Assalamualikum.. saya nak tanya,jika seorang ayah tidak cukup wang lalu meminjam duit anak nya,dan duit yang dipinjam itu hendak diganti dengan cara membuat bayaran insurans/hibah atas nama anaknya itu... boleh atau tidak? atau tetap juga kena bayar amount yang di pinjam tu juga? 

message user image

Perihal Harta Pusaka 

Abang saya  meninggal  pada 2010 dan meninggalkan seorang isteri dan 3 anak. (2 lelaki 1 perempuan). Emak masih hidup.  

Abg saya ada meninggalkan harta boleh alih seperti wang simpanan dan tak boleh alih seperti rumah. Harta boleh alih seperti wang simpanan telah dibahagikan mengikut faraid seperti mana yang ditetapkan untuk emak,ayah serta isteri dan anak2nya. (selesai pada 2012 mengikut jumlah masing-masing)

Bagi harta tak boleh alih adalah seperti rumah. ( Rumah tersebut isteri beliau sebagai pemegang amanah sehingga anak2 arwah berumur 18tahun baru boleh dipindah milik kepada anaknya.) Arwah memiliki 3 unit rumah yang disewakan. 

Kemuskilan :

Duit sewa rumah yang terkumpul setelah kematian arwah abang saya pada 2010 hingga 2022 katakan ada rm50,000.00. Duit tersebut saya berikan kepada anak-anaknya dengan sama rata rm16,666.00 seorang baik lelaki dan perempuan dengan persetujuan isteri beliau. Adakah betul cara ini atau sebahagian duit sewa tersebut ada bahagian untuk emak yang masih hidup.

Sekian.terima kasih.

message user image

Assalamualaikum

Saya mempunyai hutang berjadual dan tidak berjadual dengan pihak bank dan orang perseorangan. Niat untuk membayar segala hutang selalu ada, tetapi duit gaji selalu tidak mencukupi untuk perbelanjaan seisi rumah. Adakah saya wajib menjual aset tanah yang disimpan terbiar bagi menyelesaikan segala hutang atau mengusahakan tanah tersebut bagi membayar hutang sedikit demi sedikit. Saya memohon pencerahan dari segi syariat islam berhubung perkara hutang ini yang telah membelenggu pemikiran saya setelah sekian lama.

message user image

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah....saya dijaga oleh 2 org mak saudara sejak kecik,dan salah seorng dr mak saudara tu juga menjadi mak angkat saya.kedua2 mak saudara saya ni tak berkahwin dan tidak mempunyai anak.namun masih mempunyai adik beradik kandung yang punya kehidupan masing2 termasuk mak kandung saya.3 tahun lepas,mak saudara yg menjaga saya meninggal dunia dan telah meninggalkan satu surat wasiat yg mengatakan semua hartanya di serahkan kepada saya .bersamaan surat wasiat tersebut,terdapat satu surat persetujuan adik beradik arwah yg lain mengenai harta wasiat tersebut.dan sehingga hari ini,sya menggunakan harta itu sebaiknya.kerisauan sya mengenai status harta yg di wasiatkan ini....apa ianya benar2 halal utk sya dan anak2 sya.malah,mak angkat sya juga pernah berkata yg beliau juga akan melakukan hal yg sama berkenaan harta peninggalan nya kelak.sya pernah bertanya kalau dia mahu memberi hartanya kepada adik beradik nya yg masih hidup,tp,beliau menegaskan yg hartanya hanya akan dberikan kepada sya,Dan beliau mengharamkan utk dberi selain dr sya....bantu pencerahannya Ustaz Ustazah...sya merasa risau dan merasa tidak layak utk semua pemberian ini....terima kasih Ustaz Ustazah...

message user image

Assalamualaikum, disini saya ingin bertanya berkenaan wang yang asalnya dari sumber yang tidak baik ketika saya buat kerja servis topup, melalui bank akaun wang tu masuk. Tapi sebelum tu saya tak tahu wang tu tujuannya dari benda yang tidak baik. Ketika saya sudah dapat tahu status duit itu, ada lagi duit dari sumber yang sama masih masuk ke dalam bank akaun saya. Jadi saya was-was untuk jadikan duit itu sebagai wang derma, kalau tak boleh untuk derma, apa yang saya boleh lakukan? Bolehkah saya guna wnang itu sebagai wang harian walaupun bukan wang saya? Wang tu dah 3 tahun duduk dalam bank akaun saya, nak pulangkan balik ke orang yang sebelumnya, saya tak mahir.. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.

 

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana penulisan yang panjang ini. Soalan saya berdasarkan hobi yang saya ceburi. Baru-baru ini Hot Wheels telah memperkenalkan dan menjalankan jualan pek Hot Wheels NFT(non-fungible token). Pek Hot Wheels NFT boleh dibeli di laman web Hot Wheels. Proses pembelian pek Hot Wheels NFT adalah seperti berikut :

 

  1. Para pembeli dikenakan bayaran USD25 untuk 1 pek Hot Wheels NFT. 
  2. Di dalam pek NFT ini, pembeli akan diberikan 7 keping NFT. 
  3. 6 keping NFT adalah dijamin sebagai NFT digital(kekal di alam maya). Untuk NFT ke 7 pula, jika pembeli bertuah, pembeli berpeluang untuk mendapatkan kereta Hot Wheels NFT fizikal. Jika tidak bertuah, NFT ke 7 juga masih kekal sebagai NFT digital.
  4. Untuk pembeli yang tidak bertuah, jika mereka dapat mengumpulkan sejumlah 19 - 20 keping NFT digital, mereka boleh menebus kereta Hot Wheels NFT fizikal.

 

 

Kebiasaannya, para pembeli akan membeli pek untuk mendapatkan kereta Hot Wheels NFT fizikal untuk dijual dengan harga berlipat kali ganda hingga mencecah ribuan ringgit. Hal ini juga membuatkan para pembeli membeli lebih dari 1 pek Hot Wheels NFT agar meningkatkan peluang mendapatkan kereta Hot Wheels NFT fizikal.

 

Soalan saya :

  1. Apakah hukum membeli pek Hot Wheels NFT?
  2. Berkait jawapan no. 1, Apakah hukum jika membeli kereta Hot Wheels NFT fizikal dari penjual yang memperolehinya selepas dia melalui proses pembelian pek NFT tersebut?
  3. Terdapat laman web pihak ketiga yang menjual kereta Hot Wheels NFT fizikal dan ianya dijual dengan harga yang berlipat kali ganda. Apakah hukum jika membeli dari laman web pihak ketiga ini tanpa mengetahui bagaimana proses mereka memiliki kereta Hot Wheels tersebut?

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,

 

Saya ingin bertanya berkaitan perkara/situasi berikut:

 

Saya mempunyai adik ipar kategori OKU (down syndrome).  Umurnya sekarang dalam 40an dan dijaga oleh abang ipar saya (mereka adalah adik beradik).  Setelah kematian mentua, adik ipar ni menerima pencen terbitan arwah ibunya tadi.  Oleh kerana adik ni tidak pandai menguruskan akaun sendiri, maka satu akaun telah dibuka atas nama abang ipar (saya tak pasti adakah akaun bersama atau mcm mana).  Betul atau tidak jika saya katakan abang ipar ni merupakan pemegang amanah ke atas akaun (duit pencen terbitan tersebut) ustaz?  Bolehkah sekiranya duit itu digunakan oleh abang ipar saya untuk kegunaan dia dalam menyara keluarga dan sebagainya?  Boleh ustaz huraikan atau jelaskan pengurusan amanah ini sepatutnya diuruskan.

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz .. saya ingin bertanya, saya anak angkat lelaki tunggal tiada adik beradik lain, dan mak angkat saya sudah mewasiatkan harta rumah atas nama saya.. dan sekarang adakah mak  saya perlu membuat hibah ? Adakah dengan mewasiatkan sahaja adik beradik sebelah mak atau ayah tidak boleh tuntut .. beri penjelasan ye ustaz . Terima kasih .. assalamualaikum wbt ..

message user image

Assalamualaikum wbt. Kepada kakitangan pejabat mufti yang saya kasihi. 

Saya mempunyai soalan berkait keadaan di bawah.

Satu pihak menganjurkan pertandingan kepada beberapa buah sekolah dibawah pentadbirannya. Setiap murid yang ada di sekolah terbabit perlu membuat pembayaran kepada pihak penganjur tidak terhad kepada murid yang terlibat di dalam pertandingan sahaja. Bayaran tersebut diambil daripada yuran kokorikulum @ yuran lain2 yang telah dibayar pelajar-pelajar tersebut ketika mereka membuat pendaftaran masuk awal tahun. 

Sebagai contoh, setiap murid perlu membuat bayaran RM5.00. Sekolah A mempunyai keseluruhan murid seramai 250 orang, maka bayaran yang perlu dibuat adalah 250 x Rm 5 = Rm 1,250. Sekolah B mempunyai murid seramai 500 orang, pembayaran yang perlu dibuat adalah 500 x Rm 5 = Rm 2,500 dan begitulah seterusnya pembayaran yang wajib dibuat untuk semua sekolah dibawah pentadbiran penganjur. 

Soalan:

1. Apakah hukum keadaan di atas ?

2. Andai dibolehkan atas faktor ia adalah wang pengurusan, adakah pembelian hadiah kepada pemenang dikira juga sebagai pengurusan ?

3. Saya melihat berlaku ketidakadilan kepada pelajar-pelajar yang tidak turut serta di dalam pertandingan, sedangkan mereka langsung tidak terlibat dalam pertandingan dan sepatutnya wang itu boleh digunakan untuk program-program yang lebih bermanfaat kepada pelajar. Minta pandangan adakah pendapat saya ini benar atau tidak ? 

Terima Kasih Kepada Pihak Mufti. 

message user image

Assalamu alaikum. Tuan/Puan.

Untuk pengenalan, Syarikat kami menyediakan perkhidmatan dan menjual bingkai islamik seperti Allah Muhammad, ayatul kursi, ayat 1000 dinar. Dalam beberapa bulan yang lalu, ada individu telah mengambil rekaan bingkai 'design' kami , dan telah menciplak karya kami, bawa ke negara china, copy design kami dan jual secara meluas di sini. Walaupun Design kami belum di 'pattern' kan lagi, adakah wajar tindakan individu yang menciplak design kami dan menjual untuk keuntungan sendiri.

 

Soalan saya,

Apakah hukum terhadap orang yang telah menciplak design saya?

Apakah hukum terhadap orang yang menjual design ciplak saya?

Apakah hukum terhadap orang yang membeli design ciplak saya?

 

Terima Kasih Tuan/Puan

message user image

Salam ustaz. Saya ada soalan. Mengenai kerjaya saya sekarang. Sekarang ni saya kerja bawah satu projek iaitu projek apps food delivery. Pekerjaan saya sebagai content moderator yg melibatkan filter data- data dari pihak food felivery tersebut. Jadi tugas saya samada kena approve atau reject sesetangah data data dari Merchant. Ramai tahu bahawa food delivery bukan cover merchant atau vendor-vendor Muslim sahaja, tetapi akan cover non muslim vendor juga. Jadi, selain menyemak makanan Halal dan barang barangan yang dijual di vendor tertentu, dalam policy food delivery di Malaysia,  kami juga perlu meluluskan menu dan gambar serta melabel alkohol untuk dijual di kedai-kedai yang berdaftar di dalam sistem syarikat penghantaran makanan yg saya bekerja. Kemudian, akan ada beberapa pihak lain akan meneliti dan menyemak semula kerja-kerja kami selepas review data tersebut. Soalan saya, adakah pekerjaan saya terlibat dalam 10 golongan yg melibatkan arak? Jadi buat masa skrg saya masih belum buat apa-apa review mengenai alkohol. Sekian.

 

Saya harap info yg saya share di atas perlu dirahsiakan atas sebab2 tertentu (company policy). Terima kasih ustaz. Dan saya harap soalan saya tidak terlalu rumit. Jazakallahukhair

message user image

Assalamualaikum, saya nak bertanya jika pernah membuat pinjaman ptptn tapi tidak berkemampuan untuk bayar kerana berkahwin dan tidak bekerja. Suami juga gaji cukup untuk tampung kehidupan, adakah andai saya mati nanti roh saya akan tergantung kerana gagal melunaskan hutang dan adakah dosa sy akn diampun? 

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t, 

Seorang anak lelaki mempunyai dua hutang dengan ibunya. Nilai kedua-dua hutang tersebut semasa pemergian arwah si ibu adalah serupa.

Hutang pertama berkaitan dengan rumah: Si ibu bersetuju membayarkan harga sebuah rumah buat anak lelakinya dan si anak akan diberi pemilikan penuh terhadap rumah tersebut dengan syarat si anak membayar semula harga rumah tersebut secara menyeluruh. Jika si anak gagal berbuat demikian, si ibu telah menyuruh si anak berkongsi rumah tersebut dengan kakaknya. 

Hutang kedua pula berkaitan dengan kereta. Dalam kes ini, si anak telah melangsaikan hutang tersebut semasa si ibu masih hidup. Saya difahamkan si ibu juga menganggap si anak membayar hutang kereta dan bukannya hutang rumah.

Selepas pemergian si ibu, keseluruhan ahli waris berbincang tentang hal faraid. Mereka menganggap rumah tersebut masih dikira harta si ibu. Menurut perjanjian, si anak perlu berkongsi rumah tersebut dengan kakaknya. Walaubagaimanapun, si anak mengatakan bahawa hutang kereta yang dia bayar kepada ibunya boleh ditukar menjadi hutang rumah kerana nilai hutang adalah serupa. Jadi si anak menganggap hutang rumah telah selesai dan hutang yang tinggal adalah hutang kereta pula. 

Persoalannya, si ibu sebagai pemberi hutang telah meninggal dunia. Adakah perbuatan si anak ini dibenarkan di sisi syarak? Mohon pandangan Mufti, terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t, 

Seorang anak lelaki mempunyai dua hutang dengan ibunya. Nilai kedua-dua hutang tersebut semasa pemergian arwah si ibu adalah serupa.

Hutang pertama berkaitan dengan rumah: Si ibu bersetuju membayarkan harga sebuah rumah buat anak lelakinya dan si anak akan diberi pemilikan penuh terhadap rumah tersebut dengan syarat si anak membayar semula harga rumah tersebut secara menyeluruh. Jika si anak gagal berbuat demikian, si ibu telah menyuruh si anak berkongsi rumah tersebut dengan kakaknya. 

Hutang kedua pula berkaitan dengan kereta. Dalam kes ini, si anak telah melangsaikan hutang tersebut semasa si ibu masih hidup. Saya difahamkan si ibu juga menganggap si anak membayar hutang kereta dan bukannya hutang rumah.

Selepas pemergian si ibu, keseluruhan ahli waris berbincang tentang hal faraid. Mereka menganggap rumah tersebut masih dikira harta si ibu. Menurut perjanjian, si anak perlu berkongsi rumah tersebut dengan kakaknya. Walaubagaimanapun, si anak mengatakan bahawa hutang kereta yang dia bayar kepada ibunya boleh ditukar menjadi hutang rumah kerana nilai hutang adalah serupa. Jadi si anak menganggap hutang rumah telah selesai dan hutang yang tinggal adalah hutang kereta pula. 

Persoalannya, si ibu sebagai pemberi hutang telah meninggal dunia. Adakah perbuatan si anak ini dibenarkan di sisi syarak? Mohon pandangan Mufti, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum w.b.t. Baru2 ini saya ada melihat video dimana pelanggan datang ke kedai makan sambil membuat video. Setelah selesai makan, pelanggan tersebut enggan membayar malah menyuruh kedai tersebut untuk membayar sejumlah wang kepadanya atas sebab beliau telah membuat review kedai tersebut. Pada awalnya pihak kedai tersebut enggan membayar kerana pelanggan tersebut tidak dijemput untuk melakukan sebarang review dan tiada persetujuan terdahulu dilakukan sebelum beliau datang ke kedai makan itu. Namun, setelah diasak beberapa kali oleh pelanggan, pihak kedai akur untuk membayar pelanggan tersebut. Soalan saya, apakah hukum mengambil duit tersebut dan menjadikan kegiatan ini sebagai salah satu punca cari rezeki?

message user image

Assalamualaikum, baru-baru ini timbul pergaduhan mengenai servis pemindahan Wang, adakah dikira sebagai riba' atau tidak? Sebagai contoh si A mengalami masalah pengeluaran wang dan menggunakan servis dari B. Telah dinyatakan dari awal servis ini akan dikenakan sebanyak RMX.00 dan dipersetujui oleh dua pihak, adakah ianya masih dikategorikan sebagai riba' kerana dua nilai Wang yang tidak sama walaupun telah ada persetujuan di antara penjual dan pembeli ?

 

message user image

1. Bolekah kita rebranding barang, seperti ada satu company ni die ambik inspirasi bau minyak wangi brand lain lepastu die letak pada produk dia( jenama dia) adakah ini dibenarkan ? 

Contoh seperti brand yang tengah up iaitu szindore

 

message user image

Assalammualaikum Tuan,

Saya ada pertanyaan berkaitan kutipan khairat kematian oleh Masjid atau Surau di kawasan saya.

Baru-baru ini, ada isu berkaitan pembayaran tahunan khairat kematian di kawasan saya. Apa yang berlaku, keluarga arwah dikatakan tertunggak bayaran tahun dan tetapi bayaran khairat pada tahun arwah meninggal ada dijelaskan sebelum arwah meninggal. 
 

Persoalan yang berbangkit adalah, adakah wajib untuk keluarga menjelaskan jika tertunggak bayaran khairat untuk tahun-tahun yg lepas? Adakah ini dikira sebagai wajib atau sunat untuk dijelaskan? 
 

Soalan kedua, katakan saya dah pindah dari kawasan A selama 10 tahun dan kembali tinggal ke kawasan A semula, adakah diwajibkan saya untuk membayar 10 tahun khairat kematian dari saya pindah dan kembali?

 

Diharap dapat penjelasan mutlak dari pihak tuan berkaitan isu diatas. 
 

Terima kasih.

message user image

Assalammualaikum,

Saya ingin bertanya berkaitan pajak gadai emas.

 

Contoh situasi seperti berikut;

1. Ali ada duit RM600,000 untuk digunakan sebagai modal perniagaan. Wang tersebut hasil simpanan peribadinya, bukan wang pinjaman.

2. Dengan duit itu, Ali membeli 2KG emas secara tunai dan mengadaikannya beberapa hari selepas itu di pejabat Ar-Rahnu. 

3. Hasil perbincangan, beliau diberi pinjaman sebanyak 90% dari nilai marhun emas tersebut iaitu sekitar RM540,000.

4. Duit hasil gadaian emas tersebut pula, beliau gunakan untuk memulakan perniagaan secara separuh masa.

5. Setiap 10 bulan, Ali akan membayar upah simpan dan memperbaharui tempoh gadaiannya

6. Setelah 5 tahun berniaga, Ali memperoleh keuntungan berlipat kali ganda dari perniagaannya itu.

7. Beliau menebus semula 2KG emas yang telah digadainya sebelum ini dari Pejabat Ar-Rahnu.

8. Emas yang telah beliau tebus itu dijual semula di kedai emas untuk mendapatkan tunai.

9. Secara tidak langsung, beliau bukan sahaja mendapat keuntungan dari perniagaannya itu, bahkan keuntungan dari kenaikan harga emas gadaiannya.

 

Berdasarkan situasi di atas;

Soalan 1 : Apakah hukumnya jika seseorang yang mempunyai wang tunai membeli emas bertujuan untuk dijadikan sebagai sandaran menjalankan perniagaan sahaja atas alasan wang kertas (fiat) ada kadar inflasi tetapi emas tiada? Secara tidak langsung, beliau juga telah menggunakan duit hasil gadaian emas itu sebagai modal pelaburannya.

Soalan 2 : Jika agama tidak melarangnya, bolehkah jika sesebuah syarikat perniagaan menukarkan sebahagian besar tunai dan aset yang mereka miliki kepada emas dan mengadaikan emas tersebut bagi mereka dapatkan semula tunai (melalui pinjaman hasil gadaian) untuk modal perniagaan, pelaburan dan membiayai operasi syarikat?

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,Saya nak tanya berkaitan ehailing, sebagai contoh kite daftar grab dan di beri id Non halal, tetapi kite tidak boleh menukar id tersebut kepada id halal kerana id di beri secara rawak.

Ade pihak yang menawarkan penukaran id Non halal kepada id halal dengan bayaran tertentu,melalui pihak yang tidak di ketahui oleh grab atau ade orang dalam yang bersubahat dengan perbuatan ini.

Soalan saya apakah hukum nya?

Bagaimana dengan berkat pendapatannya?

message user image

Jika adik berhutang (adik masih hidup) dengan orang lain, adakah menjadi tanggungjawab kakak untuk membayar hutang tersebut jika si pemberi hutang datang menuntut?

Si pemberi hutang cuba untuk menghubungi adik namun tidak berjaya. Saya sendiri juga cuba menghubunginya namun tidak berbalas.

Adakah tanggungjawab membayar hutang itu akan jatuh kepada ahli keluarga sedangkan penghutang masih hidup?

message user image

Assalamualaikum Ustaz

Saya ada kemusykilan bekaitan pekerjaan.

Saya menerima tawaran kerja sebagai Data Entry di bank.

Skopnya adalah memasukkan data dalam sistem komputer.

Adakah pekerjaan tersebut halal ?

message user image

Assalamu'alaikum...

 

Adakah status Insurans MCIS patuh syariah?

Dilampirkan resit rasmi pembayaran polisi insurans isteri saya untuk rujukan pihak tuan.

Kami menunggu maklum balas daripada pihak tuan.

Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,

Khairul Zaman

019-3484726

Kluang, Johor

message user image

Salam Ustaz

 

Nak bertanya bagaimana hendak uruskan harta berbentuk tunai yang banyak  (contoh RM10k) dari seorang perempuan OKU berumur dalam 60an dan tidak berkeluarga (duduk dengan keluarga angkat, ibu bapa angkat telah meninggal), berstatus OKU, tidak berpelajaran serta tidak diketahui waris sebenar?Bolehkah duit berkenaan disalurkan dalam bentuk sedekah kepada Pusat Tahfiz, Rumah Orang Tua atau surau atau masjid?

 

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz/ ustazah.

Saya mempunyai soalan mengenai pembahagian harta pusaka.

Ibu saudara saya telah meninggal dunia kira2 2 bulan yg lalu. Almarhumah tidak mempunyai anak atau suami. Almarhumah mempunyai 2 org adik beradik perempuan seibu sebapa yang masih hidup manakala seorg kakak  serta seorang abang seibu sebapa telah meninggal dunia terlebih dahulu. Almarhumah juga mempunya 2 org sepupu lelaki yg masih hidup. 

Mohon penjelasan mengenai pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan serta prosedur sebenar untuk pembahagian tersebut. Adakah perlu untuk mendapatkan perintah mahkamah atau pembahagian mengikut faraid blh terus dilakukan.

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. saya nak tanya. apa hukum jika kita menjual barang pemberian orang? contohnya orang bagi saya pakaian. sebab diaorang taknak lagi pakaian tersebut. jadi saya ambil. dan lepas taknak guna saya jual barang2 itu. adakah sah jual beli saya itu?

message user image

Assalamualaikumm..

Berkaitan harta pusaka (bertanya bagi pihak suami)

Arwah bapa mertua meninggal 07/2023.. Pada tahun 2017 arwah bapa menamakan suami sebagai penama bersama sebuah rumah dan disewakan (penama 1 suami manakala penama kedua arwah bapa).. Semasa proses penamaan itu dilaksanakan, awah ibu mertua bertanya kenapa letak nama suami, arwah bapa mertua menyatakan, " tidak ape, biar laa rumah ini nama suami ".. Persoalan di sini.. 1) Apakah status rumah tersebut ?  2) Jika pusaka, adakah sebuah rumah atau sebahagian ?  3) Apakah status duit sewa rumah tersebut.. terima kasih.

message user image

Assalaamualaikum,

saya ingin bertanya.apakah hukum bekerja di kilang membuat peralatan vape yang hanya dieksport ke luar negara dan tidak dipasarkan dalam malaysia. Adakah gaji yang diperoleh haram? Jika selama ini duit gaji dizakatkan dan ada disedekahkan kepada orang yang memerlukan, adakah semua itu juga haram dan berdosa? Mohon pencerahan dari pihak tuan.

terima kasih

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya samada boleh atau apakah hukumnya tentang persoalanan ini.

Ibu saya menerima wang pencen terbitan dari ayah yang baru meninggal sebanyak RM2400.00 sebulan. 

Adik saya pula menggunakan RM1000 dari wang pencen tersebut untuk membayar upah kepada anak lelakinya (cucu ibu saya) berumur 18 tahun untuk menjaga neneknya sambil menguruskan rumah.  Adik sekelurga tinggal bersama ibu di rumah ibu sendiri.  Kadang-kadang ibu agak sukar untuk meminta wang pencennya sendiri dari adik yang memegang kad bank ibu.

Adakah boleh adik menggunakan wang pencen tersebut membayar upah pada anaknya sendiri?

 

 

 

message user image

Assalamualaikum. Ustaz/ Ustazah, maaf saya nak tumpang bertanya. Berkaitan zakat selepas jual beli rumah.

Sebagai contoh jika saya berjaya menjual rumah pada harga RM300k kemudian selepas ditolak hutang berbaki rumah tersebut sebanyak RM150k, maka bakinya RM150k. Dari RM150k tersebut saya berniat untuk membayar hutang rumah baru sebanyak RM125k kerana bayaran bulanan rumah baru tersebut agak membebankan saya. Untuk pengetahuan  Ustaz/ Ustazah hutang rumah baru tersebut RM525k, yang saya cuba kurangkan kepada RM400k. 

Persoalan saya, bilakan waktu yang saya diwajibkan membayar zakat, samada selepas mendapat RM150k ataupun selepas membayar hutang rumah baru RM125k?

Mohon pencerahan dari  Ustaz/ Ustazah. Sekian Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Ustaz/ Ustazah, maaf saya nak tumpang bertanya. Berkaitan zakat selepas jual beli rumah.

Sebagai contoh jika saya berjaya menjual rumah pada harga RM300k kemudian selepas ditolak hutang berbaki rumah tersebut sebanyak RM150k, maka bakinya RM150k. Dari RM150k tersebut saya berniat untuk membayar hutang rumah baru sebanyak RM125k kerana bayaran bulanan rumah baru tersebut agak membebankan saya. Untuk pengetahuan  Ustaz/ Ustazah hutang rumah baru tersebut RM525k, yang saya cuba kurangkan kepada RM400k. 

Persoalan saya, bilakan waktu yang saya diwajibkan membayar zakat, samada selepas mendapat RM150k ataupun selepas membayar hutang rumah baru RM125k?

Mohon pencerahan dari  Ustaz/ Ustazah. Sekian Terima kasih.

message user image

Assalammu'alaikum. Ayah saya telah meninggal dunia pada hari Selasa (22/8/2023) iaitu 3 hari lepas. 
Beliau mempunyai 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Namun, beliau telah bercerai dengan ibu kandung saya 10 tahun yang lepas dan telah menikahi seorang balu yang mempunyai 3 orang anak lelaki. Ibu tiri saya telah menghubungi kami untuk meminta sijil kematian original untuk menguruskan harta arwah ayah kandung saya dan tidak membenarkan kami untuk menemani beliau. Bolehkah jelaskan bagaimana pembahagian harta mengikut hukum faraid kepada kami anak kandungnya? Adakah ibu tiri saya masih berhak ke atas harta peninggalannya? 

message user image

Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ingin bertanyakan soalan mengenai pekerjaan di Bursa Malaysia saham. Apakah hukum bekerja sebagai servis kewangan di Bursa Malaysia saham? Adakah sumber mencari pendapatan di Bursa Malaysia saham adalah haram?

message user image

Assalamualaikum wbt kepada ahli panel semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt

Kemusykilan saya adalah berkaitan takaful yang telah matang,

Persoalannya, setelah takaful yang saya sertai untuk anak, telah matang. Siapa yang sebenarnya berhak/layak ke atas caruman (beserta bonus) yang telah matang tersebut? Samada saya sebagai pencarum atau anak sebagai penerima manafaat.

Terima kasih di atas segala perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih

message user image

Salam ustaz. Saya ingin menegetahui hukum pre order emas. A membeli emas dari B dengan bayaran penuh pada hari yang sama. B order pada C untuk menyiapkan emas. C hantar emas pada B setelah 3 bulan (pre order). A mengetahui segala proses dan tempoh. Adakah dibolehkan? Emas adalah barang ribawi yang mesti diserahkan pada masa bayaran penuh dibuat

message user image

Hukum Membatalkan Jual Beli Selepas Pembeli Melanggar Perjanjian Jual Beli

Assalammualaikum Tuan. Saya memohon pencerahan berkaitan isu di atas dalam konteks seperti dibawah.

Allahyarham bapa telah menjualkan tanahnya pada Julai 2013. Satu perjanjian telah dibuat dan dalam perjanjian itu, pembeli perlu membayar deposit dan juga baki dibayar secara ansuran yang mengambil masa selama 19 bulan untuk diselesaikan. Nama pada geran akan ditukar selepas semua pembayaran selesai dan pembeli telah mengusahakan kelapa sawit di atas tanah tersebut.

Pada mulanya, pembayaran ansuran berlaku dengan baik setiap bulan, tetapi selepas beberapa pembayaran, pembeli tidak membayar dengan baik. Ada masa, Allahyarham kena pergi mencari pembeli ni (jarak lebih kurang 110km) untuk menuntuk hutang kerana pembeli ni pun selalu menukar nombor telefon. Ada masanya, Allahyarham pulang dengan tangan kosong kerana tidak dapat berjumpa dengam pembeli.

Allahyarham meninggal dunia pada Dis 2019 dan hutang tanah itu masih belum selesai dalam 10% lagi. Ibu dan anak-anak Allahyarham tidak mengetahui secara terperinci mengenai perjanjian ini dan hanya mengetahui tanah telah dijual sahaja. Setelah bapa meninggal dunia, saya sebagai wakil waris yang melaksanakan semua pengumpulan harta pusaka dan membahagikan mengikut kehendak semua waris2. Jadi, butiran perjanjian jual beli dan rekod pembayaran tanah ini juga baru diketahui.

Pembeli tidak menghubungi waris walaupun telah mengetahui berkenaan bapa yang telah meninggal dunia. Saya telah menyelesaikan pertukaran nama pada geran ke atas nama saya selaku wakil waris supaya tanah ini boleh bertukar milik kepada pembeli.

Saya Berjaya menghubungi semula pembeli tersebut dan dia memberi tawaran untuk membayar baki hutang dan menambah 10% lagi saguhati.

Dalam perbincangan waris-waris, kami mendapati pembeli telah melanggar perjanjian jual beli tanah tersebut dan menyebabkan Allahyarham sebelum ini disusahkan dan kecewa setiap kali menuntut hutang. Kedua, kami juga menganggap Alahyarham sepatutnya telah membatalkan perjanjian tersebut setelah pembeli tidak mengikut jadual pembayaran di dalam perjanjian. Ketiga, harga jualan tanah ketika itu hanya ¼ dari harga pasaran dan nilainya sekarang 6 kali ganda dari nilai perjanjian (saya telah melantik penilai harta untuk menilai). Jika dikira, keuntungan pembeli berlipat kali ganda dengan mengambil hasil kelapa sawit dan mendapat tanah dengan nilai yang lebih mahal padahal tidak membayar keseluruhan nilai pembelian tanah pada tempoh yang ditetapkan adalah amat tidak adil.

Berdasarkan konteks dia atas, apa hukumnya dari segi syarak, kami membatalkan perjanjian jual beli tersebut disebabkan pelanggaran pembeli mematuhi perjanjian tersebut?

message user image

Asalamualaikum , aaya ingin bertanya saya mempunyai saham bank rakyat,1500 unit bersamaan rm1500 

Buat masa sekarang saham koperasi bank rakyat tidak membuka lagi kepada awam.. jadi permintaan sangat tinggi ramai ahli sangup membeli harga tinggi dari ahli bank rakyat , untuk pengetahuan urusan pindah saham rakyat tersebut hanya boleh di untuk ahli ahli bank rakyat sahaja mereka bukan ahli tidak boleh.. sehingga sangup membeli rm2 satu unit dari harga sebenar 1 unit jika sesorang mempunyai rm1500 bermakna pembeli ahli tersebut sangup membeli harga rm3000 jumpa di kaunter tukar milik saham duit di bayar luar kaunter..

Soalan:  adakah urusan ini di kira riba jua beli unit mintak penjelasan ustaz... 

message user image

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak tanya macamana pendapatan kita halal ke kalau kita lukis gambar mcm tourist spot di Malaysia. Kita ambil gambar di google map dan sebagainya. Lukis balik dan jual ikut art kita

message user image

Assalamualaikum wbt..Terima kasih kerana sudi membaca dan bantu saya..Saya ada persoalan.Aboh Saya nikah 3 kali..Isteri pertama ummi saya Tapi dah bercerai atas kes Penderaan/dadah dn lain-lain..Dan hasil dr pernikahan pertama ada 6 org anak..Isteri kedua pun bercerai dan hasilnya  ada 2 org anak..Anak pertama tak sah taraf..Dan terakhir Aboh saya bernikah tahun lepas..Pernikahan yg ke 3 tak ada anak..Tp Aboh saya meninggal dunia pada 18/6/2023..Arwah aboh ada meninggalkan duit kwsp bernilai RM9856.31..dan duit hasil jual tanah pusaka ada dalam RM9500..Persoalan saya ialah..Apa hukum duit yang berjumlah RM9500 tu dibahagikan kepada adik beradik 8 org dgn berniatkan untuk bayar hutang fidyah arwah Aboh..Kami adik beradik memang tak berhubung langsung dgn arwah Aboh kami..Dan Arwah Aboh tak pernah pun menanggung nafkah ke atas kami 8 beradik..Kami semua dah ada yang remaja dan dewasa..masing-masing hidup kami memang hidup miskin..Duit tu pun dah dibahagikan sama 8 beradik dan masing² dah pun guna duit tu..Sbb semua waris sepakat suruh berbuat begitu..Tapi kami terima tu dgn niat bayar hutang Fidyah arwah Aboh kami..Betul ke cara mcm tu..dan apa Hukum dia..Terima kasih kerana sudi luangkan waktu untuk saya..Terima kasih..Assalamualaikum..

message user image

Assalamualaikum saya nak tahu soal pembahagian harta warisan.

Bapa mertua saya dah mewariskan setiap anaknya [8 org] bahagian tanah  sama banyak. Dia masih hidup tetapi dah berumur 90an dan tinggal dengan seorang anaknya walau pun rumahnya masih ada dan ditinggal kosong. Setiap anaknya memiliki rumah sendiri diatas tanah yang telah dibahagikan itu. Isteri saya mendapat bahagian tanah yang ada rumah kami sendiri dan rumah bapa mertua saya. Bagi kami bapa mertua saya masih ada hak atas rumahnya kerana dia masih hidup dan kami tak kesah pun sebab yg penting bapa mertua saya hidup sihat dan gembira dengan anak2nya. Bapa mertua saya dah memberikan hak rumahnya pada isteri saya kerana diatas tanah yg telah diwariskan tetapi saudara yg lain menuntut supaya isteri saya membayar harga rumah tu dan dibahagikan sesama mereka kerana bagi mereka itu rumah semua. Boleh tuan beri pencerahan.

message user image

Assalamualaikum , maaf ganggu. Saya tertanya mengenai apakah hukum menerima hadiah dari hasil benda yang haram. Contohnya macam ni, " A bermain Forex yang diketahui hukumnya haram . Jadi hasil keuntungan Forex iaitu duit yang digunakan A ni dia gunakan untuk bagi gift dekat Tiktok yang boleh bagi gift kepada sesiapa pengguna yang buat live contohnya. So, Si A ni dia bagi gift guna duit forex ni melalui coins kepada pengguna tiktok yang buat live. Tapi, pengguna tiktok ni dia tak tau yang dia dapat tu hasil duit forex si A ni.  So, soalannya adakah halal pengguna tiktok ni yang dapat gift ni dia exchange gift tu kepada duit dan gunakan duit itu dalam kehidupan seharian. Maaf kalau soalan ni agak mengelirukan . Terima kasih En

message user image

Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya berkenaan hukum jual beli tahi kambing(untuk di buat baja)

Terima kasih

Assalamualaikum 

message user image

Assalammualaikum.. 

Saya ingin bertanya soalan berkaitan perkara viral di mana Ustaz Azhar Idrus telah mengulas satu isu berkaitan seorang usahawan/peniaga yang mengenakan syarat untuk membeli produk vendor supaya membolehkan pelanggan membeli produk makanan beliau. Ustaz Azhar Idrus menjelaskan urusan jual beli tersebut tidak sah sekiranya ada unsur paksaan. 

Sekiranya.. Pelanggan terpaksa membeli produk vendor yang sebenarnya bukan keinginan atau kehendak cuma untuk memenuhi syarat pembelian supaya dapat membeli produk usahawan tersebut apakah hukum & adakah urusan jual beli tersebut sah walau ada unsur paksaan secara halus iatu mengenakan syarat pembelian produk vendor terlebih dahulu. Saya berpendapat ia cuma salah satu cara marketing untuk melariskan produk yang di jual di kedai tersebut dengan mengenakan syarat sebegitu. Saya harap pihak mufti dapat mengurai kemusykilan saya. 

message user image

Assalammualaikum WBT,

Mohon pertolongan untuk memberi penjelasan berkenaan persoalan saya dibawah.

Abah saya telah meninggal dunia 9 bulan yang lepas. Semasa hidupnya, iaitu 20 tahun yang lepas arwah abah hendak membeli sebiji rumah. Ketika hendak membuat pinjaman bank, pendapatan abah tidak mencukupi untuk kelulusan bank dan arwah abah telah menggunakan nama saya sebagai peminjam kerana ketika itu hanya saya yang sudah bekerja. Adik beradik masih belajar. Segala hal ehwal bank atas nama saya. 

Arwah abah yang membayar 10% downpayment. Apabila menerima surat dari bank untuk memulakan bayaran bulanan, arwah abah telah meminta saya yang membuat pembayaran setiap bulan dan menyebut "ambil la rumah itu". Abah membeli rumah lain yang lebih murah. Jadi saya membayar ansuran bulanan dari mula sehingga sekarang kepada pihak bank.

Apabila rumah siap, saya dan suami menetap di rumah itu. Kini saya telah berpindah dan rumah itu saya sewakan.

Mak dan adik beradik juga sedia maklum yang rumah tersebut milik saya dan segala hal ehwal rumah seperti cukai, maintenance, kerosakan saya yang menguruskannya. 

S&P - nama saya dan nama arwah abah.

Bank - nama saya.

Persoalan saya, setelah abah meninggal, adakah rumah tersebut jatuh faraid. Apa yang perlu saya buat?

message user image

Apa hukum bekerja di bank komersial Eropah di bahagian pengurusan data? Bahagian pengurusan data hanya menjaga dan kawal data statik tapi saya masih ragu-ragu sama ada kerja saya ini dibenarkan syarak atau tidak

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ingin bertanyakan soalan tentang pelaburan/dagangan saham misalnya di Bursa Malaysia. Dari sudut hukum, sebagai pedagang saham individu, adakah boleh kita melakukan pembelian sesuatu saham melalui maklumat atau mesej daripada seseorang kenalan yang mana ia juga merupakan seorang operator yang menggerakkan harga sesuatu kaunter saham di Bursa. Contoh situasi, beliau sering berurusan dengan seseorang client beliau yang "High net worth", dan ada kalanya beliau akan beritahu bahawa, sesuatu harga kaunter saham tersebut boleh pergi dari Rm 0.75 ke RM 1.50 dalam tempoh sekian2 sebagai contoh. Menurut hukum dan pandangan dari Pihak Jabatan Mufti, adakah boleh kita membuat pembelian sesuatu saham daripada mesej yang berunsurkan jaminan dan juga "Buy Signal" yang disampaikan oleh kenalan stock operator saya tersebut. Tambahan, saya juga mempunyai asas dalam ilmu Pelaburan. Mohon Pencerahan daripada pihak Jabatan Mufti. Jasa Tuan/Puan sangat saya hargai. Semoga seluruh urusan dunia akhirat kita semua dipermudahkan. 

message user image

Soalan.

Bolehkah digunakan duit dari akaun masjid/surau untuk pembelian hadiah untuk cabutan baraqah/cabutan bertuah/cabutan rezeki.

Tujuan cabutan baraqah untuk menarik lebih ramai penyertaan dari ahli kariah untuk sesuatu program seperti Karnival Masjid,Mesyuarat Agung,Sambutan Maulidur Rasul dan sambutan hari-hari kebesaran Islam yang lain.

Terima kasih.

message user image

As salam...saya nak buat pertanyaan...ibubapa sy meninggal dunia tinggalkan rumah atas nama kakak saya..kami ada 4 irang adik beradik..3 perempuan 1 lelaki..rumah peninggalan tersebut masih dalam keadaan berhutang..walaupon rumah tersebut atas nama kakak sy sahaja..semua anak2 kongsi bayar hutang tersebut sampai abis..persoalan saya bolehkah penama rumah tersebut menjualkan rumah itu..dan perlukah buat pembahagian faraid? Itu sahaja terima kasih...

message user image

Assalamualaikum, soalan ini mengenai nafkah pada ibu bapa yang sudah berusia dan sudah tidak bekerja.

Keluarga ini ada 4 anak, 1 lelaki dan 3 perempuan. 2 perempuan sudah berkahwin dan 2 lagi belum. Yang banyak mengeluarkan duit untuk menjaga ibu bapa adalah anak perempuan yang belum berkahwin, si anak lelaki pula sangat kedekut dan berkira dalam perbelanjaan. Sudah tentu saya faham, anak lelaki yang perlu keluarkan nafkah, tapi malangnya dia bersikap narsistik (akan sentap jika ditegur), jadi situasi ini berpanjangan sehingga kini.

Si Ibu pula ada simpanan berpuluh ribu dalam akaun bank (hasil duit pemberian dari suami) dan dia juga sangat kedekut dan bersikap narsistik. Jadi dia sangat culas untuk menggunakan duit simpanan untuk pembayaran bil dan barangan dapur dengan alasan, ia tanggungjawab anak-anak sepenuhnya. Saya faham mengenai nafkah anak untuk tanggung ibu bapa yang sudah berusia. Tetapi sampai ke tahap mana anak-anak perlu tanggung? Adakah Si Ibu boleh simpan duit dengan berkata "Ini duit aku, sukahati aku nak guna untuk apapun"? 

Adakah anak-anak perlu berkongsi dan bayar bill dan barangan dapur sedangkan pada masa yang sama, anak-anak sudah memberikan duit tunai kepada si Ibu? Ya, duit tunai yang diberikan pada si Ibu disimpan di dalam bank dan kalau boleh si Ibu tak nak guna. 

Soalan saya, sampai tahap mana perlu anak tanggung perbelanjaan ibu bapa? Dari persepsi si Ibu, yang saya nampak, dia bagaikan hendak 100% gaji diberikan padanya. 

Sekarang saya hendak mencadangkan konsep ini iaitu, jangan beri langsung duit tunai pada ibu bapa tetapi guna duit tunai itu untuk pembayaran terus bil dan barangan dapur. Adakah ini yang sebaiknya? 

 

message user image

Assalamualaikum.. Soalan saya. 

Kilang A menghasilkan produk makanan haiwan berasaskan ulat/larvae (insect). Untuk membesarkan ulat/larvae, ia diberi makanan bahan buangan (waste) yang telah diproses. Bahan buangan itu diambil dari kilang-kilang makanan di Malaysia termasuklah hampas gandum dan beras dari kilang arak seperti Carlsberg dan Heineken. Apakah hukum bekerja di kilang A? 

 

Terima kasih

message user image

Apa hukum makan hasil menang pertandingan burung ? 

message user image

Contoh Situasi

Saya beli barang berharga RM3000 menggunakan kredit kad...

setelah amoun 3000 masuk dalam sistem bank, saya setup ansuran bulanan dengan bank selama 3 tahun dan dikenakan  interest/profit 7% dari RM3000..

maka jumlah menjadi RM3210...

RM3210 akan dibahagi dengan 3 tahun dan setiap bulan saya perlu bayar dalam RM90

 

adakah transaksi ini berlaku riba?

 

semoga dapat membantu..terima kasih

message user image

Salam Tuan maaf mengganggu.Saya nak bertanya apa hukum subscribe PandaPro atau Grab Unlimited.Kita membayar subscription fee sekian harga dan dapat discount, free delivery contohnya

 

Adakah ini termasuk dlm istilah kita membeli diskaun yang mana hukumnya haram?

 

message user image

Assalamulaikum Tuan/Puan,

 

Saya ingin menanyakan hukum bekerja di syarikat yang supply man power untuk kilang arak,akan tetapi syarikat tersebut ada client lain selain kilang arak,kilang arak nie hanya salah 1 client syarikat tersebut.

Mohon penjelasan untuk saya,

 

Terima kasih,

 

Regards,

Diah

message user image

Assalamualaikum Wr. Wb.

Apa hukum terima pampasan insurans daripada Skim Insurans Am Selangor (INSAN). Saya difahamkan INSAN ini adalah sikim insurans konvensional pada asalnya sebelum ditukarkan kepada takaful bagi orang islam.

message user image

Assalamualaikum,

Saya telah mendapat hasil jualan sebuah rumah saya yang bernilai RM220,000.00. Oleh yang demikian, saya telah membuat bayaran zakat hasil menjual rumah iaitu sebanyak 2.5 peratus. Selepas daripada itu, baki tersebut saya telah membuat simpanan di dalam ASB dan mendapat dividen tahunan. Soalan saya, semasa saya ingin menggunakan duit keseluruhan di dalam asb itu, adakah pengiraan zakat simpanan saya dikira daripada 2.5 hasil dividen pada tahun tersebut ataupun dikirakan keseluruhan jumlah pengeluaran itu? ini kerana saya keliru hasil jualan rumah itu saya telah zakatkan pada awalnya, dan duit simpanan itu hasil daripada jualan rumah yang telah saya keluarkan zakat pada tahun sebelumnya.Mohon pencerahan.

Sekian, terima kasih

message user image

Assalamualaikum, Saya omar mokhtar bin hamdan berasal dari shah alam selangor dan kini menetap sementara di KL.

Saya mohon bertanya kepada Sahibus Samahah Mufti, apakah hukum menyertai pertandingan marathon atau apa-apa pertandingan yang ditaja oleh Bank Konvensional? dan apakah pula hukum menerima biasiswa pengajian dari bank-bank konvensional seperti cimb, maybank, hong leong dan lain-lain? adakah ini boleh dikira sebagai mempromosikan riba dan meredhai amalan riba yang dilakukan oleh bank-bank tersebut?

mohon pencerahan Sahibus Samahah kerana baru-baru ini viral di media sosial oleh seorang ustaz mendakwa haram menyertai pertandingan yang ditaja oleh bank konvensional, dan kenyataan ini boleh dirujuk pada pautan ini

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02wSbvSU7Wm2naZKKz9K5KR8Vd6JoQ597qCG245ZpNEbVUA4qx5xLJyrZDwc1dun4Ul&id=1158060811&mibextid=Nif5oz

message user image

assalamualaikum..saya nak bertanya tentang satu soalan.suami saya ada membeli gelang emas untuk simpanan modal perniagaannya dan dia bagi saya simpan dan pakai dahulu dan katanya kalau dia mati gelang tu akan jadi milik saya..soalannya, bolehkah buat macam tu? tak perlu faraid ke?itu dikira hibah ke? atau perlu buat wasiat yang sah dahulu atau ada saksi baru dikira hibah? saya takut terpakai atau terguna harta orang.terima kasih..harap dapat membantu dengan menjawab kekeliruan saya.

message user image

Salam.

Saya ingin bertanya berkenaan pekerjaan. Baru-baru ini saya menerima tawaran pekerjaan dalam bidang perindustrian pembuatan rokok. Soalan saya, apakah hukum pendatan hasil saya yang bekerja di dalam sektor pembuatan rokok yang jelas memberi kemudaratan kepada kesihatan dan sesetengah fatwa negeri mengatakan haram? Boleh jelaskan kepada saya.

message user image

Assalamualaikum.

Apakah hukum bekerja di luar negara tanpa visa kerja yang sah. Adakah hasil yang diperolehi halal digunakan atau tidak? 

Apakah saya berdosa dan apakah yng perlu saya lakukan? Perlukah saya meminta maaf dengan kerajaan negara tersebut jika dikhuatiri akan memudaratkan seperti dihukum penjara dan sebagainya.

message user image

Saya merupakan dropship di shopee, pembeli ada membeli barang Di kedai saya dengan berharga RM 125 ( termasuk dgn kos penghantaran), kemudian saya membeli barang tersebut daripada penjual dengan harga RM 110 ( tidak termasuk dengan Kos penghantaran kerana saya mempunyai baucer penghantaran percuma untuk membeli barang pembeli tadi), kemudian barang yang saya beli dari penjual Akan terus Di hantar kepada pembeli Di kedai saya. Daripada hasil jual beli tadi saya ada mendapat keuntungan dari hasil jual barang dan Kos penghantaran. Oleh it, apakah hukum menggunakan baucer tersebut untuk mendapat keuntungan daripada Kos penghantaran tersebut?

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ada persoalan mengenai hukum jual beli. Sebelum itu saya akan menjelaskan situasinya terlebih dahulu. Sebuah akaun perisian A dijual dengan harga RM10 sebulan di laman web rasmi, namun di aplikasi jualan seperti Shopee di mana ia bukan datang dari penjual rasmi perisian tersebut dan berharga jauh lebih murah seperti RM2 sahaja dan tempoh milik akaun tersebut jauh lebih lama. Apakah hukum jual beli tersebut dan adakah berdosa jika mendapatkan alternatif yang lebih murah? 
 

Terima kasih, semoga tuan/puan sudi meneliti masalah yang dihadapi saya ini.

 

message user image

Salam. Saya ada mencarum menggunakan wang sendiri kepada takaful, dan penama penerimaannya adalah isteri. Apabila berlaku musibah kematian terhadap diri saya, adakah wang takaful ini dikira sebagai harta yang perlu difaraid atau ia dikira hak mutlak penerima?

 

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ada pertanyaan, pertama..sedikit yang saya tahu, cukai yang dikenakan daripada perniagaan juga merupakan hasil kepada negara. Pertanyaan saya merangkumi kait dengan konflik yang berlaku antara Palestine dan Israel,

Menurut pandangan pihak jabatan mufti, sekiranya terdapat perniagaan yang berbentuk franchise yang juga dimiliki oleh orang Malaysia, adakah wajar untuk kita memboikot sekiranya produk perniagaan yang dijalankan tersebut asal nya daripada negara-negara yang menyokong Israel. Contohnya, Mcdonald, Starbucks, dll daripada Amerika. Hal ini dikaitkan kerana, umumnya saya berpendapat, perniagaan yang berbentuk Franchise mempunyai kebarangkalian untuk dikenakan bayaran royalti kepada syarikat asal tersebut.

Tambahan, adakah yahudi juga dianggap sebagai musuh Allah?

Minta pencerahan daripada pihak tuan/puan, Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum SS Tuan Mufti,

Saya ingin bertanya tentang model perniagaan secara langganan (subscription) seperti di bawah, saya menjalankan syarikat servis kereta secara rumah-ke-rumah (mobile) dan berhasrat memperkenalkan model langganan (subscription) secara pra-bayar (pre-paid) atau bayaran secara ansuran;

Contohnya saya memperkenalkan Pakej Basic Servis Proton = RM930 setahun. Jadi dalam tempoh setahun ini, apabila tiba 10,000km atau 6-bulan, kami akan pergi dan servis kereta pelanggan. Boleh jadi ada pelanggan yang akan servis 2x setahun, ada yang 3x setahun mengikut penggunaan kereta mereka tetapi harga tetap sama, RM930 dengan syarat tiba 10,000km atau 6-bulan. Pembayaran boleh dilakukan secara penuh upfront ketika melanggan, atau secara potongan kad kredit atau online payment setiap bulan.

Adakah apa-apa permasalahan yang berkaitan dengan hukum tentang model perniagaan sebegini. Saya dahului ucapan terima kasih, semoga Allah membalas segala kebaikan SS Tuan Mufti.

 

Ahmad Zhafri

message user image


Assalamualaikum Ustaz, apakah hukum bekerja dengan syarikat yang memberi sumbangan kepada israel? Sumbangan tersebut disalurkan kepada persatuan Canadian Red Cross Middle East Humanitarian Crisis Appeal, United Jewish Appeal, American Friends of Magen David Adom dan Save the Children.

Sumbangan yang disalurkan kepada semua persatuan di atas adalah untuk bantuan kemanusiaan. Adakah kita haram bekerja dengan syarikat itu walaupun bantuan tersebut untuk kemanusiaan dan tidak menyatakan memberi sumbangan untuk ketenteraan (membeli senjata) ?

message user image

Saya masih lg menggunakan credit card UOB yg telah di perolehi lebih 20 tahun dahulu. Sememangnya Saya akan melangsaikan bayaran sepenuhnya dan tidak pernah menggunakan priviledge bayaran secara ansuran. 

Saya rasa serba salah sekarang. Adakah Saya berdosa. Baru2 ini Saya cuba apply islamic credit card  tp memandangkan Saya sudah bersara, agak sukar utk dapat. 

Sila bg pandangan tuan.

Sekian terima kasih

message user image

Assalamualaikum..
 Saya ada beli ebook online. Setelah membeli penulis memberi amaran haram sekiranya menyebarkan ebook tersebut secara percuma. ia hanya untuk saya suami isteri & anak. Persoalannya dalam islam bukan ke berkongsi ilmu amat dituntut. Sekiranya saya tetap berkong ebook tersebut dgn adik beradik & kawan2 rapat dengan tujuan untuk pendidikan ank2 bukan untuk mengaut keuntungan boleh ke.. sebab ebook tersebut agak mahal rm50 bagi golongan b40 agak membebankan. Mohon response pihak tuan. Terima kasih, Saya sertakan paparan surat amaran tersebut.

 

message user image

1. Adakah "Late Payment Charges" riba? Sebagai contoh, sebuah syarikat (pembeli) membayar caj tersebut akibat lewat membayar kepada penjual barangan yang telah dibeli. Perjanjian ini telah dipersetujui kedua pihak di mana ia bertujuan mengurangkan kerugian pihak penjual akibat tunggakan bayaran oleh syarikat pembeli.

2. Apakah hukum denda akibat lewat membekalkan sesuatu barangan? Sebagai contoh, penjual berjanji untuk menghantar barangan kepada pembeli pada tarikh yang telah dipersetujui, namun akibat kelewatan yang berlaku, penjual dikenakan denda (berdasarkan jumlan hari yang lewat).

message user image

Assalamualaikum.

 

Klu adik beradik kongsi bayar ansuran beli rumah utk mak ayah tinggal, tapi penama adalah nama adik. Jika mak ayah meninggal, adakah rumah tu di kira harta pusaka atau adik dapat hak sepenuhnya sbb guna nama dia dan atas alasan dia bayar ansuran yg lebih dari adik beradik lain ?

 

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum,saya ingat bertanya apakah hukum sekarang ini jika saya masih membuat kerja ehailing grab car kerana masih tiada kerja lain untuk dibuat.Saya bertanya soalan ini kerana sekarang ini masyarakat ramai memboikot grab kerana menyokong israel.

message user image

Assalamualaikum 

Saya mendapat pekerjaan dalam satu syarikat pelaburan yang sah disisi undang undang Malaysia namun tidak patuh syariah.

Jawatan yang ditawarkan adalah Customer Service dimana saya akan bertanggungjawab untuk membantu pelanggan baru dan sedia ada menyelesaikan masalah berkaitan akaun pelaburan pelanggan.

Saya juga digalakkan(tidak wajib) untuk memujuk pelanggan menambah pelaburan berdasarkan data dan analisis dari syarikat. 

 

Soalan saya, apakah hukum saya bekerja di syarikat ini? Adakah gaji yang saya terima halal?

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum w.b.t selawat dan salam atas junjungan nabi muhammad s.a.w keluarga  serta para sahabatnya,

1.Saya ingin bertanya tentang apa kah hukum membeli produk nestle yang jelas sekian lama mempunyai hubungan dengan israel

2.apakah hukum memboikot produk israel

Saya berharap pihak dari jabatan mufti dapat memberi kata putus dalam pekara ini

 

 

 

message user image

Assalamualaikum, suami saya sudah meninggal pada 29.06.2023 dan meninggalkan 2 anak lelaki, 1 anak perempuan. Selepas meninggal, saya dapat graduiti dan ganjaran. Disebabkan semua ini bukan harta yang difaraidkan jadi saya telah bahagi-bahagikan duit tersebut pada anak-anak saya. Sebahagian untuk wakaf dan lain-lain perbelanjaan. Selepas duit habis, secara kebetulan ada seorang perempuan yang saya kenali telah memberitahu saya, dia telah menikah dengan arwah suami saya pada 05.08.2022 secara illegal (tidak sah). Tiada apa-apa dokumen. Berita ini disahkan oleh seorang kawan arwah yang mengikutinya semasa majlis pernikahan tersebut. Belum sempat didaftarkan, suami saya telah meninggal dunia. Persoalan yang ingin diajukan ialah adakah isteri yang baru dinikahi itu ada hak ke atas harta seperti graduiti, ganjaran dan pencen terbitan yang telah saya dapat? Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas kesudian menjawab persoalan saya.

message user image

Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya, apakah hukum bergurau mengatakan duit yang didapatkan itu dari sumber haram seperti mengatakan "aku menang no ekor" walaupun sebenarnya tidak. Apakah wang tersebut menjadi haram untuk digunakan? Dan bagaimana jika wang tersebut disedekahkan/dihadiahkan? Apakah penerima wang tersebut boleh memggunakannya? Jika tidak apa yang harus dilakukan dengan wang yang diterima tersebut? Terima kasih.

message user image

Assalamu'alaikum, ibu saya pernah menempah set pakaian ketika hendak bernikah dengan ayah saya dahulu, dan hanya sempat membayar deposit sahaja. Tetapi pakaian yang diterima ketika adalah berlainan daripada yang ditempah, dan ada yang tidak diterima oleh ibu saya. Soalannya, adakah ibu saya wajib membayar baki untuk set itu, walaupun pakaian lain yang diterima dan ada yang tidak diterima langsung. Terima Kasih.

message user image

Saya nak bertanya berkenaan rumah .. saya telah membeli rumah selangorku di bandar rimbayu telok panglima garang .. dan sekarang saya sedang menyewa rumah di bandar mahkota banting .. soalan nya boleh ke saya menyewa kan rumah di bandar rimbayu atas sebab masalah kewangan dan jarak jauh dari tempat saya dan isteri bekerja .. sedang kan dalam perjanjian jual beli rumah rimbayu tu tidak boleh dijual/sewa selama 5 tahun .. rumah saya baru beli dalam setahun lebih ..apakah hukum nya .. terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

1. a. Syarikat telekomunikasi yang mempunyai sijil patuhi syariah buat cabutan bertuah tapi syarat menyertai perlu topup telefon berjumlah RM30.

    b. Syarikat tersebut juga memberi point setiap kali topup dan boleh ditebus dengan barangan.

2. Menjawab soal selidik berbayar dengan memperolehi mata ganjaran. Cth: jawab  1 soalan dan kuiz dapat 15 point dan tambahan 3% boost  sebanyak 3 point. Jumlah 18 point.Bila sudah menjawab kaji selidik sehingga terkumpul 5000 point boleh ditebus RM4.

 

Apakah hukumnya bagi persoalan di atas.

 

message user image

Assalamualaikum,saya ingin bertanya apakah quantum metal patuh syariah dan apakah hukumnya?

message user image

Assalamualaikum wbr.

 

Saya ada 2 soalan berkaitan zakat.

 

1) Saya ada menyimpan di ASB sebanyak RM200,000.  Haul nya 31/12 setiap tahun.

Tahun ini saya telah mengeluarkan semua simpanan pada 31/11/2023 dan memasukkannya ke Tabung Haji bermula 21/12/2023.

Soalan saya:  Adakah saya kena mengeluarkan zakat simpanan saya untuk haul 2023 ini?  Ini kerana haul masih tidak cukup 1 tahun tapi simpanan telah berpindah tempat.  Kalau saya tidak silap, Tabung Haji akan mengeluarkan zakat perniagaan untuk tabungan saya itu.

 

2) Insuran kereta dibayar setahun sekali.  Sekiranya kereta dijual, pihak insuran akan memulangkan premium yang dibayar untuk baki bulan yang tinggal.

Pertanyaan saya, a) adakah refund ini dikenakan zakat?  Ini kerana ia adalah duit pemilik yang telah dibayar awal untuk premium 1 tahun.

b) Kes kedua, untuk pemilik kereta yang buat loan bank bersama insuran auto life yang dibayar sekali gus sekali sahaja, contohnya RM3,000 (insuran terhadap loan). Insuran ini bermaksud, jika pemilik meninggal dunia, insuran itu akan cover loan tersebut.  Sekiranya kereta ini dijual sebelum tamat tempoh loan serta insuran autolife ini dibatalkan, pihak bank akan buat refund berdasarkan baki tahun yang ada.

Pertanyaan saya, adakah refund ini dikenakan zakat?  Ini kerana ia adalah duit pemilik yang dibayar awal untuk premium sepanjang tempoh loan tersebut.

Terima kasih

 

Hamidi Abdul Aziz

0125082880

 

message user image

Apakah hukum orang Islam, Menjual, membeli, menyentuh,membawa daging babi kepada orang bukan Islam. Adakah pekerjaan itu dilaknat dan berdosa besar disisi Allah jika pekerja Islam terlibat dalam urusan jual beli babi atau khinzir ini. Terima kasih.

message user image

Sekarang saya bekerja di sebuah syarikat yang mengedarkan/ menjual anti-virus. Saya ditugaskan untuk mengurus urusan jual beli atau order yang diterima daripada negara Vietnam dan Cambodia. Saya pernah dapat order daripada syarikat yang namanya ada tertulis perkataan CASINO. Apakah hukum saya menguruskan order daripada pelanggan tersebut? Terima kasih

message user image

1. ape hukum kita beli barangan branded dekat bundle tapi kita tak pasti barang tu ori atau tidak. jadi apa hukum kalau beli and dah terbeli.

2. boleh ke kita cetak rompak brand yang kafir harbi buat macam nike,adidas dan lain ii . and ape hukumnye kalau kite beli

message user image

Assalamualaikum...saya ingin bertanya kan tentang boleh kah sekiranya saya membayar menggunakan diveden Asb untuk membuat gigi palsu..dan apakah hukum melabur Asb..

message user image

Askm

Soalan: Arwah bapa mertua saya sebelum beliau meningal dunia telah memberi sebuah rumah (menukar nama) kepada isteri saya. Pemberian rumah ini telah di persetujui oleh kesemua.adik beradik isteri saya. Di dalam rumah tersebut terdapat beberapa peralatan saperti perabut, peti sejuk dan mesin basuh. Jika isteri saya hendak mewakafkan atau memberikan alat2 tersebut kepada orang lain adakan perlu mendapat persetujan dari adik beradik beliau. Kerana saya berangapan bila rumah tersebut di berikan kepada.isteri saya  barang2 tersebut juga adalah milik isteri saya

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai hukum jual beli saham matawang (trade currency). Seperti Bitcoin contohnya, adakah ianya dibenarkan. Kerana pada fahaman saya nilai matawang tak boleh didagangkan. Dan tujuan asal currency exchange adalah untuk kegunaan matawang tersebut di negara yang berkenaan (Contohnya tukar MYR kepada USD untuk kegunaan di U.S). Jika tiada keperluan, tak boleh lah main saham currency walau untuk dijadikan simpanan dalam saham Bitcoin tersebut. Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya ada soalan tentang aplikasi Forex Meta Trader 4 Islamic Akaun, adakah ia patuh syariah atau tidak. Saya tahu forex haram tetapi kawan kawan saya mengatakan halal sebab ianya ada islamic akaun. Saya cuba mencari maklumat tentang Meta Trader 4 Islamic akaun tetapi tidak jumpa. Jadi saya inginkan jawapan dari pihak tuan sama ada forex Meta Trader 4 Islamic akaun patuh syariah atau tidak? Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum tuan,

Syarikat kajiselidik membuat bayaran melalui paypal.Adakah dibolehkan.Adakah patuhi syariah.

message user image

Assalam pn/tn saya ingin menanyakan tentang pelaburan

1. apakah hukum melabur saham, crypto , 

2. adakah jika kita beli sesuatu aset seperti saham,rumah,crypto pada harga murah dan jual ketika harganya mahal adakah itu dikira judi ? dan adakah itu dibenarkan ?

3. adakah jika kita menyimpan duit di dalam bank dan bank menggunakan wang kita untuk pelaburan . selepas itu keuntungan itu dia kongsi bersama kita adakah itu ada unsur riba ?

4. apakah hukum jika melabur tapi tidak tahu apa apa tentang pelaburan yang kita labur? 

5. adakah boleh jika saya melabur bitcoin? 

6. apakah hukum hasil duit forex dijadikan modal sebagai pembuka bisnes, adakah keuntungan bisnes itu halal ?

 

 

 

message user image

Assalamualaikum WBT semoga dalam rahmat Ilahi, saya ingin bertanya hukum melabur dalam platform yang dipanggil justmarkets iaitu platform pelaburan emas yang didagang dipasaran antarabangsa,saya telah memasukkan lebih kurang RM500 dalam platform tersebut dan membiarkan ia digunakan oleh 'jerung-jerung' dalam platform tersebut utk meraihkan keuntungan, dan saya dapat lihat ada duit yang masuk dalam matawang US ke account Justmarkets saya. Jadi saya tertanya, dari segi hukum syarak adakah jualbeli tersebut dibenarkan kerana saya tidak tahu bagaimana cara mereka dagangkan duit tersebut utk jualbeli emas, adakah jualbeli tersebut mengandungi riba dan halal haram nya. Mohon penjelasan dari pihak Dato Mufti.Semoga Allah memberkati.

message user image

salam,maaf saya sekadar inginkan pandangan.apa hukumnya jual beli barang yang bukan dalam list?sebagai contoh,di platform A,kita menjual baju sebanyak harga rm50,hakikat nya kita menjual barang lain(contoh touch n go)pembeli membeli dan tahu bahawa dengan harga tersebut bukan dapat baju,tetapi ditukarkan dengan duit(touch n go).pembeli dan penjual sama sama tahu apa yang pelanggan akan dapat..cuma masalah di sini..list barang jualan bukan lah diletak kan sebagai touch n go.tetapi adalah pakaian,customer membeli menggunakan voucher diskaun dan dapat tukaran duit(tng)adakah berlaku akad jual beli di situ?adakah dikira haram dalam jual beli?

message user image

salam,maaf saya sekadar inginkan pandangan.apa hukumnya jual beli barang yang bukan dalam list?sebagai contoh,di platform A,kita menjual baju sebanyak harga rm50,hakikat nya kita menjual barang lain(contoh touch n go)pembeli membeli dan tahu bahawa dengan harga tersebut bukan dapat baju,tetapi ditukarkan dengan duit(touch n go).pembeli dan penjual sama sama tahu apa yang pelanggan akan dapat..cuma masalah di sini..list barang jualan bukan lah diletak kan sebagai touch n go.tetapi adalah pakaian,customer membeli menggunakan voucher diskaun dan dapat tukaran duit(tng)adakah berlaku akad jual beli di situ?adakah dikira haram dalam jual beli?

adakah berlaku akad jual beli disitu?atau sebenarnya saya perlu membuat lafaz/bertulis tentang akad persetujuan antara pembeli dan penjual ?

message user image

Assalamualaikum w.b.t

Soalan.

Saya ada menjaga seorang anak saudara yatim piatu yang berusia 9 tahun. Saya musykil tentang beberapa perkara. Harap dapat bantu saya supaya tidak melanggar hukum dalam memelihara anak saudara.

1. Bolehkah dan apa hukum menggunakan harta anak yatim untuk bersedah kepada orang lain dengan niat untuk akhirat serta ibu bapanya?

2. Adakah boleh duit tersebut digunakan untuk tujuan pelaburan seperti asb atau emas?

3. Bolehkah duit tersebut digunakan untuk menjelaskan hutang² arwah ibubapa dia?

4. Harta tersebut perlu diserahkan bila capai umur. Tapi dia masih kecil dan bersekolah. Duit tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan keperluan peribadi dan sekolah dia tak?

Duit tersebut semua peninggalan arwah ibu ayah bukan dari sumbangan orang ramai.

Terima kasih. Maaf terlalu banyak soalan.

message user image

Assalamualaikum dan selamat berpuasa ustaz /ustazah . Di sini saya ingin bertanya tentang kemusykilan saya mengenai bekerja sebagai perundung hartanah . Umum mengetahui bahawa pekerjaan ini melibatkan urusan pinjaman bank dan sebagainya . Secara khususnya perunding hartanah ni bukanlah orang yang memproses dan meluluskan pinjaman sesorang itu , perunding hartanah hanyalah orang yg memudahkan urusan mereka utk memohon pinjaman dari mana mana pihak bank . Persoalannya di sini , adakah pekerjaan ini berkat dan gaji komisyen yang diterima dari pemilik asal rumah halal disebabkan kita yang membantu pemilik baru mendapatkan pinjaman bank? Ini kerana sejak akhir akhir ini banyak saya lihat perdebatan di media sosial mengatakan bank bank yang memberikan islamic financing ini jugak sama seperti bank konvensional yang memberikan pinjaman secara riba . Adakah benar perkara itu ? Dan bagaimana pula hukum jika membantu orang bukan islam yang menggunakan pinjaman konvensional?

message user image

SALAM

SAYA ADA PERTANYAAN

SAYA ADA MEMBELI EMAS MENGUNAKAN DUIT SHUBHAH/HARAM(FOREX) 

KEMUDIANN SAYA MENCAGARKAN EMAS TERSEBUT DAN MENDAPAT PINJAMAN DARI BANK(HALAL) UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN YG HALAL

SOALAN SAYA APA STATUS HUKUM PERNIAGAAN SAYA TERSEBUT ADAKAH HALAL?

KERANA MENGGUNAKAN DUIT PINJAMAN BANK HASIL DARI CAGARAN EMAS TERSEBUT?

T.KASIH

 

message user image

Assalamualaikum . saya ingin bertanya tentang mencuri emas . Jika seseorang itu mencuri emas orang lain dan menjual emas tersebut kemudian dia menyesal atas perbuatannya dan ingin gantikan semula . adakah perlu ganti berat emas @ harga emas semasa dia jual ? contohnya dia jual emas lama tetapi gantikan semula emas sekarang yang berbeza gred . Emas lama (875) emas sekarang (916) berbeza gred dan harga . adakah perlu ganti berat emas  yang diambil @ jumlah wang yang dia dapat selepas jual emas tersebut . mohon penjelasan . terima kasih

message user image

Assalamualaikum tuan,

Saya mempunyai soalan. Jadi saya datang dari keluarga yang sederhana dan masih cukup segala keperluan asas. Namun bagi kami untuk membeli barangan mahal dan mewah kami tidaklah mampu dan kadang kala wang yang bapa saya berikan kepada ibu kami tidak mencukupi bagi memenuhi kehendak kami apabila keluar berbelanja. Ibu saya mempunya dua orang adik perempuan, dan kedua-dua mereka merupakan pegawai bank yang mempunyai pangkat yang tinggi. Mereka berdua sering memberikan ibu saya wang belanja dan juga sudah banyak memberikan kami pelbagai benda lagi. Saya dan adik beradik juga setiap tahun akan mendapat duit raya yang banyak daripada ibu-ibu saudara saya tersebut. Pada awalnya, saya tidak merasakan perasaan ragu-ragu ini. Namun, setelah mengetahui bahawa bekerja sebagai seorang pegawai bank adalah haram kerana terdapat unsur riba' adalah haram. Jadi, persoalan saya, adakah selepas ini duit yang saya terima daripada ibu saudara saya haram saya belanjakan. Dan apakah hukum saya membelanjakan duit yang ibu saudara saya sudah berikan sebelum ini walaupun saya sudah tahu sejak beberapa tahun lepas lagi bahawa gaji pegawai bank haram. Itu sahaja, terima kasih.

message user image

Saya telah menyimpan beberapa mata wang asing. Adakah saya dibenarkan untuk menukar mata wang tersebut ke Ringgit Malaysia setelah beberapa tahun apabila nilai mata wang tersebut sudah meningkat?

message user image

Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang hukum caj 1% (yuran tambahan) yang dikenakan oleh pihak Touch n Go ewallet untuk tambah nilai ewallet menggunakan kad kredit. Sebelum ini tiada caj dikenakan walaupun menggunakan kad kredit.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/02/1208191/tambah-nilai-tng-ewallet-guna-kad-kredit-dikenakan-caj-1-peratus

Sebelum ini saya biasa menggunakan perkhidmatan tambah nilai ewallet tersebut menggunakan kad kredit islamik untuk pembayaran tol dan lain-lain kerana tidak dikenakan sebarang caj. Adakah caj 1% tersebut merupakan riba atau isu-isu lain yang tidak patuh syariah? Sekian dan terima kasih atas keprihatinan dan respon pihak tuan.

 

message user image

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah, 

Syarikat yang saya bekerja sekarang menyediakan kemudahan perubatan, terhad RM150 sebulan (dengan menunjukkan resit klinik/hospital). Pada masa yang sama, saya mencarum medical card Takaful. 

Sekarang saya sedang menjalani rawatan susulan dari sebuah hospital. Persoalan saya, apa hukum jika saya menuntut bil hospital daripada kedua-dua medical card takaful (tuntutan penuh) dan syarikat yang saya bekerja (tuntutan RM150 sebulan)? Adakah RM150 yang dituntut daripada syarikat dikira sebagai keuntungan atau ia adalah hak bulanan sebagai pekerja?

Terima kasih.