BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.

Kategori Koleksi Soal Jawab Agama:



IBADAH

message user image

Soalan: Ibu saya telah pulang ke rahmatullah sebelum dia meninggalkan, kami telah medepositkan kan wangnya berjumlah RM150,000 ke dalam akaun saya. 1) Adakah wang itu tertakluk pada hukum Faraid? 2) Bolehkan di bahagian sama rata atas persetujuan bersama?

message user image

Soalan: 1) Jika kita bermusafir seperti dari Malaysia ke India dengan menaiki kapal terbang, apakah solat jamak & qasar sekiranya sudah sampai di destinasi? 2) Kita sudah niat untuk solat jamak & qasar untuk Zohor & Asar di dalam penerbangan. Akan tetapi penerbangan itu lama, contonya perjalanannya memakan 5 jam. Apakah kita harus qada solat yang ditinggalkan tadi? 3) Kita ada lihat sebuah video dan seorang Ustaz ini mengatakan jika kita bercakap dalam solat selain kalam Allah atau zikir yang memang ada disebut dalam hadis, terbatal solat kita. Adakah apabila sebut "Ya Allah" di dalam solat akan membatalkan solat kita?

message user image

Soalan: Boleh kah kita membayar zakat kepada ahli keluarga terdekat yang sentiasa atau bekrja keras mencari rezeki untuk membayar hutang belajar contohnya hutang pembiayaan mara. Nampak seperti ahli keluarga saya ni setiap bulan tak ada pendapatan lebih untuk belanja asas rumah selepas membayar hutang tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz , saya Nurul Ashykin , saya ingin bertanya pihak ustaz mengenai kaedah pembayaran zakat menggunakan online banking , seperti yang diketahui , kaedah ijtihad yg digunakan oleh imam mujtahid yang terkemuka terbahagi kepada 3, yaitu kaedah bayani, qiyasi dan istislahiy, di mana ijtihad bayani bermaksud suatu cara penetapan hukum yang tertumpu pada kaedah-kaedah lughawiyyah atau makna lafaz, manakala ijtihad qiyasi bermaksud suatu cara istinbat hukum dengan membawa sesuatu masalah yang belum diketahui hukumnya kepada sesuatu yang sudah diketahui hukumnya melalui nas dalam rangka menetapkan atau menafikan hukum tersebut kerana sifat-sifat yang menyatukan kedua-duanya. Ijtihad istislahiy pula bermaksud cara istinbat hukum mengenai suatu masalah tertumpu pada dalil-dalil umum kerana tidak ada dalil khusus tentang masalah tersebut dengan berpijak pada asas kemaslahatan yang sesuai dengan maqasid syari'ah. Persoalan saya: 1. Apakah dasar hukum dalam menetapkan hukum kaedah pembayaran zakat tersebut dan; 2. Apakah kaedah ijtihad/istinbat jabatan mufti terhadap putusan tersebut.

message user image

Soalan: Assalammualaikum wbt. Apakah hukum bagi wanita yg telah didatangi haid sehingga tempoh 40 hari tanpa henti solat selepas 15 hari kitaran haid sebenar. Dan apakah hukumnya jika teruskan bersolat,mengaji dan berjemaah di surau selama masih terdapat pendarahan walaupun melebihi tempoh kitaran. Mohon penjelasan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum saya nak tanya tentang zakat . Haruskah dizakatkan duit simpanan anak saya berumur 4 tahun yang dapat dari saudara dan sahabat handai jika setelah beberapa tahun disimpan telah melebihi kadar nisab tempatan?

message user image

Soalan: Apakah hukum menggugurkan kandungan berusia 10 minggu ke bawah kerana mahu menunaikan fardhu haji?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/Admin. Saya nak tanya sikit berkenaan kiraan hari untuk membolehkan saya jamak & qasar. Saya akan ke China pada 15/1/2018 flight 11:25mlm sehingga 20/1/2018 flight 5:50pg. Boleh saya tahu macam bolehkah saya rukhsah solat saya. Saya keliru cara pengiraan hari 3hari tidak termasuk pergi & balik.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada mendengar rakan saya membaca fatihah ketika solat. Akan tetapi di ayat akhir surah al-fatihah beliau membaca begini "ghairil maghduubi alaihim walad" (tarik nafas) dan terus sambung ke "dhaalin". Boleh ke begitu? Sah atau tidak sah fatihah beliau? Mohon pencerahan. Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum W.B.T. Insya-Allah saya akan mengerjakan ibadat Umrah pada bulan Ramadhan pada tahun ini 1439H/2018. Bagi seorang yang banyak melakukan dosa dan meninggalkan solat fardhu, apakah amalan2 atau persediaan yg boleh dilakukan sebelum saya berangkat menunaikan ibadat Umrah? Mohon berikan step@langkah yang perlu diikuti. Saya khuatir amalan ibadat saya selama mengerjakan ibadat Umrah tidak diterima Allah SWT kerana kejahilan pada masa lalu.

message user image

Soalan: Anak Perempuan saya sedang belajar AlQuran di pusat Tahfiz, saya dimaklumkan pelajar-pelajar perempuan dibenarkan memegang dan membaca Kitab suci Al Quran (Bukan tafsir) ketika dalam keadaan uzur( Haid). Mohon pengesahan jabatan mufti berkenaan Hukum dalam masalah ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya baru lepas kemalangan. Tangan kiri patah. Tapi masih boleh menunaikan solat fardhu. Adakah berdosa saya tidak solat Jumaat kerana bimbang tangan saya dihimpit jemaah lain.

message user image

Soalan: Apakah ucapan salam pada akhir solat yg betul? Ada sesetengah orang cuma berkata SALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH, tanpa sebutan AS diawal salam tersebut. Adakah itu di bolehkan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Saya nak tanya soalan, kenapa ustaz2 selepas kuliah selalu berkata : SesungguhnNya yang baik semuaNya dari Allah yang lemah (buruk) dari saya sendiri (ustaz). Sedangkan rukun iman ke 6, baik dan buruk dari Allah. Sekian, wasalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wa rahmatullah. Saya ingin bertanya berkenaan darah haid. Isteri saya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur disebabkan oleh endometriosis. Seringkali berlaku, beberapa hari sebelum darah haid keluar, tompok2 kuning/coklat akan keluar dan berhenti seketika diikuti dengan darah haid. Begitu juga selepas darah haid berhenti, ada tompok2 kuning/coklat muncul. Adakah tompok2 berkenaan dikira sebagai haid? Selama ini, berdasarkan pengetahuan saya yang cetek, saya cuma mengikuti apa yang pernah saya belajar, selagi tidak melebihi 15 hari, semuanya dikira haid mengikut mazhab Syafi'i dan sekiranya bilangannya lebih dari 15 hari, ikut kepada adat haid dan yang selebihnya dikira istihadhah dan qadha solat yang baki. Adakah betul apa yang saya beritahu isteri saya selama ini? Terima kasih kerana membaca. Harapnya persoalan saya tidak menyulitkan yang menjawab. Allahua'lam.

message user image

Soalan: Perlukah membasuh pakaian yang terjatuh di atas tar jalan raya kerana di sekitar kawasan itu terdapat banyak anjing yang berkeliaran. Tambahan pula jalan tar itu basah kerana baru lepas hujan. Adakah perlu saya membasuh pakaian itu sebanyak 7 kali?

message user image

Soalan: Salam, saya ingin bertanya berkenaan makanan kucing. Saya telah membeli makanan kucing yang telah disyorkan oleh doktor haiwan Muslim untuk diberikan kepada kucing sakit. Seterusnya saya telah menyuap makanan tersebut kepada kucing saya menggunakan syringe. Setelah itu, saya telah diberitahu oleh rakan bahawa makanan kucing yang saya berikan itu mempunyai campuran hati khinzir. Adakah saya perlu sertu tangan dan lantai saya yang telah dikotori bahan makanan tersebut semasa saya menyuapnya kepada kucing saya? Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Soalan saya berkaitan dengan ungkapan yang mana satu yang sesuai untuk diucapkan pada seseorang yang akan mengerjakan haji/umrah, (Mabrur atau Makbul).

message user image

Soalan: Sepanjang tempoh mengandung (4 bulan ke atas), saya solat duduk dan tidak berdiri semasa membaca fatihah. Saya hanya mengetahui kesalahan itu selepas 4tahun. Perlukah saya qada' solat saya? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkaitan dengan hukum bagi satu situasi di mana jika seseorang itu telah tamat tempoh haid, maka ketika dia hendak mandi wajib, dia telah mendapati kakinya telah terkena cecair dakwat printer. Setelah berusaha membersihkan kesan cecair dakwat printer tersebut di kakinya, kesan dakwat tersebut masih lagi tidak menghilang dan kesannya masih lagi jelas. Jadi dia tetap mandi wajib seperti biasa dan mengerjakan solat seperti biasa. Soalan saya, adakah hukum mandi wajib dan solatnya itu dianggap sah atau dia perlu berusaha membersihkan semula kesan dakwat printer di kakinya sehingga hilang semuanya dan mengulang kembali mandi wajib dan solatnya? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukumnya wanita yang bersolat tetapi tidak mencuci mukanya dengan bersih kerana terdapat kesan make-up pada wajahnya?

message user image

Soalan: Saya adalah pegawai swasta bergaji. Tiap tiap bulan gaji saya akan di tolak secara automatic untuik bayaran cukai kepada LHDN. Saya juga secara suka rela membuat bayayaran zakat pendapatan (2.5% dari jumlah berseh yang saya terima tiap tiap bulan. Bayaran zakat ini saya bayar melalui online kepada Pusat pungutan zakat negeri Selangor, Kelantan, Pahang dan juga kepada Islamic Releif secara bergilir gilir. SOALANNYA: Pada tiap hujung tahun (biasanya sebelum hujung april tiap tahun) saya akan membuat tafsiran cukai pendapatan (Ini termasuklah jumlah yang saya bayar untuk zakat). LHDN telah membuat ketetapan bahawa bayaran zakat, pembayar zakat adalah di kira bayaran cukai pendapatan. In bermakna tiap tiap tahun saya di kira membayar lebih cukai dari sepatutnya. Saya menerima lebihan bayaran balik ini dari LHDN. BOLEH KAN saya mengambil wang bayaran lebih ini dan mengambil manfaat dari wang tersebut. Wassalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.s.t. Terlebih dahulu saya mohon ribuan terima kasih kerana ustaz sudi membaca dan membantu saya untuk menjelaskan mengenai kemusykilan dalam masalah bersetubuh di siang hari bulan ramadhan. Untuk pengetahuan ustaz saya telah lama mendirikan rumahtangga pada tahun 2011. Sekarang saya dikurniakan 3 orang anak. Setahun awal perkahwinan saya berjauhan dengan suami kerana masih belajar. Kami berjumpa di hari cuti sahaja. Dalam tempoh setahun itu iaitu di bulan ramadhan pada tahun 2012, saya pulang ke rumah suami. Kami telah terlanjur di siang hari di bulan ramadhan untuk sehari. Untuk pengetahuan ustaz, suami saya langsung tidak tahu akan hukum dan akibat perbuatan tersebut. Dia cuma ingat batal puasa dan qada’ puasa sahaja. Pada awalnya suami saya tiada niat untuk bersetubuh tetapi hanya niat "ringan -ringan" (cumbu, peluk dll) sahaja. Ketika itu saya bermusafir tetapi suami tidak. Ketika ringan ringan tu suami terpancut keluar air mani. Saya mengaku salah saya kerana saya tahu hukum bersetubuh di siang hari tetapi tidak menjelaskan hukum tersebut kepada suami malah saya menggalakkannya untuk meneruskan niat bersama kerana saya sendiri menginginkannya ketika itu. Saya fikir alang alang dah batal puasa sebab suami keluar air mani baik teruskan aje. Ketika awal perkahwinan suami saya mudah pancut walaupon tidak memasukkan zakar di tempat sepatutnya. Jadi ketika itu tanpa sengaja suami saya keluar air mani ketika ringan ringan bersama saya. Selepas itu saya minta dia teruskan je bersama sebab dia dah batal puasa. Sebelum dia bersama saya dia telah membatalkan puasanya dengan minum air terlebih dahulu sebab dia ingatkan ketika keluar air mani tanpa sengaja tadi puasanya terbatal. Jadi timbul permasalahan di sini ustaz iaitu: 1) Hukum suami saya bersetubuh di siang hri di bulan ramadhan tanpa mengetahui langsung akibat perbuatan tersebut? - Saya telah Qada’ puasa itu dan taubat nasuha. 2) Dia telah membatalkan puasanya dengan minum air sebelum bersetubuh. 3) Dia keluar air mani walaupon tidak bersama ketika adegan ringan. 4) Suami isteri yang berjauhan dan terlanjur di bulan ramadhan. 5) Hukum ke atas suami kerana 6 tahun sudah berlalu. Tidak qada’ puasa apa lagi kerana masih tidak mengetahui kifarah yang perlu dia tanggung. Bila saya terangkan kifarah yang perlu dia tanggung dia sangat terkejut. Sebab dia jahil dalam hukum perbuatan tersebut. Dia sendiri cakap sekiranya dia tahu akan hukum tersebut dia tidak akan meneruskan niat untuk bersama. Bantu kami ustaz untuk terangkan dan bagi pencerahan mengenai kifarah yang perlu suami saya tanggung akibat kejahilannya ketika itu.

message user image

Soalan: Adakah di wajibkan solat dan puasa atas OKU lembap atau masalah pembelajaran.

message user image

Soalan: Tuan, saya berumur 14 tahun dan saya berniat agar saya dapat menjalani ibadat umrah pada tahun ini. Namun saya tidak mempunyai apa apa simpanan untuk umrah. Tetapi saya amat berniat agar saya dapat jejak Tanah Suci tahun ini. Soalan saya jikalau saya menabung dengan umur saya sekarang pasti tak mencukupi. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk selalu bersedekah kerana Rasul bersabda bahawa tidak pernah miskin orang yang bersedekah disamping berdoa kerana Allah berfirman berdoalah nescaya akan aku kabulkan. Pada pendapat Tuan apakah pandangan Tuan tentang masalah saya ini?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan, saya ingin bertanya beberapa soalan kepada pihak tuan kerana saya mempunyai beberapa kemusykilan . 1. Adakah menjadi kesalahan jika imam di negeri selangor membaca al quran mengikut qiraat lain iaitu bukan qiraan imam Asim riwayat hafs. 2. Adakah ada bantuan khas untuk orang yang dikelilingi hutang di selangor. 3. Apa hukum jimak dengan isteri yang sedang hamil. 4. Apakah hukum bagi seseorang yang solat walaupun rambutnya diwarnakan. 5. Adakah salah jika orang lain memanggil ana dengan gelaran Tuan walaupun ana tidak mempunyai apa apa hak yang khusus untuk memanggil ana Tuan. 6. Adakah salah jika seseorang berhutang dengan kita tetapi dia tidak membayar dalam waktu yang ditetapkan. Sampai disini sahaja pertanyaan saya setakat ini. Saya harap pihak Tuan dapat menjawab segala persoaalan saya. Saya berharap pihak Tuan dapat membalas emel saya secepat mungkin. Segala kerjasama amat dihargai. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. saya Ruzain Syukur Mansor, Atase Pendidikan Bimbingan Agama bagi pelajar Malaysia di United Kingdom. Saya menerima soalan ini daripada pelajar dan pensyarah di sini yang akan menjalani peperiksaan dalam bulan Ramadhan yang dijangka tahun ini selama 19 jam. Soalannya: sama ada seorang pelajar itu dibolehkan tidak berpuasa sekiranya dia berasa ianya akan menjejaskan peperiksaannya (dan menggantikan puasa tersebut sebelum Ramadhan seterusnya). The European Council for Fatwa and Research pada 13 April 2016 telah membuat ketetapan berikut: The ruling of breaking the fast for those students whose concentration during exams is affected by fasting. The committee relied upon the verdict of the European Council for Fatwa and Research on this issue (Fatwa 6/25), which states: ‘’If due to the long hours of fasting in Ramadan, the student fears that he will be caused severe exhaustion and hardship, and that fasting will affect his concentration in performing the exam, and he is not able to delay this exam, then he is permitted to break his fast in order to push away such hardship. He is then required to make up the missed fasts later. In the words of Allah: ‘’Allah wants ease for you, and He does not want hardship’’ (Surat al-Baqarah: 185) Justeru, mohon jasa baik penjelasan di pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Terima kasih.

message user image

Soalan: Suami saya tidak mahu solat kalau saya nasihatkan suruh solat dia akan naik atas dan tidur bagaimana untuk menyelesaikan masalah saya ini, bolehkah saya menuntut untuk berpisah ustaz?

message user image

Soalan: Saya telah hampir dua bulan mendirikan rumahtangga. Masalah yang saya hadapi sekarang ialah saya dan suami belum pernah lagi melakukan hubungan kelamin. Ini kerana saya takut dan fobia kerana ianya menyakitkan. Saya telah mencuba beberapa kali tetapi tetap tidak berjaya menunaikan hajat suami tercinta. Saya hanya memuaskan hajat suami dengan menggunakan cara yang saya mampu sahaja buat masa ini. Saya telah berusaha dan berikhtiar mendapatkan rawatan dan kaunseling bagi menyelesaikan masalah ini. Saya juga ada berjumpa pakar sakit puan dan doktor telah melakukan pemeriksaan dan menyatakan saya mempunyai masalah small introitus. Doktor mencadangkan saya menjalani fenton operation bagi mengatasi masalah saya ini. Walau bagaimanapun saya menolak kaedah ini kerana saya takut dan fobia selain hilang minat untuk melakukan hubungan kelamin bersama suami. Ini menyebabkan saya menghadapi masalah kemurungan, ketakutan dan rasa bersalah yang melampau. Saya juga mempunyai masalah kesihatan yang lain dan hanya memberitahu suami selepas kami berkahwin. Alhamdulillah ustaz suami saya sangat baik dan penyabar orangnya. Bolehkah saya memohon untuk berpisah kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Saya mahu melihat suami bahagia. Saya juga ada mencadangkan supaya suami berkahwin lain. Mohon penjelasan yang terperinci daripada ustaz.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya 4 soalan mengenai ibadat umrah: 1. Semasa tawaf mendukung anak apabila anak berak adakah kena ulanggi tawaf? 2. Selepas tawaf dan saie terdapat tahi burung pada kain ihram. Adakah kena ulangi tawaf dan saie atau tawaf sahaja? 3. Semasa tawaf boleh kah kita bawa kasut bersama kerana khuwatir kasut hilang? 4. Seorang tanpa uzur sharie ingin tawaf umrah dengan kerusi roda. Adakah sah tawaf nya? 5. Setelah saie seorang tu dapati tawaf dia kurang satu atau terasa was was. Adakah dia wajib mengulangi tawaf dengan saie atau ulang tawaf sahaja sekali bagi mencukupi kekurangan? 6.Sekiranya setelah tahlul di dapati tawaf kurang 1. Maka wajibkah bayar dam?

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya ada sedikit kemusykilan sedikit. Sebelum ini saya ada masalah darah istihadah, selepas berubat Alhamdulillah tiada lg masalah itu dan darah haid dah kembali normal. Tetapi sejak beberapa bulan kebelakang ini, saya dapati seminggu sebelum tempoh haid sebenar akan ada darah keluar dengan kuantiti yang sangat sedikit. Kadang pagi je ada. Kadang petang baru ada. Kadang2 selang sehari, dalam tempoh itu jika tiada darah keluar saya terus mandi hadas, dan bila darah keluar saya tidak solat kerana saya was2 untuk melalukan ibadah. Saya tidak tahu itu darah haid @ darah istihadah. Perlukah saya menqadakan solat yang saya tinggal kan dalam tempoh tersebut. Adakah itu darah haid dan adakah saya perlu kira 15 hari darah haid? Mohon pencerahan. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Assalam. Ustaz, saya nak tanya pasal KWSP. Saya telah mengeluarkan duit daripada KWSP atas sebab pencen pilihan. Sebelum ini saya pernah daftar patuh syariah dgn KWSP. Jadi duit yang saya dapat drp KWSP sejumlah RM20, 230.72. Soalan saya berapa jumlah yang perlu saya keluarkan untuk zakat? Mohon pencerahan daripada ustaz.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanyakan beberapa soalan. Pertama, sekiranya wanita yang sedang di dalam haid ingin mandi wajib, tetapi tidak mempunyai air (contohnya seperti kemarau atau gangguan bekalan air) apa yang harus dilakukan? Kedua, bagaimanakah kedudukan siku ketika sujud bagi wanita? Adakah diangkat atau rapat ke lantai? Ketiga, saya membela kucing di dalam rumah (apartment), mereka akan membuang air (kecil dan besar) di dalam pasir kucing yang dikhaskan dan kemudian bebas berkeliaran di dalam rumah. Apabila saya mengambil wuduk dan memijak lantai yang sama, adakah solat saya sah?

message user image

Soalan: Saya selalu solat Isyak berjamaah di masjid. Tetapi baru-baru ini ada permintaan untuk saya mengajar mengaji Quran. Ini telah menyebabkan saya tidak dapat bersolat berjamaah Isyak lagi kerana jadual yang ketat dan kelas jauh dari masjid dan tiada tempat solat berjamaah di kelas. Bagaimanakah dgn tanggung jawab saya terhadap solat Isyak berjamaah?

message user image

Soalan: Adakah air mazi betul-betul najis ringan?

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya sedia maklum sekiranya angin keluar melalui faraj, wudhu akan terbatal mengikut mazhab Syafie. Namun saya ingin memohon pencerahan sekiranya ia berlaku berulang kali akibat pergerakan dalam solat, adakah saya perla mengambil wudhu' dan mengulang semula solat? untuk pengetahuan, ia sering terjadi akibat pergerakan rukuk dan sujud ketika solat dan membebankan saya terutamanya ingin solat berjemaah, Adakah terdapat keringanan dalam kes ini seperti solat boleh diteruskan meskipun ia terjadi?

message user image

Soalan: Saya nak cuba baca dan faham hadis. Tapi macam Al-Quran, cuma ada 1 kitab je. Senang nak beli. Macam hadis ada berapa banyak kitab? Saya nak kena beli apa nama kitab hadis tu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya mempunyai soalan tentang berpuasa. Semasa puasa tahun lepas, saya sedangkan mengandungkan anak sulung saya jadi saya telah meninggalkan 4 hari puasa kerana bimbang dengan keselematan kandungan saya yang tidak aktif pada awal puasa. Berkenaan perkara ini saya telah sedia maklum bahawa saya perlu menggantikan puasa. Namun saya ingin mengetahui hukum apabila saya tidak dapat menggantikan puasa yang lalu sebelum ketibaan puasa pada tahun ingin kerana bimbang akan mempengaruhi jumlah pengeluaran susu badan dan factor lapar yang kuat selepas susu diperah. Adakah puasa tersebut digandakan sekiranya saya tidak dapat menggantikannya sebelum ketibaan Ramadan yang baru? Dan sama ada saya dibenarkan untuk tidak berpuasa pada Ramadan kali ini kerana masih lagi menyusukan bayi yang berumur 9 bulan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Adakah berdosa solat dengan memakai telekung berjenama tiruan? Telekung yang dibeli di negara jiran mengikut design dan melabelkan dengan jenama asal.

message user image

Soalan: Seorang penceramah ada menyebut hadis, kira-kira seperti di bawah: 1. Berpuasa sunnat di hari rejab dengan kelebihan -kelebihan nya pada setiap hari. Yang mana yang terakhir, akan boleh memberi syafaat kepada ahli keluarga untuk masuk syurga. 2. Bersolat sunnat ada malam-malam tertentu padadi hari hari bulan rejab. Minta pencerahan dari tuan, status hadis tersebut. Terima kasih.

message user image

Soalan: Adakah jarak perjalanan di laut dikira sama dengan jarak perjalanan untuk tujuan jama'?

message user image

Soalan: Assalam ustaz, saya ingin bertanya berkenaan dengan kolah untuk ambil air wuduk dan mandi wajib (menyelam). Saya ingin mengetahui berapa saiz kolah yang membolehkan sah untuk kita mandi wajib & berwuduk? Saya ingin mengetahui saiz lebar, tinggi dan panjang dalam CM & kaki? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, adakah batal wudhu saya sekiranya saya kentut tanpa bau dan bunyi tetapi dalam keadaan perut yang sakit dan sedar bahawa ada angin yang keluar dari dubur? (Mohon emelkan semula jawapan kepada saya). Terima kasih.

message user image

Soalan: Adakah air kolah dikira air musta'mal?

message user image

Soalan: Bolehkah rungutan isteri dijadikan sebagai jawapan untuk sembahyang istikhorah? Saya dinaikkkan pangkat tetapi saya juga akan berpencen pilihan sendiri. Ramai yang menasihat saya tangguhkan pencen untuk tujuan pengesahan kenaikkan pangkat. Anak-anak saya tidak menentang untuk saya tangguhkan pencen saya, kecuali isteri saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Saya pernah bernazar untuk tidak menonton wayang di pawagam selepas menunaikan umrah. Kemudian saya telah menunaikan umrah, adakah nazar itu akan berterusan sampai bila2 atau jika saya melanggar nazar itu, saya kena membayar kifarah atau macam mana? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Ada pendapat yang mengatakan Doa Nurun Nubuwwah boleh diamalkan, tetapi ada yang mengatakan doa tersebut tidak betul. Mohon penjelasan dari pihak mufti. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, 1) Kesan luka pada seseorang akan disembuh apabila muncul lapisan keras yang berwarna hitam atau coklat pada lukanya untuk menghalang darah keluar dan membaiki sel lukanya. Adakah sah mandi wajibnya walaupun air diratakan dia atas kesan lukanya. 2) Seseorang menghadapi "ingrown toenail" dimana kuku kakinya tumbuh tidak sekata mengikut kefahaman saya. Adakah sah juga mandi wajibnya jika dia sudah sedia upaya untuk meratakan air ke celah-celah kuku kakinya yang ditutup dengan otot yang berlebihan?

message user image

Soalan: Salam. Antara tanda awal menopose adalah aturan Jais terganggu. Jika haid kitarannya kurang dari 15 hari jaraknya dari kitaran terdahulu, bagaimana ustaz?

message user image

Soalan: Dalam kolah mandi rumah saya, terdapat seekor ikan puyu. Ikan tersebut bertujuan untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. Adakah air kolah itu dikira bersih untuk dibawa mandi dan berwuduk?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Pertanyaan saya adalah tentang najis. Baju saya terkena najis. Kemudian saya terus membasuhnya. Saya membasuh baju saya di lantai. Oleh kerana saya membasuh baju di atas lantai, terdapat takungan bekas basuhan baju itu di bawah baju saya. Persoalannya, adakah air takungan itu air mutanajis? Adakah membasuh sekadar menghilangkan bau, rasa dan warna najis itu mencukupi untuk membersihkan baju saya?

message user image

Soalan: Asalamualaikum ustaz, nak tanya berkaitan sertu, saya ada sertu rim kereta saya akibat kemalangan dengan babi, time saya nk habis sertu saya ada lap peluh di dhi dan rambut, apakah tangan, dahi dan rambut saya kena sertu jugak? Mohon tunjuk ajar ustaz. Dan lagi satu cara sertu menggunakan sabun taharah, saya ada buat dengan saya campurkan air dan sabun tu, sabun tu saya gosok dalam air sampai air bertukar keruh, kemudian lalukan ke tangan dan barang yang disertu apakah benar cara itu. Atau tidak boleh celup tangan dalam air untuk melarutkan sabun. Mohon penjelasan untuk saya hilang kan was2 yang timbul dalam diri saya.

message user image

Soalan: Apakah aurat antara anak perempuan dengan ayah tiri?

message user image

Soalan: Macam mana kalau terguna troli non halal masa beli barang kat supermarket. Bukan sengaja, tapi masa nak bayar barang kat kaunter ada orang tegur, eh kenapa guna troli non halal. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ahli kariah SAM yg d rahmati Allah. Rabu minggu lepas AJK Sam d minta untuk menyatakan pendirian SAM mengenai kehadiran kanak kanak semasa solat jemaah lima waktu. Walaupun rasa tak selesa ini tidak di rasakan oleh semua jemaah namun AJK SAM berterima kasih kepada yg inginkan kepastian mengenai isu ini. setelah AJK bermesyuarat dan mengambil kira pendapat beberapa ustaz yg mengambil kira Sunnah Nabi SAW maka ketetapan yg di persetujui ada lah seperti berikut: Kanak kanak tidak mumaiyyiz tidak digalakkan datang ke surau. Definasi tidak mumaiyyiz/tamyiz: Tidak berupaya untuk membezakan yg betul dan yg salah,bersih dan kotor dan sebagainya. Usia mengikut ulamak ialah bawah 7 tahun (lelaki) Kanak kanak yang mumaiyyiz dipersilakan datang dan mengambil posisi bersama ayahnya dan di utamakan mengambil posisi dikiri dan kanan hujung saf. Ibu bapa bertanggungjawab untuk menasihati ,mengajar adab adab solat dan adab adab semasa berada d rumah Allah kepada anak anak sendiri. Imam di minta mengumumkan mengenai kepentingan barisan yg lurus dan rapat mengikut sunnah Nabi SAW setiap kali sebelum memulakan solat. Kami memohon kerjasama ahli jemaah semua untuk pasrah dengan keputusan ini dan digunapakai setiap masa termasuk dalam bulan Ramadhan al Mubarak .semoga allah memberkati kita d bulan rejab dan shaaban dan panjangkan umor kita hingga bertemu ramadhan Wabillahi walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala hi wabarakaatuh.. Pernyataan di atas dari ajk surau dekat rumah saya Soalan saya benarkah ianya sunnah nabi? Mohon pencerahan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan, saya ingin ajukan soalan apakah hukum puasa sekiranya tertinggal solat tanpa sengaja ketika berpuasa? Adakah puasa itu tidak sah? dan perlukah digantikan balik? Kerana saya telah berpuasa ganti dan pada hari tersebut saya sedang bekerja di hospital dan terlalu ramai pesakit yang perlu dirawat sehingga saya tidak sedar sudah masuk waktu solat asar dan saya tertinggal solat zuhur. Semoga mendapat pencerahan dari pihak tuan/puan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak mufti Kelantan kerana sudi membalas dan menjelaskan segala persoalan yang telah saya emailan sebelum ini. Untuk pengetahuan pihak tuan suami saya ingin membayar kifarah tersebut (membatalkan puasa dengan sengaja di bulan ramadhan) tahun ini sebelum bulan ramadhan tiba. Kejadian atau kesalahan tersebut terjadi pada bulan ramadhan tahun 2012. Maka 7 tahun telah berlalu. Di sini saya timbul persoalan baru iaitu: * bolehkan secupak beras yang perlu dibayar ditukar kepada nilai wang semasa? * sekiranya boleh, berapakah jumlah tersebut? Suami saya berniat untuk membayar sebanyak RM1000 kepada mangsa Syiria dengan cara bank in dalam tabungan Syiria yang berdaftar. * adakah nilai tersebut mencukupi ? * layakkan mangsa syiria tersebut menerimanya? Saya memohon jasa baik tuan agar dapat memberi pencerahan mengenai segala persoalan ini dengan secepatnya agar saya dapat membayar kifarah secepatnya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Ustad, saya nak tanya satu perkara yang saya rasa agak mengaibkan saya dan suami. Saya dan suami telah membatalkan puasa Ramadhan saya dengan makan kurma dan kemudian membuat hubungan . Kejadian berlaku pada masa awal perkahwinan kami. Kejadian berlaku dah lama sekitar tahun 1992. Bagaimana cara untuk saya menebus dosa tersebut. Adakah saya dan suami perlu membayar denda atau fidyah? Kalau saya tidak silap 2 tahun lepas suami saya dah bayar denda@fidyah tersebut semasa membayar zakat fitrah.Boleh ustad bagi penjelasan dan penyelesaian masalah tersebut? Saya kini sering teringat2 tentang perkara tersebut. Harap ustad dapat membantu saya. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Sahibus Samahah yang saya hormati, saya ingin bertanya 2 soalan, yang pertama, adakah Tuan Mufti pernah ditanyakan oleh masyarakat berkaitan isu-isu i'tikaf? Dan soalan keduanya, adakah Jatana Mufti Negeri Selangor mengeluarkan fatwa berkaitan ibadah i'tikaf dan pengamalannya di Selangor. Sekian jazakallahu Khairan Jaza'.

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum. Saya nak tanya, semasa mandi wajib saya menutup paip air kerana telah selesai mandi. Selepas itu saya was was sama ada paip tersebut terperxik air najis atau pun tidak. Dari solat asar sehingga lah subuh. Apabila saya cari maklumat, mandi wajib dan wuduk saya sudah sah. Jadi pertanyaan saya, adakah saya perlu mandi wajib sekali lagi dan menqada solat-solat dan membasuh pakaian yang saya telah pegang ketika saya waswas tadi. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum. Saya nak tanya, saya teringat yang saya pernah guna span dan sabun pencuci pinngan di rumah bukan orang islam. Adakah saya perlu bertanya tuan rumah atau sesiapa tentang kenajisannya. Atau cukup saya anggap suci? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanyakan beberapa soalan, dulu kawan saya pernah beli bekas pensel baru. Saya pun pernah la belek2 bekas pensel tu. Tapi lepas beberapa hari ada beberapa orang kawan kelas tegur kawan saya tu cakap yang tu kulit babi sbb ada banyak bintik2 tiga. Saya ingatkan tu cuma corak bekas pensel tersebut. Sebab saya tak tau ianya diperbuat dari kuli babi, saya ingatkan tak perlu samak. Lagipun masa tu saya berusia lebih kurang 13 tahun dan tak berapa tahu sangat. Sekarang saya sudah berusia 18 tahun. Sudah 5 tahun berlalu dan saya tak pernah samak pun untuk kejadian tu. Soalan saya, perlukah saya samak walaupun sudah lama perkara tu berlalu? Kedua, adakah semua solat, puasa dan amalan yang saya lakukan selama ini terbatal? Sekian sahaja soalan saya buat masa ni.

message user image

Soalan: Assalam Mualaikum Wb, saya di maalumi bahawa apabila solat jemaah di surau bahagian para muslimat hendaklah di buka tadbir, kalau tidak solat mereka tidak sah. Bagi solat di masjid kata nya tidak kena pada hukum tersebut iani sah sekiranya mempunyai tadbir. Dengan ini saya mohon penjelasan tentang perkara ini. 1. Adakah benar hukum tersebut pada mazhab shafie? 2. Adakah di maksudkan tadbir dinding atau kain? 3. Adakah memadai kalau di buka sebahagian kecil sahaja dari tadbir tersebut? Sekian, Wassalam.

message user image

Soalan: Asslamaualaikum ustaz, saya ada satu soalan berkenaan dengan solat. Bukan niat saya untuk memalukan atau bersangka buruk dengan kawan saya, tetapi adakah saya turut berdoa seandainya saya tahu kawan saya tidak melakukan solat lima waktu, dan saya tidak berani untuk menegurnya. Kerana setiap kali saya tanya adakah dia boleh solat, dia akan menjawab dia sedang dalam haid. Apa yang harus saya lakukan? Saya takut saya turut berdosa kerana saya tidak menegurnya kerana kami adalah roomate dan saya takut dia akan anggap saya menyibuk akan hal dirinya. Harap ustaz dapat menjawab. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, mohon pencerahan apakah itu waktu tahrim dan solat apa yang diharamkan pada waktu tersebut. Bolehlan solat taubat dilakukan dalam waktu tahrim (sbg contoh dikerjakan pada sekitar jam 8 pagi - 11 pagi). Mohon pencerahan.

message user image

Soalan: Salam ustad/ustazah. Saya ingin bertanya betulkah sesetengah wangi minyak attar disukai oleh jin atau jin akan mendekati si pemakai dan tempat tinggalnya. Ini kerana sebelum ini saya ada pergi berubat dengan seseorang atas sebab sihir dan dia larang kami pakai sesetengah minyak wangi attar (saya lupa nama wangi attar tu) kerana mengikut dia jin akan suka si pemakai wangi tu dan adakala si pemakai ada benda atau dia berubat cara salah senang kata dia berubat dengan bantuan jin. Betulkah ustad? Saya agak keliru. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalaamu'alaikum. Saya nak tanya bolehkah kalau wang simpanan kwsp yang bakal dikeluarkan zakatnya diberikan kepada ahli keluarga yang ingin menyelesaikan hutang? Adakah dengan berbuat begitu zakat wang kwsp tersebut dikira selesai? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, ingin bertanya tentang samak. Saya sewakan rumah kepada seorang lelaki Cina hanya selama 2 bulan yang saya fikir dia tidak memasak (peti ais tiada bahan masakan) dan tiada anjing (tidak dibenar memelihara oleh pengurusan apartmen). Hanya sedikit kemungkinan memanaskan makanan(tidak halal termasuk babi). Perlukah saya samak perkakasan yang mungkin terkena makan yg tidak halal itu? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalam, saya nak bertanya tentang masalah puasa isteri saya. 1. Tahun 2017, isteri saya melahirkan anak sebelum bulan Ramadhan. Disebabkan masih berpantang, isteri saya tidak berpuasa sebab risaukan anak menyusu badan penuh. Adakah isteri saya wajib qada @ fidyah @ qada dan fidyah? 2. Tahun 2018 isteri saya masih menyusu penuh anak kami (tambahan anak ada eczema di mana susu ibu adalah susu terbaik). kalau isteri saya risaukan anak tidak mendapat susu secukupnya, bolehkan isteri saya meninggalkan puasa? 3. Disebabkan tahun puasa 2017 - 2018 isteri saya masih menyusukan anak, jadi isteri saya belum qada puasanya lagi. Tambahan susu badan agak berkurangan jadi untuk mengqada puasa, agak berat utk isteri saya. Harap dapat penjelasan ustaz berkenaan hukum tentang permasalahan isteri saya.

message user image

Soalan: Salam, saya ada memakai inai yang saya baru perasan ianya sejenis tidak kalis air. Selepas memakai inai itu, saya ada mndi wajib dan ganti puasa. Jadi sekarang bagaimana status ganti puasa dan solat saya? Saya hanya baru perasan yang ianya tidak kalis air setelah 3 hari menggunakannya. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya nak tanya satu soalan bolehkan ustaz. Macam ni, saya mandi biasa dahulu seperti shampoo rambut, sabun badan. Gosok gigi dan cuci muka SEBELUM mandi WAJIB. Kemudian, setelah selesai mandi biasa, saya terus memulakan mandi wajib seperti biasa. Soalan saya , selepas selesai mandi dan pakai baju, saya dapati di celah kuku jari tangan saya terdapat seperti tompokan sisa sabun dimana bila saya kikis, akan keluar benda warna putih, semasa mandi wajib tadi tak nampak pula, bila badan dah kering baru nampak. Adakah sisa sabun tersebut boleh menghalang air daripada sampai ke kuku? Adakah Mandi Wajib saya SAH? Terima kasih.

message user image

Soalan: Bagaimana seorang wanita yang sentasa terkencing nak solat wajib dan sunat.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin tahu apakah hukum pengambilan pil hormon untuk halang kedatangan haid di Bulan Ramadhan / Waktu Mengerjakan Umrah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, 1) Apakah dibolehkan menjawab selawat Nabi ketika khutbah? Kerana ada hadis mengatakan luput pahala Jumaat seseorang ketika khutbah walaupun dengan mengatakan diam. 2) Saya naik KTM Komuter untuk pulang ke rumah. Akan tetapi sewaktu menunggu tren, waktu Maghrib telah pun masuk. Komuter tren juga telah tiba. Komuter pula bergerak dengan waktu yang tidak menentu sehingga saya terlepas waktu untuk melakukan solat. Memang wajib untuk saya qadhakan solat saya. Adakah berdosanya saya kerana tidak dapat solat? Adakah situasi saya ini keuzuran?

message user image

Soalan: Sejak akhir2 ni terdapat banyak telekung solat premium dijual di pasara. Ada diantaranya telah didaftarkan paten. Telekung premium ini telah melabur modal yang banyak untuk pemasaran. Apakah hukum untuk perkara berikut? 1. Menjual telekung tiruan 2. Membeli telekung tiruan 3. Adakah solat dengan telekung tiruan sah sedangkan kita seolah2 mencuri hak tuan punya paten?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya berkenaan zakat simpanan. Bolehkan wang zakat tersebut diberikan kpd kedua ibubapa saya di mana mereka tiada pendapatan selain dari wang pencen ayah saya yang berjumlah lebih kurang RM750 shj sebulan? Pendapatan lain adalah dari pemberian anak2 setiap bulan berjumlah kurang RM1000 sebulan. Ayah saya masih menanggung seorang anak yang bongsu. Terima kasih.

message user image

Soalan: Pembayaran fidyah perlu menggunakan wang sendiri ataupun boleh menggunakan wang penjaga kerana saya masih belum bekerja.

message user image

Soalan: Salam Ustaz, pekerja sekolah saya telah menggunakan bekas cat untuk mengecat sebelum ini. Setelah mengecat surau dan kelas dengan bekas yang sama, baru diketahui berus cat yang digunakan sebelum ini dari bulu babi. Apakah hukumnya dan perkara yang perlu dilakukan pada dinding dan percikan cat yang jatuh.

message user image

Soalan: Jika seseorang berbuka puasa kerana masyaqqah seperti sakit kepala sedangkan dia ingin memandu kenderaan, kemudian dia pun berbuka. Setelah itu, apabila telah sampai destinasi adakah dia masih boleh makan minum sedangkan masyaqqahnya sudah tiada? Maksudnya adakah dia perlu imsak, atau dia boleh makan minum waalupun sudah hilang keperluan seperti pada awal tadi.

message user image

Soalan: Salam. Ustaz/ustazah. Saya nak tanya. Suami isteri kalau dah ambik wudhuk batal ke kalau bersentuhan?

message user image

Soalan: Saya tidaklah mengidap penyakit kronik yang boleh membawa maut tapi saya sejak 8 tahun lepas sentiasa lemah dan letih. Pernafasan juga semput. Saya cuba mendapatkan rawatan hospital tetapi keadaan tidak berubah. Sekarang ini saya hanya mengambil makanan kesihatan sebagai alternatif perubatan. Saya mengambil keputusan untuk tidak berpuasa kerana saya akan semakin lemah dan letih. Saya juga tidak lagi menunaikan solat kerana lemah tubuh badan dan terlalu letih di samping tubuh badan saya hilang kelenturan dalam melakukan pergerakan sembahyang dan wudhu. Apa hukum keadaan saya ini kerana saya telah tidak berpuasa dan solat dalam masa 8 tahun?

message user image

Soalan: Jika onani di malam ramadhan dengan sendirian, dan mandi junub selepas waktu sahur, apakah status puasa saya?

message user image

Soalan: Berapakah kadar bayaran di negeri Selangor kafarah bagi suami isteri yang bersetubuh disiang hari pada bulan Ramadhan jika tak mampu berpuasa 2 bulan berturut2. Adakah boleh dibayar melalui online?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum jika saya memotong anak rambut? Dan apabila saya memakai tudung, ia tidak lagi nampak seperti rambut. Tetapi saya telah diberitahu oleh seseorang, bahawasanya selagi ternampaknya akar rambut maka ianya haram? Boleh tolong jelaskan tentang ini. Jika saya tutup bahagian anak rambut saya, ia agak susah untuk saya sujud kerana dahi yang saya ada kecil.

message user image

Soalan: Jika dibulan puasa saya tidur dan terjaga pada pukul 10 pagi dan terlihat ada air mani pada seluar saya . Sah ke jika saya berpuasa atau telah batalnya puasa?

message user image

Soalan: Mohon kaedah sebenar sembahyang bagj orang yang tidak boleh sujud atau sembahyang atas kerusi. Berbagai yang disarankan oleh ustaz2 di media sosial. Ada yang menyuruh duduk dahulu sebelum rukuk dan kemudian sujud dan pastikan tunduk untuk sujud lebih rendah dari tunduk ruku'. Ada kaedah menyuruh ruku' 2 kali: Satu untuk ruku' dan satu sujud dan sebolehnya untuk sujud lebih tunduk agar punggung lebih tinggi dari kepala. Mohon sangat pencerahan kerana kami golongan tua jadi keliru. Wasalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya Noh dan menetap di Shah Alam, Selangor. Saya dan isteri ada kemusykilan tentang puasa. Hari ini, 5 Ramadhan 1439H. Isteri saya baru disahkan mengandung (dalam lingkungan 6 minggu ketika ini). Sejak hari ketiga Ramadhan, isteri saya mula berasa kurang mampu untuk berpuasa seperti rasa terlalu lemah sehingga menggigil anggota badan dan perut terasa pedih. Kami ingin meminta pengesahan dari pihak yang lebih arif tentang perkara ini. 1) Adakah benar ibu mengandung dibolehkan untuk tidak berpuasa sekiranya risaukan kesihatan diri sendiri dan wajib ganti puasa itu. 2) Dan wajib ganti puasa beserta fidyah sekiranya risaukan kesihatan diri sendiri dan kandungan. 3) Jika ibu mengandung tidak sempat untuk menggantikan puasa Ramadhan sehingga Ramadhan tahun akan datang atas sebab berpantang dan menyusukan anak (ibu memerlukan makanan dan zat yang cukup untuk menghasilkan susu). Apakah yang perlu dilakukan. Diharap pihak tuan dapat membantu kami dalam hal ini.

message user image

Soalan: Apakah batal puasa fardhu ramadhan bilamana memakai inhaler pada siang hari. Mohon nyatakan pendapat ulama berkaitan perkara ini dan banyak pendapatnya diikuti oleh pegangan ahli Sunnah waljamaah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum saya seorang ibu yang menyusukan anak, boleh saya tahu macam mana saya boleh dapat tahu harga untuk fidyah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada satu pertanyaan. Apakah yang perlu saya buat sekiranya menjumpai sesuatu "cat clear" pada anggota badan yang menghalang air masuk semasa mengambil wuduk dan mandi wajib. Seingat saya, saya menggunakan cat itu seminggu yang lepas. Adakah saya perlu qada/ganti solat dan puasa yang lepas. Dan adakah wuduk n mandi wajib saya diterima?

message user image

Soalan: Salam ustaz. Saya telah membina rumah baru.Rumah tersebut telah selesai di cat. Saya ada bertanya kepada tukang cat rumah saya berkaitan penggunaan berus bulu babi, jawapannya tidak menggunakannya. Selang beberapa hari, Sewaktu saya mencuci rumah tersebut, saya ada terjumpa sehelai bulu yang meragukan. Saya pun bawa pulang ke rumah sewa. Saya cuba mencari info berkaitan bulu tersebut, saya terjumpa info berkaitan bulu babi iaitu bercabang di hujung dan apabila terbakar bau yang dikeluarkan sama seperti rambut terbakar. Saya lihat dan cuba pada bulu tersebut seakan sama. Apa yang perlu saya lakukan? Adakah ia membuktikan bulu tersebut adalah bulu babi. Mohon petunjuk ustaz. Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya tentang hukum alkohol sintetik dalam kosmetik atau produk penjagaan kulit seperti ethanol, propelyne glycol, ethyl alcohol dll. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, bagaimana untuk melawan perasaan bacaan kita betul atau tidak? Saya mempunyai masalah untuk teruskan bacaan Al-Fatihah kerana saya asyik tidak cukup nafas untuk membaca ayat, membaca tahiyat dengan betul, lebih-lebih lagi pada "attah'iyyatu" kerana saya selalu susah menyebut ح tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah. Persoalan saya adalah mengenai nazar. Situasinya, seorang wanita yang mempunyai tabiat buruk beronani lalu berusaha untuk berubah. Lalu tanpa berfikir panjang dgn berjanji bahawa ingin berpuasa sekiranya mengulangi perbuatan tersebut. Lafaznya tidak berupa nazar tetapi "Aku berjanji berpuasa selama seminggu setiap kali aku beronani kerana Allah Taala". Namun begitu, beliau kalah dengan nafsu dan mengulangi onani selama beberapa kali (tidak pasti bilangannya dan agak banyak). Beliau sedar bahawa berat janji tersebut untuk ditunaikan kerana memikirkan terlalu banyak anggaran puasa yang harus digantikan sekiranya bilangan onani tersebut didarabkan dengan seminggu puasa. Lalu beliau membuat carian internet sekiranya ada cara untuk menggantikan janji tersebut dengan perkara yang lebih mudah. Dalam carian, beliau mendapati bahawa ianya satu nazar. Sebelum ini beliau tidak tahu bahawa wujudnya nazar untuk mengelakkan dari melakukan maksiat. Setelah dibaca mengenai nazar tersebut, beliau keliru adakah lafaz beliau mengenai janji tersebut merupakan nazar atau tidak. Dan bagaimana cara untuk mengubah janji tersebut pada sesuatu yang lain (yang lebih berkemampuan) untuk dilaksanakan. Setelah itu, beliau ada menceritakan kepada beberapa sahabat mengenai beliau bernazar berpuasa atas alasan tertentu. Persoalannya, jika pada awal lafaz beliau ingin berpuasa itu tidak merupakan nazar, adakah ia tetap dikira nazar kerana beliau ada menyebut "nazar" sewaktu menceritakan kepada sahabat beliau (kerana bacaan di internet, beliau mendapati kesnya seakan-akan nazar)? Jika ianya merupakan nazar atau tidak, apakah tindakan yang wajib beliau laksanakan untuk menyelesaikan masalah tersebut? Mohon pencerahan yang jelas dari Ustaz/Ustazah mengenai persoalan tersebut dan sekiranya ada kaedah yang lebih ringan untuk dilaksanakan kerana beliau kini dibelenggu rasa menyesal kerana tidak berfikir panjang sebelum bertindak dan sangat tidak tenteram kerana ia seakan-akan satu "hutang" yang besar dengan Allah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya mengenai cara mengada' puasa yang telah saya tinggalkan sebelum2 ini diatas dasar kesihatan & haid. Sebenarnya, puasa yang telah saya tinggalkan sebelum2 ini diatas dasar kesihatan & haid, saya tidak mampu untuk mengada'kannya lagi serta saya juga tidak pernah/belum melunaskan Fidyah diatas kegagalan melaksanakan tanggungjawab berpuasa saya yang lepas2.. Masalah kesihatan yang saya alami adalah sakit gastrik yang agak kronik (GERD) & Darah Tinggi serta tubuh saya tidak boleh kekurangan air. Saya inginkan pencerahan daripada ustaz, bagaimanakah cara serta kiraanya untuk membayar Fidyah diatas kegagalan saya mengada'kan puasa2 saya yang lepas2 diatas dasar kesihatan & haid. Masalah saya sekarang, jumlah hari & tahun yang saya tinggalkan ibadah puasa ni pun, saya tidak ingat serta punyai jumlah hari yang tepat. Jadi jumlah hari & tahun sejak serta sebanyak manakah yang saya harus mula untuk kiraan membayar Fidyah? Adakah cara kiraan yang afdal didalam islam bagi saya melunaskan semua hutang2 mengada' puasa saya itu pada Allah SWT? Jika dahulu, saya sedikit pun tidak sangat mengambil endah mengenai perkara mengada' atau membayar Fidyah bagi puasa yang telah ditinggalkan, tetapi sekarang setelah saya mengetahui hukum serta kewajipan bagi saya untuk melunaskannya semasa hidup, saya berusaha untuk mendapatkan penjelasan daripada yang lebih arif mengenai ini, saya mohon untuk mencari pencerahan mengenai masalah saya ini dari Ustaz.

message user image

Soalan: Salam Dr, saya ingin bertanya bagi pihak isteri saya berkaitan dgn haid. Permasalahan yang dialami adalah haid wife saya biasanya hanya dalam 7 hari tetapi tanda coklat akan bermula sebelum dan juga selepas haid yang menyebabkan kalau dikira semua sekali akan berpanjangan sehingga 15-16 hari sebulan. Dalam bab berpuasa isteri saya tak pasti nak kira dari tarikh haid atau dikira dari tarikh tanda. Buat masa ini, semasa tanda wife saya stop solat dan baca Quran walaupun masih belum pasti. Wife saya ada merujuk kepada pendapat ini tetapi tidak pasti kesahihan utk diikuti http://medianda-news.blogspot.my/2016/08/para-kaum-wanita-baca-ini-ternyata-flek.html?m=1 Mohon pandangan Tuan Mufti untuk kami mendapat kepastian dan mengelakkan terus menerus berdosa kerana meninggalkan solat jika tidak dianggap haid untuk tanda coklat tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Pada tahun 1993, saya mengerjakan umrah. Semasa melakukan tawaf, wudhu saya batal kerana terkentut. Kerana kurang pengetahuan agama, saya teruskan tawaf kerana sangka boleh lakukan tawaf tanpa wudhu. Adakah saya perlu bayar dam/denda atau apa tindakan yang perlu saya buat atas kesilapan/kesalahan saya itu?

message user image

Soalan: Apakah hukumnya jika saya memberi zakat pendapatan kepada anak buah yang sedang belajar dengan akad kepadanya memberi zakat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, soalan saya berkenaan malam lailatul kadar. Pada bulan Ramadhan setiap malam melakukan solat terawih, adakan boleh dikatakan telah memperolehi pahala malam lailatul kadar? Jika ya, tak perlulah kita mencari/mengejar malam lailatul kadar tu. Tetapi hampir setiap tahun, ramai ustaz bila kupas tentang malam lailatul kadar ni selalu sebut mencari atau mengejar malam tersebut. Tolong bagi penjelasan.

message user image

Soalan: Soalan saya, adakah inai lukis yang berada di tangan kalis air? Bagaimanakah hendak mengetahui ianya kalis air? Tapi inai tersebut jika diguna pada kuku dia meresap.bagaimanakah hukumnya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya tidak mengisytiharkan cukai pendapatan saya dgn sempurna dan saya sedar bahawa ini adalah suatu kesalahan dalam akta. Namun saya masih menyempurnakan zakat pendapatan dgn baik. Apakah hukum saya mengelakkan cukai pendapatan tersebut atas2 sebab kekangan kewangan untuk membayar jumlahnya yang agak tinggi setiap tahun? Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Adakah menonton video agama dikira dapat pahala pergi ke majlis ilmu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum uztaz, boleh kah saya makan sahur walaupun dah mula azan subuh?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum orang yang mendukung bayi/kanak kanak atau mendudukkan mereka di atas peha, sekiranya kanak kanak tersebut mempunyai bau hancing pada seluar mereka? Adakah pakaian akan menjadi najis walaupun tiada sebarang bau yang melekat pada pakaian orang tersebut?

message user image

Soalan: Saya bekerja di tempat orang bukan Islam dan dua hari lepas saya baru perasan terdapat bulu-bulu anjing yang luruh di lantai pintu masuk office. Adakah perlu saya terus bekerja di sini atau ada cara lain yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?

message user image

Soalan: Sahkah puasa pada hari naqa' selepas mandi wajib?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, macam mana untuk adik perempuan saya dan saya mengganti puasa & solat yang sebelum ni dia tak qada? Dan dia sendiri tak tau dah berapa hari dia tertinggal puasa dan solat tu. Dan cara untuk membayar/qada puasa dan solat itu. Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam ustaz, saya ingin bertanya. Saya telah membasuh rumah baru saya, sewaktu saya mencuci lantai dengan sabun, saya ada terjumpa sehelai berus seakan bulu babi. Saya terus membasuh keseluruhan rumah dengan anggapan bulu tersebut bukan dari berus bulu babi. Seminggu kemudian ternyata sehelai bulu tersebut dari berus cat bulu babi. Perlukah saya sertu lantai rumah, alatan membasuh?

message user image

Soalan: Apakah hukum orang yang biasa berpuasa sunat pada hari Isnin dan khamis berpuasa pada Syawal tanggal 1 jika hari raya jatuh pada hari Isnin atau Khamis?

message user image

Soalan: Ada kah anak tak sah taraf boleh memohon apa-apa bantuan kebajikan sara hidup. Kerana ibunya tidak bekerja dan kedua-duanya Di tanggung oleh datuk Dan nenek yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak tanya, saya ada masalah was-was berkenaan najis. Baru-baru ini saya tidak perasan ada pakaian yang terkena muntah anak dicampurkan sekali dengan baju-baju lain dan dibasuh dalam mesin basuh. Apabila sudah kering, kelihatan tompok muntah anak itu masih melekat pada pakaian (tompok itu boleh dihilangkan apabila saya memberus menggunakan tangan dengaan kuat). Apakah hukum kepada baju-baju lain yang dicampur sekali? Adakah menjadi najis juga? Adakah mesin basuh, bakul pakain, dan ampaian pakaian juga menjadi najis? Mohon pencerahan. Saya sangat terganggu dengan isu ini kerana ia mengganggu ibadah saya. Saya berasa seperti semua pakaian saya sudah tidak suci kerana dibasuh dalam mesin, dilonggokkan di dalam bakul, dan disidai di ampaian yang sudah terkena baju yang ada tompokan muntah anak itu. Saya tidak mahu ianya menyebabkan saya sehingga berputus asa untuk beribadah kerana ragu-ragu dan tidak sedap hati. Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam. Apakah hukum kita bertakbir selepas solat sunat aidil fitri?

message user image

Soalan: Assalamulaikum, saya ingin bertanya tentang kadaran fidyah yang ditetapkan di negeri selangor. Benarkah kadar fidyah tidak perlu digandakan di negeri selangor? Kerana tempoh hari saya melawat laman web kalkulator zakat selangor, dan di situ dinyatakan kiraan fidyah di selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Mohon penjelasan dari pihak tuan/puan.

message user image

Soalan: Nenek saya sudah tua. Tidak mampu untuk berpuasa. Di zaman muda nenek ada tertinggal puasa ramadan kerana melahirkan anak. Boleh kah kami anak cucu mengqadakan puasa nenek?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah hukum jika kita memohon kerja menggunakan ijazah tetapi semasa belajar di tahun akhir saya ada menipu data untuk menyelesaikan tesis saya. Apakah status gaji yang diterima sekiranya saya memohon pekerjaan menggunakan ijazah tersebut? Adakah halal atau haram?

message user image

Soalan: Saya berniat puasa sunat syawal. Setelah bersahur hingga terdengar azan subuh saya teringat belum mandi wajib. Sah kah puasa saya?

message user image

Soalan: Assalam ustaz. Saya ingin bertanya: Saya telah mencuci lantai rumah yang baru siap dibina. Sewaktu saya memberus lantai di ruang tamu, ada sehelai bulu yang bercabang 3 telah tersangkut di berus lantai. Saya ambil bulu tersebut dan membuangnya, saya terus mencuci lantai setiap bilik, dapur, ruang keluarga dan beranda serta tangga dengan berus lantai tersebut. Selepas 5 hari, ternyata bulu yang bercabang tiga tadi datangnya dari berus cat yang diperbuat dari bulu babi yang telah digunakan oleh tukang cat tanpa disedari olehnya. Soalannya, perlukah saya menyertu lantai sebuah rumah tersebut beserta alatan cucian yang digunakan? Mohon pandangan ustaz.

message user image

Soalan: Apakah dibenarkan daging qurban digunakan untuk kenduri kahwin - walimatul urus - ambil wang sagu hati?

message user image

Soalan: Bagaimanakah cara yang betul untuk menjawap Salam. Ada ustaz yang menyatakan jika jawab waalaikumussalam, sebenar nya kita belum jawap dan dikira hukumnya berdosa kerana belum menjawab salam. Cara yang betul ialah waalaika waalahissalam. Betulkah seperti itu?

message user image

Soalan: Ucapan Assalamualaikum wbt ini saya tujukan buat pihak Tuan/Puan sekalian. Seseorang wanita yang tidak melunaskan hutang puasanya sejak sekian lama, namun Alhamdulillah telah menemui hidayah dan cuba untuk berpuasa ganti terhadap puasa-puasa yang ditinggalkannya sedikit demi sedikit. Soalan saya, bolehkah wanita tersebut melaksanakan puasa sunat enam Syawal, sedangkan ada puasa wajib yang perlu digantikan terlebih dahulu? Jazakumullahu Khairan Kathira.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada persoalan yang sangat penting dan saya MOHON balas dengan segera. Begini, biar saya mula dengan permasalahan atau permulaan. Saya ada masalah dengan menentukan sesuatu sebagai contoh ya. Saya nampak apa apa sahaja saya akan tertanya tanya atau was was atau syak atau tidak pasti tentang sesuatu. Kesemuanya adalah berkaitan anjing dan khinzir. Saya begitu was was dan terperinci. Sebagai contoh. Saya berjalan di jalan raya dan ternampak kesan mungkin kesan air. Terus hati saya merasa was was dan syak. Adakah ini kesan tapak kaki khinzir ke anjing ke. Mungkin bentuk rupa kesan tersebut ada iras iras tapi tidak la sebijik. Dan hanya sedikit seperti percikkan air yg membentukkan sesuatu bentuk seperti bentuk bentuk tapak kaki haiwan haiwan tersebut. Sehinggakan saya jadi selalu syak dan was was. Sehingga saya jalan pun asyik tgk bawah. Terkadang saya termenung melihat adakan ini bentuk tapak kaki anjing ya. Ka khinzir. Dan permainan fikiran saya tu membawa sehingga seolah olah mmg betul itu adalah bentuk tersebut. Sedangkan saya sendiri tidak nampak haiwan tersebut lalu di situ atau itu sememangnya dari haiwan tersebut kerana ketika itu tidak nampak seekor haiwan pun disitu. Begitulah. Faham tidak? Itulah keterangan yang saya mampu bagi. Jadi sekarang saya jadi was was adakah itu benar sesuatu tapak binatang tersebut atau tidak. Mohon bantu saya. Adakah saya perlu sertu jika selipar saya terpijak walhal saya tidak tahu apakah bentuk tersebut. Mungkin menyerupai atau tidak. Tapi saya sendiri tidak tahu apakah ia. Selalu dan kerap berlaku. Saya jadi penat, apakah patut saya lakukan? Perlu ke saya sertu kalau saya pijak? Sedangkan setiap kali berlaku mesti kesan itu hanya satu dan tidak banyak seperti ada pergerakkan haiwan. Bantu saya ustaz. Tak akan bila saya asyik syak dan was was begini saya kena sertu. Saya jadi buntu. Harap dapat membantu saya. Saya jadi terlalu terperinci sehinggakan bawak kereta pun saya perhatikan jalan yang saya lalui. Ada tak kesan apa apa. Bantu saya ustaz.

message user image

Soalan: Assalamualaikum dato'saya menerima whatapps daripada rakan saya seperti berikut : " mengikut kitab nihayatuz zain, siapa buat solat hajat 12 rakaat dan 6 salam, pada malam jumaat di tengah bulan penuh, inshaaAllah hajatnya akan dimakbulkan" "Cara solat hajat mengikut Almarhum TG Hj Saleh Sik, Buat 4 Rakaat 2 Salam Rakaat 1, al-ikhlas 10 kali Rakaat 2, al-ikhlas 20 kali Rakaat 3, al-ikhlas 30 kali Rakaat 4, al-ikhlas 40 kali "Jumlah 100x surah al-ikhlas. Adapun bagi solat hajat seerti ini tiada ditetapkan hari dan masa, maka boleh dilakukan pada bila2 masa" Soalan saya, benarkan ilmu yang disampaikan ini dan boleh dapatkan sumber yang sahih? Saya agak keliru dengan penyataan ini.

message user image

Soalan: Bolehkah memberi makan daging aqiqah kepada rakan2 dan jiran2 non-muslim?

message user image

Soalan: Bagaimana cara solat fardhu didalam KTM komuter? Sebahagian pekerja terpaksa solat subuh dalam perjalanan ke pejabat di dalam komuter memandangkan waktu subuh terhad. Bertolak setiap pagi jam 5.30 pagi dan tiba di pejabat di KL jam 7.00 pagi. Mohon penjelasan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum bermain game Mobile Legend? Kerana: 1. Abaikan solat 2. Bila sedang berinteraksi, dia tidak mendengar percakapan kita 3. Membazirkan duit Mohon pihak mufti memberikan jawapan ini.

message user image

Soalan: Ketika bulan Ramadhan yang lepas, saya telah terlanjur dengan melakukan hubungan suami isteri pada siang hari. Saya difahamkan ada 2 cara utk membayar denda tersebut 1) Berpuasa selama 60 hari berturut tanpa skip 2) memberi makan seramai 60 orang fakir miskin Setiap kali saya ingin melakukan puasa 6 di dalam bulan Syawal tersekat, kerana saya perlu bayar puasa ganti tu terlebih dahulu. Soalan saya, bagaimana saya perlu buat? Boleh tak kalau sekiranya saya lakukan pilihan kedua sahaja tanpa berpuasa 60 hari itu, kerana amat berat untuk saya. Bagaimana pula sekiranya perkara yang sama berlaku pada Ramadhan yang tahun lepas dan tahun sebelumnya yang mana masih belum diganti2 lagi.

message user image

Soalan: Bolehkan beramal dengan solawat munjiyat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya adalah ibu kepada 3 orang anak lelaki, 11, 10 dan 4 tahun dan belum diakikahkan. 1. Bolehkah seorang ibu mengakikahkan anak-anak lelakinya kerana saya difahamkan akikah adalah tanggungan bapa dan datuk kanak-kanak tersebut. Bapa dan datuk belum mampu untuk mengakikahkan mereka. 2. Sekiranya boleh ibu mengakikahkan anak-anak lelakinya, bolehkah saya akikahkan 1 ekor kambing sahaja bagi setiap seorang orang anak-anak lelaki saya tersebut kerana saya tidak mampu mengakikahkan mereka dengan 2 ekor kambing setiap seorang. 3. Saya sendiri belum pernah diakikahkan oleh bapa saya kerana bapa saya tidak mampu. Adakah akikah saya sendiri atau anak yang perlu didahulukan. Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Adakah wudhuk suami isteri terbatal jika bersentuhan secara sengaja? Adakah wudhuk menantu terbatal jika bersentuhan dengan mentua secara sengaja

message user image

Soalan: Adakah membawa dan menanggung kos bapa menjalankan ibadah umrah bolehkah dikira sebagai menunaikan zakat?

message user image

Soalan: Assalammualaikum wbt. Ingin bertanya mengenai aurat rambut dengan sahabat yg bukan muslim. Adakah wajib kita bertudung bila bersama kawan perempuan bukan muslim & lagi satu adakah batal wuduk kita bila tersentuh kawan perempuan yang bukan muslim. Semoga soalan saya ini dapat dijawab dengan segera oleh pihak tuan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Bolehkah seorang wanita menangguhkan mandi wajib bila suci haid ketika waktu bekerja kerana kesukaran mandi di tempat kerja.

message user image

Soalan: Salam, Saya ingin bertanya hukum mengenai situasi berikut; Setiap tahun keluarga saya akan berkongsi duit untuk melalakukan qurban satu bahagian lembu. Seramai 5 orang yang terdiri dari pada anak dan ibubapa berkongsi duit untuk membayar harga satu bahagian korban (lembu). Walaupun 5 orang berkongsi duit namun hanya seorang sahaja yang akan niat untuk melakukan ibadah korban dengan persetujuan semua orang yang telah menyumbang duit untuk 1 bahagian daging korban tersebut. Adakah hal ini dibenarkan dan apakah hukumnya dalam mengerjakan ibadah korban ini. Kerana setiap tahun kami akan kumpulkan duit untuk melakukan korban 1 bahagian lembu. Nilai wang yang disumbangkan bergantung kepada kehendak setiap orang yg menyumbang. Mohon ustaz/ ustazah/ orang yang arif mengenai hukum hakam untuk memberi penjelasan mengenai isu ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Minta maaf atas kekhilafan saya. Disini saya ingin bertanya mengenai hukum najis. Saya ada masalah was was yang agak teruk. Saya nak bertanya bagaimana saya ingin menyelesaikan masalah nya begini. Saya ada dapur singki yang bocor jadi di bawah singki itu saya meletak kan bekas untuk menadah air yang bocor itu dan suatu hari bekas itu ada termasuk taik cicak , bila dah termasuk taik cicak saya pon buang air itu tapi tidak membilas bekas tersebut dan terus letak di bawah singki tersebut, selepas dari haritu air di dalam bekas itu penuh dan abang saya nak buang air itu tetapi tertumpah di atas lantai. Dia tidak tahu tentang taik cicak yg pernah termasuk dalam bekas tersebut. Sehubungan dengan itu air yg tertumpah itu telah dipijak oleh keluarga saya dan dah merata berjalan. Selepas itu abang saya lap lantai itu sekadar menghilang kan basah di lantai. Jadi persoalannya perlu ke saya basuh lantai dapur saya? Adakah semua rumah saya menjadi najis? Harap ustaz dapat membantu saya dengan secepat mungkin dalam masalah ini. Jazakallahukhair.

message user image

Soalan: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Sahibus Samahah / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan, Saya terlibat dalam sukan memanah tradisional, dan saya menarik tali busur menggunakan cara “thumb draw”, yakni menggunakan ibu jari saya. Bagi melindungi ibu jari saya daripada tercedera ketika menarik tali busur, terutamanya jika saya menggunakan busur yang mempunyai “poundage” ataupun berat menarik tali busur yang tinggi, saya akan menggunakan “thumb ring”. Di pasaran masa kini wujud “thumb ring” memanah tradisional yang diperbuat daripada resin, plastik, besi/keluli, tanduk dan lain-lain. Persoalan saya, wujud “thumb ring” di pasaran yang diperbuat daripada tanduk lembu dan pembuat “thumb ring” tersebut berpusat di Korea Selatan. Oleh itu, saya tidak tahu jika lembu tersebut disembelih atau tidak. Oleh yang demikian, boleh saya tahu apakah hukum menggunakan tanduk daripada binatang yang tidak disembelih? Adakah tanduk daripada binatang tidak disembelih dikira sebagai bangkai? Jika ya, adakah ini bermakna saya perlu menyucikan diri dan/atau pakaian setiap kali menggunakan “thumb ring” tersebut sebelum saya boleh solat? Bantuan Sahibus Samahah / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan dalam menjawab permasalahan ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan jazakumullahu khoiron kathiron.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Isteri saya telah bernazar ketika Peperiksaan SRP dulu untuk berpuasa selama 9 hari jika berjaya pada tahun tersebut. Walaubagaimanapun beliau hanya mampu mencukup kan puasa 9 hari pada tahun berikutnya kerana tak mampu dan kekurangan ilmu. Apakah ianya dikira melanggari nazar dan apakah yang sepatutnya isteri saya lakukan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Apabila seorang muslim mempunyai anak kandung lelaki dari perkahwinan yang sah semasa dia mati, adakah benar waris harta pusakanya hanya terdiri dari kalangan ahli keluarga di bawah, dan bahagian harta pusaka masing-masing mengikut hukum syarak adalah seperti berikut: 1. Suami (1/4 bahagian)/isteri (1/8 bahagian) – An-Nisa’ 4:12 2. Ibu (1/6) dan bapa (1/6) – An-Nisa’ 4:11 3. Anak kandung (baki: bahagian anak lelaki sama dengan dua bahagian anak perempuan) – An-Nisa’ 4:11 Contoh: Seorang muslimah telah meninggal dunia. Pada tarikh kematiannya, ahli keluarganya yang masih hidup adalah: 1. Seorang suami. 2. Seorang (1) anak perempuan dan dua (2) orang anak lelaki (tiada anak selain ini sepanjang hayatnya). 3. Seorang (1) cucu perempuan dan seorang (1) cucu lelaki dari anak perempuan di atas dan dua (2) orang cucu lelaki dari salah seorang anak lelaki di atas. 4. Tiga (3) orang saudara lelaki dan lima (5) saudara perempuan seibu-sebapa (tiada adik-beradik selain ini sepanjang hayatnya). Ibu dan bapa muslimah tersebut telah meninggal dunia semasa hidupnya. Adakah ahli keluarganya yang layak mewarisi harta pusaka muslimah tersebut dan bahagian warisan harta pusaka masing-masing berdasarkan hukum faraid adalah seperti di bawah? 1. Suami: 5/20 (1/4). 2. Anak perempuan: 3/20. 3. Anak lelaki 1: 6/20. 4. Anak lelaki 2: 6/20. Jika bukan, tolong betulkan. Mohon pihak tuan maklumbalas.

message user image

Soalan: Setelah niat mandi wajib, tiba tiba saya seperti berkata dalam hati/niat 'bukan mandi wajib' dan 'angkat hadas kecil' di dalam hati. Adakah batal niat mandi wajib saya yang awal nya?

message user image

Soalan: As-salamu `alaikum wa rahmatul-lahi wa barakatuh. Bagaimanakah haul bagi emas/perak perhiasan (barang kemas) dikira? Contoh: Seorang muslimah memiliki 250 gram emas perhiasan. Apakah dia wajib untuk mengeluarkan zakat padanya sekiranya dia memakai 170 gram emas perhiasan ini hanya satu (1) hari dalam setahun takwim Hijrah, manakala 80 gram selebihnya tidak dipakai langsung dalam setahun takwim Hijrah? Apakah implikasi dua hadith di bawah dalam kiraan zakat emas/perak perhiasan? عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ امْرَأَةً أَتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعَهَا ابْنَةٌ لَهَا وَفِي يَدِ ابْنَتِهَا مَسَكَتَانِ غَلِيظَتَانِ مِنْ ذَهَبٍ فَقَالَ لَهَا أَتُعْطِينَ زَكَاةَ هَذَا قَالَتْ لَا قَالَ أَيَسُرُّكِ أَنْ يُسَوِّرَكِ اللَّهُ بِهِمَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ سِوَارَيْنِ مِنْ نَارٍ قَالَ فَخَلَعَتْهُمَا فَأَلْقَتْهُمَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَتْ هُمَا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَلِرَسُولِهِ Dari `Amr bin Shu`aib, dari bapanya, dari datuknya [yakni `Abdullah bin `Amr bin Al-As]: Sesungguhnya telah datang kepada Rasulullah SAW seorang perempuan bersama anak perempuannya, dan di tangan anaknya terdapat dua gelang emas yang tebal. Beliau bertanya kepadanya, "Apakah kamu akan mengeluarkan zakat pada [dua gelang emas] ini?" Ia menjawab, "Tidak." Beliau bersabda, "Apakah kamu suka jika Allah memakaikan kamu pada hari kiamat dengan dua gelang dari api neraka (kerana tidak mengeluarkan zakat pada kedua gelang itu)?" `Abdullah bin `Amr berkata: Maka ia melepaskan keduanya [gelang emas itu], kemudian menyerahkannya kepada Nabi SAW, dan berkata, "Keduanya untuk Allah dan Rasul-Nya." [Hasan (Al-Albani): Abu Dawud no. 1563. Juga An-Nasa'i no. 2481 & At-Tirmizi no. 637] عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَدَّادِ بْنِ الْهَادِ أَنَّهُ قَالَ دَخَلْنَا عَلَى عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى فِي يَدَيَّ فَتَخَاتٍ مِنْ وَرِقٍ فَقَالَ مَا هَذَا يَا عَائِشَةُ فَقُلْتُ صَنَعْتُهُنَّ أَتَزَيَّنُ لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَتُؤَدِّينَ زَكَاتَهُنَّ قُلْتُ لَا أَوْ مَا شَاءَ اللَّهُ قَالَ هُوَ حَسْبُكِ مِنَ النَّارِ Dari `Abdullah bin Shaddad bin Al-Had, bahawasanya ia berkata: Kami telah datang kepada `A'ishah isteri Nabi SAW. Lalu ia berkata, "Rasulullah pernah datang kepadaku dan melihat cincin-cincin perak di tanganku, seraya bertanya, 'Apa ini, wahai `A'ishah?' Lantas aku menjawab, 'Aku telah membuatnya sebagai perhiasan untuk kamu, wahai Rasulullah!' Beliau bertanya lagi, 'Apakah kamu telah mengeluarkan zakatnya?' Aku menjawab, 'Tidak', atau 'Terserah kehendak Allah'. Maka Rasulullah bersabda, 'Ia cukup sebagai bahagian kamu dari api neraka'." [Sahih (Al-Albani): Abu Dawud no. 1565] Mohon pihak tuan maklumbalas dalam masa terdekat.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Qada’ sembahyang yang tertinggal 1000 waktu, jadi setiap waktu adalah 200. Pertanyaan saya boleh kah selesaikan waktu subuh 200 waktu dalam tempoh 2 hari kamudian dilaksanakan waktu berikutnya dan begitulah seterusnya sehingga habis waktu yang luput.

message user image

Soalan: Apakah batas aurat transgender/transexsual dengan wanita/lelaki?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, ayah kandung dan ibu tiri saya ada mengambil anak angkat lelaki dari umurnya 2-3 bulan. Ibu tiri saya sudah pun menjadi ibu susuan kepada kanak-kanak itu. Persoalan saya, apabila adik angkat saya itu sudah besar, bagaimana batasan antara saya (kakak) dengan adik angkat saya itu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ada kemusykilan berkaitan ibadah korban seperti berikut. Saya memohon pandangan ustaz berkaitan perkara ini. Satu keluarga ada 20 orang. 7 orang ingin membuat ibadah korban dan berkorban seekor lembu. - Daging lembu tersebut tidak dibahagi 7 bahagian. - Seekor lembu tersebut dibahagi kepadaa orang miskin, penduduk kampung, 7 orang ahli keluarga yang berkorban, 13 orang ahli keluarga yang tidak berkorban, dimasak untuk dimakan sekeluarga dan selebihnya disimpan. - Daging yang disimpan biasanya mengambil masa beberapa bulan untuk dihabiskan. Soalan 1) Apa hukumnya daging lembu tidak dibahagi sama rata antara 7 orang yang berkorban? 2) Adakah daging lembu yang diberi kepada 7 orang tersebut boleh disimpan lebih 3 hari? Boleh kah dia menganggap daging tersebut adalah pemberian ahli keluarga lain yang berkorban? 3) Bolehkah daging korban disimpan lama dan dimakan oleh 20 orang ahli? Keluarga? Sebagai contoh, selepas sebulan, daging yang disimpan dimasak dan dimakan bersama2 kesemua ahli keluarga?

message user image

Soalan: Saya nak tanya permasalahan solat. Saya masuk solat berjemaah waktu asar sebagai masbuk pada rakaat kedua. Imam pada rakaat keempat setelah selesai sujud selepas duduk antara 2 sujud tiba tiba bangkit untuk berdiri raakat kelima padahal sepatutnya duduk tahyaat akhir. Imam mungkin terlupa. Makmum lain sempat menyebut subhanallah dan kekal pada tahyaat akhir. Ada yang bangkit untuk mengikuti imam (Tak sah sebab lebih rakaat?) dan ada yang mufarakaah dengan terus membaca tahyaat dan salam tanpa menunggu imam untuk mengakhiri solat. Saya sebagai jemaah masbuk bagaimana? Adakah langkah saya menunggu imam menghabiskan rakaatnya dan ikuti tahyaat akhir sah dan wajar? Atau apa yang paling afdal perlu saya lakukan?

message user image

Soalan: Assalamulaikum. Mohon pencerahan mengenai daging korban yang ditinkan. Adakah sah qurban dan dibolehkan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalammualaikum w.b.t ustaz, saya ingin bertanya saya membuat puasa sunat 6, pada bulan syawal, adakah puasa tersebut boleh disekali kan dengan puasa ganti atau sebaliknya. Minta penjelasan dari pihak ustaz. Sekian wassalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Anak lelaki saya berusia 8 tahun kencing malam. Air kencing terkena pada seluarnya dan basah. Saya curah air paip pada seluar yang terkena najis tu. Kemudian saya letak sabun pencuci lalu saya sental guna berus. Lepas tu, saya bilas seluar tu dengan air paip lagi. Selepas tu, saya masukkan seluar tersebut ke dalam mesin basuh automatik & basuh bersama dengan pakaian lain. Soalan saya: Adakah seluar tersebut di kira suci? Adakah pakaian lain yang berada dalam mesin basuh tu di kira najis / bersih? Mohon penerangan.

message user image

Soalan: Saya ada beberapa soalan berkaitan dengan aqiqah seperti berikut: 1. Bapa saudara saya mempunyai seekor kambing dan saya ingin membeli kambing tersebut untuk majlis aqiqah. Sewaktu saya membayar duit kepada bapa saudara saya, perlukah dilafazkan apa-apa akad? 2. Sewaktu kambing itu disembelih oleh tukang sembelih, perlukah saya berada berhampiran dan perlukah saya berniat? Terima Kasih.

message user image

Soalan: 1) Kadangkala saya mengalami kesukaran untuk memulakan niat ketika solat. Saya niat seperti ini, "Saja aku solat fardhu isyak 4 rakaat kerana Allah". Persoalan saya: 1) Adakah niat ini dikira? 2) Adakah boleh niat kerana Allah & tidak perlu penuh iaitu kerana Allah Taala? 3) Bolehkah saya niat sebegini, "Kerana Allah, aku solat fardhu isyak 4 rakaat"? Saya di universiti ada ramai kawan Cina. Kadangkala saya perasan mereka menggunakan perkataan hukum seperti haram, halal & lain-lain. Adakah saya perlu menegur mereka supaya tidak menyalahgunakannya melainkan mereka menggunakannya di situasi yang betul?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, apa hukumnya bagi seorang isteri atau wanita yang membuka tudung dengan niat untuk membetulkan rambut ketika di dalam tandas wanita. Dan, apakah hukumnya jika di dalam tandas wanita tersebut terdapat beberapa orang maknyah @ transgender. Mohon pencerahan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Bolehkah pengantin melakukan solat jamak semasa hari majlis perkahwinan?

message user image

Soalan: Keluarga saya melaksanakan ibadah korban setiap tahun, dan saya diberitahu bahawa saya tidak boleh bercukur atau memotong kuku. Adakah in benar? Sedangkan saya tidak melaksanakan ibadah haji, hanya korban lembu.

message user image

Soalan: Bagi orang tua yang sudah lupa atau muslimah yang sudah mati yang memiliki emas perhiasan yang melebihi 85-gram selama beberapa tahun, dan tidak dapat dipastikan berapa hari dalam takwim Hijrah dia memakai emas perhiasan miliknya ini dalam tahun-tahun tersebut, apakah fatwa Mufti Selangor, sebagai penasihat pemerintah dan sekaligus amil (LZS), dalam menentukan amaun zakat tertunggak yang wajib dibayar? Contoh: Seorang muslimah memiliki 250 gram emas perhiasan. Tiada zakat dibayar dari tahun 1979 sehingga 1983 – 5 tahun, dan tidak diketahui berapa banyak dan berapa hari emas ini dipakainya setiap tahun dalam tempoh 5 tahun tersebut. Berapakah amaun zakat tertunggak yang wajib dibayar dari hartanya ke atas koleksi emas perhiasannya bagi 5 tahun ini mengikut haul takwim Hijrah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Maaf ganggu, saya nak tumpang tanya Jika kita berbekam. Darah disedut keluar dari badan kita. Darah yang keluar tu adakah dikira najis? Selepas siap berbekam ada kesan darah melekat2 dibadan kita. Perlukah kita basuh dgn air mengalir sehingga hilang rupa bau & rasa? Atau cukup sekadar lap dengan tisu atau kain saja? Jika kita nak solat/sembahyang, perlukah kita mandi terlebih dahulu untuk membersihkan kesan kesan darah itu atau cukup sekadar kita lap dengan tisu saja?

message user image

Soalan: Ada yang mengatakan bahawa puasa 8-9 zulhijjah itu bidah. Bagaimana yang sebenarnya?

message user image

Soalan: Sewaktu azan subuh kita baru bangun dari tidur dan terus minum air kerana haus dan ketika itu berhadas, sewaktu azan tu saya terlupa hari itu saya hendak puasa. Soalannya, adakah saya masih boleh berpuasa?

message user image

Soalan: Bila kita mula disunatkan bertakbir Hari Raya Korban? Selepas Subuh 9 Zulhijjah atau selepas Maghrib 10 Zulhijjah mengikut pendapat jumhur ulamak (Imam Syafie) dan yang diwartakan di Negeri selangor.

message user image

Soalan: Boleh ke lakukan sembelihan korban pada 13 Zulhijjah? Apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Cara membantu suami sakit mengambil wudhuk. Saya keliru sama ada saya boleh mengambilkan wudhuk untuk suami saya dengan menyentuh anggota wuduknya. Ada diantara rakan saya memberitahu saya perlu menggunakan alas pelapik tangan untuk membasuh anggota wudhuknya. Jika tidak, wudhuknya terbatal dan solatnya tidak sah. Tolong ustaz jelaskan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Boleh atau tidak daging qurban diberi kepada orang bukan Islam?

message user image

Soalan: Assalam, saya ingin bertanya mengenai tempoh haid. Isteri saya telah mengambil perancang keluarga dan kebiasaannya tidak datang haid. Tetapi bulan ini telah datang haid secara terputus2 selama lebih kurang 8 hari. Pada hari ke-9 isteri saya yakin telah habis haid dan bersuci seperti biasa selepas haid. Pada hari ke -11 datang semula haid hingga dua hari. 1) Adakah dikira keseluruhan hari tersebut di kira tempoh haid? 2) Pada hari ke-10 sewaktu lepas suci, kami bersama iaitu hubungan suami isteri. Adakah berdosa kerana isteri telah yakin haid telah habis? Dan tidak dapat tahu akan datang lagi pada hari ke-11. (Kebiasaan haid isteri saya dahulu adalah dalam 5-7 hari) 3) Untuk bulan akan datang, perlukah isteri menunggu contohnya selepas 8 hari suci untuk tidak mandi lagi kerana mungkin akan ada lagi haid selepas 2-3 hari? Atau terus saya bersuci dan solat biasa selepas yakin kering? Harap pihak tuan/puan dapat memberikan pencerahan.

message user image

Soalan: Hadis Abu Darda r.a dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang berjalan antara dua sasaran memanah, dia mendapatkan dalam setiap langkahnya satu kebaikan." (HR Thabrani) STATUS HADIS? Hadis dari Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Belajarlah memanah, kerana sesungguhnya di antara dua sasaran memanah adalah salah satu taman dari taman-taman syurga." (HR Abi Dunya) STATUS HADIS?

message user image

Soalan: Adakah benar hukum makruh apabila diamalkan akan menjadi haram?

message user image

Soalan: Salam, saya nk bertanya 2 tahun lepas kejadian kemalangan dengan khinzir. Kereta saya pecah di bahagia hadapan. Saya turun check. Ada kesan macam bulu nya, tapi saya dalam keadaan kering. Tidak pasti saya pegang atau tidak .Adakah saya perlu sertu ? Dan selepas 2,3 hari baru saya sertu untuk hilangkan was was, adakah pakaian yang saya pakai dalam 2-3 hari itu perlu disertu serta bahagian dalam kereta perlu disertu? Sebab saya yang drive kereta lepas kejadian. Harap dapat maklum balas, dah bertahun bermain di fikiran. Kereta bahagian luar &tangan saya dah sertu. Untuk kepastian menghilangkan was2 saya .

message user image

Soalan: Assalamualikum, Pertanyaan saya adalah: Sebelum berkahwin, isteri telah menunaikan umrah dan berniat disana, jika dia datang ke mekah lagi adalah untuk menunaikan fardu haji. Selepas berkahwin, saya mengajak isteri saya untuk pergi umrah kali kedua bersama saya, tapi dia kata dia dah berniat untuk mengerjakan haji kalau dia kesana kali yg ke dua. Apa hukum kalau, dia pergi juga untuk umrah kali yg kedua bersama saya? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya & keluarga akan berpindah ke Wilayah Neuquen di Argentina kerana urusan kerja dan akan berada di sana untuk beberapa tahun. Setahu saya, di sana (wilayah Neuquen, Argentina) tiada masjid di situ. Soalan saya: 1) Apakah hukum kepada saya & keluarga untuk Solat Jumaat & Solat Fardhu yang lain kerana tiada Masjid dan saya tidak pasti berapa ramai penduduk islam di Wilayah tersebut?

message user image

Soalan: Saya sembahyang sunat taubat selepas solat subuh di masjid. Apabila tahiyat akhir, datang seorang hamba Allah bersembahyang dengan saya. Menjadikan saya imannya, saya jadi keliru, namun saya teruskan dan memberi salam. Saya tinggalkan dia menyambung solatnya, saya keliru adakah dia solat subuh ataupun yang lain. Apakah hukum solat sunat saya dan solat dia, saya tidak menunggu dia habis solatnya. Kerana saya memikirkan hal ini, jika dia sebenarnya sembahyang subuh, adakah saya berdosa? apakah yang saya perlu lakukan, saya tidak kenal insan tersebut.

message user image

Soalan: Bolehkah, seandainya kita tidak membaca bacaan pada sujud terakhir dalam sembahyang sunat Tahajud seperti yang disarankan? tetapi kita membaca bacaan sujud akhir dalam sembahyang sunat taubat dalam sembahyang sunat tahajjud? Mohon penjelasan

message user image

Soalan: Perlukah saya menyamak rumah yang baru saya beli, jika pemilik terdahulu bukan orang islam? jika perlu, bagaimana caranya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada sedikit persoalan berkenaan ilmu al-Quran, adakah sah bacaan seseorang itu sedangkan dia tidak bertalaqi bacaannya dengan guru, yakni mungkin dia hanya meniru bacaan dari qari-qari melalui Youtube, apakah sah bacaan yang dilakukannya tanpa bertasmik kepada guru ? apa hukumnya ? sekian..

message user image

Soalan: Sekiranya jiran kita serba kekurangan, bolehkah kita berikan zakat terus kepada dia tanpa melalui pejabat zakat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, pertanyaan saya mengenai ibu saya. Ibu saya mempunyai penyakit kencing manis dan kesan dari itu kaki ibu saya mengalami kerapuhan tulang dimana tulang tapak kaki yang menyokong kaki sudah rapuh. Jika berjalan kaki berkenaan akan membengkak dan sakit. Persoalan nya sekarang adakah dibolehkan ibu saya solat secara duduk atau perlu melakukan solat secara berdiri semasa awal solat dan duduk di kerusi untuk rukuk dan sujud? kerana dia pernah bertanyakan hal ini tapi jawapan nya membuatkan dia keliru. Terima kasih

message user image

Soalan: Saya ada sedikit pertanyaan tentang solat. Soalan pertama: Kesilapan dan was-was tentang bacaan. Setelah cuba memperbaiki ucapan-ucapan solat saya bimbang dengan kesilapan yang lalu mengenai huruf-huruf seperti 'aliff atau hamzah' dengan 'ain. Juga Ta dengan Tho, Sin dengan shim. Adakah kesilapan ini mengakibatkan solat selama ini tidak sah walaupun tidak tahu/baru mengetahui? Soalan Kedua: Saya ada membaca pendapat mengatakan bacaan suara angin menyebabkan solat terbatal dan ada juga yg menyatakan tidak batal asal ianya dengar ditelinga. Bolehkah saya mendapat kepastian yang mana sebenarnya. Kerana kebiasaan solat saya cuba memperlahankan suara hingga hanya saya mendengar supaya tidak mengganggu org lain solat. Terima kasih atas bantuan Ustaz.

message user image

Soalan: Adakah boleh seorang hafizah mengulang hafazannya ketika sedang uzur mengikut fatwa selangor

message user image

Soalan: Apakah boleh saya bersolat dalam keadaan berpeluh selepas bersukan contoh seperti sukan di dalam gimnasium atau badminton dimana sukan begini kurang terdedah kepada najis? Sah atau tidak solat saya? Apakah status solat saya?

message user image

Soalan: Apakah dibenarkan atau apa hukumnya sekiranya membaca atau mengaji ayat suci Al-Quran yang tersimpan di telefon bimbit?

message user image

Soalan: Saya hendak ke Thailand untuk memancing dan jaraknya lebih 2 marhalah. Soalan saya boleh tak saya sembahyang jamak? Tujuaan saya adalah memancing

message user image

Soalan: Apa hukumnya sesorang muslim itu menyimpan kuku panjang?

message user image

Soalan: Apa hukum khatib membaca khutbah, apabila sampai dekat (rukun) doa اللهمَّ اغفر للمومنين Khatib membca 'allahumma' tidak cukup harakat mimnya ( tidak bertajwid), sebutannya betul. Adakah sah atau tidak solat jumaat pada hari itu? Mohon rujukan sekali, ada ustaz yang menyatakan tidak sah dan kena buat solat zohor.

message user image

Soalan: Salam Tuan/Puan, Alhamdulillah, saya baru menerima cahaya mata baru pada Disember lepas. Saya ingin bertanya berkenaan aqiqah, apakah hukum bagi ahli keluarga untuk makan daging aqiqah?

message user image

Soalan: Salam. Saya ingin bertanyakan mengenai hukum solat sunat hadiah untuk orang yang telah meninggal dunia. Adakah ianya mempunyai asas yang sahih dalam Islam?

message user image

Soalan: Saya merancang untuk bertolak dari KL ke Sungai Petani, Kedah pada Isnin tengah hari, kemudian saya bermalam di R&R Bukit Merah pada malamya. Kemudian saya menyambung perjalanan ke Sungai Petani pada keesokan hari Selasa. Selepas saya tiba, saya bermalam di Sungai petani 2 malam( Selasa dan Rabu) dan bertolak ke Alor Setar yg berjarak 50km dari Sungai Petani pada hari khamis. Selepas itu saya bermalam di Alor Setar selama 3malam(Khamis -> Ahad) dan bertolak balik pada hari Ahad. Kemudian dalam perjalanan pulang saya singgah bermalam di R&R pada malam itu. Kemudian keesokan harinya saya meneruskan perjalanan pulang. Bolehkah saya solat jamak qasar dalam tempoh tersebut?

message user image

Soalan: Tiga orang kakak ipar saya berhajat untuk pergi menunaikan umrah bersama2. Ketiga-tiga mereka janda. Seorang tiada anak, seorang tiada anak lelaki dan seorang lagi anak tidak berkemampuan untuk ikut. Usia ketiga-tiga mereka 60an. Bolehkah mereka pergi bertiga tanpa diiringi mahram? Menurut abang sulung mereka, abang ipar saya, tidak boleh hukumnya haram. Benarkah hukumnya haram? Saya keliru kerana ramai sahabat-sahabat saya menyatakan boleh mereka menunaikan umrah tanpa mahram. Mohon pencerahan.

message user image

Soalan: Salam. Mohon pencerahan. Saya dan isteri akan ke India pada Jumaat. Lapur 3.30 petang. Flight 7 malam. Bolehkah jamak dan qasar zohor dan asar atau solat jumaat dan asar?

message user image

Soalan: Saya ingin keluar negara (Korea) selama 5 hari. Bolehkah saya jamakkan sembahyang? sebab setahu saya jika ingin jamak sembahyang hendaklah tidak melebihi 3 hari. Mohon pencerahan. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Hukum jenazah lelaki dipakaikan celak

message user image

Soalan: Apakah hukum solat jika solat bersama anak yang belum baligh yang mana saya berniat imam manakala anak berniat makmum. Namun, dalam solat tersebut anak ada bermain-main. (proses mendidik anak solat)

message user image

Soalan: Saya ada memelihara kucing. Saya difahamkan status bulu kucing yang tertanggal adalah najis yang dimaafkan dalam mazhab Syafie, seperti yang diterangkan Ustaz Azhar Idrus - https://youtu.be/gKxxArNp8dw . Soalan saya, sekiranya saya membasuh pakaian yang terlekat bulu kucing pada kadar yang banyak ( sama ada guna mesin basuh atau manual), namun tidak hilang sepenuhnya bulu-bulu tersebut, adakah dikira pakaian tersebut bersama air dan baju lain yang di basuh bersama turut bernajis ?

message user image

Soalan: Apakah hukum melupuskan Al-Quran, buku agama menggunakan alat atau mesin "shredder"?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya, adakah anak tidak sah taraf layak menerima zakat dari Baitulmal? Terima Kasih.

message user image

Soalan: Saya membawa ibu yang uzur ke masjid dengan kerusi roda yang saya yakin kebersihan terutama dalam keadaan kering. Namun ada jemaah pertikaikan konon mungkin ada najis di kaki lima masjid dan jalan bertar yang kering yang menjadi laluan kerusi roda. Kerusi roda tersebut dikatakan membawa najis.

message user image

Soalan: Saya mengandung dan mendapati kedudukan uri berada berhampiran pangkal rahim yang menyebabkan tumpah darah yang kerap. Perlukah saya mandi wajib sebelum solat atau memadai jika hanya membersihkan darah yang keluar tersebut?

message user image

Soalan: Solat hormat waktu wujud ke dalam Islam?

message user image

Soalan: Mohon pendapat tuan berkenaan anjing liar yang masuk ke dalam masjid UiTM (ruangan ber-tile anjung masjid sahaja) dan mengoyakkan sofa masjid. Adakah masjid perlu disamak dan juga sofa yang digigit juga perlu di samak.? Tujuan pertanyaan ini ialah untuk mendapatkan jawapan rasmi sebagai meredakan kegusaran kepada jemaah yang berkunjung ke Masjid ini. Terima kasih atas perhatian pihak tuan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah tuntutan seorang lelaki dalam menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid? Apakah hukum seorang lelaki tidak berjemaah di masjid sedangkan jarak antara rumah dan masjid amat dekat. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalmualaikum, Saya ada kemusykilan mengenai nazar dan zakat. Saya melakukan transaksi pembelian saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Dan saya bernazar setiap 50% dari keuntungan setiap transaksi akan didermakan atau disedekahkan. Siapakah yang layak untuk terima sedekah saya? Adakah isteri dan anak layak menerima sedekah saya tanpa saya mengenepikan nafkah yang wajib? Keuntungan yang saya miliki itu sudah dibahagi dua dan hanya 50% milik saya. Sekiranya begitu, adakah saya perlu membayar zakat untuk 50% atau keseluruhan keuntungan yang dijana? Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum, apakah hukum bagi lelaki memakai cincin suasa yang mana kandungan emasnya di bawah 50%? Apakah dalil yang digunakan untuk menyokong? Sekian terima kasih

message user image

Soalan: assalamualaikum, saya ingin bertanya berkaitan tentang solat, saya baru perasan yang dulu masa saya kecik lagi saya solat tidak menyempurnakan hukum solat seperti tidak tuma'ninah. maka adakah saya perlu mengulang atau mengganti kembali solat2 yang tidak tuma'ninah itu? syukron

message user image

Soalan: Just want to get some clarification on the following. Been reading up and ada yang kurang faham the konsep. “Nisab adalah kadar jumlah harta minimum yang diwajibkan zakat, iaitu bersamaan 85 gram emas” Q: Assuming gold price per gram is RM170, then 85 gram = RM14,450 Contoh, total asset in a year is RM36,000. So kiraan zakat = 2.5% x RM36,000 Or 2.5% x (RM36k – RM14.45k) Jumpa zakat calculator online: https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat/pendapatan?gclid=EAIaIQobChMIjO30lqGD4AIVFB4rCh0j5Q0PEAAYASAAEgL8kvD_BwE Kiraan haul/setahun; ada terbaca sebut ikut Islamic calendar (354 days), tapi tgk the calculator, it may also be mayan calendar year (367 days) since the selection is for 2018, 2019.., so Q: Boleh follow mayan calendar year (i.e. Jan-Dec 2018) or MUST follow Islamic calendar (Muharram-Zulhijjah 1439H). Q: Kalau follow Islamic, ada terbaca bayar time Ramadhan, atau boleh bayar bila2 as soon as cukup haul/nisab? Q: Haul dikira dari Muharram to Zulhijjah? Q: Boleh bayar monthly rather than yearly? As long as harta tu dah accounted for in kiraan zakat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Dato'/Ust. Semasa Solat Asar, Imam (bukan Imam Tetap) telah terlebih 1 rakaat (menjadi 5) tanpa ditegur oleh makmum, semasa Imam bangun untuk rakaat kelima, 8 - 10 makmum yang berada di hujung saf terlindung dengan makmum yang bersolat atas kerusi terus duduk tahyat akhir kerana memang yakin rakaat ke 4. Soalan saya adakah makmum yang tidak ikut Imam perlu menunggu Imam selesaikan rakaat ke 5 dan memberi salam bersama Imam, atau mufarakah kerana sudah tidak mengikut Imam pada rakaat yang lebih tu. Mohon penjelasan Dato'/Ust. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Saya ada membaca buku panduan tatacara solat dhuha dan mendapati terlalu banyak kaedah serta bacaan yang berlainan. Boleh kah berikan saya panduan yang paling terbaik untuk diamalkan?

message user image

Soalan: Perlukah kita membayar zakat bagi penjualan harta yang masih dalam tanggungan hutang? contohnya: rumah

message user image

Soalan: Assalamualaikum. SS Dato' Seri Mufti, Falak: Arab kiblat, waktu solat, kelender hijrah dan kaitannya dengan bentuk Bumi Saya merupakan pelajar 'postgraduate in engineering' di univerisiti tempatan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pencerahan yang dikarang di dalam artikel " BAYAN LINNAS SIRI 166: POLEMIK FLAT EARTH: SISI PANDANGAN ISLAM ". Saya telah membaca dan diharap Allah SWT memberi pemahaman kepada saya. Merujuk tajuk di atas berkenaan ilmu falak dalam menentukan arab kiblat, waktu solat dan bulan-bulan di dalam kelender hijrah (Islam). Masalah yang paling ketara adalah arah kiblat dan zon waktu solat yang dikeluarkan Jabatan Falak kerana ia mengunakan asas pemetaan bumi sfera dan teknologi terkini dalam menentukan arah kiblat. Minta penjelasan: 1. Bolehkah saya bersembahyang bersama jemaah yang mengikut arah kiblat yang berlandaskan asas bumi mendatar dan sebaliknya? bolehkah kawan-kawan saya yang berpegang kepada asas bumi mendatar bersembahyang bersama jemaah yang mengikut arah kiblat yang berlandaskan asas bumi sfera? 2. Apakah status ibadah sembahyang kawan-kawan saya apabila mereka menunaikan solat berjemaah mengikut arah kiblat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Falak dan dalam masa yang sama, menolak asas pemetaan bumi sfera dan teknologi terkini yang telah digunakan sebagai kaedah penentuan arah kiblat dan zon waktu solat. Dalam erti kata yang mudah ialah "sifat was-was", mengunakan arah kiblat yang ditetapkan tetapi meragui/menolak kaedah penentuan arah kiblat. Perkara ini berlaku ketika di surau-surau kecil di perumahan flat/pangsapuri di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Selangor dan juga ketika bermusafir di luar negeri. Itu sahaja dari saya.

message user image

Soalan: Saya bertolak dari Terengganu ke Pulau Pinang pada hari Khamis dan akan pulang semula pada hari Selasa. Sepanjang tempoh perjalanan ini, boleh kah saya melakukan sembahyang qasar dan jamak?

message user image

Soalan: Apakah hukum masuk tandas dengan telefon bimbit yang menyimpan ayat-ayat al quran?

message user image

Soalan: Assalamualikum ustaz, bolehkah seorang yang bermusafir solat jumaat jamak dengan solat asar. kalau boleh, macam mana niatnya menunaikan solat jumaat?

message user image

Soalan: Saya membuat akikah anak perempuan sy menggunakan pakej MAPIM Akikah Di Syria. Dengan niat untuk bantu golongan fakir di sana. Kebetulan anak saya lahir 20/2, pakej itu berakhir 28/2 dan dilaksanakan Mac 2019. Bantu beri daging musim sejuk. Saya sudah membuat pembayaran. Namun, sekiranya itu adalah scammer, sy tidak tahu, bagaimana dengan akikah anak saya tadi? Risau kalau ia adalah scammer sebab hanya berhubung melalui telefon whatsapp dan bercakap di dalam talian. Fb: MAPIM - Pakej Akikah Musim Sejuk Hukum Akikah anak jadi macam mana ya, sekiranya org diamanahkan tidak menjalankan akikah tanpa pengetahuan saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah solat isyak dilakukan satu jam sebelum masuk waktu subuh? Bolehkah tuan jelaskan bilakah tempoh waktu berakhirnya solat isyak? Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam, saya ada pertanyaan mengenai solat jemaah. Hari ini saya memang rasa marah dan terkejut dengan sikap orang yang solat. Saya niat hendak solat jemaah dengan orang yang tengah solat. Ada 1 makmum masa itu. Saya sudah berdiri sebelah kiri makmum itu dan berniat untuk solat jemaah asar. Tetapi makmum tu tidak pun berganjak belakang sampai lah habis solat. Makmum itu memang perasan saya di sebelahnya. Jadi saya nak tanya boleh ke orang ini buat macam ini? Setahu saya, tidak batal solat kalau dia berganjak belakang supaya saya dapat solat sekali untuk membentuk saf.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya musykil dengan suatu senario yang berlaku di sebuah surau di Bandar Saujana Putra. Selepas solat maghrib, ahli jemaah membuat bulatan dan membaca surah Yaasin beramai-ramai yang diketuai oleh seorang imam. Sejerus selepas itu, mereka membaca surah al-Kahfi, tetapi hanya membaca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir dari surah tersebut. Adakah amalan sebegini disarankan dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ust/Dato'. Pernah terjadi semasa solat Asar, Imam terlupa rakaat ke4 dan terus bangun menjadi rakaat kelima tanpa ditegur oleh makmum dibelakangnya. Separuh daripada makmum mengikut Imam dan sebahagiannya (Saf belakang) berhenti di rakaat ke4 dalam kedudukan tahiyat akhir menunggu sehingga Imam menghabiskan rakaat yang ke5 tadi dan salam bersama-sama Imam, dan sebahagiannya mufarakah setelah mendengar Imam takbir 3 kali (melakukan 3 rukun sembahyang). Mana yang harus di ikuti oleh makmum yang pasti Imam telah terlebih rakaatnya? 1. Mengikut Imam ke rakaat kelima. 2. Duduk tahyat akhir menunggu Imam dan salam bersama imam 3. mufarakah. Mohon pencerahan Ust/Dato'. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ingin menanyakan satu soalan. Saya sedang solat sunat ba’diah zohor dan ada seseorang datang dan menjadikan saya imam kerana beranggapan saya sedang solat zohor. Disebabkan saya tidak tahu apa yang sepatutnya saya lakukan, saya terus mengimami mereka. Apa yang seharusnya saya lakukan dalam situasi tersebut? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum 1. Saya menggaru kulit kepala hingga secara tidak sengaja berdarah kemudian saya cuci. Kemudian saya menyapu cecair pelembap di atas kulit kepala. Beberapa jam kemudian saya dapati ada sedikit darah kering yang tertinggal. Apakah hukumnya jika begitu. Adakah najis itu merebak kerana cecair yang saya sapu di atas kepala itu? 2. Tayar kereta saya terkena kencing anjing kemudian ia kering. Lalu satu hari tayar tersebut melanggar satu lopak yang bertakung di jalan raya. Adakah air lopak yang sedikit itu menjadi mutannajis dan perlukah di samak jika air itu terpercik terkena kaki?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, jika saya terlepas waktu solat subuh, adakah saya perlu buat solat qadha qabliah subuh atau qadha fardhu subuh dahulu?

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya jikalau penerbangan saya pada pukul 5.45 pagi iaitu sebelum waktunya waktu solat subuh, bolehkah saya menqada solat tersebut apabila tiba di destinasi?. Minta penjelasan dari pihak tuan. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya. Jika selama ini saya melakukan perbuatan onani, dan bertahun tahun tidak mandi wajib. Ini secara langsung membuatkan saya tidak solat,puasa dan sebagainya. Pertanyaan saya,jika saya ingin bertaubat,perlukah saya mandi wajib hanya sekali untuk membolehkan saya solat,puasa dan yang lain2 atau perlukah saya mengqadakan mandi wajib saya selama mana saya tidak mandi wajib. Minta penjelasan Ustaz

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Apa hukum Isteri yang sedang mengandung tidak sempat untuk ganti puasa di sebabkan tidak larat? Apakah cara/ langkah yang boleh di lakukan?

message user image

Soalan: Adakah boleh kita berqasidah di kubur? Terdapat isu seorang habib dan pengikutnya berqasidah di kubur.

message user image

Soalan: Bolehkah perempuan menghafal al quran semasa haid? tanpa menyentuh al quran.

message user image

Soalan: Salam. Seseorang itu sakit buasir. Tapi tiada darah atau najis yang keluar. Hanya isi dubur yang bengkak dan terkeluar sepanjang masa. Apakah sah wuduknya dan sah solatnya?

message user image

Soalan: Qada solat adalah wajib, sependapat mengatakan wajib dahulukan solat wajib daripada sunat. Adalah solat sunat tarawih, solat qabli dan bakdi diterima sedangkan solat wajib sebelum ini ada yang tertinggal/sengaja tidak buat.

message user image

Soalan: Pengiraan bayaran fidyah bagi ibu mengandung yang meninggalkan puasa dua tahun berturut-turut (termasuk tahun ini-tahun semasa) kerana saya bakal melahirkan anak selepas raya tahun ini & berkemungkinan tidak dapat berpuasa sepenuhnya sepanjang Ramadhan. Bolehkah saya membayar fidyah sekaligus? kepada siapa saya boleh membayar fidyah?

message user image

Soalan: Assalamualikum, Kami ingin mendapatkan pencerahan yang masih bercelaru di kalangan jemaah. Tiada masalah dengan beriktikaf, solat tahiyatul masjid & kawasan larangan untuk wanita haid. Yang keliru sekarang ialah di 2 tempat: 1. Surau 2. Surau Jumaat Mohon pencerahan berkenaan iktikaf dan solat tahiyatul masjid di kedua-dua tempat ini. Juga mohon pencerahan berkaitan dengan wanita haid yang tidak boleh masuk ke ruang solat di masjid. Bagaimana pula di kedua-dua tempat ini yang ada kata wanita haid bole masuk ke dalam surau atau surau Jumaat.

message user image

Soalan: Wajibkah menunaikan nazar jika nazar tersebut merupakan perkara yg dilarang dilakukan dlm islam

message user image

Soalan: Saya berumur 51 tahun dan kebelangan ini lutut sakit bila dibengkokkan. Bila sebahyang terutama bangun dari rukuk, saya akan berpaut pada kerusi atau katil untuk bangun. Apakah hukum nya?

message user image

Soalan: As-salamu `alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Mohon jasa baik pihak tuan mengesahkan Jawapan Siri 350/2015 yang dilampirkan di sini. Adakah foto makhluk bernyawa boleh dipaparkan di ruang-ruang solat di masjid, termasuk pada skrin multimedia, yang kini banyak digunapakai oleh masjid untuk memaklumkan waktu azan dan iqamah? Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Maaf ganggu Saya Nak tumpang tanya, ada yang kata ayat Al-Quran di bawah ini tak boleh diterjemah terus. Adakah ayat Al-Quran di bawah ini mempunyai maksud yang lain. Allah melarang kita memilih orang kafir sbg pemimpin ada lebih kurang 20 ayat? Buktinya ayat ke-136 surah an-Nisa', bahawa orang yang memilih orang KAFIR sebagai AULIA dengan meninggalkan orang MUKMIN adalah KAFIR MUNAFIK. الَّذِيْنَ يَتَّخِذُوْنَ الْـكٰفِرِيْنَ اَوْلِيَآءَ مِنْ دُوْنِ الْمُؤْمِنِيْنَ ۗ اَيَبْتَغُوْنَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَاِنَّ الْعِزَّةَ لِلّٰهِ جَمِيْعًا "(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi aulia dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu,....." (An-Nisa' 4 : 139) Ali Imraan : 28,Ali Imraan : 118,Ali Imraan: 149–150.An-Nisaa’ : 144,Al-Maa-idah : 51.Al-Maa-idah : 57,Al-Maa-idah : 80–81.At-Taubah : 16,At-Taubah : 23,Al-Mujaadilah : 14–15,Al-Mujaadilah : 22,Al-Qasshash : 86,An-Nisaa’ : 138–139.An-Nisaa’ : 141.Al-Mumtahanah : 1.Al-Mumtahanah : 5.Al-Mumtahanah : 13, 1. Al-Qur’an M E L A R A N G Menjadikan orang Kafir Sebagai PEMIMPIN Ali Imraan: 28, An-Nisaa’: 144,Al-Maa-idah: 57. 2. Al-Qur’an M E L A R A N G Menjadikan orang Kafir Sebagai PEMIMPIN Walau KERABAT Sendiri.At-Taubah: 23, Al-Mujaadilah: 22, 3. Al-Qur’an M E L A R A N G Menjadikan orang Kafir Sebagai AULIA / TEMAN SETIA. Ali Imraan: 118, At-Taubah: 16. 4. Al-Qur’an M E L A R A N G SALING TOLONG dengan kafir yang akan MERUGIKAN umat islam. Al-Qasshash: 86, Al-Mumtahanah: 13.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti. Saya inginkan kepastian adakah kanak-kanak autism diwajibkan berkhatan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin bertanya adakah saya perlu menyamak tangan saya sekiranya saya secara tidak sengaja memegang atau tersentuh perkakas seperti sudu yang sering digunakan oleh bos cina saya? Saya merasa was-was dan berharap mendapat jawapan yang tepat apa yang perlu saya lakukan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukumnya jika seorang wanita masuk gimnasium untuk memelihara tahap kesihatannya.

message user image

Soalan: Jika seseorang sudah membayar fidyah untuk puasa tahun 2018, perlukah dia berpuasa untuk menganti puasa nya?

message user image

Soalan: Sekiranya saya bekerja menjalankan mesin di kilang. Mesin ini memerlukan minyak pelincir untuk melicinkan pergerakan mesin. sekiranya minyak pelincir ini mengandungi minyak babi, apa yang harus saya lakukan? Semasa menjalankan operasi mesin ini, kami terdedah pada minyak tersebut di tangan dan sebahagian anggota badan. Harap pihak tuan dapat memberi penjelasan.. terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang hukum mewarnakan kening menggunakan inai berwarna hitam bagi tujuan solekan (bagi menampakkan kening lebih lebat). Adakah haram perbuatan itu?

message user image

Soalan: Apakah hukum bagi wanita menindik hidung?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya pernah terpijak tahi dengan selipar 10 tahun yang dahulu, saya tidak pasti sama ada najis anjing atau tidak dan saya tidak men sertu kaki dan selipar saya, persoalannya ialah adakah ibadah saya diterima sepanjang ini sekiranya najis yang dipijak itu adalah najis anjing?

message user image

Soalan: Kepada yang berkenaan, saya ada satu pertanyaan. apa hukum membaca quran sehingga menggangu orang lain? contoh menggangu orang belajar atau sedang tidur.

message user image

Soalan: Hukum mandi gunakan sabun & shampoo yg wangi ketika ihram

message user image

Soalan: Ibu saya mengatakan bahawa sunnah nabi untuk menanam pokok inai di kawasan rumah. Walaubagaimanapun saya gagal mencari sumber hadith yang menyatakan ianya sunnah. Mohon penjelasan bagi mengelakan penyebaran hadith palsu.

message user image

Soalan: Boleh teruskan puasa atau tidak jika kita sudah niat sebelum subuh tetapi baru mandi wajib(haid) pukul 10 pagi. Dan masa kita niat kita yakin bahawa tiada lagi darah yang keluar dari faraj wanita.

message user image

Soalan: Hukum memakai veneer gigi untuk mencantikkan .. bagaimana jika memakai ditakuti tidak terkena air pada gigi asal bila mandi wajib

message user image

Soalan: Saya sering tidak dapat atau menangguhkan melakukan solat sunat dhuha dan tahajjud kerana bimbang dikatakan riak oleh kawan sebilik. Bagaimana saya hendak mengatasinya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Persoalan bacaan tarhim sebelum azan subuh telah lama saya ingin kemukan namun seringkali tertunda kerana tidak yakin ianya akan di rungkaikan dengan adil dan jujur. Memandangkan kami bermastautin di Damansara Utama iaitu kawasan perumahan yang majoritinya non muslim, sensitiviti sesuatu kaum merupakan isu yang amat perlu di beri perhatian. Untuk makluman, saya mencadangkan dibuat kaji selidik untuk mengetahui setakat mana non muslim ini merasa terganggu dengan bacaan tarhim yang seringkali di alunkan dengan suara yang agak kuat di waktu awal pagi. Kerana mereka juga ada anak kecil, orang tua yang sakit, dan yang bekerja malam pulang untuk tidur dan lain-lain.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada satu situasi. Apabila saya dan keluarga pergi solat berjemaah dimasjid, saya sentiasa menyuruh anak lelaki saya yang berumur 4 tahun pergi duduk bersama isteri saya di bahagian muslimat kerana khuatir dia akan mengganggu konsentrasi saya dan jemaah lain ketika solat kerana saya sentiasa ingin berdiri di saf paling hadapan. Adakalanya, isteri saya terlepas solat sunat qabliyah kerana terpaksa menguruskan anak saya terlebih dahulu supaya duduk diam sebelum solat fardhu. Saya berasa bersalah kerana seperti mementingkan diri sendiri dan berasa tidak adil kepada isteri. Apakah hukumnya ustaz dan apa yang perlu saya ubah? Terima kasih ustaz.

message user image

Soalan: Assalamualaikum...saya ingin bertanya. Bagaimana hukum wanita dalam keadaan haid ambil wuduk sedangkan mengambil wuduk itu sudah menjadi kebiasaan dia. Mohon pencerahan

message user image

Soalan: Sah atau tidak solat seseorang itu jika dia memakai rambut palsu yang di perbuat dari rambut manusia ketika bersolat?

message user image

Soalan: Ketika sembahyang fardhu berjemaah, Imam terlupa duduk tahiyat awal tapi telah berdiri dengan sempurna untuk meneruskan rakaat ketiga. Setelah mendengar makmum sebut subhanallah, imam turun untuk duduk dan baca tayihat awal. Sah kah sembahyang imam tersebut?

message user image

Soalan: Salam , Saya ingin bertanya apakah dibolehkan pihak Masjid menjual bahan/alatan terpakai seperti kayu/papan, besi , pinggan mangkuk dan lain-lain yang mana alatan tersebut adalah harta wakaf. Duit yang didapati tersebut digunakan untuk aktiviti Masjid Kedua, Isu pahala saf diantara jemaah perempuan dengan saf jemaah lelaki. Ada yang menyatakan 3 hasta jarak saf diantara saf akhir lelaki dan saf pertama wanita baru ada pahala saf bagi wanita tersebut. mohon penjelasan Sekian mohon jawapan

message user image

Soalan: Assalamualaikum, pertanyaan saya adalah, apakah seseorang yang kaffarah Nazar iaitu berpuasa selama 3 hari perlu dilakukan secara 3 hari berturut-turut? Atau hanya dilakukan secara 3 hari tanpa perlu berturut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Maaf saya ingin bertanya sedikit keraguan berkaitan puasa. saya berumur 27 tahun dan pernah tinggal puasa sejak umur 12 tahun ke atas sebab uzur dan biasanya selamat 7 hari saya tinggalkan setiap Ramadan. disebabkan keluarga saya lemah dalam agama saya tidak pernah ganti. selepas tahu hukum agama, saya pernah ganti beberapa kali puasa yang ditinggalkan. keraguan saya sekarang, bagaimana saya perlu ganti puasa yang pernah saya tinggalkan sebelumnya kerana saya tidak ingat berapa kali pernah tinggalkannya. Dan bagaimana dengan fidyah? berapa perlu saya qadha dan bayar fidyah? terima kasih.

message user image

Soalan: Perlukah mengqada'kan solat sekiranya solat ditinggalkan kerana istihadah, kerana pada waktu itu jahil tidak tahu berkenaan istihadah

message user image

Soalan: Saya bernazar untuk puasa seminggu. Dalam masa yang sama, saya masih belum habis ganti puasa. Bolehkah saya mengabungkan dua puasa itu?

message user image

Soalan: Jika seorang ibu beragama Islam tetapi tidak mengikuti ajaran agama Islam. Adakah doa seseorang ibu tersebut terhadap anaknya contohnya seperti doa untuk berjaya dalam pelajaran, akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, rakan saya ada mengikuti kelas tarekat. Baru-baru ini mereka telah pergi umrah. Semasa perjalanan dari Madinah ke Mekah, guru mereka menyuruh sembahyang sunat musafir dan Solat Zohor seperti biasa (bukan jama'). Sampai di tengah perjalanan, bas mereka telah berhenti untuk rehat, makan & sembahyang asar. Tetapi salah seorang orang kuat guru tersebut tidak membenarkan rombongan sembahyang asar & berkata bahawa mereka telah solat sunat musafir tadi semasa zohor. Jika sembahyang nanti musafir mereka terbatal. Saya amat curiga dengan kenyataan mereka ini ustaz. Mohon penjelasan & pencerahan supaya saya dapat terangkan perkara ini betul @ tidak kepada rakan saya tersebut. Terima kasih ustaz

message user image

Soalan: Ketika sujud dahi saya tidak kena lantai kerana akan pening apabila mencecah lantai.Perkara ini berlaku kadang kadang. Saya sujud setakat mampu supaya tidak pening. Berdiri dan rukuk tiada masalah.Sekarang saya sembahyang guna kerusi ketika sujud.Harap dapat penjelasan dan nasihat dari pihak tuan.

message user image

Soalan: Saya telah berniat untuk puasa qadha ramadan pada malam hari. tetapi pada esok harinya, saya tidak meneruskan puasa ganti saya kerana tidak bersahur. Adakah saya perlu juga menggantikan puasa ganti yang tidak diteruskan itu. Contohnya : puasa ganti ramadhan saya ialah 10 hari. Tetapi disebabkan saya tidak meneruskan puasa ganti, adakah jumlah bilangan puasa ganti saya menjadi 11 hari?. Terima kasih atas penjelasan.

message user image

Soalan: Boleh tuan mufti terangkan jenis cairan yang keluar dari kemaluan wanita dan hukum-hukum yang berkaitan?

message user image

Soalan: Assalammualaikum, setiap kali saya lihat kaki saya, saya perasan kadang-kadang akan ada benda seperti daki dicelah antara sisi kuku dengan kulit. saya tak pasti itu apa. jadi, sah ke wudhu saya jika saya membiarkan saja? haruskah saya memeriksa bahagian tersebut setiap kali sebelum mengambil wudhu kerana tempat itu susah untuk diperiksa. saya ragu benda itu daki ataupun cat lantai kerana cat lantai kelas saya memang kadang-kadang melekat di pakaian tetapi tidak pasti boleh melekat di kulit atau tidak.

message user image

Soalan: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ , saya ingin bertanya, saya ada terpegang sehelai bulu namun tidak pasti bulu kucing atau anjing. Tetapi kawasan sekitar memang ada anjing. Adakah saya perlu sertu ? Saya pegang dalam keadaan tangan kering dan bulu itu pun kering, bulu yang telah gugur.

message user image

Soalan: Pertanyaan mengenai Solat Jumaat bagi pekerja syif, dimana mereke perlu mengawal operasi mesin yang berjalan 24jam. Adakah nasihat yang boleh diberikan mengenai soal ini.

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum. Apakah hukumnya bila seseorang suka memasang kaset Al Quran sepanjang malam sewaktu tidur sedangkan dia sendiri tidur nyenyak tanpa menghayati atau pun mendengar bacaan dari kaset itu? Dan apakah hukumnya sekiranya dengan berbuat demikian ianya mengganggu tidur orang lain?

message user image

Soalan: Adakah perlu disolatkan bagi jenazah bayi yang baru lahir yang meninggal dunia. Tidak dapat dipastikan bayi tersebut ada menunjukkan tanda-tanda hidup selepas lahir seperti mengeluarkan bunyi, atau bergerak-gerak. Bayi tersebut adalah cukup sifat dan dianggarkan sudah cukup 9 bulan. Mohon penjelasan.

message user image

Soalan: Apakah hukum memakai inai di kening untuk tujuan kecantikan kerana kening nipis seperti tidak mempunyai kening.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t., mufti. Saya nak bertanya tentang nazar. Adakah sesuatu nazar itu sah jika bernazar untuk melakukan ibadah apabila tertinggal suatu ibadah wajib dengan sengaja? Contohnya bernazar untuk berpuasa satu hari sekiranya tertinggal satu waktu solat. Adakah nazar jenis ini dibenarkan? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, tuan..adalah menjadi kelaziman di kebanyakan masjid mengadakan majlis bacaan yaasin pada malam jumaat selepas solat maghrib..soalan saya jika masjid mengadakan majlis ilmu atau kuliah, mana yang lebih afdhal? Terima kasih tuan..

message user image

Soalan: Apakah hukum mengadakam majlis tahlil dan bacaan yassin? Adakah satu amalan dalam islam atau hanya dalam amalan melayu

message user image

Soalan: Saya adalah pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan cuci darah ( dialisis ). Apa perlu saya lakukan pada masa bulan Ramadhan. Terus berpuasa atau tidak berpuasa pada hari2 cuci darah. Dan apa perlu saya lakukan, jika tidak berpuasa ?

message user image

Assalammua'laikum, Pernahkah mana-mana sahabiyah (wanita di kalangan para sahabat Rhm) atau mana-mana wanita solehah beriktikaf di dalam masjid? Seperti di lakukan oleh muslimin di dalam bulan Ramadhan. Atau adakah lebih baik para muslimat beribadah di dalam rumah-rumah mereka? Terima kasih di atas pencerahan.

message user image

Inquiry: statistik berkenaan pertanyaan 'keraguan umat islam untuk mengambil wudhu dalam bilik air'

message user image

Soalan: Adakah batal puasa krna Adakah batal puasa krna gusi kerap brdarah tk

message user image

Soalan: pengggunaan inhaler mengikut fatwa negeri selangor

message user image

Soalan: Bolehkah orang Islam yang sedang berpuasa membancuh minuman untuk orang bukan Islam atas dasar jualan ? Adakah perbuatan tersebut dianggap berdosa ?

message user image

Assalamualaikum Dato'/Tuan/Ustaz Umumnya sesi rawatan Ruqyah berisiko kepada pesakit untuk muntah. Mungkin sesetengah pesakit telah mengetahui sekiranya dia diruqyah dia akan muntah. Dan perawat telah maklum risiko ruqyah adalah pesakit akan muntah. Soalan saya, jika aktiviti rawatan ruqyah dilakukan pada siang hari di bulan Ramadan dan pesakit muntah semasa rawatan ruqyah dijalankan, adakah dikira sebagai muntah dengan sengaja dan boleh membatalkan puasa? Sebab pesakit dan juga perawat telah maklum kemungkinan pesakit akan muntah semasa proses ruqyah dijalankan.

message user image

Soalan: Adakah suntikan anti-typhoid membatalkan puasa?

message user image

Soalan: Hukum Berpuasa Bagi Pesakit Buah Pinggang yang menjalani rawatan Hemodialisis.

message user image

Soalan: Bolehkah wanita haid membaca al quran digital?

message user image

Soalan: Sekiranya hidung kerap berair dan bila solat susah nak lap kat kain telekung sbb nnt kotor.Apabila dibiar,air hidung masuk dlm mulut ketika solat dan tertelan.adakah solat dan puasa batal?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan. Apakah penjelasan mengenai hikmah penyembelihan dari sudut alam sekitar? Bersertkan dengan dalil al-quran. Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam..saya terdengar di youtube dari seorang ustaz yang mengatakan laknat bagi orang yang sering baca Al-Quran yang salah walau satu huruf..perkara ini buatkan saya takut baca Al-Quran lagi dan timbul was2..saya sudah benti menbaca Al-Quran..takut kena laknat..apa patut saya lakukan??perkara ini buatkan saya lemah semangat..rasa takut Al-Quran benci dan laknat saya kalu2 saya ada tersalah..

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Saya ingin bertanya pasal nazar... Apabila seseorang itu bernazar untuk mandi wajib tidak lebih dari sejam... Tetapi apabila siap mandi dia dapati dia telah mandi wajib sejam setengah... Apakah status mandi wajib itu... Sah atau wajib mandi semula??...tq mohon pencerahan

message user image

Soalan: apakah ciri - ciri golongan miskin yg layak menerima fidyah

message user image

Soalan: Apakah perkara yg harus diutamakan antara membayar hutang atau bersedekah bagi orang yg berhutang bbanyak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah, Bolehkah dan apakah hukum seseorang itu makan/minum (sahur) ketika azan subuh di bulan Ramadhan, kerana telah terlewat bangun. Lalu meneruskan puasa Ramadhan seperti biasa. Dia terjaga ketika sedang azan Subuh. Mohon pencerahan .

message user image

Soalan: Saya ingin membolehkan ibu saya untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun hadapan. Tetapi simpanan masih lagi belum mencukupi. Sekiranya saya menggunakan Dividen tahunan ASB yang diperoleh setiap tahun adakah dibolehkan? Apakah hukumnya menggunakan duit dividen ASB untuk membawa ibu menunaikan Haji? Mohon penjelasan daripada Ustaz/Ustazah. Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Salam ustaz, saya mahu penerangan mengenai pembayaran fidyah, kerana saya terlepas puasa sehari kerana terkeluar air mani, bolehkah saya membeli sekampit beras untuk diberikan kepada orang miskin?

message user image

Soalan: Boleh kah seorang muslim menghadiri perkebumian orang bukan islam

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Sy bekerja sebagai guru tadika di tadika cina. Kadang kala ada kanak-kanak lelaki (4 thn) membuang air besar di dalam seluar dan saya terpaksa membasuh najis mereka. Apakah hukum dan cara menyucikan najis kanak-kanak bukan islam. Terima kasih

message user image

Soalan: assalamualaikum tuan, Saya ada satu kemusykilan berkaitan dengan isu-isu dalam bab perkahwinan. Saya agak keliru dengan permasalahan talak. Senarionya adalah seperti berikut. Saya berada dalam keadaan marah kerana baru bertengkar dengan isteri, lalu saya keluar dari rumah kerana bimbang akan berlaku perkara-perkara yang akan memudaratkan kerukunan rumahtangga kami. Persoalannya, kerana berasa sakit hati yang teramat sangat, semasa memandu kereta, saya ada terbayangkan seolah-olah saya berasa puas hati sekiranya dapat menceraikan isteri saya. Lalu saya bercakap seorang diri seolah-olah bercakap dengan isteri saya “ aku ceraikan kau”….padahal itu semua hanyalah bayangan sahaja dan jauh sekali hendak betul-betul menceraikan isteri saya kerana saya sangat sayang kepada beliau dan anak-anak. Pada masa saya mengungkapkan lafaz tersebut, tidak ada sesiapa pun di dalam kereta dan saya tidak mempunyai niat yang jelas untuk menceraikan isteri saya .. Sebaliknya apa yang berlaku pada masa itu hanyalah perasaan marah sahaja yang memenuhi benak hati saya. Pada masa itu juga saya berpendapat talak hanya jatuh sekirnya saya menyebut dengan jelas di hadapan isteri saya Apabila sudah sejuk, saya kembali semula ke pangkuan isteri saya dan menjalani kehidupan seperti pasangan suami-isteri yang lain. Sekian mohon pencerahan ustaz

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin mengajukan pertanyaan berhubung perkara dibawah; 1. Didalam ahli keluarga kami ada seorang lelaki dewasa yang tidak mengerjakan solat dan berpuasa, beliau masih tidak mengerjakan solat walaupun telah kerap kali ditegur ahli keluarga. Kini seluruh ahli keluarga tidak lagi menegur beliau kerana teguran hanya menyebabkan perbalahan. Namun kami tidak pernah berhenti berdoa untuknya. Adakah kami ahi keluarga sama-sama berdosa kerana tidak lagi menegur beliau. 2. Najis air kencing orang dewasa pada tilam tidak dapat dibersihkan. Hanya dapat dibersihkan dipermukaan. Terdapat tompokan pada tilam setelah kering, tetapi tidak lagi berbau. Hanya cadar/pelapik tilam yang ditukar. Apakah hukum masih menggunakan tilam tersebut, malah melakukan ibadah seperti membaca alquran diatasnya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum....saya akan berpindah masuk kerumah sewa baru pada bulan hadapan untuk makluman rumah ini adalah fully furnishef..utk makluman rumah ini pernah diduki oleh keluarga bukan ISLAM berbangsa cina...soalan saya...adakah perlu saya samak/sertu barangan peninggalan mereka seperti singki...peti sejuk...jika saya ingin gunakan benda tersebut...sekian terima kasih..

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Saya ingin bertanya, ketika berpuasa ada serpihan kecil makanan / gigi saya patah (saya pun tak pasti yg mana satu).. saya buang sisa tuu dri mulut dn saya berpendapat air liur saya dh bercmpur dgn benda lain.. tpi saya melengah2 kan masa utk membuang air liur tuu dn menyebabkan saya tertelan sedikit air liur tuu.. jadi persoalannya batal kah puasa saya ituu???

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya,apa hukum nya ada gambar ulama (makhluk)di hadapan org solat didalam masjid

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nak penjelasan solat yg sesuai bagi org yg obesiti bmi >40 dan umur dalam 30 tahun? Masalah yg dihadapi adalah tidak bole sujud kerana sakit di kepala lutut. Duduk diantara 2 sujud dan tahiyat tidak boleh tgakkan kaki dan cepat kebas. Tq. Bole sertakan video sekali. Untk pgetahuan individu ini tiada sebarang penyakit. Cuma masalah obesiti

message user image

Soalan: Assalam ustaz... ttg rukun qauli yg kene lafaz dan bersuara tu. sapai skrg sy keliru. klu sy pergi ke mane2 surau knp xde suara langsung dikalangan wanita. dr awal sampai akhir senyap sunyi bacs dlm hati. rasanye ramai yg da tahu hukum ni tp sy xpernah nmpk

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya seorang pelajar di Amerika Syarikat. Secara ringkasnya, saya tidak menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim iaitu mengamalkan rukun Islam. Namun, saya sudah bertaubat tetapi saya mempunyai beberapa soalan yang sering bermain di fikiran saya. Saya berharap tuan/puan dapat menolong saya dalam persoalan saya. Pertama sekali, sembahyang saya terdapat banyak lopong sejak saya baligh. Anggaran saya, saya telah meninggalkan sembahyang sebanyak 5300 kali pada setiap waktu(Zohor = 5300 kali, Subuh = 5300 kali, dll). Saya bertekad untuk menqada sedikit demi sedikit tetapi saya ada terbaca bahawa sembahyang yang sengaja ditinggalkan tidak boleh diqada. Saya tidak pasti apa yang patut saya buat tentang jumlah sembahyang yang saya sudah tinggalkan tersebut. Soalan kedua, saya juga mempunyai lopong dalam puasa saya. Saya anggarkan saya telah meninggalkan sebanyak 360 hari puasa. Saya yakin bahawa ada tahun saya lengkap dalam ibadah puasa saya tetapi saya tidak pasti jumlah sebenar puasa yang saya tinggal. Oleh itu, saya hanya ambil jumlah puasa sejak saya baligh bagi memastikan puasa yang saya tinggalkan. Mengikut pengetahuan saya, saya perlu membayar fidyah dan juga menggantikan puasa2 tersebut itu. Adakah itu betul? Bagaimana cara terbaik untuk saya kendalikan puasa-puasa yang saya tinggalkan ini.Bagaimanakah cara untuk membayar fidyah? Soalan ketiga, saya pernah terambil barang hak orang lain dan juga mencuri duit ibubapa saya di dompet. Saya juga ada mengambil makanan tanpa kebenaran semasa duduk bersama orang lain di Amerika Syarikat. Semasa awal-awal saya mendapat lesen kereta, saya ada tergeser dengan kereta lain yang membuatkan kereta orang tersebut calar tetapi saya hanya lari sebab takut. Kesemuanya di atas, adalah salah antara manusia. Saya sudah bermula untuk berjumpa dengan orang yang saya telah curi barangnya dan meminta maaf serta ingin memberi duit bagi kerugian mereka. Namun begitu, ada beberapa orang yang saya tidak dapat menjumpai dan seperti kereta yang saya langgar tersebut, saya tidak kenal langsung. Saya juga takut jika saya ada terhutang dengan orang lain tetapi belum menjelaskan hutang tersebut. Bagaimanakah solusi yang terbaik bagi kejahatan yang saya telah buat dengan orang-orang tersebut? Saya sangatlah berasa sedih dan menyesal. Terima kasih. Minta maaf jika persoalan saya banyak, website Mufti Selangor memberi notis bahawa persoalan dua awal saya tidak berjaya. Minta maaf jika soalan ini datang secara berulang-ulang..

message user image

Soalan: Ingin mendapat pencerahan bagi perkara berikut. Selepas bersalin anak ketiga, kitaran haid dan pendarahan menjadi tidak teratur dan abnormal. Bila dirujuk kepada Doktor, terdapat permasalahan di dalam rahim yang mengganggu kitaran dan pendarahan haid. Keputusan dibuat untuk menggunakan IUD untuk mengurangkan pendarahan dan mengawal kitaran haid. Timbul masalah lain dimana pendarahan yang tidak menentu dan pendarahan selepas melakukan seks. 1. Adakah batal puasa jika spotting (pendarahan sedikit) selepas melakukan seks berlaku selepas mandi wajib dan telah berpuasa. 2. Adakah pendarahan sedikit (spotting) yang berlaku tetapi tidak berterusan dikira sebagai haid. Difahamkan melalui bacaan pendarahan berterusan selama 24 jam baru dikira sebagai darah haid. Jika spotting berlaku sedikit dan sekali dalam tempoh 24, adakah dikira batal puasa pada hari tersebut. 3. Jika spotting berlaku sebelum atau selepas haid yang normal (pendarahan yang berterusan), adakah batal puasa pada hari tersebut? selalunya berlaku dengan jarak sehari dua dalam keadaan suci/bersih sebelum spotting bermula.

message user image

Soalan: Sulam bedak adakah sah solat, haram atau tidak? Ada yang menyatakan ianya adalah serum dan bukan bersifat tatoo. Mohon penjelasan supaya tidak terjebak melakukan sesuatu yang haram untuk kelihatan cantik. Ada yang menyatakan terdapat 2 teknik dimana (1) serum utk mencantikkan kulit dan (2) teknik embroidery yg dikatakan haram sebab warna digunakan utk menyuntik pada kulit.

message user image

Soalan: Salam. Sekiranya kita tak lafaz niat puasa ramadhan pada sah satu hari tetapi kita masih bangun sahur kerana niat dihati untuk berpuasa pada hari tersebut, adakah puasa kita dikira sah ataupun ianya tidak dikira dan perlu diqada kan?

message user image

Salam, apakah hukum lelaki yg memakai gelang hanya di rumahnya sahaja? Gelang itu mempunyai sedikit saduran, emas di bahagian luarnya, dalam 2 jalur. Salam, bleh tk terangkn mengenai ikhtilat?

message user image

Soalan: assalamualaikum saya ingin bertanya tentang Kaffarah...pada waktu malam bulan ramadhan saya bersetubuh , saya terlena sampai pagi dan saya fikir puasa saya tidak sah sebab tidak mandi wajib , selepas itu saya bersetubuh lagi , adakah Kaffarah wajib ke atas saya sebab sekarang baru saya tahu puasa saya sah walaupun tidak mandi wajib sebelum itu saya tidak tahu ...saya hanya ingat puasa saya tidak sah sebab itu saya lakukan lagi setubuh di siang ramadhan.

message user image

Soalan: Apakah hukum bayi yg dpakaiakan dgn Benang yg dibacakan ayat al quran utk tujuan perubatan ?.

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Nk tanya pasal Nazar... Apakah hukum bernazar untuk membaca Bacaan Ketika Sujud sebanyak 3 kali,,tetapi dy hanya membaca sekali sahaja

message user image

Saya mempunyai adik perempuan yg tidak bkerja dan seorang OKU berumur 30an..dia mempunyai akaun simpanan yang mana hasil simpanannya diperolehi daripada sumbangan ibu,adik beradik,duit raya dan sebagainya. Pertanyaan: Adakah duit simpanannya perlu dikeluarkan zakat apabila cukup nisab dan haul nya? Adakah golongan OKU & tidak bpendapatan tetap spt adik saya ini wajib mengeluarkan zakat?

message user image

Soalan: Saya telah disahkan pakar sakit puan yg saya telah mencapai pre monopos. Bulan Ramadhan ni period sy x betul. Haid keluar tp sedikit. Sehari ada berhenti & keluar lagi tomokan darah atau spotting. Saya bingung samada di hari yg tiada darah or spotting tu saya dikira dlm haid or kena mandi & berpuasa. Sy pun was2 utk mandi wajib sbb tak pasti sy masih dlm haid or dh suci. Harap ustaz/ustazah dpt bantu beri pencerahan masalah saya ini

message user image

Soalan: Assalamualaikum Datuk SS Mufti...saya ingin tahu dari segi hukum meletak banner ada portrait manusia dalam ruang utama masjid ..2) Berkenaan jam eletronik petanda masok waktu solat ,waktu imsaq dan waktu iqamah...ada kah mana2 hukum yg melarang penggunaan jam ini?..brapa minit selepas Azan utk memulakan solat?.. 3) Apa hukum mengadakan Sambutan Haul Ulamak yg sudah wafat?...4) Ada kah pihak MAIS/JAIS pernah mengeluarkan fatwa atau pekeliling sebelum ini. Sekian,saya dahului dgn ribuan terima kasih.

message user image

Soalan: Saya tinggal di shah alam. Tidak merancang perjalanan menuju ke tanjong karang. semasa di tanjong karang/sg besar saya buat jama takdim dan qasar untuk zuhur dan asar disebabkan saya lihat jarak km dalam lebih kurang 120km. saya menuju pulang semula pada hari yang sama ke shah alam. semasa di shah alam, ada masjid lebih kurang jarak 1-2km dari rumah saya, boleh kah saya buat jamak dan qasar untuk maghrib dan isyak di masjid di shah alam sebelum saya masuk rumah? t.kasih

message user image

Soalan: seorang (perempuan)yang mampu memberi wang/sedeqah kepada ibu bapa tidak memberinya kepada ibu bapa atas alasan ibu bapa membeli barang dan membazir, akan tetapi duit tersebut dikumpul untuk ibu bapa dan akan diserah kepada yang memerlukan apabila ibu bapa meninggal nanti atas nama ibu bapa

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ust. Maaf bertanya, saya telah mengalami kemalangan beberapa bulan yang lalu yang menyebabkan saya perlu untuk solat fardhu dengan duduk diatas kerusi kerana lutut masih belum sembuh sepenuhnya. Oleh itu, saya pun solat seperti biasa bersama jemaah lain pada rukun takbiratul ihram, rukuk dan iktidal saya lakukan seperti biasa iaitu secara berdiri betul akan tetapi pada rukun sujud dan yang lainnya yang memerlukan untuk seseorang itu duduk dibawah, saya akan duduk diatas kerusi. Hari ini, saya telah ditegur oleh salah seorang jemaah yang mengatakan saya lebih afdhal melunjurkan kaki berbanding solat diatas kerusi kerana dia mengatakan dalam kitab2 besar banyak terdapat permasalahan solat fardhu mengenai melunjurkan kaki lebih utama berbanding solat diatas kerusi. Persoalan saya, apakah yang lebih afdhal bagi orang diantara duduk diatas kerusi dan melunjurkan kaki kehadapan semasa solat dan kalau boleh saya ingin mengetahui sebahagian yang membicarakan mengenai permasalah tersebut. Jutaan terima kasih saya ucapkan pada pihak tuan atas jawapan yang tuan berikan. Terima kasih, Ust.

message user image

Soalan: As salam.. Saya nak bertanya berkenaan bayaran kafarah kerana terkeluar air mani ketika mencumbui isteri pada bulan puasa di siang hari.. - andai berpuasa 2 bulan berturut-turut (perlu niat/lafaz mcm mana) - andai bayar kafarat dgn memberi makan 60 org miskin (perlu niat/lafaz mcm mana)

message user image

Soalan: Dalam fatwa bertarikh 27 April 2017 (Pelaburan PNB) Hukum pelaburan ASB adalah harus. Adakah Harus di sini bermaksud, memadai dengan zakat simpanan atau pun dividen ASB masih haram digunakan dan perlu di infaqkan?

message user image

Soalan: Isteri saya mengambil pil perancang yang menyebabkan aturan haid nya tidak teratur. Kekadang menyebabkan haid datang lebih daripada 15 hari sehingga istihadah sedangkan bilangan hari normal haid isteri saya tanpa pengambilan pil perancang adalah 8 hari. Adakah pengambilan pil perancang dibolehkan ke atas isteri saya, kerana menyebabkan halangan untuk solat dan puasa daripada masa yang normal?

message user image

Soalan: Bolehkah saya menerima pendapat bahawa mandi biasa boleh menggantikan wuduk.

message user image

Soalan: Saya pulang beraya di Kelantan. Saya tinggal 3 hari di Pasir Mas, kemudian 3 hari berikutnya di Kota Bharu. Jarak antara Pasir Mas dan Kota Bharu 20 km. Adakah saya musafir sepanjang tempoh 6 hari tersebut.

message user image

Soalan: Assaamualaikum, Saya ada satu kemusykilan. Jika kita telah datang haid pada bulan Mei ini selama 8 hari (12-19 Mei) dan kita telah mandi wajib pada hari ke 9 . Tetapi selepas 8 hari bersih dari darah haid, darah haid datang sekali lagi iaitu pd 28 Mei dan darah itu keluar sperti biasa sahaja bukan sedikit tapi seperti hari pertama. Persoalannya adakah darah haid yg keluar kali kedua itu dikira darah haid atau darah istiadah. Untuk makluman , saya telah tidak datang haid pada bulan April yg lalu. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Bolehkah ibu bapa saya memberi zakat kepada anak-anaknya? Saya ingin tahu ibu bapa boleh berzakat kepada siapa. Boleh jelaskan lebih lanjut. T.Ksh

message user image

Soalan: Assalammualaikum Semalam semasa solat subuh imam terlupa membaca doa qunut tetapi imam telah menggantikan dengan sujud sahwi,malangnya imam hanya sujud sahwi sekali sahaja dan terus memberi salam..AJK surau sesetengah berpendapat solat batal dan harus qadha...bolehkah saya mohon pencerahan daripada pihak tuan berkenaan isu ini

message user image

Soalan: Harap maaf di atas kekeliruan ini. Untuk makluman, saya disahkan oleh doktor mempunyai Endometriosis yang menyebabkan gangguan pada kitaran haid. Haid yang panjang dan juga pendek. Bergantung kepada keadaan hormon di akibatkan oleh penyakit ini. Situasi : Saya haid hari pertama pada 17 Mei 2019 sehingga 28 Mei 2019. Untuk 5 hari pertama (17 hingga 21 Mei) adalah darah haid. Hari seterusnya adalah hanya tompokan (coklat/pinkish) di sebelah siang dan malam. Situasi ini adalah bagi saya untuk mengalami haid yang panjang. Pada 28 Mei, saya dapati tiada lagi tompokan di petang hari sehingga waktu pagi sebelum waktu imsak, 29 Mei, saya niat berpuasa , mandi wajib dan solat seperti biasa untuk 2 hari (29 dan 30 Mei). Saya yakin tiada tompokan atau darah haid di siang hari kerana setiap kali berhadas kecil dan solat, saya akan periksa di 'panty liner', yakin tiada kotoran. Tetapi tompokan muncul di sebelah malam (29 & 30 Mei hari siang yang saya berpuasa). Saya tetap mandi wajib untuk hari 29 & 30 Mei itu dan berpuasa solat seperti biasa. Tetapi pada pagi 31 Mei, ada tompokan pinkish yang mana saya yakin itu sisa haid, maka batal niat puasa saya pada hari ini. Soalan pertama, adakah sah puasa saya pada 29 & 30 Mei ? Soalan kedua, ikut kiraan hari haid bermula pada, 17 Mei hingga 28 Mei (12 hari), 2 hari puasa (29 & 30 Mei, hari ke 13 & 14 haid - sekiranya puasa saya tidak sah kerana soalan pertama, dan didatangi haid semula pada 31 Mei), adakah 31 Mei ini dikira hari ke 15 saya haid ? Soalan ke-empat, apakah penerangan yang mudah untuk difahami bagi yang mengalami haid terhenti di tengah tengah dan bersambung kembali ? Adakah puasa, solat nya sah ? Soalan terakhir, hari ke 16 (1 Jun) wajib untuk saya mandi hadas besar dan menunaikan kewajipan dalam Islam ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nak bertanya mengenai haid Kawan saya datang haid pada hari ke-1 hingga ke-8.. hari ke9-13 tak keluar darah.. tapi pada hari ke-14 keluar darah... (kebiasaan dia haid dalam 7-8 hari dalam sebulan) Soalan saya 1.adakah darah yang keluar pada hari ke 14 itu darah haid atau tidak... 2. Jika darah haid bagaimana dengan puasa dia pada hari ke 14... xpayah puasa dan ganti kemudian atau teruskan puasa macam biasa... 3. Bagaimana puasa n solat dia pada hari ke 9-13... perlu qadar atau xpayah sebab berada ditengah2 antara haid... 4. Bagaimana jika darah keluar berterusan sehingga hari ke-20 (start dari hari ke- 14 hingga ke-20)

message user image

Soalan: Apa hukum seseorang yg rabun teruk sejak lahir (-10.0 D; layak sebagai OKU) memasukkan secara operation (implant) Kanta Pelekap (Visian Implantable Collamer Lens) yg mempunyai unsur collagen khinzir (0.2%)? Kandungan lain adalah 1. Poly-hydroxymethacrylate - HEMA (60%) 2. Water (36%) 3. Benzophenone (3.8%)

message user image

Soalan: Ustaz, saya memelihara kucing di rumah. Suatu hari, kucing itu duduk di atas seluar saya yang lembap. Saya pun angkat kucing itu dan bawa ke tempat lain. Saya lihat di punggung kucing itu ada sedikit tahi yang sudah kering melekat di bulu. Adakah seliar saya menjadi najis? Saya lihat tidak ada sebarang kesan tahi di seluar saya. Adakah dimaafkan kalau saya memakai seluar itu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt Suami saya mempunyai bulu kening yang sangat lebat dan panjang sehingga hampir menutup matanya. Saya sedia maklum bahawa hukum mencukur bulu kening adalah Haram. Soalan saya, bolehkan ia digunting sedikit supaya tidak terlalu menutup matanya? Terima kasih

message user image

Soalan: Saya telah didatangi haid pada 20 mei 2019 sehingga 26 mei 2019. Selepas itu saya telah berpuasa selama 7 hari. Pada 3 jun, saya telah didatangi haid. Adakah puasa saya selama 7 hari dikira atau sebaliknya? Terima kasih.

message user image

Soalan: adakah perlu berpuasa di bulan ramadhan bagi orang yg istihadah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wrt Ustaz, saya ada kemusykilan berkenaan jamak dan qasar. 1. Saya sekarang menuntut di sebuah universiti di KL dan menetap di sana. Apabila saya pulang ke rumah saya di Ipoh untuk beberapa hari(kurang daripada 3 hari), bolehkah saya melakukan jamak dan qasar di rumah saya? 2. Bolehkah saya melakukan jamak dan qasar sekiranya saya akan pulang ke rumah sebelum waktu solat tersebut habis? 3. Apabila saya balik semula ke universiti daripada ipoh, bolehkan saya melakukan jamak qasar sekiranya saya masih dalam perjalanan dan masih sempat melakukan solat tersebut sekiranya saya sampai di universiti. 4. adakah solat jamak qasar lebih afdal dilakukan berbanding solat pada waktunya kerana terdapat banyak surau dan masjid di merata tempat untuk mengerjakan solat di dalam waktu. Saya mohon jasa baik ustaz untuk menjawab soalan saya ini memandangkan saya sangat musykil dengan hukum jamak dan qasar.

message user image

Soalan: Jarak antara imam mesjid dan saf pertama adakah mesti kurang dari 3 hasta? Bagaimana jika lebih dari tiga hasta tetapi bersambung antara sejadah iman dan sejadah makmum?

message user image

Soalan: Aslmkm. Soalan/masaalah : kejadian pd solat subuh pagi jumaat, yg biasanya imam membaca surah sejadah, tapi imam membaca surah al lail pd rekaat pertama n sutah ikraq pd rekaat yg k dua. Srlesai imam membaca surah iqraq pd rekaat k dua, beliau terus sujud sajadah, baca tahya n salam. Kemudian beliau memusing manghadapi jemaah, setai bertanya, "tk da rukuk ya". Lantas beliau bangun, bertakbir, terus rukuk, sujud dgn sampurna n salam. Soaalan : 1. 1. sah k solat beliau? 2. Patut k makmum mufarraqa 3. Patut k d ulangi solat tersebut?

message user image

Soalan: Saya inginkan kepastion tentang beranda masjid, adakah ianya termasuk di dalam masjid atau tidak. Sekarang ini banyak masjid menggunakan penyaman udara dan menutup pintu ketika solat didirikan, apakah sah makmum yang bersolat di beranda masjid atau di kaki lima masjid mengikut imam yang di dalam itu ? sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan pengesahan mengenai memberi makan daging aqiqah kepada golongan bukan Islam kerana terdapat pencanggahan jawapan yang ditemui di laman sesawang. Apakah hukum memberi makan daging aqiqah kepada orang bukan Islam? Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum Saya ingin tahu sama ada puasa sah atau batal dengan penggunaan ubat inhaler dan neubehaler untuk seseorang yang menghadapi penyakit asma ? Terima kasih tuan, Assalammu'alaikum.

message user image

Soalan: Mohon penjelasan berkaitan keluarga syed dan sharifah. Adakah mereka tidak boleh menerima zakat dan sedekah? Sekiranya ya, adakah ianya terpakai sekiranya melalui perkahwinan campur (syed & orang biasa)? Bagaimana hukum dalam konteks keadaan yang diamalkan sekarang berkaitan pemberian saguhati kecemerlangan/duit raya dan lain-lain kepada anak-anak yang berketurunan syed dan sharifah?

message user image

Soalan: Apakah hukum isteri menginaikan rambut dengan niat untuk kelihatan cantik dihadapan suaminya walaupun rambut tidak beruban?

message user image

Soalan: Apa hukumnya anak bersedekah dengan ibunya sendiri?

message user image

Soalan: Adakah boleh nikah di surau dalam keadaan haid dan apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Hukum solat memakai tiub kencing?

message user image

Soalan: Apakah hukum membuat veneer pada gigi? Supaya gigi kelihatan cantik putih berseri.

message user image

Soalan: Saya telah menopause sejak 4 tahun yg lalu. Baru-baru ini doktor telah mengesyorkan saya mengambil pil hormone replacement therapy untuk mengatasi masalah yang saya hadapi akibat dari menopause. Setelah mengambil pil tersebut, ada penurunan darah sedikit seumpama darah haid selama beberapa hari. Doktor mengatakan 'withdrawal of blood spot' ini adalah kesan biasa kerana pengambilan pil hormon tersebut. Soalan saya, adakah saya boleh melakukan ibadah seperti solat, membaca alquran dan puasa ketika mengalami penurunan darah ini?

message user image

Soalan: Saya was-was ataupun ragu-ragu jika cara ibu saya mop rumah menyebabkan seluruh lantai rumah menjadi najis. Saya ragu jika air digunakan tidak mutlak dan baldi tidak suci sebagainya. Adakah ini was-was atau ragu-ragu semata-mata? Haruskah saya melayannya ataupun kembali ke asal keyakinan iaitu ianya suci?

message user image

Soalan: 1) Solat Jumaat bersama jamak 2) Mendengar ayat ruqyah di dalam kenderaan

message user image

Soalan: Saya telah menyewakan tanah sawah padi selama 3 tahun @ 6 musim mulai 2019 hingga 2021 sebanyak RM16,200.00. Wang sewa sawah ini telah diterima pada 9 Jun 2019. Soalan: Wang sewa sawah sebanyak RM16,200.00 itu perlu dibayar zakatnya atau tidak? Jika perlu dibayar zakatnya, bilakah tarikhnya iaitu pada tahun berakhir 2021 atau setiap genap 9 Jun setiap tahun atau dibayar terus sekarang (semasa wang diterima pada 9 Jun 2019) dan berapakah kadar RM bayaran zakatnya? Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Salam mufti, Dulu saya selalu tengok video lucah. Saya berasa malu dengan diri saya. Saya pernah bernazar untuk meninggalkannya "aku akan berpuasa satu hari jika aku tengok video lucah lagi" Namun, saya tetap tengok video lucah dengan kadar yang banyak. Tapi sekarang saya sudah berhenti. Adakah nazar saya yang dahulu itu sah?

message user image

Soalan: اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم, saya sedang berpuasa 6 dan hari ini hari terakhir. Boleh kah esok saya terus sambung puasa ganti atau perlu rehat sehari terlebih dahulu? Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum tindik di hidung bagi wanita?

message user image

Soalan: Bolehkah saya berkongsi kenduri akikah dengan kawan dalam 1 majlis?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, apakah hukumnya memakan serangga? Saya hanya mengetahui bahwa hanya belalang yang boleh dimakan kerana terdapat hadis tentangnya. Tetapi bagaimana pula dengan cengkerik?

message user image

Soalan: Apakah aurat anak angkat (anak sedara) dengan mak bapak angkat?

message user image

Soalan: Saya baru dapat tahu dalam mazhab syafie jika seseorang menajiskan badan dengan sengaja ia tidak dibenarkan. Adakah saya yang memakai baju mutanajis kerana basuhan berdosa? Bagaimana jika saya tidur dengan baju mutanajis lalu peluh semasa tidur? Adakah tilam menjadi najis hukmi? Bagaimana harus saya mensucikannnya?

message user image

Soalan: saya ingin tanya, saya tercampur baju berbekas haid (tompok kecik) ke dalan baju biasa dalam mesin basuh. selang beberapa hari, saya baru teringat. saya benar-benar lupa dan tidak sengaja. adakah solat sah jika dipakai? baju pula banyak.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Mohon huraikan maksud ayat 60 Surah An Nur. Adakah perempuan tua boleh membuka auratnyaseperti tudung?

message user image

Soalan: Assalamualaikum WBT. Saya ingin bertanya kepada pihak tuan, sahkah mandi wajib jika darah istihadhah masih keluar semasa sedang mandi sedangkan telah dibersihkan sebelumnya. Saya juga ingin tahu bagaimanakah cara yang betul untuk mandi wajid bagi wanita yang menghadapi masalah istihadhah ini. Mohon pencerahan dari pihak tuan. Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: apakah hukum memakai cincin yang ada tertulis muhammad rasul Allah seperti dipakai oleh nabi(SAW)

message user image

Soalan: contoh saya buat sosial experiment mengenai mathematic dan merakam dri jarak jauh apakah hukum merakam video tanpa izin dan upload di media sosial?

message user image

Soalan: Apakah hukumnya sembahyang jamak/qasar kita jika kita sengaja memilih laluan lebih 2 marhalah semata-mata untuk membolehkan jamak/qasar sedangkan ada laluan yang lebih dekat, tetapi tidak mencapai 2 marhalah.

message user image

Soalan: Adakah dibolehkan menggunting bulu kening yang lebat sedikit agar kelihatan rapi?

message user image

Soalan: Adakah bayaran pencen yg diperolehi setiap bulan wajib zakat pendapatan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, boleh ke mengkafankan jenazah menggunakan jubah yang kita guna seharian (warna putih)?

message user image

Soalan: Bolehkah jika pihak masjid jalankan kutipan tabung semasa khutbah jumaat sedang berlangsung?

message user image

Soalan: Saya terlalu was was dalam sesuatu perkara sehingga saya rasa semua benda yang di lakukan tidak betul ...terutama dalam hal ibadah ...saya nazar tercakap tapi saya taknak pon buat sebenarnya nazar untuk buat sesuatu tu tidak bergerak statik je contoh barang tu biar je duduk kat situ tak boleh bergerak ...sory masalah saya ni susah nak faham ...adakah sah nazar jika hati tak tenteram saya selalu was was dalam nazar tolong saya jawap

message user image

Soalan: Kepada siapakah hendak di serah niat bahagian daging korban bagi lembu korban yang di biayai oleh kerajaan negeri atau mana-mana badan kerajaan

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Bolehkah jika kita mandi wajib bagi wanita (setelah 40 hari selepas bersalin) yang tidak sedarkan diri (koma). Proses mandi bagi pesakit ini sememangnya dilakukan setiap hari oleh jururawat.adakah boleh kita niatkan untuk mandi wajib dan bagaimanakah kaedahnya. Wassalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Saya telah berkhidmat di satu pejabat selama 9 tahun dan akan bersara tidak lama lagi. Saya ada amalan harian yang saya amalkan secara istiqamah. Adakah saya perlu bercerita tentang amalan ini dalam ucapan persaraan saya nanti. Sekiranya saya tidak bercerita, adakah rakan sepejabat boleh mendakwa saya di akhirat nanti. Bercerita boleh dianggap riak dalam amalan. Tidak bercerita takut didakwa di akhirat nanti. Mohon penjelasan

message user image

Soalan: 1. Datuk saya alzheimer dan telah menghidap strok satu badan pada tahun lepas, apa hukum solat wajib baginya? 2.nenek saya patah pinggang pada bulan lepas menyebabkan dia sukar bergerak, bolehkah dia menjamakkan atau mengqasarkan solat untuk menyenangkannya.die juga menghidap amnesia.

message user image

Soalan: Saya ada mempunyai hutang yang tidak berjadual. Apabila saya mendapat gaji bulanan adakah saya kena bayar zakat pendapatan walhal sekiranya saya bayar hutang tersebut maka keperluan saya akan menjadi kekurangan. Adakah saya masih kena bayar zakat pendapatan memandangkan keadaan sedemikian ? Terima Kasih

message user image

Soalan: Pakaian saya terkena najis. Kemudian baju itu saya basuh. Adakah air basuhan pakaian itu najis? Jika ketika membasuh pakaian itu, air itu terkena badan, perlukah saya membasuh badan saya? 2. Ketika buang air kecil, air terpercik( mungkin air campuran najis dan air mutlak), adakah air percikan itu najis? adakah wajar dibasuh?

message user image

Soalan: Bolehkah pihak masjid menjalankan kutipan tabung sewaktu khutbah jumaat sedang dijalankan? Kutipan tabung menggunakan kanak-kanak untuk lalu di setiap saf

message user image

Soalan: Kawan saya sering mengunakan alasan boleh bertaubat untuk membolehkannya melakukan maksiat. Persoalannya Bolehkah seseorang menjadikan alasan boleh bertaubat setiap kali melakukan dosa dengan tujuan untuk terus menerus melakukan dosa. Kerana ia selalu berkata Allah suka akan hambanya yang sering bertaubat.

message user image

Soalan: Assalam. ketika saya muda, pernah belajar jamak dan qasar untuk maghrib dan isyak dijalankan. Jika takdim ,3 rakaat maghrib dan 2 isyak. Jika taqhir , 2 rakaat isyak dan 2 maghrib. Saya pasti belajar dari ustaz saya dari zaman sekolah lagi. Walaubagaimanapun terkini saya buat 2rakaat isyak dan 3 maghrib. Mohon penjelasan situasi yang saya pelajari terdahulu. terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Ketika saya berjalan jauh, saya terlupa berniat musafir. Bolehkah saya solat jamak taqdim atau jamak takhir?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, berkenaan ibadah qurban. saya sudah berkeluarga. pertama saya diajak oleh salah seorang ahli keluarga untuk terlibat sebagai peserta qurban tahun 2019 ini kerana tahun 2018 saya terlibat dalam ibadah qurban tetapi untuk tahun ini saya menolak atas sebab faktor kewangan. kali kedua saya diajak lagi sekali kerana kekurangan peserta dan lembu sudah pun dibeli tetapi saya menolak dan menyatakan tidak perlu memaksa tapi dibalas dengan nada marah-marah dan mula memerli dan menyatakan sunat muakkad. ia tidak habis sahaja disitu, masih bercerita berkenaan salah seorang ahli keluarga yang lain baru bekerja gaji rm300 untuk terlibat sekali. dalam keadaan begini membuat saya tidak berasa selesa kerana cara yang seakan meminta untuk terlibat sebab bayaran yang diperlukan sebanyak rm700 termasuk upah. jika keadaan sebegini, apakah sebenarnya hukum qurban ini?

message user image

Soalan: Soalan saya, bolehkah saya melakukan solat jamak atau qasar atau kedua-duanya sekiranya saya melancong ke luar negara. Situasi saya seperti berikut. Tarikh terbang dari Kuala Lumpur 13/9, tarikh sampai ke destinasi pertama 14/9. Tinggal di destinasi pertama sehingga 17/9. 17/9 itu juga saya bertolak ke destinasi kedua dan tinggal disana sehingga 20/9. 20/9 itu juga saya balik dan sampai di Kuala Lumpur pada 21/9. Jarak antara destinasi pertama dan kedua adalah dalam 50km sahaja

message user image

Soalan: Bolehkah seorang wanita membaca doa dan diaminkan oleh lelaki dalam suatu majlis. Bagaimana pula hukumnya wanita menghantar whatsapp berbentuk doa dan diaminkan juga oleh lelaki?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Mohon pencerahan Bab fikah. Saya sekarang menjaga ibu yg tua dan uzur. Persoalannya tentang kefardhuan solat ke atasnya. Beliau kini berusia 89 tahun, mengidap penyakit kencing manis dan kekurangan darah. Setiap bulan kena pergi hospital masuk darah. Beliau uzur dimana tidak dapat melihat dan berjalan, melainkan dipapah. Semua urusan keperluan beliau, makan minum, mandi dan tandas semua perlu dibantu. Selama 3 tahun tidak mampu puasa sebab kekurangan darah dan badan lemah tidak upaya. Kini ingatan beliau tidak stabil dan amat lemah. Selalu lupa, bukan sahaja bab keperluan, cara wuduk, cara solat dan bacaan-bacaan solat juga selalu lupa. Semasa solat yang awal dikemudian dan sebaliknya. Bila dipujuk mahu solat tapi kena ada org bimbing disebelahnya dari takbir sampai salam. Kalau tidak, tidak tentu pergerakan dan bacaannya. Dalam keaadan beliau yang begini adakah kefarduan solat masih tertanggung atas beliau? Sebagai anak saya ingin beri khidmat yang terbaik untuk ibu saya. Mohon pencerahan. Jazakallahu khairan.

message user image

Soalan: Boleh ke bawa telefon ke Tandas sedangkan didalam telefon tersebut ada folder ayat Quran contohnya Folder Muslim Pro

message user image

Soalan: Apakah hukum menyucikan baju menggunakan mesin basuh full automatic? Ada beberapa pendapat yang membenarkan dan mengatakan ia memadai untuk mencuci najis dan menyucikannya. Bolehkah saya ambil pendapat ini walaupun ada banyak pendapat bahawa ia tidak memadai?

message user image

Soalan: Umur saya 40 keatas. pertanyaan saya mengenai akikah perlukah saya buat akikah saya sendiri disebabkan masa lahir saya ibu tidak berkemampuan untuk membuatnya dan bolehkah daging itu terus disedekahkan tanpa memasaknya? contohnya saya beli satu lembu dibahagikan saya dan adik-adik saya pada hari raya korban, perlu kah masak sebelum beri pada orang? mohon penjelasan, terima kasih

message user image

Soalan: Boleh kah sembahyang sunat dhuha waktu 8 pagi ? Boleh kah sembahyang sunat tahjud waktu 11malam sebab waktu 1-4 pagi susah bangun ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. bolehkah saya solat Jumaat berserta jamak taqdim? Sah atau tidak?

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya telah bernazar jika suami saya selamat menjalankan operasi kanser usus, saya akan membuat korban seekor lembu untuk suami saya. Soalan saya adakah saya buat korban nazar tersebut 1) atas nama saya atau 2) atas nama suami saya dan macamana niatnya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya soalan, salah kah kita ingin berubah ke arah lebih baik ,contohnya mendirikan solat, walaupun ada setengah dari orang sekeliling kita yang agak kita hanya berubah hanya sekejap walaupun dengan mendirikan solat sahaja ,salah kah saya nak berubah ke arah itu? *saya salah seorang oku kurang pendengaran, maaf kalau soalan saya rumit untuk di jawab

message user image

Soalan: Apakah hukumnya orang yg sering melewatkan solat walaupun dalam keadaan sedar. Contohnya dia telah sedar dari tidur 6.20 pagi, namun tidak terus solat hanya membuat kerja-kerja lain sehinggalah 7.30 atau 8.00pagi baru solat subuh. Hampir setiap hari ustaz. Saya ada menegurnya. Katanya dia solat juga. Bagaimana cara untuk saya menasihatinya. Saya juga bukan seorang yang banyak ilmu agama ustaz. Saya sedang baiki diri.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan. Soalan saya, adakah benar kita dilarang meletakkan pokok hidup sebagai hiasan di dalam bilik air atau tandas kerana pokok sentiasa berzikir kepada Allah, jadi tidak elok jika kita meletakkan pokok hidup di tempat sedemikian. Mohon pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih.

message user image

Soalan: As salamualaikum Jabatan Mufti Selangor, Terima kasih kerana sudi membaca pertanyaan saya, saya tumpang tanya berkenaan dengan makmum masbuk dan makmum muafiq, saya menyertai solat asar berjemaah pada rakaat ketiga, dan saya meneruskan bacaan surah al-fatihah sehingga imam berdiri iktidal barulah saya rukuk, soalan saya: -adakah saya makmum masbuk atau muafiq. -adakah solat saya sah. Mohon pencerahan.. Terima kasih. Wassalam.

message user image

Soalan: Assalamualikum w.b.t. Adik saya ada berniat, "Sekiranya aku ada rezeki, nak buat korban satu keluarga lah". (maksud satu keluarga di sini ialah : ibu bapa - 2 orang, adik saya & suami serta anak -3 orang, saya & isteri serta anak - 6 orang dan datu & nenek - 3 orang). Pembiayaan untuk 2 ekor lembu ini dibayar oleh adik saya. Persoalannya : i. Adakah ini dikira nazar ? ii. JIka "Ya", adakah ketika korban kesemua penama-penama ini perlu diniatkan semasa sembelihan atau hanya nama adik saya sahaja disebutkan tetapi yang lainnya diniatkan sebagai pahala korban ? iii. Jika korban nazar, adakah adik saya sahaja yang tidak boleh memakan daging korban tersebut atau kesemua penama-penama tidak boleh memakan daging korban tersebut ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, apakah hukum tidak memotong kuku bagi siapa yang menunaikan ibadah qurban

message user image

Soalan: Saya mempunyai jam rolex yang pada awal nya saya di maklum kan di perbuat daripada steel berharga rm21,000 . Kemudian melalui bacaan di internet saya dapati semua jam jenis rolex menggunakan emas putih pada nombor dan jarum supaya lebih tahan . Bahagian lain bebas emas . Soalan saya, Adakah di haram kan bagi saya memakai jam ini? Saya perlu jawapan yang benar. Saya sudah email mufti yang lain tetapi tiada jawapan .

message user image

Soalan: boleh kah ditukar niat 1 bahagian lembu untuk qurban kepada aqiqah?

message user image

Soalan: As salam. Perlukah membayar zakat atas duit yang diterima dari harta pusaka?

message user image

Soalan: assalamualaikum. saya ingin bertanya. jika lampin anak saya yang berusia 2tahun bocor, kemudian saya baru sahaja menyedarinya setelah anak saya bermain dan duduk diserata rumah, perlukah saya membilas semua tempat yang berkemungkinan anak saya telah duduk dan lalu kerana anak saya mungkin telah terpijak najis itu. terima kasih.

message user image

Soalan: assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya. apakah hukum seorang lelaki membuang atau mencabut unibrow(kening bersambung) bagi tujuan untuk kekemasan diri dan keyakinan diri untuk bertemu orang ramai?

message user image

Pertanyaan: assalamualaikum ustaz. saya ingin bertanya berkenaan dengan solat jumaat. bagaimana jika seorang penyelia mesin dalam kilang terpaksa bertugas untuk menjaga mesin dan ketika itu adalah waktu solat jumaat. Penyelia mesin kesemuanya adalah bangsa melayu. Akan tetapi pihak majikannya ada menyediakan jadual bertugas ketika hari jumaat. Apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum YBhg Dato Mufti. Saya ada kemusykilan mengenai hukum seorang non muslim memberikan sumbangan lembu untuk dijadikan lembu korban pada hari raya haji ini. Sumbangan lembu tersebut diserahkan kepada surau untuk dijadikan lembu korban. Adakah boleh pihak surau menerimanya, dan apakah status korban yang dibuat, adakah boleh dibuat? Pada pendapat saya ibadah korban adalah berhubungkait dengan ibadat islam yang ada hubungkait dengan iman dan taqwa adakah dibolehkan orang non muslim memberikan lembu untuk dijadikan binatang korban atas apa jua alasannya. Mohon pencerahan daripada YBgh Dato Mufti.

message user image

Soalan: Salam. Saya ingin bertanyakan mengenai zakat. Boleh kah saya agihkan terus bayaran zakat kepada hamba allah yang daif dan memerlukan wang untuk membiayai pembedahan anak beliau yang berusia 4 tahun kerana anak beliau tidak boleh membuang air besar kerana tidak ada lubang dubur sejak dilahirkan. Kos pembedahan dijangka dalam lingkungan RM15 ribu. Boleh kah saya gunakan wang zakat saya untuk diagihkan kepada beliau bagi menampung kos pembedahan berkenaan?

message user image

Soalan: Saya ingin bertanyakan, saya mempunyai masalah kencing tidak lawas. Saya merupakan seorang pelajar berasrama penuh. Setakat ini saya mengamalakan cara tidak menutup kemaluan saya dan tidak menggantikan pakaian saya (boxer dan sebagainya) kerana kuantiti yang sedikit berdasarkan pendapat Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi tetapi saya akan pergi ke tandas untuk kencing dan mengambil wudhuk sejurus masuk waktu solat atau beberapa minit awal sebelum masuk waktu solat. Apakah boleh saya melakukan sedemikian? Saya sedang mencuba cara yang paling termudah untuk melakukan ibadah fardhu dan sunat. Harap tuan dapat menjawab persoalan saya

message user image

Soalan: Boleh kah seseorang wanita dalam keadaan berhadas besar (haid) melaksanakan ibadah qurban untuk dirinya sendiri

message user image

Soalan: salam. tahun ini raya haji 10 dzulhijjah jatuh pada hari ahad. bermakna hari arafah jatuh pada hari sabtu. adakah wajib untuk puasa jumaat juga jika hendak puasa arafah yang jatuh pada hari sabtu itu? terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum, apakah hukum mencium sejadah dalam masa yang sama memuji Allah seperti bertahmid dalam keadaan tersebut setelah selesai solat atas niat syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk mengerjakan ibadah solat? Ada yang mengatakan bahawa ianya adalah salah kerana perkara tersebut dikatakan sebagai sujud syukur namun tidak mengikut cara yang sepatutnya. Terima kasih

message user image

Soalan: Apakah hukum mengejutkan suami atau isteri atau sesiapa sahaja agar solat Subuh? Adakah sama hukumnya apabila kita tahu pasangan kita sangat kepenatan menyebabkannya sukar bangun walau sudah dikejutkan?

message user image

Soalan: 1. Bolehkah saya berbuat qurban untuk anak² tiri yang dibawah jagaan saya? Dan perlukah saya mendapat izin dari ayah kandungnya? 2. Perlukah saya mendapat keizinan dari isteri dan anak-anak dibawah tanggungan saya untuk berbuat korban atas nama mereka setiap seorang? Sekian. Salam

message user image

Soalan: Boleh kah aqiqah dengan lembu dan sekali kan 1 bahagian daging dengan bahagian yang lain daripada daging ibadah korban

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang hukum memakan makanan yang meggunakan bekas yang sama untuk memasak daging tidak halal (babi). Saya berada di sebuah universiti di Amerika, saya perlu memakan makanan yang dimasak di kafeteria kerana saya tidak boleh memasak sendiri di bilik. Selain itu, saya juga ingin bertanya tentang aurat. Adakah aurat wanita Islam dan bukan Islam sama seperti aurat wanita bersama lelaki. Saya duduk di dalam bilik bersama dengan pelajar dari Amerika dan kadagkala mereka membawa kawan perempuan lain untuk masuk ke bilik. Perlukah saya menutup aurat sepanjang masa? Terima kasih

message user image

Pertanyaan: boleh kah kalau saya buat aqiqah 1 ekor kambing untuk anak lelaki, apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Lembu dihadiahkan kepada masjid atau surau oleh MB atau YB(Adun/Parlimen), bolehkah jawatankuasa masjid/surau meletakkan nama (asnaf/miskin) sebagai bahagian dalam ibadah lembu qurban?

message user image

Soalan: Apakah menyapu pisau penyembelihan pada pipi atau badan haiwan selepas sembelih itu sunnah atau petua ?

message user image

Soalan: Saya telah bernazar untuk tidak meninggalkan tahajjud dan dhuha sekiranya bacaan darah saya setelah kemoterapi berubah menjadi normal. alhamdulillah bacaan saya sudah normal semalam. tetapi malam harinya saya terlepas bangun tahajud. bagaimana saya perlu menebus apa yang telah terlepas atau sahkah nazar saya itu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Adakah amalan buruk anak yang masih hidup memberi kesan kepada ibubapa yang sudah meninggal dunia.

message user image

Soalan: Apakah hukum menggunakan pam zakar untuk tujuan kesihatan walaupun penggunaannya boleh menaikkan syahwat. Adakah perbuatan itu termasuk dalam kategori onani? Mohon penjelasan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti, Saya ingin bertanya kan satu soalan. Seandainya saya bekerja dan menaiki kenderaan dari shah alam-padang jawa-klang-meru-shah alam-jalan kebun-kemudian masuk waktu zohor, selepas itu pegi semula ke padang jawa-meru-shah alam = perjalanan lebih kurang 130km (contoh) Maksudnya, bila masuk waktu zohor, saya rasa seperti jauh lagi perjalanan saya. Walaupun dalam bandar yang tidak sampai 20km dari satu bandar ke bandar? Soalan saya, boleh atau tidak saya sembahyang jamak?

message user image

Soalan: assalamualaikum tuan, bagaimana cara yang betul untuk menguruskan sisa daging dan tulang korban atau aqiqah yang tidak habis dimakan ?

message user image

Soalan: Semasa mengerjakan umrah, abang saya mengambil benang daripada kiswah kaabah semasa tawaf. Beliau meletakkan benang tersebut di dalam dompet nya. Saya tidak pasti tujuan beliau berbuat demikian sama ada pelaris atau pun hanya sebagai kenangan. Persoalan nya, adakah di boleh kan kita mengambil benang kiswah untuk di jadikan kenangan? Jika tidak boleh, adakah diboleh kan hanya membuang nya di mana2 atau pun dimestikan kita mengembalikan nya di tempat asal nya?

message user image

Soalan: Apakah hukum memberi makan daging aqiqah kepada orang bukan islam?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbr. Saya mengalami sedikit masalah berkaitan gastrik dan angin dalam badan. Perkara ini menyebabkan saya sering terganggu untuk melakukan ibadah terutamanya dalam bab solat. Seringkali angin didapati keluar bilamana saya ingin tunaikan solat. Saya pernah terdengar suatu ceramah dari seorang ustaz, kata beliau antaranya ; jika individu yang mengalami masalah kentut/keluar angin secara kerap, dia perlu untuk tunggu ruang masa atau ruang waktu lain untuk tunaikan solat (ketika yakin angin tidak keluar). Persoalannya: 1) Adakah perlu saya tangguhkan/ lengahkan waktu solat kerana tunggu angin selesai keluar dahulu? Dan bagaimana jika terdapat kekangan waktu, contoh saya hanya sempat tunaikan solat zohor pada jam 1.30-2pm sahaja, sebab pada pukul 2pm hingga 5pm perlu hadir ke kelas kuliyah dan sebagainya. 2) Adakah terdapat rukhsah khusus kepada golongan ini (yang mengalami penyakit masalah angin secara kerap) sebab angin yang keluar bukan hanya waktu solat bahkan ketika di luar solat pun agak kerap. Jazakillah khair atas jawapan dan respon pihak tuan.

message user image

Soalan: Jatuh kah talak jika suami berkata 'saya tunggu awak tau, kita duduk sama - sama dengan mak dan kita sudah tidak boleh hidup sebagai suami isteri, dan saya pulangkan amanah Allah ini kepada mak balik dengan baik.Saya tunggu awak di rumah mak untuk lepas Talak.'

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya ingin bertanya, apakah hukum terkena air liur orang cina? adakah perlu di samak? terima kasih

message user image

Soalan: Di permulaan takbir kalau seseorang itu bermula dengan ' ow loh hu akbar' bukan dengan yang betul 'al (alif lam) hoo akbar). Saya dengan cara begini dia telah menukar makhraj huruf. Oleh itu maka solatnya batal. Ini banyak berlaku mungkin tiada ilmu. Harap dapat penjelasan.

message user image

Soalan: Boleh atau tidak muslim membantu orang bukan muslim dalam melakukan ibadah agama lain. Contoh orang muslim membuka pagar masjid untuk membolehkan orang bukan muslim parkirkan kereta untuk ke gereja kerana bersebelahan

message user image

Soalan: Salam, kalau ada tahi mata pada tempat keluarnya tahi mata (bukan pada kulit di celah mata), adakah ia menghalang air wuduk?

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Tuan / Puan, Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin bertanya secara khusus, apakah hukumnya jika seseorang itu memasak & memakan perut lembu yang berwarna hitam? Hal ini demikian kerana memandangkan umat islam baru sahaja menyambut Hari Raya Aidiladha, maka banyaklah bahagian-bahagian daripada anggota badan lembu yang diterima termasuklah perut lembu yang berwarna hitam. Secara umumnya, masyarakat di Malaysia (khususnya orang melayu) tahu bahawa penyediaan perut lembu biasanya berwarna putih (yakni dicuci dengan kapur sehingga menjadi putih dan barulah dimasak) dan mengatakan perut lembu hitam tersebut adalah najis walaupun telah dibersihkan dengan sebaiknya. Malahan, masih ada lagi terdapat segelintir orang islam yang mengecam & mencela apabila seseorang berkongsi cara masakan tersebut. Jadi, soalan saya disini adalah:- 1. Adakah betul perut lembu yang berwarna hitam itu najis? 2. Apakah hukumnya sekiranya orang islam makan perut lembu tersebut? 3. Adakah terdapat dalil atau nas-nas yang menyokong perkara tersebut? Saya amat berharap agar pihak Tuan / Puan dapat memberikan penjelasan berkenaan dengan perkara diatas kerana saya percaya adalah lebih baik untuk saya sebagai umat islam agar mendapat nasihat daripada yang lebih arif bagi mengelakkan sebarang permasalahan @ kemusykilan dan mengelakkan makanan tersebut dicela oleh masyarakat (khususnya orang islam) yang tidak tahu akan perkara sebenar.

message user image

Pertanyaan: Apa hukum nya kalau Imam tidak melakukan tumakninah semasa bangun dari sujud. Perlukah saya mufarakah . Oleh kerana saya tahu Imam terus solat begini lebih baik solat dirumah dan solat saya insyallah semoga diterima Allah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustadz, saya ada 1 soalan berkaitan dengan doa dan bencana. 1. Rasullullah ada cakap, jika kita bersungguh-sungguh doa (Di tempat mustajab, sujud/tasyahud akhir) Allah akan makbulkan doa kita. 2. Rasulullah juga ada cakap, amalan kekal selepas kematian antaranya (anak soleh yang mendoakan untuknya) Kebiasaannya dalam masyarakat kita akan baca al-quran kepada keluarga terdekatnya ketika meninggal dunia sebelum disimpankan. Soalan saya, 1. Apakah ini dibolehkah? Jika dikhabarkan berita kematian ibu/bapa. Kita dirikan solat taubat, solat hajat. 2. Lalu sujud yang lama, tasyahud yang lama untuk doakan keampunan kepada ibu/bapa kita itu. Adakah ini bid'ah? atau tidak lakukan oleh Rasulullah. Sebab saya percaya, waktu ditimpa bencana itu, pasti kita akan berdoa bersungguh-sungguh dan Allah makbulkan.Seperti keampuanan kepada ibu/bapa, angkat seksa kubur buatnya, lapangkan kuburnya, masukkan rohnya dikalangan orang yang beriman?

message user image

Soalan: Ada dua orang makmum sedang masbuk dalam solat masing-masing bersebelahan. seorang sebelah kanan telah selesai dan sedang berdoa, dan sebelah kiri masih dalam rakaat. Ada seorang datang dan ingin makmum tetapi makmum sebelah kiri belum selesai doa. Boleh kah orang itu menegur atau meminta makmum yang sedang berdoa itu untuk beri laluan untuknya kerana dia ingin menjadi makmum kepada orang yang belum selesai solat itu?

message user image

Soalan: Keluarga yang susah bapa nya oku ibu nya hanya menjual jagung di kampung. Anaknya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan, bolehkah saya memberi zakat kepada anak beliau bagi tujuan yuran dan perbelanjaan melebihi rm1000.00. Atau ada kuantiti atau nilai tertentu untuk seseorang fakir atau miskin.

message user image

Soalan: Apakah murtad membatalkan wuduk? Apakah telur busuk itu najis? Isi telur busuk itu telah menjadi warna hitam

message user image

Pertanyaan: Makanan yg dibeli (ayam) dari kedai tidak halal yang diyakini menjual khinzir . Dibungkus dan diletakkan didalam plastik . Apakah Hukumnya jika terpegang luaran plastik itu. Adakah perlu disamak , apakah hukumnya secara umum untuk meghadapi situasi seperti ini

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustadz, saya ada 1 soalan berkaitan dengan doa dan bencana. 1. Rasullullah ada cakap, jika kita bersungguh-sungguh doa (Di tempat mustajab, sujud/tasyahud akhir) Allah akan makbulkan doa kita. 2. Rasulullah juga ada cakap, amalan kekal selepas kematian antaranya (anak soleh yang mendoakan untuknya) Kebiasaannya dalam masyarakat kita akan baca al-quran kepada keluarga terdekatnya ketika meninggal dunia sebelum disimpankan. Soalan saya, 1. Apakah ini dibolehkah? Jika dikhabarkan berita kematian ibu/bapa. Kita dirikan solat taubat, solat hajat. 2. Lalu sujud yang lama, tasyahud yang lama untuk doakan keampunan kepada ibu/bapa kita itu. Adakah ini bid'ah? atau tidak lakukan oleh Rasulullah. Sebab saya percaya, waktu ditimpa bencana itu, pasti kita akan berdoa bersungguh-sungguh dan Allah makbulkan. Seperti keampuanan kepada ibu/bapa, angkat seksa kubur buatnya, lapangkan kuburnya, masukkan rohnya dikalangan orang yang beriman?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Dr. Nak tanya pasal hukum. Imam suka campur bacaan surah dalam solat. Contohnya rakaat pertama surah A Kahfi ayat 1 - 10. Rakaat kedua pulak surah An Naba ayat 27 - 40. Saya dan jemaah rasa pelik sebab cerita ayat berlainan.

message user image

Soalan: Assalammualaikum wbt.. Saya dan keluarga telah melakukan ibadah korban sunat pada 11.08.2019 di kampung saya di Selangor. Saya telah mengemukakan 7 nama ahli keluarga untuk seekor lembu. Dengan persetujuan oleh pihak surau, mereka telah menguruskan pembelian lembu dan menguruskan sembelihan dan pengagihan. Saya mohon pencerahan atas perkara-perkara dibawah kerana saya telah cuba google soal jawab berkenaan korban tetapi tidak jumpa jawapan kepada kemusykilan saya ini. Soalan saya: 1. Bagaimanakah pengagihan daging korban kepada keluarga saya yang mengemukakan 7 nama berbeza (Ibu, Ayah, 4 anak dan 1 pakcik)? 2. Bolehkah bahagian korban yang saya dapat, disedekahkan pada jiran-jiran saya yang susah dan miskin yang tinggal di luar kawasan korban (saya tinggal di Puchong, tetapi korban dilakukan di Cheras)? 3. Adakah saya hanya berhak mendapat 1 bahagian sahaja daripada 7 nama yang saya berikan kerana pihak surau menyatakan lembu di bayar oleh ketua keluarga (ayah) jadi bahagian korban yang dapat cuma 1. Benarkah? - ini dijelaskan oleh pihak surau yang katanya merujuk kepada 3 ustaz yang berbeza di negeri Pahang. Benarkah walaupun tiada lafaz dari saya atau suami saya yang mengatakan kami menyerahkan semua bahagian lembu itu pada pihak surau? Terima Kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya, apakah hukum seseorang yang solat 5 waktu tetapi masih tetap melakukan perkara yang dilarang seperti minum arak dan pergi ke kelab malam. Dan apakah yang boleh dilakukan oleh isteri jika suaminya melakukan hal yang demikian. Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: boleh kah orang islam makan buah yang orang cina sudah buat sembahyang?

message user image

Soalan: Kawan saya ada bertanya kepada saya bila hendak memakai tudung lalu saya pon berkata lepas dapat anak saya memakai tudung

message user image

Soalan: saya sepejabat dengan orang cina , dan tempat mereka sembahyang ada di dalam pejabat dan saya juga bersembahyang di pejabat yang sama tetapi di dalam sebuah bilik yang boleh ditutup dan tidak terpampang ketika saya bersolat , boleh kah saya bersolat di dalam pejabat tersebut sedang kan saya tahu ada berhala atau tempat mereka kaum cina bersembahyang.

message user image

Soalan: Saya sering keluar darah pada gusi setiap hari tetapi keluar bukan secara berterusan. Bermaksud setelah saya berkumur, beberapa jam selepas itu baru darah keluar lagi. Adakah darah yang keluar tersebut dikira sebagai najis yang dimaafkan?

message user image

Soalan: Boleh kah saya membaca surah Yasin dalam keadaan haid dan bacaan tersebut di sedekahkan buat arwah awah.

message user image

Soalan: As salam. saya ingin bertanya, apakah hukum saya mengambil gambar ketika travel di tempat menarik seperti gereja di perancis untuk sekadar bergambar?

message user image

Soalan: Adakah dosa atau perbuatan buruk kita boleh menyebabkan roh arwah ahli keluarga (cth: ibubapa, isteri) terseksa di Barzakh? Apakah roh boleh melihat kehidupan ahli keluarga yang masih hidup?

message user image

Soalan: Apakah hukum memakai minyak dhob untuk tujuan tenaga batin bagi seseorang yang belum berkahwin?

message user image

Soalan: Assalamualaikum WBT. Saya ada pertanyaan buat pihak tuan, saya berasa ragu dengan cara solat yang betul berkenaan duduk sebentar selepas sujud. Saya selalu memerhatikan setiap kali selepas seseorang sujud mereka akan duduk sebentar sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya.(kecuali semasa bacaan tahiyat). Saya tertanya-tanya, sahkah solat itu jika kita terus berdiri tanpa perlu duduk sebentar selepas sujud. Mohon pencerahan dari pihak tuan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin mencari sedikit pencerahan dari pihak tuan mengenai 2 perkara,iaitu: 1)syarat solat jamak dan cara melakukannya 2)masalah keputihan wanita dan kesannya ke atas solat 1)Terdapat banyak pendapat yang saya baca mengenai solat jamak. Ada yang mengatakan kita boleh melakukannya ketika sampai di destinasi, ada yang membenarkan kita melakukan 3 hari dan ada yang mengatakan kita hanya boleh melakukan solat jamak hanya ketika perjalanan sahaja. Sebagai contoh, apabila saya hendak ke korea, adakah saya masih boleh melakukan solat jamak ketika tiba di sana(selama seminggu tempoh percutian saya)? 2)Saya mempunyai masalah keputihan dan angin yang keluar dari faraj. Apakah yang dimaksudkan dengan keputihan yang membatalkan solat? adakah faraj perlu berada dalam keadaan kering sentiasa? sekiranya basah/lembap dan bukannya mengeluarkan lendir adakah dikira sebagai keputihan dan membatalkan solat? Bagaimana pula dengan angin yang keluar dari faraj? ia bukannya sengaja dan adakah ia dikira sebagai perkara yang membatalkan solat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum saya ingin bertanya satu soalan. dalam bulan asyura, sunat berpuasa pada berapa haribulan dan berapa hari yang sunat berpuasa? Sebab saya berpuasa pada 10 muharam sahaja

message user image

Soalan: AsSalam tuan. Isteri saya didapati positive dengan penyakit kanser, dan dapat pampasan daripada syarikat takaful yang disertainya. Soalan 1: perlukah dia berzakat dan berapa kadarnya? Soalan 2: Jika selepas itu dia memberi sebahagian pampasan itu kepada saya, perlukah saya pun berzakat juga? TQ dan Wassalam.

message user image

Soalan: Ketika saya membasuh kemaluan selepas kencing, air basuhan tersebut jatuh ke lantai dan terkena kaki saya. Apabila saya menjirus air ke kaki kanan misalnya, air basuhan tersebut ( yakni air mutannajis) akan kena pada kaki kiri. Dan apabila saya membasuh kaki kiri, air basuhan tersebut ( yakni air mutannajis) akan kena pada kaki kanan pula dan berterusan sehingga saya penat dan lenguh. Perkara ini membuatkan saya bingung tentang cara hendak bersuci sehinggakan saya mencuci kaki dengan sebelah kaki di dalam tandas dah sebelah kaki lagi (yang telah dibersihkan) diluar tandas bagi mengelakkan kaki yang telah dibersihkan terkena air mutannajis semula. Untuk makluman saya sedang melawan perasaan was-was dan harap dapat menjawab soalan saya. Soalan: Sekiranya najis yg dimaafkan terkena air mutlak, adakah air tu menjadi mutannajis? Soalan: Apakah maksud diam ketika dalam tomakninah? Adakah saya perlu betul2 diam seperti patung lilin atau cukup sekadar diam secara uruf sebelum meneruskan iktidal, sujud dan lain2? Soalan: Sekiranya ketika solat terasa was was atau ragu2 air kencing keluar itu tidak dituntut untuk dilayan seperti kata ustaz azhar idrus, adakah saya juga tidak perlu melayan perasaan tersebut diluar solat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ada kemusykilan berkenaan mendengar khutbah jumaat. Setiap kali jumaat ketika khutbah mesti saya tertidur. Tertidur bukan saya sengaja tapi macam "microsleep". Dah guna cara ubah tempat duduk tetapi tetap tertidur juga. Memang saya dah lawan mengantuk itu tetapi tetap tertidur. Kebiasaan sebelum khutbah dan azan akan ada tazkirah/ceramah pendek oleh ustaz. Ketika itu, memang saya akan rasa segar bugar tetapi masuknya azan kedua saya akan mula mengantuk. Apakah status ibadah saya iaitu mendengar khutbah ini?

message user image

Pertanyaan: PERTANYAAN BERKAITAN SIMPANAN TABUNG HAJI Assalammualaikum Tuan, Merujuk kepada perkara di atas, saya mempunyai satu pertanyaan dan berharap pihak tuan dapat memberikan penjelasan terhadap persoalan saya seperti berikut : Seorang anak berniat hendak membawa ibunya pergi menunaikan Fardhu Haji dan telah membuat potongan ke akaun tabung haji milik ibunya. tetapi hajatnyanya tidak terlaksana dan ibunya telah meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji. Persoalan saya sekarang ialah : 1. Apakah hukum keatas duit simpanan yang telah dibuat oleh anak itu? 2. Simpanan itu perlukah di faraidkan kepada waris-waris yang layak atau anak itu boleh mengambil semula wang simpanan itu ? 3. Bolehkah anak itu meminta semula duit simpanan itu dengan alasan ingin membuat badal Haji untuk Ibunya dan membuat urusan wakaf-wakaf yang lain. 4. Bagaimana pula dengan niat anak yang ingin membawa ibunya pergi menunaikan Fardhu haji itu? Diharap pihak tuan dapat memberikan penjelasan kepada saya dan kerjasama dari pihak tuan sangatlah saya harapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

message user image

Soalan: Imam di Masjid yang saya ikuti setiap hari tidak melakukan tumakninah semasa duduk di antara dua sujud. Dia terus bangun dan saya telah memberi pandangan saya melalui seseorang rakan Arab saya yang mengaji Quranbersama saya telah solat fajar. Saya telah tunjukkan Hadis yang perbuatan dia boleh membatalkan solat rujuk cerita Nabi suruh solat semula tiga kali. Kadang-kadang dia perbaiki dengan tumakninah tapi kadang-kadang waktu Isyak dia terus bangun. Saya tidak sedap hati dan rasa-rasa nya tidak mahu pergi ke Masjid selagi Imam itu tidak memperbetulkan dirinya. Untuk maklumat Imam ini lulusan Alazhar dan dialah guru saya membaca Quran setiap Fajar. Soalannya saya tahu perbuatannya itu salah dan boleh mengakibatkan solat dia dan saya batal saya rasa lebih elok saya solat di rumah saja. Bukan saya tidak mahu pergi ke Masjid. Saya serba salah kalau saya tidak datang ke Masjid nanti dia orang kemana saya hilang lama dan apa saya nak jawabkan. Saya takut hendak jatuhkan maruah dia dan dia guru Quran saya. Tolong beri pencherahan yang seeloknya apa saya patut buat. assalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ada satu soalan berkenaan solat jamak. Saya dan kawan-kawan ingin bercuti di Genting Highland, kami bertolak pukul 12 tengah hari didalam perjalanan kami telah tersesat di Kuala Lumpur dan kami sampai di Genting 10 minit masuknya waktu asar. Soalan saya, adakah dibolehkan solat jamak? Dan apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Assalam, soalan saya 1.definasi anak yatim 2.saya ada adik perempuan yang berumur 30 tahun dan bekerja kilang serta tinggal berasingan. adakah dia dikira anak yatim jika bapa sudah meninggal dan wajib bagi saya untuk membayar zakat fitrah untuknya? 3.sehingga manakah tanggungjawab saya kepadanya dan sampai bila?

message user image

Soalan: Saya mempunyai wudhuk, kemudian saya minum air, apakah saya perlu berkumur untuk hilangkan sisa air kosong tersebut?

message user image

Soalan: Ibadat semasa disihir sehingga gila. Saya ingin bertanya tentang bagaimana amalan saya sewaktu disihir dari segi seksual dan hampir gila. Adakah saya masih diwajibkan solat. Saya masih lagi dibawah pengawasan ubat dan doktor walaupun dibawah separu sedar, masih sakit di bahagian kepala dan beberapa anggota badan yang melibatkan gangguan seksual (disihir dengan kuat )

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya telah diberitahu seorang ustaz bahawa daging babi hanya tidak boleh dimakan tetapi boleh di sentuh tanpa perlu disamak.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin tahu status aurat bakal isteri saya kelak kerana saya mempunyai ayah tiri yang sudah lama berkahwin dengan ibu kandung saya dan dikurniakan 4 orang anak lelaki. Adakah boleh bakal isteri saya bersalaman dengan ayah tiri saya ? Bagaimana status aurat bakal isteri dengan ayah tiri ? adakah sama seperti bapa mertua yang normal ? Mohon pencerahan , Terima Kasih .

message user image

Soalan: Apakah hukum saya membantu mentua dengan membayar hajinya melalui tabung haji dengan niat ingin membantu dan mengharapkan pahala, tetapi tidak memberitahu ibubapa saya perkara ini di khuatiri terasa hati. Untuk makluman tambahan, ibubapa saya adalah dari golongan mampu, tiada yang kurang malah mungkin sedikit mewah.

message user image

Soalan: Boleh kah isteri bagi zakat pada suami yang mengalami masalah kewangan kerana menghadapi isu hutang yang tidak dapat dibayar dan perniagaan yang terpaksa ditutup.

message user image

Soalan: adakah sah mandi wajib jika terdapat bekas spray anti-perspirant pada badan yang susah tanggal?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah, saya ingin bertanya sahkah wuduk sekiranya terdapat sisa-sisa serbuk kunyit seperti pewarna kunyit kekuningan yang melekat di jari selepas dibasuh dengan sabun? Terima Kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Setelah mencukur dan menimbang rambut bayi. Bolehkah jumlah nilaian wang tersebut diberikan kepada organisasi tertentu seperti Bersamamu (Tv3)? atau, bolehkah selain dari fakir miskin, diberikan kepada orang yang memerlukan seperti orang yang tidak cukup wang untuk perbelanjaan hospital yang merayu di FB?

message user image

Soalan: Hukum bersentuh selepas wuduk(suami isteri)

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya: 1. Setelah mandi hadas besar, Adakah darah haid/nifas yang keluar semasa solat adalah suci atau perlu menunggu sehingga darah habis keluar walau lebih dari tempoh biasa wanita keluar haid/nifas barulah mandi hadas dan melaksanakan ibadah solat? Saya musykil kerana ini kerap kali berlaku kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Jadi bagaimana ustaz? 2.Apakah hukum bagi qadha' solat yang tertinggal dan tidak terkira harinya? Ada pendapat mengatakan, kita wajib qadha' setelah dikhatan tidak kira lelaki atau perempuan. Ada pula pendapat mengatakan wajib qadha' dari mula mumayyiz sehingga dimana hari yang kita tinggal solat. Jadi bagaimanakah ini? Apa pendapat ustaz?

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Apakah hukum bagi dua orang yang sedang melakukan solat fardhu di ruangan yang sama dan pada waktu yang sama (contoh rumah), dan mereka tidak mengerjakan solat secara berjemaah, khususnya bagi pasangan suami isteri, apakah solat mereka sah?

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya ada sedikit kemusykilan berkaitan hukum Halal dan Haram. Kejadian ini berlaku di pantri di tempat saya bekerja. Soalan saya, apakah hukumnya jika kita memasuki pantri yang telah dibawa masuk makanan yang tidak Halal. Untuk pengetahuan makanan tersebut adalah makanan yang baru di masak di kedai dan dibawa masuk ke pantri yang ada menempatkan makanan Halal yang dibawa pekerja muslim. akan tetapi makanan tidak halal tersebut hanya di letakkan di atas meja didalam pantri tersebut dan makanan Halal yang di bawa terletak di dalam peti sejuk. Adakah pekerja muslim tersebut boleh memasuki bilik pantri tersebut dan seterusnya boleh memakan makanan yang dibawa? Sedangkan bilik pantri tersebut telah ada bau masakan yang tidak halal. apakah hukum nya?

message user image

Soalan: Saya mengalami was-was teruk. Saya rasa najis hukmi sudah berpindah seluruh rumah. Saya mengalami depresi teruk. Bermula bila saya ke pasar, tangan saya terkena air darah ikan & ayam dan tidak ada tempat basuh tangan. Saya biarkan tangan kering tetapi masa memandu saya rasa tangan saya berpeluh. Jadi saya rasa najis sudah berpindah ke stereng kereta yang saya pegang. Kemudian bila abang saya memandu kereta yang sama, tangan beliau basah / berminyak memegang stereng, saya sudah memikirkan najis berpindah ke tangan beliau dan setiap apa yang beliau pegang, lama-lama merebak ke seluruh. Minta bantuan untuk perbetulkan pemikiran was-was saya berkaitan najis hukmi yang berpindah randah ini. Sangat-sangat memerlukan bantuan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. saya mengalami perasaan was-was yang sangat kronik ketika ingin mengambil wudhu, solat dan mandi hadas. Saya ingin bertanya, saya telah mandi hadas. setelah saya yakin air sudah rata, ketika saya sedang menyabun anggota badan, terlintas di fikiran saya "aku malas lah nak angkat hadas besar." Tetapi saya bukan sengaja ingin rasa begitu. Saya telah betulkan semula dengan berkata "aku malas nak angkat benda berat-berat." Adakah mandi hadas saya terbatal saya cakap begitu? Perlukah saya ulang mandi hadas saya? Saya betul-betul rasa tidak tenang. Tetapi saya tetap solat juga.

message user image

Soalan: Bolehkah solat jamak takhir dilakukan di rumah. Contoh saya menaiki kapal terbang sebelum masuk waktu maghrib dan tiba di destinasi selepas habis waktu maghrib. Solat jamak takhir dibuat di rumah

message user image

Soalan: As salam ustaz / ustazah, saya menaiki kereta dan melalui jalan yang ada bangkai anjing yang baru lepas kemalangan, di kiri kanan kereta terdapat serpihan bangkai yang hancur, persoalannya, sudah pastilah roda kereta saya melalui jalan tersebut bagaimana pun saya tidak pasti samada ada percikan ke badan kereta saya, jika saya keluar dari kereta tersebut, dan seluar saya terkena bahagian bawah kereta, perlukah saya samak pakaian saya ? saya tidak pasti ada terkena najis anjing tersebut atau tidak. minta penjelasan.. terima kasih

message user image

Soalan: bernazar tidak aktifkan akaun facebook selepas berkahwin, kemudian selepas setahun lebih berkahwin, suami minta untuk aktifkan semula akaun facebook, bagaimana ustaz adakah saya boleh ikut permintaan suami atau abaikan sahaja?

message user image

Soalan: BAYARAN ZAKAT: Sebahagian zakat saya, diberi terus kepada penerima yang layak terima zakat manakala sebagian lagi kepada pihak majlis agama islam tempatan. Baru-baru ini saya dengar dari seorang ustaz di you tube yang mengatakan jika sesebuah negara itu ada amir memungut zakat maka sesiapa yang beri terus zakat berkenaan kepada orang perseorangan walaupun orang itu layak terima zakat, hukumnya adalah berdosa tetapi pemberian zakat itu sah disisi islam. Adakah hujah ustaz itu benar? Sila beri pencerahan kepada saya.

message user image

Soalan: Hukum Menindik Hidung

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apa hukum tidak bantu keluarga yang susah kerana tidak mahu bekerja kerana malas. Mempunyai kesihatan dan kekuatan yang baik. Duit memang diberikan tetapi makin malas dan sekarang hanya harap kan ahli keluarga bagi duit sepenuhnya. Duit digunakan bukan sahaja untuk keperluan asas tetapi rokok, astro dll. Terima kasih.

message user image

Soalan: Jika kita ragu atau tidak tahu jika tangan seseorang yang kita yang bernajis, adakah ianya basah atau kering apabila menyentuh barang yang suci, wajibkah kita menyucikan barang yang disentuh? Juga apakah hukumnya jika kita tahu sesuatu benda itu najis tetapi tidak tahu di bahagian mana, adakah seluruhnya dianggap bernajis atau ambil kepada keyakinan?

message user image

Soalan: Saya mengikuti rombongan sekolah. kami telah berhenti di masjid untuk mandi dan solat. Bolehkah saya sebagai wanita yang dalam keadaan haid menggunakan tandas masjid untuk mandi dan membersihkan diri?

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum Ustaz. Saya ingin bertanya mengenai hukum sama ada sah atau pun tidak solat saya sekiranya:- 1. Jerawat pecah tanpa disengajakan ketika solat. 2. Jerawat terpecah ketika mengambil wuduk, dan sukar untuk saya menghentikan darah tersebut, dan akhirnya saya terus mengambil wuduk dan solat, walaupun darah tidak berhenti sepenuhnya. 3. Jerawat sengaja dipecahkan dan darah sukar diberhentikan, dan waktu solat hampir tamat, maka saya pun terus ambil wuduk dan solat dengan melekatkan tisu di tempat jerawat pecah tersebut. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Semasa menunaikan umrah, abang saya telah menarik seutas benang daripada kiswah kaabah dan membawa pulang ke Malaysia. Dia menyimpan benang tersebut di dalam dompet beliau. Apakah hukum menarik benang kiswah dan membawa pulang benang tersebut? Jika perkara tersebut haram, bagaimanakah cara memulangkan benang tersebut?

message user image

Assalamualaikum tuan, untuk makluman saya telah diberitahu oleh seorang ustaz semasa pengajian Al-Quran bahawa mandi junub tidak sah jika tidak mengambil wuduk terlebih dahulu dan ianya memberi kesan ke atas ibadat-ibadat lain yang dilaksanakan juga menjadi tidak sah. Harap tuan sudi memberi jawapan, supaya saya dan rakan-rakan sepengajian lebih faham tentang permasaalahan tersebut. Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya, adakah jatuh haram sekiranya seseorang yang melaungkan azan tetapi sebutan makhraj nya salah dan dia tidak pernah belajar. Contoh kalimah Allahuakbar itu dipanjangkan baarrrrrrr nya, dan kalimah haiyalassolahhhh tetapi dia menyebut haiyaalassolaaaa (hilangnya huruh ha).. dan lagi satu pertanyaan, adakah halal ayam yang disembelih dengan rukun yang betul tetapi sesudah disembelih, ayam itu dicampakkan dalam 1 bekas yang kecil dan menyebabkan ayam itu mati kerana lemas dan ada ayam selepas disembelih terus dicampak kedalam bekas yang mengandungi air panas untuk membuang bulu,sedangkan ayam itu belum benar benar mati dan akan menyebabkan ayam itu mati kerana lemas dalam air panas,adakah ia bertentangan dengan matan hadis yang menyebut apabila haiwan disembelih, berilah ia ruang yang luas untuk dia berehat.Harap dapat penjelasan

message user image

Soalan: saya ingin bertanya, adakah solat sunat saya diterima sepenuhnya/didengar oleh tuhan jika sekiranya solat 5 waktu saya masih ada yang kurang? saya sedang cuba membaiki diri untuk cukupkan solat 5 waktu dan buat solat hajat, tahajud di waktu malam, akan tetapi saya selalu merasa was-was kerana solat 5 waktu saya pun kadang-kadang tidak mencukupi. Mohon bantu saya dengan jawapan yang padat dan ringkas dan mudah difahami. terima kasih

message user image

Soalan: Apakah taraf hubungan anak lelaki tiri dengan ibu tiri. Apakah terbatal air sembahyang ibu tiri jika menyentuh anak tiri lelaki?

message user image

Soalan: Ustaz, saya mempunyai masalah overthinking. Saya selalu terlebih fikir tentang sesuatu perkara selalunya hal-hal agama sehingga mengganggu urusan harian saya. Apa yang perlu saya lakukan?

message user image

Soalan: Ibu saya mop rumah yang saya tahu lantainya bernajis hukmi. Ada benda terjatuh ke lantai lalu di mengambilnya. Jadi tangannya bernajis hukmi. Saya tahu dan yakin selepas itu dia akan mencuci mop dan air akan mengalir dan cuci tanggannya juga. Selepas mop dia mandi. Tetapi saya tidak pasti jika dia menyentuh paip air sebelum mencuci tangan yang bernajis dan selepas mencuci menyentuh paip air yang bernajis hukmi semula. Menyebabkan tangannya kembali bernajis. Sekarang ini saya was was yang segala yang dia pegang adalah bernajis. Adakah pendapat saya bahawa segala yang di sentuh bernajis betul? Apa yang harus saya lakukan?

message user image

Soalan: Adakah dilarang perbuatan meminta jemaah umrah arau haji menyampaikan salam pada Rasullah S.A.W.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Soalan saya, Saya suka kumpul action figure atau mainan seperti robot, dragon ball & sebagainya. Cuma saya ingin lebih jelas mengenai simpan barang-barang seperti ini dalam rumah. Sebab ada saya dengar Malaikat tidak masuk rumah, seolah-olah "berhala". apa hukum saya simpan & kumpul koleksi tersebut sebagai hobi & minat.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah terima fadilat yang dilakukan bagi orang yang pergi solat jumaat dan perjalanan dari rumahnya ke masjid jauh lalu dia tengok khutbah secara langsung di media sosial (dalam kenderaan) lalu dia sampai masjid dan terus menunaikan solat jumaat. adakah diterima fadilat amalnya(pahala) seperti ia duduk mendengar khutbah di masjid...?

message user image

Soalan: Seorang hamba Allah ni, dia kerja offshore, atas kapal. Dia terpegang berus bulu babi, dan tidak ada tanah di atas kapal untuk samak. Apa alternatif lain yang boleh digunakan selain tanah untuk kegunaan samak?

message user image

Soalan: Saya selalu berangan-angan untuk mendapat anugerah cemerlang perkhidmatan. Dalam keadaan bergurau, saya pernah menyatakan bahawa sekiranya saya dapat anugerah tersebut, saya terpaksa bagi kepada rakan saya kerana dia seorang yang sangat rajin. Rezeki menyebelahi saya, saya dapat anugerah tersebut dan wang tunai seribu ringgit sahaja. Saya telah menderma wang tersebut, dan masih ada rm100, perlu kah saya memberikan kepada rakan rm100 tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum seseorang itu membuat rawatan sulam bedak. terima kasih.

message user image

Saya ingin bertanya, adakah najis sedikit/najis dimaafkan dianggap suci? Adakah kenajisannya akan berjangkit jika terkena objek lain yang basah/lembab?

message user image

Soalan: Salam.. Soalan saya berkaitan dengan hukum urusan perniagaan perkhidmatan pakej perlancongan. Soalan saya, Apakah hukumnya menjalankan aktiviti melancong/ziarah ke luar negara yang dibuat sendiri (tidak didaftarkan perniagaan) dengan menganjurkan trip tertentu dengan cara mengumpul, mengiklan kepada kenalan, sahabat handai dsb.. Proses mencari peserta dibuat dengan mengiklankan atas nama kumpulan sendiri. Kemudian setelah dapat mengumpul beberapa peserta, beliau baru mencari agen tertentu bagi menguruskan trip beliau. Persoalannya, Beliau menguruskan trip ini atas nama team sendiri dan tidak memaklumlan nama agen mahupun kos sebenar yang dikenakan. Persoalannya, Apakah ini dibenarlan dan hukumnya hasil yang diperolehi atas perbezaan kos tersebut. Soalan yang ke 2, adakah menjadi kewajipan beliau perlu memaklumkan kepada peserta nama agen serta kos yang beliau tanggung memandangkan beliau mengatakan trip ini adalah trip yang diuruskan oleh beliau sendiri dan pihak peserta sedia maklum berkaitan tersebut dan peserta pun tidak pernah bertanya berkaitan nama agen yang dipilih dan mereka juga sedia maklum bahawa beliau sendiri yang menentukan agen mana yang akan diambil. Mohon penjelasan daripada pihak tuan..

message user image

Soalan: Adakah terdapat zikir khusus mengikut hari?. Umpama hari isnin, selasa dan sebagainya?

message user image

Soalan: Bolehkah kita selalu kata “Allah sudah tarik nikmat”? Sebagai contoh, dulu kita suka makan pedas tapi sekarang kita sudah tidak tahan pedas, lalu kita kata Allah sudah tarik nikmat makan pedas aku. Bolehkah selalu kata begitu dalam setiap hal yang kita sudah tidak mampu lakukan?

message user image

Soalan: Saya mengalami kecelaruan minda yang menyebabkan terbatasnya beribadat kepada Allah kerana dalam fikiran ada perkara yang tidak sepatutnya difikiran seolah-olah seperti ada hasutan syaitan. Masalah ini menyebabkan saya mengambil langkah untuk sentiasa syahadah supaya sentiasa ingat Allah. Dengan itu, adakah cara yang terbaik untuk hilangkan masalah kecelaruan minda?

message user image

Soalan: Hukum memakai pakaian nipis tetapi tidak menampakkan kulit untuk buat solat?

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya ingin mendapatkan penjelasan berikut : 1. Apakah hukum aurat antara perempuan Islam dan perempuan kafir? 2. Apakah hukum sekiranya perempuan Islam dan lelaki tidak kira agama bersentuhan dgn lapik tanpa nafsu? Contohnya: lelaki dan perempuan bersalaman dengan memakai sarung tangan atau lelaki dan perempuan berpelukan tanpa terkena kulit dan tanpa bernafsu. 3. Adakah dibolehkan menulis ayat zikir pada tangan contohnya Astaghfirullahaladzim dengan tujuan untuk selalu melihat zikir tersebut, dan secara automatik, membacanya di dalam hati memaksa diri untuk tujuan mendekatkan diri dengan Allah SWT. 4. Merujuk kepada soalan 3, apakah hukum solat dengan dakwat pen tersebut di lengan atau tapak tangan. Adakah perlu dibersihkan atau tidak. 5. Sekiranya perlu dibersihkan, bagaimana hukumnya sekiranya masih terdapat sisa dakwat tersebut di tangan ketika solat.

message user image

Soalan: assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai kafarah untuk nazar dan sumpah. Suami saya telah meninggal dunia namun arwah ada mempunyai nazar puasa yang belum ditunaikan. oleh itu , bagaimana cara pengiraan kafarah untuk nazar beliau? soalan kedua, suami saya juga pernah melanggar sumpah berkali kali. jadi bagaimana cara pengiraan membayar sumpah kafarah arwah yang dilanggar berkali-kali

message user image

Soalan: Adakah batal wuduknya kalau kita berbaring iaitu terlentang dengan adanya pergerakan punggung?

message user image

Soalan: saya mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan. Disamping itu saya ada seorang ibu dan 2 adik lelaki dan 2 adik perempuan. bagaimana pembahagian harta berdasarkan faraid. TQ

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Saya ada soalan mengenai solat jumaat. Saya terlupa akan hari ini hari jumaat dan sangka kan hari khamis, jadi saya tidak pergi untuk solat di masjid. ini kali pertama saya tinggal solat jumaat dalam keadaan sedar. Selain dari solat zohor seperti biasa, apa yang saya perlu lakukan? kerana saya tahu tinggalkan solat jumaat dengan sengaja adalah satu dosa besar.

message user image

Soalan: Saya mempunyai seorang kawan yang tidak solat. Saya telah mengajaknya solat secara baik, menghantar risalah mengenai solat, kebaikan menunaikan solat, dosa jika meninggalkan solat tetapi masih tidak dapat mengajaknya menunaikan solat. Apakah cara terbaik untuk mengajak seseorang menunaikan solat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt, Saya akan bersanding tidak lama lagi. Dijadualkan untuk masa bersanding bermula 1pm. Setelah ditanya pihak perunding majlis,kebanyakan semua terutama pengantin akan qada' solat zuhur disebabkan faktor masa dan solekan. Masa bersanding memang tidak dapat di ubah kerana ini sudah termaktub dalam wedding planner. Jadi adakah kami (pengantin dan mereka yang berlibat di sebelah pengantin) boleh melakukan solat Jamak Takhir / cara penyelesaian masalah solat keadaan kami ini. Saya rasa ini berlaku juga dengan semua pengantin yang lain. Terima Kasih

message user image

Saya ada kemusykilan. Apakah hukum mentadabbur ayat alquran dengan orang yang tiada ilmu yang bertauliah dalam bidang Alquran atau bahasa arab? Adakah kita dibenarkan mentadabbur ayat-ayat yang jelas maksudnya..

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya telah melancong ke luar negara dan setelah ingin makan tengah hari, saya telah pergi ke sebuah kedai yang 'Muslim-Friendly' untuk makan. Disebabkan saya ingat bahawa kedai tersebut 'Muslim- Friendly' saya ingat mereka tidak menjual daging khinzir. Saya ingin mengambil makanan dan kedai tersebut jenis 'buffet'. Saya mengambil sudu untuk mengambil makanan dan terbaca notis dekat makanan tersebut yang mengatakan bahawa makanan tersebut dimasak dengan minyak khinzir. Saya cepat-cepat letakkan sudu tersebut balik dan makan makanan yang lain. Saya sedang waswas kerana saya tidak pasti terdapat kesan bau minyak dekat tangan saya atau tidak selepas menyentuh sudu tersebut. Tidak terdapat kesan minyak di tangan saya tetapi saya tidak semak jika tangan saya berbau berminyak atau tidak. Adakah saya perlu samak barang-barang yang saya telah sentuh selepas menyentuh sudu tersebut? Dan adakah saya dimaafkan kerana tidak pasti dan tidak semak jika ada najis bau minyak khinzir di tangan saya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti, Saya berharap Tuan berada dalam keadaan sihat hendaknya. Saya mohon dirahsiakan tentang diri saya ini. Tuan boleh panggil saya Huda. Saya ada beberapa kemusykilan yang ingin ditanya kepada Tuan. Saya pernah melakukan hubungan seks bersama suami ketika belajar bersama sama di luar negara dan ianya dalam bulan Ramadhan. Kami berdua pada ketika itu sememangnya jahil tentang Kaffarah tertib ini sehingga rakan sekelas yang memberitahu. Saya pun terus mencari di internet untuk lebih lanjut tetapi masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diperolehi. Jadinya saya mengambil keputusan untuk menghantar emel. Saya dan suami melakukan persetubuhan pada bulan Ramadhan 2017 selama sehari. Saya faham ada 3 cara untuk mebayar Kaffarah: 1) membebaskan hamba 2) berpuasa 2 bulan berturut-turut 3) memberi makan kepada fakir miskin Cumanya saya ada beberapa kemusykilan: 1) bagaimana seorang perempuan itu ingin mengira tempoh 2 bulan puasanya itu sekiranya mereka didatangi haid ? 2) saya melakukan persetubuhan itu pada 2017 dan sekarang sudah 2019. Adakah saya perlu menggandakan Kaffarah yang perlu diganti ? 3) adakah saya masih perlu mengganti puasa qada'? 4) saya rasa saya tidak mampu untuk berpuasa selama 2 bulan tetapi bukan atas dasar tua atau sakit. saya tahu salah saya tapi saya rasa saya memang tak boleh untuk puasa 2 bulan. saya tahu sebenarnya tak mustahil untuk paksa diri berpuasa 2 bulan. Lagipun kami memang bersalah. Tetapi kami mengambil kira tentang perkara lain seperti kerja/ keluarga yang bertanya. jadi boleh ke saya memilih untuk memberi makan kepada fakir miskin ? 5) adakah harga memberi makan 60 orang fakir miskin di kira mengikut negara yang kita lakukan persetubuhan itu ? 6) kami sememangnya taktahu langsung tentang Kaffarah ini. Jadi apakah hukum nya buat kami?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya agak was-was hal berkenaan najis, jadi ingin bertanya soalan berkaitan perkara tersebut. 1. Ketika membuang air kecil, saya mendapati terdapat banyak air yang terpercik di kawasan kemaluan dan kadangkala mangkuk tandas(tandas duduk). Adakah air terserbut dikira najis? 2. Merujuk kepada soalan 1, jika tidak pasti percikan air itu adalah percikan air yang mengandungi najis(air basuhan pertama) atau tidak(air basuhan yang najis sudah hilang), jika saya menyentuhnya adakah dikira najis? Jika saya membasuh kawasan tersebut adakah air yang mengalir dari kawasan tersebut dikira najis jika terpercik ke pakaian atau badan? 3. Ketika saya membasuh lantai tandas atau tangan yang terkena air basuhan najis, kadangkala air tersebut terpercik kepada saya, adakah air itu najis? 4. Jika saya mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tanpa berhenti(tidak memadamkan pili air), dan air itu terpercik kepada saya, adakah ia najis? 5. Ketika membasuh pakaian yang terkena najis, sudah pasti akan ada air yang terpercik ( air yang mengalir dari baju itu sebelum atau selepas diperah) ke arah saya, adakah air itu najis? Perlukah saya membasuh bahagian badan atau baju saya? 6. Ketika membasuh selipar yang terkena najis, air basuhan itu terkena kasut atau selipar lain, perlukah kasut dan selipar lain itu dibasuh? Saya mempunyai soalan yang berkaitan solat. 7. Saya cuba melawan sifat was-was ketika solat seperti membaca al-fatihah atau tahiyat(bacaan wajib) berulang kali. Saya membaca berulang kali kerana khuatir salah sebutan yang menukar maksud bacaan atau saya takut tidak membaca ayat tersebut. Contoh : saya membaca ayat 5 surah alfatihah dan terlintas sama ada saya sudah baca ayat 2 atau belum. Maka, saya akan menulang surah alfatihah dari awal. Perkara tersebut juga terjadi ketika tahiyat. Saya tidak rasa ini adalah penyakit lupa kerana ketika saya melakukan solat sunat saya tidak mengulang ayat-ayat tersebut. Perkara ini terjadi setiap kali solat wajib atau melakukan perkara yang wajib sahaja. Kadangkala saya mengulangi perbuatan solat saya berulang kali seperti sujud berulang kali kerana khuatir dahi tidak mencecah lantai. atau saya sudah sujud atau belum. Selain itu, ketika saya mandi wajib, saya mengulang niat beberapa kali dan membasuh badan berulang kali kerana lupa dan risau saya tidak membasuhnya lagi

message user image

Soalan: Darah daging Ustaz, apakah hukum: 1. Darah dalam daging lembu 2. Darah lembu dalam atas lantai peti ais 3. Ayah saya letak gelas di atas darah lembu dalam peti ais. Darah itu melekat. Apakah hukumnya? 4. Bagaimana pula kalau darah yang melekat itu tercampur dengan wap air yang telah terkondensasi.?

message user image

Soalan: Boleh ustaz berikan susunan sebutan yang terbaik didalam doa. Cth diri sendiri, pasangan, ibu bapa, keluarga..

message user image

Soalan: Ustaz Ibu saya membasuh pakaian yang terkena najis dengan pakaian lain dalam satu besen. Saya takut terkena najis pada tempat lain Contohnya dalam baldi air atau pakaian ibu saya. Mesti sewaktu membasuh ibu saya menggunakan air dari baldi? Tidak bercampurkah. Saya tidak pasti

message user image

Soalan: Assalamualaikum WBT, Tuan Mufti, saya ingin bertanyakan satu soalan seperti situasi berikut :- Pada satu waktu solat Magrib yang ditunaikan berjemaah berjemaah, imam maghrib tersebut menunaikan solat maghrib bersama 4 orang makmum. Kemudian, pada rakaat ketiga, imam menyedari bahawa beliau tidak mempunyai wuduk dan terus keluar dari jemaah. Seterusnya, ada satu makmum kehadapan untuk mengantikan imam tersebut dan meneruskan solat. Adakah solat jemaah itu sah? sekiranya tidak sah, apa yang perlu dilakukan.Terima kasih diatas segala pertolongan.JZKK.

message user image

Pertanyaan: Assalamualaikum, saya sekarang berada di luar negeri dimana bila buang air besar kita pakai kertas tisu sahaja. Bila sampai kerumah masuk waktu Isyak saya terus pergi ke Masjid. Pagi esoknya baru saya teringat yang saya belum lagi basuh dengan air. Sah atau batal solat solat yang saya lakukan sebelum teringat. Bukankah wuduk itu mensucikan fungsinya. Harap dapat panduan. Wassallam

message user image

Soalan: Assalamualaikum Apa hukum seorang perempuan atau ibu mengajar anak mengaji Al Quran sedangkan pada masa yang sama ibu tersebut sedang haid. Tetapi ibu tidak memegang Al Quran. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Datuk Mufti. saya berhasrat menarik umat Islam membudayakan Sunnah Rasullullah dengan membakar bakhoor yang di perbuat dari kayu dan pati minyak gaharu/oudh. mohon pencerahan dari segi hukum dan hadith. supaya saya dapat memberi maklumat yang tepat kepada pengguna. Sekian.terima kasih. Wassalam

message user image

Soalan: Hukum anak mendoakan agar bapa mati cepat kerana bapa tidak melaksanakan tugas (beri nafkah) dan menyakiti ibu dan anak

message user image

Soalan: Assalamualaikum, hamba ingin bertanya adakah doa sujud terakhir boleh di buat dalam setiap sujud terakhir solat contohnya solat wajib atau solat sunat yang lain. Sebab hamba selalu berdoa sujud terakhir tahajjud dalam solat-solat yang lain seperti solat fardhu atau solat sunat yang lain. Selepas itu bolehkah berikan bacaan kaifiyah tahlil yang jelas kerana hamba suka membaca ini setiap kali selepas solat subuh dan selepas solat isyak iaitu kaifiyah tahlil sebelum baca al-fatihah dan yaasiin. Sekian terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan, Adakah saya boleh membaca surah-surah yang sudah dihafaz sekiranya dalam haid? Surah ini memang sudah menjadi amalan iaitu surah al-mulk. Saya mendapat tahu bahawa, ayat-ayat mathurat boleh dibaca ketika haid & diniatkan sebagai zikir. Bagaimana pula dengan surah al-mulk tadi? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Apakah dibolehkan mengutip derma melalui tabung bergerak seperti anak yang membawa uncang tabung di hadapan jemaah solat jumaat ketika khutbah sedang berlangsung?

message user image

Soalan: Bolehkah saya niat korban untuk arwah bapa dan ibu saya secara giliran setiap tahun?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang hadis. Bila kita mendengar sesuatu hadis dan kita tidak pernah mendengarnya sebelum ini, ia juga pelik bagi kita, ia bukan dari ustaz-ustaz, namun sekadar contoh dari facebook atau blog. Apakah kita perlu mempercayainya atau apakah tindakan yang perlu kita ambil? Jika tolak hadis nabi, kita akan rosak akidah tetapi jika ia hadis palsu bagaimana pula nasib kita jika mempercayainya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada keraguan mengenai najis mughallazah. Jika tangan seseorang sudah terkena air liur anjing, kemudian hanya membasuhnya dengan pasir dan air laut sahaja. Setelah kering, jika tangan telah basah semula dan masih belum disertu, adakah najisnya akan berpindah ketempat lain jika disentuh walaupun fizikal najis itu telah hilang? saya ragu-ragu terhadap hal ini dan merasakan najis telah merebak merata tempat.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. saya ada kemusykilan tentang amalan bacaan yasin 7 mubin. adakah ia dibolehkan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, apakah hukum menunaikan umrah/haji menggunakan dividen asb? terima kasih

message user image

Soalan: adakah hadis yang mengatakan bahawa apabila iqamat di kumandangkan maka setelah sebutan "قد قامت الصلاة" barulah kita berdiri. sebab waktu itu lah amalan kita di angkat. mohon pencerahan.

message user image

Soalan: Soalan saya berkenaan solat jamak qasar. soalannya ialah saya tinggal di klang dan kampung saya di pahang. kalau ikut perkiraan sudah melebihi 2 marhalah. semasa saya niat musafir saya pergi bekerja dahulu dan tempat bekerja saya diluar kawasan qariah saya dan selepas waktu bekerja saya terus pulang kekampung. bolehkah saya sembahyang jamak qasar ditempat kerja saya?

message user image

Soalan: Apa hukum pakai kuku palsu dan hukum mewarnakan kuku? Saya hanya memakai kuku palsu ketika saya haid, bagi mengelakkan pengambilan wudhuk yang tidak sempurna akibat gam daripada kuku. Jadi, apakah boleh memakai kuku palsu?

message user image

Soalan: Adakah sah solat jika baca alfatihah dengan suara bisikan yang boleh didengari tanpa menggunakan suara sebenar? hanya dengan suara bisikan. Adakah wajib bacaan pada rukun fi'li dibaca hingga terdengar di telinga seperti rukuk, iktidal dan sujud? Apakah hukum salah baca pada bacaan rukuk, iktidal dan sebagainya(rukun fi'li)?

message user image

Soalan: Bagaimana cara mandi hadas besar jika badan terdapat luka kesan pembedahan.

message user image

Soalan: Assalam ustaz, boleh kah balut luka pada jari kena pisau darah tidak berhenti. apabila hendak ambil air sembahyang, perlukah tukar balut selalu atau lalukan sahaja air sembahyang di atas pembalut itu sahaja?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ingin bertanya hal puasa hajat. Ada hajat yang saya ingini, dan saya mahu lakukan puasa hajat selain solat hajat. Persoalannya, wujud ke puasa sedemikian? Sebabnya setelah saya google, ada yang mengatakan puasa seperti itu tidak wujud. Ada pihak kata boleh dilakukan. Sekiranya ada, saya mahu buat puasa hajat untuk 40 hari terus. Dan 40 hari boleh dialakukan selang seli atau haruslah berterusan kerana agak sukar untuk perempuan lakukan secara berterusan. Terima kasih assalamualaikum

message user image

Soalan: Assalam. Saya adalah pesakit yg menerima rawatan dialisis. Setiap rawatan saya akan terlepas Zuhur kerana sedang dirawat. Adakah saya boleh qada solat pada Waktu Asar? Lagi satu penampal luka tersebut tidak boleh dibuka pada waktu tersebut. Bagaimana cara berwuduk?

message user image

Soalan: hukum mengenai suami keluar air mani bila teringat kekasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu soalan berkaitan alcohol-free beer dan wine. Saya sedang belajar di luar negara dan saya ada seorang rakan muslim yang minum beer or wine yang dibawah kategori alcohol-free or alcohol removed or less than 0.5% alcohol. dia sudah membuat kajian berkaitan minuman tersebut dalam konteks islam dengan alasan kandungan alkohol tidak memabukkan dan jumlah peratus tersebut boleh terdapat dalam semua minuman berbuah atau minuman berkarbonet or minuman bergas. Mohon minta penjelasan ustaz yang sebenar ya? Terima kasih dan semoga Allah sentiasa merahmati ustaz sekeluarga dan rakyat malaysia

message user image

Soalan: 1) Bacaan tasyahud awal kena baca setakat syahadah ataupun selawat nabi mengikut yang sahih? 2)Apakah maksud meringankan solat sunat? Adakah tidak perlu membaca surah ataupun tasyahud akhir setakat selawat nabi dan keluarganya sahaja dan tidak perlu membaca selawat ibrahim? Mohon pencerahan

message user image

Soalan: 1.Saya menjadi makmum suami. Soalan saya, Bolehkah di akhir solat fardhu, saya yang membaca doa selesai solat? .

message user image

Soalan: boleh kah ayat berbeza dari surah berbeza di gabungkan? Contoh, ayat 1 surah al ikhlas kemudian ayat 5 surah al-fatihah dan seterusnya ayat lain dari surah lain

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Kawan saya yg tinggal di Sweeden ada kemusykilan berkenaan dgn solat. Waktu zohor, asar dan Maghrib di sweeden adalah sangat dekat iaitu zohor jam 12.00, asar 1.25 petang dan Maghrib jam 3.30 ptg. Waktu tu adalah waktu dia sedang bekerja. Masalahnya ialah bagaimana dia nk tunaikan solat zohor, asar dan Maghrib tu dlm keadaan Sweeden yg tak benarkan org Islam tuk solat secara terbuka dan sgt rigid tentang masa. Boleh ke kalau dia jamak solat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan. Saya ada membaca bahawa jodoh itu merupakan takdir. Tapi ada juga yang mengatakan takdir itu boleh diubah dengan doa. Jadi apakah salah kalau kita berdoa kepada Allah supaya dijodohkan dengan orang tertentu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, beberapa hari yg lepas saya ad terpijak najis dn saya bawa masuk najis dlm kereta saya tanpa saya sedari, saya ada syak pasal najis tu. Di kawasan itu banyak anjing dn Kadang2 saya nampak juga kucing, jadi soalan saya adakah saya perlu sertu najis tersebut dn menganggap najis itu najis anjing, dn adakah wajib dibasuh menggunakan tanah,harap dapat jawapan untuk persoalan saya.

message user image

Pertanyaan: Apakah hukum menjual bahagian lembu korban yang telah dihadiahkan oleh kerajaan Negeri

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya datang haid pada 1 Oktober 2019 dan suci dari haid pd 15 Oktober 2019( lumrah saya mengalami haid sehingga 15 hari ),tetapi saya mengalami haid kedua pada 24 Oktober 2019 (dengan darah dan simptom haid seperti biasa). Dan saya mengalami tempoh suci kurang dari 15 hari pd setiap bulan. Saya mohon penjelasan adakah haid kedua saya itu dikira haid atau masih darah penyakit,dan bagaimana saya ingin mengira kitaran haid saya pd setiap bulan.

message user image

Soalan: minta penjelasan mengenai selawat Nabi SAW spt berikut: اللهم صلّ على محمد وعلى آله محمد tukar ali Muhammad kpd alihi Muhammad

message user image

Soalan: Saya menjaga bangunanan. Masalah saya bacaan alquran dan azan radio atau rakaman akan terdengar kedalam ruang tandas sekali. Adakah berdosa membiarkanya atau menghentikan untuk menjaga kesucian bacaaan tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah. Soalan saya ada dua: 1) Sekiranya perempuan islam itu ada wuduk, maka ia akan terbatal sekiranya bersalaman dengan perempuan bukan islam.? Sekiranya batal maka.. 2) Boleh ke perempuan islam bersalaman dengan perempuan bukan islam dengan niat untuk menjaga hubungan keharmonian sepertimana islam menggalakkan keharmonian antara berlainan agama.? Saya sedia maklum perihal aurat antara mereka dimana aurat mereka adalah satu badan kecuali muka, pergelangan tangan dan kaki. Cuma saya ingin bertanya untuk mengurangkan mengelirukan didalam fikiran.

message user image

Soalan: Bolehkah wang syubhah digunakan untuk mengerjakan umrah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum,Saya ingin buat pertanyaan tentang Menyimpan anak patung di bahagian atas kamar dalam keadaan seperti mempamerkan dalam jumlah yang banyak . Apakah hukumnya ? Sekian Terima Kasih

message user image

Pertanyaan: Assalamualaikum w.b.t. Apakah yang dimaksudkan dengan wakaf zurri ? adakah ia sangat relevan untuk masyarakat di Malaysia ? manakah yang lebih memberi manfaat sama ada ahli keluarga masyarakat ( fakir miskin ) yang lebih memerlukan ?. Terima kasih

message user image

Soalan: bolehkan pergi umrah dgn perbelanjaan (pakej) berhutang dgn kawan sy sendiri? perbelanjaan umrah sy akan ditanggung oleh syarikat, tetapi perbelanjaan (pakej) isteri sy dipinjamkan dari kawan saya yg memberi pinjaman tanpa apa-apa cas tambahan. saya mahu isteri juga pergi sekali supaya beliau dapat banyak berubah dan dia juga sangat mahu pergi ke umrah.Terima Kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Ini ilmu yang saya peroleh daripada imam dan bilak di masjid tempat tinggal saya. Ketika melaungkan azan, selepas "Allahuakbar Allahuakbar(2X)", bilal perlu melafazkan "Asyhadualla illahaillallah(2X), Asyhaduannamuhammadarrasulullah(2X)" secara perlahan sebelum melaungkan dua kalimah tersebut secara kuat. Saya agak musykil dalam hal ini kerana rata-rata bilal lain di youtube tidak melakukannya. Mohon tuan berikan pencerahan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya sudah mengerjakan umrah dan haji. Mana lebih apdal sy pergi buat umrah dgn belanja 12K atau sy taja org mengerja haji atau umrah?

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum, Soalan saya: Mak saya dlm keadaan lumpuh dari pinggang sampai ke bawah. Tapi boleh duduk seperti biasa. Bergerak hanya menggunakan kerusi roda. Boleh kah kalau saya nak haji kan mak saya dgn cara mengupahkan haji sahaja seperti kita mengupahkan arwah keluarga kita tanpa perlu mak saya pergi ke mekah? Itu sahaja soalan saya. Terima kasih atas jawapan yg akan di berikan.

message user image

Soalan: Assalam, Pihak kami telah membuat kutipan kpd jemaah melalui 'Dana Jariah' sejak awal tahun ini dan telah mencukupi duit berkenaan. Kami juga memohon sumbanga dari swasta dan OCR. Alhamdulillah, pada Oktober lalu, pihak kami mendapat maklum balas dari Tabung Haji yg bersedia menyumbangkan sebuah van jenazah untuk surau kami "Surau Terbaik Negeri Selangor 2018" di kalangan 25 masjid yg disumbangkan itu, Surau Al-Ikhwan iaitu satu2nya surau yg dipilih di seluruh negara. Pertanyaan saya: 1) Bolehkah duit "Dana Jariah" bagi pembelian van jenazah digunakan bagi kegunaan berkaitan khairat seperti pembayaran elaun pemandu van jenazah, baik pulih van dan penyelenggaraan van dll? 2) Apa pandangan Tuan Mufti, adakah dibenarkan dana jariah itu bagi penganjuran kursus2 yang membabitkan kematian spr kursus jenazah dll. 3) Apa pula pandangan mufti? Ada antara penyumbang dana jariah yg berniat untuk pembelian van jenazah, tetapi kami belum membelinya kerana adanya van sumbangan meminta mengembalikan duit dana jariah itu kpd yg empunya, itu kalau berjaya dikesan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt Saya ingin bertanya, adakah boleh bagi seseorang muslim memegang al quran dgn terjemahan tanpa wudhuk? Apakah hukumnya? Al -quran beserta terjemahan yang dimaksudkan adalah al-quran dan terjemahan yang biasa.

message user image

Soalan: Ada pendapat melarang sidai pakaian di dalam bilik mandi atau tandas kerana syaitan akan masuk ke dalam pakaian tersebut dan sekaligus terkena pada sipemakai pakaian tersebut. Adakah benar pendapat tersebut? Mohon pencerahan.Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya pada awal bulan saya mengalami haid (tidak normal dari segi rupa) dan tempoh adalah singkat. warna haid tersebut tidak sama seperti sebelum ini (bercampur dengan keputihan). haid juga tidak banyak . Namun hujung bulan saya mengalami haid (normal seperti biasa ). Apabila saya mengira tempoh suci. Ia tidak sampai tempoh suci 15 hari. Soalan saya 1. adakah haid pertama (tidak normal) dianggap istihadah? 2. Adakah tempoh haid kedua (yang belum sampai tempoh suci(lagi 3 hari genap 15 hari)) dianggap istihadah?

message user image

Soalan: Adakah dibolehkan menggunakan dana masjid iaitu meliputi duit tabung jumaat,duit tabung harian,duit tabung kuliah maghrib dan subuh, derma umum/duit tabung infak kursus haji dan sebagainya yang mana dana dana tersebut digunakan untuk diuruskan jenazah ahli qaryah atau asnaf zakat atau orang yang mengaku tidak ada duit untuk dibayar kepada pihak yang menguruskan jenazah,saya mengharapkan agar persoalan ini diberikan perhatian,kerana terdapat gesaan daripada beberapa ahli qaryah supaya pengurusan jenazah menggunakan dana infaq tersebut untuk meringankan beban ahli keluarga simati

message user image

Soalan: Adakah kita sebagai umat islam perlu mencuci di bahagian dalam lubang kemaluan selepas membuag air kecil...bagi orang lelaki.

message user image

Pertanyaan: Saya ingin bertanya pasal hukum.Apakah hukum meletakan instrumen atau bunyi alat muzik didalam Azan.Atau meletakan laungan Azan didalam lagu yang bukan berunsur keagamaan.Terima Kasih

message user image

Soalan: Apakah hukum memakai bedak muka yang todak berbau dan celak kening ketika dalam ihram

message user image

Soalan: Saya pelajar asrama di Johor. Rumah ibu bapa saya di Selangor. Soalan saya, sekiranya saya pulang ke Selangor kurang dri 3 hari. Adakah saya dibolehkn untuk jamak? Adakah saya dikira sebagai orang yang mempunyai 2 tempat brmastautin walaupun saya jarang pulang ke rumah?

message user image

Soalan: assalammualaikum, saya nak bertanya, saya rasa, saya uzur pada umur 10tahun, dan sekarang saya sudah berumur 27 tahun, saya tidak pernah berpuasa, kalau berpuasa pun saya tidak solat, jadi berapa hari puasa yang saya perlu qada? dan berapa denda fidyah yang dikenakan? kalau dendanye terlalu banyak, boleh ke saya bayar secara ansuran? mohon beri penjelasan pada saya, terima kasih.

message user image

Soalan: Saya inginbertanya, apakah hukum memakan daging sembelihan syiah? Soalan kedua, apakah hukum membaca ratib al-haddad secara berjemaah? Terima kasih

message user image

Soalan: Assalammualaikum ustaz saya skrg berada dlm di lema..sy berkerja di macdonald..kadang2 sy kena jaga kaunter bayaran..sy nk tanya kalau saya tersentuh makanan org cina dalam polistrin mcm mana ye ustaz..bila saya nampak je org cina masuk sambil bawak makanan dalam polistrin saya jadi was2 dan asyik terpikir sahaja walaupun saya tak tahu makanan ape yang dia bawak..sebab saya akan terima duit dari tangan orang cina tu..adakah saya kena samak ye ustaz..ustaz macam mana nak hilangkan penyakit was2 ni ye

message user image

Soalan: Adakah tanah kubur itu dikira sebagai najis yg tidak suci utk dibawa ke solat sekiranya terkena pakaian dsbgnya. Saya dengar dr seorg ustaz bhw tanah kubur itu adalah najis dan perlu dicuci kerana ianya tanah yg dibolak balikkan dari mayat mayat yg terdahulu

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya ada kemusykilan, bolehkah solat jenazah dihalaman rumah beramai-ramai dan memakai kasut ketika solat jenazah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Bolehkah kita menggerakkan tabung masjid ketika tuan khatib membaca khutbah, contohnya khutbah solat jumaat? Mohon penjelasan, sebab ada sesetengah ustaz mengatakan hukumnya haram.

message user image

Soalan: adakah solat saya diterima jikalau ada sedikit keputihan yang melekat pada kemaluan saya tanpa saya sedari?

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya berkenaan sertu 1. Apa hukum sekiranye tersentuh darah babi kering? Perlu sertu ke? 2. Sekiranye tersentuh darah babi kering dan belum sertu.. Dengan tidak senjaga pegang beg. Adakah beg tersebut perlu disertu juga?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Yang saya hormati, Tn Mufti Selangor. Saya ingin bertanya 1 soalan dan saya mohon agar identiti saya dirahsiakan. Saya, Zara, telah mengerjakan umrah buat pertama kalinya. Semasa saei umrah pertama dan umrah sunat, saya telah berhenti seketika untuk minum air zamzam dan selepas itu, meneruskan perjalanan saei tanpa berundur beberapa langkah ke belakang. Selepas selesai umrah, saya teringat bahawa semasa kursus umrah, ustaz Y ada memberitahu untuk undur beberapa langkah ke belakang sebelum meneruskan saei jika berhenti minum air zamzam. Cuma hukumnya saya kurang pasti. Soalan saya, adakah sah, saei & umrah saya tanpa berundur beberapa langkah ke belakang selepas berhenti minum air zamzam ketika melakukan saei? Saya yakin dengan bilangan ulang alik 7kali saei saya cuma sedikit terfikir berkenaan perkara di atas.

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya nak tanya: 1.sah ke kalau niat banyak kali ,contoh niat puasa banyak kali sebb was-was 2.sah kan kalau niat tu kita sebut ikut mulut

message user image

Soalan: Saya ingin membatalkan sumpah. Menurut hukum yg sedia ada, yang pertama harus memberikan 10 orang miskin. Apakah boleh saya membayar dengan wang ke pusat zakat sebagai ganti kepada memberikan makan 10 orang miskin tadi. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada beberapa persoalan.. 1) Adakah zikir dlm hati boleh mendapat pahala? 2) Jika seseorang itu terbayang perkataan 'SUBHANALLAH', tetapi tidak menyebutnya di dlm hati, adakah dikira zikir? 3) Jika seseorang itu terbayang perkataan 'SUBHANALLAH' dan ingin menyebutnya di dalam hati, tetapi cuma dapat menyebut perkataan 'SUBHAN..' di dlm hati, perkataan '..ALLAH' tidak dapat disebut jelas dalam hati, adakah dikira zikir? 4) Adakah zikir boleh menghapuskan dosa? Jika ya, berapa kadar zikir bersamaan dengan kadar dosa yg boleh dihapuskan. 5) Adakah zikir jika disebut perlu disebut dengan tajwid yg betul, baru boleh mendapat pahala? 6) Bagaimanakah cara mandi taubat dan solat sunat taubat yg paling mudah?

message user image

Soalan: Soalan saya sambutan hari natal akan tiba dan pihak pengurusan kali ini meminta tanpa paksaan untuk kami bertukar hadiah sesama pekerja ketika jamuan makan pada hari tersebut. Bolehkah saya berbuat demikian? Adakah perbuatan tersebut seperti merayakan bersama mereka Hari Natal atau sebagai menghormati majikan? Utk pengetahuan ustaz jamuan makan akan diadakan untuk setiap perayaan yg kami sambut bersama2. Terima kasih

message user image

Soalan: Saya bercadang untuk mengerjakan umrah secara DIY. Bagi mengelakkan masalah logistik, kami bercadang untuk memasuki dulu tanah haram dan mengerjakan ibadah biasa dulu di Masjidil Haram dan setelah itu baru kami keluar ke miqat yang berdekatan untuk berihram. Adakah perancangan kami ini dibolehkan dan umrah kami itu sah atau kami perlu membayar dam

message user image

Soalan: Saya ada anak istimewa. Dia ada masalah pembelajaran. Hanya boleh ckp ayah. Abu. Amin. Kakak dan nak ikut itu pun bila ditanya saja. Kalau tidak ditanya dia akan berdiam saja. Berumur 11 tahun. Pertanyaan saya ialah perlukah anak saya ini disunatkan. Terima kasih Ustaz.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tn. Apa yg saya faham jika kita membuat haji Tamataq kita kena membayar dam ketana kita mengerjakan umrah dalam bulan haji. Sebaik saja kita sampai ke Makkah kita akan membuat umrah dan damnya kita telah bayar di Tabung Haji sebelum kita bertolak. Sementara menunggi hari wukuf bolehkah kita mengerjakan umrah lagi?. Jika kita mengerjakan umrah lagi adakah kita kena membayar dam lagi? Sekian Tuan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Tuan/ puan, saya menjalani rawatan hemodialisis dari jam 3.00 petang - 8.00 malam... Bolehkah saya menunaikan solat secara jamak iaitu jamak. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t, Saya menghidap was was yang teruk. Setelah selesai mandi wajib ketika waktu asar saya dapati terdapat bendasing halus(tidak pasti apakah sebenarnya bendasing tersebut) melekat di tapak tangan saya pada waktu maghrib. Soalan saya adakah saya perlu ulangi mandi wajib saya walaupun saya tidak pasti sama ada bendasing halus tersebut melekat sebelum saya mandi atau selepas mandi wajib? Saya rasa berat untuk mengulangi kerana saya mengambil masa lebih kurang sejam untuk selesai mandi wajib.

message user image

Soalan: Saya solat Fajar di Masjid di mana Imamnya kerana dia orang Arab hafiz selalu membaca surah surah panjang. Soalan saya kerana lama sangat menggu bolih tidak semasa Imam membaca surah salepas saya membaca Fatihah saya membaca didalam hati selawat Nabi ? (2) Apa hukumnya kalau membaca Fatihah dua kali sabelum membaca suurah kerana saya tak pasti dah baca sakali ataupun dua kali. Sekian Wassallam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum.saya ingin bertanya.benarkah perbuatan memegang dan mencium kelambu kaabah dikira perbuatan bid'ah? Saya bertanya kerana saya berada di Mekah sekarang. Selepas saya cium kelambu kaabah ada orang mempersoalkan perbuatan saya dan mengatakan ia salah satu perbuatan bid'ah. Saya harap sangat mohon diberi penjelasan agar hati saya tenang. Terima kasih kepada yang menjawab soalan. Semoga Allah merahmati kalian

message user image

Soalan: Saya menetap di Melaka dan bekerja di Kuala Lumpur. Saya berulang alik setiap hari. Maka lebih daripada 2 marhalah. Semasa didalam perjalanan saya melakukan Jamak Qasar. Tetapi di tempat kerja saya melakukan sembahyang yang lengkap. Apabila saya hendak mengerjakan sembahyang maghrib dan isyak, saya kebiasaannya mengambil bas pukul 6.30 petang atau 7 petang daripada Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan untuk ke Melaka. Biasanya saya akan sampai di Stesen Bas Melaka Sentral di antara pukul 8.30 malam atau 9 malam. Saya kurang pasti yang manakah amalan yang lebih afdhal iaitu: 1. Adakah saya boleh mengerjakan solat jamak qasar maghrib dan isyak di dalam bas didalam keadaan duduk di kerusi penumpang dan mengadap kiblat ketika mengangkat takbir, atau 2. Lebih afdhal untuk saya mengerjakan sembahyang masuk waktu untuk maghrib dan isyak apabila masuk waktu masing-masing ketika saya di dalam bas dan kemudian apabila tiba di stesen bas Melaka saya mengerjakan sembahyang maghrib dan isyak yang penuh, atau 3. Lebih afdah saya tunggu di stesen bas TBS sehingga masuk waktu Maghrib dan mengerjakan Jamak Qasar di situ (ini akan menyebabkan saya menunggu sehingga sejam di TBS sebelum menunggu masuk waktu dan kemudian setengah jam lagi untuk mengambil bas) Rumah saya di Melaka adalah didalam mukim yang sama dengan Stesen Bas Sentral Melaka. Jadi di situ saya tak boleh mengerjakan jamak qasar. Tetapi sekiranya rumah saya diluar mukim stesen bas Melaka, maka saya boleh mengerjakan jamak qasar magrib dan isyak selagi saya tidak masuk mukim saya?

message user image

Soalan: Apakah hukum apabila kita melihat maksiat.Era kini bnyk drama yv berunsur maksiat,Apa yg perlu saya buat .Adakah ibadat saya diterima ?

message user image

Soalan: Saya seorang penghuni asrama. Pertaannya, terdapat suatu bekas kotoran terdapat di katil saya yang ditinggalkan oleh pengguna terdahulu. Saya musykil adakah ia najis atau tidak. Baunya juga tidak memberi kepastian sama ada ia najis atau tidak. Apakah yang perlu saya lakukan dan perlukah saya membasuh tilam tersebut?

message user image

Soalan: asslm ustz..maff ya saya terus kepada persoalan.. saya dan suami ada membuat simpanan di dalam acc asb atas nama saya. Walaupun acc itu atas nama saya, namun hasil daripada simpanan itu datangnya daripada sumber gaji suami saya. kiranya saya ni cuma pemilik atas nama sajalah..yg jadi persoalan saya sekarang ni suami saya tak nak keluarkan zakat daripada hasil simpanan kami dalam acc asb tu..huhuhu..dengan alasan bahawa kalau nak di ikutkan kami bukannya kaya mana pun..rumah pun tumpang rumah mak ayah..duit ni semua hasil titik peluh berjimat dan sabar dalam menabung untuk masa depan anak-anak yalah kita pun tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan kan. sediakan payung sebelum hujan..saya faham maksud dia. cumaa..saya rasa x sedap hati..takutt..saya dah pernah suarakan dan nasihatkan suami saya tetapi dia tetap berkeras. jadii..adakah saya berdosa jika saya mengeluarkan zakat tersebut tanpa pengetahuan suami saya..?? terima kasih atas respon yang di berikan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya berkenaan dengan hukum makan makanan perayaan agama lain.Adakah boleh saya makan dengan niat untuk makan dan tidak ingin membazir kerana telah dijemput dan tidak igin kecewaan orang pelewa itu walaupun saya ada pilihan untuk tidak hadir. Dalam kes ini adakah haram saya hadir untuk makan walaupun makanan itu adalah halal.Selain itu, saya juga ingin bertanya berkenaan hukum tukar hadiah. Pada mulanya, Syarikat kami membuat pertukaran hadiah itu untuk menyambut perayaan Christmas. Dimana setiap pekerja akan mendapat cabutan nama penerima hadia h dan harus membeli hadiah mgikuti budget. Adakah ini haram?Kini syarikat kami membuat pertukaran hadiah itu sebagai pemberi penghargaan diantara rakan sekerja dan pemilihan penerima dikawal oleh HR kami. Ianya akan dilakukan pada bulan december. Adakah ini haram walaupun syarikat menyatakan pemberian itu untuk memberi kegembiran pada orang lain dan untuk sambutan perakhiran tahun.

message user image

Soalan: Adakah sah solat orang yang sedang duduk dalam tahayat akhir tetapi orang masih duduk seperti duduk tahayat awal.

message user image

Soalan:Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Saya ada kemusykilan mengenai umrah. Saya pernah mengerjakan umrah pada Februari 2019 dan bercadang untuk mengerjakan umrah sekali lagi pada tahun hadapan. Ketika mengerjakan umrah kali pertama saya membawa kasut dalam uncang setiap kali saya masuk ke masjidil haram sama ada untuk tawaf, saie, ataupun sekadar solat. Pendek kata saya membawa kasut(dalam uncang) ke mana-mana saya pergi sepanjang mengerjakan umrah. Adakah dibolehkan/ sahkah umrah saya kerana saya terlihat video yang menyatakan bahawanya ianya salah dan tidak sah? Namun ada juga artikel yang mengatakan ia dibolehkan. Terima kasih atas pencerahan.

message user image

Soalan: Apa hukumnya pengunaan minyak wangi mengandungi alkohol ketika ibadat ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum , saya dan suami sya telah bertengkar . Saya ketika itu mengugutnya akan membawa anak kami ke pulau pinang tempat kakk saya . Suami saya mengatakan yg saya akan jatuh talak jika pergi ke pulau pinang bersama anak saya sendirian . Pertanyaan saya adakah jatuh talak jika sya pergi ke pulau pinang bersama suami dan anak kerana dia mengatakan yg saya hya akan jatuh talak jika dtg ke sana sendirian ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya? kalau saya dalam perjalanan ke Tempat jauh seperti Johor, tetapi bas bertolak pada waktu Asar kemungkinan saya terlepas menunaikan solat asar&maghrib.Jadi ada tak cara menunaikan solat sewaktu musafir macam soalan saya tadi?

message user image

Soalan: Bolehkah solat qadar solat fardu dan solat hajat dalam waktu haram solat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum! Saya masuk Masjid waktu azan, mana lebih utama, solat sunat tahiyatul masjid atau solat sunat Rawatib atau boleh dilakukan dengan menyatukan 2 niat. Mohon pecerahan. Terimakasih!

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya hendak bertanya, apakah hukum makmum lelaki dan makmun perempuan solat dalam baris yang sama tetapi terdapat penghadang atau dinding pemisah antara makmum lelaki dan permpuan

message user image

Soalan: Aqiqah & Korban Saya mempunyai seorang anak syurga. Bayi perempuan saya meninggal dunia lebih kurang sejam lebih selepas dilahirkan (kini sudah 1 tahun 6 bulan). Pada tahun hadapan, keluarga saya merancang untuk melakukan ibadah korban dan saya bersetuju untuk mengambil 1/7 bahagian. Bolehkah saya niatkan 1/7 bahagian itu utk aqiqah anak saya? Apa hukumnya jika berkongsi bahagian seperti itu? Pada siapakah saya harus sedekahkan makanan/daging tersebut?

message user image

Soalan: saya berpenyakit buasir dan selalu nya dubur dibasah air yang keluar dari dubur,24 jam sehari. dan berhadas sentiasa. Adakah saya diharuskn untuk jamak solat saya

message user image

Soalan: Assalamualaikum..saya ada keraguan..anak saya muntah (jeluak) terkena baju saya..saya membasuh baju tersebut dengan air sahaj tanpa sabun iaiyu dengan menghilangkn mintah tersebut..selepas itu saya memasukkan ke dalam mesin baju untuk dicuci seprti biasa..saya juga meletakkan pakaian yang lain utk dicuci bersama. Selepas siap dicuci saya mendapati masih terdapat bau muntah tersebut sedangkn warna dan rasa sudah tiada..soalan saya adakah baju tersebut dikira sebagai suci? Bagaimana dengan pakaian yang lain dibasuh bersama tadi?

message user image

Soalan: Adakah agihan zakat boleh diberikan kepada lelaki yang baru kehilangan pekerjaan dan menampung 5 orang anak yang masih bersekolah dan seorang isteri. Kehidupan lelaki tersebut sebelum ini mewah semasa masih bekerja tetapi sekarang masih sukar mengikis gaya hidup yang mewah. Adakah zakat boleh diberikan kepada ketua keluarga ini?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, apakah hukum wudhu jika tersentuh bulu kemaluan? Satu lagi, apakah hukum solat jika senyum sehingga keluar bunyi nafas? Itu sahaja soalan saya, terima kasih.

message user image

Soalan: Salam.Gaji saya RM 24000.00 sebulan dan income tax saya sebulan RM4300.00. Jika saya tukarkan semua income tax ke zakat setiap bulan, maka perlu kah lagi saya bayar zakat untuk simpanan ASB saya RM100000.00? kerana jumlah zakat saya dah bayar lebih 2.5%. Mohon pencerahan.

message user image

Soalan: Ada seorg hamba Allah..dia solat duduk atas kerusi...tapi bila sujud tangannya tidak berada sama paras dgn lutut...sebaliknya dilebihkan ke hadapan seperti org biasa sujud atas lantai...betul ke ustaz cara tu

message user image

Soalan: Assalam...saya mahu memberitahu bahawa saya ada masalah.Semasa saya solat asar petang tadi..terlintas dalam hati saya 'sahaja aku membatalkan solat' sebelum salam.Saya berasa itu membatalkan solat tapi saya sangat ragu untuk mengulanginya! Saya berasa tertekan sehingga tertidur.Apabila saya bangun sudah maghrib,saya pun menunaikan solat tetapi perasaan yang sama hadir lagi kerana kejadian itu.saya sangat sukar untuk elak niat batal solat tersebut.tpi saya abaikan dan saya buat keputusan mengulangi solat asar.tetapi ada lagi perasaan itu dan lintasan hati utk membatalkan solat mmang sering terjadi.Soalan saya...adakah itu boleh dibiarkan sahaja?hanya ikut kemampuan sendiri...atau apa?tolong feedback secepat mungkin

message user image

Soalan: Apakah hukum wanita haid memasuki masjid until menghadiri majlis ilmu. Contohnya kursus fardhu haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji yg diadakan di masjid

message user image

Soalan: Assalamualaikum . Isteri saya telah menjalani pembedahan dibahagian perut dan keadaannya perlu dikakukan "dressing" setiap hari dibahagian luka tersebut. Keadaan luka yang sangat besar dan tampalan dari "dressing" yang agar besar agak menyukarkan isteri saya untuk mandi setiap hari. Persoalannya disini ialah isteri saya telah datang haid, bagaimanakah cara yang sebaiknya untuk isteri saya bersuci (Mandi wajib) setelah habis haidnya sewaktu ia dalam kesukaran untuk mandi disebabkan oleh luka yang dialami dan "dressing" yang dibuat oleh pihak hospital.

message user image

Soalan: Bagaimana jika seseorang itu akil baligh pada usia 11 tahun dan pada masa tersebut dia belum belajar mandi wajib dan tidak tahu bahawa tidak boleh solat dalam keadaan berhadas besar. Lalu pada usia 13 tahun, barulah dia belajar mengenai mandi wajib dan mengetahui jika tidak mandi wajib maka solat tidak sah. Adakah solat dalam waktu dua tahun itu perlu diqadha semula?

message user image

Soalan: Salam, Untuk makluman, saya bekerja di KL, isteri saya bekerja di Sandakan, Sabah dan anak kami dijaga oleh Ibu dan bapa mertua saya di Ipoh, Perak. Biasanya saya akan balik ke Ipoh pada setiap minggu (hari jumaat selepas kerja dan balik semula ke KL pada pagi Isnin terus ke pejabat) untuk menjaga anak saya kecuali ada kerja luar pada hujung minggu atau ibu dan bapa mertua ada urusan untuk datang ke KL. Soalan saya, dimana saya boleh melakukan solat jamak? ketika di Ipoh atau di KL?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan soalan, Dalam 3 minggu lepas, saya ada membersihkan rumput halaman rumah saya, bagi tujuan untuk memperbaiki lantai simen di halaman tersebut. Atas rumput tersebut terdapat tahi anjing yang sudah kering. Dengan menggunakan cangkul, saya cangkul sekeliling kawasan rumput yang ada najis tersebut, dan saya letakkan ia di atas najis tersebut. Dan saya terus mencangkul di bahagian bawah rumput yang ada najis dengan cermat, dan terus buang. Soalan saya, adakah cangkul yang saya gunakan itu perlu dibasuh dengah air tanah walaupun cangkul tersebut tidak kena terus pada najis tersebut? Dan adakah alat2 yang saya gunakan untuk meratakan simen di kawasan bekas yang saya dah buang rumput mengandungi najis itu perlu juga saya basuh dengan air tanah? Apa hukum bagi alat2 saya itu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan soalan, Dalam bulan Disember 2019, saya ada terlibat dengan kemalangan motosikal. Terdapat luka di bahagian kaki dan tangan serta siku. Setelah sembuh, saya dapati, di bawah lapisan kulit bekas luka di siku terdapat seperti gelembung yang saya sendiri tidak dapat kenal pasti samada isi kulit atau cecair berupa nanah dan sebagainya. Soalan saya, adakah sah mandi wajib saya dalam keadaan bekas luka saya pada siku yang telah sembuh itu seperti mana yang saya nyatakan di atas?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya telah melakukan umrah pada bulan 3/19. Setelah lebih 10 bulan berada di tanahair tiba2 terdetik di hati berkenaan rukun bertahalul dan saya terlupa samada saya ada melakukannya ketika umrah terakhir (saya bersendirian ketika saei). Apakah hukumnya? Adakah saya dikira masih terikat dengan ihram pada masa kini dan telah melanggar syarat2 ihram sepanjang waktu tersebut sedangkan saya benar2 lupa. Apakah yg perlu saya lakukan.

message user image

Soalan: Salam. Soalan berkaitan Ihram dan Umrah. Seorang wanita tu was-was tawaf yang dilakukannya sah, dia merasakan mungkin dia terkentut semasa tawaf tapi tidak pasti. Disebabkan itu, dia was-was umrahnya sudah selesai atau belom. Disebabkan itu juga, walaupun sudah balik Malaysia, dia masih was-was samada dia masih dalam ihram atau tidak sebab umrahnya tidak pasti sudah selesai atau tidak. Dalam kes begini, adakah dia masih dalam ihram?

message user image

Soalan: 10 tahun yang lalu waktu saya first time boleh berpuasa, saya tidak tahu yang tidak boleh berniat puasa sewaktu siang. Jadi selama dua tahun saya niat puasa sewaktu siang. Jadi, adakah puasa tersebut perlu saya ganti dan bayar fidyah? Mohon jawab, saya mengalami kekeliruan.

message user image

Soalan: Salam.ingin bertanya mengenai wang zakat.isteri saya pemegang amanah wang arwah bapanya.soalannya bolehkah sebagai pemegamg amanah wang zakat itu digunakan oleh isteri saya kerana kami dari golongan miskin atau asnaf.

message user image

Soalan: Saya ada masalah kencing tidak lawas, saya ada mendengar pendapat, bagi orang kencing tidak lawas kena ambil wudhu selepas masuk waktu dan melapik kemaluan. Masalahnya bagaimana saya hendak sembahyang sunat qabliah, kerana waktunya agak singkat sebelum berjemaah fardhu. Jika saya ambil wudhu lebih awal boleh tak, ini memberi kesempatan untuk saya sembahyang sunat qabliah. Harap jawapan dari Tuan Ustaz. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Tuan Mufti samuga sejahtera selalu. Saya saorang lelaki berusia 76 tahun. Dalam salah satu kuliah magrib dimesjid kami saorang ustaz muda telah menegaskan bahwa "hutang" solat fardhu mesti dilunaskan dahulu jika tidak solat sunat tidak diterima dan dianggap "haram". Saya saorang bekas pegawai tentera dan selama lebihkurang 40 tahun saya gagal menunaikan solat fardu. Sejak lebihkurang 20 tahun lalu saya telah bertaubat dengan kesalan yang amat sangat dan tidak lagi meninggalkan solat fardhu. Lebihkurang 5 tahun lalu saya telah melakukan solat sunat taubat, tahajud dan witir setiap malam tanpa tinggal. Malahan saya tak ingat meninggalkan qiamullail ini sekali pun. Untuk mengerjakan "hutang" solat fardhu selama40 tahun saya merasa "putus harapan" akan dapat melunaskan hutang sebanyak ini. Dibenak hati saya, saya berserah saja pada Allah. DIA maha pengasih, maha penyayang dan maha pengampun dan terus solat sunat seperti biasa trmasuk kabliah, bakdiah, qiamulail dsb. Sekarang saya keliru dan sebab takut tak diterima solat2 sunat saya, saya mula megkadha kan solat fardhu yang tertinggal lama sebanyak 40 thn x 365 hari x 5 solat fardhu = 73,000 waktu solat fardhu. Saya takut tak tercover hutang hutang solat fadhu saya sebelum saya dijemut Malaikalmaut.

message user image

Pertanyaan: assalamualaikum ustaz/ustazah saya ada satu soalan tentang selawat yang saya amalkan selepas solat fardhu. selawat tahrijiyyah.. boleh ke ustaz terangkan dalil dlm alquran mengenai selawat ini ..saya ada terbaca selwat ini direka oleh insan2 yang sengaja mensyirikkan Allah. ustaz tolong saya ..saya keliru dan buntu ustaz ustazah ..saya tak mau menajadi hamba yang mensyirikan ALLAH s.w.t

message user image

Soalan: Apabila terjaga dari tidur pada waktu malam, kita dianjurkan untuk membuat solat tahajud. 1.Jika kita mempunyai solat yang perlu diqadakan, apakah prioritas solat yang kita perlu laksanakan pada waktu tahajud. 2. Jika kita melakukan solat qada pada waktu tahajud, adakah kita mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan solat tahajud

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz.saya ada soalan mengenai solat. saya nak tanya sewaktu saya bekerja shift malam dan sewaktu saya tidur saya mimpi basah.jd dipendekkan cerita saya mengalami hadas besar.persoalan saya mcm mana saya nak solat sedangkan saya dalam hadas besar??? Saya nak mandi wajib tapi pakaian bersih saya tak ada.dan kalau nak solat pun saya kena tunggu balik rumah utk mandi wajib dan itu sdah lebih waktu atau masbuk.jd solat saya itu patutkah saya qada atau solat subuh mcm biasa??? Contoh masuk waktu jam 6.02am saya sampai rumah dalam jam 7.30 atau jam 8 tu pun kalau tak jem.persoalan kedua saya adakah saya dikira melambat lambatkan solat???? Tq

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya yakin bahawa kalau nak rezeki bertambah kita perlu bersedekah atau menginfakkan sebahagian Dari rezeki yang Allah bagi. Bagaimana saya nak menginfak sebahagian Dari pendapatan saya. Sedangkan saya mempunyai hutang yang belum dilunaskan? Dan Mana Satu yang perlu saya dahulukan hutang atau infak?

message user image

Soalan: Saya mengalami darah haid kotor yang trlah berlatitan melebihi 15 hari. Doktor maklumkan bahawa ianya tanda Menopause. Bagaimana untuk saya membuat ibadah seperti sembahyang dan puasa. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Bolehkah kita mengambil wuduk, sesudah kita berniat untuk mandi wajib dan dalam proses meratakan air?

message user image

Assalamualaikum wb Seorang lewat solat jumaat dan masbuk ketika pada rakaat kedua semasa tahiyat akhir. Adakah dia terus 2 rakaat selepas salam atau buat 4 rakaat lepas salam ?

message user image

Soalan: Kucing saya telah digigit anjing. Adakah saya perlu menyamak kucing? dan Adakah saya perlu samak selepas merawat kucing saya?

message user image

Assalamualaikum mufti selangor, Saya ingin mendapatkan kepastian dari ayat ini; ( Hadiah Fatihah kepada diri kita sendiri dan kepada qorin. WA 'ALA NAFSI.........(SEBUTKAN NAMA SENDIRI) WAL QORINI, WA SEDULUR PAPAT LIMA PANCER SYAI-U LILLAHI LAHUMUL........ (AL- FATIHAH 1X) ) Teman saya mengatakan beliau belajar syifa dari seorang ustad yg berasal dari acheh indonesia. Tapi saya agak ragu2 apabila ada ayat ”sedulur papat lima pancer”. Adakah boleh diamalkan kerana ada di selit bahasa jawa yang saya tidak faham maksud nya. Mohon agar mufti selangor dapat menjawab persoalan saya agar saya tidak tersalah mengamalkan sesuatu berkaitan agama..

message user image

Soalan: Ketika bernusafir atas tujuan kerja,saya melakukan solat jamak takhir setelah azan asar. Setelah selesai melakukan solat jamak,iqomah untuk solat asar dimasjid itu. Saya turut serta melakukan solat fardhu asar lagi. Apakah hukum..? Terima Kasih Tuan.

message user image

Soalan: assalamualaikum, saya ada soalan tentang qada solat :- 1) bagaimana qada solat dilakukan, adakah setelah selesai solat fardu, contohnya kita sudah solat Zuhur dan boleh teruskan qada solat Zuhur ke? 2) adakah rakaat qada solat ikut rakaat asal solat fardu, contohnya solat Zuhur 4 rakaat, jadi qada solat zuhurpun 4 rakaat ke? itu saja soalan saya, terima kasih kerana sudi menjawab

message user image

Soalan: assalamualaikum, saya ada soalan tentang qada solat :- 1) bagaimana qada solat dilakukan, adakah setelah selesai solat fardu, contohnya kita sudah solat Zuhur dan boleh teruskan qada solat Zuhur ke? 2) adakah rakaat qada solat ikut rakaat asal solat fardu, contohnya solat Zuhur 4 rakaat, jadi qada solat zuhurpun 4 rakaat ke? itu saja soalan saya, terima kasih kerana sudi menjawab

message user image

Soalan: Sekiranya sumber air di dalam rumah adalah dari sumber curi (maksudnya tuan rumah buat meter lain untuk tidak dicaj dalam bil), apa hukumnya kalau kita ambil air wudhuk menggunakan air tersebut. (Jika kita bermalam di rumah ini). Dan macam mana pula dengan makanan dan minuman di dalam rumah ni.

message user image

Soalan: 1. Saya berniat jamak takdim dan menunaikan solat zohor tamam bersama imam di masjid. Selesai solat zohor saya bercadang untuk menunaikan solat asar qasar, tapi ada solat jenazah....mana satu solat yg perlu saya buat dulu, solat jenazah atau solat asar -qasar. 2. Dlm perjalan pulang dari kuantan ke klang, saya telah singgah di masjid bentong dan menunaikan solat jamak zohor & asar. Selepas solat saya teruskan perjalanan pulang ke klang dan sampai di rumah sebelum waktu asar. Persoalan adakah saya masih perlu solat asar? TQ

message user image

Soalan: Assalamualaikum, baru2 ni ada keluar kenyataan daripada jakim tentang penapis air 3M tu tidak halal kerana penapisnya diperbuat daripada haiwan. Saya pun masih guna sampai sekarang penapis air jenis tersebut. Adakah perlu saya samak bekas2 makan minum rumah saya?setelah saya tahu yg penapis air tu tidak halal kerana menggunakan elemen daripada haiwan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai hukum sekiranya terkena bulu anjing yang basah. Saya baru berpindah di kawasan perumahan baru di mana jiran sebelah ada membela anjing yang berbulu lebat. Setiap hari pasti akan ada bulu anjing masuk ke kawasan parking/hadapan rumah. Ini membuatkan kami sekeluarga kurang selesa dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi sekiranya waktu hujan di mana bulu2 tersebut akan basah. Soalan saya; 1) Apakah hukum sekiranya terkena bulu anjing yang kering? 2) Apakah pula hukumnya tersentuh dengan bulu anjing yang basah? Perlukah kami melakukan samak? 2) Sekiranya bulu2 tersebut mengenai kasut/selipar/permainan kanak-kanak, perlukan juga samak semuanya?

message user image

Soalan: Assalamulaikum, Petanyaan mengenai duit insurans atas kematian rakan pejabat, keluarga arwah memberi sumbangan kepada kami rakan sekerja untuk buat makan-makan..Apakah dibolehkan kami sedekah duit itu atas nama arwah ke tahfiz? Atau tidak boleh buat benda lain selain buat makan-makan sahaja?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya,apakah hukum seseorang muslim memakai pendakap gigi? Adakah ianya haram atau sebaliknya. Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan.

message user image

Soalan: Dlm bln Ramadan, yg mana perlu di utamakan. Menghormati azan dgn tunggu selesai azan maghrib selesai baru berbuka atau terus berbuka bila azan berkumandang utk mempercepatkan berbuka.

message user image

Soalan: Assalammualaikum kepada tuan/puan. pada 2018 saya telah melakukan dosa besar iaitu berzina Di Siang Hari pada Bulan puasa. Sekarang saya sudah bertaubat dan saya nak Tanya mengenai hukum Dan kadar fidyah Yang saya perlu bayar kerana saya belom menggantikqn puasa lagi Yang sehari itu.Diharapkan pihak tuan dapat menyembunyikan rahsia Dan membalas pertanyaan saya kerana saya sangat berdosa ketika ini.

message user image

Soalan: assalamualaikum soalan saya berkenaan jamak dan qasar saya plan untk pergi ke KL dari terengganu.. tetapi di tengah perjalanan saya menginap selama 3 hari di shah alam sebelum menyambung perjalanan ke KL dan menginap selama 2 hari.. soalan saya bolehkah saya jamak dan qasar sepanjang perjalanan saya dari terengganu ke shah alam ke KL (terengganu ke shah alam 400km, 3hari, shah alam ke kl kurang 90km dan 2hari)

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya Ada soalàn nak Tanya iaitu..baru baru saya Ada beli satu produk strength rambut sebab rambut saya Jeni's kerinting...sebelum saya pakai produk tu..saya tengok dulu ingredients Ada stearyl alcohol..apakah hukum kalau pakai produk yg Ada ingredients alcohol...sebab saya risau solat tidak di terima..mohon penjelesan.sekian terima kasih

message user image

Soalan: Asslamualaikum Saya ingin berniaga produk makanan tambahan kesihatan yg berasaskan makanan sunnah dan herba tradisional.,tetapi Founder produk tersebut tidak menutup aurat. apa hukumnya ya. mohon pencerahan. terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum...soalan saya..musafir dihari jumaat..saya begerak dari pahang sebelum subuh kekelantan rumah sahabat.sampai dirumah sahabat waktu solat jumaat.adakah saya patut ikut bersolat jumaat atau tidur sahaja sedangkan sahat yang lain pergi solat jumaat

message user image

Soalan: Apakah hukumnya mewarnakan rambut bagi seorang isteri yang ingin menarik perhatian suaminya? Isteri bertudung apabila keluar rumah. Adakah sah wudu dan mandi wajib?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah hukum membasuh pakaian lelaki bukan mahram? Salah seorang ahli keluarga saya sedang mempunyai hubungan dengan seorang lelaki. Dia sering membawa pakaian lelaki itu untuk dibasuh. Kami sangka hanya pakaian seperti baju dan seluar sahaja yang dibasuh tetapi pakaian dalam lelaki itu juga ada sekali. Kami khuatir akan kebersihan pakaian kami yang turut bercampur sekali dengan pakaian lelaki itu. Mohon beri pencerahan atas permasalahan ini terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai Zakat Fitrah, sebelum berkahwin saya membayar untuk ibu,ayah dan adik beradik saya, kerana ayah sakit terlantar. Saya baru berkahwin, adakah sy masih boleh bayarkan zakat fitrah untuk keluarga saya seperti dulu?

message user image

Soalan: adakah wajib untuk membasuh rambut sideburn bagi wanita yang berwudhu'.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt...ustaz pada tahun 2015 saya sekeluarga telah mengerjakan umrah. Sebelum balik ke Malaysia anak saya telah demam dan tidak mengerjakan tawaf wada. Sebelum menaiki bas mutawif minta anak saya melambai kearah kaabah. Jarak hotel kira-kira 350-400 km dari kaabah. Saya baru tahu yang tawaf wada itu wajib. Sehubungan itu mohon pencerahan ustaz apa yang perlu dilakukan oleh anak saya selepas perkara itu berlaku 5 tahun yang lepas.Adakah anak saya perlu ke mekah semula untuk membayar dam. Mohon nasihat ustaz.

message user image

Soalan: Salam. Selepas sholat, saya baru tersedar ada sisa cat di kuku/jari. Haruskah saya sholat semula?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya hanya ingin mengetahui sekiranya saya bermusafir dan sudah sampai di tempat tujuan dan tidak bermukim di sana, saya maklum dibenarkan untuk melakukan jamak qasar dengan syarat tidak melebihi 3 hari menetap , tolak perjalanan pergi dan balik. Kemusykilannya sekiranya sudah sampai tempat yang dituju, sudah selesa berada di rumah, ada yang memberitahu lebih elok menunaikan solat dengan sempurna tanpa jamak dan qasar walaupun berstatus musafir. Adakah konsepnya begitu? Saya berharap kemusykilan saya ini dapat diperjelaskan. Segala pertolongan dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Saya berharap mendapat jawapan melalui emel

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Maaf aaya ingin bertanya.. Kadang2 bila menonton sesuatu cerita, ada masa terangsang hingga keluar air mazi. Tapi adakala dia ada beri kepuasan tanpa memasukkan apa2 ( tidak beronani). Adakah bagi seorang perempuan, dengan demikian air mani itu akan keluar. Baru2 ni saya terbaca tentang air mani, jadi saya risau was2 samada yang keluar tu hanya air mazi atau mani.. Sebab saya x mandi junub sebelum2 ni.. Sebab saya tidak tahu, yg saya tahu air mani perempuan hanya keluar ketika bersetubuh sahaja. Apa yang saya baca, jika saya haid. Jika saya mandi junub disebabkan suci dari darah haid.. Makanya solat saya sah dan saya dah terlepas dari hadas haid dan hadas keluar air mani itu..Apa yang saya kurang jelas, adakah ketika mandi wajib niat saya mandi pada ketika itu mengangkat hadas haid kerana suci dari haid menyebabkan saya sudah keluar dari hadas besar haid dan jugak keluar air mani sebelum ini? Ataupun kerana niat saya begitu saya masih terhutang pada mandi junub keluar air mani?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. pertanyaan saya, sekiranya dalam solat kita terlelap seketika, maka sah tak solat kita. misalnya semasa sujud. terima kasih ustaz. wassalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya tinggal di pangsapuri. Seperti Ustaz sedia maklum, zaman sekarang ramai penduduk pangsapuri bercucuk tanam di balkoni, termasuk saya. Saya juga telah meletakkan rumput buatan di atas balkoni. Jadi apabila saya menyiram tanaman, pastinya air akan mengalir di bawah rumput buatan, dan rumput juga akan basah terkena air yang disiram. Persoalannya, adakala saya siram tanaman saya dengan air baja (baja organik adakala mengandungi sedikit najis haiwan). Jadi adakah lantai saya yang terkena air baja tadi dikira kotor dan bernajis? Saya mengambil berat isu ini kerana kami tidak berselipar apabila berada di balkoni, takut sekiranya ia bernajis, terbawa masuk ke dalam rumah pula. Sekian, terima kasih Ustaz.

message user image

Soalan: Apakah keputihan yg keluar melalui faraj wanita dihukumkan najis serta membatalkan wuduk dan solat.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, saya ingin bertanya persoalan najis. Saya memutarkan pakaian bernajis di dalam mesin basuh, kononnya ingin melalukan air setelah selesai proses pembersihan tetapi ibu saya yang tidak tahu pakaian di dalam mesin itu bercampur najis mengangkatnya dan menyidai di ampaian sebelum saya sempat melalukan air. Saya rungsing apakah status mesin basuh tersebut. Pertama, bahagian bawah penutup mesin basuh yang terkena percikan air mutannajis di dalam mesin. Semasa air turun ke dalam mesin lalu terkena pakaian bernajis lalu terpercik ke bahagian permukaan pintu mesin basuh. Bagaimana hendak dilalukan air atau lebih tepat disucikannya? Kerana saya bimbang kalau saya jirus air akan akan terpercik ke dinding atau lantai. Kedua, sewaktu ibu saya mengangkat pakaian keluar dari mesin basuh, bagaimana dengan bahagian atas mesin yakni bahagian segala butang mesin di atas yang terkena pakaian yang bernajis itu sewaktu dibawa keluar? Bagaimana hendak disucikan. Saya bimbang kalau saya lalukan air takut air mengalir ke bawah dan terpercik juga ke lantai. Bolehkah sekadar lap basah saja bahagian permukaan atas mesin basuh itu? Apa status pakaian lain yang diangkat lalu terkena bahagian atas mesin basuh tadi? S Bahagian dalam mesin basuh telah pun saya lalukan air ke bawah. Saya cuma tertanya cara menyucikan bahagian luar yang terkena percikan air dan baju tadi. Dan apa pula status ampaian? Saya merasa sangat bersalah dan ingin menebus kesalahan saya kerana najis yang terdapat di pakaian tadi hasil dari khilaf dan dosa saya. Mohon dapat di jawab persoalan saya ini dengan teliti. Saya merasa sangat bersalah dalam hal ini. Terima kasih didahulukan.

message user image

Soalan: Salam.. ustaz / ustazah . Sy nk tya betul ke Allah / Rasulullah laknat wanita yg sering ziarah kubur? Dan benarkah di kubur tak boleh baca Alquran?? Anak saya berumur 2 tahun meninggal pada 2/2/20 tadi. Tapak perkuburan berhampiran rumah saya. Hari2 saya ziarah kuburnya dan baca Yassin. Sebab bila sy ziarah kubur, sy akan ingat yang kematian sgt dekat. Dan sy rasa insaf dan berusaha nk jadi hamba Allah yg beriman. Sy juga rindu anak saya. Tapi saya x pernah nangis kat kubur tu.. terima kasih kerana menjawab persoalan saya.

message user image

Soalan: Saya menghadapi masaalah berpuasa kerana saya akan mencirit jika makan setelah perut lama kosong dan saya akan berada lama didalam tandas. Jika bulan ramadhan, saya tak dapat isya dan tarawikh kerana masaalah ini. Saya telah mengalami masaalah ini selama 3 tahun setelah saya membuang pundi hempedu saya. Soalan: perlukah saya berpuasa?

message user image

Assalamualaikum warrahmatullah, Tuan SS Mufti Selangor yang dihormati,Semoga tuan sentiasa didalam kandungan sehat dan berbahagia.Dengan rendah diri saya mohon sedikit ruang dan masa Tuan SS Mufti untuk saya mengemukakan pertanyaan berhubung perkara di atas.Di surau kami ada seorang makmum yang begitu aktif menyapukan minyak wangi kepada jemaah lain terutama sekali semasa iqamat telah dibacakan dan imam telahpun menyeru agar meluruskan serta merapatkan saf dan bersedia untuk takbiratul ihram. Saya selalunya menolak pemberian minyak wangi tersebut secara baik setiap kali jemaah tersebut cuba untuk menyapukan nya ke tangan saya.Saya memang menyedari sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW, bahawa tiga perkara pemberian yang tidak boleh ditolak ialah bantal untuk alas duduk , susu untuk diminum dan minyak wangi.Akan tetapi tentu ada huraian yang lebih mendalam tentang perkara-perkara tersebut khususnya yang berkaitan dengan minyak wangi itu. Umpamanya takrif minyak wangi itu sendiri, bauan wangian yang menjadi kesukaan Nabi, kaedah atau tatacara pemberian minyak wangi itu termasuklah masa dan ketika yang sesuai untuk membuat pemberian itu. Saya menolak pemberian itu dengan baik kerana: 1. Mahu fokuskan sepenuh perhatian, minda dan fizikal saya untuk mendirikan solat pada ketika itu. Dengan kata lain tidak mau ada apa-apa perkara lain yang mungkin boleh memesongkan konsentrasi saya apabila sudah berada didalam saf. 2. Saya memang telah memakai wangian kesukaan saya sendiri dari rumah setiap kali menyiapkan diri untuk pergi solat di surau. Saya memang sedar ianya seolah-olah tidak menghormati pemberian orang lain dan mungkin juga jemaah tersebut rasa kecil hati kerana pemberian nya ditolak. Akan tetapi sekiranya saya terus menerus menerimanya, saya sendiri akan menjadi tidak tenteram kerana tidak menggemari nya samada dari segi bauan nya maupun masa nya yang tidak sesuai. Untuk mengelakkan salah faham saya hanya mampu dengan cara menjauhkan diri daripadanya. Jadi pertanyaan saya apakah hukumnya saya menolak pemberian minyak wangi tesebut? Jawapan dan maklumbalas daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Bolehkah isteri saya tidak memakai stokin apabila pulang ke kampung dimana ada adik-adik ipar lelaki juga tinggal di dalam rumah yang sama. Selalunya kami sekeluarga akan tidur 1 - 2 malam di kampung dan isteri saya sudah tentu akan melakukan kerja-kerja harian di dapur dan menguruskan anak-anak kecil di tandas. Adakah dibolehkan isteri saya tidak memakai stokin atas alasan masyaqqah ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan berkenaan isu samak/sertu.. Saya mempunyai sepasang selipar untuk kegunaan seharian saya dan pada suatu hari kawan serumah saya memberitahu bahawa ada seekor anjing liar telah baring pada selipar saya dihadapan rumah saya ketika saya menggunakan kasut pergi kerja . Saya terlupa untuk samak/sertu selipar itu dan memakainya untuk ke kedai kemudian pulang kerumah.. Adakah saya perlu samak/sertu selipar sahaja atau samak/sertu selipar, kaki dan carpet rumah saya kerana memijak carpet setelah memakai selipar yang tidak disamak/sertu itu tadi.? Mohon penjelasan dari pihak tuan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalam Tuan Mufti. Saya meminta pencerahan tentang pahala ke atas derma yang diberi kepada scammer (penipuan derma). Saya ada mendengar pendapat yang mengatakan penderma tidak mendapat pahala penuh kerana sumbangan tidak sampai ke pihak yang sepatutnya. Ada pula pendapat yg mengatakan penderma mendapat pahala penuh kerana niatnya telah dilaksana. Mohon jasa baik pihak tuan mufti utk menyelesaikan persoalan Terima kasih

message user image

Soalan: Kadang kadang kemaluan saya melekat pada seluar dalam dan terdapat kotoran berwarna putih pada seluar dalam setelah dipisahkan. Apakah hukumnya kotoran itu? Adakah saya perlu mengqadha semula solat yang telah saya lakukan dalam keadaan seluar dalam saya terdapat kotoran tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah....adakah sah mandi wajib jika selepas mandi terperasan terdapat darah beku yang sedikit di jari?? Tidak pasti darah beku tersebut terjadi sebelum,semasa atau selepas mandi...jadi sah atau tidak mandi wajib tersebut?? Terima kasih...

message user image

Soalan: SOLAT MUSAFIR Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya bermusafir dari Melaka ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan saya singgah di Nilai untuk hantar barang suami. Melaka rumah ibu bapa saya, Nilai rumah suami. Semasa singgah di Nilai, azan maghrib berkumandang, jadinya di sini saya ada 2 soalan. 1) Adakah saya dan suami boleh solat musafir di Nilai memandangkan kami masih bermusafir? 2) Adakah saya boleh solat musafir di Melaka iaitu rumah ibu bapa saya sepanjang musafir?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz,perlu atau tak anak ganti puasa untuk ibu yang sakit. Ibu masih ada. Boleh atau tak anak yang bayarkan fidyah untuk ibu.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya hanif, ada nak bertanya soalan hukum feqah. Dalam 2 minggu lepas, saya ada menaiki motosikal melalui kawasan kejiranan saya. Sampai di hadapan halaman sebuah rumah di kawasan tersebut, tiba2 kaki saya terkena percikan air basuhan lantai halaman rumah tersebut. Saya perhatikan, terdapat seekor anjing peliharaan di rumahnya, dan saya tidak pasti apa yang dibasuhnya dan di mana tempat anjing itu duduk. Soalan saya, apa hukum air cucian lantai halaman rumah yang ada pelihara anjing tersebut yang terkena pada kaki saya itu?

message user image

Soalan: Rewards of the facts of in the month of Rajab. Imam musa Al kadhim says, One who observe one fast in Rajab, hell would go away from him to a distance of a year and paradise would be made obligatory on one who fasts for 3 days. Saya nak tanya benarkah hadis ini? Dan 3 hari yang dinyatakan adalah 3 hari berturut2 atau mana2 3 hari dalam bulan rejab?

message user image

Soalan: Salam. Saye ingin bertanye 2 soalan. 1. Apakah ia pernah diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW secara khususnya tentang " Istigfar Rejab "? Iaitu membaca sebanyak 70 kali selepas solat fardu isyak. 2. Adakah ia benar, bahawasanya ia pernah dikatakan oleh Imam Syafi'ie tentang 5 malam mustajab doa: a Malam Jumaat b.Malam Hari Raya Aidil Fitri cMalam Hari Raya Aidil Adha dMalam Pertama Bilan Rejab e.Malam Nifsu Sya'ban. Info2 ni banyak dikongsi di whasapp dan saye tidak tahu sama ada ia sahih atau tidak.

message user image

Soalan: Perkerjaan saya sebagai kerani yang berkerja 8 jam di hadapan komputer. Soalan saya..apa hukumnya saya menggunakan Internet syarikat untuk mendengar ceramah agama, mendengar mengaji di komputer yg saya gunakan sambil membuat kerja

message user image

Soalan: Assalamulaikum.. Saya ingin bertanya tentang nazar.. Si A telah bernazar menyembelih seekor lembu di sebuah madrasah A.. Kmudian menukar niat ke madrasah B.Hatinya berbolak balik A @ B... Mase ni tengah jahil..jd bagaimana nak pilih tempat tersebut...dan boleh X kita ganti sembelihan lembu dgn duit

message user image

Soalan: Boleh saya tahu, apakah hukum buat eyelash lifting ? Haram atau dibolehkan ? TQ

message user image

Soalan: Apa hukum seorang wanita islam menderma darah di tempat umum? Yang dapat dilihat ramai orang?

message user image

Soalan: Wajibkah seorang isteri membayar kafarah arwah suami(kerana bersetubuh di bulan ramadan) .Suami telah meninggal dan tak sempat membayar kafarah. Bagaimana cara nak bayar supaya aib suami dapat dijaga.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkaitan haid dan istihadah. Pada 14hb hingga 18hb didatangi haid. Selepas suci 2 hari darah keluar lagi dan berlarutan. Masalah saya ingin tahu 14hari dikira dari 14hb atau 20hb. Selebihnya dikira sebagai darah istihadah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum....saya ingin bertanya mewakili ibu saya tentang hukum bernazar....ibu saya pernah bernazar pada 30 tahun lepas untuk menyembelih seekor kambing sekiranya pendapatan keluarga mendapat RM 1000 ke atas pada tiap2 bulan....tp pendapatan ibu saya pd waktu tu tidak dpt sebanyak itu....tetapi masa sekarang pendapatan keluarga kami melebihi RM 1000....adakah nazar itu masih berjalan atau digugurkan..?

message user image

Soalan: Bolehkah membasuh pkaian yg terkena najis terus ke dalam mesin basuh dan campur dgn pakaian lain

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya nak bertanya beberapa soalan kerana sy merasa keliru. Diharap pihak yg berhormat dapat membantu saya. Soalan sprti berikut : 1. Apakah hukum membaca alfatihah bagi seorang wanita menunaikan waktu solat sendirian & ketika berjemaah,hukum baca fatihah adalah keluar suara ataupun tidak? Bagaimana pula dengan rakaat ke 3&4? 2. Ketika solat sendirian, tetapi ada anggota keluarga didalam rumah, apakah hukum seorang wanita solat bersuara kuat setiap bacaan dari niat ke salam, sampai didengari oleh anggota keluarga? Terima kasih dahulu sy ucapkan andai kata pihak berhormat membaca & memberi penerangan. Assalamualaikum wbt.

message user image

Soalan: Apakah yang boleh saya lakukan apabila berlaku kematian saudara terdekat yang bukan Muslim. Adakah haram untuk saya mendoakannya?

message user image

Soalan: Assalamulaikum tuan/puan. Saya ada terbaca beberapa artikel tentang kifarah dari Allah kepada mereka yang membuat dosa besar contohnya zina. Antara kifarahnya ialah Allah menarik seri wajah sentiasa dihimpit dengan bebanan dan tekanan. Hidup tak tenteram.Soalan saya andaikata seseorang itu telah bertaubat adakah Allah akan menerima taubat tersebut.

message user image

Soalan: Boleh kah sy solat duduk selepas prosedur iui dan sepanjang proses kehamilan kerana menjaga rahim supaya tidak bnyk gerakan menunduk/bngun duduk?

message user image

Soalan: Assalakulaikum tuan/puan Bagaimana cara yang paling sesuai untuk bertaubat. Mengaji Quran pun tak pandai tapi hati sentiasa terdetik untuk bertaubat. Hati sentiasa terdetik untuk taubat tapi apabila membuat solat hati seolah-olah begitu keras untuk menyesali apa yang telah lakukan selama ini. Adakah Allah telah menarik semua hidayah daripada. Saban hari ada masanya hati begitu takut bila mengenangkannya. Apa yang perlu saya lakukan

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan. Saya sudah bersara kjaan dan mendapat duit akaun kwsp dalam akaun dua sebanyak Rm8000. Namun duit tersebut telah habis dibelanjakan untuk membayar hutang, bil api, bil air dll. Kemudian setelah sethn baru saya terbaca info bahawa duit kwsp tsbt bercampur halal dan haram. Jadi apa yg perlu saya lakukan sekarang selain drp bertaubat.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, sekiranya saya membasuh tempat yang bernajis dalam bilik air dan air itu terpercik masuk dalam baldi yang bertakung air yang mutlak. Adakah baldi itu telah menjadi najis dan perlukah saya membersihkan baldi tersebut atau cukup sekadar membuang air di dalam baldi tersebut

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Soalan saya: 1. Apa hukum melakukan tawaf sunat ketika haid? (umrah telah selesai sebelum dtg haid) Ketika itu melakukan tawaf sunat dengan memikirkan ia tidak salah. 2. Jika salah dan perlu bayar dam, apa boleh buat jika telah pulang dr Mekah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang puasa nazar. Saya pernah terbaca sekiranya puasa nazar tidak perlu sehingga niat 3 hari berturut- turut. Soalan pertama sekiranya seseorang itu tidak tahu tentang perkara tersebut dan dia telah pun berniat untuk berpuasa 3 hari berturut - turut, wajibkah dia puasa terus 3 haris berturut- turut? Soalan kedua sekiranya seseorang itu telah berpuasa nazar pada hari pertama tapi hari kedua dia jatuh sakit ATAU keluar air mani dengan sengaja atau tidak sengaja patutkah seseorang itu teruskan berpuasa nazar ganti hari kedua sehingga hari ketiga atau dia harus puasa nazar 3 hari berturut- turut sekali lagi?

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya.. adakah boleh seorang anak mengajarkan ayah yang sedang nazak dengan ucapan "Allahu akbar?" Sebab saya penah terdengar ustaz² berkata.. ajari org yg tgh menghadapi sakaratul maut dgn ucapan yg ringkas... adakah itu termasuk syahadah?

message user image

Soalan: Aqiqah- Boleh atau tidak aqiqah dengan lembu yang pada waktu yang sama dibuat korban? Kalau boleh berapa bahagian? Sebab anak lelaki,adakah memadai 1 bahagian atau 2 bahagian. Adakah lebih afdal dengan kambing 2 ekor atau pun boleh 1 ekor (anak lelaki)? **Sbb harga kambing juga sekarang agak tinggi.

message user image

Soalan: Apakah hukumnya kita menuangkan air zam zam di tanah biasa seperti di malaysia.apakah terdapat kesan kemudaratan?

message user image

Soalan: Adakah sah mandi wajib saya jika saya mandi di rumah meratakan air di seluruh badan tanpa meratakan air di rambut, kemudian saya ke salon rambut untuk cuci dan ratakan air di rambut di salon?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Tuan yang mulia,maaf mengganggu.Di sini saya ada beberapa soalan yang ingin diajukan. 1- Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W : Diriwayatkan daripada Sahl bin Hanif, ia berkata, "saya merasa letih dan payah kerana sering mandi disebabkan keluarnya Mazi, lalu saya adukan hal itu kepada Rasulullah SAW, kemudian Baginda bersabda, “cukuplah engkau dengan berwudhu”. Saya bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Mazi yang terkena pada pakaian saya? Beliau menjawab, “cukuplah engkau mengambil air setapak tangan, lalu engkau siramkan pada pakaian yang terkena itu. (Hadis riwayat Tirmizi, No.115) Adakah memadai membasuh pakaian yang terdapat air mazi dengan sekali siram sahaja?Bagaimana pula sekiranya selepas disiram kesan air mazi tersebut masih ada?Kerana kebiasaannya air mazi dan kesannya agak sukar untuk dihilangkan dengan hanya siraman. 2- Seterusnya,bagaimana keadaan sesuatu yang suci bercampur dengan sesuatu yang najis.Misalannya: -air mani bercampur dengan air mazi. -juga air mani yang keluar kena kepada pakaian yang bernajis. Adakah kesan air mani tersebut masih dikira najis dan perlu dihilangkan jika setelah dicuci dan dikeringkan pakaian tersebut masih kelihatan jelas kesan air mani tersebut? -Juga bagaimana pula keadaan jika seseorang menyangka kesan najis pada pakaian telah hilang setelah dicuci namun apabila setelah selesai pakaian tersebut dijemur ternyata kesan najis tersebut masih ada. 3- Berdasarkan petikan dibawah: Najis yang kering tidak memindahkan sifatnya kepada sesuatu yang kering, kerana najis hanya berpindah ketika bersifat lembap yang sederhana. Mohon pencerahan tuan yang mulia mengenai apakah yang dimaksudkan "berpindah ketika bersifat lembap yang sederhana". 4- Tuan yang mulia,saya juga mempunyai kemusykilan berkaitan kuah dan gulai ayam atau daging kerana saya pernah dengar kuah dan gulai ayam atau daging jika terkena pada pakaian,maka pakaian tersebut tidak boleh dibawa solat dan perlu dibasuh terlebih dahulu kawasan pakaian yang terkena kuah atau gulai tersebut.Juga bagaimana pula keadaan jika apabila keluar darah ketika menggoreng ayam ataupun merebus daging (setelah dicuci dan dibersihkan),adakah jika ia terkena pada pakaian,maka tidak boleh dibawa solat? Mohon budi baik tuan yang mulia untuk menjelaskan kemusykilan yang dihadapi dan berharap agar maklumat diri saya dirahsiakan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt ustaz, Bolehkan saya melakukan solat baadiyah zohor 4 rakaat 2 salam selepas menjamakkan solat zuhur dan asar (jamak taqdim) semasa dalam musafir?

message user image

Soalan: Saya pakai selipar terpijak najis anjing. Saya tersalah kaedah dimana saya cuci 6 kali tanah 1 air mutlak(saya guna air paip)then kalau saya pijak lantai kira lantai tu najis x ustaz. Kalau najis maka setiap langkah saya guna selipar tu najis la ustaz?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanyakan berkaitan dgn ziarah Thaif semasa mengerjakan umrah. Semasa saya mengerjakan umrah itu, belum ada ketetapan dari pihak berwajib seperti TH tentang perlunya tawaf wada utk pergi ziarah Thaif dan kembali ke Makkah. Ini kerana menurut mutawwif saya pada masa itu tidak perlu tawaf wada disebabkan kami memang akan kembali ke Makkah untuk sambung mengerjakan umrah. Bagaimana pun saya mendapat tahu baru baru ini bahawa TH telah menetapkan bahawa wajib tawaf wada dahulu sebelum pergi ziarah Thaif. Jika tidak buat tawaf wada maka dam dikenakan. Soalan saya adakah saya dan isteri juga dikenakan dam sekarang kerana pada masa itu belum ada hukum yang dikeluarkan. Wallahualam. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada soalan yang ingin diajukan kepada pihak tuan. Baru-baru ini, saya dan rakan saya ada ke kedai hardware untuk membeli peralatan untuk mengecat rumah. Dan rakan saya telah membeli berus cat yang diperbuat dari bulu khinzir. Apabila ditanya, beliau menjawab yang beliau pernah menggunakan berus tersebut dan mengatakan tidak mengapa menggunakan berus tersebut kerana apabila terkena atau menggunakan berus tersebut, hanya cuci sahaja. Persoalan saya; (a) Apa hukum bagi kita menggunakan berus cat yang diperbuat dari bulu khinzir? (b) Jika terpegang bulu berus tersebut atau pemegang berus, perlukah disertu dengan air tanah dan air bersih sebanyak 7 kali? (c) Bagaimana hukum jika kita telah mengecat peralatan, barang-barang dan dinding rumah menggunakan berus bulu khinzir sedangkan kita tahu yang berus itu diperbuat dari bahan binatang yang haram?

message user image

Soalan: Jika lantai bilik air seluruhnya basah, lalu sesuatu yang bernajis hukmi datang kepadanya, adakah seluruh lantai bernajis ataupun hanya tempatnya yang najis? Adakah lantai basah itu dikirakan seperti kurang dari dua kulah kerana basah/air menakung?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya mempunyai beberapa permasalahan dan memerlukan pandangan dari Datuk Mufti. Saya telah sampai di Mekah pada November 2018 untuk menunaikan umrah. Walaubagaimanapun saya kedatangan haid di KLIA semasa ingin berlepas. Semasa kapal terbang telah hampir di Miqat iaitu di Qarnul Manazil saya terus niat bersyarat untuk mengerjakan umrah. Walaubagaimanapun saya tidak menjaga pantang larang ihram pada awalnya kerana saya tidak tahu walaupun telah niat bersyarat kita perlu juga menjaga pantang larang dalam ihram. Contohnya saya menggunakan deodorant supaya badan tidak berbau. Saya memakai bedak dan gincu nipis supaya wajah tidak nampak kusam. Rambut gugur di atas katil lebih dari 3 helai tetapi saya tidak pasti semasa membuka serkup kepala rambut yang gugur lebih dari 3 atau tidak. Apabila saya merujuk kepada Mutawif sama ada perlukah saya menyembelih seekor kambing kerana telah melanggar pantang larang, beliau menyatakan tidak perlu kerana saya menggunakan bukan untuk berwangi-wangian. Mutawif tersebut mengesyorkan agar saya bersedekah 60 riyal untuk melegakan perasaan. Saya memberikan wang 60 riyal kepada pekerja pembersihan di masjid. Setelah itu, saya pergi ke tempat saie untuk melihat keadaan di sana. Ada bau yang harum di sana. Saya menyedut bau tersebut. Dalam hati saya berkata, “Oh begini baunya di tempat saie”. Kemudian baru saya teringat saya masih di dalam ihram. Saya mohon pertolongan Datuk Mufti, adakah saya masih di dalam ihram dan apakah yang perlu saya lakukan. Masalah saya yang kedua pula ialah baru-baru ini saya telah menghadiri kursus haji. Dalam kursus tersebut, penceramah mengajar bahawa niat untuk mengerjakan haji bermula dari 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah. Sekiranya kita berniat sebelum 1 Syawal, niat tersebut tidak sah dan akan menjadi umrah. Perasaan saya mula terganggu supaya melafazkan niat tersebut. Saya cuba sedaya upaya untuk melawannya dan saya berjaya. Walaubagaimanapun semasa solat asar, gangguan tersebut datang lagi. Saya melawan perasaan tersebut tetapi kerana sangat terganggu, saya terus berkata di dalam hati “Aku macam tu lah”. Sebenarnya saya tidak mahu berniat apa-apa pun. Bagaimana kedudukan saya Datuk Mufti. Perlukah saya ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan adakah saya wajib menjaga pantang larang ihram. Apakah yang perlu saya lakukan atas kesilapan saya ini. Harapan saya agar Datuk Mufti dapat menjelaskan masalah saya ini. Semoga saya dapat menjalani kehidupan yang tenang selepas ini. Amin.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Saya ada beberapa soalan untuk bertanya mengenai hukum najis: 1. Saya ingin bertanya mengenai najis berat. Beberapa minggu yang lalu, semasa saya pulang dari berkerja pada waktu malam dan ingin makan di kedai makan, saya terlihat seekor anjing di depan kedai jualan makanan bergoreng. Kebetulan ada lopak air di depan kedai makanan bergoreng itu. Kemudian anjing itu menjilat air di dalam lopak itu. Apabila hujan lebat kawasan sekitar kedai itu kebiasaannya akan banjir dan air akan bertakung. Persoalannya adakah kawasan sekitarnya dikira najis juga akibat banjir kerana air lopak itu mengalir keluar akibat hujan. Kawasan kedai itu merupakan tumpuan orang ramai kerana terdapat sekolah dan banyak kedai makan di sekitarnya. 2. Minggu lepas saya membeli makanan bergoreng di kedai yg sama (ada anjing menjilat air di dalam lopak seperti yang dinyatakan di atas) pada waktu tengah hari yang panas dan kawasan sekitarnya kering. Persoalannya setelah selesai membeli makanan saya merasakan ibu jari kaki kiri seperti basah namun tidak tahu mengapa kerana saya tidak terpijak air mahupun selipar saya bocor. Namun saya berfikiran positif dan kembali ke tadika untuk bekerja seperti biasa. Adakah saya perlu sertu kerana kawasan itu akan banjir ketika hujan lebat dan anjingnya telah lalu disitu. Jika perlu sertu, bagaimana pula dengan kawasan tadika dan rumah saya yang telah dipijak, murid yang saya telah sentuh, pakaian yang saya basuh, semua benda yang saya sentuh dan anggota badan saya sehingga hari ini. Mohon penjelasan. 3. Soalan ketiga. Terdapat najis hukmi di ruang tamu rumah saya di kampung. Kemudian kakak saya telah mengemop keseluruh lantai rumah dengan cairan pencuci lantai kerana tidak tahu ada najis hukmi di situ. Kebetulan saya tiada di rumah dan berada di universiti (semasa masih menuntut di universiti tahun akhir). Bagaimana dengan hukum najis di lantai itu yang telah dipijak oleh seluruh keluarga saya. Bagaimana pula jika ahli keluarga saya duduk di atas lantai itu kemudian masuk ke bilik tidur dan duduk pula di atas katil. Bagaimana hukumnya. Apa pula hukum jika tangan mereka menyentuh lantai tersebut dan kemudian menyentuh benda lain seperti alat kawalan jauh televisyen, suis kipas lampu, telefon bimbit dan sebagainya. Adakah kawasan yang disentuh semuanya akan bernajis. Bagaimana cara saya hendak menyucikannya. Saya segan hendak memberitahu kepada ahli keluarga. Saya merasakan seperti seluruh/satu rumah saya bernajis. Perkara ini telah lama berlarutan. Mohon pertolongan dari pihak tuan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya..mcam mana cara pembahagian duit zakat kwsp suami saya untuk saya sedekahkan kepada golongan asnaf..macam mne caranya saya ingin lakukan?banyak mana yang saya kena sedekahkan?cara pembahagian duit tu mcam mana?tu soalan saya. trima kasih ustaz

message user image

Soalan: Saya mempunyai kucing yg sudah uzur dan mempunyai masalah penghadaman. Dr mengesyorkan supaya memberi makanan khas kepada kucing tersebut dan saya baru perasan ada kandungan pork liver di dalam makanan itu. Saya akan berusaha mencari makanan yg tidak mengandungi babi tapi saya ada soalan2 seperti di bawah; 1) apakah hukum memberi makanan mengandungi babi? 2) adakah saya perlu menyamak tangan saya selepas memberi makan kucing jika terkena makanan tersebut? 3) adakah saya perlu menyamak pinggan makanan kucing tersebut? 4) adakah saya perlu menyamak tangan saya jika terkena berak & kencing kucing tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Saya ingin bertanya berkaitan soff solat jemaah bagi situasi corona virus. Kita difahamkan oleh jabatan agama islam selangor hanya imam , bilal dan siak sahaja menunaikan solat jemaah disurau atau masjid bagi memenuhi fardhu kifayah. Jarak makmum bagi bilal dan siak adakah dibolehkan untuk merenggangkan atau menjarakkan soff? untuk langkah berhati hati. Bagaimana menurut mazhab syafie?

message user image

Soalan: Adakah wudhuk masih boleh sah digunakah utk solat fardhu zohor stelah mengerjakan solat qabliyah zohor bagi orang yg kencingnya tak lawas? Tq..

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tempoh edah bagi wanita yang bercerai hidup ialah tiga kali suci.Tetapi masalah sekarang sewaktu dalam edah tiga kali suci itu hanya dua kali sahaja period iaitu dua bulan selepas diceraikan, dan masuk bulan seterusnya period tidak datang berkemungkinan besar wanita ini telah monepose. Soalan saya, macam mana perkiraan edah bagi wanita tersebut yang hanya dua kali suci sahaja dan bulan berikutnya tidak lagi datang period, dan berkemungkinan besar dengan faktir usia 48 tahun wanita ini kemungkinan sudah putus haid? Satu lagi persoalan, andai kata wanita ini belum putus haid (mengikut pemeriksaan doktor), bagaimana pula cara pengiraan habis edah tersebut, adakah kena tunggu sehingga datang juga haid untuk cukupkan tiga kali suci walaupun memakan masa bertahun-tahun atau ada kaedah lain cara pengiraan edah tersebut. Sekian persoalan dari saya. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nak tanya berkenaan bacaan alfatihah. Saya tak tahu kenapa tapi saya sukar untuk membaca alfatihah dengan lancar tapi jika baca dengan suara angin tanpa suara yang jelas bacaanya lancar. Tapi ia menjadi masalah ketika nak solat kerana setahu saya untuk solat kita kena dengar bacaan kita sendiri. Jadi saya nak tanya tentang apa yang boleh saya buat? Kesukaran saya untuk membaca alfatihah pada ayat ke 3 'malikiyaumiddin' setiap kali nak ke 'middin' itu lidah saya jadi licin dan akan bunyi seperti 'middddin'. Saya ulang baca alfatihah sampai solat jadi hampir setengah jam dan saya merasa susah untuk solat.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan mengenai hadas kecil. Saya ingin bertanya adakah selepas membuang air kecil kita perlu berdehem. Jika kita tidak berdehem sah kah solat kita. Sebab saya ada terbaca katanya kita perlu berdehem kerana ada lebihan air kecil. Jika saya sebagai seorang wanita tidak berdehem dan hanya mencuci seperti biasa fan selepas itu memakai pantyliner adakah sah solat?

message user image

Soalan: Soalan sy: (1) apakah hukum darah pd ikan, ayam, daging (yg dah mati dibeli dipasaraya) yg terpercik semasa menyiang dan membersihkannya di dapur utk dimasak adakah dikira najis? Atau ia dimaafkan ? Krn bg sy ia sukar. (2) ketika didapur, sy sedang mencabut insang ikan, terpancut darah ikan sebesar syiling scara x sengaja pada table top sinki. Table top sinki tu basah dgn takungan air sbb buat kerja dapur. Sy ambil air seteko dan curah keatasnya semampu sy dan air tu mengalir terus sampai ke bawah dan kena kaki sy. Adakah ia sudah dikira suci? Air sudah melimpah mmbasahi lantai bawah sinki (3) bolehkah mop lantai dirumah yg ada tahi cicak? Kdg2 kita x perasan, dah mop baru nmpk (4) sy seorg yg was was dan sering berulang2 difikiran sy. Jika sy abaikan persoalan sy spt contoh dlm soalan2 diatas, adakah dikira berdosa kerana melakukan perbuatan yg salah dan x bersuci dgn betul ?

message user image

Soalan: saya pergi ke suatu tempat dengan kawan saya kami melihat anjing yang sedang makan.anjing itu mengeluarkan makanan yang sudah di makan nya dan kawan saye memijak makanan tersebut selepas itu kami balik menaiki moto. apakah tempat pemijak kaki di moto itu bernajis

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya Mustakim Hamidun, berkhidmat sebagai guru tahfiz. Izinkan saya bertanya 2 soalan iaitu: (1) Apakah hukum bagi seseorang murid perempuan yang uzur (datang haid) memegang, membaca, menulis (tahriri), mengulang (muroja'ah), menghafaz al-Quran dan belajar al-Quran ketika ia uzur? adakah diberi kelonggaran dalam keadaan-keadaan tertentu terutama zaman belajar ini? (2) Ketika peperiksaan (exam) al-Quran, apakah hukumnya bagi murid perempuan yang uzur menyentuh ayat-ayat al-Quran di kertas peperiksaan? -Adakah dibolehkan murid tersebut memegang al-Quran, dan mengulang (muroja'ah) al-Quran ketika minggu peperiksaan ?

message user image

Soalan: Ustaz.boleh x kalau kita xde wuduk baca ayat al-alquran.tpi x pegang alquran. Just Pakai al-quran dalam fon saje. Sah ke ustaz? Terima kasih

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya, bagaimanakah menyucikan najis pada bilik air yang sedikit bertakung (air lambat turun)? Adakah lantai bilik air tersebut masih dikategorikan sebagai bernajis walaupun sudah disiram berkali-kali dan ain najis telah hilang? Kadang kala kami masuk ke bilik air tanpa memakai selipar dan keluar begitu sahaja. Apakah status lantai bilik air tersebut? Adakah telah suci ataupun sebaliknya?

message user image

Soalan: assalamualaikum.saya ingin bertanya tentang sedekah pahala baca al quran kepada si mati.sebelum ni seseorang pernah katakan kepada saya bahawa orang yg tidak lancar baca al quran tidak elok sedeqahkan pahala baca al qurannya kepada keluarganya yg telah meninggal dunia.hal ini kerana si mati akan merasa sakit nanti.adalah benar perkara ini?

message user image

Soalan: Saya menetap di luar negara. Untuk zakat wang simpanan ASB di Malaysia, boleh tak saya bayar online ke pejabat zakat di Malaysia atau saya kena bayar dinegara saya menetap?

message user image

Soalan: Assalammualaikum Datuk Mufti Soalan : Apakah status sebenar mengenai Selawat Kubro ? Ada yang mengatakan selawat tersebut di bawa khas dari langit oleh malaikat Jibril AS (Hadith An Nasaie), ada yang mengatakan selawat ni bukan di karang oleh manusia kerana ia di ajarkan oleh .Malaikat Jibril AS dan ada juga mengatakan selawat tersebut di karang oleh Imam Junaid al Baghdadi?

message user image

Soalan: Apakah amalan malam nisfu syaban itu bidah atau sebaliknya

message user image

Soalan: Adakah kaffarah puasa iaitu memerdekan hamba adalah sama dengan menjamin orang di dalam lokap?

message user image

Soalan: assalamualaikum..saya ingin bertanya (ketika berpuasa fardhu ramadhan) apa hukum jika seseorang itu telah melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa tetapi dia tidak tahu perkara itu membatalkan puasanya. setela mencari diinternet didapati perkara itu membatalkan puasanya. soalan : 1. adakah puasanya yg dilakukan sekrg batal atau masih boleh diteruskan? 2.adakah puasa sebelum ini tidak sah dan perlu diganti?

message user image

Soalan: kalau kita solat berjemaah imam tutak berapa betul baca Al Fatihah. bolih ke kita jadi mamum. bolih tuan jelaskan.

message user image

Slm tn, Masa wabak covid19.. Bolehkah front liner sperti kakitangan hospital solat jamak memandangkn mreka diarahkn btugas 24jam Dan wajib sntiasa pkai pkaian khas mreka yg ckup rumit nk pkai Dan buka.

message user image

salam ustaz maaf menggangu..harap ustaz dpt jwb...kwn sy ada bertanya kpd sy.dia dan isteri bergaduh dan dia telah memaki isterinye dgn perkataan “fuck off” dan berniat untk lepaskn isteri dia.dia bertanya kpd sy adakah “fuck off” tu lafaz kinayah dan bolehkah ustaz terangkn skali ciri ciri lafaz kinayah..kwn sy dtg ke rumah sy dan buntu..sy pon jahil tak tau mcm mana nk tlg

message user image

Assalamu'alaikum Ustaz, Saya minta sangat2 penjelasan daripada ustaz dlm bab kebersihan qubul sewaktu puasa,dalam hal ini saya keliru sama ada boleh atau tidak membasuh bahagian dalam muncung zakar bahagian hujung, sebagai contoh, membuka bahagian pintu keluar air kencing untuk membasuh, saya risau jika saya hanya basuh bahagian depan zakar saya, tidak dikira bersih lagi, dan saya risau jika membasuh bahagian hujung dalam zakar saya membatalkan puasa

message user image

Assalamualaikum.Saya nk tanya,adakah Mandi wajib saya dikira batal jika saya berniat membatalkannya tetapi saya terus batalkan niat itu kerana ingin menyelesaikannya pada ketika itu.

message user image

Soalan: Salam, soalan saya. Saya naik grab, penumpang grab yg turun sebelom saya bawa anjing di dlm grab. Perlu ke saya samak pakaian dn lain² sbb saya naik grab lepas penumpang yg bawak anjing tu?

message user image

Soalan: As salam. Sy ada beberapa persoalan yg agk pjg berkenaan fiqh najis dan taharah, yg kdg2 sy sering was2 dgn najis hingga rsa tergnggu ibadah perasaan mcm risau tk sah ibdah. 1) sy nk tnya jika sy terpegang najis seperti bulu anjing /khinzir dlm keadaan basah/berminyak. Sy tak sempat sertu, tp sy bsuh dgn air biasa kemudian pegang steering kereta dan pulg ke rumah bru sy sertu dgn sempurna. Jadi tiada masalah kn pd benda lain yg sy pegang sbelum itu kerana sy berpendapat tiada berpindh najis 2) Jika telah terguna berus bulu khinzir ketika cat rumah, adakah tak perlu buat apa-apa berkenaan dinding/pintu yang telah dicat kerana tidak tahu 3) Jika sy mempunyai perabot kayu (katil kayu contohnya) yg lama, kemudian sy tak pasti dicat menggunakan berus apa? Tpi sy khuatir sangkaan kuat dari berus bulu khinzir. So adakah sy perlu siasat kemudian sertu @ buang perabot tersebut. Jika buang membazir pula

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti, saya bekerja sebagai frontliner yang bertugas mengambil sampling untuk pesakit covid-19. Persoalannnya, adakah sah puasa orang yang diambil sample secara nasopharyngeal (sample diambil dalam hidung) atau oropharyngeal (sample diambil di tekak) sekiranya diambil sewaktu bulan ramadhan? Sekian, terima kasih

message user image

Soalan: Saya memakai seluar lain untuk tidur malam semalam Dan saya menukar seluar pada pagi sebelum subuh Hari ini.Malam ini,saya Baru sedar ada kesan air Mani pada seluar yang saya pakai pada malam semalam.Adakah solat saya sepanjang Hari ini tidak sah?

message user image

Soalan: Salam pihaktuan mufti. Saya baru start kerja sbg rider foodpanda. Hari ni sy terpaksa deliver makanan non halal (pork yee mee). Dijadikan cerita, makanan yg dalam bungkusan tu tumpah dalam beg foodpanda. Dan saya jdi panik masa tu. Sy alihkan makanan tersebut dan sy terpaksa sentuh handphone utk update status delivery. Beg tu boleh sy sertu. Tapi macam mna dgn phone dan power bank yg sy sentuh tu? Apa yg perlu sy lakukan?

message user image

Soalan: Bagaimanakah perlaksanaan solat sekiranya pergerakan sujud dapat dilakukan, tetapi selepas sujud tidak dpt duduk & duduk tahiyat kerana kaki tidak boleh dilipat. Adakah boleh ia naik duduk dikerusi (dari kedudukan sujud) dan turun semula dari kerusi utk sujud kedua. Atau ia perlu duduk terus dikerusi selepas ruku' tanpa perlu turun sujud walaupun ia boleh melakukan pergerakan sujud. Saya cari di utube, hanya menunjukkan cara solat dikerusi dgn andaian pergerakan sujud dan seterusnya tidak dapat dilakukan. Harap mendapat penjelasan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Beberapa minggu lepas saya mop lantai guna air sabun. Namun, pada lantai terdapat beberapa tompok tahi cicak. Oleh itu, adakah seluruh lantai menjadi najis? Disebabkan ragu-ragu, saya mop semula guna air biasa. Semasa saya mop, ibu saya berjalan, berkaki basah, dari kawasan yang saya tidak mop ke kawasan yang saya sudah mop. Adakah najis itu berpindah? Bagaimana pula dengan solat yang saya lakukan selama ini, adakah sah? Saya juga menjadi was-was dengan masalah ini. Saya selalu berasa berada dalam keadaan bernajis kerana tidak tahu sama ada status lantai tersebut bernajis atau tidak. Soalan saya: 1.Adakah seluruh lantai rumah saya bernajis? 2. KALAU lantai itu bernajis, adakah tempat-tempat lain turut bernajis kerana kami sekeluarga telah berjalan ke sana sini terutamanya selepas keluar tandas berkaki basah.Maksud saya, adakah najis itu berpindah? 3.KALAU lantai itu bernajis, adakah sah solat saya selama ini? 4.KALAU bernajis, adakah saya perlu mop semula dan membersihkan seluruh kawasan di rumah saya? Bagaiman caranya? Maaf kerana soalan agak berbelit. Mohon pencerahan dan jawapan.

message user image

Soalan: saya nak tanya tentang kafarah sumpah. soalan saya, contoh kalau ada orang buat 2 jenis sumpah. sumpah pertama, aku bersumpah tak akan merokok pada hari isnin. sumpah kedua, aku bersumpah tak akan merokok pada hari selasa. adakah kalau dia langgar kedua-dua sumpah ini, dia akan dikenakan 2 kafarah sumpah atau satu kafarah sahaja disebabkan dia bersumpah untuk tinggal perbuatan yg sama, cuma yang membezakan sumpahnya ialah hari sahaja.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya musykil adakah kotoran bawah kuku menjadikan mandi wajib tidak sah.Adakah saya perlu qadha balik solat setelah bertahun kerana tidak tahu kene buang kotoran bawah kuku.Kerana saya ingat air boleh masuk bawah kuku. itu sahaja sebab rasa terbeban sangat.Dan soalan kedua adakah tahi mata menjadikan wudhu tidak sah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai hukum memakan ikan rebus yang sewaktu membelinya di pasar tidak dibuang perut atau disiang, tetapi sebelum digoreng, telah disiang (buang perut dan mencuci kotoran lain). Jadi apakah hukum nya memakan ikan rebus tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Soalan 1: Senarai puasa yang wajib saya ganti semenjak tahun 2014 hingga tahun 2019 telah hilang, dan saya cuma ingat anggaran hari sahaja... Macam mana saya nak bayar fidyah hutang puasa memandangkan bilangan hari hutang puasa untuk setiap tahun tu saya lupa? (Ya Allah...jahilnya saya) Soalan 2 Boleh ke saya tunaikan bayaran fidyah saya ke tabung NGO OKU kenalan saya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum saya ingin bertanya soal haid. Saya kebiasaan haid 8-10 hari. Biasanya darah akan berhenti sekejap pada hari ke 8 dan akan datang semula pada hari ke 10 atau 11 dengan darah koko atau merah yang boleh dikatakan banyak dan berterusan. Apa yang meragukan saya adalah pada hari ke8, apabila ada sedikit sangat keputihan yang keluar membuatkan saya rasa perlu untuk saya mandi wajib. Situasi seperti ini boleh dikatakan berlaku pada setiap kali haid. Keadaan ini membuatkan saya was was untuk fikir waktu mana sepatutnya saya mandi wajib. Ada yang kata selepas sahaja keputihan keluar, perlu mandi wajib. ia agak meragukan kerana keputihan yang keluar terlalu sedikit dan darah yang keluar boleh dikatakan banyak dan juga berterusan... Mohan penerangan waktu yang paling tepat untuk saya mandi wajib. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah yang saya perlu lakukan sekiranya selama ini saya salah cara mandi wajib? Selama ini saya berniat tapi niat itu saya lakukan apabila saya sudah buka paip air dan sebelum saya membasuh kepala. Sedangkan apa yang saya dengar baru ini sebenarnya niat itu perlu dilakukan sebaik sahaja air terkena anggota badan yang pertama.

message user image

Soalan: 1) adakah air yang dijilat anjing di dalam kolam renang(swimming pool) dikira najis mughalazzah? 2) adakah barang2 yang terkena dengan bekas kaki terkena air liur/darah anjing(dah basuh guna air biasa tetapi tidak lagi disamak) perlu disamak?

message user image

Soalan: assalamualaikum. saya ada masalah was-was. bagaimana jika lantai yang terdapat tahi cicak di mop dengan air sabun. dan di mop di seluruh lantai rumah tingkat atas dan bawah. adakah seluruh lantai najis. bagaimana jika dicadar terdapat kesan mazi. saya tidur di atasnya dan berpeluh. adakah seluruh badan saya najis? bagaimana jika terdapat najis hukmiyyah di meja makan. kemudian ada botol air yang basah dan lain-lain yang basah seperti sos kicap di atasnya. adakah najis botol dan barangan lain itu? bagimana jika botol dan barangan-barangan yang basah itu di masukkan ke dalam peti ais. adakah seluruh peti ais itu najis?

message user image

Soalan: Salam, Jika seorang itu menyentuh najis lalu ragu jika tangannya basah atau kering, apakah hukumnya? Adakah benar jika sesuatu yang basah sangat sedikit seperti lembap, dan lalu menyentuh najis, hukumnya najis tidak akan pindah, jika tidak boleh dilihat dan bau? Saya sering was-was dan ragu-ragu, bagaimana boleh saya mengatasinya

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz.. Boleh saya tahu lebih lanjut tentang amalan membaca dan praktik yassin 7 mubin. Saya mendapat saranan dari kawan untuk mengamalkan yassin 7 mubin ini dengan tujuan untuk amal ibadat dan mempermudahkan urusan hidup terutama dalam perniagaan. Mohon pandangan ustaz

message user image

Soalan: As salam. Perlukan menyamak microwave yang pernah digunakan oleh orang kafir untuk memanaskan makanan yang tidak halal? bagaimanakah caranya?

message user image

Soalan: Salam ,saya ingin bertanya cth Kalo saya dah hbis datang period Dan selang bberapa Hari keluar lendir coklat tapi tidak Ada darah.Sah ker puasa n perlu ker Mandi wajib?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan soalan untuk menghilangkan perasaaan was was. Agak2 dalam 3 bulan lepas, ada seekor anjing telah masuk ke rumah saya, dan menggigit sepasang kasut di rumah saya, Tanpa saya sedari, saya telah terpegang kasut tersebut, tetapi kasut tersebut tidak ada kesan basahan atau apa2 kecuali rupa kasut yang telah dikoyakkan lalu saya beranggapan bahawa air liur anjing itu telah kering. Tetapi sampai sekarang saya was was sama ada tangan saya perlu disertu. Jika perlu, adakah beemaksud ibadah saya sebelum ini termasuk juga mandi wajib menjadi sia2 dan tidak sah? Adakah saya perlu mengganti kesemua solat itu semula dan melakukan mandi wajib semula setelah tangan saya disertu? Bagaimana pula dengan tempat2 yang telah saya sentuh sebelum tangan saya disertu? Saya harap tuan dapat menjawab persoalan saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz saya ingin bertanyakan mengenai hukum puasa.. Saya mengalami penyakit gusi berdarah dan gusi saya akan berdarah setiap kali bangun daripada tidur... Adakah sah puasa saya sekiranya saya tidur ketika berpuasa kerana penat dan tidak tahan mengantuk walaupun saya mengetahui bahawa gusi saya akan berdarah selepas bangun daripada tidur... Selalunya saya akan berkumur setelah bangun daripada tidur dan sekiranya masih terdapat darah saya telan juga kerana sudah tidak dapat dibersihkan lagi...

message user image

Soalan: Boleh kah saya bersedekah kepada makhluk Allah yakni kucingkucing berbanding dengan manusia.

message user image

Soalan: Assalam.. Saya nak tanya Saya telah melahirkan anak pada 5hb 3..pada hari ke 16 darah nifas dah kering Dan pada hari ke 30 darah keluar balik dan kering selepas beberapa hari Dan sekarang hari ke 52 darah keluar semula..adakah itu darah nifas @ darah haid??

message user image

Soalan: Suami saya seorang mualaf (hampir 30 thn) tapi tidak pernah belajar al quran. Beliau hanya menghafal ( menggunakan quran yg ada tulisan rumi). Baru2 ini shj timbul kesedaran utk belajar al quran secara online. Persoalannya dimusim pkp ini beliau menjadi imam solat isyak dan tarawih. Apakah hukum solat kami kerana bacaannya tidak betul dan tepat.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya ingin mendapatkan pandangan tuan mufti berkenaan dengan pengecualian berpuasa pada bulan Ramadhan kepada golongan yang mempunyai sakit kronik. Untuk pengetahuan tuan, saya menghidap sakit psoriasis, sejenis penyakit autoimun yang tiada ubat khusus sehingga kini. Baru-baru ini, saya menyertai satu group bagi rawatan alternatif psoriasis. Pengasas group tersebut selalu menasihatkan supaya badan mesti mempunyai air yang cukup kerana kekurangan air akan menyebabkan 'flare up' atau keadaan boleh bertambah buruk ke seluruh badan. Dia menasihatkan pesakit psoriasis kronik supaya tidak berpuasa sehingga betul-betul sembuh menggunakan rawatan alternatif tersebut. Dan mengikut testimoni, ramai pesakit yang sudah sembuh dan semakin baik menggunakan rawatan tersebut. Soalan saya, adakah seorang pesakit psoriasis kronik dibolehkan untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. nk tanya psl fidyah sikit boleh . 1. Jika kita x ingt n xpasti berapa hari dan tahun kita meninggalkn puasa dr umur baligh sehingga skrg mcm mn nk buat byrn fidyah dan ganti puasa. 2. bagaimana kiraan fidyah yg melangkau tahun?

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya nak bertanya apakah hukum nazar saya. Saya bernazar “Kerana Allah aku mewajibkan ke atas diri aku menginfakkan RM 200 yang akan diberi kerajaan (duit bantuan pelajar IPT) kepada Surau Al-Ikhlas sekiranya penyakit dalam badanku ini sembuh harini (iaitu pada 2 Ramadhan lepas). Saya menyatakan sembuh pada hari itu (25 April 2020) tetapi, saya masih seperti biasa. Saya juga merasa biadab ke atas Allah kerana menentukan waktu atas nazar saya

message user image

Soalan: 1.Solat berjemaah. Sekiranya selepas habis solat imam tak perasan ada cat dikakinya, apakah tidak sah solat berjemaah itu. 2.Bagaimana pula sekiranya salah seorang makmum ternampak kaki imam ada cat ketika sedang solat, namun makmum tu was2 nak bg tau sebab sedang solat. Dan makmum hanya trnampak tanda hitam contohnya. Apabila habis solat makmum tu bagi tahu pada imam. Sekiranya benar itu adalah cat adakah imam dan makmum kena ulang balik solat mereka?

message user image

Soalan: Assalam, tuan sy ingin bertanya.. Bolehkah puasa kifarah sumpah digabungkan dengan puasa di bulan Ramadan.. T. Ksh, assalam.

message user image

Pertanyaan: Askm ..sy nk tanya apakah hukum bila kita pakai kasut yang diperbuat drpd material halal ..tetapi kilang itu juga dia ada juga mengeluarkan material kasut yg tidak halal..adakah kasut tersebut sy perlu sertu juga???terima kasih

message user image

Assalamualaikum.. Saya mempunyai seorang abg yg istimewa,terencat akal akibat demam panas ketika waktu kecil. Sekiranya saya berkahwin,bagaimana perbatasan aurat isteri saya ngn abg saya yg istimewa ni.. Mohon pencerahan ats isu ini..

message user image

Soalan: Abang saya mendengar satu ceramah di Ipoh yang mengatakan bahawa jika bertadarus bersama dengan orang yang tidak lancar bacaannya maka semua ahli kumpulan tadarus itu tidak mendapat pahala tadarus...hanya mendapat pahala mengaji sahaja..Adakah ini benar.Terima Kasih

message user image

Soalan: Saya terbeli kasut kulit yang mana tapak alas dalam ada campuran kulit babi. Bahagian lain tidak terlibat. Adakah saya perlu buang bahagian alas dalam tersebut dan lakukan samak pada kasut tersebut. Sayang nak buang sebab mahal. Mohon jawapan. Tq

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya kamal ingin bertanyakan beberapa soalan, 1.Saya penjawat awam,dan tugas hakiki saya ialah sebagai pemain pancaragam (brassband) dan saya dibayar gaji untuk tugas tersebut Apakah hukumnya? 2.Jika saya ingin keluar daripada pasukan pancaragam mungkin saya akan dihantar ke tempat lain,iaitu jauh daripada kampung, kerana jabatan anti kepada mereka yang keluar daripada unit tersebut. 3.Dikediaman saya juga,saya dilantik sebagai imam surau,Saya ingin keluar daripada unit pancaragam untuk berhijrah ke arah yang lebih baik,tapi mungkin saya akan ditukarkan ke tempat yang jauh,Apakah pandangan datuk mufti Sekian terima kasih...

message user image

Soalan: Kebiasaan normal saya akan menembak air dalam lubang dubur sebab rasa bersih dan puas selepas habis semua yang ada keluar. Persoalanya, batalkah apabila saya melakukannya di siang hari semasa berpuasa apabila saya terlupa saya berpuasa dan juga batalkah apabila saya melakukannya walaupun saya ingat saya berpuasa kerana itu adalah kebiasaan normal saya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya telah berkahwin tetapi isteri saya duduk berjauhan dengan saya atas sebab pekerjaan. Oleh kerana keadaan kami maka kami telah melakukan bersetubuh/berjimak di bulan puasa beberapa hari. Disini saya ingin membuat pertanyaan kepada ustaz mengenai kafarah. Seperti yang terdapat pada website JAIS, saya dapati kafarah adalah: 1. Memerdeka seorang hamba (sudah tiada) 2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah, 3. Memberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi. Saya telah mencuba untuk berpuasa selama 2 bulan berturut-turut tetapi saya tidak mampu. Oleh itu saya ingin mencuba cara ke 3 iaitu memberi 60 orang miskin makan. 1. Disini saya ingin mengetahui bolehkah saya membayarnya secara online dengan kadar semasa nilai secupak di Pusat Zakat Selangor? 2. Apakah saya perlu membayar kaffarah mengikut bilangan hari yang telah kami melakukan persetubuhan tersebut atau mengikut bilangan tahun yang telah kami lakukan? Diharap pihak tuan dapat memberi jawapan kepada persoalan saya ini.

message user image

Soalan: Cara ambil wuduk ketika tangan kiri berbalut kerana cedera

message user image

Soalan: Jika seluar dijilat anjing...terus lupa disamak..kemudian ahli keluarga tidak sengaja meletakkan baju tersebut di mesin basuh untuk dicuci bersama baju lain..apa hukum dia??perlukah samak keseluruhan baju?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya ada beberapa soalan untuk ditanyakan, beberapa bulan yang lepas, ada seekor anjing telah kencing pada tayar dan rim kereta saya. Saya hanya membiarkan sahaja ia kering sendiri secara alami ketika saya balik ke kampung dan bergerak ke beberapa tempat. Dan kemudiannya saya parking kereta saya di dalam garaj kereta. Persoalan saya; 1) adakah saya perlu membersihkan tayar dan rim saya? Kerana saya bimbangkan sistem brek saya akan rosak jika terkena air tanah. 2) Adakah najis mughalazah yang terkena pada rim dan tayar kereta perlu disertu, walaupun kita membiarkan ia kering secara alami? 3) Selang seminggu kalau xsilap saya musim hujan telah melanda di kawasan rumah saya dan air hujan telah terkena pada kereta saya yang diletakkan dalam garaj termasuklah rim dan tayar. adakah saya perlu membersihkan kawasan garaj saya sekali dengan air tanah? 4) saya ingin mencuci kereta saya, jika saya tersentuh rim dan tayar saya yang telah beberapa bulan saya biarkan najis tersebut hilang secara alami, perlukah saya untuk membasuh tangan saya dengan air tanah juga?

message user image

Soalan: Saya baru beberapa bulan berkahwin dan telah bersetubuh bersama isteri di siang hari waktu bulan ramadhan. Apa maksud kaffarah puasa. Dan bagaimana hendak melangsaikan denda. Mohon bantuan.

message user image

Soalan: Boleh ke melakukan ujian Pap dalam bulan Ramadan? Adakah ia membatalkan puasa?

message user image

Soalan: Saya ada masalah kentut. Jadi apabila rasa nak kentut ketika solat, saya akan membatalkan solat saya dengan mengeluarkan angin kentut dan mengambil wudhu yg baru. Adakah perbuatan menghentikan solat seperti ini dibenarkan? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Boleh fidyah diberikan di kalangan adik beradik yang susah atau hanya dibenarkan pada orang lain yang tiada pertalian

message user image

Soalan: Saya bekerja Di sektor awam manakala isteri tidak bekerja. Anak saya meminta izin untuk membayarkan fitrah saya Dan isteri. Adakah dibolehkan? T.Kasih

message user image

Soalan: Saya berniat untuk bercukur rambut botak ketika melakukan umrah tetapi tidak melakukannya. Adakah saya perlu membayar dam akibat tidak melakukannya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakalah lebih afdhal melakukan solat sunat terawih atau solat qadha kerana saya telah meninggalkan solat sejak baligh sampai umur 16 tahun. Adakah saya harus melakukan solat qadha atau solat terawih terlebih dahulu

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan. Sering kali kita atau orang lain pergi ke kedai gunting untuk bergunting rambut . Dalam proses itu tukang gunting menggunakan berus untuk membersihkan rambut yang melekat dibahagian kepala dan sekitarnya . Berus itu tak diketahui sama ada dari rambut manusia atau bulu haiwan . 2. Soalan saya ; apa hukum kita gunakan berus tu ? adakah memadai kita membersihkan diri kita seperti biasa ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum YBhg SS Dato' Mufti, Saya ada beberapa soalan yang telah lama terpendam untuk diajukan kepada SS: 1.Dalam solat-solat sunat, apa hukum membaca solawat penuh selepas syuhadah (hingga innaka hamidum majid). 2. Dalam solat-solat sunat, perlukah saya (apa hukumnya) membaca surah selepas Al-fatihah seperti dalam solat fardhu? 3. Sebagai musafir, saya ingin bersolat jamak tetapi ingin menyertai jemaah mukim yang hendak memulakan solat berjemaah. Bolehkah saya ikut mereka mendirikaan solat mengikut rakaat mukim (contoh zuhur 4 rakaat) dan kemudian saya sambung sendiri dengan solat asar qasar 2 rakaat? 4. Dalam solat jamak-qasar contohnya maghrib dibawa ke isyak, sebagai musafir, saya juga ingin menyertai solat tersebut secara berjemaah tetapi tidak pasti imam akan memulakanya dengan solat isyak atau maghrib. Waktu pada masa itu adalah Isyak. Bolehkah saya memasang niat solat pertama mengikut andaian saya sahaja (maghrib) dan apakah kesannya jika didapati selepas itu imam sabenarnya telah memulakan dengan solat isyak? Atau apakah yang sepatutnya saya lakukan dalam hal ini? 5..Benarkah sekiranya kita mandi wajib boleh sekali berniat untuk wudhu? Bukankah semasa madi kita perlu merataka air (dengan tangan) ke seluruh tubuh termasuk kemaluan. Ini akan sendirinya membatalkan wudhu yang hendak diambil 6. Benarkah sekiranya kita mandi wajib boleh sekali berniat untuk wudhu? Bukankah semasa madi kita perlu merataka air (dengan tangan) ke seluruh tubuh termasuk kemaluan. Ini akan sendirinya membatalkan wudhu yang hendak diambil.

message user image

Soalan: Arwah ayah saya telah berkahwin dgn ibu tiri sy, adakah batal wuduk antara saya dan cucu lelaki ibu tiri saya?

message user image

Soalan: Bolehkah sy bersalam dgn ayah saudara sebelah suami saya?

message user image

Soalan: السلام عليكم ورحمةالله وبركاته Saya ada soalan tentang aqiqah untuk bayi. Bayi saya meninggal dunia pada umurnya 53 hari dan saya belum sempat melakukan aqiqah untuknya. Dan atas kejadian itu, saya mendapat sumbangan berupa wang ringgit dari orang ramai. Soalan saya, bolehkah saya melalukan aqiqah untuk bayi saya yang meninggal itu menggunakan duit sumbangan tadi?

message user image

Soalan: 2 pertanyaan : 1. Saya mengikut mazhad syafie tapi saya ada pergi satu masjid tidak pasti location and mereka dirikan solat asar pada pukul 5.30 pm ikut mazhab hanafi. Olehitu, disebabkan terlambat, saya join solat jemaah tersebut. Adakah solat saya sah? 2. Saya ada masalah tidak teratur aliran kencing so semasa hendak sujud air kencing terkeluar sikit . Adakah solat saya sah and wudo saya?

message user image

Soalan: Adakah sah wudhu/mandi wajib jika terdapat kesan esen pewarna makanan pada kulit / kuku?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang sesuatu. Dahulu pernah pagar rumah saya tidak ditutup dengan rapat sewaktu hujan. Kemudian ada dua ekor anjing masuk. Di luar porch hingga laluan ke pagar adalah lantai tile. menurut kawan kepada kawan saya tidak perlu disertu melainkan kalau nampak anjing itu menjilat lantai ataupun berak di situ. Jika jalan sahaja walaupun lantai basah menurutnya tidak perlu disertu. Kemudian setelah beberapa lama saya tengok ada video seorang ustaz dan apa yang saya jika anjing itu basah atau permukaan yang disentuhnya itu basah maka perlu lah disertu. Sekarang sudah lamanya saya biarkan dan hujan sudah beberapa kali turun kena lantai tersebut. Juga mak saya selalu menyiram pokok-pokok yg berada di porch tersebut menggubakan pili. Maka sudah beberapa kali lantai tersebut basah setelah kering. 1) Adakah najis dari anjing yg berjalan/duduk di kawasan porch tersebut telah berpindah-pindah sewaktu permukaan basah dan dipijak pijak oleh orang lain? 2) adakah saya sertukan lantai luar porch tu sahaja sudah memadai? 3) ataupun perlukah saya sertukan seluruh rumah termauk di dalam rumah kerana tidak tahu sekiranya najis ada berpindah apabila ada ahli keluarga mungkin terpijak berkaki ayam atau sentuh lantai semasa lantai tersebut basah?

message user image

Soalan: Bolehkah seorang anak yg duduk serumah dgn ibubapa membayar zakat fitrah utk dirinya dan kedua ibubapanya yg masih berkemampuan UTK membayar zakat UTK keluarganya. Adakah bayaran zakat si anak itu sah atau si bapa perlu membayar semula.

message user image

Soalan: Sekiranya kita perlu qado solat yang bnyk(20 tahun)...adakah haram kita lakukan solat sunat selagi kita belum habis qado solat?

message user image

Soalan: Dalam kedaan berpuasa saya telah membersihkan faraj dgn memasukkan jari ke dalam lubang faraj. Ini saya lakukan kerana jika tidak selepas solat sy akn dapati seluar dlm sy berbau hancing. Apakah ada rukhsah dlm hal ini atau ia membatalkan puasa saya kerana memasukkan jari bagi tujuan memmbersihkan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan tentang darah haid. Kitaran darah haid saya teratur tetapi akibat pengambilan ubat (prednisolone) darah yang keluar pada minggu tersebut menjadi putus-putus dan keluarnya darah tidak mencukupi sehari semalam. Hanya tompok merah keruh kelihatan sekali sekala. Perlukah saya teruskan solat dan berpuasa ramadhan seperti biasa ? Adakah ianya di kira darah haid, istihadah atau darah rosak. Saya yakin itu adalah darah haid mengikut pengiraan kitaran darah saya tetapi saya masih keliru.

message user image

Soalan: Assalamualaikum warahmatullah Ustaz/Ustazah. Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan solat Isyraq dan solat Dhuha. 1. Apakah perbezaan Di antara Solat Isyraq Dan Solat Dhuha 2. Bilakah waktu untuk Mula solat Isyraq Dan solat Dhuha ? 3. Saya pernah mendengar berkenaan waktu diharamkan bersolat iaitu Pada tepat waktu syuruk. Boleh uStaz terangkan dengan lebih lanjut.

message user image

Soalan: Salam. Nak tanya kalau saya bekerja di KL dan ulang alik menaiki train dari senawang. waktu pulang bekerja dalam pukul 6.30 ptg, saya akan menaiki train pulang ke senawang. Jika waktu maghrib masuk sewaktu dlm perjalanan dan saya smpi ke senawang waktu maghrib sudah habis, boleh ke saya jamakkan ke isyak? Soalan kedua: Katakan saya pulang bekerja awal sedikit, saya dapat sampai ke rumah sblm waktu maghrib habis tapi tinggal brp minit untuk masuk isyak, boleh ke saya jamak atau sy perlu solat mcm biasa?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai fidyah. Saya tidak mengingati jumlah puasa yang tidak diganti sejak akhil baligh kerana ada yang telah saya ganti dan ada yang tidak diganti kerana kejahilan saya dahulu. Oleh itu, bagaimanakah pengiraan fidyah dalam situasi tersebut? Tambahan pula, bolehkah fidyah dibayar secara ansuran? Kerana saya masih lagi seorang pelajar dan saya malu untuk meminta wang daripada ibu bapa saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya hukum seorang penjawat awam yang mengambil harta kerajaan untuk kegunaan rakyat. Contohnya, seorang pegawai farmasi mengambil ubat paracetamol untuk jirannya yg demam. Ubat ini memang untuk indikasi demam. Dengan ilmu pegawai berkenaan, ubat tersebut tidak disalah guna. Walaubagaimanapun, prosedur untuk mendapatkan ubat tersebut dari fasiliti kkm adalah tidak tepat di mana jiran tersebut sepatutnya perlu berjumpa dengan pengamal perubatan, diberi preskripsi ubat dan baru kemudiannya ubat diberikan kepada pesakit (jiran). Dari sudut pandang yang lain, tindakan pegawai tersebut afalah untuk membantu jiran tersebut yang sakit bagi mendapat rawatan dengan cepat kerana jika pesakit tersebut ke hospital / klinik kesihatan, itulah ubat yang akan diberikan. Dalam hal ini, adakah pemberian pegawai tersebut adalah haram? Bagaimana pula hukumnya sekiranya watak jiran diubah kepada ahli keluarga pegawai berkenaan?

message user image

Soalan: adik lelaki sy ambil ank angkat lelaki bby tersebut d susu oleh isterinya jd dgn kami adik beradik batal ke air sembahyang

message user image

Soalan: Assalamualaikum, sekiranya terdapat discaj/ keluaran berwarna coklat sebelum keluar darah haid adakah discaj itu dikira sebagai haid?

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya mengenai haid.. Setelah sy dtg haid selama 10 hari. Suci selama 7 hari kemudian keluar semula darah tetapi sedikit.. Apakah klasifikasi darah tersebut. Bolehkah sy menunaikan ibadah spt biasa. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, apakah hukum perempuan bujang yang tidak beruban dan tidak mempunyai masalah rambut mewarnakan rambut dengan inai? Dan rambut perempuan tersebut hanya ditatap oleh dirinya dan ahli keluarga sahaja. Sekian.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya mempunyai beberapa pertanyaan mengenai masalah haidh. Saya berumur 18 tahun. Haidh saya kebiasaannya selama 9-10 hari. Pada bulan Ramadhan 2020 tahun ini, saya telah haidh selama 15 hari tetapi darah haidh yang keluar hanyalah setitis dan tidak banyak pada hari hari yang seterusnya. Pada mulanya saya tidak yakin kerana haidh saya sangat sedikit seperti darah istikhadah. Tetapi disebabkan saya sudah hampir sebulan tidak didatangi haidh, maka saya menganggapnya sebagai darah haidh. Pada hari ke 21, hari ini 26/5/2020 saya telah mengalami 'haidh' yang berwarna merah & banyak. 2 hari sebelum kejadian ini, saya sudah mengalami simptom haidh (sakit pinggang) yang biasa saya alami sebelum ini apabila saya akan haidh. Persoalannya 1. Mana satukah dianggap masa haidh saya? 2. Jika haidh saya sebenarnya pada 26/5/2020- adakah saya berdosa kerana menganggap 15 hari pada bulan Ramadhan lalu sebagai haidh?

message user image

Soalan: Salam Ustaz. Soalan saya: Saya adalah pemastautin tetap di Johor Bahru. Pada bulan puasa yg lepas,saya ada buat kerja di Batu Pahat,Johor sehingga waktu berbuka.Waktu berbuka di Batu pahat berbeza beberapa minit lewat dari Johor Bahru.Ketika waktu berbuka alarm talipon saya telah azan(waktu Johor Bahru) sedangkan saya berada di Batu Pahat.Waktu itu saya benar2 tak teringat tentang perbezaan waktu berbuka berkenaan, Saya telah berbuka mengikut waktu berbuka Johor Bahru sedangkan saya berda di Batu Pahat. Adakah saya perlu mengQadakan puasa saya..?

message user image

Soalan: Asalamualaikum. Saya masih keliru tentang air basuhan najis. Contohnya, apabila saya bermimpi dan air mazi terkeluar dan terkena cadar dan selimut saya, sebagaimana yang kita tahu bahawa ianya najis dan ketika saya membasuhnya, air yang jatuh selepas membasuhnya itu dikira najis atau tidak jika terkena seluar saya atau lantai. Dipendekkan cerita, air cucian yang sudah digunakan itu najis atau tidak, dan perlukah saya cuci seluar saya selepas terkena ia. Maaf ya jika bahasa tak berlapik. Dan jika air mazi itu air kencing bagaimana pula. Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam. Saya nk tnya tentang puasa ganti & puasa sunat.Apa hukum nya jika seseorang itu sudah niat puasa ganti sebelum subuh, tapi dia masih 50 50 samada ingin puasa ganti shj, atau digabungkn dengan puasa sunat (contohnya : puasa 6 dlm bln syawal). Lalu, berkumandangkan azan subuh. Adakah puasa ganti itu tidak sah kerana menjelang subuh, dia masih belum jelas dengan niat samada ingin digabungkan dgn puasa sunat atau tidak. harap mufti dpt jwb soalan ini, walaupun agak remeh?? Terima kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukumnya menulis kalimat Allah Muhammad pada dahi jenazah menggunakan minyak wangi? Mohon juga sumber jawapan tuan? Jazakallah

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apa hukum kalau beli insurans kad kesihatan konvensional? Sebab kad kesihatan takaful memang murah tapi bila masuk hospital, kita kena bayar co-takaful atau deductible amount. Dah la kita ni memang cukup makan je nak bayar takaful murah tiba-tiba masuk hospital kena bayar lagi. Tujuan beli sebab nak elak kene keluar duit lebih kalau masuk hospital. Yang konvensional murah dan tak perlu bayar apa2 kalau masuk hospital.

message user image

Soalan: Saya seorang pegawai marin kapal . Di mana saya bertugas daripada pukul 6 ptg hingga 6 pagi . Semasa bertugas , saya tidak dapat tunaikan solat , kerana keselamatan kapal , di bawah tanggungjwb saya slm tempoh waktu tersebut . Jd saya ingin tahu , bagaimanakah saya boleh qada kan solat saya ? Semasa kapal tidak belayar , di mana status saya bukan musafir

message user image

Soalan: Sah atau tidak solat apabila niat menjadi imam kpd ibu yg sudah tua yg kadang kala dia mendahului perbuatan imam

message user image

Soalan: Salam, saya ada soalan berkaitan darah haid. Tempoh haid saya ialah 7 hari. Tetapi, walaupun dah lebih 15 hari, darah saya masih tak henti. Darah saya berwarna gelap dan pekat. Saya mula haid pada 2 Mei 2020 dan sampai sekarang 31 Mei 2020 darah saya tidak henti keluar dan darahnya sikit dan berwarna gelap. Adakah ini masih dikira haid atau istihadah? Sebab dah lepas tempoh minimum 15 hari suci kan? Selepas tempoh 15 hari tu, saya dh mula solat mcm biasa. Tapi sekarang dah nak masuk 2 Jun 2020, so saya tak tahu sama ada saya perlu solat atau tidak sebab dh dekat sebulan. Saya tak tahu nak terangkan macam mana, saya cuma nak tahu, perlu ke saya solat dan adakah saya dalam tempoh haid? (Sebab dah nak masuk bulan Jun)

message user image

Soalan: assalamualaikum Saya ingin bertanya baju yang tekena haid telah dicampur dengan baju yg biasa untuk di cuci menggunakan mesin basuh manual. Saya telah mencampurkannya dengan air sabun telebih dahulu baru dibilas dengan air biasa.(warna air di dalam mesin basuh tidak berubah akibat dari najis ) Soalan saya adakah pakaian pakaian di dalam mesin dikira suci dan boleh dibawa untuk beribadah? mohon penjelasan. terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum.Maaf jika saya banyak bertanya.Saya ada soalan.Saya membasuh tangan saya di tandas .Kemudian saya menghidu tangan saya kerana risau ada bau najis.Tetapi sebelum itu saya tidak buang air besar atau kecil.Semata mata basuh tangan sahaja.Saya hidu tangan saya kerana saya memang alami was was teruk,saya risau ada najis pada paip atau kepala paip. Saya dapati tangan saya bau seperti najis.Saya membasuh hidung dan tangan saya kerana hidung saya terkena tangan semasa menghidu tadi.Saya membasuh hidung sekadar menyapu air beberapa kali manakala saya basuh tangan dengan betul.Saya juga cuci kepala paip saya.Selang beberapa minit,Saya ingin hidu hidung saya dengan lap pada tangan dan dapati bau najis masih ada,dan saya lap sekali lagi dan hidu,tiada pula bau.Hal ini mendatangkan was was.Saya hindari was was dengan lap tangan saya di baju .Adakah baju ,tangan dan hidung saya bernajis?Saya tidur dan adakah cadar saya bernajis kerana baju saya?Saya solat tetapi telah salin baju adakah solat saya sah kerana risau badan saya terkena najis yang ada pada baju.

message user image

Soalan: assalamualaikum wbt saya ingin bertanya tentang hukum upacara fidyah solat yang biasa dilakukan generasi lama.. sebab ada ahli kariah mintak kami pegawai masjid untuk lakukan perkara tersebut terima kasih..

message user image

Soalan: Di dalam keadaan lepas hujan saya terpijak najis anjing. Kemudian saya gosok selipar saya pada tanah dan kemudian saya basuh dengan gosok pada lopak air berdekatan. Kemudian saya masuk ke dalam kereta. Adakah najis tersebut sudah dikira hilang dan adakah najis tersebut berpindah ke karpet kereta saya?

message user image

Soalan: Assalammualaikum, Saya ingin bertanya mengenai mandi wajib..Setelah selesai mandi wajib, saya telah pun mengelap badan saya..Selepas itu saya merasakan tidak yakin kepada sesetengah bahagian tubuh saya tidak mengenai air. Saya menyambung kembali mandi wajib saya hanya pada badan bahagian badan yang saya tidak yakin.. Adakah ini sah mandi wajib saya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ..adakah wudhuk terbatal jika bersalaman dengan isteri selepas solat?

message user image

Soalan: Salam, Saya ingin menanya bab najis dimaafkan. Saya susah untuk mencari jawapan untuk soalan saya. Jika kita menyentuh najis yang dimaafkan contohnya darah yang amat sedikit, lalu membuangnya dan tangan kita tidak mempunyai ain najis lagi, tetapi belum disucikan. Lalu tangan yang (mungkin basah) menyentuh barang-barang lain, adakah barang tersebut juga najis, walaupun tidak dapat dilihat? Jika di dalam telinga, mempunyai luka dan kita menyucikannya, adakah memadai untuk cuci mana yang zahir sahaja atau haruskah kita masukkan air ke dalam telinga?

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya pernah bersumpah atas nama Allah tapi dalam keadaan terpaksa. Adakah sumpah itu dikira? Situasi saya begini, Saya menjemur pakaian saya di dalam dorm agar cepat kering. Kemudian,ustaz saya ternampak yg saya jemur baju basah saya di dalam dorm. (Disebabkan saya sorg semua kena dan kitorg pun mmg tak dibenarkan jemur pakaian basah dalam dorm) lepastu ustaz saya suruh satu asrama bersumpah atas nama Allah agar tidak menjemur lagi pakaian basah di dalam dorm,jika kami melanggar sumpah ini,kami dan keluarga akan >menerima azab/dilaknatmenerima azab/dilaknat (lupa yg mana satu). Mohon penjelasan adakah sumpah itu dikira walaupun sebernarnya saya dan kawan2 saya semua tak rela.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Selepas saya bertaubat. Adakah saya wajib gantikan solat dan puasa yang saya tinggalkan dengan sengaja selama puluhan tahun? Allah S.W.T itu maha pengampun, kenapa saya perlu ganti sedangkan Allah boleh memaafkan. Ia membuatkan saya pening, kerana ada ustaz kata wajib ganti solat dan puasa. Dan ia membuatkan saya susah hati juga kerana terlalu banyak yang perlu dikerjakan sementara saya belum hafal makna didalam bacaan solat saya. Jika saya tahu bahawa solat saya tidak diterima jika belum fahami makna didalam bacaan, apatah lagi perlu ditambah gantikan solat dan puasa yang beribu-ribu saya tinggalkan. Ia membuatkan saya rasa islam yang dikatakan mudah tidak mudah lagi bagi orang-orang seperti saya. Saya lihat rakan-rakan seperti saya juga banyak yang putus asa. Tidak adakah jalan mudah bagi kami untuk bertaubat? Bagaimana pula dengan hadis yang mengatakan ada seorang manusia yang membunuh seribu orang kemudian dia bertaubat dan masuk syurga. Dia tidak menggantikan pun solat dan puasa dia, malah dia masuk syurga tanpa masuk neraka. Mohon penjelasan dan maaf jika ada tersalah kata.

message user image

Soalan: assalamualaikum mufti 1. adakah tahi cicak dikira najis yang dimaafkan?sesetengah ustaz kata dimaafkan sesetengah kata tidak. saya keliru mahu ikut yang mana satu. 2. jika tahi cicak termasuk dalam air yang kurang dua qullah adakah air itu dikira najis. sesetengah ustaz kata tidak najis selagi tidak berubah sifat 3. saya ada terpegang sesuatu yang kelihatan seperti tahi cicak lalu saya membasuhnya di sinki. rupa rupanya itu adalah benar benar tahi cicak. saya risau kerana air basuhan itu terpercik merata rata hingga ke pakaian dan luar sinki. adakah dikira najis? adakah saya perlu membasuh sinki itu?

message user image

Soalan: Pertanyaan mengenai jamak. Saya bergerak ke kg 200km selepas Isyak pada hari rabu dan ingin pulang semula hari isnin pagi selepas subuh.. Boleh kah kami membuat jamak sepanjang di kampung?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, adakah hingus kucing dikira sebagai najis? Jika terkena pada pakaian bolehkah pakaian itu dibawa solat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Beberapa tahun lalu, adik saya ada bernazar untuk sembelih kambing sekiranya dia berjaya dalam interview kerja. Adakah boleh sembelih kambing (nazar) tu dia buat untuk kenduri kahwin contohnya. Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya Nora'aini dari Putrajaya. Saya ada kemusykilan berkaitan aqiqah. Kalau saya tidak dapat buat aqiqah 3 org anak sy kerana ada masalah kewangan masa tu. Anak sy dah berumur 15 dan 12 tahun. Perlu kah saya buat aqiqah utk anak2 saya sekarang?.. Sekian, Terima kasih

message user image

Soalan: Saya menangi saham dari sebuah syarikat bernilai Rm30,000(contoh) adakah saya perlu bayar zakat dn adakah perlu tunggu cykup haul(setahun).t.k

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan..boleh kah di kongsi 1 bahagian korban kepada 5 orang. Contoh.3500 ÷ 7= 500 jadi 1 bahagian 500 boleh ke di kongsi kepada 5 orang jadi seorang kena bayar 100 seorang harap pihak tuan boleh beri penjelasan.trima kasih

message user image

Soalan: Saya pernah dengar ceramah ustad abdul somad.. beliau berkata " batal wudhuk jika lelaki bersentuhan tangan dengan perempuan, meskipun tidak bersyahwat. Mengikut mazhab imam syafie" pertanyaan saya.. kalau saya pegang tangan ibu kandung saya batal atau tidak? Atau adik perempuan saya tersentuh tangan ayah saya batal atau tidak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah. Saya Ahmad Syazwan Bin Samdin berumur 29 tahun. In sha Allah pada Disember ini saya ingin bernikah. Soalan ini pernah saya bertanyakan pada ustaz kenalan dan mendapatkan jawapan tapi sehingga hari ini masih saya rasa tidak berpuas hati. Pada 2007, umur saya 17 tahun (tingkatan 5) saya telah pergi mengerjakan ibadah umrah bersama-sama kedua ibu dan bapa. Kami pergi di atas agensi baru (milik kawan ayah saya) dan ternyata agensi tersebut kurang berpengalaman kerana kami tidak menerima latihan/kursus yang mencukupi sebagai persediaan di mana kami banyak melakukan kesilapan dan hanya bergantung kepada kenalan umrah yang berpengalaman. Setibanya di mekah, kami terus melaksanakan ibadah umrah (tawaf kali pertama). Untuk maklumat, kami memasang niat ihram di madinah. Sewaktu tawaf saya telah terlanggar kaki seorang wanita India dan berasa was-was terhadap wuduk saya maka ketika itu saya bertanyakan soalan kepada ibu saya. Waktu itu saya tidak mengetahui mengenai tidak boleh bercakap sewaktu tawaf (mungkin telah disampaikan tetapi saya leka kerana masih remaja). Akhirnya ibu saya pun terpaksa bercakap untuk meneruskan sahaja mengikut mutawif kerana takut ketinggalan. Selepas selesai umrah pertama itu, kami ada melaksanakan ibadah umrah beberapa kali lagi sepanjang masa kami di sana dan cuba melaksanakan sesempurna yang mungkin. Soalan saya, apakah hukum bagi kejadian tersebut? adakah saya masih tidak putus ihram lagi sehingga kini kerana tawaf pertama saya terbatal? Jika tidak putus adakah bermakna pernikahan saya pada Disember nanti akan tidak sah? Apakah yang perlu saya lakukan? Dan apakah hukumnya juga bagi ibu saya? adakah dia juga masih tidak putus ihram sehingga ke hari ini? Soalan yang kedua, saya ada tabiat suka menarik bulu kening yang kadang-kadang saya tak perasan melakukannya dan saya telah terbuat perbuatan itu sewaktu dalam ihram. Saya telah rujuk kepada ketua rombongan untuk membayar dam tetapi dinyatakan bahawa perbuatan saya itu dikira sebagai tidak sengaja. Benarkah dan apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Sy ada buat cucian dirumah org bukan islam yg bela ANJING. 1) perlu ke saya samak tangan yang kena air masa perah air sambil mop lantai. Sebab pada fikiran saya, lantai rumah & bilik tidur telah dipijak anjing yang berada dalam rumah itu walaupun lantai keadaan kering. 2) selepas saya cuci lantai bilik mandi. Baru orang yg bela anjing maklumkan pada saya. Kadang kadang dia mandikan anjing dalam bilik mandi. Perlukah saya samak tangan, kaki dan peralatan yang terkena air cucian lantai? Sebelum itu, sy ada lihat lantai basah,tak pasti bekas mandian anjing dia atau tidak. Tolong saya. Saya runsing nak letakkan situasi saya perlu samak atau tidak.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Mohon ustaz boleh tolong jawab soalan saya ini, 1) Bolehkah fidyah dibayar secara ansuran contoh fidyah yang ditinggalkan tahun 2017 sudah dibayar penuh.. kemudian bulan depan baru bayar fidyah untuk tahun 2018 2) Kalau boleh bayar secara ansuran fidyah itu, boleh tak saya qadha puasa ikut fidyah yang telah dibayar.. contoh dah bayar fidyah tahun 2017 kemudian qadha puasa untuk tahun 2017. Walaupun ada lagi fidyah yg belum dibayar pada tahun 2018 dan diqadha puasanya untuk tahun 2018. 3) Kalau saya dah bayar fidyah tapi tidak sempat nak qadha puasa sampai ramadhan berikutnya kerana perlu qadha puasa yang banyak.. Adakah saya perlu membayar fidyah sekali lagi bagi qadha puasa yang tertinggal lama dan banyak sebelum ini. Jika ustaz dapat menjawab soalan saya ini.. di doakan semoga ustaz dan keluarga sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

message user image

Saya ingin bertanyakan persoalan berkenaan solat Jumaat pada PKPP. Sekiranya masjid ada syarat maksimum jemaah dan membuat aturan bahawa jemaah kena beratur (walk-in) and atas dasar first come first in, dan diketahui umum kawasan masjid mempunyai jemaah (2 atau 3 kali ganda dari had 500 orang). Soalan saya sejauh mana ikhtiar yg perlu dilakukan supaya kita tidak dikira berdosa kerana tidak berusaha untuk memasuki masjid dan solat jumaat tersenut? Adakah saya perlu pergi dan cuba beratur panjang sehingga saya diberitahu secara bersemuka bahawa masjid sudah penuh atau sekadar saya cukup saya menghantar borang dan tunggu keputusan masjid? Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan cara membersihkan najis cicak yang telah kering tetapi terdapat kesan melekat di lantai. Bolehkah saya buang dengan tiau basah dahulu sehingga hilang kesan tersebut, kemudian menjirus sedikit air mutlak dan dilap sehingga kering? Perlukah diulang beberapa kali?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Adakah berdosa untuk seorang isteri membuat solat hajat & istikharah setiap hari agar Allah mendatangkan jodoh kedua yg dapat memberinya kebaikan di dunia dan akhirat?. Ini adalah kerana saya telah puas berdoa dan berbincang dgn suami agar dia berubah tetapi sebaliknya dia tetap tak dpt membimbing sy kearah suami yg diredhai Allah malahan menjalinkan hubungan mesra dengan perempuan lain secara rahsia. Solat hajat sy adalah disebabkan sy nak elakkan konflik dlm rumahtangga, dan utk tidak mahu mendedahkan isu atau aib dlm rumahtangga pd keluarga sy n keluarga suami, sy sgt menderita setiap hari dan berharap Allah memberi kebahagiaan pd sy dengan mendatangkan jodoh dgn cara yg ajaib, niat sy adalah untuk menyelamatkan diri saya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sekian terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, Saya ada kemusykilan. Ibu saya yang berumur 71 tahun jatuh dan patah Tulang peha kanannya disember lepas. sejak dari itu ibu saya hanya berada di atas katil & wheelchair dan memakai lampin dewasa. Saya menguruskan ibu saya sendiri. Alhamdulillah sekarang sudah boleh berjalan 10 tapak mengguna tongkat kaki empat, tapi masih lagi memakai lampin dewasa. Soalan saya, Boleh kah ibu saya teruskan solat dengen memakai lampin dewasa yang belum ditukar? Kerana malam biasanya tukar 2-3 kali selepas Isyak. Petang juga 2 kali. kalau nak ditukar lampin dewasa 5 kali diwaktu subuh ke isyak campur 2 kali malam agak banyak bagi kami. Saya tidak tukar selagi ibu saya tidak buang air besar. Selalunya pagi pukul 7 sekali dan sebelum zohor sekali. jadi asar magrib & Isyak itu saya akan memakai lampin dewasa. Tolong beri penjelasan jika apa yang saya buat ni adalah salah.

message user image

Adakah sah zakat yang diberi kepada anak2 yang belum baligh yang sedang belajar. Anak2 tersebut ditinggalkan oleh bapa dan dijaga oleh ibu yang tidak mampu dan ditanggung oleh datuk.

message user image

Salam, Saya ingin bertanya, adakah sah hukum kami solat jumaat sekiranya jumlah makmum 50 org pelajar tingkatan 5, lbh kurang 30 org ustaz/guru dan penduduk kuaters. Ada yang ragu kerana jumlah penduduk Kuaters hanya sekitar 10 org sahaja. N pelajar tidak dikira bermastautin. Mohon pencerahan pihak tuan. Untuk makluman, kami solat di masjid sekolah. Jazakallah

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya sedang mengalami isu untuk menentukan haid dan istihadah selepas nifas. Soalan saya, berapa tempoh minimum suci selepas nifas untuk menentukan haid seterusnya. Dalam kes saya, 10 hari selepas nifas 60 hari saya sudah didatangi haid dan darah tersebut berlarutan buat jangka masa yang agak lama dan tidak tetap. Sentiasa keluar darah. Sudah ke klinik atas faktor kesihatan namun bagaimana menentukan haid dan nifas. Mohon pencerahan.

message user image

Soalan: Apakah hukum seorang lelaki tlh melakukan persetubuhan dgn pasangannya slps waktu sahur dlm bln puasa.Kmd dia telah terlewat bgn sehingga terlepas waktu subuh kmd tidak berpuasa keesokkan harinya. Apa yg perlu dilakukan oleh pasangan tersebut setelah menyesali perbuatannya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, sekarang ini sudah mula timbul sesetengah wanita menginaikan kening, jadi apakah hukum inai kan kening tersebut. Terima kasih.

message user image

Soalan: Biasa buat solat Sunat sblm subuh. Nak buat to terlupa. Terus solat subuh. Perlu Tak batalkan solat subuh buat solat Sunat dulu seperti kebiasaanya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang apa yang perlu saya lakukan sekarang ini dengan pakaian saya yang telah lama dibasuh dan terkena najis tahi cicak pada masa yang lalu akibat kejahilan ilmu agama.Saya tidak mahu memindahkan najis ini kepada orang lain kerana saya tidak mahu ibadah orang lain dan saya sendiri tidak diterima oleh Allah S.W.T.

message user image

Soalan: Adakah Sembahyang sunat jenazah ketika pertama kali ziarah kubur ?

message user image

Soalan: Asalamua'laikum Ustaz. Saya ada soalan, sekarang ni saya sedang hadapi satu masalah. Dinding dan lantai di bilik saya ada tahi cicak. Ayah saya mengecat bilik saya. Saya ingatkan tahi cicak termasuk salah satu najis yang dimaafkan. Jadi saya tidak alirkan air ditempat yang terkena najis. Saya hanya hilangkan ain najis saja. Saya baru tahu tahi cicak termasuk najis yang tidak dimaafkan kalau sedikit selepas saya mendengar ceramah tentang najis. Soalannya, adakah dinding di bilik saya semuanya jadi najis. Sebab ayah saya mengecat bilik dan terkena tempat yang ada najis. Adakah najisnya berpindah juga? Kalau saya nak basuh bilik saya ianya satu hal yang mustahil, sebab bilik saya tiada lubang. Jika saya basuh satu bilik, nanti banjirlah bilik saya. Dalam hal ini, bolehkah saya mengikuti mazhab lain yang mengatakan tahi cicak tidak najis. Sebab saya ni termasuk orang yang mudah terkena was-2 dalam bab najis. Saya mohon jawaban ustaz. Saya tak nak terkena was-2 saya dah penat. Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam Pejabat Mufti Selangor. Jika download software crack atau download lagu/movie/apa2 secara crack untuk kegunaan peribadi tanpa komersial adakah doa tidak dimakbulkan? hadis kata doa tak makbul makanan, minuman, pakaian haram. Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam mufti, Saya ada bernazar untuk memberi qurban 1 lembu jika selesai majlis perkahwinan saya. Sekarang saya dah selamat kahwin, dan ingin membayar nazar tersebut. Bolehkah saya memberi qurban seekor lembu di luar negara dan bukan dalam negara

message user image

Soalan: Salam, Dalam tempoh pkpp ini solat jumaat berjalan tetapi kapasiti terhad. jika suami saya telah ke masjid tetapi kapasiti sudah penuh dan tidak dibenarkan masuk adakah dia berdosa? ini kerana, disebabkan kerja dia hanya boleh keluar pada waktu rehat. dengan ini apakah: 1. dia perlu cari masjid lain sehingga dapat masjid yg boleh dimasuki untuk solat jumaat? walaupun jauh? 2. dia perlu untuk keluar seawal mungkin contoh seawal sejam sebelum waktu untuk pastikan dapat memasuki masjid? terima kasih. saya harap kemusykilan saya dapat dijawab.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wt. Sa ingin bertanya tentang mandi nifas. Begini, sya sudah mempunyai 3 org anak termasuk 1 kandungan yg dikeluarkan karana kandungan anggur(bukan anak tapi daging dirahim)dikeluarkan seperti melahirkan. Soalan saya disini ialah saya belum pernah mandi nifas..saya keliru. Tolong bantu saya. Sekian tmkh

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Di pasaran sekarang, terdapat alat yg dinamakan menstrual cup, digunakan bg menggantikan tuala wanita. Alatnya diperbuat dr getah atau silikon lembut berbentuk cawan, yg akan dimasukkan melalui lubang faraj dan akan sealed kawasan keluar darah, dan akan menakung di dalam. Jika nak dibersihkan, hanya menarik dan menuangkan darah ke dlm tandas. Soalan sy, apakah wanita yg istihadhah yg menggunakan menstrual cup ini boleh berwudhu seperti biasa dan solat seperti biasa tanpa perlu berwuduk tiap kali hendak solat, kerana darah tidak keluar, cuma menakung di dalam. Terima kasih.

message user image

Soalan: Jika seseorang mengangkat tangan dari anggota wudhu,ia akan menjadi musta’mal. Sunnah rasulullah semasa membasuh kaki,baginda menggunakan jari kelingking untuk membasuh di celah-celah jari kaki,adakah boleh mengangkat tangan untuk memasukkan jari dicelah-celah jari kaki atau tidak? Bagaimana pula untuk membasuh janggut yang panjang,bolehkah mengangkat tangan dari muka?

message user image

Soalan: Soalan: Assalamualaikum. Di sini saya ingin bertanyakan soalan tentang solat musafir. Situasinya begini: saya ingin bermusafir dari kuala lumpur ke kelantan. Jangka hari permusafiran saya ialah selama 7 hari. Sekiranya saya bertolak pada hari sabtu malam dan sampai di destinasi pada hari ahad pagi. Jadi adakah hari ahad tersebut dikira hari perjalanan dan adakah pada hari tersebut saya boleh melakukan solat musafir walaupun sudah tiba di destinasi yang dituju? Kemudian pada hari pulang ke kuala lumpur semula, bagaimanakah cara untuk saya melakukan solat musafir? Adakah saya boleh solat di tempat permusafiran saya atau bagaimana? Jazakallah khairan katsir ☺

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak tahu tentang hukum najis anjing. Begini, rumah sewa yg kami duduk ni takde pagar. 1 hari lepas pukul 12 pagi, saya ada diruang tamu. Terdengar bunyi anjing yang kuat sangat dibahagian beranda rumah. Dan anjing tersebut melanggar barang yang saya tak pasti barang apa. Di situ ada robok kasut yg sering menjadi tempat tidur stray cat. Kemungkinan anjing ternampak kucing2 tersebut ke tidak saya tak pasti sebab saya ada dalam rumah. Bila buka pintu takde dah anjingnya. Jadi tak nampak anjing buat apa, pijak dimana. Persoalannya disini, anjing datang dalam keadaan hujan. Jadi ada beberapa tompok air yang disyaki tapak kaki anjing, dilantai. Setelah saya cek, tong sampah hitam khas untuk beranda ni juga ada kesan air. Mcm terselet gitu. Kemungkinan anjing terlanggar dan bergesel dengan tong tersebut. Barang lain saya tak pasti anjing langgar atau tak. Jadi perlu atau tak saya sertu lantai dan tong sampah? Barang lain yg disyaki dilanggar tu perlu sertu tak?

message user image

Soalan: Boleh kah sy jamak dan kasar semasa sy nak lakukan operation

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya status kasut saya selepas kencing di tandas kerana saya khuatir saya terpijak air kencing saya.adakah ia najis atau tidak.saya ada penyakit was-was yang kronik.Mohon pencerahan

message user image

Soalan: Saya pergi bercuti pada hari khamis,jumaat dan sabtu di pulau dan pulau tersebut tiada masjid ,jarak rumah dri pulau tidak sampai 2marhalah,jadi saya nak tau apa hukum tinggalkan solat jumaat kepada kaum lelaki?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada masalah kentut faraj yang serius ketika solat.. (tidak dapat tahan) kadang kadang saya sendiri confuse sama ada yang alami itu kentut faraj atau tidak.. Wudhuk ambil berkali kali.. Ia benar benar menganggu saya.. Bagaimana hukumnya ?ada dengar jika ia tidak dpt ditahan dan berlaku dgn kerap dianggap penyakit dan tidak membatalkan solat.. Minta pencerahan.. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya mohon penjelasan berkenaan ibadah korban. Baru2 ini saya ada usulkan kpd staff2 saya utk melakukan ibadah korban. Tetapi mereka tidak cukup wang tapi ingin melakukannya. Mereka maampu membayar sebahagian drp harga korban. Saya cadangkan kpd mereka, mereka bayar berapa yg merrela mampu dahulu dan selebihnya saya akan dahukukan dan dibayar bulanan ikut kemampuan mereka. Mereka bersetuju. Saya telah pun mendaftarkan 5 orang staff saya ini. Tiba2 ssaya terfikir adakah tidak salah cara saya ini? Adakah ibadah korban mereka sssah?.Saya ada memberitahu mereka. Sekiranya salah seorang dr kami meninggal dahulu, saya halalkan semuanya. Tapi bayarlah selagi masih hidup. Harap penjelasan dr pihak tuan seceat mungkin.Terima kaasih

message user image

Soalan: Berkaitan dalam solat , saya syak tertinggal duduk antara dua sujud dan sujud kedua pada rakaat ketiga , maka saya bertindak menambahkan 1 rakaat sebagai ganti kepada kesilapan saya itu . Hanya selepas sehabis solat saya mengetahui cara sebetulnya untuk menggantikan kesilapan saya itu . Apakah sah solat saya awal tadi dan apakah hukumnya jika tidak tindakan apa yg perlu diambil jika membuat kesilapan dalam solat dan menggantikannya dengan menambah rakaat?

message user image

Soalan: Dlm tempoh musafir tetapi kita sudah sampai ke destinasi dan tiada masalah kekangan waktu, bolehkah kita jamakkan solat?. Cthnya dah sampai ke rumah ibu dan kita hanya goyang kaki, boleh ke jamak solat? Sedangkan solat ibadat yg sgt pentingkan waktu. Di Malaysia kebanyakan ustaz kata boleh dan ada kata sunat menyebabkan ramai org solat jamak dan qasar sekali sepanjang tempoh musafir dan dan dah tiada kekangan waktu dan biarkan waktu solat berlalu begitu shj sbb nak solat jamak. Solat qasar, saya jelas. Tapi solat jamak seperti yg diamalkan sekarang menimbulkan keraguan.

message user image

Soalan: Assalammualaikum,persoalan sy adalah,selepas 10 hingga 15 minit saya mandi wajib, sy sedar kuku tangan kanan sy ade hitam hitam.sy pun sudah berwuduk dan br selesai solat.soalan sy,adakah benda hitam tu menyebabkan mandi wajib sy tidak sah dan masih boleh kah sy hanya membasuh kuku selepas sy sedar yg terdapat kotoran di kuku saya

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya soalan peribadi. Saya seorang perempuan. Dulu saya selalu tonton video yang ada bahagian tidak senonoh dan menaikkan syahwat saya. Saya tidak ada memasukkan apa-apa ke dalam kemaluan saya tetapi sering ada cecair yang keluar. Sudah bertahun saya lakukannya. Pada ketika itu, saya tidak tahu cecair apa yang keluar itu kerana kekurangan ilmu pengetahuan, dan teruskan saja solat. Baru-baru ini, saya ada buat carian mengenai air mani. Katanya, air mani adalah apabila kita berasa lesu setelah terangsang dengan syahwat, dan ianya keluar memancut. Bagi kes saya, ya saya berasa lesu walaupun saya tidak memasukkan apa-apa ke dalamnya, tetapi ianya tidak keluar memancut. Jadi, saya bingung, 1. Adakah ianya air mani? 2. Adakah sah solat saya selama ini? Saya tidak mandi wajib kerana saya tidak tahu ianya air mani. Saya mohon agar pertanyaan saya dijawab. Saya sudah buntu. Macam-macam carian sudah saya cari. Dan tak tahu nak bertanya di mana lagi.

message user image

Soalan: Saya ada berkorban pada tahun ini. Ada kah tidak boleh memotong kuku dan rambut pada 1 Dzulhijah. Dan sampai bila kan tempoh larangan tersebut.

message user image

Soalan: Salam. Saya mahu tanya. 2 minggu yang lepas, kawan saya yang bukan islam baru saja makan daging babi untuk lunch. Kemudian, beliau memegang saya, air liur beliau terludah di atas ipad saya ketika beliau bertutur, dan surgical mask beliau (the one facing her mouth) touched my ipad. Adakah saya perlu samak diri saya dan ipad saya?

message user image

Soalan: apakah hukum jika seseorang tidak berniat ihram di miqat kerana tertidur atau terlupa? dan apakah hadis yang berkaitan serta dam yang akan dikenakan terhadap orang yang melakukannya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya diberitahu oleh jiran Saya bahawa pagar rumah Saya telah disondol babi hutan. Sebelum Saya mengetahui perkara tersebut, Saya telah menyentuh pagar tersebut dan kawasan-kawasan lain sekitar dan didalam rumah Saya. Adakah saya perlu sertu pagar rumah saya dan kawasan-kawasan yang saya telah sentuh?

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya mengenai cara untuk menunaikan nazar. Contoh sekiranya nazar saya adalah untuk memberi orang atau anak yatim makan, haruskah saya lafazkan kepada orang yang nak diberi tersebut atau boleh diniatkan di dalam hati ketika membuat pembayaran. Sekiranya saya ingin membayar nazar tersebut dengan cara menghantar makanan ke rumah anak yatim, adakah saya perlu melafazkan kepada pembuat makanan/penghantar makanan tentang nazar itu atau cukup dengan niat sahaja tanpa perlu didengari oleh penghantar makanan tersebut. Ataupun adakah perlu saya pergi juga ke rumah tersebut untuk melafazkan bayar nazar itu?

message user image

Soalan: Saya memakai ubat ketuat untuk menghilangkan ketuat di kaki. Sifat ubat ini adalah melekat di kaki oleh kerana fungsinya untuk mematikan sel ketuat. Dan ubat ini jika dipakai ia akan melekat selama beberapa hari. Soalan saya, adakah sah wuduk saya jika saya menggunakan ubat ini dan mengambil wuduk. Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya tak pasti semasa selepas lahir dahulu ibu bapa saya aqiqahkan saya atau tidak. Kalau dilihat kemampuan ibu bapa saya ketika kecil besar kemungkinan sy belum diaqiqahkan. Mana yg lebih afdal sempena eidul adha tahun ini sy aqiqahkan diri sy atau buat qurban?

message user image

Soalan: saya ingin penjelasan berkenaan sulam korea yang di lakukan oleh farratica medispa & hair salon, pihak mereka mengatakan sulam korea yang di gunakan adalah berbeza dengan sulam bedak lain kerana mereka tidak "tanam" untuk kekal cerah tetapi menggunakan vitamin untuk rawat kulit dari dalam dan hanyalah bersifat sementara

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada soalan nak bertanya berkenaan air mazi. Air mazi ni ialah najis mutawasitah kan. Oleh itu, kalau saya melakukan onani atas tilam, adakah air mazi dan air mani yang keluar bersih dan adakah saya perlu bersihkan tilam dan selimut saya? Ataupun cukup dengan hanya merenjiskan air mutlak dekat kawasan yang diyakini terkena air mazi dan air mani?... Kalau air mazi yang dah kering, adakah masih perlu cuci tilam ataupun tidak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum WBT, saya was was kerana semalam saya beristinja sebelum mandi dan solat maghrib. Selepas selesai mandi, solat maghrib dan isya’ saya terbau tangan dan ada bau yg kurang menyenangkan. Adakah itu dikira najis dan perlukah saya solat qadha dan basuh semua benda yang saya sentuh. Dan lagi satu soalan , saya terlalu was was dalam hal ibadah, wuduk, najis sampai kadang2 saya rasa gelisah bila nak solat. Apa kah cara yang perlu saya buat untuk hilangkan was was ini?

message user image

Soalan: Macam mana dam untuk orang yang melanggar larangan ihram yang sama berulang kali ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti. Saya ingin bertanya apakah hukumnya bagi seorang wanita membuang anak rambut yang tumbuh dengan banyak di bahagian dahi?

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Tuan, saya ingin bertanya tentang cara mengambil wuduk dengan muka yang mempunyai jerawat yang masih berdarah. Saya pernah terbaca yang darah jerawat adalah najis yang tidak dimaafkan apabila terkena air. Jadi, adakah apabila saya mengambil wuduk dengan jerawat yang bernanah dan berdarah itu, (walaupun setelah cuba dihilangkan najisnya) air wuduk itu akan menjadi najis? Bagaimana saya perlu mengambil wuduk? Mohon pencerahan

message user image

Soalan: Sekiranya saya telah berniat kurban pada tahun ini perkara makruh dibuat adalah memotong kuku ,rambut dan seangkatan denganya jika dibuat dengan segaja, persoalanya sekiranya saya bekerja sebagai pegunting rambut adakah saya berbuat perkara yang makruh ? Minta pencerahan

message user image

Soalan: Assalamualaikum, ustaz saya nak tanya pasal hukum sikit. Saya ada parut jerawat yg sangat besar di muka saya, parut ni memang sangat besar membuatkan saya malu untuk berhadapan orang lain setiap hari. saya dah cuba macam2 cara untuk pudarkan seperti laser treatment tapi dia tak hilang. Jadi saya ad jumpa produk liquid microskin yg mana dia boleh tutup warna gelap parut2 saya di muka supaya dia kurang kelihatan. produk ni memang digunakan oleh mangsa2 kebakaran dan lain2 untuk tutup parut atau cacat cela. produk ni dia mcm second skin yang mampu ‘camoflage scar’ dan dia boleh tahan selama dua hari sebelum kena apply balik..dia waterproof jadi dia tahan lama. Tapi persoalan saya boleh tak saya nak guna produk ni setiap hari dan saya takut wudhu saya tak sah sebab liquid ni waterproof.Saya memang kena pakai mekap ni dan biar dia kekal untuk beberapa hari(2 hari)untuk tutup parut saya ni.Harga produk ni sangat mahal untuk saya apply dan reapply dgn kerap. Saya sgt memerlukan produk ni untuk kembalikan keyakinan diri dan tak malu berjumpa dengan orang setiap hari. saya harap produk ni dapat membantu saya kerana sebelum ni saya sangat depressed berkaitan parut ni. produk ni dia hanya mampu tutup tona warna dan dia macam meresap ke kulit tanpa nmpak saya macam pakai mekap.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya keliru soal puasa sunat Nabi Daud. Saya difahamkan bahawa sekiranya kita berpuasa pada hari Jumaat, kita perlu menggabungkan dengan hari Sabtu atau Khamis. Bagaimana pula dengan puasa sunat Nabi Daud? Sekiranya saya bermula pada hari Isnin, pasti akan jatuh pada hari Jumaat. Patutkah saya gabungkan dengan Khamis/Sabtu ataupun tidak perlu?

message user image

Soalan: Adakah sah solat jumaat seseorang itu sekiranya dia datang pada Masa imam sudah berada di rakaat yang kedua.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada satu soalan. Adakah cecair jernih yang keluar daripada kulit seperti gelembung air pada kulit dikira najis?

message user image

Soalan: Sah atau tidak mandi wajib dan solat fardhu seseorang itu sekiranya terdapat sedikit sabun terselit di cuping telinga setelah sejam baru dia tersedar...mohon penjelasan ustaz..tkasih

message user image

Soalan: Salam ustaz. Saya punyai permasalahan mengenai haid. Kebiasaannya kitaran haid saya tetap, di mana hari 1-7 datang haid & suci dari hari 8 hingga ke 24 (kadangkala hingga 28) sebelum haid seterusnya. Bagaimanapun, baru baru ini saya dapati kesan setitis atau sangat sedikit warna coklat seakan2 darah lama yang keluar pada waktu berikut a) hari ke 14,15,16 b) hari ke 23,24 dan kemudiannya keluar darah seperti haidh pada hari ke 25 Persoalan saya seperti berikut a) apakah kesan coklat pada hari 14,15 itu haid dan 16,23,24 itu istihadhah? b) Pada hari ke 25, apakah itu haid atau istihadhah? Kerana melalu bacaan, tempoh minima suci dari haid adalah 15 hari tetapi sifat darah yang keluar pada hari ke 25 itu sama seperti haid saya yang biasa (warna & tempoh 7 hari)

message user image

Soalan: Setiap bulan kita digalakkan berpuasa 3 hari berturut-turut iaitu pada 13, 14 dan 15 haribulan Hijrah yang dipanggil hari-hari putih Untuk bulan Zulhijjah, tarikh 13 haribulan adalah hari terakhir bagi hari-hari tashrik yang diharamkan berpuasa padanya. Bolehkah saya berpuasa hari-hari putih bagi bulan Zulhijjah hanya untuk dua hari iaitu 14 dan 15 haribulan Zulhijjah kerana tarikh 13 haribulan Zulhijjah diharamkan berpuasa?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya ada seorang ayah tiri. Saya juga faham tahu batas aurat dengan ayah tiri saya. Cuma saya musykil batas aurat saya dengan datuk tiri saya iaitu bapa kepada ayah tiri saya. Saya keliru kerana ibu saya sering mendesak saya bersalam dengan datuk tiri saya ini pada setiap kali perjumpaan. Begitu juga batas aurat saya dengan adik beradik lelaki ayah tiri saya. Mohon penjelasan daripada Ustaz.

message user image

Soalan: Apa hukum wanita pakai cincin jari tengah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Apakah hukum solat sunat selepas Asar? Maksud saya seperti solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Telah saya teliti beberapa forum jabatan agama tetapi jawapan mengelirukan saya.

message user image

Assalamualaikum saya nak bertanya tumit saya pecah dan ada kotoran hitam adakah perkara ini menghalangkan air ketika wudhu adakah lubang tumit pecah boleh menyebabkan tidak masuk air dan adakah perkara ini dimaafkan syarak kerana sering berlaku dan tidak dapat dielakkan harap tuan dapat menjawab soalan saya kerana saya was was tentang isu ini

message user image

Soalan: Assalamualaikum, adakah saya Perlu mandi wajib selepas melakukan ujian pap smear?

message user image

Soalan: Salam. Saya nak bertanya berkaitan solat jamak & qasar. Saya menetap di johor bahru. Kampung saya di batu pahat, jarak lebih kurang 110km (lebih 2 marhalah). Soalan saya, sekiranya saya pulang ke kampung pada hujung minngu (jumaat, sabtu, ahad), adakah saya dibolehkan untuk solat jamak dan qasar sepanjang saya berada dikampung selama 3 hari itu? Sekian terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya pernah berlaku masalah cirit birit yang teruk menyebabkan ada cecair seperti mukus yang keluar dari dubur saya pada keesokkan harinya. soalan saya ialah adakah cecair yang keluar dari dubur saya itu najis dan perlukah saya membasuh semua tempat yang saya duduk seperti kerusi dan seat kereta. mohon penjelasan kerana saya mengalamai penyakit was was yang agak teruk.

message user image

Soalan: Asalamualaikum ustaz.jika kita tersentuh baja tanaman yang kita tidak pasti sumber nya samada dari najis haiwan ayam kambing lembu atau babi. Perlu kah tangan disamak. Jika semasa samak dan terpercik2 adakah bahagian terpercik jugak diwajibkan samak?

message user image

Soalan: Bolehkah saya memakai rantai yg mempunyai bentuk kaabah dan dibawa masuk dalam bilik air

message user image

Soalan: Salam, sy ada 1 persoalan. Kakak sy telah berkahwin dgn duda anak 3 yg masih belum baligh.Sy ingin bertanya adakah sy perlu menjaga aurat dgn anak tiri kakak sy? Adakah ibu sy juga perlu menjaga aurat dgn cucu tirinya? Untuk makluman, kakak sy sdg hamil ank bersama suaminya.

message user image

Soalan: Salam, saya ingin bertanya adakah bila terkena bulu babi di tangan ketika kemalangan kereta, bulu bersentuhan dengan jari ketika memeriksa kaedaan kereta , kemudian saya terus memandu kenderaan , selepas tiba di rumah baru saya sertu tangan , kejadian pada 2017, sekarang saya terfikir dan was-was adakah kenderaan saya bahagian dalam seperti stereng,gear dan lain2 jugak kena sertu? Sudah lama kejadian menghantui saya . Mohon pencerahan. Bulu babi tak melekat di tangan cuma tersentuh .

message user image

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh. Saya mempunyai soalan tentang bagaimana najis boleh berpindah. Sebagai contoh, jika bekas tupperware yang bernajis (kering tetapi sedikit berminyak), adakah najisnya akan berpindah ke bangku/kerusi yang juga kering tetapi sedikit berminyak? Selain itu, di bangku tersebut, tidak ternampak oleh mata kasar kesan yang jelas bahawa ada najis yang berpindah. Cumanya di bangku itu terasa sedikit berminyak, saya ragu-ragu apakah kesan berminyak ini adalah dari bekas bernajis itu atau tidak. Kerana bangku itu memang sedikit berminyak walaupun sebelum tersentuh dengan bekas itu. Terima kasih. Wassalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada soalan mengenai najis cicak. Terdapat najis cicak yang sudah kering pada tilam. Adakah saya perlu membersihkan tilam dengan air mutlak atau cukup membuang najis cicak tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada soalan. Ada anjing berkeliaran di kawasan rumah saya dan anjing tersebut menggunakan kawasan bersimen sebagai laluan mereka. Saya risau kerana kami juga sering menggunakan kawasan itu. Adakah saya perlu basuh laluan itu dengan 7 kali basuhan?

message user image

Soalan: Apakah hukum percikan air halus ghusalah (hukum air percikan basuhan najis) sekiranya ianya terpercik pada getah paip bahagian muncung getah paip keluarnya sumber air tersebut? Saya nak tahu bagaimana hukumnya. Dikira najis atau dimaafkan?

message user image

Assalamualaikum wb Ayam kampung di rumah saya di bawa lari anjing liar ... tetapi dia terlepas dan balik ke rumah dengan luka. Kami nak sembelih ayam itu. Soalan nya adakah perlu di samak dulu ayam itu sebelum sembelih sebab terbabit dengan anjing ? Sekian terima kasih Wassalam

message user image

Soalan: Bulan lepas saya Last period 7/7/20 dan kemudian datang haid pada 2/8 - 9/8 tapi datang putus-putus macam pagi keluar darah selepas itu, hilang sekejap tetapi keluar dengan kuantiti sedikit, kadang-kadang keluar darah hanya malam saja, pagi tiada, tetapi tarikh 2/8-9/8 tu saya tidak memakai pad, jika pakai pad memang darah tidak lekat pada pad, darah yang keluar seperti lendiran coklat dan lendiran darah, selepas10hb baru haid dgn kuantiti yang banyak beserta sengugut sehingga hari ini 17/8 sudah mencecah hari ke 15. Adakah itu dikira darah istihadhah atau masih haid?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya mempunyai persoalan berkaitan dam umrah. Saya berharap tuan dapat membantu menyelesaikan keraguan dan kerisauan saya. Semasa umrah pertama saya mempunyai masalah angin dan saya telah mengambil wuduk beberapa kali, sebelum saya melakukan tawaf saya cuba menahan angin tetapi saya was-was jika wuduk saya terbatal sewaktu saya bergerak tetapi saya tetap meneruskan umrah saya kerana saya cuba melawan perasaan itu. Kemudian saya melakukan umrah yang kedua dan Alhamdulillah semuanya sempurna. Tetapi setelah saya pulang ke Malaysia, saya rasa tak sedap hati memikirkan bagaimana jika umrah saya yang pertama itu tidak sah kerana saya keliru, penat dan sebagainya. Hati saya kuat mengatakan saya memang ada mengeluarkan angin sewaktu itu. 1. Persoalan saya sekiranya umrah pertama saya tidak sah, dan diantara umrah pertama dan kedua itu saya ada melakukan larangan ihram, dan saya tidak membayar dam, adakah saya masih dalam ihram setelah saya pulang ke Malaysia? 2. Sekiranya saya bercerai dan berkahwin tanpa membayar dam, adakah perceraian dan perkahwinan saya sah?

message user image

Soalan: assalamualaikum, apakah hukum melafaskan wakaf dengan bercakap bersedirian tetapi tidak melaksanakan wakaf tersebut dan tidak rela untuk mewakafkan hartanya tetapi terlafas di mulut, adakah wajib melaksanakan wakaf tersebut

message user image

Soalan: Assalamualaikum, di sini saya ada satu pertanyaan. Mak cik saya baru sahaja menjalani pepmbedahan kecil dan selepas pembedahan itu, Doktor menasihati agar mak cik saya mengurangkan penggerakkan selama beberapa jam. Oleh sebab itu, mak cik saya terpaksa membuang air didalam lampin pakai buang buat sementara waktu. Disebabkan dia perlu mengurangkan penggerakan, maka amat sukar baginya untuk menukar lampin tersebut untuk mengerjakan solat. Bolehkah dia menjama'kan solat magrib kedalam solat isyak kerana dia hanya dibenarkan untuk bergerak seperti biasa selepas jam 9 mlm.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, adakah boleh menghentikan solat fardu serta merta jika terdengar bunyi siren kecemasan di pasaraya. Walaupun masih sempat untuk menghabiskan solat fardu.

message user image

Soalan: Assalamualaikim. Saya ada soalan mengenai anjing. Ada seekor anjing yang melalui kawasan rumah saya (simen) . Simen itu kering dan tiada kesan tapak kaki yang ditinggalkan anjing tersebut. Adakah saya perlu membasuh dengan 7 kali basuhan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya sedang belajar tentang bab taharah dan mempunyai kemusykilan. Saya tahu najis dimaafkan termasuk darah, nanah sedikit. Tetapi, saya juga lihat bahawa ianya tidak dimaafkan jika termasuk air atau cairan. Jikalau hidung mempunyai sedikit kudis yang mempunyai sedikit darah dan ianya bercampur dengan hingus, adakah seluruhnya bernajis? Haruskah saya membasuh segala yang saya sentuh lepas tangan terkena hingus itu?

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum. Tuan, seperti sedia maklum, terdapat syarat2 untuk mengiktiraf sesebuah masjid sebagai masjid contohnya tanah itu tanah wakaf. Oleh itu, walaupun Surau Diri Jumaat, ia tidak dikira masjid. Pertanyaan saya adalah, ada surau diri Jumaat, di mana kawasan beranda/balkoni dimana menurut fahaman saya ia tidak dikira kawasan masjid kerana 1)Surau diri Jumaat; dan 2)ia adalah beranda. namun, terdapat jemaah yang menunaikan solat Jumaat (di kiri dan kanan imam, namj di luar surau) sedangkan pintu untuk masuk ke surau adalah dibelakang makmum itu. dengan erti kata yang lain, bagi menuju ke Imam, makmum perlu berundur ke belakang atau pusing ke belakang. Keadaan ini adalah menurut fahaman saya adalah tidak sah jemaah kecuali berundur bagi menuju imam adalah dalam kawasan masjid.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada soalan berkaitan najis mughallazah. Yg sedia diketahui najis mughallazah wajib samak. Tapi bila kejadian berlaku, tak tahu pula nak cari tanah di mana. Kawasan tempat kerja saya banyak anjing berkeliaran dan ramai orang non muslim. Najis anjing memang sedaya upaya dielak, tapi adakala orang memijaknya sampai masuk ke tempat kerja. Biasanya cleaner mop saja. Kawasan solat pun dimop dgn mop yg sama. Kalau kena carpet ada staf yg cuci dekat toilet. Saya mulanya was-was tapi fikiran tenang sikit bila orang kata kalau kesukararan memadai najis mughallazah dicuci dgn air yg banyak. Tapi saya tak pasti pendapat itu sahih atau tidak. Ada satu perkara ni buat saya susah hati. Suatu hari ada kanak-kanak yg terpijak najis anjing masuk ke tempat kerja. Lepas itu dia naik berdiri atas kerusi tempat orang menunggu nombor giliran dgn seliparnya dan najis tu kena pada tempat duduk. Jadi kami minta tolong staf non muslim yg mop. Perkara tu sudah berbulan-bulan berlalu tapi saya was-was untuk duduk di kerusi tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Kebanyakan makanan kucing adalah dari binatang yang tidak disembelih terutama yang diimport seperti ayam lembu dan kambing. Adakah makanan kucing dari haiwan yang tidak disembelih dikira sebagai najis mutawassitah? Coz sometimes owner lepas bg makan kucing akan lap tangan dekat baju, so that baju x boleh bawa solatlah selagi tak dibasuh kan? Bg makan dlm rumah then after eating the cat jilat telekung, bila cium telekung bau makanan dia. (soalan dari org awam, i just said just make sure you clean yourself before solat?)

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Sy baru berkerja dgn majikan mualaf.tetap majikan tidak mengamalkan ajaran islam dgn sempurna seperti solat dan puasa.. Masalah sy sekarang waktu bekerja sy tidak menentu.contohnye lunch hour 12-1.15 jd sy tidak sempat menunaikan solat zohor. Apakah hukum sy qada solat zohor pd waktu asar kerana kekangan kerja?

message user image

Soalan: Tangan berminyak sbb makan lauk berminyak. Sabun tak ada, tapi perlu ambil wuduk. Adakah air yg ditakung dari paip air dgn tapak tangan yg masih berminyak itu, dikira air mutlak untuk membasuh muka? T kasih.

message user image

Soalan: 1. Adakah waktu syuruk itu dikira tamatnya waktu untuk solat subuh? 2. Adakah haram untuk qada solat subuh pada waktu syuruk? Dan bagaimanakah untuk menentukan tempoh haram untuk solat itu?

message user image

Soalan: Asmlkm...saya ingin bertanya tentang masalah haid,saya mengalami haid yang terlalu lama melebihi 15 hari,selepas hari ke 15 saya terus mandi wajib dan bersolat seperti biasa,akhir akhir ini darah keluar seakan tidak ada tanda untuk berhenti,soalan saya,bagaimana saya ingin tahu waktu haid saya sedangkan darah terus keluar tanpa ada penghujungnya dan bagaimana saya ingin tentukan waktu untuk saya mandi wajib untuk solat...harap pihak tuan dapat membantu masalah yang saya hadapi ...

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Nak bertanya bagaimana org yg ada sakit buah pinggang (bahagian perut dia ada plaster yg x blh dibuka sbb ada hos utk dialisis air @ CAPD) hendak melakukan mandi hadas selepas haid? Cuba hendak cari dalam internet jawapan tak berapa jelas. Buat masa ini, pesakit ini juga ada hos beserta jarum untuk hemodialisis yang blm dibuka doktor. Buat masa ini, pesakit juga sukar untuk mandi seperti biasa, jadi bagaimana cara yg betul untuk dia mandi hadas?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai ruqsah solat jama dan qasar. Soalan: 1.) Bolehkan untuk saya menjamakan dan mengqasarkan solat saya jika saya pulang ke rumah ibu dan ayah saya di Ipoh? Saya telah bermaustatin di Selangor dan bekerja di KL. 2.) Jika rumah ibu dan ayah saya di Ipoh atas nama saya yang mana saya yang membuat rumah tersebut untuk ibu dan ayah saya tinggal, adakah boleh untuk saya menjama dan mengqasarkan solat saya jika saya pulang ke rumah tersebut?

message user image

Soalan: Assalam saya ada pertanyaan bagaimana bacaan tahiyat akhir dengan betul adakah terputus muwalah (berturutan) ketika ambil nafas di tahiyat dan seringkali ragu sebutan ھ dengan ح ketika membaca tahiyat part ayyuhanabiyu. Mohon penjelasan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan Saya ingin bertanya hukum darah yang keluar sedikit-sedikit berwarna coklat semasa makan pil perancang dan berterusan sehingga lebih 15 hari (bermula darah keluar 16 Ogos 2020). Termasuk hari ini sudah 19 hari (3 September 2020). Hari ke 16 saya mandi wajib dan solat kerana menyangka darah yang keluar hari ke 16 adalah darah istihadah. Pada hari ke 17 darah keluar banyak seperti darah haid berwarna merah. Manakala hari ke 18 darah keluar sedikit-sedikit yang berwarna coklat. Adakah darah 15 hari awal, darah haid atau istihadhah?

message user image

Soalan: Assalamua'laikum. Persoalan haid dan istihadah. Saya memakan ubat (dienogest, sejenis hormon progestin) untuk mengawal penyakit endometriosis saya secara beterusan (long term treatment). Justeru, saya tidak mengalami haid sudah hampir 3 tahun sepanjang 5 tahun tempoh memakan ubat ini. Persoalan saya adalah, adakah spotting (berwarna coklat gelap, beberapa titisan pada petang, beberapa titisan lagi pada keesokan hari, dan berbau berbeza daripada haid saya dahulu) yang saya tetiba alami dikira sebagai haid atau istihadah. Jazakumullahu khairan kathira. Wallahua'lam.

message user image

Soalan: bolehkah solat jama' dan qasar dalam perjalanan yang berubah ubah destinasi contoh: pada asalnya dari sungai petani hendak melancong ke pulau pinang, apabila sampai ke pulau pinang tempat yang hendak dilawati tutup, terus membuat keputusan melancong ke kuala kangsar. - pada asalnya dari sungai petani ke pulau pinang, tidak boleh solat jama' dan qasar, tetapi dari sungai petani ke kuala kangsar atatu pulau pinang ke kuala kangsar boleh solat jama' dan qasar - dan jika dalam perjalanan dari pulau pinang ke kuala kangsar ( belum sampai ) bertukar pula destinasi ke cameron highland bolehkah solat jama' dan qasar

message user image

Soalan: Sebelum ni saya jahil. Bab agama kurang kesedaran dan kefahaman. Saya banyak tinggal solat dan puasa. Alhamdulillah. Tahun 2018 yang lalu, saya dah bertaubat dan memahami agama islam sedikit demi sedikit. Saya mula solat penuh 5 waktu dan usaha ganti puasa. Masalahnya adalah saya yang sebelum ni kurang ambil berat soal puasa. Saya puasa tapi ada tinggal dan saya tak ingat pun berapa yang tinggal berapa yg ganti. Biasa saya haid dalam 15 hari. Mengenai puasa ganti tu in shaa allah perlahan2 saya usahakan tapi masalahnya fidyah tu saya tak tau nak kira mcm mana. Dan setiap kali nak bayar tu kan, setiap kali tu la keluarga nak pakai duit. Saya tak tahu nak buat apa, nak dahulukan yang mana. Sebab keluarga bukan orang senang dan selalu ada masalah kewangan.

message user image

Soalan: Gigi palsu (jambatan gigi) Ada sah mandi wajib jika saya buat gigi palsu teknik jambatan gigi.jambatan gigi merupakan teknik dgn menghakis dan mengecilkan saiz gigi dan kemudian gigi palsu disarungkan ke gigi yg dikikis dan di kecilkan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum...Saya ingin menanyakan tentang perwanaan rambut...adakah pewarna rambut jenis permanent boleh dibawa solat dan untuk mengambil wudhu’?saya tahu bahawa jenis pewarna rambut semi permanent tidak boleh digunakan tetapi bagaimana pula dengan jenis pewarna rambut permanent?Sebagai contoh pewarna rambut L’oreal Excellence Fashion...Saya ingin membeli L’oreal Majiren yang boleh dibawa solat tetapi selepas mewarnakan rambut baru saya sedar yang saya tersilap beli...Saya minta mufti untuk memberikan penerangan tentang perkara ini...Hal ini kerana pewarna rambut yang saya gunakan sekarang adalah permanent...Mohon pencerahan daripada mufti secepat yang mungkin kerana saya tak tahu sama ada solat saya sah atau tidak sekarang...

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Soalan saya ialah sebelah selipar saya berada di kawasan laman rumah dan saya mengesyaki anjing yang membawanya. Adakah saya perlu membasuh dengan 7 kali basuhan? Bagaimana dengan kaki/tangan yang telah menyentuh selipar tersebut? Adakah saya perlu membasuhnya juga dan bagaimana dengan kawasan yang telah dipegang/dipijak dengan kaki/tangan tersebut. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan penjelasan.Wajibkah kita membasuh pad darah haid?Ketika di pejabat,saya tidak membasuhnya dan hanya membalut tebal dengan surat khabar.Saya membalutnya dengan kemas dan membuang ke dalam tong sampah.Saya akan pastikan balutan kemas dan tebal sebelum membuangnya supaya tiada kotoran atau bau yang tidak sepatutnya timbul.Hal ini saya lakukan ketika di pejabat sahaja kerana sukar untuk menbasuhnya.Di rumah,saya mencucinya seperti biasa.Adakah berdosa cara saya?Kerana saya ada terbaca,darah yang dibiarkan tak basuh sampai habis akan dipersoalkan di akhirat kelak.betul ke?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya seorang Kapten Kapal. Kerja saya selama 3-4 bulan di dalam kapal. Rutin kerja saya adalah membawa barang daripada pelabuhan ke pelantar minyak. Jarak perjalanan lebih drp 100km. Saya akan berada di kawasan perairan pelantar minyak lebih kurang satu minggu dan akan kembali ke pelabuhan. Ambil barang dan kembali ke kawasan pelantar minyak. Tapi saya masih berada di dalam kapal. Saya tidak naik ke pelantar minyak. Soalan saya, adakah saya boleh bersolat jamak selama saya berada di atas kapal? Terima Kasih

message user image

Soalan: Saya menghadapi Kesukaran untuk sujud Dan bangun dari sujud ketika solat. Saya menghadapi sakit otot Dan tulang punggung semasa Dan selepas solat kerana berat Badan Saya. Adakah Saya Dibenarkan until solat Secara duduk atas sebab tersebut bagu mengelakkan kemudaratan Terhadap Badan Dan elakkan kemalangan semasa solat.

message user image

Soalan: Permulaan Rambut ibu saya tidak sama lurus seolah olah berbentuk huruf M....soalan saya adakah wajib rambut ibu saya basah sewaktu mengambil wudhu pada bahagian muka ......kerana sedikit daripada rambut ibu saya berada pada kawasan dahi

message user image

Soalan: Baru baru ni ayah saya sudah menninggal....saya ada terbaca yang dosa anak akan dipertanggungjawabkan ke ayah jika beliau tidak menegur kesalahan.....saya sebagai abang telah menegur adik beradik yang lain atas semua aspek seperti menutup aurat.... adakah selepas saya menegur adik beradik ayah saya akan terlepas dari dipertanggungjawabkan....dan jika tidak.... apa yang saya perlu buat untuk memastikan ayah saya tidak dipertanggungjawabkan atas kesalahan anak ....kerana ayah saya sudah tidak boleh menegur

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt Saya ingin bertanya, selepas bersalin, ketika tempoh nifas (hari ke 42 selepas bersalin), sy ada mengambil suntikan hormon utk merancang kehamilan yg boleh diambil setiap 3 bulan. Selepas itu, Darah nifas saya berhenti dalam 2 hari kemudian keluar semula. Ia berlarutan hingga hari ini (hari ke 66 selepas bersalin). Saya dipahamkan suntikan hormon tersebut (inj depo provera) boleh menyebabkan haid tidak teratur atau berhenti terus. Dan saya juga ada mendengar bahawa tempoh max nifas hanya 60 hari mengikut mazhab syafie. Adakah darah yang berlarutan selepas tempoh 60 hari nifas tersebut adalah darah haid yang jadi tidak teratur mungkin kesan dari suntikan hormon ataupun darah istihadah? Saya sudah pening samaada perlu solat atau perlu tunggu 15 hari lagi selepas tempoh max nifas utk dianggap darah istihadah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum,Saya mempunyai pertanyaan mengenai hukum dari segi islam mengenai perkara dibawah: 1) Apakah hukum memakai menstrual cup? Menstrual cup merupakan pengganti alternatif kepada Tampon and Tuala Wanita. Menstrual cup adalah cawan silicon kecil yang digunakan untuk mengumpul & menakung darah haid secara menetapkannya di bahagian dalam faraj. Diperbuat daripada 100% silikon gred perubatan dan ianya selamat untuk digunakan. Jika digunakan dengan betul, ia tidak memberi sebarang ketidakselesaan fizikal dan tidak menyebabkan kebocoran. Tempoh jangka hayat satu menstrual cup menjangkau 10 hingga 15 tahun, menjadikannya produk mesra alam sekitar. 2) Apakah hukum dari agama untuk seorg anak dara untuk memakai menstrual cup tersebut? 3) Adakah ianya salah bagi seseorg wanita memilih untuk menggunakan menstrual cup daripada menggunakan pad semasa period? Mohon pencerahan yang jelas dari segi islam mengenai perkara yang dinyatakan diatas.

message user image

Soalan: Anak saya berumur hampir 1 tahun dan menyusu badan. Dalam tempoh ini, haid saya tidak menentu, kadang-kadang 2 3 bulan sekali. Sebelum mengandung, haid saya tetap setiap bulan dan dalam tempoh 7-9 hari. Baru-baru ini, saya datang haid 5 hari kemudian suci 11 hari.Hari ke-16, saya datang haid tetapi darah turun dalam kuantiti yang sedikit. Ciri-cirinya seperti darah haid dan berlanjutan selama 7 hari. Soalan saya ialah darah yang ke-16 ini adakah dikira sebagai haid @ istihadah dan status ibadah saya dalam tempoh tersebut. Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Adik saya telah membeli seluar secara online..setelah mendapat parcel tersebut, didapati ada free gift tali pinggang sekali (tali pinggang tersebut dibalut dengan plastik jernih).Apabila dilihat tali pinggang tersebut, didapati ada tompokan 3 titik padanya (ciri jelas kulit khinzir).Namun tali pinggang itu dipegang dalam keadaan ia masih berada dalam balutan plastik jernih berkenaan.Setelah menyedari hal itu, adik saya terkejut dan terjatuhkan tali pinggang yang masih dalam balutan plastik jernih itu di lantai. Soalan saya, adakah perlu disertu tangan dan lantai yang terkena plastik balutan tali pinggang dari kulit khinzir tersebut. Kerana walaupun ia masih dalam plastik, tetapi jika difikir secara logik, untuk meletakkan tali pinggang tersebut ke dalam plastik itu penjual perlu terlebih dahulu memegang tali pinggang tersebut lalu memegang plastik tersebut untuk memasukkan tali pinggang tersebut ke dalam plastik. Adakah plastik itu dikira sebagai alat yang terkena najis mughollazoh juga? Bagaimana pula dengan seluar yang dimasukkan bersama-sama bungkusan tali pinggang tersebut (seluar tiada bungkusan manakala tali pinggang pula ada bungkusan plastik jernih..kedua-duanya dibalut rapi sekaligus dalm satu parcel).

message user image

Soalan: Assalammualaikum. 1) Saya selalu menyebut niat untuk menghadiahkan zikir yg akan saya baca kepada arwah Ibu saya. Tetapi, kadang2 zikir saya itu spontan Dan mulut terus berzikir. Setelah seketika baru saya ingat yg saya nak hadiahkan zikir itu kepada Ibu saya. Perlukah untuk saya berhenti seketika untuk menyebut niat menghadiahkan zikir itu kepada Ibu saya dan kemudiannya sambung berzikir? Atau niat dalam hati sudah memadai? 2) Jika dalam doa seharian saya ada ayat 'jika ada pahala dari amalan kebaikanku, maka aku hadiahkan semuanya untuk Mama ku, Kasmawati binti Mas'od', perlukah saya tetap menyebut niat melakukan sesuatu amalan itu untuk Ibu saya?Kadang2 bila tak sebut jadi tak puas hati sbb saya selalu ada masalah was2. Waima dalam solat, berwuduk, baca al-Qur'an Dan lain2. Tapi masih dalam proses mengatasinya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. saya nak tanya, klau makanan kucing mengandungi unsur2 yg meragukan seperti babi, dan saya pegang makanan tersebut, saya kena samak tangan saya guna tanah ke?

message user image

Salam

 

Saya ingin bertanyakan tentang proses ivf semasa bulan ramadhan..untuk makluman jangkaan saya akan membuat pemindahan embrio ke dalam rahim pada bln ramadhan ini..adakah sy boleh melakukan proses tersebut semasa ramadhan dan perlu menggantikan semula puasa sy

 

Terima kasih diatas maklumbalas pihak tuan

message user image

Assalamualaikum ust/Dato,

saya ingin betanya mengenai solat berjemaah suami isteri. sebagai makmum perlu ke saya membaca doa iftitah dan surah-surah yang lain (seperti saya solat bersendirian) tetapi membaca dalam hati? perlu ke dan adakah sah solat saya sebagai makmum? 

message user image

Perlukan saya mengeluarkan zakat untuk pengeluaran duit I-Sinar kwsp? Jika iya berapa kadar yang perlu saya bayar?. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum..

Saya ingin mendapat penjelasan tentang kemusykilan yang saya hadapi. Saya ada membuat satu nazar iaitu berpuasa selama beberapa hari, namun saya tidak dapat menunaikan nazar tersebut disebabkan sedang sarat mengandung. Saya berhasrat ingin menunaikan nazar tersebut sebelum bersalin. Justeru, adakah cara lain yang perlu saya lakukan sebagai ganti kepada nazar puasa saya?

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai hukum mengesyaki bekas gigitan dan kuku anjing. Situasi yang saya ceritakan ini panjang ceritanya. Rumah sewa yang saya duduki merupakan rumah teres yang tidak berpagar. Pagar tidak dipasang oleh pemilik rumah. Rumah ini juga menjadi tempat kucing berteduh dimalam hari atau pada waktu hujan. Pada suatu pagi, sebelum subuh ketika saya dan keluarga sedang tidur, suami terdengar bunyi beberapa ekor kucing bergaduh dengan sangat kuat di kawasan hadapan beranda rumah sehingga menyebabkan suami terjaga dari tidurnya. Kami tidur di ruang tamu. Walaubagaimanapun, suami tidak menjenguk keadaan diluar sana dan terus sambung tidur. Apabila pagi, suami ingin keluar rumah, suami dapati plastik sampah yang telah berikat diberanda rumah kami, yang suami buang malam sebelumnya, telah koyak rabak sehingga terburai sampah-sampah yang ada. Kami suami isteri mempunyai selipar jenis getah. Selipar suami hilang sebelah. Sebelah lagi masih elok. Manakala kedua-dua selipar saya pula terdapat lubang-lubang kecil dan ada bahagian yang terbelah dan hilang. Saya mempunyai sikap was was. Pada mulanya saya fikir, selipar saya telah digigit kucing sehingga putus. Tetapi apabila saya perhati selipar saya, selipar tersebut keadaannya berlubang-lubang kecil dari binatang yang mengasah kuku. Lubang-lubang tersebut tidak bersaiz terlalu besar. Seperti dari kuku atau mulut kucing sahaja. Walaubagaimana pun, saya terlalu was was memikirkan sehingga termimpi-mimpi anjing datang rumah ketika terlelap disiang hari.

Sebelum ini memang pernah 2 kali anjing datang ke beranda rumah kami dan saya telah menyertu beranda. Pada pertama kali saya menyertu beranda adalah kerana terdengar bunyi anjing menyalak kuat seperti memarahi kucing yang berteduh diberanda rumah saya pada waktu malam. Apabila saya buka pintu anjing tersebut sudah tiada. Kucing juga tiada. Tapi saya sertu sahaja keesokan paginya walaupun tidak nampak fizikal anjing masuk ke beranda rumah saya, dan saya telah sertu tong sampah yang disyaki terkena badan atau air kencing anjing kerana ada sedikit kesan yang saya tidak tahu dari anjing atau kucing kerana tiada bau. Ini kerana pada malam anjing menyalak saya terdengar bunyi barang seperti tong dilanggar jadi saya sertu sahaja walau tidak pasti. Kali kedua saya sertu kerana pada suatu malam saya terdengar bunyi anjing menyalak tidak terlalu kuat tetapi berada dihadapan kawasan beranda rumah. Apabila saya bukak pintu saya terkejut kerana seekor anjing sedang mengelilingi kereta suami yang berada di beranda rumah. Keesokan paginya suami sertu beranda rumah kerana memang jelas anjing berjalan disitu. 

Untuk situasi kali ini, saya tidak menyertu selipar dan beranda rumah kerana suami kata hanya mendengar suara kucing bergaduh sahaja. Itupun bukan diberanda tetapi dikawasan hadapan beranda. Kemungkinan kucing bergaduh dan ada kucing yang menggigit dan mengasah kuku pada selipar getah saya. Sebelum ini memang ada kucing berteduh dan ada juga kucing kencing berdekatan dengan tempat saya susun selipar. Selipar suami yang hilang sebelah pula pada pendapat suami kucing bergaduh sehingga beralih seliparnya sehingga hilang, kebetulan pula waktu itu hujan lebat. Sebelum ini juga selipar suami pernah hilang sebelah dan digantikan dengan selipar orang lain yang kami tidak tahu pemiliknya. Pada waktu itu saya cuma berfikir, mungkin ada orang ingin menceroboh rumah memandangkan sebelumnya rumah saya pernah dibuka tingkap dari luar oleh orang pada waktu kami tidur.

Jadi disini saya ingin tahu, bagaimana ingin mengatasi masalah was was ini? Kerana saya saya masih was was betulkah bekas kuku dan gigitan kucing? Bagaimana pula kalau bukan kesan dari kucing tetapi kesan dari anjing? Suami pula yakin bahawa kesan dari kucing sahaja kerana tidak mendengar suara anjing, cuma dengar bunyi kucing-kucing bergaduh, manakala saya tidak mendengar apa-apa kerana tidur nyenyak. Suami juga yakin kesan lubang yang kecil dan bekas gigitan yang kecil adalah dari kucing bukan seperti anjing yang bermulut besar. Jadi suami tidak sertu. Saya juga cuba untuk meyakinkan diri tapi masih ada was was. Maaf cerita panjang. Harap dapat jawapan yang tepat dan meyakinkan. Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum ustaz

Sya nak bertanya bagaimanakah cara kita nak tinggalkan solat (terbatal solat terkentut) pada masa tu kita berada di saf yg pertama.Pintu di kiri kanan tiada hanya ada pintu di belakang shj.Bagaimana caranya ustaz

message user image

Soalannya

1. Kitaran haid tidak teratur selepas mengambil suntikan perancang keluarga. Period berterusan sehingga hampir 4 minggu. Darah istihadah ialah selepas tempoh period melebihi 14 hari. Berapa lama tempoh istihadah? Darah haid masih keluar walaupun sedikit dan akan sampai pd kitaran haid seterusnya. Bagaimana nak bezakan adakah itu masih istihadah atau telah mula kitaran haid kali kedua?

message user image

Assalamualaikum Ustaz,

Ingin saya bertanya berkenaan hukum terjebal dengam makanan dan pakaiin yang dikhuatiri tercemar najis babi.

Saya bekerja di pelantar minyak yang pemilik dia adalah negara asing dan bukan muslim.

Masalahnya disini makanan telah bercampur dengan babi dan sekaligus perkakasnya adalah khuatiri telah bercampur semasa penyedian tersebut. Apakah hukumnya sekiraan orang islam memakan makanan yg mugkin telah tercemar dari peralatan yg digunakan untuk penyedian babi tersebut? Dan tiada makanan lain yg diyakini halal kecuali buah dan biskut? Kerja dekat plantar memerlukan tenaga yang banyak. 

Yang kedua, bagaimana dengan basuhan yang dibasuh bersama pakaian tukang masak yang dikhuatiri telah tercemar dengan najis babi walau mugkin dibasuh tidak bersama tetapi mengunakan mesin basuh yang telah tercemar tersebut. Apakah hukumnya memakai pakaian tersebut secara harian dan digunakan untuk solat? Apakah perlu dibuang baju itu setelah ada pilihan?

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Saya ingin bertanya ucapan ayat Al Quran:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Innallaha wa malaikatahu yusholluna 'alan nabi. Ya ayyuhalladziina amanu shollu 'alaihi wa salamu taslima"

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi ﷺ. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan kepadanya" [Al-Ahzab 33:56]

ada dilaungkan oleh bilal-bilal di beberapa masjid seluruh negara sebelum Khatib berkhutbah. Soalan saya, adakah perbuatan ini sunnah? Jika tidak, adakah perbuatan tersebut lebih baik ditinggalkan atau diteruskan? Ataupun perbuatan tersebut menjadi hak individu setiap bilal samada untuk mengungkapkan ayat Al Quran tersebut?

Terima kasih atas atas perhatian tuan-tuan dan puan-puan. 

message user image

assalammualaikum,
di sini saya ada kemushkilan dan ingin bertanyakan beberapa soalan.

Pada awal ramadhan 2018 alhamdulillah saya diberi rezeki mengandung anak kedua.Dalam bulan itu sy hanya dpt puasa 2 hari sahaja dan selebihnya saya memgalami morning sickness yg sgt teruk dan tidak dapat berpuasa.selepas melahirkan anak pada tahun 2019,sy ingin ganti puasa yg ditinggalkan pada tahun 2018 tetapi disebabkan anak fully breastfeed dan saya bekerja menyebabkn sy kerap keletihan sehingga tidak larat untuk berpuasa.pada ramadhan 2019 sy cuba untuk berpuasa tapi malangnya saya mengalami bengkak susu sehingga menyebabkan sy demam.
soalan sy :
1.adakah sy perlu membayar fidiyah untuk 2 tahun tersebut (2018&2019) dan tidak perlu ganti puasa?
2.ataupn sy perlu ganti puasa untuk 2 tahun tersebut (2018&2019 ) tanpa perlu membayar fidiyah?
mohon pencerahan dari pihak tuan.terima kasih sekali lg sy ucapkan. assalammualaikum .

message user image

Assalamualaikum , saya ada kemusykilan tentang solat secara duduk . Saya telah mencari cara² solat duduk tetapi banyak pula cara solatnya . 

Saya sedang mengandung 4bulan dan kaki sy mengalami masalah luka² menyebabkan sy sukar untuk solat seperti biasa . Ada sesetengah video cara solat , mereka terus duduk semasa takbirratul ihram . 

Bagi pengetahuan pihak tuan , sy masih mampu berdiri cuma tidak boleh berdiri lama . Rakaat pertama , sy bangun untuk takbiratul ihram dan duduk selepas itu . 

Soalan sy , rakaat kedua adakah sy perlu bangun semula untuk takbiratul ihram ? Atau takbirratul ihram secara duduk saja ?  Dan rukuk pula sy terus rukuk secara duduk atau kena bangun berdiri untuk rukuk ?  

Untuk rukuk pun kaki xmampu nak berdiri lama akan menyebabkan luka saya skit dan pedih . Mohon penjelasan pihak tuan

 

message user image

Assalamualaikum 

saya ingin bertanya. Apakah hukum membuat akikah secara online? Contoh seperti aqiqah centre dsb. Atau adakah lebih elok jika kita menjalankan aqiqah dinegara sendiri?

message user image

Assalamualaikum, 

Disini saya menanyakan tentang puasa. Saya sudah beberapa tahun tidak menggantikan puasa. Dan saya tidak pernah bayar fidyah sejak itu. Dan yang pernah saya pelajari jika kita tidak menggantikan puasa, kita perlu menggandakan puasa tersebut selepas Ramadhan seterusnya. Dan adakah puasa yang digandakan itu perlu juga digandakan lagi sekiranya kita masih tidak menggantikan sebagai contoh saya tidak sempat  menggantikan 5 hari pada tahun 1439h, jadi pada tahun 1440h saya perlu menggandakan ganti itu menjadi 10 hari. dan jika saya masih tidak menggantikan juga, adakah masih perlu digandakan ke 20 hari pada tahun seterusnya? Tentang fidyah pula bagaimana kiraannya, dan perlukah saya menggantikan puasa yang digandakan itu sekali atau hanya menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan sahaja? 

message user image

Assalamu'alaikum tuan/puan. Saya mempunyai soalan tentang fiqah yang membawa kepada was-was yang teruk. Beberapa hari lepas disebabkan tidak menutup pili air, seluruh apartment saya dibanjiri air sehingga terkena tempat najis kucing. Saya memahami seluruh air tersebut dihukumi air mutanajis

Setelah cuba membersihkan rumah dengan air menggunakan hos sebanyak tiga kali (setiap ruangan rumah). Tandas tengah (saya namakan tandas A) ialah yang terakhir kotor kerana semua peralatan yg terkena air najis tersebut dikumpulkan dalamnya. Saya berhasrat membersihkannya yang akhir sekali

Akhirnya selepas semua bahagian rumah lain sudah disucikan terdapat lopak air depan tandas A yang belum kering. Air dalam tandas A ialah air aktif mengalir melalui hos yg mulutnya dekat dengan muka pintu. Air tersebut akhirnya mengalir ke dalam lubang di lantai di tengah2 tandas A di mana masih terdapat pasir najis kucing yg memang tak dapat dibersihkan lagi memandangkan barangan yg kotor terlampau banyak menimbun dalamnya. Punca air yg keluar dpd hos berhampiran muka pintu bagaimanapun sudah tiada bau/warna/rasa najis

Ketika saya membasuh kaki menggunakan hos berdekatan muka pintu, air menitik dari kaki jatuh ke air yg mengalir ke atas lantai. Lalu beberapa titis air melantun dari lantai ke lopak air luar tandas A yang belum kering tadi yg asalnya sudah suci. 

Adakah dianggap air lopak yg asalnya suci itu jatuh hukum najis? Kerana selepas itu pembantu rumah menggunakan wiper dan mengelap air tersebut ke bahagian dapur. Jika lopak itu dianggap najis maka seluruh rumah saya sudah jadi najis semula? Saya sudah cuba sedaya upaya membersihkan seluruh rumah supaya benar-benar yakin kesuciannya hinggakan memakan masa 3hari, melecet jari, merekah jari, dan berasa resah sehingga menangis dan kejang bahu dan lengan serta ngilu separuh badan dan jari menjadi kebas dan tak dapat menggenggam objek dengan kuat kerana terlampau letih asyik berulang menyucikan rumah sebab was was

Adakah saya sudah sampai tahap "sukar" dan boleh dimaafkan atau dianggap satu rumah saya ialah bernajis hukmi?

Minta maaf atas soalan yg panjang. Saya sangat berterima kasih atas perhatian tuan/puan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, apakah hukum menggunakan duit kwsp untuk menunaikan haji? Sebab saya ada dengar orang cakap duit kwsp dari sumber yang syubhah. Mohon pencerahan dalam isu ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan pandangan mengenai hukum mengangkat tangan dan mengaminkan doa khutbah kedua?

message user image

Soalan: 1.Apa Hukum Menadah Tangan Semasa Khatib Baca Doa Pada Khutbah Kedua. Ade katakan boleh and ade yang katakan tidak boleh. Saye dah keliru dan takut ia berdosa. Minta penjelasan kalau boleh atau tidak. 2. Hukum baca doa serta merta selepas Azan. Ada yang mengatakan Nabi Muhammad SAW minta selawat dahulu baru baca doa selepas azan. Minta Penjelasan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya mempunyai persoalan berkaitan dam umrah. Saya berharap tuan dapat membantu menyelesaikan keraguan dan kerisauan saya. Semasa umrah pertama saya mempunyai masalah angin dan saya telah mengambil wuduk beberapa kali, sebelum saya melakukan tawaf saya cuba menahan angin tetapi saya was-was jika wuduk saya terbatal sewaktu saya bergerak tetapi saya tetap meneruskan umrah saya kerana saya cuba melawan perasaan itu. Kemudian saya melakukan umrah yang kedua dan Alhamdulillah semuanya sempurna. Tetapi setelah saya pulang ke Malaysia, saya rasa tak sedap hati memikirkan bagaimana jika umrah saya yang pertama itu tidak sah kerana saya keliru, penat dan sebagainya. Hati saya kuat mengatakan saya memang ada mengeluarkan angin sewaktu itu. 1. Persoalan saya sekiranya umrah pertama saya tidak sah, dan diantara umrah pertama dan kedua itu saya ada melakukan larangan ihram, dan saya tidak membayar dam, adakah saya masih dalam ihram setelah saya pulang ke Malaysia? 2. Sekiranya saya bercerai dan berkahwin tanpa membayar dam, adakah perceraian dan perkahwinan saya sah?

message user image

Soalan: Salam,saya ada soalan,5 tahun lalu,bekas bos cina tempat keja sy ada bagi baju anak dia yg da pakai.sy terus ambil tanpa berfikir apa.bg anak saya pakai,lepas lima tahun baru sy pikir baju tu suci ke tak, 1) jadi apa perlu saya buat pada anak saya yg dah pakai baju tu,. 2) bila baju tu masuk mesin basuh dah bercampur,adakah kena samak baju lain juga yang bukan bos bg,. 3) adakah suami sy dan saya juga kena samak,samak satu badan ke ,klo samak satu bdn MCM mn,adakah bhgian sulit pun kena,. Bantu la sy sbb sy da penin pekir jika kena samak semua baju dan semua org yg tgal sekali.mohon maaf. Harap dpt bantu,terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Soalan saya ialah adakah boleh sekiranya pakaian bernajis seperti terkena air kencing dimasukkan terus ke mesin basuh automatik tanpa dihilangkan dahulu najisnya. Terima kasih

message user image

Soalan: Bolehkah pengikut mazhab hanafi solat asar mengikut waktu asar mazhab syafie?

message user image

Soalan: Ada tersebar melalui whatsapp baru-baru ini bahawa ada hadis nabi Muhammad S.A.W menyatakan tentang larangan memakai penutup mulut ketika solat. Ketika PKP ini, solat di masjid memerlukan memakai penutup mulut. Harap tuan dapat memberi pencerahan mengenai perkara ini.

message user image

Soalan: Salam, Jenama Nike ialah jenama yang terkemuka di dunia dalam segmen pakaian, terutamanya kasut. Pernah terjadi kasut keluaran Nike mempunyai tulisan Air bagi kasut Nike Air yang hampir mirip kepada tulisan Allah dalam Bahasa Arab. Perkara yang serupa juga pernah berlaku beberapa kali. Jadi, apakah membeli kasut jenama Nike itu hukumnya murtad kerana membeli itu tanda menyokong jenama itu menghina Allah? Bagaimana pula kalau membeli kasut Nike tetapi bukan Nike Air untuk mengelakkan daripada terpalit dengan isu ini? Adakah tetap murtad?

message user image

Soalan: solat wajib yg tertunggak hampir 40 tahun kerana sesorang islam baru di beri hidayah....adakah 1. di Qadho setiap waktu dan boleh juga buat solat2 sunat. 2. perlu Wadho dulu semua solat wajib sampai habis, baru boleh buat solat2 sunat. 3. solat wajib yg ditinggalkn dulu, perlu taubat nasuha,,,diganti setiap waktu dan solat sunat boleh juga di buat 4. solat wajib yg ditinggalkn dulu hanya perlu taubat nasuha saja kerana terlalu bnyak utk Qadha,, dan boleh solat fardu dan solat sunat spt biasa...

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Ingin bertanya tentang najis anjing. 2 hari lepas, ketika waktu pagi sebelum subuh. Saya terdengar suara anjing menyalak. Selepas itu, saya terdengar bunyi barang diberanda rumah saya dilanggar. Tidak pasti sama ada tong sampah, baldi atau almari kasut dilanggar kerana hanya dengar bunyi sahaja, tidak nampak siapa yang langgar. Kawasan beranda rumah tidak berpagar. Tidak pasti kucing atau anjing yg langgar kerana diberanda rumah saya merupakan kawasan kucing liar berteduh dimalam hari. Selepas bunyi barang dilanggar, saya terdengar bunyi berdecit (citcitcit). Saya buka pintu, ketika itu la saya ternampak seekor anjing sedang berlari perlahan didalam beranda dan betul-betul didepan pintu rumah dan terus keluar dari beranda. Jadi disini saya ingin tanya, perlukah saya sertu halaman beranda saya? Saya telah sertu beranda saya. Adakah saya juga perlu sertu baldi, tong sampah dan almari kasut yang disyaki dilanggar anjing?

message user image

Soalan: Salam. Saya nak bertanya beberapa soalan. Saya kerja sebagai cleaner disebuah Hotel. Di hotel tersebut, ada sebuah bar yang menjual arak dan jugak Jackport ( Mesin Main Judi). Setiap malam, selepas bar tersebut ditutup, saya perlu membersihkan tempat tersebut seperti membuang sampah yang dipenuhi botol arak, lap meja, dan vacuum di dalam bar tersebut. Begitu jugak di jackport(Mesin main Judi), saya perlu lap dan sanitizer semua mesin judi. Jadi, soalan saya, apakah status gaji saya? Apakah hukum bagi kerja tersebut? Walaupun saya tidak main judi dan minum arak, saya hanya bersihkan saja tempat tersebut.itu saja soalan saya setakat ini. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum Mufti, nak tanya dan kalau boleh dijawab dengan segera ?, saya masih remaja dan saya telah tahu tentang pengelasan najis termasuk aini dan hukmiyah, jd pernah suatu ketika darah saya meleleh keluar dan saya tidak tahu sama ada keluar kena bantal saya atau tidak, dan saya kurang ingt bahawa ada atau tidak najis yang saya pegang seperti air wadi pada seluar kerana dulu saya sering keluar air wadi, jd lepas tu sy pegang bantal sy tu, lepastu sy cek balik seluar saya ...terdapat air yg keluar dr kemaluan, dan saya berasa ragu dengan bantal itu, setelah berapa bulan, ayah saya mengambil bantal tu dan letak di lantai lalu diseretkan ke luar bilik krn ingin mengemas, tetapi dalam masa sy sama terdapat basah2 pada lantai krn disitu berdekatan dengan bilik air, jd bantal tu menyeret dan kene pada air itu, sy dh berapa kali dh jirus satu rumah sy , dh selepas bbrp hari jirus tu ,adeje masalah yg dtg, jd dlm hal ini, boleh atau tidak jika saya berpegang pada pendapat yang mengatakan najis hukmi tidak berpindah? Saya seperti mau menjadi gila sbb perkara ini, menurut keluarga saya , lepas mop jd suci lantai rumah tanpa perlu mencurah air ,ayah saya pernah belajar dkt pondok dulu2 dan sudah lulus ukm, tp xkan xde spe bgthu tentang bab penyucian dlm mengikut mazhab syafie, saya dh dgr byk ceramah yang mengatakan bahawa najis perlu dicurah, tetapi ayah saya kata hanya dengan mop, bantu saya mufti??, sy fobia dengan perkataan "tidak sah", adakah perkara ini dianggap umum albalwa dalam mazhab syafie atau boleh saya menggunakan pendapat imam hanafi tentang tidak berpindahnya najis hukmi? Atau juga ada ulama mazhab syafie yang menyebut tidak berpindahnya najis hukmi?

message user image

Soalan: Assalam ustaz. Saya ada petanya sikit. Macam ni. Saya ada menghantar kucing saya yg sakit ke klinik haiwan dan ditahan wad. Jadi selama kucing saya di sana, diberi makan & minum. Selepas kucing saya boleh dibawa balik, staf klinik bagi saya lebihan makanan dalam tin untuk dibawa balik. Lepas beberapa hari saya keluar untuk mencari makan yg sama seperti yg klinik tu bekalkan. Kemudian baru saya tahu yg makanan kucing tu ada campuran lemak babi. Jadi ustaz perlu ke saya samak tangan saya ni yg sudah menyentuh makanan kucing tersebut? Mohon pencerahan

message user image

Soalan: Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Saya ada satu pertanyaan. Dulu, lepas saya akil baligh, saya menjalankan ibadah puasa namun saya mempunyai hadas besar tetapi tidak bermandi wajib. Saya mengetahui bahawa menjalankan sesuatu ibadah dengan berhadas besar, ibadah tersebut tidak diterima Allah s.w.t.. Sekarang saya telah sedar bahawa hendaklah bersuci atau bermandi wajib setelah berhadas besar supaya amal ibadah dapat diterima oleh Allah s.w.t. Bagaimana cara saya ingin bertaubat kepada Allah s.w.t. setelah saya berpuasa dengan lamanya dalam keadaan berhadas besar? Mohon penjelasan dan terima kasih

message user image

Soalan: Salam. Adakah nas yg menyatakan. Apabila seseorang islam itu meninggal mlm jumaat. Terlepas siksa kubur. Tkasih

message user image

Assalamualaikum wbth. 1. Saya mohon bertanya adakah duit dividen dari insurans pendidikan Great Eastern anak yg telah matang (shgg 18thn) dikira sebagai Wang Tak Patuh Syariah (WTPS)? 2. Jika ya , adakah dividen atau bonus tersebut boleh diambil sebahagiannya atau semuanya perlu diberi kpd pihak2 badan kebajikan? 3. Dan bagaimana status simpanan/saving jumlah pokok yg terkumpul. Adakah itu dianggap sebagai saving.

message user image

Soalan: Assalammualaikum, Saya ingin bertanya, kitaran haid saya tidak teratur selepas keguguran hujung jan 2020 dan kini darah masih sentiasa keluar. Saya musykil tarikh haid saya disebabkan darah keluar tanpa henti. Saya menggangap darah haid apabila darah yg keluar dalam kuantiti yang banyak iaitu 16hb dan apabila selesai 15hari saya mandi wajib dan solat seperti biasa..namun kebelakangan ini 7.10 darah yg keluar masih byk..macamana cara pengiraan darah haid, darah penyakit dan darah haid kedua.

message user image

Soalan: Apakah hukum solat orang bermasalah depresi (depression disorder). Kadang2 tak solat. Dan bila solat memang blank, tertinggal perbuatan atau bacaan.

message user image

Soalan: 1-Kakak saya ibu tunggal & mempunyai anak yg masih bersekolah.Boleh tak saya bayar zakat kepada anak buah saya itu utk membantu pembelajaran nya. 2- Bolehkah hasil pendapatan yg diragui kehalalannya digunakan utk membayar zakat.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya. Kaki saya terpijak lantai basah yg ada najis tanpa saya sedari. Saya ada lalu di kawasan dapur yang lantainya berminyak. Adakah kawasan yg saya pijak selepas itu dikira najis hukmi jika sudah kering atau tidak kerana lantai dapur saya sedikit berminyak. Dan jika saya pijak diatas kawasan yg telah saya lalu itu dgn selipar dapur yg digunakan di dapur yang lantainya sedikit berminyak tadi adakah najis itu akan berpindah atau sekadar cuci selipar itu sahaja. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya jika terpijak atau terjatuh di atas tempat sondolan babi dan tempat yang babi lalu yang boleh nampak kesan tapak kaki ia di ladang bagaimana ya? Adakah perlu disamak atau macam mana?

message user image

Soalan: assalamualaikum, saya telah melahirkan anak dan keluar darah nifas sehingga hari ke 57, kemuadian sy bersih selama 7 hari, pada hari ke 64 sy turun darah semula. apakah darah itu di kira haid atau istihadhah?

message user image

Soalan: Soalan: Assalamualaikum ustaz. Bolehkah seseorang berpegang kepada prinsip Kerja itu Sebagai Ibadah dan sudah cukup memberinya pahala sebagai bekalan selepas mati. Dia menjalankan ibadah wajib iaitu solat 5 waktu dan puasa di bulan Ramadhan tapi merasakan ibadah sunat yang lain (Membaca AlQuran , Belajar Agama, solat2 sunat atau puasa sunat) tidak perlu/penting kerana dia yakin yang kerja keras sahaja sudah mencukupi. Bagaimana cara untuk menasihati dia. Terimakasih ustaz

message user image

Soalan: Apa hukum klu kita melakukan hubungan intim tanpa mengetahui yg kita baru ade periond masa tu..selepas tu baru tahu..perlukah kita mandi hadas besar..ape yg perlu dilakukan...adekah dikenakan ape hukuman spt puasa ke

message user image

Soalan: Mohon pencerahan tentabg insuran kenderaan AutoLife, dimana cuma perlu bayar sekali sahaja secara one off dan jika penama meninggal. Waris tidak perlu lagi bayar installment kereta pada bank.

message user image

Soalan: Assalamu’alaikum, saya ingin bertanya hukum sedekah Al-fatihah kepada si mati (orang Islam). Saya dapati ada yang menyatakan amalan ini tidak dilakukan oleh Nabi dan kita dilarang mengamalkan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi. Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Soalan: assalamualaikum.. untuk makluman TUAN/PUAN surau di pusat beli belah tempat saya bekerja telah ditutup bagi mencegah penularan wabak COVID-19 bagaimanakah saya harus mendirikan solat memandangkan waktu bekerja saya adalah 10.00am -9.00pm jadi bolehkh saya meng qada semua solat tersebut memandangkan di tempat kerja saya tiada tempat yang sesuai untuk mendirikan solat.. sempit dan dipenuhi barang2 stok. harap penjelasan

message user image

Soalan: Assalamualaikum, hari itu saya sedang berjalan dan spek mata saya terjatuh pada lantai rumah yg baru lepas dibasuh. Saya mendapati di dalam rumah tersebut ada ANJING. Lantai masih lembap. Tetapi ketika itu saya yakin tiada apa kerana tiada bekas air atau apa2. Jadi, saya terus MEMEGANG dan MEMAKAI spek tersebut. Lama kelamaan saya menjadi was was. Jadi, adakah saya perlu melakukan sertu pada badan saya dan spek mata saya itu? Mohon bantuan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalaamu'alaikum Ustaz, Saya ada beberapa solat fardhu lima waktu yang hendak diqadha.Soalan pertama saya ialah adakah boleh solat qadha dilakukan selepas subuh atau selepas asar? Soalan kedua saya, bolehkan solat fardhu yg diqadha ini mengikut imam yg bersolat sunat, contohnya saya mengikut imam solat terawih.

message user image

Soalan: Assalamu’alaikum w.b.t Saya ingin bertanya, Rahang saya memang semulajadi agak senget ke sebelah kanan dan saya berniat ingin membedahnya agar rahang saya kelihatan normal seperti orang lain. Adakah itu di bolehkan dari segi syarak? dan adakah itu termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah? Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya mempunyai masalah kerap keluar mazi (bertitik-titik) yang tidak dapat dielakkan dan perkara ini menyukarkan saya untuk kekalkan wuduk dan menunaikan solat. Setiap kali selepas solat asar, saya akan qada solat dari subuh sampai isyak (solat yang ditinggalkan waktu sekolah menengah dahulu). Jadi soalan saya di sini, adakah sah wuduk saya yang diambil untuk solat asar itu untuk digunakan juga untuk qada solat subuh sampai isyak itu walaupun saya tahu yang mazi itu masih keluar? Saya mohon jawapan dan penyelesaian bagi masalah ini. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti,saya ada satu kemusykilan...saya pernah mendengar menambah rukun dlm solat,membatalkan solat...kadang2 saya ada mendgr sebahagian para jemaah mengulang bacaan fatihah ketika dlm solat diblkg imam di setiap rakaat ...adakah ia membatalkan solat?

message user image

Soalan: Assamualaikum ustaz/ ustazah, saya nak mintak tolong kalian terangkan sikit hukum utk sy. Saya ada masalah kitaran haid yang tak stable , sbb period sy tak stop2(berpanjangan walaupon sudah jumpa pakar) .. Sy faham dalam islam period lebih 15 hari di kira darah penyakit dah boleh solat walaupon darah masih keluar . Masalah sy adalah kitaran period sy setiap 2 minggu , jadi macam mana sy nk solat n mengaji? Pada hari keberapa sy boleh beribadah? Minta pendapat??

message user image

Soalan: Assalamualaikum, selepas mengangkat takbir, kadangkala saya terus membaca surah alfatihah, tp biasanya apabila sy sedar sy tidal membaca doa iftitah, sy berhenti membaca alfatihah dan membaca doa iftitah. Adakah terbatal solat saya kerana perbuatan sy membaca doa iftitah selepas sy membaca alfatihah (biasanya saya perasan belum membaca doa iftitah pada ayat yg kedua) menunjukan tidal ada twrtib didalam solat saya. Mohon penceraian daripada pihak Tuan. Terima kasih.

message user image

Soalan: 1. Apakah hukum rebonding rambut menggunakan krim rebonding bagi wanita yang belum berkahwin kerana rambut tak terurus dan dengan tujuan keselesaan diri? 2. Apakah hukum menggunakan syampu atau perapi rambut yang mempunyai bahan silikon yang akan membentuk lapisan di rambut? Terdapat banyak produk di pasaran mempunyai bahan silikon. Adakah sah wuduk dan mandi wajib?

message user image

Soalan: Untuk seorang veterina yg merawat anjing.Baju yg terkena darah perlu di sertu 1)Tanah yg digunakan dimasukkn dlm satu bekas lalu dimasukan air dan airnya dicurahkn ke baju. Boleh tak tanah yg tertinggal dlm bekas tu diulang pakai lagi atau ada had berapa kali? 2) Baju kerja veterina yg tidak disamak (kepunyaan org bukan islam) yg sudah dibasuh dan kering, dilipat dan ditindan dengan baju kerja yg telah suci. Perlu tak baju yg suci tu disamak sekali lagi? 3) baldi dan berus yg diguna utk sertu baju yg kotor dengan darah anjing, perlu ke disertu sebab baldi dan berus tu diguna untuk baju lain juga, bagaimana lantai bilik air,perlu juga ke disertu setiap hari selepas cuci baju, kadangkala baju dicuci berulang kali sehari kerana selalu kena kesan anjing. Harap sudilah menjawab.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya mempunyai penyakit was-was yang sangat teruk dan saya mendapat tahu bahawa jikalau was was semasa puasa fardhu dikira sah tetapi jikalau sewaktu puasa qada' ia dikira batal. Adakah ini benar?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkaitan puasa nazar. Saya ada bernazar bahawa saya akan puasa 2 minggu berturut-turut andai saya dapat 1 rumah dengan kawan baik saya. Ya, saya dapat 1 rumah bersama-sama kawan baik saya. Adakah nazar ini dibolehkan? Adakah saya perlu laksanakan juga?

message user image

Soalan: Pada hari ke4 haid, saya telah mandi wajib setelah mendapati hanya cecair kuning yg bersisa pada malam hari. Selepas itu saya berjimak bersama suami. Pada petang hari, didapati darah haid saya masih bersisa berwarna kecoklatan. Perlukah saya membayar denda kerana mandi wajib sebelum habis haid dan berjimak bersama suami?

message user image

Soalan: Saya penjaga kpd adik perempuan saya berumor 37 tahun . Dia seorang OKU "down syndrom" mempunyai masallah tak boleh membaca dan mengira. Soalan saya wajib ke adik saya membayar zakat atas wang pencen yang di terima setiap bulan, gelang dan rantai emas dan wang simpanan . Terima kasih

message user image

Soalan: Asslamualaikum . Sebelum ini saya seorang yang jahil. Mewarnakan rambut bermacam2 rupa. Akhir² ini saya berniat untuk berhijrah menjadi muslimah yg benar. Mendirikan solat. Jadi saya membuat keputusan untuk menghitamkan rambut saya untuk menutup warna warni sbelum ini. Adakah sah solat saya,ada ibadah saya diterima kerana dari apa yang saya kaji,warna hitam diharamkan dan saya baru tahu. Apa yg perlu saya buat? Adakah saya perlu melunturkan warna hitam tersebut dan mewarnakan dengan inai? Soalan kedua : jika saya benar² bertaubat dan menutup aurat. Adakah saya masih kekal berdosa jika gambar2 lama saya masih dilihat dan diperlihat dgn org ramai tanpa pengentahuan saya. Kerana saya tahu byk poster² lama kerana saya dulu menyanyi . Adakah dosa itu akan terus mengalir walaupun saya dah bertaubat . Soalan 3 : saya mempunyai masalah kulit yg teruk. Ditumbuhi sisik yg tebal . Kulit yg tebal. Dr kepala hingga ke kaki. Juga ada dalam kuku . Adakah sah wudhu dan mandi wajib saya? Kerana sisik itu tebal dan susah untuk dibuang. Adakah itu juga di anggap terhalang dr terkena nya air?

message user image

Soalan: Assalamualaikum saya nk tanya ada rukhsah solat x untuk wanita istihadah tanpa henti? Saya pernah baca wanita istihadah dibenarkan JAMAK solat... Mohon pencerahan

message user image

Soalan: assalamualaikum......saya ingin bertanya.Islam telah mengajarkan cara untuk membersihakan najis bukan? cuma saya mendapat ilmu tentang sabun pencuci lantai boleh menguraikan najis yang kering(yang ringan seperti air kencing)atau dikenali sebagai najis huqmi.Pertanyaan saya adakah boleh kita membersihakan lantai yang terkena najis yang tidak lagi mempunyai 3 spesifikasi menggunakan sabun pencuci lantai.

message user image

Soalan: Assalammualaikum,saya nak bertanya tentang solat subuh.saya start kerja jam4 subuh setiap hari, kerja sebagai driver hntr orang beli barangan di pasar untuk Di jual (pasar subuh),saya siap kerja jam6.30,jadi skrg bagaimana saya hendak solat sebab watku solat jam4.54 Dan balik dari kerja sudah habis waktu subuh,disebabakan skrg surau Dan masjid tutup..terima kasih.Assalammualaikum.

message user image

Soalan: Salam,saya ingin bertanya,saya baru perasan keychain kunci rumah yang diserah pada saya adalah kulit dan dari taiwan. Saya was was kulit jenis apa , dah cuba buat kajian dan bakar ,bila dibakar ada mengeluarkan bau seakan rambut terbakar ini.saya google katanya kulit babi akan mengeluarkan bau seperti itu.Tapi saya tak pasti kulit apa. Tangan kaedaan basah dan menyentuh keychain tersebut. Saya telah pegang merata tempat ,kemudian baru terfikir untuk sertu tangan saya. Adakah semua tempat dalam alatan yang saya pegang selepas memegang keychain tu saya perlu sertu juga? Banyak tempat tu. Harap dapat penjelasan untuk masalah saya ini.

message user image

Soalan: Sy kena gigit anjing dekat kaki..xbasah tp ade kesan gigitan di kaki..sy pegang kaki sy yg sakit dlm masa yg sama sy pegang hp..adakah sy perlu samak semua benda yg sy pegang?

message user image

Soalan: Saya telah menyerahkan anak perempuan kedua saya kepada keluarga abang saya untuk dijadikan anak angkat kerana mereka belum mempunyai rezeki anak selepas beberapa tahun berkahwin.saya inginkan kepastian berkaitan kewajipan melaksanakan ibadah aqiqah untuk anak tersebut. adakah hanya saya yg boleh melaksanakan aqiqah ataupun dibolehkan bapa angkatnya yg melaksanakan aqiqah? anak tersebut kini berusia 1 tahun 4 bulan.

message user image

Soalan: Saya menghadapi masalah hàid,umur sy 53 tahun.dahulu tempoh haid saya 7 hari,bbrp thun kblkgn ini haid sy 9 hari(yakin darah haid)msuk hari ke sepuluh-15 ada lendir keputihan jernih +coklat,/pink,/kuning dan tidak berbau..sy jd was2 waktu ini,dan sy solat juga..masuk hari ke 25 sy datang haid lagi(rutin tetap setiap bulan) Soalan sy,adalah haid sy hari1-10,11-25dikira suci walaupun ada kdg2ccair brwrna hingga hri ke 15 itu drh pnykit?minta penjelasan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustazah, saya ade masalah kencing x lawas dan akan menitik atas lantai tandas lepas saya buang air kecil. Biasanya, saya akan alirkan air dahulu kat lantai tandas sebelum ambil wudu’ untuk solat. Tapi, ada satu hari, saya lupa saya dah alirkan air atau belum. kalau belum, saya risau saya pijak air kencing tu dan sebarkan atas karpet dan sejadah. Memang tak nampak dan tak dapat beza warna, bau dan rasa kat karpet@sejadah.Ape pendapat ustazah? Saya patut cuci karpet dan sejadah tu atau yakin je yang saya dah alirkan air kat lantai toilet?

message user image

Soalan: assalamualaikum, saya nak tanya. Pada umur saya 17 tahun, saya baru tahu yang puasa wajib yang ditinggalkan tika haid perlu diganti. Keluarga saya tak mampu untuk biaya saya dan abang masuk KAFA, kami hanya tahu hukum bacaan Al-quran sahaja. Masuk sekolah menengah baru belajar banyak benda. Sekarang, saya dah 23 tahun saya dah mampu untuk keluar zakat pendapatan. Soalan saya macam mana saya nak bayar fidhyah dan ganti puasa yang saya terlepas sebelum ini?

message user image

Soalan: Asslamualaikum.. ade satu soalan mintak pencerahan dari ustaz.. saya pesakit kronik iaitu SLE.. pada tahun 2018 sebelum puasa usus besar pecah.. dan buat pembedahan dan pakai stoma bag.. jadi tak dapat puasa 2018&2019.. Selama tu tak sihat.. dan banyak masuk wad.. dan tahun ni awal tahun bedah dan sambung usus.. dan semakin baik.. tapi kedaan bawah jagaan dr. Sebab SLE ni serang kulit dan darah putih..dan ade jugak gastrik& maigrain.. perlu ke ganti 2 tahun yang tak puasa tu.. fidiah bayar selalu bila masuk syawal

message user image

Soalan: Assalam. Saya mahu bertanya. Saya ke mall, lepas tu saya pegang satu bungkusan gula2. Mulanya saya tak perasan, tiba saya nmpak tulisan,'containing gelatine' di atas bungkusan tu. Jadi, saya letak semula. Saya cuba cari di internet gelatine apa y digunakan tp masih belum jumpa. Saya takut gelatine itu gelatinr babi. Saya nak tanya, jikalau kita pegang bungkusan itu, perlukah kita samak? Kalau perlu, ada kah seperti biasa seperti samak biasa?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Soalan saya bagaimanakah ingin menggantikan air didalam baldi yang terkena najis dimana air itu kurang dari dua kolah. Adakah dengan membuang air itu lalu mengisikan dengan air baru. Atau adakah setelah dibuang air itu kita perlu membasuh baldi itu terlebih dahulu dan lalu baru boleh mengisi dengan air baharu yang suci.

message user image

Salam ustaz, saya ingin bertanya tentang keputihan keputihan hang dialami oleh para wanita ketika wktu solat.1) adakah ianya keputihan dikira sebagai najis jika ianya berada di kawasan luaran faraj? 2) adakah cecair (teksturnya seperti air)yang keluar sewaktu solat itu dikira najis jika terdapat pada panty liner?Tetapi apabila saya cek di bahagian faraj, ada sdikit lendiran keputihan. Persoalannya adakah perkara di atas dikira sebagai najis jika perkara ini didapati selepas daripada solat? Adakah sah solat saya? 3) saya ingin bertanya, apabila saya selesai solat maghrib. Adakah wajib bagi sy untuk memeriksa jika terdapat sebarang keputihan yang keluar sebelum saya melaksanakan solat fardhu isyak yang disusuli dengan beberapa solat lain.Kemudiannya selepas solat didapati terdapat cairan di panty liner mahu pun tisu yang sy jadikanya sebagai pelapik bagi menampung keputihan tersebut. Adakah sah solat saya jika perkara demikian berlaku? Maaf soalan panjang, terima kasih ya pihak mufti. Saya persoalan yang saya ajukan ini mendapat penyelesaian

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan mengenai najis kucing. Ketika saya berjalan di beranda, saya terpijak cecair yg disangkakan air hujan atau air dari atap yg bocor jadi saya tak membasuh kaki ketika itu. Rupa2nya salah seorang dalam rumah menyatakan bahawa cecair itu adalah kencing kucing. Adakah saya perlu mengemop satu rumah. Jika ya, adakah saya perlu menghilangkan najis aini pada setiap lantai rumah kerana lembapan pada tile yg menyebabkan najis itu tidak akan kering walaupun telah memasang kipas dan sebagainya ataupun boleh saya mop begitu sahaja ?

message user image

Soalan:Assalamualaikum ustaz, saya terdapat kemusykilan berkaitan dengan perbuatan sesetengah anak muda zaman sekarang yang melakukan solat jemaah melalui video call atau live streaming adakah sah solat tersebut dan bagaimana pula dengan pahala solat jemaah adakah dikira? Mohon pencerahan , terima kasih

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya ingin bertanya adakah sah solat jika ketika rukuk tangan saya menggaru kepala meggunakan jari tanpa pergerakan besar. Lalu, saya terus takbiratul ihram tanpa memegang kepala lutut.

message user image

Soalan: Salam, boleh saya dapatkan pandangan Mufti Selangor mengenai hukum beri zakat kepada bukan Islam.

message user image

Soalan: Duit bayaran pampasan sukarela akibat dari perbehentian kerja adakah wajib dikenakam zakat?

message user image

Soalan: Istihadah. 1. Hari ke 16 haid dikira istihadah. Waktu bilakah telah dikira masuknya hari ke 16 dan diwajibkan solat/puasa? Masuknya waktu maghrib atau waktu subuh? 2. “Wanita istihadah wajib berwudu setiap solat fardu & boleh menunaikan sebyk mana solat sunat” Bagaimana pula untuk solat jama & qasar? Adakah sekali wudu boleh utk gabungan solat jama & qasar?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya soalan. Selepas solat Iysha saya terus solat witir. Setelah tidur, bolehkah saya bangun solat tahajjud dan lain-lain solat sunat dan adakah setelah saya solat saya kena buat witir lagi.

message user image

Soalan: Apakah hukum lakukan solat sunat sebelum Jumaat semasa khatib berkhutbah.

message user image

Soalan: salam, saya ingin tanya adakah dibolehkan untuk muslim melakukan proses keratin treatment, memandangkan proses traebut sangat popular sekarang, proses trsubut dikatakan mnyebabkan bahan coated meliputi rambut dan menyebabkan rambut kembali sihat dan lembut tapi hanya bertahan dalam 6 bulan, keratin treatment telah dibahaskan dimana : The concern was that the keratin product formed an impermeable coating around the hair cuticle that could take months to wear off, which SANHA claimed violated obligatory bathing rituals for Muslims. Approved for Muslim Women. That controversy prompted a study to be commissioned by CDMF/KATLEIA Advanced Center for Hair Diagnosis. The study determined that during water can penetrate the hair’s cuticle during keratin hair straightening treatments, which means that Muslim women who get keratin treatments can be assured that the procedure is Halaal, meaning it doesn’t violate Islamic law on religious cleansing or participation in worship. After the study was released, the Muslim Judicial Council (MJC) approved the use of the keratin hair product in question. The layer formed by the Brazilian hair treatment, the MJC found, was not one that has a perceptible body and occurred at a molecular level. “Oil applied to hair forms a layer as well. Its effects are visible in the shine, smoothness and slickness that it imparts to the hair.” This was separate from the hair and presented “no obstacle to the validity of (ritual purity)”. “From the exclusive perspective of obstructing water from reaching the hair, it is our considered view that the Brazilian hair treatment does not hinder the validity of (ritual purity),” the councilconcluded https://www.google.com/amp/s/www.iol.co.za/amp/travel/south-africa/is-the-brazilian-blowout-halaal-or-not-2066596 soalan saya, adakah prosedur ini dibolehkan, untuk pastikan wudhu dan mandi wajib sah, terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada dengar ada satu hadis Rasulullah, yang menyatakan satu ketika Rasulullah solat tidak cukup rakaat, lalu ada sahabat menegur sama ada rakaat solat tersebut telah di kurangkan. Rasulullah menjawab tidak dan Rasulullah menunaikan baki rakaat yang tinggal. Persoalan saya, bagaimanakah pelaksanaan solat tersebut dan apakah syarat-syaratnya. Boleh Tak pihak Tuan sertakan kepada saya hadis tersebut. Persoalan kedua, adakah tahiat awal perlu dilakukan sekiranya saya melakukan solat sunat 4 rakaat dengan satu Salam?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya adakah boleh seorang wanita yang kotorannya sering keluar melakukan rukhsah solat iaitu menjamakkan solat walaupun tidak bermusafir?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tn. Saya mahu menunaikan zakat wang simpanan saya. Bolehkah sebahagian drp wang zakat itu saya zakatkan untuk pembinaan bangunan Pusat Pengajian Islam di tempat saya yang sekarang ini memerlukan sumbangan dana utk menyiapkan bangunan tersebut. Terima kasih Tn.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya satu soalan, Sebelum saya hendak menunaikan solat, saya membuang air kecil dan membasuh kemaluan saya dengan sebersih-bersihnya. Kemudian saya mengambil wudhu. Setelah itu saya menunaikan solat. Setelah selesai daripada menunaikan solat, saya mendapati seluar dalam saya berbau hancing. Tetapi saya tidak pula rasa seperti terkeluar air kencing. Apakah yang patut saya lakukan dan perlukah saya menggantikan solat saya sekali lagi.

message user image

Soalan: mana lebih baik? 1.Solat dirumah bersama isteri 2. Pergi ke surau@masjid berhampiran yg sudah pasti ada jemaah & boleh solat berjemaah Atau 3. Pergi ke surau sendiri yg blm pasti ada jemaah, lakukan azan & solat. Kadang-kadang terpaksa solat sendirian spai habis.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ ustazah, Saya tengah berhaid dan saya tidak perasan bahawa saya telah terbocor dan seluar saya telah terkena darah tersebut.Saya telah menyentuh kebasahan tersebut dengan tangan saya, dan memikirkan bahawa kebasahan itu adalah kebasahan biasa selepas menggunakan tandas, tetapi bila saya pergi ke tandas untuk menyemak, saya mendapati bahawa kebasahan itu merupakan darah haid yang terbocor.Saya ingin tahu adakah benda-benda yang saya telah menyentuh selepas menyentuh kebocoran darah haid tersebut telah menjadi najis? Seperti cadar katil, telefon bimbit, pintu dan sebagainya. Dan adakah najis tersebut akan berpindah jika saya menyentuh telefon bimbit saya,lepas itu menyentuh benda yang lain? Saya tidak pasti semua benda yang saya telah menyentuh dan agak susah untuk saya untuk mengingati balik untuk membersihkannya.

message user image

Soalan: Boleh tak sembahyang sunat tahiyyatul masjid ketika azan belum selesai?

message user image

Soalan: Assalamualaikum....Sy selalu terlajak solat subuh..Adakah sah solat dhuha tetapi tak solat subuh. Bukan sengaja tetapi terlajak tidur. Dan apakah hukumnya solat dhuha tapi tak solat dhuha. Mohon penjelasan. Tks.

message user image

Soalan: Saya Lelaki bujang yang kerap kali megalami keluarnya cecair seakan-akan mani atau mazi apabila membuang air besar atau air kecil. Saya telah membaca pelbagai artikal berkenaan air mazi, mani dan wadi. Saya masih keliru dan tidak pasti mengapa saya kerap kali terkeluar jenis cecair sedemkian. Ia satu punca saya kerap onani bagi keluarkan air mani untuk mengelakan keluarnya cecair sedemikian ketika buang air besar atau kecil. Jika saya beronani tiada masalah spt ini berlaku. Jika saya tidak beronani cecair sedemikian akan keluar dan saya keliru adakah ia cecair mani yang keluar kerana tidak lama beronani. Cecair yang keluar adalah seakan mani dan kadangkala spt mazi, kadangakala adalah keputihan kental dan juga yang melekit. Saya harap pihak tuan dapat memberi penjelasan bagi memudahkan urusan solat.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan, Saya ingin meminta pendapat dari pihak tuan apakah hukum/yang patut saya dan suami lakukan kerana pada awal tahun ini saya dah suami telah bernazar untuk mengerjakan umrah pada tahun ini sekiranya suami saya berjaya mendapat perkerjaan yang dia ingini, dan Alhamdulillah hajat suami telah tercapai namun disebabkan keadaan wabak pendemik sekarang yang mana tidak dibenarkan keluar negara dan hajat ini tidak dapat kami tunaikan, apa kah yang harus kami lakukan dan kami sememangnya berniat sekiranya dibenarkan keluar negara dan mengerjakan umrah, kami akan segera menunaikan hajat ini namun apakah kami perlu membayar denda kerana hajat ini tidak dapat kami tunaikan pada tahun ini seperti yang telah kami nazarkan, mohon pencerahan dari pihak tuan, terima kasih.

message user image

Soalan: Gusi gig saya berdarah dan saya tertelan darah itu. Saya berkumur untuk membasuh seluruh mulut saya. Adakah saya perlu menelan air untuk membasuh tekak dan kerongkong saya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti, soalan saya adalah:- Saya membela anak kucing usia dua bulan yg dibuang orang. Memandangkan ia masih kecil, saya membela di dalam rumah kerana di luar rumah terdapat banyak kucing liar. Walaupun di dalam rumah, saya melatihnya berak dan kecing di dalam tandas. Alhamdulillah memang kucing ini tidak kencing dan berak merata di dalam rumah. Cuma, tabiat kucing, selepas selesai membuang najis atau kencingnya, dia akan mengkais tanah untuk kambus najisnya itu. Walaupun kucing saya ini buang air besar atau kencing di dalam bilik air, saya melihat dia tetap kais lantai di dalam bilik air. Menjadi persoalan saya dan timbul rasa was-was di dalam diri, jika dia buang air besar tidak mengapa, tetapi apabila dia kencing, dia akan kais lantai bilik air itu dengan kakinya dan kakinya akan terpijak air kencingnya sendiri. Jika saya melihatnya, saya akan basuh kakinya dahulu sebelum dia keluar daripada bilik air, tetapi jika waktu yang saya tidak ada di rumah atau ketika waktu malam sedang tidur, pasti dia akan kencing di bilik air dan kakinya akan terpijak air kencingnya dan selepas itu keluar. Jadi, bagaimanakah hukum air kencingnya itu? Saya bimbang dengan solat saya walaupun saya basuh kaki sebelum saya pijak sejadah.

message user image

Soalan: Saya beli sekeping tanah 10tahun lalu.Saya berkerjasama dengan Pemaju Perumahan untuk buat rumah.Hasilnya saya dapat untung sebanyak RM2.5Juta. ADAKAH SAYA KENA BAYAR ZAKAT?

message user image

Soalan: Asalamualaikum ustaz. Soalan saya ialah jlnraya rumah saya sering dilalui anjing2 liar. Kdg2 kala meninggalkan kesan tanah tapak kaki nya. Bila saya lalu dan dikuwatiri dmterpijak kesan tanah tapak kaki anjing itu di atas jln raya yg masih lembab dgn kasut adakah kasut kita menjadi najis mughalazah? Adakah perlu di sertu kasut saya? Kalau kasut iti memijak pulak lantai kaki lima rumah.adakah najis berpindah ke lantai rumah pula?boleh ustaz tolong beri penjelasan supaya saya tak terus kebingungan..

message user image

Soalan: Salam. Bangunan di tempat saya bekerja mempunyai surau yang kecil dan dalam situasi COVID sekarang amat sukar untuk solat di surau kerana dihadkan hanya 2 orang sekali. Soalannya, boleh kah saya mengerjakan Zuhur & Asar secara Jamak?

message user image

Soalan: Ada ustaz saya cakap,kalau imam baca laju dan kita sebagai makmum tak sempat kejar bacaan imam,contohnya Alfatihah,kita kene ikut imam tu. Tapi ada seorang ustaz ni pulak cakap,Kene habiskan bacaan biar imam dah rukuk pun takpe.Jadi macam mana sebenarnya kalau kita tak sempat kejar bacaan imam.Terima kasih

message user image

Soalan: Salam..Saya ingin bertanya berkenaan Mandi wajib sekiranya selepas bersama Saya terus Mandi wajib dan selang beberapa minit selepas Mandi wajib terasa air Mani keluar lagi (air Mani suami) adakah Saya wajib Mandi semula. Dan kadang- kadang ia berlaku bukan sekali .

message user image

Soalan: saya pernah gugurkan kandungan sebanyak dua kali dalam tempoh perkahwinan dengan alasan tidak bersedia dari segi fizikal dan mental.waktu itu saya memang jahil dan hanya ikut nafsu dan godaan syaitan.kini saya dihantui dengan dosa silam.Bagaimana saya ingin bertaubat supaya Allah mengampuni dosa besar yang saya lakukan..

message user image

Soalan: Apakah hukum memberi kucing makanan kucing yang mengandungi kandungan babi (atas nasihat doktor disebabkan faktor kesihatan kucing). Bagaimana pula cara untuk mengendalikan makanan kucing tersebut.

message user image

Assalamu'alaikum Mufti, saya nak tanya, adakah jika membuka mulut zakar untuk dibasuh ketika puasa membatalkan puasa? sebab dalam mulut zakar saya tu memang tidak mustahil untuk tergesek dengan seluar bila-bila masa kerana mulut zakar saya senang terbuka apatah lagi jika tergesek dengan sesuatu seperti seluar dalam atau seluar lain,jadi saya tersangat sangat sukar untuk menjaga mulut dalam kepala zakar saya  agar tidak tergesek ketika memakai seluar.Jadi jika menurut pendapat masyhur dalam mazhab syafie adalah batal, bolehkah saya mengikut pandangan lain daripada mazhab lain atau kemungkinan ada pendapat lawan bagi rajih dalam mazhab syafie sendiri yang mengatakan tidak batal? kerana saya dikira dalam keadaan yang darurat lah kan, tidak mungkin saya mahu pakai kain pelekat sepanjang masa agar tidak tergesek.

message user image

Soalan: Assalam. Saya ada 2 kemusykilan. 1. Adakan membaca doa iftitah sewaktu solat Jumaat, solat jenazah dan solat sunat qabliah maghrib hukumnya makruh? 2. Adakah disunatkan berhenti tatkala sampai kpd ..'adziim sewaktu bacaan dlm rukuk dan disambung dgn wabihamdih.

message user image

Soalan: Saya ada pelihara kucing di rumah. Saya sediakan pasir yang dibeli dikedai dan pasir ini saya masukkan dalam satu besen besar untuk kucing membuang najis dan kencing di sini. Seperti biasa perlakuan kucing apabila selesai membuang najis atau kencing, dia akan mengkembus najisnya dengan pasir berkenaan. Sesekali kucing berkenaan akan main di atas pasir. Saya sering perhatikan pada kaki kucing berkenaan, tidak pula kenampakan najis kucing yang melekat atau ada kesan najis di lantai rumah di mana ia telah berjalan selepas bermain atau membuang najis tadi. Soalannya, mohon pencerahan apakah sebenarnya lantai rumah dikatakan bernajis apabila kucing yang selesai membuang najis dan mengkambus najisnya dengan kakinya atau apabila kucing berkenaan bermain dan selepas itu ia akan memijak lantai berkenaan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum...Pada hari jumaat orang perempuan boleh terus solat zohor bila dah masuk waktu atau pun perlu tunggu orang lelaki habis solat jumaat baru boleh solat?

message user image

Soalan: assalammualaikum, saya ingin bertanya, apa hukum suami meninggalkan solat jumaat tanpa sengaja kerana beliau pulang dari kerja jam 9 pagi. jam 8 malam sambung kerja kembali untuk shift malam (8 pagi-8 malam). suami ada tekanan darah tinggi dan perlu rehat/tidur yang cukup. waktu kerja suami adalah 3 hari kerja, 3 hari cuti. cth: kadang-kadang kene kerja khamis, jumaat, sabtu.

message user image

Assalamualaikum wb. 1. Seorang telah berhutang peribadi 10 ribu ,perkiraan zakat juga 10 ribu ... bayaran mana patut di utamakan , zakat atau hutang ? 2. Seorang bersetubuh dengan isteri nya ketika isteri nya masih dalam haid. Apakah kifarah atau kesalahan tersebut ? Adakah dia kena puasa atau bagi makan orang fakir ? 3. Seorang ingin bayar zakat tanpa melalui amil dan dia mengagihkan zakat nya pada jiran jiran yang fakir miskin. Dia tidak agihkan pada musafir , fisabillilah atau asnaf lain. Adakah zakat dia sah ?

message user image

Soalan: Salam Ustaz..boleh kah kita gunakan bahagian zakat kita untuk membayar hutang ayah dari pinjaman bank yg digunakan utk kos rawatan perubatan..Untuk makluman ayah telah pun meninggal akibat stroke. Minta pencerahan dari Ustaz..tq

message user image

Soalan: Salam. Adakah boleh dgantikan baca al fatihah menggantikan. Doa qunut, iftitah, tahiyat awal dan tahiyat akhir..? Sbb masih x hafal smua tu.. Lau tggu dpt hafal, tak solat plk nt...

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Sekiranya ada darah haid yg Kering kat tempat duduk sofa, tanpa sedar Kita duduk di situ Dan terus solat adakah solat Kita sah atau perlu diulang

message user image

Soalan: Adakah makan atau minum melebihi tiga teguk membatal wuduk

message user image

Soalan: Salam,saya ingin bertanya sebelum ni tuala saya digantung bersama dengan keychain yang dibuat dari kulit khinzir,saya tak mengetahui keychain itu kulit khinzir ,setelah sekian lama baru tahu. Saya dah buang tuala tersebut,dan sertu badan. Tetapi tuala pernah diletakkan di katil,telefon bimbit dan lain2, adakah perlu disertu juga.Barang berkenaan akan rosak jika disertu .

message user image

Soalan: Assalamualaikum, soalan saya: 1. Saya mempunyai masalah angin (sering keluar kentut) dan kerap terkucil dan terkeluar air dari kemaluan apabila bergerak termasuklah pergerakan dalam solat. Adakah boleh saya melakukan solat qada dengan satu wudhu' sahaja? 2. Berdasarkan keadaan saya di atas, adakah dibolehkan untuk saya menjamakkan solat jika didalam keadaan musafir?

message user image

Soalan: Assalammualaikum Tuan Mufti, Saya ingin minta nasihat dari Tuan mengenai hukum dan kaedah bertaubat bagi kesalahan yang pernah dilakukan di ruangan chat room di media sosial. Lebih 15 tahun lalu, saya kerap masuk ke beberapa chat room untuk berkenalan dengan orang-orang di luar negara dan ada juga untuk mendengar ilmu agama Islam. Oleh kerana ketika itu masih muda dan tidak berfikiran panjang. Saya pernah berbohong secara terbuka dalam ruangan chat itu.Cara saya melakukan dengan menaip di ruangan chat umum atau secara one-to-one. Kemungkinan ada orang dalam group itu yang mempercayai kata-kata saya dan ada juga yang tidak percaya kerana mereka mungkin berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali dalam media sosial.Bagi yang percaya, ada yang menerima saya sebagai rakan maya (Add as Friend) di chat room itu. Bagaimanakah saya hendak memohon maaf kepada mereka ini kerana saya sudah lama tidak masuk ke chat room itu dan mungkin mereka juga tidak lagi menggunakan ID pengguna yang sama atau atas sebab-sebab yang lain contohnya telah meninggal dunia dan lain-lain. Saya merasa menyesal akan perbuatan saya itu dan mengharapkan nasihat dari pihak Tuan

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya cuma nak kepastian berkaitan dengan bulu kucing. Kawan saya beritahu yang kalau ada 3 helai bulu kucing melekat di pakaian kita, bila kita solat tak sah. Betul ke? Boleh berikan pandangan tak dan information yang kukuh tak berkaitan tu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya umur 26thn, sejak akhir-akhir ini saya merasakan susah dalam membaca tahiyat akhir dan perlu berulang2 pada awal ayat. Dan pada (13/12/2020) waktu Asar, saya terdetik untuk menyemak bacaan tahiyat akhir yang betul di Internet. Saya dapati sejak akhir-akhir ini saya telah membaca dengan "attakhiyatul" dengan menggunakan huruf "kha" pada awal bacaan tahiyat akhir. Sejak itu saya telah qada' solat saya pada hari berkenaan sahaja dengan bacaan yang betul. Apakah yang saya perlu lakukan pada solat2 saya yang lain sebelum ini? Saya tidak pasti bilakah saya mula melakukan kesalahan ini. Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Situasi......1. selepas azan, kita ada waktu (lebih kurang 4 - 5 minit) untuk sembahyang sunat. Mana lebih utama sama ada sembahyang rawatib atau sembahyang tahiyatul masjid? Kalau sempat saya akan melakukan kedua-dua sembahyang tersebut. 2. saya sampai ke masjid ketika solat sedang berlangsung. adakah saya terus mengikut iman solat fardu atau mengerjakan solat tahiyatul masjid terlebih dahulu. 3. saya sampai ke masjid ketika azan sedang berkumandang. Saya duduk sambil menunggu selesai azan oleh bilal. Habis azan saya bangun untuk mengerjakan solat tahiyatul masjid dan sunat rawatib. Adakah betul perbuatan saya itu? 4.sampai masjid saya mengerjakan sembahyang tahiyatul masjid seterusnya mengerjakan solat fardu maghrib dan diakhiri dengan sunat rawatib. Selepas solat saya keluar masjid untuk makan malam. Selepas makan saya ke masjid yang sama untuk mengerjakan solat isyak. Boleh tak saya mengerjakan solat tahiyatul masjid lagi? Kalau saya ke masjid lain untuk mengerjakan solat isyak, bolehkah saya mengerjakan solat  tahiyatul masjid? 5. saya masjid masjid untuk solat Jumaat ketika iman mula membaca khutbah. apakah solat sunat yang afdha dilakukan? ataupun tak perlu solat sunat untuk menghormati khutbah imam? maaf atas persoalan yang dikemukakan. moga mendapat panduan untuk kesempurnaan ibadah.

message user image

Soalan: Pertanyaan saya adalah berkenaan dengan subliminals. Apakah hukum mendengar subliminal bagi orang Islam? Adakah haram bagi orang Islam mendengar subliminal tersebut bagi tujuan tertentu contohnya untuk meningkatkan keyakinan diri atau untuk kecantikan? Terima kasih, mohon penjelasan.

message user image

Soalan: Boleh ke perempuan mandi wajib dari haid selepas terbit matahari, contoh: petang atau malam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz...saya ingin mohon penjelasan berkenaan nazar yg mana ibu sy pernah bernazar untuk menghantar sy menunaikan umrah bersama suami sbg hadiah perkhawinan 20 thn lps yg mana sehingga kini masih lg tidak menunaikan nazar tersebut dgn alasan dia tiada duit sdgkan ibu sudah 5 kali pergi umrah dlm tempoh 20 thn itu....dia pernah bg sy rm1000 sebagai bayaran untuk melunaskan nazar nya itu...sy mohon penjelasan Ustaz bolehkah atau betulkah tindakan ibu sy. Terima kasih atas pencerahan dari pihak Ustaz.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang haid dan istihadah. Bulan 9 saya baru menjalani pembedahan membuang fibroid. Saya diberikan beberapa ubat hormon selepas pembedahan. Mengikut cycle, saya sepatutnya keluar haid pada 23/11, tetapi 28/11 baru keluar discharge warna coklat. Selalu saya anggap discharge ni sebagai haid. Pada hari pertama haid (28/11) sampai hari ke 12, takde darah keluar, hanya ada discharge coklat tu dan sangat sedikit.1-2 dot sahaja sehari. Tapi pada hari ke 13-19, keluar darah. Saya sudah mandi wajib dan solat selepas 15 hari, tp was was sebab darah ni banyak keluar, semasa solat pun keluar dan sifatnya menyerupai darah haid seperti warna gelap dan berbau. Saya mohon bantuan, adakah ini dikira darah haid atau istihadah.

message user image

Soalan: SOALAN PERTAMA:- Kedua orang tua saya sudah meninggal dunai. Bolehkah kalau saya hendak qada puasa untuk ibubapa kita yang tertinggal. Bagaimana caranya dan bacaan kalau kita hendak qada puasa untuk mereka serentak. SOALAN KEDUA:- Kalau kita bermimpi berjumpa dengan orang meninggal. terutama sekali kedua ibubapa kita. Apa yang perlu kita buat. SOALAN KETIGA:-Kalau kita tidak hafal bacaan qunut bolehkah tinggalkan sahaja atau boleh membaca surah lain. SOALAN KEEMPAT:-Bagaimana cara kta nak qada solat kita yang dulu yang tertinggai

message user image

Assalamualaikum pihak mufti, saya ingin bertanya apakah hukum cecair yang keluar ketika solat atau sebelum solat. Saya ada terbaca yang keputihan itu najis jika datangnya dari dalam faraj. Namun saya mempunyai masalah untuk membezakan sama ada keputihan yang bersifat lebih kepada air itu datangnya dari mana. Saya keliru adakah ini keputihan atau peluh. Sy cek cecair ini setelah selesai dari solat. Contoh : sebelum solat maghrib saya ada keluar keputihan yang banyak tetapi tidak melampau dan saya basuh sehingga hilang kesan itu. Saya juga telah berdehem untuk memastikan bahawa sudah tidak ada lagi keputihan yang keluar dan  setelah berdehem saya mendapati tiada lagi keputihan yang keluar. Maka pada waktu itu saya yakin yg ianya sudah tidak keluar (tidak cek adakah ianya kluar atau tidak) dan sy teruskan solat seperti biasa dan saya juga telah solat isyak serta solat qada. Sbb kebiasaan saya solat, sy tiada keluar cecair seperti ini. Perkara ini jarang berlaku kerana ianya berlaku sekali sekala. Setelah selesai solat, sy tengok di atas tisu pelapik tersebut terdapat cairan yang sifatnya seperti air. Saya anggap ini adalah satu cecair yang hukumnya sama seperti peluh. Jadi sy tidak mengambil peduli dan saya juga tidak mengambil keputusan untuk solat semula atau tidak fadhu isyak itu. Tp tiba2 sy berasa was was adakah cecair yang keluar ini adalah keputihan atau hanya peluh. Saya juga tidak solat semula kerana menunggu soalan saya dibalas. Sy was was adkah solat sy batal atau tidak. Persoalannya: 1) apakah status solat sy pada waktu itu? Adakah ia batal atau tidak 2) apakah hukum cecair yang sifatnya seperti air yg tidak pasti keluar dari dalam atau luar faraj? 3) bagaimana untuk membezakan keputihan yang keluar itu adalah dari faraj atau luar faraj? 4) adakah saya perlu solat semula setiap kali saya was was tentang soal cairan yang meragukan keluar ketika solat, sebelum solat atau selepas solat? Atau saya hanya perlu biarkan sahaja? Tolong saya, sy keliru dan takut sangat jika Allah tidak menerima solat saya. Tolong beri penerangan yang lanjut ye untuk kefahaman yg lebih mendalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Maaf saya nak tanya memandangkang sy tiada ilmu dalam hal ni. Saya akan berkahwin. Sy banyak baca tips malam pertama dan sebagainya berkaitan hubungan intim suami isteri. Ada yang mengatakan foreplay dgn tangan di kemaluan isteri sehingga lembab basah barulah masukkan zakar. Soalan sy, sekiranya saya masukkan jari atau zakar ke faraj perempuan tentulah faraj tu basah kan. Dan apa hukum cecair di jari atau zakar yg saya masukkan tu. Adakah najis jari atau zakar kesan dari basah lepas masukkan ke faraj perempuan tu?. Jika najis bagaimana nak elakkan dari terkena katil, katil tempat berehat dan kdg2 brg kemudian solat.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Bolehkah saya berpuasa sunat hari khamis jika saya tidak berpuasa sunat pada hari isnin sebelumnya?Bolehkah berpuasa sunat pada hari jumaat atau hari-hari selain isnin dan khamis ?Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum..Saya ada bernazar masa saya sakit utk memberi makan 100org anak yatim.. Situasi skrg asrama yg saya ingin Sedekah kan terdiri dari anak yatim Dan fakir miskin.. Adakah saya perlu cari 100org anak yatim juga atau bagai mana?

message user image

Soalan: Assalammualaikum.. Saya ingin pencerahan mengenai haid. Jika saya datang haid pada 3hb hingga 9hb kemudian saya datang semula pada 16hb sehingga sekarang. Adakah darah yang datang pada 16hb tu dikira isthiadah atau haid?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya mengenai syarat melancong. Bolehkah kalau seseorang itu pergi melancong ke luar negara seperti korea atau Jepun sebelum pergi menunaikan ibadah Haji atau Umrah?

message user image

Soalan: Salam. Sy ada 3 soalan. Pertama. Saya dlu sgt jahil dan jahat (judi/zina) semua sy buat. Skrg sy dah tinggalkan semua tu. Sy cuba lawan. Terutama zina. Tapi sy kdg2 asyik mimpikan pasal zina. Sy tak tahu nk buat mcm mana. Jadi sy onani sebab nk hilangkan perasaan tu. Mcm mana nk hilangkan perangai tak elok ni ye.? Kedua. Mcm yg sy bgthu di atas dlu sy mmg jahat dan sgt2 berdosa. Skrg sy cuba berubah. Sy cuba solat 5 wktu dan solat sunat. Sy berubah sebab sy kenal sorg perempuan ni. Sy buat istikarah bnyk kali. Sy dpt petanda 2 kali yg buatkan sy rasa dia jodoh sy. Cuma bila skrg ni sy rasa makin jauh dgn dia. Dan dia pun tak mcm dlu. Dia mcm tarik tali dgn sy. Mcm ye? Apa sy nk buat? Ketiga. Alhamdulillah sy rasa iman sy makin ada. Sebab boleh tolak judi dgn zina. Cuma semakin bnyk sy solat sunat atau buat amal jariah. Kenapa makin bnyk kesusahan yg dtg ye? Sy tak tulis yg dtg ni bala. Ya sy tahu ni ujian. Sy tak kuat. Sy selalu doa agar semua kesulitan sy dipermudahkan terutama jodoh dan duit. Tapi sy rasa makin jauh dua bnde ni. Sy nazar dalam hati mmg nk halalkan perempuan yg sy suka tu. Dan sy nazar dalam hati nk buat lebih bnyk amal jariah kalau bnyk duit. Tapi dua2 makin jauh dari apa yg sy doa dan harapkan. Boleh bntu sy? Sy rasa tak kuat sgt. Tak tahu nk luah mcm mana. Sy tahu Allah s.w.t dgr dan tahu perasaan sy. Sy tak nk putus harapan. Tapi sy takut. Takut ujian yg sy dpt ni buatkan sy hilang iman dan terpesong atau mungkin buatkan sy jadi lebih teruk dari dlu. Bantu sy ye.

message user image

Soalan: Assalamualaikum saya ifa..saya nak tanya jika saya sudah mengetahui tentang keputihan itu najis dan menjadikan solat tidak sah tetapi selama ni saya solat dalam keadaan tanpa menukar pantyliner yang ada keputihan adakah saya perlu mengqodha solat yang saya lakukan dulu sewaktu saya belum mengetahui tentang keputihan itu najis

message user image

Soalan: Assalammualaikum WBT Tuan Mufti Saya telah berjumpa dengan seorang doktor pakar Urology mengenai kes yang boleh terjadi kepada mana-mana lelaki. Semasa membuang air kecil, didapati air mani boleh bercampur atau keluar dalam kuantiti sedikit bersama air kencing. Menurut doktor, perkara ini normal dan boleh berlaku. Air mani yang lama tidak keluar akan atau boleh keluar melalui saluran kencing. Ini kerana air kencing dan mani, akan keluar melalui satu saluran. Kuantitinya sikit dan apabila mani keluar bersama air kencing, tidak disedari langsung atau tanpa ada syahwat. Menurut doktor lagi, untuk mengesahkan itu, air mani yang mengandungi sperma yang bercampur dengan air kencing perlu dilihat melalui bantuan mikroskop. Tambahan, sperma itu mati kerana tidak dapat hidup. Doktor itu juga mengatakan air mazi juga boleh keluar bersama air kencing. Dalam hal ini, adakah jatuh hukum Wajib ke atas seseorang itu untuk melakukan mandi junub (wajib) untuk membolehkan ibadah solat & membaca Al-Quran? Menurut doktor, syarat mandi wajib ialah apabila berlaku hubungan kelamin suami isteri walaupun tanpa keluar mani, atau air mani yang keluar kerana mimpi sewaktu tidur atau air mani yang dikeluarkan dengan sengaja (onani).Apakah pandangan Tuan mengenai hukum Wajib Mandi Hadas Besar dalam situasi seperti ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum..Saya ingin bertanya tentang hukum solat bagi mereka yang memakai susuk/raksa? Adakah sah solatnya dan bagaimana cara untuk mengeluarkan susuk tersebut sekiranya pemiliknya enggan mengaku bahawa beliau masih memakai susuk raksa tersebut? Mohon bantuan...

message user image

Soalan: Salam. Saya ingin bertanya. Saya ada memeriksa seorang pesakit bukan islam yang membela anjing di rumahnya. Ketika saya memeriksa dia, saya perasan ada bulu di baju dia tetapi saya tidak menyentuhnya. Tetapi selepas memeriksa dia, saya meneliti tangan saya dan kelihatan sesuatu yang menyerupai bulu atau habuk di tangan saya ( saya tidak pasti apa itu dan dari mana datangnya. Mungkinkah itu bulu anjing ataupun hanya habuk sahaja?). Lalu saya menghilangkan bulu/habuk tersebut. Soalan saya: 1. Apakah saya perlu sertu tangan saya? Saya ada menggunakan hand sanitizer sebelum saya perasan akan bulu/habuk di tangan saya tetapi saya rasa tangan saya sudah pun kering ketika saya perasan ada bulu/habuk di tangan saya itu. 2. Setelah membersihkan bulu/habuk tersebut, saya telah meneruskan kerja saya seperti biasa dan memegang barang2 lain dan juga memegang anggota badan yang lain. Adakah saya perlu sertu semua barang2 lain dan juga anggota yang lain? 3. Saya memang kuat was-was dan ini telah mengganggu kerja harian saya dimana saya was-was semua habuk/bulu yang saya nampak sebagai bulu anjing dan memikirkan keperluan untuk sertu atau tidak.

message user image

Soalan: Salam, saya bekerja di klinik haiwan. Dan anjing antara haiwan dirawat di klinik tersebut. Kadang kala ada air liur, kencing dan anjing di lantai. Sekiranya perasan saya tidak akan memijaknya. Soalan ialah pada satu hari anak saya mengambil selipar saya digunakan kerja harian n membasuhnya. Air percikan terkena pada seluar da kakinya. Pakaian tersebut pula telah dicampurkan oleh mak mertua saya dengan pakaian dna dibasuh. Adakah saya perlu sertu semuanya, sebab saya syak mungkin saya ada terpijak najis anjing. Sekiranya ya, bagaimana pula dengan pakaian anak dan pakaian lain yang dibasuh bersama.

message user image

Soalan: Saya terangkan situasi saya utk pertanyaan 1. Install aplikasi solat x berapa lama - tetapkan waktu solat berdasarkan lokasi semasa (auto detect lokasi semasa saya dan paparkan waktu solat berdasarkan keberadaan kawasan saya) 2. Solat dan puasa mengikut waktu yang dipaparkan di aplikasi - lokasi yang dipaparkan di aplikasi ialah lokasi semasa saya (klang) 3. Tak ikut waktu azan disurau sebab kerapkali azan dikumandangkan lewat dari waktunya 4. Terdetik nak cek waktu solat di google yang dikeluarkan jabatan agama 5. Saya dapati waktu solat yang dipaparkan di aplikasi dan waktu solat oleh jabatan agama tak sama (beza dlm 8-10min) 6. Saya cek aplikasi penetapan lokasi secara manual (sblm ni auto detect lokasi semasa), rupanya lokasi yang dikesan saya berada dijohor (walaupun saya di klang dan di dipaparkan di aplikasi juga saya berada diklang tapi waktu solat yg dipaparkan ialah waktu solat johor) Soalan: Adakah saya perlu menqadha'kan semula solat dan puasa saya sepanjang kesilapan saya mengikuti waktu solat di aplikasi tersebut?

message user image

Pertanyaan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah, Saya ada soalan nak tanya, saya kerja di syarikat majikan bangsa cina. Di syarikat itu, ada pantry, ada peti sejuk. Peti sejuk itu majikan saya ambil dan bawa dari rumahnya. Dia juga mengatakan dia sudah basuh bersih peti ais yang pernah letak/simpan khinzir. Persoalan saya disini, bolehkah kami menggunakan peti ais tersebut? Kedua, boleh ke saya hanya isi cup water sahaja dalam peti ais tersebut? Saya agak serba salah jika tidak buat kerja saya dimarah oleh majikan saya sendiri. Saya rasa berdosa yang amat sangat. Takut sangat. Bagaimana jika tugasan saya semasa isi air tu, pakaian saya lengan baju juga tangan saya terkena pada mana2 bahagian dalam peti ais tersebut? Bagaimana ya Ustaz/Ustazah ?

message user image

Soalan: Saya tak pasti anjing basah pijak selipar saya atau tidak kerana anjing tersebut berteduh daripada hujan depan rumah saya. Adakah saya perlu samak.

message user image

Soalan: Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Saya nak bertanya beberapa soalan tentang hukum. 1. Apakah hukum seorang perempuan yang menggubah atau mencantikkan diri mereka dengan menggunakan produk kecantikan, contoh paling dekat saya boleh beri adalah, mereka menggunakan produk vessa serum yang menjadi viral di media sosial instagram, produk vessa serum ini membesarkan bahagian dada perempuan, adakah haram seorang perempuan menggubah bentuk badan mereka untuk tujuan memikat suami mereka? 1.1 - untuk pengatahuan tuan, vessa serum ini produk yang hanya menggunakan urutan untuk membesarkan bahagian dada perempuan, tidak menggunakan apa-apa suntikkan, adakah haram bagi seorang perempuan untuk menggunakan produk begini? 2. bagi seorang perempuan yang ingin mendirikan solat, memakaian telekung tetapi didalam telekungnya hanya memakai baju yang berlengan pendek, adakah sah solat sekiranya perempuan tersebut hanya mengena kan baju berlengan pendek dalam telekungnya? - jika diperhatikan didalam situasi di atas, perempuan berkenan telah memakai telekung akan tetapi di kawasan beliau mendirikan solat itu terdapat kipas atau angin yang barangkalinya boleh menerbangkan sikit kain telekung, adakah solatnya masih sah?

message user image

Soalan: Assalammualaikum Tuan/Puan yang dihormati, Saya ada pertanyaan tentang isu perancangan keluarga. Terlebih dahulu, ingin memohon maaf jika kekeliruan/pertanyaan saya ini terlalu straightforward, namun saya perlukan pendapat daripada orang yang lebih arif agama. Saya ada ambil suntikan depo atas tujuan merancang keluarga. Disebabkan suntikan depo ini, kini haid saya tidak teratur disebabkan hormon yang tidak stabil, haid saya sudah lebih dari sebulan , dah nak hampir 2 bulan. Pertanyaan saya adalah: 1. Adakah saya dikira suci, dan bagaimana pula dengan ibadah saya. Walaupun dalam haid, adakah saya perlu solat dan dibenarkan untuk menyentuh/membaca ayat2 suci al quran. 2. Bagaimana pula dengan hubungan bersama suami saya, adakah hubungan bersama suami dibenarkan walaupun saya dalam tempoh haid ini. Harap mohon pencerahan dari Tuan/Puan atas isu ini. Terima kasih banyak2 atas keluangan masa dan ilmu yang dikongsi

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin mengajukan soalan. Adakah sah Zakat dan diterima Allah jika diberikan secara langsung kepada ahli keluarga yang diiktiraf OKU oleh Doktor dan pihak Kebajikan Masyarakat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya membela dua ekor anak arnab dan hanya memberi makan sayur-sayuran dan buah-buahan kepada mereka serta air bersih. Saya tingal di dalam apartment jadi kedua anak arnab tersebut tingal didalam bilik bersama saya. Soalan saya, adakah air kencing dan sisa buangan anak arnab tersebut dikira sebagai najis yang membatalkan solat? kerana saya ada baca disesetengah tempat berkata haiwan yang halal dimakan sisa buangannya tidak najis. Mohon penjelasan terima kasih.

message user image

Soalan: Saya pesakit dialysis, persoalan haji. Lebih baik saya buat badal haji atau umrah? Ini kan rukun Islam. Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam. Apakah hukum solat dan puasa saya? Sah atau batal? Hal ini kerana saya solat dan berbuka puasa mengikut waktu yang tertera pada aplikasi solat. Dan rupa²nya waktu solat di aplikasi tersebut tidak update.

message user image

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin bertanya mengenai hukum membaca yassin dan Al-Quran ketika sedang haid menggunakan telefon pintar.  Untuk makluman ustaz, ibu saya telah meninggal dunia dan setiap hari saya akan bacakan yassin untuk disedekahkan kepada ibu. Saya pernah membaca pendapat yang mengatakan wanita haid boleh membaca al-quran ketika haid namun tidak dibenarkan memegang Al-quran. Oleh itu, ketika hari yang datang haid, saya akan bacakan yassin untuk ibu menggunakan telefon pintar. 

Walaubagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca pendapat bahawa wanita yang sedang haid dibenarkan untuk membaca Al-Quran hanya bagi tujuan belajar, mengajar dan hafazan kerana khuatir akan terlupa bacaannya. Justeru, adakah perbuatan saya tersebut salah? Mohon pencerahan daripada ustaz.

Sekian terima kasih.

 

message user image

Saya wanita berusia 32 tahun dan belum berkahwin tetapi rambut saya sudah mula beruban. Bolehkah saya mewarnakan rambut kerana saya pernah terdengar bahawa wanita bujang haram mewarnakan rambut? Harap dapat memberi penjelasan. 

message user image

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin bertanya mengenai hukum membaca yassin dan Al-Quran ketika sedang haid menggunakan telefon pintar.  Untuk makluman ustaz, ibu saya telah meninggal dunia dan setiap hari saya akan bacakan yassin untuk disedekahkan kepada ibu. Saya pernah membaca pendapat yang mengatakan wanita haid boleh membaca al-quran ketika haid namun tidak dibenarkan memegang Al-quran. Oleh itu, ketika hari yang datang haid, saya akan bacakan yassin untuk ibu menggunakan telefon pintar. 

Walaubagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca pendapat bahawa wanita yang sedang haid dibenarkan untuk membaca Al-Quran hanya bagi tujuan belajar, mengajar dan hafazan kerana khuatir akan terlupa bacaannya. Justeru, adakah perbuatan saya tersebut salah? Mohon pencerahan daripada ustaz.

Sekian terima kasih.

message user image

SAYA ADA MENGUBAHSUAI RUMAH, PADA SUATU HARI TUKANG RUMAH INI ADA TERPIJAK NAJIS YANG KEMUNGKINAN NAJIS ANJING PADA TAPAK KASUTNYA DAN TERUS MASUK KERUMAH SAYA UNTUK MEMBUAT KERJA-KERJA UBAH SUAI, SOALAN SAYA APAKAH WAJIB BAGI SAYA MENYERTU SELURUH RUMAH? KAWASAN RUMAH SAYA TERLALU BANYAK ANJING DAN BERKALI-KALI ADUAN KE PIHAK BERKUASA TETAPI GAGAL DISELESAIKAN..APAKAH ADA KERINGANAN BAGI SAYA DALAM HAL INI?

message user image

Assalamualaikum.

 

Hari ini 29/1/2021, masjid kariah kami (masjid an nur kanchong tengah) diizinkan semula mendirikan solat jumaat dengan bilangan sejumlah 40 orang jemaah sahaja..

 

Namun bilangan jemaah yang hadir hanya seramai 34 orang sahaja. Adakah sah didirikan solat jumaat?

 

Saya selaku imam 1 menyatakan perlu memanggil jemaah lain untuk mencukupkan bilangan 40 orang..Namun setiausaha masjid memaklumkan, qadhi Kuala Langat membenarkan solat jumaat didirikan dengan bilangan yang kurang daripada 40 orang..

 

Adalah qadhi mempunyai peruntukan kuasa tersebut? Mohon pencerahan

message user image

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin mendapat pencerahan berkenaan hukum solat jamak dan qasar bagi orang tua yang uzur? Adakah dibolehkan untuknya melakukan jamak zuhur dan asar dgn qasar sekali.

Untuk makluman, saya mempunyai ibu mertua yang telah uzur berumur 90 tahun lebih. Pergerakannya lemah dan kadang-kadang lupa.

Semoga mendapat pencerahan diatas pertanyaan diatas. Sekian Terimakasih

message user image

Assalamualaikum...

Saya ada membela kucing dan dibiarkan bebas didalam rumah. Tapi kadang2 sy ada rasa was was dgn kebersihan dan kesucian dalam rumah saya kerana kdg2  saya perasan kucing saya ada terpijak najis nya sendiri dan ada kesan terseret di lantai. Saya membersihkan sebaik mungkin di tempat yang saya nampak mata kasar. Persoalan saya, adakah najis yang saya terlepas atau tidak nampak (sedikit sangat kesan nya) dengan mata kasar dimaafkan pada hukum syarak?

 

 

message user image

Assalamualaikum w.b.t,

Saya merupakan pengguna cawan haid (menstrual cup. Untuk makluman, menstrual cup merupakan alternatif kepada pad/tampon untuk menampung darah. Ia memudahkan & dapat sedikit sebanyak mengurangkan period waste dan menstrual cup ini boleh digunakan selama 10 tahun. Namun, saya mempunyai beberapa kemusykilan mengenainya. Berikut ialah soalan saya:

  1. Saya menghadapi masalah datang haid lebih dari 15 hari & saya menggunakan menstrual cup untuk menampung darah tersebut. Jadi, sekiranya saya mahu solat, adakah cara & hukumnya? 
  2. Saya juga mempunyai discharge (keputihan) yang teruk. Saya turut menggunakan menstrual cup bagi tujuan untuk menakung discharge tersebut. Menjadi persoalan, apabila masuk ramadhan, adakah dibenarkan untuk saya menggunakan menstrual cup tersebut? Adakah dengan memakai menstrual cup tersebut puasa saya terbatal?
  3. Adakah terdapat perbezaan dari segi hukum memakai menstrual cup sesama puasa sunat & puasa ganti?

Segala perhatian & maklum balas dari pihak mufti amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz/ ustazah.bolehkah saya hendak bertanya satu soalan.

 

Saya pernah tertinggal solat pada zaman dulu namun saya tidak pasti berapa bilangan solat yang saya tinggal. Saya mengalami kerap buang angin akibat penyakit. Berdasarkan situasi saya, bagaimana cara saya hendak mengqadakkan solat saya yang tertinggal dulu? 

message user image

Assalamualaikum tuan.

 

Saya ingin bertanya, saya telah membuat pengeluaran kwsp (sepenuhnya) pada awal tahun 2020 atas sebab "hilang upaya kekal". Sebahagian duit tersebut telah digunakan untuk menyara perbelanjaan perubatan saya, perbelanjaan keluarga dan menyelesaikan hutang-hutang. Selebihnya, saya simpan di akaun simpanan untuk kegunaan perubatan dan perbelanjaan keluarga setiap bulan/pada masa hadapan memandangkan saya telah tidak mampu bekerja (ILAT) lagi.

 

Saya difahamkan untuk pengeluaran KWSP itu atas sebab perubatan/hilang upaya kekal tidak diwajibkan zakat.  Persoalannya ;

 

1. Adakah betul ? 

 

2. Baki duit KWSP yang disimpan di akaun simpanan untuk tujuan perubatan dan sara hidup, adakah perlu/wajib dikeluarkan zakat sekiranya ianya telah

    mencukupi haul dan nisabnya?

 

Mohon bantuan dan pencerahan dari pihak tuan. 

message user image

Assalamualaikum. Disini saya ada beberapa soalan mengenai najis yang paling berat. Situasinya, saya mendengar anjing menyalak kuat seperti memarahi kucing yang berteduh diberanda rumah saya yang tidak berpagar. Ketika itu hujan sedang lebat, dan kedengaran beberapa barang telah dilanggar, tidak pasti anjing atau kucing. Apabila buka pintu, tiada seekor pun haiwan yang ada. Yang ada cuma beberapa tompok air hujan yang saya anggap mungkin itu bekas tapak kaki anjing yang menyalak memarahi kucing tadi. Keesokkannya saya telah sertu beranda dan barang yang saya anggap telah dilalui dan dilanggar anjing. Soalan pertama, sebenarnya adakah saya perlu sertu dengan situasi seperti ini? Saya adalah seorang yang kuat was was.

Situasi seterusnya, setelah sertu dengan yakin lantai dan barang yang saya anggap dilalui dan dilanggar anjing sehingga suci, saya sertu pula tangan dan kaki saya disebabkan situasi pertama, ketika sertu airnya terpercik ke tangan dan kaki. Selesai sertu tangan dan kaki dilantai yang sama, saya jirus lagi lantai yang bertanah pasir hasil dari sertu tangan dan kaki sehingga bersih. Walaubagaimana pun, setelah masuk rumah, saya terlupa jika lantai tersebut saya jirus semula dengan air mutlak sebanyak 6 kali atau tidak. Adakah lantai ini dikira najis semula akibat dari saya sertu tangan dan kaki saya? Dan adakah jika terlupa mengira perlu sertu semula? Bagaimana dengan hos getah yang saya gunakan ketika sertu, saya telah sertu dan bersihkan hos getah tersebut, tetapi masih was was kerana hos getah tersebut berada dilantai basah yang saya terlupa kira jirusan air mutlaknya? Perlukah saya sertu semula hos getahnya? 

Disebabkan saya terlalu stress dan was was, saya minta suami sertu beranda dan barang lagi sekali keesokkannya. Suami sertu menggunakan air tadahan baldi. Manakala hos getah tersebut suami tidak sertu semula, tetapi suami gantungkan diberanda. Tempat gantung hos tersebut merupakan kawasan terbuka yang terkena air hujan. Perkara ini sudah 7 bulan berlalu dan saya masih was was. Walaupun ketika suami selesai sertu, suami yakin dan saya juga yakin bersih, secara tiba-tiba hari ini saya terfikir tentang hos getah itu sama ada perlu disertu atau tidak?

Soalan lain, adakah air hujan yang turun lebat tanpa perlu ditadah boleh digunakan untuk kaedah sertu? Contoh situasi, 1 barang yang perlu disertu telah dijirus dengan air tanah 1 kali. Selepas itu dibiarkan dibawah tempat turunnya hujan lebat. Bolehkan barang itu jadi suci? 

Maaf soalan panjang. Harap dapat menjawab soalan saya ini dengan teliti.

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum.. 

Saya cuba mencari jawapan melalui Internet tetapi tidak menemui jawapan yang tepat.. Muka adalah kawasan yg mulia Dan tidak dibenarkan untuk melakukan kekasaran. Apakah hukum menjentik dahi sebagai gurauan? Ada seorang sahabat saya mengatakan Di dahi setiap manusia terdapat kalimah Allah dan berdosa sekiranya kita melakukan sesuatu Di kawasan tersebut.. Adakah boleh dipercayai? 

message user image

ASSALAMUALAIKUM BERBAHAGIA USTAZ

DI MASA PERINTAH KAWALAN PEGERAKAN (PKP) ORANG YANG TIDAK DAPAT HADIR KE MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT ATAS SEBAB KEHADIRAN TERHAD. ADAKAH SOLAT ZOHOR DI RUMAH BOLEH DIKERJAKAN SELEPAS SAHAJA MASUK WAKTU ZOHOR ATAU MESTI TUNGGU SELEPAS JEMAAH SELESAI SOLAT JUMAAT. SAYA AGAK KELIRU KERANA DUA NEGERI DI NEGARA KITA SETAKAT YANG SAYA TAHU MEMBERIKAN PENDAPAT/HUKUM BERBEZA.

WASSALAM.

message user image

Saya nk bertanya.. Andai kata air mazi saya keluar pada waktu malam dan kena pada seluar saya. Kemudian, saya tidur dan menyebabkan air mazi itu kering. Esok paginya, saya letak seluar yang ada mazi kering itu kedalam mesin basuh dan basuh bersama pakaian lain menggunakan mesin basuh automatik. Jadi,adakah pakaian yg lain itu dikira najis sebab dicampur?

message user image

Salam saya ingin bertanya, sebelum ni ada kerja pencucian tangki air di tempat kerja saya, tangki besar dari 2 kolah air, saya ternampak gambar semasa operasi pekerja masuk ke dalam tangki menggunakan kasut kerja,dan berjalan atas lantai tangki .adakah air dalam tangki selepas dicuci itu bersih? Pekerja ada juga pelbagai bangsa.Ada kah air tangki berkenaaan boleh digunakan setelah selesai tangki tersebut dicuci.Was2 saya tentang kesucian air ,sebab kasut dipijak dalam tangki

message user image

Salam saya ingin bertanya, sebelum ni ada kerja pencucian tangki air di tempat kerja saya, tangki besar dari 2 kolah air, saya ternampak gambar semasa operasi pekerja masuk ke dalam tangki menggunakan kasut kerja,dan berjalan atas lantai tangki .adakah air dalam tangki selepas dicuci itu bersih? Pekerja ada juga pelbagai bangsa.Ada kah air tangki berkenaaan boleh digunakan setelah selesai tangki tersebut dicuci.Was2 saya tentang kesucian air ,sebab kasut dipijak dalam tangki

message user image

Assalamualaikum, saya izzuddin, saya hendak bertanya berkenaan dengan solat jamak.

  1. Adakah solat jamak boleh dilakukan tanpa qasar iaitu memendekkan rakaat?
  2. Dalam situasi saya sekarang, saya bekerja di Ampang, dan tinggal di Bukit Beruntung. Perjalanan saya dlm 55-58 km sehala.. 110+ km jika saya ulang alik. Saya balik antara pkul 4.30 petang hingga 5.00 petang. Adakah boleh saya menjamakkan solat tanpa qasar?

Terima kasih

message user image

Salam,saya ingin bertanya jika saya sertu satu badan ,termasuk telinga. Adakah sabun tanah yang memasuki telinga dikira najis mughallazah juga? Sebab waktu sertu saya ratakan semua sabun ke seluruh badan.Tapi dalaman telinga tak dapat nk dibersihkan mcm luaran badan. Adakah tahi telinga yg bercampur dengan sabun tanah yang termasuk ke dalam telinga ketika sertu itu dikira najis mughallazah juga?sebab setelah beberapa lama ketika bersihkan telinga baru terfikir. 

message user image

Assalammualaikum, mohon dapat beri penjelasan tentang pelat huruf R.Adakah solat secara berjemaah sah sekiranya kita merupakan imam semasa solat.Mohon penjelasan terima kasih

 

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya sedikit. Untuk KWSP saya, saya telah lambat menukarkan daripada akaun konvensional kepada Akaun simpanan syariah, jadi dividen yang saya terima, saya ingin menyucikan nyer. Selain dari menderma duit lebihan divivden itu kepada badan2 kebajikan, saya juga ingin menderma secara langsung kepada individu2 yang tertentu. Jadi soalan saya, bolehkah saya menyucikan dengan menderma kepada penjual/gerai makanan jalanan, atau orang2 yang dilihat pada mata kasar saya berupa miskin, atau seperti pekerja2 pembersihan/buruh kasar, atau kepada kanak2 yang lihat seperti miskin, atau rider2 penghantaran. Saya segan pula nak bertanya status kewangan mereka, sebaliknya hanya menilai dengan mata kasar sahaja. Saya keliru kepada takrifan fakir dan miskin. Saya takut duit yang saya derma itu tidak tergolong dalam kategori yang meyucikan duit dividen saya.

Terima Kasih

message user image

Assalamualaikum, 

"Saya tersesat di Gua Tempurung, Perak semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum disana dan mendapati waktu solat asar hampir berakhir. Bagaimana cara yang sesuai untuk saya lakukan bagi menunaikan solat pada waktu itu?"

Adakah saya boleh lakukan solat seperti biasa yang dilakukan di rumah atau ada cara lain yang paling sesuai?

message user image

Assalamualaikum ustaz , sya ingin bertnya . Pada suatu hari luar rumah saya terdapat tapak kaki babi wlaupun sya xpsti tpi di tnya kepada adik sya berkaitan tu sya jdi was ii kemudian sya sertu tmpt tu .tpi ketika sya menyuci dgn air tnah kucing saya lalu dibahagian air lalu tpi kawasan tapak kaki tersebut . Adakah air sertu itu najis jika terpercik . 

Lagi satu adakah sah menggunakan mop basah untuk melalu kn air pada najis hukmi . Mohon pencerahan terima kasih. 

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum tuan mufti, saya bekerja sebagai frontliner yang bertugas mengambil sampling (swab test) untuk pesakit covid-19. Persoalannnya, adakah sah puasa orang yang diambil sample secara nasopharyngeal (sample diambil dalam hidung) atau oropharyngeal (sample diambil di tekak) sekiranya diambil sewaktu bulan ramadhan? Sekian, terima kasih

message user image

Salam

Disebabkan arahan kerajaan solat Jumaat dihadkan jemaah maka kami pekerja kilang tidak dapat keluar kilang. 

Persoalannya: Apakah hukum solat zohor pada waktunya sedangkan Khutubah Jumaat sedang berlansung. Perlu tunggu solat Jumaat selesai atau bagaimana. Siapakah yang di kategorikan uzur syarie dalam hal ini.

message user image

Soalan saya, semasa solat asar tadi, imam terlupa melakukan tahiyat awal, sebahagian makmum di bahagian hadapan ada yg bangun mengikuti imam, saya dan sebahagian makmum dibelakang terlindung dari imam dan meneruskan bacaan tahiyat awal.... kemusykilan saya, adakah semua makmum perlu mengikut imam melakukan sujut sahwi diakhir rakaat... sekian terima kasih.

message user image

Assalammualaikum,saya ingin bertanya. Rumah saya mempunyai surau dan masjid yang berdekatan. Surau dan masjid ini akan melaungkan azan tetapi azan surau akan bermula dengan lebih awal sedikit dan tidak berapa jelas banding masjid. Saya selalu mendengar azan masjid kerana laungannya lebih jelas kedengaran. Batalkah puasa saya hari ini jika saya terlewat sahur dan masih makan ketika terdengar azan dari surau berkumandang? Azan dari masjid belum berkumandang lagi jadi saya menghabiskan makanan dan minuman saya.

message user image

Assalamualaikum ustaz, jika ketika proses sertu tiba² ada kucing lalu di bahagian air mengalir tetapi bukan pada tempat najis. Najis yg telah hilang ain nya iaitu najis hukmi babi / anjing  adakah tapak kucing tersebut najis dan air yg dipercikn itu najis dripada kucing itu najis . Mohon pencerahan

message user image

Salam Tuan Mufti,

Saya ada beberapa soalan berkaitan najis. Jika kita masuk bilik air dalam keadaan baru disiram dan paha kita ada najis contohnya sedikit darah. Selepas itu, kita duduk di bawah shower sampai najis itu hilang dan seluruh badan kita basah dan baru kita mandi seperti biasa, adakah perlu untuk kita siram seluruh bilik air sebelum kita keluar kerana najis tersebut sudah hilang ketika kita duduk di bawah shower dan terus ke lubang air? 

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai najis. 1 hari semasa saya ada checkup dengan doktor, doktor telah ambil darah saya dilengan. Selepas beberapa minit, lengan tempat diambil darah, darahnya tembus sedikit ke lengan baju. Balik dari klinik saya terus tukar baju dan bersihkan diri. Cadangnya ingin basuh baju yang terkena darah itu kemudian. Walaubagaimana pun saya terlupa. Baju itu bercampur dengan baju lain yang sudah kami pakai didalam bakul. Saya tidak asingkan kerana darah sangat sedikit dan saya percaya darahnya tidak terkena baju lain. Selepas beberapa hari, suami basuh kesemua baju didalam bakul tanpa tahu baju saya yang terkena darah ada sekali. Suami pulak tidak teliti untuk cek satu-satu baju. Kami menggunakan mesin basuh semi auto. Cara basuh adalah seperti ini. Tadah air, letak baju-baju dan sabun, pusingkan mesin, kemudian buang airnya, tadah lagi dan pusingkan mesin. Kemudian bajunya suami letak dibahagian spin dan spin sambil bilas disitu. Selesai spin, baju-baju diletakkan dalam bakul. Setelah basuh semua baju dan letak dalam bakul, kami bawa ke dobi layan diri untuk dikeringkan. Keesokkannya baru saya sedar, bahawa baju saya yang ada darah dilengan, dibasuh dan dikeringkan sekali dengan baju lain. Baju yang lain tidak terkena darah tersebut. Ini kerana, baju yang ada darah tersebut telah dibiarkan selama 4 hari didalam bakul dan kemungkinan sudah kering dah tidak merebak darahnya ke baju lain. Jadi, apakah hukum bagi bakul dan baju lain yang dibasuh dan dikeringkan sekali dengan baju yang ada darah tersebut? Adakah semua sekali dikira najis dan perlu dibasuh semula? Terima kasih.

message user image

Assalammualaikum, saya ingin bertanya satu soalan dari sahabat saya yang telah memeluk islam hampir 9 tahun. 

Dia ada bertanyakan tentang hukum berkhatan dan adakah sah ibadah nya selama ini apabila dia dan keluarganya belum lagi berkhatan sejak dari awal mereka memeluk islam.

Setakat ini, dalam ahli keluarganya, hanya sahabat saya yg bersungguh2 untuk mengamalkan ajaran islam,, tetapi keluarganya yg lain masih belum benar2 mengamalkan islam kerana masih kuat berpegang dgn adat mereka.
Jazakumullah khairan kathira

message user image

 

Assalammualaikum wr wb

Tuan Mufti yang mulia,

Saya seorang pesara mempunyai sedikit simpanan.  Ramadan ni dah cukup haulnya, saya mau keluarkan zakat.  

Soalan saya, boleh kah saya beri zakat  saya kepada 2 orang berikut.  Kepada:  

a) anak saudara lelaki saya (yang masih single) yang sudah 4 bulan tiada pekerjaan kerana pandemic covid ini.

b) adik perempuan saya yang sudah kahwin (>50 tahun) tetapi suami nya tidak pernah kasi cukup belanja dapur bulanan, duit belanja untuk dia pun tak pernah suaminya kasi, bole kata suami nya kedekut.     Dulu bila saya bekerja setiap bulan memang saya kasi sedikit belanja bulanan kepada adik saya.  Tapi sejak saya dah pencen, saya tak dapat berbuat demikian.  Jadi boleh kah saya beri sebahagian zakat saya kpd adik saya ni.

Harap dapat beri jawapan kepada saya di emel account saya:    rh99rh99@gmail.com

Sekian . Ribuan terima kasih.

 

Yang berharap jawapan sebelum Ramadan ini 2021

 

 

 

message user image

Assalamualaikum.  Saya ingin bertanya , ketika saya membuang air besar . Saya dapati ada air yg keluar daripada kemaluan saya dan sya dpati iya berwarna putih seperti air mani dan terpancut ketika keluar . Ketika saya selesai buang hadas . Saya dapati bahawa tgn sya terdapat keringan seperti air mani . Kemudian saya telah pegang tuala dan air tuala menitik sehingga basah lantai dan karpet . Pertnyaan saya adakah air yg keluar itu mazi atau mani atau keduanya . Jika keduanya, saya telah mensuci tgn sebelum selesai tapi hanya sediikit kesan air mani yg saya yakin pada tngn . Adakah air mani dan mazi bercmpur menjadi najis  dan adakah kesan air mani itu najis kerana telah bercmpur dgn air mazi walaupun telah disucikn hnya tinggal sedikit kesan air mani

Bagaimana saya ingin menyucikn lntai dan karpet sekira itu adalah air mazi ? 

message user image

Soalan saya :

Saya diberhentikan kerja pada bulan 3 tahun lepas (2020) dan menerima pampasan sebanyak rm130, 000.. Adakah saya perlu mengeluarkan zakat jika perlu berapa kah Jumlah nya? Bila? (Adakah selepas setahun atau terus keluarkan zakat setelah dapat duit) 

message user image

Assalamualaikum Ustaz, saya masih bujang umur 27 tahun, setiap kali sebelum solat, saya akan bersihkan kemaluan saya samada saya membuang air kecil ataupun tidak. Dan saya bersihkan kemaluan dengan air serta berdehem, dan mengurut sedikit kemaluan bagi memastikan tiada lagi sisa pada kemaluan. Saya berwuduk dan solat fardu. Setelah solat saya mendapati terdapat sedikit/setitik kesan seperti AIR MAZI berkilat-kilat yang sedikit pada seluar dalam saya. Walaupun ketika sedang solat saya tidak merasakan sesuatu yang keluar pada kemaluan saya. Tetapi (kadang-kadang) ketika solat terdapat lintasan di fikiran perkara-perkara yang tidak elok, adakah keluarnya air mazi kerana perkara ini tanpa sedar. Perkara ini membuatkan saya penat dan sering ingin melihat dan cek pada seluar dalam saya selepas solat sekiranya terdapat kesan sedikit seperti air mazi tersebut. Sekiranya ada, saya mengulang semula solat saya dan sebaliknya sekiranya tiada. Dan pada waktu sekarang setiap kali ingin solat saya akan bersihkan kemaluan saya dan seterusnya membalut kemaluan dengan tisu, dan barulah saya mengambil wuduk untuk solat. Saya mengamal satu wuduk bagi satu solat fardu seperti masalah kencing tidak lawas. Pernah berlaku selepas solat Jumaat saya terasa ingin melihat atau cek seluar dalam saya sekiranya ada kesan seakan air mazi dan kelihatan ada setitik kesan tersebut, dan saya telah menggantikan solat dengan solat zohor dengan membalut kemaluan dan berwuduk. 

 

Bagaimana pendapat ustaz tentang masalah saya ini? Boleh ke saya amalkan membalut kemaluan dan mengambil wuduk selepas masuk waktu solat bagi Solat Jumaat? kerana solat jumaat perlu mendengar khutbah dahulu, takut sekiranya air mazi tersebut keluar ketika sedang mendengar khutbah tanpa sedar.

 

Selain itu, bagaimanakah sekiranya saya bermusafir untuk solat jamak qasar sekiranya masalah ini masih berlaku?

 

Seterusnya saya ada membaca hadis mengenai cara menyucikan air mazi ini dengan merenjiskan atau mengalirkan air secedok tapak tangan pada pakaian yang terkena air mazi tersebut.

 

Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk solat. Aminn. 

message user image

Assalamualaikum.. 

Saya ingin bertanya apakah hukum menunaikan Solat Tahyatul Masjid pada hari Jumaat ketika masuk masjid sebelum azan zohor .. kerana saya musykil haram melaksanakan solat pada waktu tersebut ..

Terima kasih ..

message user image

Salam, saya ingin bertanya, saya melalui kawasan yang sebelumnya saya nampak seekor anjing lalu. Selepas kembali dari tempat tersebut, saya mendapati ada tompok darah anjing di tempat tadi. Saya perhatikan tompok darah itu tidak terusik. Saya juga memeriksa kain saya ( tangan saya basah semasa itu kerana baru sahaja ke toilet) , dan dapati ianya kering kecuali tempat mula-mula saya pegang. Saya yakin basahan itu dari tangan saya. Lalu, membasuh kain tersebut dalam mesin basuh dobi layan diri. Setelah dua minggu berlalu, saya merasakan adakah basahan tadi berasal dari darah anjing yang menitik tersebut. Bagaimananya? Saya kena sertu semua ke? Bagaimana dengan mesin basuh dobi layan diri? Saya tidak tahu siapa ynag menggunakannya untuk selama dua minggu..

 

Terima kasih

message user image

Assalamu'alaikum Tuan Mufti dan Pihak Pejabat Mufti. Sy minta izin penjelasan dan pencerahan tentang tulisan dibawah ini berkaitan "kata-kata itu satu doa". Dan adakah ia fahaman melayu?

Start sini :-

Dulu aku percaya kata² adalah doa. Makanya aku amat berjaga² dalam berkata². Aku tak berani berkata yang buruk. Sebolehnya aku akan sebut yang positif sahaja.

Kemudian berlaku satu fenomena yang menafikan bahawa kata² adalah doa. Itu dikatakan ajaran dari new age movement.

Berlaku perdebatan di sana sini. Aku pun jadi keliru.

Aku mohon Allah beri aku petunjuk. Aku ikuti kelas² ustadhah Dr. Sholihah Kaswari . Lama aku ikuti. Aku cuba mendapat kan akan kebenaran yang percaya kata² adalah doa itu salah malah mensyirikkan Allah.

Nak menumbangkan pohon kesyirikan dalam diri bukannya mudah. Perlunya ilmu yang sahih.

Alhamdulillah, ada satu kelas ngaji #Amthal ustazah sebut jelas tentang perkara ini. Masa ni lah aku faham benar mengapa mempercayai Bahawa kata² itu adalah doa merupakan kesyirikan.

Rasa lega sangat. Beban yang ditanggung luruh seketik itu juga. 

Mempercayai bahawa kata² adalah doa itu kesyirikan kerana kita percaya dengan kata² kita itulah yang dapat memberi kita manfaat dan dengan kata² kita itu jugalah dapat menghindarkan diri kita dari mudharat.

Tidak ada sesuatu makhluk pun yang berupaya memberi manfaat malah menghindar mudharat selain Allah.

Maka bila kita percaya kata² adalah doa, kita sedang mensandingkan ke power an kata² kita dengan kuasa Allah.

"HABIS"

Jazakumullahu Khairan Kathira.

Assalamu'alaikum

message user image

Assalamualaikum, 

Saya ada soalan.. baru2 ini.. ada seekor anjing telah masuk ke kawasan rumah saya.. pijak kawasan bersimen.. dalam keadaan basah kerana hujan.. kawasan bersimen tu.. betul2 depan pintu keluar masuk rumah.. adakah perlu dibasuh dengan air tanah? Terima kasih..

 

Selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan..

 

 

 

message user image

Salam,saya nak tanya . Saya ada ke bengkel kereta harini,semasa sedang baiki kereta , mekanik tersebut menghalau anjing peliharaanya tapi anjing tersebut bermain denganya dan mengigit tanganya, nampak ada air liur anjing yang jatuh tapi tak pasti ke tanganya atau tidak,tapi saya nampak dia lap di baju dan belakang seluarnya. Saya minta dia basuh dulu tangan,kemudian dia basuh dan lap di seluar nya semula . Setelah selesai baiki saya perasan ada kesan basah di seat pemandu. Tak pasti dari seluar dia yang lap selepas basuh atau pun tidak,adakah saya perlu sertu seat,dan tempat yang dia pegang. Dan saya juga kena sertu?

message user image

Adakah sah solat jika menggunakan sejadah muka (sejadah kecil) atau rida' sebagai sejadah menurut mazhab syafie? Saya ada mendengar bahawa penggunaan sejadah muka atau rida' menyebabkan rukun sujud tidak sempurna kerana hanya muka sahaja yang beralas manakala anggota sujud yang lain tidak beralas.

message user image

Perlukah kita mandi wajib sekiranya kita ada menggunakan ubat yang perlu di masukkan melalui faraj wanita ( setiap hari)

message user image

Jika setelah selesai mandi wajib dan yakin air sudah rata keseluruh anggota tapi apabila dikorek bahagian pusat ada berbau. Adakah sah mandi wajib kita ustaz?

message user image

PERTANYAAN MENGENAI HUKUM SYARAK MENGGUNAKAN DEWAN YANG BERSEBELAHAN SURAU UNTUK SOLAT TARAWIH BAGI MUSLIMAT (PEREMPUAN) DI KAWASAN PANGSAPURI KENANGA, JALAN EMPAT, TAMAN PUTRA SULAIMAN,68000, AMPANG SELANGOR

Tuan Yang Dihormati,

Memandangkan SOP yang wajib dipatuhi seperti penjarakkan fizikal semasa solat, seluruh ruang surau hanya digunakan untuk jemaah muslimin sahaja dan tidak dapat menampung jemaah muslimat untuk solat tarawih.

Anggaran jemaah muslimat dalam 15 orang. Untuk makluman situasi : 

1) Jarak antara dewan dan surau kurang daripada 25 kaki.

2) Mempunyai pembesar suara di dalam dewan tersebut.

3) Bumbung berasingan atau terpisah diantara dewan dan surau.

4) Jika dari dalam dewan boleh nampak surau melalu tingkap yang besar.

5) Jika dari dalam surau boleh nampak dewan melalui tingkap yang besar.

Persoalan kami dari segi hukum syarak, bolehkah dewan digunakan oleh jemaah muslimat untuk solat tarawih.

Ucapan jutaan terima kasih diatas penerangan dan pengesahan perkara ini.

Sekian.

message user image

Salam,saya nak tanya . Saya ada ke bengkel kereta harini,semasa sedang baiki kereta , mekanik tersebut menghalau anjing peliharaanya tapi anjing tersebut bermain denganya dan mengigit tanganya, nampak ada air liur anjing yang jatuh,dan gigitan kat tangan dia ,saya nampak dia lap di baju dan belakang seluarnya. Saya minta dia basuh dulu tangan,kemudian dia basuh tanganya dan lap di seluar nya semula tempat dia lap lepas anjing gigit tangn dia tadi.Setelah selesai baiki saya perasan ada kesan basah di seat pemandu. Tak pasti dari seluar dia yang lap selepas basuh atau pun tidak,adakah saya perlu sertu seat,dan tempat yang dia pegang. Dan saya juga kena sertu?Terima kasih atas jawapan sebelum ni, saya perlukan kepastian jika benar ada najis apa yang perlu saya sertu?,adakah semua tempat yang dia pegang dan kemudian diri saya serta kawasan yang dipegang semua tempat lain selepas kejadian itu. Harap dapat pencerahan

message user image

Assalamualaikum tuan. Mohon bertanya.

Isteri saya meninggalkn puasa sebab bersalin pd thn 2013,2016 sudah bayar fidyah pd thn 2017..tetapi masih belum sempat qada sehingga thn ni(2021)..bagaimana kiraan fidyah yg baru. Adakah perlu dikira Dr awal semula?

 

Terima kasih

message user image

Assalamu'alaikum group mufti, nak tanya, haritu saya ada lihat website Mufti Wilayah Persekutuan bahawa darah yang sedikit pada daging adalah suci kerana sifatnya tidak mengalir, adakah jika darah yang sedikit daripada luka juga dikira suci kerana sifatnya tidak mengalir? dan adakah boleh terus dicampurkan ke dalam mesin basuh?Mohon penjelasan, dan nak tanya, adakah mulut zakar yang boleh dibuka itu dikira saluran kencing ? Dulu saya pernah sekolah agama dan telah mempelajari perkara-perkara yang membatalkan puasa, oleh sebab telah saya belajar,maka ketika ke puasa tahun 2019, saya telah membuka mulut zakar dan melalukan air ke atasnya dab saya terus berpuasa seperti biasa, dan sekarang ada orang yang mengatakan bahawa ianya membatalkan puasa, adakah kes ini dihukumkan sebagai "lupa" dan puasa tetap sah kerana lupa , sebab last saya belajar di sekolah agama pada tahun 2015, dan memang saya tidak ingat rongga ain yang dimaksud boleh ustaz dulu2, tapi saya rasa saya sudah belajar kerana memang dalam sekolah agama akan tekankan bab puasa ini, jadi adakah saya tidak perlu qadha' kerana keuzuran lupa?

message user image

Salam, saya bekerja di klinik haiwan. Lantai klinik selalu terkena tahi, air kencing dan air liur anjing. Cleaner akan bersihkan najis tersebut tetapi tidak sertu. Adakah anjis akan berpindah ke selipar saya sekiranya saya memijak lantai yang basah..  Dan selipar tersebut pindahkan najis ke tempat- tempat lain yang dipijak ketika basah. Sebab saya memang tidak dapat elakkan dari memijak lantai yang basah.. Kerana cleaner mop lantai setiap hari. Perlu ke saya sertu selipar saya setiap hari? 

message user image

assalamualaikum ustaz, 

saya ingin bertanya,

bagaimanakah wudu dan solat bagi orang yang mempunyai masalah kentut berterusan? adekah dia boleh menjadi imam?

adekah konsep hukumnya adalah sama seperti orang yang mempunyai kencing tidak lawas?

message user image

Assalamualaikum Warahmatullah,

Saya ingin memohon penjelasan mengenai kenyataan yg dibuat secara umum yang menyatakan bahawa mana-mana umat Islam yang melakukan Solat Tarawih 8 rakaat tidak akan mendapat pahala Tarawih. Sebaliknya hanya akan mendapat pahala solat sunat atau qiam sahaja. Perkara ini telah secara tidak langsung menimbulkan kegusaran. Mohon pendirian dan penjelasan pihak Sahibul Samahah Mufti jua.

message user image

Assalamualaikum ustaz/ustazah, saya ada beberapa soalan. 1. Yang pertama, saya baru sahaja mengetahui tentang kewajipan untuk membaca alfatihah ketika menjadi makmum. Selama ini saya solat bersama imam, tapi akan terus rukuk bersama imam walaupun saya belum habis membaca surah alfatihah. Adakah saya perlu qadha kesemua solat saya selama ini. 2. Soalan kedua: selepas saya tahu tentang kewajipan membaca alfatihah, saya berusaha untuk membacanya tetapi sering kali tidak habis membacanya kerana kebiasaan selama ini, saya akan terus rukuk bersama imam kerana terlupa.. 3. Soalan ketiga: sekiranya saya perlu qadha semua solat tersebut, bagaimana solusi terbaik untuk qadha solat dalam jumlah yang banyak. 

message user image

Assalamualaikum Dato/ Ustaz yg berkenaan.

Kalau imam dlm solat maghrib secara tak sengaja berhenti ketika ayat Al fatihah yg berbunyi. 

Ghoiril marghdubi alaihim........berhenti 

Kemudian imam terus sambung sahaja bacaan Waladollin...Amin.

Adakah ia salah dan solat nya terbatal.

Kalau batal apakah sebab nya,

Boleh ustaz beri jawapan secara terperinci.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang soal bengkokkan jari kaki (memerutkan jari kaki) dalam sujud. Adakah ia satu kewajiban? Dan jikalau ya, wajar Imam masjid mengingatkan para jemaah? Kerana sering saya ternampak jemaah tidak bengkokkan jari kaki ketika sujud. Saya sendiri serba salah untuk menegur, takut mungkin ilmu saya tak cukup. Patut tak imam mengingatkan sebelum solat, seperti mengingatkan rapatkan saf, memandangkan ini soal sah, tidak solat. Sejak ada dengar tentang soal bengkokkan jari kaki ni, Saya sendiri susah nak tumpukan perhatian dalam solat, sebab sibuk risau jemaah depan saya tak bengkokkan jari kaki ketika sujud. Harap ada penjelasan. Dan saya benar harap jika wajib para Imam dapat mengingatkan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya seorang yang suka was-was.

1) Pada satu hari, beberapa ekor anjing telah berkumpul dan melintas jalan raya, bukan dalam keadaan hujan. Kemudian kereta kami lalu dijalan raya tersebut selepas anjing melintas. Setelah itu kereta juga telah lalu dan ronda dikawasan jalan lain sebelum pulang ke rumah. Adakah perlu sertu tayar kereta? Bagaimana pula jika pakaian terkena tayar kereta tersebut?

2) Kami ke sebuah pasaraya. Dikawasan tersebut baru sahaja gerimis. Walaubagaimana pun tempat parking diluar pasaraya telah kering. Setelah kami keluar dari pasaraya, seekor anjing sedang melalui kawasan parking tersebut. Anjing itu tidak memasuki celah-celah parking tapi melalui kawasan belakang kereta-kereta yang diparking di situ. Anjing tersebut telah lalu dibelakang kereta kami. Tidak dapat dipastikan anjing basah atau kering. Ketika hendak ke kereta, saya pesan pada suami supaya hati-hati, mengelak dan melangkah tempat laluan anjing tersebut. Ketika hendak sampai ke kereta, suami melangkah laluan yang suami nampak anjing pijak. Saya juga mengikut langkahan suami. Walaubagaimana pun, saya was-was adakah saya betul-betul mengikut langkahan dan pijakan suami dikawasan tersebut. Suami nampak dimana anjing itu pijak, jadi suami pun langkah dan mengelak dari pijak tempat anjing lalu. Saya pulak tidak perasan anjing itu pijak dimana, saya cuma ikut langkahan suami, jadi saya tidak pasti sama ada tempat yang saya pijak setelah langkah, sama dengan suami atau tidak. Saya jadi was-was adakah saya telah terpijak tempat anjing pijak. Laluan anjing tidak ada kesan tapak kaki anjing itu. Selipar saya pula kemungkinan dari kawasan basah kerana saya telah pijak rumput sebelum itu. Adakah saya perlu sertu selipar saya? 

message user image

Assalamualaikum. saya ingin bertanya soalan tentang waktu berbuka puasa.Dalam hadis Rasulullah baginda bersabda bahawa waktu berbuka adalah pada terbenamnya matahari dan bukan pada waktu maghrib.Lalu saya menggunakan google untuk mengetahui waktu matahari terbenam dan mendapati waktunya adalah awal sedikit berbanding waktu maghrib .Soalannya bolehkah saya berbuka puasa pada waktu terbenam matahari mengikut carian di Google?

message user image

Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Sepertimana yang kita semua sedia maklum. Negara kita masih lagi berjuang untuk menghapuskan wabak Covid-19 sehingga hari ini. Banyak urusan seharian dalam hidup kita juga perlu mengikuti norma baharu.

Terdapat 2 persoalan yang ingin saya kemukakan berkenaan perlaksanaan ibadah qurban dalam musim pandemik ini.

1. Persoalan pertama saya adalah, adakah dibolehkan daging qurban dimasak terlebih dahulu sehingga empuk dan dipek menggunakan proses “ Retort Pouch” tanpa sebarang perasa tambahan atau dimasak kepada masakan lain (Contoh: Kari, Rendang dll), sebelum daging tersebut diagihkan?

Daging diproses sebegini untuk memastikan daging dapat disimpan lebih lama memandangkan keadaan semasa yang menyebabkan proses pengagihan sukar untuk dilaksanakan seperti kebiasaan.

Adakah pengagihan daging qurban yang telah dimasak ini boleh membatalkan ibadah Qurban?

2. Soalan kedua pula adalah berkenaan tempoh pengagihan daging qurban. Adakah pengagihan daging qurban boleh dibuat dalam tempoh masa yang lebih panjang?

Hal ini disebabkan keadaan semasa pandemik menyukarkan untuk pengagihan dilakukan secara terus seperti kebiasaan.

Adakah pengagihan yang dibuat dalam tempoh yang lebih lama boleh membatalkan ibadah Qurban?

Saya juga merujuk kepada, Fatwa Majelis Ulama Indonesia, Nombor 37 Tahun 2019 tentang Pengawetan dan Pendistribusian Daging Kurban dalam Bentuk Olahan.

Terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan kepada Dato’ Seri Mufti atas kesudian untuk menjawab persoalan saya.

message user image

Assalamu'alaikum. Saya ingin bertanya tentang hukum bau kencing pada buku lama. Baru-baru ini saya mengeluarkan buku teks yang lama di simpan dalam stor. Kemudian saya mendapati ada kesan gigitan tikus pada hujung beberapa helai kertas muka depan. Apa bila saya menghidunya seperti ada bau hapak yang seakan-akan hancing tetapi tidaklah betul-betul jelas hancing nya. Ia menjadikan saya was-was. Saya tidak nampak seperti berpeta kesan kencing/tahi tikus/rasa kesat kencing yg sudah kering. Saya membasuh muka depan, akibatnya kertas dalam juga menjadi lembab dan mendapati bau hancing tadi muncul pula pada muka-muka seterusnya

Adakah saya patut menggantikan buku ini dgn yg baru? Salah satu artikel di website Mufti WP ada mengatakan dalam mazhab Hanafi kencing tikus tidak dianggap najis kerana sukar dielak. Bolehkah saya mengikut pendapat tersebut kerana was-was ini menjadi berat sehingga menggangu saya mentelaah untuk peperiksaan yang akan datang dua minggu lagi. Buku-buku perubatan juga rata-rata berkos tinggi melebihi RM100. Saya kira jika buku ini perlu dibuang seperti pembaziran pula yg tidak digalakkan dlm agama

Terima kasih kerana perhatian serta maklumbalas pihak tuan/puan

message user image

Assalamualaikum Ustaz,  saya apabila nak buang air kecil terlihat seluar dalam saya ada satu benda melekat berwarna putih dan berkilat sedikit bahagian depan,  sanggat sikit dan kering.  Adakah itu najis,  saya tidak rasa keluar apa-apa dari kemaluan saya..  Kadang ada dan kadang tidak kelihatan dan tidak pasti,  kalau pakai seluar dalam warna cerah tak nampak.  Bagaimana keadaan saya ustaz adakah ini normal.  Saya sanggat tertekan dalam keadaan ini ustaz.. Saya asyik berfikir tentang ini ustaz saya rasa dah tak tenang dan macam ada ganguan fikiran ustaz...  Ustaz adakah setiap kali sebelum solat saya perlu periksa seluar dalam saya.  

message user image

Assalamualaikum w.b.t

Saya pertanyaan dan mohon pencerahan selain membaca surah-surah lazim saya juga  saya amalkan membaca surah taubah ayat 128-129 dan surah talaq ayat 2-3 dan kedua-dua surat dan ayat- ayat ini menjadi amalah saya membacanya dalam solat fardhu. Persoalan saya ;

1. Apakah hukumya dan adakah menjadi satu kesalahan atau tidak dibenarkan membacanya dalam solat fardhu memandangkan ia hanya 2 ayat  dari dalam setiap satu surah

2. Adakah dibenarkan dan dibolehkan saya amalkan ayat -ayat tersebut di atas dalam solat fardhu ? sedangkan hakikatnya saya sering difahamkan bahawa kedua2 surath dan ayat-ayat  tersebut hanya boleh diamalkan  setiap kali lepas solat fardhu.

3. Ada ketika ketikanya saya membaca 3x kali sehingga 7x kali ayat2 tersebut dalam setiap rakaat dalam solat fardhu adakah dibenarkan dan sah solat fardhu  saya.?

Mohon pencerahan ustaz mengenai perkara ini.

message user image

Assalammualaikum WBT

 

Tuan & Puan Ahli Panel,

 

Saya agak keliru tentang hukum bersuci dari hadas berat berpunca daripada anjing peliharaan jiran saya.   Jiran yang tinggal dihadapan rumah saya sering menyuruh orang gajinya supaya membasuh kandang anjing yang terletak didepan kawasan rumah jiran saya.  Anjing itu juga kadang kala dilepaskan dan berkeliaran di kawasan tersebut.  Ruangan itu juga dijadikan tempat meletak kereta milik jiran saya.   Setiap pagi, orang gaji itu akan membasuh kereta dan kandang anjing.   Air basuhan itu akan mengallir ke jalan raya dan setengah air basuhan itu akan masuk ke kawasan rumah saya iaitu ruang letak kereta rumah saya.   Saya telah beberapa kali menegur orang gaji itu supaya memastikan najis anjing tidak dibasuh sesuka hati dan pastikan air basuhan itu tidak mengalir ke jalan dan kawasan rumah saya.   Orang gaji itu beritahu saya bahawa anjing tuannya biasanya akan buang najis di bekas yang disediakan.   Tetapi hal ini tak mungkin kerana anjing yang dilepaskan mungkin akan kencing pada tayar kereta jiran saya itu.  Semasa kereta jiran dibasuh, air basuhan itu mengalir ke kawasan rumah saya.   Buat masa ini, saya tidak mahu menegur terus tuan rumah itu kerana ingin menjaga keharmonian berjiran.

 

Dalam situasi ini, adakah jatuh kewajipan untuk melakukan basuhan tujuh kali dengan satu basahan air bercampur tanah di kawasan rumah saya yang dimasuki air basuhan kandang anjing dan kereta jiran saya itu?

Perlukah saya membasuh (sertu) kasut saya yang memijak kawasan itu?

Kami juga masuk ke dalam kereta dengan kasut yang memijak tempat air itu megalir.   Kami selalu cuba mengelak dari memijak terus air basuhan itu.   Tetapi air yang mengalir masuk tidak menentu dan setelah air itu kering, kami tidak tahu dan terpaksa pijak dengan berkasut.   Bagaimana pula dengan ruangan letak kaki dalam kereta saya itu.   Bagaimana saya hendak menyucikannya?

Saya juga ada membela kucing dan ia juga memijak tempat-tempat yang terkena air basuhan dari rumah jiran saya itu.   Kucing saya itu ada masanya akan masuk ke dalam rumah saya.

Setiap kali hujan,air hujan juga akan mengalir masuk ke kawasan rumah saya kerana kedudukan rumah saya akan rendah sedikit daripada kedudukan rumah jiran saya itu.

Anak-anak saya juga ada kalanya akan pijak kawasan berdekatan pintu masuk rumah saya tanpa berkasut dan masuk ke dalam rumah.   Adakah kawasan itu bernajis kerana kasut-kasut juga diletakkan berdekatan dengan pintu masuk rumah saya.

Saya tidak nampak dengan jelas air kencing atau tahi anjing itu bercampur dengan air basuhan kereta dan kandang anjing.   Saya agak ragu-ragu dan khuatir kasut dan tapak kaki kami akan bernajis berat.

Anjing itu tidak masuk ke kawasan rumah saya kerena pagar rumah saya selalu tertutup.   Cuma kucing saya akan merayau ke jalan raya yang terkena air basuhan itu.

Dalam hal ini, bagaimanakah cara terbaik untuk menegur jiran saya itu demi menjaga keharmonian kejiranan?     Bagaimana pula situasinya apabila bertemu dengan jiran saya, kami berjabat tangan.   Adakah tangan saya bernajis kerana bersalaman ?   Saya tahu jiran itu bela anjing.   Bagaimana keadaanya apabila menziarah jiran saya, adakah tapak kaki saya bernajis kerana memasuki rumah jiran saya itu?   Anjingnya juga selalu masuk ke dalam rumah jiran.   Saya yakin dan pasti tidak pijak najis anjing dan sangat berhati-hati semasa memasuki rumah jiran.  

Segala perhatian dan pandangan tuan & puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya

jika seseorang nazar sekiranya bercakap dengan si fulan,dia akan berpuasa ,selapas itu,dia bercakap dengan si fulan  bnyak kali

Adakah orang yang bernazar itu perlu berpuasa sekali sahaja atau berkali kali

Adakah berulang hukuman untuk berpuasa sekiranya lafaz nazar hanya sekali

Mohon pencerahan ustaz

 

Terima kasih atas penerangan yang diberikan

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada dua akaun bank. Satu adalah akaun peribadi saya, yang saya memang bayarkan zakat simpanan setiap tahun. Satu lagi akaun adalah akaun 'tabung bersama' yang dicadangkan oleh kakak saya; saya dan adik-beradik saya akan bayar RM100 ke dalam akaun tabung bersama ini setiap bulan untuk tujuan kecemasan atau untuk membeli barang untuk ibu bapa kami.

Soalan saya adalah, adakah saya perlu bayar zakat wang simpanan bagi duit akaun tabung bersama itu, sebab saya tak pasti duit ini dikira hak milik siapa. Kami adik beradik perlu semua setuju sebelum menggunakan duit itu, jadi kami tak boleh gunakan untuk tujuan peribadi.

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, 

Lebih kurang 10 tahun yang lepas ketika bulan puasa saya telah melakukan perbuatan zina di siang hari.  Setelah itu saya amat menyesal dan saya ingin bertaubat dengan perbuatan tersebut tetapi saya tidak ingat adakah ketika melakukan perkara terkutuk itu saya sudah tahu tentang Kaffarah yang akan dikenakan ini. Adakala saya fikir yang saya sudah tahu ketika itu dan adakala saya fikir saya hanya tahu tentang Kaffarah ini setelah melakukan zina tersebut melalui ceramah agama yang saya dengar.  Kerana ianya sudah terlalu lama, jadi saya tidak ingat samaada saya sudah tahu atau tidak pada ketika itu. Saya ingin meminta jasa baik untuk menjelaskan situasi saya adakah diwajibkan Kafarrah ke atas saya dalam situasi ini.

Dan jika ia masih wajib keatas saya, apakah definasi ketidakmampuan untuk berpuasa dua bulan ? adakah hanya sekadar badan terasa lemah dan mudah rasa ngantuk mengakibatkan segala perkerjaan seharian tidak dapat dibuat seperti biasa termasuk dalam definasi tidak mampu berpuasa dua bulan berturut dan boleh untuk memilih memberi makan kepada golongan miskin? Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Moga anda sentiasa di bawah lindungan Allah. Saya ingin bertanyakan soalan. Saya ingin mengqada solat yang telah saya tinggalkan selama setahun. Ketika solat, saya membaca bacaan dalam solat saya sangat lambat. Walaupuj saya hanya membaca rukun, solat subuh saya adalah selama 10 minit. Apatah lagi solat yang empat rakaat. Sudah tentulah sehingga 20 minit. Saya ingin mengganti solat saya secepat mungkin jadi saya merancang untuk mengganti 1 hari solat selepas setiap kali solat. Jadi, jika saya ingij buat begitu, sudah tentulah saya akan menghabiskan lebih kurang 2 jam selepas setiap kali solat untuk mengganti 1 hari solat. Jadi, bolehkah saya memasang fon telinga untuk mendengarkan bacaan solat supaya solat saya tidak begitu lama dan tidak begitu memenatkan. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum.

saya ingin bertanya mengenai Upah haji dan badal haji.

bolehkah anak kita melakukan Upah haji untuk datuk dan ayah nya, jika ayah nya tidak dapat melakukan untuk datuknya?

message user image

Assalamualaikum,

Mohon penjelasan Ustaz berkenaan adab dan tertib ketika menganjurkan majlis bacaan Yasin dalam sesebuah kumpulan dan bagaimanakah memilih orang yang berkelayakan bagi memimpin majlis tersebut. Adakah penguasaan makhraj dan tajwid dititikberatkan dalam memimpin bacaan Yasin.

Terima kasih.

message user image

Assalamu'alaikum wbt 

Saya Junidah Bt Abdul Rahim dari Hospital Shah Alam ingin mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Mufti Selangor berkaitan hukum seorang pengendali jenazah lelaki tayamumkan jenazah wanita yang disebabkan kematian Covid-19, sedangkan pada masa yang sama terdapat pengendali jenazah wanita yang boleh melaksanakan Fardhu Fifayah tersebut. Adakah terdapat kelonggaran khususnya di dalam tempoh pandemik ini? Sekian terima kasih.

message user image

Salam Ustaz,

Peristiwa ini sudah lama berlaku, kira-kira 20 tahun yang lalu. Saya pernah tumpang kereta kawan yang bukan Islam untuk pergi makan tengah hari. Saya tahu dia mempunyai beberapa ekor anjing. Semasa mahu naik ke dalam kereta, saya ternampak semacam kesan bulu haiwan atau mungkin juga kusyen tempat duduk yg lusuh dan berbulu - saya tak pasti. Lepas tu, saya lupakan soal tu. Saya tidak ingat sama ada saya dalam keadaan berpeluh atau basah pada waktu itu, tapi saya rasa tidak.

Selepas 20 tahun benda itu berlaku, baru saya teringat balik dan ada rase was-was sama ada saya perlu sertu atau tidak. Saya takut ibadah-ibadah saya yang lain tidak diterima oleh Allah kerana saya tidak bersuci dengan sempurna. 

Soalan - perlukah saya sertu? Apa akan terjadi kepada ibadah saya selama ini?

Terima kasih.

 

 

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin kemukakan beberapa soalan:

1) Jika seseorang mengalami was was air mazi keluar atau tidak, apakah yang perlu dilakukan? Adakah sekadar cek seluar dalam sama ada ada kesan air mazi atau pun tidak? Lebih tepat lagi pastikan kering ataupun basah. Kalau tiada kesan air mazi dan seluar dlm masih kering, adakah kita anggap tiada air mazi keluar?

2) Ragu ragu air kencing keluar selepas kencing. Perkara begini jarang sekali berlaku. Cuma bila berlaku saya rasa was was. Selepas kencing, saya akan pastikan titisan habis keluar kemudian baru lakukan 3 kali berdehem. Seterusnya menyucikan dgn lalukan air di kawasan keluarnya air kencing tersebut. Setelah selesai, sewaktu ingin mengambil wuduk. Saya tak pasti sama ada sisa air kencing yg keluar ataupun sisa air basuhan tadi yg terkena pada seluar dlm saya. Apa yg harus saya lakukan? Adakah perlu abaikan sahaja?

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan soalan berkenaan anjing bermain di taman mainan kanak-kanak.. Saya ada ternampak anjing dibawa bermain di taman permainan di perumahan saya dan anjing itu ada cuba menaiki gelongsor di taman itu. Apakah hukum jika kanak-kanak bermain di situ? Perlukah disertu dahulu? 

message user image

Assalamualaikum saya berumur 14 tahun saya kencing Dan keluar air bewarna keruh selepas saya kencing tetapi tidak memancut Dan tidak berasa lazat,adakah itu air wadi atau wadi?.adakah saya perlu mandi wajib?

message user image

Salam, boleh saya bertanya berkenaan perkara ini. 

 

hadis Ummu A’thiyah:

 

كنَّا لا نعدُّ الكَدرةَ والصُّفرةَ بعدَ الطهرِ شيئًا

 

Maksudnya: Kami tidak menganggap darah yang keruh dan kekuningan yang keluar selepas tempoh suci itu darah

1. Ini dimaksudkan setelah habis tempoh 15 hari ke?

2. Bagaimana dengan keputihan? Macam mana nak bezakan keputihan dengan sisa haid. Saya jadi keliru.. Saya risau sekiranya kekuningan yanga alami setelah haid dalam tempoh 15 haid sebenarnya keputihan.. 

3. Pada hari ke 11, saya dapati sudah suci, saya mandi dan solat. Pada hari 13 pagi ada kekuningan, malamnya bersih. Saya mandi dan solat semula. Pada hari ke 15 saya dapati keluar cecair putih dengan tompok-tompokan cream.. Masih dianggap haid ke?

Terima kasih.

message user image

Apakah hukum memakai alat solek secara nipis ketika solat setelah mengambil wudhuk dengan sempurna ?

message user image

AsSalam,

Soalan saya berhubung kait dengan hukum menjamakkan waktu solat dalam keadaan rukhsah yang berterusan.

Anak saya sedang belajar di negara Jerman. Di tempatnya pada masa ini waktu Maghribnya 9 malam, Isyak pada 12 tengah malam dan subuhnya pula pada pukul 3 pagi. Di dalam keadaan waktu2 solat yang berdekatan antara satu dengan yang lain ini. Bolehkan situasi ini dikategorikan berada dalam keadaan rukhsah yang berpanjangan dan dibolehkan menjamakkan Solat Maghrib dan Isyak sepanjang musim di mana waktu solatnya adalah sebegini. 

Sekian, terima kasih.

 

 

message user image

Assalamualaikum.Jika seseorang pernah mengatakan"Ya Allah,Jika aku dapat yg aku inginkan,aku akan tidak meminta apa apa lagi"

 

1)Apakah ini termasuk Nazar?

2)Apakah ad cara menebus atau membatalkan nazar seperti ini.

3)Jika keinginan tersebut benar di kabulkan,apakah kita tidak boleh lagi memohon apa apa lagi dari Allah seperti.Pengampunan dosa,murah rezeki dan lain lain sebagainya.Mengingat dia telah bernazar tidak minta apa apa lagi selepas keinginannya udh terkabul.

message user image

Assalamualaikum.

Berikut ada beberapa soalan yang ingin saya tanyakan:

1) Adakah air percikan daripada basuhan najis (qubul atau dubur) tu dikira air najis? Air mutlak yg didatangi pada tempat keluarnya najis terpercik ke tempat lain seperti di badan, pakaian dan lain-lain juga sukar untuk disucikan. Kadang kadang tidak pasti, air apa yang terpercik dan dimana kerana sukar untuk dilihat dan juga hanya dapat dirasai sahaja ketika melakukan basuhan.

2) Semasa selesai membuang air kecil. Sedang untuk menyucikan menggunakan air paip iaitu air mutlak. Secara tak sengaja air paip terlalu kuat sehingga air yang didatangi ke atas tempat keluar najis menyebar merata sekeliling badan dan pakaian. Sukar untuk disucikan disebabkan ia merata merata. Dan adakah ia dimaafkan?

3) Apakah cara yang terbaik untuk menyucikan diri dari air kencing dan najis pada tubuh badan sendiri?

4) Bagaimana untuk mengelakkan dari rasa was was najis itu di merata rata tempat. Adakah tempat itu dikira najis apabila yakin adanya najis ? Kalau rasa-rasa, ragu-ragu, agak-agak, tak pasti, tak yakin kita perlu anggap tempat tu suci daripada najis.

5) Saya tinggal dekat kawasan apartment. Kadang kadang seat moto saya basah dan saya tak pasti sama ada air tu air hujan, atau pun air titisan aircond atau lain lain. Adakah kita perlu anggap ia adalah air yang suci? Walaupun ia dtg dari tingkat atas?

 

message user image

Assalamualaikum

Saya akan membeli sebuah rumah 2 tingkat.Penghuni sekarang adalah keluarga beragama hindu dan ada memelihara anjing di dalam rumah (bebas bergerak di dalam rumah).

Adakah saya perlu sertu keseluruhan rumah apabila menjadi hak milik nanti?

message user image

Salam, nak tanya. Boleh kah kita menetapkan masa untuk nazar. Sebagai contoh "Aku bernazar puasa lima hari jika dapat tukar jawatan. Kalau dapat bertukar jawatan dalam masa 6 bulan, aku tmbah lima hari lagi puasa nazar". Boleh kah begini? Jika boleh, dan saya dapat bertukar jawatan tetapi selepas 6 bulan, saya perlu puasa 5 hari atau 10 hari.

 

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

Saya nak ajukan beberapa soalan:

1) Adakah air yang berada dalam baldi yg kurang dari 2 kolah ataupun 216 liter apabila bercampur dgn air percikan cthnya air wudhu, air mandian. Air tu akan menjadi mustakmal? Atau air dlm baldi tu masih kekal menjadi air mutlak.

2) Adakah air baldi yg kurang daripada 2 kolah atau 216 liter apabila kita mencelup tangan ke dlm nya. Air tu menjadi mustakmal? Cthnya apabila ingin mengguna air dgn mencebok secara tak sengaja tangan pun masuk dlm air tu jg.

3) Kalau kita masuk ke dalam toilet, adakah perlu menggangap toilet itu bersih dan suci daripada najis? 
cthnya lantai toilet yg basah, selipar toilet yg basah, mangkuk jamban yg basah. Dan tak pasti kebasahan di sekitar toilet tu adalah najis ataupun tidak.  Bagaimana kalau pakaian terjatuh ke atas lantai basah? Ataupun kita duduk atas mangkuk jamban yg basah? Atau pakaian atau badan kita terkena sesuatu yg basah di toilet? Adakah perlu dianggap suci?

4) Untuk menyucikan sebarang najis pada pakaian, badan atau mana mana tempat. Adakah air didatangi 3 kali sudah memadai? Bagaimana pulak kalau mengguna air paip? Hanya 3 kali kiraan?

5) Bangkai semut yg mati di dalam air mutlak. Adakah najis air tersebut? Kadang kadang perkara mcm ni susah untuk di elakkan.

6) Adakah jerawat yg berdarah adalah najis yg dimaafkan? Ataupun darah dari luka luka kecil di mana mana anggota badan akibat kering walaupun tidak disengajakan, kuantiti darah yang sedikit dan darah luka hanya berada di tempat luka tidak mengalir tmpt lain?

message user image

Assalamualaikum , ustaz ketika saya mandi wajib menggunakan getah paip air mengalir tetapi air kemudian perlahan kemudian di sebelah sya ad air di dalam tong kurng dua kulah kemudian sya menciduk nya mengunakan gayung tetapi tangan sya termasuk kedlam air didlm tong adakah air berubah menjadi mustakmal ? Tetapi air didalam tong itu selalu mengalir kerana diisi dgn air paip . Apakah hukum sekira nya org lain mengunakan nya untuk bersuci seperti berwudhu adakah sya berdosa kerana kejahilan diri sendiri .

message user image

Assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya

1.jika seseorang itu melafazkan nazar tanpa niat untuk bernazar.Adakah ia dikira sebgai nazar?

2.Jika seseorang itu bernazar setelah sekian lama,dia telah melupakannya nazarnya itu,sampai suatu ketika dia teringat kembali nazarnya itu,tetapi seingatnya nazar itu hanya didalam hati

namun dia ragu-ragu sama ada menyebut lafaz nazar itu ataupun hanya niat di dalam hati.Bagaimana hukum nazarnya?

 

Mohon pencerahan ustaz.

Terima kasih atas pencerahan yang diberikan

 

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya perasan kesan tompokan putih pada seluar sedangkan saya tidak bermimpi atau melakukan perbuatan merangsang dan bila saya membau tompokan putih itu tidak ada bau dan apa yang saya pelajari jika kesemua sifat air mani tidak ada maka tidak perlu mandi wajib kerana ia bukan mani, adakah ini betul?

message user image

Assalamualaikum, 

Soalan saya ringkas sahaja.

Saya ingin bertanya tentang apakah hukum cecair yang keluar daripada fajar isteri ketika sedang melakukan persetubuhan iaitu apabila isteri sedang klimaks. Cecair yang keluar itu bewarna jernih dan keluar dengan banyak tetapi tidaklah berbau seperti kencing. Adakah cecair itu hukumnya sama seperti air kencing ? Adakah ia najis? Mohon dapat menjawab pertanyaan saya ini. Terima kasih.

Boleh hantar jawapan ke email saya di atas.

 

message user image

Assalamualaikum.. 

Saya ada kemusykilan mengenai makanan yang order menggunakan apps delivery (grab, foodpanda dll) 

Biasanya rider tak dapat nak pilih makanan yang dihantar sama ada halal atau tidak halal. Kalau saya order makanan, makanan itu akan diletakkan dalam beg yang kemungkinan bercampur dengan makanan tidak halal. 

Soalannya, perlukah saya samak plastik atau kotak makanan saya? Kalau kering mungkin tak perlu tapi kalau saya order air sejuk, sudah tentu basah dan terkena beg yang mungkin ada bawa makanan tidak halal tu..

Minta beri penjelasan. Saya jadi was2 nak order guna apps delivery.. Terima kasih..

message user image

Assalamualaikum wbt. 

Saya seorang penghidap psoriasis, sejenis penyakit autoimun yg menjejaskan keadaan kulit. Kebelakangan ini Psoriasis saya semakin kerap berdarah, terutama ketika flare up teruk. 

Jadi disini saya ada 2 soalan:

1. Adakah dibolehkan untuk saya solat secara duduk di atas kerusi? 

Psoriasis saya agak teruk di bahagian kaki, terutama lutut dan juga di kaki bahagian belakang (kedudukan selari dgn buku lali). Jadi ia agak menyakitkan apabila saya sujud di lantai(sejadah) dan cuba untuk duduk antara 2 sujud dan duduk tahiyyat dengan sempurna disebabkan keadaan kulit saya yang terlalu sensitif dan mudah berdarah di bahagian tersebut.

Ketika Psoriasis saya tidak terlalu teruk, atau tidak flare up dan saya tidak berasa sakit, saya akan solat seperti biasa. 

 

2. Disebabkan keadaan Psoriasis saya yang kini kerap flare up dan berdarah, bagaimana dengan wuduk saya? Dan pakaian saya yang dibawa solat? Kerana saya pasti darah pada kulit saya sedikit sebanyak akan terkena pada pakaian (walaupun telah ditukar ke pakaian baru untuk mendirikan solat).

Terima kasih.

 

 

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanyakan berkaitan pernafasan ketika solat. Adakah ketika hendak melafazkan satu-satu ayat dalam solat nafas itu perlu diambil dari hidung atau boleh dari mulut. Contohnya apabila selesema, adakah nafas itu boleh diambil dari mulut. 

Soalan kedua saya ingin bertanyakan baru-baru ini saya baru mengetahui cara solat yang betul dan cara wuduk yang betul. Jadi adakah saya perlu mengqhadakan semula solat-solat saya sebelum ini. 

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum Mufti, Saya ada beberapa soalan berkaitan najis.

Jika kita keluar sedikit air mazi contohnya seditik disebabkan tonton perkara yang menaikkan syahwat, kemudian air mazi itu kering dan kita terus pergi tidur. Kemudian kita bangun pada waktu pagi tukar seluar dan meletakkan seluar yang kena air mazi tadi di lantai, adakah ia akan memindahkan najis, kerana waktu tidur tubuh badan kita dan sekitar kawasan kemaluan kita mengeluarkan sedikit ( lembapan peluh ). Bagaimana jika lantai tersebut telah dipijak dengan kaki yang basah berkali - kali? Adakah ini sudah dikira was was? 

message user image

Assalamualaikum 

Saya doakan semoga Tuan/Puan dalam keadaan sihat walafiat dan selalu dalam lindungan Allah. Amiin

Saya nak bertanya berkenaan zakat isteri kepada suami.
Sebelumnya saya ceritakan keadaannya dahulu ya.

Rumah dibeli atas nama suami, tapi pembayaran ansuran rumah sebelum ini kami bayar bersama-sama. Sampai satu masa kami tiada pendapatan dan suami tak dapat pekerjaan lagi. Tapi sekarang  suami sudah dapat pekerjaan baru dan saya sudah mula berniaga semula.

Kami tinggal di shah alam selangor. Gaji suami kecik, tak sampai rm3000, kami ada 3 orang anak (15th, 12th dan 10th). Tapi saya juga berniaga, jadi Alhamdulillah pendapatan kami boleh tampung sara keluarga. Dan sejak suami mula bekerja, suami yang bayar ansuran hutang rumah. Saya membantu kewangan dari yang lain-lain. 

Dan sekarang ni, Alhamdulillah… hasil dari pendapatan saya, saya sudah boleh mengeluarkan zakat pula. Dan yang jadi pertanyaan saya sekarang:

Bolehkan saya memberi zakat saya pada suami untuk membantu pembayaran hutang rumah-ribawi (dengan catatan rumah dibeli memang atas nama suami, namun sebelum ini saya juga pernah ikut sama membayar ansuran rumah tersebut)

Saya sangat berharap dapat jawaban atas persoalan ini. Sebelumnya saya ucapkan ribuan terima kasih.

Yours Sincerely,
Fanny

message user image

Assalammualaikum, saya ingin bertanya adakah boleh kita beramal dengan amalan yang mempunyai jumlah dan tatacara tertentu?

Sebagai contoh, solat hajat kemudian baca Surah Fatihah 11 kali kemudian doa 7 kali agar Allah SWT melembutkan hati orang yang dicintai biidznillah

Dan juga amalan-amalan lain yang mempunyai jumlah tertentu

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, saya ada terjebak dalam melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita. Maka dengan itu, saya berasa marah dengan perbuatan saya dan saya bernazar untuk tidak melihat perkara tersebut dalam tempoh yang tertentu. Namum, saya ada berkali kali melanggar nazar dalam tempoh tersebut. Jadi apakah saya perlu buat. Adakah sy perlu melakukan kifarah dengan banyak. Mohon pencerahan 

message user image

Assalamualaikum,saya terpijak air kencing dan berjalan dengan kaki yang terkena air kencing di dalam rumah.Kemudian ibu saya mengemop satu rumah.Perlukah saya membasuh seluruh lantai rumah saya kerana ia berlaku beberapa bulan yang lalu?Saya rasa amat tertekan kerana takut solat keluarga saya tidak diterima Allah.

message user image

Assalamualaikum tuan/puan.

Saya pernah bernazar untuk membelikan makcik saya tilam baru sewaktu mereka berpindah rumah tetapi belum sempat saya nak beli, makcik saya dah beli 3biji tilam baru terlebih dahulu. Soalan saya, perlukah saya belikan mereka tilam baru, atau bolehkah saya menukar nazar saya tu kepada barang yg lain dengan nilai yang sama. Contoh, saya belikan katil yang baru.

message user image

Assalamualaikum wbt

Setelah keluar dari tandas, ketika berjalan seperti ada air jatuh kena pada betis kemungkinan dari celah antara dua kaki. Saya tidak tau sama ada itu air kencing yang keluar sendiri atau air biasa yang dari kulit yang tidak kering. Sebab pernah sekali sebelum ini air kencing keluar sndiri tanpa rasa ia keluar dari kemaluan. Disebabkan saya rasa was was dan takut air itu jatuh ke lantai yang saya tidak pasti bahagian mana air itu jatuh, saya mop semua tempat yang saya lalui. Ada saya baca kalau mop najis, semua lantai yang dimop dikira najis. Adakah ini masalah was was saya dan perlu saya abaikan atau perlu bersihkan lantai saya satu rumah dan bagaimana cara untuk bersihkan lantai itu.

message user image

Assalamualaikum wrt Ustaz. Maaf mengganggu.

Saya ada kemusyikalan berkenaan bermukim, bermusafir, dan kaitan jamak qasar.

Sebelum ini, saya tinggal dan membesar di bangi, tetapi sekarang saya bertugas di daerah jempol setiap hari isnin sehingga jumaat, di mana saya sedang menyewa di jempol sementara bertugas di sini. Walaubagaimanapun, saya akan pulang ke bangi setiap petang jumaat disebabkan ada komitmen kerja yang berlainan pada hari sabtu dan hari ahad, dan pulang semula ke jempol pada pagi isnin. (jarak antara bangi dan jempol melebihi dua marhalah)

Oleh itu, saya ada beberapa kemusyiklan:
i) Adakah bangi tu dikira tempat musafir bagi saya disebabkan saya sekarang menyewa di jempol dan saya balik ke bangi tidak melebihi tiga hari? atau bangi masih dikira sebagai tempat bermaustatin bagi saya?

ii) Adakah dibenarkan saya melaksanakan solat fardhu secara jamak qasar sepanjang keberadaan saya di bangi? atau hanya dibenarkan ketika dalam perjalanan sahaja?

Mohon percerahan dari ustaz berkenaan isu ini. Jazakallah khairan kathira.

message user image

Assalamualikum.

Saya Syahril. Saya ada pertanyaan berkenaan solat jumaat di musim PKP ini. Saya telah lengkap 2 dose vaksin dan melayakkan saya untuk mengikuti solat jumaat di masjid dirumah saya di seksyen 29 shah alam mengikut sistem penggiliran yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun saya telah mula bekerja dan di Petaling Jaya. Masjid di petaling jaya tidak membenarkan saya untuk mengikuti solat jumaat disana kerana tempat yang terhad dan hanya dibuka untuk ahli khariah setempat sahaja. 

Soalannya adakah saya perlu pulang ke rumah untuk mengikuti solat jumaat di masjid di rumah. kerana ada kekangan masa untuk ulang alik kerumah yang mengambil masa  yang panjang  untuk perjalanan sahaja dengan kereta (syarikat swasta waktu solat jumaat  jam 1-2 sahaja) .

Adakah saya dibolehkan untuk tidak mengikuti solat jumaat atau saya perlu berusaha untuk pulang bersolat jumaat di masjid di rumah. 

Mohon dapat menguraikan masalah di hati saya.

Sekian terima kasih. 

syahril. 

message user image

salam,saya nak tanya. Tahun lepas saya sengaja batalkan puasa dan lupa nak ganti puasa. Saya kesali dengan perbuatan itu dan nak ganti balik tahun ini. Jadi boleh ke saya qada tanpa fidyah sebab saya ni bawah umur?

message user image

Assalamulaikum ustaz,

saya ingin bertanya jika seseorang bernazar menyerupai sumpah [nazar al lajaj]-contohnya:jika bercakap dengan si fulan maka dia akan berpuasa

lalu melanggarnya beberapa kali

Adakah wajib baginya membayar kaffarah atau lakukan apa yang dinazarkan itu?

mohon pencerahan ustaz

terima kasih

message user image

Assalammualaikum , saya ingin bertanya tentang mandi wajib dan mandi junub . Setelah bersama dgn suami saya akan mandi wajib dgn niat mandi wajib .. boleh saya tahu apa beza mandi wajib dan mandi junub kerana dlm mandi junub dan mandi wajib terkait dgn air mani dan air mazi .. kerana sebelum ini saya akan niat mandi wajib , dan baru sekarang saya tahu tentang mandi junub . cuma saya masih tidak tahu apa perbezaan nya dan masih keliru . saya amat memerlukan pencerahan kerana saya risau solat dan ibadah saya tidak sah . terima kasih atas bantuan ...

message user image

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

USTAZ/USTAZAH,SAYA SEPERTI NAMA DIATAS,TERDAPAT SEDIKIT KERAGUAN DAN KECELARUAN DALAN SUATU ISU BERKAITAN DENGAN SOLAT SUBUH,SAYA TELAH CUBA MENCARI JAWAPAN BERKENAAN ISU TERSEBUT TETAPI MASIH TIDAK MENEMUI JAWAPAN YANG BENAR-BENAR MEYAKINKAN KERANA RISAU SOLAT SUBUH TIDAK SAH,AMAT TINGGI HARAPAN SAYA  AGAR MASALAH SAYA MENEMUI JALAN PENYELESAIAN

ISU DAN MASALAH SAYA:-

UNTUK MAKLUMAN USTAZ/USTAZAH.SAYA BERULANG ALIK KERJA DARI SEMENYIH,SELANGOR KE KUALA LUMPUR YANG MEMAKAN MASA LEBIH KURANG SATU JAM,OLEH YANG DEMIKIAN,SAYA PERLU KELUAR RUMAH PADA PUKUL 6.00AM(PAGI) DAN MEMANG TIDAK SEMPAT SUBUH DIRUMAH DAN PERLU BERGEGAS KE PEJABAT KERANA RISAU KESESAKAN LEBUHRAYA YANG AMAT TERUK SEPANJANG PERJALANAN KE PEJABAT DAN MEMANG TIDAK DAPAT BERHENTI DI MANA-MANA KERANA AKAN LEWAT SAMPAI KE PEJABAT,DAN SELALUNYA SAYA AKAN TIBA DI PEJABAT TEPAT WAKTU SYURUK(SELALUNYA),DAN BETULKAN JIKA SAY ASILAP,(WAKTU SYURUK ADALAH WAKTU TIDAK BOLEH SOLAT,)

(SOALAN) BILAKAH MASA YANG PALING SESUAI BAGI SAYA MELAKSANAKAN SOLAT SUBUH?SAYA BENAR-BENAR BINGUNG DAN MATI AKAL MENCARI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN SAYA.JASA BAIK USTAZ/USTAZAH AMATLAH SAYA HARGAI DAN BERTERIMA KASIH....SEKIAN TERIMA KASIH

 

message user image

Assalamualaikum ustaz.. 

Saya ingin bertanya berkenaan infaq/waqaf dan bacaan al Quran yang dihadiahkan buat arwah..

Setiap kali saya membaca alquran/ berzikir atau bersedekah saya akan meniatkan untuk manfaat dan pahalanya kepada arwah abang saya.

Soalan saya

1. Adakah pahala bacaan AlQuran itu hanya akan diperoleh manfaatnya oleh arwah sahaja atau pun pahalanya di kongsi bersama saya yang membacanya al Quran / sedekah tersebut..

2. Adakah ada cara tertentu untuk meniatkan pahala dan manfaat dari kebaikan yg kita buat (contoh bacaan AlQuran /sedekah /berzikir) untuk arwah yang telah meninggal? 

Atau cukup sekadar niat sepintas lalu di dlm hati (contoh : aku hadiahkan bacaan al Quran/ sedekah ini untuk arwah abang ku yg bernama........ Moga manfaatnya dan pahalanya diperoleh oleh arwah)

jika kita meniatkan sedemikian adakah pahala dan manfaatnya hanya akan diperoleh oleh arwah sahaja?  Adakah kita tidak dapat apa2 dari bacaan AlQuran  dan sedekah yang kita buat.. 

message user image

Assalamualaikum..

Mohon Pencerahan Ustaz,

Sebaik-baik solat ialah mengerjakan diawal waktu yakni sejurus selepas azan berkumandang..

Soalan saya bolehkah kita solat mengambil waktu bekerja contoh solat waktu zohor pukul 12.20 tgh sedangkan kita ada diperuntukan waktu rehat pukul 1.00 tgh hingga 2.00 ptg.

Bolehkah saya mengganti masa yang telah saya ambil untuk mengerjakan solat sebelum waktu rehat yakni masuk kerja lebih awal contoh mula kerja 8.00 pg tapi saya masuk pejabat dan mula bekerja 7.30 pg.

Tiada kerja yang perlu dilaksanakan waktu azan berkumandang yakni kerja telah diselesaikan.

 

Sekian, terima kasih atas pencerahan.

message user image

Assalamualaikum,saya sering solat fardhu berulang Kali pada satu waktu kerana ada lintasan hati.menurut para ulamak tidak sah Dan Haram,soalanya adakah solat pertama saya sah?

Masa itu saya tak tahu bahawa tidak boleh solat Dua Kali Dan saya jugak tidak tahu tentang lintasan hati,jadi bila lintasan hati tu datang saya ingat saya sendiri bercakap dan rasa berdosa,adakah boleh jikalau dalam keadaan demikian untuk solat 2 Kali? 

Kalau tidak boleh? adakah saya berdosa tetapi saya tidak tahu tindakan itu tidak dibenarkan dalam islam?mohon pencerahan ya ustaz

 

 

message user image

Assalamualaikum Tuan Mufti. Saya ada satu kemusykilan. Saya selalu tidak khusyuk dalam solat walaupun saya dah cuba untuk kekal khusyuk. Pertamanya semasa duduk antara dua sujud. Saya khusyuk semasa ingin sujud yang pertama, selepas itu fikiran saya melayang sampailah saya berdiri semula untuk baca Al-fatihah pada rakaat berikutnya. Semasa membaca Al-fatihah pada rakaat berikutnya, saya terfikir "aku dah ke belum duduk antara dua sujud dengan sujud kedua tadi?". Sangat selalu jadi begini. Adakah saya perlu sujud semula atau anggapnya sebagai was-was dan tidak perlu layan serta teruskan solat. Keduanya, semasa membaca Al-fatihah atau baca tahiyat akhir. Semasa membaca "attahiyatulmubarakatu" saya masih khusyuk. Kemudian fikiran saya melayang. Saya sedar semula semasa "fil alamina innaka hamidummajid". Adakah perlu saya mengulangi bacaan tersebut kerana dikira tidak membaca tahiyat akhir dan selawat ke atas nabi? Terima kasih tuan mufti.

message user image

Assalamualaikum,Saya ingin bertanya.bolehkah di masjid yang sama menjalankan solat jumaat secara bergilir.Contoh ada dua jemaah.jemaah pertama melakukan solat jumaat dahulu.setelah selesai dan bersurai.masuk pula jemaah kedua menjalankan solat jumaat.Harap jika boleh dapatlah di usulkan ,ini kerana jemaah yang hadir membawa sejadah sendiri dan siap berwudhuk dari rumah sepanjang covid ini.Sekian.terima kasih

message user image

Assalamualaikum.

Apakah hukum solat witir satu rakaat? Tidak 3 rakaat.

message user image

Assalamualaikum....saya ada satu soalan nk bertanya....saya melakukan solat jamak takdim maghrib dan Isyak..... setelah menunaikan solat maghrib saya terus berdiri melaksanakan solat Isyak tetapi ketika saya sedang solat Isyak......azan berkumandang....apakah status solat Isyak saya.....adakah dikira....@ perlu solat balik.... Jazakumullah

message user image

Asalamualaikum sy terlanjur  mencelup pakain bernajis dalam air dan selepas sy keringkan di mesin basuh baru teringat dan kena bahagian dalam pengering dan luar baru apakah boleh menyiram air dengan spray yg berisi air mutlak di kawasan luar mesin basuh seperti penutup 

message user image

Assalamualaikum. Saya ada membaca satu post dimana seseorang itu minta untuk berdoa untuk sembuh diatas berkat Baginda Nabi Muhammad SAW. Bolehkah menulis sedemikian? 

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum tuan mufti. Saya ada beberapa soalan tentang kejahilan saya yang lalu. 1) Suatu hari, selepas solat zohor, terdetik hati saya untuk periksa bacaan tahiyyat akhir saya. Saya dapati ada kesalahan huruf iaitu (الطيبات لله) dengan saya terbaca (ت) dengan huruf (د) "toyyibadulillah". Saya tidak tahu sejak bila berlakunya perkara ini. Saya sudah bersekolah agama dari darjah 1-6 serta menyertai kem tahsin wudhu dan solat. Adakah perlu saya qadha solat-solat sebelum ini? Bagaimana pula solat orang yang solat sebagai makmum saya? Adakah mereka perlu qadha juga? 2) Semasa tempoh PKP tahun lepas, saya ada baca buku tentang solat. Di dalam buku tersebut, ada ditulis " semasa takbiratul ihram, jari-jari tangan hendaklah mengahadap kiblat". Kemudian saya cuba praktikkan dalam solat dengan mengangkat tangan ke paras telinga dan membengkokkan jari saya ke hadapan sedikit. Kemudian pada tahun ini baru saya tersedar yang saya buat itu salah selepas membaca buku lain yang disertakan gambar. Adakah sah solat saya sebelum ini kerana bertakbiratul ihram dengan cara yang kurang tepat?  Terima kasih tuan mufti.

message user image

Dulu berpuasa dan solat xtinggal, tp mkn duit haram, skrg dah taubat..adakah puasa dan solat dulu sah? Xperlu ganti?adakah pahala amal ibadat tergantung dan apabila taubat smua amal ibadat tu akn dpt balik? 

message user image

Assalamualaikum.Saya ingin bertanya soalan tentang najis hukmi.Apakah najis hukmi dapat berpindah dalam keadaan basah?.Contohnya ada carpet yg terkena air kencing kemudian air kencing tersebut dibiarkan sehingga zat,bau,warna dan rasa hilang dan menjadi najis hukmi kemudian dengan kaki yang basah saya pijak carpet tu.apakah kaki saya sudah menjadi najis? dan jika saya berjalan ke sekeliling rumah dengan kaki yang basah itu apakah sudah memindahkan najis?.

2.Jika ianya boleh berpindah bolehkah saya mengambil pendapat mazhab maliki yang mengatakan najis hukmi tidak berpindah?Kerana saya ini seorang yang senang waswas.

message user image

Assalamualaikum, saya ada soalan. Apa hukumnya apabila semasa saya haid, terdapat bau darah pada diri dan pakaian saya, walaupun saya tidak mengalami sebarang kebocoran. Adakah pakaian saya juga dikira sebagai tidak suci dan kotor? Adakah hukumnya sama seperti memakai lampin dan terdapat bau najis pada pakaian walaupun lampin tersebut tidak bocor? Sekian. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum tuan mufti. Saya berumur 15 tahun. 1) SETAHUN sebelum saya baligh( saya tidur dan keluar air mani), saya ada terkeluar setitik cecair yang disebabkan syahwat. Pada masa itu, saya rasa cecair itu air mazi kerana melekit dan keluar hanya setitik. Kemudian, hari ini, saya dengar ustaz cakap air mazi jernih, air mani keruh. Seingat saya, semasa keluar cecair setahun sebelum saya baligh itu, cecair itu tidak jernih seperti air sungai dan tidak keruh seperti susu. Adakah itu air mani atau air mazi? Adakah saya sudah pun baligh semasa itu? 2) Jika keluar cecair setitik disebabkan syahwat kemudian apabila di periksa, air tersebut hampir sepenuhnya meresap pada seluar dalam, adakah itu air mani atau air mazi? Terima kasih tuan mufti.

message user image

Wajibkah ambil nafas baru di setiap wakaf ketika baca alfatihah dalam solat, kalau tak ambil nafas jadi batal ke solat? Soalan kedua, betul ka kalau bukan orang arab, kalau salah makhraj huruf ketika baca alfatihah dalam solat dimaafkan sbb kita bukan lidah arab. Saya susah nak sebut huruf ghoin tu. Kalau baca kuat okay ja, kalau baca time jadi makmum tu yg bunyi dia lain sikit, tak jadi kho, tak jadi ghoin.

 

message user image

Assalamualaikum Tuan Mufti,

Soalan saya adalah adakah seseorang yang telah pencen atau tidak lagi bekerja dan hanya memperolehi pendapatan melalui bonus dari instruments pelaburan tetap seperti Tabung Haji atau ASNB setiap tahun layak dikenakan zakat wang simpanan sekiranya cukup haul? Ini kerana sekiranya beliau membayar zakat wang simpanan, duit dalam instruments pelaburan tersebut akan berkurangan dan akan menjejaskan pendapatan beliau setiap tahun melalui bonus dari instruments pelaburan tersebut.

Contohnya:

A hanya mempunyai simpanan RM 100,000.00 dalam instruments pelaburan tetap dengan purata bonus 5% setahun atau RM 5000.00 setahun.

Sekiranya haul zakat wang simpanan adalah RM 20,000.00, A perlu membayar 2.5% dari RM 100,000.00 atau RM 2500.00 setahun.

Oleh itu, A hanya akan memperolehi pendapatan RM 2500.00 setahun untuk menyara kehidupannya.

Oleh itu, adakah A masih layak menunaikan zakat wang simpanan?

Mohon jawapan dari Tuan Mufti. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum tuan mufti. Saya ada beberapa soalan berkenaan tumakninah. 1) sepanjang rukuk, jika seseorang itu melakukan pergerakan kecil seperti menggerakkan satu jarinya, adakah rukuknya dikira tidak tumakninah? 2) jika seseorang itu lututnya bergetar semasa rukuk, adakah dikira tidak tumakninah?  3) jika seseorang itu menarik bajunya yang terlekat di bahagian peha kanannya dengan menggunakan tangan kanannya semasa iktidal kemudian sujud, semasa hendak sujud itu, seseorang itu rasa "aku sempat tumakninah ke tidak semasa iktidal tadi?" adakah boleh diteruskan solat atau perlu diri semula? 4) Adakah tumakninah hanya cukup berada dalam keadaan sesuatu rukun seperti sujud, iktidal untuk seketika atau perlu berhenti dan jadi seperti patung? Terima kasih tuan mufti.

message user image

Assalamualaikum , apa hukum menggunakan kain basah atau mop tuk menyucikan najis . Contoh kita hilang kn dahulu sifat najis seperti air kencing kemudian tinggal sedikit lembapan lalu lap pkai mop atau kain basah . Sya tgk di yt ad ustaz membenarkn dan ad yg menggunakan kaedah lain sya jdi keliru . Boleh ustaz terang bagaimna cara yg betul dan cara menyuci kn karpet terkena air kencing karpet besar tpi tidak melekat hanya susah di bawa .

Jika kaedah sya salah bagaimna jika sya telah menggunakan mop basah keseluruhan rumah adakah perlu membasuh seluruh rumah. Terima kasihhhhh

message user image

Assalamualaikum, Ustaz. Saya baru tersedar bahawa solat-solat saya sebelum ini tidak sah atas sebab² tertentu. Bagaimanakah caranya untuk qada solat-solat saya itu jikalau saya tidak tahu berapa banyak kali solat itu tidak sah?

message user image

Assalammualaikum,saya seorang perempuan berumur 17 tahun.Dulu,saya sering membaca bahan bacaan dalam talian yang terkadang mempunyai unsur lucah. Saya tidak tahu sama ada terkeluarnya air mani selepas membacanya namun saya akan ke tandas untuk membuang air kecil lepas itu. Saya solat seperti biasa kerana saya ingatkan tidak ada masalah. Adakah solat saya sebelum ini tidak sah dan saya perlu qada solat tersebut?

message user image

Assalamualaikum ustaz.  Saya pergi umrah pada tahun 2018, ketika saya masih dalam ihram dengan tidak di sengajakan, saya telah membunuh seekor lalat. Saya tahu kita dilarang membunuh binatang ketika di tanah suci. Saya pernah bertanya dan musykil akan perkara itu sampai saya leka. Sekarang saya teringat kembali peristiwa itu . Adakan saya patut membayar dam? Mohon pencerahan ustaz. 

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang aurat wanita. Bekenaan labuhnya tudung itu ada keadaannya. Dimana jika dada itu besar atau bila mana baju yg dipakai menampakkan bentuk dada seseorang wanita wajib untuk menutup dada. Jika tidak menampakkan bentuk dada maka sunnat menutup dada. Itu yg saya tahu setelah mendengar ceramah ustaz azhar idrus. Jadi soalan saya menampakkan bentuk dada tu seperti mana? Saya perlukan penjelasan detail. Setahu saya sekiranya wanita mmpunyai saiz dada kecil, masih berkemungkinan ada sedikit timbul walaupon bentuk sebenar dada tidak terlihat. Jadi itu yg membuat saya tidak beberapa faham. Walaupon memakai tudung labuh masih juga ada kemungkinan menampakkan sedikit timbul walaupon dada tidak besar.. adakah menampakkan bentuk dada tu dimaksudkan seperti menampakkan dada secara menyeluruh atau terlihat sedikit? Mohon penjelasan yang amat detail. 

message user image

Assalamualaikum,saya nak bertanya saya tersentuh najis hukmi dengan tangan yang basah dan saya memandu kereta dengan tangan yang berpeluh. Bagaimana saya nak sucikan stereng kereta saya. Kalau disiram air boleh merosakkan kereta? Saya tak mahu merosakkan kereta saya disebabkan kesilapan saya ini.

message user image

ASSALAMUALAIKUM saya ada pertanyaan harap boleh membantu permasalahaan saya ini.

1. Sewaktu di tandas kaki saya terkena air kencing lalu saya menjirus air paip yang mengalir pada kaki saya tanpa menggosoknya dan ketika itu saya yakin kaki saya sudah bersih dan suci, saya pun keluar dari bilik air. Tiba-tiba dalam perjalanan menuju ke depan was-was saya datang, kaki saya rasa pelik seperti melekit saya tidak pasti disebabkan lantai yang saya pijak atau atau hanya perasaan saya jadi saya pun mengambil keputusan untuk mencium kaki saya dan saya dapati masih ada baunya. Persoalanya adakah semua tempat yang saya lalui itu dihukumkan najis. Sekarang saya rasa satu rumah sya najis. saya ingin menegaskan di sini, sebenarnya saya ada penyakit was-was yang sangat kritikal. Mintak bantuannya ya.

message user image

Ada ustaz yang memberi tazkirah mengatakan bahawa orang yang terus bangun (beredar) sesudah salam, sebelum imam memusingkan badan ke kanan semasa wirid, akhirat kelak kepalanya akan dibangkitkan berkepala keledai. Benarkah ada hadis sesemikian, atau apakah hadis-hadis yang berkaitan dengan perkara tersebut. (Harap mendapat jawapan)

message user image

Assalamualaikum ustaz , persoalan saya bagaimna sekiranya kita tersalah dlm sesuatu perkara dlm bab najis. Contohnya dlm penyuci najis kita tercuci dgn hanya mengelap dan telah tersebar keseluruh rumah .hal ni menyebabkn kesukaran bgi sya untuk membasuh nya. Seterusnya , setelah mandi wajib terdpt tompok kan pada tgn di yakini bekas air mani secara logik nya air mani keluar akan bercmpur dgn mazi adakah tompokan itu najis mohon pencerahan. 

message user image

Saya tak tahu ustaz...sy solat sunat taubat selepas solat subuh...sy rujuk balik ia adalah waktu haram... macam mana sy nk buat untuk menebus dosa sy ustaz....

message user image

Assalamualaikum

Kitaran haid saya pada kebiasaannya adalah 28 hari. Selama ini tiada sebarang masalah cuma kadang2 ada masanya ia akan awal 2-3 hari tapi jarang2 berlaku. Tetapi selepas ambil vaksin kitaran haid saya berubah menjadi 24 hari sahaja. Dan sudah beberapa bulan ianya begitu. Tetapi bulan ni tiba2 baru hari ke 21 lendir darah mula keluar bila saya bersuci. Dan tompokon darah juga ada. Saya tetap meneruskan solat seperti biasa. Cuma saya nak tahu boleh kah saya kira kitaran saya sekarang ni 24 hari. Kalau nanti dia keluar lebih cepat dari 24 hari macammana pula. Jangka masa saya haid tetap sama 6-7 hari.

message user image

Assalamualaikum, saya ada pertanyaan berkenaan mandi wajib. 

Dikulit kita ada kulit yang mengelupas and bahagia kulit yang terkoyak. Kulit mengelupas ini kelihatan tompokan kulit-kulit yang kering. Perlukah ratakan air kebahagian bawah kulit sbb kulit itu agak sukar dikoyak.

 

Mohon pencerahan

message user image

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanyakan mengenai pemberian zakat kepada golongan bukan Islam. Seperti mana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam pada 6-8 September 2007, memutuskan bahawa pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam mengikut asnaf-asnaf yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, pemerintah diharuskan memberi zakat kepada bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah (JAKIM, 2015). Jadi soalan saya, adakah akan berlaku sebarang perubahan pada fatwa tersebut jika terdapat unsur mendesak dan kecemasan seperti keadaan covid? Adakah jika terdapat golongan bukan Islam yang memohon bantuan zakat dalam waktu wabak ini, adakah permohonan mereka akan diterima disebabkan elemen darurat tersebut atau akan ditolak disebabkan kekufuran mereka? Mohon penjelasan ustaz. Jazakallahu khairan jaza'.

message user image

Assalamualaikum...

Ada kemusykilan berkenan kasut kulit babi.. 

1) Kalau kita berjalan, kain atau seluar terkena kasut kulit babi yg dipakai oleh org yg lalu sebelah kita.. (cuma tau kasut brand tu ada yg material kulit babi tapi tak pasti)

2) Kawan bukan islam datang rumah, memakai kasut yg material kulit babi (bahagian lining dalam) kaki @ stokin memijak masuk dalam rumah... Adakah perlu samak dalam rumah? Sama ada stokin basah (mungkin berpeluh) atau kering

Boleh beri penjelasan.  Terima kasih

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Was-was Saya datang kembali,Saya adalah seorang wanita. sewaktu saya  terjaga dari tidur Saya mersakan lembapan pada kemaluan Saya tapi Saya tidak pasti ada kah kain Saya terkena lembapan tersebut. Saya mengambil keputusan untuk menggunakan pantiliner. Selepas itu saya membasuh tangan tanpa menggantikan kain yang Saya pakai itu. Lalu Saya lap tangan Saya yang basah pada kain tersebut. Automatic kain Saya menjadi basah. Saya was-was selepas Saya pegang kain tersebut adakah najis atau tidak. Lalu Saya memegang barang-barang lain. Jadi barang tersebut najis atau tidak. Lalu barang-barang tersebut terkena barangan lain.

message user image

Assalamualaikum, kemusykilan saya adalah berkenaan status ihram dan cara memperbetulkannya. Sekitar 2015, saya telah melakukan umrah bersama keluarga. Apabila pulang, terdapat kegusaran di mana sebelum saya pergi ke Makkan, saya dalam keadaan junub dan telah mandi wajib. Namun, kejahilan saya ketika itu adalah beranggapan pusat bukan anggota zahir untuk digosok dan diratakan air. Maka, setelah saya mempelajari cara yang betul, saya tertanya-tanya berkenaan status umrah saya samaada sah atau tidak serta status ihram saya.

Sekiranya tidak sah dan masih dalam ihram, bagaimana hendak membetulkannya memandangkan saya juga dalam kesempitan wang untuk melakukan umrah dan pada masa yang sama saya dalam perancangan untuk bernikah pada 2023.

Mohon panduan.

message user image

Assalamualaikum. Ada seorang ustaz beritahu amalan untuk 'cukup rezqi'. Caranya dengan baca 3 surah tanpa huruf 'qaf' iaitu surah Al-Asr, Quraysh dan Al-Falaq. Beliau sandarkan amalan itu dengan nabi Muhammad SAW.

Soalan : adakah terdapat hadis yg sedemikian? Jika ada, apakah status hadis tersebut.

Mohon pencerahan. Terima kasih.

Assalamualaikum.

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Adakah saya perlu juga/wajib  mengeluarkan zakat simpanan yang telah cukup nisab dan haul  sedangkan saya masih dalam lingkungan/kategori orang Asnaf Miskin (layak menerima zakat)

Saya merupakan bekas pekerja swasta yang tiada pendapatan tetap selepas ambil persaraan awal (vss) sejak jan 2021.

Saya juga masih menanggung 3 anak yang masih bersekolah, seorang anak baru tamat belajar,seorang isteri serta masih ada hutang kereta,pembiayaan peribadi dan bil bil bulanan

Mohon pencerahan pihak ustaz

 

 

message user image

Assalamualaikum. Ingin tanya berkenaan najis. Bayi lelaki telah membuang air besar berwarna kuning sehingga tembus ke bajunya. Baju itu saya letak didalam mesin basuh semi auto bersama sama baju baju lain. Kemudian saya tadah air dan letak sabun serta vanish. Setelah itu baru saya pusing mesin basuh tersebut. Setelah mesin berhenti pusing, saya buang air tersebut kemudian tadah air yang baru untuk bilas. Saya pusing lagi mesin basuh sehingga ia berhenti. Kemudian saya buang lagi air bilasan tersebut dan tadah air baru untuk bilasan kedua. Selepas itu baru la saya alihkan baju2 ke tempat spin.

Persoalannya yang pertama, baju yang terkena najis kuning masih kelihatan samar2 berwarna kuning. Kebiasaannya jika saya sabun + vanish, kotoran akan hilang. Namun kali ini ia meninggakan warna kuning yang samar2. Adakah keseluruhan termasuk baju2 yg dibasuh bersama dgn baju yang terkena najis anak, dikira najis? Baju yang terkena najis hanya meninggalkan warna kuning yang samar2, tiada bau dan rasa.

Persoalan kedua, jika air basuhan yang pertama diletak sabun yg banyak dan vanish. Walaupun telah dibilas 2 kali, kesan sabun masih ada. Adakah dikira sudah suci atau masih bernajis?

 

 

message user image

Assalamualaikum, saya ada pertanyaan mengenai mandi wajib.

1. Sahkah mandi wajib sekiranya rambut diikat atau didandan?

2.  Sahkah mandi wajib sekiranya bulu roma saya berpintal atau terikat di antara satu sama lain di bahagian betis? Saya ragu sekiranya air tidak rata pada permukaan rambut/bulu roma tersebut. 

message user image

Assalamualaikum, saya ada persoalan mengenai sumpah.

 

Membayar kafarah sumpah ada empat cara, iaitu 

=Beri makan 10 orang miskin

=Beri pakaian 10 orang miskin

=Bebaskan hamba

= Puasa tiga hari berturut2

 

(1)Persoalannya, kafarah ini boleh dipilih ikut kehendak kita, atau tidak boleh dipilih (mengikut urutan kemampuan).

Pada apa yang saya belajar kita boleh pilih cara hendak bayar kafarah sumpah kita mengikut kehendak kita.  Mohon pencerahan

 

(2) Bolehkah pelajar membayar kafarah sumpah dengan hanya puasa 3 hari sahaja kerana duit yang ada perlu digunakan untuk kegunaan belajar di Universiti?

 

(3) Adakah kafarah puasa 3 hari tersebut perlu berturutan, atau tidak? Dan Bagaimanakah niat puasa itu dan waktu bilakah kita perlu niat tersebut?

 

Mohon pencerahan dari pihak Tuan

 

 

message user image

Semasa di matrik sy pernah bernazar, sekiranya sy mendapat pointer 3.0 ke atas sy akan berpuasa mengikut jumlah nombor dibelakang. Contohnya sekiranya sy dapat 3.23, sy akan berpuasa 23 hari. Dan pada semester tersebut sy telah mendapat 3.92 bermaksud sy perlu berpuasa 92 hari. Adakah lafaz nazar saya dikira sah dan perlu menunaikan puasa tersebut? 

message user image

Assalamualaikum ustaz 

Saya ada soalan tentang bersuci. Waktu saya bangun pagi, ade sedikit kesan darah yang kering pada sarung bantal saya. Saya tidak pasti samada darah itu darah ape (Jerawat, kudis, nyamuk). Disebabkan darah itu sudah kering saya, saya membasuhnya dengan mengambil air sebesar tapak tangan dan curahkan ke atasnya lalu saya mengosok tempat yang terkena darah. Tetapi masih ada sedikit kesan darah yang kering pada sarung bantal saya. Soalan saya adakah air yang membasahi sarong bantal dan bantal saya dikira air musta'mal atau air mutanajjis? Adakah bantal saya dikira najis kerana turut basah disebabkan curahhan air tersebut? 

Selepas itu, saya menanggalkan sarong bantal saya untuk dibasuh ke dalam mesin basuh Saya mengambil air sebesar tapak tangan dan curahkan ke atas bantal hingga seluruh hingga seluruh kawasan tadi basah (1 siraman). Waktu tu bantal dalam keadaan lembab. Adakah itu sudah memadai untuk membersihkan bandal tersebut? 

 

message user image

Assalamualaikum Ustaz,

Bolehkah seseorang itu menggabungkan harta-hartanya yang termasuk dalam kategori perlu di zakat jika cukup nisab seperti wang simpanan, emas, saham, kripto dan lain-lain untuk mencukupkan nilai nisab supaya dikenakan zakat? Sekiranya tidak digabungkan harta-harta tersebut nilai nisab tidak mencukupi untuk wajib zakat. Adakah wajib menggabungkan harta-harta tersebut supaya cukup nisab untuk dibayar zakat? Atau hanya perlu buat kiraan zakat satu persatu mengikut kategori. Sebagai contoh nisab terkini adalah RM 19,500.00 dan wang simpanan seseorang hanya ada RM 10,000.00, emas hanya ada 3 gram, nilai saham ada RM 5000.00 dan nilai kripto ada RM 5000.00. Jika dikira mengikut kategori satu persatu, nilai harta tersebut tidak cukup nisab untuk dizakatkan. Namun jika digabungkan nilai harta-harta tersebut ia akan melebihi nilai nisab dan wajib dikenakan zakat 2.5% dari nilai harta-harta tersebut. Mohon pencerahan dari ustaz. Terima kasih.

message user image

assalamualaikum

saya seorang juruteknik. kerja2 harian menggukan tangga untuk memanjat. suatu hari kasut terpijak tahi Anjing dan kena setiap anak tangga. seperti pengetahuan UMUM saya Tangga tersebut perlu Di samak

jika saya hanya membersihkan tangga tersebut untuk menghilangkan najis (menghilangkan bau,warna dan rasa) tanpa samak. perlukah saya samak tangan saya setiap kali selepas saya pegang  anak tangga tersebut kerana ianya belum disamak ?

(maksundnya najis itu berpindah ke tangan saya  pula)

message user image

Assalammualaikum tuan, saya bekerja sebagai maintenance kilang yayang membaiki mesin berminyak dan bahan kimia yang melekat di tangan yang susah ditanggalkan. Selepas bekerja saya akan membasuh tangan menggunakan sabun gred industri tetapi kadangkala ada kotoran yang liat untuk dihilangkan.

Soalan saya, jika saya selepas bersama isteri dan ingin menunaikan solat subuh. Saya akan berusaha membasuh tangan sesungguh yang boleh sampaikan kadangkala hampir setengah jam untuk menghilangkan kotoran dan tidak semuanya dapat dihilangkan. Jika saya sudah berusaha, sah kah jika saya teruskan mandi wajib jika masih ada kekotoran pada tangan bagi mengejar waktu subuh? 

Kedua, jika dalam waktu bekerja, saya akan membasuh tangan seadanya untuk berwudhu dan menunaikan solat. Sah kah wudhu dan solat saya? 

message user image

Assalamualaikum wbkth ustaz/ustazah.. Terus kpd soalan ya... Sedia maklum ibadah solat dan puasa diwajibkan bagi setiap penganut agama Islam...dan jika ditinggalkan samada sengaja atau tidak perlu digantikan... Persoalan saya,bagaimana kaedah untuk menggantikan solat dan puasa bagi pihak ibu saya yang telah meninggal dunia...

untuk makluman ustaz/ustazah ibu saya semasa hayatnya adalah pesakit kanser usus dimana bahagian usus telah dipotong dan sisa darah dan makanan keluar dari bahagian perut yang  telah dipasang plastik (beg stoma)

Terima kasih...

message user image

Salam ustaz,

saya buat food delivery di selangor dan kl. Saya biasanye tidak mengambul tahu kandungan makanan. Ada suatu hari makanan tidak dibungkus dengan rapi oleh kedai dna tertumpah pd bag dan terkena baju. Setelah diselidik makanan tersebut mengandungi babi. Perlu ke sy sertukan semuanya. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang tahi cicak. Pada suatu malam, rumah juga separa gelap ketika saya sedang berjalan ke ruang tamu dari dapur, saya merasa kaki saya terpijak sesuatu yg keras seperti habuk, atau makanan yang telah kering. Ini kerana kadang-kadang anak makan bersepah sehingga cebis makanan jatuh ke lantai. Selalunya yang saya pijak itu adalah cebis makanan yang telah kering jadi saya jalan seperti biasa tanpa lihat tapak kaki. Saya berjalan ke ruang tamu. Kemudian saya duduk dan suluh tapak kaki, rupa-rupanya saya telah pijak tahi cicak sehingga separuh leper. Tahi cicak tersebut melekat di tapak kaki. Saya pun jinjit kaki yang terpijak tahi cicak lalu bersihkan di air paip. Ketika saya bersihkan, saya sedar kaki saya kering. Tahi cicak tersebut boleh kata kering tetapi ada sedikit melekit ketika saya buang dari kaki. Jadi disini saya ingin tanya adakah tempat yang saya lalui dari dapur sehingga ke ruang tamu ketika saya rasa saya terpijak benda keras melekat dikaki perlu dibasuh walaupun tidak sedar itu tahi cicak? Ini kerana setelah duduk baru saya sedar bahawa benda keras itu adalah tahi cicak. Tahi cicak yang boleh kata kering tapi sedikit melekit. Tempat yang saya lalui jugak saya tidak nampak sisa tahi cicak.

 

 

 

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai haid. Saya telah berhenti haid pada tengahari hari ke-7 & telah mandi wajib pada waktu maghrib. Sebelum mandi wajib saya dah check memang tiada darah haid lagi dan cycle haid saya yg normal memang 7 hari sahaja. Pada sebelah malam, saya melakukan hubungan kelamin bersama suami saya. Tetapi setelah selesai, saya baru perasan ada dua titik warna coklat di pantyliner saya (bermakna sebelum bersetubuh sudah ada). Adakah itu darah haid? Perlukah suami saya membayar kafarah atau bagaimana?

message user image

Bagaimana cara membersihkan najis ketika bencana banjir ??

message user image

Assalamualaikum..

Suami mazhab Hanafi ( warga Bangladesh) manakala saya mazhab Syafie.

Kekeliruan saya semasa solat jemaah:-

1) Adakah setiap perbuatan saya perlu sepenuhnya seperti imam(suami)?

2) Suami tidak membaca doa qunut,doa antara 2 sujud .Jadi bagaimana saya sebagai makmum?Perlu baca atau tidak?

3) Bacaan tahiyat akhir yang berbeza jadi saya keliru semasa mengangkat jari telunjuk.Saya tidak tahu waktu untuk mengangkat jari tersebut,adakah sah solat saya?Perlu ke saya baca tahiyat akhir ?

Terima kasih atas jawaban dari pihak Tuan/Puan.

 

 

message user image

Assalamualaikum tuan mufti. Saya ada beberapa soalan:

1. Saya ada penyakit kulit yg menyebabkan saya selalu luka dan berdarah. Darah itu pula terkena pada pakaian. Apakah hukum air dalam baldi yg direndam di dalamnya pakaian yang terkena najis dimaafkan seperti darah yg sedikit. Adakah air itu dikira air mutannajis. Saya harap ada pandangan yang dapat memudahkan saya. 

 

2. Apabila saya luka, saya letak plaster pada luka tersebut. Selepas luka itu sudah tidak berdarah, saya cabut plaster itu. Apabila plaster itu dicabut, terdapat getah plaster yg melekat pada kulit di sekeliling luka. Saya gosok kawasan itu dengan air sebelum berwudhu', tetapi tidaklah dengan kuat kerana khuatir luka itu akan terkoyak dan berdarah semula. Selepas digosok, saya ambil wudhu' untuk zohor. Pada waktu isyak, getah tersebut dengan sendirinya tercabut dari kulit saya. Soalannya, adakah saya perlu qadha' solat zohor, asar dan maghrib kerana dikira wudhu' tidak sah disebabkan getah plaster itu mungkin menghalang air? 

 

3. Haritu saya solat jumaat di sebuah masjid. Semasa khutbah, saya ternampak warna merah yang macam kesan darah selepas kita bunuh nyamuk. Saya ingin basuhnya di tempat wuduk, tapi saya terpijak lantai tempat berwuduk itu yang basah. Saya tidak basuh tempat terpijak itu dan terus masuk semula ke masjid. Setahu saya, masjid itu dibuka kepada pelajar pada hari biasa dan kepada luar pada hari jumaat. Soalan saya, jika ada pelajar yang terpijak tempat itu dan berjalan merata-rata sehingga menyebabkan solatnya dan orang lain tidak sah, adakah saya berdosa? Bagaimana saya ingin selesaikan perkara ini? 

 

4. Jika seseorang sedang membasuh muka semasa wudhu, kemudian tangannya terkena rambut beserta lintasan hati ingin membasuh rambut. Adakah wudhu'nya dikira tidak sah kerana dikira tidak mengikut tertib?

Terima kasih tuan mufti

message user image

Assalamu’alaykum YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Mufti. Berikut soalan saya:

1)    Hukum mukabbir di surau/masjid pada zaman ini, dalam keadaan mikrofon-speaker berfungsi dan jelas didengari makmum.
2)    Melantik diri sendiri menjadi mukabbir sehingga menimbulkan persoalan jemaah lain?
3)    Mukabbir berpendapat untuk makmum lain bergerak mengikut imam perlu selepas dia melaungkan takbir.

message user image

Assalamualaikum tuan, saya harap tuan dapat menyelesaikan kerisauan saya. Saya pernah mengerjakan umrah beberapa tahun lalu. Namun sejak kebelakangan ini timbul isu was was dan terdetik di hati saya bahawa saya mungkin pernah terkentut ketika hendak melakukan tawaf (umrah pertama). Saya cuba ingat kembali akan perkara tersebut tetapi saya telah lupa kerana telah lama berlalu dan saya masih remaja ketika itu. ( saya ingat bahawa saya teruskan tawaf, saie dan bercukur) Saya menjadi ragu ragu dan memikirkan adakah tawaf saya tidak sah dan perlu membayar dam. Pada mulanya saya yakin namun lama kelamaan hati saya mengatakan bahawa saya telah batal wuduk pada waktu tersebut. Apakah yang perlu saya lakukan sedangkan saya benar benar lupa. Adakah saya masih dalam ihram ? 

message user image

Salam ustaz, saya ada buang tisu yang digunakan untuk lap najis seperti tahi cicak dan najis cecair yang sedikit dalam plastik sampah, kamudian setelah plastik itu penuh, ianya berair dan bocor jadi saya tidak pasti bahawa air itu terkena tisu yang digunakan untuk lap najis itu dan menyebabkan ianya menjadi najis, saya juga tidak pasti bahawa itu kah plastik yang saya buang plastik itu, kerana ciri plastik itu sama tapi saya lupa bilakah saya buang tisu itu, kemudian saya menganggapnya tidak najis, benarkah tindakan saya?

message user image

Anak perempuan umur 3 tahun masih memakai lampin pakai buang. Pada 1 malam setelah saya buka lampin pakai buangnya, anak hanya kencing sahaja didalam lampin itu, saya membasuh kemaluan anak saya seperti biasa iaitu dengan cara tangan kiri telah bersabun, tangan kanan memegang salur getah yang ada air mengalir berterusan. Kaki dan betis juga selalunya akan terkena percikan air basuhan. Kebiasaannya setelah membasuh sehingga tiada bau lagi, saya akan cuci betis dan kaki saya. Walaubagaimana pun pada malam tersebut, saya lupa cuci betis dan kaki saya. Betis saya basah. Setelah saya duduk bangun, baru saya sedar saya terlupa cuci betis saya. 

Soalannya :

1) Adakah air percikan basuhan dikira najis? Kerana selama ini saya fikir tidak najis kerana tiada zat najisnya. Dalam kes ini terdapat banyak air percikan basuhan pada betis saya yang tidak ada zat najis (rasa, bau,warna). Cuma ada air percikan sahaja. 

2) Sekiranya air percikan dihukum najis, sebelum menyedari saya belum cuci betis dari air percikan basuhan tersebut, saya ada menyarung kain batik. Setelah sedar, saya lihat betis telah kering. Setelah itu saya singsing kain batik ke atas lalu saya cuci betis saya. Setelah itu saya duduk. Kain batik yg saya pakai tadi lembap. Ada kemungkinan kain itu lembap kerana sebelum saya cuci kemaluan anak saya, saya ada mengelap badan saya yang kena air dengan kain batik itu. Ada kemungkinan juga saya terlap air percikan basuhan pada betis sehingga kering dengan kain batik kerana lembapnya masih terasa, seperti baru. Adakah kain batik itu dikira najis?

3) Adakah tempat2 yang terkena lembapan kain batik dikira najis? Saya memakai kain batik yang lembap itu, kemudian dukung bayi dan duduk. Ketika itu barulah saya google bahawa air percikan boleh juga dikira najis jika tidak cukup syarat. Selepas itu saya sedar pakaian bayi menyerap lembapan kain batik itu. Tempat duduk pun lembap. Saya hidu kain batik yang lembap itu, tiada apa2 bau.  Saya juga tidak basuh tempat2 yang terkena lembapan kain itu kerana saya penat dan stress terlalu berwas-was sama ada itu dihukum najis atau tidak. Selama ini saya fikir syarat air percikan basuhan tidak dihukum najis jika tiada zat najis tersebut. 

 

 

 

message user image

assalamualaikum sahibus samahah mufti @ admin...saya ada persoalan...benarkah sekiranya kita berselawat, ia pasti akan diterima oleh Allah walaupun dalam keadaan terpaksa atau dalam keadaan riyak? mohon penjelasan...syukran jazilan

message user image

Assalamualaikum ustaz.saya mempunyai satu penyakit,saya buleh berdiri dan melakukan kerja harian seperti biasa.tapi bila duduk..saya susah untuk berdiri.untuk berdiri saya perlu berpaut atau dibantu orang lain.

Untuk memulakan solat,saya berdiri seperti biasa.mampu rokuk dan sujud.masaalah mula berlaku untuk rakaat yang kedua.saya tidak lagi mampu berdiri dan meneruskan solat secara duduk bersipuh dan mampu sujud seperti biasa sehingga selesai solat.adakah betul cara yang saya lakukan?

Sekiranya saya solat dan sujud separuh mengunakan kerusi,saya mampu berdiri semula tanpa bantuan.persoalanya,mana lebih afdal?

Sembahyang berdiri dan sujud separuh mengunakan kerusi dan mampu berdiri semula atau sembahyang berdiri untuk rakaat pertama dan sembahyang duduk dan mampu sujud seperti biasa untuk rakaat seterusnya?

Semoga ustaz sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH S.W.T.trima kasih.

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum. Apakah hukum muntah yang tersangkut di tekak dan boleh merasa makanannya lagi dan terus tertelan kerana tersangkutnya muntah itu di tekak ketika solat? berkemungkinan jugak boleh jadi kahak yang bercampur dengan bau makanan yang kita baru makan

message user image

Assalamualaikum wbt kepada pihak mufti negeri Selangor. 

Saya ada satu kemusykilan yang ingin meinginkan kepastian. Apakah hukumnya jika saya ingin membuat rawatan 'hair patching' disebabkan kepala saya hampir botak di bahagian atas kepala disebabkan keguguran rambut? Hal ini menyebabkan saya kurang berkeyakinan tinggi dan selalu dipersendakan oleh orang sekeliling. Saya kongsikan sekali link video bagaimana hair patching dilakukan:

 https://youtu.be/XzPEIkjEuy4

Saya difahamkan rambut ini diperbuat daripada bahan sintetik yang bukan daripada manusia atau haiwan. Oleh itu ingin saya mendapatkan kepastian hukum jika saya ingin mendapatkan rawatan 'hair patching' ini. Adakah sah solat dan mandi wajib saya jika saya memakainya? Saya berharap pihak mufti Selangor dapat memberi jawapan kepada pertanyaan saya ini. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum.

Ibu saya sedang sakit tenat sekarang. Terlantar di rumah kerana tiada apa rawatan yang dapat di lakukan lagi kerana keadaan agak kronik. Bolehkah saya sebagai anak berdoa kepada Allah dengan permintaan seperti biarlah saya menanggung sakit ibu saya agar ibu saya boleh sembuh atau terus diberikan kesihatan dan kekuatan.

Bolehkah pihak Tuan memberikan sedikit pencerahan tentang doa yang boleh saya amalkan untuk ibu saya.

Sekian terima kasih

message user image

Assalamualaikum wtb ustaz/ustazah. 2 tahun lepas saya sakit dan dimasukkan ke wad. Saya boleh berdiri dan berjalan untuk ambil wudhu', tetapi tidak boleh berdiri lama kerana sakit. Akan tetapi saya solat secara duduk dari takbir hingga salam, pada masa itu saya tidak tahu perkara tersebut adalah salah kerana seharusnya kena berdiri untuk takbiratul ihram kemudian barulah boleh duduk.

Persoalannya, apakah solat saya itu SAH ATAU TIDAK SAH? Kalau tidak sah maka perlu diganti solat itu.

Terima kasih ustaz/ustazah.

message user image

Salam ustaz. Jika dulu jahil dalam bab taharah maknanya menyucikan najis dengan cara yang salah, tetapi sekarang sudah tahu cara yang betul, perlu basuh balik ke satu rumah misalnya pakaian, lantai dan alatan lain? Ke perkara ini dimaaf dan cukup dengan taubat, move on, minta ampun dengan Allah dan berazam untuk sucikan najis dengan cara yang benar pada masa akan datang?

message user image

Assalamualaikum Ustaz,

Soalan saya :-

Wajib atau tidak bayaran fidyah puasa ke atas arwah yang mana dia sihat tubuh badan & fizikal dan bekerja sebagai buruh kasar di ladang sawit tetapi mempunyai pemikiran yg boleh dikategorikan sebagai OKU Lembam.

Di mana arwah pernah demam panas semasa kecil dan tidak pandai membaca dan menulis walaupun di ajar di sekolah tetapi bukan gila. Arwah pergi solat di masjid tetapi sekadar mengikut cara solat sahaja tanpa membaca  bacaan dalam solat kerana tidak boleh menghafal di sebabkan daya ingatan seperti OKU lembam.

Minta penjelasan Ustaz .... Terima Kasih.

 

 

 

message user image

Sy ada sedikit pertanyaan.

 

Jika ada orang mengajak kita beribadah, tapi disuruh tulis berapa banyak ibadah kita supaya menaikkan semangat org lain untuk beribadah lebih bnyk lagii.. adakah ianya baik atau sebaliknya?

 

adakah ia akan mendorong kita kepada sifat ujub riak dan takbur atau tidak?

message user image

Assalamualaikum , izin kn sya bertanya ? Sekira nya saya termop taik cicak atau najis yang lain , secara umumnya kita tahu najis pertengahan harus disuci dgn air  . Seterusnya , ia masih meninggalkan kesan adakah saya perlu menyucikan seluruh bilik dgn menyiram air atau sekadar pada tmpt yg berbaki najis .

Adakah makanan yg byk lps digoreng tidak ditutup . contohnya seperti goreng pisang apabila ad najis cicak atau tangan yg berdarah tetapi terlupa dibasuh kita hanya perlu buang mkn yg terkena sahaja atau bagaimana ?

Maaf sekiranya soalan ni kurang menyenangkan

 

 

message user image

Assalamualaikum saya nak bertanya, begini situasinya kawan saya duduk dekat katil rakan saya yang lagi satu tetapi di katil tersebut terdapat darah haid yang sudah kering tanpa dia sedar kemudian dia duduk semula di katilnya adakah ianya dikira tidak sah jika dia ingin melakukan ibadah selepas itu? Dan apa yang terjadi jika rakan saya yang duduk Di atas katil yang ada haid itu duduk di atas katil saya pula? Adakah saya perlu basuh cadar itu?

message user image

Assalamualaikum,

Saya mempunyai 2 soalan berkaitan dengan pesakit buah pinggang yg menjalani rawatan dialysis .

Saya mohon jawapan yang akan diberikan berdasarkan fatwa Negeri Selangor .

1) Berpuasa ketika melakukan hemodialysis , ada kah sah atau tidak ?

2) Solat ketika melakukan rawatan dialysis , ada kah sah atau tidak .

Mohon Pihak Tuan sertakan dari sumber dalil dan nas2 yg dirujuk .

 

Terima Kasih.

 

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya ada beberapa pertanyaan, saya amat memerlukan jawapan kerana pertanyaan ini mengganggu aktiviti harian saya terutama sekali sewaktu solat.

1. Saya keliru, ustaz cakap solat dengan najis yang tak disedari atau terlupa tetap tidak sah tapi haritu ustaz cakap sah solat jika tidak pasti lekat najis atau tak pada badan atau pakaian.. mana satu ni ustaz?

2. Tidak sedar ada najis pada pakaian sama ke dengan tidak yakin ada najis pada pakaian? Kadang kadang tidak yakin tapi najis tu tanpa disedari ada, macam mana tu?

3. Bila tak sedar ada najis pada pakaian, contohnya setitik air kencing kering, apa nk buat? Jika nak basuh mesti kena tahu dulu adanya najis tu, tapi jika lansung tidak sedar, macam mana nk buat? perlu guna microskop ke?

4. Dalam kes ni, hukumnya sama ke dengan orang yg tinggal solat, di mana tetap diazab walaupun tidak sedar pakaian ada najis ketika solat? Saya ada dengar solat sah jika tidak sedar lansung ada najis pada pakaian sampai bila bila..

5. Perlu qadha ke solat sepanjang hidup jika lansung tidak sedar pakaian ada najis? Dan macam mana nak tau kene qadha, sedangkan tak tahu pakaian itu bernajis atau tidak? Contohnya setitik air kencing yg kering

 

message user image

Assalamualaikum

Saya mempunyai pertanyaan tentang hukum seorang isteri yang berkemampuan baik dari segi kewangan maupun kesihatan untuk menunaikan haji tanpa suami. Isteri telah hampir berumur 50 tahun. 

Isteri mampu untuk menaja suami menunaikan haji. Namun memandangkan  selama perkahwinan mereka nafkah pakaian dan tempat tinggal bagi keluarga adalah ditanggung sepenuhnya oleh isteri, dan suami juga telah diberikan peluang selama 20 tahun untuk mencukupkan wang, isteri merasa agak ragu2 untuk menaja suami. 

Ada 2 soalan yg ingin dikemukakan

i.  hukum isteri yg masih menangguh pemergiannya menunaikan haji walaupun berkemampuan atas niat menanti suami untuk bersama2 menunaikan haji? Adakah isteri patut menunggu sehingga suami mencukupkan wang? 
ii. Hukum isteri yg pergi bersendirian dan tidak menaja suami menunaikan haji walaupun mampu atas sebab untuk mengelakkan sebarang perasaan tidak ikhlas di masa hadapan.  

Buat pengetahuan, suami adalah dr kalangan T20. 

message user image

Assalammualaikum w.b.t

Yang dihormati ulama,mufti dan ahli-ahli agama islam sekalian.Ingin saya merujuk kepada pihak tuan berkenaan perihal yang dihadapi oleh saya ditempat kerja.Saya bekerja disalah sebuah kedai menjual pakaian di Genting Highlands.Saya agak menghadapi kesukaran untuk menunaikan solat fardhu.Beliau(islam)mengingatkan saya dan kami semua terutamanya yang beragama islam supaya solat pada waktu rehat ataupun dalam waktu beberapa jam lagi sebelum habis waktu solat tersebut,supaya tidak menganggu waktu bekerja.Dan maksud beliau lagi kalau dalam waktu bekerja,solat dan kerja,kerja harus diutamakan dahulu.Ini bagi menjimatkan masa supaya kami boleh meningkatkan produktiviti syarikat dan dapat memberikan keuntungan yang lebih lagi.Apakah yang perlu saya lakukan supaya saya tidak melanggar arahan yang dikeluarkan oleh beliau?Saya amat memerlukan bantuan daripada tuan-tuan sekalian.Terima kasih.Alhamdulillah.

Nota:waktu bekerja pagi-malam

message user image

Assalamualaikum tuan mifti. Saya was-was setiap kali mandi wajib. Biasanya mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk selesai mandi. 1) apabila saya membersihkan air mani pada badan, saya rasa licin air mani itu tidak hilang-hilang. Apa perlu saya buat? Adakah lalukan air dan gosok 3 kali  dan selepas itu saya abaikan sahaja rasa licin itu?  2) adakah setiap kulit badan perlu digosok? Bahagian tengkuk dan belakang badan yang pada kebiasaannya air akan lalu terutamanya mandi guna air shower turut perlu digosok? 3) adakah sesuatu anggota itu dikira telah rata air dengan saya mengikut kebiasaan air iaitu air akan mengalir ke mana-mana? 4) apakah tahap ketelitian semasa mandi wajib? Adakah perlu pastikan setiap anggota itu telah digosok dengan sempurna atau hanya menggosok badan seperti mandi harian dimana saya hanya gosok dengan ala kadar? Terima kasih tuan mufti.

message user image

Assalamualaikum.

Saya ada sedikit kemusyiklan dan ingin menanyakan beberapa soalan:

1) Apakah cara yang betul dan terbaik untuk menyucikan pakaian bernajis dan tidak bernajis dlm satu cucian apabila menggunakan mesin basuh? Adakah dengan hanya menggunakan mesin basuh baju yg selesai dibasuh dikira suci? Kerana kaedah penyucian menggunakan mesin basuh tu, air paip (air mutlak) mendatangi ke atas pakaian yg bernajis dan tidak bernajis sehingga penuh menutupi semua pakai dan diratakan menggunakan mesin dan selepas itu bru dimasukkan sabun.

2) Perlukan kita menggangap mana mana bilik air atau toilet itu suci daripada najis sekiranya tiada ain yg kita nampak dr mata kasar walaupun pada hakikatnya terdapat najis di kawasan/barang/tempat yang disentuh dalam toilet tersebut dan digunakan dari pelbagai jenis manusia yg lain lain cara. 
 

message user image

Assalammualaikum

Saya ingin bertanya.

Apakah sah mandi wajib sekiranya membuang air besar dan mencuci zakar dan dubur sebelum berniat mandi wajib atau pun dikira sebagai telah membasuh sebahagian anggota badan sebelum niat dan membuat mandi wajib itu tidak sah?

Kerana saya terbaca dari satu artikel disini yang mengatakan seperti ini

"Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah."

Jawapan Jabatan Mufti amat dihargai saya

Terima Kasih.

 

 

 

message user image

Asaalamualaikum saya baca perkara tengtang rumah tangga dan meransang nafsu saya lepastu saya tengok zakat saya tak dak apa2, selang berapa minit saya tengok takdak apa2 lepastu saya rasa tak selesa dekat zakar saya,rasa dia macam tengah tekan air kencing,lepastu saya tengok ada air bertakung dengan jumlah yanh sangat sedikit,saya tak pasti ada air kencing,mazi atau mani saya ada penyakit kencing tak lawas,macam mana perkara ni nak diselesaikan ustaz jikalau situasi tersebut berlaku apakah air yang itu,air tu saya pegang dia macam air biasa tak melekit tapi tak pasti sebab jumlah terlalu sedikit.

message user image

Assalamualaikum, kalau yakin ada batal puasa ramadhan, tapi was2 dh ganti ke belum, dan saya juga was2 puasa yang batal itu puasa tahun lepas atau 2,3 tahun lepas. Apa yang perlu saya buat? Perlu qadha? Perlu fidyah? Terima kasih.

 

 

 

message user image

Assalamualaikum, 

 

Pohon pencerahan,

Kalau imam jumaat bacaan Fatihah nya tidak fasih, umpama, huruf ba' pada bismillah nya tak jelas, huruf Sod ditukar kepada sin...apakah sah jumaat nya...atau batal, 

Saya rasa banyak soalan dah saya tanya tapi saya tak tahu apa tindakan menjawab persoalan saya.

Harap kalau ini ada jawapannya.

Terima Kaseh.

Mohon jawapan.

message user image

Assalamualaikum Tuan,

Saya sebelum ini mempunyai masalah haid yang tidak teratur, ketika itu, saya mengikuti kaedah 15 hari haid, 15 hari istihadah akibat haid saya yang berterusan dan tidak teratur. Namun, setelah saya masuk umur 20 tahun, saya baru mendapat ilmu haid menilai haid saya dengan betul. Dan saya mendapati kaedah penentuan haid saya sebelum ini terdapat kesalahan disebabkan oleh kejahilan ilmu haid. Soalan saya, bagaimana ibadah solat dan puasa saya yang sebelum ini? Adakah wajib ke atas saya untuk qadha' solat dan puasa saya sebelum ini? Jika saya perlu qadha' puasa, adakah saya juga wajib membayar fidyah? Sekian, terima kasih.

message user image

Salam tuan mufti. Saya ingin bertanya soalan. Air mazi adalah najis, dan apabila sudah menjadi kering, dan tidak kelihatan, ia menjadi najis hukmi bukan? Najis hanya akan berpindah jika disentuh dengan tangan yang basah. Jadi saya hendak bertanya, jika cadar saya mempunyai air mazi yang sudah kering yang saya tidak pasti di mana, dan saya juga tidak menukar cadar tersebut beberapa hari. Lalu datang rakan saya duduk di atas cadar tersebut. Selepas itu rakan saya memegang al-quran yang mempunyai terjemahan. Walaupun saya berada di situ, saya tidak tahu jika rakan saya menyentuh tempat terkena air mazi dan saya juga tidak ingat jika tangan beliau dalam keadaan basah atau tidak. Oleh itu, adakah najis tersebut terpindah ke al-quran tersebut? Saya berasa runsing kerana tidak pasti jika al-quran tersebut terkena najis atau tidak dan menyucikan al-quran tersebut menggunakan air akan menyebabkan al-quran tersebut rosak. Al-quran tersebut adalah hadiah ulangtahun daripada keluarga saya. 

message user image

Salam tuan mufti. Saya ada keraguan berkaitan mesin basuh. Sudah bertahun-tahun keluarga saya mencuci pakaian menggunakan mesin basuh, dan juga dibasuh bersama pakaian yang terkena najis. Sebagai contoh, pakaian terkena kencing, ibu saya terus memasukkan pakaian bernajis tersebut bersama pakaian-pakaian lain. Akan tetapi kami tidak tahu bahawa hukum najis hukmi dan najis boleh berpindah. Oleh itu bukankah mesin basuh tersebut menjadi najis hukmi kerana mencuci pakaian bernajis? Jadi, kalau kita cuci baju-baju seterusnya, bukankah menjadi najis juga? Jika begitu, adakah kesemua baju dirumah saya menjadi najis walaupun berlaku semasa kita tidak tahu? 

message user image

ASSALAMUALAIKUM 

Mohon pencerahan dari pihak mufti.. Berkenaan dengan bayaran zakat fitrah bagi seseorang yang telah meninggal dunia

 

Bertarikh 1 Muharam tahun lepas (2021) abang saya telah meninggal dunia.. Alhamdulillah semua perkara yang berkaitan dengan hutang kami berusaha untuk menyelesaikannya setakat yang ada dalam pengetahuan kami.

 

Namun baru baru ini ibu saya teringat bahawa arwah abang saya ada menceritakan yang dia tidak cukup wang pada bulan ramadhan tersebut (tahun 2021) dan dia tidak mampu untuk membayar zakat fitrah untuk dirinya dan keluarganya..  Ibu saya ketika itu juga terlupa untuk memberitahu kami semua adik beradik tentang perkara itu.

 

PERSOALANNYA 

1. Apakah status hukum terhadap arwah abg saya kerana kegagalannya membayar zakat fitrah tersebut. Adakah dia berdosa? Sedangkan dia ketika itu menghadapi kekangan kewangan dan mungkin arwah segan untuk meminta atau meminjam wang dari isterinya atau dari kami adik beradik. 

 

2. Adakah bayaran zakat fitrah yang tertangguh itu wajib dibayar? Sekiranya wajib siapakah yang sepatutnya membayarkannya adakah isteri arwah atau waris sebelah arwah (bapa/ibu/adik beradik arwah)

 

3. Sekiranya waris sebelah arwah yang perlu membayarnya.. Adakah bayaran zakat fitrah yang perlu dibayar itu merangkumi isteri dan anak2 arwah atau waris hanya perlu bayar zakat fitrah bagi arwah sahaja?

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai hukum air basuhan najis. Situasi saya adalah seperti berikut: sewaktu saya sedang beristinjak, saya membasuh kemaluan saya dan saya dapati terdapat sedikit  najis(tahi) yang mengalir bersama air basuhan tersebut. Ketika itu saya sedang memakai kasut di tandas. Jadi sudah tentu air basuhan itu terkena kasut saya. Dan saya telah menggunakan kasut lain Dan memijak lantai tandas yg terkena air basuhan najis itu lalu memakai kasut itu  di dalam rumah. Kerana saya tidak pasti air basuhan itu memenuhi ketiga² syarat untuk menghukum bahawa air itu suci. 

Persoalannya,

1. adakah air basuhan air kencing Dan air yang bercampur dengan tinja itu hukumnya najis?

2.Adakah lantai rumah saya telah bernajis jika saya menggunakan kasut yg memijak lantai air basuhan najis itu tadi Dan memijak lantai rumah?

Mohon pencerahan terima kasih.

 

 

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada persoalan tentang nazar.

Saya telah diberhentikan kerja dgn cara yg tidak betul oleh bekas majikan pada tahun 2019, dan perkara itu telah dibawa hingga ke peringkat mahkamah dan sehingga kini saya masih mencari kerja dan belum mendapat sebarang tawaran kerja.

Saya telah bernazar jika saya menang kes mahkamah tersebut saya akan menggunakan sebahagian wang pampasan tersrbut untuk menunaikan haji (bersama isteri) dan selainnya untuk meneruskan kehidupan seperti modal untuk perniagaan dll. Berdasarkan kekuatan kes, peguam saya percaya akan memperolehi pampasan sekitar RM200K.

Akan tetapi, tuntutan melalui mahkamah menemui jalan buntu dan pihak peguam menyarankan untuk penyelesaian luar mahkamah. Dan hasil daripada itu, saya hanya diberi pampasan sebanyak RM90K.

Kemusykilan saya kini adalah, saya amat memerlukan wang tersebut (sebanyak yg diperolehi) utk modal perniagaan dan melangsaikan hutang, akan tetapi terbelenggu dengan nazar saya untuk menunaikan haji. Adakah nazar di awal saya tadi masih sah dan perlu ditunaikan ataupun boleh ditangguhkan (kerana pampasan tidak seperti yg diharapkan).

Mohon penjelasan ustaz.
Sekian terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya ada anak kecil yang masih memakai pampers berumur 3 tahun. 1 hari anak saya telah buang air besar. Jadi saya meletakkan anak saya didalam air sementara saya menguruskan bayi saya. Anak saya berumur 3 tahun itu telah bermain air sehingga pampersnya londeh. Apabila saya masuk ke bilik air dan buka seluar anak, saya perasan najisnya telah terkeluar dari pampers yang londeh. Setelah basuh najis anak saya, sambil saya jirus keseluruhan lantai, sehingga saya rasa bersih. Setelah itu saya dan anak keluar bilik air dengan kaki yang basah. Kemudian suami ada menggunakan bilik air bersama bayi saya. Kemudian suami ada gunakan juga bilik air bersama anak berumur 3 tahun. Pada waktu tengah malam ketika saya menggunakan bilik air untuk buang air kecil, saya yang waktu itu sedang datang haid perasan ada serpih warna coklat yang sangat halus. Saya fikir itu adalah darah saya kerana kadang2 darah berwarna coklat. Walaupun sedikit musykil kerana baru diawal haid, biasa darah merah, hujung haid baru keluar coklat. Saya bersihkan lantai sehingga tiada warna coklat & merah, baru lah saya keluar & saya tidak banyak fikir. Setelah itu suami sambung basuh baju. Air basuhan dari hos mesin basuh semi auto dibuang ke lantai bilik air. Setelah itu saya ada menggunakan semula bilik air. Ketika jirus lantai baru lah saya sedar ada najis anak saya berdekatan dengan salur getah yang disambungkan ke mesin basuh. Kemungkinan najis yang sebesar ibu jari dewasa itu telah tersorok dan tersangkut dicelah salur getah. Apabila air basuhan dibuang dan melalui salur getah itu baru la najis itu beralih.

Soalannya, ketika saya sudah selesai basuh berak anak saya pada awalnya, saya langsung tidak sedar ada najis sebesar ibu jari dewasa tertinggal disitu. Walaupun saya sudah jirus keseluruhan lantai. Langsung tidak nampak kerana mungkin najis itu tersorok dicelah salur getah. Air juga tidak berubah warna sehingga saya tidak sangka ada najis disitu. Jadi kemungkinan besar air basuh lantai terkena najis itu dan melalui kaki saya kerana saya tidak sedar. Saya dan anak telah keluar bilik air dengan kaki yang basah dan berjalan dirumah merata tempat dengan kaki yang basah. Setelah berjam-jam baru saya sedar ada najis itu di bilik air. Jadi adakah tempat2 saya dan anak pijak setelah keluar bilik air perlu dibasuh? Saya telah minta suami hidu lantai. Tiada bau dan apa2 warna dan fizikal najis luar bilik air. 

message user image

Salam tuan mufti. Saya hendak bertanya tentang penggunaan mesin basuh. 
Pernah dikatakan bahawa mencuci pakaian bernajis dalam mesin basuh adalah suci kerana air sabun dibilas 2 kali selepas dicuci. Akan tetapi, saya ada kemusykilan. Beberapa hari lalu, adik saya terkencing di atas cadar katil. Lalu, emak saya memasukkan cadar tersebut di dalam mesin basuh bersama pakaian lain, tanpa mencucikan kesan kencing tersebut terlebih dahulu. Keluarga saya kesemuanya berpendapat boleh memasukkan terus pakaian bernajis dalam mesin basuh dan ianya suci. Selepas itu, saya yang menjemur pakaian dan cadar tersebut. Saya mendapati terdapat sedikit bau hancing pada cadar tersebut. Saya berasa was-was, tetapi saya terus jemur sahaja pakaian tersebut tanpa bilas untuk kemudahan saya. Kini pakaian itu sudah kering dan saya tertanya-tanya. Adakah kesemuanya sebenarnya bernajis? Atau ianya dikira suci kerana bau itu dikira sukar untuk hilang? Jika bernajis, adakah jika keluarga saya memakai pakaian tersebut dan dalam keadaan basah memindahkan najis di pakaian tersebut ke merata rumah akan menyebabkan saya berdosa? Saya seorang yang waswas berkaitan najis dan hidup saya kebelakangan ini berasa sangat serabut kerana terfikirkan akan perpindahan najis. Saya takut berdosa. Saya berasa takut jika emak saya bertanya mengapa mencuci semula pakaian tersebut. Bagaimana juga pakaian yang disidau di ampaian yang sama selepas menjemur pakaian2 dan cadar tadi? Adakah ianya dikira najis juga kerana najis mungkin dipindahkan ke ampaian dan penyangkut pakaian? Saya sangat takut sekarang. Oleh kerana saya tak basuh kembali, bolehkah saya menganggap baju-baju itu suci dan bau itu dikira sukar dihilangkan?

 

message user image

Salam tuan mufti. Saya hendak bertanyakan soalan.
1. Jika hendak membersihkan najis hukmi, boleh tak guna spray air dengan mengspray air banyak kali smpai air kena pada semua kawadan bernajis. Sebagai contoh, jika terdapat najis hukmi pada katil dan hanya menyucikannya menggunakan spray sahaja. Kerana katil saya bersaiz besar, maka susahlah jika perlu mengalirkan air dan susah juga untuk mengeringkannya. Saya berasa runsing kerana ada yang mengatakan tidak boleh kerana mahu menghilangkan najis, air perlulah 'dialirkan' , dan menggunakan spray lebih kepada merenjis. Tetapi tidak sahkah jika kita spray banyak kali sampai terkena kesemua kawasan bernajis? Saya ingatkan sah kerana bukankah hujan juga datang dalam keadaan menitik?

 

2. Saya berumur 20 tahun, dan sudah 20 tahun jugalah ibu saya mencuci kesemua baju sekaligus di dalam mesin basuh, termasuk pakaian terkena najis seperti air kencing. Kami kurang faham isu najis selama ini jadi adakah selama ini kami dikira memakai baju bernajis dan menyebabkan ibadah kami tak diterima selama ini? Adakah juga perlu mencuci kesemua baju didalam rumah walaupun dulu tidak mengetahuinya? Saya juga was was dan takut kerana bagaimana jika dulu saya menyentuh baju dengan tangan yang basah dan menyebabkan tangan saya mempunyai najis hukmi, lalu saya menyentuh barang-barangan lain. Apakah yang perlu dilakukan? Ada halaman internet yang mengatakan wajib cuci kesemuanya, akan tetapi saya merasakan sangat sukar untuk melakukannya kerana rumah saya yang sangat besar dan barang yang sangat banyak. Saya takut kerana merasakan najis berada di mana-mana didalam rumah dan menyebabkan saya berasa sukar untuk melakukan ibadah.

message user image

Salam tuan mufti. Saya hendak bertanya isu tentang mesin basuh.

1. Memang dari dulu, keluarga saya mencuci semua pakaian menggunakan mesin basuh. Termasuk juga pakaian yang bernajis seperti pakaian yang terkena kencing adik dan kencing kucing. Keluarga saya menggunakan mesin basuh automatik dimana air mengalir masuk sehingga air bertakung, dan kemuadian air keluar. Setahu saya mesin basuh automatik tiada fungsi air masuk dan air keluar serentak. Baru-baru ini saya ada terbaca berkenaan hukum mencuci najis di dalam mesin basuh. Saya was was diantara 2 pendapat. Video-video dan website di internet terbahagi kepada 2 pendapat. Satunya adalah tidak suci mencuci pakaian bernajis didalam mesin basuh, manakala lagi satu adalah suci mencuci pakaian bernajis menggunakan mesin basuh. Pendapat pertama adalah tidak suci kerana mesin basuh adalah kurang dari 2 qullah, serta air yang mengalir masuk dan air yang keluar adalah tidak serentak, iaitu air didalam bertakung dahulu sebelum keluar. Ini menyebabkan kesemua pakaian bernajis. Manakala pendapat kedua menyatakan, pakaian menjadi suci kerana mesin basuh membilas pakaian dengan air dari atas beberapa kali selepas mencuci. Dikatakan bahawa ianya dikira suci kerana air datang dari atas dan hilang kesemua ain najis, walaupun air bertakung. Sebagai contoh, penuh video ceramah ustaz azhar idrus mengatakan tidak suci, manakala channel youtube seperti syukran.com, dan ceramah ustaz-ustaz lain mengatakan suci.
 Oleh itu saya musykil. Saya berasa was-was dan takut jika benar ianya tidak suci dan bernajis, maka mesin basuh menjadi najis dan menyebabkan kesemua baju di rumah kami bernajis dan tidak suci. Saya memberitahu keluarga saya bahawa mencuci pakaian bernajis didalam mesin basuh mungkin adalah tidak suci, akan tetapi keluarga saya lebih mempercayai pendapat kedua yang mengatakan yang ianya suci kerana pakaian dibilas menggunakan air mutlak.

2. Jika benar tidak suci, apakah yang perlu saya lakukan? Saya berasa tidak jelas kerana saya tidaklah berpengetahuan dalam bab ini. Dan jika begitu, adakah ceramah ustaz-ustaz dan channel agama yang lain adalah salah? 

message user image

Assalamualaikum, setiap kali solat, saya perlu ada orang tengok saya solat kerana saya sentiasa was2 rakaat dah cukup 4 atau belum, dah duduk antara dua sujud atau belum, al fatihah makhraj betul atau tidak, ada tumakninah atau tidak dan banyak lagi. Perkara2 ini menjadikan saya malas nak solat. Bolehkah saya abaikan sahaja semua perkara itu? Saya sudah penat...

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ada beberapa soalan bersempana Ramadhan akan datang:

1. Setahu saya, air liur yang diluar bibir, dan masuk semula ke dalam mulut dan ditelan akan membatalkan puasa, soalan saya, apabila saya bercakap, kerap air liur keluar dari kawasan bibir di bahagian tepi kanan dan kiri mulut. Dan apabila saya telan air liur, air  liur itu akan masuk ke dalam mulut semula. Perkara ini menyukarkan saya berpuasa. Adakah terdapat cara mengelakkan kesukaran ini?

2. Saya berpenyakit was-was, saya kerap sangat rasa ada sisa makanan atau bendasing dalam mulut, kadang-kadang tidak ada apa pun. Kadang-kadang ada bendasingnya. Bolehkah saya mengabaikan sahaja perkara ini?

Terima kasih.

message user image

Salam tuan mufti. Saya hendak bertanya berkaitan isu najis. Saya dan keluarga sudah bertahun- tahun membela banyak kucing. Dan kucing kami banyak kali sudah membuang air di merata-rata tempat. Kebanyakkannya di atas lantai dan diatas barangan. Akan tetapi, kerana kurang pengetahuan isu najis ini, kami terus mengelap menggunakan mop dan sabun, yang bermakna cara kami menyucikan najis-najis tersebut adalah salah. Sudah bertahun-tahun kami buat begitu. Hanya baru-baru ini sahaja saya mempelajari bahawa tindakan tersebut salah kerana ia masih najis dan menyebabkannya tersebar keseluruh rumah. Terdapat sekali najis kucing itu terletak dihadapan pintu bilik air. Oleh itu, bukankan apabila orang keluar daripada bilik air itu akan memindahkan najis tersebut kerana sudah pasti kaki dalam keadaan basah? Sudah ramai orang lalu dan berjalan disekitar rumah dan ini menyebabkan saya berasa serabut kerana adalah sukar untuk membersihkan keseluruhan rumah memandangkan rumah saya yang agak besar. Bagaimana juga dengan barangan-barangan yang was was dan tidak pasti jika terkena/terpindah najis atau tidak kerana sifat najis yang hukmi. Saya berasa runsing dan gusar kerana cuma saya seorang yang baru mempelajari tentang najis ini. Keluarga saya masih tidak faham dan saya merasakan jika diberitahu, mereka akan mengatakan bahawa ianya adalah dimaafkan kerana berlaku semasa kita tidak tahu. Apa yang perlu saya lakukan?

message user image

Assalamualaikum,nak tanya tentang rongga terbuka dalam suci hadas.Adakah mulut zakar dikira rongga terbuka? Masalahnya jika dikira bukan rongga terbuka,jika air termasuk masa puasa,batallah puasa!?

 

message user image

Assalamualaikum, saya berasal daripada Melaka, menetapkan di WP Kuala Lumpur (setiap hujung minggu saya akan pulang ke Melaka) dan bekerja di PJ, Selangor (hari minggu). Saya perlu membayar fidyah mengikut jumlah dan/atau pengiraan fidyah negeri Melaka, WP Kuala Lumpur atau pun Selangor? Terima kasih. 

message user image

Salam sy nak tanya, jika anak berak dalam pampers dan duduk di sofa atau tilam dan meninggalkan bau tapi tiada warna dan kering sahaja.( pampers tak bocor)  Adakah tilam atau sofa tu dikira najis. Dan juga kalau anak kencing dalam pampers, tetapi sofa dan tilam ade bau hancing tetapi kering sebab pampers x bocor. Adakah tilam bernajis. Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum Mufti

Saya ada soalan tentang bersuci

Saya pergi kencing di tandas rumah. Selepas beberapa minit keluar dari tandas, saya terdetik untuk check kemaluan saya. Hal ini kerana kemaluan saya macam ada penyakit iaitu kadang kadang keluar cecair jernih seakan akan air mazi. Waktu saya check, ada cecair tersebut tetapi sangat sedikit (betul - betul di atas garisan nipis tempat keluar air kencing). Waktu saya check itu dalam keadaan baring. Saya tidak pasti ia keluar bila dan adakah ia kena pada seluar saya. Kemudian saya hanya membasuh kemaluan saya dan terus memakai seluar tadi. Persoalan saya adakah tindakan saya betul. Hal ini telah mendatang was was kerana seluar tadi masih lembab dan saya seakan akan najis telah merebak di seluruh rumah

message user image

Salam ustaz/ustazah,

 

Saya pernah bernazar untuk buat kenduri sekiranya pembedahan saya berjaya pada masa lalu. Alhamdulillah pembedahan itu berjaya dan saya sihat sperti sediakala. Soalan saya, adakah bila saya kata nak buat kenduri, maksudnya kena buat kenduri macam kenduri kahwin tu atau setakat jamuan biasa macam belikan kfc/bihun untuk taska/tadika anak saya yang kira-kira ada 20 org pun dikira kenduri? 

Soalan kedua, emak saya baru meninggal. Org kampung nak buat kenduri tahlil untuknya. Kami bukan menerima kenduri tahlil itu sesuatu amalan yang diwajibkan, cuma buat dengan niat untuk bersedekah, merapatkan silaturrahim dan seumpamanya. Soalannya, boleh tak sekiranya saya keluarkan duit poket sndiri untuk perbelanjaan kenduri tersebut dengan niat ini adalah untuk lunaskan nazar saya seperti di atas?

Soalan kedua, saya tau keluarga tak boleh makan kenduri nazar tersebut. maksud keluarga tu adalah saya, suami saya, dan anak2 saya je kan? tak termasuk adik,abg,kakak, mak sedara dan sebagainya?

message user image

Assalamualakum. Saya ada terkencing Dalam seluar pada satu malam. Sebelum bergerak bangun dari katil saya ada sinsing seluar (bagi ketat) dengan tujuan untuk mengelakkan titisan kencing jatuh ke lantai. Saya juga merasakan tiada sebarang air mengalir dari paha ke betis dan kaki. Namun, akibat waswas saya telah membersihkan lantai bilik iaitu dengan mencurah air kemudian lap, ulang dari katil ke bilik. Dimana, setiap satu kawasan hanya dicurahkan air sekali dan dilap satu kali. Menggunakan kain yang sama. Solan saya, jika benar ada air kencing menitis adakah cara saya mensucikan tersebut? Dan jika salah, bagaimana untuk saya mensucikannya kembali?

message user image

Salam tuan mufti. Saya hendak bertanya tentang isu tersentuh barangan kulit babi. Dulu waktu dizaman persekolahan di tahun 2013, saya pernah tersentuh barangan rakan saya yang diperbuat daripada kulit babi. Saya tidak ingat jika disentuh dengan tangan basah atau kering. Sudah 9 tahun berlalu. Pada masa itu, saya sudah mengetahui bahawa itu kulit babi, akan tetapi saya ingatkan ianya dimaafkan kerana semasa saya sentuh sebelum itu, saya tidak mengetahui. Saya dahulu agak jahil bab-bab menyucikan najis walaupun pernah mempelajarinya di sekolah. Maka, saya tidak melakukan apa-apa proses sertu kerana anggap tidak mengapa kerana tidak sengaja. Selepas itu, selepas beberapa tahun, baru saya terfikir tentang perkara itu dan perlu sertu. Tidak silap saya pada tahun 2018. Saya rasa saya ada melakukan proses sertu, tetapi saya tidak ingat. Oleh itu, sekarang, pada tahun 2022, saya terfikir balik isu itu. Saya terfikir adakah amalan saya daripada 2013 sehingga 2018 itu adalah tak sah kerana saya tidak pernah sertu. Selain itu, adakah semua barang yang saya sentuh semenjak itu menjadi najis? Saya juga waswas jika saya betul-betul sudah melakukan proses sertu atau tidak, serta berasa waswas jika proses sertu tersebut sah atau tidak

message user image

Assalamualaikum.. Saya nak bertanya mengenai rakaat Solat tarawih. Kebiasaan rakaat tarawih adalah 8 dan 20 rakaat. Boleh kah dilakukan jika rakaat tarawih hanya 10, 12, dan seterusnya sehingga, 18 disebabkan ada hal atau keletihan. Atau mesti mencukupkan ke 20 rakaat. 

Terima kasih.. 

message user image

Salam tuan mufti. Saya hendak bertanya isu najis.

Dulu saya pernah menyentuh barangan babi. Akan tetapi pada waktu itu saya tidak tahu. Beberapa hari kemudian baru tahu itu barangan babi. Tak pernah sertu sebab ingat dimaafkan kerana sentuh tak sengaja. Lepastu jahil bab taharah sebab sebelum tu pernah belajar, tapi tak pernah praktikkan. Lagipun saya masih muda waktu itu. Waktu tu baru berumur 13 tahun.

Lepastu pada tahun 2018, iaitu selepas beberapa tahun, saya terpikir saya tak pernah sertu. Lepastu jadi was was dan gelisah. Sah tak ibadah saya? Semua benda saya sentuh selama bertahun- tahun ni dah jadi bernajis ke kalau tangan basah? Setahu saya, rasanya saya terus sertu tangan saya selepas itu.

Sekarang sudah tahun 2022, saya terfikir balik semua perkara yang membuatkan saya waswas. Walaupun saya rasa seperti dulu saya sudah sertu, tiba- tiba terfikir macam mana kalau sebenarnya saya belum sertu? Saya tidak ingat kerana perkara sudah lama. Bagaimana jika cara sertu tidak sah? Saya juga terfikir status barang-barangan saya. Adakah menjadi najis? Saya takut. Bukankah najis hukmi dari najis mughallazah masih perlu disucikan menggunakan air bercampur tanah dan air mutlak 7 kali? Saya takut jika perlu mensucikan semuanya. Jika saya perlu sertu, adakah saya perlu sertu tangan sahaja? kerana dulu saya hanya menyentuh menggunakan tangan sahaja.
Adakah najisnya berpindah? Kerana sudah bertahun, sudah tentu saya sudah menyentuh banyak barang samada dengan tangan kering mahupun basah. 

 

message user image

Assalamualaikum.. Jika seseorang bersetubuh dengan haiwan atau hubungan haram sesama jenis pada siang Ramadan dan kemudian dia ingin bertaubat, adakah kafarah dia puasa 2 bulan berturut turut bagi peliwat dan yang di liwat? 

message user image

Assalamualaikum tuan,

Saya ingin memohon pencerahan dari pihak tuan berkaitan masalah puasa.  Saya mempunyai fibroid dalam rahim saya yang menyebabkan saya mengalami haid yang banyak dan tempoh haid yang panjang sehingga 15 hari. Pada bulan Januari 2022, doktor telah memberi pil hormon yang bertujuan untuk menghentikan darah haid saya untuk tempoh 3 bulan sebelum saya menjalani pembedahan membuang fibriod.  Malangnya ubat tersebut tidak berkesan pada saya dan menyebabkan saya telah mengalami pendarahan setiap hari tanpa ada tanda-tanda hendak berhenti.  Sehingga sekarang iaitu bulan April 2022 ini, saya masih mengalami pendarahan setiap hari tanpa gagal.  Saya juga tidak dapat kenal pasti lagi darah yang keluar ini adakah darah haid atau darah penyakit kerana setiap hari kadar darah yang keluar adalah sama. Tidak ada hari yang lebih banyak keluar atau ada hari yang sedikit sahaja keluar darah.

Disebabkan sekarang ini bulan puasa (April 2022), saya ingin bertanya bagaimana cara saya hendak berpuasa dan menggantikan puasa. Adakah boleh saya berpuasa penuh 30 hari atau saya perlu juga menggantikan puasa selama 30 hari atau 15 hari mengikut jumlah hari maksimum kelur darah haid disebabkan darah yang keluar setiap hari tanpa henti ini.

Mohon pencerahan tuan dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah saya hargai.  Terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah,

Saya ada permasalahan mengenai haid. Saya berumur 37 tahun dan memang mempunyai masalah haid tidak teratur. Saya sedang mendapatkan rawatan drpd hospital & sedang memakan ubat hormon utk membaiki masalah ini.

Soalan saya, pd 27 feb - 10 march, sy telah didatangi haid selama 12 hari (mmg normal period sy panjang), & kemudian darah berhenti pd 11 march - 17 march (7hari). Kemudian darah haid sy keluar semula pada 18 march - 23 march (6 hari), dan berhenti pd 24-30 march (7hari & sy telah menunaikan puasa ganti sepanjang waktu ini kerana sy beranggapan sy sedang mengalami waktu suci wlupun jangka masa period sy pendek sblm ini kerana sy ingat ubat yg sy makan telah mendatangkan hasil). Namun bermula pd 30 march slps Isyak sehingga sekarang, sy masih mengalami pendarahan & sy agak confius utk menganggap samada ini darah haid atau darah istihadah. Buat masa ini sy masih puasa & solat spt biasa sebab sy x pasti dgn status sy. Melihat drpd keadaan & bau darah spt darah haid tetapi sy jadi confius sebab jangka masa waktu haid & waktu suci spt tidak cukup. Harap dpt pencerahan dr pihak mufti secepat mungkin. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ada 2 soalan

1. Saya seorang perempuan yang belum berkahwin, dahulu saya sering melakukan onani tetapi saya tak pasti sama ada keluar air mani atau tidak. Saya juga tidak melakukan mandi wajib. Bagaimana dengan ibadah solat dan puasa saya?

2. Adakah perempuan boleh keluar mani disebabkan oleh persetubuhan dan mimpi basah sahaja? Bagaimana kalau saya sering ragu ragu sama ada keluar mani atau tidak ketika saya memikirkan benda benda yang membangkitkan syahwat?

message user image

Assalamualaikum,

Saya mempunyai masalah kekeliruan dengan pendarahan dalam bulan kitaran haid yang berlaku kebelakangan ini dan perlukan kepastian berkenaan status pendarahan yang berlaku pada diri saya.

Saya mempunyai kitaran haid yang normal, kebiasaanya kitaran haid saya 29hari hingga 31hari setiap bulan. Bulan terkini saya telah mula haid pada 21 mac hingga 31 mac (11hari), 1 april hingga 7 april saya solat dan mula berpuasa memandangkan saya telah bersih dari haid. Pada 8 april iaitu hari kitaran saya yang ke 19 telah berlaku pendarahan ringan bewarna merah dan 9 april hingga 15 april pendarahan ringan bewarna coklat. Pada 16 april iaitu hari kitaran yang ke 26 berlaku pendarahan bewarna merah dan saya dapati pendarahan ini seperti kebiasaan haid walaupun awal dari tarikh sepatutnya anggaran haid saya yang seterusnya iaitu pada 20 april.

Saya inginkan kepastian, apa status puasa dan solat saya ketika berlaku pendarahan ringan yang bermula dari 8 april hingga 15 april?. Jika pendarahan yang berlaku dalam tempoh ini dikira sebagai istihadah adakah saya perlu menggantikan puasa dan solat saya. Adakah saya dikenakan fidyah atau saya hanya perlu menggantikan puasa sahaja? Bagaimana dengan puasa yang perlu berbuka kerana ujian kesihatan, kerana pada 14 april saya diminta untuk berbuka oleh doktor yang memeriksa saya? Adakah sama saya dikenakan fidyah?


Bagaimana dengan pendarahan yang berlaku bermula 16 april hingga hari ini 18 april, adakah sudah boleh dikategorikan sebagai darah haid memandangkan pendarahan itu berlaku seperti kebiasaan haid saya walaupun awal dari tarikh sepatutnya?.

Mohon bantuan pencerahan dari pihak tuan atas masalah kekeliruan situasi yang berlaku pada saya. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Ustaz, saya pernah bernazar dihadapan sekawan 5 org rakan pejabat yg mana saya akan belanja mereka semua kambing golek jika saya dapat bertukar department. Alhamdulillah diluluskan dan saya telah pun membuat majlis kesyukuran dgn kambig golek dan memjemput mereka semua. Tapi ada sebahagian dari 5 rakan tadi tidak dapat hadir. Adakah saya masih berhutang nazar dgn mereka dan perlu melunaskan atau membayar kaffarah utk nazar saya yg tidak kesampaian pada sebahagian rakan saya tadi. Mohon pencerahan Ustaz.. Terima kasih..

message user image

Assalamu'alaikum tuan,

 

Soalan saya berkenaan zakat fitrah

 

1. Ada Seorang isteri sebelum ini membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri, suami dan anak-anaknya kerana suaminya tiada pendapatan dan berhutang. Adakah sah bayaran zakatnya ke atas

  • dirinya sendiri
  • suami
  • anak-anaknya?

jika tidak sah, apa yang perlu dilakukan?

 

2. Jika saya bekerja di Selangor, manakala keluarga saya berada di negeri lain, manakah lebih afdal untuk saya membayar zakat fitrah mereka, di negeri lain atau di negeri Selangor?

 

Sekian, terima kasih.

message user image

Salam Ustaz.

Adakah sesorang yg pernah melakukan zina seperti memegang kemaluan pasangan tanpa nikah ( tanpa melakukan persetubuhan ) dilarang atau haram menyertai iaitu bersama sama menyertai program qhatam al quran yg dianjurkan oleh surau , masjid atau mana mana anjuran. Saya inginkan perjelasan terperinci kerana ada pertikaian di kalangan  Masyarakat berkaitan dengan persoalan saya.

Diharap ustaz dapat membantu dengan perjelaaan yg terperinci. Terima kasih.. 

message user image

Salam Ustaz.

Adakah sesorang yg pernah melakukan zina seperti memegang kemaluan pasangan tanpa nikah ( tanpa melakukan persetubuhan ) dilarang atau haram menyertai iaitu bersama sama menyertai program qhatam al quran yg dianjurkan oleh surau , masjid atau mana mana anjuran. Saya inginkan perjelasan terperinci kerana ada pertikaian di kalangan  Masyarakat berkaitan dengan persoalan saya.

Diharap ustaz dapat membantu dengan perjelaaan yg terperinci. Terima kasih.. 

message user image

Assalamualaikum, adakah sah solat saya selepas beberapa tahun saya terdetik mahu menyemak semula bacaan tasyahud akhir saya dan saya mendapati yang saya tertinggal satu ayat iaitu ayat وَعَلَى dalam ayat السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ. Adakah saya perlu qada semula semua solat saya kerana saya tidak sengaja dan tidak pula mengetahui bahawa saya tertinggal ayat tersebut. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,

saya nak tanya kalau perempuan yg dah monopos, kemudian keluar darah dari farajnya, adakah hukum darah tersebut sama dgn hukum darah haid ya?

 

Terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum mufti,saya nak tanya,adakah menelan air liur yang berada di atas bibir boleh membatalkan puasa seseorang?....Adakah perkara tersebut  batal secara ijmak menurut ulamak?.... Seandainya terdapat perbezaan pendapat bolehkah saya mengambil pendapat bahawa tidak batal menelan air liur yang berada di atas bibir?...Mohon pencerahannya mufti

message user image

Assalamualaikum,

 

Pertanyaan saya, saya memakai gigi palsu dan sekaligus memakai pelekat gigi palsu yang biasa polident. Apa hukum puasa saya sekiranya pelekat tersebut cair didalam mulut dan tertelan tanpa sedar.

Mohon penjelasan

Sekian terima kasih

 

message user image

Assalamualaikum.,

Saya ada beberapa soalan yang telah lama bermain di fikiran,

1. Adakah puasa terbatal jika saya dan isteri bercumbu / menghisap lidah di siang hari pada bulan ramadhan?

2. Adakah puasa terbatal jika saya dan isteri melakukan oral seks seperti menjilat / menghisap kemaluan tanpa keluar air mani?

3. Apakah kaffarah akan menjadi double jika saya melaksanakan persetubuhan di siang hari sebanyak 2 kali pada hari berbeza pada bulan ramdhan? Contoh, adakah saya perlu membebaskan 2 orang hamba di sebabkan melaksanakan 2 kali persetubuhan pada hari berbeza?

 

Sekian.

message user image

Salam, 

Adakah boleh menyucikan najis menggunakan spray yang diisi dengan air mutlak? Sebagai contoh, burung berak di atas penyidai baju di luar rumah. Sy hilangkan ain atau zat najis tu menggunakan tisu. Kemudian menggunakan air mutlak yg diisi dlm botol spray. Dan spray ke tempat yang terkena taik burung tersebut. Adakah suci tempat tersebut?

Terima Kasih 

message user image

Salam ustaz, saya ada soalan tentang solat jamak dan qasar. saya seorang pelajar yang belajar di perak. rumah saya di selangor, saya menetap di selangor. di perak saya duduk hostel di tempat saya belajar.. pada hujung minggu cuti raya ini saya akan balik ke rumah saya iaitu selangor, dan saya akan tidur sehari di rumah persinggahan di selangor. tetapi belum sampai destinasi yang hendak saya tuju iaitu rumah mak ayah saya di selangor. Soalannya bolehkah saya solat jamak apabila saya tidur di rumah persinggahan sebelum saya sampai ke rumah keluarga saya? Kiranya saya mungkin jamak selama 2 hari pada tempat persinggahan itu. mohon pencerahan ustaz

message user image

Assalamualaikum, jika terpegang pemegang berus yang diperbuat dari bulu babi. Hanya bulu berusnya yang di tutup plastik. Pemegang berus itu tidak bertutup plastik. Setelah itu, tidak ingat telah menyentuhnya dengan tangan kering atau tidak. Kemudian, telah makan menggunakan tangan dan menyentuh banyak tempat. Apa yang harus saya lakukan? Persoalan lain, Adakah perlu menyertu dinding apabila mengecat rumah menggunakan berus dari bulu babi? Adakah perlu menyertu tangkai pokok ubi yang dilanggar babi? Bagaimana pula dengan kawasan tanah yang di ceroboh babi yang menjadi laluan halaman rumah? 

message user image

Assalam ustaz,saya ada masalah air liur berbau walaupun bukan selepas tidur (air liur basi) dan dia kerap keluar kalau saya meludah kahak ketika bulan puasa menyebabkan mulut saya acap kali rasa mcm bnde pelik (seperti masam²) di kwsn tekak...walaupun saya dh kumur,masalah ni akan timbul semula bahkan seharian saya meludah sahaja nk mengelakkan telan tpi ada kala saya menelan juga kerana payah menjaga seperti situasi di dalam kereta atau sedang bekerja...mcm mn dgn puasa saya ustaz? Apakah sah?

 

 

message user image

Assalammu'alaikum, saya telah mengalami keguguran pada 47 hari lepas. Selepas sebulan darah berwarna coklat telah habis keluar. Namun, pada hari ke 46 masih ada keluar cecair berwarna kuning pekat becampur darah secara tiba2. Selang 2 hari, ada keluar cecair berwarna putih pekat, dan kemudian selang 2 hari keluar cecair kuning yang sangat sedikit. Saya berasa was2 dengan ibadah puasa yg saya laksanakan. Mohon penjelasan, adakah puasa saya sah? 

message user image

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

saya ada persoalan berkaitan solat jamak dan qasar kalau cth, sorg ni dari selangor mahu pergi ke kelantan..jdnya boleh la dia jamak qasar .bagaimana pula kalau hari jumaat..lpstu dia bergerak dalam pukul 230 pm..kalau ikutkan sempat la untuk dia solat jumaat .tetapi dia xbuat solat jumaat & dia buat jamak ta'khir..

1) adakah perbuatan ini dibernakan dan jika tidak, jenis jamak manakah yang dibernarkan? 2) adakah solat zohor yg dilakukan utk ganti solat jumaat itu perlu dilakukan secara tamam iaitu 4 rakaat atau boleh diqasarkan berdasarkan kes dia bergerak selepas azan pada hari jumaat. 

mohon penjelasan.. syukran jazilan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum ustaz. Saya mahu bertanya. Saya mahu melakukan aqiqah bagi anak perempuan saya yang baru lahir. Saya ade buat tempahan cattering dan set aqiqah bagi katering tu kambing tersebut akan dimasak secara golek/kambing golek. Tapi ada yang mengatakan tidak boleh dan perlu dimasak manis jugak. Jadi pertanyaan saya bolehkan kambing aqiqah tersebut dimasak secara kambing golek dan sah atau tidak aqiqah saya tersebut. Terima kasih

message user image

Assalammualaikum. Saya ingin bertanya. Dulu sewaktu belajar, saya sering bernazar untuk berpuasa sekiranya lulus. Jumlahnya agak banyak sehingga saya pun lupa jumlah sebenar dan saya merasakan hidup saya sekarang sering dalam kesusahan kerana tidak menunaikan nazar tersebut. Namun, agak sukar untuk saya melakukan puasa tersebut ditambah dengan puasa ganti Ramadhan (kerana uzur, menyusui). Adakah saya tetap perlu menunaikan puasa tersebut atau ada cara lain untuk saya tunaikan nazar tersebut?

message user image

Assalamualaikum. Sesudah mandi wajib dan tidak lama kemudian selepas itu, saya rasa was was ada bahagian yang tidak kena air. Waktu sudah lewat malam, jadi saya ingin sambung mandi tersebut selepas saya bangun dari tidur hanya untuk kenakan kepada bahagian yang saya ragu ragu itu. Adakah sah mandi wajib saya jika saya melakukan sedemikian?

message user image

Saya ada membaca satu pendapat mengenai puasa enam. Adakah pendapat ini sah dan boleh diterima?

- Sebahagian ulama Syafi’iyyah berpendapat sesiapa yang lewat berpuasa 6 hari pada bulan Syawal boleh mengqadha’nya pada bulan Dzul Qaedah. Namun pahalanya lebih sedikit berbanding orang yang berpuasa di bulan Syawal, maka sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal, ia sama seperti berpuasa selama setahun, berbeza dengan orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari dalam bulan selain bulan Syawal, maka dia akan mendapat pahala puasa Ramadhan dan pahala puasa sunat.

- Ibnu Hajar al-Makki berkata di dalam Tuhfah al-Muhtaj: “Sesiapa yang melakukannya (6 hari di bulan Syawal) dengan Ramadhan setiap tahun, maka samalah dengan puasa fardhu selama setahun tanpa dilipat gandakan pahalanya, dan sesiapa yang berpuasa 6 hari selain pada bulan Syawal, maka sama dengan puasa sunat selama satu tahun dan tanpa dilipatgandakan pahalanya.” 

- Justeru, kami menasihati bagi mereka yang tidak sempat untuk menyelesaikan puasa 6 hari pada bulan syawal dengan hanya sepat berpuasa 4 hari sahaja, maka dia boleh terus menyelesaikan baki puasa 2 harinya itu pada bulan Dzul Qaedah sebagai ganti atas keterlambatannya di bulan syawal. Dan ini ialah perbuatan yang baik, dan semoga ia masih mendapat pahala dengan rahmat dan fadhilat daripada Allah SWT.

Soalan saya : Adakah puasa enam masih boleh dilakukan jika terlepas dilaksanakan pd bulan syawal?

Terim kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanyakan tentang solat tasbih.

1) jika saya melakukan solat tasbih di siang hari, maka rakaat ketiga dan keempat tu dibolehkan membaca surah?

2) bolehkah saya hanya setakat membaca سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” sahaja?

Terima kasih

 

message user image

Assalammualaikum,

Saya ingin bertanya mengenai puasa. Dulu saya kerap beronani, tetapi alhamdullilah sekarang saya sudah berhenti. Saya tahu beronani di siang hari ramadhan akan menyebabkan batalnya puasa kita. Saya tidak pasti bila saya mula beronani tetapi saya membuat anggaran lebih kurang pada tahun 2015 hingga 2021. Ada hari yang saya onani pada siang hari ramadhan dan ada hari yang tidak. Saya tidak pasti berapa hari yang puasa saya terbatal dan berapa hari puasa saya yang sah. Jadi, saya menganggapkan kesuluruhan bulan ramadhan itu tidak sah. Jadi, saya ingin qada semula puasa yang tidak sah iaitu pada tahun 2015 hingga 2021 iaitu bersamaan 210 hari (30 hari x 7 tahun). Jadi, adakah saya perlu membayar fidyah dan qada puasa ataupun qada puasa sahaja? Rancangan saya adalah untuk qada puasa seminggu satu kali. Insyallah dalam masa 4 tahun akan hilangnya perasaan ragu-ragu saya bagi hari yang saya rasa puasa saya tidak sah.

message user image

Assalamuaikum,

Minta pencerahan.

Apakah menjadi satu kesalahan ketika sembahyang Jumaat Saya tidak melakukan solat sunat  Kabliyyah dan Ba'diyyah.Malah kedua2 solat sunat itu saya gantikan dengan solat qada subuh.Dan solat qada subuh pula Saya lakukan tanpa Qunut dan sujud sahwi.

Dan Saya sering juga melakukannya pada solat tarawikh.

message user image

Assalamualaikum Tuan. Apakah hukum atau status solat jika membetulkan sebutan salam pertama selepas tahiyyat akhir tetapi perkataan yang dibetul kan itu hanya 'warahmatullah' sahaja. Bukan bahagian 'Assalamualaikum'. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum, izinkan saya bertanya. Saya berada di tempat kerja baru dan di sekitar kawasan tempat bekerja terdapat anjing, pada hari tersebut saya meletak sandal saya di luar dan bila saya keluar untuk ambil, saya nampak sandal saya terusik serta basah mungkin disebabkan hujan dan kebetulan terdapat beberapa ekor anjing sedang berehat berdekatan tempat itu, jadi saya agak was was sama ada ia disebabkan anjing atau orang yang lalu lalang.  Maka persoalannya:

1.adakah saya perlu sertu sandal saya?

2.apakah hukum jika saya yakin dan tidak menyertu walhal sebenarnya saya perlu menyertu?

3.bagaimana hukum terhadap ibadah pada mereka yang tidak menyertu?

Terima kasih kerana menyediakan platform bagi soal jawab agama. Kerjasama dan maklum balas pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian,terima kasih.

message user image

ASSALAMUALAIKUM TUAN MUFTI, SAYA INGIN BERTANYA TENTANG ,BOLEHKAN KITA MENGAMALKAN BACAAN "YASSIN TUGGAL"...AMALAN INI DI CIPTA OLE HABIB ABDULLAH BIN AL-ALAWI AL HADAD...CARANYA...BACA SURAH YASSIN SATU KALI..TETAPI ADA AYAT TERTENTU DALAM SURAH YASSIN ITU DIULANG BEBERAPA KALI,DAN BILANGAN ULANGAN ITU TELAH DITETAPKAN..(CONTOH AYAT KE 16 DLM SURAH YASSIN DIULANG BACA 7 KALI)...IANYA DIPERCAYAI MEMPUNYAI FADILAT SAMA SEPERTI MEMBACA SURA YASSIN SEBANYAK 41 KALI..DAN DIGUNAKAN UNTUK MEMINTA HAJAT...BIASANYA YANG BAIK-BAIKLA SEPERTI MAJU DALAM PERNIAGAAN DAN SEBAGAINYA.

message user image

SERTU

Assalamu'alaikum saya ucapkan kepada ahli panel. Sebelum saya mengajukan soalan, izinkan saya menceritakan situasi yang saya alami. 

Dalam 6-7 tahun sebelum ini, saya ada pergi ke kawasan perkuburan. Dan ayah saya suruh berhati hati berjalan di laluan yang saya lalu tu sebab ada lumpur kesan tapak kaki khinzir. Dan setelah ingin pulang, saya mendapati bahawa jubah dan kaki yang saya pakai terdapat kesan lumpur. Disebabkan sy agak yakin yang kawasan lain yang saya pergi adalah kering (selain kawasan lumpur tadi), jadi saya yakin bahawa lumpur yang terkena pada jubah dan kaki saya adalah dari tempat kawasan bekas kaki khinzir tersebut (tapi saya tidak lihat dengan mata kepala saya sendiri). Lalu, saya sertu kaki saya tetapi sy tidak sertu jubah tersebut. 

Soalan saya: 

1.  Adakah saya perlu sertu sedangkan saya tidak nampak dengan mata kepala saya sendiri? (Tetapi time tu saya yakin yang hanya kawasan tersebut sahaja yang basah dan telah menyebabkan saya yakin yang lumpur tersebut ialah dari kawasan khinzir itu) 

2. Disebabkan dahulu saya tidak sertu jubah sy, adakah saya masih perlu sertunya sekarang, sedangkan kes ini sudah berlaku sejak 6-7 tahun lalu? 

3. Dan semasa kali pertama ingin membasuh jubah tersebut pada 6-7 tahun lalu, ibu saya ada memegang dan campurkan jubah tersebut untuk dicuci dengan pakaian yg lain. Saya ada memberitahu ibu saya tentang lumpur pada jubah tersebut tetapi ibu saya hanya mengendahkannya. Adakah ibu saya perlu sertu tangannya sekarang walaupun sudah 6-7 tahun berlalu? Dan bagaimana pula dengan pakaian yg bercampur ketika ingin dicuci tersebut? 

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Semasa saya nak memasuki kereta saya terpijak sesuatu tapi saya tak pasti sama ada ia najis anjing atau sekadar tanah kering kerana ada yang bergumpal dan terlerai serta kawasan itu memang banyak anjing,apabila saya pulang ke rumah saya membersihkan lantai halaman rumah dengan sabun dan air sahaja sambil itu saya bersihkan sekali kasut tersebut namun saya masih musykil sama ada ia najis anjing dan semasa membersihkan lantai maka air tersebut mengalir dan membawa najis itu berpindah merata. Apabila kering pula orang lain melalui kawasan itu berkasut atau berkaki ayam, saya bimbang najis tersebut akan berpindah ke setiap permukaan yang memijaknya memandangkan ia lantai dan masuk ke rumah. Pada situasi lain, saya telah meletakkan kasut saya di luar kedai dan bila saya keluar untuk mengambil kasut saya, ia sudah terusik dan kebetulan pada hari itu terdapat anjing berehat berdekatan kawasan tersebut serta hari hujan jadi kasut saya basah maka saya tidak pasti ia disebabkan anjing atau orang yang melalui kawasan tersebut terlanggar kasut saya, saya agak musykil sehingga terfikir untuk melihat cctv tetapi ia mungkin menimbulkan kehairanan orang memandangkan saya tidak biasa di situ. Saya agak terganggu dan bimbang amalan saya tidak diterima dan orang lain juga turut menanggungnya. 

Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

 

Maklumbalas pihak tuan/puan sangat dihargai.

message user image

Maaf saya hendak bertanya apakah hukum sunat kucing jantan kerana kucing selalu bergaduh sehingga luka ketika mencari pasangan,hilang ketika musim mengawan dan kucing kencing merata dirumah serta rumah jiran.selain itu kucing betina liar asyik beranak kerana kucing jantan saya sehingga mengganggu jiran sekeliling disebabkan najis nya dan lain - lain lagi.saya keliru akan hukum harus atau haram.

harap di jawab kerana tiada yang jawapan yang jelas untuk soalan di atas

message user image

Salam.

Saya PJJ dengan isteri saya, saya bekerja di lembah klang dan isteri saya menetap di Perak. 

Saya akan gerak ke Lembah Klang pada pagi isnin dan pulang ke Perak pada hari Jumaat.

Sepanjang tempoh bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat, saya menyewa bilik di sekitar Lembah Klang yang saya bayar secara bulanan.

Boleh ke jamak dan qasar sepanjang tempoh saya di Lembah Klang.

Terima kasih.

 

message user image

Pada tahun 2014 dan 2017 saya telah mengerjakan umrah.  Dan kini tahun 2022 saya merupakan seorang ayah yang mempunyai dua orang yang berumur 4 tahun dan 1 tahun. Nak dijadikan cerita saya sebenarnya ingin muhasabah diri serta ingin berubah menjadi lebih baik serta cuba solat di awal waktu dan tidak meninggalkan solat. Saya mula bersedekah di masjid2 dsbnya dan baru2 ini sy ditawarkan oleh majikan saya untuk mengerjakan umrah selama 10h9m . Saya juga akan memastikan keperluan dan nafkah diberikan kpd isteri saya sebelum saya berangkat. Jadi soalan saya apakah hukum saya meninggalkan isteri dan anak2 untuk pergi mengerjakan umrah ? .

Saya bimbang umrah saya tidak sah dan juga adakah sy berdosa melepaskan  tanggungjawab sebagai suami dan ayah ?

message user image

Assalamualaikum..

Saya ada masalah was2 yang agak kronik... Saya ada dua pertanyaan

1) kalau kita naik grabcar non muslim tapi x pasti sama ada kereta yang dinaiki ada pernah bawa anjing atau tak.. pernah naik masa tu hujan lebat jadi was2 kalau baju basah terkena seat kereta (kalau pernah bawa anjing dalam kereta) Adakah perlu diabaikan sahaja?

2) penapis udara coway biasa nya akan di servis tiap dua bulan, kalau untuk rumah non muslim yg ada anjing, biasa bulu anjing akan melekat kat dalam tu.. apakah hukumnya kalau menggunakan berus yang sama (berus yg dah digunakan untuk buang habuk + bulu dirumah non muslim yg ada anjing dlm rumah) untuk membersihkan penapis udara rumah muslim..

Terima kasih utk penjelasan..

message user image

Assalammualaikum

Saya bekerja didalam sektor pembaikan, dimana saya perlu membaiki dapur gas, dan client saya kebanyakkannya adalah dari bangsa cina, ketika membaiki dapur gas mereka, terdapat banyak minyak yang menimbulkan rasa was was terhadap najis berat seperti babi terkena anggota badan dan pakaian, saya sudah memakai sarung tangan pakai buang juga apron pakai buang, tetapi saya was was juga akan terdapat najis itu terkena anggota badan dan pakaian, saya tidak mampu untuk terus samak anggota badan yang saya risau terkena najis najis tersebut untuk solat fardu zohor dan asar dimana saya perlu untuk solat dimasjid masjid terdekat, minta tolong pendapat pakar agama untuk menasihati saya, samaada perlu untuk saya berhenti kerja ataupun terdapat maaf dari sudut agama

Terima Kasih.

message user image

asslamualaikum ustaz. Kalau kita solat tapi bacaan tak jelas solat tak sah kn? Bagaimana pula jika kita baru lepas cabut gigi dan gusi bengkak makan masa nak baik. Apa hukum kita solat tapi bacaan tak jelas dan semasa ruku' dan sujud bacaan cuma dalam hati shj(sbb gigi depn tak ada risau air liur meleleh) sah ke solat kita? Atau perlukah tunggu sihat baru ganti solat?

message user image

Assalamualaikum,Saya nak bertanya jika Saya tidak pergi solat jumaat tapi Saya menunaikan solat zuhur di rumah sebelum selesai solat jumaat di masjid adakah sah solat saya.. tolong beri penjelasan? 

message user image

Assalamualaikum wbt

Saya ingin bertanya tentang skincare (penjagaan muka, pencuci muka, pelembap muka, etc) dan wuduk.

Saya mencuci muka dengan sabun dan mengambil wuduk untuk solat. Setelah mencuci muka, dengan segera saya menggunakan pelembap muka (moisturiser) untuk "seal" cucian muka saya lalu saya menunaikan solat.

Saya ada membaca dan mendengar ceramah ustaz di Youtube bahawa wudhu masih sah jika memakai make up lalu solat.

Persoalan saya, adakah sah solat saya memakai moisturiser dahulu? Adakah batal wuduk saya setelah memakai moisturiser? Adakah sama seperti kes makeup tersebut? Untuk pengetahuan, moisturiser yang saya gunakan juga adalah vegan based product maka tiada bahan terlarang dari sumber haiwan digunakan.

Harap kemusykilan saya dapat terjawab. Terima kasih 

message user image

Assalamualaikum,

Pejabat kami bercadang untuk membuat paperwork/kertas cadangan kepada pengarah berkenaan program 'saving' untuk ibadah korban bagi tahun hadapan 2023.konsepnya ada deposit,pembayaran secara bulanan mengikut amaun yang ditetapkan atau boleh dilebihkan ikut kemampuan.

Jadi saya nk bertanya..apakah hukumnya buat program seperti ini.apa syarat2 yang perlu mengikut hukum kalau kami hendak laksanakan program ni.

message user image

Assalamualaikum mufti,

Saya nak Tanya tentang najis.

1. Jika tangan kita basah sampai siku atau sampai bahu (sebahagian badan) atau sebelum siku, kemudian hujung jari/tapak tangan kita terkena najis (darah) adakah seluruh anggota basah dikira najis atau tempat yang terkena najis sahaja dikira najis? Bagaimana jika air dari kawasan basah yang tidak terkena najis itu menitik ke lantai?

2.Saya nak tidur selepas solat subuh. Sebelum tidur, saya terfikir benda benda yang negatif sehingga keluar air mazi (kene seluar). Badan saya ada sedikit lembapan peluh (normal)bukan seperti bersukan atau cuaca yang sangat panas,kerana baru bangun tidur. Perlukah saya basuh seluruh badan saya atau memadai kawasan yang terkena dan kemaluan saya sahaja?

 

 

message user image

Assalamualaikum,

Bagi petugas yang sudah lama berkerja di klinik haiwan, semestinya hampir kesemua tempat dan kawasan sudah dicemari dengan najis mughallazah secara ain ataupun hukmi. Soalan saya..

1. Kita baru dalam setahun lebih mengetahui berkenaan najis hukmi ini perlu disertu juga, sebelum ini tidak diketahui dan telah membawa najis jenis ini ke merata tempat termasuklah kereta dan rumah, lalu barangan lain jatuh mengenai tempat yang dikenai najis hukmi.. Bagaimana status barang tersebut..

2. Kita telah berusaha untuk mengurangkan beban sertu dengan menyediakan barangan dan kasut yang berlainan semasa bekerja. Tetapi kadang itu terlupa dan membawa balik pakaian dan kasut yang pernah terkena najis dan basuh sekali dengan pakaian lain.. Apa hukumnya?

3. Adakah terdapat rukshah dalam menyertu bagi yang bertugas di klinik haiwan, dimana hampir kesemua tempat dicemari najis mughallazah seperti lantai, pintu, meja dan lain. Kesemuanya dilap dan dimop tetapi tidak disertu, maka najis hukmi disebarkan..

Terima kasih

message user image

Assalammualaikum, saya nak bertanya..jika kita berkumur2 semasa berwudhu dan tertelan air sisa kumur semasa berwudhu adakah kita perlu ulang semula wudhu? Dan macam mana pula jika sengaja telan air liur yang sudah bercampur air sisa kumur itu semasa berwudhu?

message user image

Assalaamu'alaikum wr. wb. Tuan, saya baru mencapai umur 55 tahun, alhamdulillah dan saya ingin menunaikan tanggungjawab zakat KWSP. Persoalannya, selain membayar wang zakat tersebut ke Lembaga Zakat Selangor, bolehkah saya memberikan sebahagian wang zakat KWSP saya tersebut kepada anak saudara yang susah yang mana ia memang salah seorang penerima zakat LZS? Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz

1)Apakah hukum seorang isteri bangun solat tahajjud diakhir malam tidak disukai suami?

2)Hukum suami menghalang isteri beribadah bagaimana sedangkan dia tidak mendirikan solat?

3) jika isteri bangun juga beribadah diakhir malam kerana rindu akan Allah bagaimana hukumnya disisi Nya.Adakah Allah redho?

message user image

Adakah batal solat, jika badan menggigil /menggeletar kerana menahan kentut?

message user image

Assalamualaikum... 

Kebiasaan haid saya 7 hari..Tetapi ada 1 bulan tu tak datang haid..bulan berikutnya baru haid.. Tapi mengambil masa 12 hari..selang 3 hari keluar lagi.. Tapi mengeluarkan bau yang sangat busuk..tidak terus menerus keluar..kes begini pertama kali dalam hidup saya..soalan saya 1)adakah kategori istihadah?  2)adakah wajib mandi bersih?. Terima kasih

 

 

message user image

Assalamualaikum.. Soalan saya,

Apakah hukumnya perbuatan ini jika seseorang yg berhadas besar memotong kuku atau rambut sebelum dia mandi wajib dahulu..

Contohnya., dia bermimpi sehingga keluar air mani dan sebelum mandi wajib dia memotong kuku dahulu dan barulah mandi hadas..

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

Saya bercadang untuk mengerjakan ibadah umrah bersama2 isteri dan seorang anak perempuan berumur 1 tahun

Isteri saya merasakan beliau tidak yakin untuk melakukan ibadah umrah dengan fokus kerana kami membawa anak kami yang masih kecil. Beliau merasakan agak terbeban kerana mungkin dia tidak dapat fokus kepada ibadah umrah kerana menguruskan anak kami. Tambahan ini merupakan ibadah umrah dia yang pertama dan beliau masih tiada gambaran/pengalaman bagaimana ibadah umrah dilakukan. Jika tinggal kan anak kami yg berusia 1 tahun, isteri saya tidak tegar utk berbuat sedemikian atas faktor sayang dan risau.

Soalan:

Apa pandagan ustaz mengenai situasi isteri saya ini? Perlukah kami tidak membawa anak kami kerana perlu fokus kepada ibadah umrah? Atau apa nasihat ustaz mengenai perkara ini.

Sekian,

Terima Kasih

message user image

Assalammualaikum, Saya Nak Tanya . Antara aqiqah dan qurban mana yg kena buat dahulu. Saya Ada Tanya harga sekor kambing antara rm900-1800 sekor. Klu siap masak semua dlm rm2800 ni package siap masak. Kalau kambing sunat di masak betul kan? utk duit banyak tu rasa mcm tak mampu. Klu qurban harga 650-750 sebahagian. Persoalan Saya. Saya Ada baby umur setahun boleh tak klu hanya buat qurban sahaja. 

message user image

As Salam Tuan,

Kemusykilan saya adalah, jikalau saya berhadas besar dan memerlukan untuk mandi wajib, setelah melaksanakannya, baru saya sedar saya ada alatan yang diletakkan dibahagian belakang lengan saya bertujuan untuk mengukur tahap gula didalam badan saya. Adakah perlu saya ulangi mandi hadas saya ?

Terima Kaseh Tuan.

Wassalamu. 

message user image

Salam..saya bkerja di homestay dan sy dapati seorang india membawa anjing dan apabila kami brtanya kepadanya adakah dia mmbawa masuk anjing tersebut ke dalam bilik dan dia berkata tidak akan tetapi kami merasa was was.. Kemudian kami sertu semua cadar di dalam bilik tersebut dengan merendam cadar tersebut kedalam satu besen air yg bercampur dgn sabun taharah dan 6 kali jirusan air biasa.. Selepas beberapa hari sy ada terbaca bahawa tidak boleh merendam cadar trsebut kedalam besen kerana ruang besen kurang dari 2 kolah. Adakah sy perlu sertu semula semua cadar tersebut dan mesin basuh kerana selepas proses sertuan itu sy mnggunakan mesin basuh utk spin cadar tersebut dan adakah sy perlu sertu semua cadar yg dibasuh slepas mnggunakan mesin basuh tersebut? 

 

Kemudian semasa proses sertuan itu pakaian saya terkena percikan air sertu itu adakah sy perlu sertu pakaian sy atau memadai dengan basuh mnggunakan air mutlak shja? 

message user image

Assalamu'alaikum w.b.t,

Walaupun saya tahu kiraan tempoh dan perbezaan warna, tapi saya keliru antara haid dan istihadah sekarang kerana saya baru sahaja didatangi darah (9 Oktober 2022), setelah 9 bulan setengah tidak didatangi haid, mungkin kerana suntikan perancang.

Akhir haid : Minggu akhir Disember 2021 (saya lupa tarikh)

Tempoh kebiasaan haid : 7-10 hari, setiap bulan wajib datang haid.

Suntik perancang 19/8/2021, 16/11/2021, 11/2/2022.

Haid tidak datang bermula Januari 2022 - September 2022.

Hari ini, 9 Oktober 2022, jam 12 p.m. lebih  darah kembali ada tapi warnanya sangat cair tapi ada lendir (sedikit) berwarna merah cili, bau juga tak kuat tidak seperti haid.

Jadi saya keliru sama ada ini adalah darah haid atau istihadah. Saya mohon pencerahan dan bantuan sebab tak pernah alami begini. Terima kasih

 

 

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum wbt. 

Soalan saya mengenai Solat jamak dan qasar serta Solat tamam.. 

Jika kita melakukan perjalanan melebihi 2 marhalah dan kita dibolehkan untuk melakukan Solat jamak dan qasar dalam tempoh yang Ditetapkan. 

Soalan saya, bolehlakah kita campurkan Solat jamak dan qasar bersama Solat sempurna (tamam)

Contohnya hari Pertama kita jamakan solat zohor dan asar manakala magrib dan isya kita buat secara tamam.

Hari kedua pula kita buat zohor dan asar secara tamam dan magrib dan isya kita jamakan.

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum ustaz,

 

Anak perempuan saya baru meninggal dunia pada 28 September 2022 yang lalu. Beliau berumur 24 tahun dan belum berkahwin. Bulan Ramadan tahun 2022, anak saya tidak dapat berpuasa selama sebulan kerana sakit kanser. Anak saya ada memberitahu saya bahawa dia ada lagi hutang puasa selama 10 hari merujuk kepada Ramadan sebelumnya. Semasa itu saya tidak sanggup bertanya lebih lanjut. Sepanjang anak saya sihat, beliau solat dan berpuasa. Saya beranggapan puasa yang belum sempat diganti adalah Ramadan tahun 2021. Saya juga ingin menggantikan puasanya selama 10 hari pada Ramadan 2020 kerana ingin anak saya bersih dari sebarang hutang puasa. Apakah yang perlu saya lakukan ustaz?

Untuk makluman ustaz, anak saya tidak sempat mengqada solatnya yang tertinggal atau kurang sempurna. Anak saya menghidap kanser di paru-paru dan otak, membuatkan beliau sukar untuk menguruskan diri sendiri. Sukar untuk berjalan dan perlu dipapah, boleh dikatakan terbaring di katil sahaja semasa sakitnya kuat. Ada masa waktu solat, anak saya sedang tidur. Ada masa bila anak saya sedar, saya mengambilkannya wuduk di atas katil dan anak saya solat walaupun tidak menghadap kiblat. Saya beritahu anak saya, apabila telah sihat nanti, qada semula solat yang tidak sempurna tetapi tidak sempat.

Sakit anak saya semakin kuat menyebabkan doktor melakukan pembedahan di bahagian kepala. Selepas pembedahan, doktor memberinya ubat tahan sakit, ubat tenang dan ubat tidur sehinggalah waktunya pulang ke Rahmatullah. Semoga Allah ampunkan dosa anak saya dan saya sebagai ibunya serta seisi keluarga kerana tidak mampu menguruskan solatnya dengan sempurna.

Apakah cara terbaik supaya Allah Taala dapat mengampunkan dosa anak saya dan kami sekeluarga ustaz. Saya juga ingin bertanya adakah kita boleh hadiahkan pahala selawat kepada Rasulullah saw kepada anak atau ibu bapa yang telah meninggal dunia? Bolehkan saya sebagai ibu memohon keampunan bagi pihak anak saya atas segala dosa-dosanya?

Terima kasih.

message user image

Assalamualikum. Saya hendak bertanya tentang isu najis. Saya seorang pelajar universiti dan tinggal di rumah sewa berdekatan universiti saya. Di kawasan universiti dan rumah sewa saya terdapat banyak anjing liar berkeliaran. Beberapa hari lalu, ketika saya berjalan kaki untuk ke universiti saya, apabila berjalan di atas rumput, saya hampir-hampir sahaja terpijak najis haiwan. Saya beranggapan itu najis anjing oleh kerana kebiasaannya terdapat banyak anjing dikawasan tersebut dan oleh kerana saiz najis yang kelihatan lebih besar berbanding najis kucing. Kasut saya pada masa itu lebih kurang beberapa cm sahaja sebelum mengenai najis tersebut. Akan tetapi apabila saya melihat kasut saya, tiada najis yang terkena. Oleh itu saya berpendapat bahawa kasut saya tidak terkena najis itu dan membuat keputusan untuk membiarkan sahaja. Tetapi oleh kerana saya seorang yang mudah berasa was was dan merasa gelisah, beberapa persoalan kerap berulang difikiran saya. Soalan tersebut adalah:

1. Adakah saya bermungkinan terpijak kencing najis kerana saya pijak rumput berdekatan najis tersebut. 

2. Pada waktu itu, terdapat banyak lalat berterbangan di atas najis tersebut. Saya tidak pasti jika apabila saya pijak berdekatan najis tersebut, lalat itu mungkin hinggap di atas kasut atau hujung seluar saya. Saya risau jika lalat itu terdapat najis anjing tersebut dan terkena pada saya. 

Oleh kerana perkara tersebut tidak jelas, saya cuba untuk tidak mengendahkannya. Akan tetapi saya tetap berasa gelisah dari semasa ke semasa. Oleh itu apa yang perlu saya lakukan? Adakah saya perlu melakukan proses sertu? Saya takut jika betul terdapat najis, kemudian najis itu berpindah2 kerana najis berat seperti najis anjing adalah sukar untuk disucikan terutama sekali kerana kesukaran untuk mencari tanah dirumah sewa saya.

message user image

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin menanyakan soalan bagaimana bagi mereka yang sentiasa berhadas untuk melakukan solat berjemaah dan solat jumaat yang mempunyai khutbah di masjid. Saya mempunyai kencing tidak lawas dan pendarahan buasir dan ingin melakukan solat jumaat, saya sentiasa membalut bahagian depan dan melapik bahagian belakang dengan tisu jika saya melakukan solat di rumah.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengekalkan wudhuk saya pada solat jumaat di masjid yang mempunyai khutbah:

1. Adakah saya perlu mengambil wudhuk terlebih dahulu dan duduk mendengar khutbah sehingga melakukan solat;

2. Adakah saya perlu mendengar khutbah terlebih dahulu dan mengambil wudhuk ketika separuh dari khutbah sebelum bermulanya solat;

3. Adakah saya perlu duduk mendengar khutbah sehingga habis dan mengambil wudhuk ketika orang ramai sedang melakukan solat dan masuk solat lambat dari imam dan makmum yang lain.

4. Atau cara lain yang lebih baik untuk mengekalkan wudhuk saya.

Saya sudah cari di mana-mana sumber yang ada mengenai masalah saya dan tidak dapat jawapan spesifik untuk menyelesaikan dan menjawab masalah saya.

message user image

Assalamualaikum ustaz. Saya merupakan penghantar makanan dan terlibat dalam penghantaran makanan non halal. Jadi ustaz, beberapa bulan/tahun lepas saya pernah menghantar makanan non halal kepada pelanggan dan makanan tersebut bukanlah babi tetapi shark fin soup. Sewaktu penghantaran dan menyerahkan makanan tersebut kepada pelanggan, saya dapati terdapat bau makanan tersebut di jari saya. Tetapi, saya memegang bungkusan plastik diluar sahaja dan seingat saya, tangan saya dalam keadaan kering ketika menyentuh plastik tersebut. Cuma saya ragu ragu adakah saya tersentuh sisa sup/makanan di luar plastik tanpa saya perasan atau itu hanyalah bau makanan yang melekat di plastik bungkusan sahaja. Saya tidak dapat memastikannya kerana kejadian ini telah lama berlaku. Persoalan saya ustaz, adakah saya perlu menyertu tangan saya? Dan jika perlu, bagaimana dengan barangan barangan yang saya sentuh selama ini. Adakah perlu disertu juga? Mohon pencerahan ustaz. 

message user image

Assalammualaikum.

 

Saya ingin bertanya, apa hukumnya jika anak lelaki saya yang berusia setahun lebih telah membuang air besar pada pampers dan pampers berkenaan telah bocor lalu terkena kepada carseat yang anak saya duduk. Najis berkenaan telah terkena pada tali pinggang keselamatan yang diletakkan sekali pada carseat tersebut.

Selepas menyedari, saya terus membuang najis tersebut dengan menggunakan wet tissue (yang tidak mengandungi bahan lain kecuali air) sehingga diyakini bersih. Adakah ianya dikira suci atau tidak?

 

Bagaimana pulak jika saya membersihkan air kencing yang terkena carseat tersebut yang susah untuk dibersihkan dengan menggunakan wet tissue tersebut sehingga diyakini bersih? 
 

Mohon pencerahan bagi kedua situasi ini. Terima kasih.

message user image

Topik : Najis pada pantyliner yang tidak kelihatan
 

Saya memakai pantyliner kerana mengalami masalah istihadah/keputihan. Justeru sebelum solat, saya akan membersihkan kemaluan dan berwudhu.
 

Kadangkala saya tidak menukar pantyliner yang baru kerana tidak kotor (pada pandangan mata). Namun saya risau sekiranya najis pada kemaluan bersentuh dengan pantyliner tetapi tidak kelihatan dengan mata kasar. Wajibkah saya menukar pantyliner kerana kemungkinan najis/keputihan yang melekat pada kemaluan bersentuh dengan pantyliner tersebut?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.

Saya mahu bertanya. Kedudukan isteri ketika solat berjemaah bersama suami. Saya ada sediakan bilik khas untuk solat. Namun biliknya kecil. Saya ada terbaca kedudukan isteri ketika solat adalah di belakang suami. Saya juga ada terbaca jika tempat itu sempit, maka dibolehkan.

Soalan saya, adakah saya masih boleh mengunakan bilik khas itu? Atau saya perlu solat di tempat lain yang luas sedikit ( ruang tamu ). Dan jika masih boleh gunakan bilik sempit itu, dimanakah kedudukan isteri yang seeloknya? Kanan atau kiri imam.

Terima kasih. Assalamualaikum.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada soalan untuk diajukan:

1) Bagi sesiapa yang tinggi syahwatnya, tak kira di mana dia berada, dan pada bila bila masa sahaja, sekejap ataupun lama. Menjadi kesukaran baginya sekiranya ada  merasakan sama ada air mazi yang keluar ataupun tidak. Kadang2 perkara begini menyebabkab dia was was tentang keluarnya air mazi. So apakah cara terbaik untuk memastikan air mazi keluar ataupun tidak? Cukup sekadar memeriksa seluar dalam samaada,  ada kesan air mazi padanya ataupun tidak. Bagaimana kalau air mazi telahpun kering dan tiada kesan?

 

2) Bagi mereka yang gemarkan mendaki atau berkhemah di dalam hutan. Dan pada masa yg sama ketiadaan air. Air hanya cukup untuk minum dan berwudhu. Cukupkah sekadar beristinjak menggunakan tisu yang kering selepas membuang air kecil & besar. Dan kemudian berwudhu menggunakan air yg sedikit untuk solat. Adakah ada cara yg lain? Adakah sah solat?

 

3) Selepas subuh, Saya nak ke tempat kerja. Kemudian saya dapati dekat seat motor saya ada bulu bulu kucing dan beberapa tompokkan kecil kebasahan di sekitar atas seat motor. Di area rumah bnyk kucing kucing. Saya tak berapa pasti yang kebasahan tu berpunca dari apa. Yg saya pasti ptg semalam ada hujan. Saya parking motor di tempat yg berbumbung. Dan kemudian saya terus duduk di atas seat motor dan teruskan perjalan ke tempat kerja.

  1. Adakah seat motor saya dikira dlm keadaan bernajis?
  2. Bagaimana pada seluar saya yg duduk atas seat motor tersebut?
  3. Kalau ia najis, adakah dia akan berpindah ke merata tempat yg saya duduk.

 

Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum.

Saya ada sedikit kemusykilan berkaitan istinjak-

Selepas selesai membuang air besar ataupun air kecil. Secara umumnya, kita akan menggunakan air paip (air mutlak) untuk menyucikan anggota bernajis seperti qubul dan dubur. 

  1. Adakah air basuhan yg digunakan utk bersuci bernajis? walaupun selepas basuhan basuhan pertama atau seterusnya.
  2. Adakah percikan air basuhan najis yg terkena pada anggota badan yg lain atau pakaian dikira menajiskan kwsn tersebut walaupun tidak terlihat oleh mata atau kesukaran membasuhnya. 
  3. Bagaimana kalau air basuhan terkena pd anggota bdn hanya cuma dpt dirasai tapi tidak terlihat oleh mata. Dan kadang2 terlihat dgn mata tetapi tidak pasti kawasan mana yg terkena percikan air basuhan dlm erti kata lain mungkin di kawasan yg sukar utk dibasuh. Dalam situasi begini apa yang harus kita lakukan?
  4. Soalan terakhir ketika menyucikan, air basuhan jatuh ke dalam mangkuk jamban kemudian terpercik ke anggota bdn atau pakaian yg tidak pasti sama terkena anggota bdn/ pakaian yg mana, ataupun hanya dirasai tetapi tidak pasti di mana. Adakah perlu kita abaikan sbb tak pasti?

 

Terima kasih. Hanya nak dapat jawapan daripada persoalan yang seringkali tertanya setiap kali berlaku.

message user image

Assalamualaikum wbt Mufti, 

Lengan saya melecur dan Dr menyuruh utk memakai balutan yg mempunyai krim. Apabila balik ke rumah dan solat, saya berwudhu di anggota badan yg lain seperti biasa dan sekadar membasahkan telapak tangan saya dan melalukan tangan saya ke balutan luka tersebut. Saya tidak membuka balutan kerana ingin ubat menyerap seketika ke dalam luka. Beberapa ketika pula, saya dan suami bersama lalu saya mandi wajib. Ketika mandi wajib, saya telah membuka balutan luka tersebut dengan niat untuk melalukan air ke atas bahagian lecur tersebut. Namun, saya dapati bahawa bahagian lecur tersebut agak berminyak disebabkan krim ubat tersebut. Saya mencuba sedaya upaya untuk melalukan air bersabun ke atas lecur tersebut untuk menghilangkan kesan minyak itu, namun masih terdapat sedikit kesan berminyak (perlu dimaklum, kesan minyak tersebut perlu digosok agak kuat untuk betul-betul hilang). Soalan saya:

1) Adakah saya perlu mengganti solat (yang dilakukan sebelum berhadas besar) di mana saya tidak berwudhu sebelum memasang balutan, dan dalam keadaan ubat/krim perlu diletakkan di kesan lecur buat masa yang agak lama untuk memastikan luka tidak pecah/menjadi lepuh
2) Adakah saya perlu mandi wajib semula dan mengganti semua solat selepas mandi wajib itu jika bahagian lecur berminyak dan tidak telap air, walaupun saya sudah membuka balutan dan berusaha membersihkan kesan minyak tersebut
3) Perlukah saya melakukan tayamum, sedangkan bahagian tayamum (lengan yang melecur) tidak boleh terkena debu tanah atau berisiko mendapat infeksi jika terkena debu tanah

Sekian sahaja soalan2 saya. Terima kasih Mufti, harap dapat menjawab persoalan saya kerana saya runsing akan solat2 yang perlu diganti. 

message user image

Assalamualaikum Ustaz. Saya ada satu kemushkilan tentang berkhatan. 

Sekarang umur saya dah 41 tahun dan saya dah berkhatan pada umur saya 8 tahun lagi. Maaf Ustaz,  kemushkilannya apabila usia saya semakin meningkat dewasa saiz badan saya bertambah kepala zakar saya tertarik kedalam dan kepala zakar tertutup dengan kulup. Memang nampak seperti orang yang tak pernah berkhatan. Jadi soalannya

" Perlukan saya buat khatan sekali lagi ada usia 41 tahun ni dan adakah sah solat saya jika saya tak berkhatan kali kedua? " 

Maaf Ustaz, harap Ustaz boleh memberi jawapan kepada saya segera sebab sejak umur saya cecah 14 tahun lagi hingga sekarang kepala zakar saya tertarik kedalam ditutupi terus oleh kulup. Saya sgt risau solat Dan umrah serta segala ibadat saya  lakukan dari umur 14 tahun sehingga sekarang tak sah. Mohon pertolongan Ustaz. Terima kasih .

message user image

Assalamua'laikum Tuan/Puan, 

Saya mengalami masalah was-was semasa mengangkat takbir dan berniat sebelum memulakan solat. Apa yang saya faham, niat solat perlu dihadirkan di dalam hati ketika mengangkat takbiratul ihram.

Akan tetapi, tiap kali saya mahu mengangkat takbir, saya akan teragak-agak dan mengambil masa yang agak lama kerana saya was-was dan tidak yakin samada niat saya di dalam hati telah sempurna atau tidak. Selalu nya saya akan mengambil masa 3-4 minit utk betul-betul yakin bahawa niat saya sudah sempurna. Penyakit obsessive compulsive disorder (OCD) yang saya alami pun memang akan memburukkan lagi keadaan, walaupun menurut pembacaan saya, ia adalah dalam keadaan terkawal (mild). 

Untuk mengelakkan masalah ini, saya telah cuba untuk memendekkan niat seperti berikut, contoh: 'Aku solat fardhu Zuhur', tapi masalahnya saya masih lagi terganggu semasa mahu melintaskan niat di dalam hati sewaktu mangangkat takbir. Bayangkan jika niat solat itu adalah untuk Jamak dan Qasar. Lagi lama saya akan ambil masa untuk meyakinkan hati bahawa niat itu sudah sempurna. Berkali-kalilah saya akan angkat takbir sampai saya rasa niat itu sudah sempurna atau betul. 

Saya selalu amalkan surah An-Nas dan beristighfar sebelum mengangkat takbir, tapi masalah ini sering berlaku. Ia membuatkan saya selalu resah dan berdebar-debar untuk memulakan solat, di mana saya tahu yang saya akan menghabiskan masa 3-4 minit untuk hanya menyempurnakan takbir dan niat. Kadang-kadang, masalah ini membuatkan saya menjadi malas atau berat untuk solat. Sebenarnya, sewaktu muda dahulu, saya telah meninggalkan solat dalam waktu yang agak lama, semata-mata kerana saya bingung dan kecewa dengan masalah was-was / khuatir yang saya alami ini.

Selain daripada mengalami masalah untuk berniat ketika solat, saya juga akan was-was dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakan wuduk, mandi hadas dan sertu, was-was jika air tidak mengalir ke tempat-tempat yang sepatutnya.

Segala nasihat dan pertolongan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Saya tidak mahu lagi meninggalkan solat kerana rasa was-was yang saya alami. Saya yakin mesti ada cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. 

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya berkaitan hukum puasa, adakah batal jika saya memasukkan jari ke dalam lubang najis anak OKU dengan niat untuk mengeluarkan najis yang tersekat. Anak OKU saya berumur 17 tahun (perempuan) tiada lubang najis sewaktu lahir dan telah menjalani pembedahan membuat lubang najis. Kadang kala dia mengalami kesukaran untuk meneran najisnya keluar dan saya akan bertindak seperti yang dimaklumkan di atas untuk memudahkan najisnya keluar. Apakah batal puasa ganti saya atas tindakan tersebut. Mohon pencerahan dan terima kasih.

message user image

Salam. 

Saya ingin bertanya mengenai cara beristinja yang betul selepas membuang air kecil untuk lelaki. Setelah berdeham 3 kali, bagaimana harus kita mencuci kemaluan - adakah cukup dengan menjirus air pada kemaluan beberapa kali? Perlukah saya basuh dibahagian bawah kemaluan, testis dan juga kawasan yang menghampiri dubur kerana khuatir (was-was) mengenai air kencing yang sampai ke bahagian tersebut? Adakah dengan menjirus air dikemaluan sudah cukup untuk membersihkan air kencing tadi? Keadaan ini membuatkan saya was-was dan lama di tandas kerana mencuci sampai bahagian bawah kemaluan, testis dan juga kawasan menghampiri dubur kerana hendak betul2 pasti tetapi ia sangat menyusahkan dan membuat saya lama ditandas. 

Terima kasih. 

message user image

Assalam Uztaz,

Saya baru sahaja refinance rumah dah mendapat sejumlah wang 'cash out' hasil daripada proses tersebut.

Adakah wang tersebut perlu di bayar zakat?

Mohon pencerahan.

 

Terima kasih,

Farizal.

message user image

Assalamualaikum, saya ada kemusykilan tentang jari yang dicelup dakwat semasa mengundi tempoh hari. Ini kali pertama saya mengundi. Jadi saya tertanya-tanya adakah sah solat saya dan mandi wajib saya selagi ada warna dakwat tersebut di jari saya kerana saya rasa, selepas beberapa hari baru dakwat tersebut menggelupas. Adakah dakwat ini serap air? Terima kasih ustaz. 

message user image

Adakah seseorang yang tidak menutup aurat dengan sempurna boleh mengamalkan rukhsah solat (jamak dan qasar) ketika bermusafir ke tempat yang baik dan dengan tujuan yang baik, seperti melancong atau menziarahi keluarga? Adakah perbuatan tidak menutup aurat itu menjadi suatu maksiat yang menggugurkan keharusan rukhsah solat itu kepada seseorang?

message user image

Assalamualaikum. Seperti mana yang kita maklum negara kita baru sahaja mengalami fenomena gerhana bulan & kita disunatkan untuk solat sunat gerhana. Soalan saya bilakah bermula waktu kita dibolehkan untuk solat gerhana bulan memandangkan ada beberapa fasa ketika gerhana tersebut berlaku. Adakah sah solat gerhana bulan jika dilakukan ketika bermula fasa gerhana separa (5.08 petang) atau bermula fasa gerhana penuh (6.16 petang) atau hanya boleh dilakukan selepas kemuncak gerhana (6.59 petang). Terima kasih atas jawapan.

message user image

Assalamualaikum.

Saya ada sedikit kemusykilan:

Sewaktu selesai membuang air kecil selalunya saya akan pastikan air kencing betul betul habis keluar. Kemudian lakukan kemutan bbrp kali utk keluarkan sisa air kencing dan kemudian berdehem. Setelah itu, saya akan membasuh mengunakan air paip sehingga bersih iaitu lebih dari tiga kali. Setelah selesai memakai seluar dan keluar dari tandas. Terdapat sedikit keraguan di situ, di mana seluar dalam dan kemaluan pada masa tu berada dalam keadaan basah dan ia menimbulkan keraguan sama ada kebasahan itu adakah dari air basuhan tadi ataupun ada air kencing yg terkeluar. Kadang2 kemaluan yg basah bergeser dgn seluar dalam  dan terasa mcm air kencing yg keluar. Apabila check pada seluar dalam mmg dlm keadaan basah tak dpt dipastikan air ape. Perkara ini kadang kadang selalu terjadi. Apa yg patut sy lalukan? Kdg2 sy hanya abaikan tp risau jg dgn ibadah saya.
 

Terima Kasih 

message user image

Salam tuan mufti.

Saya hendak bertanya isu najis. Jika seorang itu melakukan onani dan keluar air mazi & mani. Kemudian dia mandi. Selepas mandi dan memakai seluar dalam, dia terasa seperti ada cecair keluar dari kemaluan, akan tetapi tidak pasti kerana seluar dalam sememangnya sudah basah daripada air selepas mandi. Oleh itu adakah dikira najis? Bagaimana jika saya baring di katil dan tidak pasti jika seluar tadi akan memindahkan najis dalam keadaan basah? 

message user image

Assalamualaikum. Kejadian ini berlaku beberapa bulan yang lalu. Ketika saya sedang berteduh daripada hujan lebat, ada anjing tiba-tiba datang berteduh berhampiran (tidak terlalu dekat dengan saya) dan mengibaskan badannya. Waktu itu kebetulan ada angin kuat. Saya terasa seperti kena percikan tapi tak pasti percikan air hujan dari angin kuat atau dari anjing itu. Saya bergerak menjauhi anjing tersebut dan setelah beberapa minit baru tengok keadaan baju. Tapi tiada apa-apa kesan percikan / basah dan tiada bau pelik. Jadi saya anggap baju ini tidak bernajis dan basuh seperti biasa dalam mesin basuh bersama baju yang lain. Soalan saya, adakah percikan air dari anjing dikira najis? Betulkah tindakan saya membasuh baju tersebut seperti biasa sebab tiada bau dan saya tak nampak ada kesan basah selepas itu? Mohon pencerahan.

message user image

Salam saya nak tanya tentang konsep solat jamak dan qasar..  Saya seorang pelajar dan rumah saya jauh drpd ipt saya jadi soalannya kalau saya keluar dari bilik nak menuju ke destinasi saya dah boleh kan tunai solat jamak dan qasar walaupun perjalanan saya tu hanya utk beberapa jam atau sehari sahaja. Atau hukum dia mcm mana sbb sy ada keraguan tentang persoalan ini. Terima kasih.  

message user image

Assalammualaikum,

Pada 5 tahun yang lalu, adik saya ada tetkencing malam di atas karpet. Pada ketika itu saya hanya membersihkan menggunakan kain lap sahaja dan mop sahaja. Saya juga tidak pasti sama ada air kencing tembus sehingga ke lantai ataupun tidak. Tapi baru saya tahu cara saya menyucikan itu tidak betul. Sekarang ni saya sudah lupa karpet mana yang dipakai dan bagaimana pula status kebersihan rumah saya? Apa patut saya buat? 
 

Terima kasih.
 

message user image

Saya telah di bedah di bahagian telinga pada bulan lepas sebabkan penyakit cholesteatoma,masalah saya sekarang,bagaimana saya hendak mandi wajib,telinga bahagian dalam masih belum sembuh sepenuhnya dan doktor beritahu jangan kena air sehingga appointment seterusnya kerana doktor khuatiri luka dalam akan terkena jangkitan kuman.selama lepas pembedahan tersebut saya hanya mandi dengan cara basahkan dulu rambut bahagian sebelah yang tidak dalam kawasan luka baru saya mandi basahkan badan dan bersihkan badan.saya tersangat buntu akan hal ni.tolong la saya beri jawapan.saya sekarang tengah dalam keadaan uzur (datang bulan) selepas ni saya tidak tahu bagaimana nak mandi wajib

message user image

Assalamualaikum,

Sy mmpunyai anak yg  Masih pakai pampers (3thn lelaki).selepas turun Dari kereta (ank duduk sendirian Di seat kereta) Dan bermain Di Ruang tamu lbh kurang 5-10 mnt.sy perhatikan seluarnya basah kemungkinan pampers bocor semasa mahu dibawa mandi Dan sy yakin itu adalah air kencing kerana bau hancing apabila hidu seluarnya tetapi diruang tamu atau lantai langsung tiada bau,warna Dan Rasa.

Sy telah mengalirkan air Di lantai ruang tamu tetapi bagaimana dengan seat kereta.sy mmg tidak tahu bocor samada semasa bermain dalam rumah selepas turun Dari kereta atau dalam kereta lagi sudah bocor .

Was was dtg mengatakan air kencing terkena seat kereta.sebelum ini sy pernah mengalami (keadaan tidak pasti juga air kencing terkena atau tidak Di seat kereta) tetapi sy mengambil pendekatan mengalirkan air diseat kereta Dan kesannya kereta berbau kepam Dan memerlukan full cleaning service Dari luar.

Apa yg sy harus lakukan terhadap seat kereta itu padahal realitinya sy sendiri tidak tahu bocor samada dlm kereta atau dalam rumah.sy sehingga menangis takutkan solat sy tidak diterima apabila pakaian duduk dlm kereta Dan dibawa solat 

 

Sekian terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum, 

Soalan saya berkenaan solat jamak qasar. 

 

Situasi saya adalah, saya telah bermastautin di Miri Sarawak, dan kini akan menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Kuantan Pahang. Tetapi pada tahun pertama pengajian saya, saya ditempatkan di Alor Setar Kedah. Rumah ibubapa saya adalah di Cyberjaya Selangor. Suami saya masih di Miri Sarawak.

 

- saya akan kembali ke Cyberjaya Selangor daripada Miri Sarawak pada 19 December 2022 Isnin. 

- saya akan ke Alor Setar Kedah untuk urusan sewa rumah pada 23 December 2022 Jumaat.

- tetapi saya perlu kembali ke Cyberjaya Selangor pada 26 December 2022 Isnin untuk urusan kereta.

- pada 29 December 2022 pula, saya perlu ke UIA Kuantan Pahang, daripada Cyberjaya Selangor untuk pendaftaran universiti.

- dan saya akan pulang ke Cyberjaya Selangor pada 2 Januari 2023 Isnin

- dan akhirnya pada 3 Januari 2023 Selasa, akan pergi ke Alor Setar Kedah untuk pengajian saya di sana selama setahun

 

Soalan saya adalah

1) Adakah saya boleh solat jamak di rumah keluarga Cyberjaya Selangor 19 December - 23 December?

- Kerana saya keliru apakah maksud bermukim, menempat di sesuatu tempat melebihi 3 hari tidak termasuk hari perjalanan pergi dan pulang. Mengikut kefahaman saya dari keterangan ini adalah saya masih boleh jamak kerana belum cukup hari untuk dikira bermukim. 19 December hari perjalanan pergi, 20-22 sebanyak 3 hari, dan 23 December hari perjalanan pulang. Adakah benar?

 

2) Adakah rumah keluarga (ibubapa) dikira sebagai tempat tinggal? Walaupun saya tidak tinggal di ruman ini sepenuhnya. Dan sekiranya saya pergi ke rumah keluarga ini, adakah saya tidak boleh jamak? 

 

3) Setibanya saya di Alor Setar Kedah pada 23 December hingga 26 December untuk urusan sewa rumah, adakah saya masih boleh jamak kerana saya masih berurusan dan masih dalam musafir? Atau saya sudah dikira bermastautin kerana sudah ada niat untuk menetap di Alor Setar Kedah?

 

Sekian soalan saya.

 

Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk menjawab persoalan saya.

Assalamualaikum.

message user image

Assalamualaikum ustaz dan ustazah.

 

Saya ingin bertanya bagaimana hubungan saya dengan bapa tiri suami yang telah pun bercerai dengan ibu mentua saya.Sekiranya bapa tiri saya tinggal bersama di rumah saya.bagaimana aurat saya dengan bapa tiri suami.mohon pencerahan.terima kasih

message user image

Ada kah Solat jika kain kita guna untuk Solat ada lah bekas Air Mazi yang sudah kering

message user image

Assalamu'alaikum. Saya ingin bertanya mengenai hukum tajwid di dalam dua kalimah syahadah. Soalan saya:

1. Saya ada membaca bahawa wajib untuk melafazkan kalimah syahadah dengan bertajwid. Tapi ada pula ustaz kata zikir tak perlu bertajwid. Soalan saya, adakah 2 kalimah syahadah wajib dibaca bertajwid?

 

2. Jika dibaca tidak bertajwid, adakah kalimah syahadah kita sah? 

 

3. Saya ada melihat satu video tentang cara bacaan syahadah di dalam youtube. Di tempat wajibal ghunnah dalam sebutan 'anna' dan 'muhammad' perlu dibaca sepanjang 4 harakat (2 harakat untuk wajibal ghunnah dan 2 harakat lagi untuk bunyi asalnya. Tetapi, yang saya baca, wajibal ghunnah dibaca 2 harakat sahaja. Persoalan saya, adakah huruf nun dan mim dalam perkataan 'anna' dan 'muhammad' dalam 2 kalimah syahadah perlu dibaca 2 atau 4 harakat?

Ini merupakan pautan video bacaan 4 harakat tersebut: 

https://youtu.be/S4ymegy8JFA

 

message user image

1.Bagaimanakah cara mufarraqah ketika solat ?

2.Apa yang perlu dibuat jika imam solat jumaat salah tajwid alfatihah atau lain² kesalahan ketika solat jumaat?

message user image

Apakah bacaan wirid yang dibaca oleh Rasulullah selepas solat ? 

message user image

Berkenaan dengan SERTU, adakah non-muslim atau orang bukan Islam boleh melakukan SERTU? 

Dan adakah proses itu sah sekiranya dilakukan mengikut panduan sertu yg betul.

message user image

Assalamualaikum

Saya ada berniat Nazar utk memberikan sejumlah wang kepada masjid dikampung saya sekiranya hajat saya tercapai... Alhamdulillah hajat itu akhirnya tercapai...persoalannya bolehkan saya membayar secara sedikit demi sedikit dengan mengisi tabung sehingga mencapai jumlah yg saya nazarkan

 

Sekian terima kasih

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan saya ucapkan jutaan terima kasih

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan Tuan/Puan

 

 

message user image

Assalamu'alaikum. Saya ingin bertanya mengenai sertu. 

 

Sebulan yang lalu, saya terpijak satu kesan tapak kaki. Masa itu tapak kasut saya berlumpur disebabkan baru lepas hiking. Saya cuba cari dalam internet contoh tapak kaki anjing dan bekas tapak kaki yang saya tengok itu menyerupai contoh gambar tersebut dan menyebabkan saya agak yakin yang ianya datang daripada anjing.

Persoalan saya: 

1. Adakah saya perlu sertu tapak kasut saya?

2. Saya tidak perasan sama ada hanya tapak kasut sahaja ataupun ada bahagian atas pada kasut itu terkena juga kesan tapak kaki itu (disebabkan oleh semasa saya pakai, bahagian kain kasut itu sedikit senget ke bawah ke tanah). Adakah saya perlu sertu?

3. Saya telah menyentuh tapak kasut saya tersebut untuk diletakkan di dalam plastik, bersama dengan kasut yang lain. Sekiranya saya perlu sertu, bagaimana pula dengan kasut dan tangan saya? Kasut2 tersebut masih lagi berada di dalam plastik tersebut. 

4. Sekiranya saya perlu sertu,  bagaimana caranya? Saya risau sekiranya saya menyentuh kasut tersebut, tangan saya dan tempat basuhan pula perlu disertu. 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum...saya ada beberapa soalan yang saya agak malu nak tanya...macam ni bulan lepas saya ada datang bulan Dan kebetulan semasa tempoh datang bulan tersebut ada pilihan raya Dan saya merupakan salah seorang pengundi yang layak untuk mengundi buat Kali pertama...beberapa hari selepas selesai mengundi haid saya sudah berhenti dan boleh mandi wajib tetapi pada masa itu saya berasa ragu-ragu untuk mandi wajib disebabkan oleh dakwat undi yang ada pada jari saya yang saya fikir mungkin akan menyebabkan mandi wajib saya tak sah...jadi saya pun tunda niat saya untuk mandi wajib....tunda punya tunda sampai la semalam saya nak mandi wajib sebab saya rasa dah terlalu lama saya tunda tapi malangnya haid saya sudah datang lagi....Jadi soalan saya :

1. Adakah saya perlu mandi wajib 2 Kali untuk menggantikan mandi wajib yang saya tertinggal sebelum ini?

2. Sekiranya saya perlu mandi wajib 2 Kali, adakah niat mandi wajib juga perlu dibaca 2 Kali atau hanya perlu baca niat sekali sahaja seperti mandi wajib yang biasa?

Sekian terima kasih..

 

 

message user image

Assalamualaikum, maaf saya ingin bertanya,apakah hukum sekiranya seseorang itu menggunting bulu atau rambut secara tidak sengaja ketika sedang berihram?

Terima kasih atas kerjasama dan penjelasannya ya.

message user image

AsSalam,Tuan nak tanya mengenai air mani suami masuk dalam faraj isteri tanpa persetubuhan,kena mandi wajib ke?

message user image

Assalamualaikum ustaz. 

Situasi, Saya akan bermusafir ke jepun atas urusan kerja. Hari bertolak adalah pada hari ahad malam dlm jam 10pm dan tiba di jepun selepas 6 ke 7 jam perjalanan. Sy akan berada di sana bermula isnin hingga jumaat. Jumaat pagi dalam jam 10am sy akan bergerak balik ke Malaysia dan sampai dalam jam 6 pm.

Soalan sy, bolehkah sy melakukan Solat jama dan qasar sepanjang tempoh musafir saya.

Terima kasih

message user image

Macam mana untuk menguruskan jenazah Janin yg baru meninggal...umur 2 bulan ?

message user image

Assalamualaikum,

Pada zaman ini, perhiasan merupakan sesuatu yang tidak asing lagi bagi golongan wanita. Namun, ada satu persoalan yang timbul berkenaan dengan kuku palsu dan juga pengilat kuku (nail qutex). Ada golongan yang mengatakan bahawa pemakaian kuku palsu yang berwarna dan juga bercorak adalah diharuskan kerana ianya tidak kekal. Dan ada juga yang mengatakan bahawa pemakaian pengilat kuku (nail qutex) adalah harus ketika tempoh haid kerana pada ketika itu mereka tidak mengangkat hadas. Jadi apakah hukum pemakaian perhiasan tersebut kepada wanita bagi kedua-dua keadaan ini?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Tuan, 

Saya mempunyai 1 kemushkilan yang harus saya dapatkan kepastian berkenaan waktu solat di tempat saya. 

Tempat tinggal saya adalah dalam daerah Kapar, Selangor iaitu betul - betul sempadan antara Klang dan Jeram. Saya ingin bertanya waktu solat zon mana yg harus saya ikut? kerana telefon saya mengesan lokasi sekarang di Jeram, Malaysia - Klang, SGR  tetapi jadual waktu solat yg Zon 2 : Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Waktu solat di telefon adalah waktu solat zon 3. Pada tahun 2022 saya telah mempamerkan jadual waktu solat zon 2 di surau tempat saya tinggal.

1) Adakah saya menanggung dosa mempamerkan waktu solat yang berbeza dari lokasi yang dibaca oleh telefon saya?

2) Apakah saya perlu menggunakan Jadual waktu solat Zon 3 atau Jadual waktu solat Zon 2 di tempat tinggal saya?

Mohon pencerahan kerana sy harus mempamerkan jadual waktu solat dia surau tempat sy bekerja pada tahun 2023 dan saya tidak mahu buat silap lagi. 

Sekian, terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum Tuan,

Apakah hukum membayar zakat secara atas talian menggunakan duit cryptocurrency, bitcoin, forex dan sebagainya.

Terima kasih.

message user image

Assalammualaikum ustazah, harap ustazah sudi menjawab kekeliruan sy dalam masalah haid. Sebelum ini sy menggunakan perancang keluarga implant dan hampir 1tahun setengah sy tak period. Dlm beberapa bulan selepasnya sy start period dan period sy dtg 2 kali dlm sebulan. Pada awalnya sy berpegang kpd hukum yg selepas hari ke 15 adalah darah kotor dan wajib solat tp baru2 nie sy ada ke klinik dan menyatakan masalah sy kpd seorg doktor perempuan dan beliau berpendapat ianya adalah masalah hormon dan darah yg keluar 2 kali sebulan itu adalah darah period dan tidak perlu solat semasa darah keluar. Ini menimbulkan kekeliruan dgn hukum yg saya ikuti sebelumnya. Sebelum memakai impalnt sy tidak mempunyai masalah period. Mohon pendapat ustazah berkenaan hal ini. Terima kasihh.

message user image

Assalamualaikum wbt. Saya ada soalan berkaitan zakat. Ayah saya telah membuka akaun bank simpanan untuk saya sejak kecil dan terkumpul duit simpanan di dalam akaun tersebut selama beberapa tahun. Jika kini saya semak semula dan dapati ianya telah melebihi kadar nisab adakah duit simpanan tersebut perlu dizakatkan?

message user image

Assalamualaikum saya ingin bertanya jika saya duduk di Sri iskandar perak kemudian saya pergi ke rawang Selangor untuk 1 Hari kerana ada hal dan saya melakukan solat jamak kemudian saya pergi ke lumut perak selama dua Hari satu malam sebelum balik ke Sri iskandar. Adakah boleh saya teruskan solat jamak pada waktu itu?

message user image

Assalamualaikum ustaz..saya ada soalan yg dh lama saya nak tanya...tapi tak tahu pada siapa..harap ustaz dapat membantu..saya nk bertanya tentang qada puasa..semasa zaman persekolahan saya culas dalam berpuasa..sekarang saya ingin menggantikan puasa tersebut...soalan saya.

1. Sy tk ingat jumlah hari yg saya perlu qada.mcm mana kaedah yg sy perlu gunakan.

2. Fidyah akan berganda setiap tahun..tapi saya xmampu membayar kerana ia sudah terlalu lama..bagaimana caranya ustaz..

3. Jika saya ada sakit dan tk sempat menghabiskan puasa atau xmampu lg qada puasa sbb perlu makan ubat..apa yg perlu sy buat ustaz..

Saya pernah menzalimi org...dan sy xdapat lg berjumpa dgn beliau..adakah Allah akan menolak taubat saya..

 

Jasa baik.ustaz saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih..mohon bantu saya ustaz

 

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah percikan air mutanajjis di lantai yang terkena pada anggota badan sewaktu mandi wajib akan mempengaruhi sah mandi wajib tersebut? Sewaktu melakukan mandi wajib saya dapati terdapat najis di lantai bilik air. Saya menggunakan shower untuk mandi wajib dan air digunakan adalah air mutlak, cuma air percikan dari lantai yang terkena najis itu merisaukan saya. Mohon penjelasan adakah sah mandi wajib saya mufti.

message user image

1. Hukum onani untuk check kesuburan di makmal

2. Solat jemaah bertiga(lelaki) tetapi tidak kebelakang imam, sorang di kanan dan sorang di kiri..adakah sah solat nya?

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum Ustaz

Soalan pasal Fidyah untuk arwah ibu. 

Ibu sakit beberapa tahun sebelum meninggal. Ibu meninggal umur 83. 

Saya ingin Membayar Fidyah semaksimum mungkin untuk arwah. Maka berapa hari dan berapa tahun agaknya saya perlu ambil kira untuk tijuana tersebut. Contoh separuh umurnya dan 30 hari setiap tahun ke bagaimana ye ? 

Terima Kasih.  

message user image

Assalamulaikum,

Soalan saya,Seseorang yang hendak pergi menunaikan Umrah yang di taja oleh saudara @ kenalan,tetapi dia tidak berkemampuan darisegi kewangan duit poket sendiri,dan dia meminta derma @ meminjam duit dari kenalan yg lain.Apakah hukumnya?

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai darah haid..saya datang darah haid bewarna koko dan merah dalam 2 ke 3 hari sahaja..selepas itu diikuti dengan warna kuning sehingga hari ke 15..saya baca bahawa warna kuning masih tidak boleh dibawa solat, jadi saya tidak solat sepanjang tempoh 15 hari..setelah itu saya solat seperti biasa..10 hari kemudian saya datang lagi darah haid bewarna koko..adakah itu dikira haid? Kerana tempoh selang antara haid tidak mencapai 15 hari lagi..tetapi kalau mengikit kalendar haid saya..tarikh tersebut memang seharusnya saya datang period cumanya apabila haid sebelumnya berpanjangan sehingga hari ke 15, jadi tempoh di antara 2 haid tidak sampai 15 hari..jadi bagaimana..adakah saya harus solat walaupon keluar koko? Selalunya setelah keluar koko..akan diikuti warna kuning sehingga berbelas2 hari..keputihan bewarna kuning boleh dikatakan hampir setiap hari keluar dlm sebulan..jadi saya keliru adakah hanya keputihan atau harus dikira darah haid kerana diandatang setelah darah koko turun..itu sahaja soalan saya, terima kasih:)

message user image

Assalamualaikum. Saya nak tanya berkenaan puasa. Baru-baru ini saya menggantikan puasa saya tahun lepas. Pada hari keempag saya dapati ada keluarnya setitis lendir berwarna merah jambu sebanyak 3 kali pada waktu yang berbeza iaitu waktu pagi dan tengah hari. Mengikut kitaran haid, pada hari kejadian, saya ada 2 hari lagi untuk datang haid. Dan saya pasti itu tanda untuk datang haid. Soalan saya adakah puasa itu terbatal ataupuh sah? 
 

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum. 

message user image

Assalamualaikum wbt.

Bolih kah seorang ibu mengeluarkan Zakat Emas yang cukup haul & nisabnye kepada anak beliau sendiri yang memerlukan kos rawatan sakit barah seperti perbelanjaan rawatan.

message user image

As salam.

Semoga pihak Tuan/ Puan dirahmati Allah s.w.t. sentiasa.

Saya pernah melihat video Youtube Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan bahawa lendir resdung yang keluar dari hidung adalah najis.

Adakah benar? Ini adalah kerana saya menghidap resdung dan kadang-kadang bersin di waktu pagi untuk menunaikan Solat Subuh dan menyebabkan lendir resdung ini keluar.

Adalah sukar bagi saya jika lendir resdung ini dikira sebagai najis jika bersin setiap kali ketika ingin menunaikan solat.

Semoga pertanyaan saya mendapat perhatian dan maklumbalas daripada pihak Tuan/ Puan.

Terima kasih.

Wassalam.

message user image

Assalamualaikum,nak tanya kalau mandi wajib ada kotoran sikit je di celah-celah kuku,sah tak mandi wajib kalau nak hilangkan tu susah.Dah sental tapi tak hilang jugak.Adakah sah mandi wajib?Satu lagi kalau kuku itu sendiri yang kotor bukan bawah kuku tapi kuku tu yang berwarna sebabkan main bola kat padang.Adakah sah mandi wajib kalau dibiarkan sahaja?Itu saja soalan saya,semoga dapat menjawab terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz. 1. Sebelum mandi wajib, saya dah potong kuku tangan dan kaki dgn pendek, perlukah saya mengorek kuku tangan dan kaki yang pendek itu supaya air kena di celah kuku yang pendek itu.  2. Perlukah buka mulut semasa Mandi wajib untuk cuci celah mulut atau cuci mulut dalam keadaan mulut tertutup.  3. Saya kerap mengalami keadaan ini, setiap Kali saya bangun tidur tanpa mengira waktu dan masa, ada sedikit basah pada seluar dalam, cecair itu sedikit seperti titisan air, ia bukan Mani tapi disebabkan perkara ini kerap berlaku, kadang kadang saya berasa was was. Saya nak sembuh daripada penyakit was was, apa yang perlu saya buat disebabkan perkara tersebut kerap berlaku pada saya sehingga saya rasa takut untuk tidur. Terima kasih atas pencerahan.

 

 

message user image

Adakah golongan sekular dan golongan fasik boleh menjadi imam solat fardhu jika ada imam yang lebih berkelayakan di suatu tempat tersebut contohnya masjid di sekolah atau masjid di asrama?

message user image

Apakah hukum melaksanakan solat tahiyyatul masjid di surau jumaat 

message user image

1. Assalamualaikum ustaz, saya ambil telur ayam dan najis pada telur ayam kering dan tangan saya pun kering. Selepas itu, saya basuh kulit telur ayam dan saya lap tgn guna baju saya. Adakah najis pada kulit telur itu telah berpindah ke baju saya. 2. Jika seseorang ada tanda2 keluar Mani dan basahan pada seluar bukan warna putih. Soalan saya, adakah air Mani memang berwarna putih atau jika ada tanda2 keluar Mani tapi basahan bukan berwarna putih, adakah basahan itu dikira Mani walaupun tidak berwarna putih. 3. Selepas mandi wajib, tiba tiba muncul was was yang mengatakan ada bahagian yang tidak rata, adakah kena mandi semula jika was was datang sedangkan dah lama dlm bilik air masa Mandi wajib. Terima kasih atas pencerahan.

 

message user image

Assalamualaikum tuan mufti,

Saya ada soalan tentang wudhu, saya mempunyai masalah selalu keluar air mazi tanpa dapat dikawal. Kebiasaannya saya akan meletakkan tisu pada seluar dalam dan menukarnya apabila ingin sembahyang. Masalah timbul apabila saya pergi ke negara barat terutamanya pada musim sejuk. Di sana tidak terdapat banyak masjid dan tandasnya pula kering tanpa air. Kadangkala saya akan berada di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai tandas awam. Kebiasaannya saya akan mengambil wudhu awal sebelum keluar rumah kerana kesukaran ini. Bolehkah saya bertaqlid dengan mazhab maliki tentang bab wudhu apabila saya berada di luar negara? Ianya dapat memudahkan saya kerana saya boleh mengambil wudhu sebelum masuknya waktu solat(sebelum keluar rumah) dan juga dapat jamak solat zohor dan asar menggunakan satu wudhu. 

message user image

As Salam wbt.

Pertanyaan saya berkenaan solat jumaat. Jika imam terlupa membaca satu ayat al fatihah atau tertinggal salah satu rukun solat ketika sedang solat dan setelah memberi salam makmum memberitahunya tentang perkara itu, apakah yang seterusnya patut dilakukan oleh imam tersebut? Mengulangi solat jumaat tersebut atau memulakan kembali sedari awal termasuk khutbah dibaca semula atau mendirikan semula solat tetapi solat zohor bukan solat jumaat.

Sekian terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. 

Saya sudah haid selama 40 hari (sedang mengambil pil hormon namun tiada tanda berhenti). Soalan saya;

  1. Jika haid saya tidak putus, adakah saya perlu anggap  selepas hari ke-15, semua darah yang keluar sehingga ia berhenti adalah istihadah (walaupun mungkin berlanjutan sehingga 30 hari) ?
  2. Atau, istihadah juga ada tempohnya (contoh 15 hari) dah darah kembali dianggap sebagai darah haid (kitaran haid kedua) ?

Hal ini kerana saya akan mengerjakan umrah dalam masa sebulan. Jadi saya harap dapat beribadat dalam keadaan yang dibenarkan apabila dapat memahami tempoh haid dan tempoh suci. 

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum ustaz. 1. Ketika saya bangun tidur, saya nampak ada tompokan di seluar dalam, tompokan itu tidak berwarna putih dan tidak berwarna. saya tak merasa apa2 kelazatan, hentakan dan tidak berbau seperti hanyir telur, lalau saya gesekkan cecair itu pada jari dan cecair itu bertukar jadi warna putih. Saya masih keliru, itu air apa sebenarnya. Perlukah saya mandi wajib.  2. Bila saya bangun tidur juga, kadang kadang ada satu kesan benda yang kering pada seluar dalam, kdg2 warna benda kering itu putih dan kdg2 berwarna macam kuning2 putih, saya hidu benda kering itu dan tidak ada bau hanyir telur dan saya juga tak merasakan kelazatan mahupun hentakan. Lalu saya kuping benda kering itu. Saya was was adakah benda kering itu ialah kering air Mani, madzi atau wadi.  3. Air wadi macam mana, adakah air wadi memang keluar bila seseorang angkat benda berat sahaja ataupun air wadi boleh saja keluar sekiranya seseorang letih tanpa angkat barang berat mcm berjalan, berlari, dan lain lain. Adakah air wadi boleh keluar sekiranya seseorang itu tidur walaupun tidak penat. Saya masih keliru dan was was tentang bab air ni. Terima kasih atas pencerahan.

message user image

Assalamualaikum Ustaz......Saya serta keluarga suka beriadah/bermusafir di luar kawasan yg jaraknya melebehi dari 2 marhalah iaitu +- 450km pergi/balik, kdg2 kami bermalam di sana (1 mlm shj) & kdg2 balik pada hari yg sama. Semasa dalam perjalanan/bermusafir & semasa ditmpt riadah kami akan lakukan solat jamak serta qasar. Biasanya kami akan bertolak/meninggalkan rumah utk menuju ketempat2 riadah pada setiap minggu & akan bertolak sekitar jam 4 @ 5am pada setiap pagi hari jumaat tetapi sebelum masuk waktu solat subuh (cuti kami hanya pada hari Jumaat & Sabtu shj). Biasanya setelah meninggalkan rumah kami akan singgah di mana2 masjid (di luar mukim kami) utk solat subuh berjemaah. Soalan saya, adakah saya WAJIB melakukan solat jumaat semasa dlm perjalanan @ semasa ketmpt2 riadah tersebut?. Saya difahamkan & juga dr ceramah di masjid2 & juga ceramah (jamak/Qasar) dlm you tube yg saya ikuti adalah TIDAK WAJIB, kalau sekiranya meninggalkan @ keluar dari rumah sebelum masuk waktu subuh, tetapi tidak pula dinyatakan kpd yg bermusafir iaitu keluar pada setiap pagi hari jumaat...Kalau dikira, saya sudah meninggalkan solat jumaat utk (aktiviti riadah/rehat minda) ini sudah melebehi dari 3 kali..Mohon Ustaz tolong beri penjelasan/pencerahan mengenai soalan saya ini, terima kasih...Wassalam

message user image

Asalamualaikum pihak mufti selangor.

Saya ada masalah yang telah lama membelenggu diri saya. Mohon pencerahan.

Sebelum ini anjing telah tidur dan duduk atas simen berbumbung (parking motor) rumah saya, tapi saya tak buat sertu atas kawasan tersebut. Setelah beberapa ketika baru saya melakukan sertu atas kawasan tersebut. Sebelum saya sertu kawasan tersebut,  setiap hari saya mengunakanya seperti keluar masuk rumah, keluar masuk kereta dan sebagainya.

Persoalan saya (sebelum melakukan sertu) adakah najis tersebut telah berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain mengikut tapak kasut saya? Jika ia, bagaimana pula dengan karpet didalam kereta saya? Anak2 berpijak dan telah berbaring diatas karpet tersebut. Bagaimana pula dengan pakaian yang digunakan?

Perkara2 berikut telah membuatkan saya berasa tidak tenang, adakah ibadah saya diterima sekiranya najis tersebut melekat pada saya sekeluarga.

Mohon semoga pihak mufti dapat rungkaikan permasalahan saya..aminn

Terima kasih.

message user image

Bulan syawal bermulanya musim haji.

Mutakhir ini, banyak pakej umrah lepas raya eidul fitri.  Adakah yg melakukan umrah sahaja waktu ini di kenakan dam? Arab saudi pun tak benarkan visa pelancong buat umrah waktu haji. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum ustaz, 

Saya bekerja di kedai menjual pakaian. Pada bulan puasa, ramai pelanggan yang datang ke kedai kami untuk membeli-belah. Setiap hari, majikan saya akan ada di kedai dan melayan pelanggan juga. Tapi saya ada kerisauan di mana majikan saya akan suruh saya melayan pelanggan walaupun waktu solat telah masuk dan sehingga kadang-kadang saya tertinggal solat ketika bulan puasa. Majikan saya lebih mementingkan jualannya sehingga melupakan tentang kewajipan seorang muslim/muslimah untuk menunaikan solat. Ada ketika tengah solat, dia akan memanggil nama saya untuk saya layan pelanggan dan membuatkan saya tidak khusyuk. Adakah majikan saya akan menanggung dosa saya yang tidak solat ketika waktu di bulan puasa. Apakah hukum kepada majikan yang tidak mementingkan solat tapi lebih mementingkan keuntungan di bulan puasa sehingga tidak pernah mengingatkan pekerjanya untuk solat ketika masuk waktu dalam waktu bekerja. Adakah gaji yang saya dapat mendapat berkat daripada Allah S.W.T kerana banyak kali saya tertinggal solat ketika bekerja di mana majikan lebih memilih keuntungan berbanding ibadah di bulan puasa. Untuk pengetahuan ustaz, majikan saya merupakan orang Islam juga sama seperti saya.

message user image

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin bertanyakan mengenai sah.

Pada tahun 2007 saya merasakan saya telah pun baligh asbab bermimpi hingga mengeluarkan air mani. 


Tetapi pada ketika itu saya merasakan ianya bukanlah air mani dan menangguhkan mandi wajib. Saya juga tidak mendapatkan pandangan ibu bapa ketika itu. 
 

Tibanya bulan ramadhan, saya menjalankan ibadah puasa seperti biasa.

Apakah status puasa pada ketika itu? Adakah sah puasa saya pada tahun tersebut?

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum Dato’. Mohon bertanya berkenaan solat jamak dan qasar.

 

Saya dan isteri merupakan pasangan PJJ Selangor dan Johor. Saya di Selangor dan anak, isteri di Johor. Saya telah membeli rumah di Selangor. Pada kebiasaanya saya akan balik ke Johor selepas 4hari bekerja di Selangor. Dan tinggal di Johor kurang dari 3hari.

 

Soalannya adakah boleh saya melakukan solat jamak dan qasar sepanjang saya di Johor?

 

Sebelum pertanyaan ini, sekiranya saya balik ke Johor saya melakukan solat jamak dan qasar. Jika tidak cukup syarat untuk melakukan jamak dan qasar ni, adakah saya perlu qada solat-solat saya sebelum ni?

 

Terima kasih Dato'.

message user image

Assalamualaikum. Saya nak tanya satu soapan, jika seseorang tu meninggal dunia dan belum membuat haji, wajib ke kita sebagai waris membuat badal haji untuk si mati sedangkan waris juga ada hutang dengan manusia.

Mohon pencerahan darj tuan, sekian.

message user image

Assalamualaikum.

Soalan saya berkaitan dengan akikah anak saya yang berumur 2 tahun stgh.

Saya baru kematian suami dan Arwah suami tidak sempat untuk melaksanakan akikah untuk anak saya. Datuk dan nenek (sebelah arwah suami) telah melaksanakan akikah untuk anak saya tanpa pengetahuan saya atau meminta izin saya. 

Dan hakikat sebenarnya saya masih mampu untuk laksanakan akikah anak saya. 

Soalan saya:

Adakah akikah itu sah? 

Bolehkah saya lakukan akikah yang lain untuk anak saya tersebut?

Terima kasih 

 

message user image

Assalamualaikum tuan 

Saya terkeluar air mazi dan terkena sedikit pada seluar dalam saya. Seluar dalam saya sedikit sejuk / lembab ( tidak ketara) kerana cuaca panas. Sekiranya saya hendak solat perlukah saya basuh seluruh seluar dalam ataupun hanya tempat jelas terkena sahaja.

 

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum, saya ada kemusykilan 

 

1. Kalau mandi wajib banyak kali disebabkan was was, adakah mandi wajib itu sah walaupun dilakukan banyak kali.

 

2. Kalau sebelum mandi wajib, tangan, muka dan anggota badan lain ada kesan Kotor atau ubat sapu, saya tak menanggalkan kesan Kotor/ubat sapu itu sebelum mandi wajib. Tetapi, saya menanggalkan kesan Kotor/ubat sapu semasa sedang mandi wajib. Adakah mandi wajib saya sah sbb saya menanggalkan kesan itu ketika sedang mandi wajib. Atau, memang wajib menanggalkan kesan kotor/ubat sapu sebelum mandi wajib, dan sekiranya menanggalkan kesan itu ketika sedang mandi wajib menjadikan mandi wajib tidak sah. Keadaan yang mana satukah yang sah, atau kedua dua keadaan menjadikan mandi wajib sah.

 

3. Saya mengalami was was yang serius, saya dah mandi wajib 4 kali dlm bulan ini disebabkan was was. Disebabkan saya selalu mengalami bebanan was was, saya sehingga mengatakan " lantaklah mandi wajib ini sah atau x" saya juga mengatakan, "kalau saya tiada air Mani, saya x perlu mandi wajib, dan saya juga tak akan kena was was setelah selesai mandi wajib", saya juga mengatakan " aku benci kahwin, sbb nanti akan kena was was setelah selesai mandi wajib juga". Saya takut kalau saya ucapkan kata kata yang lebih ekstrem. Adakah kata kata saya itu menjejaskan keimanan dan keislaman saya.

 

4. Saya was was, jadi saya sambung semula mandi wajib hanya pada bahagian yang saya rasa tak kena pada waktu Subuh, sebelum waktu Subuh itu, saya ada sapukan sedikit krim anti jerawat OXY 10 pada muka dan saya tidur, ketika waktu Subuh, saya pun sambung mandi wajib pada bahagian muka yg saya rasa x digosok. Selepas sehari, saya teringat, adakah sebelum saya sambung mandi wajib itu saya telah basuh muka untuk menanggalkan kesan ubat sapu, atau saya memang x basuh muka untuk tanggalkan kesan ubat sapu dan saya terus sambung mandi wajib, saya terus sambung mandi wajib dan gosokkan pada bahagian muka ketika sambung mandi wajib. Saya tak pasti keadaan mana satukah yg saya lakukan. Kalau sebelum sambung mandi wajib, saya tak bersihkan kesan ubat sapu tu, adakah sambung mandi wajib saya sah sebab saya gosokkan bahagian muka yg disapu ubat sapu ketika sedang sambung mandi wajib. Dalam rukun mandi wajib menyatakan menghilangkam terlebih dahulu kesan sebelum mandi wajib. Adakah itu sudah dikira menanggalkan sebarang kesan pada badan yang dinyatakan dalam rukun mandi wajib walaupun saya menanggalkan kesan ubat sapu itu ketika sedang sambung mandi wajib. Atau kesan ubat sapu itu x perlu ditanggakkan sbb dah meresap ke dalam kulit dan dah kering pada kulit. Jikalau pada hujung kemaluan ada kesan air kencing sbb air kencing keluar beberapa titik dan air kencing itu kering. Tetapi saya tak basuh hujung kemaluan sebelum mandi wajib, saya membasuh hujung kemaluan semasa sedang mandi wajib, adakah mandi wajib saya sah sbb saya tak menghilangkan kesan air kencing sebelum mandi wajib sepertimana yg dinyatakan dalam rukun mandi wajib perlu menghilangkan kesan atau najis sebelum mandi wajib walaupun kesan air kencing itu dah kering di hujung kemaluan. Keadaan mana satukah yang betul. Keadaan ini menyebabkan saya was was.

 

5. Saya ada kelemumur yg kadangkala tebal dan berkeping keping, saya juga ada eczema dan ada kulit kering yg terkuping pada jari kaki dan ada kuping kuping kecil. Adakah perkara tersebut menghalang air dari terkena kulit semasa Mandi wajib, dan adakah kudis atau kuping kecil halang air daripada terkena kulit, dan apakah teknik untuk mengetahui kalau satu satu benda itu tak halang air kena kulit.saya sering was was disebabkan masalah ini.

 

6. Berapakah tahap kepersisan dan tahap kepekaan yang perlu dititikberatkan semasa sdg mandi wajib supaya saya tak terkena was was ketika selesai mandi wajib. Saya dah runsing ttg mandi wajib sbb saya selalu was was.

 

7. Semasa Mandi wajib, macam mana nak tahu air dah rata ke seluruh bahagian badan. Saya mandi wajib lama sampai satu jam lebih, bila saya mandi wajib dlm tempoh yang lama takut air x rata ke seluruh badan, saya masih lagi terkena was was dan pembaziran air, bila saya mandi wajib dlm tempoh yang singkat, saya maish lagi terkena was was sbb mandi wajib dlm tempoh singkat mungkin menyebabkan ada bahagian badan yg masih tak rata dan tak digosok tapi tiada pembaziran air. Berapakah tempoh masa yang betul untuk mandi wajib dan macam mana nak tahu yg air dah rata dan digosok ke seluruh badan supaya tak terkena was was. Saya dah buntu dgn was was ini. Kalau mandi wajib saya tak sah, habis semua ibadah yg saya buat puluhan tahun x sah, puasa x sah, semua tak sah, mcm mana dgn puasa yg akan dtg x lama lagi, adakah puasa itu sah atau tak, saya mmg dah tahu nak buat apa supaya x alamai was was ini. Semakin byk saya belajar, semakin kuat was was itu. Saya sangat sangat perlukan bantuan, saya dah amalkan doa dan zikir, tapi was was itu masih kuat. Saya takut sbb was was yang saya alami ini dalam bab ibadah, kalau mandi wajib x sah, semua ibadah x sah. Saya takut kalau ibadah saya x diterima, seluruh kehidupan saya sia sia selama ini. Semoga saya sembuh daripada penyakit was was. 

 

8. Saya mandi wajib agak lama sehingga terlepas waktu solat Subuh. Adakah mandi wajib saya sah sbb saya tak sempat solat Subuh disebabkan mandi wajib yg agak lama.

message user image

Asalamualaikum pihak mufti,

Saya ada soalan.

Sebelum ini anjing ada duduk bawah veranda (tempat letak motor) berbumbung.. saya seperti nampak ada kesan (lembab) pada bekas tempat duduk anjing tersebut. Tapi dalam masa yang sama saya macam was-was adakah ianya lembab atau tidak. Apakah yang perlu saya buat? Saya dalam dilema.

Saya belum sertu kawasan tersebut, tetapi setiap hari saya guna kawasan tersebut. Adakah najis tersebut telah berpindah kemerata-rata tempat?

Mohon pencerahan dari pihak mufti.

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum , saya ada soalan, harap boleh bantu, dulu saya ni jahil, selalu tinggal solat, skrng dah insaf , dan saya dah anggarkan solat itu utk diqadakan

soalan saya

1.Bolehkah saya qada solat² tersebut dan hanya melakukan rukun² yg wajib sahaja, supaya saya boleh qada banyak solat² itu, sebab saya tinggal dah bertahun, dan saya hanya ada luangan masa pada waktu tengah malam sahaja sebab selalu balik lewat

2.jika saya dah habiskan qada semua anggaran solat itu, dan melakukan solat sunat, adakah solat sunat itu dikira solat qada ,jikalau anggaran yg tadi tidaklah mencukupi sebenarnya, mengikut yg telah ditinggalkan.

message user image

1) Assalamualaikum, saya ada masalah was2 yang teruk dan sering terjadi, punca was was saya datang daripada air: air Mani, madzi dan wadi. Kerap keluar cairan pada seluar dalam kdg2 berlendir dan kadang2 sudah kering. Saya dah mengenalpasti cairan itu dan tidak terdapat sebarang tanda air Mani, dan saya dah mengenalpasti yg kering itu juga dan masih bukan Mani, tapi selepas itu perasaan was2 dtg walaupun itu bukan Mani. Saya telah membuat ujian air kencing dan doktor mengesahkan keputusannya normal tiada apa2. Disebabkan was2 tu, saya jadi tak tenteram, jantung berdegup laju, makan tak berselera dan apa jua perkara menjadi tak senang. Sehingga saya jadi fobia apabila melihat air kerana saya akan teringat semula was2 itu. Mula2 was2 setelah mandi wajib, setelah beberapa hari, saya sembuh daripada was2 itu, selepas itu saya terkena was2 yg lain pula, dan selepas sembuh, saya terkena lagi was2 yg baru. Saya dah Cuba utk tidak menghiraukan was2, tapi ia dtg juga. Tapi saya bersyukur sbb was2 ini tak buat saya rasa malas nak beribadah. Saya banyak belajar tentang jenis2 air, Mani, madzi dan wadi dan cara elak was2 mandi wajib dan air air itu, tapi semakin banyak saya belajar, semakin menjadi2 was was saya. Disebabkan was2 kerap berlaku, saya jadi berdebar dan x tenteram adakah ibadah saya selama ini diterima atau tidak dan saya jadi risau nak ke masjid sbb was2 tu selalu buat saya berdebar waktu solat dan fikiran saya selalu fikirkan was2 ketika solat. Saya takut amal ibadat yg saya lakukan selama ni x diterima disebabkan was2 itu. Dah berbulan2 kehidupan saya tak aman dan tak tenteram. Ada tak apa2 amalan dan doa yang saya boleh jadikan pegangan supaya apabila was was dtg, amalan tu boleh elakkan saya daripada was2 itu supaya was2 yang lain tak datang. Terima kasih atas pencerahan.

2) semalam saya ke tandas dan saya melihat pada seluar dalam ada seakan kesan air yang kering, warna kesan itu seakan coklat pudar, saya dah mengenalpastinya dan bukan Mani. Saya pun kurang pasti sama ada kesan seakan air kering itu datang daripada kemaluan atau tidak kerana kedudukan kesan seakan air kering itu tak sama dgn kedudkan kemaluan. Lagipun saya x merasakan apa2 tanda2 dan kemaluan juga kering semasa saya ternampak kesan itu. Disebabkan itu saya menjadi was2 kerana saya dah mengenalpasti itu bukan kesan Mani dan  saya juga kurang pasti dari mana asalnya kesan seakan air kering itu. Saya sering terkena was2 disebabkan oleh perkara yang saya sendiri kurang jelas dan kurang pasti. Terima kasih atas pencerahan.

message user image

1) Assalamualaikum, saya ada masalah was2 yang teruk dan sering terjadi, punca was was saya datang daripada air: air Mani, madzi dan wadi. Kerap keluar cairan pada seluar dalam kdg2 berlendir dan kadang2 sudah kering. Saya dah mengenalpasti cairan itu dan tidak terdapat sebarang tanda air Mani, dan saya dah mengenalpasti yg kering itu juga dan masih bukan Mani, tapi selepas itu perasaan was2 dtg walaupun itu bukan Mani. Saya telah membuat ujian air kencing dan doktor mengesahkan keputusannya normal tiada apa2. Disebabkan was2 tu, saya jadi tak tenteram, jantung berdegup laju, makan tak berselera dan apa jua perkara menjadi tak senang. Sehingga saya jadi fobia apabila melihat air kerana saya akan teringat semula was2 itu. Mula2 was2 setelah mandi wajib, setelah beberapa hari, saya sembuh daripada was2 itu, selepas itu saya terkena was2 yg lain pula, dan selepas sembuh, saya terkena lagi was2 yg baru. Saya dah Cuba utk tidak menghiraukan was2, tapi ia dtg juga. Tapi saya bersyukur sbb was2 ini tak buat saya rasa malas nak beribadah. Saya banyak belajar tentang jenis2 air, Mani, madzi dan wadi dan cara elak was2 mandi wajib dan air air itu, tapi semakin banyak saya belajar, semakin menjadi2 was was saya. Disebabkan was2 kerap berlaku, saya jadi berdebar dan x tenteram adakah ibadah saya selama ini diterima atau tidak dan saya jadi risau nak ke masjid sbb was2 tu selalu buat saya berdebar waktu solat dan fikiran saya selalu fikirkan was2 ketika solat. Saya takut amal ibadat yg saya lakukan selama ni x diterima disebabkan was2 itu. Dah berbulan2 kehidupan saya tak aman dan tak tenteram. Ada tak apa2 amalan dan doa yang saya boleh jadikan pegangan supaya apabila was was dtg, amalan tu boleh elakkan saya daripada was2 itu supaya was2 yang lain tak datang. Terima kasih atas pencerahan.

2) semalam saya ke tandas dan saya melihat pada seluar dalam ada seakan kesan air yang kering, warna kesan itu seakan coklat pudar, saya dah mengenalpastinya dan bukan Mani. Saya pun kurang pasti sama ada kesan seakan air kering itu datang daripada kemaluan atau tidak kerana kedudukan kesan seakan air kering itu tak sama dgn kedudkan kemaluan. Lagipun saya x merasakan apa2 tanda2 dan kemaluan juga kering semasa saya ternampak kesan itu. Disebabkan itu saya menjadi was2 kerana saya dah mengenalpasti itu bukan kesan Mani dan  saya juga kurang pasti dari mana asalnya kesan seakan air kering itu. Saya sering terkena was2 disebabkan oleh perkara yang saya sendiri kurang jelas dan kurang pasti. Terima kasih atas pencerahan.

message user image

1. Assalamualaikum, semasa di asrama, saya tidur meniarap atas katil dan semasa saya tidur, saya merasa ada keluar cairan daripada kemaluan dan keadaan dan cara cairan itu keluar terpancut seperti sedang kencing. Cairan itu keluar agak banyak. Pada masa cairan itu keluar, saya tak merasakan apa2 kelazatan, dan saya tak hidu cairan itu.  Saya melihat cairan itu, cairan itu lendir, tiada warna seperti warna air dan apabila saya gesekkan pada jari, cairan lendir itu jadi warna putih. Saya tak menghidunya dan cecair itu telah kering, dan ada lebihan cecair di seluar dalam yg masih tak kering dan ia juga tiada warna. Saya tak pasti dan was was adakah itu Mani kerana cairan lendir itu tidak berwarna putih. Saya pun mandi wajib pada masa itu. Itu air apa sebenarnya.

2. Berdasarkan soalan 1, semasa saya merasa cairan itu keluar daripada kemaluan, saya masih teruskan tidur. Selepas saya bangun tidur, saya melihat cadar saya, pada cadar saya tak ada sebarang kesan atupun basah walaupun cairan itu keluar dalam keadaan saya tidur meniarap. Saya tak basuh cadar dan tilam kerana tidak ada apa2 kesan dan basah. Adakah boleh begitu kerana saya telah melihat bahawa tidak ada sebarang kesan atau basah.

3. Macam mana cara utk basuh cadar dan tilam yang dikhuatiri terkena najis. 

4. Perkara ini dah lama tak berlaku, bila saya sedang tidur, saya merasa seperti mahu terkencing dan saya menahannya, tapi air tu keluar juga. Bila saya lihat air itu, kadang kadang banyak, kadang kadang sederhana, dan kdg2 sedikit. Cecair itu berlendir, dan warnanya seperti oren oren coklat. Saya tak merasa lazat atau kepuasan, rasa sakit sedikit pada kemaluan kerana ia keluar dalam keadaan saya sedang menahannya supaya tidak keluar. Baunya kuat dan agak busuk menusuk hidung. Saya telah bertanyakan hal ini kepada doktor dan saya telah melakukan ujian air kencing. Keputusan air kencing saya normal. Soalan saya, itu air apa sebenarnya, ia kerap buat saya was2.

5. Setelah selesai kencing dan beristibra', saya duduk dan rasa seperti keluar air kencing. Saya menjadi was was ketika itu, adakah itu was2 yang saya tak perlu melayaninya.

6. Macam mana nak cuci seluar dalam dan seluar yang dikhuatiri terkena najis.

Terima kasih atas pencerahan.

 

 

message user image

Saya ingin bertanya mengenai hukum dan perkara yang perlu dilakukan oleh saya bagi menanggani masalah yang akan saya nyatakan. Soalan : Apakah hukum seorang emak menghalang anaknya untuk menuntut ilmu akhirat dengan alasan akan membazir duit simpanan anaknya dan Apakah hukum seorang emak menghalang anaknya untuk tahajud dengan alasan anaknya akan tidak cukup tidur. Saya sebagai seorang anak ingin membeli buku yang berkaitan dengan Islam tetapi mak saya tidak mengizinkannya . Mak saya hanya membenarkan saya beli buku berkaitan dengan Islam sekali sahaja . Saya memberitahu kepada emak saya bahawa saya tidak boleh tidur malam Setelah terjaga Dari tidur , oleh itu saya kerap tahajud untuk mengisi masa malam saya.

message user image

Assalammulaikum,

Sewaktu saya masuk tandas, lantai tandas tiada air bertakung dan saya tidak nampak atau bau air kencing. Tapi selepas saya selesai kencing, saya bangun dan bilas kaki dan punggung saya sehingga air di lantai tandas bertakung. Lepastu Saya terjatuh passport di atas lantai yang bertakung air itu. Soalan saya adakah passport saya itu terkena najis. Apa saya perlu buat? Saya was-was takut air bertakung itu ada najis.

message user image

assalamualaikum tuan/puan, apakah hukum memakai lipstick/lipmatte/lip balm ketika berpuasa? 

message user image

Assalammualaikum,

Pada 2 tahun lepas, saya membasuh pakaian yang terkana air mazi dalam mesin basuh automatik tanpa memebersihkan dulu. Selepas habis basuh, terdapat kesan air mazi lagi. Tapi saya hanya basuh pakaian itu tanpa membasuh pakaian yang dimasukkan sekali. Soalan saya:

1. apakah status baju lain itu dikira najis?
2. Bagaimana pula ampaian yang telah terkena pakaian basah itu? Adakah najis telah berpindah?
3. Adakah semua baju basah yang saya sidai di ampaian itu dikira najis selama 2 tahun ini? Apa perlu saya buat untuk perbetulkan kesilapan ini?

message user image

Assalammualaikum Tuan Mufti, maaf menganggu.

Saya ada satu kemusykilan. 
Apa hukumnya jika kita mandi dengan menggunakan shower filter yang mengandungi Vitamin C? Adakah ia masih dianggap air suci dan dikira sah serta dibenarkan untuk digunakan ketika mandi junub?

message user image

Salam Tuan Mufti

Boleh terangkan secara jelas bagaimana caranya untuk menyucikan najis ainiyyah dan hukmiyyah pada tempat yang tidak boleh kena air atau bersentuh dengan air contoh barang elektronik seperti tv, phone dan sebagainya, atau seperti suis lampu yang terkena najis. Mohon dapat beri perjelasan untuk membantu saya memahami lebih bab taharah. 
 

Terima kasih

message user image

1. Assalamualaikum, semasa saya mandi wajib, saya tak gosok kuku tangan dan kaki, saya menghulurkan kuku tangan dan kaki ke air pancut tanpa menggosoknya, adakah ia sudah dikira rata walaupun saya tak menggosoknya.

2. Macam mana cara cuci cadar, selimut, dan tilam yang dikhuatiri terkena najis mutawassitah sbb agak susah untuk mencucinya di asrama lebih lebih lagi tilam.

2. Macam mana cara cuci seluar dalam dan seluar yang dikhuatiri terkena najis mutawassitah supaya boleh digunakan semula untuk solat.

3. Kalau cecair yg keluar dari kemaluan keluar dalam kuantiti yang banyak tapi tidak ada semua tanda Mani, adakah ia dikira Mani.

4. Kadang kadang terasa seperti ada hentakan dalam kemaluan walaupun tidak melakukan apa2 aktiviti tak senonoh dan juga apabila ternampak gambar yang kurang senonoh. Tapi bila tgk kemaluan, tiada apa2 yang keluar. Perlukah saya mandi wajib setiap kali terasa hentakan itu.

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Nak tanye, kalau kita solat secara berjemaah and saya (makmum) terlupa rakaat ke berape semasa solat.

adekah perlu ganti rakaat or hanya ikut sahaja imam?

 

message user image

Assalamualaikum wbt.

Saya ada sedikit perselisihan faham dengan isteri tentang perkara berikut:

Saya ada mendengar satu ceramah agama tentang sah solat wanita,
Situasinya begini, ada satu soalan dari penonton... 
Si Isteri, Solat dirumah dengan hanya memakai telekung dan tanpa lapisan lain dan dlm masa sama dilihat oleh suami bahawa telekung tersebut boleh menampakkan tubuh badan kerana nipis.
Adakah sah solat si Isteri?

Sekian, Terima kasih.

message user image

Assalammualaikum wbt... Di zaman yang moden ini banyak peranti perubatan sudah naik taraf seperti peranti untuk check bacaan gula dalam darah(CGM, Continuous Glucose Monitoring), peranti yang perlu tampalan(Patch) untuk beberapa waktu sebelum boleh mencabutnya semula, selalunya sehingga 14hari baru boleh ditanggalkan semula.

SOALAN saya: Sah atau Tidak Mandi Wajib jika tampalan(Patch) itu tidak ditanggalkan?. Jika mahu tanggalkan perlu waktu beberapa hari, apakah kaedah yang sesuai?. Mohon pencerahan.

Terima kasih.

message user image

Ibu mertya sy telah disahkn Mild Alzhimer (Alzhimer Sederhana)

Ibu sering lupa perkara2 asas dlm kehidupan seharian seperti hari, bilangan anak, nama ahli keluarga. 

Namun masih waras pemikiran, masih ingat utk melakukan ibadah solat, solat sunat, puasa, puasa sunat dll. 

Tidak juga melakukan perkara diluar kewarasan akal manusia normal. 

Apakah hukum berpuasa bagi ibu sy ini, dn adakah puasanya terbatal dsebabkn penyakit alzhimernya.

1.Kami ahli keluarga berasa was-was tentang status kewajipan puasa baginya.

2. Adakah ibu sy ini wajib membayar jika puasanya terbatal dsebabkn penyakit alzhimernya?

Semoga persoalan ini sgera dpt dirungkaikn mnjelang ramadhan yg bakal tiba tahun ini. 

 

Syukran Jazilan. 

 

message user image

Assalamualaikum tuan mufti yang dirahmati Allah Ar-Rahman...selain daripada menafsirkan ayat yang kita baca ketika solat , bolehkah kita membayangkan keadaan neraka/syurga/padang mahsyar? Dan bolehkah kita membayangkan kalimah "الله"? Ada juga yang kata solat itu dikira lalai jika kita membayangkan sesuatu yang tidak sama seperti maksud bacaan solat kita tu

 

 

message user image

Assalamualaikum..

Soalan 1.

Sebelum ini iaitu pada tahun lepas Ketika saya menunggang motosikal di jalan raya pada waktu malam, Saya telah terlanggar bangkai anjing ketika hujan. PERSOALANYA, Adakah saya perlu sertu motosikal saya dan juga kaki kiri dan kanan saya kerana telah terkena tempias air hujan yang bercampur air jalan dari kawasan bangkai anjing tersebut.

 

Soalan 2.

Saya telah parkir motosikal saya bersebelah motosikal orang lain dalam jarak yg dekat pada cuaca yang panas tetapi seekor anjing telah datang dan kencing di sport rim serta tayar motosikal orang tersebut. Saya terus pergi lihat sport rim motosikal saya tetapi tidak nampak kesan terkena percikan air kencing tersebut dengan pandangan mata kasar berkemungkinan percikan tersebut telah kering atau tidak terkena sport rim motosikal saya.PERSOALANYA, Adakah Sport rim motosikal saya perlu disertu.

 

Soalan 3.

Sebelum ini, Ketika saya mahu keluar rumah untuk bekerja, Saya dapati terdapat kesan air di atas selipar/kasut hadapan pintu dan juga di atas simen rumah. Saya syaki air tersebut dari libasan bulu anjing yang terkena hujan kerana beberapa ekor anjing kerap datang berteduh di hadapan rumah saya. Saya telah  membasuh menggunakan (1) Air Tanah yang cair  dan (6) air biasa terhadap lantai simen ,semua kasut termasuk pintu,ampaian serta beberapa barang yang berdekatan kerana kuatir kesemua barang tersebut berkemungkinan juga telah terkena libasan air dari bulu anjing tersebut. PERSOALANYA, Adakah betul tindakan saya tersebut.

message user image

SALAM TN MUFTI.. NAK BERTANYA MENGENAI PUASA .. JIKA SAYA MENAIKI KAPAL TERBANG BERTOLAK DARI KLIA  1730 PETANG DI JANGKA SAMPAI KE TAWAU SABAH 2030 MLM . PERSOALANNYA BILAKAH SAYA MEMBOLEHKAN BERBUKA PUASA .. ADAKAH MENGIKUT WAKTU BERBUKA PUASA DI KAWASAN SEMENANJUNG ATAUPUN DIPERAIRAN SARAWAK ATAU DIPERAIRAN  SABAH? MOHON TN MUFTI MENJELASKAN. TERIMA KASIH.

message user image

Assalamualikum tuan, saya ada kemusykilan adakah jika seseorang bermusafir cukup-cukup 2 marhalah untuk perjalanan 2 hala (pergi dan balik), sabit baginya qasar?

Sekira-kira contoh: perjalanan pergi 45KM, tanpa bermalam, balik juga 45KM yang mencukupkan 90KM atau 2 marhalah

Rujukan dan syawahid sangat saya hargai.

Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum

Saya sedang menggunakan bilik air untuk mandi. Tiba saya perasan ada sedikit najis di lantai. Saya menyiramnya/ menolak dengan air (gayung). Najis tersebut pergi ke hujung bilik air tetapi air mengalir semula kepada saya sebelum masuk ke dalam lubang. Adakah air tersebut dikira najis walaupun ia tidak membawa najis sekali? 

 

message user image

Selepas sujud sajadah pada subuh jumaat, kita harus terus bangun atau ada tomaninah berhenti sekejab duduk dan bangun macam biasa

message user image

Assalamualaikum, bolehkah orang bukan selangor mengguna pakai fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan mufti negeri selangor atau orang negeri lain mengguna pakai fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan mufti negeri lain.

message user image

Assalamualaikum Tuan, 

Saya ingin bertanya. Saya ada 1 kemusykilan. Saya ada bernazar selepas selamat berkhawin dengan suami, saya ada bernazar untuk membawa suami untuk menunaikan umrah. Untuk pengetahuan pihak Tuan, saya dan suami berkhawin pada Ogos 2020 semasa PKP. Disebabkan pada masa itu urusan ke Tanah Suci Mekah tidak dapat dibuat, maka kami menangguhkan urusan ke sana. Pada Julai 2021, kami dikurniakan cahayamata perempuan. Baru-baru ini, ibu suami ada menyatakan hasrat supaya suami dapat menemaninya untuk menunaikan umrah pada Mei 2023.

Soalan saya, adakah dikira nazar saya dilunaskan sekiranya saya menaggung perbelanjaan suami kesana kerana sekiranya saya ingin pergi dalam keadaan kos kesana sekarang bersama saya suami dan anak, saya perlu menunggu sehingga saya benar-benar mampu.

Terima kasih Tuan

 

 

message user image

Apakah hukum melakukan rawatan PRP dan adakah membatalkan puasa jika dilakukan pada kulit wajah atau kulit rambut?

message user image

Assalammualaikum, Saya ingin bertanya berkaitan dengan fidyah. Sekiranya kita sudah membayar fidyah, tetapi belum selesai menggantikan puasa tersebut sehingga masuk ramadhan, adakah kita perlu membayar fidyah tersebut sekali lagi mengikut berapa tempoh masa/tahun kita tinggalkan puasa tersebut? Contohnya saya ingin menggantikan puasa saya pada tahun 2021 dan telah terlepas utk menggantikan puasa tersebut pada tahun 2022 & 2023, tetapi saya telah membayar fidyah sebelum masuk ramadhan 2023 dan belum menggantikan puasa tersebut sehingga masuk ramadhan pada tahun 2023.. adakah saya perlu membayar fidyah dan berapakah kiraan fidyah tersebut mengikut tahun yg saya tinggalkan puasa tersebut.

message user image

Assalamualaikum tuan mufti


Soalan saya berkaitan taharah. Saya ada kemusykilan tentang air warid (air datang) mengikut mazhab syafie untuk menyucikan najis mutawassitah contoh air kencing, jika air datang dari paip air di jirus ke atas seluar yang terkena najis kencing, selagi air itu tidak berubah sifat seperti berubah warna dan tidak sampai 2 kolah, jika air warid itu bersentuh dengan najis kencing, adakah air itu masih dinamakan air suci? Percikan dari basuhan itu jika terkena pada pakaian atau badan adakah masih suci? Harap tuan mufti dapat meleraikan kekusutan kemusykilan yang saya hadapi.

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum. Saya nak tanya tentang berniat ihram di miqat. Saya sekeluarga bercadang untuk bercuti di beberapa kawasan di Arab Saudi disamping itu menunaikan ibadah umrah.

Perancangan perjalanan adalah seperti berikut. Bertolak dari Malaysia ke Kota Jeddah. Melancong selama 3 hari 2 malam di sekitar bandar Jeddah, kemudian diteruskan dengan menunaikan ibadat umrah (tinggal di kota mekah 5 hari 4 malam) dan diteruskan perjalanan ke kota madinah sebelum berangkat pulang ke Malaysia. 

Persoalan saya, pada waktu bilakah saya perlu berniat ihram? Dan di mana lokasi saya perlu berniat ihram? Adakah saya perlu patah balik semula dari Jeddah ke qarnul manazil untuk bermiqat? Terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum

Saya adalah salah satu trainer untuk respiratory fit testing. Tujuan test ini adalah untuk mengesan kebocoran pada alat perlindungan pernafasan (respirator) dan mempastikan pengguna memakai respirator dengan betul. 

Untuk ujian fit testing ini, kami perlu membuat semburan sensitivity test dalam keaadaan pengguna bernafas menggunakan mulut dan menjelir sedikit lidah supaya dapat mempastikan kadar sensitivity pengguna sebelum melakukan fit testing menggunakan respirator. 

Fit test ini adalah wajib bagi penguna offshore sebelum bertolak melakukan kerja dipelantar.

Apakah sah puasa pengguna tersebut jika melakukan fit testing ini.

message user image

Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan berkenaan dengan solat jamak. 

Ada ahli keluarga saya mengatakan bahawa boleh solat jamak di rumah sesudah sampai di rumah dari bermusafir. Mereka beritahu ada sebuah video ceramah agama yang memberi informasi boleh solat jamak di rumah dengan solat jamak tamam. Info ini berlainan dengan apa saya berlajar sewaktu sekolah dahulu.

Adakah betul pemahaman ahli keluarga saya? Atau solat jamak hanya boleh dilakukan sewaktu dalam perjalanan sahaja. Minta diperjelaskan kerana saya keliru tentang perkara ini.

Sekian, terima kasih.

message user image

Saya mengalami haid berpanjangan, sekarang hampir 3bulan. Ada kala sehari perlu tukar 4 tuala wanita sebab penuh, ada kala keluar titik titik sikit je. 

Ini berlaku lepas saya cucuk perancang, pada doktor ia normal. 

Adakah saya boleh solat seperti biasa? Atau perlu tunggu sehingga bersih? 

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada sikit pertanyaan tentang bayaran Zakat Fitrah ibu mertua yg tinggal sekali bersama saya.

Buat pengetahuan pihak tuan,ibu smertua saya ni ketegori ibu tunggal yg kematian suami.Hanya rumah anak² tempat dia berteduh (pindah randah)

Ibu mertua ada pencen tiap² bln,sedangkan saya tidak bekerja atas faktor kesihatan (penerima pencen ilat  dari Perkeso)

Soalan :-

Siapa yg wajib membayar zakat fitrah ibu mertua ?

Saya atau dirinya sendiri

 

 

 

message user image

Isteri saya menjalani rawatan kanser (kimoterapi beserta radioterapi) tahun 2022. Proses rawatan tersebut turut memasuki bulan RAMADAN, bermakna beliau tidak berpuasa sepanjang bulan tersebut atas sebab proses rawatan yang tidak membenarkan ianya terputus atau terhenti. Persoalannya, perlu atau tidak puasa itu diganti sedangkan sekarang ini isteri saya masih lagi dalam proses pemulihan kesan dari rawatan teraebut?  Boleh bantu saya?

message user image

Saya berbuka puasa sebelum ini dengan berpandukan waktu maghrib dalam aplikasi muslim pro. Dalam aplikasi ini dinyatakan penetapan konvensyen waktu solat adalah mengikut JAKIM.

Cuma hari ke 8 puasa baru saya perasan ada perbezaan antara waktu maghrib dalam aplikasi muslim pro dengan jadual waktu solat yangbdikeluarkan oleh JAIS pagi tadi (waktu maghrib dalam aplikasi awal 1 hingga 2 minit) . Sebelum ni saya dengan yakin berbuka mengikut waktu di aplikasi (tanpa mengetahui ada perbezaan waktu ni).

Jadi adakah puasa aku sah atau tidak dan kena qadha?

message user image

Assalamualaikum Tuan, saya ingin bertanyakan soalan. Saya sebelum ini pernah bernazar untuk berpuasa selama 30 hari sekiranya saya mendapat hajat yang saya inginkan, dan puasa itu hendaklah saya habiskan sebelum Ramadhan tahun ini. Saya telah dikabulkan hajat yang dinazarkan tetapi saya belum boleh menghabiskan puasa tersebut sebelum Ramadhan kali ini. Persoalan saya, adakah saya perlu membayar fidyah bagi membayar hari2 puasa nazar yang belum terlaksana atau saya hanya perlu puasa selepas tamat bulan Ramadhan ini. Sekiranya saya perlu berpuasa sahaja, adakah puasa itu dikira puasa qadha' & adakah puasa nazar itu perlu digandakan? 

Sekian terima kasih, saya mengharap jasa baik pihak tuan untuk memberikan maklum balas. 

message user image

Assalamualaikum. Saya seorang ibu kepada dua orang anak perempuan, Alhamdulillah. Baru-baru ni ada terbaca tentang penggunaan yang luas menstrual cup. Mohon huraikan pemakaian menstrual cup bagi golongan yang belum berkahwin dari segi sosial memandangkan pemakaiannya perlulah dengan memasukkan cup tersebut ke dalam rongga faraj. Lebih-lebih lagi kepada golongan anak-anak yang baru pertama kali datang haid. Sedikit sebanyak, memasukkan cup tersebut akan memberi sensasi sakit atau nikmat bergantung kepada individu, secara tidak langsung akan memberi idea kepada anak-anak yang baru pertama kali datang haid atau mana-mana wanita yang belum bernikah  'rasa' apabila sesuatu masuk ke dalam faraj. Kemungkinan yang boleh berlaku, keinginan untuk merasai keadaan sebenar dan berlakunya persetubuhan luar nikah. Astaghfirullah.  Semoga anak-anak kita semua dijauhkan dari mempunyai keinginan di atas. 

Saya mohon, memberikan jawapan yang tegas dari segi hukum pemakaian cup ke atas wanita islam yang belum bernikah bukan sekadar dibolehkan selagi tidak memudharatkan. Mohon memandang permasalahan ni dari semua sudut. 

Sekian, terima kasih. 

message user image

Semakan isu Azan yg lebih cepat dari Azan Maghrib di Siaran TV Alhijrah

Situasi :
Tarikh 28 Mac 2023. 
Waktu Maghrib.
Surau Attanwir Taman Raintree, Batu Caves, Selangor.

InfoTV kami baru saja siap install Apps Waktu Solat dan diselaraskan mengikut Internet.

Kami juga ada Jam waktu solat sedia ada yg selalu kami gunakan sebagai semakan kedua sebelum Azan. Jam ini setakat memaparkan minit dan tidak ada paparan saat

Muazzin melihat Jam InfoTV dan tunggu bib Jam Azan seperti kebiasaan kerana sebelum ini Jam Azan lewat dlm kiraan saat.
Kemudian doa ringkas dan basmallah dan meneguk air sahaja tanpa makan kurma.
Selepas itu Azan.

Jemaah maklum telah mendengar azan dari corong pembesar suara Surau dari rumahnya lebih awal dari Azan diTV Alhijrah beberapa saat (tiada semakan tepat tapi saya anggarkan bawah 40 saat shj)

Jika mengambil kira azan di TV Alhijrah sebagai paling tepat, Muazzin pada anggapan kami telah berbuka 45 saat awal dari Azan di TV Alhijrah dan sebahagian yg iftar disurau mungkin berbuka paling awal 30 saat dari Azan di TV Alhijrah (ambil kira doa dan basmallah sebelum berbuka)

Harap pihak Jabatan Mufti dapat bantu kami merujuk hukum bagi perkara diatas.
 

message user image

Assalamualaikum tuan,  saya ingin bertanya selama saya solat subuh,  saya baru menyedari yang selepas rukuk sebelum baca doa qunut,  perlu dibaca samiallah huliman hamidah tetapi sebaliknya saya membaca Allahuakbar.  Adakah sah solat saya selama ini atau batal solat saya selama ini? dan apakah saya perlu menggantikan semua solat subuh yg telah say kerjakan? Saya berharap pihak tuan dapat menjawab pertanyaan saya.  Terima kasih. 

message user image

Assalammualaikum,

Saya nak tanya apa hukum hujung kemaluan lelaki bergeser dengab seluar dalam sehingga terbuka sedikit hujung mulut tu, dan bagian dalam hujung kemaluan tu terkena seluar dalam? Adakah dikira najis seluar dalam itu?

message user image

Salam. Ustaz/Ustazah, saya ingin buat pertanyaan tentang puasa. Keturunan saya jenis memang ada kes hidung tersumbat and banyak kahak. jadi kadang semasa bercakap pun kahak boleh turun dari rongga hidung ke kerongkong. Disebabkan terlalu kerap kahak turun dari hidung ke tekak, saya selalunya tertelan sebab lagi senang daripada meludah setiap 5 minit. lagi2 kalau tengah memandu kereta atau bekerja. kahak tu, kadang2 akan masuk ke bahagian mulut. jadi, apa hukum saya telan kahak ini masuk semula ke kerongkong kerana kesukaran membuang kahak dengan kerap. kalau sudah tertelan, adakah puasa saya terbatal?

message user image

Assalamualaikum Ustaz.

Selamat Berpuasa di bulan Ramadan Al Mubarak.

Pertanyaan saya.

Saya menjaga ibu dan ibu mertua yg tinggal bersama saya dan  uzur utk solat tarawih di masjid. Mereka minta saya imamkan solat terawih di rumah sahaja. Bagaimana tuntutan agama keatas saya untuk solat terawih berjemaah di masjid ?. Sama juga halnya utk solat fardu. mereka juga minta saya solat dirumah sahaja. Mohon pencerahan Ustaz mana yg lebih afdal untuk saya.

Terima kasih

Ramlan.

message user image

Assalamu’alaikum Tuan , saya perlukan penjelasan tentang haid dan istihadah.
 

Jika seorang perempuan itu sebelum datang haid dia didatangi istihadah, haid sebelum ini 15 hari 15 malam , mula keluar haid waktu zohor, dan hari ke 16 keluar darah istihadah, adakah hari ke 16 perlu mulakan solat pada waktu zohor atau subuh? Dan tempoh suci seseorang itu adalah 15 hari , jadi pada hari ke 13,14,15 tempoh suci itu wanita tersebut keluar darah istihadah, bagaimana pula perkiraan waktu mula haid pada hari pertama beliau? Adakah mula zohor hari pertama haid tu sudah tak boleh solat? Atau waktu subuh ?
 

Terima kasih kerana pertimbangkan soalan ini, kerana pening dengan masalah haid yang 15 hari 15 malam dan istihadah sebelum haid.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan pelembab bibir semasa ramadan. Saya tinggal di UK di mana cuacanya lebih kering daripada Malaysia. Setiap hari saya akan memakai pelembab bibir(lip balm) untuk memastikan bibir tidak pecah dan berdarah. Pada bulan Ramadan ini saya tetap menggunakannya atas tujuan yang sama. Persoalan saya adalah

1) Adakah batal puasa saya sekiranya saya tertelan sedikit lip balm tersebut? Lip balm tersebut tidak mempunyai rasa, jadi saya susah pastikan bahawa saya ada tertelan atau tidak. 

2) Ada suatu hari tekak saya berasa pahit. Saya mengesyaki mungkin puncanya adalah daripada tertelan lip balm. Tetapi keesokan harinya saya demam, jadi rasa di tekak itu juga mungkin datang daripada demam. Adakah perlu saya menggantikan puasa saya disebabkan ini? Saya tidak mahu bermudah dalam agama.

3) Sekiranya tidak memakai lip balm dan bibir pecah sedikit. Adakah batal puasa saya sekiranya saya tertelan darah di bibir tersebut?

 

Terima kasih. Semoga Allah merahmati tuan.

message user image

Assalammualaikum,

Maaf bertanya soalan, Ketika saya kencing saya sudah beristibrak dan beristinjak. Ketika saya beristinjak, saya akan basuh celahan hujung kemaluan (lubang keluar air kencing) saya tu. Bila saya keluar tandas, saya mengelap kemaluan saya hingga kering di bahagian luar. Saya pakai seluar dalam. Walaupun saya tak merasa apa2 yang keluar dari kemaluan tapi apabila saya check seluar dalam selepas beberapa ketika, terdapat setitik basahan. Tapi lepas tu tiada lagi keluar apa2. Saya tidak pasti  sama ada itu air kencing atau air basuhan dari dalam celahan hujung kemaluan saya tu (bahagian luar sudah kering). kekerapan perkara ini berlaku lebih kurang 1 kali dalam 3 kali saya buang air kecil (kadang ada kadang tiada) Saya jadi was-was. Saya tak rasa keluar air kencing tapi ada basah, dan perkara ni buat saya was-was sehingga saya tukar pakaian banyak kali. Apa pendapat ustaz? Apa patut saya buat?

message user image

Assalamualaikum. Apakah hukum isteri meninggalkan solat fardhu kerana mentaati arahan suami supaya menemaninya berbual. Adakah dosa isteri tersebut meninggalkan solat akan ditanggung oleh suami sedangkan isteri mahu bersolat. Adakah mentaati arahan suami lebih penting dari mengerjakan solat yang wajib.

message user image

Assalamualaikum,

Soalan saya ialah, 5 tahun yg lepas saya telah menjalani pembedahan di salur makanan dah perut disebabkan masalah gert yang teruk. Sejak dari itu, bila saya berpuasa di siang hari, pada malamnya bermula dari pukul 11 malam sehingga pagi kedua2 kaki dari jari kaki ke betis hingga ke peha akan cramp yang teruk, satu malam akan berlaku 4/5 kali. Pada siang hari nya pulak otot2 kaki akan sakit sepanjang hari.

Saya sudah berusaha macam2, minum air, ambik calsium, magnesium, vit D3, pil electrolytes, himalayan salt, protein shake, berurut, tapi masih juge cramp terutama pada malam hari dan ini berterusan sepanjang ramadan. 

Cramp kaki & kesakitan otot kaki sepanjang malam menyebabkan kesakitan yang amat sangat sehingga saya menangis, stress & darah naik tinggi.

Soalan saya, Bolehkah saya dikecualikan dari berpuasa dah hanya peru membayar fidyah? 

message user image

Assalamualaikum, nama saya Dan, semasa remaja dahulu sekitar tahun 1975-79 bersama-sama rakan sebaya, kami ada belajar tentang Pengajian Islam dengan seorang Imam Masjid kampung kami dirumahnya. Pengajian menggunakan kitab (kalau tak silap sebab dah lama) adalah Majmuk dalam Bahasa Jawa, sebab kami semua sekampung adalah keturunan Jawa.

Antara pengajian adalah Sifat 20 dan lain-lain ibadah termasuklah Bab Puasa. Munkin kerana kami semua remaja dan ada bersama kami adalah anak-anak Imam tersebut ada lelaki dan perempuan, Imam tersebut tidak menceritakan dengan detail tentang hukum berjimak dalam Bulan Puasa. Apa yang saya yakini dalam Bulan Puasa, adalah boleh berjimak selepas masuk waktu Suboh tetapi apabila terbit Fajar terbit hendaklah menghentikannya serta merta. Fahaman saya Fajar apabila matahari terbit.

Oleh yang demikian, apabila saya berkahwin pada 1983 (Syaaban), saya telah berjimak selepas Solat Suboh pada Ramadhan tahun tersebut tetapi berakhir sebelum Fajar matahari terbit. Saya telah melakukannya sebanyak 2 kali berlainan hari dan meneruskan berpuasa pada hari-hari tersebut.

Tetapi pada satu hari ketika berbual dengan rakan sepejabat, beliau mengatakan apa yang saya lakukan adalah salah, pada ketika itu saya terkejut dan baru tahu kesalahan tersebut dan semanjak hari tersebut saya tidak lagi melakukannya lagi.

Soalan saya, adakah saya perlu kena melakukan kaffarah walaupun saya sebenarnya keliru maksud fajar tersebut?

message user image

Salam saudara yang dihormati.

Soalan saya, apakah hukum puasa saya bila saya sedang sujud solat sunat, air wuduk yang sisa di muka turun lalu masuk ke dalam mulut dan saya telan air itu kerana tidak tahu apa nak dibuat memandangkan saya masih ada lg 1 rakaat untuk solat.

 

Sekian terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang keputihan. Saya telah period selama seminggu(tempoh normal haid saya) seperti biasa pada minggu lepas. Namun, selepas mandi wajib dan telah berpuasa selama 3-4 hari di bulan ramadan ini, terdapat cecair(discharge) berwarna keperangan/koko di pakaian dalam saya semalam(tempoh hanya beberapa jam, kurang 24 jam). Ini pertama kali jadi kepada saya. Adakah solat dan puasa saya sah sebelum ini? Adakah boleh terjadi cecair itu disebabkan kepenatan atau penyakit lain?

 

message user image

Assalamualaikum.

Sy ingin bertanye berkenaan tentang puasa..apakah hukum puasa sekiranye seseorang itu selalu basuh rongga lubang kemaluan (tempat keluar najis) dan juga selalu korek dubur (selepas buang air besar) mnggunakan jari kerana masalah sembelit..perkara ini dibuat utk memastikan tiada saki baki najis..kalau mngikut hukumnya batal puasa..perkara ini berlaku bertahun2 kerana tidak tahu berkenaan hal ini..so macam mane solusinya kerana amalan ini sudah bertahun2 berlaku kerana tidak tahu hukum agama dan mcm mne nk ganti puasa atau kena bayar fidyah?

Sy juga ingin tahu cara yg btul membasuh kemaluan qubul dan dubur (istinjak) supaya tidak membatalkn puasa?

 

Terima kasih atas pencerahan pihak tuan

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang ganti puasa dan haid di bulan ramadhan.  Saya haidh pada 24 mac sehingga 29 mac ( 6 hari di dalam bulan ramadhan), Kemudian saya solat dan puasa seperti biasa sehingga pada 7 April ( selepas isya ) saya dapati ada sedikit tompokan darah, soalan saya adakah puasa saya diantara 28 mac hinga 7 april sah? (Atau perlu mengganti puasa sebanyak 15 hari). Dan hari selepas 7 april adakah dikira istihadhah. 
 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.... Adakah orang masih belum habis qadha solat fardhu yang ditinggal waktu muda, HARAM untuk melakukan solat sunat seperti sunat tarawikh, sunat rawatib, sunat dhuha, sunat witir, sunat aidul fitri, aidul adha. Mohon penjelasan...

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya berkenaan dengan zakat fitrah. Suami saya berada di Luar Negara Dan akan kembali ke Malaysia selepas raya. Bolehkah suami saya membayar zakat fitrah bagi saya dan anak-anak Dari Luar Negara?

message user image

Assalamualaikum, saya nak tanya Covid 19 sekarang termasuk dalam endemik, Soalan saya, jika seseorang kena covid 19 pada masa ini adakah dia tidak perlu solat jumaat di masjid hanya solat zohor di rumah sahaja?

message user image

Asalamualaikum,tuan saya ingin bertanya jika saya tersentuh tempat najis hukmi yang kering dan tangan pun kering ,dan saya terus menunaikan solat ,adakah solat saya sah mohon tuan jawab persoalannya terima kasih

message user image

Assalamualaikum, 

Seorang bayi telah disahkan oleh doktor mempunyai penyakit (berkaitan hormon) yang tidak dapat dirawat melainkan dengan meminum hanya satu susu formula sahaja iaitu pregistimil. setelah diteliti susu tersebut tmengandungi enzim babi. pengesahan penggunaan susu tersebut telah pun dilakukan bersama dengan unit2 yang terlibat. dan kami dapat simpulkan kenyataan doktor berkenaan badan bayi tersebut tidak dapat untuk menyerap zat susu sama ada susu ibu atau susu formula lain melainkan pregistimil. jadi persoalannya, adakah dibolehkan memberikan susu pregistimil tersebut kepada bayi itu ? bagaimanakan pengurusan taharah susu tersebut jika tumpa pada baju bayi atau baju ibu bapanya adakah perlu disamak sebelum solat ? bagaimanakah cara basuhan samak yang dibolehkan dalam perkara ini ? sekian terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya bagi pihak ibu saudara yang baru keguguran. Menurut pengetahuan saya, seorang wanita yang keguguran di awal kehamilan (9 minggu) akan mengalami pendarahan yang disebut sebagai darah nifas selama 60 hari maksimum. Soalan saya adalah:

1. Adakah darah tersebut harus keluar sehari semalam, barulah dikira sebagai darah nifas?

2. Darah nifas yang dialami hanya keluar pada waktu petang dan malam sahaja, adakah ibadah puasa yang dikerjakan di pagi hari sah atau tidak?

3. Warna darah nifas yang keluar adalah kekuningan, maka adakah ia masih dikira darah nifas?

message user image

Bolehkah zakat diberikan kepada satu pusat pengajian tahfiz?  Pusat pengajian ini ada murid golongan asnaf dan pusat ini juga sedang dalam keberuntungan yang tinggi.

message user image

Setiap kali saya buang air kecil, saya istibra dan memang sudah rasa air kencing dah habis. Selepas itu saya beristinja’ dan saya akan keringkan luar kemaluan dengan tissue. Walaupun saya tidak merasakan ada air kencing yang keluar akan tetapi apabila saya check di hujung kemaluan itu, saya sering kali melihat terdapat ada sedikit cairan di celah hujung kemaluan tapi tidak sehingga menitis (cairan seperti nampak seperti satu line betul2 di celah mulut hujung kemaluan itu) walaupun pada awalnya tadi sudah saya keringkan. Cairan seperti datang keluar dari dalam mulut kemaluan itu. Kadang2 cairan ini hanya boleh dinampak apabila saya menyuluh dengan lampu. Perkara ini menyebabkan saya terpaksa tidak berpakaian dan melihat hujung kemaluan berkali2 untuk pastikan tiada air seperti itu. Ini mengambil masa yang lama dan menganggu kehidupan saya. 

Saya tidak pasti sama ada ini adalah perasaan was2 ataupun sebernaya itu memang betul2 air kencing yang keluar ataupun air basuhan atau apa. Saya juga merasakan perbuatan saya melihat hujung kemaluan berkali2 itu seperti memberat-beratkan bab thaharah tapi dalam masa yang sama saya takut kalau saya tak check, bagaimana jika benar2 keluar dan yang keluar itu air kencing.

Saya ada melihat di youtube, ada ustaz2 yang menasihati supaya tidak perlu mencari-cari atau  berhenti melihat hujung zakar, dan juga ada yang menyatakan sisa2 air kencing yang tidak di ketahui keluar dimaafkan. Jadi saya nak mintak pandangan ustaz tentang perkara ni. Apa patut saya lakukan?

message user image

Assalamualaikum.

Saya ada kemusykilan mengenai darah haid dan naqa'.
Kebiasaan saya haid dalam 5 hari tetapi saya lambat suci. Dalam tempoh hari ke 6-15 tu darah yang keluar tu sedikit sahaja kemudian ia kering sepanjang hari dan keluar sedikit balik pada keesokkan harinya. Contoh kesan darah keluar pada hari ke 6 pukul 8pg, kemudian kering sepanjang hari dan keluar balik esok hari dalam pukul 9pg dan kemudian kering sepanjang hari, Begitu lah keadaanya sehingga warna darah bermula dari coklat ke kuning cair, keruh kemudian jernih. Adakah semasa kering tanpa darah walau dikesat pada permukaan faraj (saya belum berkahwin) itu sebenarnya dalam tempoh naqa? Selama ini saya tidak solat sepanjang 15 hari, tapi bulan Ramadan tahun ni saya mandi dan solat hampir setiap hari dalam tempoh saya kering walaupun saya yakin puasa saya tidak sah. Adakah betul tindakan saya atau adakah saya perlu qada semua solat saya selama ini?

message user image

Assalamualaikum wbt..soalan saya berkenaan arwah ibu saya yang telah meninggal dunia hampir 4 bulan yang lalu pada usia 89 tahun. Semasa hayat beliau, arwah pernah menyatakan bahawa semasa zaman muda dahulu ada puasa yang tinggal terutamanya ketika berada di dalam pantang (anggaran 70 tahun yang lalu). Arwah telah lupa dan tak terkira berapa hari tinggal puasa tapi yang pasti memang banyak rasanya. Oleh yang demikian, bagaimana untuk tentukan bayaran fidyah dan jumlah hari untuk ganti puasa. Pada masa yang sama, bolehkan menantu perempuan tolong menggantikan puasa. Sekian, terima kasih.      

message user image

As salaamu alaikum Ustadz/Panel.

Mohon agar soalan dan butiran saya TIDAK di umumkan kepada orang ramai.

Saya ingin memberi zakat kepada seorang ipar yang sihat tubuh badan yang sudah tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mahu berkerja secara tetap. Beliau mempunyai 4 orang anak yang juga berpendirian sama dan tidak berkerja secara tetap walaupun sudah berkahwin. Ipar ni lebih berkhayal untuk mendapatkan  'projek-projek' besar yang tidak kunjung tiba daripada berusaha menggunakan tulang empat kerat sendiri dan sering berbelanja diluar kemampuan.
Apakah wajib ipar saya ini diberi zakat ? Patut tidak saya utamakan ipar ini daripada asnaf asnaf lain ?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Sahibus Samahah / Tuan / Puan.

Saya mempunyai soalan berkenaan zakat harta terutamanya melibatkan ASB. 

1. Bagaimana mengira zakat bagi ASB yang dilaburkan secara berkala? Misalnya baki pada Januari 2022 adalah RM10000. Kemudian ditambah sebanyak RM1000 setiap bulan. Pada Disember 2022 barulah ASB bernilai RM 22000 (melepasi nisab). Adakah zakat ASB dikenakan untuk tahun 2022 boleh dikira cukup haul memandangkan jumlah lepas nisab itu hanyalah sebulan sahaja bagi tahun 2022 dan bukannya setahun.

2. Bagaimana pula ASB yang dilaburkan secara berkala tetapi permulaannya sudah cukup nisab?. Misalnya Januari 2022, ASB berjumlah RM22000. Ditambah RM1000 setiap bulan, jadi pada Disember 2022, ASB berjumlah RM34000 + Dividen. Adakah zakat dikenakan ke atas RM34000 itu atau   RM22000, kerana hanya RM22000 yang cukup tempoh setahun. RM34000 cuma baru sebulan.

3. Purata dividen ASB setiap tahun kebelakangan ini adalah sekitar 5%. Andaikan di dalam ASB ada RM30000 (cukup nisab). Selepas setahun dengan dividen 5%, ASB memberi pulangan sebanyak RM1375. Selepas dikenakan zakat keatas pokok + dividen (2.5% x RM31375 = RM RM784.38), keuntungan dividen ASB selepas dizakat ialah RM590.63 (RM1375 - RM784.38 = RM590.63). Jumlah sebenar ASB selepas dizakat adalah RM30590.63. 

Pulangan RM590.63 ini boleh dianggap sangatlah sedikit dan jika diambil dengan kadar inflasi yang tersangat tinggi dengan purata 3% - 4.5%, harta simpanan umat Islam di Malaysia semakin menyusut dan berkurang tahun demi tahun. Adakah zakat masih perlu dikenakan ke atas harta yang tidak berkembang bahkan menyusut? Adakah kiraan 2.5% zakat wajar dikenakan ke atas wang fiat, memandang perintah 2.5% zakat daripada hadis Rasulullah itu adalah ke atas emas (wang komoditi) yang mana kadar inflasinya tidak seteruk wang fiat. 
Pembayaran zakat 2.5% ke atas wang fiat dilihat peratusan sebenarnya lebih tinggi daripada 2.5% setelah diambil kira faktor yang lain. Bagaimana umat Islam ingin membina kekayaan di atas keadaan yang menyebabkan harta sentiasa susut nilainya setiap saat? 

Saya pernah diberitahu, hikmah pensyariatan zakat harta simpanan adalah untuk membenarkan pengaliran wang ke dalam ekonomi dan mengelakkan harta-harta menjadi 'beku'. Jika zaman dahulu, wang RM30000 yang disimpan di bawah bantal tentu sekali 'beku' kerana tidak dialirkan ke dalam ekonomi. Tetapi pada zaman kini, wang RM30000 yang disimpan ke dalam ASB tidaklah 'beku' sebaliknya mengalir keseluruhannya ke dalam ekonomi sebagai modal pemilikan saham-saham syarikat. 

Pada logik akal saya yang jahil ini, hal kadar zakat dan inflasi yang menyusutkan nilai wang ini mendorong umat Islam untuk terus berbelanja di atas perkara tidak bermanfaat seperti telefon pintar mahal, kasut mahal, ubahsuai kenderaan yang mana boleh dikira sebagai harat-harta 'beku'. Hal ini kerana berbelanja seperti ini adalah 'lebih baik' kerana memberi kepuasan berbanding jika disimpan ke dalam ASB yang akan terus-menerus susut nilai jika tidak dibelanjakan. 

 Mohon penjelasan dan keterangan ke atas diri saya yang jahil ini. Terima kasih

message user image

Assalammualaikum saya ada beberapa soalan berkenaan solat. Ketika muda dahulu saya ada meninggalkan solat, saya ingin menunaikan solat tetapi untuk permulaan saya solat 1 waktu sahaja pada 1 hari dan belum mengqada solat yang ditinggalkan. Saya berbuat demikian kerana setiap kali saya terus solat 5 waktu, ia tidak lama. Jadi saya ingin mula secara pelahan-lahan. Alhamdullilah cara ini berkesan. Soalan saya 1- bolehkah saya berbuat demikian, 2- bilakah saya perlu mengqada solat? semasa baru ingin bermula solat kembali atau selepas saya cukup solat 5 waktu sehari. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum, apakah hukum berkhitan bayi perempuan menurut jabatan mufti selangor? 

 

Jika dapat terangkan bersama dengan sumber, saya amatlah hargai usaha pihak jabatan mufti dalam menghuraikan kekusutan rakyat biasa seperti saya dalam hal agama.

message user image

Assalamualaikum. Sy ingin bertanyakan tentang masalah kitaran haid yang tidak menentu selepas saya mengambil perancang kehamilan. Hampir setiap hari saya datang haid (spotting). Tetapi bukan tiap waktu. Adakalanya hari ni tgh hari sahaja datang haid. Keesokan nya datang haid pagi & malam.

1. Adakah benar sy buat kiraan haid 28 hari mengikut kitaran haid normal & kedatangan haid 7-9 hari. Hari ke 10 kedatangan haid sy anggap sebagai darah istihadah.

2. Adakah boleh hari ke 30 sy berjimak bersama suami. Sedangkan hari ke30 tu sepatutnya dikira waktu datang haid. 

message user image

Solat duduk di kerusi tu macam mana yang sebenarnya.

Macam saya, duduk tu waktu sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat. Jadi ada yang kata kepada saya kaki kerusi dua yang depan tu belankang saf. Tapi apa yang saya lihat di kebanyakkan masjid/surau orang buat dua kaki belakang kerusi tu di saf. jadi soalan yang saya handak tanyakan ialah:

  1. Kedudukan kerusi (dua kaki kerusi di depan itu belakang atau dua kaki kerusi di belakang itu di saf)
  2. (Kalau kedudukan kerusi itu di belakang saf) Saya kena solat di hujung atau belakang sekali, macam mana kalau saf depan tu tak penuh lagi. kalau saya solat kerusi di belakang saf mengganggu jemaah lain yang datang kemudian

Mohon pencerahan.

message user image

Salam.

Kemusykilan sy tntg wuduk bg luka di kaki yg berbalut.

Emak sy luka n patah jari, jd ketika berwuduk, dia berwuduk dgn sempurna kecuali pd kakibhanya disapu air.

Adakah wuduknya  sah utk 2x solat fadhu?

Atau hnya sah sekali solat fdhu shj spt hukum tayamum?

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ada soalan tentang najis, saya bekerja sebagai penghantar barang di mana saya akan hantar setiap rumah orang yang berlainan agama dan ada rumah yang membela anjing, satu hari saya menghantar barang di rumah non muslim yang membela anjing dan terdapat bulu anjing di hadapan rumahnya dalam keadaan basah, ketika saya berjalan menuju ke pagar rumah tersebut saya tidak lihat bulu itu namun ketika berpatah balik dan ingin menangkap gambar rumah tersebut hati saya tergerak untuk melihat jalan dan ketika itu kaki saya berada lebih kurang seinci dengan bulu tersebut dan apabila melihat tapak kasut terdapat tompok basah yg amat kecil, apakah saya perlu sertu tapak kasut saya dan pedal minyak dan brake serta karpet kereta saya. saya mengalami was was teruk sehingga ingin membuang kasut dan menukar pedal dan karpet kereta yang baru. soalan 2, bolehkah saya menggunakan tanah didalam pasu bunga untuk tujuan sertu. 

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan, 

Saya ingin bertanya bagi pihak isteri saya yang akan berkursus selama satu minggu di Jepun dan dua minggu di Korea Selatan secara berterusan (terus ke Korea Selatan dari Jepun). Soalan-solanya adalah seperti berikut: 

  1. Berapa hari yang dibenarkan untuk melakukan solat jamak & qasar di Jepun?
  2. Berapa hari yang dibenarkan untuk melakukan solat jamak & qasar di Korea Selatan?
  3. Penganjur menjanjikan akan membawa beliau makan di restoran Korea di luar jadual mereka berkursus. Setelah berbincang, penganjur mencadangkan restoran restoran yang berkonsepkan mee dan ikan yang tidak menyajikan hidangan berasaskan babi. Walau bagaimanapun, restoran tersebut turut menyajikan makanan yang tidak pasti halal/tidak halal seperti ayam, daging serta arak. Adakah boleh untuk beliau makan di restoran tersebut walaupun hanya memesan hidangan berasaskan mee dan ikan serta minuman yang tidak beralkohol?

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ada soalam berkaitan sujud sahwi. 

Saya tersilap membaca tahiyat awal di rakaat pertama solat, namun saya tersedar dan terus bangun untuk meneruskan solat saya. Di akhir solat saya tidak pula melakukan sujud sahwi.

Sah atau tidak solat saya? 

message user image

Assalamualaikum Tuan. Mohon izin bertanya. Saya telah membeli rumah di Johor di mana saya telah bekerja di sana selama 10 tahun. Pada bulan 9 tahun lepas saya telah dipindahkan tempat bekerja di Tanjong Malim dan kini saya menyewa rumah di Hulu Bernam. Saya tidak tahu berapa lama saya akan berada di Selangor dan samada saya akan pulang bekerja ke Johor atau tidak. Buat masa ini saya akan pulang ke Johor untuk melawat rumah saya sebulan atau dua bulan sekali. Adakah boleh saya solat jamak qasar semasa saya di Johor. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum Ustaz.

Boleh jelaskan cara terbaik atau sunnah berbuka puasa. Saya pernah di ajar, ketika masuk waktu berbuka puasa, dimulakan dengan membaca Bismillah sahaja (tak perlu baca penuh), lalu minum air seteguk. Kemudian baru baca doa berbuka puasa lalu makan kurma.

Kedua, apakah doa berbuka puasa yang lebih afdal. Saya difahamkan doa berbuka Allahumma lakasumtu...(sehingga habis), bukanlah doa terbaik (doa ini memang baik,cuma ada yang lebih baik), ada doa yang lebih afdal. Boleh jelaskan ustaz.

Terima kasih ustaz. Syukran.

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum Tuan Mufti. Persoalan mengenai solat jemaah.

1. Saya seorang pelajar. Di tempat saya belajar terdapat masjid. Apabila waktu cuti, semua pelajar pulang ke kampung (kecuali saya) menyebabkan tiada jemaah di masjid tersebut. Apakah hukum saya melaungkan azan sedangkan saya tahu tidak akan ada jemaah?

2. Seandainya saya azan, namun tiada jemaah lelaki yang hadir, tetapi terdapat jemaah wanita yang hadir. Apakah yang perlu saya lakukan? Laksanakan solat jemaah dengan jemaah wanita ataupun saya solat bersendirian dan jamaah wanita melaksanakan solat jemaah sesama mereka?

Mohon pencerahan Tuan Mufti.

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Ustaz,

Mohon penjelasan bagi soalan berikut:

1) Jika terkencing di atas lantai rumah, adakah cukup dengan hanya mengemop kawasan yang terkena air kencing tersebut? Saya akan mop kawasan tersebut beberapa kali, dan setiap kali mop saya akan membersihkan mop tersebut di air paip. Hal ini telah berlaku beberapa bulan yang lepas, adakah saya masih perlu membersihkan kawasan tersebut?

2) Apakah yang dimaksudkan dengan mengalirkan air dikawasan najis (contohnya air kencing di atas lantai & tilam)? Jika terkecing di lantai rumah yang jauh dengan bilik air, adakah saya perlu mengalirkan air tersebut sehingga ke bilik air?

3) Anak saya selalu kencing malam, jadi saya telah membeli cadar tilam kalis air. Adakah cukup sekadar saya mengelap air kencing tersebut?

Harap agar pihak ustaz dapat memberi penjelasan bagi soalan soalan di atas.

Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya seorang petugas kesihatan bekerja di salah sebuah hospital di selangor. 

Sekarang saya bekerja di klinik pakar hidung, telingan dan tekak.

Saya masih lagi mushkil batal atau tidak puasa berkenaan prosedur kerja ke atas pesakit di klinik kami. Harap dapat perkongsian yang bermanfaat. Soalan nya, batalkah puasa

 

1) pesakit melakukan "nasal douching", ini adalah 1 prosedur kerja membersihkan hidung menggunakan air, air di masukkan ke dalam hidung dan di keluarkan semula tujuan untuk membersihkan hidung (boleh rujuk u tube untuk mengetahui caranya).

 

2) prosedur kerja melakukan nasal skop hingga ke tekak, ini memasukkan camera skop ke dalam hidung hingga ke tekak, tujuan untuk menentukan diagnosa. 

 

3) mencuci telingan menggunkan mesin mencuci telinga, tujuan bersihkan tahi dan benda asing di dalam telinga.

 

Dengan ini saya dahulukan jutaan terima kasih atas perkongsian. 

message user image

Soalan tentang najis tahi cicak & sah solat.

Saya menghadiri majlis berbuka puasa pada 12 April 2023. Sewaktu datang ke sana, saya dan orang lain sudah berwuduk kerana kami akan solat maghrib berjemaah selepas itu.

Saya tak sengaja tersentuh tahi cicak sementara menunggu waktu berbuka puasa tu.

Kemudian saya dah buang tahi cicak itu dari tangan saya. 

Waktu itu saya tak tahu kalau sentuh najis cicak tu tak batal wudhu. Jadi saya pun pergi ambil wudhu..

Sewaktu saya hendak memperbaharui wudu', ada orang bersalaman dengan saya ( cth: si B ) dan waktu tu saya lupa bahawa tadi saya tersentuh tahi cicak

Kemudian, apabila balik ke tempat hendak solat tu, baru saya teringat bahawa sewaktu saya bersalaman, tangan saya belum dicuci.. saya biarkan sahaja situasi itu kerana berasa malu untuk menceritakan hal sebenar & kerana ada kemungkinan si B telah bersalaman dengan tetamu yg lain di situ...tetamu ramai..

jadi, Adakah sah solat si B? 

Takpe ke jika saya biarkan sahaja atau ada apa² yg perlu saya lakukan ?

message user image

salam ustaz,

Saya kalau masuk tandas paling cepat setengah jam baru keluar. menyusahkan orang lain je tunggu saya kelaur. 
Ini kerana lepas cuci , hujung lubang kemaluan masih basah walaupun dah lap sampai kering pada awalnya denagn tisu..ada sikit sangat air yang ada . dah istibrak sungguh2 ke apa ke masih macam tu. Saya boleh bertahan tak kencing lagi tapi air masih ada di hujung anu. kalau saya teran lagi, keluar balik lah kencing... jadi ia berulang ulang. Kadang2 saya cuba istinjak dengan tisu sahaja, untuk tak nak keliru sama ada air itu air kencing atau air basuhan, tapi masih lagi ada air yang sangat sedikit keluar di hujung kemaluan jadi maksudnya memang benar itu air kencing. Air yang keluar tu sangat sedikit dan bukannya menitis pon.

saya ada baca step untuk orang yang kencing tidak lawas seperti pastikan air kencing tidak keluar, istinja dan balut guna tisu, tetapi masalah saya air kencing itu akan berhenti cuma saya kena tunggu lama sangat untuk benar2 pastikan air kencing itu tiada di hujung kemaluan. Jadi nak balut pon kena tunggu lama. Hal ini juga sebabkan saya selalu solat lewat dan tak berjemaah sebab nak tunggu air itu kering. Kadang2 waktu subuh pon terlepas sbb saya terpaksa tunggu hampir berjam untuk kering. Kerana saya ada baca yang saya tidak diketegorikan dalam kalangan salisul baul sbb air kencing saya akan berhenti dan saya hanya boleh solat apabila waktu air kencing itu tidak lagi keluar.


macamna ni ustaz nak capai taraf cuci yang betul...tak kan nak duduk dlm tandas lama lama ...boleh ke lepas saya buang air, cuci dan terus keluar dan jangan chek lagi anu nya tu masih ada air atau tidak? Saya sebernanya sudah penat dengan perkara ni. Hidup saya jadi tunggang langgang dan menyusahkan ramai orang. Lagi teruk waktu kerja sbb saya ada masa yang sesikit ja untuk solat. Kadang time nak solatlah time tu rasa tak tahan nak kencing. Masalah was2 juga dah datang. Saya dah pergi jumpa Doktor tapi tiada masalah. Ada ka apa2 penyelesaian untuk masalah saya ini. 

message user image

Assalamualaikum. Adakah memadai ketua keluarga seorang sahaja yang melakukan ibadah korban untuk seluruh keluarga. T kasih. 

message user image

Assalamualaikum saya perlukan bantuan berkenaan ibadah korban

 

Arwah ayah saya pernah mewasiatkan untuk mejalankan ibadah korban bagi pihaknya. Soalan ialah nama ketika melakukan ibadah korban itu perlu nama ayah sahaja atau bagaimana? 

 

Dan hukum pengagihan daging korban tersebut. 

 

Terima kasih tuan

message user image

Assalamualaikum tuan mufti.

Saya hendak bertanya tentang najis berat.

Beberapa hari yg lepas, saya makan di sebuah restoran. Apabila hendak masuk ke kereta, saya perasan terdapat najis di laluan bawah pintu kereta saya tempat saya keluar. Najis tersebut kelihatan sudah penyek diyakini sudah dipijak. Jadi saya rasakan saya yang terpijak semasa keluar kereta sebelum itu. Saya juga merasakan najis tersebut najis anjing kerana terdapat banyak anjing di kawasan tersebut.

Hari tersebut agak panas, jadi seingat saya, saya tiada memijak kawasan basah jadi saya rasa tapak kasut saya kering. Dan najis yang penyek tersebut jugak kelihatan kering. Jadi saya beranggapan najis tidak berpindah kerana kering dengan kering. Akan tetapi selepas itu apabila saya melihat semula, terdapat kesan hitam kering di bawah kasut saya. Saya tidak pasti jika itu adalah najis anjing tersebut kerana warnanya agak berlainan. Akan tetapi saya mempunyai OCD dan penyakit waswas yang teruk, menyebabkan saya berasa gelisah tentang kesucian kasut saya. Sehinggakan sedikit pasir di kasut saya pun saya mengganggap itu adalah najis anjing kerana najis anjing yang kering boleh menjadi seperti habuk2. Jadi saya tak pasti sama ada kasut saya bernajis anjing atau tidak.

Saya berfikir untuk menyertukan sahaja kasut saya dengan sabun taharah kerana waswas. Akan tetapi muncul lagi persoalan lain. Apakah hukum kawasan yang sudah dipijak dgn kasut tersebut? Walaupun tiada ain najis, saya risau jika ada najis hukmi kerana tidak pasti samada basah atau tidak. Saya juga ada memijak lantai halaman rumah yg dilalui kasut tadi. Saya juga waswas kerana kaki saya selalu berpeluh jadi bagaimana jika terdapat najis pula berpindah pada tapak kaki saya? Bagaimana selepas itu saya memijak di merata tempat dan memegang kaki saya lalu memegang merata tempat? Bukankan akan menyebarkan najis kemerata tempat? 
 

message user image

Kedudukan kerusi bagi saya yang solat duduk. Saya boleh berdiri seperti biasa dan saya duduk bermula daripada sujud dan seterusnya. Macam mana keadaan saya kedudukan kerusi tu di mana sebenarnya.

Ada yang kata saya berdiri sama saf macam makmum lain. Kalau macam itu kerusi saya akan mengganggu makmum lain dibelakang saya. Tapi kebiasaannya waktu subuh tu ramai pun jemaah solat satu saf pun tak penuh.

Di mana kedudukan saya dan kerusi saya?

  1. Waktu subuh
  2. Selain waktu subuh

Tapi waktu saya pergi umrah, ada jemaah ni tegur jemaah umrah yang lain sebab dia punya kerusi kebelakang tak sebaris dengan saf orang yang lain.

Saya sekarang ni solat letakkan kerusi tu satu baris dengan saf jemaah yang lain. Sebab saya tengok orang ramai dan semasa saya pergi umrah pun orang letak kerusi sebaris dengan makmum yang lain. Oleh itu, saya akan berdiri depan daripada makmum yang lain. Mohon penjelasan...

message user image

Asalamualaikum tuan,saya ingin bertanya apakah wuduk saya sah dan najiskah pakaian yang saya sentuh pada jari saya ada kesan luka darah kering pada celah kuku jari saya ,saya telah pun mencuba pelbagai cara hendak menyucikan kesan darah kering atau beku pada celah kuku jari saya tetapi agak rumit dan menyakitkan dan masih ada kesan darah kering dan beku di celah jari kuku ,terus saya berwuduk dan solat walaupun ada masih ada kesan darah kering atau beku ada pada jari celah kuku jari saya ,dan saya mencuba lagi membersihkankan dengan pelbagai cara kesan kering atau beku yang ada celah kuku jari saya secara berselang atau berperingkat iaitu membersih dari pagi dan menyambung dari petang baru nampak darah kering itu mula menghilang persoalannya adakah sah wuduk dan solat saya dan juga bernajiskah pakaian saya yang telah saya sentuh menggunakan jari yang luka ada kesan darah kering dan beku padahal saya pun telah membersih jari tangan saya sebelum saya sentuh pada pakaian ,tetapi  masih ada kesan dari kering tersebut mohon perjelasan tuan.

message user image

Assalam, 

Bagi jemaah Haji lelaki tidak boleh memakai pakaian yang berjahit semasa berpakaian ihram. Sekiranya pakaian dalam lelaki tidak dijahit tetapi digam menggunakan pelekat yang digosok untuk mencantum bahagian pakaian dalam lekaki, apakah hukum memakai pakaian yang digam tetapi bukan dijahit? 

Terima kasih.

message user image

Sah tak solat orang cacat akal

message user image

Salam ustaz. 

 

Surau tempat saya ada surau dua tingkat. Tingkat atas terkebelakang sedikit daripada ruang solat bajagian bawah. Masih boleh nampak imam dan mamkum daripada tingkat atas.

Tangga untuk naik ke tingkat atas terletak di bahagian luar sebelah kiri dewan solat. Kedudukannya tangga setengah barisan dewan solat. 

 

Surau bercadang untuk mengadakan solat jumaat dengan makmum akan menggunakan ruang sebelas atas.

 

Soalan.

Adakah dikira terputus saf untuk makmum yang solat di bahagian atas?.

Sekian. Terima kasih

message user image

Asalamualaikum tuan, saya ingin bertanya apakah hukum terpijak lopak air ada kesan tapak kaki babi ,sebab pada malam disekitar rumah saya hujan dan babi babi berkeliaran sekitar rumah saya , keesokan petang pula saya berjalan  di sekitar rumah lalu dengan tiba-tiba saya terpijak lopak air dan ternampak ada kesan tapak kaki babi yang berada di sekitar rumah saya persoalannya apakah hukum terpijak lopak air ada kesan tapak kaki babi

 

message user image

Assalamualaikum WBT,

kepada S.S Dato' Anhar Bin Opir, Dato' Mufti Negeri Selangor,

SOALAN BERKAITAN IBADAH KORBAN : Apakah hukum pihak pengurusan program korban mencampurkan kesemua daging lembu tanpa mengikut nombor lembu yang telah ditetapkan. Peserta telah membayar pada kadar bayaran yang sama iaitu RM900 untuk 1 bahagian, tetapi peserta tidak memilih lembu. Jika tiada masalah untuk pihak pengurusan mencampurkan daging lembu tersebut, adakah perlu mendapatkan keizinan daripada peserta korban. Sekian Terima Kasih.

message user image

Assalamuaikum,

saya baru tahu tentang hukum qauli dalam solat seperti bacaan fatihah perlu telinga kita dengar .Masaalah nye selama ini saya sembahyang tanpa mengetahui hukum tersebut adakah saya perlu qado semua solat yg terdahulu.

message user image

Assalamualaikum wbt

Bolehkah dilakukan ibadah qurban ke atas nama seorang yang telah meninggal dunia tanpa wasiat daripada beliau?

Adakah lebih baik/betul ibadah qurban tersebut dilakukan atas nama seorang (contoh: anak) yang masih hidup dengan persetujuaan daripada tuan empunya diri dan pahala sedeqah daging qurban itu diniatkan buat bapa/ibu yang telah meninggal dunia?

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum ustaz, 

Maaf bertanya tidak berlapik tetapi saya sangat terbeban memikirkan hal berkaitan najis air mazi ini. 

Ade air mazi yang terkena pada seluar saya semasa saya terangsang, kemudian ia kering. Keesokan harinye saya terlupa dan memakai kembali seluar itu. Tambahan pula saya juga mempunyai keputihan yang tak menentu dan mungkin seluar saya agak lembap. 

Kemudian saya ke kedai perabot untuk membeli tilam, atas kealpaan saya terduduk di slaah satu tilam contoh yang dipamerkan. 

Jadi adakah najis air mazi yg sudah kering dan keputihan saya akan berpindah ke tilam dikedai tersebut?

Pada ketika itu seingat saya tseluar saya kering tapi saya masih ragu ragu jika dia basah dan saya x perasan. 

Apa yang perlu saya buat? Saya tak mampu membelinya 

Harap dapat menjawab pertanyaan saya .saya amat buntu memikirkannya. Maaf agak panjang. 

 

message user image

Assalamualaikum w.b.t.

Bab kurban.

Bolehkah fakir miskin yang menerima daging kurban menjual daging tersebut?

Terima kasih.

message user image

Assalaimualaikum,sy Ada ank umur 4 bln minum susu formula.ank sy kencing dlm buaian Dan air kencingnya menitis keluar sampai bawah lantai Dan sy nampak ainnya.cuma sy xtahu Dan xnampak percikan masa sy angkat keluar ank dri Kain buaian n maybe sudah terpijak Dan jalan merata dlm bilik Dan rumah

 

Agak Susah nk alirkan air SBB dlm rumah ade sofa,meja, carpet Dan tilam.bagitahu suami mesti dimarahinya .ank sy juga tidak boleh tinggal lama untuk sy buat semua ITU.

message user image

Assalamualaikum kpda phak mufti selangor

Bismillahirohmanirohim

Dalam zaman y serba canggih skrang ini kita dapat mendengar dan mghafal al quran begitu mudah dengan menggunakkan berbagai platfrom dan salah satu darinya ialah handfon,

Sya ada kebimbangan apakah hukum/boleh sya mendengar lalu mgikuti baca alquran dengan mggunakan earfon bluetooh semasa didalam melakukan ibadah solah,sya brharap pihak mufti dpt mberi jawap dgn segara lagi terbaik agar sya dpt melakukan ibadah solah dgn lebih smpurna,sekian terima kasih

message user image

Assalamualaikum Tuan.

Semoga kita semua dirahmati Allah SWT. 

Apakah hukum Solat Jumaat sekiranya Khatib tidak membaca ayat Quran dalam Khutbah?

Perkara ini hanya dimaklumkan kepada pihak AJK selepas beberapa hari kemudian.

Adakah pihak AJK perlu membuat pengumuman kepada ahli kariah sekiranya Solat Jumaat tersebut tidak sah?

Sekian, terima kasih.

 

message user image

Asalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum terkena lalat bangkai babi , persoalannya saya balik dari sekolah dan saya ternampak ada bangkai babi di tepi jalan sewaktu saya hendak balik dari sekolah tiba tiba muncul seekor lalat dari bangkai babi tersebut lalu lalat itu hinggap di pakaian sekolah saya persoalannya apakah hukum terkena lalat dari bangkai babi itu mohon penjelasan tuan.

message user image

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bab Kurban.

Pejabat MB telah memberi surau kami 1 ekor lembu kurban.

Antara syaratnya bahagian lembu ini tidak boleh dijual dan hendaklah diletak nama asnaf,fakir sebagai peserta kurban.

Soalan, bolehkah AJK & Iman diletakan sebagai nama peserta kurban lembu tersebut?

Sekian. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan badal haji. Apakah hukum membuat badal haji lebih dari satu nama? Sebab saya ada melihat postingan berkenaan badal haji yang dibuat lebih dari satu nama adalah haram. Saya sedang merancang untuk membuat badal haji untuk arwah bapa saya melalui seseorang yang membuat perkhidmatan badal haji. Oleh itu saya ingin bertanya untuk mendapatkan penjelasan atas perkara ini. Terima kasih.

message user image

Asslamualaikum. Saya nak tanya. Kalau saya dah basuh telur ayam tersbut sblum goreng. Sy tak perasaan ada sedikit lagi najis ayam yang melekat pada kulit telur.soalan sy air yang jatuh ke lantai semasa saya pegang telur masih bernajis setalah dibasuh wajib dikira najis tak. Macam mana nak bersihkan kerana mungkin telah menyebar ke kawasan lain dalam rumah.

message user image

Assalamualaikum wbt, saya nak tanya apa status mak tiri ini jika :-

Sebelum ini ibu saya dibesarkan oleh mak susuannya(nenek) dan suami (atuk) bersama lagi seorang pakcik yg juga merupakan anak susuan. Setelah itu mak susuan meninggal dunia dan atuk berkahwin lagi dengan nenek yang baru. Apakah status nenek tersebut, dikira nenek tiri(jadi mahram) untuk kami, atau tiada hubungan selepas atuk meninggal dunia? 

Dia jadi nenek tiri kepada kami atau tiada  dikira tiada hubungan dan boleh batal wudhu’ jika bersentuhan dengan cucu lelaki?

message user image

Apa yang saya pernah belajar dahulu rukun solat

1. Niat

2. Qiyam atau berdiri betul

2. Takbirratul ihram

3. Al-fatihah

4. Rukuk

5. Sujud

6. Tahiyat akhir

Kalau solat fardhu @ sunat boleh ke buat yang rukun sahaja?

Macam rukuk tak baca "sub hanarabbial...'. Begitu juga sujud. Buat gerakkan sahaja

 

message user image

Jika seseorang itu baligh tetapi dia tak sedar bahawa dia sudah baligh. Oleh itu, dia tidak melakukan mandi junub. Selepas 2 tahun berlalu baru dia sedar yang dia sudah baligh dan dia terus mandi junub, persoalannya patut ke dia qada' balik semua solat dan puasa dia sepanjang 2 tahun tu ?

message user image

Assalamualaikum,

Baru² ni saya ada cuci kesan tanah di simen depan rumah. Saya jirus dengan air tetapi susah untuk tanggal, saya sental menggunakan selipar. Kemudian saya menggunakan selipar tersebut dalam keadaan basah menaiki kereta. Kemudian saya perasan di atas simen tu ada lagi kesan tanah lain, apabila saya cek ia berbentuk tapak kaki anjing. Saya pasti yang saya cuci pada awal mulanya bentuk yang sama. Perlu kah saya menyertu semua tempat yang saya pijak munggunakan selipar tersebut

message user image

Apakah hukum sesaorang menjadi imam walhal dia berhutang. 

message user image

Sah kah umrah badal untuk orang yang telah meninggal dunia tetapi si mati pernah menunaikan umrah semasa hidup?

message user image

Assalamualaikum, Tuan Mufti. Saya ada persoalan berkaitan 'Sujud Tilawah'.

Jika seseorang itu tidak mampu melakukan sujud tilawah (atas faktor adanya halangan) selepas membacanya/mendengar ayat Sajadah, adakah kita perlu membaca zikir penggantinya (iaitu zikir: سُبْحَانَ الله وَالْحَمْد لله وَلَا إِلَه إِلَّا الله وَالله أكبر وَلَا حول وَلَا قُوَّة إِلَّا بِاللَّه الْعلي الْعَظِيم )? Boleh saya tahu juga kesahihan zikir ini?

Terima kasih, Tuan Mufti.

 

message user image

Assalamualaikum..saya ingin bertanya

saya bernazar sekiranya saya berjaya memperoleh markah A dalam subjek matematik dalam peperiksaan spm saya akan berpuasa selama sebulan berturut-turut. Alhamdulillah saya dapat markah A dalam subjek tersebut.Jadi saya teruskan dengan nazar saya.Namun demikian setelah berpuasa hingga hari yang ke-18 saya dah batalkan puasa saya sebab dah tak larat(untuk 1 hari je yang saya batalkan) kemudian hari yang ke 19 hingga hari yg ke 30 saya dapat teruskan puasa saya.

Persoalan saya ialah bagaimana saya perlu gantikan puasa saya yang terbatal tu? Kalau kene bayar kaffarah berapa yang perlu saya bayar ?dan  bolehkah duit itu saya masukkan dalam tabung fakir miskin di masjid? sebab kalau nak pergi ke MAIS/JAIS saya agak keberatan dan ada masalah tertentu yang tak boleh saya elakkan. sekian 

mohon pencerahan.

 

message user image

Assalamualaikum wbt.

Semasa mengerjakan haji yang lepas, saya mendapati tapak kasut saya mempunyai sedikit kotoran yang melekat setelah selesai tawaf wada'. Ianya telah dipegang dalam plastik semasa melakukan tawaf. Tidak dapat dipastikan asal kotoran tersebut sama ada berunsur najis atau tidak dan tidak pula diketahui bila ia melekat. Apakah hukum tawaf yang telah dilakukan itu?

Butiran pasir yang melekat di tapak kasut setelah kembali ke Malaysia, adalah ianya perlu dikembalikan? Saya dimaklumkan bahawa, jika batu daripada tanah haram, ia mesti dikembalikan manakala butiran pasir kecil adalah dimaafkan. Sekecil manakah dikira sebagai kecil? Butir pasir yang melekat di tapak kasut saya sebesar satu pertiga biji beras. 

message user image

Assalamualaikum..saya dalam proses bertaubat.soalan saya ialah didalam pekerjaan saya.saya pernah terkena najis mughallazah tapi saya tidak pernah mencuci dengan cara yang betul..hal demikian telah lama terjadi dan saya telah lupa sebahagian tempat yang terkena najis,apakah yang harus saya lakukan?saya Khawatir solat saya tidak diterima Allah.Terima kasih

message user image

Assalaimualaikum..

Maaf menggangu.. persoalan saya disini ..

Saya membela kucing..dan jenis kucing saya ni terlalu manja..tanpa mengira sesiapa saja dia tetap mendekatkan diri untuk bermanja..walaupun anjing.. apakah hukum nya nak pastikan kesucian kucing tu disebabkan anjing jilat kucing saya sebab menunjukkan bukti sayang mereka sesama sendiri ye? Adakah kotor dan menjadi najis mughalazah? Ataupun kucing itu masih dianggap suci disebabkan kucing mampu membersihkan diri sendiri? Mohon pencerahan sekiranya tidak keberatan..

message user image

Saya mengamalkan bacaan doa selepas tahiyat akhir, sebelum salam ddalam solat fardu. Sekiranya saya berjamaah mengikut imam, dan imam memberi salam sebelum saya habis membaca doa, apa patut saya buat? Teruskan baca doa dan memberi salam sendirian, atau saya perlu mengikut imam utk beri salam tanpa habis berdoa. Terima kasih

message user image

ASSALAMUALAIKUM TUAN,

SAYA INGIN BERTANYA TENTANG SOLAT SUNAT AIDIL ADHA IAITU ADAKAH DISUNATKAN TAKBIR SELEPAS SOLAT SUNAT AIDIL ADHA ATAU TIDAK PERLU TAKBIR DAN TERUS KHATIB NAIK ATAS MIMBAR UNTUK BERKHUTBAH KERANA MENJAGA MUALAT. TERIMA KASIH.

message user image

Assalamualaikum, Saya ada satu soalaan untuk di kemukakan. Menurut fahaman saya, Jikalau seseorang sedang berpuasa sunat dan di ajak makan bersama dengan tuan rumah kawannya atau lain-2 perlu di buka puasa-nya. adakah jikalau saya sedang berpuasa dan di ajak oleh ibu ayah saya wajib membuka puasa? Apakah hukum-nya, terima kasih alhamdulilah.

message user image

Assalamualaikum w.b.t. Saya telah biasa mengerjakan solat sunat subuh sebelum melaksanakan solat fardhu. Suatu hari, saya dan keluarga semuanya telah terlajak tidur dan saya bangun hanya selepas waktu subuh tamat, sekitar jam 7.30 pagi. Saya teringat saya pernah mencapai telefon bimbit bagi memadamkan alarm (alarm berbunyi 10min sebelum subuh), tapi tak sedar saya tidur semula sehingga terlepas waktu subuh. Saya pun bergegas untuk menunaikan solat. Soalan saya;

1) Bolehkah saya mengerjakan solat sunat subuh terlebih dahulu walaupun telah terlepas masanya, dan perlukah niat qada'?

2) Perlukah saya niat qada' subuh, ataupun tunai kerana tidak sengaja bangun lambat?

3) Memandangkan anak dan isteri saya juga tidak sedar, perlukah saya kejutkan mereka sebelum mula solat, ataupun biarkan mereka bangun sendiri kerana waktu subuh telah pun berlalu?

Terima kasih.

message user image

Assalammualaikum, saya ingin bertanyakan mengenai cara solat yang betul. Saya selalu mendengar kita kena khusyu' dalam solat namun sampai ke masa sudah saya masih tertanya-tanya apakah khusyu' itu sebenarnya. Saya ada membaca buku berkenaaan kisah para sahabat dan ada di sana diceritakan bila khusyu' walau kaki dipotong mereka tidak akan terasa apa-apa. Kisah ini juga membuatkan saya berasa musykil adakah cara solat saya ini betul atau ada bahagian lain yang saya perlu perhatikan untuk mendapatkan kekhusyu'kan solat. Saya teliti kembali rukun solat dan ketiga belas rukunnya jelas. Selepas berfikir seketika, adakah untuk mendapatkan kekhusyu'kan itu, teknik pernafasan yang tertentu perlu ketika solat? Saya pernah mendengar salah mencuri nafas ketika mengaji. Jadi, adakah ketika solat kita juga harus menggunakan teknik pernafasan tertentu untuk elakkan mencuri nafas sewaktu membaca ayat-ayat quran? 

message user image

Assalamualaikum 

Permasalahan yang sedang saya hadapi adalah berhubung dengan suami yang lalai tentang solat (jarang-jarang solat) dan juga meremehkan tanggungjawabnya sebagai suami. Walaupun telah sering kali saya beri nasihat namun beliau tidak memperdulikannya, bahkan ada kalanya ia memperlekehkan nasihat saya. Sejujurnya saya amat kecewa dengan sikapnya namun saya masih boleh bersabar dan bertahan walaupun perkahwinan ini telah pun mencecah 34 tahun dengan harapan beliau akan berubah . Tetapi nampaknya hingga kini saya tak nampak ia berubah. Persoalannya apakah kedudukan saya sebagai seorang isteri bilamana suaminya ingkar perintah Allah, khususnya meninggalkan solat yang merupakan tiang agama. Saya pernah terbaca tentang pengertian fasik. Ada ketikanya saya terlalu benci dengan sikapnya hingga menimbulkan hilang hormat kepada beliau. Perlukah saya memohon perceraian, walaupun hakikatnya ianya sesuatu yang amat berat untuk saya ambil keputusan ini, memandangkan banyak faktor, lebih-lebih lagi diusia kami sebagai warga emas.  Termasuk memikirkan kesihatannya, dimana beliau sedang menjalani rawatan dialisis diusianya lewat 70an. Sekiranya saya meneruskankan perkahwinan ini, adakah saya berdosa . Kebelakangan ini fikiran saya semakin terganggu dan rasa bersalah kerana memikirkan permasalahan ini. Kemungkinannya telah terlalu lama saya pendam. Sesunggohnya saya amat memerlukan rujukan. Saya amat hargai nasihat tuan dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

 

message user image

Assalamualaikum.

Saya merupakan pelajar untuk program professional antarabangsa. Ujian bagi program professional tersebut adalah mengikut waktu di United Kingdom (UK). Bagi waktu di Malaysia, ujian akan berlangsung pukul 1.30pm hingga 4.45pm. Pelajar diminta untuk memasuki dewan pada pukul 1pm. 


Ini bermakna waktu ujian tersebut bermula sebelum waktu Zohor dan berakhir pada waktu Asar. Saya ingin bertanya apakah yang perlu saya lakukan kerana tiada toleransi diberikan untuk memasuki dewan lambat. Adakah dibenarkan untuk solat Jama' bagi solat Zohor itu dengan solat Asar atau Qadha' solat Zohor setelah habis peperiksaan.

Saya berharap pihak tuan dapat menjawab persoalaan saya ini. Terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum Ustaz

Saya merupakan seorang pesakit kanser ovari tahap 4. Telah menjalani beberapa kali pembedahan di perut. Keadaan saya sekarang mempunyai perut yg besar.

Masalah dan kemuskilan saya ialah tentang wudhu saya sebab saya selalu ada rasa macam setitis air kencing di hujung kemaluan walau saya dah cuci banyak kali. Saya jangka sebab tekanan dari perut ke pundi kencing yg menyebabkan masalah ini. Saya dah bertanya pada doktor tapi tak ada penyelesaiannya.  Saya susah hati tentang solat saya sebab kadangkala saya tetap teruskan solat walaupun ada rasa was2. Bolehkah saya lap kemaluan saya selepas wudhu untuk pastikan tidak ada air yang mengalir keluar. Mohon penerangan yg jelas dari ustaz. T.kasih ustaz. 

message user image

Assalamualaikum, pada bulan Januari 2023, saya telah melaksanakan umrah dan melakukan tawaf wada' dan ada menyentuh kaabah tanpa mengetahui kesannya. Saya sudah merujuk Facebook Dr Syed Shahrizan mengatakan bahawa tawaf masih sah mengikut pandangan mazham imam syafie kedua disebabkan kes viral 'umrah tidak sah menyebabkan cucunya xsah'. Namun saya masih was ii sama ada ia hanya boleh  digunakan hanya untuk kes kritikal beliau sahaja atau untuk saya yg masih tiada anak lagi. Jika dikenakan dam, bolehkah terangkan secara detail denda yang saya perlu bayar? Sekian terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya tentang ibadah Qurban.

Saya telah membeli seekor anak lembu untuk saya melakukan Qyrban pada tahun hadapan. Ketika ini saya membela lembu tersebut sehingga cukup umur untuk di Qurbankan.

Sebagaimana yang saya tahu Qurban saya menjadi Qurban Wajib. (Qurban Ta'yin)

Soalan saya...

Adakah Niat Qurban saya terpakai untuk keseluruhan lembu tersebut atau hanya satu pertujuh bahagian dimana saya boleh sedekah pada orang lain yang enam bahagian itu.

Saya dahului dengan ucapan tetima kasih atas jawapan Tuan

Sekian.

 

message user image

Assalamualaikum wbt, pada bulan Januari 2023, saya telah melakukan umrah. Dan semasa melakukan tawaf wada' saya ada menyentuh kaabah dan hijir ismail semasa tawaf tanpa mengetahui kesannya. Saya yakin bahawa umrah saya sah sehingga bapa saya mengatakan 'nasib baik xsentuh hijir ismail tadi' di dalam bilik hotel di Mekkah terus membuatkan saya rasa cemas bahawa tawaf saya tidak sah kemudian saya terus melupakannnya kerana sibuk kemas beg untuk berangkat ke airport Jeddah. Saya terus pulang ke Tanah Air tanpa membayar apa ii dam. Namun ketika adanya kes viral "seorang pakcik tidak mempunyai cucu yg sah kerana menyentuh kaabah semasa tawaf" terus membuatkan saya risau terhadap ibadah umrah saya. Saya telah merujuk posting Facebook Dr Syed Shahrizan ( timbalan mufti) bahawa tawaf masih sah mengikut pandangan mazhab syafie kedua. Adakah pandangan tersebut boleh digunakan menyentuh kaabah sahaja atau termasuk menyentuh syazarwan & hijir ismail?. Adakah umrah saya sah atau dikenakan dam. Jika ada dam boleh jelaskan apa yang perlu saya bayar. Sekian terima kasih.

message user image

Jadual Perjalanan

Sedikit latar belakang , alhamdulillah saya bakal menjadi suami pada 26 Ogos nanti. Sekarang ni saya menetap dengan sewa bilik di KL.
Pada hari khamis saya akan pergi ke kampung saya di Port Dickson, di sini jarak Port Dickson dan bilik sewa saya di KL lebih dari dua marhalah jadi saya boleh jamak qasar.
Tapi pada hari jumaat saya akan bergerak ke tempat nikah dan sandin saya di Kelana Jaya. Boleh ke saya jamak qasar di Kelana Jaya?
Saya akan nikah pada hari sabtu, dan selepas kenduri saya akan pulang ke rumah mentua di Nilai, boleh ke saya jamak qasar di sini?
Untuk pengetahun ustaz, tempat saya menetap selepas berumah-tangga di USJ. Jadi saya akan balik dari rumah mentua pada isnin tengahari.
Walaupun belum menetap tapi saya memang dah niat untuk tinggal di USJ bersama bakal isteri saya untuk jangka masa yang lama, jadi saya tidak jamak di USJ.
Selepas itu, saya akan pergi ke cameron highland untuk bercuti. Boleh saya jamak qasar di sini?
Khamis petang saya akan pulang ke USJ, jadi saya akan solat seperti biasa. Selepas beberapa seketika saya akan ke Port Dickson 3 hari sehingga Ahad. Boleh saya jamak qasar di sini?

message user image

1) Assalamualaikum Ustaz saya nak tanya ? Jawapan istikharah boleh berubah tak ? Contoh kita buat bulan ni january jawapan dapat macamni. Kemudian buat pulak bulan december jawapan dapat mcm lain.

2) Kawan perempuan saya buat istikharah berkenaan soal saya ini jodoh dia atau tidak, dia bagi jawapan saya tidak sesuai kerana saya cepat marah. Tapi menurut saya pula, saya cakap saya memang tengah teruk dan belum bertaubat ketika itu. Sekarang saya sudah bertaubat dan bersungguh sungguh untuk perbaiki akhlak dan agama saya untuk menamatkan zaman bujang saya dan berkahwin dengannya. Saya memohon agar Allah jodohkan saya dengannya amin. Saya tidak akan berputus asa insyaAllah seperti abu nawas. Boleh beri penjelasan tak. 

message user image

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada kemusykilan berkenaan dengan topik "Sumpah".

Saya pernah berniat di dalam hati begini..."Aku bersumpah malam ini aku akan bangun untuk tunaikan solat tahajjud".Tetapi tiba malam itu saya tidak bangun untuk tunaikan solat tahajjud.

Soalan saya :
1) Adakah sumpah saya di kira sah walaupun saya tidak bersumpah dengan nama Allah?

2) Adakah saya perlu membayar kafarah?

Mohon pencerahan.Terima Kasih.
Waasalamu.

 

 

message user image

Assalamualaikum Ustaz. Saya ada kemusykilan berkaitan solat yang sah.

Saya bekerja di pejabat. Selepas saya menggunakan tandas, dan semasa berjalan ataupun duduk,kadang-kadang ada saki baki air yang akan keluar daripada kemaluan. Terutamanya jika sebelum ke tandas saya ada minum air dan suasana sejuk disebabkan penghawa dingin. Oleh sebab saya berada di luar daripada rumah, ia agak sukar untuk saya membersihkan tempat tersebut dan pakaian dengan secara efektif. 

Soalan saya adalah ketika waktu pejabat, apakah hukum solat zuhur dan asar yang saya kerjakan ?

message user image

Solat Jamak takdim (zohor ) dan qasar dengan mengikut imam yang kita tidak pasti dia bersolat tamam atau qasar. Jika kita mengikut berjemaah dalam situasi di atas, boleh kita mengikut imam? Jika boleh , perlu berniat qasar atau tamam.

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ingin bertanyakan soalan, setelah saya habis cuti semester belajar, dan kembali ke rumah sewa , saya dapati ada beberapa kawasan di bilik rumah sewa saya mempunyai najis tikus, jadi setelah sehari saya biarkannya, saya cuma ambil najis itu dengan tisu tanpa mencuci dan membasuh lantai di kawasan yang berkenaan, pertanyaan saya, apakah hukum dan pendapat dari Pihak Jabatan Mufti Selangor sekiranya saya terpijak kawasan najis tersebut? Tambahan, sekiranya ada kencing tikus di tilam, apakah solusinya tuan/puan, saya agak was2 dan tak yakin bersih untuk cuci kawasan tilam yang terkena air kencing tersebut . Sekian, Terima kasih. 

message user image

Assalam Ustaz,

Saya ada satu soalan umum sekiranya jemaah Umrah yg berumur 10 tahun yg belum baligh melakukan kesilapan semasa Umrah adakah dikenakan Dam contoh ketika tawaf terbatal wudu dan meneruskan pusingan sehingga cukup 7 pusingan disebabkan jahil ilmu dan sudah bertahlul dan sekarang sudah berada di Malaysia jadi mcm mana cara utk membayar Dam sekiranya diwajibkan.

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan yang dihormati,

Saya ingin bertanyakan soalan, adakah lantai rumah dikira najis sekiranya kita hanya membuang dan ambil najis tikus yang kering tersebut(tiada kepastian ianya kering atau tidak) dengan tisu kering tanpa mencuci lantai tersebut dengan air.

Kedua, sekiranya pakaian kita terjatuh dan kita juga mungkin memijak kaki kita ke permukaan lantai yang terkena bekas najis tikus tersebut(tanpa kita cuci permukaan lantai yg terlibat itu), adakah pakaian dan tapak kaki kita itu dikira terkena kotoran najis tikus tersebut.

Justeru itu, saya juga tidak yakin untuk mop permukaan lantai rumah yang terkena najis tersebut, kerana berasakan kotoran itu tidak bersih sepenuhnya,

Mohon pencerahan daripada Jabatan Pihak Mufti, Tuan/Puan, 

Sekian, Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum, saya nak bertanya mengenai solat jamak. Saya jadi was-was apabila mndengar dua pendapatan dari orang. Saya duduk rumah sewa di kawasan Selangor, dan balik ke rumah orang tua di Pahang. Boleh kah saya solat jamak di rumah orang tua  saya sebelum saya berangkat pulang ke Selangor bila dah masuk waktu solat dan tidak lebih dari 3 hari? Ada orang bagitahu saya tak boleh buat solat jamak di rumah orang tua saya disebabkan rumah di Pahang itu juga adalah rumah saya seumpanya itu rumah kedua saya (rumah tetap). 

message user image

Assalamualaikum 

Soalan saya apakah tanggungjawab isteri semasa menunaikan haji bersama suami?

Kebiasaannya bila berada diMekah dan Madinah suami dan isteri duduk bilik berlainan. Adakah salah jika isteri menguruskan diri sendiri bersama rakan2 sebilik semasa musim haji kerana dirasakan boleh lebih fokus dan yakin suami sihat dan boleh menguruskan diri sendiri? Selain lebih fokus ianya juga untuk elak dari pergaduhan dengan suami

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum.

Saya bakal buat majlis Aqiqah untuk anak perempuan saya. Rata2 berat kambing yg disediakan oleh pihak katering untuk aqiqah adalah dari 7-14kg shj. Soalan sy, Adakah ia cukup syarat sah/ cukup umur bagi sembelihan aqiqah? Boleh saya tahu aggaran berat bagi kambing yg cukup umur? terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Apakah hukum menggunakan kambing liar ataupun kambing gurun bagi tujuan melaksanakan aqiqah?

message user image

Assalamualaikum ustaz/ustazah, tuan/puan

Saya ingin bertanya berkaitan tentang penyucian. 

Pertamanya, jika najis air mani atau mazi yang terkena pada cadar katil. Memandanngkan cadar itu tebal dan susah utk dibasuh bolehkah saya membuangnya tanpa membasuhnya. Adekah apa apa hukum islam berkenaan membuang pakaian atau cadar yang terkena najis mazi atau mani sebelum membasuhnya. Adakah dibenarkan dalam islam.?

 

Keduanya, saya menghadapi was was cara membasuh pakaian yang terkena najis maI dan mani terutamanya apabila sudah kering dan tidak nampak. Bagaimana nak membasuhnya. Saya pernah terbaca cara membasuhnya cukup sekadar mengalirkan air mutlak sahaja hingga hilang bau, warna dan rasa. Sebnayak mana air mutlak yang hendak saya alirkan ? Dan perlukah saya merendamnya? Bagaimana hendak tahu ia telah suci. Sebab saya sangat kuathir akan najis hukmi yang berpindah pindah. 

Terima kasih banyak terlebih dahulu. 

message user image

Assalamualaikum jabatan mufti selangor, saya ada bagi kucing saya makan hill wet food untuk rawatan batu karang. Saya tahu yang makanan tersebut mengandungi daging khinzir. Tangan saya ada terkena makanan tersebut. Masalah utamanya kawasan saya tak ada tanah, jadi saya cuma basuh tangan dengan sabun biasa untuk sementara waktu. Saya tahu yang tangan saya perlu di sertu dengan air berisi tanah untuk bersih sepenuhnya dari najis mughallazah. Soalan saya adakah najis mughallazah berpindah walaupun saya sudah basuh tangan saya dengan sabun sehingga tiada lagi ain najis di tangan saya? Bagaimana dengan kawasan rumah dan pakaian saya yang saya sentuh selepas saya cuci tangan dengan air sabun, adakah ia berpindah dan perlu samak seluruh rumah dan pakaian? Mohon penjelasan dari pihak mufti.

message user image

Assalamualaikum. Soalan saya adalah adakah dibenarkan jika kita meminta seseorang untuk bersedekah bagi pihak kita? Sebagai contoh, seorang individu meminta saya untuk memilih sesuatu sebagai habuan atau hadiah. Tapi saya tak nak apa apa, cukup dengan individu itu bersedekah seikhlas hatinya kepada sesiapa pun bagi pihak saya. Tujuan saya supaya semoga sedekah itu bermanfaat dan ada pahala buat saya dan individu itu. Adakah cara itu dibenarkan? Atau salah cara dan niat saya? Jawapan Tuan/Puan saya dahulukan dengan ribuan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalas kebaikan Tuan/Puan. 

message user image

Bolehkan disatukan niat solat sunat tahajud dan niat qadha solat dilakukan sekali gus ? Solat didirikan sebelum waktu subuh.  

Terimakasih . 

message user image

Assalamualaikum. Soalan berkaitan dengan wuduk. Wajib meratakan air ke anggota wuduk. Soalan saya, bagaimana jika terdapat kesan cat pada rongga kulit bagi seorang yang bekerja sebagai tukang cat cabinet? Tidak dapat dirasakan kesan timbul cat pada kulit tapi dari mata kasar, kita boleh melihatnya ada kesan warna pada kulit. Sudah cuba untuk hilangkan menggunakan thinner tapi masih sukar hilang dan ambil masa beberapa hari untuk hilang. Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum. Saya nak bertanya berkaitan Wuduk. Apakah syarat dan bagaimana caranya jika ingin berwuduk tanpa buka stokin atau kasut? Apakah syaratnya mengikut imam syafie. Saya bekerja sebagai tukang spray cabinet di Australia. Sukar untuk berwuduk tanpa kasut atau stokin memandangkan keadaan sekitar yang tidak bersih dan tidak mempunyai tempat wuduk yang khusus. Sehingga bilakah wuduk kita boleh bertahan jika kita berwuduk dengan kasut atau stokin? Adakah sehingga ada tempat wuduk yang khusus atau sehingga kita melalukan perkara yang membatalkan wuduk? Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum ustaz/ustazah, tuan/puan

Saya ingin bertanya berkaitan tentang penyucian. 

Pertamanya, jika najis air mani atau mazi yang terkena pada cadar katil. Memandanngkan cadar itu tebal dan susah utk dibasuh bolehkah saya membuangnya tanpa membasuhnya. Adekah apa apa hukum islam berkenaan membuang pakaian atau cadar yang terkena najis mazi atau mani sebelum membasuhnya. Adakah dibenarkan dalam islam.?

 

Keduanya, saya menghadapi was was cara membasuh pakaian yang terkena najis maI dan mani terutamanya apabila sudah kering dan tidak nampak. Bagaimana nak membasuhnya. Saya pernah terbaca cara membasuhnya cukup sekadar mengalirkan air mutlak sahaja hingga hilang bau, warna dan rasa. Sebnayak mana air mutlak yang hendak saya alirkan ? Dan perlukah saya merendamnya? Bagaimana hendak tahu ia telah suci. Sebab saya sangat kuathir akan najis hukmi yang berpindah pindah. 

Terima kasih banyak terlebih dahulu. 

message user image

Salam saya selalu lewat datang masjid selepas iman utama sudah habis solat, Boleh x buat 2 atau lebih  kabilah(kumulan) iman solat... apakan hukum?

message user image

Assalamualaikum WBT Mufti
saya ada pertanyaan. nama saya yusuf zaid.
saya telah baligh selama 7 tahun. Sehingga tahun ke 5, saya baru tahu bahawa apabila keluar mani ketika tidur wajib mandi wajib (bermimpi atau tidak bermimpi).
Selama ini saya ingat bahawa keluar mani ketika tidur dengan (bermimpi sahaja) kena mandi wajb. Dulu saya belajar tentang ini dari media sosial bahawa ada orang kata mimpi sahaja baru mandi wajib. Hakikatnya baru saya tahu selama ini kena mandi wajib walaupun mimpi atau tidak.

Soalan saya, adakah saya kena qada solat saya selama ini yang dilakukan (tidak mandi wajib kerana disangkakan tidak disebabkan tidak bermimpi).|
Selama dalam tempoh tersebut, saya tidak tahu berapa banyak solat yang dilakukan ketika tidak mandi wajib itu. (kadang-kadang mimpi, kadang-kala tidak bermimpi) berselang seli. Apabila mimpi baru saya mandi wajib.
Saya tidak pernah meninggalkan solat dengan sengaja. Semua solat yang tertinggal (dengan sedar) saya telah tunaikan.

Terima kasih Tuan Mufti Selangor.
Semoga sentiasa dirahmati dan diberikan pengampunan kepa kita semua.
Assalamualaikum.

message user image

Assalamualaikum Ustaz,

Saya memohon maaf terlebih dahulu Ustaz jika penulisan dan pertanyaan saya ini panjang. Selagi saya tidak bertanya dan memohon pencerahan hati ini tidak tenang. Allahuakbar. Alhamdulillah dengan izin Allah saya bersama ibu dan makcik saudara telah selesai mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini 1444H/2023M. Kami mengerjakan Haji Tamattu', yakni mengerjakan ibadah Umrah terlebih dahulu, kemudian ibadah Haji. Alhamdulillah Allah bantu permudahkan segala urusan ibadah kami semasa di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah. Betul dugaan ujian semasa mengerjakan ibadah haji ini, saya berperang dengan was-was dan saya berjaya melawannya. Satu persatu segala kemusykilan, pertanyaan dan persoalan semuanya saya akan merujuk bantuan pembimbing Ibadah Haji dengan banyak bertanya bagi menyempurnakan ibadah rukun Haji dan wajib Haji dalam perlaksanaan ibadah Haji Tamattu.

Persoalan yang saya ingin bertanyakan ini semasa di Mekah, saya tidak terfikir dan terlintas langsung, tetapi selepas pulang ke tanah air, tiba-tiba perasaan ini datang setiap masa. Setelah pulang kembali ke tanah air, perasaan was-was yang mulanya saya yakin dahulu dia datang mengganggu saya. Saya menjadi tidak tenang.

Persoalan saya adalah semasa Umrah Wajib mula-mula dahulu semasa saya dalam keadaan berwudhuk sebelum melakukan tawaf, saya rasa was-was antara terkentut atau tidak. Macam ada keluar angin, tetapi pada ketika itu saya yakin bukan kentut. Saya dengan yakin terus melaksanakan tawaf dengan yakin sempurna dan menyempurnakan Saie dan bertahalul. Kemudian selepas selesai Umrah Wajib, saya tidak melaksanakan Umrah Sunat sepanjang berada di Mekah, tetapi hanya melaksanakan Tawaf Sunat sahaja.

Sekarang ini perasaan yang dahulu yakin tadi, berbubah menjadi tidak yakin, was-was datang mengatakan saya terkentut. Jadinya saya terfikir macam-macam bagaimana status Haji saya ini? Status Umrah Wajib saya yang dahulu bagaimana? Saya masih dalam berihram ke? Adakah masih lagi terikat dengan 13 pantang larang ihram walaupun saya dah selesai menyempurnakan Haji. Hubungan dengan isteri, ibadah seharian, perasaan ini mengganggu saya. Saya rasa takut dan tidak tenang. Sampai satu tahap, saya terfikir saya perlu membayar dam untuk menghilangkan rasa was-was ini. Apakah kaedah bayaran damnya? Perasaan yang dahulu yakin, menjadi was-was. Mohon bantu saya Ustaz untuk pencerahan dan menyelesaikan masalah saya ini. Allahuakbar. Tiada Daya Dan Upaya Melainkan Dengan Pertolongan Allah Semata-mata.

message user image

Assalamualaikum WBT..

 

Saya berasal dari Pahang. Saya sudah berkahwin dan alhamdulillah sudah mempunyai rumah di Pahang. Allah merezekikan saya untuk mendapat pekerjaan di Terengganu pada Januari 2023. Semenjak itu, setiap hujung minggu atau setiap petang khamis saya akan pulang ke Pahang kerana saya PJJ bersama Isteri saya dan pulang semula ke Terengganu pada Ahad pagi. Soalan pertama saya, Adakah saya boleh melakukan solat Jamak dan Qasar apabila pulang ke Pahang,  atau saya boleh melakukannya di Terengganu, atau kedua2nya tidak boleh. Soalan kedua, saya perjalanan dan melakukan Jamak Taqdim (Asar dalam zohor) dan apabila saya sampai ke destinasi permastautinan saya, waktu asar belum masuk. Adakah saya perlu solat asar semula apabila masuk waktu?

 

Sekian, Terima kasih.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmatnya.

message user image

Saya ingin bertanyakan soalan berkenaan membeli tudung yang mahal harga lebih kurang RM50 ke atas. Jika saya masih hidup tetapi tidak memakai tudung tersebut adakah perlu membayar zakat dan setelah meninggal dunia apakah yg perlu dibuat dengan tudung tersebut.

message user image

Solat subuh selalunya hari jumaat imam baca surah yang perlu sujud sajadah. Samalah juga semasa membaca Al-Qur'an. Kalau kita tidak hafal bacaan sujud sajadah tu macam mana?

  • Adakah kita sujud sahaja tanpa membaca apa-apa?
  • Atau waktu sujud baca tasbih lain-lain.

message user image

Assalamualaikum . saya nak tanya, saya ada beli satu rumah dan di ruang parkir kereta terdapat bekas tapak kaki anjing diatas simen yang telah kering lalu meninggalkan bekas tapak kaki anjing tersebut . Apakah saya harus sertu kawasan tapak kaki anjing tersebut atau perlu mensimen semula bekas tapak kaki anjing tersebut. 

message user image

Assalamualaikum. Saya nk bertanya bagi pihak ibu mengandung. Bila perut dh makin membesar jadi kaki tak boleh rapat ketika sujud. Boleh saya tahu keadaan tapak kaki ketika sujud untuk ibu mengandung? Adakah perlu rapatkan kedua belah tapak kaki atau selari dgn peha ( yang tak boleh rapat atas keadaan perut yang besar)?

message user image

Keadaan :

Saya tinggal di Petaling Jaya dan bekerja di Kajang di mana jarak perjalanan adalah melebihi 11 KM.

Pada hari Isnin yang lalu, saya dijadualkan untuk ke Kelantan pada jam 2 petang bagi satu penugasan dan akan pulang semula pada hari Rabu minggu yang sama

Soalan:

Bolehkah saya melakukan solat Jamak dan Qasar (Zohor dan Asar) di tempat kerja terlebih dahulu sekiranya saya berniat perjalanan bermula dari tempat tinggal saya?

message user image

1# Boleh ke saya solat jamak hari-hari sebab jarak ketempat kerja lebih dari 100km.. 

2#kalau boleh jamak boleh tak buat balik rumah atau kena solat di tempat keja.. 

message user image

Assalamualaikum tuan....saya ingin bertanya tentang najis kucing... kucing suka kencing cara memancut terkenal dinding dan percikan nya terkena mozek...dan saya bersihkan menggunakan mop dari baldi...sy bilas sebanyak 2x...selepas itu saya bilas lagi dan mop di bahagian lain... tetapi air tidak cukup 2 kolah...adakah Ianya cukup suci...?

message user image

Assalamualaikum tuan mufti

Saya hendak bertanya tentang isu najis mughalazah.

Beberapa bulan yang lepas, semasa saya berjalan, saya dapati di tempat yang saya lalui mempunyai najis yang sudah penyek, diyakini telah dipijak. Najis itu berkemungkinan najis anjing kerana terdapat banyak anjir liar berkeliaran di kawasan tersebut. Walaupun saya tidak melihat saya terpijak najis tersebut, saya merasakan 90% yakin bahawa saya terpijak kerana berada di tempat yang saya baru lalui. Apabila pulang ke rumah, saya dapati terdapat kesan hitam kecil di bawah kasut saya, dan saya tidak pasti samada itu adalah najis anjing tersebut atau bukan. Saya tidak dapat memastikan samada ada bau atau tidak kerana saya tidak mencium bau kasut itu dekat-dekat, ini kerana najis penyek tadi sudah kering, hal ini kerana najis kering kebiasaannya baunya tidak sekuat najis yang basah. Oleh kerana saya mempunyai was was yang teruk, saya memasukkan sahaja kasut tersebut di dalam plastik.

soalan saya:

1. Berdasarkan situasi di atas, adakah saya dikira memijak najis anjing? Hal ini kerana walaupun tidak jelas, saya merasakan 90% saya telah terpijak najis tersebut. Tambahan pula terdapat benda hitam yang saya tidak pasti samada itu adalah najis atau tidak. Bagaimana jika ianya benar-benar najis anjing?

 

2. Jika yang saya terpijak itu najis, saya ada kemusykilan lagi. Kasut yang saya simpan didalam plastik itu saya berancang untuk sertu sahaja untuk menyedapkan hati. Akan tetapi, sebelum saya berbuat demikian, emak saya sudah mencuci kasut tersebut seperti biasa menggunakan sabun. Tidak silap saya, saya sudah berpesan supaya tidak berbuat apa-apa kepada kasut tersebut, tetapi mungkin ibu saya terlupa ataupun tidak tau perlu menyertu. Oleh itu, saya risau jika benar-benar kasut itu hukumnya najis, jadi tangan ibu saya juga sudah berjangkit najis anjing tersebut. Bagaimana dengan barangan yang disentuh ibu saya? Bagaimana juga dengan kami yang menyentuh tangan ibu? Saya risau jika najis hukmi anjing tersebut berpindah walaupun tiada ain najis itu. Saya berpikiran untuk menyertu kasut sahaja kerana kasut itu yang mula-mulanya bernajis. Akan tetapi was was saya menjadi teruk bila memikirkan tangan ibu saya yang menyentuh kasut tersebut

 

Saya sudah stress memikirkan situasi di atas. Kadang kala saya hampir termarah ibu saya kerana mencuci kasut saya sesuka hati walaupun sudah diberitahu. Akan tetapi saya tidak melakukan demikian kerana risau mengecilkan hati ibu saya. Jadi saya berdiam diri sahaja. Sekarang saya yang berasa murung kerana pendam semuanya sendiri. Tambahan pula saya jadi risau mahu menyentuh semua barangan dirumah yang disentuh ibu saya

mohon pencerahan. Terima kasih

 

message user image

Assalamualaikum

Saya baru bela anak kucing. Kucing ni duduk di dlm rumah sahaja. Saya telah sediakan tempat berak berpasir yg sesuai. Kucing ni memang tak kencing atau berak di tempat lain. Cuma sy nak pastikan hukum jika selepas kucing ini kencing atau berak dia akan timbuskan pasir pd najisnya. Jadi perlu ke sy basuh dubur dan kakinya setiap kali dia membuang? Buat masa ini sy hanya lap dengan tisu basah. Dan apa hukumnya pula selepas kucing ini membuang dan setelah dilap, apa hukumnya pula kita peluk atau dia menggesel atau duduk di atas riba kita atau dia berkeliaran dia lantai rumah? Adakah dia masih dlm keadaan bernajis dan memindahkan najis ke lantai atau baju kita?  Sy khuatir jika ada air kencing atau najis yg masih terpalit pd bulu2 sekitar duburnya yg mungkin tak nampak. Atau sudah dikira suci kucing itu selepas dubur dan kakinya dilap dengan tisu basah? Adakah perkara ini akan menjejaskan kita utk mendirikan solat?

message user image

Assalamualaikum,

Saya hendak bertanya tentang hal sertu.Saya mendapati ada kesan air liur anjing pada tangga rumah saya, lalu saya mengalirkan air untuk menghilangkan kesan air liur anjing tersebut tetapi saya tidak sertu tangga itu.Kemudian saya menggunakan penarik air getah untuk mendorong air basuhan itu.

Persoalannya, adakah saya perlu sertu penarik air getah itu dan adakah kaki-kaki yang memijak tangga itu ketika basah perlu disertu walaupun tiada kesan?

message user image

Assalamualaikum, di sini saya ada beberapa persolan yang ingin di tanya. Mohon jasa baik pihat Tuan untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran saya ini.

1. Adakah wanita yang telah menggunakan niqab dalam tempoh masa yang lama tidak boleh berhenti menggunakan niqab kerana muka mereka rtelah menjadi sebahagian daripada aurat? dalam pengetahuan saya, hukum menggunakan niqab adalah harus, dan muka bukanlah sebahagian daripada aurat. bagi mereka yang telah menggunakan niqab, mereka boleh membuka niqab atas sebaba-sebab tertentu seperti tuntutan kerja. namum, adakah mereka boleh berhenti menggunakan niqab seperti wanita yang bertudung menjadi "free hair". adakah ia satu dosa?

2. sekiranya kita tersedar bahawa kita telah terlebih rakaat di dalam solat, adakah kita perlu terus duduk tahiat akhir dari keadaan berdiri atau perlu habiskan rakaat tersebut?

3. sekiranya kita tidak sempat bersama imam dalam rakaat pertama solat jumaat, adakah kita hanya perlu menambah satu rakaat sahaja atau menambah tiga rakaat?

mohon pihak Tuan boleh sertakan dalil dalam menjawab persoalan saya supaya saya dapat berkongsi ilmu ini dengan orang lain.

Terima Kasih. 

message user image

Assalamualaikum wbt. Saya ada persoalan mengenai permasalahan ketika solat. Adakah batal solat saya jika situasi begini:
Saya was was dengan sebutan saya dan ingin ulangi bacaan tersebut tetapi saya tidak sengaja berhenti di tempat yang tidak betul. Sebagai contoh, bismillahirrahmanirrahim dibaca bismillahirrah

message user image

Assamualaikum, saya ada persoalan mengenai bab solat dan toharoh. Terdapat sisa makan dalam mulut saya ketika solat, saya pun meludahkan sisa tersebut ianya jatuh atas pakaian saya.

Soalan saya, apakah sisa makanan yang diludah adalah najis atau tidak? Sah tak solat saya dengan sisa makanan yang meletak pada pakaian tersebut?

message user image

Assalamualaikum.

saya hendak bertanya berkenaan mandi wajib / mandi junub.

saya mengalami masalah di mana saya mandi wajib dalam jangka masa yang amat panjang.

saya telah mempelajari cara-cara mandi wajib namun demikian semasa saya melakukan mandi wajib, saya selalu pastikan semua anggota badan saya kena air.

saya juga melakukan dan gosok berulang kali kerana risau tidak kena air contohnya pada telinga, belakang telinga, leher, ketiak, celah kangkang, celah kuku, pada tapak kaki kerana risau ada yang boleh menghalang air daripada terkena pada kulit untuk nak yakinkan diri.

pada tapak kaki juga saya sental kerana risau ada benda yang melekat pada tapak kaki (kotoran kecil) jadi saya akan gosok sambil lihat (sambil saya duduk).

saya tak tahu macam mana nak mandi wajib dan yakin dalam masa yang singkat.

saya juga ada masalah keyakinan jika tidak gosok badan atau menggunakan sabun, air yang mengalir ini cukup untuk ratakan badan semasa mandi wajib.

ada yang mengatakan tak perlu gosok, cukup hanya lalukan air.

terima kasih tuan kerana sudi membaca dan bantu saya.

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya tentang qada puasa bagi wanita.

Pada tahun 2022 saya hamil bayi kembar dan telah tidak berpuasa sepanjang Ramadan 2022 kerana risaukan keadaaan kandungan selain saya mengalami muntah yg teruk.

Setelah melahirkan pada Ogos 2022, saya masih belum mampu qada puasa ramadhan yang telah saya tinggalkan kerana masih menyusukan bayi sehinggalah masuk ramadan 2023.

Soalan saya, adakah saya perlu qada puasa pada Ramadan 2022 dengan cara menggandakan (30 hari x2 = 60 hari)? Saya telah membayar fidyah dengan kiraan gandaan hari. 
Mohon penjelasan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum pihak mufti selangor..

Saya ada pertanyaan..

Sya bukan orang senang apatah lagi melibatkan air.. Kami ada dua sumber air iaitu air hujan dan air paip..ketika mana dalam hidup berjimat saya seringkali menggunakan air hujan..apa bila saya mengambil air wudhu .saya penuhkan air dahulu di dalam besen hingga penuh..kemudian saya mengambil air wudhu seperti mengosok tangan ,namun air tersebut saya sengaja sambut semula d dalam besen agar air di dalam besen tidak berkurang kerana saya ingin berjimat.. 

Jadi adakah wudhu saya sah atau tidak sah?

Terima kasih maklum balas nya nanti pihak dari pihak mufti..

Assalamualaikum 

message user image

Assalamualaikum , saya ingin bertanya mengenai najis hukmi . Di sini ada 2 keadaan 

 

1) kaki basah terpijak najis hukmi yg dh kering. Kemudian memakai kasut . Adakah tapak kasut dalam kasut dikira najis? adakah kasut dikira najis? 

2) persoalan  yg sama di atas tapi keadaan  kaki kering terpijak najis hukmi yg kering . kemudian pakai kasut adakah tapak kasut yg kaki pijak kira najis? 

 

sekian terima kasih 

message user image

Assalamua'laikum Ustaz,

saya ada beberapa perkara ingin ditanya

1. Saya telah lakukan cara penyucian yang salah 7 bulan yang lalu (air kencing yang melimpah dari pampers ke lantai) dengan hanya membuang najis dan mengemop lantai tanpa mencurahkan air di kawasan najis dan saya telah beberapa kali mengemop lantai dirumah secara keseluruhan. dan ini mennyebabkan najis hukmi itu sekarang telah tersebar melalui mop

2. Minggu lepas juga saya telah menyucikan lantai yang terkena percikan muntah dengan cara yang salah, iaitu dengan hanya mengelap dengan tisu basah. 

Persoalannya, adakah saya perlu mencurahkan air ke seluruh lantai rumah saya untuk mensucikan najis hukmi tersebut? Kerana untuk mencurahkan air ke seluruh rumah agak sukar kerana ia akan terkena perabot dan sebagainya. ataupun ia boleh dimaafkan? Adakah najis hukmi itu akan berpindah jika dipijak dengan kaki yang basah? Bantu saya ustaz, kerana perkara ini saya asik berfikir dan tidak tenang memikirkan solat saya selama ini diterima ataupun tidak.

 

message user image

Assalamualaikum tuan/puan,

Saya mengalami was was najis yang kerap terutamanya berkenaan najis hukmiyah yang berpindah.

Saya tau bahawa ade najis hukmiyah pada selipar saya yang saya belum basuh. Kemudian saya lupaa untuk membasuhnya kerana sudah tiada kesannya.Lalu saya memijak pada lantai bilik saya seluruhnya. Saya tidak pasti cara yang betul menyucikan lantai bilik saya. Saya pernah terbaca bahawa perlu air mengalir. Jadi jika saya hanya menggunakan mop sahaja adakah masih tidak suci lantai saya. Maka hingga tahap mana najis itu akan berpindah.

Adakah saya perlu menjirus air itu pada lantai yang kering. Apakah tidak suci jika lantai itu saya mop dahulu, dan dalam keadaan basah saya alirkan air?

Atau adakah cukul untuk saya mop sahaja. Saya jadi bingung hingga tidak dapat menunaikan solat kerana asik terfikir najis sudah diamana mana. Mohon diberi percerahan untuk masalah ini.

Terima kasih banyak.

Semoga sentiasa didalam rahmat Allah.

message user image

Assalam,

Saya ingin bersedekah. Adakah perlu saya dapatkan kebenaran daripada suami terlebih dahulu atau sebaliknya. Sedekah adalah dari wang gaji dan hasil titik peluh saya sendiri. Suami saya tidak memberikan wang kepada saya.

 

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan. Saya telah menghantar kucing saya untuk di 'grooming' di kedai. Sewaktu ingin mengambilnya, saya mendapati pekerja tersebut telah memegang seekor anjing untuk memotong bulunya sebelum membawa kucing dan bekas 'carrier' pulang kepada saya. Namun ketika mengambil 'carrier', saya telah pegang tempat yang sama seperti mana pekerja tersebut pegang. Adakah saya perlu sertu?

message user image

salam ust, sy ada basuh baju yg terkena najis dengan sabun ( basuhan tangan ) dan selepas baju tersebut kering sy dapati ada kesan tompokan sabun td pada baju tersebut.. perlu ke sy basuh semula ataupun sudah dikira suci dari najis.. terima kasih ust

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang hal sertu.Sewaktu kecil saya pernah membelai kepala seekor anjing dan saya tidak menyertu tangan saya.saya tidak pasti sekiranya tangan saya ketika itu kering ataupun basah.Kejadian ini berlaku sudah lama dan saya telah pun menjadi seorang remaja.

Persoalannya, perlukah saya sertu tangan saya walaupun kejadian itu sudah bertahun lamanya dan adakah segala ibadat saya selama ini tidak diterima?

message user image

Assalaimualaikum,

 

Saya nak bertanya.Anak kencing atas tilam Dan seluar nya memang basah .sy basuh cadar Nye Dan siram air ditilam spt divideo seorg ustaz  diutube.Soaln sy tilam tidak kering elok ( sudah dibiarkan semlm tpi msh belum kering ) Dan suami sy sudah baring Dan mngatakan rasa basah.Adakah najis telan berpindah ke badan suami sy.dan dia pula telah duduk n sentuh merata .Adakah ksluruhn rumah Kami najis?

Sy amat bunti Dan resah fikir hal ini tmbah2 ank dlm proses potty training.semua bnda sy Rasa nk basuh sampaikan barang elektronik pun dibasuhnya.Rasa spt penyakit pula .jika tidak dibuat rasa spt anxiety 

message user image

Salam tuan mufti,

Saya hendak bertanyakan tentang bab najis. Saya seorang yang mempunyai OCD dan germaphobic, dan saya sangat mementingkan kebersihan dan kekotoran. Sebelum ini, jika terdapat benda kotor, walaupun sedikit, seperti najis cicak, saya akan mengelap menggunakan tisu basah. 
Setahun yang lepas, saya sedar bahawa najis tidak boleh dilap begitu sahaja, dan najis boleh berpindah dengan berbasahan, walaupun najis hukmi yang tidak dilihat dengan mata. Sejak dari itu, saya sering overthink tentang semua benda yang saya sentuh dan merasakan najis berada di semua tempat.

Saya hendak mengetahui juga, apakah hukum terkena najis yang sedikit? Beberapa hari lepas, saya ada mencuci pakaian di dobi, dan selepas menggunakan mesin basuh, saya hendak memindahkan pakaian ke pengering pakaian. Pakaian saya ada yang terkeluar dan terkena bahagian permukaan pengering pakaian. Pada permukaan pengering tersebut terdapat kesan kotoran seperti air kencing/air najis cicak yang sudah melekat dan kering. Pada masa itu, baju saya dalam keadaan lembab kerana baru keluar dari mesin basuh. Akan tetapi kerana pada masa itu saya beranggapan bahawa ianya dimaafkan kerana najis yang sedikit. Saya merasakan jika mahu mencuci semula kesemua pakaian tersebut adalah memenatkan dan membazir air. Jadi saya tidak berbuat apa-apa dan terus mengeringkan dan menyimpan baju-baju tersebut seperti biasa

1) adakah kesemua pakaian saya menjadi najis kerana dikeringkan bersama pakaian yang terkena itu? 

2) adakah benar tindakan saya untuk tidak berbuat apa-apa walaupun jika itu adalah benar-benar najis?

2) Jika mungkin pakaian tersebut suci kerana tidak pasti jika itu adalah najis,, jikalau saya pergi ke dobi itu semula untuk memerhatikan semula kotoran tersebut dan mendapati ianya adalah benar-benar najis, adakah dikira kesemua pakaian saya itu kotor?

 

message user image

Assalamualaikum 

Saya selalu travel selepas solat jumaat dengan bas. 

Saya tinggal & solat jumaat di kawasan rumah saya iaitu di Cyberjaya. Jadi saya tidak boleh jamak di masjid tersebut. 

Adakah saya boleh jamak takdim di Terminal Bas Bandar Tasik Selatan (TBS)? Selalunya bas saya sebelum asar. Saya bimbang kalau bas tidak berhenti di mana-mana hentian untuk solat asar. 

Terima kasih 

message user image

Assalamualaikum. saya ingin bertanya dua soalan mengenai ibadah solat. Saya sering berasa saya hanya melakukan satu sujud tetapi hanya teringat bila dah masuk ke rakaat seterusnya. Soalan saya, perlukan saya tambah satu rakaat kerana kealpaan itu atau perlukah saya solat kembali jika betul-betul yakin tidak melaksanakan sujud kedua itu? Bagaimana pula bagi orang yang sering was was dalam solat? Bolehkah dia memilih untuk meneruskan solat tanpa mengulangi rakaat/solat tersebut atau membatalkan solatnya?

Harap diberi pencerahan. Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Saya telah bekerja selama setahun tetapi masih menerima wang dari ayah saya secara bulanan yg diniatkan sebagai nafkah. Saya juga menerima wang sebagai hadiah hari lahir dan duit raya dari golongan yg tua. Adakah wang drpd sumber tersebut perlu dikira dalam pengiraan zakat pendapatan? 

terima kasih.

message user image

Assalamualaikum w.b.t

Saya ingin bertanya mengenai wuduk untuk bersolat.

Setelah selesai mengambil wuduk saya perasan ada tahi mata yangbbasah di mata saya. Adakah wuduk tersebut sah?

Terima kasih.

message user image

Adakah hukum surau jumaat sama dengan surau atau masjid?

Bagaimanakah dengan majlis ilmu yang diadakan di surau jumaat? Adakah wanita haid dibenarkan duduk di dalam nya?

message user image

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Barisan Panel,

 

Soalan pertama:

Kitab fiqh Syafii yang peringkat tinggi dan muktamad, adakah wujud istilah Watn Asli (وطن الاصلي) (Kampung halaman yang mengugurkan rukhsah Solat Jamak dan Qasar). Oleh sebab dalam mausu'ah fiqhiyyah kuwaitiyah ada disentuh namun saya tidak pasti dari pandangan Syafi'iyah atau Hanafiyyah. Sekieanya wujud, apakah definisi Watn Asli dari sudut Syafi'iyah? Begitu juga adakah Hurmat al-Musaaharah (حرمة المصاهرة) dalam mazhab Syafi'i

 

Soalan Kedua

Abu merupakan seorang penjawat awam (sentiasa bertukar pejabat/jabatan setiap lebih kurang 5 tahun) memiliki sebuah rumah yang dibeli di Shah Alam. Abu bukan berasal dari Shah Alam. Sekarang Abu bekerja di Sabak Bernam yang mendiami kuarters. Jika Abu pergi ke Shah Alam untuk urusan rasmi seperti mesyuarat atau kursus (tempoh kurang dari 5 hari termasuk hari pergi dan pulang iaitu dikira musafir), Abu akan singgah rumahnya di Shah Alam atau bermalam. Oleh itu Abu adakah diberi rukhsah untuk solat Jamak dan Qasar sepanjang di Shah Alam? Buat masa ini, sekiranya pencen, Abu juga masih belum pasti akan menetap di Shah Alam atau tidak. Adakah Shah Alam dikira Watn Asli?

 

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum saya ada kemusykilan berkenaan dengan mandi wajib..

Malam semalam saya berhadas besar Dan keesokan harinya saya tidak sempat mandi wajib kerana saya terbangun lambat Dan terpaksa ke hospital untuk membuat rawatan dialisis.

Bolehkah saya mandi wajib selepas pulang Dari rawatan tetapi tangan saya yang mempunyai "Fistula" ( tempat keluar masuk darah untuk di cuci) tidak dapat kena air kerana telah ditutup dengan plaster agar tidak keluar darah.

Kebiasaanya plaster itu akan di buka pada keesokkan paginya kerana darah itu akan tetap keluar jika saya buka pada hari yang sama

Saya berharap Jabatan Mufti Negeri Selangor dapat menyelesaikan persoalan yang bermain di minda saya ini kerana saya berasa susah hati bila hendak melakukan solat bila memikirkan sah atau tidak mandi wajib saya ini

Sekian terima kasih

message user image

assalamualaikum tuan/puan,

saya nak bertanyakan soalan berkaitan dengan masalah pada diri saya ketika nak qada solat.saya harap pihak jabatan mufti selangor sudi menjawab soalan saya ni.

saya ada masalah air mazi/wadi keluar tak menentu.

tapi selalu nya bila nak solat saya cek memang akan keluar la .

saya akan melapikkan kemaluan dengan tisu setiap kali nak solat fardhu.

nak mengaji pon saya guna henfon je sebab tak pasti boleh ke tak pegang al quran dalam keadaan ni.

soalan saya,adakah saya kena bersihkan kemaluan dan tukar dengan tisu yang baru setiap kali saya nak qada solat? seperti mana saya buat setiap kali nak solat fardhu sekrang.

mohon pencerahan,puas dah cari kat google  tak jumpa jawapan.terima kasih

message user image

Ayah saya tengah sertu kasut yang digigit anjing dan ketika dia tengah membilas air tanah tersebut , airnya terpercik kena kaki? Adakah perlu sertu semula tempat air yang terpercik itu?

message user image

Assalamualaikum wbt 

soalan saya : bolehkah wanita yang haid berada dalam bilik kuliah dalam masjid

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, jika selipar kita terpijak najis, kemudian memijak jalan yang kering, selipar kita dianggap telah suci. Namun, bagaimana pula sekiranya selepas terpijak najis, jalan yang dilalui sepas itu basah. Adakah ia masih dikira telah suci?

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang hal sertu.Saya mendapati ada kesan air liur anjing pada tangga rumah saya.Saya mengalirkan air sekadar cukup untuk menghilangkan kesan air liur itu namun saya tidak menyertu tangga itu.Saya menggunakan penarik air getah untuk menolak sisa-sisa air yang tidak mengalir.Beberapa hari kemudian saya memulakan proses menyertu tangga itu namun saya tidak menyertu penarik air getah itu dan saya terus menggunakannya untuk menolak sisa air sewaktu mencuci lantai dapur.

Persoalannya, adakah saya perlu menyertu penarik air getah itu walaupun tiada kesan dan adakah saya perlu menyertu lantai dapur rumah saya sekiranya saya tidak menyertu penarik air getah itu?

Terima kasih dan mohon maaf sekiranya terlalu panjang.

message user image

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ingin bertanya, apakah hukum memakan makanan yang dimasak bersama ayam yang tidak pasti sama ada diesembelih atau tidak? Contohnya memakan hanya sayuran yang dimasak bersama ayam, tetapi ayam tersebut tidak dapat dipastikan samada melalui proses penyembelihan atau tidak. Namun bahan masakan yang lain adalah terbukti halal. Terima kasih.

message user image

SURAU A & SURAU B HANYA BERJARAK LEBIH KURANG 100 METER ANTARA KEDUANYA. ( DUA TAMAN PERUMAHAN YANG BERBEZA).KEDUA DUA SURAU MEMPUNYAI SISTEM PEMBESAR SUARA YANG BAGUS. SAYA PASTI JEMAAH DARI KEDUA DUA SURAU AKAN SANGAT JELAS MENDENGAR AZAN DARI KEDUA DUA SURAU, MALAHAN JUGA DARI SURAU JIRAN MEREKA YANG LAGI SATU.(AGAK JAUH SEDIKIT TETAPI MASIH JUGA KEDENGARAN. PADA KEBIASAAN BILAL DI SURAU A AKAN MELAUNGKAN AZAN DENGAN LEBIH PANJANG DAN PERLAHAN.(BOLEH DIKATAKAN HAMPIR MENYAMAI DUA KALI AZAN SURAU B.

 

SOALAN : 1. BOLEHKAN JEMAAH DI SURAU B MELAKSANAKAN SOLAT FARDHU SEDANGKAN KETIKA ITU MASIH SANGAT JELAS BERKUMANDANG SUARA AZAN DARI BILAL DI SURAU A.?

                2. ADAKAH WAJAR AZAN DILAUNGKAN DENGAN NADA KUAT DAN LANTANG DAN MENGGUNAKAN SISTEM PEMBESAR SUARA.?

                3. SETELAH TEGURAN DEMI TEGURAN KEPADA AJK SURAU KERANA KESALAHAN BACAAN, JUGA MEMBIARKAN KANAK2 MELAUNGKAN AZAN (BERMAIN MAIN) TIDAK                                                      DIENDAHKAN.APAKAH LAGI YANG PERLU DI LAKUKAN. OLEH PENDUDUK SETEMPAT?

                4. ADAKAH MENJADI KESALAHAN JIKA KEDUA DUA SURAU BERGILIR GILIR (DENGAN BERJADUAL ) UNTUK MELAUNGKAN AZAN.DEMI MENGELAKAN PERTEMBUNGAN AZAN YANG                               AGAK MENGGANGGU 

 

TERIMA KASIH

 

message user image

Salam Tuan/ Puan, 

Saya ingin menanyakan hukum sunat/khatan bagi perempuan. Sudah jadi kebiasaan bayi atau kanak-kanak perempuan untuk bersunat.

Namun, salah satu kenalan rapat saya (berumur 30 tahun), ibunya baru mendedahkan bahawa dia masih belum bersunat atas sebab buas dan tidak henti menangis semasa kecil setiap kali hendak bersunat. Jika begini, apakah solusi terbaik untuk kenalan saya? 

Perlukah dia pergi ke pakar wanita dan bersunat atau tidak digalakkan kerana sudah dewasa? Jika ada, sila kemukakan bukti atau sokongan/hadith dari pandangan agama Islam. 

Terima kasih atas pertolongan Tuan/Puan.

message user image

Assalamualaikum, saya ada soalan. Apa hukum memakai minyak wangi secara berlebih-lebihan ketika solat?

message user image

Boleh kita berpuasa di hari kita dilahirkan?

Contohnya, saya dilahirkan pada hari ahad. saya pun berpuasa pada hari ulang tahun kelahiran saya iaitu pada hari ahad.

Sebab saya pernah mendengar

Sebab puasa sunat hari isnin, Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada hari isnin. ustaz tu kata kita boleh berpuasa pada hari kita dilahirkan:

 

message user image

As-slm Mufti... Saya dapat info yang mengatakan sekiranya wanita mengalami masalah keputihan berterusan... Wuduknya hanya sah untuk satu waktu solat fardu sahaja dan beberapa solat sunat... Soalan saya... Adakah wajib  ambil wuduk semula sekiranya ingin melakukan qada' solat fardu selepas solat fardu? Terima kasih...

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang mandi wajib.Sewaktu melaksanakan mandi wajib, saya berhenti seketika untuk membuang air besar selama 5-10 minit.Setelah selesai membuang air besar, adakah saya perlu ulang mandi wajib dari awal atau sekadar meneruskannya?

Terima kasih.

message user image

assalamualaikum tuan/puan,

saya nak bertanyakan soalan berkaitan dengan masalah pada diri saya ketika nak qada solat.saya harap pihak jabatan mufti selangor sudi menjawab soalan saya ni.

saya ada masalah air mazi/wadi keluar tak menentu.

tapi selalu nya bila nak solat saya cek memang akan keluar la .

saya akan melapikkan kemaluan dengan tisu setiap kali nak solat fardhu.

nak mengaji pon saya guna henfon je sebab tak pasti boleh ke tak pegang al quran dalam keadaan ni.

soalan saya,adakah saya kena bersihkan kemaluan dan tukar dengan tisu yang baru setiap kali saya nak qada solat? seperti mana saya buat setiap kali nak solat fardhu sekrang.

mohon pencerahan,puas dah cari kat google  tak jumpa jawapan.terima kasih

message user image

Saya ada beberapa soalan mengenai umrah. Jika tiada halangan, saya bakal menunaikan umrah dalam masa terdekat. Pada masa yang sama juga, saya mendapati bahawa saya akan kedatangan haid pada tarikh umrah saya. Saya bertemu dengan doktor dan dinasihati untuk makan ubat yang memberhentikan haid sementara pada hari pertama saya kedatangan haid. Soalan saya;

  1. Jika saya telah niat umrah bersyarat dan mendapati saya kedatangan haid sebelum menunaikan umrah, saya makan ubat akan tetapi ubat tidak berjaya memberhentikan haid saya. Adakah saya terus menjadi halal dan terlepas dari larangan ihram atau saya perlu menunggu (dan menjaga pantang larang ihram) sehingga saya dalam keadaan suci lalu segera menunaikan umrah jika sempat ditunaikan sebelum keluar dari Mekah?
  2. Jika saya telah niat umrah bersyarat dan mendapati saya kedatangan haid sebelum menunaikan umrah, saya makan ubat untuk memberhentikannya sementara lalu haid saya pun berhenti, saya pun mandi wajib untuk bersuci. Ketika saya mandi dan mengelap, rambut saya gugur. Adakah saya telah melanggar pantang larang ihram dan perlu membayar dam?

message user image

Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya, boleh tak saya ikut pendapat ulama yang mengatakan perbuatan menelan kahak ketika solat adalah sah walaupun saya ikut mazhab syafie.

message user image

Saya mempunyai pertanyaan tentang bersuci. Saya mempunyai aturan haid yang tetap, namun beberapa bulan ini kesihatan saya tidak baik. Haid datang macam biasa, cuma saya mempunyai pendarahan luar dari tempoh haid saya. Haid saya biasa 7 hari. dan saya mandi wajib macam biasa. namun ade sesetengah masa. 

contoh minggu ini, hari Isnin ada terdapat pendarahan berlaku pada sebelah malam (9mlm), dan bila check esok pendarahan telah berhenti. Selang beberapa hari, contoh hari Khamis, berlaku lagi pendarahan sebelah siang (11pagi), dan bila check around 8malam, pendarahan telah berhenti. dan perkara ini agak berulang tiap2 minggu.

Persoalan saya. mandi wajib. Adakah setiap kali pendarahan (darah penyakit), yang tempoh pendek (setengah hari), saya perlu bersuci? dan solat di tinggalkan perlu qada? atau bagaimana. kerana saya bekerja. kadang2 subuh saya dlm keadaan suci, tiba2 darah keluar 12pm, so zohor saya konfius nak solat ke tak, walaupun itu bukan waktu haid saya. 

saya harap tuan faham persoalan saya.

Terima kasih. Assalamualaikum.

message user image

Berapakan tempoh iddah bagi wanita yang ada masalah haid tidak teratur @ tidak pernah datang haid sejak 4 tahun lalu (disebabkan masalah hormon / kesihatan / kesan makan ubat atas faktor kesihatan)? Sekiranya bercerai, bagaimanakah pengiraan tempoh iddah wanita tersebut? Terima kasih

message user image

DI DALAM KEBUN SAYA BANYAK KESAN SONDOLAN BABI ATAU KESAN LALU LALANG BABI, APAKAH DIHUKUM SEBAGAI BERNAJIS, JIKA YA APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN DAN KALAU TIDAK APA PULA TINDAKAN SAYA PERLU BUAT, KERANA SETIAP HARI SAYA AKAN BERADA DI KEBUN ITU MELAKUKAN KERJA. MOHON PENCERAHAN DARI PIHAK TUAN. TERIMA KASIH

message user image

Assalamualaikum. 

Satu hari saya telah naik ke atas bumbung rumah dan mendapati terdapat najis burung dan tupai. Saya x dapat bersihkan sebab sukar. 

Soalan : Adakah air hujan yg turun dari bumbung itu najis atau mutanajis? Terutama ketika hujan semakin reda dan air sedikit.

Bagaimana jika terkena air tersebut sebab tempat air menitik itu adalah laluan keluar rumah terutama semasa ke surau.

Najis tersebut mungkin hilang mengikut masa tetapi tidak diketahui bila atau mungkin diganti dgn najis baru. Tapi saya tak dapat periksa sebab naik ke bumbung tak mudah dan bahaya. Bagaimana status air yg turun dari masa ke semasa? 

Terima kasih

Semoga kita mendapat rahmat Allah

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanyakan tentang hal najis.Abang saya mempunyai hobi aquascaping, dimana dia suka menghias tanaman² air dalam akuarium yang bersaiz sederhana (kurang 2 kolah).Dia turut akan mengisi akuarium itu dengan udang² kecil ataupun ikan² kecil (guppy atau laga).Saya pernah melihat dia membersihkan akuarium itu dan terdapat percikan air pada pakaiannya.Saya memaklumkan perkara itu kepadanya namun dia hanya mengangguk dan terus pergi menunaikan solat tanpa menukar atau mencuci kesan percikan air akuarium itu setelah selesai dia berkata bahawa najis² ikan dan udang telah diserap oleh tanaman² air sebagai baja.

Adakah tindakan abang saya itu salah ataupun dimaafkan?

message user image

Assalamualaikum ustaz, sy nk bertanya berkenaan hukum najis blh? Sy dulu berkerja di Klinik haiwan. Sy pernah terpijak kencing anjing, tetapi saya tidak sertu kasut tersebut sebab saya gunakan di tempat kerja saja.
Saya akan tukar kasut di tempat letak kereta sebelum balik ke rumah. Pernah sekali semasa saya tukar kasut hujan lebat dan tempat saya tukar kasut tu basah dan air nya agak berkelopak. Kasut yang digunakan di rumah, sy bawa merata tempat. Sekarang ini saya khuatir adakah najis telah merebak ke semua tempat yang saya lalui. Ain najisnya dah tiada tapi tidak disertu. 

Soalan saya

1. Perlu ke saya sertu semua tempat  contohnya koridor rumah dan kereta, ianya sukar dilakukan kerana ramai sudah lalui tempat tersebut. 

2. Dan sekiranya ada benda jatuh ke koridor rumah dalam keadaan basah, pe status benda tersebut. 

3. Sekiranya ada yang memijak koridor rumah dalam keadaan basah, dan bawa ke tempat lain. Dan ada benda jatuh ke tempat yang dipijak 

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya saya mempunyai penyakit ekzema yang kebanyakannya di kaki (atas buku lali), depan & belakang badan (bukan di bahagian anggota wudhu) & ada cuma ada sedikit saja di bahagian anggota wudhu iaitu tangan & tumit. Saya perlu memakai ubat sapu setiap hari. Pertanyaan saya adakah wudhu & solat saya sah kalau sebelum saya mengambil wudhu, saya hanya bersihkan bekas ubat sapu di bahagian anggota wudhu saja? Ataupun saya perlu membersihkan kesemuanya termasuk yang berada di bukan anggota wudhu setiap kali ingin mengambil wudhu?

message user image

Salam.

1.Apakah hukum melaksanakn solat jamak dalam keadaan tidak bermusafir (tinggal dirumah)?

2.Sekiranya yang melakukan solat jamak tersebut adalah oku mental namun sihat(bipolar/skizo) adakah sah solat tersebut?

3. Jika saya bermusafir ke luar negara dalam masa 5 hari di sana, adakah hari ke 4 sy perlu solat seperti biasa dan tidak boleh melakukan solat jamak?

Terima kasih

 

message user image

Setiap subuh hari jumaat imam akan baca surah ada sujud sajadah

Saya tak larat nak berdiri lama

apa yang saya tahu, kalau solat fardhu wajib berdiri

Surah yang di baca panjang saya tak larat nak berdiri nak tunggu sampai ayat yang kena buat sujud tu

Boleh ke saya duduk? Waktu rukuk tu saya perlu berdiri semula atau terus je duduk sampai rakaat 2 ataupun sampai habis solat?

Mohon pencerahan...

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang hal najis.Saya mempunyai hobi akuaskap dan membela udang serta ikan kecil dalam akuarium yang sederhana besar (kurang 2 kolah air).Suatu hari sewaktu membersihkan akuarium saya, pakaian saya terkena percikan air akuarium sehingga baju saya terlihat basah.Air yang terkena itu tidak mempunyai bau,rasa mahupun warna.

Adakah sah pakaian saya itu digunakan untuk menunaikan solat?

message user image

Assalammualaikum tuan/puan, saya ada soalan berkaitan ibadah. Adakah najis akan berpindah pada permukaan yang sejuk tetapi kering? Contohnya, jalan tar yang sejuk tetapi kering apabila saya menyentuhnya.Tiada sebarang cecair cuma rasa sejuk sahaja yang melekat di tangan saya. Jadi, adakah najis boleh berpindah dalam situasi sedemikian?  Saya ada melihat anjing lalu lalang di kawasan tersebut. Dan kawasan itu biasa saya lalu di tempat kerja saya. Jadi, saya agak risau jika di kemudian hari, saya akan melalui jalan yang sama. Soalan kedua, saya mempunyai sepupu yang masih kecil dan masih menggunakan pampers, apabila saya mendukungnya, saya rasa sejuk daripada pampers tersebut namun tiada najis yang melekat, mahupun kebocoran pada pampers tersebut. cuma sifat sejuk itu sahaja yang melekat pada tangan saya. Jadi, adakah najis berpindah? 

message user image

Hi, saya ingin bertanya mengenai bulu anjing yg tersentuh dengan pakaian saya tapi tidak mengatahui status baju saya sama ada kering atau basah (saya meredah hujan). Saya telah menaiki kenderaan rakan non muslim dan beliau ada menyatakan anjing ada dibawa masuk di dalam keretanya. Rakan saya risau akan kehadiran bulu anjing di dalam keretanya dan meminta saya berhati hati jika mendapati ada bulu anjing. Pada awalnya saya mendapati ada sehelai bulu putih yang saya menganggap hanya sekadar habuk di dalam kereta. Berbulan kemudian was was saya datang apabila saya mendapati anjing beliau berwarna putih dan mungkin apa yg saya lihat di dalam keretanya adalah bulu anjing peliharaannya. Persoalan saya,

1) adakah perlu saya menyertu pakaian saya yg telah duduk di atas "sehelai" bulu itu dalam keadaan baju yg lembap ? Kerana ada pendapat mengatakan sekiranya bulu anjing jumlahnya sedikit dan bukan setompok tidak perlu disertu?
2) Dan bagaimanakah status baju saya yang dibasuh bersama ketika itu kerana perkara tersebut telah lama berlaku?

message user image

Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya 1) Jika anjing melalui semak samun dan lalang/rumput mengenai anjing tersebut, apakah ianya menjadikan lalang/rumput tersebut bernajis? Bagaimana jika rumput/lalang tersebut basah? Dan apakah jika saya melalui kawasan semak yg dilalui anjing itu setelahnya akan menyebabkan kaki, seluar dan kasut saya wajib disertu? Ini kerana saya harus melalui semak itu untuk keluar dari pagar rumah saya. Saya melihat anjing itu dalam keadaan kering kerana sewaktu anjing itu bangun dari lantai beranda, tidak ada sebarang kesan basah pada lantai tersebut. Manakala saya melihat dengan mata kasar bahawa rumput/lalang yg dilalui itu kering. Tapi saya risau jika pada hakikatnya rumput itu basah kerana berlaku hujan dalam 6-9 jam sebelumnya. Apakah perlu saya memeriksa rumput/lalang itu dengan tangan saya apakah basah atau kering atau cukup beranggapan yang ianya kering berdasarkan apa yang saya lihat secara kasar? Kerana jika berdasarkan apa yang saya lihat secara kasar, anjing dan rumput itu kering dan tidak berlaku pemindahan najis. Tapi yang saya risaukan adalah jika rumput itu sebenarnya basah kerana hujan beberapa jam sebelumnya tetapi saya tidak menyedarinya.

2) Bolehkah orang awam yang mempunyai penyakit was-was mengenai najis anjing dan babi seperti saya ini bertafliq pada pandangan mazhab maliki, yang berpendapat yang anjing dan babi itu bukan najis mughallazah? Tetapi dalam bab mandi wajib, wudhu, taharah, solat dan lain lain mengikut mazhab syafie. Ini kerana saya sering mengalami was was yang teruk mengenai najis anjing dan babi sehinggakan tertekan  dan sedih kerana berfikir yang amal saya tidak diterima kerana berasa diri dalam keadaan bernajis berat. Mohin penjelasannya tuan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum...saya nak tanya,dekat jalan yang saya selalu lalu masih lagi berbaki bangkai anjing yang dah melekat kat jalan...adakah perlu untuk saya samak tayar dan kereta bila saya lalu dekat situ...setahu saya kalau kering dgn kering najis tak berpindah...tapi bila tayar saya basah sebab langgar lopak air pastu saya lalu dibangkai yang melekat dijalan tu macam mana hukum nye ye.... jazakallah khair 

message user image

Assalamualaikum apa hukum pakaian kita ragu atau was was terkene najis adakah saya wajib mencucinya, diharap pihak ustaz menjawabnya dengan segera

message user image

Apakah hukum suntikan insulin sewaktu ibadah puasa?

Merujuk kepada persoalan penggunaan insulin sewaktu menjalani ibadah puasa, setakat ini terdapat dua kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Maktabah Al-Bakri [1],[2]. Kedua kenyataan tersebut memberi gambaran bahawa suntikan insulin pada bahagian perut membatalkan ibadah puasa. Oleh itu, persoalan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan mendapatkan pandangan Jabatan Mufti Negeri Selangor mengenai hal tersebut. 

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan umat Islam yang mengalami diabetes menjalani ibadah puasa sewaktu bulan Ramadan. Di Malaysia, kadar penggunaan insulin di kalangan pesakit diabetes adalah tinggi iaitu 30 peratus. Penggunaan insulin adalah penting bagi mengawal bacaan gula dalam darah, bagi mengelakkan kerosakan kepada tubuh badan. 

Sebahagian besar insulin yang digunakan di Malaysia memerlukan pesakit menyuntik insulin 30 minit sebelum makan untuk berfungsi dengan berkesan. Makanan sewaktu berbuka kebiasaannya mengandungi gula yang tinggi. Oleh itu, adalah penting bagi pesakit diabetes untuk mengambil insulin 30 minit sebelum berbuka puasa bagi mengelakkan kawalan paras gula yang tidak terkawal.  

 

 

Insulin berfungsi sebagai kunci untuk membuka pintu sel-sel dalam tubuh, membolehkan glukosa masuk dan digunakan sebagai sumber tenaga. Apabila seseorang makan, tahap glukosa dalam darah meningkat. Pankreas mengesan peningkatan ini dan melepaskan insulin ke dalam darah. Insulin kemudian membantu sel-sel untuk menyerap glukosa, mengurangkan tahap gula dalam darah dan menyimpannya sebagai tenaga atau glikogen. Ini membantu mengekalkan keseimbangan gula dalam darah dalam kadar normal. Pada individu dengan diabetes, proses ini mungkin terganggu, menyebabkan masalah pengawalan gula dalam darah.

Insulin disuntik ke dalam lapisan lemak di bawah kulit, yang dikenali sebagai suntikan subkutan. Ini membolehkan insulin diserap secara perlahan dan berkesan ke dalam aliran darah. Suntikan insulin ke otot atau saluran darah tidak sesuai dan boleh menyebabkan penyerapan yang tidak terkawal, yang mungkin membahayakan. Suntikan subkutan di tempat seperti perut, paha, atau lengan adalah kaedah biasa dan selamat untuk menguruskan insulin bagi individu dengan diabetes. Sasaran suntikan insulin bukan kepada rongga usus. 

Kesimpulannya, kefahaman pengamal perubatan adalah suntikan insulin tidak memberikan tenaga kerana insulin hanya membolehkan tenaga sedia ada pada badan manusia digunakan oleh sel-sel badan. Suntikan insulin juga tidak bertujuan untuk masuk ke rongga usus kerana peranan insulin adalah pada peringkat sel-sel di seluruh badan. Memandangkan Ramadan 1445 sudah tidak lama lagi, adalah penting bagi pengamal perubatan untuk mempersiapkan pesakit diabetes mulai sekarang. 

Wallahua’lam


[1] https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3095-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-110-hukum-suntik-insulin-bagi-pesakit-diabetes-kronik-di-bulan-ramadhan

 

[2]https://maktabahalbakri.com/1005-orang-berpuasa-mengambil-suntikan-insulin/

 

message user image

Saya pernah bernazar untuk menderma kepada pusat tahfiz sebanyak RMxxx sebulan sekiranya doa saya yang tertentu dimakbulkan. Alhamdulillah, doa tersebut termakbul. Saya telah menunaikan nazar saya untuk sekian lama sehinggalah saya hilang punca pendapatan kerana faktor kesihatan. Dalam keadaan ini, bolehkah saya dikecualikan untuk meneruskan nazar tersebut sehingga saya dapat bekerja semula (sekiranya diizinkanNya) dan menerima gaji untuk meneruskan nazar saya, ataupun dibolehkan untuk menderma dalam jumlah yang lebih kecil yang termampu oleh saya? 

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya jika anjing memijak permaidani yang basah/ lembab apakah perlu sertu bahagian yg dipijak sahaja atau apakah najis tersebut menyebar ke keseluruhan permaidani kerana basah? Apakah perlu menyertu keseluruhan nya? Saya tidak pasti bahagian permaidani yang mana telah dipijak anjing tersebut dan saya menyentuh di bahagian yang saya yakini anjing tidak memijaknya tetapi permaidani tersebut basah keseluruhannya. Jadi saya khawatir jika najis tersebut menyebar ke keseluruhan permaidani dan kemudian saya memegangnya tanpa menyertu kedua tangan saya setelahnya. Mohon penjelasan apakah najis tersebut menyebar ke keseluruhan permaidani tersebut atau tidak? Saya makin bertambah risau kerana saya memegang permaidani itu dalam keadaan permaidani itu basah/lembab tetapi tidak menyertu tangan saya setelah menyentuhnya. Hanya cuci menggunakan air mutlak sekali sahaja.

message user image

Assalamualaikum, saya ada pertanyaan tentang hukum (berkaitan dengan anak berumur  2 tahun kebawah)berkenaan beberapa isu:

1. Saya solat dan anak saya selalu bermainn ditempat saya solat dan kadang ingin diangkat ketika saya solat. Persoalan saya , jika pergerakkan saya mengangkat anak atau ketepilkan anak ketika solat membatalkan solat saya sbb lebih 3 kali pergerakkan?

2. Jika anak masih berpampers adakah najis anak (jika saya yakin ada najis)boleh batalkan solat saya jika dia bermain dan diangkat?walaupun tidak kena pada pakain

3. Adakah membersihkan kemaluan anak/bayi membatalkan wudhuk saya ?

message user image

Assalanualaikum.
Selepas mandi waktu maghrib saya perasan ada bau macam hancing pada tuala. Adakah solat saya selepas mandi waktu zohor itu tidak sah disebabkan terkluar kencing semasa lap badan. Macam mana pula dengan semua tempat yang saya sudah pegang semasa solat dan selepas solat sebab saya biasanya tidak lap badan sehingga betul-betul kering dan masih lembap. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Tuan pegawai Pejabat Mufti Selangor. Saya ada 2 soalan tetapi saya hurai sedikit.

1. Seluar saya lembab kerana menunggang motor dalam hujan.

Selepas beberapa jam baru saya tahu bahawa seluar saya bernajis sebab silap basuh.

Adakah najis sudah tersebar di semua tempat yang bersentuhan dengan seluar saya. 

Bagaimana pula dengan penyakut baju dan tempat sidaian pakaian saya yang silap cuci tadi?. Adakah baju lain yang lembab akan turut menjadi najis bila saya sidai di situ.

Saya pun rasa keberatan nak bersihkan banyak tempat.

 

2. Saya juga ada mendengar ada ustaz cakap jika najis hukmiyah dilantai dipijak oleh kaki basah maka hanya kaki tersebut bernajis dan najis di kaki itu tidak tersebar ke tempat lain walaupun dalam keadaan basah . adakah ianya betul?

Terima kasih.

message user image

Bismillah Assalamualaikum Tuan, Saya Ingin bertanya. Rumah syiling saya bocor kemudian ketika hujan air mengalir tetapi cuma menitis sahaja Dan saya was-was air tu najis atau tidak sebab risau ada najis cicak atau tikus yg di atas yg tidak dpt dilihat. Saya Cuba utk tidak berfikir ia najis namun terfikir jgk hmm... Saya mengambil pendapat yg air menitis tersebut tidak najis sebab tidak tahu ada najis atau tidak di atas syiling. Saya melihat air tersebut mcm air biasa sahaja, tak nampak ada najis Dan warna biasa. Kawasan menitis tersebut untuk menunaikan solat jadi saya takut air tu rosakkan solat saya. Perlu cium bau atau tidak?  Adakah boleh mcm tu Tuan? Terima Kasih Banyak Tuan❤️.

message user image

Assalamulaikum ustaz

1,Saya sewa satu bilik yang baru, saya duduki bilik itu tanpa membasuh lantainya, sekarang ini saya ragu atau was was lantai itu tidak suci dan saya was was najis itu merebak seluruh bilik apabila saya pijak dalam keadaan kaki basa. ,Adakah saya wajib membasuh lantaii bilik itu atau bagaimana hukumnya, adakah dihukumkan suci lantai itu sebab saya ragu dan tidak pasti adanya najis

2..Apa hukum menadah air hujan melalui saluran atap, kadang- kadang atas atap ada tahi burung, adakah air itu diangap suci, boleh digunakan untuk bersuci dan berwuduk dengan air itu,

Diharap pihak ustaz menjawabnya dengan segera mealaui email, sebab saya terlampau was was tentang bersuci, ketika  solat dan tidur saya selalu memikirkanya bimbang solat tidak sah.

 

message user image

Assalamualaikum wrh wbt,

Yang Dihormati SS Dato' Mufti,

Saya ingin bertanya tentang tabung infaq yang dibuka atas tujuan tertentu di masjid.

Situasi yang berlaku ;

Ajk masjid merancang untuk memasang bumbung tambahan di anjung masjid, dan projek tersebut memakan belanja sekitar RM120,000 namun hasil jumlah kutipan sebanyak RM69,000 shj. Seorang hamba Allah telah menawar diri untuk menaja pemasangan bumbung tambahan tanpa menggunakan duit kutipan infaq projek tersebut dengan kos yang tersendiri. Atas keperluan mendesak dan kesuntukan masa maka pihak masjid menerima tawaran tersebut.

Soalan :

Adakah boleh untuk menggunakan duit infaq yang tidak digunakan itu pada projek pembangunan yang lain?, seperti pembinaan bilik kuliah, menaiktaraf tandas, pembangunan fasiliti atau sebagaianya.

Mohon pencerahan daripada SS Dato' Mufti, terima kasih.

message user image

Saya bekerja di KL selama 8 bulan dan kemudia bekerja di Selangor selama 2 bulan dalam tahun ini. Sepanjang bekerja saya menetap di Selangor. Gaji yang saya dapat di KL melebihi nisab zakat pendapatan Wilayah Persekutuan KL untuk tahun 2023, tapi gaji yang saya dapat di Selangor tidak melebihi nisab zakat pendapatan Selangor untuk tahun 2023. Adakah saya hanya perlu bayar zakat pendapatan di KL? Atau adakah saya perlu juga bayar zakat pendapatan di Selangor? Mohon penjelasan, terima kasih.

message user image

Salam Ustaz,

Saya mengalami kencing tidak lawas tetapi ada masa boleh menahan air kencing. Ketika melakukan tawaf beberapa tahun dulu saya ada memasukkan sedikit kapas/tisu di dalam faraj bagi mengelakkan air kencing / angin daripada keluar. Adakah dengan memasukkan kapas atau tisu ke dalam faraj agak ke dalam ( bukan sekadar  melapik) membatalkan tawaf? Sebab saya ada terbaca tidak digalakkan menggunakan  tampon ketika tawaf.Sepanjang tawaf saya tidak merasakan ada apa2 yang keluar. Dan saya menggunakan niat wuduk mengangkat hadas kecil.

Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya ada persoalan berkaitan najis mughallazah. Situasinya seperti berikut:

Suami saya ada berkunjung ke sebuah bengkel yang dimiliki oleh non muslim yang mana ada seekor anjing berkeliaran di situ. Oleh itu secara tidak langsung suami saya berkemungkinan telah melalui laluan yang sama dengan anjing tersebut. Tanah yang dilalui mungkin dalam keadaan lembab kerana malam sebelumnya hujan. Adakah perlu sertu selipar suami saya ustaz? Macam mana pula dengan karpet dengan segala pedal dalam kereta? Terima kasih ustaz.

message user image

Assalamualaikum Ustaz,

Saya merupakan salah seorang menggunakan kerusi apabila solat fardhu. Saya tidak dapat melakukan sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat awal serta akhir macam orang lain. Justeru itu saya menggunakan kerusi untuk berbuat demikian. Persoalan saya adalah

1) Cara solat yang betul menggunakan kerusi dengan mengambil kira sujud mestilah lebih rendah dari rukuk.

2) Kedudukan kaki depan dan belakang kerusi di dalam saf

3) Lokasi penempatan kerusi yang sebetulnya. Ada yang mengatakan perlu ditempatkan di hujung kanan atau kiri saf. Bagaimana pula jika ditempatkan di tengah saf sekiranya ruang saf kanan dan kiri telah diambil orang

Sekian, mohon penjelasan dari pihak Ustaz.

Terima kasih.

message user image

APAKAH HUKUM MENGAMBIL SUNTIKAN LIRAGLUTIDE SEMASA IBADAH PUASA?

Saya merujuk kepada persoalan penggunaan suntikan ubat bernama Liraglutide sewaktu ibadah puasa yang dipaparkan di Maktabah Al-Bakri (https://maktabahalbakri.com/suntikan-liraglutide-semasa-berpuasa/) pada 24 Mac 2023. 

1. Adakah suntikan Liraglutide memberikan tenaga? 

Kefahaman saya adalah liraglutide tidak memberikan tenaga baru kepada badan manusia kerana liraglutide berperanan untuk membantu pankreas supaya mengeluarkan insulin sesuai dengan kandungan gula atau tenaga dalam darah. Insulin kemudiannya membolehkan tenaga yang sedia ada dalam darah untuk masuk ke dalam sel badan. Bagi pesakit diabetes dan obesiti, wujud kerintangan dan kekurangan kepada penghasilan insulin sedia ada. Ini menyebabkan tubuh pesakit memerlukan lebih insulin untuk menggunakan tenaga yang berada dalam darah. Oleh itu, liraglutide tidak memberikan tenaga baru kepada badan. Liraglutide membantu badan menggunakan tenaga sedia ada dalam badan, bila mana penyakit diabetes dan obesiti menghalang proses tersebut berjalan dengan sepatutnya. 

2. Merujuk kepada saranan supaya suntikan liraglutide dibuat pada waktu malam, sepengetahuan saya, ubat tersebut bertindak balas dalam badan manusia sekurang-kurangnya 24 jam dan boleh berada dalam badan sehingga 72 jam. 

3. Memandangkan umat Islam dijangka mula berpuasa Ramadan pada 12 Mac 2024 dan ubatan atau temujanji doktor biasanya dibuat sekurangnya setiap tiga bulan, saya berpandangan sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita menjelaskan persoalan ini kepada pesakit dan pengamal perubatan. 

Atas perhatian dan maklumbalas pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor, saya doakan jazakumullahu khairan kathira. 

message user image

Salam,

Apakah kadar bagi najis yang dikira sedikit bagi mazhab syafiie? Jika mengikut uruf, adakah terdapat satu guideline bagi tentuan uruf?

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum ustaz saya ada pertanyaan tentang hukum bekas tapak kaki anjing pada simen kawasan rumah saya.kawasan rumah saya anjing selalu berkeliaran dan kadang kala lepak dan baring atas lantai mozek dan kadangkala ada bekas tanah tapak kaki anjing yg sudah kering pada lantai mozek.jika kasut saya basah dan terpijak bekas tapak kaki itu dan masuk ke dalam kereta adakah ianya najis dan jika ianya najis.adakah najis itu berpindah pada karpet dalam kereta saya.Sekian teruma kasih mohon penjelasan dari ustaz

message user image

Assalamualaikum,

Saya nak bertanya, saya baru lepas pergi Klinik KK, selepas saya hendak meletak sample air kencing. . Tangan saya yang basah terlanggar sesuatu yang dipakai oleh cina yang sedang memimpin ibunya. .saya tak pasti beg atau apa. Tapi rasanya beg . . Selepas itu saya mencuci tangan saya dengan sabun . .Soalan saya, perlukah saya sertu tangan saya. .saya takut terkena beg yang ada kulit babi/anjing. . saya was2. . Apa perlu saya buat sebab lepas da cuci dgn air sabun saya ada sentuh barang lain seperti beg ,phone . . Adakah saya perlu sertu sekali semua barang2 tu?

message user image

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya, adakah saya kena ambil wudhu sekali lagi sekiranya saya ingin qadha solat selepas solat fardhu? Masalahnya saya ada masalah kencing tak lawas. Sebab saya pernah tengok video ustaz azhar idrus, dia kata kena lapik dengan tisu tapi hanya untuk satu solat fardhu saja. Tisu & wudhu kena tukar baru ke kalau saya nak solat qadha sejurus selepas solat fardhu?

Terima kasih

message user image

Assalammualaikum ustaz.

Saya ingin bertanya mengenai sertu. Ceritanya begini, lebih kurang 20 tahun lepas semasa saya baru pindah rumah dan kawasan rumah saya ada beberapa ekor anjing liar berkeliaran. Jadinya satu pagi semasa hendak keluar pergi kerja ketika hendak memakai kasut saya dapati satu stokin saya hilang dan saya mencarinya di luar rumah. Saya menjumpainya dan dapati ada beberapa helai bulu dan saya mengesyaki ianya adalah bulu anjing dan saya tak ingat samada kering atau basah. Jadi saya terus ambil tanpa sertu kerana diketika itu saya akui sangat jahil dan bodoh mengenai hukum hakam agama. Jadi persoalannya apakah status ibadah saya selama ini dan perlukah saya sertu diketika ini? Segala jawapan dan pencerahan dari ustaz amat saya hargainya.

Wasalam. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Saya mempunyai soalan. Jadi peristiwa ini berlaku sekitar 6-7 tahun lalu. Ketika ayah saya ingin menghantar saya ke sekolah pada waktu pagi, dia tidak sengaja melanggar seekor babi. Sejujurnya, saya tidak ingat sama ada terdapat cairan seperti darah ataupun najis babi tersebut melekat di kereta ayah saya. Dan saya juga merasakan saya tidaklah menyentuh bahgian hadapan kereta tersebut cumalah saya rasa saya hanya ada bersentuhan dengan bahagian pintu kereta sahaja ketika ingin menutup pintu kereta. Pada hari yang sama juga, saya ada perasan di bahagian pergelangan tangan baju saya terdapat kesan hijau hitam begitu yang tidaklah terlalu besar. Saya terus mengingati babi tersebut, adakah ini mungkin dari babi tersebut dimana mungkin najisnya yang tersebar ke pintu kereta ? Tetapi pada waktu tersebut saya cuma meyakinkan diri bahawa kesan itu mungkin dari sumber lain.

Jadi soalan saya, sekiranya saya tidak tahu sumber kotoran tersebut, adakah perlu untuk saya sertu juga baju tersebut. Dan sekiranya sememangnya kotoran itu berpunca dari babi tersebut, bagaimanakah dengan mesin basuh yang saya gunakan selama ini untuk membasuh baju sekeluarga. Adakah basuhan baju kami selama ini tidak bersih dan perlu disertu? Mohon penjelasan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,saya ingin bertanya selepas mandi saya rasa was-was sama ada air kencing keluar atau tidak dan terkena pada kain tuala atau tidak tetapi apabila saya bau tidak pula ada bau hancing.Kemudian, keesokan harinya saya basuh kain tuala tersebut dan bau kain tuala tersebut lalu saya was-was sama ada bau hancing atau bau hapak kerana kali pertama bau macam hancing tapi kali kedua saya bau tiba- tiba tidak ada bau hancing tersebut. Mohon pencerahan dari ustaz.Sekian terima kasih

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah betul sekiranya di lantai yang terdapat najis hukmiyah lalu kita mengemop lantai tersebut dengan kain yang basah akan berpindah najis ke merata tempat yang lainnya?

Sebab saya menjadi keliru kerana saya pernah mendengar bahawa jika kaki kita basah dan terpijak najis hukmiyah maka ia akan berpindah hanya pada tapak kaki kita sahaja dan kesan basahan yang terdapat pada kaki(terkena najis hukmiyah) tidak akan berpindah pada tempat lain...mohon penjelasan,sekian terima kasih

message user image

  1. Apakah hukum melakukan umrah dengan berkerusi roda walaupun mampu untuk berjalan? mohon sedikit pencerahan yang terperinci

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya perihal puasa nazar.

Saya pernah bernazar untuk berpuasa selama satu hari jika subjek tersebut lulus. Dalam konteks ini, tiada tarikh atau hari yang spesifik yang saya nyatakan. Alhamdulillah subjek tu pun telah lulus. Akan tetapi saya belum berpuasa nazar sehingga datang tahun berikutnya. Adakah saya akan dikenakan denda/kafarrah kerana saya tidak menyelesaikannya dengan kadar segera?

message user image

As-slm Mufti, saya menjalani operation buang rahim dan ovari pada 1 jan.Darah masih keluar dari faraj sehingga hari ni 11 jan.Soalan saya.Sekiranya darah masih berlarutan keluar sehingga melebihi 15 hari 15 malam. Adakah darah yang keluar itu darah istihadah? Bolehkah saya solat pada hari ke 16? Atau saya kena tunggu darah berhenti baru boleh solat? Mohon penjelasan kaedah solat untuk pemasalahan saya ini. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang bayaran zakat emas yang disimpan. 

Saya telah membeli emas pada suatu ketika dahulu dan terlupa tarikh pembeliannya. Jadi saya telah membayar zakat dengan mengambil kira saya membeli emas tersebut pada bulan 5 dan ambil nilai tertinggi pada bulan tersebut. Baru-baru ini saya telah mendapat tarikh sebenar pembelian emas tersebut dan dilihat pembelian tersebut adalah pada bulan 3. Jadi bagaimanakah pengiraannya ustaz/ustazah? Apakah yang boleh saya lakukan bagi menyempurnakan zakat emas saya?  

Terima kasih di atas perhatian. 

message user image

Apakah hukum perempuan marhaban di dalam surau..Program selepas waktu solat Isya..

Apakah hukum kumpulan marhaban perempuan dijemput dalam majlis keraian seperti majlis kahwin,cukur jambul, program hari kebesaran islam dan seumpanya..

message user image

Apa hukum sujud sahwi? Kalau tak buat takpe ke? Keadaan yang macam mana untuk kita melakukan sujud sahwi?

message user image

Assalamualaikum wbt, saya ada masalah penyakit was-was yang teruk. Selepas mandi wajib sebelum solat subuh. Pada waktu tengahari tiba-tiba muncul rasa ragu-ragu adakah saya sudah ratakan air ke kawasan belakang badan ataupun tidak semasa mandi wajib pagi tadi. Adakah saya perlu ulang mandi wajib saya? Mohon penjelasan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum tuan mufti,

Saya ingin bertanya, tempoh hari saya tak boleh rukuk ketika solat kerana kesakitan di belakang badan. Saya boleh menunaikan rukun lain dengan sempurna seperti sujud, duduk antara dua sujud tapi saya tak boleh rukuk (saya boleh bongkok sikit sahaja). Saya solat seperti biasa dan rukuk sambil duduk atas kerusi. kemudian saya sedar yang saya boleh rukuk dengan cara duduk antara dua sujud. Mana satu cara rukuk yang patut saya lakukan ?

1. Rukuk ketika duduk di kerusi

2. Rukuk ketika duduk antara dua sujud

3. Rukuk seperti biasa (bongkokkan badan setakat yang saya mampu)

Jika cara saya salah selama ini, adakah solat saya tidak sah dan adakah saya perlu qadha solat tersebut ?

message user image

assalammualaikum ustaz saya ada soalan

1-saya ada tuala yang hanya di gunakan utk lap ketika selesai kencing atau buang air besar...cume terkadang bila sy cium tuala sy ada bau air kencing...soalan say jika tuala kita terkena najis air kencing sedikit dan memang ada bau sedikit dan kita memakai utk megelap badan kita...dan najis itu berpindah ke badan kita sebab basah...setelah selesai lap badan kita...kalau kita sentuh barang dalam rumah kita seperti phone atau apa sahaja dalam keadaan tangan kita lembab atau kering najis itu berpindah ketempat lain...sebagai contoh...selasai lap badan kemudian saya pakai seluar dan terus pegang tombol pintu dan pegang phone atau sentuh anak saya adakah najis itu berpindah...dan bagai mana nak basuh jika najis itu berpindah...perlu ke sy basuh phone sy...saya jadi was was sb sy ada penyakit was was yg teruk jagk...

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan. Maaf mengganggu. Soalan 1- Saya tidak tahu tahi burung atau apa yg melekat pada seat moto kemudian saya duduk Dan ia kering tetapi kain saya berbasah. Saya tidak tahu putih tu Dan Macam saya berbasah duduk Adakah ia berpindah pada pakaian yg saya pkai?. Soalan 2- Betulkah tahi burung dikira dimaafkan jika terkena baju atau pakaian? Bagaimana kalau kena pada seat moto?. Soalan 3- Jika ia najis bagaimana pulak jika terkena pd pakaian kemudian saya duduk Dan baring pada katil Dan kerusi? Keputihan pada seat itu kering tapi pakaian saya lembab atau berbasah Adakah ia berpindah/melekat pada seluruh tmpt yg saya duduk Dan baring dikira najis?. Soalan 4- bolehkah saya mengguna pendapat bahawa burung halal dimakan, najisnya suci? Tetapi saya tidak tahu itu tahi burung jenis burung apa. Adakah dikira dimaafkan?. Maaf Tuan/Puan, saya ada was--was bab thaharoh. Kalau boleh saya nak Tuan/Puan cepat menjawab soalan saya ye. Sekian, Syukron.

message user image

Assalamualaikum, saya menghadapi satu kemusykilan, pakaian bernajis saya dibasuh dengan mesin basuh automatik. Pakaian & sabun serbuk dimasukkan dulu sebelum air. Selepas pakaian saya kering saya perasan ada sisa putih sabun serbuk tersebut. Adakah sabun itu bertukar menjadi najis? Saya ada baca pendapat daripada Syeikh Al-Thabalawi bahawa sisa bau sabun dimaafkan, tetapi adakah sisa keputihan sabun serbuk pada pakaian juga dimaafkan?Jika tidak suci, bagaimanakah dengan solat saya selama ini kerana hal ini dah banyak kali berlaku ? Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Saya ingin bertanya, semasa 5 tahun lepas, saya terkeluar air mazi dan saya hanya memakai tuala. Air mazi itu ada terkena pada bahagian tuala dan tilam (tidak mempunyai cadar) . Disebabkan kejahilan saya, saya tidak mengetahui air mazi ada najis. Oleh itu saya tidak membasuh tuala dan tilam tersebut. Selepas saya mula mempelajari berkaitan air mazi. (1) Saya berasa was-was sama ada perlu atau tidak perlu membasuh tilam yang berat itu keseluruhannya kerana saya tidak mengetahui tempat terkenanya air mazi tersebut sebab sudah terlalu lama perkara tersebut berlaku dan air mazi itu telah kering.(2) Adakah dimaafkan sekiranya saya tidak membasuh tilam tersebut kerana terlampau berat dan tidak diketahui kedudukan terkena najis tersebut

Di samping itu, saya ingin bertanya berkenaan terkeluar air mazi dan diikuti air mani. Semasa saya ingin bangun untuk mandi, saya mendapati terdapat air yang terkena pada sofa tempat duduk. Saya ada check air tersebut tapi saya tidak mengetahui sama ada air itu adalah air mani atau air mazi (3) Boleh ke saya mengganggap air yang terkena pada tempat duduk adalah air mani (bukan najis) kerana saya dalam proses untuk menghilangkan penyakit was was saya yang melampau yang boleh mengakitbakan saya terpaksa membersihkan sofa tersebut berulang kali sekiranya ia adalah air mazi(najis) lebih-lebih lagi sofa tersebut berat. (4)sekiranya tidak boleh, adakah perlu saya mengulangi solat saya kerana setelah kejadian itu saya ada duduk di tempat tersebut dalam keadaan basah.

Selain itu. Terdapat anak saudara saya yang telah terkencing dalam seluar semasa berada di tilam. Saya pergi membawanya untuk membersihkannya.saya terlupa sama ada air kencing tersebut terkena pada tilam atau tidak padahal saya adalah check tilam tersebut sebelum membawa anak saudara pergi bersihkan diiri. Untuk pengetahuan semua, saya mempunya penyakit was was yang melampau dan mudah lupa. Saya bersangka yang air kencing itu tidak terkena pada tilam kerana penat dengan was was saya. Oleh itu saya tidak terus membasuh tilam tersebut. Setelah keesokknya saya Mula was was kembali. (4) Apakah yang perlu saya buat, adakah sah solat saya kerana saya sering duduk di tilam ketika basah (mandi). 
 

message user image

Assalamualaikum tuan mufti,

Saya ingin bertanya, saya selalu lupa sama ada telah duduk antara dua sujuk atau belum ketika solat. Perkara ini sudah berlaku agak lama dan hampir berlaku dalam semua solat saya. Adakah ini disebabkan oleh perasaan was was sebab saya rasa ragu ragu sama ada sudah duduk antara dua sujud atau pun disebabkan saya mudah lupa. Kadang kadang saya ada juga tidak melayan perasaan ragu ragu tersebut. Bagaimana hendak membezakan sama ada was was dan lupa. Boleh tuan jelaskan lebih lanjut ? Terima kasih

message user image

aslm ustadz,saya ingin bertanya tentang kencing tak lawas,saya ada penyakit kencing tak lawas dan was was.

soalan pertama: sah ke solat jika air kencing keluar sebelum ingin melaksana kan solat fardhu.

soalan kedua: sah ke solat jika saya mengulangi solat fardhu dua kali,contoh habis solat zohor lepas tu solat zohor balik sbb was was,sedangkan air kencing keluar sebelum solat.

soalan ketiga:boleh ke solat qadha dengan wudhu yang sama

terima kasih ustadz,aslm

message user image

Assalamualaikum, saya sekarang sedang berhijrah dan kadang-kadang saya teringat akan dosa dosa saya yang lalu ketika jahil tiba tiba saya teringat akan dosa saya yang telah jadi beberapa tahun lalu dan mula was was serta bingung adakah perkara tersebut menjadikan saya murtad? Saya terfikir macam mana kalau saya telah murtad tanpa sedar dan macam mana dengan amalan saya seperti puasa dan solat? sah atau tidak? saya takut sangat... terima kasih

message user image

Minta pencerahan.

Salat Fardu harian 5 waktu.

Adakah Asbabun Nuzul atau ada nas Quran atau Hadith yang memberi penjelasan yang Subuh 2 Rakaat, Zuhur 4 Rakaat, etc.

Mengapa specific Rakaat?

Soalan yang pelik, bukan nak soalkan Rakaat itu banyak jadi malas nak buat.

Tapi mungkin ada significant dan keutamaan yang Subuh 2, Zuhur 4, Asar 4 tapi Magrib hanya 3 dan Isha back to 4?

JAZAKALLAHUKHAIR atas kesabaran dengar soalan saya.

Kalau soalan ini tak relevant, minta beritahu.

Belajar seumur hidup.

Life-long learner.

DR AZIZUDDIN

message user image

Assalamualaikum. Saya ada satu soalan.

Pakaian dalam saya terkena air kencing, namun saya tidak bersihkan walaupun saya berada di rumah. Saya nampak dengan jelas bahagian mana yang terkena air kencing terbabit. Namun saya ambil tidak peduli. Saya cuma tukar tuala wanita kerana saya datang bulan. Kemudian, dengan pakaian dalam yang terkena air kencing terbabit, saya tidur serta duduk di beberapa tempat di rumah saya, jadi saya risau berlaku perbindahan najis walaupun saya tidak nampak. Soalan saya, saya kini sudah boleh solat, namun saya risau terkena kesan air kencing yang sebelum ini. Ini adalah kerana saya tidak nampak sekiranya ada perpindahan najis, oleh mata kasar. 

message user image

Assalamualaikum w.b.h. Saya ingin bertanya apabila dalam situasi seperti tempoh haid hadir pada hari ke-1 hingga hari ke-7. Selepas itu mandi wajib dan solat/puasa seperti biasa. Selang 4hari selepas haid, tiba2-tiba ada tompokan darah keluar muncul dalam sehari dua sahaja. Jadi, saya ingin bertanya, adakah tompokan darah itu masih dikira haid? Dan adakah solat/puasa tersebut diterima atau tidak sebelum munculnya tompokan darah tersebut?

message user image

Assalamu'alaikum,

Soalan 1: Mohon pandangan rajih atau asah dalam mazhab Syafi'i berhubung Solat Sunat Subuh (qada) yang ditunaikan selepas sebaik saja selesai Solat Fardhu Subuh bagi yang tertinggal / tidak sempat menunaikannya. 

Ini disebabkan waktu tersebut adalah waktu ditegah solat sunat, dalam pengetahuan saya solat sunat berwaktu sememangnya dibenarkan qada bagi orang yang melazimi solat tersebut, contohnya solat Dhuha.

 

Soalan 2: Mohon diterangkan juga bagaimana dikira sebagai orang melazimi bagi solat sunat dan puasa sunat yang dibolehkan qada. 

 

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah sah solat jika menggunakan deodrant jenama rexona sebagai pewangi ketiak. terima kasih dan saya mohon pencerahan.

message user image

Assalamualaikum, gigi saya sering berdarah dan darahnya kadang-kadang keluar banyak dan sedikit.

1. Persoalannya adakah boleh saya menyucikan kesan darah dalam mulut saya yang sedkit itu hanya dengan menelan air kumuran itu sehingga hilang kesan darah tersebut.

Sebab jika saya berkumur air di dalam mulut akan terpercik keluar dan terkena pada pakaian solat saya.

2. Sekiranya saya tertelan darah dalam mulut saya, perlukah saya berkumur hanya dalam mulut atau perlu berkumur sehingga ke tekak?

message user image

assalamualaikum ustaz, saya baru tahu niat solat perlu dinyatakan "fardhu" . oleh itu, saya perlu mengqadakan solat saya yang sebelum ini. Saya mengqadakannya sebelum dan selepas setiap solat fardu. Masalah timbul, saya mempunyai masalah keputihan, perlukah saya mengambil wuduk setiap kali solat tersebut?

message user image

Assalamualaikum,Saya ingin bertanya 

1. Saya adalah seorang pelajar di universiti awam Dan Saya ditaja oleh satu tajaan perjanjian pemboleh ubah Dan ada syarat yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut bahawa saya tidak boleh melalukakan apa-apa pekerjaan yang berpendapatan,jika Saya tetap melakuakan pekerjaan seperit kerja part time or rider grab Dan seangakatannya means bukan kerja tetap adakah ia dikira melanggar syarat perjanjian Dan memberi kesan terhadap duit yang diterima oleh Saya,maksud Saya adakah Masih halal or berkat 

2. Berkaitan kesucian,jika sesuatu najis itu seperti air mazi kena pada seluar dalam Saya Dan ia bersentuh dengan seluar luar Saya iaitu seluar panjang adakah najis berpindah Dan perlu dibasuh juga Dan jika terlampau banyak pergerakan Dan masa untuk membasuh adakah satu seluar itu perlu dibasuh Saya was-was Dan adakah jika di kawasan mana ii Saya duduk misalnya kerusi adakah ia perlu dibasuh jika lembapan itu tidak sampai ke permukaan seluar luar meskipun Saya tengah duduk Dan ianya automatik bersentuh dengan seluar dalam yang terkena air mazi tersebut tapi Saya lihat di permukaan kerusi itu kering tiada kesan apa-apa Dan Saya Masih lagi ragu -ragu

3.Jika kita tengah tidur pula ,semasa Saya bangun Saya dapati seluar Saya ada kesan air mazi yang sudah kering ,adakah selimut atau cadar perlu dibasuh tetapi Saya tidak pasti Dan tidak mendapati kesan Dan Saya was-was kerana jika semasa IA baru keluar Dan Masih ada lembapan Dan bersentuh dengan permukaan lain najis akan berpindah kan so adalah ia perlu dibasuh atau tidak 

message user image

Assalamualaikum, saya ada beberapa soalan mengenai puasa dan fidyah yang saya inginian kepastian dari pihak yang lebih arif. Situasinya begini, saya seorang yang lalai dalam menjalani puasa sejak akhil baligh, dan saya ingin bertaubat. Soalan saya;

1.Menerusi pembacaan saya; fidyah adalah denda yang dikenakan terhadap puasa yang ditinggalkan atas sebab uzur syar'ie. Dalam kes saya, ia adalah sebab kelalaian diri sendiri/ sengaja dan bukanlah sebab uzur syar'ie. Jadi saya ingikan kepastian, saya ingin bertaubat dan melunaskan hutang saya, adakah fidyah terpakai pada saya? Jika tidak terpakai, apa yang patut saya lakukan?

2. Jika fidyah terpakai, saya juga ingin bertanya tentang fidyah gandaan dan tidak berganda. Saya ada cuba menggunakan kalkulator di laman web untuk menggira jumlah fidyah, fidyah gandaan besar jumlahnya, belasan ribu, jauh berbeza dengan fidyah tidak berganda. Soalan saya disini, mana satukah yang perlu saya bayar? Menerusi pembacaan saya, tidak ada jawapan muktamad untuk hal ini. Jadi, apakah boleh sekiranya saya memilih untuk membayar fidyah tanpa gandaan? Adakah saya berhak memilih sedemikan? Apakah boleh untuk saya memilih untuk membayar di negeri yang tidak mewajibkan fidyah berganda? 

3. Fasal kemampuan/ tidak mampu membayar fidyah berganda. Saya inginkan pencerahan tentang sejauh mana kita menilai sama ada diri kita mampu untuk membayar fidyah berganda yang belasan ribu ringgit yang saya sebutkan. Saya maklum diri saya bukan lah fakir miskin, namun bukan juga kaya raya. Jika belasan ribu ringgit (+- rm 15000) wajib dibayar, saya terpaksa gunakan sebahagian wang simpanan KWSP yang telah saya keluarkan. Pendek kata, saya tidaklah fakir miskin tapi tidaklah kaya juga. Disebabkan itu saya ingin memilih untuk membayar fidyah tidak berganda, namun saya inginkan pendapat dan nasihat.

4. Fasal qadha puasa. Setelah pengiraan yang saya buat, saya baligh dari tahun 2004, kini sudah pun 20 tahun baru lah saya ingin bertaubat. Saya memerlukan setahun enam bulan lebih kurang untuk mengqadha puasa, itupun belum ditolak hari uzur dan jika saya berpuasa berterusan. Soalan saya; saya semestinya sudah tidak sempat untuk menggantikan puasa sebelum Ramadhan 2025, apakah akan ada fidyah lagi keatas baki ganti yang belum saya laksanakan? Mohon pencerahan tentang bagaima kiraan ini harus dilaksanakan.

5. Akhir sekali, saya mohon pencerahan secara keseluruhan, jika ada apa apa yang saya tertinggal untuk melunaskan hutang saya dan bertaubat. Saya dengan rendah diri memohon pandangan dan nasihat, serta saya minta untuk didoakan kebaikkan. Terima kasih atas sebarang jawapan.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada soalan mengenai kahak ketika puasa. Saya selalu mengalami masalah kahak terutamanya waktu puasa. Namun, saya mengalami kekeliruan untuk menentukan kahak itu berada di had zahir atau batin. Hal ini kerana saya rasa kahak sentiasa berada di sekitar kawasan kerongkong/ anak tekak. Saya hanya ikut kalau saya dah cuba mengeluarkan kahak tapi dia tidak keluar ataupun selagi kahak tidak keluar anak tekak, saya anggap sahaja kahak berada di had batin. Jadi saya rasa was-was kalau puasa saya sah ataupun tidak apabila saya telan je kahak yang sangkut disekitar kerongkok/anak tekak sekiranya saya rasa kahak tidak keluar apabila saya dah cuba keluarkan sekali dua.

 

Lagi satu soalan, tidak mengapakan telan air liur yang bercampur dengan manisan makanan yang terlekat di lidah walaupun kita dah berkumur and gosok gigi?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum

Saya ikuti group tadarus bulan Syaaban di masjid istiqamah Puchong dan masih dalam bacaan juz yang belum tamat.. kawan2 pula kata 7 hari saya tidak bersama dalam group tadarus tersebut perlu saya ganti balik 7 hari yg saya tidak baca itu, sedang kan sahabat2 dalam group saya terus bertambah juz yg mereka baca

Kini saya sedang berada diluar negara

 

Soalan saya:

 

Perlukah juz yang saya tidak baca, saya ganti baca setelah pulang dari luar negara

 

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang soal najis.Ketika membuang air kecil dalam tandas, saya terasa seakan-akan ada titisan air kencing yang merecik ke bahagian punggung saya.Tapi saya tidak yakin sekiranya itu hanya perasaan atau benar-benar berlaku.

Apakah yang harus saya lakukan?

message user image

Assalamualaikum,

Sekiranya saya ingin mandi wajib adakah diwajibkan bagi saya untuk memeriksa bahagian tubuh badan sebelum mandi? Contohnya saya memeriksa bahagian tapak kaki dan celah-celah kuku tangan dan kaki untuk memastikan tiada habuk atau tanah yang melekat kerana apabila berjalan dalam rumah tanpa alas kaki sudah pasti akan ada habuk atau debu-debu yang hitam melekat pada tapak kaki.

Sekiranya saya terus mandi wajib tanpa mengambil peduli tentang kewujudan habuk dan debu pada tapak kaki dan celah kuku, adakah mandi saya sah? 

message user image

Assalamualaikum,saya ingin bertanya:Saya mendapati ada beberapa ekor semut diatas meja makan dan saya pun mengelap semut itu dgn kain yang basah sampai semut itu mati dan menjadi bangkai.Persoalannya apakah air dari kain basah itu menjadi mutanajis dan apakah saya sudah menyebarkan najis? Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya was-was dengan puasa saya harini. Adakah batal puasa saya apabila saya mengeluarkan lendir resdung dari mulut menggunakan lidah tanpa bersentuhan dengan lelangit, bawah lidah dan bibir dan memasukkan balik tanpa sengaja, apabila saya memasukkan balik lidah ianya juga tidak terkena mana-mana bahagian yang saya sebutkan tadi. Kemudiannya saya mengulangi dengan mengeluarkan lidah untuk meludah saki baki lendir yang diludah tidak habis tadi. Harap soalan saya difahami.

message user image

Saya ingin bertanya adakah seluar dalam yang telah dicuci daripada keputihan boleh digunakan dalam solat? Kerana saya ada melihat beberapa video bahawa seluar dalam yang terkena keputihan tidak boleh digunakan walaupun telah dicuci dengan air mutlak. Adakah ini benar? Dan adakah solat saya sah selama ini kerana kerana saya solat menggunakan seluar dalam yang telah dibasuh keputihan yg melekat secara bersih menggunakan air mutlak dan adakah saya perlu qada solat saya? Terima kasih. 

message user image

Apakah hukum suami tidak membiayai bayaran haji untuk menunaikan haji isteri sedangkan pergi bersama dan keupayaan kewangannya sangat tinggi kerana baru dapat wang graduiti sedangkan isteri pencen tidak berpendapatan.

dan pula selepas itu boleh membiayai bayaran untuk umrah anak saudara (ada ibubapa yang mampu) dan adik lelaki beliau.

saya sebagai isteri amat terasa hati dengan tindakan suami saya malahan ianya dilakukan diluar pengetahuan saya. Saya tidak pernah menghalang beliau untuk berbuat  demikian dan hubungan saya dengan adik beradik nya sangat rapat begitujuga dengan mertua. Persoalannya dia tidak membiayai saya sebagai isterinya dan ini membuat saya rasa terkilan.

message user image

Assalamualaikum Tuan,

Saya nak bertanya berkenaan solat saya. Jam 12.30 tengah hari, saya minum air kopi. Kemudian jam 3.30 petang saya berwuduk untuk solat zohor. Sebelum wuduk, saya dah berus gigi terlebih dahulu dan saya dapati rasa dan bau kopi di mulut sudah tiada. Namun ketika solat di sujud rakaat terakhir, tiba-tiba saya rasa seperti ada rasa dan bau kopi. Saya tidak pasti samada bau sahaja ataupun ada rasa kopi itu sekali. Jadi saya tahan air liur saya, tak telan. Namun ketika baca tahiyat akhir, saya tertelan air liur yang saya tahan tadi. Dan setelah selesai solat, saya ada rasa kopi di lidah saya. Soalan saya, adakah batal solat saya itu? 

Mohon penjelasan. Terima kasih banyak Tuan.

message user image

Kalau kita bersolat subuh di masjid dan masbuk 1 rakaat adakah kita perlu membaca doa qunut ketika menambah rakaat walaupun sudah membaca doa qunut ketika solat bersama imam.Juga seperti solat maghrib dan kita masbuk 2 rakaat adakah tahiyat awal perlu ditambah di rakaat pertama atau rakaat kedua.

message user image

Assalamualaikum ustaz. Saya masih ada beberapa hari lagi utk qada'  puasa tetapi suami tidak benarkan saya untuk mengganti atas sebab risaukan keadaan anak di dalam perut. Soalan saya, patutkah saya patuh dgn arahan suami? Kalau saya teruskan untuk berpuasa, adakah dikira derhaka?

message user image

Assalamulaikum tuan yang mulia dan semoga dirahmati allah sentiasa,

1.Apa hukum kuah gual ayam,ikan,daging yang terkene pakaian adakah ia dikira najis?

2.Ada yang mengatakan gulai daging,ayam,ikan halal dimakan dan tidak halal pada pakaian adakah ini sohih dan benar, 

3. Bila kita tertelan benda najis, bagaimana cara berkumur yang betul ada pendapat kita wajib berkumur dengan cara ghalgharah( mengangkat kepala keatas dan memutar air dalam tengkak)

 

sekian, saya yang was was parah

message user image

Assalamualaikum....soalan saya

Ada segelintir jamaah... saya lihat melakukan solat sunat qobliah subuh semasa solat berjamaah/solat fardu berlangsung.adakah kita boleh melakukan solat sunat tersebut.

message user image

Soalan: Masa zaman budak sehinggalah remaja, saya puasa tak puasa. Jadi saya beranggapan saya tidak pernah berpuasa selama 30 hari  pada tahun 2014 ( darjah 6) sehingga 2023  dan saya juga anggap diri saya tak pernah bayar fidyah, untuk hilangkan rasa was-was pada diri. Pada tahun 2024 sebelum masuk ramadhan, saya ingin gantikan puasa tersebut, saya dah bertaubat. Jadi, saya berjaya gantikan puasa sebanyak 23 hari. Baki 7 hari saya tak dapat ganti sebab period. Maka berapakah kadar fidyah saya perlu dibayar? Dan waktu bilakah saya perlu bayar untuk fidyah puasa lampau ni? Adakah jadi satu kesalahan kalau saya terbayar fidyah 2 kali pada untuk tahun yang sama disebabkan perasaan was-was dalam diri? Saya pernah bayar tapi tak ingat bila. Harap mufti dapat tolong saya. Saya takut hutang dengan tuhan. 

message user image

Kasut saya terkena air kencing anjing, kemudian saya masuk bilik air dengan lantai yang kering..

Selepas saya masuk, saya buka paip air, dan kawasan tersebut agak bertakung.

Untuk hari-hari yang seterusnya, lantai tersebut ada waktu kering Dan ada waktu basah.

Soalan saya adakah lantai itu dikira najis, walaupun kesan air kencing anjing sudah tiada, Dan sekiranya bertakung semula air di lantai itu yang sudah tiada kesan air kencing anjing, kemudian ada pakaian yang terkena air tersebut, adakah pakaian tersebut perlu disertu juga?

message user image

Assalamualaikum. Saya ada suatu kemusykilan. Saya membela kucing dan mereka ialah kucing yang tinggal di dalam rumah. Disebabkan kucing-kucing saya selalu duduk / tidur / bermain di dalam bilik tidur saya, saya meletakkan bekas pasir untuk mereka kencing dan berak di satu sudut di bilik saya. Saya sering membersihkan bekas najis tersebut. Soalan saya ialah, adakah sah solat saya jika saya solat di dalam bilik tidur saya yang mempunyai bekas najis kucing tersebut? Adakah tempat solat itu menjadi tidak suci? Walaupun saya solat tidaklah begitu berhampiran dengan bekas najis tersebut? Mohon pencerahan untuk soalan saya ini dan terima kasih saya ucapkan.

message user image

Assalammualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya mengenai haid. Saya mengambil perancang keluarga (injek depo) yang membuatkan haid saya tidak berhenti (spotting). Dalam tempoh 6bulan, hanya 3hari bersih. Saya akan berhenti solat apabila darah keluar berwarna coklat atau berbau dan akan menunggu selama 15hari untuk mandi dan bersolat semula. Soalan saya, apabila tempoh 15hari tamat dan saya bersih selama 3hari tapi darah kembali keluar pada hari 19, adakah saya dalam keadaan putaran haid yang baru? darah tidak berbau pada hari ke-19. Atau, saya hanya dikira haid apabila warna dan terdapat bau pada darah.
Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih

message user image

assalamualaikum ustaz tapak tangan saya dimasuki duri.saya telah mengeluarkan namun bila saya lihat semula masih ada duri yang kecil dan tidak ada hujung duri yang membolehkan untuk saya mengeluarkan duri tersebut(duri dah di dalam kulit) tapi duri itu masih kelihatan.Ketika saya menyentuh permukaan kulit yang ada duri itu,tiada duri yang timbul(rasa permukaan kulit yang rata).soalannya,sahkah wudhu saya dan mandi wajib selepas itu.

message user image

Assalamualaikum WBT. Saya ingin bertanya mengenai perpindahan najis.

1. Adakah peranti elektronik (tablet, telefon) yang terjatuh di jalan tar yang merupakan tempat anjing berkeliaran (najis hukmi?) dikira sebagai najis yang berpindah?

2. Sekiranya ya, bagaimanakah cara menyucikan peranti tersebut tanpa merosakkannya, adakah perlu sertu?

Mohon diberi pencerahan kerana saya mengalami waswas terhadap soal ini. Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum 

1) Saya terpegang kemaluan saya yang sah ada air mazi. Saya terlupa bahawa tangan saya itu mengandungi air mazi kemudian saya menyentuh rambut saya yang basah. Sudah tentu bahagian rambut saya yang saya sentuh itu juga mengandungi air mazi. Kemudian, saya membasuh tangan saya dengan air mutlak, kemudian tangan yang suci itu saya gunakan untuk menyucikan rambut saya yang terkena air mazi tadi. Adakah tangan saya juga mengandungi air mazi semula setelah menggunakannya untuk menyucikan rambut saya atau sudah suci setelah saya basuh tangan tadi?

2) Berdasarkan soalan 1, saya anggap sahaja tangan saya sudah suci. Jika tidak suci, adakah benda benda yang saya sentuh seperti sejadah, suis lampu, pen, fon, tombol pintu dan sebagainya dengan tangan basah saya perlu menyucikan juga?

message user image

Assalamualaikum. Saya ada belajar tentang ilmu fiqh bab zakat, ustaz saya mengatakan tidak sah zakat seseorang yang mengeluarkan zakat menggunakan nilai bagi mazhab Imam Shafie. Dan kalaupun kita harus membayar zakat menggunakan nilai kita wajib niat zakat dan bertaqlid Imam lain ketika membayar zakat. Saya meminta penjelasan tentang hal ini. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Adakah saya perlu ganti puasa saya sekiranya saya terlupa untuk niat puasa untuk hari tersebut, walaupun saya sudah pun berniat untuk berpuasa selama satu bulan?

message user image

Assalamualaikum.. Mohon penjelasan. Saya ada beli kasut bundle. Semasa saya membasuh kasut tersebut, saya terjumpa beberapa helai bulu. Saya membuangnya. Kasut tu saya bw dari bilik air dan berjalan sekitar kawasan dlm rumah sebelum saya membawanya keluar rumah untuk dijemur. Air dari kasut yg saya basuh itu menitik-nitik sepanjang laluan saya dlm rumah. Saya dan anak-anak memijak air basuhan tu merata-rata dlm rumah. Sewaktu nak jemur kasut tu, saya ada ternampak masih ada sehelai dua bulu kt kasut tu. Timbul perasaan was-was takut bulu tu bulu anjing lak. Apa hukum air lelehan dari kasut tu yg meleleh-leleh dlm rumah dan dipijak dan dibawa merata-rata dlm rumah? Adakah ianya najis berat?

message user image

Assalamualaikum. Ada satu hari tu, pintu rumah saya terbuka. Sekumpulan anjing masuk ke kawasan rumah saya dalam keadaan waktu itu hujan sangat lebat. Anjing tu pijak di jalan yang ada dalam rumah saya tapi tak berbumbung. Akibat hujan lebat kawasan situ basah terkena air hujan dan dipijak anjing. Selain itu ada seekor anjing yang lain pijak di atas weedmat (sejenis plastik hitam) yang tutup atas tanah rumah saya. Jadi anjing itu pijak di situ dan saya nampak waktu itu dia sedang bergelut dengan kucing saya. Saya nampak kejadian ini di tingkap. Selepas itu saya terus bergegas buka pintu untuk halau anjing2 tu. Kucing saya sempat lari selamatkan diri. Tapi saya tak nampak anjing itu gigit kucing saya atau tidak. Bagaimana kalau anjing tu gigit kucing saya dan air liur anjing yang terkena pada kucing tu sudah bercampur dengan air hujan yang membasahi seluruh badan kucing saya? Kemudian kucing yang terkena air liur anjing tu berjalan di tempat lain pula dalam rumah saya.  Cuma beberapa hari selepas tu kucing saya mati. Jadi saya syak anjing tu telah gigit kucing saya sehingga buatkan kucing saya mati. Tapi saya tak nampak dan tak tau di mana kawasan yang anjing itu gigit pada kucing saya.

Saya bimbang dengan kawasan yang dipijak anjing. Jadi saya tanya mak saya adakah perlu samak. Mak saya kata tak perlu samak. Sebab susah untuk samak semua kawasan tersebut. Jadi saya tak samak. Lagipun, mak saya kena pergi ke airport untuk penerbangan pada malam itu juga. Jadi saya rasa mungkin tak sempat untuk samak. Tanpa samak dulu kawasan jalan itu, kereta sudah lalu di jalan yang lembap dipijak anjing tadi dan terkena jalanraya lembap yang lain.

Jadi persoalannya di sini, adakah saya perlu sertu semua tempat2 yang dilalui anjing tadi, iaitu di jalan dalam rumah saya dan di weedmat tersebut? Di bawah weedmat itu ada tanah, jadi adakah weedmat itu dapat disucikan dengan sendirinya jika hujan sudah bercampur dengan air tanah. Tetapi yang dipijak anjing adalah di atas weedmat dan bukan di atas tanah. 

Selain itu, saya tahu kucing saya tak perlu disamak sebab sudah mati. Tapi, persoalannya adakah saya perlu samak di kawasan yang kucing saya mati sebab kemungkinan saya syak terdapat air liur anjing tadi yang terkena bulu kucing saya yang basah dan kemudian terkena di lantai itu pula. 

Perkara ni buatkan fikiran saya terganggu sehingga saya terbeban sebab memikirkan banyak sangat najis sudah merebak. Najis yang merebak tu pula bukanlah najis yang dimaafkan, tapi najis berat. Jadi saya rasa berat sangat dan risau, tambah2 pula saya ni memang sudah lama ada penyakit waswas. Jadi bolehkah saya ambik keputusan untuk ambil mazhab lain yang katakan anjing itu tidak najis?

Maaf atas soalan yang terlalu panjang. Saya berharap dapat jawapan yang boleh tenangkan hati saya. Terima kasih. 

 

 

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya Mohamad Taufik B Abdul Hadi ingin bertanya berkenaan dengan perihal Puasa di bulan Ramadhan. 

Pada 08 Mac 2024 - 17 Mac 2024 saya akan pergi ke China untuk urusan kerja, ini bermakna saya akan sambut awal puasa di negara China. 

Soalan saya seperti di bawah.

1) Bagaimana untuk saya mengetahui bahawa di sana (Yangzhou, China) sudah bermulanya 1 ramadhan ?

2) Apabila saya pulang semula ke Malaysia dan menyambung puasa di Malaysia, bagaimankah pengiraan hari berpuasa saya dan bolehkah saya menyambut hari Raya Aidulfitri bersama-sama keluarga di Malaysia jika 1 Ramadhan di China dan Malaysia berbeza ?

Nota : Saya ada terdengar bahawa kita perlu cukupkan 29 atau 30 hari berpuasa Ramadhan. Jika tidak cukup kita perlu berpuasa walau di Malaysia sudah 1 Syawal dan kita tidak boleh berpuasa jika sudah cukup 30 hari puasa Ramadhan.walau di Malaysia masih berpuasa.

Penjelasan dari pihak Mufti amatlah saya hargai.

Terima Kasih

 

Mohamad Taufik

Hulu Langat, Selangor

message user image

Assalamualaikum. Jika air mazi terkena atas tilam, taktahu dimana tempat yg kena. Cukup kah dengan sekadar tukar cadar tilam , cadar bantal dan selimut? Terima kasih

message user image

Assalamualaikum ustaz. Saya terkena penyakit was was sejak Nov 2023. Seingat saya terkena was was lepas melihat video tentang mop najis cicak. Sejak daritu saya terkena penyakit was was yang sgt teruk. 
 

1. Saya terasa dinding rumah sy bernajis kerana mungkin semasa sy bawak turun baldi baju kotor dari tingkat atas, baldi dan baju kotor tersebut terkena pada dinding kawasan tangga. Sejak daritu sy sgt berhati2 berjalan di tangga rumah kerana risaukan badan sy terkena dinding. Sy merasa najis telah merebak di dinding2 sy. Sy xtahu cara membersihkan macamana. Jika sy mengelap tapi air tidak mengalir. Sy mahu spray di dinding menggunakan air mutlak tapi saya risaukan dia menitis di tingkat bawah menyebabkan lantai tingkat bawah pulak bernajis. Apa patut sy buat ustaz? Perlukah sy abaikab saja dinding tu dan menganggapnya tidak najis? Bantu sy ustaz.

 

2. Pemegang tangga ada najis cicak. Tanpa pengetahuan sy suami sy telah bersihkan selurug pemegang tangga dengan tisu basah antibakteria. Menyebabkan najis telah merebak 1 pemegang tangga dr atas kebawah. Bagaimana cara mensucikan pemegang tangga ini ustaz? Boleh kah sy mengelap dgn tisu basah air mutlak shaja? Atau sy perlu spray sahaja di pemegang tangga tersebut? Sy mahu spray sahaja guna air mutlak tapi sy risaukan air spray itu nanti menitik di lantai tingkat bawah menyebabkan saya perlu membersihkan lantai bahagian bawah pula. Sebab bawah tangga tu ada banyak barang2 niaga sy. Bila spray pasti akan terkena barang niaga sy. Maka sukar pulak untuk sy sucikan barang2 itu jika terkena air spray yg menitis dari dinding tersebut.
 

3. Di tepi katil sy setiap hari pasti ada najis lipas yang kering. Bagaimana cara yg betul utk mensucikannya? Adakah memadai jika sy buang begitu saja kerana najis itu kering dan lantai pun kering. Boleh kah sy mengemop lantai selepas buang najis lipas yg kering tersebut?

 

4. Jika saya ragu ragu tentang adanya najis di sesuatu tempat. Adakah menjadi najis tempat tersebut? Atau sy perlu mengabaikannya sahaja?

 

5. Jika saya terlupa sesuatu tempat itu ada najis atau tidak bagaiman cara untuk selesaikannya ustaz? Sy tak ingat ada najis ke tidak. Perlukah sy membersihkan seluruh tempat atau sy perlu mengabaikannya sahaja? 

 

Bantu sy ustaz. Sy sngat tertekan. Penyakit was was buatkan saya tak boleh nak bezakan perkara yang betul betul berlaku atau hanya imaginasi saya atau halusinasi sy. Sy sangat down dan sedih kenapa sy jadj begini. Hari hari sy menangis sebab penyakit was was ni. Seperti orang tak betul sehingga sy menganggap seluruh rumah sy jadi najis. Dan berasa tak selamat ketika berada dirumah. Sy sudah panggil ustaz untuk ruqyah kan saya. Tapi sgt sukar utk mengelakkan fikiran najis di merebak di rumah dan di dinding dan di pemegang tangga tersebut buatkan sy sentiasa hidup dalam keresahan kegelisahan dan ketakutan. Bantu sy ustaz apa patut sy buat? Sy sgt rindukan diri sy yg dulu yg tidak was was. Bantu sy ustaz :'(

Maafkan sy ustaz kerana menganggu. 

message user image

Assalamualaikum, sy ingin bertanya. Pagi td sy baru tersedar yg ada kesan air kencing kucing di depan halaman pintu rumah saya. Sebelum itu, sy ada keluar jemur kain pakai selipar getah, kemudian ank sy juga ada keluar di halaman depan rumah tanpa memakai selipar. Kemudian, kali kedua sy keluar pkai selipar yg sama buka pintu pagar utk suami sy masuk kereta. Kali ketiga sy keluar semula nk tengok kain jemuran baru sy tersedar ada air kencing kucing di halaman depan pintu dan sy cium bau pada selipar getah itu ada bau air kencing kucing. Kemudian sy teringat yg sebelum tu sy dah pakai selipar itu dan masuk ke rumah, ank sy juga mungkin telah terpijak kesan air kencing tersebut disebabkan ianya berada betul2 di hadapan pintu rumah (dia keluar rumah tanpa pakai selipar). Kami ank beranak dah jalan merata dalam rumah tanpa sedar mungkin kaki sudah terkena air kencing kucing. Persoalan saya, perlukan sy mencuci dan mengemop 1 rumah sbb kami dah pijak merata dlm rumah td? Dan ank sy juga ada dduk dgn kaki nya ats sofa. Perlu ke sy cuci sofa itu juga? Jika kami baring ats tilam dgn kaki tadi, perlu kah dibasuh cadar tilam juga? Tlg bg sy pencerahan tntang ini, sbb sy rasa letih dan penat sbnrnya utk cuci 1 rumah, smlm sy dah mop 1 rumah. Jd kalau hari ni kena mop lg, sy rs mcm susah. Bole ustaz tlg bgtau sy mcm mn perlu buat kalau keadaan mcm ni? 

message user image

Assalamualaikum,

Saya mempunyai kesusahan dalam memilih keputusan.Saya tidak dapat memilih sama ada ingin mengikuti pandangan mazhab hanbali atau syafie dalam urusan mandi wajib.Mazhab hanbali mewajibkan untuk berkumur dan menarik air ke dalam hidung dan saya mengikut pandangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.Tetapi dalam hati, saya lebih yakin dengan pandangan mazhab syafie.Walau bagaimanapun, saya tidak dapat meyakinkan diri saya untuk mengikut pandangan mazhab syafie.Apakah yang harus saya lakukan?

message user image

Assalamualaikum, saya nak tanya apakah hukum lelaki pakai satu sahaja inai( yang telus air) di hujung jari hanya untuk dijadikan perhiasan. Satu lagi, adakah sah solat berjemaah jika imam pelat. Contohnya dalam menyebut huruf R, ini kerana terdapat beberapa bacaan di dalam solat menggunakan huruf R. Terima kasih. 

message user image

Boleh kah bayar kafarah sumpah beri makan kepada orang yang sama kerana payah mencari orang miskin yang layak, contohnya hari ni  beri kepada 5 orang, esok beri pula makan kepada 5 orang yang sama.

message user image

Assalamualaikum 

1) Saya mengalami penyakit was-was. Jika tangan saya mempunyai air mazi yang masih belum kering, dan sekiranya saya terlupa sama ada saya memegang tombol pintu dengan air mazi tersebut atau tidak, atau sekiranya saya terlupa sama ada tangan saya basah (mengandungi mazi) atau kering ketika memegang tombol pintu tersebut

a) adakah memang betul tombol pintu itu terkena mazi?

b) adakah saya perlu menyucikan tombol pintu tersebut?

c) adakah sekiranya lain kali tangan saya basah dan saya memegang tombol pintu itu, adakah najis berpindah ke tangan saya?

 

2) Sebelum ini saya langsung tidak tahu akan penyebaran najis sama ada aini atau hukmi jika terkena bahan basah atau lembab. Jadi, sekiranya 4 tahun dahulu air mazi terkena karpet saya, adakah saya masih perlu membersihkannya atau tinggalkan sahaja?

message user image

السلام عليكم
tuan, saya telah bersama dengan isteri pada malam hari.

keesokan paginya kami telah terlewat bangun namun waktu subuh masih berbaki beberapa minit. andai kami mandi wajib dahulu maka akan terlepas lah waktu subuh tersebut. kalau nak solat pula kami masih berhadas besar.

jadi adakah kami perlu mandi wajib dahulu dan solat lepas waktu subuh.
atau solat sekadar hormat waktu dahulu kerana waktu sudah hampir habis?

جزاك الله خيرا كثيرا 
 

message user image

Boleh ke pakai tasbih digital yang ada simbol agama lain?

Saya ada beli tasbih digital. Saya bercadang nak buat solat sunat tasbih selepas tarawih ni, tetapi saya perasan ada simbol buddha pada tasbih tu.

Saya perasan benda ni dah lama dah, sebab selum ni saya buat tak tahu je simbol tu.Tapi ada yang kata tak boleh...

Mohon pencerahan...

 

message user image

Assalamualaikum Tuan. Saya bangun daripada tidur Ada air Mani pada seluar. Air mazi Akan keluar dahulu sblm Mani. Jika tercampur ia dikira najis. Selalunya air Mani Akan keluar sekali dengan air mazi. Ni soalan saya jika saya curah air pada tempat terkena campuran air Mani Dan mazi. Dikira Masih najis atau tidak walaupun ain air Mani Masih Ada?. Kemudian saya cuci guna sabun lpstu gayung tu terkena cucian sabun tu dikira najis ke? Kemudian saya celup balik gayung dlm air. Adakah air kolah dikira najis jgk? 

message user image

Saya nak tanya, saya ada rasa was was tentang kencing yang membuatkan saya basuh banyak kali tangan saya. Saya tidak ingat sangat apa yang terjadi tetapi saya tahu tangan saya ada najis hukmi (air kencing yang kering). Masa tuu sebab saya dah lambat untuk keluar, saya pun keluar cepat-cepat tanpa rasa tangan saya tuu bersih. Saya biarkan tangan saya kering sebab saya tahu najis tidak akan berpindah. Saya yakin tangan saya ada najis hukmi. Selepas kering, saya pergi ke kedai buku dan pegang buku-buku di sana, tiba- tiba tangan saya rasa berpeluh/lembab, saya mula risau takut najis berpindah ke buku. Jadi saya pun beli peralatan yang perlu dan balik ke rumah, cuci tangan dan perlatan buku yang saya beli. 3 bulan kemudian, saya pergi balik ke kedai buku tersebut dan membeli buku di sana. Selepas saya balik saya mula rasa was was ada najis hukmi ke dekat buku ini sebab dulu saya ada pegang buku ini tetapi kemungkinan buku yang saya pegang 3 bulan lepas sudah pun dibeli oleh orang lain ataupun buku baru yang di restockkan. Kalau ada najis hukmi di buku tersebut, bagaimana untuk cuci? Boleh kah saya guna tisu basah untuk lap? Sebab saya tidak boleh jirus air nanti rosak buku tersebut.

message user image

Assalamualaikum WBT, saya ingin bertanya, adakah sah mandi wajib saya sekiranya didapati terdapat kesan tompokan darah kecil dari kutu kucing atau habuk-habuk/kotoran kecil yang menempel/melekat di tapak kaki saya sekiranya saya perasan selepas menunaikan solat, ini kerana sebelum mandi wajib saya memang dah membuat basuhan awal dengan sabun pada tapak kaki, akan tetapi tompokan kecil itu didapati masih ada selepas saya mandi dan solat, mohon pencerahan lanjut, terima kasih 

message user image

Assalamualaikum. Saya nak tanya. seseorang yang terlalu waswas berlebihan bab najis: Dinding tandas agak kotor dan dikhuatiri terdpat najis pada smua dinding tandas asrama akibat sistem saluran ada pada atas siling setiap aras. Mungkin keadaan terlebut berlaku kerana sewaktu kerja kerja pembaikan airnya memgalir mengenai didnding tersebut.Jdi persoalannya adakah perlu dicuci smua. Sebab terkadang nampak seperti ada kotoran berwana coklat yang tidak pasti status najisnya. Terkadang seperti rupa najis. Jadi perlu atau tidak membersihkan smua kawasan tetapi akan menyusahkan kerana kebnyakkan bilik tandas sebgitu rupanyanya.

message user image

Hi saya nk tanya

1.  apakah hukum saya ganti puasa sehari sebelum puasa tapi saya tidak tahu bahawa haram jika berpuasa sehari sebelum berpuasa . adakah saya perlu ganti puasa semula dan membayar fidyah

message user image

Adakah kita dapat pahala iktikaf sekiranya kita berada didalam surau ( yang tidak diri Solat Jumaat)? Dan juga adakah kita masih boleh lakukan solat tahaiyat 'surau'! ( solat tahiyat masjid)?

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya bernazar untuk puasa seminggu jika saya mengandung. Saya mengandung pada awal tahun 2022 dan saya telah selamat bersalin pada Oktober 2023. Tetapi saya masih belum berpuasa nazar kerana sekarang saya menyusukan anak pula. Saya tidak meletakkan waktu tertentu untuk melaksanakan nazar puasa tersebut semasa bernazar.Jadi, adakah saya perlu membayar fidyah pada Ramadhan ini?

message user image

Assalamu'alaikum tuan/puan.

Saya ada kemusykilan berkaitan dengan keputihan dan qada solat. Situasinya begini, saya telah habis period dan telah pun mandi wajib. apabila telah masuk waktu zohor, saya membersihkan diri dari kotoran dan mengambil wuduk untuk solat zohor. Selesai solat zohor, saya nak qada solat subuh. Adakah saya perlu membersihkan diri semula dan mengambil wuduk yang baru?

 

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum.

Saya hendak bertanya berkenaan soal zakat fitrah bagi pasangan suami isteri yang berjauhan kerana perhubungan jarak jauh dan tanggungan ibu/ayah (tidak bekerja) yang berada di negeri lain.

 

Contohnya, saya menetap di Selangor, isteri menetap di Kedah kerana kerja dan ibu menetap di Terengganu. Jadi untuk zakat fitrah itu perlu dibayar mengikut negeri atau boleh disatukan untuk dibayar di negeri suami  bekerja?

 

Mohon bantuan untuk permasalahan ini. Terima kasih.

message user image

Saya dulu banyak was2 tentang najis merebak sampai gila membasuh semua benda dan takut untuk pegang apa2. Dulu saya fikir najis merebak ke bantal saya kerana saya ingatkan air percikan setelah basuh najis, air percikan juga adakah najis. Setelah beberapa bulan saya baru dapat tahu ianya bukan najis. Tetapi ada satu bantal saya anggap ianya najis tetapi saya tidak ingat mengapa saya fikir batal tersebut najis. Setelah lama fikir, saya baru teringat yang ada sesuatu keluar dari kemaluan saya dan saya anggap ianya kencing lebihan ( masa itu saya tidak dapat bezakan air kencing atau benda lain yang keluar) dan saya biarkan ianya kering. Keesokkanya, saya pergi ke tandas, kencing, dan sudah pasti basah area kemaluan saya. Juga menyebabkan seluar dalam saya basah serta seluar diluar ( saya tidak cuci seluar dalam saya). Dan mulalah rasa was2 kemungkinan kena ke bantal tersebut. Tetapi disebabkan sudah berlaku lama, saya tidak pasti sama ada fikiran/ memory saya betul ataupun tidak. Apa patut saya buat?

message user image

Assalamualaikum ustaz saya ada soalan megenai rukun solat iaitu iktidal dalam melakukan itidal, iaitu berdiri tegak selepas melakukan ruku', kita mestilah membaca samiallahhuliman hamidah. bacaan tersebut telahpun merangkumi toma'ninah iaitu berhenti seketika adakah betul ustaz atau adakah kita perlu berhenti sejenak dan mengatakan rabbana walakal hamd

 

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, jika seseorang itu muntah dengan sengaja akan membatalkan puasanya, tetapi bagaimana pula dengan orang mengeluarkan kahaknya sama ada dengan sengaja atau tidak, adakah dianggap muntah secara sengaja? adakah batal puasa orang tersebut pada hari itu? terima kasih.

message user image

Assalammualaikum wbt. Saya seorang mualaf dan pada tiga tahun lepas (2021) saya telah berkhatan. Jadinya, setelah berkhatan saya dapati saya menghadapi penyakit kencing tidak lawas (salisul baul) setelah membuang air kecil. Namun baru baru ini penyakit kencing tidak lawas saya semakin baik selepas mengamalkan pemakanan ubat penyakit kencing tidak lawas. Oleh itu, buat masa sekarang setelah buang air kecil dan istibrak, saya membersihkan najis di kemaluan dengan menggunakan tissue untuk memastikan bahawa tiada basahan yang keluar di kemaluan setelah membersihkan najis tersebut. Namun, setelah membersihkan najis tersebut, saya dapati terdapat sedikit basahan di celah celah tempat keluarnya air kencing. Jadi soalan saya adalah, adakah basahan yang sedikit di celah tempat keluarnya air kencing itu dianggap normal (umum al balwa) atau tetap dianggap najis dan saya perlu benar benar memastikan kawasan tersebut kering sebelum melakukan ibadah dan aktiviti harian. Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Adakah batal wudhuk jika saya bersentuhan dengan abang tiri saya ( lain ibu lain bapa ) 

message user image

Assalamualaikum, saya nak tanya, apa yang perlu dilakukan apabila seluruh lantai dalam rumah terkenal najis? Ini kerana pembantu saya hanya menjirusnya tanpa menghilangkan ain najis burung peliharaan tersebut, air jirusan itu kemudiannya menyebar ke seluruh lantai rumah

message user image

Assalamualaikum. 

Saya ingin bertanya tentang bagaimana menetapkan haid setelah istihadah.

Saya haid dari 5/2/2024 dan belum berhenti keluar darah sehingga soalan ini diajukan pada 4/3/2024. Setelah 15 hari 15 malam, sy telah bersuci dan menganggap itu darah istihadah. Darah bertukar sifat setelah tapi hanya hingga keruh (seperti kebiasaan hujung haid sebelum betul2 suci) selama 10 hari. Pada 27/2/2024 darah yang keluar kembali merah dan banyak seperti permulaan haid dan masih keluar hingga 4/3/2024. Adakah saya sudah langkau tempoh suci atau jika belum dan keadaan saya begini berterusan, bagaimana menetapkan saya haid atau masih berterusan istihadah?

message user image

Assalamualaikum, saya ada membela burung di dalam rumah, dan tanpa saya sedari saya terpijak najis burung dan berjalan di merata tempat di dalam rumah dengan kaki yang basah, saya sudah membersihkan najis yang saya dapat lihat dengan mata kasar, namun bagaimanakah dengan laluan lantai lain yang saya tidak dapat mengesan najisnya? 

message user image

Assalamualaikum, saya nak tanya berkenaan rawatan sedutan gas hidrogen (Hydrogen Gas Inhalation Therapy)

Rawatan hidrogen ini ialah rawatan memasukkan gas hidrogen ke dalam hidung, telinga dan mata menggunakan tiub (hidung dan telinga) dan google (mata). Kami guna satu mesin yang dapat mengasingkan molekul hidrogen daripada air (H²O) supaya dapat salurkan gas hidrogen asli ke dalam badan pesakit (antioksidan yang tinggi)

Pesakit akan duduk di atas kerusi dengan selesa dan fisioterapis akan memasangkan tiub dan google di pesakit. Kemudian mesin akan di on kan. Gas (bukan cecair) hidrogen akan disalurkan ke badan pesakit melalui ketiga rongga tadi. Tempoh rawatan pula bergantung kepada keperluan pesakit, rawatan ni boleh dibuat selama 30minit hingga beberapa jam.

Untuk orang yang sihat pun boleh buat rawatan ini untuk maintenance badan dan mencegah diri daripada penyakit.

Soalannya adakah rawatan ini boleh dibuat ketika berpuasa Ramadan? Adakah rawatan ini sama hukum dengan hukum guna inhaler? Adakah yang berkeperluan sahaja boleh buat dan tidak membatalkan puasa atau macam mana? 

Terima kasih banyak

message user image

Assalamualaikum ustaz. Beberapa hari lepas, sewaktu lepas habis sekolah, saya mendapati ada dua titisan kering yang berwarna putih pada seluar saya. Saya hairan kerana pada pagi tersebut, saya tidak nampak apa-apa titisan langsung pada pakaian. Saya memulai ragu-ragu sekiranya saya telah mengeluarkan air mani, mazi atau wadi kerana saya sedang menjalankan puasa dan takut ia terbatal. Saya merasakan ia adalah air wadi kerana sifatnya yang hampir serupa dengan air mani dan juga kerana saya tidak melakukan apa-apa yang boleh meningkatkan nafsu syahwat saya. Akan tetapi, saya mahu pendapat dari yang lebih arif. 1) Adakah air wadi boleh keluar tanpa disedari? 2) Adakah ibadah puasa saya terbatal? 3) Adakah ia benar-benar air wadi?

message user image

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Soalan Saya:

Berlaku situasi imam terlupa dalam solat.

Penjelasan situasi bagi IMAM adalah seperti ini:

Imam Solat Subuh pada hari jumaat dan membaca surah sajadah, pada ayat sajadah, beliau teringat beliau sujud sajadah ketika mana sujud yang kedua yang sepatutnya sujud sajadah hanya satu sujud dan perlu bangun sambung solat selepas selesai sujud sejadah. Dan beliau menyambung solat dengan meneruskan bacaan ketika bangun dari sujud dan selesaikan solatnya. Dan pada akhir solat pon terlupa sujud sahwi.

Penjelasan situasi MAKMUM tentang imam terlupa:

Imam Solat Subuh pada hari jumaat dan membaca surah sajadah, pada ayat sajadah, Beliau rukuk dan tidak melakukan sujud sajadah malah menyempurnakan rakaat pertama, kemudian pada rakaat kedua tersedar imam tidak membaca Al-Fatihah malah menyambung ayat (Tata Jafa Junubuhum.....) sehingga habis m/s tersebut. Kemudian tidak membaca qunut pada rakaat tersebut, kemudian bangun selepas sujud kedua rakaat tersebut dan menjadikan solat subuh itu tiga (3) rakaat, beberapa jemaah telah menegur imam ketika duduk yang sepatutnya tahiyat akhir, malah imam masih meneruskan solatnya. Kemudian pada akhir solat beliau lupa sujud sahwi. 

Selesai dari wirid dan doa, imam menjelaskan beliau meminta maaf kerana terlupa pada perkara yg berlaku atas dirinya melalui situasinya, dan meminta maaf juga kerana tidak sujud sahwi.

Bagaimanakah hukum solat bagi imam dan makmum tersebut iaitu menambah rukun dan atas sebab tidak sujud sahwi sebelum salam mahupun selepas salam?

 

message user image

Assalamualaikum,

1. saya mempunyai masalah gusi yang sentiasa berdarah. Persoalannya, sewaktu menaiki bas ketika bulan puasa, saya merasakan gusi saya berdarah dan saya menahan air liur di dalam mulut sehinggakan air liur semakin bertambah dan adakah terbatal puasa saya jika menelan air liur tersebut kerana sukar bagi saya untuk meludahkannnya kerana perlu menunggu bas untuk berhenti dan memakan masa yang agak lama. Dan adakah dimaafkan perkara tersebut?

2. saya pernah mendengar ceramah di mana ustaz menyebutkan bahawa jika gusi sentiasa berdarah dan banyak hanya perlu meludahkanyya dan tidak wajib untuk berkumur. Bagaimana pula jika gusi saya sentiasa berdarah dan dalam kuantiti yang sedikit dan terkadang  dalam kuantiti yang banyak, adakah saya boleh menggunakan kaedah yang sama seperti yang ustaz tersebut nyatakan? kerana jika saya berkumur maka darah akan keluar balik.

Sekian terima kasih.

message user image

Assakamualaikum Ustaz/Ustazah,

Dalam Islam kita perlu menjaga pergaulan, bagaimana ketika ibadah umrah/haji di mana berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dan berkemungkinan besar akan berlaku penyentuhan antara lelaki dan perempuan. bagaimana hukunya itu? sahabat non muslim saya juga tertanya akan hal ini. mengapa boleh ada pergaulan rapat ketika ibadah umrah dan haji. dan bagaimana dengan hukum wuduk ketika itu jika tersentuh lelaki/perempuan.

 

Harap dapat membantu.

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya ada tinggal puasa pada tahun 2020(9hari), 2021(30hari) & 2022(25hari) atas sebab mengandung, berpantang dan menyusukan anak. Pada tahun 2022 saya sudah membuat bayaran fidyah bagi puasa yang saya tinggal pada ramadan 2020 & 2021. Dan pada tahun 2023 pula saya sudah selesai membuat bayaran fidyah bagi puasa yang saya tinggal pada ramadan 2020,2021 & 2022. Alhamdulillah ramadan 2023 saya sudah boleh berpuasa penuh semula. Namun, saya masih belum bekesempatan untuk mengantikan puasa yang saya tinggal pada 2020, 2021 & 2022 tersebut. Persoalan saya, adakah saya perlu membuat bayaran fidyah pada tahun ini? Adakah bayaran fidyah perlu di bayar setiap tahun mengikut tahun dan hari yang kita sudah tinggalkan selagi belum selesai mengantikannya? Maaf saya agak jahil dan keliru. Saya harap persoalan saya ini terjawab. Sekian terima kasih dan selamat berpuasa.

message user image

Assalamualaikum,

Sewaktu mandi wajib saya akan menggosok kedua mata saya agar segala kotoran hilang, selepas mandi saya mendapati terdapat seperti habuk yang kering pada permukaan pipi berhampiran mata saya.Saya tidak pasti sekiranya itu adalah sisa kotoran mata atau pun sekadar sisa kulit mati.Saya was-was sekiranya habuk itu merupakan kotoran mata yang dapat menghalang air.

message user image

Assalamualaikum tuan/puan saya ada soalan.sekiranya pakcik kepada isteri saya baru-baru ini terlantar sakit dan sekarang adik beradik dan anak buah bergilir-gilir menguruskan dia.Pakcik kepada isteri saya belum lagi berkahwin.Saya ada soalan pada tuan/puan apakah hukum isteri saya menguruskan pakcik dia seperti menyentuh alat sulit,mencuci dan menukar pampers beliau.Terima kasih

message user image

1. Ketika dalam perjalanan bermusafir kita dibolehkan solat secara jama' dan qasar. Persoalan yg menjadi kekeliruan : "Bolehkah dilaksanakan solat secara jama' dan qasar ketika berada di destinasi tempat kita bermusafir atau hanya boleh jama' dan tidak boleh diqasarkan?"


2. Bolehkah wang peninggalan si mati digunakan untuk pengurusan jenazah beliau terlebih dahulu atau terus dikira sebagai harta pusaka yang perlu difaraidkan kepada waris?

 

3. Seorang bapa semasa hidupnya tidak pernah melaksanakan puasa wajib di bulan Ramadhan hingga ke akhir hayatnya. Adakan pihak waris yakni anak-anak beliau hanya boleh membayar fidyah mengikut bilangan hari dan tahun yang ditinggalkan tanpa mengqadha' puasa arwah bapanya yg begitu banyak jumlahnya dan tidak mampu untuk mengqadha'nya. 

message user image

Assalamualaikum,

Sewaktu mandi wajib saya akan menggosok kedua mata saya agar segala kotoran hilang, selepas mandi saya mendapati terdapat seperti habuk yang kering pada permukaan pipi berhampiran mata saya.Saya tidak pasti sekiranya itu adalah sisa kotoran mata atau pun sekadar sisa kulit mati.Saya was-was sekiranya habuk itu merupakan kotoran mata yang dapat menghalang air.

message user image

Assalamualaikum saya nak tanya...saya duduk di qatar,sekarang saya start berpuasa di malaysia dan saya akan balik semula di qatar di pertengahan bulan ramadhan dan beraya disana..macam mana ya puasa saya kerana qatar sudah puasa awal sehari dari malaysia? Adakah saya perlu ganti puasa kerana sy puasa tidak cukup 30 hari?

 

Soalan ke-2: dalam perjalanan saya untuk pulang ke qatar...adakah saya perlu berpuasa dari waktu malaysia hingga waktu qatar iaitu 5 jam lagi dari waktu malaysia?

message user image

Assalamualaikum, saya keliru mengenai bilakah waktu dan tarikh sebenar haid saya berhenti. Saya mula haid pada 15/3/2024 dan darah turun secara berterusan sehingga 20/3/2024, namun pada 21/4/2024 tiada darah kelihatan pada tuala wanita, kemudian keesokan harinya iaitu 22/3/2024 terdapat tompokan warna coklat, dan hari ini 23/3/2024 tiada darah atau cecair yang kelihatan. Soalan saya, adakah tompokan warna coklat pada tarikh 22/3/2024 itu dikira haid? Dan bagaimanakah dengan puasa saya? Pada tarikh bilakah jika saya perlu membayar fidyah puasa?

message user image

Assalamualaikum. 

Semasa puasa, saya cukur misai dan janggut menggunakan krim pencukur. Kemudian semasa ingin membersihkan krim tersebut, tanpa sengaja air masuk hidung dan kemungkinan hingga tekak. Adakah puasa saya batal? Terima kasih.

message user image

Salaam,

Saya ingin bertanya bagi pihak isteri saya,

Isteri saya mengalami haid Dari Hari pertama Ramadan hingga Hari keenam Ramadan.

Bole mula berpuase pada Hari ketujuh Ramadan.

Soalan saya:

Adakah isteri saya bole berniat untuk berpuase SEBULAN Ramadan, walaupun cuma tinggal 24 Hari berpuase kerana dia haid pada 6 Hari Yang pertama?

Ataupun isteri saya perlu niat berpuase setiap Hari bangun pada waktu sahur?

Mohon pencerahan.

Terime kasih.

message user image

Assalamualikum, saya ingin bertanya, adakah keluar sedikit ketulan darah bewarna hitam bercampur merah sahaja tanpa di ikuti dengan keluarnya darah yang banyak dianggap sebagai darah haid? Ketulan ini hanya di sedari apabila ia kelua ketika membuang air kecil. 

Sekiranya ia dianggap sebagai darah haid, bagaimanakah denga situasi di bawah:
1 Feb: Keluar Haid
7 Feb: Berhenti haid + mandi wajib
14 Feb: Keluar ketulan darah hitam sahaja tanpa di ikuti dengan darah yang banyak 
15 Feb: habis tempoh maksimum haid
17 Feb: Keluar ketulan darah hitam sahaja tanpa di ikuti dengan darah yang banyak

Dalam pengetahuan saya, darah yang keluar pada 14 Feb masih di anggap darah haid kerana belum habis tempoh maksimum keluar haid. Namun bagaimana pula dengan 17 Feb, adakah ia dianggap darah haid ataupun istihadah kerana belum cukup tempoh bersuci 15 hari. Namum, ciri-ciri darah istihadah tidak berwarna hitam, dan biasanya cair. 

Mohon penjelasan daripada pihak Tuan.

Sekian, Terima kasih. 

message user image

assalamualaikum. saya selaku nazir masjid kampung assam jawa ingin bertanyakan tentang hukum mendirikan binaan musalla di atas tanah warta kubur. Untuk makluman tuan mufti, pihak masjid sudah ada simpanan tanah wakaf kubur yang lain yang masih belum digunakan. Jadi pihak masjid bercadang ingin membina sebuah musalla di atas tapak tanah warta kubur memandangkan tanah tersebut belum digunakan untuk tujuan tanah perkuburan. Tanah itu juga terletak bersebelahan jalan besar Teluk Intan Klang yang akan menjadi manfaat kepada orang ramai jika dibina musalla di situ. untuk makluman Tuan Mufti juga, tanah warta kubur itu jika ingin digunakan mungkin selepas 60 ke 70 tahun lagi memandangkan tanah kubur yang digunakan sekarang masih belum penuh dan tanah kubur simpanan yang lain seluas dua (2) ekar masih belum lagi digunakan.

message user image

Saya nak tanya, setelah saya buang air besar, saya membasuh kemaluan saya dengan air paip sambil mencangkung. Semasa membersih kemaluan saya, saya terasa air kena ke tangan saya yang memegang air paip tersebut. Tetapi pada masa itu saya fikir yang tangan saya basah memegang paip tersebut atau paip tersebut basah. Dengan itu saya yakin tangan saya bersih. Setelah lama kelamaan saya mula rasa was2 mungkin ianya air terpecik dari membasuh kemaluan saya. Saya pun mula basuh balik paip tersebut dan tong air. Saya bersih tong air tersebut kerana paip itu berapa di dalam tong. Setelah membersih semua, saya mula rasa najis tersebut sudah merebak ke seluruh rumah kerana keluarga saya menggunakannya. Walaupun saya membasuh tandas tersebut banyak kali saya masih fikir ada najis di seluruh tempat seperti di pintu, lampu, meja dan sebagainya. Apa patut saya buat kerana tidak mungkin untuk saya basuh kesemuanya kalau semua tangan ada najis. Kerana apabila diorang basuh tangan, tetap pembuka paip di sinki basah dan pindah nya najis. Tidak mungkin untuk saya membasuhnya banyak kali. Tolong jawab soalan ini apa patut saya buat.

message user image

Assalamualaikum tuan, mimpi basah itu sebenarnya mimpi yang macam mana ya?

1. Apakah mimpi bertemu lawan jenis dikira mimpi basah meskipun tidak melakukan apa-apa perlakuan/interaksi contoh bersetubuh atau yang berkaitan seksual?

2. Bagaimana pula dengan wanita yang mempunyai masalah keputihan, jika dia bangun selepas mimpi basah, bagaimana hendak membezakan air/basah yang keluar dari kemaluannya itu air mani atau keputihan semata?

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya sekiranya seseorang telah berniat ihram haji di rumah tetapi di luar bulan haji adakah ihram umrah yang terjadi ataupun niat ihram haji itu tidak sah dan tidak menjadi niat ihram umrah?

message user image

Assalamualaikum ustaz/ustazah, malangnya ramadan tahun ini ada beberapa hari yang saya tertinggal niat harian untuk berpuasa tetapi oleh kerana pada hari pertama saya telah niat berpuasa sebulan sekaligus, saya tidaklah risau sangat jika tertinggal niat harian. Namun begitu, secara tiba-tiba saya ada rasa risau dan ingin tahu samada perlu gantikan puasa atau tidak. Saya juga ingin tahu bagaimana saya hendak gantikan puasa tersebut sedangkan tidak pasti berapa hari sebenarnya saya tertinggal niat harian (in shaa Allah tidak melebihi seminggu pun). Jikalau saya niat qadha puasa selama seminggu turut-turut walaupun ia melebihi jumlah yang saya perlu ganti, adakah ia sesiatu kesalahan? Dan jikalau saya ingin gabungkan puasa enam bulan syawal bersama puasa qadha sekaligus, adalah tetap sah walaupun ada kemungkinan jumlah puasa ganti tersebut melebihi jumlah sebenar?

message user image

Assalamualaikum tuan, apakah hukumnya jika pada mulanya kita merasa was-was atau syubhah terhadap status berus yang digunakan dalam masakan dari bulu haiwan atau tidak, kemudian kita mendapat tahu yang berus tersebut halal dan bukan berasal dari bulu haiwan, bolehkah kita memakan makanan tersebut walupun pada awalnya kita was-was?

message user image

Asalamualaikum. Saya masih keliru tentang air basuhan najis. Contohnya, ketika membasuh air mazi pada kemaluan, pasti akan ada air dari basuhan tersebut terpercik pada mangkuk tandas & sekitar kemaluan kita serta tempat-tempat lain. Adakah ia dimaafkan dalam bab istinjak ini? 

2. Ketika kita membasuh kemaluan yang bernajis di lantai, adakah tempat laluan air basuhan najis di lantai tadi suci walaupun kemaluan kita masih belum suci dari najis ketika itu? Sebab saya ada baca yang semasa kita beristinjak, apabila terdapat najis yang mengalir bersama air basuhan lalu ain najis itu hilang dibawa air, maka tempat laluan air tadi adalah suci. Adakah ia betul? 

message user image

Assalamualaikum tuan, bagaimanakah dengan status lantai rumah yang dipenuhi air mutanajis burung kerana salah membersihkannya menggunakan mop?

message user image

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan, saya ingin bertanya berkenaan dengan hal mandi wajib atau mandi junub. Sebelum saya ingin melaksanakan kewajipan bagi mandi wajib, saya menanggalkan plaster bagi kegunaan menutup luka luaran pada bahagian kaki. Jadi, kesan daripada menanggalkan plaster tersebut meninggalkan bekas gam yang sukar dihilangkan.

Maka semasa mandi wajib, saya mandi wajib seperti biasa tanpa bertayammum dan meratakan air mandian ada bahagian luka sambil berusaha menghilangkan gam yang menghalang air tersebut. Akan tetapi, masih tidak berjaya hilangkan gam tersebut sepenuhnya.

Adakah sah mandi wajib saya atau perlu mengulanginya Tuan/Puan? 

message user image

Assalamualaikum,

Saya hendak bertanya berkenaan keperluan sertu setelah memberi makanan kucing yang mengadungi babi (pork by-products);

1. Apakah perlu sertu selepas memegang kucing tersebut (yang memakan makanan kucing mengandungi babi) kerana kita tahu kucing tersebut akan menjilat bulu-bulu nya?

2. Selepas itu apabila kita memegang perkakas lain (telefon/komputer/pakaian) selepas memegang kucing tersebut. Perlukah sertu segala perkakas tersebut?

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika bekerja di luar negara dan majikan tak benarkan solat fardu dan solat jumaat pada waktu bekerja untuk tempoh 6 bulan ke 2 tahun.

1-Bolehkah saya qada atau solat pada waktu habis bekerja? Terutamannya zohor, asar dan magrib.

2-Adakah saya berdosa kena tidak solat jumaat 3 kali berturut-turut kerana arahan dari majikan tidak boleh solat waktu bekerja. 

Sekian. 

Terima kasih

Zul

 

message user image

Assalamualaikum ,

saya ingin bertanya soalan mengenai solat terawih. 
jika saya hanya solat terawih 8 rakaat kemudian saya rehat sehingga imam selesai 20 rakaat. 
kemudian saya witir bersama imam 

soalan saya. Adakah saya mendapat ganjaran solat sepanjang malam? Sedangkan saya tidak ikut imam buat 20 rakaat. 
 

sekian terima kasih

message user image

Assalamualaikum tuan mufti yang dimuliakan Allah swt,

 

saya ingin bertanya,

 

sekiranya di surau tempat kami ingin mengkhatamkan bacaan al quran di dalam solat berjemaah dengan cara imam yg bertugas subuh,maghrib dan isyak membacanya secara melihat kepada mushaf dari awal sehingga khatam dan dibaca secara bersambung sambung berbanding dengan membaca surah² lazim berulang kali walaupun ianya lebih afdal...

 

apakah pendapat tuan?

 

أفيدُنا أجرَكم الله

 

message user image

Saya sering mencuci bahagian dalam kemaluan(picit bukaan & alirkan air) untuk memastikan tiada sisa air kencing supaya lebih yakin tubuh suci dari hadas & solat tanpa rasa was-was..

Namun saya tidak menyedari perbuatan tersebut membatalkan puasa(memasukkan sesuatu ke rongga badan). Setelah menyedari perkara ini saya tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi & membersihkan kemaluan dengan cara yang betul(tidak perlu memicit/membuka & cuci bahagian dalam).

Persoalannya perlukah saya ganti puasa hari-hari sebelumnya(22hari) akibat perbuatan saya yang tidak saya sedari/ketahui ianya membatalkan puasa. Saya juga tidak ingat sejak bila mengamalkan perbuatan tersebut & patutkah qada/ganti puasa tahun-tahun sebelumnya.

Terima kasih atas penjelasan,saya harap saya tidak berhutang dengan Allah sebelum saya meninggal dunia. Saya sentiasa cuba memperbaiki diri dari khilaf.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin menanyakan beberapa soalan:

1. saya mempunyai masalah gusi yang sentiasa berdarah dan ketika ingin menyucikan darah dalam mulut tersebut dengan cara berkumur maka air cucian darah tersebut akan mengenai kawasan kulit muka dan anggota badan yang lain. Permasalahannya, kulit muka dan anggota badan saya sentiasa berminyak. 

Persoalannya, adakah saya perlu menghilangkan kesan minyak pada kulit muka dan anggota badan saya yang terkena air kumuran darah tadi?

2. Ataupun adakah pendapat ulamak yang menyatakan bahawa perkara tersebut dimaafkan sekiranya air kumuran darah gusi terkena pada kawasan kulit yang berminyak dan tidak perlu mencuci kesan minyak muka tersebut sekiranya terkena air kumuran darah gusi tadi?

Hal ini kerana saya jadi semakin was-was dan susah untuk menghilangkan kesan minyak pada kulit muka dan anggota badan saya yang lain dan terkadang saya mengambil masa selama 30-40 minit untuk meyucikan kulit muka dan anggota badan yang lain sehingga benar-benar bersih dari kesan yang berminyak tersebut.

 

sekian terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum

1. Kadang-kadang ketika saya sendawa atau berlahak, saya dapati makanan dan minuman naik semula ke atas tekak saya. Adakah ia dianggap sama seperti muntah dan adakah ia najis?

2. Merujuk soalan di atas, ketika saya sendawa dalam solat dan dapati makanan dan minuman naik semula ke tekak saya, adakah batal solat saya?

3. Apabila basuh muntah yang ada di dalam mulut dengan berkumur, jika saya buang sisa kumur itu dalam sinki, adakah sinki itu juga bernajis?

message user image

Hukum menjilat kemaluan isteri untuk kepuasan semasa berjimak.

message user image

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya terdapat sedikit kemusykilan mengenai puasa saya. Jadi persoalannya, adakah puasa saya terbatal jika saya mengepit zakar saya dengan kedua-dua belah peha kaki saya dengan sengaja sehingga keluar air mani sambil melihat video yang tidak elok. Adakah puasa saya terbatal? Apakah yang perlu saya lakukan?

message user image

Assalamualaikum,

1. Ketika saya membuang air besar, air di dalam mangkuk tandas akan percik ke punggung saya. Persoalan saya adakah air yang terpercik ke punggung saya itu dikira najis?

2. Berdasarkan persoalan di atas, saya anggap sahaja bahawa air yang terpercik ke punggung saya itu najis. Saya bangun dari mangkuk tandas dan terus ke tempat shower untuk menyucikan punggung saya. Ketika saya jalan ke tempat shower, saya dapati air percikan mangkuk tandas tadi (yang ada di punggung saya) terkena lantai. Persoalan saya, adakah lantai juga saya perlu sucikan?

message user image

1.Bayar kafarah sumpah dengan wang kpd 5 orang fakir miskin dengan nilaian untuk 10 orang, Sah ke tidak jika penerima tu gunakan wang untuk membeli barang lain, bukannya makanan.

2. Orang bersumpah akan berpuasa setahun berturut- turut, jika dia membatalkan solat nya Adakah dia kena kafarah sumpah.

3. Boleh kah kita bayar kafarah sumpah ke Palestin, kerana payah cari yang layak menerimanya.

 

message user image

Betul ke kalau imam dah baca al-fatihah makmum tak perlu lagi

Hari tu waktu kuliah maghrib tu ada ustaz kata Al-Fatihah tak wajib kalau imam dah baca (saya rasa macam tulah dia cakap)

Mohon pencerahan

message user image

Assalamualaikum 

Saya selalu beronani dengan memakai tissue (yg saya balut pada kemaluan) dan seluar dalam. Sudah tentu sebelum keluarnya mani, air mazi akan keluar dahulu. Jadi persoalan saya, apabila air mani saya telah terapancut dan terkena tissue dan seluar dalam saya, adakah air tersebut dikira najis, kerana telah juga terkena air mazi? 

message user image

Assalamualaikum, saya mempunyai empat soalan.

1. Air liur saya bercampur dengan kahak dana saya mengumpulnya didalam mulut dan saya tertelannya sedikit. Adakah batal puasa saya?

2. Air liur saya selalu terkeluar daripada mulut, dan saya selalu megumpulnya sebelum membuangnya, tetapi ada waktu saya tertidur dan terlupa untuk membuangnya, setelah bangun daripada tidur air liur yang saya kumpul telah taida, saya mengesyaki saya tertelan waktu tidur, adakah batal puasa saya?

3. Ketika mengambil wudu' didalam membasuh muka, saya membasuhnya melebihi 3 kali kerana was was, air kadang kadang termasuk dalam hidung, saya pun tidak dapat mengenal pasti adakah ia melepasi had batin. Adakah batal puasa saya?

4. Selepas saya mengumur mulut saya, saya meludah untuk membuang saki baki air paip, tetapi masih ada saki baki lagi, apakah hukumnya jika telan ia dengan sengaja.

message user image

assalam ustaz.. saya ingin bertanya bab najis berat. adakah najis itu boleh berpindah ke kawasan lain, barangan lain walaupun da dibasuh dgn air biasa atau sabun. dalam situasi ni ada beli dompet kulit yang da lupa asal usul nye.. keyakinan menyatakan ia adalah kulit lembu..tp rasa was2 tu tetap timbul...tempat yg diletak dompet,  meja, seluar.. beg galas.. bagaimana ya..perlu ke sy biakan saja sifat was2 ni tanpa sertu apa2. tlg bantu

message user image

Saya nak tanya, perkara ini berlaku sudah lama. Saya sampai sekarang ada was2 yang teruk. Benda ni berlaku dulu, semasa saya tidur, saya terasa ada cecair keluar dari kemaluan saya dan saya anggap yang ianya kencing (tetapi saya tidak pasti kerana saya tidak dapat bezakan kencing atau benda lain yang keluar) dan saya biarkan ianya kering dan sambung tidur. Keesokkan, seluar panjang yang saya pakai labuh dan terkena air. Lepas itu saya duduk bersila dan terkena di area kemaluan. Saya tahu yang najis berpindah. Tetapi ada benda lain yang saya risau. Saya pergi ke tandas dan kencing lalu membasuh kemaluan tetapi saya tidak membasuh seluar dalam yang terkena najis hukmi. Automatik seluar dalam saya basah dan juga seluar panjang di area kemaluan. Tetapi saya tidak pasti seluar panjang itu sebelumnya basah atau tidak( ketika saya duduk bersila). Saya memeluk bantal dan bantal tersebut terkena seluar panjang saya( area kemaluan yang basah). Adakah bantal tersebut najis? Apa patut saya buat kerana perkara ini sudah berlaku lama.

message user image

ASSALAMUALAIKUM WBT USTAZ/ USTAZAH YANG SAYA MULIAKAN.

SAYA MENGALAMI MASALAH HAID BERPANJANGAN YANG TIDAK BERHENTI WALAUPUN TELAH MERUJUK KEPADA PEMERIKSAAN PAKAR. SAYA MEMAHAMI MENGIKUT PANDANGAN MAZHAB SYAFIE TEMPOH MAKSIMUM HAID ADALAH 15 HARI. SEKIRANYA SELEPAS TEMPOH 15 HARI DARAH MASIH KELUAR ITU DIPANGGIL DARAH ISTIHADAH/ BERPENYAKIT DAN HENDAKLAH MANDI WAJIB DAN MENUNAIKAN SOLAT SEPERTI BIASA SEBAGAIMANA WANITA DALAM KEADAAN SUCI.

PERSOALAN SAYA, SEKIRANYA DARAH MASIH TIADA TANDA-TANDA UNTUK BERHENTI SELEPAS SAYA TELAH MANDI WAJIB DAN MENUNAIKAN SOLAT SEPERTI BIASA BAGAIMANA KIRAAN KITARAN HAID DAN SUCI SAYA SELEPAS INI?

CONTOH SITUASI:

HARI PERTAMA HAID - 01/01/2024

HAID TIDAK BERHENTI SELEPAS 15 HARI

MANDI WAJIB DAN SOLAT - 15/01/2024

DARAH MASIH TIDAK BERHENTI

HARI YANG BOLEH DIKIRA SEBAGAI TEMPOH HAID SELEPAS ITU ADALAH PADA BILA?

message user image

Saya nak tanya, dulu saya ada pegang barang, masatu tangan saya ada najis (tetapi saya tidak ingat kenapa kerana sudah lama dan pada masa itu saya takut dengan najis membuatkan saya was2) dan barang tersebut jadi najis. Saya biarkan barang tersebut kering untuk menjadi najis hukmi lalu saya tidak sempat untuk membersihkannya. Saya membiarkannnya lama sehingga satu hari auntie saya cuci meja saya dengan tisu basah dari kedai dan barang tersebut ada di meja. Saya yakin tisu basah dari kedai itu sudah kena ke barang tersebut dan auntie saya pegang banyak barang. Bagaimana untuk saya mencucinya kerana atas meja saya juga ada buku? Juga auntie saya pegang alat makeup di meja lain, adakah alat makeup itu juga perlu saya mencucinya? Adakah saya perlu cuci kedua2 meja juga? 

message user image

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya jika makmum wanita menegur imam yang juga perempuan dengan tasbih (subhanallah) kerana imam terlebih rakaat? Dan adakah dikira mufaraqah juga sekiranya makmum ingin menghabiskan solatnya dengan mengucapkan salam kerana imam bangun dan lebih rakaat meskipun sudah ditegur?

message user image

Assalamualaikum tuan, berdasarkan pengetahuan saya, jika seseorang ragu tentang solatnya batal atau tidak semasa masih dalam solat, solatnya menjadi batal. Namun, bagaimanakah pula sekiranya was-was itu datang selepas habisnya solat, adakah dia perlu mengulangi solat tersebut?

message user image

Assalam, soalan saya , adakah sah solat jika bertukar niat selepas salam kedua? Contoh tukar niat dari solat fardhu ke solat qada' 

message user image

Assalamualaikum.

Saya difahamkan bahawa Surau Jumaat di negeri Selangor tidak sama taraf dengan masjid, sehingga segala hukum yang berlaku berkaitan masjid seperti iktikaf dan solat tahiyatul masjid tidak sah di surau atau surau Jumaat.

Saya juga difahamkan jika jemaah yg solat di luar dewan solat surau adalah tidak sah jika terpisah dengan dinding, tabir atau dengan pintu yg tertutup, kerana surau bukan masjid. Sedangkan seringkali ketika saya solat jumaat di surau-surau Jumaat di sekitar negeri Selangor pintu-pintu tersebut sentiasa ditutup untuk mengekalkan hawa dingin ruangan solat dalam.

Apakah status solat jemaah-jemaah tersebut kerana saya difahamkan solat mereka tidak sah dan wajib diulang. Jika tidak sah, apakah ada tindakan dari pihak jabatan untuk menangani perkara ini kerana status sah solat fardhu itu bukan perkara remeh.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa tahun lepas semasa sekolah menengah ibu saya pernah bertanya "kalau adik sanggup tak nak dermakan buah pinggang adik kat ayah?" kemudian saya berkata "kalau adik cukup umur adik bagi tapi masalahnya umur adik tak cukup" dan tahun ni saya akan berumur 18 tetapi ayah saya tidak perlukan buah pinggang baharu lagi, adakah ucapan saya telah dikira sebagai nazar? perlukah saya berpuasa kaffarah selama 3 hari? seterusnya, saya pernah berkata pada adik saya ayat saya antara "aku nak try bangun pukul 5 pagi sebab nak tahajud" ataupun "sekarang aku nak bangun pukul 5 sebab nak tahajud" saya buat solat tahajud itu tapi lama kelamaan saya tidak lakukan tahajud lagi adakah ucapaan itu juga dikira saya sudah bernazar? terima kasih

message user image

Assalamualaikum Tuan mufti.

Saya ingin bertanya berkenaan najis mughallazah. Semalam selipar saya telah terpijak najis yang saya yakini adalah najis mughallazah. Kemudian, saya membasuh selipar tersebut dengan air biasa sahaja dahulu. Jadinya, walaupun saya tidak menyentuh najis tersebut semasa membasuhnya, namun tangan saya basah ketika itu kerana saya cuba membelek selipar itu untuk memastikan ain najis telah hilang. Setelah itu, saya masuk ke rumah dan membasuh tangan dengan air bersabun dan mengambil tisu yang telah dilipat tebal bagi mengeluarkan baki-baki najis yang ada pada selipar itu. 

Setelah itu, sekali lagi saya membasuh tangan dengan sabun sahaja. Kemudian, saya mengangkat pakaian di ampaian kerana hujan. 

Seterusnya, saya perasan juga pakaian saya terkena najis yang sama disebabkan pakaian tersebut labuh. Sekali lagi, saya hanya membasuh pakaian menggunakan air sabun melalui tangan. Persoalan saya, adakah setelah saya berjaya membuang ain najis pada pakaian saya, tangan yang saya gunakan untuk membasuhnya dikira najis dalam keadaan basah dan kering? Adakah juga pili air yang saya sentuh dengan tangan yang basah itu najisnya dipindahkan ke pili air tersebut? Bagaimana juga dengan barangan-barangan lain yang saya sentuh walaupun tangan saya kering atau basah ketika itu? Saya berharap tuan mufti boleh menjawab persoalan saya. Terima kasih.

message user image

Salam ustaz..saya nk tanya beberapa soalan mengenai zakat emas simpanan dan juga zakat simpanan..

Zakat Emas Simpanan

1) Berapa zakat yg saya perlu bayar sekiranya emas simpanan yg ada ni, hanya milik saya yang cukup nisab..milik suami & anak2 tak cukup lg..adakah saya perlu membayar zakat emas utk emas simpanan saya sahaja @ kna jumlahkan semua emas simpanan yg ada termasuk suami & anak2, lepastu baru kira berapa zakat yg perlu dibayar..?

2) Saya nak bayar zakat emas yg dh cukup nisab & haul, tp saya kena jual emas tu untuk bayar zakat sbb duit cash simpanan yg ada mencukupi untuk perbelanjaan keperluan hidup & persediaan kecemasan sahaja..sekiranya saya menjual emas tu utk bayar zakat tp menyebabkan nisab jd tidak mencukupi, bagaimana kiraannya ustaz?

Zakat Simpanan

3) Sekiranya saya dh bayar zakat emas simpanan, adakah saya masih perlu mengira nilai emas simpanan saya dlm pengiraan zakat simpanan ini? Ataupun saya hanya perlu mengira zakat wang simpanan sahaja samada dlm bank & di luar bank?

4) Bagaimana pengiraan zakat simpanan? Adakah perlu dikira sekali dgn simpanan dalam tabung haji yg telah dibayar zakat & jumlah simpanan semasa pendapatan yg telah dibayar zakat pendapatan setiap bulan melalui potongan gaji? Dan emas perhiasan yg tidak cukup uruf termasuk skali tak dlm pengiraan zakat simpanan ini?

5) Berapa nisab & haul zakat pendapatan? Adakah sama seluruh Malaysia @ berbeza mengikut negeri? Nisab ini akan berubah @ sama sj setiap tahun?

Terima kasih..

message user image

Assalamualaikum wbt.

Pada puasa lepas, semasa sahur, kebiasaan saya akan melihat pada notifikasi pada telefon bimbit (selain azan di surau berdekatan). Tetapi ada suatu hari, saya minum pada jam 6:04 pagi. Saya lihat tiasa notifikasi. Dan beberapa saat kemudian azan (masih dam 6:04 cuma lewat saat), notifikasi di hp tidak berfungsi. Adakah sah puasa saya pada hari tersebut?

message user image

Assalamualaikum..saya ingin bertanya bab umrah..alhamdullilah..saya baru selesai mengerjakan umrah..ketika ditanah suci semua pantang larang, wuduk dan rukun saya jaga dengan baik dan teliti..hati saya ada was was yang mana sebelum saya berangkat ke sana..saya ada melakukan dosa iaitu melihat video kurang baik dan terkeluar air mazi..saya telah menyentuh air tersebut, saya juga telah menyentuh telefon bimbit saya dibahagian slide button dan screen..ruang ni agak tenggelam dan slide..saya telah mencuci 2 3 lalu air melalui tangan dan sebelum berangkat saya masih mencuci juga dengan air melalui tangan..kira saya tottally yakin suci..ketika disana pun saya masih yakin suci..setibanya disini setelah sebulan saya perasan dalam button tu ada kesan2 yg mana biasa air bertakung..sebelum ni handphone saya biasa kene hujan dan saya ignore je..saya jadi was was adakah saya menanggung najis ketika umrah..ikut keyakinan saya yakin suci cumanya saya kadang2 datang takut  adakah ini batal umrah saya..boleh kah saya bayar dam utk pelepasan ihram andaikate terbatal..andai kata sah saya ingin niat derma disana..kiranya saya niat dua dalam satu..

Andaikata terbatal..Bagaimanakah langkah untuk pelepasan ihram..boleh kah saya kahwin jika saya belum buat qada umrah..


Fatal error: Uncaught yii\web\HeadersAlreadySentException: Headers already sent in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 437. in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php:373 Stack trace: #0 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php(346): yii\web\Response->sendHeaders() #1 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/ErrorHandler.php(136): yii\web\Response->send() #2 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/base/ErrorHandler.php(288): yii\web\ErrorHandler->renderException() #3 [internal function]: yii\base\ErrorHandler->handleFatalError() #4 {main} thrown in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 373