BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.

Kategori Koleksi Soal Jawab Agama:



UMUM

message user image

Soalan: Saya ada soalan tentang pewarna cochineal/carmine. Soalannya, JAKIM dan (Majlis Ulama Indonesia serta MUISingapore) memutuskan bahawa penggunaan carmine dalam makanan & kosmetik halal walaupun pewarna ini diperbuat daripada serangga (cochineal beetle)? Saya keliru kerana bukan ke dalam mazhab syafiie makan serangga itu haram? Selain itu, di internet/online nampaknya majoriti umat Islam sedunia dan mufti/ulama/jabatan agama dari negara2 seperti South Africa, Australia, USA dan EU menyatakan bahawa carmine ini haram dan hanya boleh guna pada luaran sahaja (mereka menyatakan sebab bangkai serangga yang tidak berdarah adalah suci tetapi masih haram untuk makan) Saya amat keliru tentang bab ini dan harap Mufti dapat menjelaskan.

message user image

Soalan: Saya punya seorang bapa yang perlu dijaga secara bergilir. Kami ada 6 beradik. Setiap seorang perlu menjaga bapa selama 2 minggu dirumah masing-masing. Dalam masa yang sama saya ada ibu mertua yang punya 2 anak termasuk suami saya. Soalan saya, bila tiba giliran saya menjaga bapa. Mertua perlu tinggal dengan adik ipar. Tetapi mertua saya tak setuju kerana tidak mahu tinggal dengan adik ipar dengan sebab yang saya tak ketahui. Akhirnya beliau memilih untuk tinggal di pusat jagaan. Adakah jatuh hukum derhaka kepada suami saya kerana seolah-olah mendahulukan keluarga saya dari ibunya sendiri. Terima kasih.

message user image

Soalan: Anak perempuannya saya berusia 16 tahun keluar bersama bekas isteri saya dengan seorang lelaki bukan muhrim bersiar2 sambil makan minum bersama. Apa hukum dalam islam?

message user image

Soalan: Mohon Fatwa Rasmi: Ragu dengan unsur syubhah yang wujud pada makanan & haramkah meminta diselidik semula? Kami sekeluarga terdiri dari anak-anak kecil yang belajar Tahfiz pergi ke sebuah restoran terkenal ditanah air. Restoran tersebut menyediakan makanan yang berunsurkan ayam dan daging lembu. Dizaman teknologi kini amat mudah kami mencari maklumat cepat tentang pemilik restoran dan bekalan daging dan ayam yang diperolehi mereka terutama bagi restoran yang terkenal dari sumber rasmi mereka dan pihak pembekal. Setelah diteliti kami dapati restoran tersebut mengambil bekalan daging dan produk ayam dari luar negara dari iaitu dari satu syarikat yang mana syarikat yang sama juga merupakan syarikat terbesar membekalkan daging babi dan produk berunsurkan babi/khinzir ke negara-negara asia. Syarikat pembekal bahan mentah tersebut juga tidak dimiliki oleh orang Islam. Bahkan dipercayai ia dimiliki oleh golongan atheis tiada agama (bukan ahli kitab). Syarikat tersebut juga tidak berdaftar disuruhanjaya syarikat Malaysia tetapi menggunakan nama, logo dan alamatnya di tanah air. Maka dengan itu wujud keraguan pada kami sekeluarga untuk makan direstoran tersebut walaupun restoran tersebut kelihatan zahirnya mendapat sijil halal dari pihak berautoriti kerana selepas penentian kami dapati ia penuh dengan unsur syubhah dan tidak mengikuti piawaian Halal pihak beraoutoriti sendiri. Soalan pertama: Setelah wujud rasa ragu-ragu atas unsur syubhah yang wujud pada restoran tersebut kerana bekalan bahan mentah mereka. Adakah halal (halalan toyyiba) bagi kami untuk makan di restoran tersebut atau pun haram kerana ada unsur syubhah yang jelas terkait dengan pembekal rasmi mereka yang juga membekal dan memproses daging babi? Soalan kedua: Adakah haram kami meminta dan memohon pihak berautoriti agama bahagian halal untuk mengkaji semula berkaitan status halal restoran tersebut setelah kami sebagai pengguna Islam amat sensetif dengan isu makanan halal dan haram ini?

message user image

Soalan: Apa hukum nya menderma rambut kepada pesakit kanser?

message user image

Soalan: Asalamu'alaikum saya ada masalah dan ingin bertanya saya mengalami kemalangan motor beberape bulan yang lalu. Saya bersetuju untuk claim insurans tetapi laporan saya tidak lah lengkap atau kata lain jujur. Saya hanya menyatakan yang saya dilanggar dari belakang tetapi kejadian sebenar disebabkan saya membelok di tempat yang salah dan dilanggar dari belakang. Saya nak tahu adakah duit yang saya akan dapat dari insurans itu adalah haram?

message user image

Soalan: Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh ustazah. Pertama sekali saya mohon maaf kerana menghantar email ini. saya faham sepatutnya email ini hanyalah untuk urusan berkaitan rasmi sahaja tetapi saya perlukan pendapat insan yang pakar dalam bidangnya untuk bantu saya. Ustazah, Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk baca email saya yang mungkin akan panjang berjela. Saya harap Allah makbulkan doa saya supaya perkara yang terbuku dihati ini dapat dirungkaikan dengan baik dan dapat jalan penyelesaian yang sebaik baiknya. Dalam lubuk hati saya dan dalam benak ini saya asyik memikir mikir perkara yang sama. selagi saya tidak luahkan saya rasa perkara ini akan terus bermain dalam ingatan. Ustazah, Untuk makluman ustatazah adik saya telah pun dijemput Allah pada tanggal 28hb September 2017. Arwah telah pun terlibat dengan kemalangan jalanraya. Muda lagi usianya 27tahun meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia 3 tahun. Adik bongsu yang menjadi buah hati pengarang jantung kepada emak. Emak yang amat saya kasihi. Saya faham emak sedih saat memerima berita yang tak sanggup saya maklumkan pada emak pada hari kejadian. Tapi emak insan yang kuat, walaupun saya mendengar sebak tangisannya ketika mengaji quran tiap kali selepas solat. saya faham sedih yang tidak dapat diucap dengan kata kata terbuku dihati emak. Tapi emak Redha dengan ketentuan Allah. Siapalah kami sekeluarga, hamba Allah yang hina nak menyangkal takdir Allah yang maha Esa dan maha Berkuasa. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan Arwah. Ustazah, Emak sangat sayangkan arwah. Saya faham ibu mana yang tidak sayangkan anak. Setiap kali ada masalah emaklah tempat utama yang dicari termasuklah urusan urusan kewangan. Jika arwah tidak cukup duit, emaklah tempat pertama yang akan dituju. Mak bukan orang senang. Masa muda bantu ayah menoreh getah petang petang ambil upah menjahit. Tapi sekarang keadaan yang agak uzur halang mak untuk bekerja. Saya ada bantu mak rm500 sebulan tambah dengan duit upah getah RM300 sebulan. Duit itu mak gunakan untuk keperluan bulanan beliau. Rezeki berkat barangkali. Walaupun tidak bekerja dengan RM 800 sebulan mak mampu bantu anak anak. Alhamdulillah tiap kali arwah berhutang dengan mak dia akan cepat cepat bayar. Duit gaji yang ada cukup cukup untuk menyara arwah beserta anak dan isteri, dan mungkin kesempitan itu tidak dapat membuatkan arwah untuk memberikan wang saraan pada emak tiap tiap bulan. Yang mana saya rasa sebagai anak itulah antara tanggungjawab yang perlu kita laksanakan untuk bantu dan memudahkan urusan ibu, tambahan lagi arwah anak lelaki. Rezeki Isteri dan anak Arwah Allah beri. Alhamdulillah Allah beri kemudahan urusan pampasan pencen ilat pada isteri dan anak arwah. RM3200 secara purata isteri dan anak terima. Hubungan kami sekeluarga dengan adik ipar dan keluarga sangat baik, sehingga untuk meluahkan perkara yang sepatutnya pada adik ipar saya pun saya rasa tidak mampu demi nak menjaga ukhwah kami sekeluarga. Sedangkan sepatuntya saya titipkan perkara yang sepatutnya pada isteri arwah. Apa yang saya khuatir, pendapat dan pandangan saya itu terpesong dari hukum Allah. Saya memerlukan orang yang pakar untuk memberikan pandangan dan pendapat yang tidak bercanggah dengan hukum Allah. Bantu saya ustazah. Saya Risau hati mak wujud rasa tidak redha dengan apa yang telah emak bantu arwah dan keluarga. Nauzubillah Azabnya Arwah di Sana. Saya kerap berhubung dengan mak. Tiap tiap hari wajib telefon mak. Sebab saya taknak mak rasa keseorangan dan tidak dikasihi oleh anak anaknya. Kebanyakan masalah atau kerisauan emak akan cerita pada saya berbanding adik beradik yang lain. Isteri Arwah juga begitu, kerap telefon mak dan maklum pelbagai pampasan dan insuran yang diperolehi. Semalam isteri arwah telefon dia dapat pencen ilat (SOCSO) 3400 sebulan sepanjang hayatnya dan sehingga si anak berusia 21tahun. Mak dengar tanpa memberi maklumbalas yang sepertimana bermain dalam benak fikiran mak. Biasanya mak akan telefon saya dan bercerita dengan saya perbualan dia dan isteri arwah. Semalam mak telefon. Tiap tiap kali mak bercerita pasal arwah air matanya tak berhenti mengalir sedih sayu bercampur baur. Saya faham walaupun saya bukan ibu kepada arwah. Ikatan darah ini merasa sangat hiba bila melihat emak dalam berduka. Tiap tiap kali saya sedekahkan bacaan ayat ayat suci dan berdoa air mata ini juga sukar untuk dibendung bendung. Apa yang mak ceritakan bagaikan pita yang diulang ulang dalam benak pemikiran saya. Lisa telefon, (Bukan nama sebenar isteri arwah) banyak juga dia dapat pampasan. Pencen ilat rm3200 sebulan. Simpan utk aulia (Bukan nama sebenar anak arwah) RM 1K, simpan untuk lisa RM1K dan 1K lagi lisa guna untuk keperluan dia dan anak. Hmm cara lisa bercerita tu nampak macam seronok dapat duit. Mak mulakan bicara dia. Dia bercerita tu macam seronok dapat duit, tapi dia tak tahu luluhnya hati emak ni yang dah hilang anak. Mak dah mula sebak dan menangis. Saya dengar dan tanya mak. Lisa dah bayar hutang arwah pada mak ke belum (Sebelum arwah meninggal dia ada pesan pada isteri untuk jelaskan hutang dia pada mak). Belum lagi. Lisa bagitahu tunggu duit KWSP (Yang tidak tahu bila masa akan diperolehi). Hari tu dia ada bagi tahu syarikat ada bagi duit sedikit untuk selesaikan hutang arwah jika ada. Duit tu lisa bagi maa(Ibu lisa). Lisa kata arwah ada hutang juga dengan tokma. Masa hayat arwah ni mak dok bantu. Kereta yang arwah pakai, kenduri kendara masa arwah kawin, baiki kereta kalau rosak emak yang keluarkan duit. Tapi kalau lisa tak bayar pun mak redha. Arwah anak mak, azab sangat dia kalo tak dapat redha mak. Mak bersuara dengan saya rasa risau kalau ada terpalit rasa tidak redho dalam hati emak. Nauzubillahiminzalik. Saya menyampuk lagi. Lisa takde bagitahu mak nak upah haji dengan bayar fidyah arwah ke mak. Ada hari hari yang arwah tak puasa tu. Arwah tinggal duit, kita buatlah upah haji dan bayarlah fidyah untuk dia. Doa doa moga kurang seksaan dan azab yang diterima arwah. Hutang hutang arwah patut selesaikan dahulu. Ada lisa nak bagi mak duit ke? Saya tanya pada mak lagi. Lisa tak de bagitahu pulak nak bayar fidyah tu. Cuma dia mintak tanyakan ustaz rahim pasal upah haji nanti masa kita nak bagi sumbangan pada tahfiz (Mak selalu sedekah pada maahad tahfiz dekat kampung kami. Mak kata agar Allah terima dan mak sedekahkan pahala ini buat arwah ayah dan adik). Engkau bagitahulah pada dia. Masa hayat arwah tak dapat nak bantu mak. Lisa dapat banyak pampasan. Kalo dia dapat bagi mak rm200 sebulan pun takpe. Mak bukan nak banyak. (Saya faham perasaan mak. mungkin dia rasa dengan ada duit tu terasa terubat rindu pada arwah dan saya yakin duit tu juga mak akan beri sumbanyan pada mana mana tahfiz atau masjid). Berat rasa tanggungjawab saya untuk tegur lisa. Khuatir risau takut lisa anggap kami sekeluarga nakkan duit yang dia dapat. Tapi saya berpendapat lisa perlu beri mak duit. Arwah tinggalkan duit utk saraan isteri dan anak, dan ibu juga adalah tanggungjawab anak juga. Redha dan kasih ibu perlu. Saya kesian pada arwah adik saya, saya ingin bantu arwah adik saya untuk kami sekeluarga diterima syurga Allah. Harap ustazah dapat beri pandangan. Maaf atas masa yang ustazah luangkan untuk baca cerpen saya ni. Malu pun ada. Saya bukan ada tokoh untuk mengarang tetapi bagi memastikan maklumat dan masalah saya dapat diterangkan dengan jelas. Saya rasa saya perlu berbuat begini. Terima Kasih dan moga Allah mudahkan urusan ustazah sekeluarga.

message user image

Soalan: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengemukakan satu soalan iaitu, Apakah hukum jika seorang wanita memuat naik gambar bayang-bayangnya yang tidak menutup aurat sehingga mendesahkan bahagian leher, rambut dan bentuk badannya ke media sosial yang umum tanpa sesiapa tahu pemilik bayang-bayang itu? Segala bantuan dan perhatian pihak tuan puan saya dahulukan dengan jazzakumullah kathira. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalammualaikum.w.b.t. Ustaz. Saya seorang anak perempuan. Saya telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan sepasang. Terus pada point, bapa masih ada tapi sudah berkahwin dgn ibu tiri. Suami agak tidak sukakan sikap bapa dan ibu tiri yang baginya seolah olah boleh menganggu rumah tangga kami. Hampir setiap kjadian pertelingkahan pasti dia akan sebut tentang bapa perangai bapa saya. Kerana bapa dulu meminjam wang darinya hingga kini masih belum dilunaskan. Walaupun bapa telah bjanji dan sering juga dlu saya akan pertahankan bapa dari dihina suami. Namun pertanyaan saya adakah berdosa jika saya tidak mampu beri belanja kpada bapa sebagai tanda membalas jasa mrreka semasa saya masih kecil. Dan demi jaga hati suami saya turutkan segala apa yang dia tak suka tentang bapa dan ibu tiri saya. Apa perlu buat?

message user image

Soalan: Setiap kali nama Rasulullah disebut, kita mesti jawab dengan selawat ke atas nabi. Jadi apakah kita mesti selawat kepada nabi jika disebut, "Muhammad" atau "Rasulullah" atau yang penuh "Rasulullah صلى الله عليه وسلم"?

message user image

Soalan: As salam ustaz. Saya ada pertanyaan. Saya ni selalu ada perasaan berdebar atau pon simptom ni sama macam orang yg ada enxiety. Saya juga selalu ada perasaan was was. Kadang kadang tetiba sahaja terlintas di hati contoh nya. 'Kalu ko tidak keluar dalam masa 15 minit ko akan bercerai'. Nak tanya apakah hukumnya ye ustaz jika terjadi mcm ni?

message user image

Soalan: Mengenai faraid. Arwah adik saya pompuan tinggalkan suami & anak2, 4 orang (3 lelaki & 1perempuan), ada tak bahagian untuk mak saya dari segi harta peninggalannya.

message user image

Soalan: Askum. Saya seorang ibu tunggal berusia 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak perempuan yang berumur 12 dan 8 tahun. Kedua2 nya adalah anak di luar nikah. Anak pertama namanya di daftarkan tanpa binti sama seperti anak2 luar nikah yang lain. Saya berkahwin setahun sahaja dan bercerai dgn suami. Saya mengakui saya tersilap dan saya menyesal atas perbuatan saya dahulu melakukan kesilapan bersetubuh dengan bekas suami tanpa rujuk semula dan sehingga melahirkn seorang bayi perempuan iaitu anak kedua saya dan saya risau memikirkan masa depan anak saya nanti. Tetapi anak kedua saya berbintikan bekas suami saya kerana saya menggunakan sijil nikah saya yang saya belum serahkan pada pihak jawi lagi pada masa itu. Sedangkn pada masa itu kami tidak pernah rujuk. Boleh ke anak saya itu berbintikan bekas suami saya itu? Saya bingung bila memikirkannya. Adakah saya perlu perbetulkan kesilapan yang saya lakukan itu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya baru sahaja kematian suami 2 bulan yang lalu. Segala hutang arwah telah sy selesaikan. Tetapi anak saudara arwah memberitahu bahawa arwah berjanji untuk memberinya RM5000.00 sedangkan perkara tersebut tidak pernah dimaklumkan arwah suami kepada saya. Adakah wajib saya membayar jumlah wang tersebut atas sebab JANJI tersebut. Mohon maklumbalas segera dari pihak tuan. Saya sangat keliru mengenai perkara ini memandangkan jumlah tersebut agak banyak dan diragui kesahihannya. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Disini saya ingin minta nasihat dan pandangan dari pihak tuan ttg masalah rumahtangga yaang dihadapi.suami saya bekerja tetapi gaji nya setiap bulan diperuntukkan untuk membayar segala hutang peribadinya dan belanja untuk dirinya sahaja sedangkan saya mempunyai 3 orang anak dan saya juga tidak diberi nafkah kerana alasannya tidak cukup kerana membayar hutang piutangnya. Saya memang bekerja namun jika setiap bulan saya menanggung semua belanja rumah, persekolahan anak dan segala bil2, ini agak membebankan saya seorang. Setiap awal tahun persekolahan saya perlu berkorban untuk membayar segala belanja sekolah anak2' berseorangan.ini agak berat untuk saya menanggung.hal ini berlanjutan sudah lebih 3 tahun.apa harus saya buat dan pandangan ustaz ttg masalah saya ini? Saya sudah ajak berbincang hal ini tetapi suami buat tak tahu. Bagaimana ya cara utk selesaikan mslh ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. 1) Apakah hukum simpanan ASB? 2) Bagaimanakah kiraan zakat ASB? 3) Bagaimanakah kiraan zakat atas ASB Loan? Adakah caruman dan dividen? 4) Apakah hukum seseorang itu menjadi imam sedangkan dia mempunyai sejarah yang hitam, tidak dalam ilmu agamanya dan bergaul antara lelaki dan perempuan? Apakah sah solatnya dan solat makmum yang mengikutinya? 5) Adakah sah mandi wajib seseorang itu sekiranya dia ragu-ragu dan tidak yakin air mutlak telah sampai keseluruhannya?

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya ingin bertanya mengenai samak. Saya terpijak najis binatang. Najis itu seperti najis anjing. Kemudian saya menggesek kasut saya di jalan tar dan rumput. Selepas 2-3 hari saya ingin membasuh kasut saya. Saya melihat di bawah tapak kaki saya ada sedikit kesan kotoran. Yang saya khuatiri najis anjing tersebut. Kemudian saya membuangnya dengan tisu basah. Adakah saya perlu menyamak tangan saya? Terima Kasih.

message user image

Soalan: Seorang isteri senang masuk syurga jika dia menjaga solat puasa dan taat kepada suami. Bagaimana kes yang begini suami suruh isteri tinggal dengan mertua kini telah masuk setahun tapi dia tidak tinggal sekali dengan isteri juga tidak beri nafkah kepada kami semua di uruskan oleh mertua. Dimanakah ketaatan isteri pada suami yang sebegini. Adakah senang masuk syurga bila suami tak balik2? Mohon pencerahan, wassalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Saya nak bertanya mengenai harta peninggalan. Saya seorang wanita berusia 27 tahun, belum berkahwin. Soalan saya, sekiranya terjadi apa-apa kepada saya yang menyebabkan kematian, ke mana aliran harta saya akan pergi. Saya ada ambil insurans dan mak saya sebagai penama. Sekiranya terjadi sesuatu kepada saya dan mak saya yang menyebabkan kematian, kemana aliran wang insurans akan pergi.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, soalan saya, saya telah menyertai aktiviti sukarelawan larian yang di anjurkan oleh pihak tertentu. Saya telah ditugaskan untuk menjaga bahagian stor barangan. Adalah kesilapan saya telah mengambil barang pihak penganjur seperti baju yang berlebihan. Menurut kawan yang telah lama bekerja dengan pihak penganjur, baju² yang berlebihan ini hanya akan disimpan di stor mereka & telah terlalu banyak. Jadi saya kini berasa bersalah dengan apa yang telah saya lakukan. Adalah mustahil untuk saya memulangkan baju² tersebut kerana saya takut untuk berhadapan dengan pihak penganjur & tidak mengenali mereka. Jadi apakah pandangan daripada pihak tuan dengan masalah saya ini? Adakah saya patut buang baju tersebut @ memulangkannya kembali. Terima kasih.

message user image

Soalan: Bolehkah simpan robot mekanikal Gundam sebagai koleksi?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada soalan, bagaimana cara untuk mengistinbat hukum eutanasia atau mercy killing beserta ayat Al Quran atau hadith jika ada serta jika ada pandangan dari mazhab Syafie dan Hambali. Terima kasih.

message user image

Soalan: 1.1. Saya ialah pengawas surau di sekolah saya, tetapi pelajar pelajar lain suka menjalankan tugas pengawas surau walaupun mereka pengawas surau, saya seringkali berasa geram seolah olah saya hanya memegang jawatan tetapi tidak membuat kerja, saya menghargai bantuan mereka. Adakah menjadi kesalahan jika saya melarang mereka membuat tugas pengawas surau. 2. Di dalam kelas saya tidak mempunyai apa apa jawatan. Tetapi saya selalu mengarah rakan saya yang mana AJK tertinggi kelas iaitu ketua ketua, yang selalu berdiam diri. Apabila saya mengarahkan mereka dengan meninggikan suara seolah seolah mereka tidak dapat menerima arahan saya walaupun dalam masa itu keadaan kelas dalam keadaan kotor . 3. Saya sering mengarahkan orang lain tetapi mereka tidak dapat menerima kerana saya hanya berdiam diri dan hanya mengarah. Adakah betul tindakan saya tersebut. 4. Di sekolah guru guru memastikan ke atas setiap pelajar untuk bersolat zohor dan asar secara berjemaah. Tetapi ramai antara mereka yang sering bersolat sendirian walaupun mereka tahu solat berjemaah lebih tinggi darjatnya. Apa yang harus saya lakukan bagi membendung masalah ini. Saya ialah pengawas surau di sekolah saya, tetapi pelajar pelajar lain suka menjalankan tugas pengawas surau walaupun mereka bukan pengawas surau, saya seringkali berasa geram seolah olah saya hanya memegang jawatan tetapi tidak membuat kerja, saya menghargai bantuan mereka. Adakah menjadi kesalahan jika saya melarang mereka membuat tugas pengawas surau. 2. Di dalam kelas saya tidak mempunyai apa apa jawatan. Tetapi saya selalu mengarah rakan saya yang mana AJK tertinggi kelas iaitu ketua ketua, yang selalu berdiam diri. Apabila saya mengarahkan mereka dengan meninggikan suara seolah seolah mereka tidak dapat menerima arahan saya walaupun dalam masa itu keadaan kelas dalam keadaan kotor . 3. Saya sering mengarahkan orang lain tetapi mereka tidak dapat menerima kerana saya hanya berdiam diri dan hanya mengarah. Adakah betul tindakan saya tersebut. 4. Di sekolah guru guru memastikan ke atas setiap pelajar untuk bersolat zohor dan asar secara berjemaah. Tetapi ramai antara mereka yang sering bersolat sendirian walaupun mereka tahu solat berjemaah lebih tinggi darjatnya. Apa yang harus saya lakukan bagi membendung masalah ini. 5. Adakah menjadi kesalahan sekiranya saya meminum susu kambing yang dijual oleh benggali susu itu kerana saya ingin mengikuti sunnah nabi dengan meminum susu kambing. 6. Kenapa ramai yang selalu memandang serong kepada golongan Arqam 7. Saya seorang pelajar yang sering menegur pelajar lain tentang etika pemakain iaitu memasukkan baju ke dalam seluar. Tetapi saya berpakaian melipat seluar separuh betis. Adakah ia menjadi kesalahan?

message user image

Soalan: Assalamualaikium. Saya ingin mendapatkan nasihat dan pandangan. Saya mempunyai anak saudara yang disahkan mengalami kecacatan kekal dari dalam kandungan lagi semasa usia kandungan 8 bulan. Ini adalah kerana bahagian otaknya tidak fully develop. Adik meneruskan kandungan hingga melahirkan. Kini, usia bayi 2 bulan dan sepenuhnya bergantung pada mesin oksigen. 2 operation telah dilakukan: 1. Besarkan saluran pernafasan. 2. Tebuk otak untuk pasang tiub salurkan ke perut (Tebuk) untuk keluarkan air dalam otak, namun tiada sebarang perubahan. Bayi juga sentiaed on ubat tidur untuk elak dia dari meronta kesakitan. Doktor ingin membuat 1 lagi prosedur, tebuk di leher untuk bantuan pernafasan kerana elak jangkitan kuman pada saluran pernafasan tetapi doctor tiada jaminan yang bayi akan sembuh. Pertanyaan saya, adakah berdosa sekiranya kami tidak membenarkan doctor untuk tidak meneruskan procedur tersebut dan ingin membawa bayi balik tetapi kami tahu, dia tidak akan bertahan lama jika berada diluar hospital.apa nasihat /pandangan? Apakah jalan terbaik untuk mengurangkan kesakitan bayi tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, tuan. Saya ingin bertanya mengenai hukum memakai bulu palsu. Terima kasih atas pencerahan.

message user image

Soalan: Kereta orang Islam yang tidak tersengaja mengangkut bungkusan makanan yang mengandungi daging khinzir, namun bungkusan makanan tersebut dibaluti dengan beg plastik. Adalah wajib untuk disamak ataupun tidak kerana bungkusan makanan tersebut tidak menyentuhi mana mana permukaan kereta tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada hantar kemuskilan saya tentang suami yang tidak solat, bukan itu sahaja, sudah bertahun 10 tahun tidak solat saya ajak pergi ceramah agama/solat tarawikh/dengar soal jawab agama semua dia tak nak buat macam mana saya hendak bersabar lagi ye, sebab saya tidak mahu tanggung dosa ustaz, dia malas mencari nafkah, baru2 ini dapat kerja jadi guard bertahan hanya 2 bulan sahaja lepas tu kena buang kerja sebab tidur, dia hanya hendak tidur sahaja, saya bekerja ada anak istimewa yang sedang bersekolah, minta dia ambil anak balik sekolah, minta bagi makan, minta mandikan tetapi mandikan 1 x sahaja dan selepas bagi makan dia akan tidur sampai anak saya buang air besar pun dia tak sedar, ini semua saya rasa akan memudaratkan kesihatan anak istimewa saya yang berusia 9 tahun perempuan. Saya dah puas berusaha ustaz, saya rasa jalan terbaik lebih baik kami buat haluan masing-masing sebab dia bukan seorang yang bertanggungjawab untuk mencari nafkah untuk keluarga sudah bertahun lamanya ustaz. Mak saya pun ada nasihatkan dia ustaz, saya dah tak boleh tanggung lagi bebanan perangai suami saya ini ustaz, saya tidak mahu perkara ini berlarutan sampai bila? Bukan saya tak nasihat atau ajak dia membuat perkara2 yang baik dia yang tidak mahu ustaz, lagi satu perangai dia suka menipu/memaki/suka tengok video lucah yang dikirimkan oleh kawan2 dia, bila saya nasihat macam itu saja lah tak ada perubahan, dia bukan sekadar tak sembahyang malah tak berpuasa juga. Minta nasihat dari ustaz. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz dan ustazah. Soalan saya, bos saya yang berbangsa cina ada mengajak kami makan malam di sebuah restoran. Restoran tu kategori pork free tp ada jual beer juga. Pada masa yang sama restoran itu mengatakan semua bahan mentah untuk masakan adalah dari supplier yang halal. Apakah hukumnya? Boleh ke kami makan di situ?

message user image

Soalan: Apakah hukum menderma sperma dan membuat bank sperma? Dan apakah pandangan 4 mazhab tentang perkara ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya hanya musykil adakah seseorang perempuan itu boleh mengandung jika menelan sperma melalui mulut? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikan Mufti dan Jawatakuasa Fatwa, disini ana mempunyai 3 soalan PENTING, mengharapkan jawapan segera: 1. Apakah hukum mengkacuk dan membiakan haiwan dengan tujuan menjadikan bakanya lebih unik. Tetapi mengurangkan bentuk semula jadi haiwan tersebut. Misalnya Kucing Munchkin adalah baka kucing baru terjadi akibat kacukan jenis kucing tertentu. Masalah etika disini adalah kucing munckin kini mempunyai kaki yang lebih pendek dan boleh mengakibatkan masalah saraf tunjang utamanya pada masa jangka panjang. Sudah tentu ini menyeksa haiwan tersebut, walaupun manusia tidak merasakan keperitannya. Apakah qawaid fiqqiyyah khusus untuk isu ini? 2. Apakah hukum memakan, membakar, merebus haiwan hidup-hidup untuk dimakan? Adakah Islam tidak melarangnya. Memakan haiwan hidup-hidup tidak dimatikan dahulu tidak berperikemanusian, kerana haiwan juga mempunyai perasaan.? 3. Adakah sebarang bentuk qawaid fiqqiyah boleh digunakan dlm menghakimi tindakan seseorang yang menyiksa perasaan haiwan bukan secara fizikal tetapi secara dalaman (innate feelings).? Terima kasih Mufti. Harap sangat dapat menjawab kemusykilan saya ini. Moga Allah merahmati.

message user image

Soalan: Saya seorang pegawai kerajaan di KL. Telah diarahkan menghadiri urusan rasmi di Ipoh. Dalam surat arahan, saya layak menuntut elaun perjalanan mengikut kiraan kilometer jarak perjalanan. Walau bagaimanapun, saya menaiki bas ke sana atas alasan kepenatan untuk memandu. Bolehkah saya menuntut elaun perjalanan mengikut kiraan kilometer jarak sedangkan saya tidak memandu kenderaan sendiri?

message user image

Soalan: Apakah hukum bagi lelaki memakai pakaian bercorak bunga yg sedondon dgn perempuan yg viral pada masa kini?

message user image

Soalan: Suntikan clexane kepada ibu yang bersalin secara pembedahan. Adakah dibolehkan kerana suntikan ini mengandungi dna khinzir. Mohon pencerahan kerana suntikan ini diperlukan di hospital Selayang.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adik beradik ramai perempuan dari lelaki. Mak tinggal seorag di kampung. Saya nak tanya andai kata anak perempuan memilih untuk di pihak mertua dan anak lelaki 3 org dan anak lelaki yang selalu pulang hanya seorang. Yang lain hanya pentingkan keluarga sendiri dari mak yang seorang. Bagaimana kita nak bagi kesedaran kepada semua untuk pulang ke kampung tengok mak? Dan mertua pula lebih kan anak yang ade zuriat dari anak yang belum dikurniakan zuriat. (Umpama ada zuriat banyak kewangan dari yang belum ada zuriat sentiasa ada masa.) Tidak adil jika begini. Jika adik beradik semua perempuan adakah tiada seorang pun yang melawat mak kandung jika utamakan mertua dan balik kampung hanya perayaan atau kenduri? Mohon penjelasan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya tahu bahawa bercouple itu haram, tapi bagaimana kalau bercouple tetapi ianya diketahui oleh kedua dua ibu bapa? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, tuan. Saya Syaza Farzana pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tahun 3 semester 1 jurusan undang-undang bersama dengan ahli kumpulan saya sedang menjalankan kajian bertajuk 'Abortion of Down Syndrome Babies' untuk matapelajaran Usul Fiqh. Walaubagaimanapun, sepanjang kajian dijalankan kami hanya mendapati bahawa kandungan boleh digugurkan bagi bayi yang menghidap zika semasa dalam kandungan dan tidak menjumpai fatwa mengenai bayi yang disahkan menghidapi down syndrome oleh doktor selepas 4 bulan usia kandungan boleh digugurkan. Justeru itu, kami ingin menanyakan pendapat tuan, berkenaan dengan bayi yang disahkan down syndrom oleh doktor selepas 4 bulan usia kandungan boleh digugurkan atau tidak mengikut perspektif Islam. Terima kasih. Wassalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nak tanya kalau kita bercakap mengenai kawan kita di belakangnya untuk menyiasat mengenai sesuatu hal, apakah hukumnya. Adakah dikira sebagai dosa kerana mengata?

message user image

Soalan: Assalamu’alaikum warahmatulla. Arwah abang meninggal dunia tahun lepas 13/03/2017 setelah beberapa minggu berselisih pendapat dengan Emak dan Arwah telah menukarkan PENAMA KWSP beliau kepada nama Adik Ipar Perempuan iaitu isteri kepada adik lelaki kami. Dan kononnya ada berWasiat mulut kepada adik lelaki kami meminta Duit KWSP beliau TIDAK diberikan kepada Emak dan adik-beradik yang lain. Bila Arwah meninggal dunia, Isteri adik lelaki kami telah mengeluarkan Simpanan KWSP Arwah yang berjumlah hampir rm 300,000,00. Adik lelaki kami MEMBERITAHU kepada Emak kami bahawa Emak kami TIDAK ADA HAK atas Duit KWSP Arwah kerana Arwah ada membuat Wasiat Mulut kepada beliau. Dan mengatakan bahawa dia seorang sahaja yang BERHAK keatas Duit KWSP Arwah. Kami tanyakan masalah ini kepada pihak KWSP tetapi pihak KWSP mengatakan tidak dapat berbuat apa-apa tentang masalah kami. Kami ada menbuat Bantahan tetapi telah terlambat kerana telah terlambat. Adik Ipar perempuan telah merahasiakan dirinya sebagai Penama KWSP selama ini. Nama Penama KWSP ini kami ketahui setelah Abang Sulung saya membawa Emak ke Pejabat KWSP untuk menuntut peninggalan Arwah. Saya telah bertanya kepada Biro Guaman tentang perkara ini dan mereka juga telah memberikan pendapat yang sama seperti KWSP. Saya ingin mengetahui Pendapat /Keputusan dalam Agama Islam. Adakah apa yang dilakukan oleh Adik Lelaki dan Isteri beliau BENAR mengikut Hukum dalam Agama Islam? Mohon Pihak Tuan sudi memberikan pendapat mengikut Hukum Agama Islam. Sekian, terima kasih dan Assalamu’alaikum warahmatullah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan/ustaz/ustazah. Saya nak bertanya, bolehkah saya pergi balik kampung utk mengundi walaupun ibu saya tak bagi saya balik kerana pilihan calon kami berbeza? Adakah berdosa sekiranya saya tidak mengikut pilihan ibu saya semasa mengundi tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nak tanya berkaitan masalah saya. Dulu, lebih kurang 8 tahun yang lalu tak silap, masa tu saya masih di sekolah rendah. Waktu tu tengah bulan puasa dan kelas saya kena la bawak al-quran masing-masing ke sekolah.tapi satu hari tu, saya terlupa nak bawak balik al-quran saya, jadi saya patah balik ke kelas, tapi semasa di kelas, al-quran tu tiada. Mungkin sesiapa ambil sebab saya memang letak atas meja saya. oleh sebab masa tu saya pertama kali bawak al-quran ke sekolah, saya rasa takut kena marah dengan ayah sebab tu al-quran ayah saya. jadi saya ambik al-quran milik sekolah untuk ganti al-quran ayah saya tu untuk dibawa balik.. pastu lepas beberapa minggu, adalah kawan-kawan jumpa al-quran dalam almari.itu lah al-quran saya yang hilang tu. tapi saya taknak mengaku kat kawan-kawan yang tu al-quran saya sebab saya malu nak mengaku. saya ingat nanti saya senyap-senyap la tukar balik dengan al-quran yang saya bawak balik haritu. tapi saya asyik lah tangguh-tangguh nak ambik, sampai saya terlupa. sekarang saya dh di universiti, saya teringat balik. soalan saya, apa yang perlu saya lakukan dengan al-quran skolah yang saya bawa balik itu? perlukah saya pulangkan semula? bagaimana dengan al-quran bapa saya yang saya terlupa bawa balik itu?

message user image

Soalan: Apakah hukum menyimpan patung superhero marvel atau figura starwars?

message user image

Soalan: Apakah hukumnya apabila seorang ibu tidak mengizinkan anak-anaknya untuk mengundi parti lain selain parti pilihannya di dalam PRU14 ini? Apakah yang perlu dilakukan oleh anak-anak tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya akan 2 pertanyaan. Mohon pencerahan dan panduan tuan/puan dalam masalah saya ini. Dalam dilema. Pertama berkaitan dengan maruah dan aib isteri. Sebelum perkahwinan suami tak pernah bertanyakan kisah silam tetapi setelah berkahwin suami ingin mengetahui semua kisah silam kejahilan saya. Dengan alasan isteri wajib menceritakan kisah silam kerana suami tidak mahu suatu hari Allah akan uji rumahtangga kami dengan kesan kejahilan saya. Adakah wajib untuk saya menceritakan kisah kejahilan silam saya pada suami? Kedua, suami merancang untuk bawak saya ke kampung dan mengarah saya untuk berjumpa dengan ibubapa saya dan menceritakan segala2 kejahatan dan dosa2 yang pernah lakukan dihadapan ibu bapa dan keluarga. Bagi saya ini melibatkan aib dan maruah saya. Dengan alasan untuk menghapuskan dosa dosa yang saya lakukan tanpa pengetahuan ibubapa saya. Bukankah islam itu menyarankan kita supaya menjaga aib dan menjaga maruah sesama manusia bukan di sebaliknya. Adakah tindakan suami saya ini betul. Sekiranya betul saya mohon pencerahan supaya jiwa saya tenang. Bantu lah saya.

message user image

Soalan: Bolehkah saya menggugurkan kandungan yang baru berusia beberapa minggu disebabkan saya telah mempunyai 4 orang anak dan yang kecil baru berusia 1 tahun 3 bulan. Saya mengalami kesaikitan tulang belakang (slip disc) dan apabila mengandung saya terpaksa menahan kesakitan dan ketidakselesaan apabila kandungan semakin membesar. saya amat serba salah dan rasa berdosa. Saya tak pasti adakah pengguguran ini akan dikira haram tau sebaliknya. Saya buntu dan hari2 menangis. Boleh tak jawab dengan segera. Mohon sangat2. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya merupakan seorang pelajar, sarjana ingin bertanya mengenai fatwa. Apakah prosedur dalam mengeluarkan fatwa step-step dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan harta tanah yang ditinggalkan oleh nenek saya. Untuk makluman, ibu saya telah meninggal dunia 26tahun lepas. Nenek saya telah membeli sebahagian tanah berhampiran kampung dengan menggunakan sebahagian dr wang peninggalan ibu kepada kami adik beradik. Sebahagian tanah itu telah difahamkan kepada semua bahawa tanah itu adalah hak kami adik beradik dengan penamanya adalah nenek kami kerana kami masih bawah umur. Setelah nenek meninggal dunia, kami adik beradik difahamkan bahawa penama nenek kami telah meletakkan nama kami adik beradik sebagai pemilik tanah kepada semua tanah kampung. Menurut pakcik dan makcik, nenek telah tersilap meletakkan nama kami kerana niatnya hanyalah bagi tanah yg sememangnya dibeli dengan duit kami. Malah makcik saya telah memberitahu kami bahawa dia pernah bertanya kepada nenek nama pemilik tanah, dan nenek memaklumkan bahawa tanah itu adalah atas nama nenek. 1. Persoalannya disini, adakah kami wajib untuk menyerahkan bahagian tanah yg bukan dibeli dengan tanah kami kepada anak-anak nenek? 2. Sekiranya seorang ibu meninggal dunia, dan anaknya telah meninggal dunia terdahulu, adakah cucu(anak kepada anak yang meninggal dunia) tidak ada hak kepada harta peninggalan? Untuk makluman, kami telah bersetuju untuk menjual tanah yang sememangnya hak kami sebelum mengetahui hal-hal diatas. Terima kasih, Assalamualaikum.

message user image

Soalan: Apa hukum mengambil air minuman mesin jenis coway yang diletakkan di pejabat untuk minuman semua orang di premis tersebut dan dibawa pulang ke rumah. (5Liter)

message user image

Soalan: Ayah saya telah membeli sebuah rumah secara lelong. Disebabkan tuan rumah (Allahyarhamah) telah meninggal dunia & keluarganya tidak dapat jelaskan pinjaman yg diambil, bank telah lelongkan rumah tersebut dan ayah saya telah membelinya. Keluarga arwah terdiri dari adik perempuannya yang telah berumahtangga serta anak lelaki arwah yang berumur 18/19 tahun. Setelah selesai pindahmilik, adik perempuan arwah & keluarganya pun pindah keluar. Anak lelaki arwah pula telah pindah keluar lebih awal kerana selisih faham dengan makciknya. Beberapa barangan (antaranya kerusi/kusyen) telah ditinggalkan. Mungkin sebab tak mahu atau tak mampu nak sewa lori atau sebab lain, saya tak pasti. Ayah saya telah upah kontraktor untuk robohkan rumah tersebut untuk dibina rumah baru. Kalau tak silap, ayah saya ada pesan pada sedara arwah utk ambil barang2 sebelum kerja2 dimulakn. Sehari/dua hari selepas rumah roboh, saya dan ayah saya telah pergi melihat keadaan. Melihat kerusi2/kusyen yang bersepah & terbiar, ayah telah bawa pulang kerusi2 tersebut. Perkara ini berlaku hampir 20 tahun yg lepas dan ayah saya telah meninggal dunia tahun lepas. Saya ingin bertanya samada halal ke kami ambil kerusi2/kusyen tersebut? Kalau haram, apa yang patut saya lakukan dengan kerusi2/kusyen tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Untuk pengetahuan, saya dan isteri bakal menimang cahaya mata kami yang pertama, seorang bayi perempuan insyaAllah. Kami bercadang untuk menamakan anak kami sebagai Nik Marissa binti Nik Aiman. Soalan saya, adakah nama ini nama yg baik dalam Islam? Apakah maksud Marissa dalam bahasa Arab? Bagaimanakah ejaannya yang tepat dalam Arab bagi membawa maksud yang baik? Pencarian saya melalui internet menemukan maksud Marissa iaitu yang bersopan santun. Adakah maksud ini tepat? Harap dapat memberikan tunjuk ajar untuk persoalan saya ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Semoga Tuan/Puan didalam rahmat Allah s.w.t. Saya Nur Farhana, 23, ingin bertanyakan, adakah produk kosmetik yang mengandungi Carmine/Cochineal/Natural Red 4/C.I. 75470/E120 (sejenis pewarna yang dikeluarkan oleh serangga) halal digunakan? Saya ada baca dari beberapa sumber yang mengatakan penggunaan secara luaran (eyeshadow, blusher, mascara) dibolehkan tetapi penggunaan lipstik yang memungkinkan pengguna termakan adalah tidak boleh. Mohon penjelasan dari mufti Selangor. Disini juga saya sertakan pautan sumber tersebut. http://www.askimam.org/public/question_detail/22461#_ftnref2 Segala kerjasama Tuan/Puan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Assalamualaikum.

message user image

Soalan: Kebanyakan rumah jenis kondominium mempunyai kolam renang dan gymnasium, semua penduduk akan membayar duit penyelenggaraan untuk menyelenggara semua kemudahan di kondominium tersebut. Adakah pembayar juga akan berdosa sekiranya kemudahan itu digunakan oleh orang lain sama ada Islam atau bukan Islam jika berlaku percampuran lelaki dan perempuan atau jika aurat tidak ditutup? Terima Kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukumnya jika saya (beragama islam) membeli rumah dan membuat pinjaman (join loan) dengan adik yang bukan beragama islam? Bagaimana pembahagian harta rumah tersebut sekiranya saya meninggal dunia?

message user image

Soalan: Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Semoga Tuan/Puan didalam rahmat Allah s.w.t. Saya Nur Farhana, 23, ingin bertanyakan, adakah produk kosmetik yang mengandungi Carmine/Cochineal/Natural Red 4/C.I. 75470/E120 (sejenis pewarna yang dikeluarkan oleh serangga) halal digunakan? Saya ada baca dari beberapa sumber yang mengatakan penggunaan secara luaran (eyeshadow, blusher, mascara) dibolehkan tetapi penggunaan lipstik yang memungkinkan pengguna termakan adalah tidak boleh. Mohon penjelasan dari mufti wilayah persekutuan. Disini juga saya sertakan pautan sumber tersebut. http://www.askimam.org/public/question_detail/22461#_ftnref2Segala kerjasama Tuan/Puan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Assalamualaikum.

message user image

Soalan: Tinggi saya adalah 160cm, apakah hukum saya makan ubat peninggi yang membolehkan tinggi saya meninggkat antara 5-15cm? Adakah ianya haram?

message user image

Soalan: Adakah menjadi kesalahan bagi seorang ketua jika kita cuba melindungi kesalahan kakitangan bawahan yang telah membuat dosa besar tetapi telah datang berjumpa dengan ketuanya mengaku tentang kesalahannya itu dan ingin bertaubat. Si ketua berniat hanya untuk membantu memberi peluang kepada anggota ini untuk berubah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum seseorang menerima duit raya dari pihak kontraktor ketika musim perayaan, dan tiada balasan pun diterima sekadar persaudaraan sesama islam?

message user image

Soalan: Apakah hukum menindik hidung untuk wanita islam?

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Ada berapa jenis generasi yang telah dijelaskan dalam agama Islam? Orang barat ada kelaskan generasi dunia kepada beberapa jenis, contohnya Baby Boomers, Gen Y, Gen Z dan lain- lain. Dalam Islam ada tak dikelaskan generasi- generasi ini? Yang saya baca ada, tapi sehingga Tabi‘ al-Tabi‘in, sahaja. https://en.wikipedia.org/wiki/Salaf Mohon Penjelasan.

message user image

Soalan: Hukum main tangkap patung di pasaraya.

message user image

Soalan: Assalamuailakum, saya ada satu persoaalan ingin di tanya. Saya bakal menerima kehadiran seorang anak perempuan tidak lama lagi. Persoalan saya adalah apakah hukum menamakan anak dgn nama yang bukan berasal dari bahasa arab? Adakah ia dibenarkan? Nama pilihan saya adalah Nor Ariana Mikayla. Adakah nama ini sesuai untuk dinamakan kepada anak sy nanti. Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya nak bertanya mengenai faraid bagi KWSP untuk arwah suami saya, di mana duit telah pun di masukkan di dalam akaun bapa mertua dan di nasihatkan oleh pihak KWSP kepada bapa mertua untuk membuat faraid. Persoalannya, bolehkah bapa mertua dan ibu mertua boleh memberi bahagian faraid mereka kepada saya dan (isteri) dan mereka hendak memberi kesemua bahagian yang mereka dapat.

message user image

Soalan: As-salamu`alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Apakah dibenarkan untuk memanggil seseorang yang mempunyai bapa kandung dengan nama selain dari bapa kandung mereka? Contohnya, memanggil si mati yang baru dikebumikan dengan bin/binti ibunya dalam amalan ‘talqin’. Jika ada, di dalam kes apakah seseorang harus dipanggil dengan nama ibu kandung mereka? Adakah ayat di bawah khusus untuk anak angkat, atau relevan untuk semua? ٱدۡعُوهُمۡ لِءَابَآئِهِمۡ هُوَ أَقۡسَطُ عِندَ ٱللَّهِ Panggillah mereka dengan nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah (Al-Ahzab 33:5). Mohon kemukakan hujah para ulama (beserta sumbernya) dalam jawapan yang diberikan

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan/Puan, Semoga tuan/puan sentiasa dalam rahmat Allah swt. Saya ada pertanyaan berkaitan harta pusaka berupa 10 ekar tanah Felda dan sebidang tanah rumah Felda kepunyaan datuk saya. Datuk saya dan nenek telah meninggal dunia. Mereka mempunyai 4 orang anak. 3 daripada anak mereka juga telah meninggal dunia. Sekarang hanya tinggal seorang sahaja anak mereka. Bagaimanakah cara pembahagian harta pusaka tersebut? Adakah kami sebagai cucu layak menuntuk bahagian kami?Sekiranya ya. Bagaimanakah cara pengiraannya? Datuk telah mewasiatkan (secara mulut) semua hartanya kepada anak bongsu yang masih hidup. Tetapi cucu datuk (anak arwah2) telah menuntut harta pusaka bahagian mereka. Semoga mendapat penjelasan lanjut dari pihak tuan/puan.

message user image

Soalan: Adakah ayat ni melarang kita berkawan dengan orang bukan Islam? Al-Mumtaĥanah:13 “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.”

message user image

Soalan: Assalamualaikum, 1- Apakan hukum membuat rakaman TV di Masjid dan adakah terdapat panduan yang boleh digunakan? 2- Bagaimanakah pandangan pihak tuan berkaitan lakonan akad nikah yang diadakan dalam dewan solat utama Masjid? Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya tentang hukum melukis. Setahu saya melukis gambar adalah haram sekiranya kita melukis makhluk hidup seperti manusia & haiwan. Manakala pula kalau melukis perkara fiksi, benda atau makhluk yang tidak wujud? Adakah ia juga dikira haram? Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ada memasuki satu kontes dimana saya adalah pelajar praktikal di satu syarikat. Syarikat saya ada membuat kontes di facebook. Keesokkan harinya staff disitu ingin membuat cabutan bagi mengetahui siapa pemenangnya. Saya sebagai pelajar praktikal disitu membantu staff ni membuat cabutan. Tetapi cabutan di cabut oleh pengarah itu sendiri. Saya teringin nak dapat hadiah tu. Jadi bila cabutan dah dibuat saya dapati bukan nama saya yang naik. Staff tu cakap seorang pemenang ni dah banyak kali menang. Jadi dia suruh saya membuat cabutan lain. Saya pun dengan semangat goncang botol cabutan tu. Lepas tu saya tak sentuh kertas dalam tu. Cuma saya goncang goncang dan mencari nama saya. Saya cari sampai jumpa nama saya, bila saya tanya staff tu boleh tak cabut guna tangan je nama tu. Maksudnya buka satu-satu. Staff tu cakap cabut je. Saya pun mencari nama saya tanpa menyentuh. Bila saya jumpa nama saya dalam botol cabutan. Saya terus ambil. Kiranya saya ni pemenang laa. Jadi boleh tak saya makan hadiah yang saya dapat tu. Sebab lepas staff tu umumkan nama pemenang saya rasa bersalah. Lepas benda ni jadi baru terfikir. Boleh ke saya makan hadiah yang akan saya dapat tu?

message user image

Soalan: Apakah hukum membawa balik makanan segera (Contoh, kopi 3 in 1) yang ditinggalkan penginap/penyewa bilik yang tidak akan menginap bilik tersebut pada masa akan datang.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya tentang barang kemas peninggalan ibu saudara saya yg telah meninggal. Ibu saudara saya ini tidak berkahwin, ayah dan ibunya telah meninggal sebelum kematiannya. Jadi dia sebatang kara. Dan ayah saya adalah waris tunggalnya. Sebelum kematiannya, arwah ibu saudara saya telah berwasiat supaya barang kemas miliknya diberi kepada anak anak perempuannya. (mungkin maksudnya anak anak saudara perempuannya). Kerana waktu hayatnya, dia yang mengasuh anak anak saudaranya. Walaubagainapun, Ada dikalangan adik beradik kami, mengalami masalah kewangan, dan terpaksa menggadai barangan tersebut dan akan menebus kembali setelah ada wang tanpa pengetahuan anak anak saudara simati. Dan yang paling menyedihkan, barang kemas tersebut telahpun lesap kerana tidak dituntut pada tarikh yang sepatutnya. Jadi apa yang harus dilakukan untuk mengganti kembali kepada anak anak saudara perempuan di mati. Bolehkah digantikan dengan nilai wang. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukum produk bukan halal disimpan dalam peti ais yang sama dengan produk halal?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt, Datuk Mufti, saya mempunyai persoalan yang ingin dibangkitkan di sini. Untuk makluman Datuk Mufti, ibu dan bapa saudara saya mempunyai seorang anak angkat perempuan yang kini berusia 25 tahun yang masih belum berkahwin dan tinggal serumah bersama dengan ibu dan bapa saudara saya (bukan anak susuan). Ibu dan bapa saudara saya juga mempunyai 4 orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan yang berusia antara 18 hingga 36 tahun) dan mereka juga turut sama tinggal di rumah tersebut. Saya ingin bertanyakan kepada Datuk Mufti berhubung batasan aurat dan pergaulan antara anak angkat tersebut dengan kedua ibu bapa angkatnya dan juga dengan adik beradik angkatnya. Ini kerana, saya pernah beberapa kali terlihat situasi di mana angak angkat tersebut hanya memakai tuala mandi ketika keluar dari bilik tidurnya dan ketika keluar dari tandas dan berjalan di hadapan bapa dan adik beradik lelaki angkatnya. Selain itu, saya juga dapati anak angkat tersebut bersalaman dengan bapa dan adik beradik lelaki angkatnya sama seperti anak susuan atau anak kandung. Malah, ada ketikanya anak angkat tersebut tinggal berdua-duaan di dalam rumah tersebut bersama bapa angkatnya (ibu angkatnya keluar untuk urusan-urusan tertentu) atau anak angkat tersebut tinggal berdua-duaan dengan abang angkatnya ketika ibu, bapa dan adik beradik angkat yang lain keluar atau pulang ke kampung. Saya memohon penjelasan Datuk Mufti berhubung persoalan-persoalan yang dibangkitkan di atas dan apakah cara yang sesuai untuk menasihati keluarga tersebut.

message user image

Soalan: Seseorang itu mempunyai gigi yang cantik tetapi kurang keyakinan diri kerana warna gigi yang kuning dan bercadang untuk membuat veneer gigi untuk memutihkan gigi. Apakah hukum veneer dengan niat untuk memutihkan gigi?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya sekarang diuji dengan masalah antara ibu ayah dan suami. Ceritanya begini, pada tahun 2016 suami telah menjual rumah, dan berjanji untuk bagi RM10k kepada saya. Namun begitu, bila ibu dan ayah saya tahu perkara itu mereka berhasrat untuk meminjam dari saya sebanyak RM12k. Cadangan saya duit RM10k tu untuk saya mulakan business kecil2 saya. Tapi bila perkara tu saya ajukan kepada suami, keputusan suami langsung taknak bagi duit tu. Saya stress setiap hari ibu datang rumah memujuk supaya bagi pinjam. Tujuan ibu nak pinjam adalah untuk bantu business ayah saya. Suami saya tak percaya dengan ayah saya. Sebab business ayah saya tak pernah menjadi dn melibatkan banyak kerugian. Saya buntu. Setiap hari saya pujuk suami sehinggalah dia bersetuju bagi RM6k sahaja. Tapi lepas bagi RM6k ibu masih datang setiap hari kerumah saya untuk pinjam lagi sebab duit tak cukup. Saya merayu dengan ibu yang saya mampu bagi RM6k sahaja. Selebihnya memang tak dapat. Saya tak bekerja, semua pendapatan adalah dari suami. Namun atas desakan ibu setiap hari, saya tak mampu. Saya tewas dan serahkan kesemua barang kemas saya untuk digadai bagi memenuhi kehendak mereka tanpa pengetahuan suami. Kerana ibu dan ayah berjanji dalam masa 2 minggu akan tebus kembali barang kemas saya. Ibu juga pesan jangan bagitahu suami pasal barang kemas yang dipinjam. Saya pun pakej berbohong pada suami kata kesemua barang kemas saya simpan dalam bank takut orang renovate rumah ni semua indon, jahatkan saya. Terang2 bohong suami untuk kebahagiaan ibu ayah saya. Suami awal2 lagi dah pesan yang dia tak izin saya bagi lagi apa2 bantuan pada ibu ayah saya, cukuplah sekadar RMa6k sahaja yang dia mampu tolong. Tapi modal untuk business saya dia takkan bagi dah lepas ni. Sebab selebihnya dia nak guna utk buat renovate rumah. Dan barang kemas saya untuk simpanan andai berlaku emergency. Saya tahu suami memang marah waktu ibu desak supaya bagi pinjam duit. Suami saya ni baik, tak pernah abaikan saya. Bertanggungjawab pada saya dan anak2. Saya pun tak salahkan dia 100 peratus sebab dia dah bagi pinjam rm6k pun saya dh lega. Kuasa Allah pada bulan 7, 2017 ayah saya pergi mengadap Ilahi secara mengejut. Allah perasaaan saya amatlah terkejut. Lepas pengebumian seminggu lepas tu suami telah bercakap dengan ibu yang dia halalkan RM6k tu. Dan saya fikir mood suami okay baru saya cerita perihal barang kemas saya. Suami saya meradang kerana semua yang dibeli tu untuk saya dan dia kecewa kerana saya tak taat dengan dia. Selepas kejadian tu suami saya layan saya dgn kasar. Bercakap mesti perli saya derhaka. Duit poket pun dah tak bagi. Semua dia kawal sendiri. Hanya beli barang keperluan dapur dan suami cakap dia tak maafkan perbuatan saya dan ibu ayah saya. Dia memang menangis. Allahhu. Apakah nasib arwah ayah saya? Setiap hari saya menangis fikir hal ini. Suami pun dah tawar hati dengan saya kerana membelakangkan dia kerana ibu ayah saya. Saya menyesal sebab tak dengar kata suami. Dalam masa yang sama saya kesian ibu ayah saya. Berdosakah saya membantu ibu ayah saya. Sampai hari ini suami memang berdendam dengan ibu saya kerana mendesak2 saya utk gadaikn barang kemas. Untuk pengetahuan ustaz/ustazah, barang kemas saya lebur. Semua simpanan dan aset saya habis saya bagi pada ibu ayah saya. Sedangkan diri kami pun susah sekarang tak ada apa2 simpanan. Tolong saya. Saya tersepit dalam dilema ibu ayah dan suami. Sekarang suami marah kalau saya pergi rumah ibu. Kerana sepatah perkataan maaf tak pernah keluar dari ibu saya kepada suami. Dia lagi marah2 kami ada. Ibu saya penting diri kata suami saya. Dulu saya susah tak peduli pun dengan kami. Time senang dia lah setiap hari datang rumah. Sekarang nak datang rumah saya pun tidak. Dengar cucu2 sakit langsung tak bertanya khabar. Ibu tinggal dengan abang dan adik lelaki. Namun selepas jual mesin kerja ayah dan lori ayah abang lari tinggalkn ibu dengan duit2 sekali. Adik lelaki pula ditimpa musibah excident bulan 7, 2018 hari tu dan tak boleh bekerja kerana patah kaki. Saya kesian dgn ibu saya, tapi saya tak mampu nak bantu ibu dgn kewangan. Ayah memang tak tinggalkan apa2 harta pada ibu. Socso, KWSP insurance pun tak ada sebab dia kontraktor bekerja sendiri. Adik perempuan saya pun susah kerana tanggung hutang arwah. Saya nak kerja suami tak izinkan. Macam mana saya nak jaga 2 hati yang sangat saya sayangi.

message user image

Soalan: Assalam, saya telah berazam dan berjanji sewaktu bertaubat untuk tidak mengulangi kesalahan saya(tidak niat untuk bersumpah), jadi adakah janji pada Allah itu dikira sama mcm sumpah? Adakah dikenakan kafarah sama mcm sumpah jika melanggarinya? Harap pihak mufti dapat berikan pencerahan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukum melakukan suntikan untuk tujuan kecantikan seperti PRP, Vitamin C dan seumpamanya? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalammualaikum para ustaz, disini saya ingin bertanya. Apakah hukum kita sebagai orang Islam untuk memohon dan menerima bantuan dari pondan? Adakah kita menerima wang yang haram? Kerana sumber pondan tersebut yang diketahui umum adalah sumber perniagaan produk kecantikan.

message user image

Soalan: Apakah hukum isteri keluar atau mesej dengan lelaki lain. Sebab suami tidak bekerja? Si suami panas baran selalu pukul isteri. Nafkah isteri tidak bagi selama 4 bulan. Saya sudah beberapa kali menasihati suami mencari kerja. Tetapi tidak diendahkan. Anak saya masih kecil lagi dalam 2 bulan. Kawan lelaki saya selalu bagi duit perbelanjaan untuk saya dan anak saya. Jadi saya mahu jawapan apa hukum isteri keluar atau mesej dengan lelaki lain?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya mengenai nama anak. Saya dijangka bersalin dalam masa terdekat ini. Saya dan suami memutuskan ingin memberi nama anak lelaki yang bakal lahir ini “Jibreil”. Apakah hukum menamakan nama anak dengan nama malaikat ini?

message user image

Assalamualaikum. Saya nak letak nama anak Qorrizh yang membawa maksud Terpuji mulia. Soalan saya. Betul ke itu maksud pada namanya? Kalau betul. Bagaimana pula ejaan nama itu dalam arab yang membawa maksud mulia, terpuji?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Insyallah saya nak menamakan anak pertama saya Luth, Nama salah seorang nabi. Tetapi ada sesetengah orang membangkang mengatakan nama itu tidak elok. Apa pandangan Encik dalam hal ini? Terima Kasih

message user image

Soalan: Apa hukum terkena air longkang yg kejiranan nya berbilang bangsa?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya tinggal berjauhan dari suami. Saya telah membeli sebuah rumah menggunakan duit saya sendiri. Saya telah meminta pertolongan adik saya untuk menolong membersihkan rumah sebelum berpindah. Beberapa hari kemudian saya memberitahu suami saya akan meminta tolong adik saya untuk mengecat rumah. Suami saya tidak mengizinkan saya memberitahu mengenai rumah tersebut kepada keluarga saya atas alasan tertentu sedangkan saya sudahpun memberitahu mengenai rumah tersebut kepada keluarga sebelum ini. Adakah saya berdosa kerana membawa adik ke rumah tanpa izin suami sedangkan ini adalah rumah saya sendiri dan bukan rumah yang disediakan oleh suami? Bolehkah saya merahsiakan bahawa saya pernah membawa adik saya ke rumah kerana saya takut suami akan marah jika dia tahu.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Beberapa hari yang lalu, saya pergi ke Kuala Lumpur dan tinggal di Guesthouse. Mereka menyediakan sarapan pagi dan saya hanya makan roti ( inti jem strawberry & planta) dan minum teh susu. Tetapi, lepas makan saya baru sedar bahawa saya makan di bar. Walaupun makan makananan yg halal termasuk minuman, tempat tersebut ialah bar. Persoalan saya, apakah hukum nya apabila saya berada dalam situasi sebegini? Apa perlu saya buat? Agak lambat menyedari tempat tersebut ialah bar, adakah ia menyalahi dalam Islam? Terima kasih.

message user image

Soalan: Hukum membunuh monyet kerana merosakkan tanaman?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Apakah hukum seorang isteri bermesra dengan anak saudara lelaki nya( anak kepada kakak si isteri ). Bermesra maksud saya berpelukan mesra setelah beberapa minggu tidak berjumpa. Isteri berusia 28 tahun dan anak saudara lelakinya berusia 17 tahun. Apakah hukum jika isteri membenarkan anak saudara lelakinya ini masuk ke dalam rumah kami sewaktu saya tiada di rumah. Hanya mereka berdua sahaja di dalam rumah. Dan apakah hukum jika isteri membenarkan anak saudara lelakinya ini bermalam di rumah kami ketika saya tiada di rumah. Hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam rumah tersebut. Disebabkan kemesraan di antara mereka berdua dan jarak umur yang tidak begitu jauh serta anak saudara kepada isteri yang sedang menginjak usia remaja, wajarkah saya berasa kurang selesa dan khuwatir akan berlaku perkara yang tidak diingini di antara mereka?

message user image

Soalan: Apakah hukum menghisap rokok elektronik(vape)?

message user image

Soalan: Hukum menindik di badan selain dari telinga, contohnya dihidung atau pusat.

message user image

Soalan: Apakah pandangan syarak jika menghadiri majlis di restoran tidak halal tetapi pihak syarikat ada mengambil caterer dari luar yang halal. Adakah boleh jika saya hadiri?

message user image

Soalan: Bagaimana untuk menghilangkan rasa tidak selesa apabila anak tiri yang sudah berkahwin masih tinggal di rumah bersama ayah dan ibu tirinya. Ibu tiri berbeza umur setahun dengan anak tiri. Suami anak tiri bekerja sebagai pelaut. Wajarkah mereka untuk tinggal berasingan?

message user image

Soalan: Ingin penjelasan, isteri saya minta kebenaran pergi suatu tempat di sabah untuk berjalan-jalan bersama kawan perempuan dan 2 orang kawan lelaki. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Saya brpendapat ianya salah dan berdosa kerana 2 perempuan dan dua lelaki boleh menimbulkan syak. Tetapi isteri tegas mengatakan ianya tidak berdosa memandangkan dia bersekolah disekolah agama jadi saya jadi was-was dengan apa yang saya dengar dan apa yang saya belajar bahawa jika bukan mahram ianya brdosa kerana pergi berjalan-jalan dengan bukan mahram sedangkan dia isteri orang walaupun berteman. mohon penjelasan

message user image

Soalan : Assalamualaikum, Saya memiliki ladang ternakan ayam. Masalahnya, anjing liar kerap menceroboh kawasan ladang untuk mengambil bangkai ayam yang ditanam dan membuangnya merata-rata setelah makan bangkai tersebut sehingga menyebabkan ladang berbau busuk. Sekarang ini semakin banyak anjing yang menceroboh dan anjing tersebut juga telah beranak-pinak. Soalannya, bolehkah saya meracun anjing tersebut termasuk anak-anaknya untuk mengelakkan masalah menjadi semakin teruk?

message user image

Soalan: Redha Allah adalah pada redha ibu bapa. Anak sepatutnya taat pada ibu bapa. Tetapi bagaimana kalau ibu bapa mengeluarkan kata-kata kesat? Maki hamun anak dari kecil sehingga dewasa sampaikan anak hilang sabar. Jika anak tersebut hilang sabar sehingga meninggikan suara, adakah dia dikategori derhaka? Niat anak mahu menegur tetapi hilang sabar. Bagaimana hendak menegur ibu bapa seperti ini?

message user image

Soalan: Seorg ayah telah meninggal dunia, ada 3 isteri dan isteri ke-3 sahaja yang masih hidup dan ada 4 orang anak dengan isteri ke-3, anak isteri ke-2, 7 orang dan anak dari isteri pertama 2 orang. 4 hari sebelum ayah meninggal ada bagitahu kepada seorang anak dari isteri ke-2, rumah yang ada beri kepada anak-anak isteri ke3. Harta lain tiada. Bolehkah anak2 isteri pertama dan ke2 menggantikan rumah pemberian si mati ganti dengan serumah lain di sebelah tanah si mati.

message user image

Soalan: Assalammualaikum. saya menetap di KL dan sudah berkahwin. saya ada kakak ipar yang kerap datang ke HKL dari Kelantan dan bermalam dirumah saya. Masalah akak ipar saya jenis menyusahkan. Datang rumah mencuri barang, selongkar bilik saya, tidak membantu masak, bersikap mahu dilayan macam raja sedangkan saya ada anak kecil. Ini nak datang rumah lagi tetapp saya cakap kat isteri saya tak nak akak ipar saya datang ke rumah saya tetapi isteri melawan nak juga dia datang. wajarkah tindakan saya dalam hal tidak bagi akak ipar saya datang sebab akak ipar saya jenis menyusahkan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan. Saya ada dua orang sahabat, seorang lelaki dan seorang perempuan yang mana mereka ada perselisihan faham. Sahabat perempuan saya ingin meminta maaf dan meminta tolong kepada saya untuk menyampaikan surat permohonan maaf dan buah tangan kepada sahabat lelaki saya. Tetapi, sahabat lelaki saya tidak mahu menerima apa-apa. Saya telah cuba banyak kali memujuk untuk menerima permohonan maaf dan buah tangan tersebut tetapi beliau tetap tidak mahu ambil dan memulangkan semula kepada saya. Saya cuba untuk memulangkan barang tersebut kepada sahabat perempuan saya tetapi beliau juga enggan ambil. Oleh itu, sehingga kini barang tersebut ada pada saya. Baru-baru ini saya ingin mengemas rumah dan bercadang untuk membuang barang tersebut. Jadi, adakah dibolehkan untuk dibuang atau saya masih diwajibkan untuk menyampaikan barang tersebut? Terima kasih.

message user image

Soalan: Dizaman Rasulullah adakah pernah dibuat membasuh tetek ibu dan menadah airnya lalu diberi minum pada anak remaja yang degil tidak menghormati kedua ibubapanya, keras hati dan tidak mahu mengerjakan solat?

message user image

Soalan: Anak mempertahankan kucing (baru beranak) dan melawan kepada ibunya kerana kucing kesayangannya (baru beranak) di pukul dan berniat yang tidak baik terhadap kucing tersebut. Jadi, apakah masalah yang perlu diselesaikan dan adakah perbuatan anak tersebut salah disisi agama dan kemanusiaan terhadap haiwan peliharaan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya di sini mempunyai kemusyikilan berkenaan wasiat, ceritanya begini, sewaktu arwah nenek saya masih hidup, dia telah mewasiatkan tanah ke atas nama mak saya dan dan setelah nenek saya meninggal dunia, nama tanah telah bertukar kepada nama mak saya mengikut kehendak dari arwah nenek saya, tetapi sewaktu arwah nenek saya masih hidup, dia ada menyatakan begini, " nanti setelah aku tiada berilah si "A" untuk tinggal di bahagian belakang rumah", itu ucapan nenek saya sewaktu beliau masih hidup, adakah kata-kata tersebut dikira wasiat atau sekadar belas ihsan? Apakah hukumnya ustaz? Si "A" ini merupakan sepupu saya. Semoga ustaz dapat menjawab persoalan ini, terima kasih ustaz. Assalamualaikum

message user image

Soalan: Assalamualaikum Jabatan Mufti Selangor, Saya mempunyai seorang anak lelaki berumur 1 tahun yang mengidap masalah penyerapan nutrisi makanan di bahagian usus. Sekarang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Doktor mengesahkan bahawa penyerapan kurang dari 50% dari kanak-kanak normal. Disebabkan ini berat anak saya masih 4kg dan segala perkembangannya agak lambat. Buat masa ini anak saya dalam prosedur memasukkan TPN kedalam badan, dan prosedur ini perlu dilakukan hari-hari dan doktor mengatakan sekiranya tidak bergantung dengan TPN ini, berat akan turun dan akan membahayakan kesihatan dan perkembangan anak. Masalah dengan TPN ini sekiranya berlaku dalam masa panjang, mungkin akan ada masalah infection. pembedahan yang berlanjutan setiap kali tiub ada infection, masalah dengan organ dalaman sekiranya digunakan dalam masa yang lama. Bagaimanapun benda ini adalah risiko yang mungkin berlaku dalam perjalanan anak saya mengunakan TPN. Pakar mengatakan penyerapan kurang dari 50% itu di sebabkan tidak mempunyai enzyme yang cukup. Mereka mencadangkan mengunakan creon (creon ini terhasil dari sebahagian dari babi) untuk membantu masalah penyerapan ini. bagaimana pun tiada apa yang 'confirm' mengatakan perkara ini adalah jalan penyelesaian. Hanyalah salah satu cara yang cuba dilakukan. Saya mohon bantuan pihak Jabatan Mufti dapat menjelaskan perkara ini samada ia jatuh dalam hukum harus atau masih dalam hukum haram (kerana adanya TPN)

message user image

Soalan: Assalamualaikum, sy ingin bertanya tentang kedudukan kisah jiran nabi musa ketika di syurga, yang mana dalam kisah itu, jiran nabi musa tersebut adalah pemuda yang menjaga ibu bapanya yang telah bertukar menjadi babi Mohon pencerahan, Terima kasih, wassalam.

message user image

Soalan: Saya mahu tanya apa hukum sekiranya saya mengumpul 'Action figure'? Samaada dlm bentuk robot atau karakter animasi yg terkenal. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Seorang suami membeli sebuah van untuk kegunaan isteri dalam perkhidmatan menghantar pelajar sekolah (van sekolah). Suami berpesan, van itu tidak boleh dipandu oleh orang kecuali isteri atau anaknya. Persoalannya; adakah pesanan itu menjadi wasiat selepas kematian suami? Bukankah harta suami selepas kematiannya menjadi harta faraidh yang apabila dibahagikan boleh digunakan oleh penerima seperti yang dikehendaki? Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya mempunyai 3 ekor kucing betina. Jadi apabila tiba musim, ketiga-tiga mereka akan bunting sekali. Saya ada baca hukum membuntingkan kucing ini haram. Tetapi apabila anak-anak kucing ini sudah mampu berak merata dan kadang-kadang mereka mati kerana terkena penyakit antara mereka. Saya rasa berdosa kerana tidak menjaga mereka. Jadi daripada saya terus membiarkan hal ini berlaku, bukankah lebih baik untuk saya kasi sahaja kucing-kucing saya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. apakah hukum pembedahan ortodentik atau lebih dikenali pembedahan rahang? ada 2 situasi yang berbeza: 1. pembedahan untuk mencantikkan diri 2. pembedahan untuk membetulkan rahang yang lari

message user image

Soalan: Jikalau orang yang meninggal dalam keadaan tidak sedar dan sedang dalam proses pembedahan. apakah hukumnya dalam islam? Kerana mungkin tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah.

message user image

Soalan: apakah pendapat para ulama mengenai kaffarah dalam kes kemalangan?

message user image

Soalan: As salam, Saya ada 2 soalan 1. Jika kita pernah meniru dalam peperiksaan di Universiti, bagaimana dengan sijil yang kita diperolehi dari Universiti selepas habis belajar. Adakah ia tidak boleh digunakan? Semasa SPM saya dapat soalan bocor untuk 1 subjek. Bagaimana dengan sijil itu juga? Apa patut saya buat? Saya akui kesilapan saya masa dahulu. Saya hadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. 2. Dulu saya pernah tanya pihak tuan puan, saya daftar akaun facebook pada mulanya kerana terangsang dengan wanita. Pihak tuan puan kata haram , itu jelas. Saya kurang jelas, adakah saya masih boleh guna facebook itu atau tidak? Kerana permulaan dilakukan dengan perkara haram. Saya ada terdengar jika kita mulakan sesuatu dengan haram, maka semuanya jadi haram Saya dah guna facebook sama tu hampir 7 tahun. Adakah semua kenalan saya. Ilmu yang saya dapat dari facebook itu haram?

message user image

Soalan: Assalammualaikum, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Mufti Selangor kerana telah menyediakan platform seperti ini untuk bertanyakan soalan. Soalan saya adalah mengenai harta. Pada 2013, suami saya (pada ketika itu adalah tunang) telah membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah untuk diduduki oleh keluarga suami saya kerana mereka tidak mempunyai tempat kediaman. Rumah tersebut dibeli atas nama perkongsian saya dan suami saya (pada ketika itu adalah tunang saya) atas sebab nama abang sulung suami saya telah disenarai hitamkan oleh pihak bank daripada membuat sebarang pinjaman. Suami saya juga telah membayar deposit sebanyak RM60K untuk rumah tersebut. Bayaran bulanan rumah itu dibayar secara perkongsian antara ayah suami saya (RM2K) dan suami saya (RM1K). Ayah suami saya hanya sempat membayar selama 3 tahun kerana telah meninggal pada October 2016. Kemudian, dari November 2016 hingga kini, bayaran rumah itu dibayar oleh suami saya (RM2K) dan abang suami saya (RM1.5K) kerana abang kepada suami saya tinggal di dalam rumah tersebut (1 bilik disewakan kepada abang suami saya). Sebelum itu, abang suami saya menyewa di luar pada kadar yang sama. Kemudian, ibu kepada suami saya mengarahkan untuk faraid kan rumah tersebut sedangkan rumah itu milik saya dan suami saya. Segala keperluan rumah ditanggung oleh saya dan suami saya termasuk bil elektrik yang mencecah RM300 setiap bulan. Adakah ibu kepada suami saya boleh berbuat demikian?

message user image

Soalan: Assalam tuan, saya bekerja makan gaji, masuk kerja jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, saya kerap mengambil anak di sekolah jam 12.30 hampir setiap hari, masuk kerja petang paling awal 2.20 petang selepas hantar anak sekolah agama, selalu keluar awal solat asar dalam jam 4.30 ptg, soalan saya apa kah hukum saya guna masa tersebut untuk urusan peribadi sedangkan saya di bayar gaji penuh dari pukul 8 pagi - 5 petang. dan apakah yang harus saya buat untuk ganti masa yg saya ambil, kerana sejak kebelakangan ini anak-anak saya agak tidak mendengar cakap, mungkin gaji saya tidak berkat. mohon pencerahan dari pihak tuan..

message user image

Soalan: Mengikuti hadis dan alquran, adakah seseorang itu akan dapat mengalami perasaan seperti akan menemui ajalnya atau perasaan itu disebabkan ada perkara-perkara yang tidak baik keatas diri seseorang itu?

message user image

Soalan: saya telah bergotong-royong dikawasan kubur yang telah lama, ada semak samun dan pokok besar. Langkah pertama saya memesin rumput, meracun rumpai dan membuat unggun di kawasan tersebut dan membakar kerana tiada tempat untuk dibuang. Saya mengupah dengan belanja sendiri dan tidak mampu untuk mengupah lori untuk mengangkatnya. apakah hukum nya haram meracun dan membakar?

message user image

Soalan: apakah hukum jika si suami sering mengungkit tentang duit gaji nya diberi pada isteri dan anak-anak?

message user image

Soalan: Bolehkah seorang muslim itu mengkhianati negaranya sendiri kerana Islam?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya. Situasi saya begini, saya telah berhenti kerja dan mendapat tawaran kerja di tempat lain, kemudian saya mengambil baki gaji saya di syarikat lama. Apabila sudah mendapat gaji. Baki gaji saya hanya Rm 430 sahaja tetapi apabila isteri saya menanyakan berapa baki gaji yang saya dapat, saya menjawab mendapat Rm250 sahaja. Dan saya hanya memberi isteri saya RM 200. Lagi baki duit itu saya gunakan untuk kegunaan saya..Apakah hukum saya menipu isteri saya dan adakah baki gaji sebanyak Rm230 yang saya guna itu menjadi haram atas sebab saya menipu? Mohon penjelasan situasi saya ini ustaz

message user image

Soalan: Hukum suami melihat video lucah semasa isteri sedang berpantang

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada persoalan. 3-4 tahun yang lepas, saya ada memberi kucing makan di dalam mangkuk, tetapi ada sekali itu, anjing datang makan di mangkuk tersebut. Mangkuk tersebut kemudiannya dibiarkan terkena hujan dan panas. Disebabkan terlupa, sewaktu saya mengambil mangkuk tersebut kembali dan terus membasuh mangkuk tersebut dan mengelapnya. Kerana kejadian telah lama, saya tidak pasti apa yang perlu dilakukan, adakah perlu disertu pakaian-pakaian yang ada sekarang kerana pernah di basuh sekali dengan kain yang digunakan untuk lap tersebut? Akan tetapi, saya juga sudah lupa kain lap mana yang digunakan.

message user image

Soalan: Saya bekerja sebagai tukang gunting rambut di Australia. Majoriti tempat saya adalah orang bukan islam. Kedai gunting saya bekerja sekarang adalah kedai gunting lelaki, harga berpatutan dan tidak mahal seperti kedai lain. Yang jadi masalah kadang-kadang ada perempuan bukan islam datang gunting. Adakah saya boleh gunting perempuan tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt.. Saya ingin bertanya adakah haram jika kita memakai selipar yang ada gambar anjing dipermukaan pelapik kasut? saya baru beli kasut brand hush puppies online dan tidak perasan ada logo anjing dikasut itu

message user image

Soalan: Assalamualaikum.apakah hukum kalau kita berzumba bercampur jantina. Contoh lelaki dan perempuan. walaupun masih kategori berpakaian sopan dan bertutup aurat tetapi ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan wanita.

message user image

Soalan: Apakah hukum memandulkan kucing? Kucing taman perumahan.

message user image

Soalan: Soalan: Assalamualaikum Soalan saya: Sewaktu remaja dulu saya tidak menggantikan puasa ramadhan yang saya tinggalkan ketika saya datang haid. Saya tidak pasti jumlah puasa yang saya tinggalkan. Anggaran puasa yang tidak diganti lebih kurang 40 hari. Jadi berapa hari puasa yang saya perlu ganti? Dan berapa jumlah yang saya perlu bayar? Sekarang umur saya 34 tahun. Mohon penjelasan.

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum. Saya ingin bertanya mengenai pendakap gigi. Apakah hukum seseorang memakai pendakap gigi? Ini kerana gigi saya tidak rata namun tidaklah menjejaskan pertuturan. Malah ia juga tidak terlalu mengurangkan tahap keyakinan diri saya dalam kehidupan seharian. Namun, hati saya teringin untuk meratakan gigi dengan memakai pendakap gigi. Dengan niat ingin mendapatkan keyakinan diri yang lebih baik. Adakah ianya dibolehkan? Dan apakah hukumnya kalau saya berniatkan untuk menjadi lebih cantik? Terima kasih

message user image

Soalan: As Salam Pejabat Mufti Selangor, Saya ada kemusykilan disini, apakah hukum memetik/mengerat sedikit ranting, atau mengambil anak dari pokok-pokok bunga yang banyak yang hidup di tepi jalan raya/ di taman rekreasi untuk di tanam di rumah sendiri. Adapun tujuan memetik sedikit ranting untuk mendapat benih/baka bagi tumbuhan tersebut. Dan sesetengah tumbuhan agak mahal untuk dibeli di kedai landskap. Diharap pihak tuan sudi memberi sedikit ilmu dan penjelasan tentang perkara ini. Sekian, Terima Kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Ustaz/Ustazah, Saya mempunyai kening yang lebat dan panjang. Walaupun setelah disikat (menggunakan sikat kening), masih juga kelihatan tidak kemas. Soalan saya, apakah hukum merapikan kening dengan menggunting sedikit lebihan kening yang panjang? Diharap pihak Ustaz/Ustazah dapat memberi maklumbalas berkenaan hal ini. Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: As salam, Mufti Selangor Saya ingin bertanya 1.Apa hukum makan biskut oreo? Biskut oreo ada lambang salib diatasnya 2.Saya dapat petikan yang mengatakan ia haram kerana seolah mempermainkan agama. Apa pandangan Mufti? (Mengenai oreo) 3. Saya pernah menyebarkan petikan itu kepada orang lain. Jika petikan itu salah, apa patut saya buat? Adakah dosa tidak terampun selagi saya tidak betulkan kenyataan itu kembali? Benda ini berlaku beberapa tahun lepas.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum menari di khalayak ramai seperti membuat persembahan tarian di sesuatu majlis? Penari terdiri dari lelaki dan wanita. Penonton juga terdiri dari lelaki dan wanita. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan. Saya ingin mendapatkan penjelasan dan kepastian, adakah kata -kata yang keluar dari mulut seorang ibu adalah satu doa untuk anaknya, tapi dalam hati ibu tidak ada niat nak mendoakan yang tidak baik kepada anak. niat ibu berkata begitu hanyalah untuk menakutkan anak supaya tidak mengulang lagi membuat kesalahan tersebut.

message user image

Soalan: Apakah hukum ber'couple'

message user image

Soalan: Soalan: Sy adalah abg ipar kpd adik beradik isteri sy dan adik ipar kpd kakak isteri sy. Apakah nahi mungkar boleh sy terapkan dlm kluarga adik beradik kluarga ipar sy ? Ada 3 perempuan 1 lelaki. 3 perempuan bersetuju hanya lelaki shj yg tidak setuju. Katanya sy org luar ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt, Saya ingin bertanya apakah cara terbaik dan yang boleh saya lakukan apabila seorang ibu berlebihan dalam mengambil atau menuntut duit anak-anaknya meskipun dia sedar yang anaknya juga kurang berkemampuan? Terkadang ibunya merajuk apabila tidak mendapatkan wang tersebut dan hal ini benar-benar mengguris hati anaknya yang inginkan ibunya memahami situasinya. Apakah berdosa seorang anak itu apabila tidak memberikan wang tersebut, dan bolehkah seorang anak menegur perbuatan ibunya yang dianggap tidak betul? Sekian pertanyaan saya, moga mendapat sedikit sebanyak pencerahan. Assalamuaikum.

message user image

Soalan: Adakah batal puasa jika buat pap smear bagi wanita yang sedang berpuasa? Terima kasih tuan.

message user image

Soalan: apa hukum menyembeleh binatang halal d makan menggunakan senapang.

message user image

Soalan: Aslmkm. Saya nak tanya satu soalan. Saya bukan nak berpropaganda. Cuma ingin tahu kebenaran sahaja... Harap dapat menjawabnya... Adakah 'mahdi' yg disabda oleh Rasulullah adalah Mahathir Mohamad? Dan 'bapanya' adalah Sultan Abdullah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum,tetamu yang datang ke rumah membawa rahmat tetapi bagaimana kalau tetamu yang sama kerap datang ke rumah hingga menggangu keselesaan tuan rumah? Bagaimana jika tetamu tersebut ibu bapa mertua adakah salah memasuki rumah anak menantu dengan kunci pendua sesuka hati? Adakah berdosa sebagai tuan rumah berperasaan tidak selesa dengan kunjungan yang kerap tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Pertanyaan saya adalah: 1-Ada sebatang pokok dihalaman rumah jiran yang mana dahan dan daun pokok tersebut masuk kehalaman rumah saya.Jadi apa hak saya bagi dahan dan daun kering yang jatuh dihalaman saya,Siapa yang bertanggungjawab keatas kerja-kerja membersihkan daun kering dari pokok tersebut. Sekian.Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz Saya ingin bertanya satu soalan. Di pejabat saya ada menyediakan mesin penapis air cuccko untuk diminum. Apakah hukum jika saya mengisi air dalam botol dan membawa balik kerumah untuk diminum oleh anak dan isteri saya?Sekiranya tidak boleh,bagaimana saya ingin membayar balik air yg diambil itu?

message user image

Soalan: Apakah hukumnya membeli soalan bocor seperti soalan upsr..pt3..spm kemudian memberikannya kepada murid dengan cara mengajar soalan2 yang keluar.

message user image

Soalan: anak sedang menduduki peperiksaan , kedua ibu dan bapa meminta saya balek kampong kerana mereka uzur , apa perlu saya buat ...kalau saya tak balek ...apakah saya berdosa

message user image

Soalan: Ustaz, apakah hukum seseorang itu mengatakan allah zalim tapi hanya dalam hati?.contohnya dia tidak suka sesuatu itu berlaku dan dia mengatakan allah zalim kalau allah membuatkan sesuatu itu berlaku ke atasnya.

message user image

Soalan: Apakah hukum tindik telinga lebih daripada satu bagi wanita? Adakah wanita yang sudah menindik telinga lebih dari satu dibenarkan untuk memakai anting-anting pada lubang tindik 2 atau 3?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya Muhammad Firdaus ingin bertanya tentang pembekuan sperma di hospital, kerana saya menghidap kanser testikal (buah zakar) dan perlu menjalani rawatan chemotherapy yang akan mematikan semua sel kanser dan sel hidup termasuk tidak boleh memberi zuriat selepas menjalani rawatan chemotherapy. Saya masih bujang belum berkahwin, jadi bolehkah saya simpan bekukan sperma di hospital sebelum menjalani rawatan chemotherapy? Apakah hukumnya ustaz? Jika selepas rawatan, saya ingin berkahwin dan mendapat cahaya mata. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalam ustaz..saya ada menjaga seorang anak yatim.. Soalan saya apakah hukum nya jika saya isteri dan anak2 ikut tumpang makan..makanan yang di terima hasil sumbangan kpd anak yatim itu..sumbangan itu seperti beras,gula,minyak dan makan ringan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ada 1 kemusykilan. Arwah datuk saya mempunyai 10 orang anak. seorang daripadanya sudah meninggal iaitu ibu saya. Datuk ada meninggalkan sejumlah harta. baru-baru ini, adik beradik ibu membuat keputusan untuk membahagikan harta pusaka hak milik datuk. soalan saya, masihkah ibu saya ada bahagian dalam harta pusaka tersebut? sebab ibu saya meninggal sebelum datuk saya. ada dikalangan adik beradik ibu menyatakan arwah ibu tiada hak untuk menuntut dan tidak perlu berbincang semeja dengan mereka sebab tiada apa-apa kaitan. di harap ustaz/ustazah sudi menjawab kemusykilan saya ini.terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ada order di McD. Balik rumah baru perasan yang kami salah dapat order untuk satu makanan. Apa hukum makan makanan yang pekerja salah bagi order? Harga antara makanan kami dapat dengan yang kami order berbeza

message user image

Soalan: Status anak OKU dalam tanggungjawab penerima faraid. Assalamualaikum 1- Adakah betul anak OKU walaupun telah baligh anak tersebut akan tetap menjadi tanggungjawab penerima faraid/waris ayah/ibu/adik beradik bapa anak OKU berkenaan. 2- Adakah cara lain kalau tidak mahu bertanggungjawab keatas anak OKU tersebut? jikalau ada, apa yang perlu dibuat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Wbrt. Ybg Dr. Saya mohon pencerahan berhubung 1. Isteri saya setiap hari menghadiri kelas Dhuha namun setiap kali keluar rumah untuk ke kelas tidak minta izin. 2 Bagaimana ilmu yang di dapati sedangkan hukum pokok tidak di turutinya. Beliau kadang-kadang tidak meminta izin cuma memaklumkan sahaja kepada saya. Bagi saya, minta izin dengan memaklumkan 2 istilah dan bahasa yang berbeza. 3. Cara beliau memakai tudung juga agak mengikut edaran pemakaian orang sekarang iaitu tudung tutup dada sebelah sahaja seperti artis-artis sekarang. Mohon pencerahan Tn Dr Sahibulsamash.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, suami saya telah meninggal dunia. Arwah ada meninggalkan sedikit wang untuk anak-anak arwah, tetapi arwah masih ada hutang kereta dengan pihak bank. saya telah berjumpa dengan pihak bank dan atas persetujuan bersama, saya akan melangsaikan hutang arwah. boleh atau tidak saya terus berbuat begitu tanpa mengambil duit anak-anak saya? bagaimanakah keadaan roh suami saya sebab ianya amat membimbangkan saya sekiranya roh arwah tidak aman.

message user image

Soalan: Apakah yang perlu dilakukan seorang anak perempuan yang mengambil duit dari ayahnya tanpa pengetahuan ayahnya kerana sentiasa dimarahi & diherdik apabila meminta wang dari ayahnya? Ayahnya sudah mula syak akan perbuatan anaknya tetapi anak itu merasa bersalah tetapi sangat takut untuk mengaku kerana khuatir akan menjejaskan hubungan mereka & mencemari kepercayaan & maruah anak itu sendiri namun anak itu menyimpan niat untuk menggantikan kembali semua apabila anak itu punya kemampuan suatu hari nanti. Anak perempuan itu mengambil duit kerana dia masih bawah tanggungjawab ayahnya & keengganan ayahnya memberi bila perlu & sentiasa diherdik & dihina & ada ketikanya ayahnya seperti mahu lepas tangan tanggungjawab ayahnya sebagai seorang bapa. Mohon ustaz ulas.

message user image

Soalan: Keutamaan antara faraid daripada membantu keluarga yang sedang dalam kesusahan dan hanya bergantung kepada rumah pusaka yang ditinggalkan sebagai tempat berteduh

message user image

Pertanyaan: Assalamualaikum Bolehkah menginfakkan duit simpanan anak yang belum mumayyiz hasil dari sedekah atau pemberian orang ramai. Dan bagaimanakah cara yang terbaik menguruskan wang simpanan anak yang belum mumayyiz?

message user image

Saya bekerja di pusat Dialysis sebagai pengurus. Berapa orang pesakit saya mendapat bantuan dari pihak NGO. Salah satu pendermanya adalah dari YAYASAN KOSSAN. Pemiliknya adalah berbangsa Cina dan tidak dapat dipastikan sumbernya. soalan saya, 1.bolehkah pesakit saya terima bantuan ini?

message user image

Soalan: Apakah hukum suami mendengar masalah wanita lain yang sudah bersuami?

message user image

Soalan: Kemusykilan faraid. Assalamualaikum. Seperti sedia maklum, sebelum harta tinggalan@pusaka di faraidkan, hutang adalah antara perkara yang perlu diselesaikan menggunakan tinggalan@harta tersebut. Kemusykilan saya adalah huraian tentang hutang disini adakah merangkumi segala jenis hutang atau ada had-had tertentu sebagai contoh hutang rumah, hutang ceti, pinjaman pelaburan atau hutang membeli makanan yang wajib diselesaikan waris. Situasi kes: Seorang lelaki meninggal dunia meninggalkan isteri tanpa anak, 2 ibu bapa telah meninggal, 4 adik beradik lelaki seibu sebapa. sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Bolehkah meminum herba cina daripada akar-akar kayu, tumbuh-tumbuhan dan dicampur dengan ulat sutera yang telah diperam dan diproses bagi tujuan perubatan dan usaha penyembuhan? Apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustz, Saya ingin bertanya tentang mengambil harta kilang contoh seperti barang yang kilang keluarkan diambil untuk kegunaan sendiri. untuk pengetahuan ustaz, kilang itu sudah pun ditutup. macam mana saya hendak pulangkan barang tersebut atau apa yang harus saya buat mengikut hukum? terima kasih

message user image

Soalan: Ibu mertua saya sudah bercerai dan beliau tinggal bersama saya. Ibu mertua suka membela kucing. Ada seekor kucing beliau dibela di di dalam rumah. Saya rasa sangat terganggu dengan kucing yang dibela di dalam rumah ini. Yang lebih buat saya tidak selesa ialah ibu mertua menjadikan 1 bilik tidur di dalam rumah itu untuk meletak bekas najis & makanan kucing tersebut. Keadaan ini menjadikan rumah berbau busuk jika najis kucing tidak dibuang walaupun pintu bilik tersebut ditutup. Saya rasa serba salah untuk menegur perbuatan ibu mertua ini. Bimbang beliau akan terasa dan bermasam muka. Tetapi saya tidak sanggup untuk menjalani keadaan seperti ini yang berpanjangan. Saya rasa amat tidak wajar najis kucing diletak di dlam bilik tidur yang sepatutnya boleh digunakan untuk solat tetapi kerana perbuatan ibu mertua ini. bilik tersebut berbau busuk dan kotor. Apakah boleh jika saya secara sembunyi membuang kucing tersebut?

message user image

Soalan: Apakah hukum makanan halal yang dicemari dengan bau babi atau apa-apa sahaja makanan yang tidak halal?

message user image

Soalan: Assalammualaikum , saya ingin bertanya 2 situasi berikut dan buat pengetahuan Ustaz, saya bekerja di Kuala Lumpur & Suami saya kerja & tinggal di Melaka (hanya balik bercuti 2 minggu sekali) & Ibu mertua sudah meninggal dunia. 1)Bolehkah saya(menantu perempuan) & anak perempuan saya 2 orang bawah 2 tahun tinggal bersama ayah mertua yang masih sihat & anak lelaki nya(adik ipar saya) yang berumur 11 tahun sebumbung? 2) Bolehkah pembantu rumah (umur 26tahun, janda) yg menjaga anak-anak saya tinggal dengan ayah mertua saya sementara saya bekerja & anak lelaki nya sekolah? Saya sangat berharap Ustaz boleh menjawab soalan saya kerana saya dalam dilema untuk berpindah ke rumah mertua saya sebab sekarang saya tinggal di rumah sewa lagi.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan, Kemusykilan saya bersabit dengan harta pusaka peninggalan datuk/nenek. Baru-baru ini, tanah di kampung peninggalan arwah datuk dikenakan premium oleh kerajaan bagi lanjutan tempoh hakmilik tanah berkenaan. Ahli keluarga bermuafakat untuk sama-sama mengumpul dana bagi membayar premium tersebut dimana syer untuk pengumpulan dana bagi setiap waris berdasarkan kepada faraid yang pernah dilaksanakan pada harta-harta pusaka datuk yang lain sebelum ini. Selepas membayar premium tersebut, tanah pusaka akan dijualkan mengikut harga pasaran dan keuntungan yang dikatakan berlipat kali ganda akan dibahagikan semula mengikut faraid pada waris-waris. Kesulitan timbul apabila ada dikalangan ahli keluarga yang terdiri daripada keluarga anak yatim, asnaf dan ibu tunggal yang tidak mampu membayar syer yang dikenakan pada setiap waris. Kesempatan ini juga diambil oleh ahli keluarga yg lain yang lebih berkemampuan, untuk membayar syer premium tersebut bagi pihak keluarga asnaf/yatim/ibu tunggal dengan syarat hak serta keuntungan hasil jualan tanah akan dituntut oleh mereka yang membayar dengan menidakkan hak asnaf/yatim/ibu tunggal tersebut atau ada kebarangkalian keluarga yatim/asnaf tersebut cuma diberi sagu hati mengikut budi bicara keluarga yang mampu tersebut. Saya merasakan ni satu penindasan walaupun kos yang perlu dibayar adalah sedikit (RM150O ke RM3000) tetapi jumlah tersebut diluar kemampuan golongan ini. Soalan saya. 1. Apa pandangan ustaz serta hukumnya apabila seseorang itu mengambil kesempatan secara tidak langsung melakukan penindasan sedemikian rupa dalam keadaan dimana keluarga tersebut kurang/tidak mampu membayar syer untuk menyumbang kepada dana bagi premium harta pusaka tersebut. 2. Bolehkah pihak ketiga yang terdiri dari keluarga angkat mencampuri hal ehwal harta-pusaka dengan membayar syer dana bagi pihak keluarga asnaf/yatim/ibu tunggal tersebut dengan tujuan mengambilalih syer keluarga tersebut dan kemudiannya memberi/tidak memberi sagu hati apabila mendapat keuntungan hasil penjualan tanah itu kelak. 3. Apakah tindakan yang paling sesuai bagi mengelakkan penindasan sebegini. Adakah patut ahli keluarga lain sama sama membantu golongan asnaf yang merupakan ahli keluarga sendiri tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

message user image

Soalan: Asslamualaikum, maaf bertanya.. adakah dibolehkan sekiranya seseorang itu menggunakan perabot di rumahnya yang berunsurkan haiwan? Misalnya terdapat ukiran ular di kerusi..

message user image

Soalan: Suami saya tidak membenarkan saya menghadiri apa-apa jemputan dan kenduri yang dibuat oleh jiran-jiran atas alasan suami saya berkecil hati dengan mereka semua kerana tidak membeli barangan jualannya. Saya memberitahunya supaya biarkan sahaja dan mungkin jiran-jiran tidak berminat. Saya juga beritahu yang jiran amat penting. Suami saya tidak peduli. Disebabkan itu, saya berasa malu dan bersalah dengan jiran-jiran kerana tidak menghadiri jemputan tersebut. Soalannya, salah/berdosa atau tidak jika saya pergi juga ke kenduri tersebut? Bagaimana saya hendak bersemuka dengan jiran-jiran kerana malu? Boleh kah saya memberitahu jiran-jiran yang suami saya tidak membenarkan saya pergi ke jemputan mereka? Saya tidak mahu jiran-jiran beranggapan yang saya sendiri yang tidak mahu pergi. Anak saya juga tidak dapat pergi seperti saya. Terima kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukum meletakkan bunga hidup dalam tandas?

message user image

Soalan: Jika saya seorang isteri kepada seorang askar, apakah hukumnya jika saya juga makan makanan yang telah diperuntukkan kepada askar askar

message user image

Soalan: Adakah makanan yang dirampas boleh dimakan oleh pegawai yang merampasnya ? adakah ianya Haram atau tidak ?

message user image

Soalan: Salam ustaz, saya dah melakukan dosa yang amat besar iaitu derhaka pada ibu bapa. Saya maki dan kutuk ibu ayah belakang mereka setelah dihasut kakak sendiri. Saya tidak menggunakan alasan kakak, walaupun dia hasut patut saya lebih tahu apa hukum mendengar fitnah tanpa menyiasat dan terus menghinaibu ayah tanpa pengetahuan mereka. Sekarang saya sedar dan saya rasa amat malu pada Allah, malu pada diri, penyesalan dan rasa bersalah yang amat sangat dan saya sudah melakukan solat taubat tetapi saya takut Allah tidak menerima taubat saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu mengaku pada ibu ayah yang saya percaya pada hasutan kakak sebab semua yang berlaku tanpa pengetahuan ibu ayah. Kalau boleh saya tidak mahu ibu ayah tahu sebab itu akan menghancurkan hati ibu ayah dan mungkin memudaratkan kesihatan mereka. Adakah taubat saya diterima walaupun saya hanya memohon maaf dan mennangis pada Allah tanpa pengetahuan ibu ayah?

message user image

Soalan: Apakah hukum makan serbuk emas?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti, Saya ada satu persoalan kerana saya rasa seperti saya tak layak dapat peluang pekerjaan yang saya inginkan yang baru sahaja ditawarkan Kini saya bekerja di sebuah syarikat kecil dan saya telah memohon untuk bekerja di sebuah syarikat lebih besar. Rabu Pada minggu lepas saya telah memohon cuti pada hari Jumaat dengan tujuan Raya Haji, Alhamdulillah bos saya meluluskan cuti saya. Tiba- tiba saya tersedar bahawa pada hari Jumaat tersebut ada mesyuarat dengan pihak luar dan saya belum maklumkan kepada bos saya, saya pun menghubungi pihak luar untuk cuba mengubah mesyuarat tersebut ke hari Khamis tetapi belum dapat kepastian dari pihak luar tersebut.Pada hari Rabu (waktu malam) itu juga saya menerima jemputan untuk menghadiri temuduga di syarikat lain pada hari Jumaat, dalam hati saya gembira kerana memang saya sudah ambil cuti hari Jumaat tidak perlu saya ambil cuti lain. Khamis Tiba-tiba saya berasa tidak sedap hati sebab cuti saya diluluskan tanpa bos saya mengetahui adanya meeting pada hari Jumaat. Alhamdulillah mesyuarat luar pada Hari Jumaat itu berjaya ditukar ke hari khamis dan saya tiada meeting pada hari Jumaat. _______________________________________________________________________ Saya menghadiri temuduga tersebut dan saya ditawarkan pekerjaan lebih baik. Tapi saya rasa risau seperti saya tidak layak mendapat pekerjaan baru tersebut kerana saya terfikir kalau bos saya tahu ada meeting mesti dia tidak luluskan cuti saya dan saya tidak dapat hadiri temuduga itu, Tetapi saya berjaya tukar Tarikh meeting maka tiada masalah pun. Semasa saya mohon cuti pun saya tidak tahu saya akan dipanggil untuk temuduga.

message user image

Soalan: Apakah hukum suami memuji isteri orang lain tentang tubuh badan dengan kata kata menghairahkan dan memberitahu hasratnya untuk bersamanya dan mendapat sambutan dari pihak lagi satu

message user image

Soalan: Majikan bangsa cina beri makanan berupa biskut, air, gula, garam, beras yang mana ia diberi selepas selesai upacara agama mereka iaitu sembahyang hantu. apa yang perlu dibuat dengan makanan tersebut ? buang atau beri kepada orang lain ?

message user image

Soalan: Assalammualaikum, Apakah hukum mempamerkan video anak kecil tanpa pakaian dilaman sosial? Ini berikutan saya mempunyai seorang sahabat yang tidak mengambil endah berkenaan video anak beliau tidak memakai sebarang pakaian lalu di muat turun di laman sosial.

message user image

Soalan: adakah permainan menyerupai babi haram?

message user image

Soalan: Adakah dibenarkan untuk kita memakai gelang yang berloceng yang diterima sebagai mas kahwin ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada 1 soalan. sekiranya kerajaan negeri menawarkan tanah tapak untuk dibeli atas nama orang yang telah meninggal dunia dan waris si mati telah membelinya adakah itu dikira sebagai harta pusaka simati.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, dalam Islam sabar itu suatu perkara yang amat penting dalam jiwa seseorang mukmin, setiap ujian yang menimpa kita seharusnya lebih baik untuk kita bersabar. Tetapi, jika ada seseorang membuat jahat kepada kita seperti membuli atau menghina, apa yang patut kita buat? Bersabar atau mengambil tindakan? Sebab kalau kita bersabar dan tidak membuat apa-apa kemungkinan orang itu akan semakin berani membuli kita. Apakah yang perlu saya buat ustaz, bersabar atau ambil tindakan, dan saya kurang faham tentang sabar. Terima kasih.

message user image

Soalan: Semasa ayah saya masih hidup, saya ada beritahu ayah yang saya akan serahkan semua duit pencen ayah di dalam bank untuk zakat fidyah. Selepas ayah meninggal baru-baru ini, semasa perbincangan tentang harta pusaka, ada diantara kakak-kakak saya mahukan bahagian mereka dalam bentuk tunai walaupun setelah saya terangkan mengenai perbincangan antara ayah tersebut. Haruskah saya berikan bahagian kakak saya tersebut atau teruskan sahaja dengan menyerahkan kesemua pencen ayah kepada pusat zakat. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Saya ialah bekas ketua pelajar ketika di bangku sekolah dahulu. Sewaktu majlis makan malam tingkatan tahunan, kami semua mengutip duit untuk menjayakannya. Alhamdulillah majlis bejalan lancar. Namun, duit yg digunakan ada lebihnya krna duit itu sebhgiannya diperoleh melalui sponsor drpd syarikat. Duit yg berlebihan itu disimpan oleh guru kami dan setelah beberapa hari, duit itu hilang. Sekarang sudah hampir 1 tahun duit itu belum diganti semula oleh guru kami. Bolehkah saya selaku ketua tingkatan boleh menghalalkan shja duit yg hilang itu. Atau perlukah guru saya itu menggantikan duit itu semula kerana ianya satu jumlah yang besar?

message user image

Soalan: Apakah hukum mengunakan "menstrual cup for periods" di sisi Islam. Memerlukan penerangan. terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum KEMUSYKILAN AGAMA: HUKUM 'SPERM BANKING' BAGI PESAKIT KANSER YANG BERSTATUS BUJANG DAN BAKAL BERKAHWIN Bagi meringkaskan pertanyaan, situasi saya adalah seperti berikut: Saya adalah seorang lelaki dan telah mengikat pertunangan. Baru-baru ini doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan perlu menjalani rawatan kemoterapi. Antara risiko yang dihadapi bagi jangka masa panjang apabila menjalani rawatan tersebut adalah ketidaksuburan pada sperma, dan boleh mengakibatkan hilang upaya untuk mendapatkan zuriat pada masa hadapan. Saya bercadang untuk melakukan 'sperm banking' sebelum menjalani rawatan kemoterapi supaya sperma tersebut boleh digunakan apabila telah berkahwin kelak. Soalan saya, adakah pelaksanaan 'sperm banking' bagi masalah seperti saya ini dibenarkan di dalam Islam? Apakah status anak yang dilahirkan nanti boleh dinasabkan kepada saya? Atas segala perhatian, saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih

message user image

Pertanyaan: Assalamualaikum Ustaz, saya ada satu kemusykilan berkaitan dengan menerima makanan yang di buang untuk mengikut SOP yang telah ditetapkan, Situasinya adalah seorang Pengurus diamanahkan untuk membuang makanan yang telah melebihi tempoh piawaian yang ditetapkan, tetapi pengurus tersebut mengambil keputusan untuk memberi makanan kepada orang lain tanpa membuangnya. Adakah haram untuk saya menerima makanan tersebut kerana saya sudah ketahui piawaian yang ditetapkan oleh syarikat tersebut.

message user image

Soalan: As salam, saya hendak bertanya mengenai hukum meletakkan pokok hidup dalam bilik air/tandas?

message user image

Soalan: Apakah hukumnya lelaki menonton filem yang dilakonkan oleh pelakon wanita kafir yang mendedahkan aurat dan juga apakah hukumnya lelaki menonton rancangan berita yang disampaikan oleh wanita Islam tetapi mendedahkan aurat.

message user image

Soalan: Apa hukum kita menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan seperti foodpanda yang mencampurkan makanan yang tidak halal dalam 1 beg?

message user image

Soalan: Adakah tempoh lama bertunang itu akan membahayakan? atau selagi mana kita menjaga adab dan ikhtilat semuanya akan baik? Sebab saya merancang untuk bertunang dan meletakkan setahun masa untuk kami menstabilkan diri masing-masing.

message user image

Soalan: Angin yang kuat menyebabkan pokok-pokok besar sekeliling rumah kepunyaan tuan tanah orang lain patah dan menimpa bumbung rumah saya, mohon penjelasan siapakah yang perlu membersihkan dahan-dahan tumbang terbabit?

message user image

Soalan: Saya komuniti perumahan dalam lebih kurang 500 penduduk (50% bukan muslim -50% muslim). kami akan mengadakan Family Day dan penduduk akan membuka gerai jualan. atas dasar harmoni, kami membenarkan penduduk untuk berniaga makanan yang akan di label (halal atau pork-free). apakah pandangan dan nasihat daripada aspek agama, budaya dan kemasyarakatan dalam hal ini. adakah isu ini terlalu sensitif untuk masyarakat malaysia?

message user image

Soalan: 1.Apakah hukum jika seseorang beri kita guna keretanya tetapi dia mengharamkan seseorang menaikinya. tetapi saya bagi naik juga. apa hukumnya? 2.ibu saya telah meninggal dunia dan saya masih ada berhutang dengannya lagi. masa meninggal dia tidak katakan apa-apa tentang hutang. bagaimana saya ingin langsaikan hutang saya pada ibu saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelasan 1. Apakah hukum membuat animasi 3D berbentuk manusia. Contohnya seperti kartun barbie atau 3D berbentuk manusia yang lebih realistik. 2. Bagaimana jika 3D tersebut dicipta tanpa menutup aurat. Contohnya tidak memakai tudung atau memakai seluar pendek. 3. Bagaimana pula hukumnya jika 3D tersebut dimuat naikkan ke media sosial.

message user image

Soalan: Mohon pencerahan berkenaan harta si mati. Si mati ada meninggalkan wang KWSP tetapi si mati ada letak nama dua orang anak saudara. Adalah duit itu untuk anak saudara yang dia letak nama itu atau kena faraid wang KWSP tersebut. Atau duit itu untuk ibu si mati sebab si mati belum berkahwin lagi .TQ

message user image

Soalan: Assamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya tentang masalah tanah pemberian ibu. 7 tahun lepas ibu ada memberi tanah kepada saya dan saya telah membina rumah diatas tanah pemberian ibu. Ibu berjanji selepas habis bayaran pinjaman masukkan 2 lagi nama kakak kerana sekarang nama saya seorang dalam geran. Tapi kini ibu suruh saya pulangkan balik rumah yang saya buat dan tidak mahu letak nama kakak dan gantikan dengan abang sebab abang mahu buat rumah sewa. Disebabkan krisis ini saya pun keluar dan menyewakan rumah saya. Ibu saya marah dan kata dia mahu semula rumah itu dan tidak halalkan saya ambil duit sewa itu. Apa yang patut saya buat demi kebaikan semua kerana saya ingin masukkan nama adik beradik tetapi ibu tidak mahu. Ibu sudah berumur 78 tahun dan mahu buat rumah sewa. Apakah yang harus saya buat adakah status tanah tu milik saya atau ibu lagi kerana dalam geran nama saya seorang. Boleh kah saya masukkan nama adik beradik dan adakah haram duit sewa yang saya terima itu. Apa cara yang terbaik sebab sudah 4 tahun masalah ini berlarutan.

message user image

Soalan: Asslamualaiku Ustaz, Sejak akhir-akhir ini ramai orang-orang gemuk atau yang mengalami obesiti telah mengambil keputusan menjalankan pembedahan buang sebahagian perut atau Bariatrik ( terdapat 3 jenis bariatrik) Soalan. Adakah membuang sebahagian perut utk kurus merupakan mengubah ciptaan Allah? Adakah alasan obesiti layak untuk dijadikan alasan kritikal bagi menjalani pembedahan membuang sebahagian perut? Apa hukum ke atas yang membedah dan dibedah?

message user image

Assalamualaikum. Soalan saya, Saya pernah kemalangan motor dan menyebabkan pipi saya nampak bengkak sebelah dan bila meningkat usia, pipi yang bengkak semakin jatuh dan nampak saya lebih berusia dari usia sebenar. Keadaan ini membuatkan saya rasa agak rendah diri apabila ditegur rakan-rakan dan orang lain. Adakah saya dibolehkan untuk membuat rawatan threadlift bagi tujuan membetulkan keadaan pipi saya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, kawan saya kematian ayahnya apakah dia perlu buat dengan harta peninggalan ayahnya itu mengikut keutamaan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. Tuan saya ingin bertanya mengenai isteri bercuti "me time." Kerana isteri akan bercuti seorang diri. Dengan alasan untuk menenangkan fikiran. Suami masih sentiasa membawa isteri keluar melancong. Tetapi isteri masih inginkan bercuti seorang diri tanpa suami dan anak.. Boleh beri pencerahan dari sudut pandangan agama islam

message user image

Soalan: Apakah hukum makan ulat sutera dan apa hujah yang membolehkan makan ulat sagu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Pertanyaan saya. Apakah berdosa sekiranya saya seorang isteri yg bekerja tidak memasukkan nama suami sebagai salah seorang penama ke atas wang kwsp. Suami begitu marah dan terguris kerana menuduh saya tidak menghormati dia sebagai suami bila saya hanya memasukkan nama kelima-lima anak saya sahaja.

message user image

Soalan: ada kawan dari pakistan beli motor di malaysia. dia pakai nama saya. kemudian dia balik pakistan dan tidak dapat dihubungi. saya beri motorsikal tersebut kepada orang untuk guna sementara dia kembali. tetapi sampai sekarang dia belum kembali. sudah 5-6 tahun tidak dapat dihubungi. macam mana status motorsikal tersebut? mohon jawapan..

message user image

Soalan: assalammualaikum saya ingin bertanya soalan. Saya seorang anak. ibu bapa saya memarahi saya disebabkan perkara yang kecil . Ibu bapa saya bermusuh dengan makcik saya sedangkan pada masa kecil ibu bapa saya tidak menjaga saya dan abaikan saya serta saya diserahkan kepada nenek dan macik saya untuk jaga saya dan saya tidak dapat kasih sayang seorang ibu dan bapa . Ibu bercerai sejak saya masih kecil dan kahwin dengan orang warga asing. Bapa saya tidak suka dengan makcik dan dianggap musuh begitu juga dengan ibu saya . Saya dilarang oleh mereka untuk berjumpa makcik saya yang banyak berjasa kepada saya . Sejak dia tahu saya berjumpa makcik saya dan selepas itu saya diugut " kalau jumpa mama lagi anggap la mak sudah tiada" Daripada itu saya berasa kecil hati dan sedih . Niat saya ingin balas jasa makcik saya yang membesarkan saya dan untuk mengeratkan semula hubungan keluarga kami yang lama terputus . Oleh itu berikan sedikit pendapat dan adakah saya merupakan anak derhaka serta adakah perbuatan saya ini berdosa ? Saya mohon sedikit penjelasan terima kasih assalammualaikum.

message user image

Soalan: Saya pernah berhutang judi. adakah patut kita bayar hutang judi atau tidak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan penjelasan berikut: 1. Apakah hukum 'like' gambar kawan atau seseorang yang bukan beragama Islam yang tidak menutup aurat di media sosial? 2. Apakah hukum 'like' gambar kawan atau seseorang yang berlatar belakangkan gereja atau tokong? 3. Apakah hukum mengucapkan merry Christmas, happy deepavali, happy Halloween atau seumpanya pada rakan atau seseorang yang agamanya bukan Islam di media sosial? 4. Adakah membaca Quran di dalam hati tanpa menyebut dibibir dikira membaca Quran? Jika ya, adakah pahalanya juga dikira sama? 5. Adakah benar mengerjakan umrah dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT dapat menghapuskan dosa-dosa yang lepas? Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum... Satu kemusykilan yang saya perlukan penjelasan tentang hukum Apakah hukum sekiranya saya membawa pulang laptop yang diberi oleh pihak majikan untuk tujuan kerja Namun semasa di rumah saya gunakan juga sebahagian masa untuk tujuan peribadi

message user image

Soalan: Tuan, Soalan saya adalah melibatkan soal tentang HUTANG. Seorang sahabat saya telah berhutang sebanyak RM300. Perasaan marah terjadi bilamana sahabat ini masih tidak membayar hutang sedangkan setiap bulan saya memintanya memandangkan saya sendiri tidak mempunyai pendapatan tetap. Akibat dari perasaan marah tersebut, saya telah memberitahu kakak sahabat agar memulangkan duit pemberian saya kepada anaknya suatu ketika dahulu sebanyak RM2000 dan akan menganggap hutang adiknya selesai sekiranya wang RM2000 itu di kembalikan. Dan saya sedar perbuatan meminta semula pemberian itu adalah haram. Apakah status duit tersebut dan sebaik2 yang perlu saya lakukan dengan duit RM2000 tersebut memandangan kakak sahabat telah memulangkan semula.

message user image

Soalan: Saya menyertai satu pertubuhan sbg ahli. Yuran ahli semua telah saya jelaskan. Satu hari, AJK pertumbuhan nak buat satu majlis jamuan. Saya tak boleh pergi dan tak boleh hantar wakil. Saya saya merayu supaya dikecualikan dari bayaran yg dikenakan. Tetapi AJK tetap mahu bayaran juga. Apa hukum duit yg saya bayar jika saya tak reda dan tidak hadir?

message user image

Soalan: Apakah hukum bercucuk tanam di tanah rizab sungai atau tanah kerajaan dan kita makan hasil tersebut?

message user image

Pertanyaan: Assalamualaikum.. Apakah hukum membunuh anjing liar yang berkeliaran dikawasan perumahan. Tiada kes serangan buat masa ini, tetapi dibimbangi akan berlaku serangan dan mengancam keselamatan terutamanya kanak-kanak.

message user image

Soalan: Salam...apa hukum jika kita mengunakan gmbr profile kita bersama arwah (menutup aurat)..kerana ramai melarang memaparkan gambar org yg dh meninggal

message user image

Soalan: Suami saya tidak membenarkan saya berhubung dengan abang ipar dan biras saya kerana perselisihan mereka ADIK beradik.Apakah hukumnya jika saya berhubung dengan mereka tanya pengetahuan suami kerana saya tidak mahu memutuskan silaturahim.

message user image

Soalan: Bolehkah surau lama ditukar menjadi kediaman

message user image

Soalan: Assalamualaikum..saya nak tanya kawan saya suka memakai coli wanita dan kadangkala semasa solat pun memakainya..apakah hukumnya ustaz

message user image

Soalan: Salam. Saya mahu tanya tentang sulam bedak. Rawatan sulam bedak pertama adalah rawatan wajah biasa yang ditambah dengan kaedah sulaman bedak menggunakan jarum nano dermapen dan serum krim BB. Ia tidak rasa sakit kerana serum itu diletakkan sedikit demi sedikit pada wajah sebelum digelek ke seluruh wajah menggunakan jarum tadi. Rawatan ini tidak bersifat kekal namun ia dapat membantu kulit wajah menjadi bersih dan berseri selepas tiga sesi rawatan yang perlu dilakukan selang tiga minggu. Cream tersebut akan masuk kedalam kulit. bedak itu adalah serum whitehing yg berwarna Foundation..Di oleskan pada kulit wajah dengan jarum nano(micro needle)..jarum yg sgt haluss(proses ini diperlukan supaya serum itu masuk kedalam kulit dan ada effect glowing...

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Dulu waktu saya belajar di kolej, saya menetap di rumah sewa. Rumah tersebut pernah didiami oleh tuan rumah dan selepas itu tuan rumah jadikan ia rumah sewa. Saya dan rakan-rakan antara orang terawal masuk rumah tersebut. Sepanjang saya menyewa, saya pernah terjumpa cincin emas dalam bilik mandi dan saya rasa ianya kepunyaan tuan rumah.Tanpa berfikir panjang, saya telah menjual cincin tersebut dan dapat duit jualan hampir RM500 waktu itu ( saya tidak tahu berapa gram berat emas dijumpai, dan tidak ingat berapa harga emas per gram jualan waktu itu ). Setelah hampir 8 tahun berlalu, saya sedar dan rasa sangat menyesal akan perbuatan saya.Adakah saya kena pulangkan duit mengikut harga saya dapat dulu iaitu RM500 kepada tuan rumah? adakah saya kena berterus terang, saya khuatir dia akan marah.Atau ganti cincin emas sebentuk dengan harga lebih kurang?Atau adakah saya perlu berterus terang dengan tuan rumah, minta halalkan, atau tanya dia berapa dia nak duit untuk cincin tersebut?Saya mohon sangat pihak tuan dapat jelaskan semua ini, saya tidak tahu apa saya patut lakukan berkenaan cincin emas yang pernah saya jumpa dulu lalu menjualnya.

message user image

Soalan: Apakah hukum kalau Kita pergi jemputan kahwin,tuan rumah bagi Kita pencuci mulut,bolehkah Kita bawak balik pencuci mulut tersebut,,Ada teman saya mengatakan haram,,Minta penjelasan ustaz.

message user image

Soalan: adakah seorang islam dibolehkan memelihara hamster sebagai binatang peliharaan?

message user image

Soalan: Sy dan kawan2 ingin buat satu tabung. Tujuan tabung tu adalah bg mengumpul kewangan utk memudahkan aktiviti berkumpulan seperti percutian hari keluarga.. Duit yg akan dimasukkan ke dalam tabung adalah sama rata setiap bulan mengikut persetujuan bersama dan akan direkodkan.. Wang siapa turut serta sahaja akan digunakan setiap kali melakukan aktiviti bersama dan wang bg yg tidak turut serta akan disalurkan pada tabung kebajikan. Alasan mengapa tiada pulangan pada yg memberi.. - agar dapat memastikan kesemua yg turut serta bersemangat utk menyertai perjumpaan tersebut.. - agar tiada yg hanya menggunakan medium ini sebagai tempat menyimpan sementara ( boleh dpt duit semula bila xjd ikut ).. Persoalan bg kemusykilan saya.. 1. Apakah hukum wang yg tidak turut serta disalurkan pada tabung kebajikan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Tuan/ puan, Saya mempunyai pertanyaan mengenai amanah, sebagai contoh, seorang sahabat bercerita mengenai sesuatu perkara kepada sekumpulan orang, saya tidak mendengar bahawa apa yang diberitahu olehnya sebagai satu rahsia, tetapi ada sahabat lain yang memesan bahawa apa yang diberitahu oleh sahabat tadi adalah rahsia. Sekiranya saya menceritakan apa yang diceritakan adakah saya dikira pecah rahsia seseorang? Adakah saya berdosa? Sedangkan perkara tersebut bukan sesuatu yang mengaibkan beliau, cuma urusan kerja sahaja..mohon bantuan pencerahan dalam isu ini. Sekian, terima kasih. Jazakallah khairan.

message user image

Soalan: Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu. Boleh kah seorang wanita/lelaki, bujang ataupn dah berkahwin keluar beramai2 diwaktu rehat bekerja/meeting. Adakah hukumnya haram disebabkan ikhtilat? Salah seorang dari lelaki/perempuan membuka aib pasangan/keluarga. Inipun haram kan sebab boleh mendekati zina?

message user image

Soalan: apakah hukuman jika membuat rawatan stem cell?

message user image

Soalan: Mohon bertanya, adakah dikira subhah andai kita mengikuti zumba/sukan yang di dalamnya ramai berpakain ketat dan tidak menutup aurat dengan sempurna?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya tentang kaedah mencari makanan halal di luar negara. Kebanyakan persoalan yang diajukan hanyalah berkisarkan daging khinzir, arak dan sembelihan yang tidak mengikut syarak. Soalan saya: Bagaimana dengan sesuatu makanan yang diyakini daging sembelihan adalah halal atau menggunakan makanan laut tetapi disediakan oleh bukan Islam manakala status bahan masakan yang digunakan dalam makanan tersebut seperti perencah, penambah perisa yang tidak diketahui statusnya - adakah perlu saya kaji status halal atau cukup sekadar bahan utama yang digunakan iaitu daging/makanan laut yang diyakini halal?

message user image

Pertanyaan: Cabut bulu kening hukumnya haram tapi bagaimana pula kalau bulu kening itu beruban, boleh ia kah dicabut? Dengan alasan uban itu tumbuh menyebabkan gatal2 di kening sampai begkak2..

message user image

Soalan: assalamualaikum,saya ada kemuskilan dan saya ingin bertanya.adalah abelone boleh di makan bagi umat islam…

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Apakah hukum post gambar yg menampakkan atau seakan akan aurat manusia di media sosial.. contoh sticker di whatapp. gambar yg dipost itu gambar sendiri atau pun mungkin gambar orang lain. terima kasih

message user image

Soalan: A'kum, Saya penggemar muzik dan saya sentiasa mendengar muzik. Apakah hukumnya mendengar muzik dan bermain gitar atau alat muzik DJ saya?

message user image

Soalan: Apakah Hukum mengambil buah yang masuk kedalam halaman rumah jiran.

message user image

Assalamualaikum mufti selangor, Sebelum tu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk jawapan dari persoalan2 saya sebelum ini. Saya ingin bertanya apakah hukum memasang radio mengaji di rumah sambil melakukan pekerjaan lain seperti mengemas, menjahit, memasak atau semasa tidur. Ini kerana ada pendapat yang mengatakan boleh dan ada yang kata tidak baik dibuka tanpa mendengar dan memahami ayat al quran dengan teliti. Semoga pihak mufti dapat menjawab soalan saya..

message user image

Soalan: Ustaz nak tanya kalau kanak kanak Islam bermain dgn patung babi dan kendong kesana kemari sampai bawak tidur apa hukum nya.Ustaz bukan anak patong yg bentok orang kerana anak patong di benarkan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz..sy ad nk tnya sikit psl hukum agama..2 org sahabat sedang berbual dan salah seorg mngatakn dia lama xnpak kerana pergi menunaikn haji dgn niat bergurau.padahal dia x pergi pun menunaikan haji tersebut..apakah hukum org yg mengatakn sedemikian adakah jatuh kafir kerana memepermiankn hukum agama wlupun bergurau..klu jatuh kafir apa yg perlu dia buat bg mmbtulkn kesalahan dia..tq ustaz

message user image

Soalan: Assalammualaikum Tuan/Puan panel, 1. Apa hukum menyampaikan prestasi baik/buruk staff bawahan (dlm bidang kuasa saya) bagi tujuan kelancaran syarikat? Apakah saya perlu menutup aib/ kelemahan staff dlm Perkara ini? (Staff tidak dapat menerima teguran, tiada pnambahbaikan dan kmajuan diri diambil Oleh staff w/pun ditegur dgn lembut. dan menjejaskan objektif syarikat.. Saya diberikan kuasa utk menilai staff bagi tujuan pemecatan, ini membuatkan saya rasa bersalah kerana merasakan ini menutup sumber rezeki staff.. Tetapi syarikat mendapat nama buruk akibat prestasi staff jika tindakan disebalik ya..)

message user image

Soalan: Apekah hukum pekerja islam yang menyusun tin2 arak dan kerja2 pembayaran arak di kaunter kerana bekerja.

message user image

Soalan: Assalamualaikum...apa hukum lelaki meluruskan rambut yang kerinting kerana selalu diejek rambut kerinting...adakah haram atau harus..terima kasih ??

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan, Ayah mertua sy akan menjalani operation jantung utk mggantikan valve di IJN. Last week , doktor yg merawat beritahu bahawa valve yg sesuai utk digunakan ialah valve khinzir berbanding valve lembu.. Apakah hukum penggunaan valve in Dr pandangan tuan mufti.. Sekian tqvm

message user image

Soalan: Apa hukum makan cengkerik? Yang sudah di goreng/masak

message user image

Subject: Hukum buat plaque untuk kawan meninggal Assalamualaikum... Soalan saya: Kami hendak membuat plaque sebagai mengenang jasa arwah setiausaha persatuan kami yg tlh meninggal. Plaque itu hendak diserahkan kpd keluarganya. Apakah hukumnya. contoh draftnya saya sertakan. Sekian terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apa hukum mengambil barang yang diputuskan oleh mahkamah untuk dilupuskan? Jika barang tersebut masih boleh dipakai?

message user image

Soalan: Saya nak tanya mengenai hukum jika buang kucing kesayangan yang dah mati ke tempat sampah? Saya duduk kawasan flat dan tak ada tanah untuk ditanam, jadi saya tak ada pilihan selain untuk buang bangkai kucing tu meskipun tak sampai hati.. Apakah hukum tidak tanam dan buang bangkai kucing tu? Adakah saya berdosa?

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya nk tnya soalan, apa hukum pkai braces? Gigi saya jarak agak bnyak di hadapan sebagai seorang guru, saya rasa segan bila nak berkomunikasi dengan waris dan murid². Dgn situasi dan asbab saya ni apakah hukum pkai braces? Terima kasih. ?

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Adik saya baru bernikah dan berpindah masuk tinggal di rumah bersama saya. Suaminya bekerja mengikut kontrak, jika tiada panggilan dia duduk dirumah manakala saya seorang peniaga online dari rumah. Setiap hari adik saya akan keluar bekerja jam 6.30 pagi sehingga 6 petang. Saya ingin bertanya, bolehkah saya tinggal berdua bersama adik ipar lelaki di dalam satu rumah dan berlainan bilik. Jika sepanjang ketiadaan adik, saya hanya duduk di dalam bilik sahaja. Mohon jasa baik ustaz/ustazah. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Soalan saya untuk tanya pendapat... Ayah saya telah meninggal dunia...Perlu ke Saya meletakan nama ayah saya dalam kad perkahwinan... di takuti orang tidak mengenali sy yang saya anak kepada arwah ayah.. Atau di dalam kad :- 1- meletakan Allahyarham.. 2- nama ibu di atas bawah nama ayah..perlu ke letak Allahyarham... Atau -tidak perlu letak nama arwah

message user image

Pertanyaan: Apakah hukum seorang anak yang malu untuk hulurkan nilai duit yang sedikit kerana hidup dengan sederhana kepada kedua ibu bapa, tetapi ditukar dengan sekadar duit untuk topup telefon ibu bapa sahaja sekadar yang mampu?

message user image

Soalan: Assalammualaikum tuan puan, Soalan saya, bolehkan saya bin kan anak angkat saya dengan nama Allah yang sebahagian dari nama penuh suami. Contohnya bin Abdul Hafiz sedangkan nama penuh suami Mohd Hafizzuddin. Adakah berpandukan JPN? Terima kasih atas penerangan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Apakah hukum seorang suami beronani kerana tidak dapat menahan nafsu nya? Ini kerana isterinya tidak dapat melayannya atas sebab2 tertentu, cth sedang haid, tidak sihat, sedang berpantang, menopos atau sudah tidak bernafsu.

message user image

Soalan: Apakah hukum bermain permainan video yang mempunyai karakter malaikat dan kita menggunakan karakter tersebut untuk berlawan dengan musuh.

message user image

Soalan: Soalan: salam ustaz/ustazah..maaf kalau soalan saya ni pelik, tapi tak tenteram selagi tak tahu. saya di sahkan mengalami major depresi dan major anxiety serta PTSD buat masa sekarang ni, baru sebulan on treatment dan di bekalkan ubatan..ada yang mengatakan saya tak dak iman dan terlalu negative sebab tiba2 boleh marah2 dan ikut hati kata mereka. saya cuba lebih mendekatkan diri dengan tuhan sebab orang kata Allah ja boleh buat benda tu (ya saya akui setiap perkara itu Allah saja yang boleh sembuhkan) tapi bila saya cuba baca quran ada ja macam ada suara dlm cakap mcm ni " ya ka Allah tu tak dak yg cipta dia" takutnya saya dengan benda ni, kadang bila saya cuba lawan dan baca tafsir quran, Allah time rasa berdosanya saya, sebab setiap ayat ada bisikan yang cuba pertikai, jadi saya cepat2 stop baca quran..berdosakah saya? boleh lari aqidah saya ke mcm ni? tak tenteram sangat jiwa saya, rasa sedih dan takut sangat2 Allah pula benci saya nanti sbb hati saya jadi jahat dengar benda yg cakap tu, macam mana saya nak lawan benda tu ya ustaz/ustazah..saya minta maaf kat Allah tpi dalam masa yang sama mcm ada ja bisik2 jahat dalam otak saya ni...sekali lagi saya minta maaf dengan soalan saya ni, harap boleh membantu saya..

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Tuan/Puan, Saya ingin mengajukan persoalan berkaitan pekerjaan saya sekarang dan memohon untuk penjelasan dan cadangan daripada pihak JAIS mengenai situasi saya seperti di bawah: Sekarang saya berkerja di sebuah syarikat pengeluar minyak biodiesel. Kebiasaannya proses penghasilan biodiesel ini adalah daripada minyak mentah kelapa sawit yang telah tertapis. Atas permintaan dan keperluan pasaran sekarang untuk mengurangkan sisa buangan minyak masak terpakai, syarikat saya ingin membeli minyak masak terpakai (Used Cooking Oil, UCO) daripada pelbagai pembekal yang mendapatkannya daripada pelbagai tempat seperti restoran makanan dan lain-lain lagi yang agak sukar untuk jejak sumber asalnya. UCO ini kemudian akan diproses oleh kilang syarikat saya bekerja menghasilkan biodiesel kemudian boleh dicampurkan dengan diesel dan digunakan untuk kenderaan berenjin diesel. Permasalahan bermula di mana UCO yang dibeli ini mungkin bercampur daripada pelbagai sumber termasuk sumber yang tidak Halal (Minyak masak yang bercampur dengan Porcine DNA). Syarikat kami juga berkemungkinan akan mengimport minyak masak terpakai dari pelbagai Negara seperti China,Vietnam dan sebagainya. Soalan saya seperti berikut, 1)Adakah hasil pendapatan atau gaji saya daripada penjualan Biodiesel daripada UCO ini tidak Halal juga? 2) Syarikat ada menyediakan PPE untuk saya mengendalikan UCO ini. Sekiranya tidak sengaja terkena kepada kulit dan pakaian, apa yang perlu saya lakukan dan bagaimanakah caranya? 3) Selain daripada pemakaian PPE untuk mengelakan saya sentuhan secara terus, apakah lagi perkara yang saya perlu titik beratkan dan risaukan dalam mengendalikan minyak terpakai yang bercampur dengan Porcine DNA ini? Di harap pihak tuan dapat menjawab persoalan dan memberi maklus balas segera kepada saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum...Saya ingin dapatkan kepastian...adakah menanam rambut disebabkan faktor dahi yg luas (diwarisi secara genetik) dibenarkan dan termasuk dalam menutup keaiban? Apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanyaan tentang burung peliharaan arwah. Arwah memelihara burung Baji dalam kuantiti yang banyak dalam 2 sangkar yang luas dan besar, cukup makan, minum dan tempat bertelur. Persoalan saya, : - adakah burung peninggalan arwah tidak lagi terikat dengannya di alam sana? Sekiranya tak terikat, adakah burung tersebut boleh dipelihara dan dijual oleh pewarisnya? atau sebaliknya, apakah yang harus dilakukan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum saya nak bertanya..adakah benar pertukaran hari dalam bulan Islam bertukar selepas waktu maghrib?

message user image

Soalan: Salam, saya nak tanya berkenaan dengan satu syarikat dari kilang heineken iaitu kilang arak telah memberi sumbangan duit bernilai RM160 utk membeli brg makanan semasa covid bolehkah kita orang islam menerima sumbangan tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Bapa saya sudah 4 bulan sakit disebabkan kencing manis. Satu jari sudah dipotong. Sekarang berada dirumah untuk tunggu sampai luka di kaki baik sahaja. Dia juga tidak boleh berjalan disebabkan luka tersebut. Sejak sakit ini dia cepat marah tetapi dengan orang lain seperti biasa. Setiap hari sepanjang malam tidak tidur. Saya adik-beradik akan bergilir menjaga dia pada waktu malam sebab dia asyik memanggil. Memang orang yang menjaga tidak akan boleh tidur. Boleh dikatakan setiap 10 minit dia akan panggil orang. Setiap malam dia akan menjerit panggil mak saya untuk layan dia. Mak saya baru tidur dalam sejam dua jam dia sudah panggil-panggil. Sepanjang hari mak saya dah jaga dia, kadang-kadang makan pun tak sempat, sampai mak saya turun 10 kg, jadi waktu malam, kami nak mak kami rehat. Disebabkan ini dan ditambah dengan mengantuk, saya memang akan tinggi suara. Mula-mula saya sabar. Tapi sekarang sebab lama dah menjaga dia, dengan setiap hari perkara yang sama berlaku, ditambah dengan kata-kata dia, yang suka mendoakan keburukan kepada kami, saya mula dah tak sabar. Sampai terlintas di otak saya, saya nak keluar dari rumah, sebab stress sangat-sangat. Saya nak bertanya apakah saya berdosa sebab meninggikan suara dalam keadaan ini?

message user image

Soalan: Jika seseorang itu ialah seorang islam dan menjadi seorang doktor pembedahan plastik, adakah pekerjaan itu halal dan sumber duit itu juga halal??

message user image

Soalan: Salam, saya hendak bertanya mengenai hukum jika seorang wanita yang masih bujang mengambil initiatif untuk membekukan sel telur (ovum) ketika beliau masih muda kerana dikhuatiri akan berkahwin lambat, apakah hukumnya? Terima kasih

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya mengenai darah haid & isthihadah. Saya mula hari pertama period 5/4/2020 saya memakai IUCD (alat perancang keluarga) pada 10/4/2020 semasa hari ke 6 dtg darah haid. Haid saya sampai 13/4/2020. Kemudian behenti selama 10 hari. Dtg semula darah pd 24/4/2020 selama 3 hari. Saya behenti dr keluar darah selama 4 hari & hari ini 1/5/2020 saya dtg darah semula. Mana satu darah period mana satu darah isthihadah. Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Jika syampu yang kita pakai dikatakan mengandungi lemak babi, apakah yang patut kita buat? Bagaimana dengan kesucian tubuh badan kita?

message user image

Soalan: Assalamualaikum warrahmatullah, saya ingin bertanya mengenai penggunaan cawan menstruasi atau panggilan dalam bahasa inggeris "menstrual cup". Adakah ia dibenarkan wanita dari usia apa pun untuk menggunakan alat ini semasa waktu haid mereka? Ia digunakan untuk mencegah pembaziran pad yang pakai buang yang biasa digunakan. Dan ia juga dibuat dengan "medical grade" silikon dan dapat digunakan kembali selama bertahun-tahun. Terima kasih atas perhatian anda, semoga segala urusan Dipermudahkan Allah

message user image

Soalan: aslkm. memandangkan kebnykan bakers memakai cream of tartar. saya baru tahu yg serbuk cream of tartar ni ada kaitan dgn pembuatan wine. jadi saya nak tanya pencerahan bagi pihak jabatan agama, bagaimana sbrnya? kerana mmg kalau pakai cream of tartar ni kek makin ringan..penggunaan ini saya perhatikan dri bertahun2 lamanya. saya baru tahu berdsarkan bacaan seorang puan ini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10159739516238098&set=pcb.10159739517748098&type=3&theater

message user image

Soalan: Bagaimanakah cara untuk membayar/menebus kesalahan seperti menjual barang syarikat dan menggunakan kemudahan peralatan syarikat semasa bertugas?

message user image

Soalan: ...soalan nya macam tok...jika lelaki sesama lelaki saling mencintai dan saling menyayanggi ada kah itu salah atau tidakk ustaz ... contoh seseorang lelaki ni dari kecil tiada perasaan dengan wanita...dan setiap dia menerima kenyataan dia itu lelaki dan menerima perempuan dia tetap merasa kan dia tiada perasaan dan tidak cocok... seoleh oleh dia cocok dengan sesama lelaki dan sesama jenis .. macam die tu gay dan bercinte sesama lelaki tapi tidak pernah meninggal kan sholat ... contoh...macam seseorang lelaki ni..dia dari kecil merasa kan dia itu akan jadi wanita dan merasa diri nya wanita..macam di kira kan takdir tapi dia masih lelaki tapi dia tetap menunggu takdir

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya pernah guna suatu syampoo rambut pada suatu ketika dulu dan sekarang saya sudah tidak guna lagi syampoo tersebut. Tetapi baru-baru ini saya dapat tahu ada insan yang pernah email syarikat yang mengeluarkan produk syampoo tersebut tentang bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Syarikat tersebut membalas dengan menjelaskan bahawa polisi syarikat mereka adalah adalah untuk menggunakan bahan-bahan yang sintetik atau dari sayur-sayuran jika ada. Namun, jika tidak ada alternatif atau jika ada kekurangan bahan tersebut, mereka akan menggunakan bahan dari haiwan seperti lembu dan khinzir. Ini bermaksud mereka hanya akan menggunakan bahan daripada lembu atau khinzir sekiranya kekurangan bahan sintetik dan sayuran. Jadi saya tidak tahu jika syampoo yang saya telah guna itu mengandungi bahan daripada sayur-sayuran atau dari haiwan (lembu dan khinzir) kerana tidak tahu sama ada pada waktu produk tersebut dibuat syarikat tersebut ada mengalami kekurangan bahan sintetik dan sayur atau tidak. Soalan saya di sini: Adakah saya perlu sertu kepala dan badan saya (kerana syampoo mesti terkena badan juga semasa membilas)? Bagaimana pula dengan bilik air? Perlu disertu juga kah? Jika saya mengeringkan rambut menggunakan tuala dan tuala dibasuh dlm mesin basuh bersama baju-baju lain, apakah perlu disertu juga? Harap perkara ini dapat dijelaskan. Terima kasih.

message user image

Soalan: salam . saya ingin bertanya apakah hukum bg seorang muslim membuat pembedahan mata untuk membetulkan kedudukan mata akibat ptosis? niat sekadar kembalikan keadaan mata seperti asal bkn utk kecantikan

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Saya ada 1 soalan yg ingin diajukan. Saya merupakan peminat model aksi permainan seperti gundam/transformers dan menjadikan ia sebagai hiasan di rumah. Adakah ianya satu perbuatan yang haram walaupun model aksi itu sebuah robot dan bukan manusia ataupun haiwan. Saya berharap pihak tuan boleh menjawab pertanyaan saya. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya ingin bertanya, apakah hukum download filem di telegram atau website. saya ada terbaca ia menyatakan haram jika download. persoalan saya : 1.jika filem itu sudah tidak ditayangkan di wayang atau tv (filem lama) bolehkah download filem tersebut. 2. jika website tersebut mengupload animasi jepun (anime) dan sebagai kerja mereka menterjemahkan animasi (subber), pendapatan mereka. Adakah kita juga boleh mengdownload animasi di website itu. 3.Apakah hukum mendownload filem filem di telegram atau website secara free.

message user image

Soalan: Apakah hukumnya jika bapa mertua saya yang sakit di jaga oleh adik ipar perempuan sedangkan isteri masih berkemampuan untuk menjaga. Adik ipar juga diminta untuk mengurut kaki abg iparnya ( menggunakan sarung tangan). Mohon pencerahan.. Sekian terima kasih

message user image

Soalan: Apakah hukum kita ambil duit seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut dan kemudian kita membayar semula wang yang telah kita ambil juga tanpa pengetahuan orang tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya nak bertanya tentang hukum pembukaan loot box dalam permainan Video. Adakah ia perbuatan judi? Antara game yang menggunakan konsep loot box ialah FIFA 20 dan PES 2020. Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam. Apakah hukum bermain permainan video yang mana terdapat didalamnya perkataan crusader atau maksudnya merujuk kepada tentera bersalib kristian? Kedua, apakah hukum menggunakan youtube setelah tersebarnya video pada tahun 2013 yang menghina Rasulullah SAW di platform itu? Dan Google pula pernah berkeras untuk tidak memadam video tersebut dari youtube. Sekian.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Semasa terjadi pertengkaran antara saya dan suami, dengan rasa marah suami telah melafazkan sumpah "Dengan nama Allah aku tidak akan bawak engkau balik jmpa mak aku lagi". Ini merupakan sumpah haram kan ustaz. Soalannya.. Adakah suami saya perlu bayar kafarah setiap kali dia bawa saya balik kampung, atau sekali sahaja? Kafarah perlu dibuat sebelum balik kampung atau selepas? Terima kasih. Harap sangat soalan saya ini dapat dijawab.

message user image

Soalan: assalamualaikum. mohon maaf jika panjang sangat taip.tapi sunguh2 nak tahu ni. pertanyaan tentang keberkatan dalam pendapatan. saya telah cuba mencari jawapan di laman web atau youtube tetapi soalan yang hendak saya tanya ini masih tiada penjelasan. pertanyaanya ialah, saya bertugas disektor kerajaan, yang mempunyai seorang pegawai yang bertangung jawab atas cawangan saya bekerja. dan corak saya bertugas melalui tiap shift. dan jadual setiap shift diataurkan oleh seorang yang diberi kuasa oleh pegawai yang memerintah,juga bertugas dilingkungan yang sama. setiap shift ada dua orang pekerja. dan diantara dua orang pekerja itu,mereka sepakat dengan rakan satu shift untuk membahagi shift bekerja.contoh satu shift ada 8jam. lalu dibahagi dua, jadi seorang perlu datang 4 jam bekerja dengan tugas2 yang dibuat hanya dikawal seorang selama 4 jam tersebut. contoh si pekerja A datang jam 8 pagi sampai jam 12 tengah hari, dan si pekerja B datang jam 12 tengah hari sampai jam 4 petang. Pegawai yang memerintah dalam cawangan tersebut pernah memaklumkan dalam mesyuarat, bahawa yang beliau tidak kisah macam mana corak bekerja janji ada orang bekerja sahaja. dan kesepakatan antara dua rakan sekerja tersebut dilakukan antara semua yang bertugas dan juga oleh si pembuat jadual tugas harian. disini dalam pandangan islam, seperti yang saya jelaskan diatas, masih ada keberkatan atau pun tidak. mohon penjelasan. bantu saya yang dalam mencari redha allah S. W. T. terima kasih.

message user image

Soalan: Adakah berdosa orang membuat animasi yang tidak menutup aurat tetapi tiada niat menghairahkan Dan adakah berdosa pembuat animasi apabila orang menonton animasinya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai hukum memberi makanan kucing yang mengandungi lemak babi, seperti produk Royal Canin yang khususnya untuk rawatan buah pinggang kucing. Apakah hukum memberi kucing makanan itu dan sekiranya makanan itu tertumpah atas lantai, adakah wajib saya membersihkannya mengikut cara yang telah ditetapkan dalam Islam? Wajib untuk sertu atau samak? Mohon pencerahan, kucing saya menghidap penyakit buah pinggang, dan mengikut saranan doktor, harus memakan makanan yg khas seperti ini, harap penjelasan dari pihak tuan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya nak Tanya Haram Tak bagi Saya kalau Saya nak lakukan Embroidery Eyebrow ? Kerana nak tutup aib Saya . 1) bulu Kening Saya Masa lahir tebal 2) semasa usia kanak kanak lingkungan 11-12 terkena Chicken pox ( demam campak) Bulu Kening Saya terus gugur . 3) sampai Saya berusia 20 tahun , Kening Saya botak. 4) Semua orang sekeliling Saya , kawan kawan , keluarga Dan Rajan sekerja semua tegur Saya "Kening Mana?" 5) Zaman sekolah lagi la langsung Tak Ada kening , sampai jadi bahan jenaka . 6) Saya pakai make up Kening , tapi bulan Mei tahun 2020 , kulit muka Saya gatal gatal Naik ekzema sebab alah produk 7) Saya ikhtiar letak serum Kening untuk lebatkan Kening terus Naik merah ekzema Dan gatal . 8) Saya depressed juga sebab Saya pun Ada perasaan malas nak make up sebab nak tutup aib Saya . 9) kalau Saya nak cukur mesti Saya cukur betul betul Ada bentuk , sampaikan orang lain kata "cukur Kening ke?" 10) dalam office kalau Saya basuh Muka , office mate semua pandang sampai ladyboss datang kata nanti pakai Kening . Bukan ejek tapi nak kena nampak grooming lawa Kan .Saya kerja Telemarketing. 11)Saya nak sangat lepas ambil wuduk di surau luar dari rumah terus Ada kening bukan apa. Orang pandang Saya pelik 12) pelik Tak Ada kening 13) sampai tahap Saya memang kene pakai Kening walaupun nak masuk Meeting Online biasa biasa 14) posmen hantar barang pun sama pelik tengok Saya x Ada Kening. Saya harap Saya nak Ada "Kening" yang Tak perlu Saya di rumah pun orang pelik tengok Saya Tak Ada kening . Saya Tak berkahwin lagi .

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan.saya nak bertanya.ada kah terdapat dalil yang mengatakan sunat untuk mencukur rambut bayi selama 40 minggu berturut turut pada hari hari tertentu dimana setiap hari terdapat tujuan yang berbeza.sebagai contoh, setiap hari jumaat supaya bayi mudah menghafaz al quran dimasa hadapan.mohon penerangan dan panduan.terima kasih.assalamualaikum.

message user image

Soalan: sy ada mewakafkan tapak rumah utk kakak saya, kakak sy telah medirikan rumah disitu, sekiranya dia telah tiada dan warisnya tidak berminat tinggal disitu, apakah status Tanah wakaf tesebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya merupakan pegawai perubatan di klinik kesihatan ibu dan anak. Tugas saya melibatkan penjagaan wanita sepanjang mengandung, bersalin dan berpantang termasuk juga penjagaan bayi sehingga umur 6 tahun dan pelaksanaan imunisasi. Sepanjang karier saya, saya telah berjumpa beberapa kes yang melibatkan suami yang tidak memberi kebenaran utk isteri dan anak mendapatkan rawatan. Yang pertama, suami adalah anti-vaksin tetapi isteri sebaliknya menyebabkan akhirnya anak tidak diberi vaksin. Yang kedua, wanita yang ingin memakai kaedah perancang keluarga untuk menjarakkan kehamilan (lagi-lagi kes ibu berisiko tinggi) tetapi suami tidak benarkan isterinya itu utk mendapatkan perancang (walaupun telah dikaunseling). Apa hukumnya sekiranya wanita-wanita tersebut terus meneruskan vaksin/mengambil perancang walaupun tidak mendapat kebenaran suaminya? Kerana ini melibatkan kesihatan dan nyawa ibu/anak pada masa akan datang.. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya inginkan kepastian tentang hal ini, apakah benar menyahut cabaran lathi (lathichallenge) yang tular baru-baru ini adalah haram? Jika ianya haram, apakah faktor-faktor yang menyebabkan ianya haram. Yang kedua, apakah hukum pergi ke rumah-rumah hantu seperti, Night of Fright di Sunway Lagoon, misalnya. Adakah dibolehkan? Sekian soalan saya.. Mohon pencerahan..

message user image

Soalan: Salam tuan..1) apa hukum korban lembu yg cicah atau ditanda dengan besi panas pada kulit lembu...biasanya lembu thailand 2) dan bolehkah saya cacah atau tanda dengan besi panas pada kulit lembu untuk mengelakkan kekeliruan hak milik lembu yg dilepaskan dalam ladang..

message user image

Assallamualaikum.. Saya ada pertanyaan..adakah mengibas pakaian itu memanggil syaitan..kerana ibu saya kerap marah apabila saya mengibas pakaian..mohon pencerahan

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Saya sekarang dlm pantang bersalin 23 hari..Bolehkah saya pergi menziarahi kubur ayah..ayah saya meninggal bln 3.. Bila start pkp..langsung x dpt balik kg ziarah kubur ayah.a.skrg ni baru la dpt balik kg..rasa dh lama x ziarah kubur ayah... Semoga pihak tuan dpt beri pencerahan tentang persoalan saya ni Terima kasih...

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, pertanyaan saya adalah berkenaan hukum berkongsi microwave dengan non-muslim. Mohon pencerahan.sekian terima kasih

message user image

Soalan: assalamumualaikum, saya ingin bertanya adalah apple cider dan apple cider vineger itu halal atau haram, saya ada kekeliruan kerana sesetengah orang kata halal dan sesetengah pula kata haram. terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum hustaz..soalan saya..apa hukumnya orang islam menembak babi dah bemeri babi tersebut kepada bukan islam.saperti cina india siam dsb..

message user image

Soalan: Assalamualaikum...sy nk bertanyakn.... semalam sy beli tilam gambar cartoons..anak sy telah guna..pagi baru sy perasan gambar cartoons tu ada gambar khinzir...gambar tu kecil2 je...minta pencerahan ustaz…

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. saya merupakan seorang pemandu grabcar.pada satu hari saya membawa penumpang. Penumpang ni semasa sebelum dia masuk kenderaan saya, saya tak nampak dia bawa minuman keras.akan tetapi apabila dia masuk kedalam kenderaan saya dan sy telah drive kereta, dengan tiba2 penumpang tersebut minum minuman keras didalam kenderaan saya tanpa kebenaran saya dan tanpa saya sedari. jadi saya nak tanya, apakah hukum bagi saya membawa orang yang meminum arak? adakah saya juga berdosa sama seperti org yang minum arak?

message user image

Soalan: Apakah hukum meletak gambar keluarga dan gambar konvo di rumah? Gambar di letak bukan berniat menunjuk nunjuk tapi untuk mengeratkan rasa kasih sayang sesama keluarga. Gambar konvo dengan niat memberi dorongan untuk adik beradik lain untuk juga mendapat kejayaan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada soalan berkaitan dengan suntikan botox. Saya ada parut yang berlekuk kedalam dekat dahi dah menampakkan seolah-olah saya tengah marah dan berkerut setiap masa. Saya telah berjumpa doktor untuk bertanyakan tentang parut tersebut dan cara paling berkesan untuk menghilangkan nya menggunakkan botox. Adakah dibenarkan untuk saya berbuat demikian atau haram jika melakukan suntikan tersebut? Terima kasih.

message user image

Soalan: Apakh hukum memakan udang tanah @ ‘ngoang’@ ‘mang’ @ mud lobster.

message user image

Soalan: Seorang pekerja di kilang non muslim berkongsi pantry bila makan. Pinggan, sudu, garfu, sabun, span juga disediakan oleh majikan untuk digunakan bersama. Makanan dibawa oleh masing-masing pekerja. Selepas makan, Non muslim membasuh pinggan, sudu dan garfu yang mereka telah gunaka, dengan span dan sabun yang disediakan oleh pihak majikan.soalan : 1) Adakah kita boleh menggunakan span dan air sabun tersebut tanpa samak menggunakan air tanah: a) jika YAKIN yang dimakan mengandungi daging babi? b) Jika hanya WAS WAS yang dimakan ada daging babi.? 2) Adakah Islam menyuruh kita selidik atau bertanya setiap kali mereka makan, " apakah makanan mereka ada babi" , sedangkan ini akan menimbulkan kemarahan mereka! 3) Adakah perlu kita mengasingkan diri dan tidak duduk bersama ketika makan? sedang tempat itu disediakan oleh majikan sebagai tempat untuk makan ketika waktu rehat. Tempat lain tidak dibenarkan

message user image

Soalan: Apakah hukum ambil barang organisasi yang telah meninggalkan barang tersebut kerana berpindah ke tempat lain. Barang tersebut telah dilupus kira dari inventori

message user image

Soalan: Assalammualaikum tuan,puan...saya ingin bertanya apakah hukum bekerja di zoo,ada ulama mengatakan haram hukumnya mengurung binatang untuk tontonan,hiburan dan sebagainya...Terima kasih…

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya mahu bertanyakan soalan berkenaan dengan keberkatan rezeki. Saya baru sahaja menerima tawaran kerja yang baru cuma banyak rasa bersalah kebelakangan ini berkenaan dengan keberkatan rezeki terutamanya apabila memikirkan tentang rezeki tersebut yang akan digunakan untuk menyara kehidupan keluarga selepas perkahwinan nanti. Persoalan saya adalah kebiasaannya ketika interview kerja kita mempunyai tendency untuk mereka-reka jawapan sama ada daripada segi pengalaman kerja, perancangan kerjaya, perancangan peribadi dan sebagainya. Terutamanya apabila kita tidak bersedia dengan jawapan untuk persoalan tersebut. Adakah memberikan jawapan yang tidak betul demi menjawab persoalan semasa interview itu dikira sebagai menipu? Sekiranya dikira sebagai menipu bagaimanakah saya mampu untuk menebusnya demi mendapatkan rezeki yang berkat? Saya ada terfikir untuk berhenti kerja kerana perasaan bersalah yang mendalam terhadap cara mendapatkan pekerjaan ini dan memikirkan tentang keberkatan rezeki yang diperolehi.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah hukum menggunakan krim untuk membesarkan payudara dan punggung? Terima kasih.

message user image

Soalan: 1.Apakah hukum meletakan duit syiling Di kelopak Mata jenazah. 2.apakah hukum meletakan sesuatu Di atas peruh jenazah.??contoh seperti buku. Ada yang berkata agar perut jenazah tidak kembung. Adakan ia benar???

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya suka memasak makanan dari negara lain dan adakalanya sukar membeli ingredients. Sekiranya bahan A diperbuat 100% daripada seafood tetapi dibuat di kilang yang sama mengilangkan bahan lain yang mengandungi daging babi.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya suka memasak makanan dari negara lain dan adakalanya sukar membeli ingredients. Sekiranya bahan A diperbuat 100% daripada seafood tetapi dibuat di kilang yang sama mengilangkan bahan lain yang mengandungi daging babi.

message user image

Soalan: assalamualaikum..anak saya bekerja sebagai penghantar makanan,kadangkala customer tidak mengambil makanan dan anak saya memberitahu pegawai yang bertugas dan pegawai tersebut memberitahu anak saya boleh membuat apa saja kepada makanan tersebut dan anak saya membawa makanan tersebut balik untuk dimakan sekeluarga..adakah makanan tersebut haram dimakan..?terima kasih..

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan, sekiranya saya membuat satu platform atau page yang mengumpulkan penjual pakaian dan sekiranya mereka meletakkan iklan pakaian yang tidak menutup aurat dgn sempurna adakah saya turut berdosa? Sekiranya iklan yang diletakkan bukan dlm kawalan saya. Terima kasih

message user image

Soalan: Saya bekerja sebagai creative designer. Ada satu client saya meminta saya membuat design untuk posting media sosial bisnes bar diorg. Adakah saya bersubahat kerana saya design poster berkaitan dengan minuman keras?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya hendak bertanya tentang adab menerima berita kehamilan. Apabila seorang isteri disahkan hamil, mana yang lebih afdhal mengikut pandangan Islam, merahsiakan atau menghebahkan? Bila masa yang afdhal untuk menghebahkan sekiranya lebih afdhal untuk menghebahkan daripada merahsiakan? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/ ustazah, saya mahu bertanya berkenaan hukum sekiranya gigi kita kuning, dan tampal pada gigi utk putih, apakah hukum nya? Soalan kedua, sekiranya gigi kita lopong antara 2 gigi. Bolehkah kita lekat ‘gigi palsu’ Pada yg tempat lopong supaya nampak cantik. Apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah.. semoga sentiasa dirahmati Allah. Saya ada soalan harap sudi Menjawab soalan saya. Baru-baru ini saya diuji dengan kematian anak dalam kandungan. Saya ada menangis kerana bersedih tapi dengan suara yg perlahan. Adakah tangisan itu dikira meratapi kematian dan tidak redha dengan ujian Allah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum mengurung kucing di dalam sangkar tetapi dijaga makan dan minumnya? Saya diminta untuk menjaga kucing kawan saya. Namun, ianya liar dan suka mencakar. Saya juga mempunyai kucing lain yang tidak serasi dengan ia. Lalu atas dasar takut, ianya akan lari jikalau dibiarkan di luar, saya mengurungnya di dalam sangkar yang sesuai untuk sementara waktu sehingga ianya sudah menjadi jinak.

message user image

Soalan: assalammualaikum ustaz apakah hukum buat pembedahan untuk tambah tinggi badan kerana saya kurang percaya diri sebab saya pendek

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang topik nazar. Situasi saya ialah saya telah bernazar jika setiap kali saya mencarut saya bernazar untuk membayar rm50 kepada ibu saya. Namun, saya rasa tidak mampu untuk membayarnya jika saya tercarut banyak kali, jumlahnya menjadi banyak. Jadi soalan saya ialah: 1) bolehkah saya membatalkan nazar ini dengan cara-cara tertentu? 2) jika boleh dibatalkan, adakah saya masih perlu membayar jumlah wang yang tertunggak sebelum saya membatalkan nazar ini?

message user image

Soalan: assalamualaikum tuan puan. saya seorang yang baru berjinak di dalam dunia penulisan skrip. saya mahu menulis skrip ala2 drama korea seperti Black dan Goblin. saya ada beberapa soalan. 1. apakah pandangan pihak mufti jika saya menulis genre fantasi yg berkonsepkan kelahiran semula (reincarnation) dan alam selepas mati. 2. cerita yang saya mahu tulis ini mengisahkan perempuan yang mahu menolong roh/qarin yang hidupnya tak tenang kerana dibunuh. adakah ianya memberi pengaruh buruk kepada penonton beragama islam yang menonton?

message user image

Soalan: assalamualaikum ustaz. saya tinggal di batu cheras. Mengikut kata bapa mertua saya, tanah yang saya tinggal sekarang ini kepunyaan bapa saudaranya dan di serah ke atasnya jika sekiranya beliau berkahwin dgn ibu mertua saya sekarang ini. Setelah berkahwin, tanah tersebut di letakan atas nama ibu mertua saya. Atas sebab-sebab yang tertentu, Arwah bapa mertua saya ini adalah seorang tentera dan semasa beliau bertugas, Abang kepada emak mertua saya ini telah menukar nama sebahagian tanah ini keatas nama adik pada ibu mertua saya. Adik kepada ibu mertua saya tahu yang tanah itu bukan kepunyaanya . semasa hayat dia hidup dia pernah meminta duit kepada adik beradik suami saya, sebagai sagu hati sebanyak 10 ribu jika lelaki dan perempuan 5 ribu. Tapi atas desakan hidup adik beradik suami saya tidak dapat memenuhi permintaanya. bapa mertua saya telah menyarankan suami saya buat rumah sewa di atas tanah itu. Untuk pengetahuan ustaz, suami saya buat rumah 2 pintu. 1 pintu beliau ambil duit sewa, sementara yang lagi satu di serahkan pada ibu sebagai duit belanja setial bulan.. Semenyak dua menjak ini bayak mulut-mulut yang berkata suami saya bagi duit haram pada ibu dia and dia pun makan duit haram jugak. saya nak tahu kedudukan sekarang ini. adakah betul duit haram. apakah cadangan ustaz atas hal ini. untuk pengetahuan ustaz, ibu mertua saya ini berasal dari batu 10 jugak dan tanah pusaka yang sepatutnya beliau dapat tapi beliau tidak mendapat hak ke atas tanah itu atas alasan beliau sudah mepunyai tanah sekarang.saya amat meminta jasa baik ustaz untuk menyelesaikan hal ini.

message user image

Soalan: Syarikat ada menyediakan makan tengah hari untuk staff. Contoh seorang rm9 sehari, boleh kah saya minta penjual makanan naik kan harga makanan rm1 untuk seorang tampa pengetahuan bos saya. Dan duit terkumpul rm1 itu akan digunakan untuk bayar parking berbayar pekerja di syarikat tanpa bos saya tahu. Kerana bos saya tidak tahu bahawa parking ditempat kerja berbayar rm5 sehari dan pekerja tidak mampu untuk bayar parking tersebut. Saya tidak ambil untuk kepentingan saya tapi untuk kebajikan pekerja juga, memandangkan syarikat memberi makan setiap hari kepada pekerja untuk kebajikan pekerja juga. Soalan saya boleh ke? Haram tak? Berdosa ke?

message user image

Assalamualaikum, Saya ada kemusykilan tentang isu makanan. Saya sekarang berada di Korea Selatan dan dihidangkan daging dan udang goreng sebagai makanan quarantine. Saya difahami sejak dari kecil daging yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam tidak boleh disentuhi. Tetapi, saya juga ada dengar yang ianya boleh dimakan dengan alasan berada di luar negara di mana makanan adalah terhad (quarantine) dan boleh berniat dengan Tawakkal dan baca Bismillah. Boleh Tuan/Puan menjelaskan lebih lanjut mengenai kemusykilan ini?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak tanya, apa hukum jika saya bersama dengan suami sesudah habis haid dan mandi wajib. saya sudah cek tiada darah lagi yang keluar. Namum keesokkan harinya, darah period saya keluar lagi. Jadi, apa hukum saya bersama suami malam sebelum tu? Adakah saya dan suami berdosa? Dan apa yang perlu saya lakukan? Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. saya suka melukis, saya melukis lebih ke arah kartun macam anime dan komik. kebanyakannya saya melukis gambar yang bernyawa macam melukis manusia satu badan penuh, sempurna ada badan, kepala, kaki semua. saya melukis lebih kearah hiburan dan hobi, saya ada membaca tentang lukisan tetapi ada yang cakap haram dan ada yang cakap boleh tetapi dengan syarat. saya juga terbaca hadis: Dari Ibnu, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang menggambar suatu gambar dari sesuatu yang bernyawa di dunia, maka dia akan diminta untuk meniupkan ruh kepada gambarnya itu kelak di hari akhir, sedangkan dia tidak kuasa untuk meniupkannya.’” dan beberapa hadis berkaitan lukisan. Ada yang berpendapat hadis itu ditujukan ke arah pembuatan patung atau melukis/mengukir benda hidup/bernyawa seperti 3 dimensi yang mempunyai bentuk atau jisim dan bayang adalah haram. manakala bagi melukis benda hidup/bernyawa seperti 2 dimensi tak ada bentuk atau jisim dan tidak ada bayang seperti melukis di atas kertas ataupun melukis secara digital di komputer dibolehkan dengan syarat tertentu. Jadi persoalan saya adalah: 1. Bagaimanakah kedudukan melukis potret atau satu badan manusia yang lengkap dan objek bernyawa dalam hukum Islam. 2.adakah melukis benda hidup seperti manusia dan binatang dalam bentuk kartun, anime dan komik boleh atau tidak?3.Adakah ciri sesuatu potret atau lukisan manusia yang lengkap yang dihasilkan, iaitu 'berwarna' (menyerupai wajah sebenar yang dilukis), atau 'hitam putih' (menyerupai wajah sebenar tetapi tidak berwarna) menjadi penentu dalam mengharuskan penghasilan potret tersebut tidak kira la dalam bentuk kartun, anime dan komik? 4.macam mana pula dari segi animasi 3d macam ejen ali dan upinipin? adakah animasi termasuk dalam 2 dimensi seperti melukis di kertas?

message user image

Soalan: Apakah hukum mengambil kucing orang lain tanpa izin. Kucing jiran Saya tidak mahu tinggal di rumahnya dan sanggup kelaparan .oleh kerana kasihan saya telah menjaganya sehingga dia sihat. beberapa Bulan kemudian tuannya datang mahu mengambilnya tetapi kucing itu Lari dan tidak mahu .jika saya pulang ke kampung kucing itu tidak dapat mencari sebarang makanan dan kelaparan .minggu hadapan saya akan berpindah ke negeri lain dan Saya risaukan akan keselamatannya. saya telah meminta izin kepada tuan nya untuk menjaganya tetapi dia tidak mahu & dalam masa yang sama dia pula tidak ada usaha untuk menjaga kucing tersebut dan membiarkannya begitu sahaja .Apakah berdosa sekiranya saya membawa kucing itu berpindah sekali tanpa pengetahuan tuannya .Apakah hukumnya

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada dua soalan. Soalan pertama, bolehkah seorang isteri menggunakan alasan 'orang lain tak faham situasi dan perangai sebenar suami' sebagai tiket untuk bersikap kasar dari segi perkataan dan perbuatan terhadap suami? Soalan kedua, saya dulu pernah bekerja di sebuah pasaraya dalam bahagian penerimaan barang termasuk arak dan babi. Tetapi ketika itu saya tidak tahu hukum bekerja bahagian itu. Baru-baru ini, saya mendengar ceramah. Kata uztaz tersebut jika bekerja berkaitan arak dan babi menjadikan gaji tidak berkat dan solat tidak akan diterima. Soalan saya, adakah saya perlu mengqada kesemua solat saya semasa bekerja di pasaraya tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Soalan saya ialah, 1. Adakah doa seorang ibu yang mendoakan sesuatu yang buruk kepada anaknya juga akan dimakbulkan? 2. Apakah hukum ibu bapa memaki anak? 3.Wajarkah tindakan seorang ibu yang mempertikaikan kembali segala pengorbanannya terhadap anaknya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Pertanyaan saya adalah: Jikalau orang2 non muslim yg makan benda2 yg non halal (contoh..pork ) dirumah dan selepas itu mereka makan pula digerai / restoran dan sudu, garpu yg digunakan olih mereka digunakan pulak olih orang Muslim (pekedai cuma basuh sahaja sudu/garpu tersebut) yg juga makan disitu. Jadi apakah hukum dan nasihat dari pihak tuan. Soalan ini tiada unsur2 racist cuma nak tahu dari segi ugama. Terima kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukumnye menginai rambut dgn inai hitam…

message user image

Soalan: Apakah hukum memakai bulu mata palsu yang cara pemakaian tidak menggunakan gam/glu. Bulu pula daripada sumber fabric bukan dari bulu haiwan atau rambut manusia.

message user image

Soalan: Apa hukumnya menggunakan sticker photo orang² yang telah meninggal dunia (spt allahyarham p.ramli, dsbnya) didalam media sosial spt whatsapp, messenger, dsbnya

message user image

Soalan: Assalamua'laikum warahmatullahi wabarokatuh Jabatan Mufti Negeri Selangor. Maaf jika menganggu. Ada beberapa soalan yang saya ingin bertanya. Contoh situasi begini: Saya ingin ke rumah seseorang, tetapi sebelum itu, saya harus melalui pegawai keselamatan dahulu. Saya menipu pegawai keselamatan itu untuk masuk ke kawasan perumahan itu. Jadi, apakah hukumnya? Setelah itu, apabila sampainya destinasi saya ke rumah seseorang itu, saya telah mendapat hadiah atau buah tangan daripada tuan rumah. Apakah status buah tangan itu, halal untuk digunakan atau tidak? Oleh kerana saya memasuki kawasan dengan cara menipu, jika ia haram, adakah segala aktiviti yang saya lakukan selepas itu berkait haramnya? Bagaimana pula jika hadiah itu dalam bentuk wang ringgit? Halal digunakan atau tidak? Contoh situasi kedua, lebih kurang situasi pertama sebenarnya, begini: Saya ingin menggunakan kereta seseorang, tetapi orang itu tidak membenarkan saya menggunakannya. Saya tetap guna juga untuk ke tempat yang saya ingin pergi. Selepas sampai ke destinasi, saya mendapat hadiah atau buah tangan dari seseorang yang saya temui di destinasi itu, apakah status hadiah yang saya dapat itu, halal atau tidak oleh kerana saya sampai ke destinasi menggunakan kenderaan yang tak diizinkan saya untuk guna? Yang menjadi kemusykilan utama saya, adakah boleh berkaitnya haram dari satu perkara haram yang kita lakukan? Seperti situasi-situasi yang saya nyatakan di atas. Maaf jika terlalu panjang. Harap Jabatan Mufti Negeri Selangor dapat menjawab soalan-soalan saya ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalammualaikum, adakah salah bagi seseorang yang gemuk sehingga mencecah 150kg untuk melakukan operation buang perut (bariatric surgery) setelah die gagal utk mengawal makan dan risau diri bertambah gemuk dan sakit pada masa akan dtg. Moga terjawap soalan sy. Terime kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya apa hukum wanita membuka auratnya tanpa sengaja ? macam dalam kes saya ni , saya tanpa sengaja dan tidak tahu saya ter hantar gambar saya kepada kawan lelaki saya . pada masa itu saya tidak perasan ,sepatutnya saya hantar pada rakan wanita saya ,tanpa sengaja saya terhantar pada kawan lelaki saya juga . Harini baru saya dapat tahu yang aurat saya (gambar saya tanpa tudung) dilihat oleh rakan lelaki saya tersebut ) dalam kes ni memang saya tak sengaja dan saya memang tak perasan sebab perkara ini berlaku sebulan yang lepas. Dia (kawan lelaki ) cakap dia tertengok sekali lalu sebab dia terkejut , dan dia tidak bercakap saya tentang perkara ini takut saya malu dan dia tahu saya memang tak sengaja. saya harap pihak tuan menjawab soalan saya , terima kasih Assalamualaikum.

message user image

Soalan: Apa hukum menggunakan microwave yang berkongsi dengan makanan tidak halal untuk tujuan memanaskan bekal yang tertutup bagi orang muslim ? Saya ada sifat was was untuk menggunakan microwave tersebut dan saya sudah mencari dalam google hukum nya .Akan tetapi ingin lebih jelas boleh terangkan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin tahu hukumnya kalau saya menyertai kursus online tanpa membayar yuran yg sepatutnya. Kursus tersebut ditawarkan dgn bayaran RMxx seorang. Seorang kawan saya membayar utk kursus tersebut dan menjemput kawan2 kami beramai2 ke rumahnya utk mendengar bersama2. Cuma dia seorang sahaja akan duduk di depan komputer jadi penceramah tidak nampak kami yang ramai2 ini turut mendengar. Adakah ini dibenarkan?

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan satu soalan. Apakah hukum untuk seseorang yang masih hidup untuk mencium jenazah bukan mahram? contohnya seperti A mencium jenazah B, iaitu tunang beliau. Terima kasih! 

message user image

Assalamualaikum, sy nak bertanya apakah hukum sekiranya sy berkawan dengan org yg suka iri hati dengan sy? Setiap apa kejayaan yg sy kecapi pasti akan d perlekehkannya. Setiap kesalahan yg dia buat pasti dia akan cuba palitkan nama saya sebagai punca kesilapannya terjadi. Sampai satu tahap sy amat tertekan berteman dengannya, tapi dalam masa yg sama sy takut sekiranya sy memutuskan silaturrahim dengannya.

message user image

Assalamualaikum. Saya mahu bertanya kepada Ustaz Tuan Mufti & pihak berkenaan, apakah hukum kita menonton filem/drama yang terdedah aurat. Umum diketahui hampir 90% rancangan akan mendedahkan aurat kecuali animasi & rancangan tertentu. Apakah solusi terbaik untuk menonton babak-babak tersebut? 

message user image

Assalamualaikum Tuan, 

Saya ingin bertanya apakah hukum seseorang bukan muslim membantu orang muslim dalam agamanya? Sebagai contoh, mungkin seperti dengan membina masjid, menyempurnakan jenazah orang muslim (bukan muslim itu masih dengan agamanya)

Dan bagaimana pula hukum seseorang muslim yang membantu bukan muslim dalam agama mereka? Keduanya menghormati fahaman masing-masing dan apakah hukum bagi kita orang muslim untuk perkara ini?

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum,

saya ada pertanyaan sedikit,  mengikut agama islam jika suami isteri bersetubuh selepas waktu subuh (solat subuh) antara 8pagi - 10pagi , adakah salah?

message user image

Assalamualaikum wbt.

Soalan Saya,seperti sedia maklum, forex trading secara Lani(perseorangan) adalah haram. Sama juga dengan forex trading selain dari institusi kewangan jugak adalah haram(berdasarkan bacaan saya Dalam soal jawab diruangan ini). Tapi kenapa masih ramai umat Islam di luar Sana yang menjalankan aktiviti ini. Apakah tindakan/peranan Majlis Agama Dalam membendung masalah ini yang kian genting. Di Mana iklan secara terbuka di facebook juga di jalankan. 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,,

Apakah hukum cucu lelaki tidur sebilik dengan neneknya di atas katil yang sama?

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya. Ramai orang yang merujuk kepada laman web soal jawab agama ini sebagai platform untuk bertanya dan mendapatkan jawapan berkaitan agama.

Namun demikian saya dapati ramai yang merujuk web soal jawab ini dan menjadikan jawapan-jawapan yang mereka terima sebagai fatwa dari Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Adakah memang benar kami boleh gunakan jawapan di bahagian soal jawab agama ini sebagai fatwa rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti?

Bagaimana yang sepatutnya kami gunakan jawapan-jawapan di sini? Adakah kami sepatutnya gunakan laman web soal jawab ini sebagai panduan dan rujukan soal jawab atau kami boleh jadikan jawapan di sini sebagai fatwa rasmi dari Jabatan Agama Negeri Selangor?

Mohon dapat jelaskan kemusykilan saya.

Terima kasih.

message user image

Facebook, Youtube, Wahtapp, TG, IG yg kesemuanya Digital Platform  dibawah satu sayrikat kepunyaan Mark Zurkberge seorang Yayudi yg jelas menggunakkan hasil keutungan menjadi penyumbang terbesar kelada Yahudi Zionis musuh Islam yg jelas. 

Solaan.

Apakah kita juga bershubahat apabila menggunaakn produk2 diatas yg jelas menyumbang kepada keuntungan syarikat Yahudi itu dan digunakan beliau sebagai sumber keewangan kepada Yahudi Zionis?

Apa hukum mengikut Islam sedangkan ada platform seeprt Facebook yg dibngunkan oleh org Islam pakR IT dri Pakisatn 10 tabun dahulu?

message user image

Assalam,

Persoalan perniagaan Atomy telah terjawab. Bagaimana pula dengan pengguna Atomy. Adakah mereka juga perlu mengelakkan dari menggunakan produk Atomy?

Produk Atomy telah banyak memberi kesan positif kepada pengguna Atomy dari sudut kesihatan.

Mohon penjelasan tuan mufti, terima kasih.

 

 

message user image

Assalamualaikum... Saya ingin bertanya...

1.apakah sumber pendapatan saya halal@haram bilA bekerja di syarikat MCIS.

2. Diwaktu umur saya belasan tahun, saya telah memakan harta anak yatim.. Apakah cara saya boleh menebus dosa saya.

3. Di waktu muda, begitu banyak dosa saya terhadap orang lain ( yang tidak dikenali ), mencuri, menyamun, merompak, melakukan kekerasan, dadah dsb... Soalan : adakah cukup sekadar bertaubat..? Adakah semuanya memerlukan kemaafan dari pihak mangsa. 

 

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang hukum ibu susuan di mana saya telah mengambil seorang anak angkat perempuan pada bulan Oktober 2019. Sehingga kini saya masih mencuba untuk mengeluarkan susu dari badan saya tetapi masih belum keluar setitik air susu pun walaupun saya telah mendapat rawatan suntikan dan ubatan dari doktor pakar penyusuan.

Selain daripada itu, saya juga cuba untuk meminta bantuan adik perempuan suami saya untuk menyusukan anak angkat saya tetapi tetap gagal.

Ini menimbulkan kerisauan di hati saya kerana anak angkat saya akan genap 2 tahun bulan Oktober tahun ini. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya sudah berumur 46 tahun dan masih belum memiliki zuriat sendiri . Justeru itu saya dan suami sepakat mengambil anak angkat perempuan pada tahun 2019.

Saya benar-benar berharap pihak tuan/puan dapat membantu saya sekiranya ada cara lain untuk menjadikan anak saya sebagai mahram kepada suami saya apabila dia dewasa nanti.

Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya seorang mualaf yang berkahwin dengan isteri yang islam. Saya balik kampung kedua ibubapa kandung saya yang non muslim dengan membawa isteri saya. Tapi mentua saya memarahi saya atas tuduhan memakan di rumah keluarga saya sedangkan saya yang memasak dan menjaga segala makanan isteri saya termasuk menjaga kesucian dan halal makanan isteri saya. Soalan saya, adakah benar seorang individu muslim di larang makanan di rumah keluarganya yang non muslim?

message user image

Soalan: ASSALAMUALAIKUM. Harap saya guna saluran betul untuk utarakan kemusykilan saya. Soalan saya : apakah hukum seorang Muslim mempertahankan anjing? Baru-baru ni ada kes di mana anjing belaan menyerang bayi yang dibiarkan berjemur di pekarangan rumah. Saya menonton video tentang berita tersebut di YouTube dan ada segenlintir pengguna meninggalkan komen menyalahkan anjing tersebut. Saya menyatakan di situ bahawa anjing tersebut tak salah, yang salah adalah manusia yang tidak mengambil langkah keselamatan untuk mencegah. Kemudian, ada satu komen yang saya lihat menyatakan bahawa mempertahankan anjing adalah salah dalam Islam. Adakah tindakan saya salah? Minta pencerahan dan ayat Al-Quran & hadis jika ada. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum..saya ingin bertanya apakah hukum memakan binatang sembelihan orang berpahaman millah abraham..mohon penjelasan

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, apa lah hukum mereka, melukis serta membina tempat ibadah bukan islam spt altar dll

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya tinggal di kawasan perumahan di kedah. Satu hari saya mengambil sepokok anak benih pokok pisang yang ditanam di tepi jalan kawasan perumahan saya tanpa kebenaran sebab tidak tahu siapa tuan empunya pokok pisang tersebut. Yang saya tahu tanah tersebut milik pemaju atau tanah rizab(juga jauh dari kawasan rumah orang) dan dalam masa sama keadaan pokok pisang tersebut juga tidak diurus dengan baik ( menjadi tempat buang sisa batu binaan). Selepas tanam dan membiak dgn baik saya membuka sebuah kebun pisang menggunakan benih baka tersebut. Sekarang hati saya tidak tenang dan terasa berdosa sebab tidak meminta izin. Apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Baru2 ini saya ada membuat aktiviti di rumah anak yatim, dan saya telah terminum air hasil dari sumbangan yang patut diberikan kepada anak yatim. Apakah hukumnya dan bagaimanakah saya boleh menggantikan air tersebut?

message user image

Soalan: Bolehkah ibu saya yg berumur 86 tahun sewakan bilik di rumahnya kepada 2 lelaki muda yang bujang tetapi bukan mahram. Ibu tinggal sendirian dan rumah ade 2 bilik kosong

message user image

Soalan: Assalamualaikum, - Sulit dan persendirian - Saya seorang lelaki yang menghidapi penyakit gynecomastia atau pembesaran buah dada yang disebabkan oleh hormon estrogen berlebihan dalam diri sejak remaja. Sering kali sejak sekolah, walaupun saya seorang lelaki, tetapi saya sering terasa mendapat "gangguan seksual" apabila orang sekeliling meraba dada saya dengan secara sengaja dan juga mendapat ejekan - malah juga berlaku di tempat kerja juga sekarang. Semasa remaja saya juga berbadan agak besar mungkin menyebabkan perkara ini berlaku. Oleh itu, saya berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan harapan dapat mengecilkan dada secara semula jadi dengan teknik 'push-ups' dan bersenam selalu. Walaupun berat badan turun dengan drastik, malah saya rasa saiz kekal, malah lebih terserlah setelah kurus. Semenjak dulu lagi, situasi ini menimbulkan ketidaksenangan dalam diri saya secara mental sehingga saya sentiasa terasa murung (depression) dan risau (anxiety) terhadap persepsi orang ramai tentang diri saya. Saya makin kehilangan keyakinan dan terganggu dalam melakukan aktiviti harian di khalayak ramai. Kadang kala saya sentiasa menjauhkan diri dalam aktiviti sosial terumatanya aktiviti riadah/sukan bersama dengan memberi alasan yang banyak. Penyakit ini juga secara tidak langsung membuatkan saya kadang kala terasa bersendirian walaupun saya tahu rakan-rakan masih mahu berkawan dengan saya. Ini juga memberi tekanan kepada diri saya kerana ramai tertanya-tanya kenapa saya tidak pernah terlibat dalam sebarang perhubungan bersama seseorang (relationship) ataupun belum berkahwin. Saya sentiasa simpan rahsia ini kerana malu dan tidak berkayakinan. Selain itu, saya akan sentiasa memakai baju yang tebal, berlapis dan mebongkokkan badan saya dengan sengaja supaya dada tidak kelihatan orang sekeliling mahupun kenalan baik saya. Posture badan yang buruk ini dan tekanan mental yang berlarutan semenjak remaja ini telah menyebabkan penyakit kronik seperti migrain, stress, sakit tengkuk yang melampau akibat ketegangan otot dan TMJ (sakit rahang) berlaku pada diri saya secara tidak langsung. Dengan situasi yang saya alami selama ini, setelah memahami, pembedahan merupakan satu-satunya cara efektif untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut yang disebabkan oleh gynescomastia. Oleh itu, saya ingin bertayang - bolehkah / halalkah pembedahan dilakukan untuk membuang tisu berlebihan dalam bahagian dada saya atas dasar memulihkan keyakinan saya?

message user image

Soalan: Apakah hukum nya, jika kita tanam tanaman buah2an dan sayur2 an di atas tanah kerajaan dan bukan tanah milik kita? Hasil tanaman pula di berikan kepada jiran2 dan sahabat2 terdekat. Harap dapat terjawab kemusyikilan dari saya ini. Waallahualam.

message user image

Soalan: Sy ada nak tanya 1 soalan pasal timbangan.. Adakah bersalah kalau sy letak simbol (±1kg) dlm sesuatu barangan? Walhal berat nya dalam anggaran 930g-1.1kg. Apa maksud dengan simbol ±? Bantu sy dlm hal ni kerana sy risau dan takut pasal timbangan. Dan kalau ia bersalah dan apa solusi yang sepatutnya saya lakukan? Mohon pencerahan.

message user image

Soalan: Masa muda dahulu saya ada ambik barang dari pejabat. Skrg timbul penyesalannya. Nak pulang dan bayar balik company dah dututup. Bagaimana cara saya nak menebus balik kesalahan supaya tidak dituntut diakhirat kelak. Saya risau memikirkannya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz..saya nak tanya..semalam ada seorang kawan saya ni dia cakap sama saya..dia nak saya berubah jadi lebih baik dia nak saya jaga solat 5waktu tapi saya terfikir juga mahu solat sebab dia cakap begitu kat saya,tapi ada kah itu saya berubah kerana manusia ustaz? 1lagi soalan saya ustaz ada kah itu hidayah yang Allah hantar untuk saya? Tolong jawab ya ustaz..terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Ada orang memberitahu kepada saya bahawa inai di jari dan tangan hanya boleh diperlihatkan kepada suami. Dan jika memakai inai ketika majlis sanding, pengantin perempuan tersebut perlu memakai sarung tangan kerana inai dikira perhiasan untuk suami sahaja. Adakah benar? Dan apakah hukum memakai inai di tangan dan jari bagi perempuan ketika majlis sanding dan dilihat oleh orang ramai? Terima kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukumnya seseorang lelaki mendapatkan rawatan urut daripada seorang wanita bukan muhrim dengan tujuan mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya

message user image

Soalan: Ada perkara yang sangat menggangu saya.Sewaktu saya sambung belajar semasa bekerja, saya ada menggunakan data jabatan. Pada waktu itu, data yang perlu di gunakan perlu di mohon secara rasmi dan percuma. Tapi menjadi kebiasaan staf yg sambung belajar untuk ambil dulu sebelum terima kelulusan kerana kelulusan ambil masa. Isunya setelah 6 bulan saya tidak menerima apa2 maklumbalas. Bila semak saya dapati surat saya terlepas pandang dan tidak di proses. Semasa saya followup tersebut, pengurusan telah bertukar dan pengurusan baru suruh bayar.Isu bayar tiada masalah kerana dibayar oleh universiti. Pembayaran juga mengambil masa agak lama dan saya memang tidak ambil tahu sangat kerana saya dah dapat pun data.Cuma isunya, saya ada menukar data kerana dalam tempoh saya belajar ada pindaan pada projek saya. Yang menjadi kerisauan saya, adakah tidak halal data yang saya gunakan kerana berbeza dengan yang dibayar atau takut yang dibayar kurang nilainya dari sepatutnya.Atau jika saya sepatutnya memang tak perlu bayar Kerana semasa saya memohon data itu sepatutnya percuma tetapi disebabkan pegawai yang tidak proses menyebabkan pengurusan bertukar dan saya perlu bayar pula?Dan jika saya di anggap berhutang kerana perbezaan bayaran pada data yang saya guna dan data yang dibayar (jika ada) bagaimana cara untuk saya membayar semula dengan cara lain? Ada kah melalui sedekah? Saya telah selesai belajar dan tidak boleh membuat bayaran lagi melalui universiti atau jabatan kerana tidak ada saluran utk Pembayaran itu setelah tamat belajar.Perkara ini mebuat saya sangat runsing kerana saya risau hutang tidak langsai.

message user image

Soalan: saya ingin bertanya, apakah hukumnya dan apa perlu dilakukan jika seseorang bersumpah atas nama Allah swt, untuk melindungi dari musibah yang bakal berlaku.contohnya pengadu bersumpah kerana tidak mengaku mengadu sesuatu kes (ditanya oleh pelaku zalim dan orang sekeliling) kerana bimbang akan dizalimi atau lebih teruk dibunuh..terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum mufti. Saya ingin bertanya, apakah hukum mewarnakan rambut dengan niat suka suka ? Bukan kerana uban. (pewarna rambut yang digunakan adalah pewarna rambut yang disahkan halal oleh jakim / inai rambut) Harap mufti dapat menyelesaikan kekeliruan saya. Terima kasih

message user image

Soalan: saya nak tanya " suami saya suka melayan whatsapp dengan beberapa wanita lain. bercakap tentang sayang, rindu nanti nak kahwin la. Bila saya terbaca saya tanya suami dia cakap saja2 main2 jer. Bukan jumpa pun cuma whatsapp jer. Suami saya cakap tak berdosa. Soalan saya berdosa ke dia buat perkara ini. Terima Kasihh

message user image

Soalan: Assalamualailum... Persoalan saya, boleh ke meletakkan perkataan bahasa Arab di setiap anak tangga, sedangkan tangga tempat naik turun, melangkah perkataan bahasa arab di setiap anak tangga, pada fikiran saya memang tidak berdosa, tapi adab kita dengan ilmu, melangkah perkataan bahasa arab. Bahasa arab adalah bahasa Al Quran dan bahasa Syurga.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang hukum memiliki patung bagi orang dewasa. Patung disini bukanlah merujuk kepada patung patung manusia tetapi character patung di dalam filem. Sebagai contoh, patung iron man dan juga buzz lightyear dari cerita kanak kanak toy story. Adakah dibenarkan dalam islam untuk orang dewasa memiliki patung seperti itu? Saya mempunyai patung tersebut kerana saya suka watak patung tersebut dan saya suka akan cahaya lampu daripada patung tersebut. Mohon soalan saya dijawab oleh pihak tuan/puan dan terima kasih atas respon.

message user image

Soalan: Assalammualaikum wbt. Tuan,Saya ingiin luahkan kepada Panel. Hal ini berlaku lebih 24 tahun dulu sewaktu usia saya awal 20-an. Saya kerap menyewa video tape dari sebuah kedai video di kawasan rumah saya. Antaranya video gusti dan pornografi. Saya pernah tidak memulangkan beberapa video tape yang disewa dan sengaja mengambil barang tersebut atau mencuri daripada pemilik kedai itu yang berketurunan India dan beragama Hindhu. Kini, saya telah lama tidak menyimpan video tape yang diambil tanpa izin itu dan telah lama dibuang. Saya menyesal atas perbuatan itu dan ingin bertaubat kepada Allah SWT atas dosa-dosa itu. Malangnya, kedai tersebut telah lama tutup dan saya tidak mengetahui dimana pemilik kedai itu berada sekarang ini. Saya tidak dapat untuk memohon maaf kepada pemilik kedai itu kerana mengambil barang tersebut. Dalam situasi ini, apakah saranan Tuan yang boleh saya lakukakan untuk mengharapkan keampunan daripada Allah Taala. Kedai itu tutup apabila VCD diperkenalkan dan selepas itu saya tidak pula terbuka hati untuk memulangkan barang yang telah diambil itu. Saya amat mengharapkan jawapan balas daripada Panel dalam perkara ini.

message user image

Soalan: Salam. Saya ingin bertanya, apakah hukum makan ikan mentah?

message user image

Soalan: Assalammualaikum Datuk Mufti, Saya nak tanya 1 soalan..Saya dah berumah tangga gampir 10 tahun.Dari mula nikah hingga sekarang isteri sering datang haid tidak teratur,dan kadang2 tu masa kedatangan terlalu panjang dan kerap berulang dlm bln yg sama,kadang ada masa ianya tidak meleleh keluar pun cuma darah ada didalam lubang faraj..keadaan ini mnyukarkan hubungan intim antara saya dan isteri..Soalan saya...BOLEHKAH SAYA MAIN BIJI KELENTIK ISTERI SAYA HINGGA DIA KLIMAKS (KELUAR MANI) ERTI KATA LAIN MELAKUKAN ONANI TERHADAP ISTERI KETIKA DALAM HAID..sebab dari segi pengetahuan saya cuma jimak (memasukan zakar ke dalam lubang faraj isteri ja tidak boleh ketika haid). Minta tolong Datuk mufti terangkan hukum dan perbetulkan jika saya tersilap.Terimakasih.

message user image

Soalan: Assalammualaikum..Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Mufti Selangor kerana telah menyediakan "platform" Soal Jawap Agama untuk kami mendapatkan pencerahan daripada pihak yang lebih arif. Saya mempunyai soalan seperti di bawah: 1. Adakah seseorang lelaki dibenarkan berkahwin jika tidak mempunyai sebarang pekerjaan ataupun usaha untuk mencari pekerjaan untuk memberi nafkah kepada bakal isteri? 2. Berdasarkan soalan nombor 1, segala kelengkapan beliau dan bakal isteri, kami (adik & isteri) terpaksa tanggung. Memandangkan keadaan ekonomi sekarang tidak menentu, amatlah terbeban kepada kami berdua untuk menanggung segalanya. Perbelanjaan adalah seperti berikut : - Rumah : RM2,800 - Maintenance rumah : RM350 - Electric : RM450 - Bil air : RM50 - Kelengkapan rumah : fully furnished - Astro full : RM190 - Coway : RM179 #Total sebulan : RM 4,019 (setiap bulan)# Kami ada meminta beliau membayar sekurang-kurangnya bil elektrik tetapi beliau tidak mahu berbuat demikian. Ibu juga menuduh kami sebagai adik & adik ipar yang derhaka kerana berbuat demikian dan menganggap kami seorang yang berkira. 3. Sekarang kami terpaksa keluar dari rumah sendiri menyewa di rumah yang lain kerana hendak menjaga aurat seorang isteri. Adakah kami dikira berdosa? 4. Apakah cara yang sesuai yang kami perlu lakukan untuk meminta abang membayar sekurang-kurangnya utk nafkah bakal isteri beliau dimana mereka bakal berkahwin hujung minggu ini?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Ustaz, Bolehkah jika saya bertanya, apa hukum taaruf dengan ramai calon sekaligus?(Penjelasan/soalan lanjut seperti di bawah..) 1) Ini untuk platform jodoh online seperti Baitul Muslim, Baitul Jannah, Till Jannah, dan lain 2. Disebabkan kita ada beberapa pilihan, dan semua di situ kemungkinan mesej serentak, jadi tidak salah untuk kita berkenalan dengan semua dahulu, membuat keputusan selepas kita puas hati, dengan kriteria yg dia penuhi dan jawapan2 mereka....? Kerana tidak mungkin kita boleh hold seorang calon dahulu, kerana kita sedang berkenalan dengan calon lain (A), walhal tak sure calon A melengkapi ciri2 kita atau tidak. >> Apa yang kawan saya beritahu, kita tidak boleh taaruf ramai orang dalam satu masa (ini utk konsep taaruf yg tukar borang atau traditional way) kerana menzalimi katanya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin memohon sedikit pencerahan tentang permasalahan rakan saya. Terdetiknya hati saya bertanya di forum ini adalah atas rasa simpati saya padanya yang benar-benar ingin bertaubat. Dan meminta agar identitinya dirahsiakan. Dahulu, rakan saya pernah melakukan kesalahan mencabul kehormatan. Kesalahan itu dilakukan pada wanita yang tidak kenalinya. Dalam erti kata lain, penganiayaan terhadap wanita tersebut. Tetapi kini, dia telah bertaubat dengan taubat nasuha dan sedang dalam usaha membersihkan jiwa serta sering mendekatkan diri pada Allah. Apakah yang perlu dilakukan oleh rakan saya bagi menghapuskan dosa lalu atas kesalahan mencabul itu?Adakah dia hanya perlu bertaubat nasuha kerana percaya bahawa Allah menutupi aibnya? Adakah dia perlu memohon maaf kepada wanita yang pernah dicabulnya? Sekiranya dia gagal bertemu dengan wanita yang pernah dicabulnya dahulu kerana tidak mengetahui lokasi mereka, apakah yang perlu dia lakukan? apakah dia menanggung dosa yang besar walaupun setelah bertaubat nasuha? Apakah cara baginya untuk menyucikan dirinya dari dosa silam itu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum..saya nak bertanya tentang cara cara tanam anggota badan yang dipotong akibat kencing manis..adakah cara tanam itu perlu mengikut kaedah islam..ataupun hanya sekadar tanam di dalam tanah sahaja..mohon pencerahan dari tuan..terima kasih.

message user image

Soalan: Salam tuan mufti,Saya ingin bertanya mengenai hukum menonton kartun ataupun anime.Hal ini kerana saya berfikir bahawa ia tetap haram kerana menonjolkan aurat dan menunjukkan bahawa setiap karakter menjalani gaya hidup bebas yang sememangnya bertentangan dengan akidah Islam.Sebahagian jalan cerita kartun atau anime tersebut juga mengandungi adegan dimana mereka patah hati,bercinta,warnakan rambut dan kita sebagai seoramg Islam seharusnya mengelakkan perkara sebegitu dan membencinya.Jadi adakah hukumnya haram.

message user image

Soalan: Banyak orang viral cerita perbualan Nabi Musa dgn Allah mengenai kelebihan ibadah sedekah berbanding ibadah lain. Persoalan saya adakah cerita ni berdasarkan hadis? Ni salah satu contoh viral tersebut https://umma.id/article/share/en/1017/568911

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Mohon pencerahan n perkongsian ilmu dari ustaz. Ada berdosa seseorang wanita bujang/berkahwin memperlihatkan wajahnya dgn bersolek/bermekap d laman sosial dgn niat utk melariskan perniagaan (kosmetik)? Seandainya wanita berkenaan telah berkahwin, adakah suaminya berdosa disebabkan isterinya memperlihatkan wajahnya utk tatapan umum dgn niat melariskan jualan produk kosmetik berkenaan.

message user image

Soalan: Apakah hukum saya memaafkan seorang ni tapi saya tak mahu lagi bercakap dengan dia sebab dia dah calarkan maruah saya depan orang ramai?dan kami dah tak bercakap nak masuk 2 tahun,jadi adakah saya ni dikira kafir?

message user image

Soalan: Assalamulaikum Tuan Mufti, izinkan saya bertanya. Saya tidak mahu kucing betina saya beranak kerana bulu kucing yang terlalu banyak daripada anak-anak kucing menyebabkan saya semput. Apakah hukum memandulkan kucing saya? Terima kasih

message user image

Soalan: 1) apakah hukum melakukan pembedahan mayat bagi pesakit covid 19? adakah ianya suatu keharusan? dan bagaimana kalau yang ada hanyalah mayat seorang muslim? 2) adakah melakukan pembedahan mayat ke atas mayat covid 19 ini merupakan suatu (dhoruriyat) di malaysia? saya ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan hal ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: assalamualaikum tuan..apakah yg sya kena buat untuk menghadapi isteri yg baran selain itu isteri sya sllu menjadikan suatu masalah kecil sehingga menjadikan keadaan menjadi keruh ..sya juga selalu direndahkan serta dihina..mohon pandangan dari tuan ...Tkasih

message user image

Soalan: Apakah hukum beegambar atau berselfie di tanah perkuburan

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti, sejak akhir akhir ini, umat manusia sekarang ini sedang dilanda wabak penyakit yang dikenali sebagai covid 19, semua orang diperintahkan duduk di rumah, pada masa yang sama ramai yang telah dibuang kerja dan tidak mendpatkan pekerjaan yang terbaik, oleh itu sebahagian orang mulai sedar bahawa dengan bermain game boleh mendatangkan hasil yang lumayan, contohnya seperti menjadi content creator (youtuber) atau menjadi streamer....oleh yang demikian, para streamer ini akan bermain game secara live dan hasilnya mereka akan dibayar atau menerima wang daripada penonton yang melihat kelagat dan hiburan yang diberikan oleh streamer.......soalannya...apakah hukum memberi dan menerima bintang( star) ketika streaming di facebook

message user image

Soalan: Kami pernah bersentuhan tetapi bukan melakukan seks. Dia berjanji untuk berkahwin dengan saya tetapi dia meninggalkan saya dengan tiba² kerana jauh tempat tinggal selepas dapat kerja di negeri lain. Dia tidak meminta maaf sehingga sekarang dan tidak memberi respon chat dan call. Lepas dia pergi, saya dah buat solat sunat taubat dan berjanji takkan ulang lagi kesalahan yang sama. Tapi kejadian tu selalu saya fikirkan dan malu. Perlu ke saya maafkan dia? Sedangkan dia yang mulakan dulu, dan saya melayan tapi kena tinggal. Dia juga adalah abg kepada rakan baik saya. Apa perlu saya buat?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Jika terdapat makanan yang sudah bermalam (semalam punya) tapi masih elok dan boleh dimakan, patutkah ia dibuang kerana orang selalu cakap makanan yang bermalam tak elok dimakan. Yang manakah patut saya ikut.buang atau makan sahaja makanan tersebut sebab membazir tu kan amalan syaitan

message user image

Assalamualaikum Wbt. Saya ada satu kemusykilan untuk ditanyakan pada pihak tuan. Apakah hukum menggunakan shampoo herba yang boleh menghitamkan semula rambut beruban. Apakah hukumnya sama seperti mewarnakan rambut.  Sepanjang pengetahuan saya, mewarnakan rambut dengan warna hitam adalah dilarang dalam islam. Bagaimana pula jika menggunakan shampoo yang boleh menghitamkan rambut beruban. Harap pihak tuan dapat menjawab soalan saya dengan kadar segera.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apa hukum anak sedekah kepada orang miskin tanpa pengetahuan ibubapa. Terima kasih

message user image

Soalan: Saya akan mengadakan majlis aqiqah buat anak lelaki saya. Bolehkah seekor dari kambing itu dimasak secara golek/dibuat kambing golek untuk majlis aqiqah? Terima kasih

message user image

Soalan: Salam Ustaz. Adik saya mengalami keguguran yang berusia lebih kurang 7 minggu pada sebelah malam. Beliau tidak tahu apa yang perlu dibuat pada ketika itu. Beliau telah meminta Suaminya untuk mendapatkan pandangan atau carian di Internet berkaitan hal tersebut. Namun, Suaminya telah meminta beliau membuangnya terus ke dalam tandas seperti kedua-duanya (Suami Isteri) juga tidak mempunyai pengetahuan berkaitan pengurusan keguguran janin. Akhirnya, mereka telah menguruskan janin tersebut dengan cara yang salah dengan membuangnya masuk dalam lubang bilik air. Ini sangat beliau sesalkan. Apa yang patut beliau lakukan sekarang? Boleh Ustaz bantu untuk mengurangkan kekusutan yang dialami dan dapat membantu menenangkan jiwa dan perasaan beliau? Suaminya turut berasa kesal dengan perkara tersebut kerana ceteknya pengalaman berhubung pengurusan keguguran janin di awal kehamilan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum.Soalan saya bolehkah sekiranya saya ingin menggunakan tanah terbiar seperti di hutan,kawasan berbukit dan ditepian laut yang tidak dimiliki sesiapa untuk tujuan menanam pokok dan tidak berniat untuk penanaman secara besar-besaran. Gusar sekiranya saya mengambil hasil dari sumber yang tidak sepatutnya.Terima Kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum. 2 hari lepas, saya ada membeli syelek utk mengecat pintu rumah. Selepas selesai mengecat, baru disedari syelek yang saya beli, dilabelkan 'non halal'. Tapi, saya tak pasti apakah bahan yang digunakan sehingga produk tersebut dilabelkan 'non halal'. Mungkin alkohol atau babi? Soalan saya: 1. Apakah hukum saya menggunakan produk 'non halal' tanpa disengajakan? 2. Apakah yang perlu saya lakukan terhadap pintu yang telah saya cat dengan produk 'non halal' tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya mempunyai 2 org anak perempuan masing2 berumur 26 dan 22 tahun. Bila saya bercakap isu tentang perkara2 tidak baik/kesilapan yg dilakukan oleh anak2 terhadap ibu bapa mereka sering akan menjawab 'anak2 tidak minta pun dilahirkan' seolah2 menjadi satu kesalahan pada ibu bapa melahirkan anak2 mereka dan kadang2 saya sgt berkecil hati dgn jawapan mereka itu. Saya ingin memohon bantuan apakah kenyataan yg tepat yg perlu saya jawab bagi soalan seperti itu...Terima kasih ustaz/ustazah

message user image

Soalan: Bolehkah kita membina kepok nisan dan batu nisan di kubur?

message user image

Pertanyaan: Apakah hukuman menjalankan rawatan PRP untuk muka?

message user image

Pertanyaan: Assalamualaikum. Saya ada abang yang ikuti ajaran Nur Mutiara Makrifatullah dari Sulawesi Selatan,Indonesia.Dah setahun lebih dia terlibat.Dia dan isterinya tidak makan benda berdarah,hanya makan buah dan sayur saja.Katanya utk tujuan penyucian diri.Ramai juga ahlinya di Malaysia.Cawangan akn dibuka di Johor dan Selangor(Ulu Yam).Ada yang wakafkan tanah utk bina pondok.Ahli diMalaysia sedang bekerja kuat kutip dana pembinaan termasuk abang saya.Dia antara 7 orang AJK tertinggi yang dilantik untk uruskan kutipan dana.Sebagai AJK tertinggi dia perlu dapatkan dana rm35 ribu seorang.Dia ingin menjual 2 bidang tanah sawah pusaka bahagiannya dan meminta saya membelinya.Wang itu semuanya untuk infaq kpd pertubuhan tsb.Dia mendakwa telah sampai maqam makrifatullah dan tidak perlukan lagi harta dunia.Umurnya lebih 70 tahun.saya bimbang ajaran yang diikutinya terpesong dari akidah dan wang jualan tanahnya akan hangus begitu saja.Dia bersama ahli Malaysia pernah berkunjung ke pondok Yayasan Nur Mutiara Makrifatullah di Sulawesi pada awal tahun 2020.Sekarang bagaimanakah cara saya nk terangkan kepadanya ajaran itu agak meragukan.Perlukah saya membeli tanahnya dan bayar RM35 ribu spt yang diminta? T.kasih atas perhatian dn jawapan tuan.

message user image

Assalamualaikum WBT, Saya ingin bertanya, adakah berdosa kita melangkah makanan pemberian jiran kerana takut dan was-was makanan yang dihantar telah disihir? Tujuan melangkah makanan adalah untuk membatalkan sihir. Apa perlu dilakukan sekiranya kita berasa ragu-ragu untuk makan makanan / barang pemberian dari jiran? Bagaimana cara untuk kita menasihati seseorang supaya tidak terus berprasangka buruk terharap orang lain kerana takut disihir. Terima kasih pihak mufti, semoga tuan dapat menjawab persoalan

message user image

Soalan: Bapa saya telah meninggal dunia pada tahun 1998 dan meninggal sebuah rumah.Pada tahun 2003, rumah ini telah ditukar kepada nama ibu saya setelah nenek saya (ibu kpd arwah bapa saya) menyerahkan bhg dia kpd ibu saya padatahun 2004,kakak ipar saya telah meminjamkan wang kepada mak saya untuk membuat renovation pada rumah tersebut. pada tahun 2009, saya telah membeli rumah ini & duit jualan tersebut mak saya telah tolak hutang kakak ipar dan selebihnya diagihkan mengikut kaedah faraid.. 1 bhg mak, baki dibhg kpd anak2 (2bhg lelaki, 1 bhg perempuan). soalan saya, adakah betul hutang kakak ipar itu ditolak dr jumlah jualan rumah tersebut? sebab pinjaman itu dibuat selepas arwah bapa saya meninggal.

message user image

Soalan: Assalamualaikum... Adik lelaki saya berniaga bersama adik ipar perempuan dan mereka pergi dan balik berniaga bersama2 satu kereta bersama seorg pekerja lelaki...apakah hukumnya berniaga bersama adik ipar? Ada yang beritahu hukumnya haram...mohon penjelasan...Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya suka membuka tingkap semasa tidur malam kerana inginkan udara segar. Soalan saya : 1. Adakah hukum nya membuka tingkap semasa tidur malam? 2. Bagaimana kalau saya menutup dengan langsir saja tapi tingkap masih terbuka? Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam. Apakah hukum jika suami sering mengugut isteri jika berlaku salah faham? Si suami akan sering mengugut isteri akan masuk neraka kerana tidak meminta maaf sedangkan isteri tidak bersalah. Si suami seorang yang panas baran dan suka mental torture isteri. Saya sebagai isteri rasa tertekan dengan banyak perkara. Kadang-kadang nak bertanya soalan kepada suami pun jadi tidak berani kerana khuatir dia akan marah. Saya banyak memendam rasa. Tapi kadang kala saya tidak dapat menahan diri untuk membalas semula kata-katanya. Saya sangat stress dengan suami saya. Dia suka menggunakan agama untuk mengugut saya. Kadang kala terdetik juga di hati saya apakah islam itu kejam? Jika isteri buat salah, akan terus masuk neraka. Jika isteri membalas kata suami, terus masuk neraka. Begitukah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Suami saya telah bernkah lagi dengan seorang gadis 2 tahun lepas tanpa pengetahuan saya. Suami pernah memberitahu sejarah hitam gadis itu. Saya telah kongsi masalah dengan seorang kawan baik .Oleh kerana semua kenalan kenal suami seorang yang baik dan bertanggungjawab , demi menjaga maruah suami , saya memberitahu sejarah hitam gadis itu dan mengapa suami mengahwininyai. Adakah ia dianggap ghibah dalam islam? Kerana mendedahkan rahsia seseorang? Kalau Ya apa yang harus saya lakukan? Untuk mendapat keampunan dan keredhaan Allah.

message user image

Soalan: Adakah rice vinegar halal?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ..Saya bapa kepada anak istimewa yang sudah mencecah 16 tahun dan masih belum dikhatankan. Anak saya ada syndrome hyportonia. Anak masih terlantar. Tidak boleh menguruskan diri sendiri. Soalan saya, masih wajib kah saya menyunatkan anak saya ini?

message user image

Soalan: Asssalamualaikum... Mohon tolong jawab soalan ini kerana saya amat keliru..1. Apakah hukum mendownload lagu online tetapi bukan bertujuan untuk menjual hanya tujuan untuk didengarkan oleh diri sendiri sahaja. 2. Apakah hukum menonton drama korea selagi tidak terpengaruh, tidak lalai dan hanya menonton secara hiburan tanpa ketagih? Kerana drama ini bukan drama orang islam. Boleh jika saya terus menonton selagi tidak terpesong atau meninggalkan perintah tuhan??? 3. Apakah hukum menonton sesuatu cerita atau drama daripada website yang illegal non-muslim?? Tidak berbayar dan percuma?? Website nya orang bukan islam jadi apa hukumnya????

message user image

Soalan: Saya belajar di asrama di korea..jadi makanan disediakan..Saya tidak tahu adakah ayam itu disembelih dengan nama Allah atau bukan...jadi apa hukumnya makan

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. Apakah hukum bersentuhan/melihatkan aurat di antara sepupu lelaki ayah dengan saya? Adakah saya dikira mahram dan boleh bersalaman dengan sepupu lelaki ayah saya? Contohnya, saya dengan Pak Teh saya iaitu anak lelaki kepada Tok Busu (adik Atok saya).

message user image

Soalan: Assalamualaikum....apakah hukumnya seseorang muslim memberikan ucap selamat kpd penganut kristian seperti 'merry chirstmas to you'...mohon penjelasan..

message user image

Soalan: Salam...saya nak bertanya...adakah sahih hadis yang tengah panas sekarang di platform media sosial yang berbunyi. Apa yang lebih najis daripada air liur anjing ya rasulullah maka rasullulah menjawab "Wanita yang berkata kasar"...Harap pihak tuan/puan dapat menjawab soalan saya dengan baik....terima kasih

message user image

Soalan: Ikan bandaraya ialah ikan yang berasal dari sungai Amazon dan dilihat semakin berkembang pesat dalam perairan negeri kita . Jadi apakah hukumnya kita membunuh ikan bandaraya ini yang banyak merosakkan ekosistem perairan dan seandainya boleh, bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita membunuhnya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum,apakah hukum menyebarkan berita palsu tanpa sengaja?baru tahu tentnag kesahihan berita tersebut sellepas menyebarkn berita. Apakah cara untuk bertaubat dari dosa ini? adakah perlu minta maaf kepada org tersebut? mohon penjelasan ustaz/ustazah kerana saya takut dengan dosa kaita dengan manusia.. Terima kasih.

message user image

Assalamu'alaikum, apakah hukum menyediakan perkhidmatan katering dan berkaitan seperti khemah dan kerusi meja untuk kaum bukan Islam di rumah kediaman atau pejabat mereka sempena sambutan hari perayaan kaum/agama mereka?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya hendak bertanya tentang hukum tanam kening (hair transplant). Adakah jika saya buat treatment itu adakah ia haram? Ini kerana saya selalu menjadi bahan lawak, diketawakan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan kerana kening saya yang tidak jelas kelihatan (sangat nipis dan jarang). Mohon mufti dapat menjawab soalan ni. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Apa hukum meletakkan nama Arwah ayah saya pada kad jemputan majlis kahwin?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti, saya kerap menangkap cicak yang masih hidup dan memberikannya kepada kucing saya. Kucing saya akan bermain dengan cicak itu. Selepas kucing saya puas bermain, saya akan membunuh cicak itu. Apakah hukum saya menangkap dan memberikan cicak itu untuk kucing saya bermain? Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya..Adakah rezeki halal yg kita perolehi akan bertukar menjadi rezeki yang syubhah jika kita tidak melaksanakan solat??

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya hendak tanya apakah hukum memakai baju bercorak "snoopy". Saya difahamkan bahawa watak kartun snoopy merupakan seekor anjing.

message user image

Soalan: Adekah dibenarkan dalam islam untuk suami atau isteri yang tinggal berjauhan atas sesuatu urusan, untuk memuaskan nafsu masing2 (mengeluarkan air mani dengan tangan sendiri) sambil melihat video atau gambar pasangan?

message user image

Soalan: Salam boleh kah saya tahu hukum melunturkan warna rambut(bleaching) dengan niat untuk berhias bukan untuk tunjuk kepada orang lain. Saya masih menutup aurat saya harap persoalan saya dapat dijawap. Terima kasih.

message user image

Soalan: Jaket kulit yg dibuat daripada kulit babi dan telah disamak adakah boleh digunakan untuk pakaian .

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya hendak bertanya, sejauh manakah tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak mereka yang sudah akil baligh dan berumur 20 tahun tetapi masih bujang, adakah masih lagi menjadi tanggungjawab ibu bapa yang telah tua jika anak tersebut belum mendirikan rumah tangga?

message user image

Soalan: Bolehkah perempuan yang berdahi luas menanam rambut dibahagian dahi yang tiada rambut.

message user image

Assalamualaikum, saya ada persoalan yang bermain di fikiran.

Jika kita berniaga, boleh kah kita kongsikan gambar testimoni pelanggan yang terbuka auratnya bagi wanita muslim?

Dan, boleh kah kita kongsikan gambar testimoni pelanggan wanita yang bukan muslim?

Maksud terbuka aurat di sini ialah tidak berhijab. Apa hukum nya?

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca dan jawab persoalan ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati mu. Aamin. 

message user image

Assalamualaikum SS Mufti dan para panel sekalian.

Saya bekerja sendiri dan berniaga di rumah. Boleh dikatakan 80% masa saya adalah di rumah bekerja dan berniaga secara atas talian sambil menguruskan rumah dan anak. 20% lagi biasanya saya keluar untuk bertemu client.

Isteri saya pula bertugas sebagai seorang guru KPM di sekolah menengah kerajaan.

Alhamdulillah walaupon bekerja sendiri dan berniaga di rumah saya masih mampu untuk menanggung nafkah keluarga. Tapi kadang-kadang ada juga la isteri saya bantu kewangan sikit-sikit.

Persoalan saya:

Apa hukum dan pandangan Islam khususnya dari sudut undang-undang keluarga Islam berkenaan isteri saya keluar bekerja sebagai pendidik sedangkan saya hanya bekerja di rumah sambil menguruskan rumah dan anak?

Adakah perbuatan kami bersalahan dengan fitrah keluarga Islam?

message user image

maafkan saya , saya nak tanya kalau pokok tumbuh dengan sangat subur di atas sebuah kubur .. apa maknanya ye??

message user image

Assalamualaikum dan tumpang bertanya,

 

SITUASI: Seorang suami hilang pekerjaan dan tiada pendapatan sejak Covid 19 melanda negara ini. Walaubagaimanapun isterinya bekerja dan menerima gaji bulanan melebihi RM4000.00 sebulan.

SOALAN: Adakah suami, kerana tiada apa-apa pendapatan, layak menerima fidyah puasa berbentuk wang sekiranya ada sumbangan daripada orang lain (bukan isterinya)?

 

Sekian, terima kasih.

message user image

Salam tuan .. saya merupakan seorang guru sekolah rendah ... saya ada menyimpan buku-buku latihan anak murid saya ... oleh kerana terlalu lama saya simpan sehingga saya pun telah berpindah sekolah dan anak-anak murid saya pun sudah ke sekolah menengah dan ada yang terputus hubungan ... saya mahu memulangkan semua buku tersebut tetapi terlalu banyak dan tidak pasti alamat terkini bekas murid-murid saya itu ... adakah saya boleh menjual semua buku itu di tempat kitar semula dan hasil wang penjualan itu saya  sedekah ke mana-mana tempat berkenaan dan saya niatkan pahala untuk mereka ? Atau saya terpaksa juga cari seorang demi seorang bekas anak murid untuk diserahkan buku-buku itu ? Saya risau kerana atas sebab amanah dan hukum halal dan haram ... terima kasih ..

message user image

Salam ,saya baru pertama kali beli ubat gigi dan vit c dari atomy,nak tanya boleh ke saya terus menggunakannya? Sekiranya  kotak tersebut ada tanda halal

message user image

Assalamualaikum

 

Saya mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Adakah saya berdosa atau tidak adil dan apakah hukumnya jika saya menghadiahkan rumah kepada anak perempuan saya semasa saya masih hidup (hadiah/hibah).

Saya hadiahkan rumah kepada anak perempuan kerana menjaga kebajikannya,  berbanding anak lelaki yang lebih stabil dari sudut kewangan dan kerjaya.

 

Terima kasih.

message user image

Assalammualaikum

Apakah pansangan dan hukum lucid dream dalam Islam?

Lucid dream adalah mimpi yang mampu dikawal dan sedar bahawa ianya mimpi

Apakah hukum melatih diri untuk mendapat dan mengawal lucid dream?

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum tuan/puan/encik/cik yang dihormati sekalian. Saya ada persoalan mengenai apakah hukum mempercayai berita telah lahirnya pemuda Palestine yang akan dibunuh dajjal seperti yang diuar-uarkan oleh pendakwah Indonesia dan Timur Tengah? Adakah perkara tersebut sahih dan bolehkah saya mempercayainya? 

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang hukum jika saya terbeli essential oil diffuser berbentuk haiwan ( burung hantu). Diffuser yang dinyatakan adalah Young Living essential oil Owl diffuser. Adakah hukumnya haram?

Diffuser ni semakin meluas digunakan oleh semua rakyat malaysia terutama yg beragama islam. Adalah sangat penting untuk saya mendapatkan maklumbalas dari pihak tuan.

Terima kasih.

Rozana

message user image

Assalamualaikum tuan, puan, saya ingin bertanya tentang pekerjaan penghantaran barang. Kerja tersebut hendaklah menghantar barang ke sesuatu destinasi dengan menaiki kereta melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan. Apakah hukum pekerjaan tersebut berdua dengan lelaki walaupun tidak melakukan apa apa perbuatan yang mungkar hanya niat di hati untuk menghantar barang sahaja. Mohon pencerahan, terima kasih

message user image

Assalamulalaikum. Mohon pencerahan:

1. Apakah hukum kalau tidak membayar saman kereta? Adakah ia dikira hutang dunia?

2. Bagaimana kalau saman yang dikeluarkan dianggap sebagai menganiaya? Sebagai contoh, saya park kereta di bukan tempat letak kereta, tetapi tidak sampai mengganggu lalulintas kenderaan lain.

Terima kasih

 

 

message user image

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bagaimana kalau seorang Budak Perempuan yang berusia 10 tahun yang tidak BerSunat lagi meninggal dunia …

Apakah HUKUM dari segi Agama Islam❓

message user image

Sy ingin brtanya tentang isteri Nabi zainab binti jahsy. Sy ada trbaca beliau brkahwin dgn ank angkat nabi sbelum brkahwin dgn Nabi. Dr pembacaan sy, beliau tidak serasi dgn Zaid dan Zaid selalu mengadu pd Nabi. Boleh sy tahu, adakah beliau seolah2 tidak menghormati Zaid sebagai suami atau apa ya. Kalau boleh, ceritakan juga pernikahan beliau dgn Nabi. Demi Allah sy tiada niat memburukkan ummahtul mukminin dan sy tahu beliau dan keluarga dan sahabat nabi trgolong dalam golongan manusia yg mulia cuma sy ingin penjelasan. Sumber dalam internet sangat terhad. Kalau boleh, bg rujukan juga untuk sy baca lebih lanjut. Sy ada baca haritu dr page ni tentang pencerahan cemburu Aishah r.a trhadap khadijah dan info sgt2 mmbantu. Teruskan usaha baik sbb masih ramai org yang seperti sy tercari2 maklumat yg sahih. Byk soalan sy nak tanya tp nantilah. Terima kasih pd yg menjawab

message user image

Assalamualaikum,

Untuk makluman, saya baru sahaja menjadi Agen Jualan bagi Penapis Air Halal Hijrah Water.

Berdasarkan Kuliah Subuh Bersama Ustaz Dr Mahyeddin Salleh yang boleh ditonton disini https://youtu.be/A14i6-zqrs8, kajian beliau yang mendapati ada bahan di dalam penapis air menggunakan sumber dari tulang haiwan yang meragukan.

Soalan saya, bagaimanakah nak mensucikan bekas minuman yang telah menggunakan penapis air yang meragukan ini contoh cawan, rice cooker, cerek elektrik dan lain-lain sekiranya memang telah dipastikan penapis air ini berasal dari negara China dan Taiwan.

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ingin bertanya, dari konteks islam, apa yang dimaksudkan dengan dara? Untuk pengetahuan pihak tuan, saya adalah seorang wanita yang belum berkahwin & sgt aktif bersukan. Kemungkinan untuk selaput dara saya hilang adalah sangat tinggi dan saya risau ia akan menimbulkan fitnah apabila saya berkahwin kelak.

Berdasarkan bacaan saya mengenainya, selaput dara (hymen)  merupakan satu lapisan nipis yang menyelaputi saluran pembukaan vagina atau faraj. Ia merupakan lapisan sel yang mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza bagi setiap individu wanita. Selaput dara boleh terjejas sekiranya individu wanita tersebut melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bersenam, melakukan sebarang aktiviti regangan, berbasikal ataupun memanjat sesuatu. 

Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Saya berumur 49 tahun dan isteri 46 tahun. Saya bekerja sendiri dan Isteri tidak bekerja. Kami mempunyai 9 orang anak ( 8 sihat ) dan seorang anak istimewa berumur 4 tahun dan pemegang kad OKU JKM yang mengalami penyakit jarang jumpa yang membataskan pergerakan fizikal dan percakapan serta tidak berkemampuan hidup sebagai kanak-kanak biasa yang sebaya dengan umur nya. Dan buat masa ini anak kami mendapatkan rawatan  di Hospital Ampang dan Hospital KL untuk rawatan fisioterapi, mata, terapi percakapan dan genetik. Mengikut kata pakar Genetik di HKL, anak istimewa kami adalah masalah dari segi genetik yang tidak tahu punca dan sebabnya. Pakar Gentik juga menyatakan bahawa keberangkalian untuk mendapat anak yang OKU ada (50-50) di masa hadapan jika isteri saya didapati mengandung lagi. Isteri saya juga mempunyai masalah kesihatan tulang belakang dan juga masih mendapat rawatan di Hospital di atas. Setelah berbincang dengan Doktor Genetik dan Isteri dan melihat tahap kesihatan isteri saya serta faktor umur yang melebihi 45 tahun ( berisiko tinggi untuk melahirkan anak )  dan masalah genetik di pihak saya dan isteri, Kami bercadang untuk membuat perancang keluarga dengan mengikat saluran peranakan sehingga Isteri saya Menopause. Apakah hukum tentang perancang keluarga ( iaitu dengan mengikat saluran peranakan) di atas di dalam masalah kami ini ?

message user image

Assalamualaikum,

Semasa ibu mertua saya masih hidup beliau ada memaklumkan mahu meamanahkan wang simpanan Tabung Hajinya kepada badan kebajikan anak yatim.

Walaubagaimanapun hajatnya tidak kesampaian sehinggalah beliau meninggal dunia pada 09.01.2021 yang lepas.

Adakah hajat arwah wajib ditunaikan atau hajatnya terbatal disebabkan kematianya dan simpanan tersebut perlu diagihkan secara faraid kepada ahli keluarga yang layak ?

message user image

Assalamualaikum

Saya merupakan supervisor di salah sebuah restoran fast food di Malaysia,cerita ye bermula apabila ada makanan stau ada item yang lebih(extra) pada bulan tersebut saya akan makan dan menganggap makanan itu ada lebih dan boleh makan..adakah betul tindakan saya?

Lagi satu,saya akan tahu barang atau item yg lebih kerana saya akan perikasa jumlah itu setiap harI.

 

Harap dapat jawab isu saya..Amin2x

 

 

 

message user image

Assalamualaikum, dengan rendah diri saya ada satu persoalan ingin ditanyakan, saya berikan satu bentuk contoh berkaitan soalan saya, begini, jika seseorang pelajar universiti pernah melakukan kesilapan iaitu pernah meniru dalam bentuk berbincang bersama rakan dan meniru sesama sendiri serta merujuk nota, google dan sebagainya terutama zaman kini iaitu pembelajaran secara online yang memudahkan maklumat dapat diakses dengan pantas. Namun, pelajar tersebut tidaklah kesemua subjek sepanjang pengajian yang dipelajari di universiti beliau meniru. Dan pada semester terakhir pelajar tersebut berubah dan tidak lagi mengulangi kesilapan meniru serta bersikap jujur dalam semester terakhir sebelum tamat pengajian. Maka, persoalan saya ada dua disini, 1. apakah status sijil universiti pencapaian pelajar yang diterima tersebut, adakah boleh digunakan untuk memohon pekerjaan? 2. Jika pelajar tersebut mendapat keputusan yang cemerlang keseluruhan dan mendapat peluang mengubah pinjaman pendidikan beliau kepada biasiswa, apakah status biasiswa tersebut, adakah halal atau haram untuk diterima dan digunakan jika ada baki ? wallahua'alam. terima kasih pihak mufti selangor menjawab persoalan saya. 

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Ada perkhabaran yang menyatakan dan memperkatakan. Bahawa jangan bersihkan hidupan yang hidup diatas kubur si mati. Adakah ianya dilarang sama sekali? Kalau betul, kenapa? Sekian. Wassalam.

message user image

Assalamualaikum.. Saya seorang anak perempuan sulung daripada 5 orang adik beradik. Membesar dalam keadaan kurang didikan agama, membesar dalam keadaan orang tua yang selalu sibuk dan dalam keadaan orang tua yang selalu bertengkar. Ibu saya seorang yang panas baran dan suka mendoakan keburukan saya. Saya juga seorang yang kerap melawan apa yang ibu saya kata, ini kerana saya kurang suka dengan layanan ibu pada saya daripada adik beradik yang lain. Saya merasa seperti ibu saya meletakkan saya sebagai tempat melepas geram nya. Saya juga agak stress di rumah memegang tanggungjawab kebersihan di rumah, dan adik beradik yang lain agak kurang dalam kebersihan dan begitu juga ibu saya. Saya pernah berhasrat ingin lari dari rumah kerana saya penat dibuat sebegini. Dan saya pernah minta izin orang tua saya untuk bekerja dan duduk di luar, tapi mereka tidak mengizinkan. Ibu saya juga perli permintaan saya kerana saya tidak ingin mengemas rumah lagi. Sekarang saya merasakan kehidupan saya sangat teruk, dengan tiada pekerjaan tetap dan selalu stress berada di rumah, mengurus rumah dan selalu di marahi. Saya juga berpendapat kehidupan saya sekarang ini adalah kerana doa buruk daripada ibu saya, dan saya berpendapat saya perlu duduk berjauhan daripada ibu untuk mengelakan doa buruk daripada ibu saya. 

Adakah doa keburukan ibu kepada anak nya itu di makbulkan? Dan adakah perlu saya duduk berjauhan daripada orang tua saya..? 

Saya memang sangat perlu kan pendapat dan nasihat atas persoalan saya ini. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya nak tanya apa hukumnya jika mak ayah saya tidak suka kucing tapi saya suka dan saya bela, dan saya saya ada risiko untuk menjadi anak derhaka sebab*peribadi*. Tapi saya sangat sayang kucing saya tapi mak ayah saya tak suka dan saya bela mereka di rumah mak ayah dan saya belajar di sekolah lagi dan tiada rumah sendiri. Adakah hukumnya berdosa kalau saya bela juga?

 

message user image

Assalammualaikum wbt YBhg Mufti, 

Saya ingin mendapatkan penjelasan yang kukuh berkenaan nama simati yang perlu diletakkan pada batu nisan. Berikut soalannya 

1) Adakah benar mengikut sunnah jika simati berbin/bintikan nama ibu simati ?

2) Benarkah hanya ketika talkin sahaja berbin/bintikan ibu simati dan kenapa tidak pada semua urusan simati berbin si ibu sebab saya difahamkan bahawasanya urusan perihal simati selepas meninggal, harus disebut bersama nama si ibu

message user image

Assalamualaikum, saya nak tanya, kalau saya bersumpah atas nama Allah untuk tidak melakukan sesuatu seperti bersumpah untuk tidak melakukan sesuatu dosa dan saya cakap ' kalau saya tak buat atau batal/langgar sumpah ni saya akan ditimpa bala/sakit etc etc".. Dan setiap kali sy bersumpah, mesti sy ada batalkan/langgar sebab saya xboleh mengawal diri dari melakukan dosa tersebut. Adakah ini dikira sumpah laknat? Adakah sumpah ini akan memakan diri saya?  Saya buat sumpah ini sebab saya betul-betul nak berhenti dari membuat dosa, tapi selalu sahaja saya tak mampu melaksanakannya.. Dan setiap kali ia terbatal bilamana saya melakukan dosa tersebut, sy akan mengulangi lagi sumpah tersebut..sebab bile saya mahu berubah, hanya dengan bersumpah saya mampu menahan diri saya agak lama dari melakukan dosa. Kalau x bersumpah mungkin saya akan melakukan dosa tu lagi kerap. Dan yang terbatal sumpah sebelum ini, saya belum laksanakan kaffarahnya.

 

message user image

Assalamualaikum dan salam ramadhan, Pada tahun ini 1 ramadhan 1442 jatuh pada 13 april 2021 di Malaysia.Terdapat keraguan dalam hati saya mengenai ketulusan tarikh mula berpuasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia ini.HaI ini muncul atas faktor-faktor berikut :

•Mengapa tiada berita atau khabar dari balai cerap atau dari mufti-mufti di Malaysia mengenai penampakan anak bulan pada hari melihat anak bulan iaitu 12 April 2021?

•Jika anak bulan tidak kelihatan pada 12 April 2021 ,mengapa umat islam di Malaysia mula berpuasa pada keesokan harinya iaitu 13 April 2021 dan bukannya 14 April 2021? Atas faktor - faktor yang tersebut , amatlah saya harapkan tuan sudi menjawab dan menerangkan hal ini kepada saya jikalau ada perkara yang tidak saya ketahui kerana saya juga hanyalah rakyat biasa yang tidak tinggi ilmunya.

Sekian,

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

saya hendak bertanya tentang hadis di bawah, adakah hadis ini sahih dan kukuh untuk di bawa perbincangan? Dan bolehkah tolong jelaskan "ulama yang keluarkan fitnah". Terima kasih

DARIPADA Ali bin Abi Thalib RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sudah hampir tiba suatu zaman apabila tiada yang tinggal daripada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tiada tinggal daripada al-Quran kecuali tulisannya sahaja. Masjid dibina indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang berada di bawah langit. Daripada merekalah keluarnya segala fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali." (Hadis Riwayat Baihaqi)

 

message user image

Assalamualaikum Pihak Mufti. Era teknologi kini semakin berkembang dan pertanyaan saya, jika kita membina robot yang mempunyai pelbagai kecekapan yang jauh lebih hebat dari manusia dan menyerupai ciptaan Allah.. Adakah dibenarkan? 

message user image

Salam Ustaz,

Siapakah Ahli Naubah?

 

Tqvm

message user image

Salam tuan. Bolehkah rumah anak yatim turut menguruskan anak2 perpecahan keluarga n anak miskin tinggal bersama d rumah anak2 yatim n makan makanan yg diperuntukan untuk anak yatim. Sekian tk

message user image

Assalam Ustaz,

Ayah kandung saya berkahwin semula setelah kematian ibu kandung saya.

Sewaktu menziarahi ayah saya yang telah menetap di rumah ibu tiri saya, saya menyedari ibu tiri saya mengamalkan amalan yang bertentangan dengan syarak. Saya melihat terdapat busut besar di dalam salah satu bilik di rumah tersebut. Setelah bertanya kepada adik beradik, mereka menyatakan bahawa ibu tiri saya adalah seorang bomoh.

Kini ayah saya telah meninggal dunia.

Soalan saya:

Apakah tanggungjawab saya kepada ibu tiri setelah kematian bapa sekiranya beliau masih mengamalkan amalan bertentangan syarak tersebut.

message user image

Pada Sabtu lepas 10Julai 2021, ibu saudara saya telah dikebumikan ditanah perkuburan Islam Kg Ujung Permatang jam lebih kurang pukul 10pagi. Dipercayai/disyaki bahawa ade sesetengah kubur di kampung  telah di gali tersasar dari kiblat sebenar.

 

Saya tidak yakin dengan kedudukan kiblat jenazah yang difahami bahasa arah kiblat malaysia adalah dalam lingkungan 292 darjah, atas dasar menghormati orang-orang tua di kampung kami maka saya mengambil keputusan untuk tidak memperbesarkan hal. Apakah hukum & apakah tindakan, nasihat pejabat mufti berkaitan hal ini. Sekian terima kasih

 

message user image

"Bapak saya yang menanam pokok durian ini dahulu. Kami berhak ke atas buah durian ini walaupun tanah ini bukan kami yang punya, kerana bapak saya yang menanam pokok di tanah ini dahulu.

Awak sebagai tuan punya tanah, tidak berhak ke atas buah dan pokok durian ini!"

Soalan: Betulkah kenyataan tersebut?

message user image

Assalamualaikum Apakah hukum memakan daging haiwan yang disembelih oleh orang bukan Islam? Bagaimana pula jika disembelih oleh orang Kristian, dari sudut Mazhab Syafie? Terima kasih..

message user image

Assalamualaikum.

Saya setiausaha surau Al-Ikhwaniah. Sejak lebih 3 tahun yg lalu terdapat 6 buah jam tangan yang milik jemaah yg dijumpai di tempat wuduk dan bilik air. Kami sudah iklankan tentang jam tersebut samada melaui notis atau dalam group jemaah. Sehingga sekarang tiada yang menuntut. Jam tersebut masih berfungsi dengan baik 

Soalan:

Bolehkah jam tersebut diberikan kepada anak kariah golongan miskin atau anak2 asnaf yang memerlukan?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya nak tanya apa hukum memakai gambar orang tanpa meminta izin dari orang tersebut dan menjadikannya sebagai sticker whatsapp. Adakah ianya berdosa dan jika sticker tersebut disebarkan, adakah ianya menjadi dosa jariyah? 

message user image

Assalamualaikum..

Suami saya meninggal dunia..syarikat arwah beri pampasan insurans konvensional pada saya dan 4 orang anak, saya tidak bekerja, ingin pencerahan hukum atas wang tersebut, boleh ke saya gunakan wang tersebut untuk menyara anak-anak dan membayar hutang-hutang arwah?

Terima kasih..

message user image

Assalamualaikum,Saya ingin bertanya tentang:

1)Hukum menonton anime

2)Hukum aurat karekter animasi di dalam anime seperti tidak menutup kepala atau memakai seluar pendek

3)Apakah berdosa menonton anime yg bertema sihir (ketika berlawan),Devil or Demon,Kelahiran semula(Reincarnation)dan Time travel dengan hanya mempercayai itu fiksi dan rekaan semata mata dan tidak mempercayai di dunia nyata

4)Apakah berdosa jika menonton anime bertema love story,RomCom,Romance.apakah ini termasuk menyokong perzinaan?

message user image

Assalammmualaikum ustaz.. 

Terima kasih menjawab pertanyaan saya.. Saya ada 1 kemusykilan.. saya duduk rumah taman dan selalu bersihkan tanah hanya di blkg rumah saya shj.. takut ular n binatang berbisa. Sejak duduk di sini 10thn tidak pernah ada yg dtg bersihkan tanah tersebut dan saya tidak tahu siapa owner tanah tersebut. Baru2 ni sejak PKP 3.0, saya ada bercucuk tanam di belakang rmh. Hanya  pokok sayur spt ubi, pisang, kangkung, sawi dan hanya untuk makan sendiri shj. Apa hukum saya menanam di tanah tersebut dan apa makan tanaman tersebut serta berkongsi dgn jiran? Saya dh puas cari owner tp tak jumpa.. saya pn ada bertanya pada owner tanah sebelah & beliau pn tidak tahu sejak sekian lama berkebun durian di situ.. saya berasa serba salah n berdosa.. saya nk cabut semua pokok sayur terasa sayang.. Harap ustaz dapat menjawab persoalan saya ini.. terima kasih.. Assalammmualaikum..

message user image

Saya nak bertanya tentang hukum mengunakan rawatan filler untuk membesarkan dan menegangkan zakar.

Saya mengalami masalah ereksi dan sukar untuk memberi nafkah batin. 

Saya dapati rawatan ini mampu memberikan kesan untuk jangka masa panjang.

message user image

Saya seorang lelaki yang mempunyai rambut keriting.Saya ingin membotakkan rambut bagi tujuan perubatan. Apakah hukum sekiranya saya memakai rambut palsu sementara menungggu rambut baharu untuk tumbuh semula?. Selain itu, apakah hukum sekiranya saya menyambung rambut bagi menggantikan rambut yang keriting tersebut?

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang proses cucuk vaksin. Adakah keadaan apabila seorang perempuan menerima tukang cucuk vaksin lelaki itu dikira sebagai darurat? Seperti yang telah diberitahu kerajaan tukang suntik vaksin tidak diwajibkan memakai sarung tangan disebabkan sarung tangan perlu ditukar setelah menyuntik seoarang penerima vaksin. Dan ada sesetengah tempat vaksinasi yang mengasingkan lelaki dan perempuan. Adakah salah jika sesetengah pusat vaksinasi tidak mengasingkan seperti tempat yg lain? Soalan terakhir, Adakah yg perlu diutamakan (aurat dan batas sentuhan) atau mengambil proses vaksinasi yang mudah dan cepat tanpa mengira benda lain? Mohon pencerahan.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya apakah hukum cubaan membuang tahi lalat menggunakan bahan-bahan mudah peroleh seperti madu atau bawang putih sedangkan tahi lalat tersebut tidak menyebabkan kemudaratan atau kecacatan dan apabila cubaan dilakukan ianya juga tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan?

message user image

Saya bela udang galah. 

Ada pembekal benih udg galah buat proses mengawan cara biologi jantan dengan jantan. Harap dapat penjelasan dari segi hukum tersebut. 

Dalam kolam ternakan. Jika bnyk beih jantan udang cepat besar. Berbanding benih betina. Mereka menggunakan teknologi untuk membuatkan benih jantan bertelur dan menghasilkan banyak benih jantan. 

Bila dalam kolam banyak benih jantan. Uang besar dan penghasilan meningkat. 

Tak dapat nak paste link. 

Boleh buka fb GK AKUA. 

 

message user image

Assalamualaikum Mufti,

Saya menyara diri sebagai seorang pelukis potret. Soalan saya:

Bolehkah saya melukis orang yang tidak bertudung bagi perempuan muslim dan non-muslim? (Lukisan perempuan berpakaian sopan, tidak menjolok mata tetapi tidak bertudung)

Saya berharap penjelasan dari pihak Mufti. Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum.

Sekarang saya sedang berada di sebuah syarikat musik, dimana saya akan keluar pada masa yang akan datang. Saya musykil atas penggunaan lirik seperti  contoh, "Hadirnya bidadari berikanku nyawa", atau "akulah cinta hidupmu". Adakah ianya dibolehkan? Dan sekiranya saya terlibat didalam pembikinan musik video atau bekerja didalam syarikat tersebut, adakah saya dikira bersubahat? Saya memang berniat untuk keluar awal tetapi keadaan agak susah sekarang. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum

soalan sy, apakah hukumnya jika seseorang telah disahkan mengalami kegagalan buah pinggang tetapi dia menolak utk meneruskan rawatan dialisis.. kemudian dia meninggal dunia. adakah ia dikira bunuh diri kerana tidak berusaha menjaga nyawa? 

dan apakah hukum nya.. jika seorang anak kecil ( 6 tahun ke bawah) di sahkan mengalami kegagalan buah pinggang.. kemudian ibu bapanya mengambil keputusan utk menolak rawatan dialisis kerana takot akan lbh memudaratkan anak nya melalui proses dialisis dan takot melihat melalui kesan2 dialisis. adakah ibu bapa tersebut berdosa?

message user image

Saya ada permasalahan sedikit. Sewaktu saya belajar dalam bidang animasi, projek saya menggunakan lagu latar ukulele, mungkin dari hawaii. Namun, selepas beberapa tahun, saya terbaca bahawa banyak lagu Hawaii berunsurkan ketuhanan, dan saya cuba mencari sumber bagi lagu tersebut untuk memastikan bahawa ianya berunsurkan ketuhanan atau tidak, namun tidak jumpa, dan lagu tersebut tidak dijumpai dimana-mana lagi. Video tersebut pula diupload di laman youtube universiti saya. Adakah wajib untuk saya menyuruh pihak universiti untuk menurunkan video tersebut walaupun tiada bukti? Ataupun adakah saya harus berusaha mencari sumber lagu tersebut?

message user image

Asslmlkm, saya ada kemusykilan mengenai hukum haram yang berubah mengikut sesuatu keadaan seperti darurat?Sebagai contoh,benarkah hukum pengambilan bahan terlarang yang berasaskan babi boleh digunkan apabila dlm keadaan darurat.Seperti rumor yang mengatakan vaksin Az mengandungi bahan yang berasakan dari Babi? Kerana sahabat saya berkata hukum yang haram tetap haram walaupun dalam keadaan darurat??Terima kasih

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin memohon pencerahan, beberapa hari lepas saya telah ditegur oleh ibu bapa suami saya bahawa cara saya bersalaman salah kerana tidak mencium tangan mereka menggunakan bibir. Kata mereka mencium menggunakan bibir barulah mendapat keberkatan. Selama ini saya bersalaman dengan mereka dengan meletakkan tangan didahi saja sebagai tanda hormat saya pada mereka bukan mencium menggunakan bibir. Saya ingin bertanya adakah keberkatan itu dari ciuman ketika bersalaman atau bergantung pada niat orang yang bersalaman. Mohon ustaz terangkan cara bersalaman yang betul. 

Sekian,

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum.

1. Apakah hukum mengukir dengan kayu logo pasukan bola sepak seperti Liverpool untuk digantung di dinding dan dijual kepada orang kerana terdapat gambar burung pada logo tersebut.

2. Bagaimana pula dgn logo Manchester United yang terdapat logo (red devil), sedangkan kita tidak tahu bagaimana rupa bentuk jin. Apakah ianya dikategorikan sebagai mahkluk bernyawa?

3. Adakah dengan mengantungnya pada dinding sebagai hiasan dianggap memuliakannya dan menjadi haram? Bagaimana hukum kepada pembuatnya yang menjual pula adakah turut berdosa?

4. Benarkah jika tidak lengkap anggota tubuh (contoh seperti kepala harimau sahaja) dibolehkan melukis / mengukir dalam bentuk (Vector line) untuk dijual dan dijadikan hiasan dinding? 

Sekian terima kasih (Yang benar dari hamba Allah yang amat takut dengan azab siksanya)

message user image

assalamuaalaikum.soalan saya yang 

1.ibu mertua sama darjatnya seperti ibu sendiri kepada menantu lelaki atau perempuan dalam islam .Betulkah apa yang saya fahami ini.

2..Bagaimana pula dgn bapa mertua kepada menantu perempuan dan lelaki apakah darjatnya sama seperti ibu mertua dalam islam kepada menantu.

3.Apakah berdosa seorang menantu perempuan yang hanya bersalam dgn ibu mertua sahaja tapi tidak dgn bapa mertua dan membuatkan bapa mertua terasa hati sedangkan tidak pernah berlaku apa2 salah faham antara keduanya.Yang lain semua baik tapi tak mahu bersalam kerana islam tak benarkan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim juga sebaliknya jika berlaku perkara yg sama antara menantu lelaki dan ibu mertua.

4.Apakah berdosa menantu L/P tersebut mengikut islam.

saya amat memerlukan jawapan agar tidak melakukan dosa lagi dlm permasalahan begini dan mengucapkan ribuan terimakasih atas penjelasan yang akan diberikan.Tolong saya yang jahil ini.no wssp saya sama seperti diatas.

message user image

Assalamualaikum wbt,

saya ingin bertanya adakah kisah tentang Saidinia Umar Al Khattab R.A menyoal balik malaikat munkar dan nakir itu sahih ?

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

Zaman ini kita banyak melihat syarikat syarikat yang menyokong LGBT seperti menukarkan warna logo mereka.Terutamanya syarikat multinational Apakah hukumnya bg umat Islam yg bekerja di syarikat seperti ini.

Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Zaman ini kita banyak melihat syarikat syarikat yang menyokong LGBT seperti menukarkan warna logo mereka.Terutamanya syarikat multinational Apakah hukumnya bg umat Islam yg bekerja di syarikat seperti ini.

Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum Tuan,

Saya adalah anak angkat tunggal lelaki kepada bapa saudara saya (abang kandung ibu saya). 

Saya difahamkan yang saya di ambil oleh bapa saudara saya semasa umur saya dua hari selepas lahir dan nama saya telah dibinkan

kepada bapa saudara saya. Disurat beranak nama ibu pun dicatit atas nama ibu angkat saya.

Ibu bapa kandung saya dan ibu bapa angkat (bapa saudara) tinggal berjiran dan dari kecil saya telah diasuh untuk merujuk kepada keempat empat mereka sebagai 

ibu dan ayah. Dengan arti lain sejak kecil saya ada dua ibu dan dua ayah sebagai rujukan.Perhubungan saya dengan ibu bapa kandung serta  adik beradik kandung lain pula amat rapat.

malah setelah ibu bapa kandung berpindah jauh, tiap tiap cuti sekolah saya akan dihantar kerumah mereka untuk bercuti bersama sama mereka dan adik beradik lain.

Sekarang kedua dua ibu bapa kandung dan ibu bapa angkat telah meninggal dunia. Dalam setiap doa dan amalan , saya akan akan sentiasa menyebut nama nama keempat 

mereka untuk saya hadiahkan pahala didahului nama nama ibu bapa kandung saya.

Saya telah menerangkan situasi ini kepada semua anak anak saya dan mereka memahami.

Dari segi harta bapa angkat, arwah telahpun menurunkan kepada saya secara rasmi semasa beliau hidup.

Kemuskilan saya ialah perlukah saya tukar nama bapa serta ibu saya didalam dokumen rasmi sekarang - surat beranak dan kad pengenalan. kerana saya dinasihatkan

berbuat demikian. Malah disebutkan pada saya hadis nabi yang bermaksud "sesiapa yang menisbahkan dirinya kepada bukan bapanya sedangkan diatahu bahawa orang itu

bukan bapanya, maka syurga adalah haram baginya."

Pada saya itu cuma dokumentasi dan ia berlaku kerana ketidakfahaman hukum orang  dahulu,sedangkan disudut hati, saya faham akan kenyataan dan kaum kerabat lain pun tahu

tentang duduk perkara.

Harap mendapat pencerahan dari Tuan.

Assalamualaikum.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Saya nk tanya, sy ada oder fpanda brg dapur, tp bila smp, bkn brg sy krn rider tslah pick up. Dh report dan ppanda mints maaf dan sy tny apa perlu buat dgn brg2 yg bkn sy pnya, mrk ckp puan blh guna atau buang krn kesilapan pihak kmi dan puan tdk perlu byr.. Duit sy jgk telah dpt krn sy mints mereka refund.. Skg sy xdpt brg2 sy smula, tp sy dpt brg mknn dr ksilapan itu, adz beras, syuran, srikaya, dll.. Apa perlu sy buat? Klo sy mkn adakah jtuh haram? Itu shja sy perlu pandangan ini, sbb pihak mereka dh tak nk amik brg ini dan case sy resolved mcm tu je. Jadi apa pendapat ustaz? 

message user image

Assalamualaikum  ustaz apa hum kita tengok ceramah atau pembelajaran tang menaikkan syahwat,dan jikalau kita bernafsu ataupon ingin menaikkan syahwat boleh ke kita baca atau dengar ceramah yang menaikkan syahwat,ada Tak perkara yang halal dibuat untuk berbuat demikian

message user image

Assalamualaikum w.b.t.

Sebagai mukadimah, kami adalah dari satu agensi pengiklanan. Kami sedang berusaha untuk menjadikan agensi ini halal dan menuju ke arah yang diredhai Allah. Perniagaan kami berdasarkan khidmat yang diberikan kepada klien / customer kami yang ingin menerbitkan apa apa jenis iklan atau branding seperti poster, billboard dan sebagainya.

Saoalanya ialah, adakah menggunakan imej yang tidak mentutup aurat dengan sempurna tetapi tidak menaikan syahwat dan fitnah di dalam penerbitan brosur, poster, dan media iklan lain bagi tujuan mempromosi produk halal seperti hartanah rumah, buku dan sebaginya haram? 

Soalan ini ditanya mengikut konteks tersebut:
1) imej yang digunakan mungkin telah diberikan / dimohon untuk digunakan oleh klien yang ingin menerbitkan bahan iklan.
2) imej mungkin berasal dari database stock image di mana tiada alternative yang menutup aurat dapat diketemui.
3) fokus penggunaan imej tersebut bukan untuk menunjukkan kecantikan orang tersebut, tetapi bagaimana produk yang diiklankan akan / boleh digunakan oleh orang ramai. 

Mohon pihak mufti dapat membanttu kami agar kami boleh melakukan perkara yang betul. 

Terima kasih. 
 

Assalamualaikum w.b.t.

message user image

Seperti mana mana yg kita tahu jika isteri ingkar atas arahan suami ia dikira berdosa selagi mana arahan itu tidak melanggar hukum syrak. Bagaimana pula dengan isteri yg ingkar arahan suami setelah ia diminta utk mendapatkan suntikan vaksin covid 19. Moham penjelasan tuan. Terima kasih

message user image

Assalamulaikum,

Merujuk kepada memo yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bertajuk KEWAJIPAN MENGAMBIL SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 TERHADAP GOLONGAN YANG DITETAPKAN OLEH ULI AL-AMRI bertarikh 24 September 2021, Saya percaya pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mendapat taklimat daripada doktor pakar berkenaan perkara Vaksin Covid-19.

Saya ingin memohon Jabatan Mufti Negeri Selangor kongsikan perkara dibawah agar saya mempunyai keyakinan untuk mengambil Vaksin Covid-19 yang diperintahkan oleh kerajaan.

1) Adakan Vaksin Covid-19 telah disahkan status Halal nya?

2) Adakan pengambilan Vaksin Covid-19 akan memberikan kesan kesihatan kepada penerima Vaksin sama ada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang?

Kerjasama pihak Tuan dalam menjawap persoalan diatas saya ucapkan berbanyak terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang hukum membetulkan gigi yg jarang. Apakah hukum jika memakai braces untuk merapatkan gigi? Apakah juga hukum membuat composite veneer/ porcelain veneer (menampal celah gigi yg jarang)? Adakah perlu saya betulkan atau tidak gigi jarang?

message user image

Anak saya bekerja di hospital. Ada seorang staff berbangsa cina telah memanaskan nasi goreng yang ada rencah babi didalam microwave.

Bagaimana kah cara nak samak microwave tersebut sebab ini merupakan alat elektrik

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz 

Kita di suruh menutup aib sendiri dan orang lain jadi saya ada satu soalan saya pernah mengintai orang mandi dan ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya. Perlukah saya meminta maaf kepada mangsa kerana jika saya berbuat demikian saya bimbang kedua orang tua saya akan kecewa. Jika saya berdiam san tidak mengaku pula adakah saham dosa saya akan berterusan dan saya akan muflis di akhirat nanti ustaz. Saya buntu dan takut, harap ustaz dapat memberikan pencerahan maaf diaatas soalan yang panjang. 

message user image

Assalamua’laikum,

Adalah difahamkan bahan HEK293 (Human Embryonic Kidney) adalah sel daripada janin manusia yang digugurkan. Apakah hukum penggunaan bahan HEK293 tersebut dalam ubat-ubatan seperti pil, cecair suntikan ataupun produk-produk kesihatan yang lain?

Sekian, terima kasih.

Nur Ismail Khalit

message user image

Assalamualaikum ustaz Saya Zul dari Kuantan... Nak tanya ustaz beberapa soalan 1) bolehke saya baca ayat qursi dlm hati sahaja di bilik air yg ada tandas ...sbb baca utk mandi .... baca dulu ayat qursi sblm mandi guna sabun daun bidara 2) saya dah bersara VSS dan ada dibayar pampasan utk guna sarahidup...saya masih ada hutang kereta,peribadi dan bayar komitmen lain serta bil bil bulanan. Utk makluman saya tiada pendapatan bulanan langsung /tetap sejak pencen dan berharap pd simpanan duit pampasan yang makin hari berkurangan. Sekarang saya juga cuba menjalankan bisnes fotografi tetapi masih belum stabil sbb keadaan sekarang covid 19 dan belum boleh memperoleh sumber pendapatan Baru ni sekolah anak telah kategorikan anak saya utk layak terima duit zakat sebanyak rm100 sbb pada borang sekolah untuk diisi pendapatan bulanan ibubapa tiada sbb dah bersara swasta ..yakni tiada pendapatan tetap...Oleh yang demikian saya telah disenaraikan sebagai ibubapa yang tiada pendapatan..bersara swasta tiada wang pencen bulanan dan berharap pada duit pampasan sahaja...boleh ke saya terima duit itu dan gunakan sedangkan yg bagi dari pusat zakat. Saya bimbang saya bukannya Asnaf yakni layak menerima zakat ..Sekiranya tak layak adakah duit itu saya mesti pulangkan pada sekolah atau sedekah shj pd orang miskin atau masuk tabung masjid. Mohon pencerahan ustaz

message user image

assalamualaikum tuan, maaf saya ada persoalan..adakah kisah abu lahab diringankan azab pada hari isnin kerana menyambut maulid nabi ialah kisah yang sahih? mohon penjelasan..syukran

message user image

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Saya ingin bertanya tentang hukum rawatan transplantasi organ haiwan terutamanya khinzir kepada manusia pada masa kini atau biasa disebut sebagai xenotransplantasi. Apakah tanggapan Islam mengenai hal ini dan adakah terdapat perbezaan pandangan terutama daripada 4 mazhab yang sedia ada, iaitu Mazhab Syafi'e, Mazhab Hanbali, Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi?

 

 

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.. Nama saya Valerie Christie anak Rongai berbangsa bidayuh asal Sarawak. Dan telah memeluk agama islam beberapa tahun yang lepas. Setelah memeluk agama Islam saya, saya kekalkan nama tersebut. Akhir akhir ni ada seseorang mempersoalkan nama saya. Kenapa tidak tukar anak kepada binti. Maksudnya saya perlu tukar nama daripada Valerie Christie "ANAK" Rongai kepada Valerie Christie "BINTI" Rongai. Di sini saya ingin bertanya, adakah wajib untuk saya menukar dari ANAK ke BINTI? 

Terima kasih. Diharap pihak tuan dapat memberikan jawapan untuk saya lebih jelas lagi tentang isu nama ni. 

 

message user image

Assalamualaikum....boleh tak orang bukan islam belanja saya dan beberapa orang muslim yang lain makan.(makanan orang islam) menggunakan wangnya,tetapi kami tak tahu yang wang digunakannya itu wang halal atau haram, kerana baru baru ni dia ada menang nombor ekor.orang bukan islam tu sama tempat kerja dengan saya.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada pertanyaan . . .

Sekiranya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan orang bukan Islam apakah hukum untuk saya menghadiri nya?

Boleh saya tahu hukumnya dengan dalil sekali(≧▽≦).

message user image

Apakah hukum membuat pembesaran payudara melalui suntikan hyaluronic acid bagi tujuan kecantikan untuk suami?

message user image

Apakah hukum membantu menghantar orang belum muslim ke tempat sembahyangnya (kuil/tokong) dalam keadaan terdesak(hanya kita yang ada waktu itu) dan tidak terdesak(ada non muslim lain yang boleh hantarkan) ?

message user image

Assalamualaikum w.b.t, saya ada masalah dan soalan yang begitu merungsingkan saya dengan suami.

dulu semasa kami remaja kami sangat sosial hingga lupa halal haram, hinggala terjadi perzinaan, sebelum saya berkahwin dengan suami, saya berzina lebih dari seorang lelaki (suami sekarang dan bekas kekasih) bila saya di sahkan mengandung saya bernikah dengan suami yang sekarang, kerana dia ingin bertanggungjawab sebab kami telah beberapa kali terlanjur setelah beberapa bulan pernikahan maka saya telah selamat melahirkan anak lelaki, dan semasa membuat pendaftaran kelahiran JPN telah memberi kebenaran dan kelulusan anak saya di nasabkan (ber bin kan) kepada suami saya. soalan saya apakah anak saya boleh di nasabkan kepada suami saya, apakah hukumnya?, kerana sebelum kami menikah saya juga pernah terlanjur dengan lelaki lain, saya ingin tahu status nasab ini di benarkan ke? sekarang umur anak saya sudah 11tahun, saya tak sanggup sekiranya dia harus bertukarkan bin, saya tak tahu ingin menjelaskan kepada anak saya status nya, mohon berikan saya pencerahan keraNA kami sangat terbeban dengan permasalahan ini, kami dah semakin tua dan kami semakin takut dengan hukum allah akan dosa2 lalu kami. bantu kami berikan jawapan yang dapat menenangkan hati kami. terima kasih

message user image

Assalamualaikum, 

Saya ingin bertanya, apakah hukum tidak hadir mahupun hadir ke majlis perkahiwnan yang menjemput dalam group whatapps secara umum seperti jemputan kawan-kawan  bukan seperti jemputan ahli keluarga walaupun yang menjemput adalah ahli keluarga sendiri ? Dan apabila kita pergi ke majlis tersebut seperti kita tidak diundang oleh pihak tuan rumah.

 

Sekian terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat pertanyaan berkenaa dengan mengharamkan makanan yang halal.

Contohnya,:

Isteri saya pernah secara tidak sengaja/sengaja (tidak pasti niatnya) berkata McD haram. ianya terjadi apabila 

berkait dengan issue palestin yang mana McD dikatakan telah menyumbang kepada Israel. Kami pada mulanya telah

memboikot dengan tidak membeli makanan yang dijual oleh McD. 

 

Pihak McD Malaysia telah menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dengan semberi sumbangan kepada pihak Israel.

 

Persoalannya jika isteri saya pernah mengatakan haram kepada McD, bagaimana isteri saya mahu menghalalkannya kembali?

maksud saya, isteri saya ingin membeli dan makan makanan yang dijual oleh McD 

 

Terima Kasih

 

 

 

 

 

message user image

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya berusia 61 tahun. Saya mohon  pencerahan bersabit hukum-hukum dalam Islam mengenai perkara-perkara tersebut: 

 

1. seorang ahli keluarga yaitu Abang Sulong saya yang menggunakan nama tiga adik-adiknya dalam pembelian saham yang bakal disenaraikan di Bursa saham dalam tahun 80han.  Atas desakan kedua-dua ibu bapa dan abang sulong, kami menandatangani borang-borang pelaburan saham atas janji pendapatan dari dividen dan penjualan saham-saham tersebut kelak akan dikongsikan sekiranya pembelian saham berjaya.  Berkali-kali pembelian saham atas nama kami adik beradik berjaya.Tetapi selepas lebih 30 tahun, Abang Sulong masih tidak menepati janji. Yang sedih salah seorang adik sudah meninggal dunia pada tahun 2013. Kedua ibu bapa sudah pun kembali ke rahmatullah. Dari segi hukum-hukum apakah perbuatan tidak menepati janji ditafsirkan sebagai hutang? Atau adakah lain-lain kesalahan dalam soal ini?


2. Pada tahun 2012, Abang sulong tersebut menyerahkan satu salinan penyata ASB tahun 2011. Penyata tersebut di bawah nama saya tetapi alamat kediaman beliau. Pada ketika itu saya tidak mempunyai sebarang akaun ASB. Pihak ASB mengesahkan akaun tersebut dibuka pada 15.12.1990, yaitu 21 tahun sebelumnya.  Abang saya telah menggunakan nama saya selama 21 tahun  dalam simpanan ASB tanpa pengetahuan saya. Dalam tempuh 21 tahun itu satu sen dari pendapatan dividen tidak dikongsikan dengan saya. Adakah dari segi ugama, perbuatan tersebut ditafsirkan satu penipuan?


3. Pada bulan Julai 2014, semasa sambutan hari pertama Hari Raya Aidil Fitri, Abang  tersebut menawarkan kerja kepada saya.  Pada ketika itu, saya tidak bekerja setelah diberhentikan kerja oleh sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka melalui skim pemisahan secara sukarela. Tetapi dalam proses mendapatkan kerja baru melalui salah sebuah agensi kerja bereputasi.  Saya berpendapat tawaran kerja  dari abang kandung sendiri lebih wajar diterima sebab pengambilan serta merta. Manakala proses pengambilan kerja agensi pekerjaan memakan masa. Abang saya begitu menyakinkan dengan memperkenalkan produk yang bakal dipasarkan. Abang saya ingin melancarkan sebuah Syarikat jualan barang minyak pelincir aircond keluaran Amerika Syarikat.  Pada 4 tahun pertama, saya menemani beliau utk mempasarkan produk tersebut di kalangan institusi-institusi korporat dan syarikat-syarikat terkenal tetapi produk tidak mendapat sambutan. Lebih 30 tempat yg kami lawati,  saya tidak diberi gaji. Segala bayaran tol dan minyak kenderaan tanggungan sendiri. Selepas 4 tahun abang saya maklumkan 'kalau ada,  ada,  tak ada,  tak ada" . Saya tak terima sebarang gaji,  elaun atau sebarang pampasan. Saya terus menggangur dan tidak diberi upah gaji satu sen pun. Malah hidup saya sengsara. Adakah janji yang tidak ditepati dianggap satu perbuatan penganiayaan? Dan gaji atau sebarang upah yang tak dibayar sebagai hutang?

Terima kasih.

message user image

ASSALAMUALAIKUM USTAZ/USTAZAH SAYA ADA 1 SOALAN, HARI TU AYAH SAYA BELI KAIN PELIKAT NAK SEDEKAH DEKAT ORANG GALI KUBUR SEBAB ORANG GALI KUBUR TU TOLONG AYAH SAYA GALI KUBUR ARWAH ATOK SAYA, TAPI SAMPAI SEKARANG AYAH SAYA TIDAK HANTAR LAGI KAIN PELIKAT DEKAT ORANG GALI KUBUR, SOALANNYA BOLEH KE SAYA AMBIK KAIN TU UNTUK SAYA PAKAI HARI-HARI SEDANGKAN KAIN TU AYAH SAYA NAK SEDEKAH DEKAT ORANG GALI KUBUR BOLEH TIDAK?. MOHON PENCERAHAN USTAZ/USTAZAH TERIMA KASIH.

message user image

Assalamualaikum Ustaz mudahan utz sihat selalu, saya quarantine satu keluarga kerana anak perempuan saya tinggal serumah positive covid. Dia sarat mengandung telah dibawa ke hospital sg buluh. dia bertanya tentang penggunaan ubat yg berunsur kinzir. ceritanya seperti dibawah. mohon pencerahan ustaz dari penerimaan kita dalam islam.
(drp Nur Atiqah: Abah smlm
Nurse mintak consent tiqah, sape2 yg pregnant ada risk darah beku kat paru2, so utk avoid that happen hari2 kat sini dia akan cucuk tiqah
dgn 1injection ni tp ada unsur khinzir. Memang itu the best nurse kata. Doc pun advice utk elak darah beku di paru2

So utk medical purpose xpe kan bah? dibenarkan rite?

Mohon pencerahan ustaz. terima kasih

message user image

Salam SS Dato' dan warga JKMS.

Apakah hukum kebumi janin berusia 4 bulan 10 hari (cukup sifat dan ada tanda hidup seketika melalui pergerakan) secara terlentang?

Jika telah dikebumikan adakah wajib dibongkar semula bagi mengubah posisi janin ke arah menghadap kiblat?

Jazakumullah.

message user image

assalamualaikum.  saya ingin bertanya tentang hukum membawa senjata.  segala perbuatan rasulullah adalah dianggap sunnah maka adakah membawa senjata seperti pisau adalah salah satu sunnah berkenaan.  terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah, saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai dalil-dalil / hujah2/ perbahasan ulama' mengenai gejala buli menurut perspektif Islam. Kerana kalaupun saya cuba mencari di internet, banyaknya hanya menurut perspektif Barat sahaja. Mohon pencerahan. terima kasih

message user image

Assalamualaikum.

 

Saya ingin bertanya berkenaan sebuah hadis mengenai aqiqah, di mana dinyatakan setiap anak itu tergadai dengan aqiqahnya.

Yang biasa difahami dalam Bahasa Melayu, 'tergadai' membawa maksud kehilangan sesuatu yang berharga yang asalnya milik kita.

Namun seperti tidak menepati maksud sebenar dalam hadis, ataupun maksudnya tidak sampai bagi yang kurang memahami seperti saya.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata 'tergadai' dalam hadis tersebut?

Diharap pihak Pejabat Mufti boleh memberikan sedikit penerangan untuk kefahaman saya.

 

Terima kasih.

Adzlan Yahya.

message user image

Assalamualaikum,saya nak bertanya saya mempunyai was-was yang agak teruk. Saya nak bertanya apabila saya rendam sejadah untuk dibasuh air dia bertukar warna kemudian saya hanya bilas beberapa Kali tetapi air itu Masih berwarna lain jadi saya nak basuh Dalam mesin basuh Dalam perjalanan nak ke mesin basuh air Tu menitis dekat lantai adakah ianya dikira najis sebab saya tidak pasti jika sejadah itu pernah terkena najis atau tidak?

message user image

Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya, satu hari saya ada bergaduh dengan rakan saya. Kebetulan pada petang itu, beliau ingin memasak sebuah masakan pada kami semua. Pada ketika itu, saya berasa marah kerana peristiwa bergaduh itu lalu saya kata secara bersendirian. " Aku taknak makan masakan tu kalau aku makan aku dosa". Kemudian baru saya istighfar sebab saya tahu tidak baik kata begitu. Pada malam itu, kami minta maaf dan saya makan masakanya. Persoalanya, adakah berdosa disebabkan saya makan masakan yang dimasak atau tidak disebabkan saya tidak lafaz untuk bernazar atau bersumpah. Saya hanya berkata perkara tersebut kerana perasaan marah yang membuak-buak. Harap tuan dapat selesaikan pertanyaan saya ini. Kalau berdosa apa yang perlu saya lakukan. 

message user image

Assalamualaikum.

Saya pernah keguguran kandungan 18 minggu pada tahun 2003. Saya baru tahu yang usia kandungan 4 bulan ke atas hendaklah diberi nama. Untuk pengetahuan ustaz, kami tidak memberi nama tetapi kami mandikan dan solatkan. Kami kebumikan di tanah perkuburan islam tetapi tiada tanda kubur yg khas, hanya dikebumikan disebelah kubur yg ada disitu.

Soalan saya,

1. Bolehkah saya memberi nama kepada anak saya walaupun sudah terlambat? 

2. Bolehkah kubur anak saya hanya ditumpangkan sebelah kubur lain tanpa tanda?

Saya sangat berharap ustaz dapat menjawab persoalan saya.

Sekian ,terima kasih.

message user image

ASSALAMUALAIKUM PARA PANEL JABATAN MUFTI SELANGOR.

Saya ada soalan berkaitan dengan sesuatu pertandingan..contohnya pertandingan bowling.

Biasanya pertandingan bowling yg dianjurkan...para peserta di minta membayar yuran penyertaan...

Dari kutipan yuran penyertaan itu  sebahagian diguna utk bayar game pada center dan sebahagian lagi digunakan sebagai hadiah pada pemenang.

Apakah hukumnya pertandingan bowling tersebut dan hukumnya hadiah yang diterima itu.. mohon pencerahan para panel   

sekian terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, 

Apakah hukum bermain pemainan dalam talian membuat karakter/avatar sendiri? Contoh permainannya ialah Zepeto dan Highrise: Virtual Metaverse. 

Pemain dapat mencipta avatar 3D yang menyerupai pemain atau berubah menjadi sesiapa pun yang pemain mahu. Dalam dunia tanpa batas, pemain dapat berkawan dengan sesiapa pun dari seluruh dunia, berkongsi gambar dan melengkapkan misi-misi dalam permainan. 

Terima kasih.

message user image

PERSOALAN: STATUS MAKANAN DAN SOLUSI BERSAMA

Assalamualaikum,

Saya merupakan bekas pelajar di sebuah sekolah berasrama. Saya pernah mengambil sebuku roti, beberapa biji telur rebus dan sos cili tanpa izin di dewan makan. Namun, saya tidak mengambil makanan-makanan tersebut di waktu-waktu makan sarapan dan supper atas sebab saya sudah pun mengambilnya pada hari kejadian. Hal ini kerana, dewan makan tersebut menyediakan makanan pada waktu tengah malam dan menyimpannya untuk dihidangkan pada waktu pagi dan saya hanya mengambilnya sedikit awal dari waktu yang ditetapkan. Atas rasa bersalah, saya pernah memberi sedekah kepada masjid dengan niat pahala tersebut diberikan kepada individu-individu yang terkesan dengan perbuatan saya. 

Persoalan saya, apakah status makanan tersebut dan apa yang patut dilakukan oleh saya sekarang? Saya mengharapkan jawapan tulus ikhlas dari Tuan/Puan, terima kasih.

message user image

Salam ustaz/ustazah. Apakah hukum seorang muslim mengambil upah melatih anjing peliharaan? Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Salam ustaz/ustazah, 

Pada tahun 2018, Kakak sy yg menunaikan haji ada mengirim 1 tong air zam-zam kepada sy melalui sebuah sykt courier. Urusan pengiriman tersebut mengambil masa yang lama menyebabkan sy selalu follow up dengan sykt courier tersebut. Akhirnya sykt courier itu menghantar 1 tong air zam zam kepada saya, tetapi tong tersebut tiada maklumat yang lengkap..spt contoh nama pengirim dan lain2. Tidak berapa lama kemudian, syrkt tersebut menghantar 1 tong lagi kepada saya lengkap dengan info spt nama pengirim dan nama penerima. Daripada situ saya syak, penghantaran pertama adalah sekadar untuk mengelakkan saya daripada terus follow up/membuat aduan. Tong air zam zam yg pertama telah pun saya dan keluarga habis minum sebelum tong kedua sampai. Jadi, saya dan keluarga tidak membuka tong kedua sebab risau tong tersebut adalah hak orang lain. Saya telah cuba menghubungi syrkt courier tersebut agar membawa balik tong kedua tersebut, bagaimanapun tiada respon daripada syrkt courier tersebut. Tong air zam zam tersebut kami simpan dalam stor sementara hendak menghantar balik ke syrkt courier tersebut dan akhirnya kami lupa. Sehinggalah baru2 ini apabila saya mengemas stor, ternampak tong yang berisi air zam2 tersebut.

Soalan saya...apa yang patut saya buat dengan air zam2 tersebut? Bolehkah disedekahkan di surau berhampiran untuk diminum oleh para jemaah surau? Adakah air zam2 tersebut masih elok?

Harap pihak tuan/puan boleh membantu saya dalam hal ini. Terima kasih

message user image

assalamualaikum SS mufti @ admin..saya ada persoalan..apakah pandangn mufti berkenaan mereka yang mengambil ayat2 al quran serta meletakkan lagu sebagai background sound dalam video seperti yang banyak berlaku pada hari ini? adakah ia dianggap biadap kerana tidak menjaga kesucian ayat al quran itu..mohon penjelasan syukran jazilan

message user image

Assalamualaikum..tuan,saya ingin brtanya 1 soalan... Sy ada sebuah rmh yg disewakn pd sepasang suami isteri muda..mulanya 4 bln sewa tidak dibayar dengan pelbagai alasan..saya tlh meminta keluar dr rmh namun tidak diendahkan.. Pd bln 4 thn lps mereka balik kampung di kelantan dan tdk dpt pulang ke selangor hampir 5 bln akibat pkp..namun selama 5 bln dikampung sekali pun tidak pernah byr sewa rmh...selama menyewa jg tdk pernah byr bil api n air...jd sy telah menukar mangga pintu semasa mereka dikampung.. Apabila blik ke selangor.. Mereka tdk menghubungi sy sebaliknya cuba memecah pintu pagar hingga rosak.. Namun gagal memasuki rmh...akhirnya mereka pergi dgn barang2 masih dlm rmh.. Sy juga membayar bil api n air yg tak pernah dibayar selama menyewa..smpi skrng sudah 1 thn lbh barang2 masih dlm rmh.. Soalan sy.. Blhkah sy mengambil barang2 yg blh digunakan spti kipas angin, seterika socket n lain sebagai ganti rugi yg saya tanggung.. Utk makluman juga.. Barang2 trsebut tidak smpi 1k..sdngkn hutang mereka pd sy 4k lbh...harap pihak tuan dpt memberi jwpn n ribuan terima kasih sy ucapkan.. 

message user image

Soalan Berkenaan Jiran

Menurut mafhum sebuah hadis Rasulullah SAW, jiran adalah 40 buah rumah yang berada di hadapan, belakang, kiri dan kanan rumah kita. Persoalannya, bagi mereka yang tinggal di rumah flat atau apartment iaitu rumah yang berlapis-lapis, adakah jiran yang tinggal di atas dan bawah dikira sebagai jiran?

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya untuk suami saya. Beliau sedang dalam proses menuntut hak penjagaan 4 orang anak lelaki dari bekas isterinya. Tetapi, niatnya untuk menuntut hak penjagaan tidak disokong oleh ibu kandung suami di mana ibu kandung suami tidak setuju untuk kami menjaga semua anak. Kini, suami di dalam dilema sama ada teruskan niat mengambil anak atau mengikut kata ibunya. Abangnye menuduh nya sebagai kurang ajar kerana tidak mahu mengikut kata ibunya, sedangkan anak2 adalah tanggungjawab suami. Anak2 berusia 13, 10, 10 dan 5 tahun. Adakah suami saya derhaka kepada ibunya sekiranya dia meneruskan niatnya untuk tuntut hak jagaan anak? Mohon dapat dijelaskan agar kami dapat membuat keputusan yang baik untuk semua.

message user image

Assalamualaikum,ustaz.Saya ada soalan.

 

Apa hukumnya saya tengok cerita filem luar negeri yang ada unsur LGBT.Cerita tu ada banyak pasal action dan saya minat filem tu sebab banyak scene action.Tapi ada terselit sedikit karakter dan scene LGBT.Jadi apa hukumnya tengok filem yang ada unsur LGBT tpi x ada niat nak tengok scene x elok mcm babak LGBT tu?

message user image

Assalamualaikum.Saya mendapatkan rawatan physiotherapy di hospital.Orang yang membimbing saya ialah nurse perempuan.Jadi sewaktu ingin melekatkan sesuatau di kulit di muka saya, dia menyentuh kulit saya untuk menampal benda.Sedangkan tangan Saya boleh bergerak.Adakah haram jika nurse itu menyentuh saya dan adakah saya perlu menampal sendiri? Terima kasih.

message user image

Saya 3 soalan berkaitan arwah

1) Bolehkah duit sumbangan orang ramai semasa ziarah arwah digunakan untuk membeli makanan untuk diberikan kepada jemaah hadir?

2) Adakah rumah yang disewa semasa arwah hidup perlu dilepaskan atas sebab bimbang menjadi hutang kepada arwah jika berlaku tunggakkan sewa rumah?

3) Semasa arwah hidup saya membekalkan keperluan arwah seperti susu, ubat dan lampin pakai buang. Sekarang ni ada banyak yang tidak digunakan lagi, adakah ianya dikira sebagai harta arwah?

message user image

Assalamualaikum

1)Saya ingin bertanya hukum jika bapa mertua sering bermalam di rumah  menantu perempuan yang kehilangan suami sedangkan mempunyai anak-anak perempuan kandung  di taman yang sama?

2) bagaimana cara yang sesuai untuk saya nak nasihatkan beliau.Supaya tidak menjadi fitnah dan tomahan orang keliling.

 

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya apakah hukum memakai perhiasan berbentuk haiwan untuk tujuan hiasan semata-mata ? Ataupun perhiasan yang berunsur benda hidup? Contohnya, cincin berbentuk ular. Terima kasih.  

message user image

Assalamualaikum,

 

Pengenalan:

Ibu saya sekarang berumur 72 tahun dan ayah saya sudah meninggal pada November 2020 (berumur 74 tahun).  

Emak sedara tiri (arwah Puan S) kepada ibu saya pernah tinggal bersama keluarga saya di Kuala Lumpur (lebih 30 tahun dulu dalam tahun 1980an dan 1990an semasa dia bujang lagi) dan menjaga kami 5 adik beradik semasa kami kecil-kecil lagi. Dia telah berkhidmat dengan keluarga saya lebih kurang 10 tahun sebelum pulang kembali ke Terengganu dan kahwin.

Sekarang saya dan 3 adik saya sudah berkeluarga dan mempunyai kediaman sendiri dan seorang lagi adik saya yang bongsu berumur 37 masih belum kahwin dan bekerja di luar negara.

 

SOALAN:

Arwah Puan S mempunyai seorang anak lelaki (En. AR) berumur 25 tahun dari Terengganu. Dia sudah dapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Suami arwah Puan S pun sudah meninggal. Hubungan En. AR dan ibu saya adalah bukan mahram dan jarak umur antara mereka adalah besar. 

Boleh tak En. AR tinggal bersama ibu saya di rumah sebagai tempat penginapan di Kuala Lumpur, makan di rumah dan akan menolong menjaga keadaan rumah (bersih halaman rumah, jaga tanaman, memasak dan teman ibu ke kedai) tanpa bayaran ... memandangkan ibu saya sudah tua? 

Ibu saya ingin memudahkan urusan dan juga boleh mengurangkan perbelanjaan En. AR sebagai balasan terima kasih ibu saya kepada arwah Puan S yang pernah menjaga kami 5 adik beradik semasa kami kecil2 dulu.

 

Kami meminta maklumbalas pengetahuan dan pendapat pihak tuan supaya kami tidak keliru atau was2 lagi. 

 

Rujukan:

1. Saya pernah tengok tazkirah online daripada ustaz-ustaz yang ada juga keringanan diberikan kepada anak2 angkat, orang gaji dan antara orang2 tua dan muda dari segi bukan mahram dan tinggal bersama;

2. Saya pun telah jumpa rujukan dari mufti Singapura (https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Fatwa/Malay-Batasan-Aurat-Keluarga-Angkat) yang beri keringanan untuk bukan mahram.

Rujukan dari mereka seperti berikut:

"19. Syariah menetapkan bahawa tidak semua yang bukan mahram itu memiliki hukum yang sama. Ada keringanan (rukhsah) yang diberikan bagi sebahagian situasi unutk menjaga kemaslahatan dan keperluan....."

 

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum wrt. Saya seorang graduan Dr gigi. Kerajaan melarang Dr gigi untuk kerja secara part time atau locum sebelum cukup setahun berkhidmat di klinik kerajaan. Soalan saya, adakah haram hukum gaji yang saya terima jika saya tetap bekerja secara part time sebelum cukup setahun berkhidmat? Terima kasih semoga dirahmati Allah SWT

message user image

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, saya ingin bertanya saya merancang untuk melakukan pembedahan bahagian rahang dengan tujuan untuk membetulkan posisi rahang saya yang agak senget. Bukannya untuk kecantikan, tetapi dalam masa yang sama saya berasa ragu-ragu berkenaan dengan hukumnya. Saya bimbang jika apa yang saya ingin lakukan itu berdosa dan termasuk dalam mengubah ciptaan Allah. Saya lakukan pembedahan rahang ini supaya keyakinan saya bertambah kerana sekarang  tidak selesa melihat wajah sendiri yang senget sehingga berasa kurang yakin berhadapan dengan orang lain. Adakah itu berdosa juga? Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.Di sekolah saya ada guru yang mengajar tidak memakai tudung dan pelajar sekelas ada yang tidak memakai tudung.Jadi apabila saya terpandang guru yang mengajar tidak memakai tudung atau pelajar yang tidak memakai tudung,adakah saya berdosa dan kurang pahala puasa jika terpandang banyak kali.Terima kasih

message user image

Assalamualaikum, saya sering dengar tentang batasan pergaulan lelaki dan perempuan, diantaranya adalah aman dari fitnah. Soalan saya, apakah yang dimaksudkan dengan "fitnah" dalam konteks ini?

message user image

Assalamualaikum. 

1) Sy nak tanya apa hukum nya pegang pinggan kaca yang ada tulis bone china (biasanya memang diperbuat dari tulang babi) Adakah kita perlu samak tangan kita?

2) Kalau kita pergi rumah orang/balik kg mertua.. masa basuh pinggan ada ternampak pinggan diperbuat dri bone china.. adakah perlu samak? Dan pasti nya tangan tengah basah ketika memegang pinggan tersebut.. Boleh beri pencerahan ..

Terima kasih

 

message user image

 

Assalamualaikum, Pretzel ada unsur agama Kristian. Apa hukum memakannya? Kemudian, apa hukum bermain pemainan dalam talian yang dalamnya ada kartun seperti manusia dan haiwan. Mohon pencerahan. 

message user image

Assalam, apa hukum bermain pemainan dalam talian yang ada pretzel? 

message user image

assalamu'alaikum

1. Soalan pertama: saya telah diamanahkan untuk memberi wang dan bantuan makanan kepada beberapa keluarga susah di banting melalui program universiti pada tahun 2008. Tetapi saya terlupa untuk memberi wang tersebut (berada di dalam sampul, dalam beg), dan hanya memberi bantuan makanan. Saya telah berhenti belajar di universiti tersebut pada tahun yang sama dan telah kehilangan data keluarga tersebut. bagaimana cara untuk saya menyelesaikan hutang ini? bolehkah saya serahkan duit kepada imam atau ketua kampung tersebut?

2.Soalan kedua. Saya telah lama mencari makna nama saya dalam islam,tetapi belum jumpa. Saya sangat risau, sebab saya telah membaca tentang  kita akan dipanggil dengan nama kita dan nama bapa sehingga ke akhirat. mohon tuan/puan dapat memberitahu makna nama saya. jika maknanya buruk atau tiada makna, saya ingin menukar nama. perkara ini membawa ke soalan ke-3

3. sekiranya seorang perempuan yang telah bernikah menukar nama, bagaimana status akad nikahnya?

 

message user image

Assalamualaikum ustaz. saya nak tanya. saya bercadang untuk mengadakan aqiqah untuk anak lelaki bersama dengan majlis perkahwinan adik ipar saya. Persoalannya, adakah aqiqah itu sah dan dibolehkan menggabungkan majlis perkahwinan dengan aqiqah?bagaimana jika ada tetamu menghulurkan hadiah berbentuk wang, adakah saya boleh menerima wang tersebut atau menganggap wang itu adalah hadiah untuk keluarga pengantin sahaja?

message user image

Salam..

Mohon pencerahan berkaitan:

Bagaimana dengan keluarga angkat keluarkan nama bapa kandung & gabungkan nama dengan nama bapa angkat??

Cth nama asal muhammad saiful bin aris

Nama didaftarkn (jpn/ic) muhammad saiful misnan..sekarang udah berkahwin & ada anak..

Pendaftaran Nama anak di jpn berbinti kan muhammad saiful misnan(mengikut i/c) ..

Hukum hakam berkaitan.. jika berkahwin/wali terdekat anak berkenaan bagaimana kah??

 

Terima Kasih..

message user image

assalamualaikum ustaz,saya nak tanya,tentang dosa jariah,kalo kita muat naik apa jua jenis yang di larang agama adalah dosa jariah kita,apa lagi kalo tidak memenuhi syarak,sampai kita mati pun tetap dosa jariah kita,yang menjadi kemuskilan saya ustaz,jika kita tidak tahu atau orang lain yang memuat naik video atau gambar yang tak senonoh tanpa sepengetahuan kita macam mana itu ustaz,apakah di kira dosa jariah juga. ,sedangkan orang yang mencuri membuat gambar atau video yang tak senonoh dan menyebarkannya, terimakasih

message user image

assalamualaikum ustaz/ustazah. saya nak bertanya:
1. macamana nak tahu samada Allah dah bagi petunjuk atau tidak selepas selesai solat sunat istiqarah?
2. kalau saya rasa Allah dah bagi petunjuk untuk pilih A, tapi saya pilih B, adakah saya dikira berdosa dari segi hukum sebab saya mengendahkan petunjuk Allah? untuk pengetahuan, saya di dalam dilema samada nak meneruskan pengajian sambil bekerja atau tidak. niat saya hanya untuk memudahkan saya mencari rezeki. kalau saya sambung pengajian, adakah saya dikira berdosa?

terima kasih

message user image

Salam.

Nak tanya, apa hukum memetik pucuk bunga hiasan yang terdapat disekitar kawasan umum. Pokok hiasan adalah yang ditanam oeh pihak pengurusan kawasan (developer, majlis daerah, majlis bandaraya). Saya hanya ingin memetik pucuk untuk disemai dan dijadikan tanaman hiasan dirumah dan bukannya mengambil keseluruhan pokok bunga tersebut. Apa juga hukumnya jika saya semai dan saya jual hasil semaian dari pucuk bunga tadi. Terima Kasih

message user image

Assalammualaikum Ustaz/Ustazah,
Saya seorang wanita bekerja berumur 53 tahun. Jawatan saya sering menuntut saya untuk bekerja lebih masa hingga ke malam. Disebabkan oleh masa rehat yang tidak mencukupi, 'eyebag" di bawah mata saya jadi sangat jelas sehingga mengakibatkan saya kelihatan jauh lebih tua dan kelihatan penat sentiasa. Saya jadi kurang yakin kerana sering ditanya sama ada saya cukup tidur atau sakit walaupun saya dapat cukup rehat malam sebelumnya. 
Di pusat rawatan kecantikan kepunyaan muslim sekarang mempunyai beberapa prosedur untuk mengurangkan eyebag yang seperti yang saya alami seperti suntikan collagen dan juga pembedahan kecil. Doktor yang memberi khidmat memaklumkan bahawa prosedur ini dibenarkan oleh agama dia ia sama seperti rawatan membuang jeragat atau kutil-kutil pada muka. Suntikan untuk eyebag akan mengempiskan eyebag saya  selama lebih kurang 6 bulan manakala pembedahan kecil itu akan mengempiskan eyebag saya  selama 5 hingga 6 tahun. Adakah prosedur ini dibenarkan disisi agama? Suami saya membenarkan prosedur ini dilakukan jika agama membenarkan. Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

assalammualaikum , 

nak nk tnya berkeadaan dgn isu pemakaian innai. 
boleh kah seorang yg belum berkahwin memakai innai di jari? Semoga mendapat respon dari pihak muftiselangor memandangkan saya penjual inai. Terima kasih 

message user image

Assalamualaikum w.b.t. Baru-baru ini terdengar percanggahan hukum tentang pemakaian inai pada jari. Umum sedia maklum pemakaian inai bagi lelaki tanpa sebab adalah haram. Bagi perempuan berkahwin pula adalah harus. Bagaimana hukumnya bagi perempuan yang belum berkahwin? Terdapat asatizah yang mengatakan harus, ada juga menyatakan haram di sisi mazhab Syafie. Sekarang trend pemakaian inai semakin meningkat, termasuk oleh mereka yang belum berkahwin. Mohon beri pencerahan agar umat Islam tidak terjerumus lebih dalam ke lembah dosa.

message user image

Assalamualaikum ustaz saya ingin bertanya

Soalan 1

 jika seorg isteri (balu) selepas suami meninggal boleh ke beliau keluar dari umah dan pergi ke surau bagi melihat jenazah arwah suaminya buat kali yang terakhir dan selepas itu balik ke rumah.

Soalan 2

Jika jenazah yg telah dimandikan boleh ke makcik,adik ipar perempuan menyentuh arwah.

Soalan 3

Boleh ke wanita mengetuai majlis tahlil arwah dirumah simati?

Soalan 4

Tatacara dan adab seorang balu semasa didalam edah.

Soalan 5

Bolehkah seorng anak buah lelaki salam seorng makcik yg dalam edah adakah berdosa.

Sekian, terima kasih.

message user image

Adakah dibenarkan menggunakan lagu² nasyid sebagai lagu iringan ketika melakukan aktiviti senamrobik ?

message user image

Assalamualaikum,

Saya mempunyai nurseri tanaman dan kerap menggunakan tinja ayam diproses sebagai baja. Saya hendak tahu sama ada tinja ayam yang telah diproses untuk tujuan pembajaan masih dikira sebagai najis ataupun tidak?

Menurut kefahaman saya, mengikut mazhab Shafii hukum tinja dari mana-mana haiwan adalah najis tetapi saya tidak jelas berkaitan tinja haiwan yang telah diproses seperti yang saya sebut di atas.

Terima kasih atas perhatian pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Wassalam.

message user image

Saya ingin bertanya, apakah hukum sekiranya seseorang individu menerima bantuan berupa makanan atau duit dari pihak gereja? Sama ada situasi individu tu dalam keadaan terdesak atau tidak terdesak. 

message user image

Betulkah ada hadis yang melarang untuk kita menyanyi ketika menaiki kenderaan? apakah hukumnya?

message user image

Assalammualaikum,

Saya bekerja di syarikat swasta dan memperolehi benefit seperti optical, dental dan sebagainya. 

Bolehkah saya ingin membuat cermin mata untuk ibu bapa saya sedangkan benefit itu adalah peruntukan untuk saya? Adakah ianya haram? walaupun saya tidak perlu pun benefit tersebut tp ingin membuat cermin mata utk parents saya dan claim dibawah nama saya.

Mohon pencerahan. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum, saya rifqi daripada perak. Saya nak bertanya berkenaan dengan apakah tindakkan yang perlu saya ambik berkenaan dengan cerita ini. Saya pernah diamanahkan untuk menjadi bendahari dalam satu program dan perlu mengutip semua duit daripada kesemua ahli. Dipendekkan cerita, selepas tamat program tersebut ada lebihan baki duit majlis. Saya pernah bertanyakan kepada ahli ajk tentang duit tersebut. Saya ingat-ingat lupa tentang perkara tersebut. Yang saya ingat saya pernah mintak halalkan duit ini kepada saya, ada juga pihak ajk nak gunakan duit ini untuk program lain tetapi apa jenis program pon tidak pernah terlaksana. Sekarang sudah dekat tiga tahun duit ini ada pada saya. Apa yang patut saya buat. Tolong beri pencerahan.

message user image

assalammualaikum, sekarang ramai wanita selit masuk baju dalam seluar sambil memakai pakaian luar seperti jaket blazer dan cardigan sebagai fashion. 

soalan saya, apakah hukum wanita selit masuk baju dalam seluar dan memakai pakaian luar seperti jaket sebagai fashion dan sebagai kekemasan diri ketika bekerja ?

message user image

Assalamualaikum tuan. Ini soalan saya. Mohon pencerahan.

1. Adakah sesuatu sumpah dengan nama ALLAH akan kekal sampai bila - bila walaupun telah dilanggar berkali - kali? 

2. Apakah boleh saya membatalkan sumpah dengan nama ALLAH berkenaan kerana dibimbangi akan melanggarnya lagi pada masa akan datang? Saya pernah bersumpah dengan nama ALLAH beberapa tahun yang lalu tidak akan beronani tetapi berkali - kali telah melanggarnya.

message user image

Assalamualaikum ustaz,

saya nak mintak pendapat ustaz tentang nama anak,banyak dah saya cari dekat google maksud nama ini,tapi saya tak jumpa.

1)Adakah nama Leo Isa ini maksud yang baik?

2)Saya inginkan letak nama anak lelaki yang pendek sahaja,ustaz boleh cadangkan tak nama yang baik dan maksud yang bagus.

TERIMA KASIH

message user image

Salam, apakah hukum lelaki memakai inai 3 jari di hari pernikahan? 

message user image

Assalamualaikum. 

Semasa awal perkhidmatan saya dengan kerajaan, saya ada beberapa kali membuat tuntutan perjalanan yang melebihi kadar yang sepatutnya. Sekarang ini saya sudah pencen dan sudah insaf atas perbuatan saya itu. Saya berniat untuk membayar semula kepada organisasi akan lebihan tuntutan perjalanan tersebut dengan memasukkan amaun tersebut ke dalam akaun organisasi tanpa memberitahu pihak organisasi. Bolehkah saya berbuat demikian? Sekian, terima kasih. 

message user image

Assalam.Kehadapan pihak Jabatan Mufti yang dihormati. Boleh tolong jelaskan 2 soalan di bawah yang secara ringkas untuk saya. Maklum balas yang diberikan amat2 dihargai.

1. Hukum menyimpan patung adalah haram, dari segi berbentuk manusia dan haiwan yang lengkap. Tapi bagaimana dengan bentuk haiwan2 comel dan figurin kartun yang tidak menjolok mata dan bersaiz kecil yang dijadikan keychain dan digantung di beg ataupun kunci bagi orang dewasa? Adakah dibolehkan atau tetap haram?

2. Hukum membunuh diri adalah haram. Tapi bagaimana pula sekiranya jika seseorang itu terjun ke sungai dengan niat menyelamatkan seseorang walaupun beliau tahu beliau tidak pandai berenang, ataupun masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar untuk menyelamatkan barang tanpa mengetahui dia akan selamat keluar ataupun tidak dan kemudiannya meninggal dunia dalam keadaan tersebut. Adakah dikira seperti membunuh diri juga? 

Sekian terima kasih.

message user image

saya ingin bertanya tentang azimah dan rukshah. soalan pertama saya adalah apakah definisi azimah dan apa pula definisi rukhsah. soalan kedua saya pula apakah jenis-jenis azimah dan rukhsah. harap solan saya dapat dijawab oleh pihak tuan/puan. terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.

Apakah hukum memasukkan sesuatu, selain dari zakar suami, ke dalam faraj isteri yang sedang haid sehingga dia inzal. Sebagai contoh, memasukkan jari, memasukkan zakar tiruan, dan sebagainya. Ini adalah atas permintaan isteri. Kerana ini satu-satu nya cara isteri dapat meredakan nafsu nya ketika sedang haid. Sekiranya haram, perlukah membayar fidyah/kaffarah? Harap dapat perjelaskan.

Sekian. Terima kasih.

message user image

1. Apakah hukum Wanita bermarhaban bersama alat Muzik.? Ada hukum yg menyatakan suara Wanita itu auratnya, dan tidak boleh diperdengarkan kepada muslimin tapi hanya dibolehkan pada kaum muslimat.

2. Bolehkah Wanita bermarhaban di majlis Nikah, kahwin, dimana keramaian bercampur muslimin dan muslimat?

3. Apakah hukum berlatih Marhaban sebelum sesebuah majlis di dalam Surau atau Masjid selepas waktu akhir solat bersama alat Muzik? Waktu akhir bermaksud, selepas Solat Isyak dan sesudah jemaah lain tiada di Surau atau Masjid.

4. Apakah benar, jika nawaitu (niat) sesebuah Kumpulan Marhaban Wanita itu hanya untuk menyampaikan kisah hidup Rasullullah (SAW), memuji nama Allah dan RasulNya disebuah Majlis, jadi ia tidak dianggap sebagai Haram.

5. Apakah hukum berMarhaban dengan alat Muzik bertali, gendang dan loceng?

message user image

Salam...

Saya selalu ditegah oleh ibu mertua untuk memetik atau memotong bahagian tumbuhan di kawasan rumahnya jika saya dalam haid. Alasannya, jika tumbuhan disentuh pada masa kita haid, tumbuhan itu akan layu atau mati.

Saya cuba bertanya pada keluarga saya dan juga cuba cari mana2 sumber rujukan di internet, tetapi tidak ada satu pun fatwa tentang perkara itu. Dan lagi, di rumah saya, ada ditanam tumbuhan. Sudah byk kali saya sentuh dan pegang tumbuhan di rumah saya semasa saya dalam haid. Saya dapati tumbuhan itu tak pun layu atau mati. Malah hidup sampai hari ni.

Mohon pencerahan tentang isu saya ini.

Wassalam...

 

message user image

Assalamualaikum. 

Apakah hukum memasak dan menjual makanan di arena makan (foodcourt) di mana sesetengah gerainya menjual babi? Apakah makanan saya halal? Semua gerai berkongsi tempat membasuh. Saya menggunakan baldi dan bekas2 lain untuk membasuh (bahan makanan basah saya tidak pernah bersentuh secara langsung dengan lantai, dinding atau pili), tapi masih di dalam kawasan membasuh tersebut.

Terima kasih didahulukan. 

message user image

Minyak-minyak terpakai sekarang orang kumpul untuk dijual, boleh jadi ada minyak digunakan untuk goreng haiwan yang tidak halal dimakan sama ada babi mahupun haiwan tidak disembelih.

Minyak-minyak terpakai ini seterusnya akan dijadikan sabun, lilin, pencuci dan sebagainya. Oleh itu halal ke penggunaan produk-produk tersebut.

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya mengenai hukum. Saya pengusaha kedai motosikal dan selalu menganjurkan konvoi motosikal ke negara luar Thailand/Singapore. Ada peserta Muslim dan Non Muslim.


Soalan saya:
1. Para peserta termasuk Muslim selalu menghadirkan diri mereka ke kelab malam utk minum arak dan juga melanggan pelacur ketika diluar negara semasa menyertai konvoi kami. Juga sering ke rumah urut. Apakah hukum utk saya selaku penganjur?

2. Saya telah menyatakan Syarat2 didalam Konvoi ini supaya Muslim tidak terlibat dan menjauhkan diri dari aktiviti2 Haram seperti ini, namun apa yg terjadi disana adalah diluar kawalan saya kerana jumlah peserta yg ramai dan susah utk saya pantau. Apakah hukum nya?

3. Adakah fatwa, hadis atau dalil yg memberi pencerahan utk ini? Saya melakukan perniagaan dan aktiviti konvoi2 seperti ini mmg byk membantu meningkatkan keuntungan syarikat. Niat saya utk mencari nafkah tetapi saya was2 dgn keadaan ini.

4. Juga di Premis kawasan bengkel saya, pihak non Muslim yg datang utk servis motosikal mereka kerap juga meminum Arak yg dibeli di sebelah 7E atau Speedmart. Saya berasa tidak selesa dan apakah tindakan yg wajar dilakukan?

Minta pencerahan.

Terima Kasih

 

message user image

Assalamualaikum mufti. Sebelum ini saya dapat tahu bahawa  hukum seseorang menggunakan barangan yang tertukar dengan orang lain adalah haram dan wajib barangan tersebut dikembalikan kepada pemilik asal. Persoalan saya mufti, bagaimana pula jika saya menggunakan barangan yang saya tertukar dengan orang lain tersebut untuk melakukan pekerjaan? Adakah ianya menyebabkan gaji/upah yang saya terima hasil dari menggunakan barangan milik orang lain tersebut menjadi haram? Contoh situasi adalah saya tertukar beg untuk mengangkut makanan/barangan dengan pekerja yang lain dan saya mengetahui yang beg tersebut bukanlah milik saya. Adakah upah yang saya terima hasil menggunakan beg tersebut dikira haram? Walaupun pekerjaan saya pada asasnya adalah halal? Mohon penjelasan nya mufti. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya tentang pandangan Islam dalam mendalami atau meneruskan pelajaran dalam bidang Sains yang merupakan Fardhu Kifayah. Adakah perlu untuk kita lebih mendalami ilmu Sains ke tahap Masters/P.H.D ?

Saya bekerja sebagai seorang doktor hampir 7 tahun. Masih tidak terbuka hati saya sepenuhnya untuk melanjutkan ilmu kepakaran perubatan kerana bagi saya, saya masih keliru sama ada adakah ia masih satu Fardhu Kifayah dari sudut agama atau lebih baik saya mendalami ilmu lain yang lebih berkait rapat dengan Islam.

Terima kasih.

message user image

apakah hukum makan darah ikan dan perut ikan yang belum dibersihkan. 

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya berkaitan hukum penggunaan duit kutipan tabung masjid untuk program program masyarakat setempat seperti berikut:

1. Saguhati duit untuk ahli kariah yang sakit dan uzur sama ada yang Muslim atau bukan Muslim.

2. Program gerobok rezeki dengan memberi bantuan makanan asas untuk ahli kariah yang memerlukan.

3. Program menyantuni masyarakat kampung di warung dan kedai makan dengan membelanja ahli kariah selepas solat subuh/kuliah subuh.

Terima kasih atas perhatian pihak jabatan mufti

message user image

Assalamualaikum Tuan Mufti,

Saya ingin bertanya apakah hukum menggunakan laman web seperti "random name generator" dan sewaktu dengannya, dalam membuat sesuatu keputusan.

Sebagai contoh, si fulan seorang yang tidak berkeyakinan tinggi dan 'indecisive' dalam membuat keputusan, dia terlalu bergantung kepada laman web seperti "random name generator" untuk menentukan keputusan terbaik dalam menjalankan kehidupan seharian seperti ingin makan di mana, ingin makan apa pada hari ini atau membuat pilihan pakaian dan sebagainya. Apakah hukum perbuatan beliau?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

1) Apa yang dimaksudkan dengan USAHA dalam Islam? Adakah usaha itu 100% pilihan yang saya buat ataupun usaha itu sudah ketentuan Allah S.W.T. sebab Dia yang gerakkan tubuh badan saya?  Yang  sama faham usaha adalah keseluruhannya pilihan saya dan tawakal baru saya serahkan kepada Allah untuk tentukan hasil usaha saya itu.

2) Apa TUJUAN UTAMA kahwin? Adakah salah jika saya katakan tujuan utama kahwin adalah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. 

Sekian, Terima kasih.

 

 

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

1) Apa yang dimaksudkan dengan USAHA dalam Islam? Adakah usaha itu 100% pilihan yang saya buat ataupun usaha itu sudah ketentuan Allah S.W.T. sebab Dia yang gerakkan tubuh badan saya?  Yang  sama faham usaha adalah keseluruhannya pilihan saya dan tawakal baru saya serahkan kepada Allah untuk tentukan hasil usaha saya itu.

2) Apa TUJUAN UTAMA kahwin? Adakah salah jika saya katakan tujuan utama kahwin adalah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. 

Sekian, Terima kasih.

 

 

message user image

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Ada pertanyaan yang mahu saya sampaikan dan mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan.

Keluarga kami sering menganjurkan makan malam Hari Keluarga di sesebuah hotel. Jawatankuasa keluarga dibentuk bagi memudahkan urusan penyediaan & pendaftran bagi setiap aktiviti yang berkaitan termasuk makan malam.

Pihak jawatankuasa keluarga telah menetapkan untuk mengenakan caj tambahan bagi setiap pembayaran makan malam dengan tujuan untuk memasukkan duit lebihan tersebut ke dalam tabung keluarga, tanpa pengetahuan ahli keluarga lain yang hadir. Sebagai contoh :

Caj oleh pihak hotel : RM60

Caj yang diminta oleh jawatankuasa kepada ahli keluarga  : RM65 (tanpa memberitahu kepada ahli keluarga yang lain berkenaan lebihan dan tujuan RM5)

Kebiasaanya, lebihan yang terkumpul itu digunakan untuk keperluan tambahan majlis, seperti duit membeli doorgift, menyediakan minuman ringan, perbelanjaan saguhati untuk jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program.

Ahli keluarga yang lain, kemungkinan memang percaya dan yakin yang RM65 yang dibayar itu adalah untuk bayaran makan malam itu semata.


Apa yang menjadi kemusykilan atau kesangsian saya, apakah hukum mengambil wang daripada orang lain (tanpa memberitahu tujuan) untuk perbelanjaan lain yang boleh jadi untuk kesenangan bersama.

message user image

Assalamualaikum.

Soalan saya adalah apakah hukum apabila seorang melayu yang menjadi 'proxy' menggunakan namanya untuk membeli tanah rizab melayu untuk diusahakan bersama dengan bangsa bukan melayu. 

Sekian terima kasih

message user image

Assalamualaikum, ustaz. Biasanya kalau ada orang buat salah pada kita, kita kena maafkan. Begitu juga kalau saya buat salah. Tapi kalau orang itu buat salah pada saya dan dia tak minta maaf, salah ke saya kalau saya tak maafkan dia? Berdosakah saya? Walaupun ada yang cakap Nabi Muhammad SAW pun maafkan orang yang buat macam-macam fitnah, saya tidak ada hak ke untuk tak maafkan orang lain? Kalau dia minta maaf, Insyaallah saya akan cuba tenangkan hati dan maafkan dia. Tapi, dia tak minta maaf. Malah, dia mencarut dan anggap saya ni kebudak-budakan kononnya saya acah-acah tak nak maafkan orang lain. Dia siap bagitau kawan-kawan lagi yang saya mudah koyak. Salah ke saya kalau tak maafkan dia? Itu saja soalan saya, harap Ustaz boleh terangkan. Terima kasih.

message user image

Assalammualaikum saya ingin kan kepastian,Apakah hukum menziarah orang mati bukan beragama islam kerana family angkat saya cina anak dia masuk islam"suatu Hari sedara dia menginggal dunia dan saya pergi lalu mereka bagi satu lidi untuk si mati dan saya ambik dengan niat untuk menhormati si Mati kerana si Mati kawan saya"

message user image

Assalamualaikum

Saya ada kemusykilan, mak saya ada dua (2) nama. Nama yang didaftarkan untuk zaman persekolahan sehingga kini adalah nama kakak beliau (telah meninggal dunia dari kecil). Satu (1) lagi nama adalah pada sijil lahir semasa mak saya dilahirkan. Mengikut keterangan dari mak saya, arwah ibu dan ayahnya tersilap menggunakan nama kakak beliau yang telah tiada semasa proses pendaftaran sekolah ketika waktu itu dan sehingga kini.

Persoalannya, nama yang mana sepatutnya saya gunakan bagi mewakili mak saya untuk membuat amal jariah kepada mak saya. Mohon pencerahan.

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz, hobi mencari barang2 lama tersembunyi seperti di pantai yg menggunakan alatan metal detector adakah dikira mencuri? Bolehkah barangan itu dijual & dimakan/gunakan hasilnya?    T.kasih ustaz  atas pencerahan.

 

 

message user image

Adakah benar suami dilarang mencium mata isteri? sila lihat video di link tiktok https://vt.tiktok.com/ZS867FWEc/

message user image

Assalamualaikum Mufti,

Saya hendak bertanya sama ada membaca dan menulis novel romantik dan fiction haram atau di boleh kan? Saya telah membuat beberapa pencarian online mengenai persoalan di atas tapi menemui pendapat yang berbeza. (saya seorang penulis & juga pembaca)

Terima kasih. 

 

message user image

Apakah hukum seorang perempuan memotong rambut pendek seperti lelaki atas arahan ibu bapa? Adakah masih haram hukumnya walaupun seseorang itu menutup aurat dengan sempurna dan memendekkan rambut dengan tujuan memudahkan seseorang itu memakai tudung?

message user image

Saya memelihara 6 orang anak yatim piatu dan tinggal di rumah peninggalan ibu bapa mereka. Bolehkan saya makan makanan yang disedekah oleh orang ramai kerana saya yang memasak di rumah tersebut dan sbg sebuah keluarga susah untuk saya mengasing-asingkan makanan sedekah dan barangan dapur yang saya beli. Bagaimana pulak api dan air, sekiranya ibu bapa anak-anak ini ada meninggalkan harta dan bil dibayar dengan menggunakan wang tersebut? Adakah saya dikira makan harta anak-anak yatim piatu apabila saya menggunakan letrik dan air untuk keperluan peribadi? 

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya hukum mengambil gambar yang berlatarbelakangkan perayaan krismas. Saya dapati, setiap pada bulan Disember setiap tahun, banyak pusat membeli belah memasang perhiasan seperti pokok krismas yang besar, patung santa klaus, sudut bergambar dan lain2 perhiasan krismas. Ramai pengunjung yang beragama islam mengambil foto untuk tujuan kenangan. Apakah hukum mengambil gambar ini ustaz? Sekian, terima kasih.

message user image

Apakah hukum seorang pengamal perubatan memberikan ubat pencegah jangkitan HIV (pre-exposure prophylaxis/PREP) kepada individu yang mengamalkan homoseksual dalam keadaan pengamal perubatan menyedari bahawa kajian menunjukkan tingkah laku homoseksual tetap tinggi malah makin meningkat dengan penggunaan PREP? 

PREP berkesan untuk mencegah HIV tetapi tidak boleh mencegah jangkitan seksual lain seperti syphilis dan sebagainya.

message user image

ASSALAMUALAIKUM.SAYA SUDAH BERKAHWIN DAN BEKERJA DI SEKTOR AWAM.SAYA ADA BELI CINCIN EMAS DENGAN DUIT SAYA SENDIRI,DAN SETELAH MEMBELI CINCIN ITU SAYA PUN MEMBERITAHU SUAMI SAYA.TAPI MALANGNYA DIA TELAH MEMARAHI SAYA SEBAB SAYA TIDAK MEMBERITAHU DIA SEBELUM SAYA MEMBELI.SAMPAI SEKARANG KAMI BERGADUH DISEBABKAN PERKARA ITU.ADAKAH SALAH SAYA MEMBELI SESUATU GANJARAN UNTUK DIRI SAYA.MOHON PENCERAHAN..TERIMA KASIH

 

message user image

salam ustaz,,,sy ingin bertanya,,,sy bapa pd 3 org anak, perkahwinan sudah mencecah 10 tahun,,,jadi soalan sy ustaz,,,bolehkan sy menjalani pembedahan vasektomy,,alasannya adalah kerana faktor kesihatan isteri yg tidak sihat jika mengandung lg,,setelah berbincang secara dalam,isteri memberi izin untuk sy melakukan vasektomy,,,jadi pertanyaan sy,apakah hukum ke atas sy jika melakukan prosedur itu.

message user image

Assalamualaikum Tuan Mufti, adakah jemaah-jemaah dakwah yang datang ke masjid atau surau selama beberapa hari boleh menggunakan elektrik dan air untuk kegunaan peribadi seperti mandi, mengecas telefon bimbit? Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum, 

Zaman kini, ramai orang mendapatkan pekerjaan melalui kabel terutamanya bagi sektor kerajaan.

1) Adakah gaji individu yang mendapatkan perkerjaan melalui kabel haram?

2) Dalam sistem pinjaman pelajaran JPA, peminjam diberikan pengecualian pembayaran pinjaman  sekiranya bekerja di sektor kerajaan (manakala peminjam yang tidak bekerja di sektor kerajaan perlu membayar semula pinjaman). 
Adakah halal wang pinjaman yamg dikecualikan sedangkan individu mendapatkan perkerjaan tersebut dengan cara yang haram (iaitu menggunakan kabel)?

 

Syukran.

message user image

Apakah hukum memakai krim untuk kurangkan atau hilangkan kedut di bawah mata?

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum Tuan,saya ingin memohon penjelasan hukum tentang 3 perkara :

1) Hukum saya mencari barang milik peribadi saya yang hilang didalam masjid atau surau dengan  cara :

a)saya memohon pertolongan daripada pihak ajk masjid atau surau mengumumkannya kepada jemaah , adakah perbuatan saya ini dilarang didalam agama kita

b)saya secara peribadi meminta tolong daripada mana mana jemaah yang ada untuk sama sama mencari barang peribadi saya yang hilang itu adakah perbuatan saya ini dilarang didalam agama kita

2) Saya ingin tahu Maksud Larangan melakukan jual beli didalam Masjid atau surau,adakah larangan ini hanya tertakluk dikawasan dewan solat atau seluruh kawasan surau dan masjid

3)Hukum mengiklankan barangan jualan seperti kitab,produk takaful,produk wasiat,madu kelulut yang dibuat didalam dewan solat di masjid atau surau adakah dibolehkan  

Pencerahan Tuan saya dahulukan ucapan terima kasih

message user image

Assalamualaikum Tuan Mufti,

 

Saya suami kepada isteri yang bekerja dengan salah satu Hospital Kerajaan di Kuala Lumpur. Setiap tahun beliau perlu menghadiri Kursus Kerja selama 2 atau 3 hari di tempat yang ditetapkan. Kursus ini lebih kepada program Team Building yang mana setiap aktiviti perlu dibuat bersama-sama antara peserta lelaki dan perempuan. Masalahnya ada aktiviti yang dilaksanakan akan terjadi persentuhan fizikal antara semasa mereka disebabkan aktiviti itu sendiri yang memerlukan setiap peserta bercampur baur dan rapat. Aktiviti di dalam kolam atau sungai juga dilakukan bersama sesama mereka semasa berada di dalam air, ini pastinya mendedahkan aurat wanita apabila pakaian basah. Selain itu aktiviti persembahan pada waktu malam pula ada yang melibatkan tarian dan nyanyian di atas pentas campur lelaki wanita.

 

Mohon pencerahan dan Jawapan, apa yang sepatutnya saya sebagai suami lakukan.

 

Sekian Terima Kasih

 

message user image

Saya telah akil baligh dan normal sbg manusia. Saya ada menerima hadiah berupa patung teddy bear besar. Cukup lengkap. Sblm ini, sy tidak pernah menyimpan atau membeli permainan ataupun patung-patung seperti ini. Jdi klau sy berniat utk menyimpan teddy bear tersebut sbg menghargai pemberian, tidak memuja dan hanya meletakkannya didalam bilik. Adakah ianya salah dan sy berdosa. Kerana sy pernah mendengar yg malaikat tidak akn masuk ke rumah2 yg ada perkara seperti ini. Dan apa yg sy dengar dri penjelasan dri beberapa ustaz, ianya adalah haram. Mohon sudi memberi penjelasan. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum..Saya adalah seorang penghidap kencing manis yg kritikal...jika satu hari nanti kaki saya harus di potong untuk mengelak kuman berjangkit ke bahagian anggota badan yg lain...tapi sy memilih untuk membiarkan sahaja..tak memilih untuk di potong...adakah saya berdosa dengan pilihan saya...mohon pencerahan...

TERIMA KASIH...WASSALAM

 

 

 

message user image

 

Assalamualaikum

Suami enggan membunuh semut di rumah. Tambahan ibu nya berkata tiada semut nnt anai2 yg ada. Baik semut ada.

Serabut saya apabila rumah mempunyai semut yg agak byk. Hinggakan makann kucing dlm sangkar pum di makan. Tidak hairan . Yg pelik najis kucing pun semut kerumun.

masalah saya berlaku dlm kekalutan mengejar masa ( bekerja) balik prlru bgegas masak. Pernah letak smabal udang dlm tempoh 15min lbih kurang ..habis lauk dimasuki semut. Pinggan magkuk telah bercuci pun semut akan kerumun. 

Malahan atas katil kami pun semut akan lalu. Kena gigit semut pastilah bukan perkara baru. Namun itu smeua masih dia enggan utk bertindak. Semut di sini jika digigit badan akan bemgkak...bukan sehari hilang bengkak. Sekurnag2 nya dptkan maklumat dr pihak pest control utk kenalpasti adakah anai2 akan hadir jika tiada semut... Tiada cara utk halang kehadiran anai2 ?

Saya dah puas suarakan n bergaduh. Anak2 meminta saya bersuara. Saya pun meminta mereka bersuara sama..agar suara kami didengar. 

Benarkan semut mmg xbole dibunuh?

Padahal islam tu syumul..sempurna..tidak memyusahkan mana2 pihak

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya apakah hukum menyertai kelas senaman di dalam bilik tertutup, hanya boleh disertai oleh wanita & tidak dibenarkan mengambil gambar dan video.

Untuk pengetahuan Mufti/Ustaz, saya menetap di Qatar, yang mana kebiasaan kelas2 senaman disini ( aerobik, zumba, yoga, pilates & sebagainya ) yang dibuka untuk wanita, hanya boleh disertai oleh wanita sahaja. 

Yang menjadi kemusykilan, walaupun hanya wanita, ada pencampuran dengan wanita bukan islam. Adakah boleh untuk saya sertai kelas tersebut? Bagaimana aurat dengan mereka & etika pemakaian? 

Kawan arab saya ( wanita islam ) yang menyertaikan kelas tersebut mengatakan di Qatar,  ramai sedia maklum budaya dan peraturan termasuk wanita bukan islam yang sertai kelas. 

Saya ingin menyertai dengan niat untuk memperbaiki kesihatan saya tapi saya takut saya melanggar hukum. Saya harap pihak mufti/ustaz dapat membantu. 

terima kasih. 

 


 

 

message user image

Assalamualaikum Yang Berhormat Dato' Mufti,

Saya ingin bertanya,

Adakah berlaku proses Istihalah pada abu yang bersumberkan bahan yang tidak halal dan adakah boleh menggunakan abu tersebut untuk proses penghasilan Telur Padi / Telur Awet? 

Sekian, terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum ustaz.

Apa hukum isteri terima hadiah daripada ibunya tanpa izin suami.

Ibu saya menghadiahkan set barang kemas kepada saya. Tetapi suami meminta sy memulangkannya semula. Perlukah saya memulangkan semula hadiah itu?

Ibubapa sy telah memberikan rumah dan tanah kepada adik2 saya. Tetapi kerana sy sudah menetap di Selangor sy menolak untuk menerima tanah di kampung. Sebaliknya ibubapa sy ingin memberikan sejumlah wang sebagai ganti. Boleh kan sy menerimanya? Suami sy tidak mengizinkan sy menerima apa2 bentuk hadiah/bantuan daripada ibubapa sy.

Terima kasih.

message user image

Assalammualaikum Ustaz/Ustazah,

Saya ada persoalan bab hukum. Sekiranya seseorang itu mendapat bekalan ubat berlebihan daripada hospital (claim GL kakitangan kerajaan) dan menjual semula ubat tersebut melalui farmasi. Adakah hasil jualan tersebut dikira halal?

Terima kasih atas maklum balas.

message user image

Assalamualaikum. Saya nak tanya berkenaan perasaan apabila melihat kaabah. Semua orang yang pernah ke Mekah menyatakan tentang betapa menakjubkan dan syahdunya melihat Kaabah pada kali pertama. Tetapi bagi saya, saya tak ada apa-apa perasaan sedemikian, dan saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan saya apabila saya tidak merasakan apa-apa. Satu-satunya perkara yang saya rasa adalah rasa bersalah sangat kerana tidak merasakan apa yang orang lain rasa. Adakah ini sesuatu yang normal?

 

message user image

Assalamualaikum, saya ingin tumpang bertanya. Dahulu saya ni seorng yang jahat. Saya menganiayai bekas kekasih saya. Teruk sangat perkara yang saya lakukan terhadap beliau. Bila dah putus, baru saya sedar semua salah silap dan bertapa kejinya perbuatan saya terhadap beliau. Saya menyesal sangat sangat. Saya mohon ampun kepada Allah dan juga saya mintak ampun dan maaf kepada beliau setiap hari sehingga ke hari ini selama hampir 2 tahun. Tetapi beliau tidak mengendahkan message maaf saya. Apa perlu saya buat? saya buntu sangat sangat sampai kan ada ketika saya fikir lebih baik saya bunuh diri dan mati sahaja atas dosa yg saya pernah lakukan.

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ada persoalan berkaitan menerima ajakan bertunang lelaki yang meninggalkan ilmu agama sejak kecil. Saya kenal dengan lelaki ini baru 2 bulan, tetapi lelaki tersebut sudah mengajak bertunang dan berkahwin dengannya. Beliau mahu bertunang 3 bulan dari sekarang.. Sedangkan kami baru sahaja berkenalan. Sepanjang perkenalan, saya mendapati beliau dan keluarganya tidak menunaikan solat 5 waktu, sedangkan doa qunut juga beliau tidak hafal. Dan pelbagai ilmu agama lagi yang kurang dari keluarga beliau dan beliau sendiri.

Saya bukanlah meminta yang terlalu alim, cumamnya saya berpandangan lelaki sebegini tidak boleh memimpin saya pada waktu akan datang jika saya menjadi isteri beliau kelak. Akan tetapi saya rasa serba salah hendak menolak ajakannya untuk berkawin. Beliau baik, cumanya kuat mencarut, adik beradiknya begitu juga.

Keluarganya malah mendesak untuk beliau berkahwin dengan saya secepat yang mungkin. Keluarganya sudah mengenali saya dan kami pernah keluar bersama-sama.  Jadi saya malu, dan tidak tahu buat apa untuk menolak ajakan lelaki tersebut. Adakah saya perlu menerima ajakan beliau untuk bernikah dengannya?

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh. 

Dengan ini, saya ingin mengemukakan satu soalan mengenai kemusykilan saya tentang sesuatu perkara. Mudah mudahan pihak mufti dapat memberi penjelasan serta jawapan berkenaan hal ini. 

Saya sering diberi hadiah oleh sahabat baik saya. Sampai lah saya terlihat satu kejadian di depan mata, yang mana sahabat saya ini mencuri. Tetapi dia tidak tahu yang saya terlihat perbuatannya. Sampai saat ini saya meragui semua barang yang pernah diberi olehnya. Adakah semuanya dia dapatkan dengan cara yang sama seperti kejadian yang saya terlihat tanpa sengaja. Apabila saya beranikan diri beritahu apa yang saya lihat, dia menafikan hal itu dan mengatakan semua pemberiannya hasil titik peluhnya, bukan hasil curi.

Jadi kesimpulannya, apakah status dan hukum menggunakan barang yang kemungkinan hasil curi walaupun saya tidak membeli, tetapi diberi. Jika tidak guna, takut sahabat saya terasa hati. Jika digunakan, ragu dengan hukumnya. 

 

Terima kasih. 

message user image

Apakah hukumnya sekiranya kita sentiasa mengaitkan kejayaan org lain (suami, isteri, anak, jiran, kawan) & org yg sembuh dari penyakit adalah kerana doa kita. Contohnya:

1. sebab sy doa di mekah haritulah bisnes suami bertambah baik

2. Hari2 sy doakan awak, tengok awak dh sembuh sbb sy doa. Doa sy makbul. 

Serta apakah hukumnya kita sentiasa menceritakan amalan kita, kpd org lain. Seperti berzikir beribu kali sehari, baca yassin setiap hari, baca quran etc.

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada mendengar ceramah mengenai redha dan penerimaan ujian Allah, soalan saya adalah jika saya berusaha menerima ujian Allah yg sedang saya jalani ini dengan hati yg redha adakah saya perlu lupakan niat saya untuk bercerai?

Saya keliru apa yang perlu saya buat kerana saya sudah nekad untuk bercerai demi agama saya dan anak-anak saya. Saya faham sebagai hamba Allah saya perlu terima segala ujian dengan hati yang lapang. Sekira saya meneruskan niat untuk bercerai adakah itu menandakan saya tidak menerima ujian Allah dengan sabar? 

message user image

Assalamualaikum, 

Beberapa tahun lepas saya ada buat perkara yang jahat atau mengaibkan kepada kakak ipar saya. Iaitu saya mengambil pakaian dalam dia dan membuat perkara yang tidak senonoh terhadapnya tanpa pengetahuan dia. Sekarang saya ingin bertaubat, dan sudah lama tidak melakukan perkara tersebut. Tetapi saya takut Allah akan menyoal saya di akhirat kelak tentang perkara tersebut. Bagaimana cara ingin saya minta maaf kepada kakak ipar saya? Tapi saya pernah terbaca, Allah dah tutup aib kita, tak perlu kita buka aib kita. Jadi adakah saya perlu jujur mengenai perkara tersebut atau pun bagaimana?

 

Terima kasih. 

message user image

1. apakah hukum melihat aurat yang terkandung dalam game ? contohnya mobile legends 

2. apakah hukum kita mengunakan backsound orang untuk dijadikan content. tetapi kita creadit nama owner adakah bole dipakai?

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada kemusykilan dan dimohon penjelasan…baru-baru ini ada seorang lelaki yang menangkap saya mempunyai hubungan sulit dengan isterinya. Saya ada bersumpah dengan nama Allah dan mengatakan saya tidak berbuat apa-apa kepada isterinya walaupun sebenarnya saya berbohong. Saya ada memegang tangan isterinya tetapi tidak sampai ke tahap terlanjur. Saya tidak berani mengaku kesalahan saya ketika itu kerana lelaki tersebut ada memegang senjata tumpul dan jika saya mengaku salah sudah pasti beliau akan mencederakan saya dan mungkin isterinya sendiri. Beliau memang seorang yang panas baran. Jadi, apakah hukum perlakuan sumpah saya itu dan apakah yang perlu saya lakukan jika saya ingin bertaubat? Adakah saya perlu membayar kafarah sumpah juga?

message user image

Assalamualaikum,

Saya berada dalam situasi dimana saya telah ditipu dari segi wang (sejumlah yg banyak) dan terasa dikhianati oleh individu yang sama. Individu tersebut adalah biras saya dan saya sangat rapat dengannya umpama kakak sendiri. Atas dasar rapatnya hubungan kami dia mengambil kesempatan berkali-kali. Tapi setiap kalipun saya berkata pada diri yang mungkin dia tidak berniat begitu. Saya tahu dia menipu dan mempermainkan saya untuk mendapatkn duit tersebut tetapi mengenangkan hubungan adik beradik suami saya diamkan sahaja.

Sehingga baru-baru ini individu tersebut telah membocorkan rahsia hal rumahtngga saya kepada ahli keluarga yang lain. Saya rasa dikhianati.

Dalam masa yang sama saya juga bersyukur kerana Allah telah memberikan satu kesedaran untuk saya benar2 melihat perangai dan sikapnya yang sebenar.

Soalannya;

Adakah dengan memberi kemaafan kepada orang yang membuat salah kepada kita, maka mereka akan terlepas dari hukuman Allah?

Adakah dengan menghalalkan apa yang mereka ambil dengan cara licik dan menipu akan membersihkan darah mereka yang memakan hasil dari menipu tersebut?

Adakah saya berdosa jika saya tidak memaafkan dan menghalalkan apa yang dia ambil dari saya?

Saya tidak mahu menyimpan rasa dendam dan amarah pada orang yang sia2 seperti biras saya. Saya tidak mahu berurusan dengan orang sepertinya di dunia mahupun di akhirat dengan berhutang dalam apa jua bentuk (kemaafan contohnya).

Tetapi seperti tidak adil andai mereka tidak mendapat apa2 balasan atas perbuatan mereka kerana mereka telah mendapat kemaafan.

Mohon pencerahan.

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum Wbt.

Pada tahun 2021, saya telah berkahwin dengan seorang PLHIV (status UVL). Walaubagaimanapun, saya tidak memberitahu wali dan keluarga saya tentang penyakit pasangan saya kerana mahu menutup aibnya. Saya juga diminta oleh pendaftar nikah untuk membuat surat sumpah sekiranya tidak mahu memaklumkan hal ini kepada wali. Saya telah mengikut segala prosedur yang ditetapkan dan bernikah seperti biasa. Persoalannya adakah saya berdosa kerana merahsiakan perkara ini dari wali dan keluarga saya? Perkara ini sangat mengganggu saya sehingga datangnya penyakit was-was. Bolehkah saya mendapatkan nasihat dari pihak tuan? 

 

 

 

message user image

Salam Ustaz/ Ustazah

Saya mohon pencerahan. Saya bertugas di salah sebuah klinik kesihatan di ibu kota. Klinik saya mengamalkan pemberian PrEP kepada golongan homosexual sebagai langkah pencegahan HIV. Saya telah ditugaskan untuk menjaga para pesakit dan klinik tersebut atas arahan pihak atasan ( KKM).

Apakah hukum saya sebagai seorang doktor muslim yang berkerja dengan KKM memberikan PrEP kepada golongan homosexual semata mata mengikut arahan pihak atasan. Dalam hati saya mengetahui ini adalah salah.

Mohon pencerahan ustaz. Bantulah saya.

Sekian.

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai satu persoalan. Saya ada bermain satu permainan di Lazada di mana pengguna akan mendapat hadiah beras. Hanya perlu menyiram pokok di dalam permainan itu dan setelah mencapai satu tempoh yang ditetapkan, pengguna akan mendapat hadiah beras seperti yang ditawarkan. Persoalannya adakah beras itu halal untuk dimakan? Segala maklum balas saya dahului dengan ucapan terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai satu persoalan. Saya ada bermain satu permainan di Lazada di mana pengguna akan mendapat hadiah beras. Hanya perlu menyiram pokok di dalam permainan itu dan setelah mencapai satu tempoh yang ditetapkan, pengguna akan mendapat hadiah beras seperti yang ditawarkan. Persoalannya adakah beras itu halal untuk dimakan? Segala maklum balas saya dahului dengan ucapan terima kasih.

message user image

1. bolehkah kita mengambil gambar dimana ii web untuk dijadikan sebagai wallpaper, education,rujukan

2. apakah hukum kita terbeli atau terpakai barang - barangan cetak rompak yang di buat oleh kafir harbi?

 

message user image

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang hukum gambar haiwan. Saya minat mengumpul koleksi model pesawat tentera, pada badan pesawat tersebut ada gambar haiwan yang tak cukup sifat seperti kepala burung atau harimau (saiz gambar haiwan ini kecil lebih kurang separuh duit 5 sen). Jadi saya ingin bertanya apakah hukum saya mempamerkan model pesawat yg ada gambar haiwan tersebut dalam rak kaca. Sekian terima kasih.

contoh gambar (gambar kepala haiwan di ekor pesawat):

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Apakah hukum bertaruh tanpa wang atau harta seperti bertaruh kepercayaan/sokongan seseorang? Sebagai contoh, seseorang bertaruh jika dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, ibu bapa nya harus menyokong pilihan dia untuk ke universiti yang dipilih olehnya, bukan universtiti yang dipilih kedua orang tuanya. Adakah pertaruhan sokongan/dukungan/kepercayaan ini dianggap sama seperti pertaruhan wang/harta dalam perjudian?

message user image

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Zaman sekarang dengan teknologi yang sangat canggih sehingga boleh mendengar perbualan dan mengetahui kedudukan lokasi seseorang walaupun seseorang itu berada didalam sesebuah bangunan, merupakan satu zaman yang amat mencabar untuk ditempuh didalam kehidupan seharian. Mereka yang memiliki teknologi tersebut boleh melakukan kerosakan kepada kehidupan manusia lain. Ini tidak terkecuali kehidupan saya sendiri yang mengalami penindasan demi penindasan selama beberapa tahun yang lalu sehingga kini. Malangnya saya tidak mempunyai ilmu dan kepakaran didalam teknologi tersebut mahupun berinteraksi dengan masyarakat untuk memperoleh maklumat lanjut yang berkaitan. Soalan saya, apakah hukum bagi mereka yang bekerja (sebagai pengintip) dengan pemilik teknologi tersebut walaupun dengan tujuan untuk "menjaga keselamatan" sekiranya orang yang diintip tidak membenarkan / tidak redha akan aktiviti mengintip mereka? Sebagai sebuah institusi agama, apakah tindakan yang sewajarnya bagi mendidik masyarakat berkaitan isu ini supaya kesan buruk teknologi dapat dikekang dikalangan masyarakat? 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz, 

Saya berumur 45thn dan isteri berumur 40thn. Akan tetapi isteri saya telah jatuh sakit dan lanjutan itu dia tak boleh disetubuhi dan nafsu syahwatnya juga hilang.

Persoalan/permasalahan saya sekarang sebagai lelaki yg normal dan masih lg bernafsu ada ketika saya tidak dapat menahan nafsu akan tetapi saya tak boleh bersama dgn isteri atas sebab kesihatan beliau (seperti di atas).

Bolehkan saya beronani utk meredakan nafsu td, umpama kata org sekarang 'air naik kepala'. Kalau tidak mmg sy tak boleh duduk dan runsing.

Untuk berkahwin lain mmg saya tak mampu dan tak sanggup dgn keadaan isteri saya yg sebegitu. Ada pendapat ulamak supaya berpuasa, tp puasa sebelah siang, malam pulak bagaimana, meracau saya dibuatnya 'bil air tertunggak'. 

Saya tahu onani itu haram, tp dalam situasi sebegini bagaimana ustaz. Harap dapat membantu. 

message user image

Assalamualaikum,

Saya bekerja di salah satu syarikat konsesi kutipan pepejal di Malaysia. Saya ingin bertanya, apakah status/hukum bagi sisa makanan non-halal yang diproses menjadi baja/kompos, dari aspek pengurusan sisa makanan tersebut dan penggunaan produk baja/kompos ini untuk tanaman?

Proses yang digunakan adalah pemanasan (heating) sisa makanan pada suhu tidak kurang 55 darjah Celcius, selama tidak kurang 72 jam di dalam mesin kompos. Proses isi disertai dengan pembalikan (turning) supaya pemanasan adalah sekata. Tiada sebarang bahan kimia tambahan di masukkan ke dalam proses ini, melainkan sisa makanan semata-mata.

Selain itu, adakah sisa makanan non-halal ini perlu diproses secara berasingan, atau boleh dicampur dengan sisa makanan halal?

Untuk pengetahuan pihak tuan, sisa makanan adalah salah satu cabaran terbesar di dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum S.S mufti, pertanyaan saya ialah apakah hukum bermain permainan lato - lato di kalangan kanak - kanak di Malaysia, Ini kerana walaupun permainan lato - lato ada mendatangkan kebaikan terutamanya daripada aspek psikologi , namun ianya juga banyak mendatangkan kemudaratan seperti kecederaan pada tangan , risiko menjadi buta dan kerosakan harta benda seperti tingkap kereta yang pecah akibat daripada bermain permainan lato  lato. Bukan itu sahaja, bunyi bising yang datang daripada permainan lato - lato juga sangat mengganggu ketenteraman awam. Wajarkah permainan ini diharamkan di Malaysia? Mohon pencerahan daripada S.S mufti. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Kalau seseorang telah melabur di tempat yang tidak patuh syariah seperti ada yang diperoleh dari riba kemudian hasil yLa digunakan untuk membeli laptop dan laptop itu digunakan untuk membuat kerja2 untuk mencari rezeki dan memperoleh income daripadanya. Adakah wang itu menjadi haram? Adakah laptop tersebut perlu dilupuskan atau bolehkah dia mensucikan semula nilai wang riba yang diguna untuk membeli laptop tersebut dengan menggantikan wangnya sendiri (dari harta halal) yang dikumpulkan dan menyalurkan kepada baitulmal? Adakah dengan cara ini dia boleh sucikan nilai wang riba yang telah digunakan? Dan adakah dengan cara ini die masih boleh menggunakan laptop tersebut? Terima kasih

message user image

Assalamu'alaikum. Saya nak bertanya tentang hukum dalam Islam tentang seorang bapa yang sihat tubuh badannya, melepaskan tanggungjawab mencari rezeki atau duit kepada anak-anak dan isteri, atas sebab alasan mahu berehat atau pendek kata malas.

Saya seorang anak lelaki yang sulung dan mempunyai 3 adik perempuan (seorang sudah bekerja, dua lagi masih belajar). Setelah ayah saya berhenti kerja dalam 5 tahun dahulu, dia langsung tidak pernah mencari rezeki untuk membeli makan minum keluarga, membayar bil air atau api, malah hutang-hutang dia pula dilangsaikan oleh ibu saya kerana terpaksa, ditakuti bank akan mengambil tindakan jika tidak bayar.

Disebabkan ini, saya tidak mempunyai wang simpanan (samada untuk kegunaan kecemasan ataupun simpanan untuk kahwin) walaupun sudah lama bekerja dan saya hanya menghabiskan wang saya untuk menanggung ibu ayah dan adik-adik saya. Mohon pencerahan dari tuan-puan yang lebih mahir dalam bab ini.

Terima kasih.

message user image

1) Ada Ibu2 yang menyusukan Anak Bayi mereka melebihi 2 tahun saperti di syariatkan. Ada kah ini di bolihkan dari segi hukum dan apa kah Dalil nya??

2) Saya tinggal dengan anak Lelaki saya beserta menantu perempuan dan cucu2 tiga orang berumu antara 3 ke 5 tahun. Soalan saya: Jika anak lelaki saya pergi bekerja di luar selama 10 hari Bolih kah saya tetap duduk dengan menantu dan cucu2???

message user image

Assalamualaikum Jabatan Mufti Selangor,

Saya seorang mahasiswa di universiti awam ingin mengajukan soalan tentang hukum minuman fermentasi :

Soalan: 

  1. Apakah hukum minuman fermentasi seperti air tuak, kombucha, minuman Bundaberg, kefir dan sebagainya? Hal ini kerana proses fermentasi pada makanan dan minuman kebiasaannya akan menghasilkan alkohol dan ada sesetengah minuman yang tidak mempunyai logo halal. 

  2. Terdapat juga sesetengah minuman fermentasi yang boleh dihasilkan sendiri di rumah seperti air tuak dan kombucha. Justeru, bagi minuman ini, agak sukar untuk memastikan kandungan alkohol di dalam minuman tersebut tidak melebihi had yang dibenarkan oleh syarak. Bagaimana pula dengan hukum minuman bagi situasi sebegini?

  3. Jika sesuatu minuman fermentasi itu tidak ada logo halal namun masih boleh diminum kerana kandungan alkohol masih dalam had yang dibenarkan oleh syarak, adakah terdapat garis panduan dalam Islam yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pengguna sebelum meminum minuman tersebut?

Diharapkan pihak mufti boleh bantu menjawab dan menjelaskan hukum minuman fermentasi bagi situasi di atas. 

Sekian sahaja daripada saya, kerjasama dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 

 

Terima Kasih.

 

message user image

Assalamualaikum tuan,

1) apa hukum mempunyai hobi membuat koleksi minyak wangi (perfume)? 

2) Adakah hukumnya haram dalam Islam kerana membazir? 
3) Jika saya menggunakan, kesemua minyak wangi yang berada dalam koleksi saya,adakah itu dikira tidak membazir tuan ?

message user image

1. Apakah hukum Kita buat content tiktok or dekat mana ii social media, tanpa Kita perasan Yang Kita terpakai sound Yang bukan dari pemilik asal(copyright ) 

2. Saya ingin menggunakan sound untuk content saya. Tapi saya perlu meminta izin owner dulu untuk guna sound dia, tapi saya Rasa mustahil untuk chat saya dibalas, yalah Kan dia Artis. Bolekah Kita pakai sound dia lepastu Kita credit Nama dia.

message user image

Assalamualaikum ustat.. Maaf saya dilahirkan anak luar nikah.. Ibu dan bapa tak berkahwin / tidak nikah mereka berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu sehingga dewasa.. Kini setelah 40 tahun saya jumpa bapa saya hidup gelandangan dan kurang siuman.. Apakah kewajipan saya terhadap ayah saya sekarang dan apa perlu saya lakukan sedangkan ayah tidak berkahwin atau nikah dengan ibu saya.. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum, ustaz/ustazah

Saya ada seorang abang autistik dan saya sering melihat dia menonton pornografi. Saya hendak tegur tetapi tidak tahu bagaimana tetapi saya risau saya akan jatuh berdosa kerana tidak ambil apa-apa tindakan.

Apa tindakan yang saya boleh buat, dan apakah abang saya akan dihukum di akhirat kelak.

 

message user image

Assalamualaikum mufti sy nak bertanya tentang apabila kita telah sumpah atas nama Allah.. saya dan suami pernah bersumpah 1. sy xkan bermesej dgn laki lain kcuali adik bradik, 2, xkn tinggikn suara pd suami. 3 sumpah akn menggunakn fikiran dulu sekiranya ade masalah dan tak gunakan emosi 4.tidak mngambil hak suami dgn mengecek mesejnye..skiranya sy mlanggr 1 drpd sumpah ini suami sy akn diberi pd orang lain..dan suami juga telah bersumpah xkn mlakukn perkara haram lg.sekiranya dia mlanggr sy rela korbankn/serahkn nyawa sy pd Allah sbg penentu utk myedarkan dia. sekarang sy telah melanggar 1 drpd sumpah sy kerana telah brpikir mnggunakan emosi dan mnyalahkannya atas ksalahn/bohongan yg suami lakukn.sy ingin tau sah tak sumpah sy dan suami itu. dan perlukah sy lepaskn suami sy..mohon bantuan dan pencerahan dr pihak mufti.terima kasih..

message user image

Assalamualaikum,

Apakah hukum pasangan suami-isteri menyewa bilik di kawasan bandar kerana kekangan kewangan? Bilik lain disewa oleh orang lain yang tiada pertalian darah dan mungkin terpaksa berkongsi bilik air dgn penyewa lain.

Apakah dosa kepada mereka?

Apakah sepatutnya dilakukan oleh komuniti penduduk, pihak berwajib dan pemimpin setempat sekiranya ada kes seperti ini?

Apakah perlu dilakukan oleh pasangan tersebut sekiranya memang betul-betul tak mampu menyewa sebuah rumah di bandar?

message user image

Teknologi menghasilakan dagin dari pembiakan cell (Meat Cultivation form animal stem cell) telah pun mula berada di pasaran. Adakah hukum sembelihan akan terpakai untuk menentukan status halal daging ini dimana walaupun secara saintifiknya ianya mempunyai sifat yang sama seperti daging haiwan namun proses penghasilannya amat berbeza. Atau adakah perlu dipastikan sumber sel yang dihgunakan untuk penghasilan tersbut mesti di perolehi dari haiwan yang telah disemebilah mengikut ajaran Islam? informasi berkaitan mengenai Meat CUltivation boleh doperolehi di pautan ini : https://gfi.org/science/the-science-of-cultivated-meat/#:~:text=Cultivated%20meat%2C%20also%20known%20as,and%20farm%20animals%20for%20food.

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ingin memohon penjelasan berkenaan penggunaan perkataan AL-FATWA di dalam penjenamaan.  Adakah perkataan AL-FATWA boleh digunapakai oleh pihak syarikat bagi penerangan informasi 'Islamic Digital'.  Adakah ianya salah darisegi hukum atau yang seumpamanya.

message user image

Assalaamuàlaikum. 

Apakah hukum seseorang mengunakan App untuk mempercantikkan rupa dalam sosial media?  Seperti membesarkan mata, melicinkan muka, mencerahkan kulit, meruncing muka / dagu (dari lebar), memuda rupa dan lain-lain?  

Adakah ia berdosa? Sama seperti buat plastic surgery cuma dalam alam maya? 

Niat orang tu berbuat demikian, mungkin supaya dia dapat lebih peminat / followers. 

Sekian. 

Terima kasih. 

message user image

assalamualaikum, saya ingin bertanyakan kepada mufti. jika saya tercakap "sumpah, akak taknak jaga awak dah", adakah saya berdosa? sebab saya cakap tu dalam perasaan yang marah. dan saya juga tercakap sumpah padahal saya tak berniat nak bersumpah. kerana saya tahu, saya cakap itu atas dasar marah bukan betul betul taknak jaga dia. macam mana tu?

message user image

Assalamualaikum w.b.t, Ustaz/Ustazah

Adakah boleh menulis kalimah Allah dalam tulisan arab pada makanan seperti kek, kuih dan lain-lain. Jika sudah tertulis pada makanan, apa yang harus dilakukan pada makanan itu? 

Mohon pencerahan & pandangan. Sekian, terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum w.b.t, Ustaz/Ustazah

Adakah boleh menulis kalimah Allah dalam tulisan arab pada makanan seperti kek, kuih dan lain-lain. Jika sudah tertulis pada makanan, apa yang harus dilakukan pada makanan itu? 

Mohon pencerahan & pandangan. Sekian, terima kasih.

 

message user image

Salam, kepada yg berkenaan sy ingin bertanya baru-baru ini seorang sahabat yg baru sy kenali di tempat kerja telah memberi kepercayaan penuh pada diri sy dan berkongsi bahawasanya beliau merupakan seorang gay. Sy khuatir wahai mufti bagaimana sekiranya sahabat sy ini nanti gagal mengawal hawa nafsu nya dan terjerumus ke kancah hina. Sy sebagai teman merasa bertanggungjawab dlm melindungi nya. Soalan sy apa yg harus sy lakukan wahai mufti bagi melindungi sahabat sy ini supaya tidak menurut hawa nafsu nya? Bagaimana harus sy melindungi nya? Apakah menjadi seorang gay ini takdirnya?

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum.

Saya merupakan salah seorang AJK Pembinaan Masjid Baharu Al-Islahiah KM 28 Kuang. Buat masa ini kami sedang mengumpul dana untuk pembinaan masjid baharu Al-Islahiah.

Insya ALLAH, pembinaan akan dimulakan pada tahun 2024 sekiranya telah mendapat kebenaran merancang (KM) dari pihak Majlis Perbandaran Selayang.

Memandangkan masjid baharu akan dibina di atas masjid yang sedia-ada, maka pihak JAIS telah memberikan kebenaran untuk merobohkan bangunan masjid yang sedia-ada untuk membinan bangunan masjid baharu yang lebih besar supaya dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah. Soalan.

1. Boleh ke sebahagian Dana yang telah dikutip digunakan untuk membayar kos merobohkan masjid lama?

2. Runtuhan masjid (batu-bata) dibuangkan sahaja atau perlu dijadikan sebahagian tapak masjid/jalan. Bangunan Masjid lama juga merupakan wakaf orang ramai.

3. Apa yang sebaiknya dilakukan kepada aset-aset masjid seperti penyaman udara, kipas, lampu, permaidani, pintu dan tingkap kaca dan sebagainya? Jangkaan siap bangunan baru dalam  tempoh 2 tahun.

4. Boleh ke Solat Jumaat dilakukan di dua tempat yang berlainan dalam kariah masjid yang sama. Buat masa ini Masjid Al-Islahiah merupakan tempat Solat Jumaat utk anak kariah Kg Cempedak dan Kg Damai. Di bawah Masjid Al-Islahiah ada 5 surau yang mana 4 buah surau di Kg Cempedak dan 1 buah surau di Kg Damai. 

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum!

 

Masalah Aurat Wanita.

 

1. Apakah Kesamaan & Perbezaan HUKUM bagi wanita yang TIDAK menutup Aurat, bagi Wanita yang Hanya mendedahkan bahagian kepala sahaja, berbanding dengan wanita yang separuh bogel hanya menutup bahagian kemaluan sahaja?

 

 2. Apa hukumnya lelaki berambut panjang melebihi paras bahu, mengikat & tocang seperti perempuan?

message user image

Adakah akan termakbul doa seorang ibu sekiranya dia mendoakan hal yang buruk tentang anak? Dulu saya jahil, hanya percaya apa yang ibu minta. Bila sudah besar, saya sedar apa yang ibu minta semuanya salah disisi agama. Apabila saya tidak ikut, hari-hari mendoakan benda buruk untuk saya. makbul ke doa itu? Saya takkan mampu sokong perbuatan salah dia, saya hanya mampu mendoakan dia berubah. Saya takut kerana islam selalu mengajar saya bahwa doa ibu tiada hijab. Tapi ibu saya selalu ke arah yang salah.. saya taknak terlibat dengan perkara tak elok.. tapi setiap hari ibu kata saya anak derhaka. Saya tak pernah gagal jalankan tanggungjawab saya sebagai anak. Tapi saya takut ibadah saya menjadi sia-sia kerana ibu mendoakan saya sebagai anak derhaka.. adakah benar doa ibu dimakbulkan? Adakah ibadah saya ditolak sebabkan doa ibu saya?

message user image

Assalamualaikum.

Saya bekerja sebagai seorang web developer. Salah satu kerja saya perlu lakukan adalah upload gambar staff ke website rasmi syarikat. Tapi, segelintir staff tak menutup aurat (seperti tidak memakai tudung). Jadi apakah hukum nya ke atas saya kalau saya upload gambar tersebut atas arahan boss saya?

Terima kasih. Jazakallahu khairan.

message user image

Assalamualaikum.

Saya mempunyai jiran selang beberapa buah rumah dari rumah saya.

Suami saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan jiran ini ( lelaki ). Tidak dinafikan kami saling bantu membantu dalam keadaaan yang memerlukan. ( give & take) 

Jiran saya pernah meminjam kereta saya beberapa kali dimulai dengan sehari dua /seminggu dan baru-baru ini meminjam selama sebulan atas alasan keretanya rosak. 

Suami pula jenis yang baik hati dan sentiasa memberikan kereta itu untuk dipinjam apabila diminta oleh jiran. Untuk pengetahuan kereta ini didaftarkan atas nama saya dan kos maintenance di kongsi bersama saya dan suami (loan dan bayaran kereta oleh saya).Ini adalah kereta lama saya dan kini saya sudah 2 tahun menggunakan kereta baru.Kereta ini jarang2 saya gunakan.

Saya sedar hak jiran yang perlu dibantu ketika berada dalam kesusahan. Cuma baru-baru ini bila jiran meminjam kereta saya selama sebulan saya mula rasa tidak selesa kerana terlalu lama. Jiran saya ini mempunyai dua buah kereta ( yang masuk bengkel hanya satu kereta). Kereta yang satu lagi masih ada dan masih digunakan.

Ketika jiran meminjam kereta saya, suami tidak bertanya apa-apa dan seolah-olah memberikan jiran menggunakan sehingga masalah selesai ( no time frame)

Saya mempersoalkan kenapa kereta itu dipinjam begitu lama dan kenapa perlu meminjam kereta kami sedangkan dia mempunyai kereta lain yang masih boleh digunakan. Jawapan suami sebab digunakan oleh samada isteri atau jiran itu sendiri ke tempat kerja (dua2 bekerja)

Selepas sebulan saya minta suami mengambil semula kereta tersebut kerana perasan kereta itu tidak bergerak ( sy syak ada kerosakan) dan berada dlm kompaun rumah jiran selama seminggu ( dlm tempoh sebulan. Semasa dlm perjalanan ke bengkel kereta itu mati di tengah jalan. ( rosak). Selepas dihantar ke bengkel kos pembaikan adalah sebanyak RM500+ (dibayar oleh jiran). Jiran bersama2 suami ke bengkel dan uruskan kereta juga.

Selepas seminggu kereta siap, kereta jiran rosak semula dan dia meminjam semula kereta kami. Kereta jiran yang satu lagi masih ada dan tidak pasti sama ada boleh digunakan atau tidak.Bila saya bertanya suami hanya menjawab tidak tahu.

Saya bertengkar dengan suami kerana saya rasa tidak selesa memberi jiran meminjam kereta kami itu setiap kali keretanya rosak. Suami menyebelahi jiran dan mengatakan jiran ini sangat baik dan tidak pernah berkira dengan dia.Saya mempertikaikan keadaan kereta jiran yang sedia ada dan kenapa dia tidak menggunakan kereta nya yg sedia ada dan perlu meminjam kereta kami.Dalam masa sebulan itu juga saya selalu persan kereta saya ini tidak berada di rumah jiran sehingga lewat malam 10pm/11pm. Bila saya bertanya pada suami kemana kereta itu digunakan -jawapan nya tidak tahu. Saya rasa tidak selesa kerana saya tidak mahu jiran ini mengambil kesempatan atas kebaikan suami saya ( suami mmg kerap orang ambil kesempatan kerana sikap nya yang selalu bersangka baik pada orang) dan menggunakan kereta saya itu untuk urusan kerja nya sehingga lewat malam sedangkan kereta jiran yang satu lagi berada di rumahnya.

Soalan : Adakah saya berdosa kerana mengingatkan suami supaya baik berpada-pada? Adakah saya akan di persoalkan nanti kerana tidak membantu jiran dalam kesusahan? Suami menegaskan daripada kereta itu tidak dipakai baik kereta itu digunakan oleh jiran untuk dimanfaatkan dan mendapat pahala atas membantu jiran ketika memerlukan. ( pendapat saya jiran perlu mencari alternatif lain untuk menguruskan aktiviti harian dia /isteri /anak dan menyelesaikan masalah kereta nya yang sentiasa rosak). Adakah ini hak jiran yang saya perlu penuhi? Saya berasa tidak selesa kerana saya memakai kereta itu selama 14 tahun (macam2 masalah kereta yg sama - masalah engine /aircond rosak berkali2/ kereta mati di tengah jalan dan pernah berada dalam keadaan yang susah ketika kereta saya rosak berkali2 tetapi saya tidak pernah meminjam kereta org lain selama sebulan dengan alasan kereta rosak.Adakah saya berdosa dengan niat menjaga kebajikan suami untuk mengelak kan isu ambil kesempatan ini? Adakah saya berdosa jika saya ingin mengambil semula kereta tersebut dengan niat tidak mahu orang menggunakan harta saya sewenang-wenangnya dan bila- bila masa yang dirasakan perlu seolah-olah saya berkongsi kereta itu dengan jiran ( profit sharing ) disebabkan oleh kos yang ditanggung oleh jiran tadi?

 

 

message user image

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh buat Sahibus Samahah dan para panel berkaitan...bolehkah kita kita orang Islam melakukan "Haka"?katanya "Haka" adalah adat orang Maori... Jazakumullah khair

message user image

ASSALAMUALAIKUM, SAYA NAK BERTANYA

DUIT SEDEKAH SI MATI BOLEH KE TIDAK BUAT KENDURI TAHLIL?.

message user image

Assalamualaikum Ustaz,

Soalan: Apakah hukum bermain game di mana syarikat game itu menyokong LGBT? Walaupun saya tidak berniat dan tidak reda untuk menyokong kempen LGBT yang dibuat syarikat game itu sendiri.

message user image

ANAK SAYA PEREMPUAN DAN DOKTOR MENGESAHKAN KEMALUAN DIA TIDAK BOLEH DISUNATKAN SEHINGGA DIA DEWASA. APABILA DEWASA PERLU ATAU TIDAK UNTUK DIA BERSUNAT?TERIMA KASIH.

message user image

Assalamualaikum ustaz..

Saya nak tanya berkenaan hukum membela ular (tidak berbisa atau lebih dikenali sebagai 'Corn Snake') sebagai haiwan peliharaan.

Saya ada membela bebarapa ekor ular 'Corn Snake' sebagai haiwan peliharaan. Sebelum ini, saya tidak pernah membuat sebarang research berkenaan perkara ini menurut pandangan Islam.
Hari ini (10 Julai 2023), saya tergerak untuk membuat research berkenaan hukum membela ular (tidak berbisa) menurut pandangan Islam dan hasil research membuatkan saya kejutan dan menimbulkan beberapa kekeliruan.

Ada ustaz @ ulamak mengatakan ianya HARAM (termasuk dalam kategori 5 haiwan yang HARAM dibela).

Ada juga pandangan mengatakan ianya dibolehkan kerana tidak berbisa dan tidak menggigit.

Saya jadi keliru...

Dan, apa yang patut saya lakukan?

Adakah patut saya jualkan kesemuanya? Jika saya jualkan kesemuanya, adakah duit hasil jualan ular-ular berkenaan dikira sebagai 'halal' @ 'bersih'?

Hal ini kerana saya juga telah membeli ular-ular berkenaan di kedai-kedai haiwan peliharaan eksotik. Bolehkah saya jual ular-ular berkenaan dengan harga sama ketika saya membelinya?

Atau patut saya bunuh ular-ular berkenaan? Saya tidak merasakan bahawa dengan lepaskannya ke habitat liar merupakan pilihan yang baik kerana ular-ular ini bukanlah ular-ular yang sejak awalnya ditangkap liar. Ular-ular ini adalah sejak awalnya adalah ular yang dibiakkan secara komersial untuk tujuan pasaran haiwan-haiwan peliharaan eksotik. Saya risau sekiranya dilepaskan ke habitat semulajadi, ular-ular ini tidak dapat survive dan akan mati.

Mohon bantu saya ustaz.

message user image

Assalamualaikum. 

Saya ada soalan berkaitan hukum untuk menukarkan sifat susu badan ibu, dari sifat cecair kepada serbuk.

Situasi adalah seperti berikut: setelah susu dijadikan serbuk seperti susu formula di pasaran, susu tersebut akan dibancuh dan diberi minum hanya kepada anak kepada ibu tersebut atau anak susuan sahaja.

Proses ini bertujuan untuk memanjangkan usia susu ibu, memudahkan proses pengendalian susu, untuk mengelakkan pembaziran susu dan masalah ruang penyimpanan susu dalam peti sejuk beku yang terhad. Apakah hukum untuk melakukan proses tersebut? Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum...Semoga Allah memberkati Tuan mufti dan para panel....saya ada 2 soalan yang mengelirukan saya dari dulu

1.adakah sesuatu sukan menjadi haram jika berlaku kata2 kesat? Kita bermain sukan tetapi apabila bermain , kawan kita mencarut/mengeluarkan kata2 kesat akibat kesalahan yang kita buat ataupun dia sengaja mencarut/kata2 kesat disebabkan tabiat

2.Adakah sesuatu pertandingan itu menjadi haram jika berlaku maksiat? Kita bermain sukan seperti bola dan ragbi...apabila berlawan dengan sekolah lain , ada pemain dari sekolah lain tu dia tak tutup aurat

message user image

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya mengenai, jikalau arwah adalah seorang warga tua, ibu tunggal mendapat bantuan dari zakat untuk pembayaran sewa rumah. Apakah hukumnya bila yang mana sebenarnya ada diantara anak arwah berkemampuan untuk membayar sewa itu sebenarnya. Arwah mungkin tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Jikalau adalah tidak layak, bagaimana harus menyelesaikannya.

Diharap mendapat maklum balas dari pihak tuan.

Terima kasih

Lily othman

message user image

Saya pengusaha homestay bujet. Saya sewakan kepada seorang guest ini yang memaklumkan kepada kami mereka datang berkeluarga. Jiran hubungi saya kerana ragu-ragu dengan guest tersebut. Saya bergegas ke sana dan menyoal guest yang ada. Pada waktu itu hanya ada seorang budak lelaki. Dia maklumkan perempuan itu kakaknya dan lelaki dewasa seorang lagi itu bapa saudara. Mereka ada urusan keluarga. Tiada bukti bertulis. Pemuda lelaki hanya tunjukkan gambar bahawa beliau dan perempuan itu keluarga. Setelah disiasat, rupanya ini kali kedua mereka menyewa homestay kami tetapi tukar maklumat diri. Persoalan saya, bagaimana untuk saya yakinkan bahawa rezeki yang saya dapat itu rezeki yang berkat? Saya selalu takut dan was-was sehingga bercadang untuk menjual rumah tersebut.

message user image

Maaf bertanya, apakah Hukum Taxidermy/ pengawetan haiwan menjadi patung sebenarnya?. Contohnya banyak di Zoo/Muzium memaparkan Haiwan-haiwan yang telah ditaksidermi atau di awet. Maka apakah hukum berbuat sedemikian? Tidakkah itu dikira sebagai menzalimi haiwan yang telah mati? Jika tidak dikira menzalimi, bolehkah saya sebagai orang biasa mentaksidermikan/mengawet haiwan perliharaan saya yang telah mati (kucing/burung). Saya berasa perbuatan ini seperti diharamkan tetapi hanya ingin mengetahui lebih lanjut

message user image

Assalamualaikum, 

Saya mempunyai satu lot bangunan kedai yang digunakan untuk perniagaan. Akibat COVID-19, perniagaan tersebut terpaksa ditutup dan saya terpaksa menanggung kerugian dan bayaran bulanan bangunan kedai. Pada tahun lepas, semasa saya menunaikan umrah, saya telah berdoa dan bernazar sekiranya saya dapat menjualkan bangunan tersebut, saya ingin memberikan RM10000 dari hasil jualan bangunan tersebut kepada ibu bapa saya. Pada tahun ini, bangunan tersebut dapat dijual namun setelah ditolak baki pinjaman bank, bil tertunggak dan bayaran peguam, keuntungan bersih yang saya perolehi kurang dari RM 10000.

Soalan saya:

1. Bagaimanakah dengan nazar saya tadi? Adakah saya perlu menunaikan nazar tersebut dengan menambah hasil jualan bangunan tersebut?

2. Bolehkah saya memberikan separuh dahulu dari nilai RM10,000 itu dan separuh lagi saya berikan apabila saya mampu kelak?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Saya Ada soalan yang ingin ditanya. Saya Ada Adik beradik 6 orang, 4 lelaki dan 2 perempuan. Pertanyaan Saya adalah, 2 orang Adik Saya perempuan dan lelaki bergaduh besar, Adik lelaki Saya telah melepas cakap kepada Adik perempuan Saya, Adik lelaki Saya berkata (SAYA BERSUMPAH AKAN MEMBUNUH KAMU BESOK KALAU KAMU TAK BAYAR RM 2000). (  KAMU BUKAN KAKlAK SAYA) . Saya Nak Tanya apa hukum berkata demikian, dan apa perlu dibuat?

message user image

Assalamualaikum, saya hendak bertanya hukum seorang mutawif mengambil hadiah daripada toke kedai/pasar kurma ketika ziarah membawa jemaah ke pasar tersebut. Contoh keadaan ialah: seorang mutawif membawa jemaah umrahnya ziarah ke pasar kurma dan kemudian tokey pasar kurma itu beri duit sebagai hadiah sebab bawa orang ke kedainya, jadi adakah mutawif tersebut halal mengambilnya atau tidak kerana bawa jemaah ke pasar kurma tersebut sudah ada dalam tentatif program dalam travel umrah itu. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum tuan,

Saya ingin bertanya apakah hukum menggunakan kasut yang mengandungi darah manusia sepertimana yang berlaku di dalam isu kasut lil nas.

Segala perhatian dan kerjasama serta jawapan daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

message user image

Seorang anak perempuan saya telah berkahwin dan juga bercerai kira2 6 tahun lepas. Mereka dikurniakan 2 org anak lelaki; 7 dan 8 tahun. Sehingga kini, kedua2 mereka belom berkahwin semula lagi. Saya dan isteri banyak mengambil bahagian untuk membesarkan kedua2 cucu tu. Walaupun telah bercerai, demi anak2 kekadang mereka akan bertemu dan keluar bersama2; pergi tengok wayang dan makan2 (dan balik rumah masing2). Adakah sepatutnye saya menegah perbuatan mereka itu sebab mereka bukan lagi mahram? Kami ada jugak menegah, tapi mereka kata mereka tahu menjaga batas2 agama. Mereka juga kata tak perlu risau sebab mereka dah tak de perasaan antara satu dengan yang lain. Adakah saya sebagai bapa DAYUS (dan diharamkan bagi saya shurga)? kerana tidak tegas menegah dan menghalang pertemuan mereka? Tolong ustaz, mohon penjelasan.

message user image

Assalamualaikum wbt.

Tuan,

Saya ingin bertanya berkaitan situasi di bawah;

Seorang wanita telah bercerai talak 1 dan telah habis tempoh iddah. Semasa dalam perkahwinan, suami ada membelikan minyak masak, milo tin besar, dan beberapa makanan/barang lain yang tidak habis digunakan atau dimakan semasa tempoh perkahwinan & iddah.

Soalan:

1. Apakah hukumnya jika wanita tersebut makan minum/ menggunakan barangan seperti di atas SELEPAS TAMAT IDDAH? Cth; selepas tamat iddah, minum milo yg dibelikan semasa masih suami isteri. 

2. Adakah bekas suami boleh mengambil semula barangan tersebut selepas tamat iddah? Atau perlukah barang-barang makanan/ masak tersebut dipulangkan?

T.kasih atas jawapan yang bakal diberikan.

Jzkk,

Zara

message user image

Apakah hukum dan tanggungjawab kita apabila mengetahui kawan baik kita sentiasa menderhakai kepada ibu nya.

 

Adakah berdosa jika kita berdiam diri dan tidak menasihati dia.

 

Mohon bantu memberi pencerahan. Amat lah saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terimakasih

 

 

message user image

Assalam.. mohon izin bertanya.. apakah beza kifarah dan kafarah..

Saya nak beri situasi, dan mohon pencerahan adakah ia kifarah..

A melahirkan B secara luar nikah. Bila B telah besar, B pula melahirkan tanpa suami. Adakah ini disebut kifarah untuk A kerana telah memalukan ibunya? 

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum wbt. Sekitar tahun 2020, saya mengenali seorang hamba Allah ini. Jauh di sudut hati saya merasakan orang ini adalah yang terbaik untuk saya dan dia mempunyai ciri-ciri yang saya suka. Kami mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti minat pada hal-hal yang berkait dengan pendidikan, hobi dan nilai murni. Sekitar tahun 2022, kami mula ‘dating’ dan dia ada meletakkan hasrat untuk bernikah dengan saya pada masa akan datang. Selama setahun kami bersama, terdapat banyak cabaran kami berdua hadapi. Pertama sekali, kami berdua merupakan pelajar universiti dan masing-masing belajar di institusi berlainan. Kami tidak ada peluang untuk berjumpa atas sebab-sebab tertentu seperti masalah kewangan, pengangkutan dan hal peribadi masing-masing. Kedua, perkara-perkara dalam kehidupan masing-masing menghalang kami, terutamanya dia, untuk berbincang berkenaan masalah yang timbul sehingga susah untuk mencari masa untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Baru-baru ini, hamba Allah tersebut pun putus dengan saya atas sebab dia merasakan dia belum bersedia untuk menjalankan hubungan dan tidak mahu meneruskan hubungan yang tidak diketahui masa depannya. Dia juga telah menyatakan dia tidak mahu meletakkan harapan palsu pada saya. Menurut rakan-rakan yang lain, dia bukan yang terbaik dan hanya memberi alasan yang tidak bermuhasabah untuk meninggalkan saya. Meskipun begitu, Allah mengetahui segala yang tersembunyi. Dan saya merasakan apa dia mengatakan adalah betul. Walaupun itu adalah yang terbaik kerana kita dapat menjauhkan diri daripada zina dan sakit yang akan datang, malah kekecewaan dan kegelisahan ini sedang melanda minda saya. Dia telah meletakkan hasrat untuk bernikah tetapi kami telah putus, adakah ini dia bukan jodoh saya? Tambahan pula, saya ada beberapa soalan:

 

  1. Saya sering solat istikharah agar diberi petunjuk sama ada orang ini yang terbaik untuk saya atau bukan. Adakah wajar niat saya seperti begini? Apakah cara percakapan yang betul sewaktu berdoa istikharah?
  2. Saya seringkali berdoa agar didekatkan dengan orang ini jika yang terbaik untuk saya. Bagaimana Allah berikan petunjuk selepas kita beristikharah?
  3. Memandangkan kami berdua masih lagi pelajar universiti, kami masih lagi ada masa. Adakah tindakan saya untuk berdoa agar dia jodoh saya wajar? Adakah dia orang yang patut saya tunggu?
  4. Dan akhir sekali, saya cuba berusaha untuk memperbaiki diri dan berkomunikasi dengan orang tersebut memandangkan dia masih lagi mahu dihubungi. Walaupun itu bukan satu perkara yang besar, adakah itu dikira sebagai satu usaha dan adakah Allah terima usaha tersebut?

 

Akhirul kalam, saya di sini cuba memperbaiki diri dan lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Saya sedang sedaya upaya mencari ilmu berkaitan hal-hal agama dan mengubati kekecewaan ini dengan zikir dan Al-Quran. Saya sentiasa berdoa dan berserah segala-galanya pada Allah SWT dan sentiasa cuba untuk berusaha walaupun kadangkala buntu. Saya berharap persoalan-persoalan tersebut tidak menjadi satu perkara yang mengundang pada yang tidak baik dan hanyalah sekadar permohonan untuk pencerahan dan motivasi. Terima kasih dan Assalamualaikum.

message user image

Assalamualaikum ustaz.apakah hukum jika saya bersama isteri makan di kedai bersama isteri org yg saya kenali tanpa ditemani suaminya?

 

message user image

Assalamualaikum,

Buat kutipan bubur lambuk bulan puasa,Sebanyak Rm50k tetapi di gunakan hanya Rm20k sahaja selebihnya di masukkan ke tabung Masjid/Surau boleh ke walau pun borang kutipan ada tulis wang lebih akan di masukkan ke tabung Masjid/Surau

message user image

Assalamualaikum,

soalan saya, adakah saya dikira anak derhaka sekiranya saya tidak mengikut kehendak ibu saya supaya berhenti kerja di syarikat saya bekerja sekarang kerana ibu saya tidak suka majikan saya kerana majikan saya mempunyai masalah dengan kakak ipar saya. sedangan suami saya tidak kesah sekiraya saya ingin terus bekerja di syarikat tersebut. adakah gaji yang saya terima tidak berkat kerana ibu saya tidak suka saya bekerja di syarikat tersebut. 

sebab ibu saya tidak benarkan saya bekerja di syarkat tersebut adalah kerana saya dan kakak ipar saya bekerja di syarikat yang sama. kakak ipar saya mempunyai masalah dengan syarikat disebab ia tidak puasa hati tindakan yang syarkat kenakan terhadap dia. namaun ia tidak menceritakan setuasi sebenar. dia hanya memberitahu syarikat mengayaya dia kepada keluarga supaya keluarga membenci syarkat tersebut. di sebabkan itu ibu saya memaksa saya berhenti kerja di syarkat tersebut. 

message user image

Assalamualaikum, S.S mufti , pertanyaan saya ialah apakah hukum berkaitan pelaksanaan konsert di Malaysia? Contohnya hukum daripada segi pihak penganjur dan hukum  menghadiri konsert itu sendiri? Adakah hukumnya sama dengan hukum muzik dan nyanyian dalam Islam? dan adakah wajar sesuatu konsert itu diharamkan pelaksanaannya di Malaysia? Mohon pencerahan daripada S.S Mufti . Terima kasih.

message user image

Apakah hukum menjawab kaji selidik secara percuma dan memperoleh mata ganjaran.mata ganjaran contoh 4000 point dapat ditebus dengan RM5

message user image

Adakah self affirmation dibenarkan dalam Islam?

message user image

Assalamualaikum, saya ingin menanyakan tentang hukum terpegang tengkorak/bangkai babi dalam keadaan tidak tahu bahawa itu adalah bangkai babi. Adakah perlu disamak/sertu

Situasi: 

Di kebun, seseorang telah terjumpa tengkorak kepala. Dengan penuh yakin itu adalah tengkorak kepala buaya. Keadaan tengkorak adalah kering. Lalu, saya pengang tengkorak itu dengan keyakinan itu adalah tengkorak/bangkai kepala buaya (dalam keadaan tangan saya yang kering) 

Setelah 2 jam berlalu, saya dapat panggilan daripada orang yang menjumpai tengkorak/bangkai itu, dan mengatakan itu adalah tengkorak kepala babi. 

Saya telah makan, menyentuh pakaian/barang, dan solat dalam keadaan saya tidak tahu saya terpengang tengkorak babi

Soalan saya, adakah saya perlu samak/ sertu. Jika perlu bagaimana pula dengan pakaian, makanan dan solat saya sebelum itu. 

message user image

Salam. Saya ada persoalan untuk ditanyakan.

Saya dan suami telah pun bercerai dengan persetujuan bersama di mahkamah baru-baru ini (walaupun sebenarnya saya tak pernah setuju dari awal suami maklumkan hajat untuk berpisah). Suami bertekad untuk berpisah dan tidak mahu ke kaunseling atau cari jalan penyelesaian lain langsung untuk segala permasalahan yang kami hadapi, dengan alasan sudah tawar hati dan saya sudah terlambat. Saya telah berusaha memperbaiki diri dan pergi kaunseling beberapa kali seorang diri namun rancangan saya untuk menyelamatkan rumah tangga tidak berjaya dan talak akhirnya dijatuhkan. Saya terima dengan berlapang dada. Saya masih dalam tempoh 'iddah. Saya masih bertekad memperbaiki diri, berdoa dan berharap agar Allah lembutkan hati suami dan buka pintu hatinya untuk rujuk kembali. Adakah saya dikira sebagai hamba Allah yang tak redha dengan takdir jika saya berterusan memohon kepada Allah agar kami disatukan kembali sebagai suami isteri? Adakah keberatan hati saya untuk berhenti berdoa akan apa yang saya inginkan itu menandakan saya terlalu menginginkan dunia lebih daripada Allah? Saya taknak putus asa berdoa sebab saya takut kalau sebenarnya Allah nak bagi dekat saya, tapi saya yang dah putus asa. Tapi bila saya masih berharap pada Tuhan sebegitu, saya dikatakan tak 'move on' dan tak redha dengan takdir yang Tuhan tetapkan pada saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz ataupun ustazah,

Saya nak bertanya, 

Boleh ke tidak kalau kita baca nama si mati dekat batu nisan orang lain?.

message user image

Assalamualaikum. Mana lebih utama antara ibu dan isteri. Perlukan saya berenti kerja untuk jaga ibu sepenuh masa dimana dia memang memerlukan bantuan harian seperti mandi, makan ubat kerana dia tak boleh bergerak sendiri. Ibu ada suami tapi matanya kabur, tak nampak dan tak kuat sebab ibu berbadan agak besar dan berat. Nak harap saudara mara yang lain memang taklah, memang jenis tak akan tolong.

Kalau saya berenti kerja, saya akan hilang pendapatan penuh untuk menanggung anak isteri dan hutang2 lain. Masa bekerja, nak upah orang (nurse peribadi) pun saya tak mampu, inikan pulak nak tanggung nafkah pada ibubapa. Saya kerja hanya cukup untuk bayar hutang (rumah,kereta), isteri dan anak sahaja. Isteri saya tak bekerja tapi dia tolong jaga anak-anak sebab yuran taska terlalu mahal. Soalan saya:-

1) Perlukah saya memaksa isteri jaga ibu saya bagi pihak saya dan kalau dia taknak, adakah dia dianggap derhaka pada suami?

2) Apakah solusi terbaik untuk saya? Wajib berenti kerja dan jaga ibu sepenuh masa atau teruskan bekerja macam biasa, tapi kebajikan pada ibu pulak terabai. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya nak tanya berkenaan dengan Trend di tiktok yang ada tawarkan servis sewa boyfriend di Shopee lepastu promosi di tiktok. Antara servis dia, sleepcall, mesej antara ajnabi dan bukan mahram,. Saya tak tahu sangat servis tu. Tapi dia ada ajar budak sekolah sejarah, math juga yang mana mintak dia ajar. Kira macam baguslah servis ni. Tapi saya keliru bukan ke antara lelaki dan perempuan bukan mahram dilarang couple . Lepastu, feedback ruang komen semua setuju dan okay je. Saya keliru. Samalah mcm trend npc, bukankah nabi Muhammad S.A.W melarang kita dari meminta-minta, betul ke buat macamtu seperti pengemis online. Jadi kalau kita buat live boleh ke, kita minta gift? Sekian

message user image

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Harap ustaz/ustazah yang membaca surat saya ini sihat sentiasa. Saya mahu bertanya beberapa soalan. 

Maaf saya ucapkan terlebih dahulu, kerna saya baru belajar agama, dan saya anak tunggal, dan tinggal bersama ibu saya dan ibu saya meninggal dunia aug 2021.

Saya belajar agama dari kawan2 saya. Saya nak tanya beberapa soalan dibawah :

1.) Saya hilang arah selepas kematian ibu saya, memberi impak kesihatan mental saya dan saya perlukan sokongan moral. Saya ada kenal satu lelaki ni, dan saya silap percaya dia, dan kami berzina beberapa kali. Saya menanti dia bertanggungjawab, tapi dia selalu mengelak ada kursus itu ini kerna dia seorang askar, dan saya cuba meminta bantuan pakcik saya berjumpa keluarga dia, tapi pakcik saya tak mahu, takut dihalau oleh keluarganya. Dan pilihan terakhir saya ada pada waktu itu, adalah report polis. Saya akui, waktu kami berzina, dia ada meliwat saya. jadi saya membuat report perihal liwat kerna itu, salah di sisi undang2, dan saya masih mahu dia bertanggungjawab. Dan beliau hanya dilokap, dan bila familynya tahu, beliau hanya membayar pampasan RM10K sahaja dan kini beliau berkahwin dengan wanita lain yang dia minati. Soalan saya, memang tiada hak ke, wanita untuk meminta dipertanggungjawabkan, dan memang hanya begini saja ke lelaki yang merosakkan wanita dilepas begitu saja. Saya sehingga kini, rasa tak layak untuk berkahwin kerna rasa diri kotor, tapi malahan laki yang merosakkan saya hidup bahagia. Saya hancur masa depan, saya dah la hidup hampir sebatang kara sebab keluarga besar kebanyyakkan sibuk keluarga sendiri, dia hadir beri harapan tapi hanya untuk merosakkan saya.

2.) Dan kedua. Doa seorang ibu saya tahu tiada hijab. Tapi doa orang yang tiada ibu bagaimana ya? Sebab perihal atas, saya pernah hubungi mak si dia maklumkan perkara sebenar, tapi mak dia pernah cakap "makcik doakan kamu anaiya anak makcik hidup tak tenang sehingga akhir hayat". Setahun dah perkara tu berlalu, dan setiap hari saya menangis teringat perkara tu, kerna saya hanya tuntut keadilan, dan kalau si dia suami saya pun, saya masih boleh buat report mengenai liwat sebab benda tu salah, dan saya hanya nak dia bertanggungjawab. Saya doa dan doa, tapi rasa macam tak nampak dimakbulkan.

 

Itu saja soalan saya. Maaf andai soalan saya merepek atau apa. Saya hanya buntu. Saya cari jawapan di google dan banyak saya bertanya, masih tak ada mampu jawab. Saya tahu, kifarah ada. Tapi seolah, duit mampu menutupi kifarah. Kalau saya silap, saya mintak maaf. Cuma saya kesal, saya wanita dirosakkan, dia biar begitu saja walhal dia tahu saya sebatang kara, dan dia boleh bahagia dengan wanita baru. 

 

Harap pihak mufti selangor dapat membantu, Ribuan terima kasih sudi membaca pertanyaan saya. 

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Saya mahu bertanya lagi,

1. Apa maksud mimpi si mati menyuruh anaknya tiap-tiap pagi jumaat menziarahi kubur apa maksudnya?. 

2. Kalau mimpi si mati bercakap apa maksudnya?

Mohon pencerahan mufti/ustaz/ustazah.

Sekian terima kasih.

message user image

Assalamualaikum pada pihak Mufti Selangor. Terlebih dahulu saya ingin awali dengan mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumbalas dari pihak Mufti untuk menjawab segala kemusykilan saya.

Soalan saya disini Emak saya telahpun membuat pinjaman dari Ahlong yang membuatkan saya serta adik beradik yang lain terlibat dalam masalah ini walhal kami tidak tahu menahu atas tindakan beliau. Kami dikira seperti telah dianaya oleh mak sendiri. Dan beliau bukan sekali sahaja melakukan masalah seperti ini sebelum ini pun ada sahaja masalah yg dilakukan sehingga menyeret kakak dn adik saya ke muka pengadilan tanpa mereka melakukan jenayah. Yang terbaru ini beliau telah membuat pinjaman ahlong  dan kami telah menghantar beliau kepada adik untuk keselamatan beliau. Memandang kan mereka tidK mencari adik  Akan tetapi yang menjadi persoalan disini Adakah berdosa buat kami anak anak..untuk menjauhkan diri dan mengasingkan diri daripada beliau demi keselamatan kami keluarga anak-anak. Kami juga serik dengan masalah yang besar sering dilakukan tanpa memikirkan anak anak nya. Adakah ni dinamakan memutuskan silaturrahim.  Tujuan kami adalah untuk tidak berhubung supaya kami dapat menghindarkan diri dari perkara yang lebih memudaratkan.. oleh masalah yg di reka oleh beliau sendiri.kerana ahlong itu sedang mencari. Saya sangat keliru saya sangat memerlukan pandangan dari pihak yang lebih arif. Terima kasih.

message user image

assalamualaikum, maaf saya nak tanya, apakah benar ayat al naml 30, mampu menundukkan haiwan berbisa? contoh seperti ular. ataupun ada kelebihan tertentu untuk ayat tersebut yang sahih? terima kasih.

message user image

Assalamualaikum

Ingin tahu apa perbezaan perkataan allah ini sahabat saya mengatakan bahawa bila di sebut akan berbunyi La,la sebab alif nya di tengah contoh di menara jam di kaabah sebab alif nya di tengah, dah tak pasal pasal dia nak buang kalimah tersebut hiasan dalam rumah atau sekadar khat.? 

Sebagai contoh menara jam kaabah yang alif nya di tengah.? Tidak sama seperti kalimah allah yang biasa kita lihat dalam al quran... harap dapat penjelasan ustaz atau lebih arif terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

 

Saya ada kemusykilan, apakah hukumnya menanam rambut untuk memulihkan rambut yang semakin botak dengan menggunakan rambut sendiri?

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum..apakah hukum orang awam menghalang orang yang telah meninggal dikebumikan di tanah perkuburan terdekat tempat beliau meninggal?

message user image

Assalamualaikum,

Saya pemandu Grab. Pada waktu siang, saya menguruskan keluarga. Pada waktu malam saya berkerja sebagai pemandu Grab. Kadangkala saya membawa penumpang ke kelab malam (samada pengunjung atau perkerja kelab malam) beragama Islam dan bukan Islam. Kadangkala saya mengambil penumpang dari kelab malam tersebut (samada pengunjung atau perkerja kelab malam) dan menghantar ke destinasi. Di dalam applikasi Grab, pemandu tidak boleh menolak permintaan pernghantaran daripada penumpang dan sekiranya berlaku, akaun applikasi pemandu Grab tersebut akan di bekukan sementara. Saya hanya mengambil penumpang dari tempat-tempat sebegitu dan menghantar penumpang ke tempat-tempat sebegitu. Adakah pendapatan saya Halal atau Haram(Nauzubillahiminzalik)?

message user image

Assalaimualaikum,

Dahulu sebelum berkahwin sy duduk menyewa Dalam rumah sewa semua bujang .selepas habis kontrak Kami dikehendaki keluar .owner mahu rumah dikosongkn Dan bersih.Jadi sy mngambil barang yg tidak tahu kepunyaan siapa cth lesung Batu yg menumbuk sambal tu.apakah hukumnye.Rumah ITU sudah bertahun dibuat sewa dlm 4@5 org satu rumah Dan selalu bertukar orang.jadi byk BRG dapur terutamanya tidak tahu kepunyaan siapa.Lesung ITU kalau tidak diambil akan dibuang jadi rugi dekat situ.jadi sy ambil guna sampai sekarang.Adakah berdosa .Dan bagaimana sy nk tebus kesalahan ITU sbb BRG ITU bukan kepunyaan Kami yg menyewa sekali tetapi kepunyaan org sewa sblum ni yg tidak tahu duduk mana .sy juga tidak mngenalinye

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan apakah hukum suami mengharamkan nafkah yang diberi kepada isteri jika isteri membeli keperluan keluarga tanpa memberitahu suami? Walhal isteri tidak membeli benda yang bukan-bukan selain keperluan keluarga. Apakah hukumnya?

message user image

Assalammualaikum,

Saya telah diganggu setahun yang lalu oleh seorang bukan islam kemudian dia dipenjarakan sehingga kami bertemu untuk bicara di dalam mahkamah tetapi dia ingin menyelesaikan kes ini diluar mahkamah dengan cara memberikan saya duit, 

Adakah boleh untuk diambil jika ambil bolehkah menggunakan untuk membeli makanan?

message user image

Assalamualaikum ustaz.apakah hukumnya saya bersama ibu saudara saya dan kawan ibu saudara saya itu isteri orang ,makan semeja di kedai makan tanpa suaminya bersama saya dan ibu saudara saya?

message user image

Assalamualaikum,

 

Di sini saya ingin bertanya kepada pihak mufti Selangor satu soalan. Apakah hukum mencukur dan memendekkan janggut? Terutamanya dalam mazhab Shafie.

 

Terima kasih atas jawapan yang bakal diberikan.

 

 

message user image

Salam. 

Saya ingin bertanya, dahulunya saya di waktu remaja tidak lah sepenuhnya memahami ajaran islam. Dan kerana kurangnya pengetahuan dan kefahaman tentang ilmu dan adab dalam islam, saya telah melakukan banyak kesalahan dan ada beberapa perkara melibatkan halal haram. Ada kesalahan yang melibatkan dosa sesama manusia. Kesalahan itu berpunca daripada saya. Walaupun saya sedar kesilapan saya terhadap sesama manusia, dan telah pun berusaha memohon kemaafan, dan tidak dimaafkan.saya faham tidak semudah itu untuk dimaafkan. 

Yang menjadi persoalan saya adalah, saya sentiasa berasa berdosa dan rasa tidak layak untuk berdoa. Saya ada terbaca, doa tidak akan dimakbulkan kerana dosa kita. Saya berputus asa untuk berdoa, dan rasa ibadat saya sia-sia kerana dosa silam saya sesama manusia terlampau banyak. Saya masih menjaga beberapa ibadat wajib saya, tetapi saya tidak berdoa kerana banyak nya perkara dan dosa silam saya terdahulu yang menyebabkan saya rasa Allah tidak akan memberi kepada saya. Saya boleh katakan saya sudah tiada kekuatan untuk doa bersungguh sungguh kepada Allah. 

Bolehkah beri pandangan kepada saya

message user image

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan. 

Di sini saya ada satu persoalan. Semasa saya bekerja di sebuah syarikat baju, saya telah cuai memadam data customer syarikat. Saya sudah mengakui kesalahan saya dan bekas majikan saya juga sudah membuat laporan polis. Saya juga berjaya memulangkan data customer syarikat tersebut namun bekas majikan saya berkeras yang saya masih perlu memulangkan data yang lain. Data yang lain semua ada di dalam telefon dan telah dipulangkan kepada majikan. 

Sehingga kini, pihak polis tidak call saya seperti yang dikatakan oleh bekas majikan. Bekas majikan saya kata, jika saya dipihak yang benar, saya tidak perlu takut apabila polis call. Saya juga sudah buat permohonan maaf atas kesilapan saya pada bekas majikan. Saya cuai semasa bekerja. 

Adakah di akhirat kelak, saya akan dituntut oleh Allah atas kesilapan saya? Saya sangat takut dengan azab Allah. Saya sudah memohon maaf pada majikan dan memulangkan hak sedaya upaya saya. Saya bimbang jika ada hak lain yang akan dituntut oleh bekas majikan di akhirat kelak. 

Apa lagi yang perlu saya lakukan? Saya sudah memohon maaf secara bertulis tapi tiada response dari pihak bekas majikan. Adakah maaf saya tidak diterima oleh Allah kelak? 

 

message user image

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ada soalan mengenai bapa saya.

Bapa saya masih sihat lagi dan setakat ini dan masih lagi mengerjakan solat 5 waktu di masjid setiap waktu. Tidak pernah tinggal untuk berjemaah di masjid kecuali bapa saya betul-betul kurang sihat atau tidak larat bangun untuk pergi ke masjid.

Cuma kekurangan bapa saya, bila masjid ada buat makan-makan bapa saya akan bawa makanan tersebut lebih dari sepatutnya. Niat dia kadang2 bagi kepada ibu saya atau tidak mahu makanan itu membazir.

Saya jemaah di masjid tersebut dan perkara ini sampai ke pengetahuan saya. Baru-baru ni ada salah seorang jemaah menyindir bapa saya kerana mengambil lebih makanan dari yg sepatutnya. Sebab mereka berkata makanan bapa saya bawak balik tu adalah hak org lain.

Pihak masjid ada maklumkan bahawa setiap jemaah hanya perlu ambil untuk diri sendiri tetapi bapa saya selalu terlebih mengambil makanan tersebut.

Bapa saya dan kami bukan dari golongan susah cuma "habit" bapa kami begini. Selain dari nasihat secara lembut kepada bapa saya, ada soalan saya ingin bertanya.

1)Bagaimana saya hendak menggantikan balik yang bapa saya terambil lebih makanan dari masjid tersebut.

2)Adakah saya perlu membayar semula lebihan makanan ini dan duit tersebut diberikan wakil masjid tersebut dgn lafaz niat tentang perkara ini atau

3)Masukkan sahaja duit ini ke dalam tabung masjid serta di niatkan di dalam hati.

Mohon pencerahan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Terima Kasih 

message user image

Assalamualaikum. Saya ada satu soalan. Adik saya telah memesan makanan secara atas talian melalui aplikasi foodpanda tetapi menerima makanan yang lain dan tidak dapat menghubungi penghantar makanan foodpanda tersebut. Apakah hukum makanan tersebut? Adakah ia boleh dimakan atau tidak? Barakallahu fiikum

message user image

Assalamualaikum. Sy nk tanya berkaitan ingkar janji. Situasinya begini. Di sekolah sy ada menjalankan 1 program amal solidariti palestin dan setiap kelas telah diberikan tugasan dan kelas sy ditugaskan untuk menjaga permainan digital. Pelanggan kami adalah murid2 dari kelas lain. Mereka yang ingin bermain akan dikenakan bayaran dan bayaran tersebut akam dimasukkan ke dalam tabung kemanusiaan palestin. Jadi saya telah membahagikan anak2 murid saya kepada beberapa slot yang mana setiap slot mempunyai 7 atau 8 orang. Mereka ini ditugaskan untuk mengawal pelanggan yang akan bermain permainan digital tersebut. Sebagai upah, saya telah berjanji dgn anak2 murid saya untuk memberikan ruang kepada mereka untuk bermain secara percuma.

Kemudian, keesokannya saya meminta kerja sekolah yang telah saya berikan kepada anak2 murid saya dan saya meminta mereka siapkan kerja tersebut di rumah. Malangnya, tiada seorang pun yang buat dan siapkan kerja yang telah saya berikan. Sebagai denda, saya menarik semula janji saya untuk memberi mereka ruang bermain permainan digital. Jadi persoalannya, adakah saya dikira mengingkar janji? Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum, 

 

Apakah hukum menyebar gambar jenazah pejuang syahid? Terutama jenazah yang tidak sempurna anggota badan.

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum kepada yang mulia ahli-ahli Jabatan Mufti Negeri Selangor. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana diberikan peluang untuk bertanyakan soal jawab. Salam serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga seluruh keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda. 

BismillaahirRahmaanirRahiim,

Sejak usia kanak-kanak, saya mula terpengaruh dengan 'Pornografi' sehingga menyebabkan ketagihan. Setelah itu, saya menyedari perbuatan tersebut terang-terangan hukumnya adalah Haram justeru mempunyai rasa bersalah. Setelah akil baligh, saya masih melayari bahan lucah serta diikuti dengan melancap. Saya mendapat tahu bahawa hukum melancap juga adalah haram sehingga menyebabkan saya rasa /terpinga-pinga/. Ibu saya perasan keadaan saya agak aneh dan kurang stabil.

Oleh itu beliau mengambil langkah dengan membawa saya ke pusat rawatan islam dan hospital bahagian (psikiatri). Beliau tidak tahu masalah ketagihan 'Pornografi' yang saya hadapi saya juga tidak maklumkan kepada doktor dan ustaz yang merawat sehinggalah habis pengajian di SMK. Saya menyambung pengajian di tingkatan 6 dan tiada halatuju dalam pelajaran serta mengalami kemurungan. Ketika itu, mendapatkan semula rawatan psikiatri di hospital kerajaan. Oleh itu, ibu saya dapat mengesan sesuatu dan saya tekad memberitahu beliau bahawa saya ketagihan 'Pornografi' selama itu.

Hanya kepada Allah tempat saya mengadu dan memohon ampun, saya mengadu kepada Allah S.W.T supaya bantu saya dalam masalah yang saya hadapi iaitu untuk berhenti melayari bahan lucah tersebut. Walaubagaimanapun, saya masih tidak mampu untuk berhenti melayari dan melancap. Namun, saya tetap berdoa kepada Allah supaya diberikan taufik dan petunjuk (hidayah) berlandaskan syariat Islam. Alhamdulillah saya mendapat satu petunjuk iaitu hukum melancap adalah Harus mengikut pandangan mazhab Hanbali dengan melayari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sesungguhnya saya akui bahawa hanya berpegang pada mazhab Syafi'e iaitu Haram melancap selama ini menyebabkan saya mengalami kemurungan yang melampau sehinggakan saya hampir hilang kewarasan akal dengan berfikiran kearah hendak membunuh ahli keluarga sendiri.

Saya juga turut melayari portal rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor untuk mencari hukum harus bagi melancap, namun saya tidak menjumpainya. Saya memohon restu dari pihak Mufti Negeri Selangor untuk membenarlan saya mengambil hukum Haram dan Harus dari artikel Mufti Wilayah Persekutuan. Ini supaya dapat mengurangkan keresahan, kemurungan dan tekanan yang melampau yang saya sedang alami dengan menyeimbangkan hukum bagi Haram dan Harus melancap.

Saya mengharap jasa baik pihak Mufti untuk membalas kembali.

Sekian, terima kasih.

message user image

Saya kerja sebagai admin di syarikat 'event'. Syarikat saya bekerja lebih ramai lelaki berbanding perempuan iaitu hanya 2/10 sahaja jumlah perempuan. Terdapat waktu-waktu dimana saya perlu bekerja lebih masa bagi menyiapkan tugasan kerja saya. Contoh situasi yang telah saya alami adalah terdapat hari dimana hanya saya dan boss Saya sahaja berada di pejabat tetapi bilik dia hujung dengan pintu bertutup manakala saya juga berada dihujung sebelah lagi dengan ruangan terbuka tetapi masih ada dinding pemisah. Adakah perbuatan tersebut tidak manis dan saya dikira berdosa kerana berdua-duan dengan beliau dalam satu pejabat? Apakah hukumnya utk permasalahan ini? Terima kasih.

message user image

Assalamu'alaikum, ayah saya pernah terjumpa barang kemas di tepi sewaktu kami tinggal di Selangor dahulu. Peristiwa ini berlaku berbelas tahun yang lepas sudah, dan memang tidak diketahui siapa pemiliknya. Mengikut hukum hakam Islam, apakah yang kami perlu lakukan dengan barang kemas ini?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ada soalan berkaitan dengan pemakaian kalung, rantai dan perkara yang seerti dengan perhiasan di leher. Pemakaian kalung dan rantai bagi lelaki adalah haram. Namun sekarang terdapat inovasi dimana jam digital dan earbud (wireless earphone) mula dipakaikan dileher sama ada dalam bentuk kalung getah atau rantai. Apakah hukum jam digital dan earbud (wireless earphone) di pakai di leher bagi lelaki?

message user image

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat semua...sye mahu bertanya ;

1.Saya seorang ketua pelajar di sekolah dan asrama...Apakah hukum jika sya memberi denda yang keras kepada 'junior' seperti 'motor' selepas berulang kali menegurnya secara lembut? Dan bolehkah saya memberikan 'denda' tu hanya selepas dia melakukan kesalahan besar dan sudah ditegur berulang kali?

2.Adakah ada hak untuk saya memberikan hukuman keras seperti itu? Kerana sya duduk di asrama sudah lama...Jadi sya melihat ada kepentingannya denda seperti itu untuk pelajar yang betul2 degil , bukannya untuk yang mahu mendengar kata

Jazakumullah khair

message user image

Salam, Secara umum ibu bapa wajib mendidik anak-anak supaya umum berada di landasan agama. saya baru berkahwin ke-dua dengan duda anak 4. Anak saya sendiri 3 orang. Jumlah anak 7 orang. Dalam perkahwinan kedua ini saya mengalami masalah dalam mendidik anak tiri berumur dari 13-6 tahun. Baru saya sedar cabaran didik anak bukan kita lahirkan. saya sangat stress (suami backup anak sendiri beliau kalau saya tegur anak beliau) sehingga mental saya terjejas dan telah berjumpa sengan pakar psikiatri. Doktor pakar telah mengesahkan kesan pada mental saya dan memberi diagnosis berkaitan kesihatan mental. Soalan saya, apakah hukum saya mendidik anak-anak tiri tersebut kalau saya sudah terjejas mental? saya risau di mahsyar Allah saya akan dipersoalkan amanah saya sehingga saya mohon pisah bersama suami supaya saya tak berdosa dengan suami dan anak2 tiri lagi. Boleh ke saya menyerahkan urusan didikan anak tiri 100% pada suami ? Saya buntu apa patut saya lakukan. mohon bantuan.

message user image

Apakah boleh berselawat menggunakan alat muzik dalam masjid.

 

message user image

Assalammualaikum ustaz.

Saya ingin bertanya mengenai baju,kasut arwah suami 

saya tiada anak  ,waris yang ada abang arwah dua orang dan kakak seorang (kakak ni dah x kenal orang ...lupa ingatan.....mengenai barangan arwah suami ni baju dan kasut arwah ni sizenya besar... dah tanya dekat dua abang ipar ni mereka x boleh pakai sebab x sama size...boleh x kiranya saya sedekahkan pada orang yang memerlukan

mohon pencerahan dari ustaz

terima kasih

message user image

Assalamualaikum wbt. Tuan,

Saya ada kemusykilan tentang perdebatan mengenai penggunaan barangan pencuci harian seperti pencuci pakaian, sabun mandi, pencuci pinggan mangkuk, pencuci lantai, ubat gigi dan sebagainya yang mewajibkan umat islam mencari produk yang mempunyai pengiktirafan halal. yang kebiasaannya pengiktirafan Halalan Toyyiban ni lebih ditekankan keatas pemakanan. 
Persoalan saya :
1) Adakah wajib umat islam menggunakan produk pencucian yang diiktiraf halal?
2) Adakah ada keringanan dalam menggunakan produk pencucian yang tiada pengiktirafan halal?
kerana antara sebabnya mungkin kesukaran mendapatkan produk yang diiktiraf halal.
3) Bagaimana jika produk homemade atau IKS atau kampung yang tiada pengiktirafan halal?
kerana ada dakwaan yang mempromosikan produk mereka yang tiada halal tapi dibuat oleh 100% Muslim.

Sekian, Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, 

Saya ada terdengar berkaitan dengan pengharaman mengambil air coway yg berada di masjid/surau selain tujuan hanya untuk minum dan minum pula di lokasi air coway itu berada sahaja.Jadi, 

1)Apa hukum isi air coway tersebut utk dijadikan bekalan di dalam botol utk kegunaan lain atau minum di kawasan yg lain?...sebab selama ni banyak kali je buat mcm tu lagi2 kalau balik kampung nak musafir ambik air coway.

 

Mohon pencerahan terima kasih:)

message user image

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya ada beberapa soalan yang ingin ditanyakan berkenaan hukum terjebak dengan perlatan dan perkakasan yang dikhuatiri terdedah dan tercemar kepada haiwan yang haram dimakan iaitu, khinzir.

Apakah hukumnya apabila peralatan seperti botol air (tong biru yang digunakan untuk water dispenser) telah terdedah kepada khinzir? Botol tersebut mungkin terdedah apabila tukang masak(bukan islam) memegang tong selepas memegang khinzir tersebut. Selain itu, percikan-percikan darah/air juga mungkin mengenai botol tersebut apabila tukang masak tersebut mencincang daging tersebut.

Dan apa pula hukumnya terhadap orang-orang disekeliling yang mengendalikan tong tersebut? (sama ada untuk urusan isian semula ataupun menghantar.) Hal ini kerana, orang yang mengendalikan tong tersebut merupakan orang Islam.

Terima Kasih

message user image

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Mohon bertanya berkaitan binaan atas kubur.

1. apakah maksud/tafsiran binaa pada/atas kubur.

2. apakah hukum membuat kepok/frame menggunaka kayu/batu/simen pada kubur.

3. apa fatwa jabatan mufti negeri selangor berkaitan perkara ini.

4. kubur di tempat saya (selangor) semua kubur dipasang frame kayu pada awal pengkebumian. kemudian setelah beberapa tempoh ianya diganti dengan frame batu/simen. dan ianya seragam pada keseluruhan kubur di kawasan tersebut. adakah ada apa2 standard/spefikasi/arahan yang dikeluarkan? adakah ada kontaraktor dilantik.

5. saya ada jumpa hadis berkaitan perkara ini. tetapi saya tidak pasti kesahihan nya dan takut jika salah maksud/tafsir.

6. jadi saya mohon penjelasan samada kubur perlu dibiarkan tanpa apa penghadang/frame/binaan, atau cukup sekadar kayu atau batu/simen atau mengikut keseragaman di kawasan kubur tersebut.

Mohon maaf jika ada kesilapan dalam bertanya. Terima kasih.

message user image

Assalamuaikum, Saya kini berusia 33 tahun, saya berada diwaktu memperbaiki diri dan bertaubat serta berusaha untuk istiqamah dalam melakukan perintah wajib. Saya faham segala dosa boleh diampunkan kerana Allah itu maha pengampun dan maha mengasihani tetapi saya juga maklum terdapat 1 dosa yang tidak boleh diampunkan iaitu menfitnah melainkan kita meminta kemaafan dari orang yang kita fitnah itu.. Kejadian itu berlaku ketika saya masih sekolah dan tidak matang, saya dah cuba cari keberadaan orang tersebut untuk saya memohon maaf tapi masih tidak dijumpai, dan saya sudah lupa dimana rumah beliau. Adakah dosa ini akan kekal dengan saya hingga ke akhirat? Apakah cara terbaik untuk saya menghapuskan dosa ini selain dari memohon kemaafan pada orang yang telah saya fitnah dulu? Saya sudah berusaha mencari jejaknya tapi tidak ada maklumat hingga sekarang. Saya segan untuk bertanya pada rakan2 sekolah yang lain memandangkan semuanya sudah berumah tangga, bimbang jika timbul syak wasangka dan anggapan buruk dari kawan2 jika saya tiba2 mencari beliau memandangkan saya juga sudah lama mengasingkan diri dari kawan2 sekolah sejak belasan tahun yang lalu,mohon bantu dan bimbing saya. terima kasih.

message user image

Asalamualaikum,

Saya ingin bertanya berkaitan meracun rumput di rumah jiran. Soalan nya, jika kawasan rumah jiran saya punyai rumpu yg panjang2 dan agak semak, boleh kah jika saya meletak racun rumput2 tersebut? Saya tidak rapat dengan jiran saya itu tapi saya nak elak kan kawasan itu menjadi bertambah semak samun. 

Apakah hukum nya?

message user image

Assalamualaikum,

Terima kasih saya ucapkan atas jawapan bagi soalan sebelum ini. Saya mempunyai satu lagi soalan yang sudah pernah saya ajukan namun belum mendapat balasan.

Jadi, sebelum ini saya pernah bermain satu permainan video iaitu Genshin Impact. Permainan ini sangatlah terkenal di seluruh dunia dan Malaysia. Namun, yang menjadi masalahnya permainan ini mempunyai alur cerita yang berkaitan dengan dewa-dewa di dunia permainan tersebut. Sejak dari awal lagi, pemain diarahkan untuk menyentuh patung dewa untuk mendapatkan kuasa. Selain itu juga, nyawa karakter pemain juga boleh ditambah menggunakan patung tersebut dan apabila pemain menawarkan barang yang diperlukan oleh patung tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran. Pada tahun lalu juga, permainan ini telah menambah kawasan baharu yang dikenali sebagai "Sumeru" yang bertemakan negara timur tengah. Terdapat dialog bagi karakter sampingan yang mengatakan juga "harut dan marut merupakan iblis yang nakal" namun konteks ayatnya tersebut merujuk kepada dua ekor kucing peliharaannya yang bernama harut dan marut. Secara keseluruhannya, sememangnya permainan ini banyak terinspirasi dari agama dan budaya dari kehidupan nyata namun diubah dan disesuaikan mengikut alur cerita permainan tersebut.

Jadi soalan saya, apakah hukum sekiranya seseorang memainkan permainan video ini namun niatnya untuk bermain permainan video ini hanyalah untuk sistem kombatnya yang menarik dan sekadar hiburan sampingan (tidaklah sampai meninggalkan solat). Dan adakah bermain permainan video seperti ini boleh dianggap sebagai syirik kecil? Masih ramai sahabat saya yang memainkan permainan ini dan apabila ditegur mereka hanya menyatakan yang mereka main permainan ini hanyalah untuk sistem kombatnya dan tidaklah hingga mereka meninggalkan solat. Mohon penjelasan. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang taubat.Saya mempunyai banyak dosa dan selepas melakukan maksiat, saya ingin bertaubat tapi dalam hati saya ini tidak ada walaupun sedikit penyesalan atas perbuatan saya dan tidak berasa bersalah atas dosa tersebut.

Saya memaksa diri saya untuk menunaikan solat taubat walaupun saya tidak berasa kesal atas dosa saya kerana saya takut mati tanpa taubat.

Adakah taubat saya diterima walaupun ianya tidak tulus dari hati? Adakah hati saya sudah hitam?

message user image

Assalamualaikum

Tuan,
Saya ingin bertanya soalan tentang hukum menggantung lukisan yang dilukis menggunakan pensel warna oleh seorang pelukis semasa saya bercuti di luar negara baru2 ini.
Lukisan tersebut hanya berupa bahagian kepala kucing kesayangan saya. Bolehkah saya menggantung potret tersebut atas niat kasih sayang saya terhadap kucing saya.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada satu soalan, setahu saya menggunakan duit penyertaan untuk membeli cenderahati/hadiah/goodies bagi sesuatu program adalah dikira sebagi satu perjudian atau pertaruhan. Namun, sekiranya cenderahati/hadiah/goodies yang disediakan mempunyai fungsi dan harga yang sama tetapi berlainan, adakah dibolehkan?

contoh situasi:

cenderahati/hadiah/goodies yang disediakan mempunyai satu botol air jenis A .namun, akibat kekurangan stok botol air jenis tersebut, botol air jenis B digunakan dan mempunyai harga dan fungsi yang sama dengan jenis A.

mohon penjelasan pihak tuan/puan.

terima kasih 

 

message user image

Assalammualaikum.. 

Saya ada satu pertanyaan. Sekiranya seseorang tu membeli sebuah motorsikal dengan cara berhutang dengan kedai motorsikal tapi motorsikal tidak habis di bayar atau mungkin tidak di bayar sekian lama kemudian pemilik motorsikal (iatu orang yang masih ada hutang motorsikal) meninggal dunia dan warisnya ingin menjual motorsikal itu kepada pihak ketiga secara tidak sah kerana tiada geran dan sebagainya kerana status motorsikal tersebut masih dalam hutang. Adakah boleh? Apa hukum hasil jualan motorsikal tersebut? Moga pihak mufti dapaf menjawab. 

message user image

Assalamualaikum tuan mufti,

Saya telah menjual minyak wangi kepada seseorang. Saya dapat tahu yang dia berkerja di kelab malam ketika berurusan. Dia juga bercerita tentang minyak wangi yang dia gunakan ketika bekerja. Adakah hasil penjualan tersebut haram ? 

Harap tuan mufti dapat jelaskan, terima kasih

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai hukum memasarkan produk (product consignment) di bawah kedai yang pemiliknya bukan Islam yang menjual makanan/produk yang tidak halal ?

message user image

Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanyakan berkenaan status surau di Negeri Selangor. Adakah terdapat fatwa yang menerangkan berkenaan perkara ini sama ianya merupakan masjid atau musolla?

message user image

Assalamualaikum mufti, saya ingin bertanya, bolehkah kita masak makanan laut seperti udang, sotong dan ketam tanpa perlu siang? Hanya cukup sekadar basuh di luar sahaja. Tidak buang isi perut ataupun dakwat yg ada. Sekian, terima kasih ya

message user image

Apakah hukum membunuh kucing disebabkan oleh penyakit yang sukar untuk disembuhkan? Penyakit sporo. Tak sanggup untuk melihat kucing tersebut menahan kesakitan. 

message user image

Assalammualaikum w.b.t, para panel dan pihak Jawatan Mufti Negeri Selangor. Saya mahu bertanya, adakah dengan meminta maaf dengan bersalaman telah selesai sesuatu perselisihan, sebab saya dituntut untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka tetapi saya tidak melakukannya. Sekian soalan saya. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, semasa tahun 2013 saya belum baligh iaitu umur 7 tahun saya pernah memakan makanan RMT (rancangan makanan khas) di sekolah walaupun saya sebenarnya tidak dapat pun RMT tersebut selepas beberapa tahun baru saya teringat akan kejadian ini. Apakah yang patut saya lakukan? kerana nak cari tuan badan makanan itu pun saya tidak tahu siapa. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya hendak bertanya, saya setiap hari mesti akan ada rasa seperti barang - barang yang saya ada sekarang ni bukan milik malah milik orang lain, saya akan mula berfikir betul ke barang ini milik saya? atau orang lain punya yang saya terambil, Adakah ini juga was-was yang orang selalu kata adalah gangguan syaitan? Harap dapat menjawab terima kasih 

message user image

1. Bolehkah kita memakai keychain gambar kartun haiwan

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan tentang duit bantuan. Saya telah menerima duit bantuan walaupun saya tidak layak mengikut syarat yang telah ditetapkan disebabkan kesilapan saya mengisi borang permohonan. Namun demikian, saya telah menyerahkan duit bantuan tersebut kepada golongan yang memerlukan iaitu golongan miskin. Saya juga telah membuat pembatalan permohonan bantuan bagi masa akan datang. Persoalannya, adakah saya tetap perlu memulangkan semula duit bantuan tersebut kepada pemberi dan dikira saya masih mengambil hak orang lain? Saya mohon khidmat nasihat dan pandangan pihak mufti. Terima kasih. 

message user image

Assalammualaikum, apakah hukum bekerja sebagai cashier di kedai serbaneka seperti family mart yang turut menjual rokok.

Dan apakah hukum hasil gaji yang diperolehi dan bagaimana untuk melupuskan gaji saya yang bercampur halal dan haram tersebut di atas menjadi cashier untuk menolong melakukan transaksi untuk menjual rokok 

Mohon penjelasan dari pihak mufti terima kasih,

message user image

Assalamualaikum Tuan,

Saya ingin bertanya beberapa soalan:

1. Ada satu situasi dimana ahli keluarga saya memberitau saya bahawa seorang pemimpin ingin datang ke kawasan tempat tinggal saya, tetapi saya tidak suka akan pemimpin tersebut lalu terkeluar dari mulut saya "buat apa dia datang sini? Sibuk je.." Adakah saya berdosa kepada pemimpin tersebut kerana saya berkata begitu? Sekiranya saya berdosa, apa yang perlu saya lakukan? 

 

2. Kenalan saya pernah membuat permohonan kepada satu badan kerajaan untuk mendapatkan pinjaman kewangan bagi tujuan pelajaran. Dalam perjanjian pinjaman tersebut, disebutkan bahawa peminjam yakni kenalan saya, perlu mematuhi etika sebagai seorang pelajar. Tetapi kenalan saya pernah meniru ketika peperiksaan, namun tidak pernah diketahui oleh pihak institut pengajian. Tetapi dia telah menyesal dengan perbuatannya itu. Apakah hukum:

a) pelanggaran perjanjian tersebut 

b) sekiranya dia mendapat pekerjaan kerana keputusannya yang cemerlang

c) perlukah dia membuat pengakuan kepada badan kerajaan itu bahawasanya dia telah melanggar perjanjian? Sekiranya didapati bersalah, dia perlu mengembalikan kesemuanya duit pinjaman yang telah diberikan dimana jumlahnya agak besar.

 

Mohon penjelasan dari pihak Tuan. Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk soalan2 saya. 

Sekian terima kasih.

 

 

message user image

Assalamualaikum,

Beberapa tahun yang lalu saya pernah meminjam buku daripada sebuah perpustakaan ketika pesta buku diadakan.

Persoalannya, bolehkah sekiranya saya ingin memulangkannya secara senyap-senyap tanpa membayar denda yang dikenakan? Kerana denda yang sudah dibiarkan selama bertahun-tahun sudah pasti tinggi harganya.

Terima kasih.

message user image

Dalam Islam hukum curi duit ialah HARAM dan berdosa. 10 tahun yang lalu, saya ada curi duit daripada koperasi sekolah ketika saya berumur 12 tahun dan telah kembalikan duit tersebut menerusi akaun bank Pibg sekolah atas niat ingin menebus dosa saya kerana tiada akaun sekolah dijumpai dan permohonan maaf diselitkan. Ianya mustahil untuk saya ke sekolah tersebut atas beberapa faktor dan kekangan. Saya ingin tahu adakah Allah SWT terima perbuatan saya? Kerana saya betul2 tidak boleh hadir dan berhubung dengan pihak sekolah tersebut. 

message user image

Assalamualaikum Tuan. Saya ingin bertanya berkenaan business affiliate. Saya ingin membuat perniagaan online dari rumah dan saya terjumpa satu jenis perniagaan iaitu business affiliate dimana komisen akan diberi sekiranya pengguna membeli ataupun meng 'klik' link barang jualan melalui kita. Jadi soalan saya disini:

1. Apakah hukum business affiliate? 

2. Memandangkan sekarang sedang giat usaha memboikot produk2 ataupun aplikasi2 dari syarikat yang ada hubungkait atau yang menyokong Zionis Israel, apakah hukumnya sekiranya kita menggunakan platform niaga seperti Shoppee yang HQ nya di Singapura, yang seperti diketahui, negara itu menyokong Zionis Israel? Sekiranya saya guna aplikasi tersebut untuk business affiliate, apakah hukumnya? Ada juga saya baca berita mengenai pemilik aplikasi Tiktok yang berjumpa dengan pihak Zionis mengenai isu2 yang mengatakan bahawa Tiktok membiarkan pengguna2 nya untuk mengecam Zionis. 

 

Mohon penjelasan. Terima kasih saya ucapkan. 

message user image

Assalammualaikum ustaz,izinkan saya bertanya, saya terjebak dengan judi nombor ekor, saya dah insaf dan ingin bertaubat…minta ustaz doakan saya supaya istiqomah.

Soalan saya ialah kalau kita ada beli makanan seperti keropok ataupun roti dengan duit haram tersebut tetapi makanan tersebut kita belum makan lagi dalam keadaan kita sudah pun bertaubat,perlukah kita buang makanan tersebut ataupun beri kepada fakir miskin ataupun macam mana ustaz.Mohon pencerahan ustaz.

Jazakallahu khair.Terima kasih ustaz.

message user image

Apa hukumnya terbayar barang di kaunter non-halal di pasaraya.dah bayar barang baru perasan kaunter non-halal,kebetulan cashier memanggil saya bayar di kaunter tersebut.dh bayar baru nampak non-halal Allahuakbar.

message user image

Assalamualaikum Tuan, saya ada beberapa persoalan mengenai ikhtilat, saya harap tuan boleh jelaskan

1. Bolehkah kita sembang/bergaul/bertegur sapa/ dengan berlainan jantina. Contoh, seseorang itu berbual dengan rakan sekelas/rakan sekerja/rakan sekumpulan yang berlainan jantina. Contoh lain, mengucapkan tahniah atas kejayaan rakan yang berlainan jantina. Adakah dibolehkan dengan syarat menjaga batas ?

2. Apakah hukum berbual antara anak murid dan guru yang berlainan jantina. Adakah dibolehkan untuk berbual dengan guru yang sudah berumur ?

3. Adakah dibolehkan untuk sekumpulan dengan berlainan jantina dalam membuat tugasan universiti dan bekerja walaupun mempunyai peluang untuk sekumpulan dengan sama jantina. Adakah berdosa sekumpulan dengan berlainan jantina ?

 

 

Apakah hukum join aktiviti di universiti,macam program sukan,program sukarelawan,program kebudayaan yang melibatkan pergaulan lelaki dan perempuan.

message user image

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mohon pencerahan, apakah hukum menyewa kenderaan yang di insuranskan di bawah kontrak konvensional dan bukan takaful? Saya bekerja sebagai pemandu Grab dan telah menyewa kenderaan yang di insuranskan di bawah kontrak konvensional tanpa sedar. Sekiranya tiada diantara syarikat penyewa kenderaan (untuk kegunaan e-hailing) yang menyediakan kenderaan diinsuranskan di bawah kontrak takaful, dan tiada satu syarikat pun yang ingin menawarkan pekerjaan kepada saya untuk bekerja, apakah hukum sekiranya saya meneruskan pekerjaan sebagai pemandu Grab dan menyewa kenderaan yang di insuranskan di bawah kontrak konvensional?

Terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum, 

Sya menyewa bilik di Tanjung karang...sebelum nie penyewa yg lain semua lelaki, sekarang tuan rumah telah menyewakan bilik juga kepada perempuan. rumah nie rumah kg lama ada bahagian atas dan bahagian bawah jdi tuan rumah akan sekat laluan antara bhgian - bhgian tersebut dan akan menggunakan pintu yg berasingan pintu dpn ( perempuan ) dan pintu belakang ( lelaki) dan bhgian atas (perempuan) dan bhgian bwh ( lelaki).Tuan rumah lambat memaklumkan kepada saya, disebabkan itu sya tidak dapat mencari rumah/bilik yg lain untuk disewa dlm masa yg singkat 

Soalan saya adakah boleh dibuat begitu. Adakah saya tidak dikenakan apa ii tindakan seperti tuduhan berzina atau berkhalwat hanya disebabkan saya menyewa bilik disitu ...mohon penjelasan dgn segera 

Terima kasih 

message user image

Assalamualaikum,saya ingin bertanyakan 1 soalan berkaitan hukum,saya dapat kontrak untuk membina kedai penjualan arak,adakah hasil yang saya dapat itu halal..atau terdapat unsur2 yang haram...

message user image

Assalamualaikum tuan/puan saya ada soalan.sekiranya pakcik kepada isteri saya baru-baru ini terlantar sakit dan sekarang adik beradik dan anak buah bergilir-gilir menguruskan dia.Pakcik kepada isteri saya belum lagi berkahwin.Saya ada soalan pada tuan/puan apakah hukum isteri saya menguruskan pakcik dia seperti menyentuh alat sulit,mencuci dan menukar pampers beliau.Terima kasih

message user image

Assalamualaikum ustaz.

Saya sedang mempelajari bidang kejuruteraan elektrikal di universiti. Saya hendak menggunakan buku teks untuk membuat latihan tetapi buku teks yang dijual adalah mahal. Jadi, persoalan saya adalah yang sedimikian :

1) Adakah saya berdosa sekiranya saya memuat turun buku teks dengan bertujuan untuk belajar daripada laman sesawang yang memperoleh buku teks tersebut secara tidak sah(illegal)?

2) Adakah saya berdosa sekiranya buku teks tersebut saya mengkongsikan bersama rakan saya? Dan sekiaranya saya berdosa, apakah cara untuk saya bertaubat?

3) Adakah pendapatan saya haram selepas saya habis belajar disebabkan ilmu pengetahuan saya berasaskan dari buku teks tersebut?

4) bagaimanakah caranya untuk saya bertaubat dan sekiranya saya bersalah, perlukah saya membeli semua buku teks yang telah saya memuat turun secara tidak sah tersebut setelah saya bekerja?

Saya harap ustaz/mufti dapat memberikan pencerahan dan penjelasan yang jelas bagi  soalan - soalan saya. 

Terima kasih.

message user image

salam

saya ada soalan

sy ada emas dibeli dngan duit shubhah/haram

kemudia sy cagarkan emas tersebut untuk dptkan pinjaman

soalan sy ada adakah duit yg diberi  pinjam pada sy tersebut menjadi haram?

message user image

Assalamualaikum.Saya ada soalan tentang solat istikharah...Yang pertama saya dan pasangan ada buat solat istikharah...Pihak lelaki dapat petanda/jawapan yang baik manakala baik pihak perempuan dapat petanda/jawapan yang tidak baik.Apa yang harus kami berdua lakukan??

Soalan kedua bolehkah jawapan istikharah tu mempengaruhi jawapan solat tersebut..Sebelum membuat solat istikharah pihak perempuan sudah memberi respond yang negatif...

message user image

salam 

sy nak bertanya

sy seorang pemandu grabcar pernah satu ketika kereta sy rosak dan sy membaiki kereta tersebut mnggunakan duit haram soalan sy adakah membawa grabcar menjadi haram  kerana sy telah baiki kereta tersebut dengan duitbygbharam.t.kasih

message user image

Apakah hukum menaikkan harga penginapan untuk pelanggan claim ke syarikat. Contohnya, harga penginapan Rm100/malam. Pelanggan minta letak Rm150/malam dalam resit untuk claim. (Untuk pembelian barang makanan sebab tak boleh claim). Mereka kata penginapan sebelum ini pun mereka boleh minta naikkan harga. Saya tak fikir panjang masa itu sebab fikir nak memudahkan pelanggan. Tapi sekarang saya rasa berdosa sebab ikut cakap pelanggan. Seperti bersubahat untuk menipu. Boleh tak saya sedekahkan jumlah yang pelanggan terlebih claim itu untuk menebus dosa saya?

message user image

Saya bersumpah atas nama Allah kepada kawan saya untuk berhenti merokok selam 3 bulan. Jika saya melanggar sumpah ini saya dikenakan membayar RM 300 kepadanya. Sah atau tidak sumpah ini? Jika saya melanggar nya apa perlu saya buat. Terima Kasih.

message user image

Assalamualaiku, Apa hukum kita jadikan ikan buntal yang telah dikeringkan atau diawet sebagai hiasan dalam rumah. Bukankan ikan termasuk sebagai makhluk bernyawa, Saya dapati ramai orang Islam membelinya dan digantung di dalam rumah. Sekian terima kasih.

message user image

assalam...saya memakai bleach rambut....dan saya juga memakai serum untuk mengelakkan rambut saya rosak kerana memakai bleach...adakah ia juga dilarang?

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum seseorang menerima duit raya dan sedikit saguhati dari pihak kontraktor non muslim ketika musim perayaan aidilfitri, dan mereka tiada meminta balasan pun?

message user image

hai assalamualaikum, saya ingin bertanya , sekiranya jenazah berjantina wanita , boleh atau tidak untuk mencantikkan sedikit mayat , memandangkan arwah akan berjumpa dengan Allah, maksud mencantikkan itu dari segi memakaikan celak pada kening , saya mendapati bahawa memakaikan celak pada si mati merupakan harus, jadi bagaimana pula sekiranya meletakkan pelembab bibir pada si mati? sekiranya semasa si mati hidup dia pernah mengatakan bahawa dia ingin di cantikkan kerana ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan yang cantik 

message user image

Assalamualaikum, saya mahu bertanya, apakah hukumnya jika kita mengumpat di dalam hati sahaja, tidak terlepas kepada pengeluaran perkataan. Adakah kita berdosa dan perlu juga meminta maaf kepada orang yg diumpati sepertimana kita mengumpat orang tersebut secara lisan?

Soalan kedua saya adalah adakah memadai apabila kita untuk bertaubat nasuha, melakukan amal kebaikan dgn niat utk dihadiahkan pahalanya kepada orang tersebut (org tersebut masih hidup) dan menyatakan kebaikannya di tempat kita pernah mengumpat jika kita mengumpat atau memfitnah seseorang tanpa orang tersebut tidak mengetahuinya? Kerana saya ada melihat video ceramah ustaz bahawasanya kita perlu meminta maaf terus kpd org tersebut dan terdapat juga ustaz (kebanyakkannya drpd Indonesia) menyatakan amalan spt yg sy nyatakan memadai bagi mengelak masalah permusuhan yg lebih besar.

Soalan ketiga saya adakah sy sebagai cucu dan anak kepada nenek dan ibu sy boleh mewakili mereka utk meminta maaf kpd orang walaupun mereka masih hidup?

Soalan terakhir saya, apakah hukum jika sy sebagai cucu kpd tuan rumah (rumah yg sy duduki adalah milik ibu dan nenek sy juga merupakan ahli rumah tersebut) utk menghalang drpd tetamu utk menonton televisyen dgn menyorok remot kawalan jauh dan menutup penghawa dingin sewaktu tetamu solat kerana sudah mempunyai kipas rendah utk digunakan. 

Maaf jika terlalu byk soalan yg diajukan. Moga ustaz/ustazah dirahmati Allah dan dijauhkan drpd azab kubur dan api neraka. Amin. 

message user image

Assalamualaikum, sy mahu bertanya, apa hukumnya kita menipu tapi tidak melibatkan harta atau kerugian kpd org lain? Sy tahu jika diceritakan menjadi aib tetapi utk mendapatkan penjelasan, sy pernah menipu mengatakan sy pergi solat sunat hari raya padahal sy tidak pergi pada hari itu. Adakah sy berdosa kpd orang yang saya tipu itu atau berdosa kpd Allah? kerana seingat sy ia nya tidak melibatkan maruah atau kerugian harta org yg saya tipu itu. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, apakah sy telah jatuh mengumpat apabila cthnya sy melihat pemandu kereta wanita yg kurang cekap mengendalikan kenderaannya dan berkata "Haih insan yang lemah"? Apakah seharusnya sy lakukan utk tidak mengulangi perbuatan sy itu?

message user image

Assalamualaikum nak tanya, dulu saya pernah jadi bendahari kelas jadi saya kutip duit kelas bulanan, lepastu sekarang saya dah habis sekolah dan saya tak tahu setiap sen dari duit tu siapa punya jadi tak tahu nak contact siapa jadi saya derma duit tu kepada yang memerlukan, boleh kan?

harap saya dapat balasan secepat mungkin. terima kasih. kalau ada bahagian yang tak lengkap boleh emel saya

message user image

Assalamualaikum ustaz..

Saya ingin bertanya, tunang saya ni dia selalu marah dan meninggikan suara pada ibunya.. kerana tidak tahan dengan sikap ibunya yang selalu pentingkan diri sendiri, dan tunang saya ni berdendam dengan ibunya semasa kecil ibunya tidak pernah menjaganya dan menghantar dia pada kerluarga mertua ibunya.. setelah ibu dan ayahnya bercerai, Lalu di rumah arwah datuknya dulu.. sejak kecil tunang saya setiap hari didera emosi, disuruh buat kerja org dewasa, hanya makan nasi dengan kicap, tidak mendapat kasih sayang.. kerana itu apabila dewasa tunang saya ni jadi pendendam, hatinya sudah keras kerana perbuatan dan layanan yg teruk dari keluarga ayahnya.. ayahnya pula mmg tak pernah ambik tahu ttg dia.. Tunang saya beranggapan bubapa dan datuknya lah punca yg membuatkan hidup dia derita semasa kecil sehingga merosakkan akhlaknya apabila dewasa.. tetapi saya bersyukur kerana tunang saya telahpun berubah untul menjadi baik, cuma sikap dendamnya trhadap ibubapanya itu kadang sy jadi serba salah. Kalau nasihat sy pula dimarahnya.. dia kata ikutkan hati dia nak buang keluarga dia.. tak nak ambil tahu ttg ibunya lagi.. cukup setakat dia beri duit setiap bulan.. dia tak nak pulang ke rumah ibunye dah.. 

Soalan saya.. adakah tunang saya berdosa kerana derhaka pada ibubapa yang tidak pernah menjaganya dari kecil. 

message user image

Assalamualaikum,saya ingin bertanya sebab kadang kadang tu terfikir jugak pasal ni kenapa jin dan syaitan bila baca sesuatu doa dia lari dan merasa panas dan sakit

message user image

Assalamualaikum,saya ingin bertanya sesuatu tentang hobi dan cita cita saya,saya gemas melukis,mengarang dan membuat komik animasi yang ada unsur perlawanan dan pertarungan tetapj tiada unsur syirik,lucah dan sebagainya perkara yang tidak baik,jadi apakah hukumnya adakah saya diperbolehkan membuat seperti itu

message user image

Salam. Saya nak tanya tentang sirah Nabi. Saya terdengar orang musyrikin tidak dibenarkan duduk di tanah arab. Adakah perkara ini benar? Minta penjelasan.

Terima kasih 

message user image

Assalamualaikum tuan,

Saya ingin bertanya, saya merupakan seorang yang gemar membaca komik secara dalam talian namun saya sering membaca komik-komik tersebut menerusi laman web cetak rompak. Persoalan saya, adakah membaca komik dan menonton filem menggunakan laman web cetak rompak akan di anggap sebagai mencuri daripada pencipta walaupun saya hanya membaca dan menonton sendirian sahaja tanpa memuat turun atau berkongsi dengan orang lain. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya nk bertanya, adakah saya berdosa jika menggunakan kembali perkataan pelat yang pernah diungkapkan oleh adik sepupu saya sewaktu beliau masih kecil? contohnya perkataan "kosong-kosong" disebutkan oleh beliau sebagai "tocong-tocong". saya merasakan ianya comel kerana perkataan tersebut diungkapkan oleh seorang kanak2 yang masih kecil (sekarang beliau sudah dewasa) dan kadangkala menggunakannya di lain waktu. adakah ianya dikira mengumpat? terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum panel. Adakah berdosa apabila berperasaan sedikit berahi (sepintas lalu) apabila terlihat sesuatu yang disukai tanpa kawalan (bukan disengajakan) namun dalam masa yang sama masih tenang kerana rational dan mengelak apa2 fikiran mahupun tindakan yang kotor? 

message user image

Assalamualaikum, dahulu saya pernah seperti menyalahkan sepupu saya dek kerana ibu saya menukar kepada pinggan yang jenis lain. Adakah saya berdosa dan perlu meminta maaf kepada sepupu saya kerana menyalahkannya. Ketika saya menyalahkannya, sepupu saya tiada di rumah ibu saya dan beliau tidak pernah mengetahui akan perihal ini.

Soalan kedua saya, ketika kelas, kadang kala saya tergelak kecil kerana rakan saya selalu mengutarakan soalan yang sama lebih kurang berbunyi "Topik ini di dalam peperiksaan akan diberikan berapa markah?" selepas pensyarah menerangkan topik tersebut (kadang kala tidak selalu). Adakah saya berdosa kerana seperti mentertawakan rakan saya walaupun sewaktu itu rakan saya tidak mengetahuinya dan adakah saya perlu meminta maaf kepadanya? 

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum Wbt,

Sahabat Muslim saya mempunyai perniagaan restoran di luar negara yang dia usahakan bersama rakan kongsi bukan Islam. Restoran tersebut memfokuskan hidangan vegeterian, namun memandangkan rakan kongsi & majoriti pelanggannya adalah bukan Islam, oleh itu restoran itu turut menghidangkan minuman keras selain minuman lain yang dibenarkan Islam.

Soalan saya, adakah perniagaan tersebut masih dibolehkan dalam Islam  memandangkan minuman keras yang dijual di restoran tersebut memandangkan ia adalah permintaan daripada rakan kongsi perniagaan yang bukan Islam.

Untuk urusan minuman keras, ia diuruskan sendiri oleh rakan kongsi sahabat saya yang bukan Islam manakala sahabat saya menguruskan urusan lain yang bukan berkaitan alkohol. 

message user image

Assalamualaikum ustaz.

Saya bekerja hantar barangan syarikat dari suatu lokasi ke suatu lokasi mengunakan kenderaan syarikat.

Dalam perjalanan mengunakan kenderaan syarikat untuk tujuan pekerjaan saya berhenti di suatu lokasi untuk membeli barangan peribadi dan kadang kadang juga untuk makan, tanpa pengetahuan majikan.

Pihak pengurusan saya juga pernah cakap bahawa kenderaan syarikat jangan guna untuk tujuan peribadi.

adakah makanan dan barangan peribadi yang saya beli teresebut terganggu keberkatan dan kehalalannya.

Begitu juga apabila pengurus menyuruh saya isi minyak kenderaan syarikat, saya isi minyak di petronas dan ganjaran/point masuk ke akaun mesra card saya. adakah point tersebut halal untuk saya. 

 

Terima kasih.

message user image

Adakah salah jika lukis kartun bergambar manusia untuk tujuan perhiasan (mural di dinding) sebagai peringatan bahawa wajah2 tersebut inspirasi tubuhnya perniagaan di kedai. 

message user image

Apa hukunnya jika seorang yg kafir menyebut perkataan "takbir" dengan lantang, kemudian disahut oleh org islam dengan perkataan "Allahhuakbar", juga dengan lantang? 

message user image

Assalamualaikum Tuan, saya ingin bertanya berkenaan hukum memakan makanan yang dipesan melalui Foodpanda yang tersalah hantar. Perkara ini selalu berlaku.

Begini kesnya. Makanan yang dipesan melalui Foodpanda tertukar dengan makanan pelanggan lain. Harga makanan lebih kurang sama saja, tapi jenis makanan salah, contohnya saya dapat mee goreng sedangkan saya pesan kwayteow.

Nama pelanggan yang sebenar ada pada resit dalam bungkusan, tapi no tel tak ada. Nak bagi balik kedai, sudah larut malam, perut sudah lapar. Bila saya hubungi khidmat pelanggan Foodpanda, katanya dia tak boleh suruh rider ambil balik pesanan yang salah. 

Saya halalkan sajalah orang yang dapat kwayteow saya tu. Tapi bolehkah saya makan mee goreng yang tersalah hantar tersebut? Nak buang, membazir. Nak minta izin, tak tau mana nak cari orangnya.

Wassalam.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, apakah hukum memelihara leopard gecko (Eublepharis Macularius)?
Meskipun fizikalnya kelihatan seperti cicak namun secara sifatnya adalah berbeza kerana tidak boleh melekat di dinding, jinak, tidak memudharatkan bahkan tidak berbunyi melainkan terancam. Berlainan dengan cicak tokek (Gekko Gecko) yang sifatnya memang hampir dengan cicak rumah. Selain itu, bukankah sifatnya lebih hampir kepada dhab berbanding cicak rumah kerana berasal dari padang pasir?

message user image

Assalamualaikum, Alhamdulilah berkat hidayah daripada Allah SWT, saya mulai sedar bahawasanya dosa sesama manusia ini adalah berat. Namun begitu, saya berasa sangat takut pada waktu sekarang kerana minda saya akan bersilih ganti memberi peringatan bahawasanya saya pernah bersalah kepada si fulan setelah meminta maaf kepada si fulan yang lain. Bermaksud setelah saya meminta maaf kepada A, berasa lapang seketika kemudian teringat pula dosa saya kepada B atau perkara lain yang berkaitan dengan A yang tidak saya minta maaf lagi. 

Hidup saya dalam ketakutan sehinggakan saya menjadi kurang fokus kepada kehidupan seharian seperti fokus kepada pelajaran. Saya berasa tenang seketika sewaktu menonton televisyen bersama keluarga namun setelah itu, ketakutan saya kembali lagi. Saya berasa tertekan dengan perkara ini kerana saya seperti hidup di masa yang lalu sahaja, tidak nampak masa hadapan. Saya juga berasa sangat takut akan nasib saya di akhirat kelak kerana menjadi orang yang muflis setelah dituntut pahala saya oleh orang-orang yang pernah saya lakukan dosa yang masih tidak selesai. Saya berasa sangat takut dan seakan hilang semangat untuk masa hadapan.

Apa yang perlu saya lakukan tuan/puan jika ada nasihat dan cadangan yang boleh dipraktikkan agar saya menjadi orang yang kembali bersemangat namun masih menjadi diri daripada dosa kpd manusia dan Allah SWT. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum tuan,

Saya mempunyai soalan. Pada tahun lalu saya mendengar ceramah di media sosial yang mengatakan bahawa umat islam akan diampuni dosanya kecuali kaum mujahir, iaitu orang yang melakukan dosa secara terang-terangan atau menyebarkan aib sendiri. Sebelum itu saya tidak tahu mengenai hal tersebut dan sudah banyak kali juga saya menceritakan dosa saya kepada sahabat saya sendiri. Namun, setelah mengetahui tentang perkara tersebut, saya cuba untuk kurangkan cerita mengenai aib saya kepada kawan saya namun ada beberapa kali juga saya menceritakan dosa saya kepada sahabat saya. Pertanyaan saya ustaz, adakah taubat saya daripada menjadi kaum mujahir ini tidak akan diterima kerana walaupun saya sudah mengetahui mengenai dosa ini, saya masih melakukannya. 

message user image

Monopoly Board Game, Board Games - Amazon Canada

Assalamualaikum tuan mufti, apakah hukum bekerja di kilang yang membuat patung anjing atau benda hidup seperti di atas untuk permainan di atas yang akan dimainkan oleh orang dewasa? Adakah dikira sebagai golongan yang membuat patung? Terima kasih tuan mufti.

message user image

HUKUM PEMBELIAN PERMAINAN VIDEO (VIDEO GAME) MENGGUNAKAN MATA WANG ASING YANG LEBIH MURAH

Assalamualaikum Tn./Pn.

Apakah hukum pembelian permainan video yang dijual di platform antarabangsa dengan menggunakan matawang yang lebih murah? 

Misalnya, saya ingin membeli permainan video untuk Nintendo Switch. Platform pembelian permainan video Nintendo Switch tidak tersedia untuk matawang Malaysia. Sekiranya pemain dari Malaysia ingin membeli, platform akan menggunakan matawang USD, tetapi jumlah pertukaran harga permainan dari USD ke MYR akan menjadikan harga lebih tinggi. Disebabkan oleh itu, terdapat satu laman sesawang dimana saya boleh melihat pertukaran harga ke matawang lain yang lebih murah dan saya perlu menukar tetapan (settings) lokasi Nintendo Switch saya ke negara tersebut untuk membeli dengan harga murah. Negaea yang mempunyai harga termurah adalah tidak tetap dan akan ditukar mengikut kadar pertukaran matawang mengikut harga permainan tersebut.

Disini saya lampirkan laman sesawang yang diwujudkan untuk membuat perbandinga  harga mengikut matawang;

https://eshop-prices.com/games/199-overcooked-special-edition?currency=MYR

Saya harap Tn./Pn. faham mengenai contoh dan situasi yang saya berikan dan dapat berikan pencerahan. Terima kasih.

message user image

Assalamu'alaikum

Saya ada satu pertanyaan

Saya mendapat duit arwah ibu saya yang mencarum dalam insurans konvennsional.

Bolehkah saya menggunakan duit tersebut untuk perkara-perkara seperti berikut:

  1. Menyumbang karpet untuk surau atau masjid.
  2. Membaiki lampu, kipas, air cond, tempat wuduk, bumbung, tingkap, pintu dan lain-lain untuk surau, masjid, balai raya dan lain-lain?
  3. Menyumbang kipas, lampu dan lain-lain untuk dewan orang ramai, dewan sekolah dan bilik darjah?
  4. Menyumbang peralatan pendidikan ke sekolah seperti bola, kayu hoki, dan buku tulis dan lain-lain ?
  5. Memperbaiki jalan, bumbung, buat tempat tunggu rehat berlampu di sekolah dan di lain-lain tempt?
  6. Dan menyumbang makanan dan minuman serta hadiah untuk orang ramai, guru-guru, murid-murid dananak-anak yatim dan miskin.

Saya bertanya kerana saya musykil wang jenis ini boleh digunakan untuk kemudahan awam. Di atas diperincikan apa yang saya terlintas untuk buat.

Saya berterima kasih dan amat menghargai atas jawapan yang akan ustaz berikan.

message user image

Assalamualaikum, saya nak bertanya mengenai pekerjaan sebagai fund accountant. Apakah hukum bagi seorang muslim menjadi seorang fund accountant?

message user image

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya was-was setelah makan coklat yang mengandungi susu tanpa lemak, yang tidak diketahui asal haiwan itu disembelih dengan cara halal atau tidak? Yang saya dapat pastikan haiwan itu bukanlah khinzir, dan coklat itu merupakan keluaran dari negara Switzerland. Adakah saya perlu menyamak kerana telah memakan coklat tersebut? Terima kasih

message user image

Assalamualaikum Tuan,

saya ingin bertanya berkenaan hukum menggunakan duit masjid/surau bagi digunakan untuk jamuan Hari Raya  atau jamuan makan beramai2 bersamaa penduduk setempat adakah dibolehkan. ada seoarang ustaz memberi tahu tidak boleh kerana duit masjid/surau hanya boleh digunakan untuk maslahah masjid/surau sahaja melainkan diwujudkan 1 tabung khas untuk majlis makan2 atau seumpanya..mohon pencerahan pihak berwajib.

message user image

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya merawat kulit wajah menggunakan pico laser? Hal ini kerana wajah saya mempunyai garis-garis kedutan (marionette lines) seperti orang yang sudah tua, sedangkan saya masih 23 tahun. Ini menyebabkan saya menjadi malu untuk menunjukkan wajah saya di tempat awam.

message user image

Assalamulaikum,

Saya ingin bertanya soalan mengenai hukum agama. 

Saya telah membeli kurma dari penjual anggaran 125 kotak kecil, namun atas kesalahan penjual dalam menghantar dan kecuaian belah saya untuk periksa, ternyata kami mendapat 125 kotak besar kurma. Kami telah mengagihkan kesemuanya sebagai derma.

Kerana bilangan yang diterima lain, penjual meminta kami membayar baki untuk jumlah yang dihantar. Walaupun dari segi undang undang umum, ternyata saya tidak perlu bayar. Tapi apakah hukumnya dari segi undang-undang? Adakah ianya dikira hutang? Adakah berdosa jika tidak membayar jumlah lebih?

Harap dapat membantu kerana saya risau jika ianya dikira hutang dan hukumnya tidak membayar hutang sebelum meninggal. 

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Tuan,

 

Saya bekerja di sebuah syarikat. Di syarikat saya, seorang pekerja atasan saya kadang-kala berlaku culas dalam kerja nya seperti tidak punch out keluar dan sebagainya. Pihak pengurusan sedang memerhati tindakan pekerja itu. Dan saya diarahkan untuk menyerahkan punch card pekerja2 termasuk punch card pekerja tersebut, supaya tindakan lanjut oleh pihak pengurusan sumber manusia dapat dilakukan. Saya risau kalau tindakan saya menyerahkan punch card itu boleh menyebabkan pekerja itu diambil tindakan dan lebih teruk lagi dibuang kerja. Adakah tindakan saya dikira berdosa dan menganiaya pekerja tersebut? Mohon pencerahan tuan. Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum tuan mufti,

Saya mempunyai satu permasalahan yang menyebabkan saya berasa kurang senang kebelakangan ini. 
Seperti yang sedia maklum, negara sedang hangat dengan isu boikot untuk menunjukkan solidariti terhadap saudara kita di palestin. Sudah semestinya barangan daripada US diboikot untuk menunjukkan kita tidak menyokong kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan tentera negara haram israel terhadap rakyat palestin.

Jadi permasalahan saya bermula begini. Saya sudah menggunakan telefon saya yang berjenama iphone selama 7 tahun, sehinggakan kebanyakan aplikasi sudah tidak boleh diupdate kerana sistem telephone saya yang sudah lama. Tambahan pula saya seorang pelajar. Oleh itu, saya mempunyai kesukaran untuk menggunakan telefon saya untuk mendownload aplikasi. Oleh kerana saya masih belum bekerja dan masih dibawah tanggungan ibu bapa, saya meminta telefon baru daripada mereka untuk kemudahan saya. Jadi, ibu bapa saya pun berjanji untuk membeli saya telefon baru. Akan tetapi, 2 tahun sudah berlalu dan saya masih belum mendapat telefon baru kerana ibu bapak sibuk bekerja dan asyik menangguh untuk pergi ke kedai telefon. Sehinggalah hujung tahun 2023 di mana boikot sudah dilakukan secara besar besaran. Saya masih lagi meminta telefon baru daripada ibu bapa saya, tapi tidak mendesak seperti sebelum ini. Kerana saya tau perlu memboikot jenama telefon tersebut. Lagipun ibu bapa saya juga memberi alasan tidak boleh membelikan telefon baru kerana boikot. Akan tetapi, pada suatu hari, ibu bapa saya pulang dengan sebuah telefon baharu iaitu iphone 15 promax, keluaran jenama apple. Pada masa itu saya terkejut kerana saya tidak menyangka ibu bapa saya akan membelikan telefon tersebut. Saya pada mulanya berasa gembira. Akan tetapi tidak lama kemudian saya terfikir. "Adakah saya menyumbang kepada keganasan yang dilakukan terhadap palestine?". Daripada perasaan gembira saya menjadi resah. Akan tetapi saya tidak mampu menolak kerana ibu bapa saya sudahpun membeli telefon tersebut dengan harga yang mahal. Saya juga berasa malu untuk menggunakan telefon baru tersebut kerana risau diperli dan ditegur orang sekeliling kerana membeli produk yang sepatutnya diboikot. Saya risau telefon yang saya guna ini adalah haram kerana seperti memberi wang untuk menyokong penindasan warga palestin. Apakah yang perlu saya lakukan? Adakah ibu bapa saya berdosa kerana mereka juga membeli? Saya berasa risau

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat pertanyaan, ada team pemain golf selalu mengenakan bayaran dalam setiap pertandingan sebagai contoh dalam pertandingan golft 1 flight 4 orang dan mereka menentukan 1 orang dikenakan bayaran RM50. Siapa yang mendapatkan skor terbaik akan mendapat semua bayaran RM50 x 4 org = RM200. Manakala bayaran masuk untuk ke padang golf telah dibayar awal setiap orang. Apakah menjadi kesalahan bayaran RM50 setiap orang tersebut. Adakah juga ia dianggapkan sebagai satu perjudian?

 

message user image

saya ditawarkan untuk bekerja di syarikat BAT sebagai accountant. bila saya cek background, syarikat tersebut ialah syarikat terbesar tobacco di malaysia. adakah saya boleh bekerja di syarikat tersebut? mohon penjelasan

message user image

Soalan : Hukum penggunaan skin graft bagi merawat luka pada bahagian kulit.

Assalamualaikum wbt, saya mempunyai soalan kepada pihak mufti, 

Kini kemajuan sains dan teknologi telah menjadi semakin berkembang dan pesat dalam pelbagai bidang termasuklah bidang perubatan. Semakin banyak teknologi yang dicipta bagi merawat penyakit dan masalah kesihatan manusia pada hari ini. Dan antara salah satunya ialah pencantuman kulit (skin graft) iaitu satu proses dimana sebahagian daripada kulit yang sihat akan diambil dan ditampal pada bahagian badan yang bermasalah bagi merawat luka besar dan kronik yang berlaku pada kulit tubuh badan manusia seperti terbakar, melecur akibat asid atau api dan tercarik akibat kemalangan serta kanser kulit. Ini adalah kerana luka seperti mengambil masa yang sangat lama untuk sembuh. Menurut kaedah fiqh iaitu الضرر يزال kita perlulah menghilangkan darurat yang ada kerana ia merupakan tuntutan agama. Akan tetapi saya mempunyai soalan, adakah dengan menggunakan kaedah skin graft ini benar-benar mengikut kehendak agama kerana sebahagian kulit manusia yang normal dan sihat perlu dilukakan dan dicabut untuk menutup kulit yang bermasalah? Ianya ibarat kita perlu memudharatkan bahagian kulit yang sihat untuk menutup mudarat yang berlaku di kawasan kulit yang rosak. Mohon pencerahan daripada pihak Jabatan Mufti, sekian terima kasih.

Jazakumullahu khairankathiran. 

 

message user image

Hukum merancang menjadikan Marikh sebagai planet kedua setelah Bumi bagi kehidupan manusia. 

Assalamualaikum wbt, saya pernah menjalankan sebuah pembentangan tugasan bagi subjek di universiti berkenaan kerelevenan pengembaraan ke planet Marikh sebagai tujuan untuk meneroka sama ada Marikh bersesuaian untuk menjadi tempat tinggal kedua atau ‘secondary planet’ kepada manusia. Hal ini adalah sebagai persediaan untuk manusia berpindah ke Marikh sekiranya Bumi tidak lagi sesuai untuk dijadikan tempat tinggal atau apabila Bumi tidak lagi mampu menampung bilangan manusia yang terlalu ramai satu hari nanti. Tidak dinafikan, pengembaraan ke Marikh meibatkan beberapa misi dan antara misi yang baik adalah untuk mencari penawar bagi penyakit-penyakit tertentu seperti kanser dan sebagainya. Namun, pengembaraan ini turut melibatkan misi untuk menjadikan Marikh sebagai planet kedua untuk kehidupan manusia. Persoalan saya, Allah telah menjadikan Bumi sebagai hamparan atau tempat tinggal manusia seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran. Oleh itu, adakah menyalahi hukum apabila terdapat beberapa syarikat seperti NASA dan Space X yang bercadang untuk menjadikan Marikh sebagai tempat tinggal manusia satu hari nanti sedangkan di dalam Al-Quran telah menyebutkan bahawa tempat tinggal manusia adalah di Bumi? Tambahan pula di dalam Al-Quran Allah juga telah menggalakkan manusia untuk meneroka dan mengembara namun Allah menyebutkan pengembaraan tersebut adalah bagi muka bumi yang telah Allah ciptakan buat manusia. Mohon pencerahan daripada pihak Jabatan Mufti. Terima kasih, jazakumullahu khairan kathiran.

message user image

Assalamualaikum, 
Saya ingin bertanya, baru-baru ini kawan-kawan saya membawa saya makan di kedai bukan orang islam. Kedai tersebut adalah kedai "muslim friendly". dan di depan kedai tersebut juga tulis "No Pork". Tetapi kawan saya sering bergurau dengan mengatakan makanan yang kami makan ini mengandungi benda haram. Saya juga ada pernah mendengar sekiranya berlakon meminum air kosong sebagai arak maka ianya haram? Jadi adakah makanan tersebut jatuh haram? Mohon Penjelasan.

Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum.

soalan saya, apakah hukum jika kita menonton drama korea? Dan apakah hukum kita melanggani/membayar aplikasi yang menyediakan cerita2 sebegini untuk ditonton?

message user image

Assalamualaikum.

Soalannya,

1. Bolehkah saya belajar tajwid online? Contohnya dengan menonton video di tiktok.

2. Jika mengucapkan syahadah tanpa tajwid, adakah syahadahnya sah? 

message user image

Assalamualaikum tuan/puan/haji/hajjah/dato,

Sudah lama soalan ini, bermain di minda saya dan saya selalu tertanya boleh ke saya putus kawan asbab kawan saya sudah tidak lagi berwatakan elok. Contoh, kawan saya tidak menggajak ke arah keburukan tetapi dia banyak terlibat dalam keburukan seperti pembedahan plastik di hidung dan anggota badan, Mengaibkan suami dia sendiri dan keluarga suami. Saya sudah penat berpesan daripada 2021 sampai ke tahun kini, 2024 masih tidak endah dan kini mahu menghabiskan wang untuk prosedur mata yang bukan untuk membuang rabun tapi untuk kecantikkan semata. Mohon beri saya pencerahan, saya penat dengan melayani karenah kawan saya yang saya kenal lebih 20 tahun ini.

message user image

Assalamualaikum,

Persoalan 1

Saya mempunyai jam longines yang terdapat engraving di bahagian belakangnya(case back) yang terletak di lengan kita jika dipakai dan ia dipanggil sebagai enamel emas dan ia disaluti di atas permukaan stainless steel.

Apakah boleh memakainya kerana ia disaluti dengan emas sebenar(real gold) cuma saya tidak tahu berapa micron emas(merujuk kepada ketebalan emas) yang digunakan, dan saya tidak tahu berapa karat tetapi yang pasti bukanlah 18k gold digunakan untuk salut enamel emas tersebut.

Saya beli jam ini dan tidak pernah terfikir atas enamel emas tersebut dan hanya beranggapan ia hanyalah cat emas, tetapi setelah mendapati ia disaluti emas benar(real gold) cuma tidak tahu berapa karat digunakan yang pasti bukan 18k emas, saya risau akan boleh atau tidak memakai jam kegemaran saya ini, 

Saya juga tidak pernah menganggap jam ini sebagai perhiasan emas, sebaliknya memang menggunakan jam ini untuk tujuan asalnya iaitu lihat waktu sahaja.

 

Persoalan 2

Jam longines saya menggunakan gold-plated nickel balance wheel dalam movementnya/enjin jam dalam kata mudah

 

Adakah boleh memakai jam yang menggunakan movement/enjin yang disaluti emas? Atas sebab untuk mengelakkan kompartment enjin jam tersebut daripada karat dan mengelakkan dari kerosakkan pergerakan jam yang boleh berlaku pada jam yang tidak menggunakan salut emas pada bahagian enjinnya.

 

Persoalan 3

Berkait rapat dengan soalan yang pertama

Tetapi kali ini di bahagian index jam dan tangan minit serta tangan jam, yang dikatakan gilt(merujuk kepada warna keemasan) tetapi tidak specify oleh brand jam saya apakah salut emas atau tidak.

Soalan saya apakah boleh dalam islam sekiranya tangan minit[minute hand] dan tangan jam[hour hand] yang digunakan dalam jam tangan diperbuat daripada salutan emas juga?

 

Itu sahaja daripada saya, Saya mengharapakan Pejabat Mufti Selangor dapat menjawab soalan saya ini supaya saya dapat legakan kerisauan ini.

Terima kasih, Assalamualaikum.

message user image

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan,

Mohon untuk dapatkan fatwa terkini berhubung penyebaran fahaman aliran daripada pengasasnya Abdullah Al Harari atau lebih dikenali dengan panggilan Ahbash.  Untuk makluman tuan, fahaman ini didapati telah menghukum kafir ke atas sebilangan besar ulamak tersohor seperti Syeikh Ramadhan Al Buti, Syeikh Yusuf Qordhowi, Syeikh Mutawalli As Sya’rawi dan begitu jua ulamak tempatan yang tidak sebulu dengan ajaran mereka. Perkara ini boleh dirujuk melalui karya pengasas mereka antaranya seperti kitab yang berjudul “Tahzir Syar’ie Wajib”.  

 

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalmualikum, 

 

Apekah hukum saya membeli laptop mengunakan access(pelajar) anak buah saya,untuk membeli laptop. Kerana mengunakan web login anak buah saya, saya akan dapat diskaun. Adakah harus saya beli melalui web student access ataupon saya perlu beli melalui web access saya sendiri di mana tiada diskaun

message user image

Assalamualaikum mufti, saya seorang perniaga dan saya ada beberapa soalan

1. Apakah hukum menjual jersi bola sepak  gred " copy original" kelab-kelab boleh sepak ternama dunia seperti kelab-kelab liga perdana inggeris dan jersi negara eropah  yang saya beli di shopee dan menjual semula kepada para pelanggan ?

2. Adakah halal dan boleh digunakan untuk makan sekeluarga rezeki saya dapat daripada hasil jualan jersi copy original tersebut ?

3. Apakah hukum saya menjual hanya jersi bola sepak yang logonya bebas daripada lambang agama lain dan penaja atau "sponsor"  kelab tersebut tidak terbabit dalam aktiviti yang diharamkan seperti arak, perjudian dan lain-lain.

4. Jika saya pernah terjual jersi yang ada lambang agama lain apa saya perlu buat untuk membersihkan rezeki saya tersebut ?

5. Jika saya mengeluarkan sendiri jersi keluaran syarikat saya tetapi mengambil inspirasi seperti jersi kelab chelsea saya ubah menjadi jersi "london blue" mengunakan logo dan corak rekaan saya sendiri. Adakah halal saya menjual jersi tersebut ?

 

Terima kasih mufti 

 

message user image

Assalamualaikum ustaz Nak tanya boleh, Saya ada beli akaun tiktok 80k followers CONTENT MOVIE dan saya pon buat akaun baru content movie pengikut mencecah 320K, jadi ada 2 akaun tiktok, movie tu hanya part2 pendek bukan full movie, masalah sekarang saya baru tahu terbaca dekat Google pengarahnya tak benarkan mana2 video hasil diorang upload mana2 media sosial tanpa kebenaran , saya baru tahu, yang saya tahu full movie je tak boleh, tujuan saya buat content movie untuk menambah pengikut lebih ramai, kelebihan pengikut ramai sample percuma untuk affiliate tiktok senang dapat, saya memang buat affiliate tiktok , haram ke hasil pendapatan saya di tiktok, terima kasih saya

message user image

Assalammualaikum w.b.t

Saya nak tanya berkenaan pembukaan kolam memancing ikan. Kolam ini untuk pertandingan dan pihak penganjur menyediakan hadiah wang tunai. Pihak peserta perlu menyediakan wang tunai sebagai penyertaan. Pihak kolam tidak menggunakan wang penyertaan sebagai hadiah dan hukumnya harus. Jika pihak kolam mendapat keuntungan dari penyertaan dan untuk pertandingan pada tarikh yg lain dan menggunakan duit keuntungan sebagai hadiah adakah ia haram atau harus ustaz?. Duit yang dapat dari hasil pertandingan sebelum digunakan untuk hadiah pertandingan yang seterusnya. Pada tarikh berbeza. 

message user image

Assalamualaikum tuan,

Masalah saya ingin tahu apakah hukumnya saya ditipu dengan kawan A fasal 1 projek dan saya meminjam dengan kawan B untuk projek tersebut. Kawan B beri duit kepada saya dan saya beri semuanya kepada kawan A. Tolong bantu saya yang buntu tuan. 

Terima kasih 

message user image

Assalamualaikum Tuan,

Apa hukum mengutip resit yang dibuang bagi tujuan menyertai peraduan beli & menang?

message user image

Saudara saya bagi sedekah makanan keperluan seperti telur, gula, susu, dan biskut kepada ibu saya..dan ibu saya menjalankan perniagaan kedai makan secara kecilan, jadi boleh ke ibu saya menggunakan barang seperti telur dan susu yang diberi untuk adunan masakan untuk dijual sedangkan ada telur yang dibeli asing untuk kegunaan jualan?

message user image

Assalamualaikum, saya mahu meminta pandangan bagaimana caranya agar hati saya dapati berhenti daripada silap mengumpat di dalam hati, bersangka buruk atau berkata buruk di dalam hati? Saya sedar perbuatan ini berdosa namun kadang kala ianya datang secara automatik Dan hilang selepas saya berbual atau saya memikirkan perkara lain. Selepas itu, saya kembali teringat akan hati saya pernah bersangka buruk, mengumpat Dan lain lain menjadikan saya berasa sedih Dan takut untuk meminta maaf kerana boleh jadi orang itu tidak saya kenal atau jarang bertemu tetapi hati saya sudah berkata buruk.

Selain itu, saya pernah dengari bahawasanya mendengar orang mengumpat juga dikira berdosa. Kadangkala reaksi spontan saya ketika mendengar umpatan seperti tergelak kecil menjadikan saya berasa serba salah. Walaubagaimanapun, ketika mendengar umpatan mengenai seseorang, saya mencuba untuk membawa orang yang mengumpat itu untuk ke arah kebaikan seperti berhusnuzon. Tetapi rasa bersalah saya Masih ada berkaitan dengan reaksi spontan saya seperti tergelak kecil ketika mendengar cerita tersebut.

Akhir sekali, saya ingin meminta nasihat tuan bagaimana caranya agar saya dapat menghilangkan was was saya ketika solat di mana saya mudah was was merasakan badan saya bergoyang sedikit. Mungkin tidak dapat kelihatan dengan mata kasar tetapi saya berasa seperti bergerak ke kiri kanan Dan depan belakang sehingga saya berasa penat untuk mengulangi solat saya beberapa Kali untuk berasa bahawasanya solat saya sah.

message user image

Adakah normal apabila kita mendengar org bercerita hal2 kelamin hingga mengeluar lendir di bahagian kemaluan pendengar? Apakah hukum bila kita membayangi apa yg dicerita kn? 

message user image

Assalamualikum

Tuan,

saya mewakili jemaah/pentadbir Surau dalam kariah kami, ingin memanjangkan satu persoalan muamalat dan pengurusan Dana kewangan.

Surau kami menerima dana/sumbangan ramadan 2024 dan kini ada berbaki(lebihan) selain diderma oleh Jemaah/kariah termasuk jumlah besar daripada Pemerintah/wakil rakyat, menjadi perbincangan sesama kepimpinan lebihan DANA perlu di takbirkan;

1) Dinyatakan HARAM digunakan jika bukan untuk Ramadan. natijah nyer dana perlu di BEKU selama 360hari kehadapan dan terhenti pahala/jariah si penderma untuk seperti diamanahkan.

2) Dinyatakan HARUS digunakan dalam tahun semasa bagi  menunaikan hasrat penderma dan perjalanan Pegimarahan aktiviti kebajikan/dakwah agar dimanfaatkan.

 

Pihak kami memohon solusi dan penjelasan dalam perkara ini.

 

Sekian & Wasalam.

shahril Saleh

Penolong Bendahari Surau Kariah.

 

message user image

Assalamualaikum wbt. Saya nak tanya, apakah hukum kedai makan memasang audio ayat suci al-Quran? Sebab jika diperhatikan, kebanyakan orang akan bising, bercakap-cakap, tidak dengar, dan tidak menghormati bacaan tersebut.

message user image

Salam tuan, saya nak bertanya tentang sex preselection technologies. Saya maklum bahawa teknologi ini tidak boleh digunakan sebagai seorang muslim, tetapi apa pendapat tuan tentang penggunaannya untuk keturunan sheikh/sharifah yang memerlukan anak lelaki untuk keterusan keturunan mereka, atau kes- kes sultan yang memerlukan anak lelaki untuk mewarisi hartanya. Mohon pencerahan, terima kasih tuan.

message user image

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin membeli stok gelas/cawan dan tumbler air daripada beberapa kilang di China. Namun setelah diselidik, saya mendapati kilang-kilang tersebut juga membuat gelas minuman untuk arak.

1) Apakah hukum membeli gelas, cawan minuman / tumbler air daripada kilang yang turut menjual gelas arak?

2) Sekiranya saya menjual gelas, cawan minuman dan tumbler tersebut, adakah dibolehkan?

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum WBT tuan Mufti,

Merujuk perkara di atas, saya Farah Ilyani, pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains daripada Universiti Malaya ingin bertanya tentang isu boikot.

Apakah hukum mempengaruhi orang lain supaya tidak memboikot syarikat yang menyokong barangan Israel?

 

Terima Kasih

message user image

Maaf ingin bertanya mengenai hukum memakai:

1.Magnetic lash (lash tiruan yang boleh dipakai dan ditanggalkan dengan mudah)

2. Hukum memakai kuku palsu yang ditampal menggunakan gam dan hukum memakai nail polish

Ingin bertanya terlebih dahulu kerana takut membeli barang yang tidak dibenarkan untuk dipakai menurut hukum islam.

Terima kasih atas pencerahan, semoga jasa tuan/puan diberkati dan dirahmati Allah.

message user image

Assalamualaikum...

Ada seorang hamba Allah ni,

Dia seorang pegawai di sebuah syarikat.

Pada masa penilaian prestasi kerja tahunan yg lepas, pegawai ini dan pegawai-pegawai lain telah dibantu oleh supervisor mengubah markah kpi drpd tidak lulus kpd lulus.

Ini kerana kpi yg ditetapkan oleh pihak atasan amat sukar dicapai dan kebanyakan pegawai gagal mencapai target walaupun telah berusaha sedaya upaya.Pihak atasan pula sgt sukar menerima cadangan supervisor ttg kpi tersebut.

Hamba Allah ini telah menerima bonus dan kenaikan gaji hasil drpd tindakan supervisornya.

Tetapi hamba Allah ni, rasa tidak sedap hati dgn habuan yg dia dpt.

Adakah hasil ini haram baginya?

Jika haram, bagaimana hamba Allah ni nak uruskan wang tersebut?

 

Mohon nasihat dan pencerahan.

Wassalam.

message user image

Assalammualaikum,

Nenek saya berusia 76 tahun telah mengalami strok serius di mana sebahagian besar belah kanan otaknya rosak. Dia juga penghidap kencing manis, heart failure dan dementia/nyanyuk (sehinggakan tidak dapat solat seperti dahulu). Dia ditidurkan dengan tiub pernafasan, kemudian setelah bius hilang, disokong dengan alat bantuan pernafasan (ventilator) selama 11 hari terkini, dengan pemulihan yang sangat lemah.

Pada masa ini:
-Dia tidak lagi dibius tetapi dia tidak boleh makan kecuali melalui tiub makan.
-Boleh bernafas sendiri, namun hanya dengan bantuan pernafasan melalui ventilator/alat penyokong pernafasan.
-Tidak boleh bercakap atau berkomunikasi langsung, tiada suara kedengaran setakat ini. Kami tidak pasti dia boleh memahami apa yang kami katakan.
-Membuka satu atau kedua-dua mata dengan sangat singkat sepanjang hari.

Doktor menyebut bahawa:
-Dia tidak dianggap "brain dead" / kematian otak atau jantung, tetapi pada masa sama, tidak boleh makan, bernafas, bercakap, membuka mata, berkomunikasi secara diri sendiri.

 - Mungkin ada peluang tipis bagi dia membuka matanya secara perlahan-lahan atau mengeluarkan bunyi, tetapi dia akan kekal dalam keadaan terlantar. Untuk dia hidup setelah tiub pernafasan dimatikan, dia perlu menjalani trakeostomi (tebuk tiub dalam kerongkong) dan diberi tiub pemakanan. Dan keadaannya akan seperti orang yang tidak mempunyai jiwa di dalam tubuhnya.

-------------------

Kami hanya diberi 2 pilihan selepas hari ke-14 menggunakan tiub pernafasan/alat bantuan pernafasan:
i) Penjagaan paliatif / hujung hidup: 
- Tiub yang menyokong pernafasannya akan diputuskan untuk membolehkan dia meninggal dunia secara natural mengikut masa dia sendiri (biasanya beberapa jam atau dalam sehari). Dia masih akan diberi makan, oksigen bukan secara tiub, fluids, dan ubat sakit. Dia tidak sesuai untuk mendapat CPR kerana ia juga membawa risiko, kecederaan, dan komplikasi yang berat kepada pesakit. Kami tidak boleh mengekalkan tiub pernafasan yang menyokong pernafasaanya selama ini selepas hari ke-14 terlantar, kerana ia juga akan mempunyai komplikasi tersendiri kepada pesakit seperti jangkitan, dll. 

ii) Trakeostomi : 
- Lubang akan ditebuk ke dalam kerongkong supaya dia dapat hidup seketika tanpa tiub pernafasan. Tetapi tidak pasti berapa lama sebenarnya dia boleh terus hidup dengan syarat dia tidak mengalami perkara lain seperti serangan jantung, strok berulang, jangkitan daripada trakeostomi itu sendiri. Mungkin beberapa hari, bulan, boleh sampai setahun.. Tetapi biasanya kebanyakan pesakit akan bertahan sekurang kurangnya beberapa hari, namun dalam kesnya seperti di atas dia kemungkinan besar tidak akan bercakap, berkomunikasi, makan, bergerak.

Setakat ini:
-Tiada lagi pengurusan aktif untuknya, memandangkan 2 prosedur menyelamatkan nyawa telah dilakukan. Tiada penawar atau pemulihan drastik. Penyakit sedia ada sebelum strok juga akan menjadikan pemulihan dan pemikirannya sangat lemah. 
- Dia tidak dapat beribadah.
- Jika buat Trakeostomi, selalunya menyakitkan dan tidak selesa.
- Dia mungkin akan melalui lebih banyak penderitaan.
- Dia memerlukan penjagaan kejururawatan secara 24 jam yang kemungkinan mungkin kami boleh tanggung atau tidak, tidak pasti memandangkan keluarga kami semua bekerja dan jururawat peribadi tersangat mahal.

------------

Soalan saya:
Adakah halal untuk meneruskan dengan pemutusan tiub pernafasan yang ditawarkan?
-Kami hanya melihat kesakitan dan tiada penawar atau pemulihan drastik, serta begitu banyak komplikasi masa depan walau sekalipun dia hidup dengan prosedur tebukan di kerongkong.
-Kami ingin tiub dicabut dan dia diberi sokongan perubatan selain sehingga dia meninggal dunia secara natural seperti doktor terangkan.
-Kami sangat perit dan sedih dengan semua penderitaan yang dia hadapi dan kami tahu ia akan berhenti apabila dia meninggal. Dia menyatakan sebelum ini apabila dia sihat yang dia tidak suka sebarang prosedur invasif dilakukan dan tidak suka menjadi beban kepada orang lain.

Kami sangat sangat perlukan jawapan mufti/dll secepat mungkin memandangkan masa sudah singkat untuk membuat keputusan memandangkan sudah hampir hari ke 14. Semoga Allah membalas kebaikan dan keprihatinan dalam menjawab kemusykilan kami. Ameen

message user image

Assalamu'alaikum wr wb. Soalan saya ialah:

  • Terdapat produk farmaseutikal samada ia dalam bentuk tablet ataupun cecair digunakan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit.
  1. Apakah hukum plasma darah yang digunakan dalam perubatan?
  2. Sekiranya pengguna menggunakan ia dalam keadaan tidak darurat, dan terdapat alternatif yang lain dalam penyembuhan, adakah hukum penggunaan plasma darah dalam aspek perubatan menjadi haram?

 

Terima Kasih saya ucapkan kerana telah menjawab dan memberi kerjasama. Ini merupakan kerja kajian tesis master saya yang bertajuk Hukum & Fatwa Plasma Darah 

message user image

Assalamualaikum Tuan,

Kami kariah setempat ingin merujuk permasalahan kami kepada Tuan.

Pihak AJK Surau telah berbincang, dan telah buat kelulusan utk Bendahari beri pinjaman rm10k kepada Imam utk deposit beli rumah, dn akan dibayar melalui potongan gajinya selama 2 thun.

Ada kariah merasakan pinjaman ini tidak boleh, kerana sumber wang ini sumbangan kariah di mna seharusnya mereka berharap sumbangan mereka utk tujuan kegunaan surau.

Jadi apakah hukumnya ini di segi syarak? Mohon penjelasan Tuan.

Sekian terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya nak bertanya.saya bekerja dengan sebuah syarikat dan Skop kerja saya Ada melibatkan sales and purchasing.Untuk makluman, untuk proses purchasing, saya perlu mencari supplier sendiri.Persoalan saya, Semasa urusan purchasing itu bolehkah saya mengambil komisen Yang diberikan oleh pihak supplier kepada saya selepas customer membuat pembayaran terus ke pihak supplier? Mohon beri pencerahan. Terima kasih

message user image

Ada soalan. adik ipar ada dapat kerja baru. Company ni dapat contract system development kt Maybank. adik ipar n8 dapat masuk division etiqa insurance singapore. Soalan dia  apa hukum kalau kerja kt syarikat insurance tapi indirectly?

message user image

Assalamualaikum wbt,

Saya ingin bertanyakan hukum bekerja di sebuah syarikat yang menawarkan kursus tatu secara online. Syarikat ini beroperasi di luar negara (Amerika Syarikat) dan tugasan saya adalah sebagai pegawai pemasaran. Tugas utama saya adalah membuat panggilan saringan selama 15-30 minit untuk menilai kesesuaian bakal pelanggan dan membuat temujanji dengan Pengarah Latihan mereka.

Adakah pekerjaan ini dikira sebagai menggalakkan perbuatan haram atau membantu orang lain melakukan perbuatan haram (tatu)?

Terima kasih atas penjelasan pihak mufti.

Wassalam

message user image

Assalamualaikum wbt ,

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

 

Saya seorang Pembantu Hal Ehwal Islam Yang Bekerja di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

 

Saya ingin bertanya adakah seseorang klien atau penghuni yang sedang menerima Rawatan dan Pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ini tidak boleh atau tidak layak  menjadi imam solat yang mana makmumnya adalah orang biasa (Dimaksudkan Pegawai yang solat berjemaah di Surau) kerana sejak saya mula bekerja,terdapat satu fikiran dari segelintir pegawai bahawa mereka belum merdeka dan tidak layak mengimamkan solat berjemaah. Hal ini berlaku juga atas kekangan Pegawai Hal Ehwal Islam yang bertugas di surau pada waktu berkenaan kerana perlu menghadiri ,kursus,mesyuarat,kerja di luar premis,cuti, atau tugas tugas melibatkan ketiadaan pegawai hal ehwal islam di PUSPEN.

 

Untuk makluman beberapa penghuni yang menjadi imam ini dilantik melalui proses pemilihan naqib dan kesemua klien atau penghuni ini mempelajari modul bimbingan kerohanian (Modul AADK) ilmu fardhu ain untuk menguatkan kembali ajaran dan ibadah bagi melaksanakan perintah Allah swt .

 

Ia Menjadi kemusykilan kepada saya dan memerlukan penilitian yang berautoriti bagi meyakinkan (masyarakat) dalam golongan klien dan pegawai di PUSPEN ini agar tidak menjadi persoalan . Dari hasil jawapan ini dapat memperbetulkkan keadaan yang ada dan tidak lagi menjadi tanda tanya.

 

Sekian terima kasih

 

message user image

Salam.saya ingin bertanyakan mengenai hukum bekerja di syarikat yang membekalkan servis pembersihan penyelenggaraan bangunan kepada kilang arak.

message user image

Suami adalah anak tidak sah taraf, apa hukum isteri bersalam dengan ayah suami yang tidak sah taraf itu ye? 

message user image

Assalamualaikum,

Adakah affialiate shoppee patuhi syariah.

message user image

Tentang cuka apel cider

fatwa negeri selamgor mengatakan halal 

saya mohon referensi dari kitab mana dan pendapat siapa

kerana setahu saya dlm mana² kitab fiqh jus berubah jd arak dan kemudia dirubah menjadi cuka dgn disengajakan/komersial hukumnya Haram n najis

message user image

ASSALAMUALAIKUM, 

SAYA NK BERTANYA , KUDIS MENGELUPAS DAN ADA SEDIKIT KESAN DARAH , ADAKAH DARAH TERSEBUT BERPINDAH JIKA BERSENTUHAN DENGANNYA ?? 

message user image

Assalamualaikum saya ingin bertanya apakah hukum bekerja di syarikat A yg menjual mesin atau membuat servis pembungkusan kepada beberapa syarikat makanan ringan sama ada di dalam Malaysia atau luar negara? Ada yang diperakui sijil HALAL dan ada juga tidak mempunyai sijil HALAL dari mana-mana badan berkanun. Mohon pencerahan.

message user image

Assalamualaikum, kalau seseorang bercakap tentang sesuatu sambil dalam hati dia bersumpah dengan nama Allah sebagai cth "aku bersumpah demi Allah aku nk buat..." walaupun dia sedang bercakap pasal benda lain dan tidak sebut demi Allah di mulut hanya terlintas dihati ketika dia sedang bercakap, adakah sumpah dia terjadi?

message user image

Assalamualaikum, apakah hukum menyanyikan lagu Christmas seperti "we wish you Merry Christmas" "All I want for Christmas" kerana rentak lagu tersebut menarik perhatian pendengar untuk nyanyi lagu tersebut

message user image

assalamualaikum saya nak tanya, saya ada beli breastpum dari vietnam secondhand, perlu ke saya samak dahulu memandangkan saya tidak tahu siapa owner sebelum ini? breastpum jenis motor pam elektrik.. terima kasih

message user image

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ingin bertanya dari sudut pandangan islam tentang cukai tanah terhadap orang islam.

Apakah hukum jika seseorang  membina rumah dan menetap di tanah tersebut tidak pernah membayar cukai tanah. Sedangkan pemilik lain membayar cukai tanah tersebut tetapi terdapat individu yang enggan membayar cukai tanah tersebut.

Rumah yang diduduki dibina di atas hak milik beliau sendiri tetapi tidak pernah membayar cukai tanah.

Apakah amal ibadatnya seperti solat, puasa dan sebagainya diterima oleh Allah. Bagaimana islam memandang perkara ini?

Sekian Terima Kasih

 

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya seorang yang sentiasa menggunakan krim pelindung matahari dan pelembab muka. Dalam pada itu, saya juga memakai cermin mata yang pastinya akan terkena pada kulit wajah saya. Kebiasaannya, saya akan membersihkan makeup saya sebelum berwuduk. Persoalannya, adakah saya perlu juga membersihkan juga kulit muka yang terkena pada cermin mata tersebut kerana dikhuatiri terdapat bekas-bekas dari krim pelindung matahari dan pelembab muka yang melekat pada cermin mata dan mungkin menyebabkan air wuduk terhalang? Terima kasih

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya mempunyai soalan.

Saya dahulu pernah main satu permainan dalam talian iaitu Genshin Impact namun saya berhenti memainkannya setelah isu berkaitan dialog watak sampingannya yang mengatakan "Harut dan Marut merupakan dua syaitan yang lincah". Namun Harut dan Marut yang dimaksudkan karakter tersebut ialah nama kucing peliharaannya. Perkara ini menimbulkan banyak perdebatan dalam kalangan pemain muslim permainan tersebut, ada yang mengambil keputusan untuk meninggalkannya manakala ada pula yang mengatakan bahawa hal itu tidak menjadi masalah kerana hanya merujuk kepada nama kucing. Saya sendiri membuat keputusan untuk berhenti memainkan permainan tersebut dan berpindah ke permainan yang lain dari syarikat yang sama. Persoalan saya, apakah pandangan ustaz sendiri mengenai isu ini, adakah ia termasuk penghinaan agama Islam? Kedua, adakah berdosa juga jika saya memainkan permainan lain yang dibuat oleh syarikat yang sama tanpa saya mengeluarkan sebarang wang ringgit? Mohon pencerahannya. Terima kasih.

message user image

ASALAMUALAIKUM, SAYA INGIN BERTANYA BERKENAAN PERMAINAN ONLINE ATAS TALIAN IAITU XWORLD, TAP COIN DAN JUGA SATU PLATFORM MEMBACA NOVEL IAITU NOVELAH. SAYA INGIN BERTANYA STATUS DUIT YG DIKUMPUL OLEH PENGGUNA DLM PLATFORM TU HALAL DIGUNAKAN KE? SEBAB UNTUK XWORLD & TAP COIN TAK PERLU BAYAR APA2 HANYA BERMAIN APA2 GAME DAN POINT TERKUMPUL BOLEH DITUKAR KEPADA DOLLAR. DAN LAGI SATU KEPADA PEMINAT MEMBACA NOVEL, ADAKAH POINT BACAAN TERKUMPUL TU HALAL SEKIRANYA DIGUNAKAN? MINTA PENCERAHAN DAN SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH. 

message user image

Assalamualaikum warahmatullah Tuan SS Mufti. Apakah hukum menaikkan harga sewa rumah yg telah ditetapkan harga sewanya pada perjanjian kontrak? Contohnya, harga asal rm680/bulan kemudian tuan rumah naikkan jadi rm700/ bulan dalam keadaan masih dalam perjanjian kontrak yakni selama 2 tahun. Tetapi saya sebagai penyewa REDHA dengan kenaikkan tersebut walaupun belum tamat tempoh perjanjian. Adakah ia juga tetap melanggar perjanjian dan syarat ijarah? Syukran Tuan SS. Mufti.

Barakallahufiikum waahsana ilaikum

message user image

Assalammualaikum ustaz. Saya ingin bertanyakan soalan berkaitan gaji dan pekerjaan. Saya bekerja di bawah perkhidmatan membaik pulih keretapi. Saya berasa was was atas segala yang dilakukan majikan saya. Syarikat saya diberi tanggungjawab oleh kementerian untuk melakukan overhaul keatas train yg berkenaan. Ada yang perlu diganti tp sekadar membaik pulih saja. Saya dah seringkali bertanya perlu tukar baru atau baik pulih saja. Majikan saya memberikan jawapan sudah dimaklumkan kepada kementerian kita membaiki saja. Dalam kontrak perlu ditukar sekiranye rosak. Saya menjadi was was dan takut atas segala arahan majikan untuk memasang semua barang itu. Adakah gaji sy berkat atau haram menerima segala arahan majikan. Perlu ke saya abaikan da bekerja seperti biasa.

message user image

Assalamualaikum

Saya ditugaskan melakukan kerja penyeleggaraan berkala disebuah kedai oleh syarikat. Selepas penyeleggaraan selesai kedai sebelah beliau meminta saya melaksanakan hal yg sama tp tidak sepenuhnya. Kedai ini tiada kontrak dgn syarikat. Saya melaksanakannya & kemudian beliau memberikan saguhati RM50 kpd sya walaupun saya menolak.

Apa yg perlu saya lakukan dgn wang tersebut & adakah saya dikira mengkhianati syarikat dlm hal ini. Saya rasa serba salah dgn hal ini. Apa yg perlu saya lakukan.

Sekian terima kasih

Wassalam

message user image

Apakah hukum dapat duit dari Novelah dengan membaca novel di aplikasi tersebut? 

message user image

Adakah kita boleh dikatakan kufur apabila kita bersedih apabila mendapat markah yang rendah sedangkan kita sendiri tahu bahawa kita tidak berusaha dan kita juga yakin untuk mendapat markah yang cemerlang di ujian akan datang apabila kita berusaha

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya mempunyai soalan

Saya pernah meniru ketika dalam SPM dahulu kerana mendapat soalan bocor dan saya tidak dapat mengingat berapa soalan yang saya meniru namun anggaran saya sekiranya saya tidak meniru maka saya berkemungkinan gagal atau mendapat markah yang secukupnya saja untuk lulus. Kemudian, saya gunakan sijil tersebut untuk sambung belajar, dan saya sedar bahawa sekiranya saya gagal subjek tersebut, maka tidak mungkin saya dapat melanjutkan pengajian saya. Disebabkan rasa gelisah dan bersalah saya, saya membuat keputusan untuk memohon masuk ke institusi pengajian yang memperuntukkan markah merit yang rendah sahaja kerana saya rasa saya tidak layak untuk universiti awam yang lain. Saya akui kesalahan saya ini dan saya sangat menyesal dan saya berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Persoalannya, adakah haram bagi saya melanjutkan pengajian saya dengan menggunakan sijil yang bercampur unsur penipuan itu, meskipun kini saya sudah menjadi pelajar cemerlang dan antara yang terbaik dalam kelas saya. Saya juga ada bercadang untuk mengambil kertas ulangan bagi subjek tersebut kerana rasa bersalah saya. Kedua, apakah status gaji saya nanti ketika saya ingin memohon kerja menggunakan sijil diploma saya yang dimana saya menyambung diploma menggunakan sijil yang ada unsur penipuan, adakah akan dianggap haram? Itu sahaja dari saya.

message user image

Asalamualaikum wbt, saya ada persoalan berkaitan nama. 

 

Nama saya merupakan Muhammad Al Qayyum. Adakah diperoleh kan nama saya seperti ini. Atau pada pandangan pihak mufti untuk saya menukarkan nama saya. Dan adakah dari segi undang undang diperoleh kan menukar nama saya. Ini kerana ada kenalan mengatakan nama saya haram. Kerana al qayyum itu merujuk kepada nama Allah swt iaitu maha berdiri di atas kaki sendiri dan Muhammad itu ialah nama nabi Muhammad saw. Mohon pencerahan. 

message user image

Assalamualaikum wbt.

Saya ada sebuah telaga di kampung. Pada suatu hari, ada seekor babi hutan jatuh ke dalam telaga tersebut dan mati di dalam telaga tersebut. Kami mengambil keputusan untuk tidak menggunakan air telaga tersebut. Namun sudah lebih 5 tahun insiden ini berlaku dan air telaga sudah nampak jernih. Adakah air telaga itu boleh digunakan serta apakah hukum menggunakan air telaga tersebut?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.

Saya menjalankan perniagaan khidmat jahit pukal pakaian.

Pelanggan kebiasaannya menempah apa jua jenis rekaan pakaian dengan menghantar material kain/fabric berbentuk gulungan/roll.

Pihak saya/kilang dan pelanggan telah maklum dan bersetuju dengan nisbah setiap helai baju/pakaian menggunakan berapa meter kain perlu digunakan untuk penghasilan sehelai baju tersebut.

Secara kiraan "on-paper", kedua-dua pihak kami dah maklum berdasarkan berapa gulung/roll kain yang dihantar pada kilang akan dapat menghasilkan berapa kuantiti baju.

Semasa proses pemotongan dan penghasilan baju-baju tempahan tersebut, pihak kilang dapati ada proses dan cara yang kami dapat jimatkan penggunaan kain yang membolehkan akan datangnya lebihan material atau dalam konteks kami, adalah roll/gulungan kain. Walaupun kuantiti baju yang pelanggan kehendaki dan sepakati pada awal dah tercapai, tapi pada peringkat akhir produksi, ternyata penjimatan dapat dibuat semasa proses pembuatan dan pihak kilang kami boleh dapat keuntungan dari aspek lebihan material (kain) tersebut.

Persoalannya, adakah pihak kilang boleh menggunakan atau menjual lebihan material (kain) tersebut? Apakah hukumnya?

(Pelanggan dapat apa yang ditempah, mengikut kuantiti berapa yang dimahukan, cuma dia tidak tahu pihak kilang boleh melakukan penjimatan penggunaan gulungan kain yang dia hantar. Boleh sahaja sebenarnya tidak melakukan proses penjimatan dan memang ada tempat/kilang yang tidak boleh/mampu membuat proses penjimatan seperti kilang kami. Kami dapat membuat sedikit keuntungan daripada material lebihan dari sebab kelebihan setup, kepakaran dan pengalaman pengurusan material dan proses)

 

 

message user image

Assalamualaikum, saya ingin mendapat pencerahan mengenai beberapa perkara. Terlebih dahulu izinkan saya menerangkan keadaan agar nampak lebih tersusun. Saya berpendapat bahawa animasi merupakan satu seni dan hanyalah rekaan semata-mata. Oleh sebab itu, apa sahaja yang dihasilkan daripada animasi tidak seharusnya di kategorikan sebagai benda hidup. Rupa paras karekter animasi juga tidak sama seperti makhluk ciptaan Allah. Ya, terdapat persamaan seperti kita katakan ada tangan, kaki dan mata namun tidak sempurna sifatnya seperti mana manusia sebenar. Amat jauh sekali. Oleh yang demikian berikut adalah beberapa soalan saya;

1. Adakah karekter animasi seperti Goku, naruto, doraemon atau lain-lain ini dikategorikan sebagai makhluk hidup? 

2. Adakah hasil pembuatan barang animasi seperti barang permainan, patung dan sebagainya dianggap haram untuk dijadikan koleksi?

3. Mengumpul barang permainan seperti patung dan tidak menganggap patung tersebut di sembah atau di agungkan boleh menjadikan seseorang itu berdosa?

Sekian, terima kasih atas kesudian memberi pencerahan.

message user image

Assalamualaikum mufti 

Saya ada beberapa soalan:

1. Apakah hukum menghasilkan dan menjual produk yang dihasilkan dengan kaedah 3d printing ?

2. Adakah dibolehkan menghasilkan kereta mainan atau produk lain yang menyerupai produk sebenar seperti kereta perodua/ toyota / mercedes tetapi tidak mendapat kebeneran daripada syarikat-syarikat tersebut?

3.Adakah dibenarkan jika saya sekadar menghasilkan dan menjual mengikut permintaan pelangan sahaja seperti pelangan mahukan saya menghasilkan kereta mainan meniru 100% seperti kereta miliknya di dunia nyata.

4. Jika tidak dibenarkan untuk dijual, jika saya sekadar menghasilkan kereta atau mainan lain sekadar untuk dijadikan konten youtube saya adakah dibenarkan? Tetapi tidak dijual.

message user image

Assalammualaikum. Saya ingin bertanya mengenai apakah hukumnya sekiranya saya mengedit drama korea atau saya membuat review mengenai drama drama korea yang saya tonton lalu mengupload video tersebut di youtube serta menjadikannya sebagai sumber pendapatan? Apakah hukumnya halal atau tidak? Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum

Apakah hukum memiliki dan memakai baju bergambar haiwan dalam bentuk kartun dan tidak realistik? 
 

terima kasih

message user image

Assalamualaikum mufti, saya ingin bertanya. Dulu, semasa saya buat diploma waktu semester akhir, saya telah meniru untuk satu subjek ni. Walaupun subjek itu tidak begitu penting untuk kursus ijazah saya sekarang, ia masih menjadi subjek yang mesti lulus jika saya ingin menamatkan pengajian dan mendapat sijil. Memandangkan saya tidak tahu markah  yang sebenarnya berapa dan  hanya tahu gred kami, saya tidak boleh membuat pengiraan yang tepat, tetapi hanya berdasarkan andaian saya, saya masih boleh lulus jika saya hanya meniru pada soalan yang saya jamin saya meniru. Tetapi masalahnya, sekarang, saya mempunyai keraguan, bagaimana jika saya menipu lebih daripada yang boleh saya sahkan. Kerana, sekiranya saya meniru lebih dari yang saya dapat pastikan, maka saya mungkin lulus secukupnya atau saya mungkin akan gagal. Sebab ini sudah setahun, ingatan saya agak kurang jelas dan saya takut saya mungkin terlupa jika saya juga meniru soalan lain. Sekarang saya sudah pun menyambung pelajaran dan insaf dari tabiat menipu dan menjadi pelajar cemerlang . Sekarang soalan saya ialah, 1. Apakah hukum menggunakan sijil yang saya tidak pasti statusnya, sama ada saya layak atau tidak jika saya tidak meniru. 2. Saya pernah terbaca pendapat ulama lain mengenai perkara ini sebelum ini, mengenai hukum menggunakan sijil yang didapatkan hasil meniru(maksudnya seseorang itu tidak boleh mendapatkan sijil jika dia tidak meniru), maka orang itu hendaklah memberitahu perkara ini kepada pihak pentadbir universiti, sama ada mereka akan menarik balik ijazahnya atau tidak. Dalam keadaan saya, adakah saya wajib berbuat demikian juga? Harap mufti dapat menjawab soalan saya. Terima kasih

message user image

assalamualaikum, saya ingin bertanya, saya bekerja sebagai penghantar makan grabfood (id halal) bermakna saya hanya menghantar makanan yang dalam kategori halal sahaja, tiada bersangkutan dengan arak , khinzir.. yang menjadi persoalan saya,  saya bekerja dibawah syatikat grab malaysia, dan saya mendapat maklumat yang grab malaysia ada membuat satu perjanjian persefahaman dengan syarikat calrsberg (syarikat arak terkemuka) untuk mempromosi kan arak kepada pelanggan² grab non muslim di asia.. adakah saya terlibat sama dengan perjanjian itu, sebab saya bekerja dibawah syarikat grab. adakah pendapatan saya menghantar makan halal dikira haram atas sebab syatikat grab ini ada menjalin hubungan perniagaan dengan syarikat carlsberg.. harap dapat membantu saya, kerana ini punca pendapatan utama saya untuk menyara keluarga..terima kasih didahulukan.

message user image

Assalamualaikum ustaz. Saya mahu bertanya, jika situasi seperti ini?

Contoh:  

Kami menjual barang (contoh: ais krim etc) dgn niat untuk kumpul dana (dana kumpulan). Selain drpd menjaja, kami juga promote kpd org terdekat seperti "kalau nk ifaq ais krim, boleh lah beli ais krim kami" atau "jom infaq2, boleh beli ais krim kami & infaq dkt org lain". Tak memaksa & atas sukarela pembeli. 

 Cuma aakah hukumnya ustaz kalau kita promosikan barang jualan seperti itu? Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih 

message user image

Assalamualaikum tuan mufti,

Apa hukum menyertai program sukarelawan yang mempunyai slot aktiviti kebudayaan (tarian tradidional), semua peserta perlu menari dan melibatkan pencampuran lelaki dan perempuan. Adakah tidak dibenarkan walaupun slot tersebut hanya sebahagian kecil dari keseluruhan program dan program tersebut mempunyai pelbagai manfaat seperti kemahiran komunikasi dan kepimpinan. Harap tuan dapat jelaskan. Sekian, Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Adakah menipu menjawab soalan survey atau kaji selidik dikira berdosa? Contoh soalan ': Tinggal di mana?' Saya menjawab di Kuala Lumpur,sedangkan saya tinggal di Perak. Untuk pengetahuan, menjawab survey ini mendapat wang. Terima kasih

message user image

assalamualaikum tuan. saya ada keraguan utk bertanya. 

saya dapat offer kerja sbgai assistant manager kat salah 1 supermarket kat selangor. hampir semua supermarket ada jual arak&babi. so sbgai assistant manager, saya kena handle semua urusan di outlet termasuklah urusan keluar masuk non halal produk.mungkin saya tak perlu sentuh pon produk tu tp still saya kena check produk tersebut.

soalan saya, sbgai seorang muslim, haramkah duit gaji yang saya terima?

message user image

Salam ustaz,

Apakah status air yang terkena bulu kucing yang sedikit? Setahu saya bulu kucing yang sedikit dimaafkan namun adakah ia dimaafkan ketika ada di air?

message user image

Assalamualaikum tuan/puan.

Saya mahu bertanya, sewaktu kelas, seingat saya situasinya adalah seperti pensyarah mengajarkan satu topik pengiraan dengan menggunakan formula untuk mendapatkan jawapannya. Tetapi topik yang dibincangkan ini seingat saya seperti telah saya pelajari sewaktu di kelas pada semester terdahulu di mana pensyarah yang lain lebih cenderung menggunakan platform "Excel" sebagai medium pengajaran menjadikan pengiraan lebih mudah kerana tidak perlu menghafal formula di mana kebanyakkannya telah tersedia di dalam platform tersebut. Maka, saya secara berseloroh menggunakan alasan "Excel" kerana tidak mampu untuk mengingati formula tersebut walaupun sudah hampir di tahun akhir. Tetapi setelah saya berkata sebegitu, saya tiba-tiba tersentak sendiri kerana saya khuatir bahawasanya saya telah mengumpat pensyarah sewaktu kelas terdahulu kerana cara pengajaran beliau yang cendurung menggunakan "Excel" menjadikan saya seorang pelajar yang kurang mahir membuat pengiraan secara manual. Lebih teruk, saya tiba-tiba teringat bahawasanya saya mungkin telah memfitnah pensyarah tersebut kerana mungkin topik yang sedang dibincangkan ini beliau ada mengajarnya dengan menggunakan formula, cuma pengiraannya sahaja menggunakan "Excel". Saya ada memeriksa nota kelas saya terdahulu dan saya terjumpa bahawasanya pengiraan seperti menggunakan formula dan Excel adalah digunakan sebagai kalkulator sahaja untuk mempercepatkan pengiraan. Bagaimana situasi saya ini tuan/puan? Saya berasa takut dan kurang bermotivasi untuk mempelajari subjek ini kerana teringatkan dosa saya kepada pensyarah di semester terdahulu. Untuk makluman pensyarah pada semester terkini tidak memberikan apa-apa reaksi negatif sewaktu saya berseloroh itu. Sewaktu berseloroh saya terfikir seperti majoriti pengiraan sewaktu kelas pada semester dahulu adalah automatik menggunakan "Excel" tetapi setelah itu, saya mulai terfikir bahawasanya terdapat bahagian pengiraan sewaktu kelas terdahulu menggunakan formula juga. Saya sangat takut tuan kerana merasakan saya telah berdosa kepada pensyarah kelas pada semester sebelum ini akibat kelalaian saya dalam berseloroh. 

message user image

Saya ingin nama kan ank sy Hayder Uqayl 

Uqayl maksud pandai cerdik tp jika sy ubah dgn 

tambah huruf y = Yuqayl adakah maksud nye telah berubah.

message user image

Assalammualaikum Tuan/Puan,

Apakah hukum memakai wifi dengan cara begini 

Situasi : Adik saya membawa telefon pintar ayah saya untuk mendapatkan password wifi daripada jiran saya, Selepas itu jiran saya telah memasukkan password tersebut kedalam telefon pintar ayah saya. Kemudian saya mengambil telefon pintar ayah saya dan tersedar yang ayah saya telah menggunakan wifi dari jiran. Selepas itu, saya dapat melihat password wifi tersebut dalam telefon pintar ayah saya lalu memasukkan password tersebut kedalam telefon pintar saya. Dan saya terus menggunakannya. Apakah hukum saya menggunakan wifi jiran saya dengan mendapatkan password seperti ini. Adakah ini dikira sebagai menggunakan wifi jiran saya tanpa izin ?

Itu sahaja mohon pencerahan terima kasih,

message user image

Assalamulaikum Mufti dan Team,

Saya ada beberapa persoalan:

Saya akan ditugaskan kerja diluar negeri dimana negeri- negeri dan daerah tersebut tidak mempunyai makanan/ menjual sumber dari makannan yang halal untuk satu tempoh yang panjang. Persoalan saya, apa perlu saya lakukan sekirnya berhadapan dengan situasi ini? Adakah bagi meneruskan kelangsungan hidup cukup sekadar makan nasi dan menolak makanan yang tak disemblih mengikut syarie. Dan bagaimana kalau saya meragui makanan sekiranya tidak mengunakan bahan yang halal.

Mohon pencerahan dari pihak tuan dan moga diberi keberkatan menjawab persoalan saya.

Terima Kasih Mufti dan Team

#sayasayangmufti

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya status halal/haram penggunaan alkohol dalam produk cthnya kosmetik dan beeswax? Alkohol ini tidak sama dgn air minum yg memabukkan.

Terima kasih

message user image

salam tuan, apakah hukum menantu bersalam dengan ibu tiri ?

message user image

Assalammualaikum Ustaz, Saya nak bertanyakan tentang sesuatu perkara :

1) Bagaimana kalau kita sudah tahu company kita kerja mendapat hasil dengan cara menzalimi orang lain, menipu orang lain, menganiaya orang lain, adakah kita bersalah sekali walaupun hanya menjalankan tugas sahaja ?

2) Bagaimana dengan hasil gaji yang diperolehi dari bekerja dengan company seperti itu ?

message user image

Apakah hukumnya lagu atau muzik dimainkan dalam masjid atau surau semasa aktiviti motivasi atau ceramah yang diadakan dalam ruang solat.

message user image

Saya terpijak makanan kucing yang lembik. Saya was was adakah ini makanan kucing yang dimuntahkan atau tidak. Saya telah berjalan dengan makanan tersebut di kaki saya ke seluruh rumah. Apakah yang patut saya lakukan?

message user image

Assalamualaikuam tuan mufti, saya nak bertanya, saya ada dua anak angkat , lelaki dan perempuan, saya sudah meyusukan anak angkat ini 25 kali kenyang dengan mengambil pil keluarkan susu , soalan saya , apakah hukum aurat anak saya dengan mak ayah saya, dan mak ayah belah suami saya ? Serta aurat mak dan bapa saudara belah saya dan suami .terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya saya kerap mengalami mimpi ngeri dimana ada waktunya ibu dan ayah saya terpaksa ada sekali tidur bersama diruang tamu baru tiada apa mimpi atau gangguan yang datang. Kebanyakkan mimpi menunjukkan satu tempat yang sama atau persekitaran kawasan tersebut dan adakala tersedar secara mengejut seakan ada sesuatu yang memeluk saya. 

Pertanyaan saya adakah ia berkaitan dengan gangguan atau ianya normal bagi sesetengah orang? Untuk makluman ustaz adakala mimpi itu memberi petunjuk (seakan memberi ramalan akan datang) tetapi saya mengabaikan dan enggan mengambil tahu perkara tersebut walaupun ada diantaranya menjadi kenyataan.

message user image

Assalamualaikum..saya nak tanya,berdosakah sekiranya kita berangan- angan dengan orang lain walaupun kita sudah bersuami?mohon penjelasan.terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ada soalan. Apakah hukum saya memakan/meminum produk yang sedang diboikot pada masa kini? Dan makanan/minuman tersebut bukanlah saya yang membeli dari hasil duit saya tetapi diberi oleh majikan. Adakah boleh saya makan/minum makanan tersebut? Atau perlu dibuang sahaja? 

Tambahan, setiap pekerja pun dapat bahagian masing2. Jadi saya tiada pilihan untuk memberi makanan tersebut kepada rakan kerja yang lain. 

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya ada 1 pertanyaan. Saya merupakan seorang remaja perempuan awal 20-an, yang mempunyai masalah gatal yang teruk pada bahagian kaki dan tangan. Saya telah berjumpa dengan ramai doktor pakar kulit dengan mengatakan bahawa gatal tersebut disebabkan eczema. Perkara ini sudah terjadi hampir 10 tahun lebih dan menjadi semakin teruk pada waktu sekarang. Ada seorang pakar perubatan tradisional mengatakan bahawa gatal tersebut disebabkan kena ludah orang tua. Saya mempunyai niat untuk pergi ke tempat perubatan Islam. Boleh ustaz jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kena ludah orang tua, adakah bahaya? Saya harap ustaz dapat membalas pertanyaan saya, untuk saya memilih insiatif lain iaitu berjumpa dengan pakar perubatan islam selain berjumpa dengan doktor pakar kulit.

message user image

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada persoalan berkaitan tajaan di dalam sesebuah pertandingan atau majlis, apa hukum orang islam menyertai pertandingan yang di taja oleh ramai pihak atau syarikat, yang mana salah satu dari mereka merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan yang haram seperti judi. Sekiranya boleh adakah hadiah yang diberikan itu boleh diterima oleh peserta muslim.

Saya jadi musykil apabila kebanyakan pertandingan diperingkat antarabangsa seperti FIFA World Cup atau sukan olimpik akan ada syarikat judi atau arak yang menaja pertandingan tersebut walaupun 7 daripada 8 penaja merupakan syarikat yang melakukan perniagaan yang halal.

Saya dahulukan ucapan terima kasih atas keperihatinan dari tuan.

message user image

Assalammualaikum tuan Mufti,

HUKUM MENIPU UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN MENGGUNAKAN WIFI DAN HUKUM HASIL DARIPADA PERNIAGAAN DENGAN MENGGUNAKAN WIFI TERSEBUT 

1. Berdasarkan tajuk di atas, saya telah meminta kebenaran daripada jiran saya untuk menggunakan wifi beliau, akan tetapi saya telah menipu dengan berkata untuk buat assignment sedangkan assignment tersebut tiada. Jadi jiran saya pun memberikan password untuk menggunakan wifi beliau. Saya terdesak untuk menggunakan wifi tersebut kerana saya menjalankan pernigaan secara online, dan kawasan saya tidak mempunyai signal yang bagus untuk menjalankan sebarang aktivi dalam talian.

2. Apakah hukum saya menggunakan wifi jiran saya ?

3. Apakah hukum hasil daripada perniagaan yang saya perolehi adakah halal atau haram dan adakah tergolong dalam mengambil hak batil orang lain kerana saya menggunakan wifi beliau ?

4. Adakah dengan menggunakan wifi tersebut untuk tujuan perniagaan, dan hasil yang saya perolehi daripada perniagaan tersebut tergolong dalam golongan yang mengambil hak batil orang lain ?

5. Adakah wifi juga tergolong dalam golongan hak batil ?


Segala pencerahan amat saya kasihi,

Terima kasih tuan Mufti,

message user image

Assalamualaikum, saya nak bertanya. 

Apakah hukum rebonding / luruskan rambut untuk lelaki?

Saya berambut kerinting, dan isteri saya kadangkala tegur dan tak berapa menggemari rambut saya yang tidak berapa terurus. 

 

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya dulu sering menyertai musabaqah hafazan al-Quran. Namun kini, saya jarang menyertainya lagi kerana kadangkala ada lintasan yg menganggu fikiran saya, yang menghasut seolah-olah saya ingin menang tempat pertama kerana mahu mendapatkan hadiah berupa duit dan sebagainya. Namun, bagaimana pula jika hadiah itu berupa tajaan umrah ustaz? Adakah boleh jika saya turut menginginkan hadiah seperti itu dalam masa yang sama saya niat utama saya untuk mendapat redha dan pahala dari Allah dengan membaca al-Quran?

message user image

Assalamualaikum... Saya telah menetap di satu taman perumahan teres kos sederhana mewah dan bekerja sebagai juru ukur tanah. Saya menghadapi masalah ketidakselesaan pandangan mata dan privasi apabila ada beberapa jiran telah membuat ubahsuai rumah melebihi sempadan lot tanah belakang  yang telah ditetapkan dalam geran, pada asalnya ukuran lot tanah adalah 20 x 60 kaki. Mereka telah membuat ubahsuai rumah binaan berbumbung kekal dengan ukuran lebih 3 kaki melebihi sempadan lot tanah dan ini bermakna binaan tersebut telah memasuki tanah rizab jalan/parit majlis perbandaran. Saya ada membaca hadis nabi tentang orang mengambil tanah bukan hakmilik walaupun sejengkal adalah satu kesalahan. Mohon penjelasan apakah hukumnya kepada mereka yang telah berbuat demikian dan kesannya kepada keluarga dan anak-anak apabila mereka telah meninggal dunia. Bagaimana pula amalan ibadat mereka yang membuat demikian. Dan bagaimana cara mengatasinya dan menyedarkan mereka. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum.

Nak tanya,

Adakah kita wajib makan makanan yang tayyib? Dalam erti kata lain, adakah makan makanan yang tidak tayyib itu dikira sebagai haram?

Terima kasih.

message user image

Adakah menyatakan "Saya tidak suka si fulan" sahaja dikira mengumpat. Secara khusunya bagaimanakah mengumpat, sesuatu yang jika didengar tidak suka? Bagaimana jika kita berkata baik

tentang orang itu, jika didengari oleh dia masih tidak disukai? Adakah masih dikira mengumpat? 

message user image

Assalamualaikum, saya kerja sebagai penghantar makanan, kadang kadang tu bila dapat order makanan yang ada topping babi, tetapi isi makanan itu hanya diketahui selepas terima order, saya nak decline, tapi kalau saya decline order, khuatiri boleh menyebabkan saya dibuang kerja. Sebagai contoh saya perlu menghantar makanan seperti mee tetapi mempunyai isi daging babi, manakala makanan yang lain adalah halal, dalam satu sesi penghantaran tersebut. Saya cuba mencari pekerjaan sementara yang lain tapi tak dapat. Buat masa ini, ini sahaja sumber pendapatan yang boleh saya lakukan. saya check di mufti perlis hukumnya harus, tapi tak silap saya kita kena ikut pendapat mufti tempat tinggal kita? Jadi mohon pencerahan dari pejabat mufti selangor.

message user image

saya beli makanan dan lepas saya makan separuh ada kawan saya tegur yang makanan yang saya makan itu tidak halal. soalan saya saya patut buang makanan itu atau habiskan makanan tersebut dahulu. terima kasih:)

message user image

Apakah hukum pinjaman penjawat awam untuk pembelian komputer riba / telefon bimbit yang dikenakan 2% faedah?

message user image

Assalamualaikum, saya ada soalan. Semasa saya belajar diploma dahulu, saya sering meniru sama ada bertanya dengan kawan ataupun membawa nota. Jadi, saya boleh katakan yang diploma saya ini sememangnya banyak bercampur unsur penipuan dan saya mempunyai keraguan sekiranya ada beberapa subjek yang saya sepatutnya gagal, namun saya lulus akibat perbuatan meniru saya. Sekarang, saya sudah menyesal dan cuba bertaubat. Namun permasalahannya, saya sekarang sudahpun melanjutkan pelajaran di universiti yang bagus. Saya risau sekiranya disebabkan saya diterima di sini, saya telah mengambil hak pelajar yang sebenarnya layak untuk belajar disini. Adakah saya perlu berhenti belajar? Namun sekiranya saya berhenti, maka saya akan berhadapan dengan lebih banyak masalah. Mohon tuan berikan pandangan dan jalan penyelesaian terbaik.

message user image

Assalamualaikum panel-panel jawab yang dihormati. Mohon soalan saya dijawab kerana saya memerlukan jawapan yang perlu diterima tanpa ragu-ragu oleh sahabat saya yang ingin mengetahui apa yang patut dilakukan.

Soalan :

Jika seseorang pernah meniru di dalam peperiksaan & berbincang ketika kuiz ketika di pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda (untuk makluman pengajian di universiti tidak 100% markah bergantung kepada peperiksaan, namun ada pecahan peratus kepada kerja kursus, presentation, kehadiran, kerja lapangan dan lain-lain). Apa hukum jika atau seandainya meneruskan pengajian dengan keputusan yang telah didapat kepada peringkat yang seterusnya? seperti memohon tajaan kerajaan dalam pengajian diploma lepasan ijazah bagi membolehkan menjadi pendidik namun diploma lepasan ijazah tersebut ditanggung penuh oleh kerajaan dan ada ujian untuk mendapatkan tempat pengajian diploma tersebut seperti ujian ukcg 120 soalan dan temuduga fizikal, temuduga sebelum layak untuk mendapat tempat ditaja diploma tersebut. Apakah hukumnya? adakah dibolehkan beliau menggunakan ijazah tersebut untuk memohon tawaran kerajaan bagi program diploma lepasan ijazah yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan? dan beliau nekad akan meneruskan pengajian yang ditaja dengan jujur sepenuhnya. Mohon diberikan pandangan. Saya maklum jika menggunakan ijazah tersebut untuk kerja dibolehkan akan tetapi apa hukum untuk menggunakan untuk teruskan pengajian yang ditaja. Mohon dijawab dengan segera jika tidak keberatan. Moga pihak Jabatan Mufti sentiasa dirahmati Allah swt sentiasa. Allahu musta'an.

message user image

Assalamu'alaikum wrt wbt.

Boleh saya tahu apa hukum menggunakan rawatan laser untuk menghapus bulu di bahagian ketiak secara kekal? Hal ini kerana, sekiranya mencukur, bahagian ketiak saya adalah sensitif dan menyebabkan liang pori mudah tersumbat. Ketiak saya menjadi merah dan sakit.

message user image

Assalamualaikum,

 

Hadith sahih ada mengatakan malaikat tidak masuk rumah yang mempunyai patung dan gambar bernyawa. 
Saya ada pinggan mangkuk yang dibeli tetapi ada gambar rama-rama.

Soalannya:

1. Adakah malaikat akan tidak masuk ke rumah saya kerana ada pinggan dengan gambar rama-rama?

2. Kalau saya sedekah atau jual pinggan-pinggan ini kepada muslimin atau kafirin yang lain, apakah hukumnya?

Mohon diperhalusi kerana ini juga melibatkan golongan peniaga yang menjalankan perniagaan menjual peralatan rumah yang mempunyai gambar bernyawa.

message user image

Assalamualaikum , apa hukum isteri membuat breast filler ? Suami sokong dan setuju demi sesebuah kebahagiaan rumah tangga . Apa hukum nya ? 

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya musykil tentang maksud nama "RAZILA".

Adakah ia mempunyai makna yang sama dengan "RAZILAH"?

Ini kerana, bagi masyarakat di Timur Tengah, Khadijah dan Khadija adalah seerti, Raihanah dan Raihana punya maksud yang sama, begitu juga dengan Aminah dan Amina, serta Fatimah dan Fatima. Malah banyak lagi nama yang bagi mereka tidak berubah makna asalnya walaupun huruf "H" telah digugurkan daripada nama tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa first name saya ini telah membuat saya berasa sedih dan rendah diri kerana pernah dipersoalkan oleh rakan-rakan sekerja dari Timur Tengah tentang kenapakah ibubapa saya telah memilih nama tersebut untuk diberikan kepada saya ketika saya masih bayi.

Saya amat berharap pihak Tuan/Puan dapat membantu merungkaikan kemusykilan saya ini.

Terima kasih banyak-banyak atas perhatian Tuan/Puan, semoga Allah merahmati kita semua.

message user image

Assalam mu'alaikum. Soalan saya, bolehkah kita share link kepada website yang ada gambar wanita tidak bertutup aurat, sama ada muslim atau non-muslim di dalam forum awam? Ataupun link website yang ada memuatkan gambar perayaan agama lain sebagai aktiviti komunitinya?

Tujuan share info ini adalah supaya orang yang bertanyakan soalan ini dapat berbincang dengan keluarganya supaya dapat merancang perjalanan & perbelanjaan, menggunakan info yang tepat dan terkini. Saya cuba mengelakkan daripada mendapatkan link website yang mempunyai gambar berkaitan, tetapi selalunya tidak dapat dielakkan apabila ianya website official.

Contoh ayat: 'From KLIA, take KLIAExpress to KLSentral. The price is about RM55, first train available at 5am, last at midnight (link: abcde.com/info/fare-price)' atau 'The course is about RM20,000 per semester, not including the accomodation, living expense (link: abcde.com/course/financial-fees, abcde.com/foreign-student-guide-brochure.pdf)

 

Contoh keadaan:

1. Ada foreigner perlu datang ke KL untuk tujuan conference, dan tempat tinggalnya di hotel berhampiran KL Sentral. Dia bertanyakan di dalam forum public. Sebagai panduan saya memberitahu, mulanya daripada arrival di KLIA, dia perlu menaiki KLIAExpress, turun di KLSentral. Kemudian, saya memberitahu di mana money-changer, di mana kedai-kedai yang sesuai untuk membeli barang keperluan, membeli s`mkad telefon, restoran yang sesuaikan dengan culturenya jika dia belum dapat membiasakan diri dengan makanan di Malaysia.

Sebagai rujukan kepada harga KLIAExpress, kemudian memberi link gambaran keadaan KLSentral dan jenis-jenis tren, cara pembelian token, tiket etc. Disebabkan tempat tinggalnya berhampiran di KLSentral, saya memberi link kepada 'store directory' NU Sentral supaya dia boleh mengenal kedai-kedai makan yang boleh dia pergi, kedai fastfood jika makanan malaysia tidak sesuai dengan dia, supermarket untuk membeli barang keperluan diri, MRDIY untuk barang elektronik untuk kegunaan tambahan kepada laptop dan lain-lain. Kebanyakkan link ini adalah website official untuk mendapatkan info tepat dan terkini, dan selalunya mempunyai gambar wanita tidak bertutup aurat disebahagian page.


2. Ada foreigner/pelajar bertanyakan tentang universiti di Malaysia, kos sara hidup dan lain-lain di dalam forum public. Sebagai panduan saya memberitahu mengenai harga yuran bagi beberapa universiti yang ditanyakan, bersertakan link kepada brochure beberapa universiti swasta sesuai dengan bidang yang ditanya. Brochure itu mempunyai harga yuran bagi bidang yang ditanya, yuran hostel, kiraan sara hidup tahunan dan lain-lain. Di dalam brochure tersebut, selalunya mempunyai gambar pelajar sama ada lelaki & wanita, bertutup aurat atau tidak. Kadang-kadang, ia juga ada page yang menunjukkan aktiviti sukan, perayaan dan-lain-lain.

Saya turut memberi link kepada cara-cara apply student visa, cara dan requirement untuk membuat bank akaun di Malaysia bagi pelajar asing, cara dan requirement untuk membolehkan dia memandu di malaysia, dan link untuk mencari rumah/unit sewa jika dia berkeperluan. Jika dia meminta, saya turut link kepada catalogue harga supermarket untuk barangan harian. Bagaimanapun, sesetengah website ini mempunyai gambar wanita tidak menutup aurat dan lain-lain.

 

JazakAllahu khairan

message user image

Saya mempunyai pertanyaan berkenaan dengan hukum melancong ke negara yang mempunyai hubungan diplomatik/ketenteraan yang baik dengan Israel. Situasinya, saya merancang mahu melancong/berjalan jalan makan angin ke thailand. Jika diteliti, thailand mempunyai hubungan ketenteraan yg baik dgn israel. Jika melibatkan ketenteraan, sudah tentu ia mempunyai hubungan dengan saudara kita di Palestin. Cuma tidak dapat dipastikan sekiranya thailand menghantar bantuan ketenteraan secara terus ke israel untuk memerangi palestin atau sekadar pertukaran teknologi bersama. Soalan saya, apakah hukum melancong ke thailand dengan niat hanya mahu berjalan jalan, membantu ekonomi org islam di sana tanpa ada niat mahu bersekongkol dgn hubungan baik kerajaan mereka bersama israel. Terima kasih

message user image

Assalamu'alaikum, saya ingin bertanyakan soalan, apakah hukum jikalau kita ingin membantu orang, tetapi di dalam hati terdapat perasaan inginkan upah, sedangkan kita mengatakan kepada orang yang ingin dibantu itu untuk bantu sahaja tidak mengatakan ingin upah. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Sebelumnya saya pernah bertanya mengenai hukum menggunakan sijil yang bercampur unsur penipuan untuk menyambung pelajaran. Saya telah bertanya soalan yang sama ke website ulama dari negara lain, mengenai hukum menggunakan sijil sekolah menengah yang saya tidak pasti saya layak mendapat kannya atau tidak sekiranya saya tidak meniru, dan beliau menjawab yang perbuatan saya berdosa dan menipu pihak universiti. Oleh itu, mereka mencadangkan saya untuk mengambil kertas ulangan supaya keputusan baru saya menggambarkan keupayaan sebenar saya. Jadi, adakah lebih baik saya melakukan perkara sedemikian? Kerana saya mempunyai kerisauan sekiranya saya berkemungkinan gagal dalam beberapa subjek yang saya telah meniru itu sekiranya saya tidak meniru. Memandangkan ianya sudah beberapa tahun, jadi saya agak sukar untuk memastikan sepenuhnya jika saya hanya meniru pada soalan yang saya ingat sahaja. Itu sahaja soalan saya.

message user image

Assalamualaikum!

boleh terangkan berkaitan hukum memakan binatang yang telah di sembeleh yang mana prosesnya, sebelum dipotong-potong binatang sembelehan tersebut (kambing atau biri-biri atau kibas) melalui proses dibakar (dilalukan api gas) bagi tujuan membakar bulu pada kulit dan kulit tersebut tidak lagi dibuang. Persoalannya dia sini apa hukumnya keatas sembelehan itu dibakar tanpa dikeluarkan dahulu segala isi perut termasuk najis.

adakah dia masih halal dimakan atau telah menjadi haram asbab proses membakar tersebut tanpa dibuang isi perutnya...

terima kasih...

 

 

message user image

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya membeli makanan halal di shoppe food/foodpanda tetapi dihantar oleh rider yang non muslim?

message user image

Assalamualaikum..

Sebelum ini saya mewarnakan rambut sendiri tapi tidak yakin telus air atau pun tidak. 

Jadi saya berniat untuk bleaching rambut supaya warna itu pudar, alasannya supaya saya boleh yakin untuk berwudhuk dan menunaikan kewajipan saya untuk solat. 

Boleh kah saya bleaching rambut atas alasan ini?

message user image

Assalaamu'alaikum 

Saya ingin bertanya berkaitan pendapatan syarikat penerbitan filem dan syarikat pengiklanan yang menggunakan khidmat pelakon wanita Islam yang tidak menutup aurat. Seperti tidak bertudung dan berpakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan.

Adakah pendapatan dari bayaran yang diterima tersebut adalah halal atau sebaliknya.

Saya berharap pihak JMS boleh memberikan jawapan secara terperinci.

Terima kasih 

 

message user image

ASSALAMUALAIKUM W.B.T,

Saya ingin bertanya kepada mufti, apakah hukum bila seseorang tu makan makanan seperti biskut, air dan lain-lain semasa orang cina buat perayaan sembahyang hantu tempoh hari. Di sebabkan makanan mereka berlebihan mereka mengizinkan saya makan makanan yang berlapik plastik dan bukan makanan yang mereka sembah di tokong seperti haiwan  dan buah-buahan... 

mohon beri penjelasan.

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya mempunyai masalah keyakinan diri yang rendah disebakan hidung saya. Hidung saya agak besar dan kembang. Perkara ini membuatkan saya menjadi malu untuk berjumpa dan bergaul dengan masyarakat bahkan dengan ahli keluarga sebelah suami. Jika di tempat kerja pula, saya sangat malu untuk bergaul dengan rakan sepejabat apatah lagi untuk ke hadapan. Bukan itu sahaja, saya juga malu untuk bertemu sesiapa jika perlu menghadiri sesuatu majlis bersama suami. Saya lebih suka duduk di rumah berbanding menghadirkan diri di majlis tersebut. Kadang kala, perkara ini juga membuatkan kami bergaduh. Lebih teruk lagi, saya akan mengedit gambar di bahagian tersebut jika mahu memuat naik di laman sosial semata-mata untuk menutup aib. Jika gambar tersebut diambil menggunakan kamera telefon saya, saya akan membuat perkara yang sama sebelum ia diberikan kepada sesiapa yang menginginkan gambar tersebut. Jadi persoalan saya, bolehkah saya membuat pembedahan membetulkan hidung dengan niat untuk menutup aib serta menambah keyakinan diri? Pembedahan tersebut dikenali sebagai 'Rhinoplasty'. Saya juga sangat tertekan jika ada orang yang cuba memerli dan menghina hidung saya.

message user image

Asslamualaikum..Adakah berdosa seseorang mencuri kucing tanpa kebenaran sedangkan kucing  tersebut cukup makan n d jaga baik dan Tuan kuicng trsebit tak merelakan lucingnya d ambil. setelah nertahun tahun mnjaganya dgn rribuan duit tlh abis membesarkannya.adkah .dosa nya akan berterusan slagi tidak mintak maaf  atau pulangkn ia?  bawak smpai ke alam barzakh n akhirat??

message user image

Assalamualaikum. apakah hukum orang islam membaca doa ketika pesta tanglung?

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Saya pemandu lori, lori saya rosak jdi sya htr bengkel. Kos repair rm3100. Bolehkah saya mintak bengkel buat bil rm3600, jdi sy bleh dpt rm500 bila bos saya bayar nanti?

Mohon penjelasan ustaz..

message user image

Adakah ia haram untuk orang islam lelaki lari daripada negara kalau ada peperangan? Kalau jawapan adalah ia, adakah perbezaan wujud dari segi haram antara situasi-situasi berikut: 1) lari dari negara sendiri, 2) lari dari negara yang orang tu belajar di, tetapi dia bukan warganera, 3) lari dari negara yang orang itu bermastautin di, tetapi dia bukan warganegara, dan 4) lari dari negara sendiri, tetapi negara tu bukan tanah pribumi atau negara islam (contoh: orang turki yang warganegaranya dan lokasi menetapnya di ukraine)? Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum ustaz,saya nak tanya.Apa hukum bayar duit untuk register satu website ni.selepas dah register Website tu, Kita gunakan website tu untuk  promosikan website tu supaya orang register website tu.Kalau orang tu register website tu kita dapat komisen hasil orang tu register website tu

message user image

Assalamualaikum tuan,sy seorang technician telefon,di keda sy bnyak telefon cust yg mereka tidak datang ambil.Ada yang 2,3 tahun lepas pun ada jugak..Biasa telefon mereka ada masalah dgn motherboard yg buatkan kos baiki tu tinggi ataupun masalah lain yg memerlukan kos yg tinggi utk baiki.SOALAN SY,BOLEHKAN SY BUANG TELEFON² INI ATAU SY GUNAKAN BALIK BENDA YANG BERFUNGSI DI TELEFON ITU UTK DIRI SY SENDIRI?? ATAU ADAKAH CARA YANG LEBIH BAGUS UTK MASALAH INI KRN LAMBAKAN TELEFON CUST YG XDTG AMBIL SEMAKIN BANYAK.....trima kasih tuan

message user image

Assalammualaikum Mufti, 

Saya ingin bertanya tentang beberapa perkara :

  1. Apakah hukum nya apabila kita tahu seseorang itu melakukan kemudaratan / maksiat yang melibatkan orang awam tetapi kita pilih untuk diam diri sahaja daripada membuat laporan pada pihak berkuasa ?
  2. Apakah hukum nya apabila kita tahu kawan kita melakukan penipuan / aniaya / zalim pada orang awam tetapi kita pilih untuk berdiam diri sahaja, tidak menasihati dia dan tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa malah berkata "jangan tengok keburukan dia, tengok kebaikkan dia." 
  3. Apakah hukum menyebarkan penipuan / aniaya / zalim pada orang awam yang dilakukan oleh seseorang di social media ? Adakah itu juga termasuk dalam menyebarkan aib dia ?
  4. Patutkah kita teruskan berkawan dengan orang yang melakukan penipuan / aniaya / zalim pada orang awam ini ? Walaupun telah dinasihati tetapi beliau masih terus melakukan penipuan / aniaya / zalim pada orang awam.

message user image

Assalamualaikum tuan ustaz. 

Saya nak tanya status darah umpun umpun yang kebiasaanya pemancing gunakan untuk umpan. 

Kebiasaanya apabila pemancing hendak pasang umpan umpun-umpun tersebut ke mata kail. Umpun-umpun tersebut akan berdarah, lalu tangan pemancing akan turut terkena sarah berkenaan. 

Apa hukum darah dari umpun-umpun tersebut. Memandangkan kebiasaanya pemancing tak basuh hanya kesat-kesat tangan di kain atau pakaian, lalu beliau solat dengan pakaian berkenaan. Ada pandangan yang lebih ringan ka dengan situasi berkenaan? 

Terima kasih ustaz. 

message user image

Assalamualaikum wr wb,

Saya ingin bertanya bolehkah kita membeli / memiliki Keris yang mempunyai ukiran seperti Naga, Ular dan lain lain? Satu soalan lagi terkadang ada bahagian keris yg dibuat dari perak murni. Adakah perlu dizakatkan?

Terima kasih 

message user image

Salam...mohon pencerahan panel...saya mengetahui jika seorang lelaki dan wanita bukan mahram berdua duaan dlm kenderaan,hukumnya adalah haram...tapi saya ingin bertanya mengenai satu kemuskiylan..apakah hukum jika isteri saya,menaiki satu kenderaan yang sama ke tempat kerja,bersama dengan 2 orang lagi lelaki bukan mahram yang satu tempat kerja dengannya,bertiga didalam satu kenderaan yg sama,bagi tujuan ke tempat kerja untuk menjimatkan kos pegangkutan harian yang perlu ditanggung jika pergi brsendirian??mohon pencerahan panel..terima kasih

message user image

Assalamualaikum ... saya ada satu kemusykilan tentang jualan nombor bertuah dengan tujuan untuk kutipan dana tabung sekolah, orang ramai membeli nombor dengan niat untuk derma sambil kalau ada rezeki akan dapat hamper atau hadiah. Hadiah hadiah tersebut adalah hasil sponsor pelbagai pihak. Saya minta kepastian tentang hukum jualan nombor tersebut. Mohon pencerahan 

message user image

Assalamualaikum.

Anak saya meminati kartun Peppa Pig. Bolehkah saya membeli Peppa Pig Advent Calendar untuk anak saya?

Terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum mufti, saya adalah content creator & youtuber yang selalu membuat konten bola sepak dan konten lawak.

Soalan saya

1. Apakah hukum membuat "meme" atau "troll" 

2. Jika saya sekadar membuat meme seperti meletakan muka jurulatih atau pemain yang kalah perlawanan mereka di meme lawak adakah dibenarkan ? Saya tidak mendapat kebenaran mereka kerana sudah pasti mereka tidak mengenali saya

3. Jika tidak dibenarkan, apakah saya perlu buat ?

message user image

Assalamualaikum. Saya ada menyertai satu pertandingan explorace berkumpulan di kolej. Antara syarat pertandingan tersebut ialah hanya 1 Telefon boleh digunakan apabila menjawab soalan. Tapi, kumpulan saya terlupa syarat ini semasa pertandingan. Kami menggunakan 2 telefon. Penganjur juga tidak menegur kami. Kami memenangi pertandingan tersebut. Adakah hadiah kemenangan itu menjadi haram dan markah kokurikulum kami juga menjadi haram? Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum prof..sy ada soalan skit..sy harap jasa baik prof membalas pertanyaan sy ni..sy ni trader futures contract..tapi sy menggunakan funded account..skrng sy trade crude oil futures..soalan sy..apakah hukum untuk ini..?

dan lg satu bolehkah sy trade e mini nasdaq 100 futures.?

Terima kasih prof

message user image

Kebelakangan ini kecoh di media sosial seperti tiktok yang menyatakan GISB Holdings menjalankan kegiatan aktiviti yang mengelirukan dan ada pihak yang mengatakan mereka sesat. Adakah benar perkara ini? Sebab kawasan saya tinggal di bandar country homes rawang banyak kedai-kedai mereka dan saya pernah membeli di kedai mereka. Hal ini menambahkan kebimbangan saya kerana ada pula yang membangkitkan isu air berkat yang konon ianya air celupan janggut atau kaki pemimpin mereka yang digunakan untuk membuat roti di bakery mereka. Persoalan saya adakah pihak mufti telah membuat siasatan dan adakah perkara-perkara yang dibangkitkan di media sosial itu benar atau sebaliknya. Mohon pencerahan terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya nak bertanya boleh atau tidak orang islam memakai pakaian yang ada gambar kartun anjing. Saya merujuk kepada watak cinnamorol dalam kartun Melody Di bawah adalah kenyataan dari wikipedia

 

Cinnamoroll (Japanese: シナモロール, Hepburn: Shinamorōru) is a character series created by Sanrio in 2001, with character designs from Miyuki Okumura. The main character, Cinnamoroll, is a white puppy with chubby and pink cheeks, long ears, blue eyes, and a tail that resembles a Cinnamon roll. He starred in his own manga series, an anime movie, and various animation shorts.

message user image

Adakah menjadi satu kesalahan dalam mengamalkan surah Al Iklas dan lain lain ayat Al Quran dalam kehidupan seharian tanpa bertajwid. Seperti mengabaikan hukum Qalqalah, Mad dan Ghunnah

 

message user image

Assalamualaikum. Menjadi trend sekarang apabila tiba musim buah-buahan seperti durian,rambutan,manggis dll gerombolan monyet akan datang. Mereka bukan setakat memakan buah buahan tersebut TETAPI turut merosakkan buah buah yg belum cukup tempoh matang, bahkan di peringkat berputik pun sudah dirosakkan. Apa HUKUM nya apabila saya menembak mati dgn shotgun dan memasang perangkap. Dimana yg mati ditembak saya tanam dan mana yg masuk perangkap saya serahkan pada komuniti orang Asli yang bukan Islam. Mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Pergi buat urusan kerja guna baju haram adakah halal pendapatan

message user image

Assalam ustaz, saya nak tanya. Sebelum ni saya telah menyertai satu kerja part time. Setelah 3 hari baru saya tahu ianya adalah tidak bagus dan tidak mengikuti undang-undang. Saya telah berhenti mengikuti part time tersebut. Cuma saya nak tanya, dengan hasil saya bekerja selama 3 hari secara part time itu. Hasilnya haram lah kan sebab melanggar hukum syarak. Jadi boleh ke saya guna duit tu atau ada cara lain untuk guna duit tersebut sebab pada asalnya saya tidak tahu itu adalah hasil dari sumber yang haram. Mohon penjelasan ye ustaz.

message user image

Assalamualaikum.

Saya mempunyai ibu berusian 83 tahun. Alhamdulillah masih sihat dan boleh menguruskan diri sendiri termasuk memasak untuk keperluan harian. Ibu saya tinggal seorang diri dan tidak mahu tinggal bersama anak-anak. Sebelum ini ketika saya bekerja, saya akan balik ke kampung setiap 2 minggu (balik pagi sabtu dan pulang semula ke Putrajaya pada petang Ahad). Namun demikian, bermula Mac lalu saya telah menyambung pengajian yang menyebabkan jadual dan rutin saya berubah. Perubahan ketara ialah saya tidak dapat balik secara rutin 2 minggu sekali (namun tidak kurang daripada sebulan sekali), tetapi setakat ini apabila berpeluang pulang tempoh masa berada di kampung adalah lebih panjang. Saya telah mengambil inisiatif untuk menelefon ibu saya setiap malam untuk bertanya khabar bagi mengurangkan rasa terlalu lama saya tidak balik ke kampung. Masalahnya di sini ialah setiap kali telefon ibu saya akan bertanya bila saya akan balik dan jika saya menjawab mungkin lama sikit atau hujung bulan, suara ibu saya seolah-oleh sedih (walaupun kadang-kadang baru seminggu saya balik ke kampung). Ibu saya juga sering mengucapkan ayat bagusnya jika saya dapat bekerja di kampung saya dan tinggal tetap bersama beliau. Perkara ini menyebabkan saya serba salah dan selalu sebak serta sentiasa terfikir-fikir mengenainya. Adakah ianya dikira sebagai anak derhaka? Mohon juga pandangan tuan apa yang sepatutnya saya lakukan dalam hal ini supaya ibu saya tidak terlalu sedih. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

message user image

Assalamualaikum saya ingin bertanya, Adakah pelajar yang meniru dengan banyak ketika peperiksaan akhir sehingga dia tidak tahu sama ada dia boleh lulus atau tidak sekiranya tidak meniru dikira mengambil hak orang lain sekiranya diri dia berjaya menyambung pelajaran di universiti. Saya risau sekiranya ada pelajar lain diluar yang sepatutnya mendapatkan tempatnya di universiti ini namun tidak mendapatkannya disebabkan oleh diri saya. Seperti yang diketahui, kuota kemasukan ke setiap ipta di Malaysia adalah terhad dan ada sesetengah pelajar yang bahkan gagal mendapat peluang untuk menyambung pelajaran walaupun keputusan mereka tidaklah terlalu teruk. Namun, kini saya sudah berhenti dari perbuatan meniru tersebut dan menjadi pelajar cemerlang di dalam kelas. Adakah haram bagi saya untuk meneruskan pengajian ini?

message user image

Assalamualaikum,

1. Apakah hukum untuk membeli mainan dengan harga murah / harga pasaran, dan jual dengan harga tinggi? Ketinggian harga jual semula tertakluk kepada pengumpul mainan (toy collector).
2. Saya membeli 80 biji mainan dalam satu kotak buta. Maksudnya dalam kotak buta itu, isinya rawak. Ada mainan yang harga tinggi, ada mainan yang harganya rendah. Apa hukum saya beli mainan kotak buta tersebut dengan niat nak menjual semula ikut harga tidak tetap (dan ketinggian harga ikut pengumpul mainan)?

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalam ustaz, saya nak bertanya, saya dapat kerja secara part time dekat satu syarikat luar negara. Apabila saya selidik. Syarikat tersebut meningkatkan rating applikasi di play store dan app store. Jadi pekerjaan saya, Saya perlu meletakkan modal untuk dapatkan tugasan. Dan setiap saya buat tugasan, diberikan komisyen. Selepas saya selesaikan tugasan, Saya boleh keluarkan semula modal dan komisyen saya. Jadi tiada kerugian. Saya dibayar secara USD. Jadi saya nak tanya ustaz. Sebab saya ragu ragu. Adakah haram pendapatan saya.  Selain itu, jika saya bekerja disitu secara full time atau part time. Saya akan diberikan gaji. Jadi saya cuma ragu-ragu adakah pekerjaan saya ini haram. Untuk pengetahuan ustaz. Kerja saya hanyalah submit apps yang diberi. Komisyen hanyalah 0.5% dari harga apps tersebut. Sebagai contoh Instagram harganya 65USD, dari 65USD saya dapat 0.5% sahaja. Jadi saya mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum saya ada soalan berkenan trend sekarang yang orang beli blind box dari popmart yang mana orang beli tanpa tahu bentuk patung yang ada di dalam bekas tu. Biasanya dalam kotak yang besar, ada 9 kotak kecil yang dalamnya isi patung, dekat kotak besar tu ada tunjuk apa bentuk betuk yang bakal kita dapat. Tapi hakikatnya dalam kotak kecik kecik tu kita tak tahu apa bentuk yang akan kita dapat. Saya nak tanya apa hukum nya kat situ? Konsep nya sama ke dengan machine machine mainan yang kita masuk coin tapi tak tentu dapat ke tak patung tu.

message user image

Assalamualaikom Alfadzil ust,

Saya ingin bertanyakan soalan berkenaan hukum bagi ibu selepas bersalin secara czer perlu mengambil suntikan ubat cair darah. Ubat cair darah yang dibekalkan adalah berjenama inhixa. ( Nama ubat adalah enoxaparin sodium.) Berdasarkan carian google, ubat tersebut mengandungi ekstrak daripada asal babi ( khinzir ). Pesakit tersebut perlu menyuntik ubat enoxaparin sodium kedalam tubuh badan sebanyak 1 kali selama 14 hari.

S. Apakah hukum suntik ubat yang mengandungi ekstrak daripada asal babi kedalam tubuh badan bagi pesakit y beragama islam ?

Sekian soalan saya.

Terima kasih dan wassalam.

message user image

Cara buang barang yang ada nama Allah selain kertas seperti jam plastik, besi atau tembaga.

message user image

Assalammua’laikum ustaz, saya mahu tanya tentang keberkatan gaji, dulu mula saya masuk kerja saya jenis “lambat slow progressing” dan jenis “blur” sedikit, dan saya pernah dimarahi seorang staff, selepas itu saya tak hadir bekerja selama 2 hari sehingga orang atasan menelefon saya supaya berbincang dan menyelesaikan masalah isu ini saya beritahu mereka yg saya ada masalah kesihatan dan mempunyai kad sakit, (tapi ada keraguan sebab saya rasa tidak layak dapat kad sakit itu dan saya buat kad sakit itu bimbang dengan dokumen yg tidak benar tuntutan yg saya ada beberapa tahun lepas) jadi takut ada unsur keraguan/penipuan, dulu saya beritahu sakit saya dan tunjuk mereka kad sakit itu dan mereka semua percaya bahawa saya ada masalah kesihatan..padahal takut jika dulu saya telah menipu dan pernah sakit berlakon/pura2 manipulasi mereka semua sepanjang saya bekerja di syarikat itu..

 

namun sepanjang saya bekerja saya tetap buat tugasan sama seperti staff yang lain sebagai “promoter” cuma saya diberi keringanan dan layanan istimewa, seperti orang atasan tidak “push” saya buat kerja keras yg lain seperti staff yg lain kerana mereka mahu “jaga” saya dan saya dianggap “special”, (saya bimbang jika telah mengambil kesempatan dan jika pernah menyusahkan staff lain). 

 

Saya bimbang tentang soal keberkatan gaji saya, adakah gaji saya selama saya berada syarikat itu gaji saya halal atau haram? Selama mana saya bertugas, Saya sudah berhenti dan gaji itu saya sudah beli handphone dan barang keperluan lain untuk belajar, saya amat menyesal dengan perbuatan saya dulu dan berazam tidak mahu mengulangi dan saya mahu bertaubat tetapi rasa tidak senang hati, apakah gaji saya itu masih halal? Andai jika ada penipuan..mohon sangat penjelasan dari ustaz/mufti..terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz

Adakah saya dikira bersubahat jika berkerja dengan syarikat yang menyokong LGBT (Shell)? Saya berkerja dalam bidang perkapalan dan maritim. Skop kerja saya lebih kepada pemeriksaan kapal dalam urusan penghantaran kargo (minyak dan gas) dalam pelabuhan Malaysia.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa soalan

1. Adakah seseorang yang meniru dan sehinggakan dia lulus sesebuah subjek itu disebabkan dia meniru dikira memalsukan sijil ijazahnya? Kerana untuk mendapatkan sijil diploma, ijazah, dan ke atas, seseorang pelajar perlu lulus dalam semua subjek. Saya sudah mencari jawapan bagi soalan ini dan berbagai jawapn yang saya temui. Ada sesetengah ulama yang mengatakan perkara ini dianggap memalsukan sijil dan haram untuk digunakan sijil itu. Ada yang menjawab orang itu perlu menduduki semula peperiksaan bagi subjek tersebut. Namun, di universiti saya, hanya pelajar yang mendapat gred C ke bawah sahaja dibenarkan untuk mengambil semula kertas ulangan. Ada yang menjawab, sekiranya pelaku itu memohon kerja yang tiada kaitan dengan subjek yang dia meniru, maka insha'Allah tiada masalah baginya. Seterusnya, ada juga ulama yang menjawab, pelaku itu harus mengakui perkara ini kepada majikannya, supaya memastikan dirinya jujur. Dan akhir sekali, jawapan yang paling saya banyak temui adalah halal gaji yang diterima sekiranya pelakunya mengerjakan tugasannya dengan baik dan bertaubat dari dosa meniru. Berikut merupakan jawapan yang saya temui

 

2. Saya sekarang merupakan pelajar semester 3 di ipta. Dahulu semasa spm, saya akui, khilaf saya, saya meniru untuk 5 dari 8 subjek dengan cara membawa masuk nota secara diam-diam. Sejujurnya, saya akui saya agak tertekan dahulu akibat ekspektasi orang disekeliling saya sehinggakan saya mengambil jalan pintas untuk meniru. Saya malu dan kesal dengan perbuatan saya ini dan sejujurnya ia masih mengganggu diri saya hingga hari ini. Dahulu, ketika mengisi permohonan untuk melanjutkan pelajaran, saya ada membuat anggaran, sekiranya saya tidak meniru, saya berkemungkinan untuk mendapatkan gred apa dan saya fikir saya masih mampu untuk memenuhi syarat minima. Namun beberapa bulan lalu, saya baru teringat, yang saya telah meniru dalam beberapa subjek lebih dari yang saya ingati termasuklah subjek sejarah. Saya khawatir, sekiranya saya tidak meniru dalam sejarah, maka saya berkemungkinan gagal spm. Pernah saya ajukan soalan ini kepada alim yang lain dan dia mengatakan saya perlu mengambil semula kertas ulangan dalam subjek yang telah saya meniru. Jadi, adakah perbuatan saya ini dianggap secara tidak langsung mengambil hak orang lain juga yang berkemungkinan layak untuk menerima tawaran di universiti ini namun gagal kerana diri saya? Adakah boleh bagi saya meneruskan belajar di sini?

3. Dikeranakan perkara tersebut baru terlinas di fikiran saya beberapa bulan lalu, saya akui saya ada meniru dalam 3 subjek sepanjang 2 semester lalu. Salah satunya, saya khawatiri, saya mungkin gagal sekiranya tidak meniru. Merujuk kepada nombor 1, apakh yang seharusnya saya lakukan? Adakah wajar untuk saya pergi menemui pensyarah saya yang mengajar subjek tersebut dan memohon maaf? Kerana saya mendapatkan gred A untuk subjek tersebut jadi saya tidak boleh untuk memohon mengambil kertas ulangan. Sekiranya nanti saya lulus dan mendapat sijil diploma saya, adakah sijil saya dianggap sebagai sijil yang dipalsukan.

Itu sahaja soalan saya. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya soalan saya agak panjang.

message user image

Assalamualaikum,wajibkah A tunaikan satu perjanjian tukar nama(A) owner rmh kepada si B...Si B yg buat prjanjian dan si A hnya ia kan krn mjaga kesihtn si B ...dan skrg si B suda meninggal dunia dan x sempat utk B berikn duit pd si A...adaka msi bola diteruskn perjanjian tanpa hitam putih..

message user image

Assalammualaikum Ustaz, saya nak tanya. saya berminat untuk buat perkhidmatan sewa homestay (airbnb) disekitar selangor kl. saya nak tanya hukum jika saya bagi sewa airbnb tersebut tetapi tidak mengambil tahu perkara yang dilakukan oleh penyewa di dalam rumah tersebut seperti maksiat dan sebagainya. adakah saya turut berdosa bersubahat dan adakah income tersebut halal?

message user image

Assalaumualaikum wbt. 

Saya ingin bertanya mengenai status keberkatan gaji.

Sekarang ini saya sedang bekerja sebagai sistem aplikasi (developer) di salah sebuah syarikat tempatan insurans dan takaful. Di dalam aplikasi boleh lihat pelan takaful/insurans dan boleh membeli polisi takaful/insurans. Pekerjaan saya ialah mengendali pembeli takaful/insuran untuk melihat dan juga boleh membeli atau renew insurans/takaful.

Seperti di dalam artikel (https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=4791), saya difahamkan yang kita harus berusaha untuk mencari pekerjaan yang bebas pencampuran halal & haram. 

Dalam masa sama saya berfikir jika semua pekerja muslim berhenti syarikah insurans/takaful, bukankah ekonomi takaful ini bakal dipenuhi oleh non-muslim? Sama ada membeli, menjual dan mahupun memproseskan claiming.

Sementara itu, saya sedang menyara isteri bersama dua anak, maka untuk berhenti terus mungkin akan mengakibatkan kehilangan punca kewangan.

Apa langkah sewajarnya perlu pekerja di syarikat tersebut ambil?

Jzkk. Tq.
 

message user image

Salam Ustaz, kalau buat arak (wine production) untuk tujuan belajar adakah still haram?

message user image

Assalamualikum tuan mufti...Bolehkah cukur rambut bayi baru lahir menggunakan mesin...tapi rambut tak licin sampai kulit kepala macam mengunakan pencukur biasa...terima kasih tuan mufti harap dapat balas

message user image

Assalamualaikum w.b.t. saya ingin bertanya mengenai hukum melukis karakter anime yang lengkap seluruh tubuh badannya. Kebanyakkan ulamak dari luar negara mengatakan hal ini haram kerana ia merupakan makhluk hidup . Ada juga yang mengatakan boleh namun tidak boleh dilukis tubuh badannya sepenuhnya. Saya juga ada membaca jawapan di laman web ini dan pihak tuan mengatakan hukumnya harus kerana anime tidak menggambarkan sepenuhnya rupa bentuk manusia. Namun ia agak membuatkan saya ragu-ragu, kerana meskipun ada pendapat ulamak di luar sana yang mengatakan boleh, mereka hanya membenarkan bagi yang melukis untuk tujuan dakwah sahaja. Seperti yang kita tahu, ramai orang yang melukis anime di dalam negara ini kebanyakkan bukanlah untuk tujuan dakwah mahupun pendidikan, namun sebagai rasa minat mereka terhadap karakter tersebut sahaja dan juga untuk dipamerkan kepada orang lain. Juga umum diketahui kebanyakan karakter perempuan anime sering memakai baju yang kurang sopan dan mendedahkan aurat. Jadi persoalan saya, adakah masih harus hukumnya melukis anime sekiranya pelukisnya hanya melukis buat hiburan sahaja dan bukan untuk tujuan dakwah dan pendidikan.

message user image

Assalamualaikum saya ingin bertanya. Adakah wajib bagi seseorang yang tidak mempunyai ilmu agama yang mencukipi untuk memilih seorang ulama dan mengikut pandangannya sahaja, sama ada ianya mudah mahupun susah? Saya pernah mendengar ceramah Sheykh Assim Al-Hakim mengenai seorang "layman" yang mengalami kesukaran dalam memilih fatwa dari dua ulama yang terkenal dan ingin memilih pendapat yang ringan. lalu dia berkata perbuatan ini adalah "cherrypick" dan seseorang "layman" tidak boleh melakukan ini. Dia harus tetap dengan pendapat seorang sahaja ulama pilihannya dan sekiranya pendapat ulama itu sukar sekali pun, maka dia harus mengikutinya. Saya faham apa yang cuba disampaikan beliau kerana sekiranya seseorang itu hanya ingin memilih pendapat yang mudah sahaja, maka hal ini dapat mendorong kepada memainkan agama Islam. Namun, saya agak kurang pasti mengenai pendapatnya yang melarang seseorang itu untuk mengambil pendapat ulama lain apabila berlaku khilaf pendapat antara ulama. Kerana saya juga ada membaca, seseorang itu tidak boleh mengambil fatwa yang paling mudah tanpa mengambil kira pandangan ulama lain yang pandangannya mungkin lebih ketat dan disertakan bukti-bukti serta huraian yang dapat menyokong fatwanya itu. Lalu, bagaimana pula, sekiranya saya sentiasa bertanya soalan kepada website yang menjawab kemusykilan agama, lalu saya diberi fatwa yang saya rasakan, terlalu ringan dan tidak dapat membuatkan hati saya tenang sepenuhnya. Dan kemudian, saya pergi bertanyakan soalan kepada website agama yang lain (yang sebelumnya saya tidak pernah guna) , dan mereka memberikan saya fatwa yang lebih tegas. Meskipun ia lebih tegas, namun saya merasakan hati saya akan lebih tenteram sekiranya saya mengikut fatwa mereka. Dalam kes seperti ini, adakah saya dianggap berdosa? Kerana saya mencari fatwa yang saya rasakan lebih sesuai dengan kehendak hati. Dan sekiranya saya sering me

enanyakan soalan di website ini, adakah sudah tiada keperluan untuk saya bertanya di website yang lain walaupun fatwa yang diberikan adalah mudah dan sukar

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan pandangan mengenai hukum bekerja di syarikat yang terlibat dalam perjudian atau kasino. Jika seseorang tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut, tetapi syarikat tersebut memperoleh keuntungan daripada perjudian, adakah tindakan ini dianggap haram? Apakah nas dan dalil yang boleh dijadikan rujukan untuk situasi ini? Adakah terdapat cara untuk tetap bekerja di dalam bidang yang sama tetapi dalam kapasiti yang tidak berkaitan dengan perjudian?

message user image

Assalam Hi saya nk tanya beberapa soalan tentang jual beli. saya seorang peniaga baju terpakai(bundle).

1. apakah hukum kita jual baju fake tetapi kita sudah memaklumkan kepada pelanggan bahawa baju itu fake tetapi dia masih mahu membeli adakah duit itu halal dan dibenarkan?

2. saya menjual baju branded terpakai bolehkah saya mengambil lebih 30% keuntungan . saya ada terdengar ada yang mengatakan kita tidak boleh mengambil lebih daripada 30% keuntungan kerana ada yang mengatakan baju barang ialah asas apakah hukumnya?

message user image

Situasi :

Syarikat A dan beberapa syarikat lain telah mendapat jemputan untuk menyertai satu tender dari sebuah organisasi swasta.

Antara syarat yang diperlukan untuk kelayakan menyertai tender ini adalah pengalaman kerja syarikat. Oleh itu, syarikat-syarikat yang menyertai tender ini dikehendaki untuk melampirkan "Surat Tawaran Kerja (Letter of Award) yang lepas" sebagai bukti pengalaman.

Syarikat A memang berpengalaman dan pernah menjalankan kerja-kerja seperti di dalam tender tersebut namun tidak mempunyai rekod "Surat Tawaran Kerja yang lepas" untuk dijadikan bukti. 

Syarikat A, telah membuat satu "Surat Tawaran Kerja yang lepas" yang palsu sebagai lampiran untuk dijadikan bukti pengalaman kerja.

Setelah proses tender selesai, Syarikat A telah berjaya memenangi tender tersebut dan telah menjalankan kerja dengan baik.

Persoalan:

1. Apakah status pendapatan Syarikat A hasil dari kerja-kerja dari tender tersebut?

2. Apakah hukum memalsukan dokumen seperti yang di buat oleh Syarikat A? (Syarikat A berpengalaman, namun pengalaman itu tidak dapat dibuktikan melalui dokumen)

message user image

Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya, saya ada terjumpa gelang emas lebih dari setahun dan masih tidak dituntut oleh pimiliknya walaupun telah diwar-warkan mengenai gelang tersebut.
Soalan saya boleh ke saya menjual gelang tersebut untuk kegunaan sendiri wang jualan tersebut?

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya soalan. Saya menginap di sebuat bilik hotel di dalamnya terdapat minibar mengandungi air tin/botol...jadi saya ambil air yang ada dalam tu kerana sudah larut malam kedai pun dah tutup tetapi sebelum check out saya mennggantikan semula air yang sama apa yang saya ambil. Adakah dibolehkan saya berbuat begitu?

message user image

Assalamualaikum ustaz saya nak tanya,hamba Allah ini ada pakai nama saya ambik loan iphone 15,tanpa pengetahuan saya,tapi saya ingat nak bayar je tiap bulan, sebab hamba Allah ni lari, adakah dikira sedekah ustaz?

message user image

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya jika was-was terhadap kehalalan pinggan mangkuk yang dijual di kedai-kedai? Apakah jatuh haram jika kita merasa syubhah?

message user image

Salam, 

Untuk pengetahuan ustaz, ayah saya telah menjual sebidang tanah kepada pembeli dengan bayaran secara ansuran. Walaubagaimanapun pembeli tidak menjelaskan lagi bayaran penuh walaupun ayah saya telah meninggal dunia 9 tahun lalu dan tidak pernah membangkitkan perkara ini dengan waris-waris sejak kematian ayah. Cuma baru- baru ini kami hanya menyedari status bayaran tersebut masih belum dijelaskan.

Semakan kami sekeluarga mendapati, nama geran juga telah diubah kepada nama pembeli sejak bayaran diterima pada kali pertama.

Bagaimanakah hukum milikan islam melihat perkara ini? Adakah hakmilik tersebut telah dipunyai oleh pembeli ataupun kami sebagai waris masih boleh menuntut hakmilik memandangkan bayaran masih belum selesai dan milikan masih dipunyai ayah?  Ini kerana, pembeli sedang bercadang untuk menjual tanah tersebut dan saya bimbamg kekeliruan ini boleh menimbul situasi kurang senang dikalangan ahli keluarga?

 

 

 

 

message user image

Salam Tuan Mufti, saya nak tanya, adakah dikira paksaan dalam jual beli sekiranya saya mengatakan sebegini kepada buyer saya ' saya harap awak sudah yakin untuk membelinya sebab saya telah memberi semua yang awak nak, kalau tak saya akan anggap ni sebagai pembaziran masa sahaja' kerana perbualan tawar menawar dan pemberian pasal details barang tersebut telah meleret selama dua hari. Di bio profile saya juga saya telah mengatakan no time waster.  Jadi apabila meleret selama dua hari, saya mengingatkan kepada buyer tersebut, berharap transaksi ini tak akan berakhir dengan pembaziran masa sahaja.

Adakah ini dikira pemaksaan dalam jual beli? transaksi ini berlaku sewaktu saya masih jahil lagi dalam urusan jual beli dan sekarang saya takut duitnya tidak halal kerana saya sudah menggunakan semuannya

Sekiranya jual beli tersebut tidak sah, apakah yang perlu saya buat? boleh kah saya sedekahkan seberapa wang atas nama pembeli tersebut? kerana saya sudah tidak menemui pembeli itu lagi, perbualan kami juga sudah terpadam dan tidak boleh direstore kembali. Pembeli tersebut juga sebenarnya orang luar negara, jadi saya betul2 telah buntu

Saya harap tuan mufti boleh menjawab persoalan saya ini, kerana benda ini telah menghantui saya untuk beberapa bulan 

Terima kasih banyak, tuan mufti

message user image

Assalamualaikum. Terima kasih kerana menyediakan platform ini. Saya ada beberapa soalan untuk diajukan dan mohon maaf jika sedikit panjang.

Saya ada dengar ceramah tentang doa over umat akhir zaman dan kaitan dengan kisah doa anak Saad bin Abi Waqas yang menyarankan agar tidak terlalu spesifik dalam doa, kerana Allah tahu apa yang terbaik. Namun, saya juga mendengar ceramah yang menyatakan bahawa kita harus berdoa untuk perkara yang great and bold, kerana Allah menerima permintaan yang besar.

 

1. Pencerahan tentang Doa

Saya mengalami dilema tentang bagaimana seharusnya saya berdoa dan apa adab yang betul. Jika saya berdoa secara umum, adakah itu menunjukkan saya tidak berusaha atau tidak yakin dengan apa yang saya mahukan? Sebaliknya, jika saya berdoa secara spesifik, adakah itu menyebabkan doa saya tidak diterima dan tergolong dalam doa umat akhir zaman? Contohnya: "semoga aku dapat kerja di x" vs. "semoga aku dapat kerja di syarikat x dengan gaji x dalam bidang x."

2. Doa untuk Seseorang

Adakah benar jika kita sentiasa berdoa untuk seseorang, itu adalah petunjuk bahawa Allah meletakkan perasaan dan kehendak tersebut dalam hati kita, walaupun orang itu sudah berubah hati dengan kita? Atau adakah itu hanya hasutan untuk menjadikan kita terikat kepada seseorang? Kita seharusnya hanya mencintai Allah. Adakah berdoa setiap hari untuk seseorang itu akan mewujudkan perasaan attachment, sedangkan kita tidak boleh terikat kepada duniawi? Contoh: tahajud dan solat hajat setiap hari untuk berdoa tentang dia.

3. Tindakan Perempuan yang Menyukai Seseorang

Apa yang boleh dilakukan oleh perempuan jika dia menyukai seseorang? Jika kami tidak boleh meminang si dia, apakah ikhtiar yang sepatutnya dilakukan? Adakah kami hanya boleh tunggu dan berdoa agar dia lembut hati dan membuka hati untuk menyukai kami dan mengajak kahwin?

4. Doa untuk Perubahan Seseorang

Bolehkah saya berdoa semoga dia berubah? Adakah doa itu tidak mendatangkan hasil kerana untuk seseorang berubah, dia sendiri harus mempunyai perasaan itu? Allah tidak akan memaksa hamba-Nya dengan perkara yang tidak mereka mahu. Adakah berdoa agar dia berubah bertentangan dengan kehendak bebasnya? Saya sedar kenapa kami dipisahkan kerana semakin jauh dari Sang Pencipta. Bolehkah saya berdoa agar dia sedar dan mendapat hidayah untuk kembali ke jalan Allah?

5. Doa yang terdesak

Saya ada membaca bahawa kita tidak boleh berdoa dalam keadaan terdesak kerana ia mungkin akan menjauhkan lagi apa yang kita mahu. Contohnya, "Ya Allah, aku sedar salah silapku yang lepas. Berikanlah aku peluang untuk berubah dan satukan kami semula dalam ikatan yang sah." Adakah ini benar?

6. Doa melembutkan hati seseorang

Bolehkah saya percaya dan amalkan doa-doa yang dikongsikan di media sosial tentang melembutkan hati seseorang?

 

Terima kasih kerana sudi menerima soalan-soalan saya. Saya semakin buntu dan semalam, selepas solat, saya menangis kerana tidak pasti dengan apa yang patut saya lakukan dan percayai. Adakah saya perlu terus berdoa? Adakah doa saya salah? Saya tidak mahu menjadi sesat atau melakukan usaha yang sia-sia. Oleh itu, saya mohon pencerahan dari sumber yang sahih.

message user image

Jika pegawai pihak berkuasa ditugaskan utk melupuskan ayam hidup yg dirampas dari kedai yang menyalahi undang-undang, halal kah ayam tersebut dimakan setelah disembelih? 

message user image

Assalammualaikum, Tuan Mufti.
Mohon pencerahan.
Pada setiap hujung tahun, Syarikat saya akan mengadakan majlis makan malam. Namun, majlis makan malam ini disertai bukan sahaja pekerja Islam, malah perkerja bukan Islam turut serta. Pihak pengurusan juga terdiri dari kebanyakan bukan Islam.

Yang menjadi isu adalah, pada awal perasmian majlis sesi "minuman arak" oleh pihak atasan. Acara perasmian diadakan iaitu dengan beramai-ramai mengatakan "cheers" dan disambutkan oleh para pekerja. Namun, arak ini hanya dihidangkan dimeja majikan bukan Islam sahaja. Muslim tidak dihidangkan sama sekali. Isu ini telah ditekankan pada pihak terlibat, kerana pada tahun lepas dan tahun ini terdapat banyak para pekerja Islam memgambil insiatif tidak memghadiri bertepatan dengan Irsyad hukum ke-224 dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Tetapi, menyedihkan maklum balas dari pihak terlibat yang Islam sendiri menyatakan:
1. Islam itu mudah jangan disusahkan dengan isu ini
2.Terpulang pada pihak pekerja sendiri untuk hadir atau tidak
3.Ikutlah pandangan ahli ulamak, mungkin sebahagian membenarkan
4.Terdapat banyak mahzab. Jangan hanya berpegang pada satu fatwa yang tidak membenarkan.

Mohon pencerahan.
Terima kasih.

message user image

Saya INGIN bertanya soalan 

apakah hukum membeli Saham speedmart 99

 Saham speedmart 99 telah dikategorikan sebagai Saham tidak patuh syariah mungkin kerana syarikat itu menjual minuman keras Dan menjana keuntungan daripada minuman keras itu , tetapi  syarikat itu juga menajana keuntungan dengan menjual barang asas yang lain seperti beras ,telur, biskut,makanan Dan miniuman ringan.syarikat itu semestinya menjana keuntugan yang lebih banyak menjual barangan asas daripada barangan haram seperti minuman Keras .

saya melihat rakyat malaysia banyak belanja Di kedai speedmart 99

membeli barang asas harian seperti makanan dan minuman ringan daripada membeli minuman keras

message user image

Assalamualaikum wbt...semoga tuan berada dalam lindungan Allah swt..

Soalan saya 

1. Apakah pandangan tuan tentang seseorang yang mempunyai kelebihan seperti beliau tahu dan nampak apa perbuatan orang lain yang telah dilakukan oleh orang tersebut walaupun orang tersebut tidak memberitahu perbuatannya..? Wahal apa yang disebutkan nya memang telah terjadi .

2. Seseorang tersebut mengetahui apa kejadian yang akan berlaku kepada orang itu.. bila ditanya ia merupakan petunjuk dari Allah..

Mohon pencerahan dari tuan.

 

Terima kasih

 

message user image

Assalamualaikum tuan/ustaz, saya baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan. Saya ingin menamakannya Nur Hafiya. Mengikut carian google nama tersebut bermaksud (nur - cahaya) dan (Hafiya - sangat baik). Adakah makna itu tepat mengikut bahasa arab dan tatabahasanya? Jika ya maksud nama itu sedemikian, sy berhajat ingin meneruskan dengan nama itu. Sekian sahaja, maklum balas pihak tuan/ustaz amatlah saya hargai, terima kasih..

message user image

assalamualaikum. sebelum dimulakan persoalan, ia ada berkaitan tubuh badan wanita jadi jika tidak selesa, boleh diserahkan kepada bahagian wanita sebelum habis membaca.

Saya mempunyai payu udara yang besar secara genetik sejak dari sekolah. Disebabkn itu, saya sering diejek sebagai ''loyot" yang bermaksud sagging. walaupun saya memakai tudung labuh dan baju longgar, ia masih dapat dilihat. Semenjak dua menjak ini, saya hilang berat badan namun payu udara makin kelihatan sagging. Saya ingin bertanya bahawa adakah haram melakukan breast lifting? saya ingin melakukan pembedahan untuk mengecilkan payu udara tapi ada orang kata haram, jadi saya hanya ingin melakukan breast lifting kerana sagging itu mengganggu posture.

message user image

Assalammualaikum.

Saya ada pertanyaan. Situasinya begini:

Mak(Umur 63 tahun) saya tinggal berdua dengan adik lelaki saya di rumah mak. Sejak akhir-akhir ni, adik saya bawa balik kawan perempuan (GF) dia. Sebelum ni adik lelaki saya belajar di JB dan kenal dengan kawan perempuan (GF) ni. Sekarang GF dia menetap di rumah mak saya. Dia dan GF dia bekerja sekitar bandar. Jadi sekarang mereka bertiga dengan mak dan adik lelaki saya. 

Keadaan mak saya ada penyakit kencing manis dan berjalan menggunakan tongkat. Mak saya tidur di dapur. GF adik saya pula tidur di bilik belah hadapan (ruang tamu). Adik lelaki saya tidur di dapur. Saya sudah beberapa kali mintak GF dia keluar cari rumah sewa lain tapi ada adik beradik saya yang minta GF dia tinggal disitu dengan alasan boleh menjaga mak saya yang tidak sihat.

Persoalan saya. Salahkah saya meragui adik saya dan patutkah saya membiarkan tinggal bersama-sama dirumah bersama? Jika perlu dimana perlu saya laporkan atau dapatkan nasihat untuk mereka bertiga. 

message user image

Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Bolekah saya mengharamkan duit yang telah dipinjamkan atas alasan orang yang diberi hutang itu membahayakan diri saya setiap kali dia ingin membayar hutangnya.Walaupun si penghutang itu berkata dia akan bayar tetapi ianya macam acuh tak acuh sedangkan dia tidak susah dan mempunyai duit untuk membayarnya . Setiap kali bila dia membayar juga saya akan dimaaki, diugut dan dihina. Penghutang itu berhutang dengan ahlong tetapi menggunakan alamat rumah ibu bapa saya. Sy hanya memberikan hutang itu kepadanya kerana ah long sudah hampir nak serang rumah ibubapa saya. Saya tak nak halalkn pinjaman itu kepadanya kerana saya sangat takut kepada penghutang tersebut yang agresif dan manipulatif itu akan mengapa-apakan saya dan ibu bapa saya.  Hutang yang diberi kepadanya dulu  juga adalah demi keselamatan saya dan kedua ibu bapa saya daripada ahlong

message user image

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya wanita yang menjalani proses chemical peeling untuk menghilangkan bekas-bekas jerawat yang berlubang? 

message user image

Assalamualaikum Ustaz.

Apa hukum lelaki kurus makan lebih daripada kenyang untuk tujuan tambah kekuatan fizikal badan atau "sado"?
Benarkan Islam tidak menganjurkan pengambilan makanan melebihi kenyang?

Terima kasih. Selamat Berkhidmat.

message user image

Assalamualaikum. Saya nak tanya apakah hukum membeli kereta mercedes buat masa sekarang ? Sebab saya ingin membeli kereta, tapi difahamkan mercedes termasuk dalam senarai perlu diboikot. Terima kasih dan assalamualaikum. 

message user image

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya minta izin pandangan kepada ahlinya. 1) Adakah kita boleh menggunakan wang yuran daripada peserta untuk membeli tempahan makanan sesebuah program (program ini bukan berbentuk pertandingan)?

2) Andai kita maklumkan kepada peserta yang ingin menyertai program itu dalam hebahan poster yg bertulis 'yuran komitmen tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri atau asbab tertentu', adakah ia masih sah atau diterima dalam Islam? Sebab peserta dah ambil maklum akan hal itu dan daripada pihak kita telah nyatakan perkara itu juga.

Terima kasih. Jazakumullah

message user image

Assalamualaikum WBT buat pihak Mufti Negeri Selangor, 

Saya mempunyai soalan berkaitan hukum serta pandangan berkaitan pengguna Muslim yang makan di kedai makan yang tidak mempunyai pensijilan halal JAKIM tetapi menyatakan bahawa restoran tersebut 'no pork, no lard, no alcohol'. Adakah ia dibenarkan disisi agama. Terima kasih atas bantuan dari pihak Mufti Negeri Selangor. 

message user image

Assalamualaikum 

Tujuan saya tulis soalan ni adalah disebabkan saya nak tahu apakah hukum seorang ayah yang bekerja sebagai siak surau bergaji kecil tapi tidak dapat menafkahi anak dan bini.Dan bini menanggung selama 28 tahun perkahwinan.segalanya bini menangung dari makan,pakai,bil-bil, ubat-ubatan anak .dan adakah ianya jatuh berdosa jika anak perempuan yang belum bekerja dan belum berkahwin tidak menangung kedua ibu bapa..semoga ada jawapan kepada kemusykilan saya ini

message user image

Soalan 1

Assalamualaikum, saya ingin bertanya soal hukum menonton filem di laman web tak berbayar maksudnya, filem tersebut percuma untuk ditonton dan tiada bayaran dikenakan. Di aplikasi rasmi pun ada juga filem percuma. Contoh, youtube, Facebook dan lain-lain. Apakah ia berdosa dan kalau ia berdosa, adakah dosa besar atau dosa kecil?

Soalan 2

Hukum memuat turun filem dan music secara percuma dan ia hanya untuk menonton dan mendengar. Filem dan music tersebut tidak dikongsi dengan orang ramai, adakah ia berdosa?. Kerana, dimuat turun dari aplikasi yang tidak rasmi. Mohon jelaskan

Jika ia berdosa, apa yang perlu saya lakukan untuk menebus kesalahan tersebut?. Terim kasih

message user image

Assalamualaikum. Saya nak tanya, apakah dibolehkan untuk seorang wanita muslim berkerja di bahagian front desk sahaja di spa urutan untuk kedua-dua lelaki & perempuan? Massage therapist dilakukan oleh pekerja wanita yang berpengalaman(non muslim & foreigner)

message user image

Apakaha hukum membawa balik makanan yang tak habis dimakan dari tempat kenduri tanpa beritahu kepada tuan rumah kerana tuan rumah tengan sibuk melayan tetamu.Terima kasih

message user image

Assalammualaikum wtb

Yang berbahagia Dato SS Mufti,

Apakah hukum mengambil air kolah masjid  bagi tujuan perubatan. Ada sesetengah pengamal pengubatan Islam dan traditional  meminta pesakit menyediakan air kolah masjid  sebagai satu dari bahan dan kaedah pengubatan. Pandangan SS mengenai perkara  ini amat saya hargai.

Jazakallah khairan

Yang Benar

Muhammed Nor Hezri Baharudin

message user image

Assalamualaikum,

Saya nak bertanya. Apakah hukum mengambil tempahan meja untuk perayaan Krismas? Saya menyewa peralatan picnic/deco meja untuk majlis keraian/hari jadi. Jika ada non-muslim nak menyewa untuk Krismas, apakah hukum tersebut ?

message user image

Salam ustaz,

 

Saya ingin bertanya soalan yang saya harap pihak tuan boleh membantu saya merungkai kekeliruan yang saya alami di tempat kerja saya ini. Saya berkerja di pusat pengajian tinggi sebagai pensyarah. Saya mempunyai rakan sekerja yang luaran dan kad pengenalannya adalah lelaki tetapi dia berpakaian dan perwatakan seperti wanita. sehinggakan dia menyuruh orang ramai menggelarnya "miss" dan "she"ini termasuklah pelajar melayu islam yang di ajarnya. Bolehkah pihak tuan memberikan solusi kepada soalan ini?

1. Adakah salah/betul untuk pelajar islam melayu menggelar pensyarah ini "miss" atau "she" ? konotasi yg di khaskan untuk wanita dalam bahas inggeris.

message user image

Assalamualaikum saya ingin bertanya soalan,contoh ada peraduan cabutan bertuah kalau nak masuk peraduan kena buat pembelian barangan dahulu baru boleh masuk peraduan tapi dia nak resit pembelian untuk sahkan betul kita beli barangan itu,apakah hukum org kutip resit pembelian orang yg buang dan masuk peraduan dengan resit tersebut tapi kita tak beli barang tersebut pun cuma kutip resit orang buang sahaja untuk masuk peraduan tersebut,boleh nyatakan hukum dia macam mana ya?adakah berdosa?

message user image

Assalammualaikum, saya ingin bertanya tentang tahlil, adakah haram jika kita mengadakan tahlil untuk orang non muslim? Setahu saya jika kita mengadakan majlis tahlil kepada orang non muslim, kita berdosa. Jadi saya pelik dengan golongan yang tidak mengambil berat tentang perkara tersebut

message user image

Apakah hukum lelaki melebebatkan bulu kening dan jambang dengan menggunakan serum" tertentu 

message user image

assalamualaikum ustaz..saya bekerja parttime di sebuah syarikat kecil yg mana syarikat tersebut membuat biskut²,doorgift,mengubah bunga utk mana² syarikat.satu hari bos saya dapat tender buat doorgift beg kecil dari syarikat carlsberg dan saya diminta untuk menjahit beg tersebut.soalan saya adakah haram saya menjahit beg kecil tersebut serta pendapatan hasil dari jahitan tersebut.

message user image

assalammualaikum ustaz. saya nak bertanya. apakah hukum pendapatan gaji saya bekerja di dalam company yg menjalankan kerja tak menepati kehendak pelanggan. contoh nya company diberi tanggungjawab melakukan kerja baik pulih keretapi. ada terma dan syarat perlu mengikut garis dan panduan. ada yang company buat ada yang company amik remeh. barang yang perlu ditukar baru diberi alasan membaiki saja atas sebab cut kos. contohnye barang elektronik lampu dan sebagainya. saya hanya menurut arahan kerja. 

message user image

Soalan nya adakah benar perubatan islam menggunakan ketukan keatas pesakit menggunakan kayu nona?

message user image

Syarikat ada menyediakan insentif/benefit untuk setiap staff diatas setiap pembelian barangan kesihatan, kacamata, dan pergigian. Soalan saya, apakah hukum saya 'claim' pembelian tersebut dibawah nama saya (resit dibawah nama saya)  dan barangan tersebut saya berikan kepada orang lain?

message user image

Assalamualaikum, maaf saya ingin bertanyakan soalan. Saya mendapat peluang pekerjaan sebagai pembantu jualan di syarikat yang dimiliki oleh non muslim. Syarikat tersebut menjual berbagai hadiah/decor dll. Saya dapati syarikat tersebut juga ada menjual berbagai barang2 & costume Halloween. Pekerja di syarikat itu juga kebanyakkannya adalah muslim. Beberapa hari ni telah kelihatan beberapa pekerja di syarikat tersebut memakai costume Halloween & membuat video content di media social mempromosikan barang2 jualan sempena hari Halloween. Jadi pertanyaan saya sebagai seorang muslim, adakah perkerjaan ini adalah dibolehkan atau sebaliknya. Mohon pencerahan dari pihak Tuan/Puan. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum..ustaz

Pertanyaaan berkenan pinggan yg dilabel fine porceline

Adakah ia halal digunakan

Terima kasih

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Saya ingin bertanya apa hukum menjual baju yang mempunyai lambang salib secara online kepada orang bukan Islam? Adakah ia dibenarkan? 

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Soalan saya ialah sekarang masyarakat memboikot kedai minuman  'Starbuck' atas kerana isu palestin..Saya baru-baru ini mendapat kerja-kerja melakukan pembaikan dan penyelenggaraan di outlet Starbuck..apakah hukum dan pendapatan yang saya dapat dikira sebagai haram ,syubhah atau bagaimana? dan adakah saya dikategorikan sebagai membantu Starbuck dan ketidakbersamaan saya menyokong palestin.Mohon bantuan jabatan mufti untuk saya membuat keputusan meneruskan kerja atau meninggalkan kerja tersebut.Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Saya mahu bertanya, Bos saya menghadiahkan cenderati berupa gantungan perkataan "Om mani padme hum" daripada Negara Nepal. Adakah saya dibenarkan untuk menyimpan cenderahati ini. Apa hukumnya jika saya menggantungkannya sebagai hiasan.

 

 

 

message user image

Assalamualaikum, 

saya ingin bertanya, apa hukum membantu makcik pakcik saya untuk lipatkan replika kotak2 kertas (biskut, kopi) yang digunakan untuk dibakar semasa sembahyang cina. Makcik dan pakcik saya mengambil upah untuk melipat replika ini di rumah sebagai sumber pendapatan memandangkan mereka warga tua yang tiada sumber pendapatan lain. 

mohon jasa baik ustaz/ustazah untuk membantu.

Terima kasih.

 

 

 

 

message user image

Apakah hukum barang kemas milik ibu kandung (sudah meninggal dunia) , Dan barang kemas itu diberi pakai kepada ibu tiri oleh bapa kandung saya?

message user image

Assalamualaikum..

 

Saya ingin bertanya apakah hukum kita menghantar anak belajar tuisyen di rumah seorang yang bukan Islam dan mempunyai anjing peliharaan di dalam rumah.

 

Terima kasih

 

 

message user image

Assalamualaikum, semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Adakah apa-apa warna yang dilarang untuk mewarnakan rambut (tujuan suka suka)? 

message user image

Assalammualaikum Tuan,

Saya ingin bertanya. Sekiranya saya telah mengumpat orang, namun saya malu untuk meminta maaf kepada orang yang saya telah umpat, apakah perkara lain yang saya boleh lakukan supaya dosa saya terhadap sesama manusia itu dimaafkan/dihapuskan? 

Terima Kasih