BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.

Kategori Koleksi Soal Jawab Agama:



MUNAKAHAT

message user image

Soalan: Assalamualaikum, di sini saya timbul keraguan dalam status perkahwinan saya, pada mulanya kami telah berkahwin di Pejabat Agama Songkhla kemudian berlaku perceraikan yang membuatkan kami perlu bernikah semula, saya menelefon kepada pihak jabatan agama di sana dan bercakap dengan kadi. Akibat kekurangan wang untuk mengulangi pernikahan semua di pejabat agama, tok kadi memberikan cadangan supaya bernikah di luar pejabat agama yang diuruskan oleh beliau dan 2 orang saksi daripada beliau. Timbul keraguan adakah pernikahan kami sah mengikut syariat? Apakah langkah seterusnya yang patut kami lakukan? Mohon dapat percerahan dan penyelesaian daripada pihak tuan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam. Saya ada pertanyaan, andaikata suami ingin berpoligami, tetapi isteri tidak mengizinkan dan berlaku perjanjian bertulis dimana selepas suami bernikah lagi satu (yang kedua), didalam perjanjian mengatakan akan jatuh talak ke atas isteri pertama selepas sebulan tempoh pernikahan kedua suami. Apakah telah jatuh talak sebaik sahaja suami bersetujuan dan menandatangani perjanjian bertulis itu, atau selepas sebulan tempoh pernikahan seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian? Terima kasih.

message user image

Soalan: Mengasingkan tempat tidur dengan suami.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nak bertanya, suami saya telah melafazkan pada saya, "Asyik layan handphone sahaja, baik tak payah kahwin." Saya was-was, adakah telah jatuh talak?

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya ada satu soalan berkaitan status ikatan perkahwinan sama ada jatuh hukum talak atau tidak. Rakan saya telah menyamar sebagai orang lain dalam media sosial. Contoh sepatutnya nama dia A tetapi mengaku adalah B dan semua identiti dari segi pekerjaan adalah rekaan sahaja. Telah berkenalan dengan seorang wanita dalam media sosial dan hanya berhubung dengan media sosial sahaja,mengaku telah bercerai dengan isteri lamanya. Apa hukum kedudukan perkahwinan lelaki yang menyamar orang lain tu. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya jatuh ke talak kalau terlepas cakap sewaktu bergurau dgn rakan contoh isteri saya sedang mengandung dan rakan bertanya anak yang keberapa dah. Mereka kata lagi bukan dulu dah ada anak ke, saya jawab tak lah itu anak isteri pertama dan kedua tapi cerai dah. Saya risau ustaz gurauan dan terlepas cakap boleh jatuh cerai bini saya sedang mengandung anak pertama.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya berkenaan cerai. Jika seorang suami itu bernikah nombor 2 di luar malaysia contohnya di siam tetapi tidak pernah mendaftar pernikahan di malaysia kerana takut isteri pertama tahu. apabila isteri pertama dapat tahu berkenaan isteri kedua, suami mengatakan mereka betul sudah berkahwin tapi die telah pun menceraikan bini ke dua dengan talak tiga. Soalan pertama, adakah jatuh talak kepada isteri kedua bila suami berkata kepada isteri pertama yang dia telah menceraikan isteri kedua dengan talak tiga. Pengakuan cerai itu adalah diantara isteri pertama dan suami sahaja.. Soalan kedua, isteri pertama meminta bukti cerai dari suami tetapi si suami mengatakan tiada bukti boleh ditunjuk kerana perkahwinan tidak didaftarkan tetapi bersungguh menyatakan mmg sudah bercerai dan cerai tidak perlu didaftarkan lagu kerana perkahwinan tidak pernah didaftarkan. Soalan ketiga, dalam isu ini bolehkah berkongsi apa hak isteri pertama apabila berlakunya suami berlaku curang dan nikah lagi 1 tanpa pengetahuan isteri 1. Soalan terakhir, jika isteri pertama membuat keputusan untuk memaafkan dan membuka lembaran baru dengan janji dari suami yang akan setia, akan tetapi si isteri masih ragu ragu hanya disebabkan status penceraian dengan bekas isteri kedua kerana tiada bukti yang kukuh.

message user image

Soalan: Saya ada kemusykilan mengenai status perkahwinan saya. Saya sudah berkahwin selama 9 tahun dengan seorang isteri dan dua orang anak yang masing2 berusia 9 tahun dengan 6 tahun. Isteri saya merupakan anak kedua dari dua orang adik beradik, dengan arwah bapanya dan ibunya bercerai pada masa isteri saya berusia 5 tahun. Baru baru ini kami baru mendapat tahu semasa ibu isteri saya mahu bercerai dengan arwah bapa isteri saya, dia telah lari meninggalkan rumah dengan mengikut lelaki lain dan meninggalkan surat yang mengatakan bahawa isteri saya merupakan bukan anak arwah bapa isteri saya. Saya ada kemusykilan mengenai status perkahwinan saya, kerana isteri saya kini disyaki bukanlah anak arwah bapanya.Semasa kami bernikah, kami bernikah dengan Jurunikah negeri (Selangor) dimana jurnikah itu ada menghubungi arwah bapa isteri saya yang tidak dapat hadir akibat sakit (di Johor), dan arwah bapa isteri saya tidak pula tidak mengaku isteri saya bukan anaknya. Selama kami suami isteri berhubung dengan arwah ayah isteri saya pun tidak pula ditimbulkan cerita ini dan cara dia melayan isteri saya pun seperti dia melayan seorang anaknya. Apakah status perkahwinan kami, dan anak anak kami?

message user image

Soalan: Isteri saya mengaku sudah janda (Diceraikan oleh saya) kepada bapanya serta seluruh ahli keluarganya dengan alasan ingin mendapatkan salah satu rumah milik ayahnya agar tidak jatuh pada tangan ibu tirinya, malah bukan setakat keluarga. Ramai kawan2 nya juga tahu tentang hal itu. Ia disebarkan di dalam status fbnya dan itu saya tidak pula tahu alasannya. Jadi, apakah hukumnya disisi agama serta apakah yang sewajarnya saya lakukan.

message user image

Soalan: Salam ustaz. Saya nak tanya apakah hukum minta cerai masa mengandung sebab si suami tidak bekerja hampir 8 bulan?

message user image

Soalan: Ramai yang berkata bahawa pertunangan itu hanya memerlukan persetujuan daripada kedua-duanya pihak. Sebagai contoh, remaja yang saling bercinta di sekolah dan berjanji untuk berkahwin. Adakah mereka itu dikira bertunang walaupun masih di bawah tanggungjawab ibu bapa?

message user image

Soalan: Kemusykilan, saya telah bercerai dengan isteri sebanyak 2 kali. Situasinya semasa dalam proses rujuk semula saya telah menyatakan pada isteri " Awak akan saya lepaskan andai sudah ada lelaki lain dalam hati awak". Dan baru-baru ini isteri saya memohon diceraikan atas alasan tuntut janji sebelum ini. Tetapi saya keberatan untuk melepaskannya. Dia ajak saya untuk berjumpa dengan lelaki yang sudi memperisterikannya tapi saya enggan berjumpa. Isteri kata dia sudah tidak ada hati dengan saya. Saya ambil pendekatan menghubungi lelaki tersebut melalui telefon. Saya cakap jangan ganggu isteri saya. Betulkah awak mahu berkahwin dengan isteri saya? Lelaki itu menjawab ya kami memang merancang mahu berkahwin sambil berkata tolonglah lepaskan isteri awak. Adakah telah jatuh talak bila dalam keadaan sedemikian? Mohon penjelasan. Selepas kejadian itu saya memang tidak mengauli isteri lagi. Kalau jatuh talak maknanya telah jatuh talak 3. Apakah yang harus saya buat untuk rujuk semula dengan isteri andai telah jatuh talak? Mohon bantuan sebelum saya rujuk kepada mahkamah syariah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada seorang kawan. Dia sedang hamil tetapi lelaki ini melambat-lambatkan pernikahannya dan lagi 1 mereka ini tinggal serumah. Apa yang perlu dia lakukan?

message user image

Soalan: As salam ustaz. Saya ada lagi satu pertanyaan. Semasa bertengkar dengan suami, suami ada cakap 'kalu tau mcm ni baik x yah kawin' adakah jatuh talak ustaz? Saya ada bertanya pada suami ada kah niat nyer utk bpisah. Tapi dia kata tidak. Harap ustaz dpt membantu. Terima kasih ustaz.

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya dan suami (Janda dan duda) telah bernikah pada September 2016 dan tinggal berasingan. Pada Februari 2017 saya telah berpindah untuk tinggal bersama-sama suami. Malangnya selama 3 bulan tinggal bersama, suami sering melakukan kezaliman, menghina dan sering menghalau saya dan anak-anak saya (anak tiri beliau). Saya telah mengambil keputusan keluar dari rumah kelamin kami selepas dihalau dan memohon penceraian secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Klang. Kes penceraian kami di peringkat JKP selepas beberapa kali cuba dilengah-lengahkan oleh pihak suami. Suami juga telah memfailkan saman nusyuz dan tuntutan kembali taat berikutan tindakan saya keluar dari rumah tersebut. Kes tersebut juga di Mahkamah Rendah Syariah Klang dan perbicaraan baru bermula. Sejak tinggal berasingan suami telah melakukan perkara-perkara berikut terhadap saya: 1) Menjual maruah diri saya di group lucah Facebook dengan memuat naik gambar saya beserta telefon nombor utk dihubungi lelaki-lelaki di dalam group tersebut. 2) Membuat Facebook palsu menggunakan identiti saya dan menghantar mesej berbaur fitnah dengan niat memburukkan saya dan mengganggu rumahtangga bekas suami saya dan isteri beliau. 3) Menghubungi rakan-rakan saya serta cuba mengadakan cerita untuk membuat tuduhan mengatakan saya ada hubungan skandal dengan mereka. 4) Memasukkan number telefon ibu saya kedalam group lucah Whatsapp. 5) Tidak langsung menggunakan kedua belah pihak keluarga untuk mencari jalan dan memperbaiki rumahtangga kami. 6) Beliau sering menghantar email kepada saya, menghina dan merendah-merendahkan maruah diri saya serta menggelar saya pelacur. 7) Beberapa kali telah cuba menabur pasir kedalam periuk nasi saya dengan memfitnah dan menghantar email kepada majikan saya dan BNM. Beliau juga menabur pasir ke dalam periuk nasi 2 orang anggota polis yang menguruskan kes kami (banyak polis repot) sehingga sanggup menghantar email Bukit Aman. 8) Beliau telah beberapa kali membuka aib dan memalukan saya dengan memuat naik screenshot lama pergaduhan saya dgn beliau yg menunjukkan keburukan saya. Screenshot tersebut dimuatnaik di Facebook, Instagram dan gambar tersebut dijadikan gambar profile Telegram dan Whatsapp. Status Facebook tersebut adalah 'public' dan beliau 'add' rakan-rakan dan saudara- mara saya dengan niat memburukkan saya di mata mereka. 9) Beliau beberapa telah memuatnaik status fitnah yang mengatakan beliau telah disihir/santau dan status tersebut secara tersirat ditunjukkan kepada saya. Orang yg melihat secara sendirinya faham yang orang yg dimaksudkan menyihir itu adalah saya berikutan posting-posting beliau sebelum itu adalah secara 'public'. 10) Beliau telah menyaman saya melalui kes sivil tuntutan saman kecil meminta saya memulangkan telefon yang beliau berikan sewaktu kami bertunang atau membayar gantirugi telefon tersebut. Kes tersebut telah selesai dan mahkamah menolak tuntutan beliau kerana telefon itu adalah hadiah ketika dalam pertunangan. 11) Beliau mengarahkan polis membuka kertas siasatan ke atas saya kes kecederaan Sek 323 kerana saya telah menggigit tangan beliau pada hari saya keluar dari rumah berikutan berlaku pergaduhan dan beliau cuba memukul dan merampas telefon saya. 12) Beliau telah membuang ahli keluarga beliau termasuk ibu beliau yang cuba menasihati dan tidak menghubungi keluarga beliau sejak 4 bulan yang lalu. 13) Suami mempunyai kisah silam suka melanggan pelacur-pelacur warga asing dirumah-rumah urut (sejak arwah isterinya masih hidup) dan ketagihan kepada porno. Saya yakin beliau tidak pernah berubah dan masih melakukan aktiviti tersebut memandangkan saya sendiri penah dijangkiti penyakit kelamin selepas berkahwin dengan beliau. Saya juga takut beliau berkemungkinan telah dijangkiti HIV. Soalan saya: Adakah saya mempunyai hak untuk memohon kepada mahkamah untuk menolak tuntutan nusyuz dan kembali taat berikutan tindakan-tindakan diatas dan adakah saya boleh memohon kepada hakim untuk mengarahkan suami bertemu psikiatrist dan juga menjalani ujian saringan HIV? Terima kasih. (Maaf penerangan saya terlalu panjang)

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Merujuk kepada perkara di atas jika sepasang suami isteri telah bersetubuh tetapi mengeluarkan air mani di luar sebelum isteri mandi wajib setelah selesai haid. Adakah perlu suami membayar kaffarah dan jika perlu bagaimanakah pengiraannya dan berapakah yang perlu di bayar dan bolehkah membayar secara online? Adakah pasangan tersebut perlu membuat solat taubat di atas dosa dan kesilapan yg mereka lakukan? Mohon pencerahan dari ustaz/ ustazah di atas perkara ini. Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Adik bongsu saya lelaki, telah berkahwin selama 10/11 tahun dan mempunyai 3 org anak. Adik saya sering mengadu isteri tidak hormat beliau sebagai suami. Perkataan2 kurang sopan tu jadi kebiasaan dah dilepaskan pada suami dan anak2. Saya kesian sebabkan perkara ni hubungan dengan keluarga jadi renggang. Rumah adik saya dekat dengan rumah mak jadi kami harapkan dia kerap jenguk mak. Tapi dia la paling susah mak nak minta tolong, sampai mak tak sihat pun minta abang yang lagi jauh hantar ke klinik. Saya tahu salah adik saya juga tak tegas sebagai suami dari awal. Sampai tahap dia luka kena ketuk dengan kasut 'highheel' isteri dia masa bergaduh hari tu. Apa patut adik saya buat? Kalau dia tahu adik saya mengadu, memang dia akan mengamuk, anak2 jadi mangsa kena sebat sampai berbalar badan. Ada ketika dia tak ambil anak di sekolah sebab marahkan adik saya. Tak bagi anak makan sebab lepas kemarahan dan tunjuk protes. Biasa anak yang sulong kena, dah darjah 4 tahun ni. Bantu saya untuk saya nasihatkan adik saya. Terima kasih atas perhatian tuan.

message user image

Soalan: Ibu saya nikah dengan bapa saya semasa saya di dalam kandungan ibu saya. Kanndungan ibu saya mencecah 4 bulan. Saya telah berkhawin berwalikan hakim. Saya ada adik perempuan yang belum berkhawin. Soalan saya, adakah adik saya juga perlu berwalikan hakim kerana saya pernah mendengar jika bernikah semasa hamil nikah itu tidak sah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya mengenai lafaz taklik. Adakah sah lafaz taklik yang dilafaz oleh isteri? Namun saya kurang mengingati apa yang dilafazkan kerana sudah 3 tahun.

message user image

Soalan: Suami saya secara bergurau memberitahu kawannya “Ini bukan isteri saya” dgn menunjuk ke arah saya. Apa hukumnya ustaz. Jatuh talakkah ustaz?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, soalan saya, sekiranya saya tidak bersetubuh dengan isteri saya selama 2-3 minggu(saya tidak mengangkat benda berat) apabila saya kencing ada cecair putih pekat akan keluar selepas air kencing adakah ia air Wadi? Jika air mani saya perlu mandi wajib.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya inginkan pencerahan mengenai satu perkara. Saya dan bekas suami berpisah selama 2 tahun. Saya telah menuntut fasakh sebab dia tidak pernah memberi nafkhah selama 8 tahun berkahwin dan memutuskan hubungan dgn keluarga kandung saya. Selama 2 tahun kami tidak pernah berjumpa langsung. Akhirnya dia ceraikan saya dengan talak 3. Waktu iddah saya dikira selepas jatuh talak atau selepas saya berpisah dgn bekas suami?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Situasi: Suami (A) menikah dengan isteri kedua (B) tanpa pengetahuan isteri pertama (C). (C) mengesyaki (A) telah menikah dengan (B) dan memaksa untuk (A) untuk bersumpah seperti tersebut. "Demi Allah, saya bersumpah bahawa (B) bukanlah isteri saya. Sekiranya benar (B) adalah isteri saya, maka terjatuhlah talak tiga ke atas diri (B)" Sekiranya (A) tidak bersumpah, (C) akan meminta cerai dan membawa anak2. (A) tidak mahu keluarganya dengan (C) bercerai dan berpecah. Ini akan menganggu emosi (A) dan anak2. Soalan: Jika (A) terpaksa melafazkan atau menandatangani kata2 diatas, adakah terjatuh talak 3 kepada (B)? Adakah lafaz paksa sebegini diiktiraf talak di dalam Islam? Mohon bantuan pencerahan.

message user image

Soalan: Seorang wanita telah terlanjur dengan seorang lelaki dan melahirkan anak perempuan. Selepas kelahiran baru wanita dan lelaki tersebut bernikah. Apakah hubungan anak kepada lelaki tersebut?

message user image

Soalan: Salam. Saya nak tanya, kalau adik beradik nak nikah hari yang sama boleh kan?

message user image

Soalan: Suami saya telah berhenti kerja pada tahun 2013 atas alasan tidak sependapat dengan ketuanya. Sejak it beliau tidak bekerja hingga sekarang. Puas saya menyuruhnya mencari kerja tapi dia buat tak tahu. Dia seakan selesa kerana saya akan memberinya duit andai dia minta. Dia sihat tubuh badan dan tiada apa2 penyakit berbanding saya yg menghidap darah tinggi, kencing Manis dan lemah jantung. Sejak mula kahwin suami memang liat berikan nafkah pada saya dan anak2 padahal dia mampu. Kini segala hutang kereta beliau dan kad kreditnya saya yang menanggung. Saya mohon bantuan, apa yang boleh saya buat serta apakah hak saya. Keluarga mertua juga tidak membantu menasihati suami sy. Tolong bantu saya.

message user image

Soalan: Assalammualaikum, minta penjelasan. Seorang lelaki suka pada isteri rakannya dan meminta rakan tersebut menceraikan isterinya dengan bayaran ganti rugi supaya mereka boleh berkahwin. Adakah dibolehkan Syarak dan bagaimana pula jika isteri tu tidak redha. Terima kasih.

message user image

Soalan: Begini soalannya ustaz, mungkin soalan ini agak lucu, tapi penting untuk menambah pengetahuan saya berkaitan soal rumahtangga. Saya mempunyai masalah dalam kawalan diri dari mengucapkan kata-kata talak ataupun cerai. Ada satu hari tu saya diganggu dengan bisikan-bisikan talak ataupun cerai. Bisikan tu seolah olah membuatkan saya ingin membuka mulut untuk melafazkan kata talak atau cerai. Mungkin perkara ini agak pelik bagi ustaz. Tapi saya tak lah sampai buka mulut untuk mengucapkan kata talak atau cerai, cuma apa yang saya dengar dari mulut saya yang tak membuka mulut adalah bunyi "eekk ekkk." seolah-olah ingin menyebut perkataan talak, tapi disebabkn saya cuba menahan dari membuka mulut maka berbunyilah perkataan seperti itu. Adakah perkara ini boleh menyebabkan jatuh talak pada isteri saya. Tapi dalam masa yang sama saya takut dan was-was kalau saya ada niat talak pada waktu tu. Saya risau bila memikirkan tentang perkara ini. Bagaimana status perkahwinan saya?

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya telah menghalau suami saya 3 bulan lepas kerana dia tidak memberi nafkah dn kemudian ada memanggil dia pulang atas rasa sayang tapi dia enggan pulang, jadi sy meminta untuk dilepaskan dia enggan boleh kah saya menuntut cerai takliq dan bagaimana proses nyer dan kalau saya berdiam apa pula hukum bagi suami saya kerana dia tidak memberi nafkah langsung.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t, saya nak bertanya, majlis pertunangan hukumnya harus, dan sekiranya kita dijemput secara peribadi oleh tuan rumah ke majlis tersebut, adakah wajib kita memenuhi undangan itu? Adakah ada hadis yang boleh menerangkan kenapa ia menjadi wajib? Terima kasih

message user image

Soalan: Soalan saya adalah mengenai kenyataan bahawa tugas seseorang isteri hanyalah melayan suami, dan lain-lain tugas termasuk menjaga anak, kerja-kerja rumah, memasak dan mencari nafkah adalah tanggungjawab suami. Kenyataan ini menyebabkan isteri selalu mengungkit yang dia telah menyumbang lebih berbanding pasangannya malah sering mengungkit yang dia hanya menolong suami melakukan kerja rumah. Walaupun kerja itu dilakukan bersama-sama. Soalannya, benarkah pendapat ini adalah yang diajarkan dalam islam?

message user image

Soalan: Soalan saya adalah mengenai pernyataan bahawa gaji isteri yang bekerja adalah hak mutlak isteri, tetapi gaji suami adalah hak bersama. Penyataan ini sering membuatkan isteri selalu mengungkit akan mengorbanannya dan dia merasakan telah memberi sumbangan yang lebih berbanding pasangan walaupun sumbangan nya itu hanyalah sedikit. Apabila isteri bekerja, terdapat banyak perbelanjaan tambahan seperti kos menjaga anak, kos makan, kos pengangkutan malah kos penginapan. Wajarkah semua kos-kos ini masih diletakkan dibahu suami. Malah isteri yang bekerja juga akan mempunyai masa yang sangat terhad untuk melayan suaminya. Soalannya, benarkah pernyataan bahawa gaji isteri itu hak mutlak isteri dan suami tiada hak lgsg keatasnya. Malah jika isteri menyumbang kepada keluarga, itu adalah suatu pahala extra kepada isteri, berbanding suami yang hanya melakukan kewajibannya jika menyara keluarga.

message user image

Soalan: Saya ada dua(2) soalan. 1) Adakah telah jatuh talak jika suami mengatakan yang isterinya adalah janda? Untuk pengetahuan ustaz/ustazah, suami sama sekali tidak berniat untuk menceraikan isteri semasa mengatakan isterinya adalah janda. 2) Apa hukum jika suami menyebut perkataan "cerai"? Hanya satu perkataan iaitu "cerai" sahaja yang keluar daripada mulut suami, bila ditanya pada suami,dia tidak berniat untuk ceraikan saya. Harap dapat diberi penjelasan yang sewajarnya. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt, saya ingin bertanya pendapat pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor. Pada tahun 2009, saya ada bertengkar dengan isteri, menyebabkan saya melafazkan 'Pergi la kalau kau nak pergi'. Saya sendiri tak pasti waktu saya lafazkan perkataan tersebut, adakah saya berniat untuk menceraikan isteri saya ataupun tidak. Disebabkan rasa tak sedap hati, saya ada berjumpa dengan seorang pegawai agama di pejabat agama Johor, di Johor Bahru. Setelah saya menerangkan dengan panjang lebar mengenai apa yang telah berlaku, pegawai tersebut mengatakan tidak jatuh talaq terhadap isteri saya. Apa yang menjadi kerunsingan saya ialah, selepas hampir 10 tahun, perkara tersebut masih terngiang-ngiang di fikiran saya, dan seolah-olah ada satu bisikan yang mengatakan telah jatuh talaq terhadap isteri saya. Perkara tersebut seolah-olah berbisik ditelinga saya dan menyebabkan saya berasa was-was. Adakah itu hanya bisikan syaitan yang mahu merosakkan rumah tangga saya atau sebaliknya, saya sendiri kurang pasti. Saya mohon jasa baik pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk menasihati saya tentang apa yang perlu saya lakukan. Adakah saya perlu bawa perkara ini ke Mahkamah Syariah? Minta jasa baik pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor. Terima kasih.

message user image

Soalan: 1. Adakah sah talak jika dipaksa dan diugut untuk menceraikan isteri? 2. Adakah jatuh talak kalau suami berlakon cakap dengan telefon yang dia telah ceraikan isteri dia?

message user image

Soalan: Jika sepasang suami isteri itu, telah bercerai, adakah mereka memerlukan wali semula unutk nikah semula? Bagaimana dengan kursus perkahwinan adakah di kehendaki ambil semula?

message user image

Soalan: Salam ustaz, saya nak tanya apa hukum seseorang yang berketurunan Syed/Syarifah berkahwin dengan orang biasa? Sebab ibubapa saya masih katakan bahawa haram perkahwinan antara Syed/Syarifah berkahwin dengan orang biasa. Harap ustaz dapat membalas pertanyaan saya secepat mungkin. Terima kasih.

message user image

Soalan: Berdosa kah suami tak bagi nafkah pada isteri? Cerita nya begini. Gaji suami hanya cukup bayar hutang rumah dan kereta suami ingin menjual kereta tetapi isteri berkeras tidak bagi jual. Bagaimana hendak selesai kan masalah ini. Adakah suami patut jual kereta tu atau turut kan kehendak isteri agar tidak menjual?

message user image

Soalan: Suami dalam keadaan marah mengeluarkan perkataan. Demi allah jika engkau keluar sebelum jam 7 pagi jatuh talak satu. Hakikat nya si isteri tak keluar sebelum jam 7. Adakah jatuh talak pada isteri? Bagaimana hari-hari kemudian nya. Adakah mereka perlu rujuk? Jika nak keluar pergi mana-mana perlu meminta keizinan suami jika tiada keizinan suami talak akan jatuh ke?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Tuan, apakah yang perlu dilakukan oleh seorang suami yang taat apabila mengetahui isterinya curang dan sering berzina dengan lelaki lain juga merupakan suami orang? Dayus kah suami berkenaan sekiranya tidak menceraikan isterinya tersebut? Apakah hukumnya sekiranya suami tadi bertahan demi anak-anak tetapi dalam masa yg sama dia sendiri hidup tertekan kerana sering teringat perbuatan terkutuk isterinya?

message user image

Soalan: Si suami kerap keluar dengan kawan2 dan balik lewat. Suatu hari isteri ugut, melalui whatsapp : “klu balik lewat akan jatuh talak.” Kalau suami balik lewat juga adakah talak itu jatuh?

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t., saya Amirul Syazny ingin bertanya beberapa persoalan berkaitan perkahwinan. saya cerita sedikit sebelum pertanyaan. Sepupu saya ingin berkahwin dengan lelaki warga pakistan dan bekerja di oman dah berbelas tahun, tapi kami terhalang dengan masalah keluarga yang tidak ingin sepupu sy ini bernikah walaupun umur sepupu saya telah berusia dalam anggaran 54 tahun. Persoalan: 1) Bolehkah mereka kahwin menggunakan wali hakim tanpa meminta kebenaran orang tuanya? 2) Saya tidak pasti mengenai hal ini, tapi saya ada terbaca setelah berumur 45 tahun keatas lagi mudah untuk bernikah tanpa kursus nikah kan? 3) Sepupu saya janda pada usia dia muda lagi, sudah lebih 15 tahun dia janda. Harap agar pihak tuan dapat membantunya.

message user image

Soalan: Seorang anak lelaki mempunyai :- 1- Seorang ibu yang telah kematian suami; 2- Seorang anak buah yang ayah nya telah meninggal iaitu abang kepada anak lelaki tersebut. Persoalannya disini siapakah yang perlu didahulukan oleh si anak lelaki dari segi tanggungjawabnya sama ada ibunya atau anak buahnya. Dan keluarga lelaki juga tidak mengambil apa2 duit atau harta dari anak yang meninggal diberikan sepenuhnya kepada isteri arwah dan anak buah tersebut menerima bantuan socso setiap bulan dalam anggaran rm800. Mohon penjelasan kerana kemampuan terhad.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Ibu saya berusia 60an baru kematian suami dan sedang menjalani edah selama 4 bulan 10hari. Soalan saya, pada hari khamis nanti surau berdekatan dengan rumah ibu saya akan adakan bacaan tahlil untuk arwah ayah. Boleh tak ibu saya menghadiri majlis tersebut?

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya, adakah salah sekiranya menegur seseorang itu melalui whatsapp, ada yang beranggapan mereka kata ada yang menghasut / porak perandakan hubungan keluarga, apabila berdepan dengan mereka akan ada pertelingkahan sesama sendiri. Cara menegur adalah untuk menyedarkan mereka untuk pulang ke kampung untuk melawat ibu keseorangan di kampung. Adakah cara menegur itu salah? Adakah betul sekiranya seorang sahaja yg bertanggungjawab pada ibu dan yang lain hanya kirim duit dan telefon malah jarang sekali untuk pulang ke kampung, sedangkan ada ramai adik beradik. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, 1. Soalan pertama, satu hari saya dan suami bergaduh, saya nak blk KL seorang tapi suami marah dan cakap kalau U balik I ceraikan U, selepas beberapa jam bergaduh suami pujuk dan kami balik KL bersama. Adakah jatuh talak saya ikut dia balik? 2. Soalan kedua adakah jatuh talak sekiranya suami pernah cakap contoh lah kan “I ceraikan U”. Mohon pencerahan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, boleh saya tahu isteri saya memang tidak dinafikan menjaga dengan baik anak-anak saya tapi urusan suami dia seolah-olah ambil ringan atau tidak peduli sampaikan saya terasa kecil/makan hati dengan tindakan dia. Dalam perkara apa hukum isteri saya adakah dibenarkan dalam Islam atau sebaliknya? Terima kasih.

message user image

Soalan: Ustaz, saya telah hampir setahun tinggal berasingan. Saya keluar dari rumah suami yang juga ibu mertua dan kakak ipar saya tinggal. Adik beradik yg lain juga datang ke rumah suami setiap hari untuk makan malam bersama. Saya baru 2 tahun berkahwin tapi tidak pernah bahagia. Suami tidak sentuh saya selama saya berkahwin dengan dia kecuali masa mula kahwin. Saya keluar kerana suami pernah memukul saya dan kakak2 nya yang lain menghalau dan menghina saya dan juga menuduh saya curang. Saya dalam proses untuk bercerai tapi suami sengaja tidak mahu ceraikan saya dengan niat untuk menyiksa saya, saya dihalang untuk berjumpa dengan anak yang berumur satu tahun lebih. Saya dipaksa untuk tandatngan agreement supaya saya menyerahkan anak kepada dia dan barulah dia akan ceraikan saya. Saya tidak diberi nafkah jauh sekali untuk bertanya khabar. Setiap kali saya datang jumpa anak saya di maki oleh kakaknya. Saya dalam proses penceraian tapi kes saya sangat lambat . Kes hadhanah juga lambat, anak tinggal bersama suami dan saya terpaksa bersabar menunggu kes mahkamah selesai. Suami pernah mengatakan yang dia akan ceraikan saya, dia juga bercerita dengan ibu dan kakak dia yang dia akan ceraikan saya. Tapi didepan saya dia belum lafaz. Apakah hukum sebagai seorang isteri yang meninggalkan suami yang mendera emosi dan fisikalnya? Perlukan saya taat sekiranya saya dihina oleh suami dan keluarganya. Saya dilarang masuk ke rumah suami oleh keluarganya. Ketika dihina, suami menyokong kakak dan ibunya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya telah melafaz talak 1 atas isteri saya pada 12hb febuari 2018. Dan kini saya hendak (dengan niat rujuk kembali) dengan isteri saya (siti fatimah binti mohammed kassim). Namun isteri saya enggan untuk rujuk kembali.soalan saya adalah sah rujuk saya tersebut, bila mana saya nyatakan secara vlisan dihadapan isteri saya dan melalui pesanan bertulis? Mohon pencerahan ya ustaz. Terima kasih, wasalam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Maaf bertanya. Jika suami berkata kepada kawan nya bahawa dia dan isteri nya tiada hubungan apa², adakah jatuh talak dia kepada isteri nya?

message user image

Soalan: Assalamualikum ustaz/ustazah. Saya ingin bertanya apa hukum suami menyamakan anggota badan isteri dengan mahram suami tetapi suami tidak berniat untuk ziharkan isteri atau mengharamkan isteri. Sebagai contoh, suami saya pernah tepuk punggung saya dan dia cakap "mcm punggung anak saudara saya". Tapi bila saya tanyakan pada suami niat dia, dia tak berniat untuk haramkan saya atau ziharkan saya. Saya bimbang sebab suami sebut perkataan punggung. Apa hukum untuk situasi diatas?

message user image

Soalan: Saya seorang yang bekerjaya. Selama ini suami saya menanggung semua perbelanjaan rumah. Walaubagaimana pun dia tidak memberi saya nafkah belanja saya walaupun RM50. Sebaliknya beliau memberikan wang setiap bulan RM1500 kepada ibu dan adik perempuannya berusia 39 tahun setiap bulan walaupun mereka agak selesa dengan duit pencen arwah bapa mertua dan juga hasil sewa kedai. Adakah ini tidak menyalahi baginya dan saya tidak patut menerima nafkah lain dengan sebab dia telah menanggung keperluan lain? Setiap kali saya ingatkan tentangnya beliau akan marah. Saya cuma mahu dia faham apa yang betul di lakukannya menurut agama.

message user image

Soalan: Assalam. Saya ingin bertanya, suami saya mempunyai anak tidak sah taraf dari hubungannya dengan bekas isteri (berkahwin selepas anak dilahirkan) dan kemudian mereka bercerai. Suami telah menjaga anak tersebut dari masa isterinya keluar rumah. Di dalam sijil kelahiran anak, terdapat nama bapa tetapi di binkan dengan nama Abdullah. Disini, saya mempunyai keraguan. Apakah aurat antara saya dan anak suami saya ini. Dan yang kedua, suami telah menuntut hak penjagaan anak dan diberi hak penjagaan dengan persetujuan ibu anak tersebut. Tetapi bukankah suami tidak boleh mendapat hak kerana anak itu anak luar nikah? Saya amat bimbang dengan batas aurat saya di masa hadapan. Saya juga malu untuk memberitahu suami tentang ini kerana takut dikatakan seorang ibu tiri yanh jahat. Kami sekeluarga jahil tentang hukum ini. Harap dapat diperjelaskan.

message user image

Soalan: Hendak bertanya kerana telah terjebak dalam situasi ini; Saya telah menghantar sms kepada isteri (dalam keadaan nyata mampu berfikir dengan rasa marah yang tidak melampau, dalam tempoh masa 5-10 minit untuk mengarang sms). Isi sms tidak dapat dibuktikan sekadar ingat diingatan, mengatakan jika isteri saya menuduh melakukan atau berkata melakukan atau menggunakan perkataan GANJA sekalipun, maka jatuh talak. Ini berikutan saya berkawan dengan seorang yang saya kata pada isteri saya yang kawan saya itu pernah menghisap ganja. Sering melepak dengannya maka isteri saya mengatakan saya juga menghisap ganja. Dan baru-baru ini isteri saya menghantar sms kepada saya dengan maksud menuduh saya menghisap ganja. Butiran smsnya seperti berikut; "Kereta tak baya tapi buat hal. baliklah mentang ada duit keluar je awak hisap ganja kan..." (Namun bunyi sms atau makna sms seakan bermaksud seperti bertanya atau dengan nada bertanya, atau masih tidak pasti atau keliru, kerana ada perkataan 'kan...' yang digunakan. Namun ini cuma pemikiran saya sahaja.) Dengan jasa baik pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih. 1. Adakah talak sudah jatuh? 2. Apa perlu di buat?

message user image

Soalan: Apakah hukum suami yang bergurau mengatakan dirinya duda?

message user image

Soalan: Pembatalan lafaz taklik.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t., saya ada beberapa pertanyaan yang ingin diajukan berkenaan hal ehwal rumah tangga. Saya sudah berkahwin tahun 2016 dahulu, dan mempunyai seorang anak yang berumur 10bulan. Masalah saya adalah isteri saya sering menolak ajakan ke tempat tidur. Pada mulanya isteri saya meletakkan syarat hanya seminggu sekali sahaja, namun semakin lama semakin kerap dia menolak, sehinggakan ada menjejak sebulan sekali. Saya faham isteri saya kepenatan nak urus anak yang masih kecil memandangkan anak saya masih lagi “fully breasfeed” lagi, namun begitu soal rumah seperti sapu rumah, basuh baju tak pernah dia buat, saya yang buat semua itu. Dan tiap2 hari di waktu pagi saya yang mandikan anak dan hantar anak ke pengasuh. Jika nak berikan alasan penat, dia hanya ulang alik kerja sahaja, dan permintaan saya bukannya kerap, seperti mana yang isteri saya minta sebelum ni, hanya seminggu sekali. Lagipun isteri saya tidak memasak, dan kebiasannya (Ada juga hari yang tidak) saya akan beli makanan untuk nya lebih2 lagi saya kerja habis malam pada pukul 10malam. Saya tidak tahu nak bertanyakan kepada sesiapa tentang hal ini. Dan jika ada berselisih faham, isteri saya selalu mengatakan saya ni lelaki yang tahu nak kan hubungan seks sahaja. Apa tidak cukup lagi ke apa yang saya bantu dia sebelum ni? Dan saya tak pernah paksa2 dia untuk hubungan seks lebih sekali dalam seminggu sebab saya faham dia penat, tapi kadang2 hati saya sakit jika tiap kali berlaku selisih faham. Itu sahaja lah nak diungkit nya. Setahu saya, isteri tidak boleh menolak ajakan suami ke bilik tidur, dan saya rasa saya memahami keadaan dia. Kalau saya tidak minta pada dia lagi, saya nak minta pada siapa. Nak diikutkan hati saya yang sakit ni, nak sahaja saya ceraikan dia, tapi mungkin Allah kurniakan saya dengan kesabaran yang tinggi, saya masih mampu menahan. Cuma akan datang, saya tak pasti berapa lama saya boleh bertahan dengan cara dia ini. Maaflah tentang aduan yang mana mungkin orang lain tengok aduan saya ni nampak macam remeh, tapi yang menanggung nya saya. Minta pandangan sebaik2 nya dari pihak tuan. Saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya mahu bertanya tentang kesahihan hadis yang menyatakan tentang 20 waktu dilarang bersetubuh, yang mana salah satunya ialah dilarang bersetubuh pada waktu selepas zohor dan selepas asar. Adakah dibolehkan atau tidak? Kerana di dalam hadis tersebut juga memberitahu jika bersetubuh pada waktu tersebut akan ada kebarangkalian mendapat anak juling, ank yang tidak baik dan sebagainya. Nauzubillah. Harap ustaz dapat bantu menghuraikan kebingungan saya. Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya mengaku dulu saya teruk. Sekarang selepas berkahwin lebih 2 tahun Alhamdulillah saya solat tak tinggal. Saya tinggalkan semua bendea buruk yang dulu. Tetapi ustaz, saya nk tanya, jatuh talak atau tidak jika saya TERPAKSA cakap dengan perempuan zaman silam saya yang saya sudah cerai dengan isteri saya sekarang hanya kerana saya diugut oleh dia kerana dia ingin membuka aib saya kepada isteri saya. Saya tidak mahu isteri saya tahu zaman silam saya yang teruk. Oleh sebab itu saya menipu perempuan itu. Waktu saya menipu dia saya tak terfikir langsung kesan ke atas tindakan saya. Saya tertekan dan takut akan ugutan beliau. Saya menipu kerana saya taknak maruah saya tercemar dan taknak buka aib saya sendiri. Saya pertahankan maruah saya dengan isteri saya. Waktu saya menghantar msg kepada perempuan itu bahawa saya sudah cerai langsung tiada niat saya untuk bercerai hanya memikirkan soal saya ingin menutup aib saya kepada isteri saya. Harap ustaz dapat menjawab soalan saya.

message user image

Soalan: Sah atau tidak nikah seseorang lelaki dengan perempuan yang sedang hamil hasil zina.

message user image

Soalan: Ustaz suami saya kerja di laut dan sering tertekan. Dan selalu bertengkar. 1- Pada suami pagi suami telah menghubungi saya lebih kurang 5pg. Dye memarahi saya kerana tidak tahan dengan kata2 dia. Saya meletakkan talian. Dia menghubungi semula dia memarahi dan mula berkata2 yang melukakan. Saya meletakkan ganggang sekali lagi. Dia mnghubungi balik dan terus berkata "Kalau kau letak call aku cerai kau" ataupun "Kalau kau letak call lagi aku cerai kau" (Begitulah rasanya ayat yang didengar sebab saya tengah menangis). Saya menangis dan terus menangis betul2 rasa kecewa semudah itu suami mengugut sering mengugut. Saya menangis dan merayu suami meletak kan talian. Adakah taklik akan berterusan ataupun hanya pada ketika itu. (Saya rasa hanya ketika itu dan suami marah kerana saya letak di tengah bercakap/marah) Saya juga lupa ayat sebetulnye antara 2 ayat dia atas. Saya pernah menghubungi seorang ustaz. Dan dia mnyatakan taklik itu adalah pada ketika itu. Dan selepas kejadian itu saya jika suami mnghubungi, saya akan meletakkan talian dahulu. tetapi baru2 ini jika suami bising saya akan mematikan talian seakan2 talian putus. Kerana tidak mahu burukkan keadaan. Tapi saya asyik rasa was2 dan risau. Asyik teringat kan taklik itu. Terus berfikir, menyebabkan saya berasa sangat tertekan 2) Taklik ke 2 ustaz. Suami telah menghubungi sy lebih kurang. 5.37pagi hari dengan keadaan talian rumah ibu saya. Saya tidak berapa dengar. Tapi bila dia mngamuk pagi itu dia mengatakan saya mengungkit. Dia memarahi saya dan terus berkata "Kalau kau ungkit lagi aku cerai kau" Selepas 5 minit dia memarahi saya dia sambung lagi" ingt lepas ni kalau kau ungkit jatuh terus (Kemungkinan ade ayat talak) dalam beberapa minit dia sambung kembali ayat "Tapi kalau aku terasa hati la baru jatuh" Saya begitu tertekan ustaz. Saya tidak faham. Maksudnya apa dikatakan jangan ungkit dari segi apa. Dia tidak menjelaskn kepada saya. Boleh lah ustaz bantu jelaskn kepada saya. saya pernah hendak keluar dari rumah kerana tidak tahan sikap suami yang sering menipu sy dengan menjalinkn hubungan dengan wanita lain semasa dia dinegeri lain untuk berkerja. Semasa hendak keluar suami telah meminta saya jangan keluar tapi saya telah meminta kepada suami dengan ayat saya seperti ini "Kalau berjumpe dia lagi jatuh talak atas saya." Suami menangis2 saya rasa dia ada kata okay ataupon menganguk. Adakah jatuh talak ustaz jika berjumpa atau berjumpa secara tak sengaja. Suami seperti tidak mengingati. Buat pengetahuan kami pernah bergaduh dan 1 talak telah jatuh ke atas saya, saya sangat tertekan suami tidak mengambil iktibar. Sejujurnya saya merasakan suami tidak mengetahui sejelasnya dimaksudkan taklik. Dan tidak dapat mengesahkan sendiri samada telah jatuh atau tidak. Kerana sering menggunakan ayat yang tak jelas (Macam ada perkataan yang tertinggal untuk menyatakan maksud) dan sering membuat ayat tergantung. Kerana kami selalu berhubung melalui call dan semasa dia sedang berkerja. Dengan keadaan diri dia di laut, minta pandangan ustaz.

message user image

Soalan: Saya bercerai pada 20 feb 2018 talak satu. Saya dan suami tidak tinggal serumah sejak 28 Dec 2017, saya pernah melakukan hubungan dengan bekas suami pada 26 march 2018 (belum habis iddah). Persoalannya, haruskah saya meminta rujuk? Dan sekiranya tiada rujuk adakah saya berdosa besar kerana melakukan hubungan dengan suami semasa dalam iddah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada sedikit kemusykilan. Apakah hukum bagi seorang lelaki yang telah mempunyai isteri tapi mengaku bujang/duda. Adakah jatuh talak? Terima kasih.

message user image

Soalan: As salam ustaz nak tanya. Saya ada perselisihan faham dengan suami. Selepas itu, suami cakap apa yg 'awak pikir itu la yang jadi'. (Semasa perselisihan itu saya ada terfikir macam2. Cth kalau dia dan anak2 meninggal macam mana, perpisahan dll) tetapi saya tanya suami apa maksud dia. Dia kata bukan bermaksd tentang perpisahan tolong jangan berpikiran negatif dan jangan berfikiran bukan2. Nak tanya adakah jatuh talak berdasarkan apa yang saya fikir tetapi bukan itu yang dimaksudkan suami. Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanyakan isu rumahtangga. Saya sudah berkahwin hampir 2 tahun dan sepanjang tempoh ini, suami saya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami baik dari nafkah zahir atau batin dengan baik. Malah dia juga tidak jujur dengan saya di mana di luar dia ada perhubungan dengan perempuan2 lain dan saya terbaca mesej2 beliau dimana ada perbualan untuk melakukan zina. Kerja dia yang dahulu di port sering mengatakan yang tidak balik sebab kerja belum habis tetapi bila baju2 yang di bawa pulang terdapat tuala putih yang biasa digunakan di hotel. Saya sedih tetapi hanya cuba bersabar kerana jika saya meminta penjelasan dia akan menafikan dan dia tidak pernah mengaku kesalahan dia. Saya berdoa dan tawakal untuk menenangkan perasaan saya. Dia tidak memberikan belanja untuk barangan dapur, tidak melunaskan bil2 di rumah dan pembayaran sewa, barangan anak sering terabai. Semua atas tanggungan saya termasuk duit asuhan anak malah perubatan. Saya pernah ajak beliau untuk berbincang tetapi selalu menemui jalan buntu sebab beliau akan memaki hamun saya dan mengatakan saya ingin mengajar dia. Keadaan ini mendesak saya untuk mencari kerja lebih masa tetapi dia juga akan mengamuk dan memalukan beliau. Hubungan dia dengan keluarga kedua-dua pihak juga tidak baik kerana dia suka berbohong, begitu juga dengan jiran tetangga dan sahabat handai. Susah untuk saya mempercayai dia kerana dia sering menipu saya dan memperbodohkan saya. Dengan kawan2 dia, dia tidak menyatakan yang dia sudah berkahwin dan begitu juga dengan laman sosial. Sering menyuruh saya untuk menipu jika ada sesiapa menghubungi beliau sehingga ingkar permintaan beliau. Keperluan anak dan barangan dapur beli sendirian. Saya tidak tahu untuk cerita lagi. Seringkali saya berdoa agar dia berubah dan menangis jika saya terlampau penat dan sedih. Saya lebih suka memendam perasaan. Permasalahan: 1- Ada perempuan lain 2- Sering berbohong 3- Tidak memberi nafkah zahir & batin 4- Menghantar mesej kata2 kesat 5- Sering mencari gaduh untuk benda kecil 6- Menghina adik beradik saya 7- Tidak membantu untuk menguruskan anak & rumah 8- Sering menuduh saya ada hubungan dengan lelaki lain,suami pengasuh,bos,staff dan supplier saya 9- Suka mengungkit 10- Suka membuat cerita buruk dan mengaibkan diri saya 11- Hutang tidak bayar 12- Bertindak kasar dengan saya 13- Tiada masa untuk melayan keluarga sendiri dan sering menghabiskan masa di luar dan telefon 14- Berdua-duan dengan perempuan lain 15- Meminta duit dari perempuan lain 16- Tidak solat Saya ingin meminta pandangan/nasihat. Perlu ke saya meneruskan perkahwinan kami? Saya tidak dapat menerima diri dia lagi sejak perempuan simpanan dia menghantar video zina mereka. Sungguh hati saya hancur dan hanya berdiam diri dan dia menafikan video itu dan memadam dari telefon saya. Setiap tutur bicara dia tiada yang lembut ditelinga saya, saya bukan jenis yang suka bergaduh n bertengkar kerana fikirkan ada anak kecil. Saya sudah tidak sanggup menerima cemuhan dia hari2. Saya bimbangkan keselamatan anak kami kerana jika anak kami menangis dia akan marah dan berkasar. Saya sudah tidak mahu bertemu dengan orang yang cari dia sampai ke rumah,s aya bimbangkan keselamatan kami kerana dia meminjam ah long dan menipu orang?

message user image

Soalan: (1) Saya ingin membuat aduan. Saya di suruh bapa mentua saya mengaku pada hakim yang saya telah jatuh kan talak 3 pada istri. Jika saya enggan mengaku saya akan ditangkap polis atas alasan saya gagal laporkan diri di balai segamat. Saya mohon jasa baik tuan kes saya diuruskan disini dengan persetujuan isteri atas alasan taknak digangu pihak ke tiga iaitu bapak mentua saya juga bekerja di pejabat agama Islam Segamat bahagian kubur. (2) 2 April, saya sedang tidur akibat demam bawah ke tengah hari saya berasa mabuk dan melayang2 akibat kesan2 ubat yang saya makan tanpa tidak sengaja saya mengamuk seperti orang gila dan terus memarahi ayah saya tanpa sedar itu ayah saya terus bersambung ke isteri saya dengan punca ingin meminjam duitnya RM30 untuk menambah duit gas. Selepas saya pulang dari membeli gas terus ke dapur untuk makan ubat 1biji lagi sebab dan terus memujuk isteri tentang duit yang saya pinjam. Isteri saya masih berdiam dan lama kelamaan saya terus memarahi isteri sehinga isteri saya menjerit dan berkata tidak tahan di sini ingin keluar dan tanpa sedar saya terus berkata. “Kau keluar dari sini jatuh lah talak 30punya hal kau nak bermasam muka degan aku.” Saya terus keluar dari rumah membawa moto tanpa arah tuju selama setengah jam kemudian saya balik ingin membawa anak saya ke rumah bapa saya dihalang pulak isteri saya. Sebab isteri kata saya tidak terkawal, dan terus saya menuju ke rumah bapak saya tanpa sedar masa bila saya memegang jag yang berisikan racun ecomex sedegup juga saya sempat telan dan saya terdiam sedar terlantar di hospital. Keesokan harinya isteri anak dan bapa mentua datang terus mentua cakap ok sudah selesai dah awak dah tiada apa2 lagi dgan akak. Saya pun terkedu dan teringat apa yang jadi rupa2nya isteri saya terdengar saya jatuhkan talak padanya talak 3 ketika itu, dan saya yang cakap kau keluar sari sini jatuh talak 30punya hal nak bermasam muka. Dan saya ingin membela diri di segamat tidak boleh sebab disuruh mengaku jatuh talak 3 jikalau saya bantah saya akn ditangkap. Dan saya berbincang dgan isteri dn isteri terus saya ke kl rumah kakak saya bela diri di sini pertahankan hak saya. Mohon jasa baik tuan izin saya bela diri di sini, untuk selamat kan rumah tangga saya. Segala apa yang saya katakan di sini semua ada bukti. Terima kasih.

message user image

Soalan: Isteri mengaku berzina dengan lelaki lain. Saya masih sayangkan isteri tapi tak dapat terima. Apa yang patut saya lakukan?

message user image

Soalan: Salam Ustaz, saya dan isteri telah berkahwin selama setahun dan kami tinggal berjauhan. Saya bekerja di Shah Alam dan isteri bekerja di kampung. Isteri saya pernah melakukan kesilapan besar iaitu curang kepada saya, saya memarahi dan menasihati isteri saya dengan menceritakan segala hukum & larangan Allah bagi seorang wanita yang sudah berkahwin tetapi segala nasihat saya tidak dapat diterimanya. Malah dia tetap berdegil dengan mengatakan yang saya ni tidak sesuai dengan dia dan dia meminta cerai. Saya sayangkan isteri saya dan saya tak nak berpisah dengannya. Saya sudi memaafkan dia sekiranya dia insaf dan bertaubat kepada Allah. Saya menceritakan hal ini kepada ibu mertua saya untuk mendapatkan nasihat kerana dia adalah orang yang terdekat dengan isteri saya tetapi usaha ini sia sia kerana ibu mertua saya menyebelahi isteri saya (anaknya) walaupun dia tahu yang anaknya salah. Ibu mertua saya telah pergi ke rumah orang tua saya dan meminta untuk saya menceraikan isteri. Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang suami dan tetap bersabar untuk tidak menceraikan isteri saya. Isteri saya sekarang tidak taat kepada saya dan keluar rumah tanpa izin dari saya. Semua perkara yang isteri saya buat disokong oleh ibu mertua saya walaupun dia tahu yang perkara itu salah. 1. Apakah pendapat ustaz tentang masalah yang saya hadapi ini? 2. Apakan hukum mertua menyuruh saya menceraikan isteri saya? 3. Adakah saya berdosa kerana tidak mentaati ibu mertua saya yang menyuruh saya menceraikan isteri? Saya harap jawapan dari pihak ustaz dapat membantu saya menyelesaikan masalah rumah tangga saya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

message user image

Soalan: Saya bernikah Di Thailand 25 tahun lalu. Selama berkahwin suami bersedudukan dengan seorang wanita cina sehingga beberapa Kali mengugurkan anak. Disamping itu suami juga beberapa Kali meraba mak kandung Saya. Jiwa Saya jadi tidak tenteram sebab peristiwa itu. Saya nyatakan ingin bercerai tetapi suami tidak mahu lepaskan Saya. Apa harus Saya lakukan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya, apakah hukum jika saya (suami) tidak mahu menambah anak kerana takut tidak mampu mendidik anak yang ramai ke jalan Islam.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya kalau suami berkata “tunggu 2 3 tahun lagi aku ceraikan kau”. Jatuh talak ke? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan dengan nafkah. Sepanjang perkahwinan, suami tidak pernah memberikan nafkah kepada saya. tapi suami yang akan bayar semua bil2 rumah. Dan saya taknak suami menanggung dosa, jadi saya redha kan saja. Dan menganggap bahawa bil2 yang dibayar itu adalah nafkah yang dibayar kerana saya tidak mengeluarkan duit saya untuk bayar bil2 rumah. Tapi barang2 dapur kadang2 saya yang akan keluarkan duit. Adakah itu dikira sebagai tindakan yang betul? Dan apakah hukumnya? Kedua, sejak kebelakangan ini, saya berasa was2 dengan suami. Saya merasakan bahawa dia ada menyembunyikan sesuatu daripada saya. Bila ditanya, suami cakap tak ada. Saya jadi was2 kerana tindakan dia yang tidak pernah lekang dengan telefon bimbit. Masuk ke bilik air pun dia akan bawa sekali. Pernah sekali, dia nak ke bilik air, tapi terlupa bawa telefon bimbit, dia patah balik. Sebelum ni, sikapnya tidak seperti ini. Apakah yang perlu saya lakukan? Saya memang tak percayakan dia. Saya rasa macam dia ada perempuan lain.

message user image

Soalan: Sekiranya saya sudah menceraikan bekas isteri saya dua bulan yang lepas buat kali kedua, tapi bekas isteri saya itu seperti orang gila talak masih mahu mengganggu kehidupan saya. Bolehkah saya menceraikannya dengan talak tiga sekarang (bekas isteri dikira masih dalam iddah)?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Banyak yang ingin saya tanya di sini. Suami saya menikah lain tanpa pengetahuan saya. Selepas 2 tahun baru saya tahu, dan dia belum mendaftar lagi pernikahan tersebut. Dia berjumpa isteri kedua secara sembunyi2 tanpa saya tahu. Suami saya bukan seorang yang mampu menanggung walaupun seorag isteri. Dia kerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu. Saya sebagai isteri yang banyak sara keluarga. Dia jugak tidak mampu beri nafkah kepada saya. Soalannya disini, apakah berdosa saya melarang dia berjumpa isterinya memandangkan dia tidak mampu dari segi kewangan untuk ke sana. Kami di kuala lumpur. Isterinya di johor. Saya jugak tak benarkan sebab kereta yang digunakan adalah kereta saya. Kejamkah saya? Soalan ke-2. Mereka belum mendaftar pernikahan walau sudah 2 tahun. Apakah denda keatas mereka? Soalan ke-3. Selepas kantoi pernikahan ke-2 ini. Suami tidak memperduli isteri ke-2 kerana saya tidak terima bermadu, dan saya tidak redha. Soalan ke-4. Apakah berdosa saya menasihatkan dia menceraikan isteri ke-2 kerana dia memang tidak mampu langsung. Kerana bagi saya pernikahan antara dia dan isteri ke-2 ini tidak menguntungkan isteri ke2. Macam menganiaya. Kerana faktor jarak, susah berjumpa. Faktor kewangan. Soalan-5: Adakah jatuh talak jika suami lafazkan talak ke atas isteri yang belum di daftarkan pernikahan. Mereka berkahwin secara sembunyi melalui ejen.

message user image

Soalan: Apakah hukum dan kafarah suami isteri berjimak pada waktu isteri telah kering haid tetapi belum mandi wajib? Pada masa itu suami dan isteri itu tidak tahu akan hukum larangan tersebut.

message user image

Soalan: Lintasan hati berkaitan perceraian. Assalamualaikum, saya ada beberapa persoalan yang ingin diutarakan disini. untuk pengetahuan pihak ustaz saya sering mengalami lintasan-lintasan dan bisikan hati cerai ketika bercakap dan berbicara. Ini menyukarkan saya untuk bercakap dengan sesiapa sahaja terutamanya isteri saya. Apa sahaja lafaz yang saya ucapkan yang ada unsur-unsur lafaz kinayah akan ada bisikan atau lintasan hati cerai dihati saya. Saya jadi rungsing bila memikirkan perkara ini. Ada satu hari tue saya ada berborak dengan rakan saya berkenaan isteri saya yang sedang sarat mengandung. Saya cakap dengan kawan saya isteri saya tengah menunggu hari ingin melahirkan anak. Kemudian dia pun bertanya "yang keberapa". Maksud dia, anak yang keberapa. Bila nak jawab soalan sahabat saya tue ada lintasan hati dan bisikan hati cerai, kemudian saya jawab "yang kedua" Saya jadi risau bila saya jawab tu takut saya ada terlintas atau bermaksud cerai talak kedua. Padahal saya tak nak pun bercerai dengan isteri saya. Saya sayangkan isteri saya. ringkasan perbualan tersebut adalah seperti berikut. saya : Isteri aku tengah sarat mengandung ni. Tengah tunggu hari nak bersalin kawan : Ye ke. yang keberapa? saya : (berlaku lintasan hati dan bisikan cerai di hati dan kemudian saya jawab) yang kedua saya jadi risau memikirkan situasi diatas. Saya tau sebenarnya saya tak nak bercerai dengan isteri saya. Dalam situasi diatas adakah jatuh talak terhadap isteri saya. Saya risau ada terselit niat nak ceraikan isteri saya dengan talak dua pada situasi diatas. Terima kasih kepada pihak ustaz yang sudi menjawab persoalan saya.

message user image

Soalan: Salam Tuan Mufti. Saya ada satu masalah berat. Saya telah menceraikan isteri ke 2 saya dengan talak satu. Tetapi sebelum habis edah saya telah ucap kata-kata rujuk dan kami pun bergaul walaupun pada awalnya dia setuju untuk rujuk. Masalah sekarang saya tak pasti sama ada saya telah rujuk atau tidak Isteri ke 2 saya sekarang dalam hubungan untuk bernikah lain. Adakah saya masih suami dia atau tidak. Saya telah tekad hendak lupakan dia. Tetapi saya rasa macam balasan Allah pada saya atau satu petunjuk. Hati saya bergetar dan badan saya menggeletar sejak beberapa hari yang lalu. Sehingga subuh tadi semasa saya bersolat saya mendapat ilham untuk semak semula sama ada rujuk saya sah atau tidak. Saya tidak mahu berdosa dan menginaya sesiapa dalam hal ini. Isteri pertama saya seakan tidak percaya dan setuju jika masih suami isteri. Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Hukum bersama selepas bercerai dalam tempoh iddah tanpa niat untuk rujuk kembali. Adakah isteri masih menjadi isterinya walaupun tanpa niat untuk rujuk kembali dan di haruskan untuk melepaskan talak sekali lagi?

message user image

Soalan: Adakah jatuh talak jika seorang suami berkata begini kepada isterinya “kerana awak perempuan baik abang kahwin dengan awak jika tidak, abang tak nikah dengan awak”. Mohon penjelasan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum encik, saya nk bertanya semalam saya bergaduh dengan suami saya, dalam keadaan yang sangat marah dia melafazkan cerai dgn berkata “Selepas saya melahirkan anak yang saya kandung sekarang, dia ceraikan saya”. Adakah akan terjatuhnya talak kepada saya selepas saya melahirkan anak ini? Dia menafikan talak tu sah kerana dalam keadaan sangat marah dan tidak waras, tapi saya was2 dengan itu. Tolong bagi penerangan untuk soalan saya. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Nama saya Helmy Firdaus. Saya ingin minta bantuan dan penjelasan mengenai ‘anak angkat’. Saya sudah berkahwin hampir 10 tahun namun belum dikurniakan zuriat. Saya bercadang untuk mengambil anak angkat perempuan. Cuma saya ingin minta bantuan apa taraf saya dengan anak angkat perempuan itu nanti. Isteri saya bercadang untuk menyusukan bayi perempuan tersebut dan bercadang untuk jadikan dia anak susuan. Persoalan saya 1. Apakah status bayi tersebut dengan saya nanti? 2. Adakah bayi perempuan tersebut akan jadi mahram saya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Semalam telah berlaku pertengkaran antara saya dan suami di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Oleh kerana tidak tahan dengan maki hamun & kata-kata kesatnya saya telah berkata "Lepaskan la saya" dan suami menjawab "Ok saya lepaskan, keluar sekarang". Apabila saya hendak membuka pintu kereta, suami terus pandu kereta & tidak membenarkan saya keluar sehinggalah sampai ke rumah. Di rumah suami tidak berkata apa-apa tentang apa yang dilafazkan tadi seperti tiada apa yang berlaku. Persoalannya adakah jatuh talak terhadap saya ustaz? Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Sahkah talak perbuatan/isyarat bagi orang yang boleh bercakap. Sekiranya sah perlukah disaksikan isteri. Dan sahkah talak perbuatan/ isyarat tangan sekiranya isteri atau saksi tidak faham?

message user image

Soalan: Saya baru bercerai talak satu disaksikan ibu saya sendiri.soalan saya, bolehkah saya rujuk semula dengan suami pada hari yang sama saya bercerai tetapi belum dapat lagi sahkan di pej.agama kerana hari sabtu.

message user image

Soalan: Salam, ustaz. Suami saya dah hampir 4 tahun tak punya kerja tetap. Tetapi Alhamdulillah, kalau ada rezeki lebih, dia bagi duit cuma bukan tiap bulan. Kami ada 3 orang anak, yang bongsu baru je 5 bulan. Suami saya terpaksa menetap disemenanjung kerana masih mencuba merebut peluang pekerjaan di sana. Saya dan anak2 di Sabah duduk rumah mak ayah. Saya nak tanya, jatuh talak ke sebab suami sy tak mampu beri duit tiap bulan? Tapi saya tak pernah nak paksa sebab saya tau keadaan dia. Saya bekerja alhamdulillah dan cukup perbelanjaan untuk tampung anak2. Jadi, adakah kami sudah tercerai walaupun tak pernah di lafaz hanya kerana dia tak beri kami duit belanja?

message user image

Soalan: Assalamualaikum selamat sejahtera, saya nak bertanya berkenaan bapa saya tidak mahu menjadi wali tetapi saya punya abang. Apa procedure yang perlu saya tahu ye untuk abang saya jadi wali?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya apakah hukum jika suami asyik menghalau saya dan anak-anak keluar dari rumah dan sering maki hamun serta tidak memberi nafkah zahir dan batin. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalam, saya ingin tanya tentang TALAK. Situasi pertama: Suami isteri berselisih faham suami menyatakan kepada kawannya "Aku cerai dah bini aku" dalam keadaan marah dan dengan niat tapi tidak di ketahui isterinya sehingga dia mengaku pernah cakap macam tu. Situasi kedua: Suami isteri bergaduh di dalam mesej dan isteri cakap "CERAI JE LAH" dan dalam keadaan marah yang tidak terkawal suami kata "Nak cerai, cerailah" tanpa sebarang niat kerana suami tidak dapat mengawal perasaan kerana tertekan. Soalan saya, jatuh ke talak tersebut?

message user image

Soalan: Saya sudah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Saya juga tidak berasa ingin bersama suami kecuali jika dipaksa. Ini sering menyebabkan suami saya marah dah tidak bertegur sapa sehingga 2 minggu atau lebih. Saya telah cuba untuk merapatkan hubungan tetapi masih tidak berhasil. bolehkah saya meminta cerai untuk mengelakkan dari menjadi isteri yang dibenci suami?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Semalam saya bergaduh besar dengan suami, dan saya menyuruh suami menceraikan saya. Selepas itu dlm keadaan marah suami saya menelefon ibunya dan mencritakan hal yang berlaku antara kami, dalam keadaan marah juga suami saya berkata kepdaa ibunya “Dia nak cerai, takpe aku bagi cerai” Adakah jatuh talak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya meluahkan perasaan saya berkaitan nafkah zahir kepada suami dan berlaku sedikit pertelingkahan. Saya cuma ingin mendapatkan kepastian hukum kepada ayat di bawah yang telah diluahkan suami saya: "Kalau i tak mampu (Beri nafkah) lagi lepas ni, i akan bagi u hak u yang sepatutnya."

message user image

Soalan: Assalamualaikum kepada yang berkenaan tuan/puan saya ingin bertanya sebelum bernikah saya telah berzina dengan pasangan saya, saya tahu ini adalah dosa paling besar tapi kerana nafsu saya telah terlanjur dengan pasangan saya. Sebelum bernikah saya 'TIDAK BERTAUBAT' dan setelah berapa bulan barulah kami bernikah. Pasangan saya juga menyatakan dia tidak bertaubat. Adakah perkahwinan kami sah? Setelah bernikah barulah kami dikurniakan anak. Saya ada baca satu artikel dimana mereka menyatakan perkahwinan tidak sah kalau tidak bertaubat sebelum bernikah. Saya buntu, adakah saya perlu akad nikah semula atau saya dan suami perlu bertaubat bersungguh sungguh kepada Allah tanpa memperbaharui akad nikah? Jika perlu akad nikah baru, perlu kah saya membawa wali saya atau sebaliknya. Saya tidak mahu wali saya tahu bahawa saya telah berzina sebelum bernikah. Saya harap tuan/puan dapat menjawab soalan saya terima kasih.

message user image

Soalan: Soalan saya, adakah dikira zihar jika seorang suami menyamakan potongan rambut isterinya dgn rambut anak saudaranya(suami) dan juga menyamakan keadaan perut isterinya yang agak buncit dengan keadaan perut ibunya(suami) dalam keadaan bergurau, tiada niat yang lain. Sekian.

message user image

Soalan: Assalamualikum ustaz. Saya nak tanya, jika lafaz taklik dinyatakan di dalam aplikasi whatapps berbunyi "Jika buka lagi Instagram dia, jatuh talak". Suami ada mempunyai hubungan dengan wanita lain, dan kerana tidak mahu saya syak yang tidak baik, beliau melarang saya untuk selidik/melihat instagraam berkaitan wanita tersebut. Kerana pada kali pertama saya melihat instagram wanita tersebut, wanita itu telah menggabungkan namanya dan nama suami beserta icon hati. Sebagai seorang isteri hancur rasaya hati bila melihat status tersebut. Kerana itu, suami taklik agar saya tidak tgok ig wanita itu lagi. Namun baru2 ni sy telah terlihat sekali lagi dan wanita itu masih lg menggabungkan nama mrk berdua. adakah lafaz taklik melalui whatapps itu sah? dan adakah sah lafaz cerai jika ayat di dalam whatapps suami menyatakan "kita bercerai la" dan ayat "kita bercerai talak satu". Terima kasih atas penjelasan ustaz.

message user image

Soalan: Seorang lelaki bercerai dengan isterinya dan punyai 3 orang anak perempuan umur antara 13-18 tahun. Bekas isteri Sudah berkahwin lain Dan anak-anak dibawa bersama. Kemudian bekas suami juga berkahwin lain dengan seorang janda beranak 3 umur antara 13-25. Janda ini kematian suami. Anak sulungnya sudah berkahwin dan tidak tinggal bersama. Hanya dua anak yang masih belajar tinggal bersama si Ibu Dan bapa tirinya Soalan saya, bagaimanakah kedudukan nafkah anak tiri tersebut? Wajibkah ke atas bapa Tiri atau Ibu kandungnya? Kerana Ibu kandungnya berniaga Dan punya pendapatan sendiri Dan lelaki tadi membantu isterinya berniaga. Lelaki itu setiap bulan salurkan nafkah pada anak2 kandung yang tinggal bersama bekas isteri. Tetapi tiada nafkah untuk anak tirinya. Semuanya ditanggung oleh Ibu kandungnya. Boleh berikan pencerahan tentang tanggungjawab nafkah tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, tuan saya ada sedikit pertanyaan mengenai munakahat. Abang sulung saya mempunyai seorang anak tidak sah taraf (luar nikah) tetapi telah di ‘bin’ kan ke atas nama abang saya sendiri dan bukan dengan nama ‘Abdullah’. Soalan saya, adakah sah nikah anak tersebut jika dia bernikah dengan seorang perempuan pilihannya? Terima kasih.

message user image

Soalan: Apakah hukumnya jika saya keluar dari rumah suami, atas alasan tidak mahu disakiti secara psikologi dan fizikal. Apa hukum jika suami melarang saya bekerja, sedangkan saya harus mencari nafkah untuk diri sendiri. Apa cara untuk saya membuat aduan di pejabat agama jika saya tidak memiliki dokumen surat nikah kerana disembunyikan oleh suami. Apakah jatuh nusyuz ke atas diri saya jika tidak tinggal serumah dengan suami. Harap dapat memperjelaskan kepada saya. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya pernah memohon pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah tapi tuntutan di tolak atas alasan suami tidak menyebut nama saya, talak berapa dan mengikutnya tiada niat (hanya percakapan dan tiada saksi jelas dan tiada bentuk bertulis). Kali ini suami menyatakan dalam SMS bahawa apa-apa terjadi pada diri suami dengan sendiri saya jatuh talak. Saya ada minta contoh keadaan apa yang boleh buat talak saya jatuh. Suami jawab "Apa sahaja". Jawapan sangat umum. Selepas itu, suami pernah terlanggar kereta orang, suami juga kata sudah bercerai dengan isteri yang lain. Semua ini terjadi kepada diri suami. Soalan saya adakah talak saya telah jatuh disebabkan itu? Apa yang perlu saya buat kerana saya rasa perkara talak seperti mudah sahaja bagi suami asalkan tak sebut nama, talak berapa dan niat. Sekian dan didahului ucapan terima kasih. Wassalam.

message user image

Soalan: Salam tuan/puan, saya ada sedikit permasalahan untuk diutarakan. Untuk pengetahuan tuan, saya berasal dari Negeri Sembilan berumur 32 tahun, sudah mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Saya ingin mengahwini seorang lagi wanita berasal dr Pahang berusia 31 tahun sebagai isteri saya yang kedua dengan niat baik untuk membantunya dan sangat mencintainya. Keluarga wanita itu sudah merestui hubungan kami. Alhamdulillah dr segi financial, inshaAllah saya yakin boleh berikan yang terbaik kepada kedua-duanya dan anak2. Selebihnya, InshaAllah saya cuba yang terbaik juga unutk bersikap adil semampu saya. Saya juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab saya kepada isteri dan anak2 selama ini. Saya sudah meminta izin isteri saya, dia kelihatan boleh menerima permintaan saya walaupun tidak sepenuhnya. Ada juga dia minta untuk saya menceraikan dia tetapi saya sayang padanya dan x mungkin saya menceraikan dia, dan wanita baru itu juga begitu memerlukan saya dan saya berjanji untuk mengahwininya. Tapi saya berjaya memujuk isteri saya, dan dia setuju. Seterusnya, apabila saya meminta izin ibu bapa saya dan mertua saya, mereka sangat menentang hubungan ini, membuatkan isteri saya juga turut tidak bersetuju semula. Saya dah cuba yang terbaik untuk meneruskan hubungan ini secara baik dan memberikan hak untuk mereka tahu mengenai perkara ini. Tapi saya juga rasa perkahwinan kali kedua ini juga terbaik untuk saya dan wanita baru itu untuk mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya dan selepas doa dan istikharah. Saya nekad untuk meneruskan perkahwinan ini. Dan saya seboleh-bolehnya tidak mahu berkahwin di Thailand untuk menghormati wali dan keluarga wanita baru yang ingin saya nikahi itu. Apakah pendapat tuan yang lebih arif mengenai hal ini? Apakah yang patut saya lakukan? Bolehkah saya meneruskan perkahwinan ini secara normal di Malaysia?

message user image

Soalan: Saya telah mengatakan kepada isteri saya "Kita dah tak ada apa2 lagi komitment kan?" Komitment yang dimaksudkan saya ialah kelengkapan rumah sbb semua barang sudah ada. Soalan saya adakah perkataan itu dikira talak? Sekian, Terima Kasih.

message user image

Soalan: Saya dan suami saya berkahwin pada 3/11/17 di negeri kelantan. Suami saya telah merahsiakan perkawinannya dengan perempuan bernama ella pada 13/9/17 di songkhla dan tidak daftar di malaysia sehingga sekarang. Apakah hukum jatuh keatas perkawinan kami? Suami saya dengan niat untuk menipu saya sepanjang perkawinan kami selama 8 bulan? Saya rasa tertipu dengan pengakuan status suami saya.

message user image

Soalan: Seorang janda mempunyai 4 anak dan seorang anak bongsu yang bukan dari benih dudanya semasa mereka masih suami isteri. Ini diakui sendiri oleh janda tersebut. Bolehkah bernikah dengan janda dan anak bongsu dua dua sekali?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti saya ingin bertanya berkenaan hukum kahwin paksa, adakah seorang ayah berhak memaksa anak perempuan untuk menikah? Bagaimana pula hukum seorang ayah melarang pernikahan anak perempuannya dengan orang yang baik, tapi bukan pilihan nya? Terima kasih.

message user image

Soalan: Kawan saya tulis dalam status whatsapp bercerai dan isterinya terbaca status. Mereka masih suami isteri. Soalannya jatuh tak talak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan, saya seorang lelaki berumur 25 tahun dan berhajat untuk menikahi kekasih saya. Kami pernah terlanjur dan kini saya ingin membetulkan khilaf saya dengan ingin menikahi kekasih saya. Ibu tiri (ayah dan ibu sudah meninggal) saya tidak membenarkan saya berkahwin dengan kekasih saya kerana percaya saya telah diguna-gunakan (sihir pengasih) oleh mak kekasih saya tanpa bukti yang jelas. Sekiranya sayaa tetap ingin berkahwin, adakah tindakan saya ini akan diredhai tuhan kerana tujuan saya bukanlah untuk menderhaka dan melukakan hati ibu tiri saya tetapi untuk memberi keadilan kepada kami semua. Mohon bantu saya tuan, saya sudah mati akal. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin membuat pertanyaan dan pendapat mengenai :- 1) Suami yang tidak menunaikan tanggunggjawab terhadap Allah iaitu meninggalkan solat dan puasa dengan sengaja. 2) Suami yang suka bersama kawan2nya lebih dari keluarga sendiri. Kadang2 suka bertaruh dan bangga bila mengatakan pada orang lain. 3) Suami tidak bekerja tetapi isteri redha cuma bab tanggungjawab lain contoh mengambil berat tentang anak2 dan bapa sendiri acuh tidak acuh tidak acuh. 4) Beranggapan diri selalu betul, tidak mahu mendengar nasihat meskipun dari ibu sendiri. 5) Isteri pernah derhaka tapi tidak melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya. Ustaz/ustazah sekiranya ada berlaku perkara diatas dalam rumahtangga apa yang patut dilakukan?

message user image

Soalan: Salam. Saya ingin bertanya sekiranya seorang isteri baru habis haid dan telah kering adakah dianggap suci? (Sebelum mandi hadas) “Sampai mereka suci‘artinya bahwa darah mereka (wanita haid) telah berhenti, hilanglah penghalang yang berlaku saat darah masih mengalir. (Tafsir As Sa’di jilid, hal 358) Adakah persetubuhan dibolehkan? Dan sekiranya haram, apakah yang perlu dilakukan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya mempunyai teman wanita warga negara asing dan kami merancang untuk berkahwin di Malaysia. Teman wanita saya masih belajar jadi ibu bapanya berharap agar urusan kahwin dari segi dokumen ditangguhkan tetapi hanya menjalankan majlis perkahwinan sekarang. Majlis itu akan didatangi oleh dua-dua pihak. Bolehkah kami menjalankan majlis perkahwinan tetapi menangguh pendaftaran kahwin dari segi dokumen? Adakah ianya sah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya mempunyai kemusykilan tindakan yang harus saya lakukan dalam rumah tangga saya. Usia perkahwinan saya hampir 6 tahun dan mempunyai 3 orang anak lelaki yang sangat comel. Namun suami tidak sempurna dalam memberikan nafkah kepada anak dan saya sendiri, malah duit rumah, kereta dan bil semua di bawah tanggungan saya. Suami juga sering menuduh saya berzina dengan pelajar dan rakan sejawatan saya sehingga menuduh saya sebagai pelacur, hati saya sentiasa memaafkan dia namun hampir 6 tahun tuduhan dan tanggungjawab keluarga di bahu saya hati saya sudah tidak dapat menerima dengan tenang. Lagi pula saya hilang fokus untuk bekerja kerana sering dicaci diherdik hampir setiap hari. Selain itu, suami juga pernah memukul saya sehingga ada kesan lebam dan bengkak malah pernah mencekik saya. Saya sangat keliru.

message user image

Soalan: Assallammualaikum wbt, adakah talak jatuh bilamana seorang suami mengatakan "Taknak bersama" Mohon penjelasan. Saya meragui ayat ini. Mohon dapat balas dengan segera. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya tentang kejadian yang berlaku kepada saya. Saya kerap alami hati berkata kata walaupun saya cuba untuk elakkan. Sehinggakan dalam semua perkara termasuk ketika solat. Dah dua tahun saya alaminya. Semuanya berpunca dari was was saya terhadap satu lafaz talak yang telah disahkan tidak berlaku oleh pejabat agama. Selepas itu hati saya kerap diganggu. Saya dah berubat dan buat amalan amalan yang ustaz ustaz suruh. Tetapi ia masih datang lagi. Sekarang ni saya terlalu fobia dengan talak secara perbuatan. Contohnya saya takut apabila melambai isteri ketika dia pergi kerja (seolah olah sebagai isyarat talak). Di dalam solat pun berlaku di mana apa bila naik rakaat ketiga dalam hati akan bercakap talak tiga. Saya takut benda benda ni. Apa pendapat ustaz? Berlaku talakkah dengan perkara tersebut dan apa perlu saya buat untuk melawan penyakit saya ini.

message user image

Soalan: Suami isteri sudah bercerai, tapi ada bersama ketika tempoh eddah. Tapi isteri enggan rujuk semula pada suami. Apakah hukumnya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Dato'/Ustaz, saya ingin bertanya sekiranya suami lafaz kepada isteri "Pulang kerumah segera jika tidak jatuh talak satu" si isteri masih tidak pulang, dan suami lafaz sakali lagi "Kalau tak nak jatuh talak pulang segera" si isteri masih tidak pulang dan suami lafaz lagi untuk kali ketiga "Aku bagi masa 15minit untuk kamu pulang kalau tidak jatuh talak" si isteri masih tidak pulang. Soalan saya, adakah jatuh talak tiga terhadap isteri tersebut, walaupun niat suami ingin jatuhkan talak satu?

message user image

Soalan: Ada orang tanya soalan pada saya, beliau kematian suami. Suami meninggal dunia di Penang akan tetapi jenazah suami perlu dibawa ke rumah ibubapanya di Taiping. Soalannya: Bolehkah si isteri mengiringi jenazah suaminya ke rumah mertuanya di Taiping sedangkan beliau dalam tempoh Iddah.

message user image

Soalan: Status perkahwinan suami isteri bila ada pihak ketiga yang memalsukan kematian si suami kepada isterinya tanpa pengetahuan si suami kerana ketika itu si suami koma akibat kemalangan. Si isteri tidak dibenarkan melihat jenazah suami buat kali terakhir. Selepas 20 tahun, baru segala2 terbongkar dan si suami rupa2 masih hidup. Si suami juga sebelum ini dimaklumkan bahawa isterinya itu juga sudah meninggal dunia. Adakah mereka masih suami isteri atau sudah bercerai selepas 20 tahun tersebut?

message user image

Soalan: Saya mewakili kawan saya (nama samaran Ali) ada beberapa kemusykilan dan inginkan penjelasan lebih jelas dari pihak yang lebih arif mengenai hukum agama dan juga undang-undang dalam Malaysia. 1. Ali telah bernikah pada April 2018 dengan seorang gadis (nama samaran Siti) yang sedang mengandung 3-4 bulan ketika itu. Anak yang dikandungkan itu BUKAN zuriat Ali. Mengikut kata Siti, dia sudah terlanjur dan lelaki yang mengandungkan dia sudah meninggal akibat kemalangan (mereka tidak sempat bernikah). PERSOALAN : Apakah hukumnya berkahwin dengan perempuan yang sedang mengandung (terutamanya anak luar nikah)? 2. Keluarga Siti merancang apabila anak luar nikah yang dikandungkan Siti lahir ke dunia, nama anak tersebut hendaklah di bin atau di binti kan dengan nama Ali. PERSOALAN : Apakah hukum anak luar nikah di bin atau di binti kan dengan nama bukan bapa kandungnya? 3. Sejak melangsungkan perkahwinan pada bulan April, hubungan Ali dan Siti seringkali berlaku pergaduhan sehinggakan ada suatu malam dalam bulan Mei, Ali telah melafazkan talak 1 pada Siti. Namun, selepas beberapa jam kemudian, mereka rujuk kembali bersaksikan keluarga Siti. Lafaz talak tersebut tidak difailkan pada pejabat agama. PERSOALAN : Perlukah mereka menfailkan perceraian tersebut mengikut undang-undang? Jika tidak, apakah tindakan yang boleh diambil? Adakah ini bermakna hanya tinggal baki 2 talak (3-1=2) sahaja lagi ? 4. Baru-baru ini (akhir Julai 2018), Ali telah melafazkan talak 3 (mengikut cerita Ali sendiri) kepada Siti bersaksikan ibu dan ayah Siti. Namun beberapa hari selepas Ali melafazkan talak, Siti mengatakan bahawa dia mendengar Ali melafazkan talak 2 padanya ketika itu dan bukannya talak 3. Dan sehingga kini mereka belum menfailkan perceraian pada pejabat agama. PERSOALAN : Adakah sah talak 3 yang dilafazkan oleh Ali pada Siti yang sedang mengandungkan anak luar nikah? Bilakah mereka perlu menfailkan perceraian tersebut? Apakah tindakan yang boleh dikenakan sekiranya mereka tidak menfailkan perceraian tersebut? 5. Saya sedikit musykil berkaitan isu talak ini. Ada pendapat yang saya dengar, seorang suami tidak boleh melafazkan talak 3 sekaligus. Jika dia melafazkan juga talak 3 sekaligus buat pertama kali, maka ia tetap dikira sebagai talak 1. Dan jika dia mengulangi lagi lafaz talak, maka akan jatuh talak 2 ( 1+1=2). Sehingga lafaz kali ketiga, barulah jatuh talak yang tidak boleh dirujuk semula (1+1+1=3). Manakala ada pula pendapat lain mengatakan suami boleh melafazkan talak 3 sekaligus dan ia tidak boleh rujuk semula melainkan setelah isterinya diceraikan suami barunya dan telah tamat iddah dengan suami barunya. PERSOALAN : Pandangan atau pendapat yang mana satu kah yang betul mengikut hukum Islam dan undang-undang dalam Malaysia? Saya amat berharap pihak ustaz/ustazah mampu memberikan penjelasan yang jelas mengenai kemusykilan saya seperti yang diterangkan di atas. Kerjasama pihak ustaz/ustazah amat saya hargai dan sekalung penghargaan terima kasih diucapkan.

message user image

Soalan: Saya telah berkata pada isteri saya dalam keadaan yang amat marah sehingga saya tidak dapat mengawal diri saya daripada berkata ”Kalau esok kau balik kampung tanpa izin aku, aku ceraikan kau dengan talak 3” Keesokan hari isteri saya tetap juga balik kampung tetapi saya mengizinkannya. Adakah jatuh talak?

message user image

Assalamualaikum..Apa hukumnya jika seorang isteri masih menyimpan barang-barang arwah suaminya sedang wanita itu telah bernikah lain?

message user image

Soalan: Adakah sah lafaz rujuk saya jika saya melafazkan rujuk terhadap bekas isteri saya tetapi isteri saya tidak bersetuju dengan lafaz rujuk tersebut. Adakah saya dikira telah rujuk kembali dengan melafazkan rujuk tersebu?

message user image

Soalan: Adakah jatuh talak terhadap isteri-isteri yang lain, jika suami berkata dengan tegas kepada isteri pertama "saya hanya ada seorang isteri sahaja iaitu awak" yang didengari oleh 2 orang saksi

message user image

Soalan: Saya anak ke 4 dari lima adik beradik, 2 lelaki 3 perempuan. Ayah sudah meningal. Tetapi datuk ada lagi. Kalau saya nak nikah siapa yang boleh menjadi wali saya?

message user image

Soalan: Adakah terbatal suatu perkahwinan tersebut jika pasangan itu menyedari bahawa mereka telah melompat turutan wali nikah. Perkahwinan tersebut telah berusia 9 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Pasangan tersebut menikah berwalikan adik lelaki perempuan tersebut sedangkan datuk disebelah keluarga arwah bapanya masih hidup. Jika terbatal, apakah yang perlu dilakukan oleh pasangan tersebut dan bagaimana pulak status anak mereka?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Masalah saya, suami saya suka berjudi dan mengambil dadah. Setiap hari akan bergaduh. Saya dah tidak tahu bagaimana nak mengubah beliau. Soalan saya, berdosakah saya kerana meninggi suara dan tidak menghormati suami?

message user image

Soalan: Salam Tn/Pn yang dihormati, Adakah akan jatuh talak sekiranya suami dipaksa untuk menandatangan satu surat yang menyatakan bahawa sekiranya dia melanggar peraturan yang telah dipersetujui bersama maka akan jatuhlah talak. Sedangkan dia langsung tidak berniat untuk menceraikan isteri. Dia hanya menandatangani surat tersebut untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Mohon dapat membantu dengan segera. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, abang saya bercerai dgn kakak ipar saya. Dalam setahun dua ni abang saya sakit dan tidak boleh bekerja. Adakah kami (bapa saudara) kena bagi nafkah kepada anak saudara saya?

message user image

Soalan: Asalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan hukum talak. Telah berlaku sedikit pergaduhan antara suami dan isteri sehingga si suami menyebut perkataan " jomlah kita cerai selalu (dalam dialek kelantan). Adakah dikira talak tersebut telah jatuh? Dan si suami menjelaskan maksud perkataan 'selalu' dalam dialek kelatan bukan bermaksud serta merta tetapi merujuk kepada harini. Dan si suami tersebut menyatakan bahawa sebenarnya didalam hati tidak berniat untuk bercerai. Adakah kata-kata diatas sama maksud 'aku ceraikan kau' ? Mohon penjelasan sebab si isteri dalam delima.

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya ingin bertanya, adakah dikira zihar jika berkata pada isteri saya “kepala awak ikut mak awak”? saya tidak punya niat untuk menyamakan mereka cuma ketika itu kami bersembang kosong. Tolong beri nasihat. Sekiranya ya, bolehkah saya membayar kafarah dengan memberi 60 orang miskin makan secupak beras tanpa berpuasa 2 bulan? Terima kasih. Semoga tuan/puan boleh membantu saya atasi masalah ini. Assalammualaikum.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya, cara rukuk untuk perempuan yang sebenar bagaimana ya? adakah siku mesti dirapatkan ke badan atau tidak? mohon pencerahan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalam, di sini saya ingin bertanyakan hukum seorang suami yang tidak memberi nafkah yang sepatutnya kepada seorang isteri, sedangkan ada potongan wajib ke atas isteri dari gaji suami, persoalannya di sini adakah di kira sebagai hutang suami kepada isteri jika suami memegang kad bank isteri untuk senang mengambil semula duit yang diperuntukkan untuk isteri dari gaji suami, sebagai contoh peruntukkan isteri rm700 sudah ditetapkan pemotongan dari gaji askar dari pihak tentera, tetapi suami dengan sewenangnya memegang kad bank isteri untuk senang mengambil wang tersebut dan cuma memberi rm200 kepada isteri dan selama 6tahun perkahwinan suami langsung tidak memberi sedikit wang dari peruntukkan tersebut, bermula tahun ke 7 sehingga 13 tahun perkahwinan baru duit cuma rm200 dari jumlah sepatutnya diberikan.ringkasannya saya ingin mengetahui adakah dikira suami berhutang dengan isteri sedangkan itu potongan wajib ke atas isteri di dalam askar. Jawapan dari mufti akan saya beri kepada suami untuk pengetahuan agamanya

message user image

Soalan: Salam. Saya hendak bertanya tentang hukum. Adakah berdosa dan dikira derhaka seorang isteri jika tidak mengikut keputusan suami atas sebab takut mudharat kepada diri dan anak2? Situasinya adalah si suami tidak lagi seperti dahulu. Melayan isteri seperti orang luar yang tidak dikenali akan tetapi meminta isteri mengikutnya berpindah ke tempat kerjanya. Sedangkan layanannya terhadap isteri adalah seperti orang asing. Dan suami suka bertindak ikut kepala sendiri. Suami saya telah meninggalkan saya sejak saya mengandung 1 bulan anak kedua. Menghilang tanpa khabar berita. Dapat tahu pasal suami apabila saya yang berusaha mencarinya. Apakah hukumnya jika saya tidak mengikut kehendak suami? Adakah saya masih dibawah hukum suami yang mana jika saya keluar rumah tanpa izin atau berbuat sesuatu yang perlu melibatkan suami, saya dikira nusyuz sedangkan suami memutuskan perhubungan kami dan menggantung status saya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang permasalahan penceraian yang telah berlaku pada diri saya untuk kedua kalinya. Untuk makluman, dengan bekas isteri pertama saya ada 4 orang anak di bawah jagaan saya. Dengan bekas isteri kedua ada seorang anak di bawah jagaan dia. Saya telah berpisah selama masuk 5 tahun. Semasa berpisah, anak masih dalam awal kandungan kerana dia telah keluar rumah tanpa keizinan saya dengan lelaki lain. Soalan pertama saya, adakah itu nusyuz? Setelah hampir 5 tahun, saya masih memberi tanggungjawab pada anak perempuan yang telah lahir mengikut kemampuan saya. Masalah yang timbul sekarang, dia kerja melompat-lompat, sampai kan sewa rumah dan keperluan lain masih mengharap pada saya padahal segala deposit atau permulaan hidup nya saya sudah dahulukan sampai terpaksa berhutang. Lagi pun saya ada tanggungan lain. Pada awal nya, dia berjanji akan bekerja dan membayar sewa rumah dan keperluan lain untuk diri dia sendiri, manakala anak yang di bawah jagaan dia, saya akan uruskan apabila dia bekerja. Namun sebaliknya berlaku bila dia masih berhenti kerja dan tidak bekerja sampai sekarang di mana sewa rumah yang dia duduk sekarang perlu di bayar sedang kan saya banyak yang saya perlu tanggung termasuk hutang-hutang saya. Tetapi dia tetap meminta berlebihan nafkah anak saya itu. Saya sekarang berada dalam situasi buntu mengenangkan masalah ini. Saya ada berkata padanya agar anak saya itu biar di bawah jagaan saya agar dia boleh bergerak meneruskan hidupnya. Untuk pengetahuan, keluarganya juga termasuk abang-abangnya tidak ambil peduli masalah adik dia setelah kematian bapa nya. Kesimpulannya, saya sering didesak memenuhi keperluannya melebihi apa yang sepatutnya saya beri kepada anak di bawah jagaannya.

message user image

Soalan: Saya berkahwin dengan suami, seorang duda. Sebelum mengikat tali pertunangan dan berkahwin, suami pernah meyakinkan saya yang dia telah melupakan bekas isteri. Setelah berkahwin dengannya saya menjumpai mesejnya dengan bekas isteri yang menyatakan cintanya dan mengajak bekas isteri untuk rujuk semula. Mesej dihantar sebelum kami bertunang dan semasa kami bertunang. Sebelum kami bertunang dan berkahwin saya telah melakukan istikharah dan hati saya berat kepadanya tetapi sekarang saya berasa tertipu dan tertekan dengan perbuatannya. Adakah saya berdosa jika meminta diceraikan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah,saya ingin menanyakan tentang zihar, saya pernah cakap kepada isteri saya bahawa urat yang timbul di belakang betisnya sama macam emak saya yang uratnya timbul belakang betis (selalu terjadi bila perempuan selepas melahirkan beberapa anak).Adakah ia temasuk zihar? Masa itu saya bercakap secara spontan dan tiada niat untuk menziharkan isteri. Jika membayar kafarah, adakah ia mesti mengikut turutan seperti pertama merdekakan seorang hamba, kedua puasa selama 2 bulan,ketiga memberi makan kepada 60 org miskin? Adakah dibolehkan kita memilih salah satu,seperti saya hanya mahu memberi makan kepada 60 org miskin sahaja. Sekian

message user image

Soalan: Saya melarang isteri daripada berhubung dengan kawan nya dan saya melafazkan jika dia berhubung, jatuhlah talak satu. Tetapi apabila saya sudah tahu apa sebab dia berhubung, baru saya sedar yang saya sudah salah faham. Jika selepas ini dia berhubung dengan izin saya, jatuh ke talak itu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. 1) Saya dengan rendah diri ingin bertanya tentang hukum jika seorang perempuan berkahwin dengan lelaki lain dengan niat untuk “cina buta”? Ia tidak di ketahui oleh lelaki yang dikahwininya ketika itu. Hanya perempuan tersebut dengan bekas suaminya sahaja yang mengetahui tentang “cina buta” itu, dan perbelanjaan urusan perkahwinan di Thailand dengan lelaki itu ditanggung oleh bekas suami, hanya mas kahwin sahaja diberikan oleh lelaki yang baru dinikahinya, lelaki yang baru dinikahinnya itu adalah pilihan perempuan itu sendiri. Adakah perempuan tersebut boleh mengahwini bekas suaminya kembali? 2) Jika pada hari pernikahan tersebut, pada malam pertama itu mereka bersetubuh dengan memakai alat perlindungan(condom), adakah ia sah? Adakah perempuan tersebut boleh menikahi bekas suaminya semula selepas perceraian? Sekian,terima kasih.Diharap pihak tuan/puan dapat memberikan penjelasan kepada soalan tersebut.

message user image

Soalan: Proses meminta cerai di mahkamah syariah mengambil masa yang sangat panjang, berbulan-bulan malah ada yang sampai bertahun. Berdasarkan hukum, isteri yang meminta cerai merupakan isteri yang masih sah. Apakah yang perlu dilakukan isteri sekiranya suami menuntut isteri untuk taat padanya? Adakah isteri berdosa sekiranya enggan? Contohnya suami ingin keluar bersama isteri, suami ingin bermesra bersama isteri.

message user image

Soalan: Salam. Sebelum saya bernikah, ayah saya tidak pasti akan status saya kerana pernah bersama dgn ibu saya sebelum mereka bernikah. Ayah saya tidak pasti sama ada ibu sudah mengandungkan saya sebelum atau selepas nikah. Saya bernasabkan bapa saya tetapi berwalikan hakim ketika nikah. Adakah perkahwinan saya sah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang pernikahan ibu saya. Ibu saya merupakan anak angkat dan bernikah dengan ayah saya sekitar tahun 1990. Ibu saya berbinti kan ayah angkat, bukan ayah kandung. Kalau ikut yang saya baca di web mufti, anak angkat dilarang berbinti kan ayah angkat. Tapi apabila saya tanya pada ibu saya, dia kata orang dulu2 belum tahu tentang hal ini dan tiada sesiapa yang tegur atau tahu tentang itu. Jadi persoalannya, adakah pernikahan ayah dan ibu saya itu sah? Saya sangat risau sebab hal-hal berkaitan keturunan ni sangat penting dan perlu ambil serius. Sekiranya pernikahan itu tidak sah, maka bagaimana dengan status kami adik beradik? Anak luar nikah atau bagaimana? Mohon penjelasannya. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t., Sy ingin bertanya bagi pihak orang lain. Ceritanya begini, ada seorang lelaki telah melakukan zina dengan seorang wanita pelacur 5 tahun dahulu. Lelaki itu adalah seorang duda. Wanita tersebut mempunyai seorang anak luar nikah dengan lelaki lain. Selepas itu lelaki tersebut telah meninggalkan wanita tersebut selama 4 tahun. Lelaki tersebut telah bertaubat nasuha dan tidak melakukan dosa besar lagi. Pada setahun setengah yang lalu lelaki tersebut telah terjumpa wanita tersebut semula dan wanita tersebut telah mempunyai 3 orang anak semuanya. Wanita tersebut tidak mahu memberitahu siapa bapa kepada anak-anak tersebut. Walaubagaimanapun, lelaki tersebut cuma mengesyaki salah seorang dari anak tersebut adalah anaknya. Tetapi wanita tersebut masih tidak mahu mengaku bahawa salah seorang dari anak itu adalah anak lelaki tersebut. Lelaki tersebut kurang pasti samaada wanita tersebut mengetahui atau tidak mengetahui siapa bapa kandung kepada anak-anak itu. Wanita tersebut sehingga kini masih belum bertaubat dan masih melakukan dosa besar. Soalan lelaki tersebut ialah adakah dia perlu berkahwin dengan wanita tersebut hanya kerana dia mengesyaki salah seorang dari anak tersebut ialah anaknya? Siapakah yang bersalah dalam situasi begini? Siapakah yang perlu menjadi wali hakim kepada anak-anak tersebut jika anak-anak tersebut ingin berkahwin? Siapakah yang perlu menjaga dan memberi nafkah kepada anak-anak tersebut? Saya ada terbaca beberapa penerangan mengenai bab nikah kahwin dalam Islam. Mengikut hukum bapa kandung kepada anak-anak luar nikah tersebut hanya akan menjadi bapa tiri walaupun bapa kandung mereka bernikah dengan wanita tersebut. Maka bapa tiri masih tidak boleh mewalikan anak-anak tersebut jika mereka hendak berkahwin. Sekian.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ ustazah.. soalan saya... apakah menjadi satu kesalahan saya seandainya saya meminta cerai dari suami. Namun suami tidak mahu menceraikan saya atas alasan sayang. Untuk pengetahuan ustaz/ustazah, suami saya sudah 2 tahun tidak bekerja. Segala urusan rumah tangga termasuk anak-anak saya yang tanggung. Pada suatu hari, suami saya telah meminta wang daripada saya. Oleh kerana saya tidak memberikan dia sejumlah wang diminta, dia telah memalukan saya di pejabat dengan berlagak seperti seorang samseng. Saya terus meminta agar dia melepaskan saya dan anak-anak. Namun dia tidak mahu. Saya nekad untuk mengubah cara hidup saya. Untuk pengetahuan ustaz/ustazah, masa kini, saya sedang berkawan dengan seorang lelaki yang terlalu baik. Namun hubungan kami hanya hubungan kerja sahaja tidak lebih dari itu. Kami jarang berhubung namun kami sering memerhati antara satu sama lain. Dia pernah memberitahu yang dia akan membantu saya untuk melepaskan diri dari suami saya. Perasaan sayang saya dengan suami sudah tiada. Saya cuma ada perasaan simpati sahaja sekarang. Tolong bantu saya ustaz/ustazah. Apa yang perlu saya lakukan.

message user image

Soalan: Assalam. Semoga tuan berada dalam lindungan Allah. Maaf kerana bertanya disini. Saya ingin memohon nasihat ringkas & jasa baik daripada tuan untuk permasalahan saya seperti berikut: Saya bertengkar dengan isteri dalam kereta. Bila sampai dirumah, isteri saya keluar dari kereta dan terus masuk ke rumah. Saya masih dalam kereta masih marah. Saya membebel seorang diri. Secara tidak sengaja, saya tersebut ayat ini kepada diri saya sendiri, “Kalau macam ini lebih baik bercerai”. Kemudian saya tersedar & saya istighfar. Yang saya pasti niat saya pada masa itu hanyalah untuk menyatakan rasa marah & menyatakan tekanan rasa sakit hati. Itu sahaja. Saya tidak berniat langsung untuk menceraikan isteri saya pada masa menyebut ayat tersebut. Saya masih menyayangi isteri saya. Adakah ini lafaz talak? Adakah jatuh talak? Mohon jasa baik tuan untuk bagi pencerahan.

message user image

Soalan: Situasi Ayah pesara komando umur 66 tahun, pesakit mental Ibu berniaga Ibu menolak untuk menjaga ayah sepenuh masa, saya menjaga ayah sekarang, gaji hanya cukup-cukup makan. Sebagai pesara tentera ayah ada menerima pencen bulanan. Ibu tidak membenarkan saya mengambil wang tersebut dengan alasan ayah adalah tanggungjawab kami (kami sedia maklum dan bersedia untuk jaga, cuma ada masalah kewangan). Walaupun tidak sepenuhnya, kami berharap dapat separuh daripada wang pencen untuk tujuan ubatan dan lampin pakai buang ayah. Tetapi ibu menolak sekerasnya dengan alasan wang pencen adalah hak nya sebagai isteri. Disini saya ada kemusykilan, betulkah hak pencen suami jatuh pada isteri 100% walaupun si suami masih ada dan masih memerlukan wang untuk kelangsungan hidup? sedangkan isterinya sendiri menolak untuk menjaga beliau. Saya keliru. Hak bagaimana yang dituntut sebenarnya, adakah nafkah zahir? Wajibkah seorang suami yang tidak waras menafkahi isterinya? Terima kasih.

message user image

Soalan: Adakah jatuh talak ke atas isteri pertama sekiranya seorang suami mengaku yang dirinya adalah seorang duda kepada bakal keluarga isteri kedua?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya hendak bertanya. Saya seorang isteri dan mempunyai kisah silam diri saya ini semasa bujang dengan seseorang lelaki. Perlukah saya memberitahu peristiwa hitam itu kepada suami saya? mohon pendapat dari pihak tuan. Sekarang ini saya dihantui perbuatan silam hitam itu sehingga bagi tekanan kepada saya seolah-olah syaitan menghasu. Mohon pendapat pihak tuan. Terima Kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz,saya ada pertanyaan yang benar-benar merungsingkan saya. Suami pernah melafaz dua taklik. Pertama,”Jika sesiapa diantara suami atau saya melakukan seks ringan dengan orang lain maka jatuh talak 1”. Taklik kedua suami menyebut “Jika sesiapa diantara suami atau saya melakukan seks (bersetubuh) maka jatuh talak 3 kepada saya”. Lafaz ini dilafazkan pada waktu yang sama. 2 tahun yang lalu, suami meminta ampun dan mengaku bahawa dia telah melakukan seks ringan dengan wanita lain dan dia menyedari talak 1 telah jatuh. Saya memaafkan suami kerana memikirkan saya hamil pada saat itu. Suami melafazkan rujuk kepada saya dan saya pun terima tanpa melaporkan ke pejabat agama. Persoalan saya ustaz, setelah rujuk kembali, adakah taklik yang dilafaz dahulu telah gugur atau taklik tersebut masih ada? Saya bimbang ustaz kerana baru-baru ini saya mendapat tahu suami melakukan seks (bersetubuh) dengan wanita lain. Adakah taklik kedua yang dilafazkan itu masih sah setelah rujuk dilakukan dahulu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nak tanya apa hukum gugurkan kandungan yang berusia 4 minggu atas sebab saya risau kerana suami akan bertugas di Sabah dan saya di semenanjung. Kami mempunyai 2 anak lagi 5 tahun dan setahun 6 bulan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, ketika saya membuat carian internet perkataan 'bercerai' tiba tiba isteri memarahi saya dan disebabkan itu saya marah dan terlintas cerai disebabkan saya sedang membuat carian tersebut. adakah itu dimaksudkan talak secara tulisan? saya takut talak berlaku.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Tuan. Dengan rasa amat berdosa & sangat rendah diri ingin meminta pertolongan & penjelasan dari pihak Tuan, saya mempunyai sepasang anak kembar seorang lelaki & seorang perempuan yang tidak sah taraf. Bagaimana prosedur yang sepatutnya saya ambil dan langkah-langkah yang perlu di ambil jika kedua anak saya hendak bernikah. Saya perlu detail untuk anak lelaki & anak perempuan, adakah sama?

message user image

Soalan: Sah atau tidak jika suami menceraikan isterinya waktu sedang hamil padahal suami tidak tahu isterinya hamil. Selepas bercerai, isterinya menggugurkan kandungan itu. berapa lamakah iddah wanita itu?

message user image

Soalan: Hukum Penetapan Kadar Mas Kahwin Bagi Negeri Selangor. “Menetapkan had minima kadar nilai Maskahwin sebanyak RM 300.00 bagi anak dara atau janda tanpa ada had maksima. Sekiranya terdapat wang hantaran daripada pihak lelaki, ianya dikira sebagai Maskahwin”. Soalan: Berdasarkan pernyataan di atas, adakah tidak boleh menggunakan wang hantaran untuk belanja kenduri? atau ada kaedah lain yang membolehkan wang hantaran digunakan untuk majlis kenduri Terima kasih

message user image

Soalan: 1. Sekiranya suami pernah menyatakan "tahun depan kalau kita tidak dapat anak lagi, kita pisah" apakah hukumnya? 2. Sekiranya suami pernah menyatakan "kalau dah 5 tahun kahwin kita tidak dapat anak lagi, kita pisah" apakah hukumya? 3. Sekiranya suami pernah menyatakan "lepas balik umrah nanti kita cerai" apakah hukumya? 4. Sekiranya suami pernah menyatakan dalam sms berbunyi " ok kita pisah" apakah hukumya?

message user image

Soalan: Soalan saya mengenai tuntutan cerai. Saya isteri kedua kepada suami saya. Suami telah berkahwin dengan saya tanpa pengetahuan isteri pertama. Selepas bernikah, suami saya telah berlaku jujur pada isteri pertamanya bahawa dia telah bernikah dengan saya. saya berjumpa dan berbincang secara baik dengan isteri pertama suami saya, dia tidak ingin dan tidak menerima bermadu dan meminta saya meminta cerai kepada suami saya. soalan : Berdosakah saya meminta cerai kepada suami saya kerana isteri pertama ingin mengundurkan diri? Berdosakah saya membuat janji dengan madu saya bahawa saya berjanji akan mengundurkan diri demi kebahgiaan mereka sedangkan suami saya adalah seorang yg sangat baik dan berlaku adil pada saya dan dia. Berdosakah saya sekiranya saya ingin meminta cerai sedangkan suami tidak menzalimi saya dan isteri pertamanya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Saya ingin bertanyakan soalan kepada ustaz @ustazah, Saya ada soalan nak tanya 1) suami saya adalah anak lelaki tunggal, dan yang lain adik beradiknya perempuan dan saya selepas berkahwin masih tinggal di rumah mentua. adakah berdosa untuk kami suami isteri jika kami membuat keputusan untuk duduk berasingan dari bapa mentua (ibu nya dah meninggal dan ada kakak suami yang belum berkahwin,) dengan alasan untuk kami berdikari.

message user image

Soalan: Assalammulaikum Contoh ayat niat berpisah dengan isteri:- "Kita selesaikan lepas rumah baru awak (isteri) siap" Adakah jatuh talak jika suami niat dalam hati untuk ceraikan isterinya pada masa tertentu tetapi tidak lafazkan kata 'kita bercerai' seperti ayat di atas? Suami cuma bagi gambaran pada isteri bahawa dia rasa tak boleh teruskan hidup dengan isterinya.

message user image

Soalan: Ingin tahu sohih tentang bidadari. Saya selaku suami, isteri selalu tanya adakah dipersiapkan bidadari untuk suami? lalu bagaimana dengan isteri?

message user image

Soalan: Apakah hukumnya jika suami mengajak isteri untuk bersetubuh dan Isteri pada waktu itu mahu mandi untuk mengerjakan solat Asar. Adakah ianya berdosa atau tidak kerana menolak pelawaan suami untuk bersama?

message user image

Soalan: Apakah hukum bagi seorang suami yang isterinya bekerja tanpa redha suami? suami memberi keizinan dalam terpaksa kerana tak mahu isteri merajuk. Apakah hukumnya juga bagi rezeki tersebut, adakah halal atau haram? Si isteri bekerja dalam keadaan terpaksa membuka aurat kerana kehendak tempat bekerja tersebut. Suami telah melarang tetapi si isteri menjawab jika suami sudah menegur tetapi isteri tetap berdegil maka tanggungjawab suami sudah dilunaskan. Harap dapat membantu saya

message user image

Soalan: Assalam, saya nak tanya berkenaan status saya. Adakah saya masih isteri orang yang sah ataupun tidak. Kami pernah bercerai. Dengan lafaz taklik yang dilafazkan bekas suami "Kalau hang keluar rumah tak mintak izin aku jatuh talak 1". Saya ada keluar mengambil serai dibelakang rumah jiran tanpa meminta izin. Kami sudah rujuk dengan Pejabat Agama Langkawi, kerana kami tinggal di sana. Hakim sudah mengesahkan penceraian kami. Sebelum kami daftarkan di Pejabat Agama, suami tidak mahu mendaftarkan penceraian itu kerana baginya prosedur rumit. Dia dengan yakin mengatakan saya tidak perlu risau soal aurat dan batas pergaulan. Kerana dia sudah berniat terima saya kembali sebagai isteri. Bila saya mendesak untuk rujuk pejabat agama kerana ragu-ragu, lagi sekali dengan yakin nya dia berkata, "hanya aku lafaz aku terima sahaja sudah sah!". Selepas didesak akhirnya kami mendaftar di Pejabat Agama untuk mengesahkan jatuh talak yg pertama. Kemudian apabila saya bertanya kepada suami soal rujuk yang pernah dilafazkan, dia minta saya abaikan dan lupakan. Selesai prosiding mahkamah, saya pulang ke kampung di Klang. Saya seolah-olah menghabiskan tempoh iddah disini. Sepanjang saya dalam tempoh "iddah", saya ada juga bertanya soal lafaz rujuk yang dilafazkan nya. Tetapi hanya minta saya abaikan dan lupakan. Sepanjang tempoh langgar taklik hingga ke hari ini, kami tidak melakukan hubungan suami isteri. Saya baru habis haid yang ketiga. Tetapi sampai sekarang saya tertanya apakah sah lafaz rujuk dia ataupun saya perlu teruskan hidup seperti biasa tanpa mengharapkan apa - apa lagi dari suami kerana sekarang saya di pelabuhan Klang dan dia di Langkawi. Sepanjang tempoh 3 bulan dia ada beri nafkah rm400. Rm200 untuk saya dan rm200 lagi untuk anak. Saya mengharapkan jodoh kami kuat dan serahkan segalanya pada Allah. Harap ustaz boleh membantu menjelaskan keraguan saya.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya tentang talak. Kejadian berlaku didalam bilik hanya saya dan isteri. Semasa saya bertanyakan tentang apa masalah isteri, dia hanya menjawab tiada apa-apa masalah sedangkan saya tahu dia mempunyai masalah. Kali ke 3 saya tanya dengan berkata "ini last aku tanya kalau kau jawab tidak tapi sebenarnya kau tipu aku malam ini jatuh talak". Isteri terus ingin keluar dengan menyangkakan yang talak sudah jatuh. Lalu saya tahan dan terangkan maksud saya tadi. Selepas itu isteri mendiamkan diri lama, baru lah dia cakap yang dia ada masalah dan ingin memberitahu saya. Soalan saya, adakah talak yang saya lafazkan itu telah jatuh kerana sehingga sekarang isteri masih lagi was-was dan kami masih lagi duduk berasingan. terima kasih..

message user image

Soalan: Apakah jatuh talak jika suami ditanya wanita lain "Abang suami orang lagi ke?" Suami menjawab saya sudah ceraikan isteri saya dan tidak duduk sekali.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hak saya sebagai seorang isteri berhubung nafkah zahir seperti wang saku, perbelanjaan saya dan anak-anak dari segi makan, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain. Sepanjang perkahwinan saya dari tahun 2001 hingga sekarang 2019 suami tidak pernah memberi nafkah duit walaupun saya pernah meminta rm10.00 hanya untuk membeli makanan. Suami memberi pelbagai alasan dan pernah dia memarahi saya dengan meminta saya pergi cari suami lain hanya kerana saya meminta rm10.00. Saya tidak faham kerana sebelum ini suami yang berjawatan tinggi dan gaji lebih tinggi dari saya tidak pernah memberi wang saku dan sekarang pula suami telah hilang pekerjaan kerana kontraknya telah tamat tetapi suami ada membuat pekerjaan lain seperti membuat mygrab dan baru-baru ini pula suami telah membeli sebuah lot kedai utk dijadikan kedai makan dan kedai runcit. Namun begitu masih juga memarahi saya ketika saya meminta sedikit duit untuk keperluan barang-barang dapur dan sebagainya. Suami juga amat suka mengungkit di depan rezeki ketika makan bersama dengan 4 orang anak saya dengan mengatakan makanan yang dibeli itu mahal. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan Saya ingin bertanya mengenai soal perkahwinan. Saya bakal berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak,1 lelaki dan 1 perempuan. Anak yang sulung adalah perempuan dan dikategorikan sebagai anak tidak saf taraf dari segi undang-undang di malaysia mahupun undang-undang syariah. Anak yang kedua pula dilahirkan selepas perkahwinan beliau dengan bekas suami yang juga ayah kepada anak pertama yang tidak saf taraf berkenaan. Masalah lain yang timbul adalah perkahwinan mereka dibuat di negara Thailand dan sehingga kini tidak berdaftar dengan mana-mana pejabat agama di malaysia. Jadi sekarang suaminya itu sudah meninggalkan tanggungjawab dan menghilangkan diri hampir 7 bulan. Jadi, saya berharap pihak tuan dapat membantu saya dengan penerangan yang jelas bagaimana cara yang perlu saya lakukan untuk menyelesaikan masalah ini kerana saya berniat untuk memperisterikan wanita itu dan saya juga tidak mahu masa depan anak-anak beliau kucar kacir apabila melibatkan soal pendidikan dan sebagainya pada masa akan datang. Sekian, terima kasih..

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada pertanyaan. Saya bakal mendirikan rumahtangga beberapa bulan lagi. Masalah saya, ibu bapa tunang saya telah bercerai ketika dia berumur 15 tahun (sekarang 26). Sepanjang tempoh perceraiaan, si bapa tidak pernah memberi nafkah kepada anaknya dan bila tiba masa anaknya hendak bernikah, anaknya tidak mahu bapanya untuk menjadi wali kerana sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab. Soalan saya, bagaimana untuk saya mengatasi masalah tersebut. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, kebelakangan ini hubungan saya suami isteri tidak berapa baik. Satu hari suami saya mengatakan tiada perasaan lagi terhadap saya. saya kini mempunyai dua orang anak yang berumur 2 tahun dan 8 bulan. Pada masa yang sama melalui talian whatsapp dia menghantar pesanan “i want us to be separated, at least I can comfirm that the feeling is not there. just get divorce, plan properly”. Jadi soalan saya apakah sudah jatuh talak atau bagaimana ya ustaz?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ust saya ada soalan. nenek saya kematian suami pada 5 disember 2018 yg lepas di pahang. saya berhajat untuk mengadakan majlis tahlil arwah datuk saya bersekali dgn majlis bertunang adik di rumah saya di melaka. untuk makluman, saya mempunyai 2 orang adik beradik sahaja. ibu bapa kami telah bercerai semasa kami kecil dan kami tinggal bersama ibu, nenek dan arwah datuk sejak dari kecil lagi. persoalan saya ialah : 1. boleh atau tidak nenek saya hadir ke rumah saya di melaka untuk majlis tersebut dan akan tinggal beberapa hari di rumah saya memandangkan dia menjaga kami sejak kecil? 2. buat masa sekarang, nenek tinggal di rumah ibu saudara dan dijaga oleh ibu saudara sekeluarga. ibu saudara sekeluarga juga akan hadir ke melaka dan tidak ada orang yang akan menjaganya di rumah. dikhuatiri nenek untuk tinggal seorang di rumah dengan usianya 77 tahun. 3. apakah maksud tidak boleh keluar rumah dalam tempoh iddah? 4. kalau sekiranya nenek ikut hadir ke melaka, dia hanya akan ddk di dalam rumah dan tidak keluar dari rumah saya sepanjang dia tinggal di melaka. apakah itu dibolehkan? 5. tujuan untuk membawa beliau ke melaka adalah untuk menghilangkan kesedihan semenjak kematian suaminya, apakah itu dibolehkan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah bekas pasangan suami atau isteri ingin berkahwin semula tetapi tidak direstui oleh ibu suami, apakah hukum keatas ibu suami tersebut.Mohon pandangan mengenai perkara ini. Untuk pengetahuan pasangan ini telah memilik 2 orang cahaya mata. Sekian, terima kasih.

message user image

Pertanyaan: Apa hukum suami yang sengaja mengelak untuk tidak punya anak dengan saya semata-mata untuk menjaga hati isteri tua? Isteri tua tidak benarkan suami untuk tidak ada anak kerana saya isteri muda. Jadi, apakah hukum perbuatan suami saya? Sedangkan saya sendiri memang inginkan anak.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya hendak menanyakan 1 soalan. jikalau semasa berkahwin sehingga 8tahun contohnya, isteri yang menanggung segala-galanya disebabkan suami tidak ada kerja/gaji tidak mencukupi. Selepas 8tahun, suami ambil alih semula semuanya. soalan saya, adakah selama 8tahun itu suami kena bayar balik dekat isteri segala-galanya yang isteri belanjakan..

message user image

Soalan: Bila seorang bapa meninggal dunia, tanggungjawab penjagaan anak-anaknya terletak kepada siapa, ibu tiri anak itu atau adik beradik bapa tersebut?

message user image

Soalan: salam kepada yang berkenaan, saya mahu tanya pendapat dan hukum. Situasinya si isteri sakit pinggang dan memakai koyok untuk legakan sakit. Kemudian naik gatal-gatal pada tempat tampal koyok trsebut dan suami telah sebut sama seperti emak nya, apabila pakai koyok akan jadi alergik. Di sini saya mahu tanya adakah si suami perlu bayar denda kerana telah menyamakan isteri dengan mak si suami. minta pencerahan dan jawapan dari pihak berkenaan. terima kasih

message user image

Soalan: Assalam, saya ingin bertanya isu mengenai anak tidak sah taraf. Sekiranya pasangan suami isteri mempunyai anak yakni mengandung sebelum akad nikah, 1. Bolehkah memberi nama dengan berbin kepada bapanya? 2. Anak tersebut lahir selepas 7 bulan selepas akad nikah tetapi mereka pasti anak tersebut telahpun dalam kandungan isteri. Bagaimana kedudukan ini dan status anak ini? 3. Adakah anak ini boleh menjadi wali kepada adiknya sekiranya ada kelak. 4. Bagaimanakah pulak hak dalam harta pusaka? 5. bagaimana pulak aurat anak yg tidak sah taraf di antara ahli keluarga ibu dan keluarga bapa serta adik beradiknya satu ibu dan satu bapa sekiranya bapanya kahwin wanita lain? saya mohon penjelasan sekian terima kasih

message user image

Soalan: 1. Hukum suami masih simpan gambar bekas isteri yang tidak menutup aurat? Adakah menjadi kesalahan sekiranya isteri meminta suami memulangkan semula gambar-gambar yang tidak menutup aurat tersebut? 2. Hukum & batas-batas aurat anak saudara perempuan bekas isteri yang dijadikan anak angkat? Adakah anak angkat tersebut termasuk dalam kategori yg suami boleh nikah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya seorang suami berumur 30 tahun. Isteri saya juga berumur 30 tahun. Kami dah berkahwin hampir 5 tahun. Saya berasal dari Kedah dan isteri berasal dari Johor. Masalah yang dihadapi ialah isteri tidak menghormati saya sebagai suami. Baik dari segi percakapan dan perbuatan. Malah cara layanan isteri pada Ibu Bapanya dengan saya jauh bezanya. Dan isteri lebih mementingkan keluarganya. Keluarganya juga terutama ibu mertua saya selalu memcampuri urusan rumah tangga kami. Baru-baru ini saya telah dapat tawaran kerja di kampung saya iaitu di Kedah. Jadi kami sekeluarga terpaksa berpindah ke Kedah. Keputusan berpindah ini mendapat tentangan hebat dari isteri saya dan ibu mertua saya. Sehinggakan ibu mertua saya mengatakan tersilap pilih menantu pada saya semata-mata kerana saya terpaksa bawa anak perempuannya jauh dari dia. Saya berkecil hati.Tapi isteri terpaksa ikut juga. Sekarang kami menumpang sementara waktu di rumah Ibu bapa saya kerana keadaan kewangan saya masih belum cukup untuk menyewa rumah. Baru-baru ini saya dan isteri bertengkar akibat dia memberi saya kata dua samada mahu pindah ke rumah sendiri bulan depan atau dia balik tinggal bersama ibu bapanya di Johor sampai saya pindah ke rumah sewa. Saya meminta dia sabar sebab keadaan masih belum stabil. Tapi isteri tidak mahu sabar lagi dan marah pada saya akibat katanya tidak tahan tinggal sebumbung dengan mertua. Saya akui ibu kandung saya cerewet dan agak kuat membebel. Tapi hatinya baik pada menantu dan cucu cucunya. Isteri memarahi saya dengan kasar dan saya juga mula hilang sabar. Saya mengatakan pada isteri saya yang dia telah derhaka pada saya. Isteri minta saya lepaskan dia tapi saya enggan. Saya beritahu pada dia saya tidak akan redha dan memaafkan dia sehinggalah dia sendiri mohon ampun dan cium tangan saya. Saya juga kata padanya isteri derhaka dan tidak layak terima nafkah dari saya serta saya haramkan semuanya pada dia sehingga dia mohon maaf. Tapi sudah hampir seminggu dia masih tidak minta maaf dan kami tidak bertegur sapa sehingga ibu bapa saya perasaan dengan keadaan kami. Saya masih menunggu permohonan maaf dari dia. Tapi apa yang harus lakukan sekiranya dia terus berdegil. Saya tak mahu dia terus menerus berdosa. Bantu saya

message user image

Soalan: Apa hukum kalau suami memaksa isteri untuk pulang ke kampungnya . Sedangkan ibu nya tak suka pada saya, kakak nya pun suka cakap yang bukan bukan pasal saya , suka fitnah saya . Berdosa tak kalau saya taknak ikut suami pulang ke kampungnya . Terima ksih .

message user image

Soalan: Asslamualaikum ustaz. Baru-baru ini isteri saya tiba-tiba teringat semasa kami bergaduh 4 tahun yang lepas dia ada bertanya "kita nak cerai ke?" dan saya menjawab dgn marah "ya!". Saya tidak ingat akan soalan tersebut dan jawapan saya. Adakah status perkahwinan kami masih sah? Apa perlu dibuat? tkasih ustaz.

message user image

Soalan: Apa hukum jika suami tidak balik rumah isteri kedua tetapi atas keinginan dan kerelaan hati isteri kedua tersebut sendiri kerana nikah tanpa pengetahuan isteri pertama. Tapi suami tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawab dan memberi nafkah zahir dan batin.

message user image

Soalan: Jika menikah semasa mengandung,lelaki tersebut merupakan bapa kepada bayi dalam kandungan, adakah pernikahan itu sah? adakah perlu nikah semula setelah bayi lahir? dan apakah status anak yang seterusnya ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, adakah berdosa seorang isteri meminta cerai kerana suami pemalas? Saya sudah 8tahun berkahwin dan ada anak 3. Dalam semua hal saya yang perlu bertanggungjawab untuk menyediakan segalanya, memikirkan keperluan anak, suami hanya balik kerja tidur, bangun semua sudah tersedia. Saya terlalu tertekan dan perlu berjumpa pakar kerana kadang-kadang ada rasa ingin mati kerana terlalu penat dengan perkahwinan yang rupanya isteri macam kuli. Ketika saya tidak sihat, suami kata saya pemalas dan dia minta saya sakit lagi bertambah teruk. Sikap suami saya telah buat saya juga menjadi isteri dan ibu yang derhaka. Saya tertekan sampai kadang kala mengamuk macam orang yang tiada iman. Saya rasa mungkin bercerai jalan terbaik agar saya tidak lagi berbuat dosa.

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. saya buntu dengan lafaz rujuk yang suami nafikan... lafaz tanpa niat dihati sebab terpaksa dan dipaksa oleh saya. rujuk bersyarat tetapi rujuk yang suami lafaz secara terpaksa kerana saya ugut hendak membunuh diri. dua hari selepas rujuk saya melanggar syarat rujuk talak 2. suami marah dan berkata "kita bercerai" dan "sekarang kita bercerai". adakah sah lafaz cerai talak 3 itu sekiranya suami menafikan perkataan yang dia lafazkan itu sebagai pertanyaan "kita bercerai?" "kita bercerai sekarang?" suami kata lafaz cerai "kita bercerai" "sekarang kita bercerai" dia tidak lafaz dengan niat bercerai tetapi lafaz sebagai pertanyaan adakah saya mahu bercerai sekarang? sekian terima kasih

message user image

Soalan: Salam ust. Adakah isteri mempunyai iddah selepas bercerai jika hubungan suami isteri ada berlaku tetapi tidak sempurna yakni alat sulitnya hanya masuk separuh dan tidak pernah ada pancutan air mani sepanjang perkahwinan selama 2 tahun.

message user image

Soalan: Assalamualaikum saya ingin bertanya, kalau suami ungkit kisah dahulu dan berkata perkataan "masa aku ceraikan kau dulu" adakah jatuh talak? Mohon penerangan terima kasih.

message user image

Soalan: Semasa nikah dulu, saya menggunakan wali hakim kerana wali(bapa saudara belah ayah) enggan. apabila sudah menikah, saya mengetahui status saya sebagai anak tidak sah taraf. persoalan nya, adakah ini membawa apa-apa kesan? kerana kelainan sebab menggunakan wali hakim, tetapi memang sepatutnya saya perlu menggunakan wali hakim kan?

message user image

Soalan: Saya bergaduh dengan suami kerana dia ingin selalu lepak dengan kawannya. saya cakap kenapa lepas kahwin jadi macam ni. Suami jawab "kita putus. Awak pun tak sayang saya kan" Bila saya tanya apa maksud kita putus, suami cakap dia tidak maksudkan cerai cuma mahu saya diam dan tidak membebel lagi.

message user image

Soalan: Saya pernah bernikah kali kedua di satun thailand dan isteri kedua saya tinggal bersama ibu saya.permasalahannya semasa nak pergi nikah ke sartun thailand passport saya tidak dapat digunakan atas sebab tertentu dan pada masa itu isteri kedua saya tiada masalah jadi kawan saya di sartun bawa saya masuk tanpa passport dan bernikah dengan imam besar masjid daerah satun. Bekenaan pernikahan saya, semua keluarga saya tahu dan sambut dengan baik akan tetapi keluarga isteri kedua saya tidak tahu dan kami rahsiakan hingga ke hari ini sudah hampir 6 tahun. Pada mulanya saya ingin memberitahu akan tetapi ada beberapa perkara yang menyebabkan aib dan malu keluarga isteri kedua saya, saya rahsiakan sahaja. Pernikahan saya kali kedua ini kerana takut pada maksiat dan zina kerana dia tinggal bersama ibu saya dan menjaga ibu saya sebelum kami nikah lagi. soalan saya apakah yang harus saya lakukan demi menjaga maruah dan aib keluarga isteri kedua saya. hubungkan kami direstui oleh keluarganya dan mereka suruh kami bernikah sedangkan mereka tidak tahu kami telah bernikah di thailand. saya mohon pendapat dan nasihat YBhg Dato Mufti bagi permasalahan saya

message user image

Soalan: Salam, Adakah jatuh talak sekiranya suami bergurau 'Kita bercerai 2 minggu'

message user image

Soalan: Assalammualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya bagaimana kah seorang anak angkat untuk berkahwin jika tiadi wali nasab? Saya dibesarkan oleh mak angkat dan mak angkat cakap saya tiada wali. Jika mahu berkahwin, harus guna wali hakim. Tetapi, mak angkat enggan memberi kerjasama untuk proses urusan wali kerana tidak mahu menerima pilihan saya sebagai menantu. Sudah beberapa kali perbincangan dilakukan, tetapi mak saya tetap memberi pelbagai alasan. Keluarga pihak lelaki juga sudah datang berbincang tetapi tetap tiada keputusan. Saya buntu bagaimana mahu selesaikan masalah wali saya

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Dari Abu Hurairah radiiyallahu bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Barang siapa menipu dan merusak (hubungan) seorang hamba dari tuannya, maka ia bukanlah bagian dari kami. Dan barang siapa merusak (hubungan) seorang wanita dari suaminya, maka ia bukanlah bagian dari kami”. Soalan saya adakah hadis di atas adalah sahih? Kerana adik perempuan saya bercadang berkahwin dengan lelaki yang sudah beristeri. Masalahnya adalah isteri lelaki tersebut minta diceraikan sekiranya lelaki tersebut tetap mahu berkahwin dengan adik saya. Lelaki tersebut tidak bercadang untuk menceraikan isteri pertamanya. Tetapi itu syarat yang diberikan isterinya. Jika perceraian tersebut berlaku adakah adik perempuan saya tergolong dalam golongan seperti dalam hadis tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum..saya ingin bertanyakan tentang perkahwinan. saya berasal dari selangor manakala bakal pengantin perempuan berasal dari kelantan. soalan saya, jika saya ingin mengambil ujian hiv pra perkahwinan, borang manakah yang saya perlu gunakan? Borang dari jabatan agama islam kelantan atau borang dari kementerian kesihatan malaysia atau borang keputusan hiv negeri? Terima kasih

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Jika seorang ketua keluarga kristian ingin memeluk Islam adakah hubungannya dengan isteri terputus jika isteri tidak mahu memeluk Islam? Dan jika isteri turut ingin memeluk Islam adakah mereka perlu berkahwin dengan cara Islam untuk menghalalkan hubungan suami isteri mereka? Dan bagaimana dengan anak mereka? Sekian saja soalan saya. Terima kasih.

message user image

Soalan: As salam.Saya ada keraguan mengenai permasalahan saya. Saya dan suami sudah berkahwin selama 23 tahun dan tidak pernah ada masalah. Apa yang menjadi masalah sekarang, ada seorang janda yang berkehendakkan suami. Janda tersebut sangat pandai mengambil hati mertua sehingga mertua menjodohkan dengan suami. Suami menolak atas alasan tiada keperluan. Adakah jatuh hukum berdosa jika suami menolak permintaan ibunya? Suami tidak mahu digelar anak derhaka

message user image

Pertanyaan: syarat sah rujuk

message user image

Soalan: Adakah salah jika seorang isteri tidak mahu meminta cerai atau fasakh setelah dia yakin suaminya telah bertaubat sungguh-sungguh kerana melakukan kesalahan terlanjur. Suaminya merupanya orang yang baik sebelum ini tetapi telah melakukan kesalahan tersebut. Isterinya memikirkan lebih banyak kemudaratan dalam penceraian. Keluarga isteri mendesak untuk si suami melepaskan isteri. Adakah tiada kemaafan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya, kita adalah muslim yang berpegang kepada ahlil sunnah waljama'ah dan mengikut imam syafie. Adakah sah ruju' tanpa lafaz yang jelas, tetapi hanya dengan jima' semasa dalam tempoh idah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, adakah jatuh talak jika suami hantar whatapps, "kita mungkin tidak serasi lagi. Awak carilah lelaki lain yg lebih baik."

message user image

Soalan: adik beradik bapa tiri. satu bapa , lain emak. Adakah dia mahram. Ada pendapat kata dia bukan mahram.

message user image

Soalan: : Assalamua'laikum. Saya ingin bertanya tentang cerai taklik bersyarat. Situasi Dalam pergaduhan antara suami dan isteri, si suami melafazkan nama penuh isteri dan lafaz 'kalau kau keluar dari rumah ini, aku ceraikan kau dengan talak satu' dengan niat untuk menghalang isteri keluar dari rumah pada ketika itu yang mana ingin memberi ugutan kepada isteri untuk tidak keluar dari rumah disebabkan ingin menjaga aib keluarga kerana masa itu isteri tengah berkemas untuk keluar dan suami dalam keadaan marah kerana isteri tidak endahkan percakapan suami. Selepas berdamai, suami dan isteri keluar rumah seperti biasa. Adakah jatuh talak tersebut? Jika jatuh, adakah cara rujuk sah dengan lafaz aku rujuk kembali atau dengan jima' suami dan isteri? Keadaan isteri ketika lafaz tersebut ialah sedang mengandung 3 bulan.

message user image

Soalan: salam. saya ada anak tiri lelaki yang sudah berkahwin. mereka mempunyai anak yang bertaraf anak luar nikah. jantinanya lelaki berusia 2 tahun. saya ada 3 orang anak dengan suami. saya nak tau apa hubungan antara anak saya dengan anak luar nikah tersebut? adakah batal wuduk jika tersentuh? mohon penjelasan bagi mengelak masalah yang mungkin akan timbul nanti. terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum...ustaz. Saya ingin bertanya, tentang hukum seorang suami menghalang isteri daripada membantu ibu bapanya(isteri) dan mengharapkan adik beradik isteri yang lain membantu mereka(ibu bapa isteri) tanpa sebab? Perlukah isteri menuruti suaminya?Jika isteri ingkar, adakah isteri berdosa besar?

message user image

Soalan: TALAK 2 ATAU 3? Assalamualaikum tuan mufti. Saya seorang isteri yg mempunyai 3 orang anak. Saya baru diceraikan suami kemarin pada 5 Mei 2019. Sehari sebelum puasa. Masalahnya pada lafaz talak yg mengelirukan. Dan saya demi Allah tak akan sesekali mengetepikan hukum Allah hanya kerana sayang pada seorang makhluk yg bernama suami. Suami saya lafazkan "Aku ceraikan talak 2". Saya pun balas, "Dulu dah sekali, ni 2 kali. Maknanya dah 3 kali talak." Lalu suami balas, "Bukan macam tu. Dulu 1 ni yg kedua la. Talak yg kedua." Lalu suami ulang kembali lafaz agar saya tak salah faham, "Aku ceraikan dengan talak kedua." Saya menggeleng kepala. Saya tahu suami saya serabut dan paling penting dia sendiri tak reti nak lafaz. Pada suami, cerai kali pertama perlu sebut "Talak 1" , cerai kali kedua perlu sebut "Talak 2" dan cerai kali ketiga perlu sebut "Talak 3". Saya keliru. Saya yakin suami saya tak berniat nak bagi talak 2 sekali gus jadi talak ketiga sebab dua tahun lepas pada tarikh yg sama beliau lafazkan talak atas ugutan saya akan bunuh dia. Itu lafaz talak yg dia berikan, "Abg ceraikan Ayg dengan talak 1 kerana Allah." Dia memang susah nak lafazkan talak sehingga saya mengugut dan kali ni saya mencabar dia. Dia jahil sikit bab agama. Bab nikah talak fan tanggungjawab kalau ditanya mesti tak lepas. Utk pengetahuan ustaz, kes cerai pertama kami, kami tak ada buat laporan di pejabat agama kerana mendapat bantahan dpd sebelah pihak mentua. Tapi tarikh dan masa masih saya simpan sebab waktu tu saya sedang mengandungkan anak ketiga 8 bulan. Sekarang ni ustaz..saya sangat keliru..apakah sekarang ni dah jatuh talak 2 atau 3 ye? Suami benar2 maksudkan bercerai kali kedua tapi disebutnya talak 2. Dia sendiri yakin niat dan lafaz talak dia tu untuk menceraikan saya kali kedua bukan nak habiskan semua talak. Saya kesian ke suami tapi saya sangat takut dengan hukum Allah. Saya risau kalau jatuh talak 3 tapi kami masih lagi serumah ia akan jadi fitnah. Saya bercerita situasi yg sejujurnya. Tak ada yg disembunyikan atau dilebihkan. Saya tak ada niat nak berbaik dgn suami. Tapi nampak gaya suami masih sgt sayangkan saya dan risau dia akan merujuk saya balik. Puas dah saya pujuk pg pejabat agama..tapi macam2 alasan dia berikan. Saya buntu jadi saya harap ustaz dapat berikan pencerahan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukumnya seorang suami yang mempunyai hubungan dengan perempuan lain? Boleh kah saya dakwa perempuan tersebut kerana mengganggu rumahtangga saya?

message user image

Soalan: Status penceraian sebab di paksa atau didesak hingga x ada masa untuk bincang bertanya..atau disihir..

message user image

Soalan: adakah jatuh talak dengan hanya menyebut perkataan "cerai" sepasang suami isteri sering bertengkar walaupun hanya pada perkara dan hal yang remeh. sehinggalah pada suatu hari hati kecil suami berbisik menanyakan "ngko nak ceraikan isteri ngko ke tak ? dalam tak sedar mulut suami melafazkan perkataan "cerai". adakah jatuh talak dalam situasi ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, saya mohon penjelasan... Sekiranya seorang wanita mempunyai seorang anak luar nikah...kemudiannya bernikah dengan lelaki lain yang mengetahui sejarah hidup wanita tersebut. Namun dalam tempoh perkahwinan, mereka belum dikurniakan zuriat. Si suami pula seperti tidak ikhlas sepenuh hati untuk menerima 'si anak' dan sering menginginkan kehidupan seperti pengantin yang baru berkahwin. Contohnya ingin pulang ke kampung hanya berdua bersama isteri dan tanpa anak, keluar bersiar-siar berdua-duaan..keadaan ini sering menimbulkan pergaduhan diantara suami dan isteri. Apakah hukum si isteri jika dia lebih pentingkan anak dari suami?

message user image

Soalan: Assalam setelah hampir 3 tahun sy bkahwin, suami sy mberitahu pnah bkahwin kali kedua dengan seorg wanita di Thailand..pkahwinan mereka tidak didaftarkan di Malaysia.. yg mnjd kemusykilan sy,waktu kami nk bkahwin dia menyatakan dia duda ...surat cerai pn mggunakan pceraian pertama dgn bekas isteri nya yg pertama... Adakah pkahwinan kami tganggu sis?Sy dh beritahu pd suami..suami bkata nk ceraikan pompuan tu mcm mna? Sdgkn pkahwinan x diiktiraf.. pkahwinan blaku 20 tahun yg lalu & mereka dikurniakan anak ...surat nikah pn beli.. kata suami ...sy musykil sis.. nafkah anak-anak dgn wanita itu pn suami x bagi..sy dh cuba nasihat suami tetapi suami berkata ini urusan dia...adakah sy bsubahat dlm dosa suami sy ini? Lgpn sy tak sanggup bermadu...mohon pencerahan ..

message user image

Soalan: Assalammualaikum ustaz, sy ada satu soalan, sy adalah isteri kedua, sy ada trbaca msj suami, isteri pertama sll bertnya pada suami, 'betina' masih wujudkah? Madu sy memanggil sy dgn panggilan betina. Suami sy sering menafikan, yg 'betina' wujud. Madu sy beranggapan yg mmg suami dh ceraikan sy. To bg suami pulak lain.suami maksudkan 'betina' itu bkn sy. Adakah talak jatuh jika suami menafikan dn memberitahu kpda madu sy yg 'betina' dh xwujud.

message user image

Soalan: assalamualaikum,ape hukumnya jika sy ingin bertanggungjawab trhadap wanita itu..tpi dihalang keluarganya...kerana kami sudah trlanjur...dan keluarganya sudah janji untuk nikahkan kami terus,tetapi di mungkiri janji dan suruh saya tnggu untk 3tahun lgi

message user image

Soalan: Assalamualaikum Dato SS. Saya ada sedikit kemusykilan. Apakah hukumnya isteri di dalam iddah kematian suami keluar rumah bermusafir menziarahi anaknya, ke masjid mendengar kuliah agama dan menziarahi kuburnya dalam tempoh iddah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum...mohon pencerahan..adakah jika seseorang suami berkata jatuh la talak..maka hukumnya sudah jatuh ke kpd isterinya.

message user image

Soalan: Adakah jatuh talak Lelaki yg sudah beristeri mengaku bujang tidak beristeri .

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Persoalan saya apakah terlalu mudah seorang isteri itu dikira nusyuz oleh suami sedangkan selama ini tidak pernah sekali pun di halang oleh suami dalam mengharungi kehidupan seharian. Untuk makluman ustaz, saya baru tahu suami saya berkahwin seorang lagi pada Ogos tahun lepas. Sedangkan dia dah kahwin Jun 2016. Selepas saya mengetahui perkahwinan mereka, setiap kali kami bergaduh suami saya akan cakap saya akan nusyuz kalau keluar rumah. Sedangkan 25 tahun lebih saya berkahwin dan bekerja tidak pernah dia nak ucapkan . Saya adalah seorang isteri yang berkerja, saya ada komitmen pada majikan saya. Saya bekerja juga adalah hanya untuk membantu menambah pendapatan keluarga saya. Betul ke ustaz, saya akan di kira nusyuz dalam permasalahan saya ini. Saya semakin tertekan dengan permasalahan ini ustaz. Dan suami saya sering menipu saya dengan pelbagai alasan hanya untuk dia berjumpa dengan isteri dia. Suami saya tidak pernah berlaku jujur terhadap saya. Saya pernah memohon cerai di mahkamah Banting pada September 2018, Namun suami saya merayu untuk saya memberi peluang sekali lagi. Dia berjanji dan bersumpah akan bercerai dengan isterinya selepas habis pantang (pertengahan Disember 2018) dengan pelbagai alasan. Tapi semenjak isteri dia balik ke Sarawak malah dia sering ulang alik ke sana. Bulan April , saya ada program di Pangkor . Dalam diam dia ke Sarawak jumpa isteri dia tanpa bercakap dengan saya, tapi naluri seorang isteri saya dapat tahu juga akhirnya. Dan bila saya ungkit, ungkapan nusyuz akan keluar lagi. Hujung minggu lepas, saya dengan izin dia balik ke kampong, tapi dia tidak ikut sama dengan alasan ada program berbuka di taman saya. Seperti yang saya kata naluri seorang isteri dapat rasakan, dia tipu saya untuk sekian kalinya. Dan memang nyata dia ke Sarawak sekali lagi. Dan bila saya pertikaikan, maka keluarkan sekali lagi ungkapan nusyuz seorang isteri itu. Haram saya keluar rumah walau seinci. Sedangkan saya ada tanggungjawab pada majikan saya ustaz. Saya ada tanggungjawab jaga makan minum anak dan keluarga. Mohon penjelasan dari pihak ustaz atas permasalah saya hadapi .

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang kemusykilan yang saya alami. Si isteri ni datang dari keturunan baik tetapi suaminya pula ada ayah seorang kaki mabuk dan penzina. Ayahnya selalu balik rumah dalam keadaan mabuk termasuklah bulan Ramadhan dan selalu maki hamun ibu suami. Saya nak tanya, apakah hukum kalau isteri suruh pilih sama ada pilih dirinya atau bapa suami tersebut. Adakah berdosa perbuatan itu walaupun niat isteri tu untuk menutup aib suaminya sebab keluarga si isteri tu mungkin tak dapat terima kalau mereka tahu biras mereka seorang peminum alkohol.

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya nak bertanya mengenai lafaz cerai secara takliq iaitu suami saya melarang saya pergi kerja kerana majikan susah memberi cuti lalu dia berkata saya akan ceraikan awak sekiranya awak pergi office jugak sekarang ni. Lafaz ni di sebut ketika saya dapat cuti setengah hari. Ketika balik temgahari melihat anak bila sampai sahaja dirumah, suami saya melafaz perkataan tersebut berulang kali. Adakah perkara ini jatuh talak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum..saya ingin bertanya mengenai taklik..3 tahun yang lepas saya dan isteri saya bertengkar dan isteri saya telah menyuruh saya melafazkan taklik..lafaz taklik itu adalah " jika saya ber massage dengan wanita lain dengan niat untuk berskandal maka jatuh talak"..bagi meredakan keadaan saya pun bersetuju dan melafaz taklik tersebut..ada kah sah taklik tersebut dan adakah jatuh talak jika syarat taklik tersebut dipenuhi...sekian

message user image

Soalan: Apakah hukum bersalam dengan isteri kepada bapa mertua.

message user image

Soalan: Saya telah bertengkar dengan suami dan keluar belah suami akibat salah faham, sehingga menyebabkan penceraian, di mana ibu mertua saya berkata dia takkan merestui anaknya jika anaknya mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinan. Sebarang ikhtiar untuk memulihkan perkahwinan tidak diterima. Soalan saya, adakah dibolehkan seorang ibu menggunakan keistimewaan yang diberikan oleh Allah (restu) sebagai penyebab untuk memutuskan perhubungan yg telal dihalalkan.

message user image

Soalan: As salam tuan, Saya baru bergaduh dengan isteri saya,xnak balik raya ke sana,sbb duit takda...nak guna duit dia..kene ungkit pula...tak halalkan dunia akhirat.. Maka terjadi la perang SMS....saya ragu2..adakah jatuh talak sekiranya perbualan begini?banyak kali dah saya kene provoke...tapi saya sabar aje...cuma kali ni menjadi ragu2 buat saya... Selepas beberapa perbalahan,saya bertanya: SUAMI:KO NAK CERAI??.. AKU TANYA NI.. ISTERIa ko xbuat tggjwb ko raya mcm xraya. Api air xnk byr mkn bekira semua bekira asyik. Salahkn org ISTERI:Siapa je leh thn dgn ko ISTERI:Memg nak cerai!!!!!! ISTERI:Siapa je thn dgn ko!!!! adakah jatuh talak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya ada beberapa soalan mengenai talak yang saya ingin fahami. 1. Bagaimana jika suami jatuhkan talak tidak jelas/ tidak didengari isteri contohnya kalau masa tu isteri tak focus, mengantuk, mamai, atau perbualan telefon yang kurang jelas? Contohnya kalau you ....... i tak nak kahwin dengan you dah.... Tapi isteri tak dengar dengan clear, suami pulak tak tau isteri dia buat perkara itu.. Jadi dua-dua tak sedar perkara ini. 2. tadi contoh perkara yang akan berlaku, mcm mana kalau suami cakap tentang perkara silam yang dia tak tahu telah terjadi sebelum berkahwin dengan wanita itu. i) Contohnya kalau dulu you pernah .... i tak nak kahwin dengan you dah Isteri pula tak dengar dengan jelas, suami tak tau ia pernah terjadi..Jatuh talak ke? 3. bagaimana kalau isteri was-was suami jatuhkan talak apabila dia tak dengar apa suami dia cakap, isteri risau mcm mana kalau dalam dia tidak dengar dengan jelas apa suami dia cakap, suami terjatuhkan talak tanpa sedari. 4. Kalau suami jatuhkan talak tetapi perkara tu sejadi katakan 6 bulan kemudian, tetapi suami menafikan sekeras-kerasnya dia ada cakap perkara itu atau dia cakap dia tak berniat langsung. 5. Sekiranya suami jatuhkan talak kalau awak keluar dari rumah ini, jangan balik lagi... Kalau isteri keluar rumah katakan sebanyak 3 kali, adakah jatuh talak 3 atau hanya talak 1? Maaf terlalu banyak soalan tetapi saya berharap Tuan Mufti dapat menjawab kerana saya ingin tahu lebih lanjut tentang perkara ini.

message user image

Soalan: Salam Ustaz, Pertanyaan saya berkenaan dengan Iddah, iaitu jika seseorang kematian suami. Adakah dibolehkan seseorang isteri yang kematian suaminya untuk keluar dari rumah jika tiada keperluan yang penting seperti bekerja? Adakah boleh jika seseorang isteri meninggalkan rumah dan bermalam bukan dirumahnya di dalam tempoh iddah jika keluar bersama ahli keluarga? Saya keliru kerana ada sesetengah pendapat di internet menyatakan yang ditegah adalah lebih kepada berhias-hias. Saya memerlukan penjelasan yang lebih terperinci dari Ustaz.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya belum berkahwin dan telah memilih seorang duda yang kematian isteri untuk menjadi suami saya. hasil perkahwinan bakal suami sy dan arwah isterinya mereka dikurniakan seorang anak. soalan saya, bagaimana sy nak mendapat berkat seorang suami dalam masa yg sama bakal suami saya masih teringat pada arwah isteri. dan disyurga nnt siapakah yang akan bersama suami. saya atau arwah isteri beliau? terima kasih

message user image

Soalan: Salam. Saya nak tanya adakah jatuh talak bila suami sebut 'aku nak bagi hang talak 3' dan apakah langkah yang perlu di buat.. Terima kasih

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya adakah boleh suami menceraikan isterinya yang baru dikahwini atas sebab si lelaki sebenarnya tidak rela berkahwin dengan wanita tersebut dan tidak ada perasaan terhadap isterinya. Majlis akad nikah tetap dijalankan atas dasar demi menjaga nama baik kedua belah pihak keluarga. Tetapi hingga kini, si suami tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami sepenuhnya (contoh: nafkah batin) kerana tiada rasa cinta yang timbul untuk isterinya dan si suami tidak mampu memaksa dirinya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya telah berkata kepada anak perempuan saya yang baru lahir, jari kakinya panjang ikut ibu dia, ketika saya bercakap saya tiada niat apa-apa kecuali bergurau. Adakah jatuh zihar?

message user image

Soalan: Apakah dibenarkan dalam Islam jika ibubapa memaksa anaknya (perempuan) berkahwin dengan pilihan ibubapa tanpa rela anaknya atau persetujuan dari anaknya itu? Terima kasih.

message user image

Soalan: Saya telah terlanjur berzina dengan seorang lelaki berstatus suami orang anak 4, dan saya masih belum pecah dara dan telah datang haid. Kami telah bertaubat dan ingin mencari keampunanNya. Lelaki tersebut mahu bertanggungjawab dengan menikahi saya namun terdapat tentangan dari pihak keluarga saya disebabkan oleh status dan pendapatan lelaki tersebut dikira tidak mampu untuk berlaku adil terhadap saya. Adakah wajib untuk lelaki itu menikahi saya walaupun tidak mendapat persetujuan wali saya hingga dibolehkan untuk berkahwin di luar negara? Adakah sehingga perlu untuk kami membuka aib demi pernikahan kami?

message user image

Soalan: Salam ustaz/ustazah, saya ada satu pertanyaan mengenai lafaz talak. Situasinya bermula apabila saya dan ibu menonton cerita yang berkaitan dengan seorang suami yang sudah bercerai dengan isterinya. Sebelum saya melanjutkan pertanyaan, saya ingin menerangkan tentang diri saya yang sudahpun berkahwin. saya seorang yang begitu menitik beratkan soal talak. ada kalanya menyebutnya saja boleh buat saya berhati-hati takut-takut tidak kena cara atau salah cakap yang berkemungkinan menjurus saya bercakap sesuatu yang mengundang ke arah jatuhnya talak. ini kerana talak nikah dan rujuk akan berlaku meskipun dalam keadaan tidak sengaja. Berbalik kepada situasi yang telah dinyatakan di awal pertanyaan, ibu saya ke tandas semasa scene cerai dalam telemovie itu berlaku. apabila ibu saya selesai dan meneruskan tontonan, ibu saya bertanya pada saya seperti “dah bercerai ke?” Dan saya pun menjawab soalan itu dengan lafaz “haah dah bercerai”. Jadi jelas dalam situasi ini niat hati saya ingin menjawab soalan ibu saya tapi dalam masa yang sama, perangai saya yang paranoid dengan perkataan cerai itu automatik akan teringat pada isteri. Jadi saya jadi was-was dalam lafaz tadi. Takut-takut ada niat ditujukan pada perkahwinan kami. Dalam permasalahan saya ini, apakah situasi yang dinyatakan itu akan mengakibatkan jatuhnya lafaz itu? jadi apakah situasi perkahwinan kami? masih sah atau bagaimana? apa yg patut kami lakukan? Maaf atas segala kelemahan.terima kasih dari saya kiranya ustaz/ustazah sudi menjawab pertanyaan insan jahil ini.

message user image

Soalan: As salam, soalannya - perlukah membayar tuntutan nafkah setelah bercerai sedangkan di permulaannya isteri menyatakan tidak perlu @ tidak kesah kerana kewangan suami tidak stabil dan tidak mempunyai kerja tetap.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya adakah jatuh talak bila suami saya cakap "kalau aku berduit, aku lepaskan kau, menyesal aku kahwin dengan kau"

message user image

Soalan: Sekiranya suami bertanyakan isteri "awak nak saya ceraikan awak" untuk beberapa kali dalam whatsapp dan juga berdepan, adakah talak itu akan jatuh?

message user image

Soalan: Ayah saya setelah kematian ibu saya, dia telah berkahwin dengan seorang wanita hampir 15 tahun .baru-baru ini ayah saya telah kembali ke rahmatullah. kami adik beradik semua nya telah berkeluarga dan ada yang telah bercucu. adik beradik kami seramai 7 orang satu telah meninggal dunia. Allahyarham ayah berkahwin dengan isteri baru tidak mempunyai anak. Soalan saya berapa lama tanggungjawab kami anak-anak bertanggungjawab terhadap ibu tiri kami itu.

message user image

Soalan: Perlukan seseorang isteri yang dalam iddah bercerai hidup perlu minta izin bekas suami untuk keluar rumah dan apakah perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan perempuan yang dalam iddah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum suami isteri tinggal bersama rakan sekerja suami. Dan rakan suami itu bakal berkahwin dan akan membawa isterinya tinggal bersama kami dalam satu rumah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya baru sahaja kematian isteri. minta tuan jelaskan waris-waris utama yang perlu saya tahu untuk pembahagian harta pusaka mengikut faraid. situasi sekarang adalah saya ada anak lelaki 3 orang dan kedua ibubapa arwah isteri masih ada. minta pencerahan dari tuan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt ustaz. Maaf mengganggu. Sekadar pertanyaan bagi menyelesaikan persoalan di fikiran saya. Berkenaan hal pertunangan dalam islam. Menurut bacaan saya, jika seorang lelaki menyatakan hasrat untuk mengahwini seorang perempuan dan seorang perempuan bersetuju, perempuan tersebut dianggap tunang kepada lelaki tersebut dan pertunangan tersebut adalah sah mengikut syarak. Haram kepada lelaki lain untuk meminang di atas tunangan orang lain kan ustaz? Dan ada juga saya baca tetapi terdapat perbezaan pendapat disini di mana pendapat pertama menyatakan haram juga lelaki lain menikahi perempuan yang menjadi tunang orang lain dan perkhawinan tersebut perlu di fasakh kan. Betulkan saya jika saya salah. Dan pendapat lain menyatakan perkhawinan tersebut boleh diteruskan kerana perkhawinan adalah lebih baik dari pertunangan kerana hukum tunang hanyalah harus. Yang saya ceritakan disini hanya pertunangan islam. Bukan pertunangan adat yang kita amalkan. Soalan saya ustaz, apakah perkara yang membolehkan satu pertunangan tersebut dikira batal? Adakah cukup sekadar perempuan tersebut menyatakan "saya sudah tidak boleh terima awak" boleh membatalkan pertunangan itu? Terima kasih jika ustaz berkesempatan menjawab persoalan saya ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri dengan izin Allah.

message user image

Soalan: Saya ada membuat pinjaman peribadi di bank untuk membayar hutang di bank lain dan lain-lain keperluan peribadi serta sebagai belanja bulanan anak-anak bersekolah, persoalan saya adakah perlu saya keluarkan zakat, jika perlu saya keluarkan berapakah kadarnya, dan adakah saya perlu keluarkan zakat dahulu sebelum saya membayar hutang di bank atau saya belanjakan dahulu kemudian lebihannya baru saya zakatkan ? mohon pencerahan mengenai masalah saya ustaz

message user image

Soalan: Saya berkahwin dengan suami saya yang merupakan duda kematian isteri. Beliau mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki dan satu perempuan. Saya memahami bahawa hubungan saya sebagai ibu tiri kepada anak-anak lelaki bahawa mereka adalah mahram selama-lamanya. Apakah pula hubungan ibu/bapa saya dengan mereka? Mahram atau tidak? Mohon pencerahan pihak tuan.

message user image

Soalan: Pembahagian Harta Pusaka. Seorang perempuan telah meninggal dunia dan arwah tidak mempunyai anak atau suami. Terdapat adik beradik perempuan seibu sebapa yang masih hidup manakala adik beradik lelaki seibu sebapa beliau telah meninggal dunia terlebih dahulu. Adik beradik lelaki seibu sebapa berkenaan mempunyai anak lelaki. Mohon penjelasan mengenai pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh perempuan berkenaan.

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya pernah melafazkan kepada isteri saya di awal perkahwinan kami, lafaz saya berbunyi seperti berikut 'Jika kau curang dgn aku ketika kau sah ( https://youtu.be/Hg5-I7Y7a-8 ) isteri aku, pada ketika itu lah kau bukan isteriku lagi' Soalan saya, jika isteri benar pernah curang di belakang saya tanpa pengetahuan saya tetapi dia tidak pernah mengaku pada suami akan perbuatannya itu, malah sentiasa meneruskan kehidupan seperti biasa iaitu kami masih seperti suami isteri yang sah, apa sebenarnya yang harus isteri dan saya lakukan?

message user image

Soalan: Sampai bilakah tanggung jawab kami sebagai anak menjaga ibu tiri kami. yang mana 2 bulan lepas ayah kami telah kembali ke rahmatullah. selama ayah kami sakit beberapa bulan sebelum meninggal, kami anak-anak yang menjaga dan menguruskan segala-galanya. Sekarang ayah kami telah meninggal dunia dan ibu tiri kami tidak mempunyai anak. kami adik beradik semuatelah berkeluarga dan ada yang telah bercucu. selama ini kami adik beradik mengurus dan menjaga ibu tiri kami dan kami ada upah pembantu rumah menjaga makan minum nya lebih-lebih lagi dia dlm rawatan buah pinggang. ibu tiri kami ini ada adik beradik lelaki lagi. Persoalannya sampai bila kah tanggungjawab kami terhadap ibu tiri kami itu? semua hak-hak dia ikut hukum faraid kami patuhi.

message user image

Soalan: Apakah hukum nya bagi seorang isteri memberi tahu pada anak-anak ayahnya sudah mati(suami) sedangkan suami @ ayah pada(anak-anak berikut) masih hidup dan tinggal bersama

message user image

Saya ada membuat cerai taklik seperti berikut pada isteri: JIKA KITA TIDAK PINDAH KE NEGERI XXX TAHUN INI, SAYA AKAN CERAIKAN KAMU Nampak gaya saya tidak dapat menunaikannya tahun ini. Kalau tahun akan datang, baru boleh. Jadi, jika saya tidak menunaikanya, adakah boleh saya bercerai kemudian nikah semula? Adakah ada cara lain?

message user image

Soalan: Baru - baru ini saya dan isteri bertengkar kerana kerap kali isteri menolak ajakan untuk bersama di tempat tidur, akibat terlalu marah saya telah berkata padanya " sumpah aku tidak akan sentuh (bersama) dengan kamu sampai bila-bila, kalau aku buat juga, jatuh talak 3". Keesokan saya menyesal, saya ingin penjelasan yang jelas adakah sumpah saya ini sah? Jika sah adakah jatuh dalam sumpah Al-Ila atau lafaz taklik? Semasa saya berkata begitu, tiada niat ingin ceraikan dia , cuma saya agak marah. Jika lafaz taklik, adakah sah sebab saya tidak berkata jatuh talak 3 keatas dia seperti dalam ayat di atas. Bantu jelaskankan pada saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya minta pencerahan tentang taklik tambahan. saya dan isteri ragu tentang hal ini No 1 (taklik tambahan) secara bertulis tanpa saksi 1.1 (21/3/2019) Isteri saya telah kemukakan taklik tambahan kepada saya, seperti berikut : -tidak memukul -tidak poligami -tidak boleh mengunakan kekerasan -tidak curang Jikalau saya melanggar perjanjian tersebut maka sah talak ke isteri saya 1.2 dengan perjanjian isteri saya kemukakan, saya agak keberatan hendak menerima nya ustaz tetapi memandangkan untuk melegakan hati isteri saya, saya pun bersetuju tentang itu. 1.3 saya telah melanggar perjanjian tersebut (1.1) setelah 2 minggu setelah tulis surat perjanjian tersebut. dan telah memukul isteri saya atas sebab tertentu tetapi saya tidak mengunakan lisan talak ke isteri. beberapa hari kemudian kami berdamai balik dan isteri saya bersetuju tidak mengadu tentang perjanjian tersebut ke mahkamah syariah (1.1) tetapi ditambah lagi 1 taklik tambahan yang baru. apakah sah talak tersebut (tajuk no 1) ?

message user image

Soalan: Soalan: Assalamualaikum WBT. Pertama sekali saya ingin berterima kasih sekiranya pihak tuan sudi membaca dan menjawab persoalan saya ini. Situasi saya, saya telah bertengkar dengan isteri saya, lalu saya ada terlafaz "kalau susah sangat kita cerai je". Persoalan saya adakah lafaz tersebut menjatuhkan talak, sedangkan ada perkataan "kalau" di situ. Adakah ia termasuk di dalam lafaz cerai taklik? Sekali lagi saya ingin berterima kasih sekiranya pihak tuan sudi menjawab persoalan saya, kerana saya tidak mempunyai rujukan lain. terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Soalan: Bolehkah anak luar nikah dinasabkan kepada si bapa sekiranya si bapa berkahwin dengan si ibu ketika bayi masih dalam kandungan? Contoh: Ali berkahwin dengan siti. Ketika itu siti sedang mengandung 1 bulan. Kandungan itu adalah hasil persetubuhan haram antara ali dan siti? Dalam keadaan ini bolehkah anak tersebut dinasabkan kepada Ali?

message user image

Soalan: Salam. Adakah sah talak yang dilafazkan suami kepada saya. Dia lafazkan begini "kalau sebelum pukul 2 pagi aku tidak balik, aku ceraikan kau" dan ternyata apabila saya bangun keesokkan harinya, suami saya tidak ada di dalam rumah. Di mana, dia tidak balik seperti mana yang dia katakan. Alasannya, dia mengatakan bahawa dia ada pulang ke rumah sebelum pukul 2 pagi namun tidak boleh masuk ke rumah kerana kunci tiada dan tidak ada orang mendengarnya memberi salam. sedangkan ketika itu, ibu dan ayah saya masih belum tidur (mereka tidur sekitar pukul 2 lebih) dan pastinya mendengar sekiranya dia ada memberi salam untuk masuk ke rumah. Pada masa itu juga, kunci rumah ada disimpan di tempat biasa (rahsia) di mana dia boleh mengambil kunci tersebut untuk memasuki ke rumah. Dia sepertinya tidak bersungguh untuk memastikan dirinya berada di rumah sebelum pukul 2 pagi. Bagaimanakah status saya? Tolong balas secepat mungkin. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Saya ingin mengetahui hukum seorang isteri menyembunyikan aib suami. Kami telah berkahwin selama 15 tahun. Saya akui suami berlatar belakangkan sosial yang tidak elok semasa kami berkahwin. Namun sedikit demi sedikit suami mula berubah kearah yang lebih baik selepas kami mempunyai anak. 15 tahun berlalu, pada tahun ke 15, suami mula berubah. Mula ke arah tingkah lakunya yang lama. Tidak solat, curang, abaikan hal-hal agama tetapi satu halnya dari segi anak-anak suami masih menjalankan tanggungjawab. Soal curang telah kami selesaikan, saya memaafkan seikhlas hati. Tetapi sejak itu suami terus berhenti solat. Alasannya sebelum ini dia solat tetapi dia tetap gagal dalam pertahankan imannya.Saya sering memujuk, memberi nasihat namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Saya mencuba dengan cara perbuatan, yakni tidak lagi menasihat tetapi bentangkan sejadah, tunggu waktu solat agar dapat berjemaah tapi semuanya ditolak. Malah dia tidak mempunyai sebarang perasaan melihat saya dan anak-anak solat dihadapannya sedangkan dia leka dengan telefon bimbit. Adakala dia marah apabila saya sering nasihat tentang solat. Ibunya tahu tentang ini tapi hanya mampu menegur secara lisan sesekali apabila pulang ke rumah mertua. Sampai satu tahap demi menjaga aibnya ketika pulang ke rumah ibu saya, saya terpaksa pura-pura membentangkan sejadah dan menyediakan kain pelikat seolah2 baru dipakai agar ibu melihat suami seperti sudah selesai solat. Keluarga saya amat mementingkan hal solat. Ibu amat berkeras jika anak menantu dan cucu tidak solat.Waktu subuh, jika dirumah ibu, saya terpaksa pura-pura bangun ke bilik air ambil air sembahyang sebanyak 2 kali (bilik air di dalam bilik kami dan berkongsi dengan bilik ibu)untuk memberi tanda kepada ibu kononnya saya dan suami solat subuh berjemaah sedangkan hakikatnya suami lena di atas katil. Anak-anak tahu tentang hal ini, saya ada meminta bantuan anak yang sulung untuk memberi teguran pada suami, mungkin hati bapa boleh terusik apabila anak yang tegur. Tetapi anak sulung juga tidak berani kerana suami agak baran dan sensitif apabila ditegur perilakunya. Saya rasa sangat berdosa kerana bersubahat menyembunyikan kelakuan suami yang langsung tidak solat. Dalam masa yang sama saya jadi tertekan kerana terlalu memikirkan perkara ini kerana akibat tidak solat ini pasti tempiasnya terkena juga pada kami dan lambat laun pasti akan diketahui oleh ahli keluarga saya. Berdosakah saya yang ibarat bersubahat dengan suami, yang seolah2 membenarkan tindakannya yang tidak solat?. Apakah hukumnya dan apa yang perlu saya lakukan?

message user image

Soalan: Pada kali pertama, Sah atau tidak lafaz cerai "____kan ceraikan degan talak satu" Pada kali kedua saya bergaduh, saya ada lafaz talak tetapi saya tidak ingat akan ayatnya, pada masa yang sama isteri saya beritahu dia tidak dengar akan lafaz yang saya lafazkan, dan setahu dia tiada lafaz yang dibuat, perkara tersebut telah lama berlaku dan saya juga ingat lupa akan perkara tersebut, adakah jatuh talak tersebut?

message user image

Soalan: As salam mualaikum. Saya ada dilemma mengenai masalah talak suami dan isteri. Ada tiga persoalan yang hendak saya tujukan dan saya berharap pihak tuan akan dapat memberi penerangan yang jelas bagi setiap persoalan berkenaan. 1) Ketika berlaku pertengkaran besar di antara suami dan isteri, disebabkan tahap kemarahan suami yang begitu tinggi suami pun berkata kepada isteri: “Keluar saja dari bilik, jatuh talak.” Namun, suami sebenarnya berniat sebagai menggertak/ ancaman kepada isteri agar tidak keluar dari bilik. Tidak ada pun terlintas untuk menceraikan isteri. Namun, disebabkan marah yang teramat sangat sehingga menyebabkan suami tidak dapat berfikir secara kebiasaannya, terkeluarlah lafaz tersebut. Setelah suami dan isteri berbaik-baik, isteri lupa mengenai syarat/ taklik tersebut sehingga menyebabkan isteri keluar dari pintu yang dilarang sebagai hajat untuk mengambil pakaian. Isteri pula keluar dari bilik bukan kerana mahu menyahut penceraian tersebut, sebaliknya membawa pakaian masuk ke dalam bilik. Soalannya, adakah jatuk talak berdasarkan senario berkenaan? Selain itu, bolehkah pihak tuan memberi ulasan mengenai lafaz yang suami ucapkan tersebut. Adakah ia berbentuk lafaz yang soreh atau yang jelas? Ini kerana saya ada membaca yang bentuk lafaz tersebut dikatakan tidak sempurna, kerana ia menunjukkan seolah-olah mahu menceraikan isterinya tetapi pada masa yang sama perkataan talak itu tidak ditujukan kepada isterinya atau tidak mengkhitobkan kepada individu berkenaan. Lafaz tersebut lebih kepada pemberitahuan semata-mata. Boleh juga jelaskan apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'mengkhitobkan'? 2) Semasa pertengkaran suami dan isteri, isteri pun berkata, "Saya tidak mahu bersama awak!". Suami pun membalas, "Okay, awak boleh pulang ke rumah (mertua).". Kemudian suami berkata kepada anak-anak yang belum baligh, "Jika ditanya oleh orang di sana, beritahu ayah tidak lagi bersama ibu. Tunggu saja ayah yang baru.". Semasa suami melafazkan ucapan tersebut, sememangnya langsung tiada niat untuk menceraikan isteri. Malah suami langsung tidak terfikir atau ada niat melafazkannya sebagai lafaz kinayah apatah lagi secara jelas untuk menjatuhkan talak. Sebaliknya, membalas seperti perbualan biasa sahaja tetapi dengan perasaan geram kerana isteri berkata begitu dan mahu pergi ke rumah mertua tanpa membawa suami. Lafaz yang dizahirkan itulah yang dimaksudkan. Tidak ada makna tersirat. Namun, disebabkan isteri merasa ragu, maka saya membawa perkara ini sebagai kepastian bagi menyakinkan isteri. Persoalannya adakah ia merupakan sebagai lafaz talak? 3) Soalan terakahir, isteri ada menyatakan 3 permintaan sebagai syarat untuk memaafkan dan menerima suami semula. Ketiga-tiga permintaan adalah sangat berat untuk diterima, dan salah satu permintaan tersebut ialah jika suami melanggarnya maka akan jatuk talak terhadap isteri. Suami sememangnya tidak mahu menerima permintaan-permintaan yang dinyatakan isteri, dan ada percubaan untuk menolak serta menukar permintaan tersebut, terutamanya yang berkaitan dengan talak. Tetapi isteri pada masa itu sangat nekad untuk tidak memaafkan, menerima dan malah sanggup meninggalkan suami. Maka dengan rasa berat hati dan keterpaksaan, suami pun terpaksa bersetuju dengan kesemua permintaan yang diberikan. Selain daripada mengelakkan daripada isteri bertindak keluar dari rumah dan meninggalkan suami serta anak-anak, ia adalah sebagai menenangkan emosi serta mengambil hati isteri. Namun, suami tidak melafazkan syarat-syarat tersebut. Maksudnya, suami tidak ada melafazkan, “Jika saya melanggar syarat/ taklik yang diberikan, maka akan jatuhlah talak saya kepada awak.”. Sebaliknya suami cuma berkata dengan terpaksa, “Okay, mana saja.”. Itupun bukan dengan niat sebagai tanda ‘ya’ atau ‘setuju’ yang hakiki. Beberapa hari kemudian, isteri sekali lagi ada mengingatkan permintaan-permintaan tersebut. Kini setelah suami berasa keadaan kembali lebih tenang, maka suami pun membuat perundingan agar tidak mencagarkan talak sebagai syarat. Akhirnya, isteri pun bersetuju. Persoalan pertama, adakah talak talik tersebut sah? Kedua, adakah talak taliq itu tidak valid/ wujud sebenarnya kerana suami tidak ada melafazkan dengan sempurna/ jelas/ soreh? Sebaliknya hanya berkata, “Mana saja.”.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, adakah cawan yg ditulis china fine bone adalah dari tulang babi? adakah saya perlu samak kerana sudah beli tahun lepas di tesco, saya sudah membuang cawan tersebut kerana was-was. adakah perlu saya sertu tangan saya kerana telah memegang cawan tersebut?

message user image

Soalan: saya berkahwin dan bekerja sebagai kakitangan awam dengan gaji sekitar 3 ribu sebulan suami saya bekerja sendiri gaji tidak menentu tetapi dalam lingkunagn 2 ke 3 ribu sebulan. Kami berusia di awal 50 an. masaalah saya ialah suami meengambil semua gaji saya dengan memegang kad ATM saya. saya hanya di berikan duet makan 20 ringgit sehari. Jika saya minta lebih jarang sekali dia beri. Perkara ini sudah berlanjutan selama saya bekerja kira-kira 22 tahun. saya menghadapi dilema kerana saya tidak dapat memberi bantuan kewangan kpd ibu saya yang merupakan ibu tunggal. suami saya juga berlaku tidak adil apabila sering memberi duet kepada ibunya yang juga ibu tunggal. Beliau melayan keluarganya dengan baik sekali tetapi apabila dengan keluarga saya dia acuh tak acuh. Selaen dari nafkah zahir yg tidak memuaskan hati saya, nafkah batin juga terabai. Saya seperti sudah tawar hati dengan suami ssaya tapi saya bertahan kerana anak2 seramai 3 orang yang maseh bersekolah dan berusia dlm lingkungan 14 hingga 20 tahun. Saya selalu memendam rasa kerana tidak dapat memegang duet gaji saya malah di perlakukan seperti kanak2 sekolah yang hanya diberikan duet makan seminggu 20 ringgit . Saya suarakan ianya tidak mencukupi tapi tidak di endahkan. Saya tidak pandai melawan namun saya memendam perasaan. Suami saya memegang kuasa vito. saya xpandai hendak bertengkar dan selalunya saya akur dengan apa juga keputusannya walaupon jiwa saya tertekan. Saya juga mengalami tekanan perasaan yang mendalam sehingga terpaksa mendapatkn rawatan psikiatri dan mengambil ubat anti depresi. Namun demikian suami maseh tidak menyedari tekanan yg saya alami akibat memendam perasaan. Dia beranggapan saya stress di tepat kerja sehingga depresi. Saya dah tawar hati sekarang ni. Saya ingin memohon untuk berpisah tapi saya xberani dan kerana anak2. Saya seringkali berpikir untuk lari dari rumah tapi saya xtahu hendak kemana. saya tidak mahu melibatkn orang lain dalam masalaha saya. Persoalan sekarang berdosa kah saya memohon untuk bercerai? sekiranya ingin bercerai apakah yang perlu saya lakukan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan, Jika selepas akad, suami lafaz taklik jika tidak beri nafkah selama 4 bulan berturut turut, isteri mengadu qadi maka jatuh talak. Persoalannya, jika berlaku penceraian talak 1 didalam perkahwinan tersebut bukan disebabkan oleh lafaz taklik tersebut dan suami merujuk semula isterinya, adakah masih sah lagi lafaz taklik tersebut didalam perkahwinan mereka kerana masih ada 2 talak lagi. Adakah lafaz taklik tersebut sah sehingga kiamat ataupun sehingga akhir hayat kerana telah berlaku talak bukan kerana penceraian tersebut. Diharap pihak tuan dapat membalas persoalan ini. Terima kasih.

message user image

Pertanyaan: Soalan: saya berkahwin dan bekerja sebagai kakitangan awam dengan gaji sekitar 3 ribu sebulan. suami saya bekerja sendiri gaji tidak menentu tetapi dlm lingkungan 2 ke 3 ribu sebulan. Kami berusia di awal 50 an. masalah saya ialah suami mengambil semua gaji saya dengan memegang kad ATM saya. saya hanya di berikan duit makan 20 ringgit sehari. Jika saya minta lebih jarang sekali dia beri. Perkara ini sudah berlanjutan selama saya bekerja kira-kira 22 tahun. saya menghadapi dilema kerana saya tidak dapat memberi bantuan kewangan kepada ibu saya yang merupakan ibu tunggal. suami saya juga berlaku tidak adil apabila sering memberi duit kepada ibunya yang juga ibu tunggal. Beliau melayan keluarganya dengan baik sekali tetapi apabila dengan keluarga saya dia acuh tidak acuh. Selain dari nafkah zahir yang tidak memuaskan hati saya, nafkah batin juga terabai. Saya seperti sudah tawar hati dengan suami saya tapi saya bertahan kerana anak-anak seramai 3 orang yang masih bersekolah dan berusia dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun. Saya selalu memendam rasa kerana tidak dapat memegang duit gaji saya malah di perlakukan seperti kanak-kanak sekolah yang hanya diberikan duit makan seminggu 20 ringgit . Saya suarakan ianya tidak mencukupi tapi tidak di endahkan. Saya tidak pandai melawan namun saya memendam perasaan. Suami saya memegang kuasa veto. saya tidak pandai hendak bertengkar dan selalunya saya akur dengan apa juga keputusannya walaupon jiwa saya tertekan. Saya juga mengalami tekanan perasaan yang mendalam sehingga terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri dan mengambil ubat anti depresi. Namun demikian suami masih tidak menyedari tekanan yang saya alami akibat memendam perasaan. Dia beranggapan saya stress di tempat kerja sehingga depresi. Saya sudah tawar hati sekarang. Saya ingin memohon untuk berpisah tetapi saya tidak berani dan kerana anak-anak. Saya seringkali berpikir untuk lari dari rumah tetapi saya tidak tahu hendak kemana. saya tidak mahu melibatkan orang lain dalam masalah saya. Persoalan sekarang berdosa kah saya memohon untuk bercerai? sekiranya ingin bercerai apakah yang perlu saya lakukan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya Azura dan musykil tentang sesuatu. Pada 9/7/2019, kami suami isteri ada perselisihan faham kecil dan saya berkecil hati dan ingin pulang ke kampung. Sedang saya mengemas baju, suami (dalam nada sedih) ada ucapkan kata seperti ini "kalau awak bawa keluar barang ni, kita dah tak ada apa-apa". Suami kata dia ucapkan tanpa niat. Suami juga ada bertanyakan pada imam masjid, kalau ucap tanpa niat tidak mengapa tapi perlu dapat keizinan jika hendak keluar rumah. Saya musykil dengan perkara ini. Saya ingin tahu samada kata-kata suami saya ucapkan itu adakah ianya salah satu lafaz taklik? Sah atau tidak? Saya musykil dan tolong bantu saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya seperti nama yang tertera mempunyai persoalan berkaitan dengan wali. Saya masih mempunyai ayah, abang dan adik lelaki. Ayah saya pernah cuba mencabul saya dan kakak saya. Manakala abang saya pernah mencabul bahkan cubaan merogol saya ketika saya masih dibangku sekolah. saya tidak mampunyai bapa saudara sebelah ayah. Jadi, bolehkah adik lelaki saya yang kini berusia 22 tahun, setakat pengetahuan saya tidak pernah melakukan sebarang dosa besar, tidak bertindik, solat 5 waktu sehari semalam sebagai wali saya ? Dan bagaimana untuk saya jelaskan isu ini tanpa membuka aib keluarga saya jika ditanya oleh majlis agama dan keluarga bakal suami saya ? Adakah saya dianggap anak derhaka jika tidak lagi berbakti pada bapa saya ? Ibu saya pula tidak pernah mempercayai kata-kata saya selama mana saya dicabul oleh abang kandung saya sendiri. Abang saya bukan sekadar mencabul saya malahan kesemua kakak saya yang jika termasuk saya berjumlah 5 kesemuanya. Ibu saya tidak pernah mempercayai saya. Adakah masih perlu saya mentaati ibu bapa yang sedemikian ustazah/ustaz ? Untuk berkahwin perlu jelas dengan keturunan. Pasangan juga perlulah dipilih dalam kalangan keturunan yang baik. Persoalannya saya bukan dari keturunan yang baik. Layak kah saya untuk dinikahi ? Perlukah saya berterus terang dengan bakal suami tentang kepincangan keluarga saya dan kisah silam saya ? Ucapan terima kasih saya dahulukan pada pihak jabatan mufti negeri selangor kerana menjawab persoalan saya. Sehingga bulan lepas saya masih menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan memberi wang belanja bulanan, menziarahi mereka tetapi, hari selasa yang lalu bertarikh 9/7/19 ayah saya sekali lagi telah mencabul dan saya rasakan dengan niat merogol kakak saya, lalu saya memutuskan untuk tidak menjejakkan kaki ke rumah ibu bapa saya. Adakah tindakan saya itu satu dosa besar ? Saya buntu.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai lafaz cerai. Saya dan isteri bergaduh, dan saya ada hantar satu mesej melalui aplikasi whatsapp yang berbunyi "Kau tahu tak, aku ceraikan kau selesai masalah aku" apa yang saya maksudkan adalah kalau saya ceraikan dia, masalah saya akan selesai. Saya terlupa taip perkataan "kalau". Soalannya sekarang, adakah lafaz cerai yang saya lafazkan itu sah? Sebab saya tersalah taip.

message user image

Soalan: Jatuh kah talak dengan ayat begini di whatsapp, "walid rasa walid kena pulangkan balik ummi kepada keluarga ummi".

message user image

Soalan: Apakah seorang isteri yang telah lama berkahwin tetapi tidak disetubuhi (sebab penyakit) tetapi hanya melakukan adegan ringan dianggap isteri derhaka? Adakah jika bercerai isteri tersebut boleh menuntut harta sepencarian? Adakah beliau juga boleh menuntut lain-lain nafkah? Untuk pengetahuan pihak tuan, mas kahwin juga si suami masih berhutang dengan isteri. Adakah si suami wajib memulangkan terlebih dahulu mas kahwin tersebut kepada isteri sebelum bercerai atau sebaliknya? Mohon pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum.. Saya berharap persoalan saya dibaca dan dijawab. Persoalannya adakah jatuh lafaz takliq selepas sudah bercerai (bukan sebab lafaz takliq)? Situasinya : Suami telah lafazkan takliq " kalau awak mesej perempuan itu, jatuh talak tiga". Tidak lama selepas itu suami isteri bercerai dengan cara yang baik dengan talak 1 di mahkamah. Bekas isteri bermesej dengan perempuan yg disebutkan dalam takliq tadi. Adakah takliq tersebut masih dikira lagi atau tidak (sebab suami isteri sudah bercerai talak 1 dengan cara yang baik)?

message user image

Soalan: Sahabat saya mendakwa bahawa dia merupakan keturunan nabi muhammad dan merupakan salah seorang yang Allah pilih sebagai penyelamat ummat akhir zaman. Dia dikenali di arsy sebagai Safiyyah binti Abdullah walhah nama dan nama ayahnya lain. Dia kata boleh berinteraksi dengan malaikat dan pernah bertemu dengan Nabi Khidir. Dia mendakwa boleh berinteraksi dengan jin dan boleh berinteraksi dengan orang yang telah meninggal dunia. Dia merupakan anak didik ustaz azman albanjari. Pengamal perubatan islam yang mampu berinteraksi dengan malaikat, jin dan syaitan dan mendakwa dia dijaga oleh malaikat. Mohon pencerahan daripada yang lebih arif. Bolehkah manusia biasa memiliki kelebihan seperti para nabi. Harap dapat bantu.

message user image

Soalan: Sepasang suami isteri bertengkar dalam kereta. si siteri lari keluar dan suami mengejar. bagi mengelakkan isteri keluar lagi dari kereta setelah dia bawa masuk dalam kereta, suami berkata "kalau kau keluar dari dalam kereta ni sekarang, aku ceraikan kau.." isteri tidak keluar lagi dan mereka teruskan perjalanan. suami turunkan isteri di pejabat selepas itu. Adakah jatuh talak bila isteri keluar dari kereta bukan di tempat suami lafazkan tadi?

message user image

Soalan: Bolehkah suami menuntut wang hantaran kalau isteri yang meminta untuk bercerai?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti Saya mohon persoalan saya di jawab Soalan saya ialah, apakah hukum terkini majlis fatwa negeri Selangor berkaitan melabur di ASB?

message user image

Soalan: Hal ini berlaku ketika saya marahkan bapa mertua saya di hadapan isteri saya berkenaan suatu perkara. Persoalannya, saya tidak pasti adakah telah berlaku lafaz taklik terhadap isteri apabila saya berkata: "nasib baik ada anak (anak kandung saya) seorang ini. Kalau tiada anak ini, saya tidak ingin ada kaitan dengan bapa kamu (bapa isteri, iaitu bapa mertua saya)". Adakah jatuh talak itu apabila anak kandung saya telah tiada, iaitu meninggal dunia (nauzubillahinzalik). Saya sedar ketika melafazkan ayat tersebut dan saya serta merta menjadi menyesal dan was-was sebaik sahaja melafazkannya. Sedangkan ketika itu saya marah kepada bapa mertua, bukan kepada isteri.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, sy ingin bertanya. Sy mempunya anak kecil yang baru berusia 6 bulan, pada masa yang sama saya dapat tahu yang saya sedang mengandung sebulan. Boleh kah saya mengugurkan kandungan saya atas sebab anak yang kecil baru berusia 6 bulan dan kewangan keluarga yang tidak begitu stabil.

message user image

Soalan: Assalam. Bagi anak lelaki yang tidak sah taraf, bagaimanakah hubungan dia dengan ibunya dan layakkah dia mewarisi harta ibunya dan harta pusaka keturunan ibunya? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum saya ingin bertanya jika suami berkata begini "jika kau keluar dari rumah ini aku ceraikan kau" adakah jatuh talak kepada saya? 2) berapa harikah baru saya boleh keluar dari rumah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum isteri inzal ketika haid. Suami melancap dengan tangannya pada kemaluan isteri dibahagian luar dan isteri inzal ketika dia haid. Terima kasih.

message user image

Soalan: Kemusyikilan dan pilihan yang ada bagi seorang Isteri yang baru kematian suami (dalam idah) untuk keluar ke rumah bagi menguruskan perihal urusan/tuntutan selepas kematian suaminya. Disebabkan si Isteri bersama seorang anak (3tahun) terpaksa menguruskan sendiri setiap urusan arwah suaminya ketika dia masih dalam tempoh idah. Sementara keluarganya (si Isteri) tidak dapat membantu kerana berada jauh di kampung (Terengganu). Apa yang boleh dilakukan oleh si Isteri bagi membolehkan dia keluar menguruskan urusan-urusan tersebut dalam tempoh iddah beliau...

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya ingin meminta kepastian, suami dan saya bertelingkah, di akhir kata, suami menegaskan akan memfailkan kes ke pejabat agama minggu hadapan. Adakah talak jatuh ke atas saya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ingin bertanya. Bagaimana status perkahwinan seseorang itu sekiranya 1)suami mengadu dengan perempuan lain masalah rumahtangga mengatakan duduk asing dengan isteri. Padahal isteri ada disisi dan tiada masalah pun. Melalui rutin harian seperti biasa. 2) suami mengaku belum berkahwin. Mengaku masih mencari yang sesuai untuk dijadikan isteri. 3) suami mengaku masih bujang pada perempuan lain semata untuk perhatian dan layanan seks (di alam maya - bertukar gambar dan video).

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya dari terengganu. Saya ada kenal seorang perempuan dan memang bercadang untuk jadikan dia isteri. kami kenal 8 tahun semenjak belajar di universiti dahulu. saya bawa perempuan itu dan famili dia kenal dengan ibu bapa saya tetapi ayah saya terus tolak dan tidak membenarkan kami kahwin. sebabnya dia orang jauh, Selangor sedangkan perempuan ini dari famili yang baik, perangai baik, solat, tutup aurat dengan baik. Satu lagi, Ayah saya juga cakap cara saya salah, iaitu membelakangi dia sebab saya couple dulu baru kenalkan pada ibubapa saya. saya tiada niat pun hendak membelakangi dia. saya lambat bagitahu dia sebab ingin mengumpul duit dahulu. apabila sudah cukup duit dan sedia semua baru saya bagitahu hasrat saya itu. memang salah kah cara saya itu ustaz? Apa hukumnya kalau saya masih ingin kahwin dengan perempuan ini ustaz? adakah saya jadi anak derhaka sebab tidak mendengar cakap ibu bapa? Saya ada dengar ustaz azhar cakap anak-anak ada hak juga untuk pilih pasangan hidup sendiri. saya harap ustaz boleh tolong jelaskan.

message user image

Soalan: Apakah hukumnya apabila seorang suami yang tidak bekerja menggunakan wang pencen ibubapanya untuk menafkahi isteri dan anak-anak?

message user image

Soalan: Adakah isteri yang tamat iddah mati atau hidup masih dibawah tanggungan keluarga suami?

message user image

Soalan: apa pandangan ahli panel mengenai ibu tidak mengaku anak selepas anak berkahwin seorang lagi serta meminta ceraikan isteri kedua.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum suami sentiasa membelanjakan duit, makanan, barangan dan lain-lain untuk anak-anak buahnya sedangkan mereka mempunyai ibu bapa dan suami pula mempunyai hutang dengan isterinya, isteri akan dimarahi apabila menegur perbuatan tersebut sedangkan nafkah isteri tidak diberi, isteri tidak kisah jika suami mempunyai rezeki lebih tetapi hanya cukup-cukup makan, suami isteri masih belum mempunyai zuriat dan tinggal bersama keluarga isteri, isteri terkesan dengan suami kerana melebihkan anak-anak buahnya berbanding isteri sendiri dan beranggapan isteri mahu menyekat rezeki orang lain, mohon pencerahan dari pihak yang bertanggungjawab.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, suami ada melafazkan talak dengan bunyi seperti ini ” timah aku akan ceraikan kau dengan talak satu” adakah sah? Kali kedua suami ada melafazkan juga tetapi dia tidak ingat akan ayat yang dilafazkan dan setahu saya tiada lafaz yang dibuat pada masa itu. Perkara ini sudah lama berlaku, disebabkan itu banyak yang tidak ingat akan apa yang berlaku. Suami ada memberitahu kepada rakan nya akan cerai tersebut tetapi dia sudah lupa apa yang diperkatakan kepada kawan nya itu. kebanyakan nya suami saya mudah lupa apa akan perkara yang telah dia lakukan dan berlaku pada pergaduhan tiga tahun lepas. Tuan boleh tolong perjelaskan...

message user image

Soalan: Apakah hukum bercinta atau berhubung (telefon @ berjumpa) dengan suami orang. Walaupon si wanita tahu bahawa suami orang tersebut terdapat masalah dengan isterinya. (* Tambahan, pada masa yang sama si isteri tidak melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri seperti masak dan hormat mertuanya sendiri.) Adakah si wanita itu salah?

message user image

Soalan: Assalamualaikm Tuan/Puan.. Maaf mengganggu.. Saya ingin bertanya 2 perkara.. 1. Saya dan suami sebelum ini adalah pengikut ajaran sesat tuhan harun. Adakah kami dikategorikan sebagai murtad ? 2. Ketika kami masih mengikuti ajaran sesat tersebut, suami saya telah menceraikan saya dengan talak 3.. Adakah sah lafaz talak tersebut? Kerana jika kami dikategorikan sebagai murtad maka murtad itu sahaja telah menyebabkan terbatalnya perkahwinan. Saya berharap sangat tuan/puan dapat membantu saya dalam hal ini. Sekarang kami sudah bertaubat dan kembali kepangkal jalan. Kami juga mempunyai 2 orang anak perempuan dan ingin untuk menyambung semula perkahwinan kami. Terima kasih banyak-banyak tuan/puan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan. maaf mengganggu. Disini saya ada satu kemusykilan untuk bertanya mengenai rumah tangga. Soalannya begini, Saya telah berkahwin dan sejak kebelakangan ini berlaku perbalahan antara saya dan isteri. Ketika perbalahan berlaku isteri saya menghantar pesanan kepada saya melalui aplikasi whatsapp dan mengajak saya untuk pergi ke pajabat agama. Beliau suruh saya berjanji sekiranya saya tidak pergi ke pejabat agama akan jatuh talak. Jadi persoalannya disini adakah jatuh talak tersebut sekiranya saya tidak pergi ke pejabat agama?

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya tentang jatuh atau tidak talak yang suami saya telah lafazkan. situasi kami bertengkar dan suami saya sangat memarahi saya.dan saya menyuruh suami melepaskan saya. keadaan suami saya lagi marah, pertengkaran semakin teruk dan dia telah melafazkan cerai dengan berkata "norazuria aku ceraikan hang dengan talak satu" masa dia melafazkan dia dalam keadaan yang sangat marah. untuk pengetahuan tuan/puan saya sekarang tengah mengandung. apa hukum cerai terhadap saya, adakah ia jatuh talak?

message user image

Soalan: Assalammualaikum tuan panel, saya ingin bertanyakan kemuskilan saya, saya bakal bernikah tidak lama lagi dengan seorang duda, namun saya sering cemburu melihat bakal suami saya dengan anak gadisnya yg berusia 12 tahun itu. Anaknya adalah anak tidak sah taraf dimana bakal suami saya dengan pasangannya bernikah setelah pasangannya mengandung,anak itu di binti kan Abdullah. Kemusykilan lagi, apakah status bakal suami saya dengan anaknya itu adakah anak kandung? Dan apabila saya bernikah dengan bakal suami saya itu dan jika dikurniakan anak apakah status anak saya nanti dengan anak tidak sah taraf bakal suami saya itu, mohon tuan panel memberi pencerahan kepada saya. sekian terima kasih

message user image

Soalan: Seorang suami melafazkan "aku ceraikan kau dengan talak tiga jika engkau pergi ke program itu lagi sebelum kau minta maaf dengan aku" - tidak lama kemudian mereka berdamai dan isteri meminta maaf kepada suami. hari berikutnya mereka pergi ke program tersebut bersama-sama. Soalannya, adakah taklik itu sudah terbatal apabila isteri sudah meminta maaf kepada suami ? Mohon pencerahan .

message user image

Soalan: Adakah jatuh talak jika suami sengaja menyebut nama isteri yang betul, tetapi nama bapa isteri yang tidak betul, kerana suami langsung tidak berniat untuk menceraikan isterinya. si suami menyebut "Nur Ashikin Binti Ahmadodododododo, aku ceraikan dikau" sedangkan nama isterinya Nur Ashikin Binti Ahmad. Suami sengaja menyebut nama yang salah supaya tidak terjatuhnya talak. Suami menyebut lafaz tersebut semasa berseorangan. Mohon pencerahan, kerana suami beranggapan tidak jatuh talak jika nama yang disebut adalah nama orang lain.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin tahu siapa kah yang sepatutnya atau berhak ke atas duit nafkah anak setelah kami berpisah. anak dibawah jagaan bekas isteri. duit nafkah saya masukkan ke dalam akaun bekas isteri tetapi anak merungut tidak dapat berbelanja yang secukupnya. nafkah sebulan rm250 akan tetapi diberitahu anak hanya bekalan belanja rm50 untuk dua minggu.anak berumur 17tahun dan masih belajar serta duduk di asrama.segala persiapan sekolah mau pun musim perayaan saya sediakan termasuk top up handphone anak mingguan.kedua sampai bila wajib ke atas saya memberi nafkah. saya mempunyai 3 orang anak dengan isteri sekarang serta menanggung 2 orang anak tiri kesemua masih bersekolah dengan pendapatan tidak seberapa. sekian terima kasih

message user image

Soalan: Bolehkah seorang balu (mempunyai anak perempuan) mengahwini adik ipar lelaki nya sendiri? Dan apakah hukum hubungan anak perempuan itu kepada suami baru ibu nya, adakah masih sebagai bapa/anak saudara atau anak/bapa tiri?

message user image

Soalan: Assaalamualaikum YBhg. Ustaz, Suami telah marah kepada isteri dan telah menulis ayat seperti di bawah melalui whatsaap. Isteri telah minta tolong suami melalui whatsaap supaya suami basuh cawan selepas digunakan. Dengan tiba-tiba suami marah dan menulis mesej seperti di bawah : "Mulai hari ini sekiranya kamu (isteri) sediakan makanan kepada saya kali pertama maka akan jatuh talak 1, sekiranya sediakan kali kedua akan jatuh talak 2 dan tiga kali kamu sediakan maka akan jatuh talak 3." Sehingga harini isteri tidak menyediakan sebarang makanan dan minuman kepada suami. Bagaimana untuk selesaikan isu ini? Terima kasih Ustaz

message user image

Soalan: Salam saya ingin bertanya adakah saya jatuh talak dalam keadaan marah, ceritanya bergini saya berkata pada isteri saya kalau awak keluar awak tidak sayang saya tetapi isteri saya tetap keluar dan saya menghantar pesanan ringkas berbunyi (saya lepaskan awak) adakah sudah jatuh talak? Terima kasih itu saja soalan saya..

message user image

Soalan: Asalammualaikum. Tuan, Saya ingin memohon pandangan dari tuan berkenaan kemusykilan yang saya hadapi.Saya ringkaskan cerita. Isteri saya telah membuat pengesahan lafaz cerai di mahkamah. Dan mahkamah mengesahkan bahawa saya telah menjatuhkan talaq satu. Untuk makluman tuan,semasa dalam tempoh idah. Saya telah meruju' isteri saya semula dalam keadaan sedar. Dengan lafaz yang terang "Saya nama merujuk awak nama.Dan berjanji menjaga awak selamanya".Isteri saya telah menerima ruju' saya.Dan kami menjalani kehidupan seperti biasa,termasuk hubungan kelamin.Tetapi selepas isteri saya menerima tawaran Jawatan PTD, isteri saya berubah kelakuan.Dan tidak mahu mengikut saya ke Jais untuk mendaftarkan ruju.Tidak lama kemudian isteri saya telah menghalau saya keluar dari rumah. Atas nasihat pegawai polis demi kebaikan semua. Saya di minta agar tidak menganggu isteri saya. Saya mengambil keputusan tinggal sementara di tempat kerja, walau bagaimanapun. Saya tetap menyerahkan gaji saya untuk kegunaan isteri dan anak saya setiap bulan.Saya sudah berusaha untuk membawa isteri saya ke jais, tetapi sentiasa gagal sehingga lah sekarang. Dan apa yang saya dapat tahu bahawa sekarang isteri saya telah mendaftarkan pernikahan poligami di makamah tinggi seremban pada 7.8.2019 dan menjadi isteri kedua pada lelaki lain.Tanpa saya dimaklumkan,Tuan Adakah saya menanggung apa-apa dosa dan kesalahan dengan lafaz ruju yang saya telah buat?.Adakah lafaz ruju saya itu sah atau tidak setelah dipersetujui pada permulaan tetapi sekarang isteri saya menafikan.Apakah yang perlu saya lakukan?.Apakah perkhawinan mereka itu sah sedangkan setiap bulan saya serahkan duit sebanyak 800 sebulan untuk isteri dan anak saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. saya dan isteri hampir 3 tahun tidak melakukan hubungan kelamin. Ini berpunca selepas isteri melahirkan anak kelima melalui pembedahan. isteri langsung tidak menunjukkan minat untuk bersama. boleh kah ustaz beri penjelasan bagaimana saya untuk menyelesaikan masalah ini. adakah berdosa saya sekiranya saya menggunakan alternatif lain untuk melepaskan apa yang saya inginkan sebagai suami.

message user image

Pertanyaan: Persoalan saya, ini mengenai abang dan kakak ipar saya yang duduk sebumbung dengan saya, abang saya bagitahu mereka ada masalah keluarga dimana akak ipar saya ade orang kedua dan abang saya terlalu sayang kan jadi tidak mahu menceraikan akak ipar saya. Namun, keadaan menjadi makin teruk dimana mereka berdua sering bergaduh kerana abang saya masih tidak boleh melupakan kesalahan itu dan menuduh akak ipar masih berhubung. bila saya tanya akak ipar, dia cakap sudah tidak behubung dengan orang ketiga itu. Abang saya ketagih dadah jenis ice, bila tidak dapat dadah tu, emosi dia tidak stabil dan sekarang dia mula memukul akak ipar saya. apa yang perlu saya lakukan? adakah saya perlu berdiam diri? dan apa hak seorang isteri dalam hal begini? adakah dia masih boleh mendapat hak penjagaan anak selepas bercerai walaupun dia curang?

message user image

Soalan: Assalamualaikum saya tujukan soalan kepada pegawai penasihat agama jais soalan saya ialah saya ada anak tiri dibawah jagaan suami saya tetapi masalahnya ibu kandungnya langsung tidak ambil berat pasal anaknya. adakah ibu itu bersalah terhadap anaknya ? apa hukumya si ibu tersebut? adakah terputus sudah tanggungjawab tersebut setelah bercerai memandangkan bapa tanggungjawabnya memberi nafkah , tempat tinggal dll.. apa sebenarnya tanggungjawab ibu setelah bercerai dengan suami memandangkan masing-masing sudah ada keluarga sendiri?

message user image

Soalan: Sepasang suami isteri telah berkahwin di satu tempat di Thailand yang diiktirafkan oleh kerajaan Malaysia. Walaubagaimana pun perkahwinan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia. Soalannya, sekiranya berlaku penceraian maka tempoh iddah mana yang perlu diguna pakai oleh pasangan tersebut iaitu samada tiga kali suci mengikut undang-undang Malaysia atau 3 bulan 10 hari mengikut hukum yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Thailand. Sekian. Terima kasih

message user image

Soalan: Status anak angkat bukan susuan tinggal bersama ibu angkatnya yang sudah ketiadaan suami.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada satu pertanyaan mengenai niat suami. Kami bercakap, dan kemudian suami marah sebab memberi anak makanan yang tidak dibenarkan, seperti aiskrim. maka suami memarahi saya, lalu menuduh saya tidak hormat kepadanya dan mengatakan saya raja... Lalu suami mengeluarkan kata seperti kalau tidak boleh ikut arahan boleh pergi, jadi disitu apakah hukum yang perlu saya tahu.

message user image

Soalan: salam, saya ada soalan untuk ditanya mengenai talak. pada suatu malam saya dan suami bertengkar, dan menjurus dia bertanyakan pada saya “you nak cerai ke?” saya dalam keadaan marah berkata “ya” dan dia menjawab “OK”. adakah jatuh talak di situ?

message user image

Soalan: Suami telah menuduh isteri berzina. adakah secara automatik talak sudah jatuh?

message user image

Soalan: Jatuhkah talak jika suami berkata, "nanti kau ambil semua barang-barang kau dalam rumah aku, kau tak layak bergelar isteri, pelacur murahan"

message user image

Soalan: Salam saya ingin bertanyakan mengenai tanggungjawab suami terhadap keluarga iaitu isteri anak ibu dan adik. Kes 1: kami suami isteri duduk sendiri menyewa rumah tetapi pada awal bulan julai suami mengajak ibu serta adik pindah ke rumah kami tanpa berbincang. Tujuan perbincangan suami isteri yang saya maksudkan adalah kerana suami memberi nafkah zahir yang mencukupi untuk menyara isteri anak, suami bukan anak tunggal yang perlu memikul tanggungjawab jaga ibu dan adik sendiri. Dia mempunyai 2 orang adik lelaki dan seorang adik dan akak perempuan yang sudah dewasa dan ada yang sudah berkahwin. Saya cuma meminta suami untuk berbincang sesama adik beradik tetapi suami enggan. Malahan dia meminta saya untuk keluar bekerja bagi membantu kewangan dirumah. Kes 2: suami pernah berkata sekiranya saya tidak boleh menerima ibu dan adiknya tinggal dirumah maka dia sanggup menceraikan saya. Disini saya ingin meminta penjelasan adakah saya yang bersalah?

message user image

Soalan: Assalmualaikum. soalan saya berkaitan dengan isu talak baru-baru ini, seorang suami mengatakan "kalau lepas ni kau bersembang duduk satu meja dengan lelaki, aku ceraikan kau talak 1" situasinya, isteri (peniaga kedai makan) bersembang dengan seorang lelaki yang mana telah diingatkan berulang kali untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. (atas dasar untuk menjaga maruah diri & suami) persoalannya, dalam keadaan yang macam mana boleh terjatuhnya talak? adakah apabila isteri bersembang dengan mana-mana lelaki / duduk satu meja dengan lelaki lain / bersembang satu meja dengan kumpulan orang yang wujudnya lelaki dalam keadaan tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. saya ingin bertanya adakah jatuh talak sekiranya suami menghantar gambar prosedur mahkamah syariah berkenaan bercerai melalui aplikasi whatsapp. beliau juga ada mengajak pergi ke mahkamah dan ada jugak kata ‘lebih baik bercerai’ adakah sebutan atau gambar tersebut jatuh talak kepada isteri. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Pada malam Khamis, 8 Ogos 2019, suami saya menghantar mesej di Whatsapp. Saya membukanya pada awal pagi Khamis. Soalan: 1. Adakah jatuh talak ke atas saya? Apakah yang patut saya lakukan. 2. Jika saya tidak mengizinkan beliau berpoligami atas sebab-sebab kemampuan zahir dan batin, dan beliau masih hingga ke hari ini berhubung dengan wanita tersebut, adakah saya juga terpalit dosa? 3. Apakah saya dikira nusyuz jika saya undur diri dan meneruskan perceraian tersebut? 4. Suami saya merahsiakan hubungan tersebut sepanjang 6 bulan. Dalam tempoh tersebut mereka saling menghantar mesej , video dan gambar lucah. Pernikahan tersebut sebagai 1 cara menghalalkan hubungan yang telah terjalin. Adakah ini dibenarkan syarak?

message user image

Soalan: Assalammualaikum Baru-baru ini saya ada berbalah dengan suami saya melalui whatsapp perbualan tersebut seperti berikut: isteri : awak izinkan saya keluar rumah tak? suami :kalau saya tak izinkan awak keluar nanti awak minta cerai pulak.tak pasal-pasal saya jadi duda,tak apalah saya izinkan. kemudian saya cakaplah jangan tulis perkataan yang boleh merosakkan hubungan ni saya suruh dia fikir dulu sebelum tulis atau cakap sesuatu. suami : saya bagi je awak keluar pergi lah.kenapa tak boleh sebut cerai. bukan saya ceraikan awak pun. kemudian saya beritahu dia lagi jangan sebut perkataan macam tu takut tersalah tulis atau cakap. suami saya masih lagi tulis suami:kalau saya tak izinkan awak keluar walau sekali mesti awak minta cerai punya.mestilah saya izinkan. suami:saya andaikan saja kaalu awak minta cerai sebab marah awak keluar malam dengan kawan-kawan. suami:memang tak niat la,cuma saya takut kalau saya tak izinkan walau sekali keluar malam dengan kawan-kawan,saya takut awak minta cerai itulah saya maksudkan. jadi saya ingin kepastian dengan apa yang suami saya tulis ini musykil sama ada jadi atau tidak

message user image

Pertanyaan: Assalamualaikum. saya ada beberapa persoalan berkaitan dengan isu zihar. satu hari kawan saya telah berjumpa dengan abang ipar saya (abang kepada isteri saya) setelah itu saya menaiki kereta bersama kawan saya menuju ke kedai untuk minum. semasa dalam kereta kami berbual-bual kosong. tiba-tiba kawan saya dalam nada agak mengejek berkata "abang ipar ngko badan besar tapi takde bontot" saya pun berkata " keluarga dia memang macam tu la". (maksudnya keluarga abang ipar saya memang mempunyai punggung yang leper). dalam situasi ini adakah saya telah melakukan zihar. padahal saya tidak berniat pun untuk menziharkan isteri saya. mohon jawapan dari pihak ustaz. terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, ada sepasang suami isteri sedang bergaduh. Secara tidak sengaja si isteri bertanya kepada suami mengapa tidak melepaskannya sahaja. Lalu si suami menjawab. "Ha... Jom lah ke mahkamah kalau nak sangat" Lalu keesokan paginya si suami cakap pada isteri yang dia tidak berniat begitu. Soalannya, adakah itu jatuh talak ustaz?

message user image

Soalan: Saya duduk di rumah kerajaan. Orang yang duduk di rumah ini dahulu telah menanam beberapa pokok buah-buahan. Adakah saya berhak ke atas pokok tersebut atau pokok tu masih kepunyaan dan hak orang yang tanam walaupun orang tersebut telah berpindah

message user image

Soalan: Assalammualaikum. suatu ketika dulu jika suami berjanji untuk lepaskan saya, apabila dia curang lagi dan beri gelaran sayang pada wanita lain. adakah itu dikira lafaz talak. dan adakah bila dia ulang kali perbuatan yang sama talak akan jatuh

message user image

Saya merujuk kepada perkara di atas dan Fatwa Pemikiran Liberalisme & Pluralisme yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Neger Selangor bertarikh 17 Julai 2014. Saya ingin bertanya tentang implikasi fatwa tersebut, sekiranya saya ingin berkahwin dengan perempuan yang menjadi anggota pertubuhan Sisters in Islam adakah saya perlu memastikan bakal isteri saya memperbaharui syahadahnya terlebih dahulu sebelum perkahwinan. Dan adakah saya boleh memakan makanan/sembelihan yang dilakukan oleh anggota pertubuhan ini?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya ada satu pertanyaan mengenai hukum talak berdasarkan pada situasi diberi. Sepasang suami isteri telah bergaduh mengenai hal-hal rumah dan dalam pertelingkahan itu, isteri ada menyebut untuk diceraikan jika permintaannya tidak diikuti. Akibat marah, suami bertanya pada isteri (cth: Awak nak saya cerai?) dengan nada marah dan tanpa niat untuk menceraikan isteri. Persoalannya, adakah talak ini dikira atau tidak. Saya memohon pencerahan daripada ustaz. Terima kasih ustaz.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Saya ingin bertanya berkaitan talak kinayah. Adakah jatuh talak jika isteri berkata "saya tak suka/tak nak suami macam kamu, benda kecil suka diperbesarkan" dan suami terus membalas "saya pun tak suka/tak nak isteri macam ni, selalu nak marah marah" si suami tiada niat untuk menceraikan isterinya. Suami berkata begitu kerana ingin membalas percakapan isterinya. Salah faham itu cuma buat seketika dan mereka berbaik selepas itu. Saya harap pihak tuan dapat memberi penjelasan di atas situasi ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: 1. adakah sah lafaz talak yang dikatakan telah dilafazkan oleh suami yang dibuat secara kinayah kepada isteri kemudiannya suami telah meninggal dunia ? 2. Adakah cerai secara kinayah perlukan niat suami ? 3. Bolehkah orang lain yang mendengar lafaz cerai dan menyatakan bagi pihak suami kerana suami sudah meninggal dunia (contohnya anak-anak mendengarnya ) ? 2. Adakah perceraian secara kinayah boleh berlaku kerana tidak diketahui sama ada suami berniat atau tidak untuk menceraikan ?

message user image

Soalan: Memohon pencerahan.. Adakah sah cerai (Isteri : lepas ni kalau awk curang lg, kita lepas(cerai) Suami : Ya Dan si suami pun kantoi lagi curang. Dalam situasi ini, apakah jatuh talaknya tuan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ada pertanyaan mengenai Zihar. Tiga tahun yang lepas saya pernah terlafaz mengatakan rupa isteri saya serupa dengan kakak saya. Perbuatan saya ditegur oleh isteri dan dia memberitahu saya itu adalah berdosa. Pada masa itu saya tidak mengetahui mengenai zihar. Selepas daripada itu saya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Persoalan saya: 1) Adakah perbuatan saya itu dikira zihar? 2) Jika ya, apa yang perlu saya lakukan kerana perkara itu sudah lama berlaku?

message user image

Soalan: adakah menjadi hukum sekiranya seorang suami mengatakan kepada isteri "aku tak nak makan masakan hingga kau bersuci"

message user image

Soalan: Isteri saya keluar rumah dan bawa anak-anak tanpa pengetahuan saya, atas sebab selisih faham dan pergaduhan, saya cuba mesej ingin tahu dimana? isteri saya tidak bagi tahu dan dia tidak bagi saya bercakap dengan anak-anak. apa hukum isteri buat begitu? dan apa saya perlu buat?

message user image

Soalan: Assalammualaikum, Adakah saya berdosa membenci suami yang mempunyai masalah memuaskan hubungan . Sekarang saya dalam proses mencari rumah. dari segi hukum adakah saya patut melakukannya. Walaupun dia seorang yang baik, sejujurnya saya rasa kecewa dan tidak ada sayang lagi pada dia. Setiap kali selepas melakukan hubungan, semakin rasa benci pada dia terutama dia langsung tidak rasa bersalah . Saya melakukan solat kerana ia adalah wajib tapi saya rasakan solat saya itu tidak ada makna kerana saya rasa dosa membenci suami. Masalah ini berlarutan semenjak mula perkahwinan 2005. 4 tahun lepas saya pernah berbincang dengan keluarga, tapi mereka minta saya pertahankan perkahwinan dan dalam masa yang sama suami berjanji akan berikhtiar memulihkan keadaan. Tapi semua adalah hanya janji-janji kosong. tiada apa pun yang dia usahakan dan perkara sama masih berulang. Saya betul-betul tidak tahu apa yang patut saya lakukan selain menjauhkan diri dari dia.

message user image

Soalan: assalamualaikum. saya ingin bertanya kalau seseorang isteri ingin meminta fasakh dari suaminya atas sebab suami tidak bekerja, nafkah anak hanya rm300 sebulan untuk membeli susu, pampers, pakaian dan makanan anak bawah 1 tahun, nafkah isteri tiada, gelang tangan emas yang diberi ketika akad nikah digadai, mendoakan anknya menjadi kurang ajar, ketika isterinya mengandung si suami sering keluar rumah dan balik awal pagi dan sukar dibawa berbincang.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt, soalan saya, adakah boleh lelaki mengahwini perempuan yang kurang 40 hari selepas perempuan itu bersalin anak luar nikah hasil dari keterlanjuran bersama si lelaki itu

message user image

Soalan: Salam Saya ada persoalan untuk diajukan. Saya dan suami sudah 3 tahun berkahwin. Dia seorg yang tidak pernah mengabaikan nafkah zahir untuk saya dan anak. Masalah sekarang, sejak saya mengandung sampai sekarang (anak saya sudah berusia 2tahun6bulan), suami saya tidak pernah 'menyentuh' saya. Hubungan kami semakin hari semakin suram. Sampaikan kami hanya bercakap benda yang penting sahaja. Saya pernah tanya kepada dia tapi jawapan dia, dia tidak tahu macam mana ingin memulakan semula hubungan ini. Masa bulan puasa yang lepas, saya ada terbuka telefon suami. Kebetulan masa itu memang terpampang aplikasi WeChat. Saya terbaca bualan suami dengan beberapa lelaki lain yang berunsur lucah. Saya tanya kepada dia tetapi dia cakap itu hanya suka-suka dan WeChat itu sudah lama padahal wechat tu masa bulan april. Saya makin hilang kepercayaan kepada suami. Sepanjang kahwin kami tidak pernah sembahyang berjemaah. Bila ditanya, dia cakap tidak bersedia. Saya tidak tahu ingin mengadu dengan siapa sebab mahu menjaga aib suami. Masalahnya saya tertekan sekarang. Apa yang patut saya lakukan. #suami saya seorang yang sangat baik kepada ibunya dan anak kami Mohon pencerahan. Terima kasih

message user image

Soalan: saya ada persoalan berkenaan lafaz talak: -adakah sah talak jika suami sebut lafaz soreh dgn menyebut nama isteri tetapi sengaja sebut nama bapa isteri yg salah supaya lafaz tersebut ditujukan kepada orang lain. lafaz tersebut diucap semasa berseorangan. -suami sengaja sebut nama yg salah supaya lafaz itu ditujukan selain dari isterinya. -suami anggap jika nama yg salah, jadi orang yg salah. lalu lafaz itu ditujukan kepada orang yg salah (bukan isterinya yg sah) dan mengakibatkan lafaz yg tidak sah. -semasa lafaz, hati suami langsung tidak tujukan kepada isterinya dengan harapan supaya lafaz itu tidak di tujukan kepada isterinya. - saya sudah pun merujuk isteri saya dengan lafaz soreh semasa berseorangan kerana takutkan lafaz itu terjatuh. bolehkah saya bertanyakan hal ini di pejabat agama, atau saya perlu ke mahkamah berkenaan hal ini? kerana saya tidak berniat untuk berpisah dengan isteri saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/ Ustazah. Terima Kasih kerana menyediakan ruangan yang terlalu bernilai untuk orang seperti saya, sekurangnya saya ada tempat untuk bertanya. Saya harap identiti saya dirahsiakan kerana ingin menjaga nama baik sesiapa yang terlibat dalam kemusykilan saya ini. Soalan saya: Saya sudah berkahwin, dan tinggal di Ampang bersama suami, tidak bekerja hanya surirumah sepenuh masa, keluarga saya di Kuala Terengganu. Kami suami isteri tiada apa-apa masalah dan sentiasa berbincang untuk apa-apa kepastian tentang rumahtangga kami, termasuklah kemusykilan saya yang satu ini. Tentang "Menziarah ibu ayah di kampung" .Kami berbincang untuk menziarahi ibu ayah saya 3 bulan sekali kerana saya memahami keadaan suami yang bekerja dengan gaji hanya Rm2000 sebulan, tetapi ibu saya seperti tidak memahami keadaan kami dan sentiasa membandingkan kehidupan kami dengan orang lain yang berkemampuan untuk pulang ke kampung seminggu sekali, ibu disana tinggal bersama ayah dan beberapa orang lagi adik, total kos untuk pulang kesana terlalu tinggi termasuklah tol dan minyak. Ada satu ketika ibu terlalu marah dan memberitahu saya untuk tinggalkan suami kerana masalah ini. Adakah saya berdosa Ustaz/ Ustazah kerana tidak menuruti perintah ibu sedangkan sebelom kahwin saya seorang anak yang mendengar segala suruhannya. Apakah solusi terbaik untuk saya? Dan apakah tindakan terbaik untuk saya lakukan sebagai seorang isteri dan juga anak. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalam. Saya anak bongsu yang rapat sangat dengan mak ayah. Saya baru kahwin bulan 2. Suami seorang pendiam dan susah bergaul menjadikan dia susah rapat dengan keluarga saya. Tiap kali saya berkunjung ke rumah keluarga, dia mesti menolak untuk ikut. setiap kali saya ke rumah keluarga, dia akan bermasam muka dan marah bila setiap minggu saya mahu ke sana. Rumah saya dan keluarga tidak jauh. Dalam 20 minit sahaja. Semalam suami kemalangan. Ayah saya kerja di johor. Dia balik ke kajang semata-mata ingin berjumpa menantunya. Tetapi suami saya menolak untuk berjumpa. Dan mengarahkan saya untuk menghalang mereka datang ke rumah saya. Saya marah saya cakap kalau diberi pilihan saya akan pilih mereka dan bukannya suami saya. Saya rindukan keluarga saya dan mahukan hidup saya sebelum kahwin. Saya tidak sanggup lihat mak bersedih sebab saya anaknya yang paling rapat. Tolong saya untuk selesaikan masalah ni. Haruskah saya minta cerai?

message user image

Soalan: Apa hukumnya jika seorang isteri mengetahui suaminya telah berzina dengan pelacur, dan suaminya juga mengaku telah melakukan zina. Selepas itu suami ingin bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Adakah isteri boleh menuntut cerai atau memaafkan suami tersebut?

message user image

Soalan: Apakah implikasi perkahwinan cina buta terhadap agama?

message user image

Pertanyaan: Sekiranya mas kahwin dalam bentuk dinar emas, bagaimana dengan jumlahnya? Setahu saya minimun mas kahwin selangor RM300

message user image

Soalan: Hukum anak tiri berkahwin dengan adik beradik?

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya tentang status lafaz taklik yang bukan saya tulis dan di hantar pada isteri saya tanpa saya memahami ayat itu dan berniat adakah dikira sah taqlik melalui whatsapp yang ditulis isteri sendiri dan disalin dihantar kepada saya. lalu saya hantar semula pada dia tanpa berbuat sebarang perjanjian dan persetujuan.

message user image

Soalan: 1. Jika saya memiliki harta peninggalan arwah ibu seperti tanah, dan suami saya menyuruh saya menjual tanah tersebut. Adakah saya dianggap nusyuz kerana mengingkari arahan suami jika saya tidak mahu menjual tanah tersebut? 2. Jika saya disuruh untuk meminjam duit dari bank atas nama saya dan tolak duit gaji saya automatik untuk kegunaan suami dan saya tidak mahu melakukannya. Adakah saya dianggap nusyuz?

message user image

Soalan: Assalamualaikum saya ingin bertanya . kalau adik saya lelaki ambil anak susuan , dan disusukn oleh isteri dia , ipar saya adakan saya dengan anak susuan tersebut aurat

message user image

Soalan: Assalamualaukum wbt Tuan Mufti, Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat pertanyaan dan berharap pihak tuan dapat memberi penjelasan mengenai persoalan saya seperti berikut: Adik saya, warganegara Malaysia telah bernikah dengan isterinya, seorang warganegara Indonesia pada 10 Ogos 2018 di Daerah Babalan, Langkat, Sumatera Utara, Indonesia. Walau bagaimana pun, adik saya telah meninggal dunia pada 3hb September 2019 di Putrajaya. Keluarga kami tidak dimaklumkan mengenai perkahwinan ini sehinggalah tarikh kematian arwah. Kami mendapat tahu bahawa arwah adik saya tidak membuat pendaftaran/pengesahan penikahan mengikut undang-undang syariah Malaysia Arwah mempunyai seorang anak tidak sah taraf, yang lahir pada 14hb Disember 2018 di negara Brunei Persoalan saya adalah seperti berikut: 1) Adakah isteri arwah adik saya berhak mendapat pembahagian faraid? 2) Adakah anak tersebut layak mendapat pembahagian faraid? 3) Adakah anak tersebut perlu diberi nafkah bulanan? 4) Menurut isteri arwah, mas kahwin bagi perkahwinan mereka masih belum di bayar. Adakah waris perlu membayar mas kahwin tersebut? Jika perlu dibayar, bolehkah kami menggunakan duit peninggalan/sumbangan yang diterima semasa arwah meninggal dunia? 5) Isteri arwah ada membuat tuntutan berjumlah RM2,855.00. Menurut isterinya, tuntutan ini adalah bagi menebus semula gadaian rantai dan cincin yang telah dibuat oleh arwah pada 9hb Mac 2019 di Indonesia. Berdasarkan resit gadaian yang dikemukakan kepada kami, nama pihak yang menggadai adalah nama isteri arwah. Adakah kami perlu menjelaskan hutang tersebut

message user image

Soalan: apakah hukum isteri pergi melancong ke luar negara dengan kawan-kawan perempuan? dalam hal ini suami mengizinkan isteri pergi.

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Saya ingin bertanya. 1. Bolehkah seseorang yang telah hamil luar nikah selama 5 minggu untuk berkahwin dengan ayah kepada anak di kandungannya? 2. bolehkah anak tersebut di binkan oleh ayahnya? 3. Apakah hukum ayah dan jika anak tersebut adalah anak perempuan ? 4. Boleh kah dikira ayah atau sebagai ajnabi walaupun sudah berkahwin dengan mak anak tersebut? Mohon diberi penjelasan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Si suami telah meletakkan syarat kepada si isteri dengan berkata jika ada sesiapa datang ke rumah ketika si suami tiada di rumah dan isteri tidak memaklum kan pada suami maka automatik jatuh talak 1. Jadi pada suatu hari si isteri terlupa untuk maklumkan pada suami tentang kedatangan abang dan kakak ipar di rumah. jadi apakah status pasangan tersebut? mohon pencerahan dari pihak tuan,. Terima kasih.

message user image

Soalan: Salam, saya ingin bertanya tentang nafkah zahir. Isteri saya bekerja profesional dan berkeinginan untuk memiliki rumah besar dan selesa. Sekarang ini kami hanya duduk di rumah sewa yang saya bayar. Saya cuma menjalankan bisnes dengan sales tidak lebih dari Rm1.5k. Lepas berbincang semalam, dia kata dia sanggup membayar sendiri rumah besar itu tanpa minta duit dari saya dan saya cuma perlu bayar bil air elektrik sahaja. Apakah tanggungan nafkah pula pada saya, adakah saya akan berdosa jika saya penuhi kehendak dia dari segi nafkah tempat tinggal? Atau dia perlu mengikut saya duduk di rumah yang saya saja mampu membayarnya?

message user image

Soalan: salam ustaz. saya hendak bertanya soal jodoh. adakah perlu untuk solat istikharah sedangkan tidak pasti samaada si dia suka kita ataupon tidak. tetapi kita suka dia? terima kasih

message user image

Soalan: Assalammualaikum WBT, Saya punya kemusykilan dan pertanyaan berkenaan dengan perihal anak angkat/keluarga angkat. Ada anak angkat yang diambil dan dibela sejak berumur 3 hari oleh sepasang suami isteri yang tidak mampu mempunyai zuriat kerana masalah kesihatan. Anak itu dibela, dibesarkan, disayangi, ditatang sehinggalah dia dewasa dan telah berkahwin. Sepanjang kehidupan mereka, ibu bapa angkat dan anak angkat itu saling membahagiakan satu sama lain dan tidak pernah mengungkit istilah anak-ibubapa angkat. Soalan saya; sekiranya ibu bapa angkatnya meninggal dunia, atau si anak angkat ini yang meninggal dunia, adakah mereka ini dapat bertemu dan bersama lagi di 'alam kekal' sana seperti sebuah keluarga kandung yang lain?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya, saya sangat rapat dengan kedua-dua ibu bapa saya. Kalau dilihat pada luaran, keluarga saya ini sangat bahagia dan tampak sentiasa harmoni. Tapi sebenarnya Ustaz, ada sahaja permasalahan yang saya rasa normal di dalam sebuah keluarga. Cuma disebabkan saya sangst rapat pada kedua ibu bapa saya dan saya sayang keduanya, saya rungsing juga dengan sikap ibu saya yang sering mencari kesalahan ayah saya ataupun mengungkit hal lama. Saya sayangkan ibu saya, saya tidak suka ibu saya mengungkit-ungkit kesalahan ayah saya, bukan disebabkan saya pilih kasih / bias, tetapi saya takut ibu saya tidak akan dapat redha Allah. Memang ibu saya banyak berkorban untuk keluarga. Sewaktu saya kecil, ibu seorang yang lemah lembut, tidak mengeluh.Tetapi mungkin banyak yang dipendamnya membuatkan dia jadi seorang pemarah dan suka mengungkit-ungkit. Ayah saya juga dahulunya panas baran (tekanan kerja) tetapi dia sudah banyak berubah. Bagi saya, semua orang ada masalah, cara kita urus sesuatu masalah yang membuatkan diri kita berbeza. Saya banyak nasihatkan ibu, tapi alih-alih saya pula kena marah. sudahlah kena marah, ibu saya tuduh saya selalu melebihkan ayah saya / bias. Saya pun pening. Saya sayangkan ibu saya dan saya harap dia diangkat menjadi wanita yang terbaik yang tempatnya adalah syurga Firdaus. Tapi saya bimbang sikapnya yang suka mengeluh, mengungkit tentang ayah saya walaupun dia seorang yang alim juga. Apa yang perlu saya buat agar keadaaan tidak menjadi lebih kronik dan kami tidak termakan dengan tipu daya syaitan yang suka memecahbelahkan rumahtangga.

message user image

Soalan: Saya hendak bertanya jika suami melafazkan "aku lepaskan kau" adakah jatuh talak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya soalan permasalahan dalam rumah tangga kakak saya, beliau memerlukan bantuan dan nasihat bagaimana kah mahu berhadapan atau berterus terang dengan anak sulung nya tentang status anak tidak sah taraf. Memandangkan anaknya sudah besar dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi (anak perempuan). Didalam surat beranak anak nya berbintikan ayah biologi nya. Walhal Kakak saya telah pun mengandung 6++ bulan semasa mereka akad nikah. Mohon jawapan dan nasihat. Terima kasih...

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan berkaitan wali nikah. Sekiranya pasangan itu pernah terlanjur dan ingin menikah tetapi tanpa pengetahuan bapa si bapa perempuan, adakah sah pernikahan itu dengan menggunakan wali hakim?

message user image

Soalan: 1. Hukum melewatkan solat dengan sengaja. Contohnya sekarang waktu asar cepat. Jadi solat zohor dihujung waktu agar dapat lakukan solat Asar sekali. 2. Sekiranya wanita yang masih dalam iddah (kematian suami) , tidak boleh bersendirian dan sentiasa bersedih hingga tidak sihat keluar berjalan dengan niat untuk menenangkan fikiran.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Yang Berbahagia Mufti, Saya ada sedikit persoalan mengenai status taklik yang saya buat. Saya pernah bertaklik kepada isteri saya 4 tahun lalu bahawa jika saya mencarut kepadanya maka akan jatuh talak 1. Maksud taklik saya ialah jika saya mengeluarkan perkataan mencarut bertujuan untuk merujuk kepada isteri saya seperti contoh, 'Celaka kamu'. Semasa kami bergaduh baru-baru ini, saya dengan rasional mengeluarkan kenyataan dalam aplikasi Whatsapp seperti ini kepada isteri saya, 'Saya rancang semua itu untuk awak. Now fuck it'. Pekataan mencarut 'fuck it' itu merujuk kepada semua yang saya rancang itu dan bukannya merujuk kepada isteri saya. Isteri saya mengatakan yang saya mencarut kepada dia dan taklik saya sudah terjatuh. Saya sudah menjelaskan kepadanya bahawa saya tidak merujuk perkataan mencarut itu kepadanya sebaliknya merujuk kepada rancangan yang saya hendak buat untuknya. Maksud kenyataan yang saya keluarkan ialah, 'saya sudah rancang macam-macam untuk awak. Sekarang pergi mampus semua itu'. Semasa melafazkan kenyataan itu, saya dalam keadaan waras dan berakal dan faham akibat jika saya mencarut terhadap isteri saya. Saya faham kesalahan saya mencarut itu bukan sesuatu yang baik sebagai seorang suami. Mohon YB Mufti menjelaskan status taklik tersebut adakah dikira jatuh takilk tersebut. Terima kasih atas pencerahan YB Mufti.

message user image

Soalan: Adakah sah perkahwinan apa bila lafaz 'tunai' diucapkan semasa akad walhal mas kahwin tersebut adalah hutang dimana pihak lelaki pinjam duit bakal isteri untuk teruskan perkahwinan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah, Apakah hukum nya jika pasangan perempuan memberikan wang kepada pasangan lelakinya untuk dijadikan wang mahar nya semasa majlis akad nikah mereka. Ini adalah kerana pasangan lelaki tidak bekerja

message user image

Soalan: Apakah talak akan jatuh sekiranya suami berkata " u memang patut dilepaskan" dan "tunggu u balik rumah i lafazkan"

message user image

Soalan: Assalamualaikum. saya ingin bertanya, berdosakah saya jika saya tidak mahu berkahwin atas sebab penyakit saya yang mungkin memudaratkan perkahwinan saya(jika saya berkahwin). doktor menasihati saya supaya saya tidak stres supaya penyakit saya tidak merebak lebih banyak tempat. saya mempunyai penyakit kulit kronik iaitu psoriasis. dan saya telah menghidapinya selama 20 tahun. saya bimbang jika saya berkahwin, suami saya tidak menerima keadaan saya setelah beberapa lama berkahwin. begitu juga dengan keluarganya yang akan menghalang dapat wanita yang berpenyakit seperti saya. saya juga bimbang sekiranya saya ada keturunan dan keturunan saya menghidapi penyakit seperti saya. ia seolah-olah saya menganiaya beliau untuk hidup sihat. jadi saya ingin tahu, jika saya tidak kahwin atas sebab sakit saya, adakah ia berdosa?

message user image

Soalan: Seorang anak gadis telah meminta bapanya menjadi wali, namun ayahnya menasihati untuk tidak bernikah dengan lelaki yang telah beristeri dan mempunyai 5 orang anak yang masih ditanggung dengan gaji yang tidak begitu banyak. Mereka telah pergi ke sempadan tanpa pengetahuan wali perempuan dan kemudian mendaftar di Malaysia. Adakah sah nikah tersebut?Sehingga kini ibu bapa perempuan tadi masih tidak tahu

message user image

Soalan: Assalammualaikum. Bolehkah pasangan kita menceritakan hal rumahtangga kami kepada ibu bapanya? Apakah hukumnya jika pasangan kita terlalu gemar bercerita masalah rumah tangga kepada ibu bapanya, tanpa cuba berbincang secara baik bersama pasangannya terlebih dahulu? Apakah batas-batas perkara yang boleh diceritakan kepada ibu bapa kita mengenai rumahtangga kita? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ada beritahu suami yang makciknya ada melihat payudara saya dan kami pun senyum lalu makcik cakap payudara saya kecil. Kemudian suami pun berkata: Suami : ala sama je. Saya : eh abang ni, mana boleh samakan macam tu. takut terjadi zihar. Suami : bukan, maksud abang ia sama lah. Saya : maksud abang semua perempuan ada ya Suami : haa... Maksud abang macam tu...cuma beza saiz dan bentuk.. Saya : abang bermaksud atau niat zihar ke? Suami : tidaklah. tidak ada fikir sampai macam tu pun... Saya : abang jangan main-main, itu makcik abang & abang samakan payudara saya dengan payudara makcik abang. Boleh terjadi zihar Suami : zihar kalau samakan dengan ibu. ini makcik Saya : bukan, zihar boleh terjadi kalau kita samakan isteri dengan wanita yang haram dinikahi. Soalan saya : Situasi diatas boleh disabit terjadinya zihar ke ? Kalau tidak ada niat / tidak terfikir pun ke arah zihar, boleh terjadi zihar juga ke? Risau dan rungsing memikirkannya. Mohon bantu saya ustaz sebab selepas kejadian tu, saya dan suami ada berjimak.

message user image

Soalan: Saya lahir pada tahun 1960, ibubapa asal berbangsa Cina. Saya telah diambil bela oleh orang Melayu lalu didaftarkan berbintikan nama bapa angkat. Sekarang saya dapat tahu bahawa ada hadis mengatakan yang orang seperti saya ini tidak akan berbau syurga. Persoalannya : bagaimana saya ingin merungkaikan keadaan ini? sepanjang hidup saya dan perkhidmatan saya dalam kerajaan, semuanya menggunakan nama yang tertera dalam Kad Pengenalan. Sekarang saya menerima pencen atas nama itu juga. Kad pesara, akaun bank, pemilikan rumah dan kereta, sijil nikah, sijil beranak anak-anak dan lain-lain lagi juga tercatat nama itu… Semoga tuan/puan dapat memberi saya jalan untuk mengeluarkan diri saya dari tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak akan dapat bau syurga. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya tentang talak Kisah nya begini, Suatu hari, si isteri mimpi yang suaminya ada perempuan lain. Jadi esok nya, si isteri bercerita tentang hal ni kepada suami. Dan suami berseloroh selepas mendengar cerita itu. Suami : "wah, awak bagi saya kawin lain ke? Sambil tergelak.. " Isteri : " amboi.. Kalau macam tu, ceraikan saya" Suami : senyum sambil spontan kata "ok". Kata suami adalah tanpa niat dan sekadar mengusik isteri dengan nada spontan selepas mendengar tentang mimpi si isteri itu. Soalan: adakah jatuh talak dalam keadaan ini?

message user image

assalamualaikum dan salam satu malaysia. saya remaja berumur 18 tahun. saya ada keinginan ingin berkahwin tetapi pasangan saya masih belum ingin berkahwin kerana ingin sambung belajar dan mencari duit. ibu bapa pula sudah tentu belum membenarkan saya berkahwin. saya menghadapi kesukaran kerana terkadang kemaluan saya memberontak (maaf jika kata saya kurang sopan). saya terbaca blog di google dan mendengar ceramah di youtube yang belum saya tahu siapa yang menyampaikan itu yang membenarkan onani jika terdesak. jika ingin bercakap langsung saya boleh membuat panggilan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ada pertanyaan mengenai zihar, semasa saya sedang menyusui anak perempuan saya yang berumur setahun enam bulan, suami saya telah bergurau dengan menekan-nekan payudara saya dengan jari telunjuknya dan kemudian dia mengeluarkan ayat "macam pipi hawa (anak perempuan saya)". Saya kemudian terkejut kerana saya takut jatuh zihar. Tapi suami saya cakap dia tidak maksudkan hendak samakan dengan pipi anak saya. Saya harap persoalan saya ini dapat dijawab . Dan jikalau jatuh zihar, bolehkah suami terus membayar kafarah memberi makan 60 fakir miskin? Saya akhiri soalan saya dengan ucapan terima kasih.

message user image

Soalan: selepas income suami saya habis akibat loan yang banyak sekaligus suami tidak mampu untuk memberi nafkah bulanan pada saya lagi. Loan yang dilakukan bertujuan utk bisnes MLM,tapi gagal...Jadi sekarang saya tidak menerima nafkah bulanan lagi dri suami seperti dulu..Jadi saya ingin pencerahan apakah hukum dan patutkan sy menuntut dari suami sekarang..Sudah hampir 3 tahun dia tidak memberi nafkah bulanan..Dia hanya mampu membayar belanjaan rumah dan kereta setakat ini.Saya juga berkerjaya dan kami punyai 2 orang anak.Mohon jelaskan,apa yg harus saya lakukan.wslam.

message user image

Soalan: Assamualaikum. Mohon penjelasan dan nasihat. Keluarga saya telah membela seorang anak angkat (perempuan) sejak beliau berusia 6 bulan lagi. Status beliau adalah anak tidak sah taraf. Ibu kandung beliau meninggalkan beliau untuk jagaan kami dan terus menghilangkan diri semenjak beliau berusia 2 tahun. Semasa beliau berusia 12 tahun, ibubapa saya telah mengambil beliau sebagai anak angkat secara rasmi/formal. Sekarang beliau berusia 22 tahun. Beliau telah dimaklumkan latar belakang beliau. Boleh saya tahu, apakah hak ibubapa saya terhadap beliau? Adakah dia wajib taat kepada orang tua saya? Adakah berdosa sekiranya beliau derkaha? Apakah doa-doa beliau sampai kepada orang tua saya? Bagaimana hendak menikahkan beliau kemudian hari? Perlukan nama beliau ditukar kepada binti Abdullah? Allahyarham bapa saya mendaftarkan nama beliau termasuk nama Allahyarham bapa saya semasa beliau berusia 12 tahun selepas mengambil beliau sebagai anak angkat yang sah tapi tanpa 'binti'. Mohon penjelasan dan tunjuk ajar. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin mengajukan soalan berkaitan ta'lik di mana baru-baru ini berlaku pertengkaran diantara saya dan isteri. Dalam pertengkaran itu, saya telah melafazkan ta'lik iaitu "setapak keluar dari rumah ini maka jatuh talak 1". Tujuan saya melafazkan ta'lik itu hanya ugutan kepada isteri saya disebabkan beliau telah mengemas baju untuk keluar dari rumah. Saya menggunakan taklik itu untuk menakutkan isteri saya supaya tidak pergi meninggalkan rumah demi tujuan hendak menjauhkan diri daripada saya. Sesunguhnya saya sangat menyayangi keluarga kecil saya dan mengelakkan perceraian berlaku. Sekarang isteri saya telah berbaik semula dengan saya. Adakah ta'lik itu terkesan kepada kami jika isteri saya keluar rumah untuk ke kerja atau tujuan-tujuan yang lain. Hasil dari ta' lik itu membuatkan isteri saya redha kemarahan dia dan tidak lagi mahu meninggalkan rumah. Dalam lafaz taklik saya itu tidak menyebut keluar rumah secara umum sedangkan saya menyebut untuk mengelakkan dari dia mengambil keputusan lari keluar dari rumah bukannya menghalang untuk keluar rumah lansung. Mohon jasa baik tuan/puan pertimbangkan tujuan utama adalah lebih kearah ugutan dan ingatan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya berkahwin dengan duda anak 5 dan bekas isteri suami tidak berkahwin lagi. Adakah tanggungjawab dari segi nafkah kepada bekas isteri sama dengan sebelum mereka bercerai? Apakah tanggungjawab yang perlu suami beri kepada bekas isterinya? Untuk anak-anak, ya saya faham nafkah tidak terputus..

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Jika ayah saya dengan perempuan tu sepupu, bolehkah saya berkahwin dengan perempuan tu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Sebelum bertanya izinkan saya menceritakan sedikit tentang kekeliruan saya. Ibu saya ketika ini dalam tempoh iddah setelah kematian ayah saya 2 bulan lepas. Ibu menjaga bayi saya sejak saya dari saya dalam pantang di rumah saya di Shah Alam. Rumah ibu dan bapa saya di Pahang. Soalnya,ibu sekarang di pahang ditemani abang sulung saya yang sudah berkeluarga. Masalahnya,ibu saya menghadapi tekanan emosi akibat perangai ketiga-tiga anak abang saya yang agak hyper dan tidak boleh dikawal .Beliau merasa sangat tertekan kerana tidak dapat menumpukan perhatian untuk beribadah dan dalam masa yang sama masih lagi kesedihan.Beliau membuat keputusan untuk mengikuti saya ke shah alam bersama bayi saya yang mungkin secara on-off .mungkin 2 minggu di rumah saya (anak perempuan) dan kemudia dirumah sendirinya di Pahang .Untuk pengetahuan ustza,beliau tidak mampu hidup berseorangan di rumahnya kerana risiko keselamatan dan untuk elak tekanan emosi akibat kesedihan melampau.Soalnya,kerana ingin ibu menumpukan amal ibadah disamping merehatkan fikiran nya akibat kekusutan oleh kenakalan cucu-cucu yang super hyper,bolehkah saya membawa ibu dan bayi saya yang dijaganya tingal bersama saya secara on off tanpa keluar kemana-mana. sekadar untuk beliau tinggal, menjaga bayi dan mengaji dengan tenang sebagaimana permintaannya? Mohon penjelasan ya ustaz.Terima kasih dan Assalamualaikum .

message user image

Soalan: Saya mempunyai perasaan seks yang agak kuat. Saya selalu terasa ingin mengadakan hubungan tersebut. Malangnya suami saya kurang memahami, dingin dan hambar. Dia selalu menjarak tempoh hubungan seks kami biasa, hambar dan tidak memuaskan saya. Frekuensi paling maksima pun 2 kali sebulan sahaja @ kadang-kadang tiada langsung. Saya telah cuba komunikasi dengan dia tapi gagal. Kadang-kadang saya rasa mahu menuntut cerai. Apa saya perlu lakukan sekarang?

message user image

Soalan: Ibu saya lewat 60-an, kematian suami, takut tinggal sendirian dirumah, anak-anak bekerja & tinggal berasingan. Bolehkah ibu ikut & tinggal dirumah anak-anak dalam tempoh iddahnya?

message user image

Soalan: saya sudah bercerai dengan isteri saya. sepanjang penceraian kami dalam iddah, kami melakukan persetubuhan. apakah status penceraian kami?

message user image

Soalan: As salam tuan, Saya ada menerima whatsapp daripada suami (Hair) seperti berikut: "2k yang terakhir i mintak u. selepas ini i tidak akan minta lagi. jika Hair minta lagi duit dari Isma walaupun RM100 maka jatuhlah talak." Seminggu kemudian, suami ada meminta untuk meminjam saya RM100 dan saya memberikannya duit itu. Pada waktu itu saya bertanyakan pada suami, bolehlah saya pinjamkan duit tersebut sebab nanti jatuh talak (takliq). Suami kata itu kalau minta duit tidak diganti. Dalam situasi ini, suami pinjam dan telah menggantikannya semula. Saya rujuk video di youtube berkenaan pembatalan takliq ini. Terdapat 1 mazhab kata dibolehkan untuk tarik balik takliq tersebut. Mohon pencerahan pihak tuan. 1) Adakah talak itu telah jatuh sebab saya sering bantu suami dari segi kewangan kerana pendapatan nya lebih kecil dari saya. 2)Bagaimana hendak batalkan takliq tersebut? 3)Apakah tindakan yang patut saya buat, saya risau saya hidup dalam dosa bersama suami sekiranya talak itu telah berlaku padahal saya masih tidak yakin dan was was.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Saya seorang isteri dan suri rumah. saya mempunyai 3 orang anak. Saya ingin bertanya, suami saya curang dan memukul saya sepanjang perkahwinan kami. baru-baru ini, saya telah ke mahkamah untuk mengambil borang permohonan cerai. tetapi saya telah disahkan hamil dan suami saya tidak mahukan anak ini dengan alasan tidak bersedia lagi untuk menambah anak. adakah saya masih boleh menfailkan cerai di mahkamah ketika saya sedang hamil?

message user image

Soalan: Seorang rakan saya sudah bercerai dengan suami pertama dengan talak 3 ketika sedang hamil. Selepas habis iddah dia berkahwin semula dengan suami ke 2. sebelum sempat dia bersetubuh dengan suami ke 2 nya, suaminya itu meninggal. soalan saya bolehkah teman saya kembali semula pada suami pertamanya selepas habis iddah?

message user image

Soalan: Soalan: 1. suami pernah lafazkan cerai "aku ceraikan mu" diulang 2 kali dalam masa yang sama. adakah itu dikira jatuh satu talak @ terus 2 talak ? 2. jika ada perjanjian antara suami dan isteri "andai suami ada perempuan lain selain isteri, jatuh talak satu" dan selepas beberapa tahun suami memang ada perempuan lain, adakah jatuh talak yang perjanjian tadi atau tidak? 3. andai suami berjanji dengan tangn di atas Al-Quran "esok saya akan ceraikan awak" tetapi esoknya suami tidak ceraikan, adakah itu dikira jatuh juga talak?

message user image

Soalan: Assalam.. semasa pertengkaran dengan isteri dalam WhatsApp isteri saya berjanji begini " kalau mama mungkir janji, awak jatuhkan lah talak kat mama ni. baru puas hati ayah" Saya cuma reply "ok. awak yang janji" Persoalannya adakah jatuh talak sekiranya isteri saya memungkiri janji tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt Apa hukum bagi seorang isteri yang belum sempat mandi wajib selepas haid dan melakukan hubungan intim bersama suami tanpa pengetahuan suami bahawa dia belum mandi wajib selepas haid. Isteri tidak sampai hati menolak ajakan suami yang akan ke tempat kerja dan terpaksa menunggu beberapa hari lagi untuk bersama sekiranya permintaan tidak ditunaikan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin tahu, apa hukumnya bekas suami mendesak supaya saya memulangkan cincin kahwin kami dan duit simpanan anak-anak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum dato/tuan, saya ingin bertanya berkaitan masalah rumahtangga berkaitan status perkahwinan kepada pasangan dalam perkara ini. Apa status bila seorang perempuan (isteri) telah membuat perhubungan sulit bertahun dan beberapa kali dengan pasangan gelapnya lelaki (suami orang). Kedua-duanya berstatus berkahwin dan mempunyai pasangan masing-masing tetapi pasangan mereka tidak mengetahui tentang hubungan sulit yang berlaku. 2. Apakah status dan hukuman terhadap lelaki (suami orang) dengan wanita (isteri orang) yang mengadakan perhubungan sulit dengan menyembunyikan segala aktiviti dan perhubungan tersebut? 3. Bagaimana dengan status pasangan mereka iaitu suami/isteri yang tidak mengetahui akan segala perbuatan mereka?

message user image

Soalan: Assalammualaikum Ustaz/ustazah, Pertanyaan saya ada lah bagi pihak Ibu saya. Ibu saya baru kematian suami sebulan yang lalu. Pada hari ini beliau mendapat panggilan telefon dari adik beliau mengatakan bonda beliau yang berapa di kampung ( Pekan Pahang) sedang sakit tenat. Pertanyaan saya ustaz, bolehkah Ibu saya meziarah bonda beliau? Saya sangat-sangat berharap agar ustaz dapat membantu saya dalam hal ini

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, berdosakah seorang ibu menghalang anak lelakinya pulang kepada anak dan isterinya? Ceritanya, anak lelaki tersebut telah masuk penjara disebabkan bapa mertua (ayah menantu perempuan) membuat laporan katanya si menantu lelaki memeras ugut beliau, sepanjang di penjara hanya ibu bapa dan keluarga lelaki ni sahaja yang melawat, si isteri tidak pernah melawat. tapi bila sudah keluar penjara, lelaki ini ada berhubung dengan isterinya semasa tempoh parol. Setelah bebas sepenuhnya, si ibu menyuruh anak lelakinya pulang ke rumah dia dan tidak pulang kepada anak isterinya. Si ibu menyuruh anaknya memilih dia ataupun isteri. Setakat ni dia berada di rumah ibu dia tetapi kerap meluah kata rindu pada anak isteri dia melalui whatsapp status. Jadi saya ingin tahu, berdosa kah ibu suruh anak lelaki dia memilih dia dan pisahkan dengan si isteri tadi?

message user image

Soalan: As salam. Selalu dinyatakan anak luar nikah perempuan perlukan seorang wali hakim untuk bernikah. Bagaimana dengan anak luar nikah lelaki? Perlukah diberitahu kepada jurunikah yang pengantin lelaki adalah seorang anak luar nikah?

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt ustaz. Pertanyaan saya, saya sudah beberapa kali memohon cerai daripada suami saya , tetapi suami saya tidak mahu lafazkan talak. Masalah dalam rumahtangga adalah bukan berpunca daripada suami, tetapi dari saya sendiri. suami saya seorang yang sangat baik. Baik dengan saya dan juga keluarga saya. Selama ini saya banyak mendera perasaan dan emosi suami dengan tidak menunjukkan rasa hormat terhadap seorang suami, selalu meminta suami mmbantu saya dalam urus rumahtangga tanpa mengira dia penat atau tidak. Suami saya banyak membantu saya mengurus hal anak-anak tetapi selalu sahaja menjadi mangsa lepas geram dan kemarahan saya. Setiap kali bergaduh saya yang selalu memulakan dan saya selalu berfikiran negatif terhadap suami saya. Saya hanya mau suami menurut kata saya tetapi bila ada masalah saya tidak boleh dinasihati dan selalu ingin menang dalam pergaduhan. Sedangkan suami saya sudah buat terbaik untuk penuhi keperluan keluarga. Pendek kata, saya jenis isteri yang tidak tahu bersyukur. Apa suami saya buat semua salah di mata saya. Dia buat baik salah, dia buat jahat lagilah saya naik marah. Suami saya pun saya lihat cukup bersabar dengan saya smpai satu tahap bila kami bergaduh saya lihat dia menangis. Saya tidak mahu lagi dia menderita atas sikap saya dan saya minta dia ceraikan saya tetapi dia tidak mahu. Apa patut saya buat ustaz?

message user image

Soalan: Assalam ustaz/ustazah, Saya ada 1 masalah merangkumi rumahtangga dan keluarga. Saya telah berkahwin dengan pasangan saya 13 tahun yang lalu ketika saya berusia 32 tahun. Kami berkahwin di thailand kerana pada masa itu suami mempunyai isteri tetapi sudah lama bermasalah dan bertahun-tahun hidup berasingan. mereka bercerai setelah 4 tahun kami berkahwin. Ibu saya tidak merestui perkahwinan saya namun saya tekad teruskan kerana saya ingin tamatkan hidup bujang dari membuat dosa. memang saya akui hidup kami banyak kesusahan dan kesempitan namun kami harungi dengan tabah. saya tidak pernah mengabaikan ibu saya. saya sentiasa berulang alik menjaga kebajikan dan keperluannya sehingga lebih dari 2 tahun lepas, kesihatan ibu saya semakin teruk dan tidak menentu memaksa saya untuk terus tinggal dengan ibu. saya anak bongsu dari 4 orang adik beradik 2 lelaki dan 2 perempuan tetapi semua berkeluarga dan bekerjaya sedangkan saya tiada anak dan tidak bekerja. sekarang ibu saya berkerusi roda sepenuhnya tetapi masih boleh ke tandas sendiri menapak setapak dua. suami saya pula kurang sihat kerana masalah jantung. saya terpaksa memilih. ibu saya sudah tua dan tidak boleh berdikari jadi saya katakan pada suami, kalau dia tidak redha, saya hidup dalam dosa dan kalau itu berlaku, dia harus lepaskan saya walaupun kami tiada masalah dan masih sayang. alhamdulillah, suami saya sabar dan redha dan kadang kala datang ke rumah ibu dan bawa saya keluar makan. Ibu saya sehingga sekarang tidak sukakan suami saya. Yang menjadi masalahnya, saya tidak diberi peluang langsung untuk balik ke rumah suami. setakat balik 3-4 jam seminggu sekali atau dua sahaja pada waktu siang. Ibu saya tidak mahu tinggal di rumah anak-anak yang lain dan mereka pun tiada inisiatif sendiri untuk datang bergilir walau sehari seminggu di rumah ibu. kalau saya betul-betul ada urusan sebelah suami, saya terpaksa seakan merayu dengan adik beradik yang lain untuk datang menjaga ibu. ibu saya ini pada pandangan saya, dia boleh ditinggalkan seorang malam hari kalau betul dia memikirkan rumahtangga saya tetapi dia seakan pentingkan diri sendiri. Kalau tahu saya hendak pulang, mula lah dia demam dan sakit-sakit. kadang-kadang lebih sebulan saya langsung tidak balik bersama suami. saya rasa hidup saya sangat tidak sempurna. Walaupun suami tidak merungut namun bila ada urusan keluarganya yang memerlukan saya turut serta, ibu seakan tidak sihat dan mengadu sakit sana sini, suami frust juga. semua orang memuji saya kerana saya menjaga ibu saya tetapi dalam hati saya hanya Allah sahaja yang tahu. saya takut saya sekarang bukan dalam pahala tetapi lebih berdosa sebab membiarkan suami yang sepatutnya saya utamakan. berdosakah saya kalau saya berkeras untuk balik ke rumah suami dan buat ibu saya bersedih? harap ustaz/ustazah dapat beri pendapat pada saya apa yang harus saya lakukan. wassalam..terima kasih...

message user image

Soalan: saya ingin bertanya soalan berkaitan dengan tajuk iddah iaitu: 1) apakah hukum seseorang wanita yang berada dalam iddah kematian suami (4 bulan 10 hari) perlu keluar untuk memenuhi kewajipan menghadiri conference yang mewajibkan dia (si isteri) memakai pakaian yang cantik sedangkan wanita yang berada dalam iddah kematian suami tidak boleh memakai pakaian yang cantik? 2) apakah hukum seseorang wanita yang berada dalam iddah kematian suami perlu keluar untuk memenuhi kewajipan menghadiri kuliah/lecture jika dia (si isteri) masih seorang pelajar kerana tempoh 4 bulan 10 hari adalah satu tempoh yang lama untuk tidak menghadiri kuliah/lecture?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. apakah status isteri yang telah ditalak oleh suami dengan talak satu tetapi melayani kemahuan suaminya dengan bukan kerelaannya semasa dalam iddah tetapi tidak bersetubuh (memasukkan kemaluan suami ke dalam kemaluan isteri). Adakah telah rujuk ?

message user image

Soalan: Salam, Saya mempunyai seorang anak bersama bekas suami dan sekarang saya telah berkahwin lain. Adakah nafkah dan tanggungjawab anak saya terletak pada suami baru? Atau sepenuhnya terletak pada bekas suami iaitu bapa kandung anak saya? Saya faham nafkah anak sepatutnya diberi oleh bekas suami tetapi adakah wajar atau tidak saya meminta suami baru untuk membantu dari segi nafkah pada anak tirinya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya hendak bertanya, apakah hukum seorang isteri tidak mahu tidur di rumah mertua di sebabkan masalah tandas dan bilik yang tidak bersih dah kemas, dan juga masalah aurat biras, dan adik-beradik yang tidak tutup secara sempurna? Kami tinggal di selangor dan kampung saya di kelantan, kami jarang balik , saya sebagai suami rasa sedih sebab masalah ini, saya tidak salahkan isteri saya sepenuhnya. saya sudah cuba nasihat keluarga dan tegur mereka, tetapi mereka tidak berubah. Saya harap sangat isteri saya dapat bersabar sebab bukan selalu balik kampung , kalau balik seminggu hanya 2 hari sahaja di rumah saya, ada ketikanya saya terpaksa reka cerita lain kepada keluarga dan ibu ayah saya, disebabkan hendak jaga hubungan isteri saya dan keluarga saya. Kami ada 2 orang anak, jadi datuk dan nenek mereka harap dapat tengok dan bermain dengan cucu, kalau tidak sekejap sahaja. Isteri saya selalu bagi cadangan untuk bercerai, tapi saya tidak mahu kerana masih sayangkan keluarga kecil saya. Jadi harap pihak tuan dapat bagi jawapan dan cadangan yang perlu saya lakukan, Sekian terima kasih.

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya adakah jatuh talak jika kawan saya minta cerai kepada suami beliau dan suami beliau cakap setuju dengan syarat, hendak pergi berubat kalau tidak boleh baik. si suami cuma cakap bersetuju. jatuhkah talak?

message user image

Soalan: Saya hendak bertanya, apakah hukum suami jika suami berkata kepada istri “Kalau kau keluar sekarang, kau keluar jangan duduk bersama” apa hukum nya? adakah jatuh talak atau cerai?

message user image

Soalan: Saya bertanya bagi pihak kenalan. Situasinya begini. Si suami isteri bergaduh dalam whatsapp dan isteri ada menyebut "Kalau dah taknak, pulangkan cara baik." Lalu suami pun membalas "Cerai la kalau nak sangat. Kalau rasa diri ni (merujuk pada suami) tak bagus. Pergi mahkamah, failkan." Setelah itu mereka berbincang cara baik dan suami mengatakan langsung tiada niat hendak bercerai. Hanya terkilan si isteri suruh pulangkan dengan cara baik. Si isteri pun terkejut suami sebut perkataan cerai walaupun melalui whatsapp. Mereka menyesal bergaduh. Persoalannya, jatuhkah talak tersebut?

message user image

Soalan: Bismillahirrahmannirrahim. Persoalan saya adalah, jika seorang bapa beragama islam, tetapi ibu bukan beragama islam. Adakah anaknya secara langsung menjadi seorang islam. Dan jika anaknya ingin berkahwin dengan orang islam, adakah ia sah disisi agama. Yang paling menjadi kekeliruan saya adalah status keagamaan anak kepada ibu bapa yang berlainan agama tersebut. Harap dapat penjelasan yang baik tentang hal ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: assalam ustaz, isteri saya adalah penerima buah pinggang dan sudah mengandung 21 minggu bersamaan 5 bulan 1 minggu. disebabkan buah pinggang baru tidak dapat menampung beban disebabkan mengandung, doktor menyaran untuk menggugurkan kandungan. untuk makluman ustaz bayi dalam kandungan sihat dan cukup sifat, saya sebagai suami & isteri berdosa kerana terpaksa menggugurkan kandungan tersebut walaupun saya berat hati untuk membuat keputusan tersebut.

message user image

Soalan: Saya dan isteri telah bercerai talak satu dan masih didalam tempoh iddah. Saya dan isteri telah terlanjur bersetubuh didalam tempoh ini. Sekarang isteri mengesyaki bahawa dia telah hamil disebabkan ketelanjuran kami. Jikalau benar isteri hamil, apakah yang perlu kami lakukan? Adakah kami perlu segera rujuk dan apakah status anak dalam kandungan tersebut?

message user image

Soalan: Apa hukum onani bila isteri selalu menolak ajakan untuk bersama

message user image

Soalan: Adakah masih sah pernikahan jika wang mas kahwin dan wang hantaran masih tidak dijelaskan dalam tempoh yang panjang(melebihi 2 tahun)

message user image

Soalan: Adakah jatuh talak bila seorang suami berkata kamu tidak layak menjadi isteri siapa-siapa pun dan pada masa ungkapan itu dilafazkan, si suami sememamgnya ada niat yang isterinya itu tidak layak untuk menjadi isterinya lagi.

message user image

Soalan: Saya berkahwin jun lepas. Pada waktu tersebut suami saya salah faham mengenai mas kahwin yang beliau akan beri. Waktu itu dia hanya sediakan sebentuk cincin sebagai mas kahwin sepertimana pemahannya setelah berbincang dengan ayah, tetapi sebenarnya iayah telah menetapkan rm200 di dalam borang sebagai mas kahwin. Ketika akad nikah, tok kadi meminta untuk lihat wang rm200 tersebut. Waktu itu suami saya terpinga-pinga, lalu ayah saya mengeluarkan duit beliau kerana pada waktu itu suami tidak membawa duit. Setelah majlis, ayah mengambil kembali duit tersebut dan meminta suami menggunakan duit sendiri. Namun suami mengganggap cincin yang disediakan sudah memadai kerana harganya sudah lebih rm200. Soalan saya adakah dibolehkan begitu?

message user image

Soalan: Apa hukum untuk wanita yang dalam edah menziarahi org sakit di hospital dan bolehkah mereka menghadiri majlis tahlil untuk arwah di masjid/surau.

message user image

Pertanyaan: Saya ada cakap kepada isteri, "kalau kau balik rumah ayah kau, kau bukan isteri aku lagi"...tetapi isteri sya balik juga tanpa pengetahuan sya..adakah jatuh talak kalau mcm ni...tapi sya tiada niat untuk tinggalkan isteri sya

message user image

Pertanyaan: 1. Saya ingin rujuk kembali dengan isteri saya, tetapi saya berada di luar Negara. Bolehkah saya mewakilkan orang lain untuk melafazkan rujuk tersebut? 2. Sekiranya bekas isteri tidak bersetuju untuk kembali selepas di rujuk, tanpa sebab2 yang dibenarkan syarak, adakah saya boleh membuat aduan di mahkamah dan mohon perintah taat?

message user image

Soalan: assalamualaikum saya ingin bertanya berkenaan status saya dengan suami saya , dimana kami pernah bercerai sekali pada 2 thn lepas usia perkahwinan kami baru 3 tahun dan kami telah file kan dan telah merujuk semula, kemudian kami bergaduh besar dan suami melafazkan aku ceraikan kau dengan talak 2 dan dia terus lagi memukul saya dengan teruk seperti orang yang tidak waras kami telah berdamai dan telah berbincang mengenai hal ini lali saya bertanyakan kepada suami saya adakah dia masih ingat ketika dia melafazkan cerai kita kami berge;ut dan dia pun cakap dia sedar sewaktu melafazkan cuma dia hilang pertimbangan dan telafaz talak 2 dan saya jadi ragu sebab kalau diukutakan kami tidak boleh rujuk semula sebab dah cukup3x sebab apa yang pasti kami memang bertengar hampir seminggu dan pada hari kami bergaduh tu baru hari kedua dia pulang kerumah pada hari pertama kami masih bertekak belarutan sehingga 5 pagi dan suami tidur hanya 1 jam dan bangun untuk pergi bekerja tanpa berehat dan cukup tidur dan kejadian belaku pada pukul 1 pagi dinama suami masih belum berehat baeu saha makan dan ingin tidur bila kami dah berbaik suami katakan semula yang dia memang tidak berniat untuk meceraikan saya sekali dua dia merasakan saat itu dia hilang kawalan walaupun dia sedar yang dia telah ucapkan cuma dia tidak tahu yang dia sebut talak2 sekali dia merasakan saat itu dia hilang kawalan walaupun dia sedar yang dia telah ucapkan cuma dia tidak tahu yang dia sebut talak 2 dan dia pasti dan yakin keadaan amarahya dan telafznya talak dalam keadaan yang tidak waras dan hilang kawalaan kami bercadang untuk kepajabat agama cuma sebelum kami terus kesana saya ingin tahu dulu supaya saya boleh bersedia untuk menerima keputusan dari mahkamah saya sekarang sedang hamil baru 1 bulan dan masih rasa tidak kuat untuk melaluinya andai kata kami tidak dapat bersama semula mohon pencerah wasaalam

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan, Saya ingin bertanya berkaitan lafaz taklik. Pada suatu hari dalam jam 7 pagi saya dan suami bertengkar, lalu saya mengatakan saya ingin keluar rumah menenangkan hati. Suami tidak benarkan saya keluar dan berkata "Kalau awak keluar pagi ni jatuh talak". Selepas itu saya pun tidak jadi keluar rumah. Kemudian pada hari yang sama , Jam 12.30 tengahari saya pun keluar rumah setelah suami benarkan.Suami saya mengatakan niatnya semasa taklik itu hanya melarang saya keluar pada waktu pagi tersebut.Adakah jatuh talak dengan sebab saya keluar rumah pada tengahari itu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz Sy ingin bertanya ttg masalah 1) jika telah berkahwin selama 2 tahun tetapi belum pernah terjadi persetubuhan (jima') kerana ketidakmampuan isteri utk berjima, sy ingin tahu adakah sepjg tempoh perkahwinan 2 tahun itu suami wajib beri nafkah kpd isteri tersebut 2) bagaimanakah hubungan suami dgn ibu mertua, mahram atau bkn mahram kerana tiada persetubuhan yg berlaku 3) bagaimanakah hubungan si isteri dgn anak tiri (anak suami) adakah boleh bersentuhan/bkn mahram 4) jika berlaku perceraian adakah si isteri kekal mahram dgn anak tiri 5) adakah tempoh edah dan mutaah yg boleh di tuntut oleh si isteri kerana persetubuhan tidak berlaku disebabkan keuzuran pihak isteri 6) berdosakah si suami jika ingin menceraikan siisteri kerana tifak dapat berperanan sbg isteri (berjima)

message user image

Soalan: adakah jatuh talak atau cerai bila saya bercakap hari isnin ni kita berpisah saje la terhadap isteri dalam keadaan yg agak marah..jatuh ke talak tu

message user image

Soalan: Assalamualaikum..Saya ada keraguan mengenai taklik yang dibuat oleh suami..suami pernah berkata kepada saya sewaktu bertengkar “lepas ni kalau ayg buka telefon abg tanpa izin abg jatuh talak” selepas keadaan tenang saya ada bertanya kepada suami apakah maksud yang dia cakap tadi..adakah saya tidak boleh membuka telefon dia lagi lepas ni dan adakah sampai bila2 saya tidak boleh buka telefon dia..suami berkata “abg izinkan ayg buka telefon abg bila2 masa sahaja tapi kalau ada benda yang musykil tanya abg dulu sebelum buat andaian sendiri sebab abg tak nak ayg terus berperasangka buruk”..saya tanya lagi, “ kalau saya buka telefon dia lagi lepas ni adakah jatuh talak terhadap saya”..suami saya ckp tak jatuh sebab dia izinkan saya buka telefon dia pada bila2 masa sahaja dan taklik yang dia buat tadi bukan untuk selamanya tapi hanyalah sewaktu kami bergaduh itu sahaja..maksudnya jika saya buka waktu kami bergaduh tu jatuhlah talak kepada saya..tetapi sewaktu bergaduh tu saya memang tidak menyentuh langsung telefon suami saya..atas keizinan dia baru saya buka dan tengok telefon dia kembali..saya juga ada meminta izin dia untuk tengok telefon dia pada bila2 masa sahaja lepas ni dan suami saya izinkan saya utk tengok telefon dia pada bila2 masa sahaja yg saya nak..suami juga berkata bahawa dia tidak bermaksud untuk menceraikan saya tapi hanyalah ugutan supaya saya tidak terus bersangka buruk dan menuduh dia..jadi atas keizinan suami saya, saya buka telefon dia macam biasa tanpa meminta izin setiap kali utk buka sebab saya dah minta izin awal2 tadi supaya saya boleh buka dan tengok telefon suami saya pada bila2 masa sahaja..adakah jatuh talak terhadap saya? Dan adakah saya masih tertalik selagi saya tidak melanggar taklik tersebut ataupun taklik tersebut hanya sah pada waktu kami bergaduh itu sahaja? Sebab suami kata kt saya dia hanya melarang saya buka telefon dia waktu kami bergaduh tu sahaja dan selepas ni tu bkn maksud dia untuk selamanya tp hanyalah pada waktu kami bergaduh dan sehingga kami berbaik semula itu sahaja..mohon pencerahan..terima kasih

message user image

Soalan: Suami melafazkan cerai melalui panggilan,dan suami melafaz tanpa rela hati krana isteri pertama memaksa...niat lafaz cerainya kpd sy kerna untk puaskn hati isteri pertama yg mendesak....adakah jatuh talak kepada saya

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya jatuh ke talak yang suami saya lafazkan semasa kami dalam keadaan bergaduh teruk sehinggakan saya tidak dapat mengawal emosi saya dengan mencederakan diri saya dan menendang cermin kereta banyak kali sehingga retak dan suami yang terkejut dengan tindakan saya secara tak sengaja mengucapkan ya ok aku ceraikan kau. Akibat desakan dari diri saya yang seperti di rasuk. Namun selepas beberapa minit dia menenangkan saya kembali dan sekarang kami telah berbaik semula. Suami kata dia tiada niat untuk bercerai ketika itu. Lebih kepada amarah pada ketika itu kerana saya seperti di rasuk. Saya berasa amat menyesal dengan tindakan bodoh saya terhadap suami kerana saya menjerit , mencakar suami, mencederakan diri dan menendang cermin kereta hingga rosak. Say berharap dapat penjelasan dari pihak Tuan / Puan terhadap status talak yang di sebutkan oleh suami saya. Maafkan saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Saya baru kematian suami pd 4/11/2019 Saya sedang berkabung dan melalui tempoh eddah Soalan saya Saya tidak dibenarkan keluar rumah kecuali untuk keperluan. Bagaimana dengan melawat mak yang uzur di kampung dan membawa anak ke tempat2 spt zoo sempena cuti sekolah kerana saya tiada sesiapa di sini untuk menguruskan aktiviti cuti anak saya seramai 3 org. Terima kasih

message user image

Soalan: Apakah jatuh talak sekiranya seorang suami menghtr wasap berbunyi spt ini " bulan disember kita berpisah" dan bebrp hri kemudian menghtr wasap " bulan disember ko jdi janda...gntung x bertali"

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nak tanya, 4 bulan lepas suami ada cakap macam ni, "sayang nak pergi, pergi, jangan datang datang dah" (bunyi ugutan) dan saya bertanya, ada niat ke tu? Dia cakap, ye la..Saya pun terus tak jadi pergi.. Jatuh talak ke macam tu? Suami cakap tak semestinya niat talak..dia kata, lagi pun saya tak jadi pergi.. Lafaz kinayah tu sah ke?

message user image

Soalan: Hukum bersalaman ibu tiri dengan suami anak tiri

message user image

Soalan: As Salamualaikum Ustaz....Saya ada kemuskilan berkenaan lafaz talak.... baru2 ni saya bertengkar dg isteri saya. Akibat dari pertengekaran itu dg perasaan marah tapi sya tiada niat utk bercerai....cuma sya kata " kalau awak dh tk suka dan rasa tidak bahagia dg saya baik kita bercerai saja... adakah sudah jatuh talak isteri saya. Mohon penjelasan dari ustaz.

message user image

Saya ingin bertanya berkenaan iddah kematian suami, bolehkah seorang isteri yang kematian suami dalam tempoh iddah keluar dari rumah miliknya atau suaminya bermusafir ke rumah anaknya? ini kerana, ibu ini akan tinggal seorang diri dirumahnya dan anak-anaknya bimbang akan keselamatan ibunya. semua anak-anaknya bekerja jauh dari tempat tinggal ibunya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Saya ada beberapa soalan mengenai syariah khususnya berkenaan cerai. 1. Apakah hukum suami menghantar pesanan suara/msg kepada isterinya berbunyi “Kita dah tak ada apa-apa lagi. Kau boleh keluar dari rumah itu, kalau kau tak nak keluar, kau duduk la kat rumah tu dan aku boleh bayar” 2. Sekiranya orang bertanya status suami sama ada sudah berkahwin ke belum, dia menjawab saya sudah bercerai tetapi mempunyai anak. Apakah status atau jatuh kah talak dalam kedua-dua situasi di atas? Terima kasih

message user image

Soalan: macam ni kalau laki lafas cerai melalui sms.. Kata kalau pergi kerja esok aku cerai. Lepastu kalau esok tak pergi. Lusa pulak laki dah izin pergi kira dia tarik balik. Jatuh tak talak?

message user image

Soalan: Pada 28/11/19 yang lalu berlaku pertengkaran antara saya Dan isteri di dalam kereta. Dlm pertengkaran tersebut isteri saya menjerit- jerit dan bertindak seperti hilang akal. Dia menjerit- jerit meminta saya menceraikannya. Oleh kerana tergamam dengan tindakannya itu saya pun telah menceraikannya dengan talak 1. Ketika hendak keluar dari kereta dia menjeri- jerit lagi Dan meminta saya menceraikannya dengan talak tiga. Oleh kerana malu dengan orang sekeliling Dan anak-anak tiri di dalam kereta, saya pun melafaz talak tiga kepadanya sedangkan saya belum rujuk atau bercadang untuk rujuk bagi talak yang pertama tadi. Adakah sah talak tiga yang saya lafazkan untuk Kali kedua tadi. Minta penjelasan dari tuan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum..sy nak bertanya..ketika suami sedang menelefon saya dia sedang melayari facebook tiba-tiba ada post mengenai da’i yang menceraikan isteri dgn tulisan “abang ceraikan sayang dengan talak 1” kata da’i farhan kepada isteri pertamanya..suami sy baca pos tersebut secara penuh..adakah sah hukumnya dan terjatuh talak tersebut kepada saya?saya risau jadi perlukan penjelasan..terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum.kat sini saya ingin bertanya 1.Apakah hukum bernikah apabila pengantin perempuan tersebut tengah mengandung. 2.Apakah kedudukan anak itu dan anak-anak yang lahir kemudian .

message user image

Soalan: Apakah hukum suami isteri yang dah bercerai Dan mempunyai anak masih tinggal serumah tapi berbeza bilik disebabkan faktor ketidakmampuan

message user image

Soalan: Berkaitan nafkah isteri . Boleh kah suami berhutang nafkah dengan isteri andai kata suami kesempitan kewangan pada suatu bulan dan hanya mampu berikan pada bulan yang seterusnya. Contohnya suami tidak mampu memberikan nafkah selama dua bulan, namun pada bulan ke 3 sang suami memberikan nafkah beserta tunggakan nafkah dua bulan sebelum nya dengan izin isteri. Boleh kah nafkah itu dijadikan hutang sementara atas faktor kegawatan ekonomi suami disamping restu isteri

message user image

Soalan: assalamualaikum, saya ada soalan untuk kemukakan. Saya ada bertengkar dengan si suami daripada hal kecil menjadi besar, semasa pergaduhan berlaku, saya dan suami hanya bertengkar dengan masalah yg kami hadapi, tetapi keadaan menjadi buruk apabila saya keluar dari bilik dan sembunyi dibilik lain. Pada masa itu, saya tidak dengar kata2/lafaz dari si suami yg menyatakan jatuh talak dan juga kata-kata sindir yang keluar dari mulut si suami. Suami saya ada penyakit was-was yg amat teruk sehingga dia terlalu fikir yang dia telah menjatuhkan talak terhadap saya sama ada dari lafaz ataupon terlintas di dalam hati. Saya memberitahu dia bahawa saya tidak dengar perkataan-perkataan yang boleh membawa kepada taklik/kinayah, tetapi si suami memberitahu saya dia ada bercakap sesuatu tetapi dia tidak ingat akan percakapan tersebut, kami hanya bertengkar dengan perkara yg kami bincang sahaja.Soalan saya, adakah talak akan jatuh sekiranya si suami bercakap dan hanya terlintas di dalam hati tetapi tiada niat untuk menceraikan saya?

message user image

Soalan: assalammualaikum, saya mohon penjelasan mengenai rumah yg dibeli oleh isteri & bayaran ansuran rumah dibayar sepenuhnya oleh isteri..soalan saya bila berlaku penceraian, adakah rumah tersebut termasuk dalam harta sepencarian? terimakasih atas kerjasama & perhatian

message user image

Soalan: Datuk saya meninggal dan mempunyai harta pusaka..mempunyai isteri (nenek tiri) tidak mempunyai anak, 2 org anak lelaki (termasuk ayah saya) dan 2 perempuan dr perkhawinan dahulu..masalah skrg ayah telah meninggal dan disusuli nenek tiri...adik beradik nenek tiri semua sudah meninggal dahulu kecuali seorang adik lelaki (sudah meninggal) dan mempunyai 2 anak perempuan..soalan adakah adik-beradik nenek berhak utk mendapat faraid sedangkan harta berasal dr datuk saya

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ada satu soalan. Adakah boleh (apakah hukumnya) suami minta semula cincin dan gelang yang telah diberi/dipakaikan semasa akad nikah semasa perceraian? Duit maskahwin telah diberi asing mengikut kadar ketetapan negeri (RM300). Apakah status pemberian barang kemas tersebut? Bukankah ia hak mutlak isteri? Untuk pengetahuan, perceraian adalah dengan kebenaran mahkamah dan ketika bekas suami minta adalah ketika saya dan bekas suami sepakat untuk berpisah; sebelum saya memfailkan permohonan cerai fast track di mahkamah. Juga, adakah amalan minta semula pemberian ketika akad nikah merupakan salah satu adat negeri memandangkan bekas suami bukan orang Selangor seperti saya tapi Melaka. Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih.

message user image

Soalan: Salam tuan/Puan, saya nak bertanyakan tentang isu berkaitan terjatuhnya talak. Baru2 ini saya ada bergaduh dengan suami disebabkan pihak ketiga. Dia ada bertanyakan kepada saya "sekarang nak aku cerai kan hang ka?" 2x dia bertanya kpd sy tetapi sy tidak menjawab pada soalan yg ditanyakan. Sekarang saya keliru sama ada pertanyaan itu terjatuh kepada talak ke tidak. Saya harap pihak tuan/Puan dapat menjawab kepada soalan saya. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya nak tanya, 4 bulan lepas suami ada cakap macam ni, "sayang nak pergi, pergi, jangan datang datang dah" (bunyi ugutan) dan saya bertanya, ada niat ke tu? Dia cakap, ye la..Saya pun terus tak jadi pergi.. Jatuh talak ke macam tu? Suami cakap tak semestinya niat talak..dia kata, lagi pun saya tak jadi pergi.. Lafaz kinayah tu sah ke?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah, Pertanyaan hukum mengenai hubungan mahram dengan erti kata yang lain individu tersebut tidak boleh berkahwin.Disini saya sertakan senarionye: anak saudara perempuan sebelah suami saya mempunyai anak angkat lelaki yang disusukan sejak kecil.Kerana kekangan kewangan maka anak tersebut ingin diserahkan kepada saya untuk hak penjagaan sehingga dewasa.kanak kanak tersebut berumur 4 tahun.Soalan nye adalah: 1.adakah kanak kanak tersebut mahram bagi saya 2.Bagaimana pula dengan hubungan kanak kanak tersebut dengan anak perempuan saya mohon pandangan.Semoga pandangan ini boleh meleraikan kekeliruan saya.Jazakallah

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Maaf saya mahu bertanya berkenaan hukum zihar. Baru-baru ini saya tidak berapa ingat berapa lama..masa tu sy telah mengucapkan kepada isteri saya lipatan/lemak di bawah bahu belakang adalah seperti emak saya...niat sy semata-mata nk bagitahu bahawa bini saya semakin berisi/gemuk.. Mohon pencerahan daripada ustaz..adakah itu telah termasuk dalam hukum zihar ustaz...mohon ustaz bagi penerangan ustaz sy hari2 berfikir pasal benda ni...

message user image

Soalan: Assalamualaikum . Saya ingin bertanya sekiranya suami menyatakan “ kau balik rumah keluarga kau , aku taknak tengok muka kau mulai esok” . adakah talak jatuh sekiranya suami berkata seperti itu ? terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum wbt,  Isteri saya balik kampung ke negara asalnya di luar negara bersama anak perempuan kami berumur 4 tahun untuk menghadiri majlis perkahwinannya anak saudara nya selama dua minggu. Setibanya disana, dua minggu tiada khabar berita. Seminggu sebelum tarikh berangkat balik, dia mesej, dia kata dia tak mahu lagi balik ke Malaysia. Anak pun biar duduk sama dia. Berulang ulang kali saya pujuk, dia tetap tak mahu balik. 4 bulan kemudian, saya terima mesej. Dia kata dia dah pergi 4 bulan, jadi dia kata kami dah bercerai sebab saya tak beri nafkah. Dia kata, Ustaz sana kata 4 bulan tak bagi nafkah dah boleh cerai. Penceraian ini berlaku tanpa pengetahuan saya, juga tanpa jemputan dan pemberitahuan dari pihak dia untuk saya memberi keterangan. Sekarang ni dia dah berkahwin dengan lelaki lain. Itu pun saya dapat tahu melalui jiran sekampung nya, satelah 2 bulan dia berkahwin. Soalan saya: sah kah penceraian sebegitu dan sah kah perkahwinan itu?.

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti, saya ada kemsykilan tentang hukum talak... Adakah jatuh talak jika cakap “aku talak dia” dengan jelas seorang diri dengan tujuan untuk ulang/mengajar/menegaskan pada diri sendiri... Sebab sebelum itu, saya ada tengok youtube berkenaan talak dan selepas itu saya terus tidur. Namun, semasa tidur ada gangguan mengenai Lafaz talak seperti perkataan talak dan cerai. Saya bangun dengan keadaan marah dan sebut “aku talak dia” dan dalam pada masa yang sama saya menegaskan pada diri (hati) “kalau cakap macam tu iaitu aku talak dia, baru jatuh talak bukan hanya sebut talak atau cerai dan sebagainya. Mohon pencerahan tuan mufti.. Saya tiada niat untuk menceraikan isteri atau tuju perkataan “aku talak dia” pada isteri semasa menyebut perkataan itu.

message user image

Soalan: Assalam tuan, saya ingin bertanyakan soalan bagi pihak kawan saya, suami beliau ada mengeluarkan lafaz; 1. " sekiranya rumah ini terlelong , maka bercerailah kita" (semasa bergaduh akibat suami alpa pembayaran rmh dan hampir terlelong, stkt ini belum terlelong dan apa akan jadi sekiranya sebelum terlelong suami menarik balik kata2nya?) 2. "Bila saya dah settle semua hutang awak , maka bercerailah kita" kata suami kpda isteri yg mana suami slalu meminjam wang daripada wang simpanan isteri dan kdg tidak membayar mengikut perjanjian dan bila isteri meminta , demikian yg diajukan Mohon ustaz bagi pencerahan terhadap 2 perkara diatas..

message user image

Soalan: Assalamualaikum..saya ingin bertanya berkaitan talak..saya dan isteri bertengkar..dalam pertengkaran itu isteri mendesak untuk menceraikan dia..dalam keadaan yang marah saya terlepas cakap yang berbunyi " awak nak cerai sangat kan esok kita cerai awak tunggu je"..adakah sah talak tersebut

message user image

Soalan: Salam. Isteri saya menunjukkan gambar dia masa kecil kepada saya. Muka dia masa kecil menyerupai adik perempuan saya masa kecil. Kemudia saya cakap, "sama macam muka adik saya". Soalan saya, jatuh zihar ke macam tu. Samakan gambar isteri masa kecil dengan gambar adik perempuan masa kecil. Muka dah besar ni tak sama dah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. Saya telah diceraikan oleh suami dengan talak satu diluar mahkamah. Setelah diceraikan saya dihalau dari rumah. Setelah seminggu bercerai , saya dan suami telah melakukan adakahsah rujuk suami saya terhadap .. tetapi suami tidak melafazkan rujuk terhadap saya. Boleh saya dapatkan penjelasaan dari ustaz..

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan, Saya mohon penjelasan dari pihak tuan/puan yang arif tentang ilmu agama, untuk menjawab sedikit soalan saya. Seperti kita sedia maklum, kisah Nabi Ibrahim a.s menyuruh anaknya iaitu Nabi Ismail a.s supaya menceraikan isteri, kerana tidak mensyukuri pemberian suami dan beberapa perkara lain yg tidak disetujui oleh Nabi Ibrahim a.s atas perilaku menantu Baginda itu. Atas perkara itu, saya telah ditanya oleh sahabat saya yg belum Islam (tetapi sedang mendalami Islam). Sahabat saya bertanya, adakah Islam sememangnya agama yang kejam kerana suami boleh menceraikan Isteri hanya dengan "perintah" ibu bapa, seperti kisah Nabi Ibrahim a.s tersebut ? Sahabat saya juga keliru kerana sebelum ini, saya banyak menerangkan tentang Islam adalah agama mendidik dan bukan semata-mata meletakkan hukuman untuk mendidik hambaNya. Untuk pengetahuan tuan/puan, di dalam social media juga banyak para suami meletakkan "hukum" untuk berhak menceraikan isteri dengan mengikut kehendak arahan ibu atau ayah suami, jika tidak menyukai isteri. Mereka menyatakan kisah Nabi Ibrahim a.s tu sudah cukup untuk "syarat" menceraikan isteri jika dikehendaki oleh ibu atau ayah suami, walaupun isteri tidak mempunyai sebarang khilaf atau kekurangan. Saya mohon bantuan dari pihak tuan/puan, apakah perkara yang perlu saya terangkan kepada sahabat saya itu, berkaitan kisah Nabi Ibrahim a.s itu, untuk menarik minat beliau kepada Islam, dan untuk menunjukkan Islam adalah agama yg paling sempurna dan Indah.

message user image

Soalan: Senario:- Seorang lelaki menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan. Mereka kemudian nya telah terlanjur dan akhirnya perempuan itu di dapati telah mengandung 3 bulan. Bagi menutup dan menyelesai isu ini pihak keluarga perempuan dan lelaki telah telah bersetuju untuk menikahkan mereka berdua. Kemusykilan dan Soalan nya:- 1. Adakah sah pernikahan ini bilamana pasangan ini di nikahkan semasa perempuan itu sedang mengandung? 2. Apakah status anak pertama yang bakal di lahirkan itu? 3. Bagaimana pula status anak- anak yang lain bila di lahirkan selain daripada anak pertama itu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Sekiranya bercakap dalam keadaan marah pada isteri seorang diri "kan aku ceraikan jugak kan".. adakah jatuh talak

message user image

Soalan: Assalamualaikum, adakah menyanyi lagu yang mempunyai lirik unsur perpisahan seperti " mengapa kita, kasih yang terpisah" boleh menjatuh kan talak? dalam masa yang sama tidak mempunyai niat untuk mencerai kan isteri hanya sekadar menyanyi tetapi timbul was-was yang hanya menyambung sebahagian lirik tersebut dimana hanya menyanyi " kasih yang terpisah". Terima Kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum . Saya ingin bertanya , saya dan suami ada membuat perjanjian yang dipersetujui bersama iaitu akan gugur talak 1 sekiranya salah seorang daripada kami berlaku curang . Jika perkara tersebut terjadi, adakah jatuh talak pada isteri ? Terima kasih .

message user image

Soalan: Apakah hukum jika seorang lelaki apabila ditanya oleh rakannya "Adakah kamu dah berkahwin dengan si pulan" Lelaki itu menjawap Tidak Sama Sekali. Hakikatnya Lelaki itu sudahpun berkahwin dengan si pulan itu di Thailand. Semuanya kerana tidak mahu Bantuan Ibu Tunggal Isterinya Yang Diterima melalui JKM serta Maidam Dipotong?. Begitu jugak bila ditanya kepada.si pulan itu bahawa kamu sudah berkahwin lelaki itu. Mohon pencerahan kerana saya salah seorang saksi pernikahan tersebut.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya berumur 19 tahun dan saya mempunyai persoalan, apakah yang terjadi kepada akad nikah seorang anak tidak sah taraf yang dibintikan kepada ayahnya namun diwalikan oleh wali hakim? Adakah ijab qabul tersebut sah? Adakah pengantin lelaki tersebut perlu menyebut nama pengantin perempuan berbintikan Abdullah ataupun menyebut nama yang tertera pada kad pengenalan/surat beranak pengantin perempuan? Adakah pengantin perempuan tersebut perlu melapor kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan menukar nama ayahnya kepada Abdullah? Bagaimana sekiranya keluarga pengantin perempuan tidak bersetuju untuk menukar nama pengantin perempuan tersebut kepada Abdullah?

message user image

Assalamualaikum wbt Saya nak tanya apakah hukum jika seorang ibu mertua menyuruh anak lelaki nya menceraikan isteri tnpa sebab hanya kerana x suke dengan pilihan nya sedangkan isterinya itu seorang yg baik akhlak dan baik dari soal agama...adakah jika anak lelaki tersebut tidak mahu mengikut kehendak ibunya menceraikan isterinya dianggap anak derhaka..?

message user image

Pertanyaan: Assalamu’alaikum ustaz, Saya diugut oleh isteri supaya menceraikannya setelah dia mencuri baca telefon bimbit dan komputer peribadi saya yang mengandungi rahsia hubungan saya dengan perempuan lain. Sekiranya saya tidak menceraikannnya dia ugut akan menceritakan perbuatan saya kepada isteri pertama dan semua anak-anak. Dalam keadaan terpaksa saya dengan niat untuk meredakannya dan bertekad untuk tidak menceraikan dia telah menulis di dalam mesej 'kita dah bercerai' dan 'kita dah tak ada apa-apa lagi'. Adakah perkataan itu menyebabkan gugur tala sedangkan saya memang berniat tidak akan menceraikan dia.

message user image

Soalan: Assalam...sy mushkil berkenaan dengan cerai taklik....contohnya mcmni suami dan sy ada bergaduh, jd suami ada ckp klu sy kluar drp rumah jatuh talak....lps tu tetap kluar drp rumah...jd talak tu dikira jatuh kn? Klu mcm dlm masa 3 bulan, kami blum rujuk, adakah kami masih blh tggl bersama sementara menunggu perbicaraan mahkamh?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Tuan/Puan Yang Dirahmati Allah. Saya ada persoalan terhadap hukum hakam talak.. 1. Adakah jatuh talak sekiranya menyebut hanya perkataan “talak” dengan berniat mahupun tidak berniat. Situasi Berlaku salah faham dengan isteri, dalam keadaan marah dan seorang diri sehinggakan didalam hati mengatakan ceraikanlah dia. Selepas itu saya menyebut hanya perkataan “talak” tetapi saya tidak pasti saya menyebutnya di dalam hati ataupun secara jelas. Dalam hal ini saya melakukan beberapa kali solat istikarah dan jawapan yang saya dapat insya Allah adalah hati. Namun saya masih takut sekiranya yang berlaku adalah saya menyebutnya dengan jelas. Perkara ini berlaku seorang diri semasa saya mahu mandi dan mengambil wudhuk.Jika ditanya apakah niat semasa menyebutnya, saya tidak pasti namun saya berada dalam keadaan marah. Mohon penjelasan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamu alaikum, Ustaz/Ustazah, Saya telah mengambil anak angkat perempuan 1 tahun 1 bulan yang lepas . Saya buntu kerana isteri tak mampu keluarkan air susu untuk jadikan bayi anak susuan kami dan terpelihara batas aurat. Saya tiada adik beradik perempuan untuk menyusukan bayi kami. Kami khuatir masa 2 tahun berlalu dan anak tidak boleh tinggal serumah bila baligh. Ape perlu saya lakukan?

message user image

Soalan: 1. Apakah hukum perkahwinan diantara pasangan HIV +ve dgn pasangan yang HIV -ve? 2. Sekiranya pasangan yang HIV +ve tersebut telah pun mendapat status "virus undetected" dan pengesahan daripada doktor pakar, apakah hukum perkahwinan tersebut? 3. Adakah hukum pesakit HIV hanya harus berkahwin dengan pesakit HIV sahaja dalam Islam?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya nak tanya, apakah hukum seorang suami tidak memberikan nafkah batin selama hampir setahun? Dengan alasan bentuk badan bukan seperti perawan dahulu kerana pernah melahirkan dua anak?

message user image

Soalan: Soalan 1.adakah jatuh talk jika suami bukan DENAGN niat mnyatakan seperti... "AKU BOLEH CKP KALO KO BLEK KAMPUNG JUGAK JATUH TALAK 1" percakapan itu seperti ugutan 2. Apa yang perlu sy lakukan sbb suami asyik me cari salah sy Dan sering mengungkit ape yg telah diberi jika ada berlaku perselisihan faham. Perkataan maki hamun mmg tak pernah lekang Dr mulut jika bergaduh. Tp alhamdullilah tak pernah naik tngan 3.suami juga sering cakap utk berpisah. Ape perlu sy lakukan

message user image

Soalan: Kepastian tamat tempoh eddah rajie ( Bercerai Hidup ) Suami lafaz talaq 2 pada 22/12/2019. 1) 26/12/2019 - 1st Period 2) 21/01/2020 - 2nd Period 3) Adakah tarikh pertama 3rd Period Tempoh eddah saya habis?

message user image

Soalan: Suami saya telah berkahwin satu lagi. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa beliau berniat untuk menceraikan isteri keduanya dalam tahun ini juga. adakah jatuh talak?

message user image

Soalan: Saya telah digantung tak bertali selama 7 tahun lebih. Suami masih berhubung dengan anak sekali sekala. Soalan saya, apa hukum untuk saya menunaikan Haji dengan status saya. Utk pengetahuan ustaz, saya tiada masalh utk meminta izin darinya untuk mendapat persetujuan say ke Mekah.

message user image

Soalan: Apakah hukum wanita tua (putus haid) keluar rumah dalm tempoh iddah (4bulan 10hari) setelah kematian suaminya ?

message user image

Soalan: Suami kata “kau nak semangat, kalau kau x kurus aKu ceraikan kau nak? Tp menurut suami dia x berniat cuma sekadar menakut nakutkan. Adakah sah talak. Sy musykil

message user image

Assalamualaikum.. Harap pihak tuan dapat membantu.. pada malam jumaat 24/1/2020 lebih kurang jam 8 mlm .. perbualan Percakapan lebih kurang begini.. 1. Suami berkata " i dah fikir dan kita boleh pergi pejabat agama dan i jatuhkan talak 3 terus kalau itu yang u mahu. I akan ikut undang-undang Malaysia dan bayar tuntutan yang sepatutnya mengenai nafkah ..Ayat seterusnya agak kurang jelas berbunyi"Bercerai kerana nak menyelamatkan seseorang" Saya yang Agak penat dgn kerenah dia.. senyum dan tanpa berfikir berkata .. ok nanti hari selasa kita pergi pejabat agama.. kerana pada waktu itu saya fikir sudah jatuh talak..Selepas itu kehidupan seperti biasa dan suami masih tinggal serumah. Mulanya Saya agak kurang selesa .. berumahtangga dalam tempoh yang agak lama dan kalau sudah jatuh talak saya dan suami tidak boleh duduk serumah.. Selepas itu saya cuba mencari jawapan dan cuba mengingati semula percakapan beliau.. Saya sudah beberapa kali bertanya suami yg adakah kita masih suami isteri yg sah?Tetapi jawapan beliau .. 1.u fikirlah sendiri 2. i tak tahu. 3. Entah ini kan Malaysia.. 4. I tak peduli pasal u sekarang cuma pasal anak-anak. Saya yang masih ragu-ragu dan masih menunggu jawapan dari suami.. Kesilapan saya tidak memberi sepenuh perhatian dalam tutur percakapan beliau.. dan dalam masa yang sama perlukan pandangan dari pihak tuan.. Saya berharap pihak tuan dapat membantu.

message user image

Soalan: assalamualaikum, adakah jatuh talak jika hanya menyebut abg ceraikan sayang dgn talak satu secara berhadapan dgn pasangan

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang talak kinayah..saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan 1 tahun ini..seminggu setelah berkahwin,ketika dalam kereta saya dan isteri berbincang tentang perancangan kewangan keluarga..ketika berborak,saya telah berkata “kalau saya nak ambil balik cincin kahwin awak macam mana”?.ketika melafaz ayat tersebut tiba-tiba terdetik dan terlintas dalam hati nak bercerai..soalan1)apakah ianya dikira sebagai talak kinayah dan telah jatuh talaknya? Soalan 2)sekiranya suami berasa was-was tentang status lafaz ayat pada situasi tadi,suami telah minta rujuk dan isteri terima,apakah rujuk itu sah memandangkan suami berasa was-was dan ingin menyelamatkan keadaan?

message user image

Soalan: aku malas nk bahas benda ni dengan dia.... " kalau layan takut aku tak boleh kawal aku terlafaz....... Assalamualaikum ustaz, Saya ingin bertanya , ini adalah mesej wassup suami saya hantar kepada adik ipar saya . Perkataaan bertitik panjang itu adalah " talak " ? Saya nak tanya , adakah bila suami tulis begitu , akan jatuh talak ? Maknanya kalau suami saya berniat , maknanya jatuh atau tidak talak itu ? Boleh ustaz bagi penjelasan kepada saya ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya telah membeli sebuah kereta sebelum berkahwin (pinjaman pembelian dibuat dengan bank dan bayaran secara potongan gaji bulanan). Selepas berkahwin, saya telah menghantar kereta tersebut ke kampung untuk digunakan oleh ayah saya. Bayaran pinjaman akan tamat pada 2023. Saya ingin tahu jika suami saya tidak mengizinkan pembayaran pinjaman tersebut, adakah saya dikira berdosa? Saya wanita berkerjaya sebelum berkahwin. Saya juga ingin tahu adakah saya perlu mendapat keizinan suami saya untuk membelanjakan gaji saya setiap bulan. Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, apakah langkah terbaik bagi menikahkan seorang anak tidak sah taraf perempuan bagi memelihara aib anak tersebut?Adakah perlu bakal suami & keluarga bakal suaminya akan status beliau yang merupakan anak tisak sah taraf? terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ingin bertanya apakah hukum jika suami isteri tidak tidur sekali dengan alasan anak yang sering mencari si ibu bila terjaga dari tidur.anak kami sudah 2 tahun dan si isteri sudah menasihati si suami tetapi tidak diendahkan dan menyebabkan si isteri berasa kurang perhatian dan kasih sayang daripada suami. Adakah si suami berdosa? Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. Usia perkahwinan kami baru hendak masuk 3 tahun. Pada awal bulan perkahwinan suami hanya memberi nakfah batin sebulan 2 kali. Pada bulan-bulan seterusnya suami jarang beri nakfah batin, hingga berlanjutan lebih 7 bulan tidak bersama. Beberapa bulan lepas, saya dengan tidak sengaja ternampak suami beronani di ruang tamu beberapa kali waktu lewat pagi ketika saya terjaga bangun ke tandas. Saya terkilan. Apa hukumnya jika berlanjutan begini dan apa harus dilakukan. Adakah dibolehkan seorang isteri untuk melepaskan nafsunya sendiri?

message user image

Soalan: Salam. Saya ingin bertanya hal berkaitan isu lafaz talak. Saya dan isteri berselisih faham. Ketika saya berseorangan dan dalam keadaan marah, saya terbayang bagaimana keadaan hidup saya jika saya bercerai dengan isteri saya. Di dalam angan saya, saya kononnya ada pulang ke kampung dan memberitahu kepada ibu saya tentang perceraian saya. Yang menjadi kemusykilan kepada saya, saya ada terbisik (namun masih boleh dengar oleh telinga saya) dengan perkataan "mak, kita dah cerai". Adakah gugur talak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum dan salam sejahtera.pada 21/2,suami saya telah melafaz taklik melalui apps whatsaap. Ayatnya adalah "Kalau curang @ contact lagi bekas kekasih,secara automatik akan jatuh talak. Lagi2 kalau jumpa laki lain masa abg takde tanpa kebenaran abg" . Suami saya berkata begitu kerana beliau musykil saya mengandungkan anaknya yg ke3 secara tiba2. Saya yang buntu dan masih terkejut suami yg cba menuduh saya berzina dgn lelaki lain,lebih terkejut dengan lafaz taklik drnya.tapi bagi saya tiada masalah kerana syarat taklik yg ditetapkan adalah perkara yg paling mustahil utk saya lakukan. Persoalan saya,adakah lafaz taklik akn trs berkekalan sampai bila-bila atau ada tempoh spt iddah? Selagi sy tdak melanggar syarat taklik,adakah saya msh blh trskan sbg suami isteri spt bersama?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Berkenaan hadanah. Saya berkahwin dengan isteri saya, seorang janda beranak dua. Ketika saya menikahinya, kedua anaknya masih kecil, dibawah umur 7 tahun. Bekas suami isteri saya seorang yang diuji Allah dengan kesempitan rezeki, kerosakan akhlak, dan cetek ilmu agamanya. Semoga Allah mengampunkan dosa saya dan dosa dia, semoga Allah merahmati kami dengan kefahaman agama. Beliau sendiri menyerahkan hak penjagaan anak kepada isteri saya sewaktu mereka bercerai dahulu. 1) Adakah hak penjagaan anak itu telah beralih kepada bapa kandung mereka setelah ibu mereka bernikah dengan saya? Setelah beberapa tahun bernikah dengan isteri saya, kami dikurniakan cahaya mata dan rezeki saya kini berkerja di luar negara, iaitu di Australia. Kini sudah setahun kami tinggal berjauhan. Baru baru ini isteri saya telah kehilangan perkerjaan dan tempat tinggal (kuarters). Jadi isteri saya membuat keputusan untuk berhijrah ke Australia untuk hidup bersama saya disini. Tetapi ibunya (ibu mertua saya) melarang keras sehingga mencaci maki saya dan menuduh saya melarikan anaknya (isteri saya) sedangkan saya tidak pernah memaksa dan isteri saya masih lagi ada di Malaysia sekarang. Sehingga menyuruh isteri saya memfailkan cerai. Sekarang ibunya tidak mengizinkannya untuk tinggal bersama saya di Australia. 2) berdosa kah saya jika isteri saya datang tinggal bersama saya di Australia? 3) Setelah sekian lama t idak memberi nafkah dan menjenguk anak2, kini belas suaminya muncul dan melarangnya membawa anak2 untuk berhijrah. Adakah berdosa kami membawa anak2 berhijrah? Mohon pencerahan berserta penjelasan, kalau noleh dgn dalilnya. In shaa Allah inilah kesempatan untuk saya memdapatkan ilmu baru.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ ustazah Saya ada sedikit kemuskilan berkaitan : 1. Saya mengambil anak angkat perempuan. Jadi utk menjadikan baby bwh 2 tahun ini mahram, maka anak buah suami menjadi ibu susuannya.. Adakah ianya sah suami saya dapat menjadi mahram bayi ini sekarang.. Sebb saya tidak dapat menghasilkan susu utk bayi dan tiada adik beradik terdekat utk menyusukan. 2. Adakah dlm hukum di atas td.. Suami boleh menjadi wali kepada bayi angkat tersebut?

message user image

Soalan: Assalamu'alaikum! APAKAH HUKUM Isteri MEMBERI HADIAH KEPADA LELAKI AJNABI TANPA PENGETAHUAN Dan TANPA IZIN SUAMINYA?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah, Soalan saya adalah, apakah hukumnya jika bekas isteri ingin berkahwin dengan adik beradik bekas suami (sebapa tapi berlainan ibu)

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, ustazah.. Sy nak tanya apakah hukumnya sekiranya suami memberitahu kepada org lain (secara lisan atau bertulis) "sy dan isteri, nama... sudah bercerai"? Adakah jatuh talaknya? Sekiranya jatuh, bagaimanakah caranya dianggapkan sudah rujuk kembali? Kalau tak silap sy, cerai rujuk hanya dibolehkan 3 kali shj, selepas itu tidak boleh rujuk seperti biasa lagi kan? Betol ke? Maksudnya sekiranya percakapan atau tulisan suami mengatakan sudah bercerai dengan isteri sebanyak 3kali, maknanya talaknya sudah jatuh sbnyk 3 kali?

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustd. Saya nak tanya satu soalan dan ingin kepastian Soalan saya Saya seorang kakitangan kerajaan di tukarkan kesemenanjung. Dalam masa yg sama isteri saya berada di sabah tawau. Sudah setahun saya tidak pulang kesana. Nafkah berupa wang belanja saya kirim setiap bulan. Sentiasa berhubung melalui wasap bertanya khabar. Adakah jatuh talak sekiranya nafkah batin saya tidak tunaikan. Mohon pencerahan dari ustd. Kekangan kewangan pon penyebab utama saya tidak dapat bercuti .

message user image

Assalam..ustad/ustazah.. sy ingin bertanya jatuh atau tidak jika suami melafaz kan "aku memang nak ceraikan kau"ketika bergado mulut c suami lafaz kan..

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Apakah hukum sekiranya isteri gemar memakai seluar pendek dan singlet sahaja di rumah sepanjang masa? Apakah tidak elok? Saya dan isteri hanya berdua sahaja di rumah. Terima kasih.

message user image

Pertanyaan: ASSALAMUALAIKUM. SAYA  INGIN BERTANYA, ADAKAH JATUH TALAK SEKIRANYA SUAMI TERLEPAS CAKAP LAFAZ AKU CERAIKAN ENGKAU SEBANYAK DUA KALI SEORANG DIRI TANPA PENGETAHUAN ISTERI (DALAM BILIK AIR)..DALAM MASA YANG SAMA SUAMI WAS2 SAMADA DH LAFAZ KE BELUM? LAGI SATU ADAKAH JATUH TALAK SEKIRANYA SUAMI BERKATA: DIA TAK TAHU YANG DIE DH AKU CERAIKAN GARA GARA DENGAN UCAPAN YANG SUAMI LAFAZ SEORANG DIRI TADI, YANG SUAMI YAKIN JATUH TALAK.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Ayah saya baru meninggal dunia pada 22 Februari 2020 yang lalu. Meninggalkan seorang balu dan 8 orang anak yang semuanya telah bekerja. Emak saya telah berumur 71 tahun. Soalan saya ; Bolehkan saya membawa emak saya untuk menguruskan pertukaran nama akaun penerima pencen dari arwah ayah ke emak di putrajaya? Saya memahami perempuan yang kematian suaminya tidak boleh keluar rumah selama 4 bulan 10 hari.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Suami ada buka syarikat (bisnes sendiri) dan syarikat yg buka atas nama suami & isteri.(sayarikat bersama) Setelah peniagaan dijalankan isteri diberi gaji bulanan. Sejak itu suami tidak pernah memberi nafkah wang kpd isteri. Isteri jg bekerja di tempat lain sebab kewangan syarikat tidak menentu. belanja dapur kadang2 diberi kadang tak bagi oleh suami , keperluan dapur isteri belanja dgn duit gaji yang diperlolehi dari bekerja tempat lain. Suami juga ada membeli sebidang tanah kelapa sawit dan suami x mampu utk membayar loan bulanan kpd bank sendirian dan mengajak isteri menanggung separuh dan suami separuh. ( paksa rela) Gaji isteri yang dapat dari syarikat suami itulah digunakan untuk membayar loan kpd bank. Maka setiap bulan isteri tidak mendapat wang nafkahnya. Boleh saya tahu apakah cara yang suami saya buat ini bertul mengikut hukum syarak?

message user image

Soalan: assalamu'alaikum,sy dan isteri sudah bkahwin hampir 7 tahun.dari awal pkahwinn (sebelum ada anak) isteri sy pernah menolak ajakan sy utk bsama beberapa kali,tp selepas bbaik,isteri mjalankn tugasnya kembali sbg isteri (nafkah batin).tp perkara tsebut berulang apabila ada masalah di antara kami,sehingga kini.sy pernah menegurnya,tp perkara tsebut sentiasa berulang.ay tidak pernah memukul isteri sy,tp apabila dlm keadaan marah sy selalu memarahinya dgn cacian kasar.selalunya sy yg beralah,dan isteri sy tidak pernah meminta maaf atas sgl ksalahn dan ksilapnnya.isteri sy bkerja dan sy benarkan dia tidak mmasak,dan jg dgn ksepakatn sejak sblm kahwin,pkerjaannya utk mringankn beban sy.namun kini isteri sy mpertikaikn masalah wang dan katanya sy tidak mampu mjalankn tgungjwb seorang suami,sdgkan rumah,segala bil tmasuk telefon sy dan isteri di bwh tanggungn sy.sy juga mpunyai anak perempuan berumur 5 tahun.kini isteri sy minta diceraikan.melalui cerita sy dari awal,sy ingin tahu,apakah jatuh nusyuz pd isteri kerana menolak ajakan sy?apakah sy tiada hak ke atas wang kerja isteri sy wpon sy dan isteri sudah mcapai psetujuan sblm kahwin?nafkah thadap isteri dan anak jika kami bcerai?

message user image

Soalan: Assalamualaikum WBT. Pertama sekali saya ingin berterima kasih sekiranya pihak tuan sudi membaca dan menjawab persoalan saya ini. Situasi saya, saya telah bertengkar dengan isteri saya, lalu saya ada terlafaz "kalau susah sangat kita cerai je". Persoalan saya adakah lafaz tersebut menjatuhkan talak, sedangkan ada perkataan "kalau" di situ. Adakah ia termasuk di dalam lafaz cerai taklik? Sekali lagi saya ingin berterima kasih sekiranya pihak tuan sudi menjawab persoalan saya, kerana saya tidak mempunyai rujukan lain. terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum saya berniat tidak mahu berkahwin kerana saya tahu saya tidak mampu untuk bersabar dengan segala ujian bila berumah tangga. Dan saya juga takut jika saya akan melebihkan suami dan mengabaikan emak saya sedangkan emak saya seorang balu dan kami hanya dua beradik perempuan. Saya sangat takut perkahwinan akan membuatkan saya stress dan mudah marah terutama kepada suami dan emak saya kerana saya seorang yang panas baran. Apakah boleh untuk saya berdoa begini?: "Ya Allah sekiranya dengan aku berkahwin akan menjauhkan aku dari Mu dan dari keluarga ku, maka aku lebih rela bujang begini". apakah saya tergolong dalam golongan umat yang tidak diakui nabi? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Tuan, saya adalah seorang isteri yang bekerja dan tidak menpunyai anak. Suami saya juga bekerja dengan gaji RM2000 tetapi tidak memberikan nafkah perbelanjaan daour yang cukup. Selalunya dia hanya akan beri 20-30 setiap minggu. walaupun gaji kasarnya hampir 5,000.00. Patutkah dia tidak memberi belanja dapur kerana katanya pendapatannya selalu tidak cukup tetapi dia membayar zakat pendapatan setiap bulan.

message user image

Tuan, Soalan saya ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan suami saya, cuma ingin mengetahui dengan jelas mengenai persolan ini. Saya seorang isteri yang bekerja dengan gaji kasar RM2000, manakala suami saya gaji kasar hampir RM5000. Kami masih belum mepunyai anak walaupun sudah 5 tahun berkahwin. Persoalannya patutkah suami saya tidak memberikan belanja dapur dan perbelanjaan lain kerana saya bekerja? Kalau beri pun hanya dalam 20-30 setiap kali kami ke pasar untuk memberi barang masak selama seminggu. Suami hanya bayar bulan rumah kepada bank dan api air sahaja kerana kereta sudah habis bayar. Saya pula perlu memperuntukkan hampir 500 sebulan untuk belanja dapur sahaja dan perlu juga hantar duit ke kampung setiap bulan kerana ibu bapa saya tidak bekerja dan tiada pencen atau sebarang simpanan. Suami saya setiap bulan bayar zakat pendapatan dan rajin bersedekah ke masjid, Aman Palestin, etc. Perlukah dia buat semua itu atau lebih perlu beri nafkah belanja kepada isteri dahulu? Saya memang masak setiap hari dalam seminggu walaupun saya bekerja. Penjelasan pihak Tuan amatlah saya hargai kerana saya takut hendak menyuarakan ini kepada suami kerana bimbang dia marah dan takut saya memberikan fakta yang salah mengenai nafkah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya mempunyai kemushkilan tentang ibu tumpang.Apakah hukum jika ibu tumpang itu adalah madu saya sendiri. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, 1/ Sy seorang perempuan berumur 55 tahun. 2/Masih bekerja. 3/Sudah berkahwin. 3/Sy adalah anak angkat berketurunan Cina sejak dr kecil. Masalah sy ialah berdosakah sy dan bapa angkat sy kerana sy masih berbintikan bapa angkat sy sehingga sekarang. Bapa angkat sy dh meninggal 20 tahun lalu. Apakah yg terbaik yg perlu sy lakukan skrg?

message user image

Soalan: Salam Tuan, saya ingin bertanya, apa hukumnya seorang suami bermalam di rumah bekas isteri atas alasan ingin berjumpa anak2 (berumur 13-20 tahun) ketika bekas isterinya jg berada di rumah yg sama? Bagaimana pula jika bekas isteri tiada di rumah tersebut, hanya anak2?

message user image

Soalan: Assalammualaikum..sy ingin bertanya tentang talak kinayah.. situasi sy sedang bergurau dgn isteri saya: muka you macm org asli isteri:you lah org asli tak pernh tgk i saya:okay i taknk adakah “okay i taknk” itu lafaz kinayah..sy juga was was dgn niat sy ketika itu..

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. sy ingin bertanya... Mengenai perihal status hubungan kedua ibu bapa sya... Mak sy brkhwin dgn ayh sy dgn brbeza ngra.. mak org sni ayh org indonesia.. prkhwinan adalh khwin kmpung shja.. tiada surat kawin.. hanya berimam dan d walikn oleh arwah atok sy sblh mak... Stlah skian lama brkhwin.. ayah sy sering meninggal kmi ank branak, stu msa tu.. ktika ibu sy mngndung adik sy yg bongsu pd thun 2004 bln 12 , usia kndungn mak sy msh d awal kandungan... Ayah sy mninggal.kmi tnpa nafkah dan telah brkhwin dgn prmpuan lain d indonesia... Ayh sy jgk prnh mengirim srat yg brnyi " jika ada ssiapa yg hendkn kau, (mak sy) maka kw khwin lh.. sbb aq dsni d indonsia sdh brkhwin... Stlh skian lama adik sy yg bngsu brumur 2 thun dia dtg kmbli kpd kmi n brkta dia msh suami kpd mak sya... Maaf ya mk sy kurang fhm soal hukum2... Skrg ni ayh sy.. nk dtg kpd kmi dia dtg.. klw dia bosan dia kmi ank branak prgi indonsia... Mcm tu lh.. ada pn tggl dgn kmi dia xberi langsung nafkh soal duit makan mnum kmi ank branak.. sbb rmh kmi tggl adlh rmh mak peninggalan arwah nenek sblh mak... Prsoalan sy d sini, adkah mak sy dgn ayh sy msh dlm ikatan prkhwinan yg sah?... Mohon pnjelsan ustaz. Sbb kmi bt ic d jpn.. sy hanya kemukan.. bhawa kmi telah dtgglkn oleh ayh kmi tnpa cerai.. sbb mcm tu lh kdaan sbnr... Sy mhon pnjelsan kpd phak tuan..mnta tlg sgt2 sbb sy xthu nk tnya mana.. ni pn sy tgok online gogle... Trima ksh

message user image

Soalan: Assalamulaikum, soalan sy , 1. Ada kah jodoh dn rezeki itu telah ditetapkn oleh Allah sejak azali lg dn ada kah kita bole usaha utk dptkn jodoh dn rezeki yg lbh baik wlpn tlh ditakdirkn oleh Allah. 2. Benar kah kita bole ber usaha utk berubah diri kita kepada lbh baik sedangkn kita tau qada dn qadar di tgn Allah dh tentu kn. cthnya sy tlh berkawin dgn org yg tidak baik akhlak nya perlu kah sy ubah kn takdir jodoh itu utk mengawini org lain yg lbh baik.

message user image

Soalan: Sy tegur isteri yg kerap tidur lps waktu asar.dia kata bkn selalu,timbul skt prtngkaran.jgn sampai sy bg peraturan Dia cabar 'berilah"apa peraturan pn.sy kata mulai esok dan setrsnya jika kamu tidur lps waktu asar jatuh talak.kecuali sakit @ kepenatan.sy khuatir jika dia terlupa akan jatuh talaknya.niat sy sekdr nk bg peringatan yg tegas.sy pd ketika msh boleh kawal kemarahan sy. Jd blhkah sy tarik balik amaran itu.? Klau blh bagaimana?

message user image

Soalan: Apakah hukumnya seorang isteri meninggalkan suami pulang ke kampung bersama anak-anak nya setelah memujuk suami memberi izin walau pada dasarnya suami x setuju. Apakah yg membolehkan seorang isteri berbuat demikian

message user image

Soalan: Apakah hukum suami mengaku kepada perempuan lain bahawa dia telah bercerai, telah tidak bersama dan telah pindah ke rumah lain dan mengatakan itu hanya bekas isteri bukan isteri selain mengatakan kahwin tersebut adalah tindakan paling bodoh yg dia buat. Adakah jatuh talak pada isterinya yg sebenar dgn apa yg telah dia ungkapkan pada perempuan lain itu?

message user image

Soalan: Assalamualaikum .saye bergaduh dengan isteri saye dan,saye ade berkata begini,”nanti owang hantar awak kat mak ayah awak””adakah jatuh talak tuu. Sebab saye tak tahu soal ni takde niat ape pon

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. Isteri telah menyatakan taklik kepada suami, "sekiranya awak hubungi perempuan itu kita bercerai". Suami bersetuju dengan mengatakan "ok". Kemudian suami telah menghubungi perempuan itu. Adakah jatuh talak dengan taklik?

message user image

Soalan: Saya nak tanya, kalau saya cakap kat bini saya macam nie “Kalau sayang buat kerja kat luar rumah mesti sado macam mak abang ... adakah jatuh zihar ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya ada soalan ingin bertanya. Suami saya memberi nafkah kepada anak² nya setiap bulan tanpa culas. Suami sebelum ini tidak mengfailkan hak penjagaan anak kerana persetujuan bersama dgn bekas isteri nya. Sekarang musim PKP, anak² berada bersama suami. Jadi nafkah hanya diberikan kepada anak perempuan yg berada bersama bekas isteri sebyk rm600. Persoalan nya sekarang perlukan suami saya memberi nafkah utk anak² lelaki nya kepada bekas isteri walhal anak² lelaki telah duduk bersamanya selama lebih pada sebulan.

message user image

Soalan: Selepas sahaja melafazkan cerai talak satu (kali yang ke 2) di hadapan kadhi, pasangan tersebut balik ke rumah dan melakukan persetubuhan atas kerelaan dan persetujuan masing-masing tetapi tanpa niat untuk rujuk kembali. Kemudian pasangan tersebut tinggal berasingan sehingga habis edahnya. Adakah ini dikira sebagai rujuk dan apakah status perkahwinan tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh. Disini saya ada beberapa kemusykilan untuk di ajukan pada pihak tuan. 1-) Selepas sahaja melafazkan taklik (kali ke 2) kepada isterinya di hadapan kadhi dipejabat agama, lelaki tersebut pulang ke rumah bersama isteri yang diceraikan td dan melakukan persetubuhan dengan kerelaan hati masing-masing tanpa ada paksaan. Walaupun begitu, ada terdetik di hati lelaki tersebut untuk rujuk semula kepada bekas isterinya yang diceraikan td. Selepas itu pasangan tersebut tinggal berasingan kerana menganggap mereka telah pn bercerai. Setelah hampir setahun berpisah dengan bekas suaminya, maka perempuan tersebut lalu berkahwin dengan orang lain. Persoalan saya disini adalah apakah status perkahwinanya dengan suaminya yang pertama td? Adakah dikira suaminya telah rujuk dan apakah perkahwinan mereka masih sah. Yang kedua persoalan saya, jika parkahwinan yang pertama masih sah, apakah status perkahwinan yang kedua perempuan tersebut, dan apakah status anak dari hasil perkahwinanya yang kedua itu. Sekian persoalan saya, terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz: 1. Apakah itu zihar. Adakah ianya hanya untuk suami yang menzihar isteri sahaja. Bagaimana dengan isteri yang menzihar suami. 2.Apakah berbezaan hukum adik-adik yang a. sama ibu lain bapa b. sama bapa lain ibu. Hukum dari segi mahram dan faraid

message user image

Soalan: Assalam Maaf mengganggu, saya ada soalan ingin bertanya. Soalan daripada kawan saya dan saya forward terus ke tuan Situasi camni, isteri saya selalu kalau bergaduh besar, dia akan padam gambar kami berdua di Facebook, Kemudian saya pon berkata, jikalau awak padam gambar kita di Instagram, akan jadi benda xelok sebab awak seolah2 macam tiada lelaki sebab asyik padam gambar kita(dalam hati niat nak ceraikan dia sebab terlalu marah). Dan saya pon pada masa yang sama buka la Instagram dengan harapan agar isteri saya tidak memadam gambar kami yang dahulu. Dan setelah saya periksa Instagram dia, memang isteri saya tidak memadam gambar kami yang dahulu. Sejurus selepas itu, saya bertanya isteri saya, adakah awak padam gambar kita ? dan isteri saya jawab , ya, memang ada padam, tapi hanya padam gambar yang baru sahaja upload tadi. Maksudnya isteri saya baru sahaja padam gambar kami yang dia baru upload beberapa minit yang lalu dan ketika saya memeriksa Instagram isteri saya(ketika niat cerai), gambar yang isteri saya baru upload tadi tidak muncul dan saya hanya berniat cerai sekiranya dia padam gambar yang sedia ada(yang dahulu). Persoalannya, adakah jatuh talak?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya ada sedikit perselisihan atau pergaduhan kecil dengan suami (5 May 2020 / 6.45pm). Perselisihan tersebut menyebabkan emosi kami terjejas dan menyebabkan suami berkata "kalau macam ni, baik kita bawa haluan masing², senang". Setakat jam 9.00 malam kami masih belum berbaik lagi dan saya mengambil initiatif bertanya di ruangan ini. Untuk pengetahun tuan/puan, saya sedang "datang bulan @ haid". Saya musykil dengan kata² dari suami di atas. Soalan saya: 1) Adakah ia jatuh (sah) talak atau tidak? 2) Ia dikategorikan sebagai lafaz apa? 3) Apa yang patut saya / kami lakukan? 4) Jikalau boleh, boleh tuan memberi penerangan secara terperinci apa yang patut kami lakukan. Bolehkah tuan/puan menjawab soalan saya dengan kadar segera? Saya amat hargai bantuan pihak tuan/puan.

message user image

Soalan: Assalamualaikum kepada ahli panel. Subhanallah, Maha Suci Allah, Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga dan sahabat baginda. Saya seorang anak, isteri dan juga ibu. Jodoh saya dengan orang jauh(Perlis) kurang disenangi ibu atas faktor jarak fizikal. Rentetan itu, acapkali bila kami ingin pulang ke kampung sebelah suami, akan mencetuskan ketidaksenangan di hati ibu. Sebelum ini saya dan suami berkhidmat di Sarawak, hanya dapat pulang pada musim cuti sekolah dalam tempoh pendek dan perlu berbahagi masa untuk pulang ke kedua-dua kampung. Ibu tidak senang dengan alasan belum hilang rindu pada anak perempuannya(saya). Kini, saya dan suami telah berpindah ke Perak, tapi masih tidak disenangi oleh ibu kerana tidak memenuhi kehendaknya agar kami tinggal berdekatan dengannya di tanjong karang. Ibu saya menuntut saya agar tinggal berdekatan kerana ibu dan ayah sudah tua dan ayah uzur(sakit kaki). Oleh sebab saya seorang guru, menurut ibu saya sahaja yang dia harapkan untuk tinggal dekat dengan mereka kerana adik beradik yang lain bekerja bukan dalam sektor kerajaan. Namun, saya agak berat hati jika perlu tingal dan kerja berdekatan dengan ibu bagi menjaga hubungan baik ibu dengan suami saya yang kurang disenanginya kerana asal orang jauh di sampi g saya dan ibu sering berbeza pendapat dan ibu akan terbawa-bawa emosi sehinggakan sering mengungkit akan kehendaknya yang tak dipenuhi untuk tinggal berdekatan dengannya, isu saya kahwin di usia muda dan menurutnya tidak sempat berbakti kepada orang tua. Isu balik ke kampung suami seringkali menjadi punca kekeruhan dalam komunikasi kami kerana menurut ibu, ibu mentua saya(balu) masih ada dua orang anak lelaki lain selain suami saya yang turut tinggal di Perlis untuk menjaganya. Jadi kami sepatutnya meluangkan masa yang lebih bersama ibu ayah di tanjong karang. Ibu ada pernah menyebut yang ibu akan sangat marah jika sampai satu masa nanti saya membeli rumah di luar Selangor. Namun, atas beberapa faktor, saya dan suami telah membeli sebuah rumah di tempat bertugas sekarang. Hal ini belum dapat saya maklumkan kepada ibu demi menjaga hatinya. Saya dalam dilema, bagaimana harus saya lakukan untuk mentaati dan menjaga hati orang tua saya, dalam masa yang sama mentaati dan menjaga hati suami dan ibu mentua. Suami saya tidak pernah menghalang saya untuk berbakti kepada orang tua, tetapi suami pernah menyatakan rasa terkilan dengan sikap ibu yang seolah-olah menidakkan tanggungjawab suami kepada ibu kandungnya. Ibu juga sering menceritakan perihal ketidakpuasan hatinya kepada abang kandung saya dan abang saya pernah berpesan kepada suami agar melayani ibu saya sama seperti ibu kandung. Hal ini membuatkan suami berkecil hati seolah-olah suami tidak menyantuni ibu setelah apa yang dilakukannya. Saya mohon pencerahan agar dapat saya berusaha untuk menjernihkan hubungan saya dengan ibu, pandangan ibu kepada suami , kerana redha ibu amat saya perlukan, begitu juga redha suami.

message user image

Soalan: Pertanyaan mengenai taklik dan talak. 1. Suami telah memberi taklik kali pertama dengan menyatakan jika saya keluar dari bilik dimana terjadinya pergaduhan, maka jatuh talak kepada saya. Saya keluar dari bilik setelah keadaan reda dari pergaduhan. Adakah jatuh taklik tersebut? 2. Adakah sahih jika tiada pengesahan dibuat samada jatuh taklik, berlaku/ tidak berlaku, jika tiada niat atau ditarik semula? Semasa saya dan suami ke mahkamah Shah Alam untuk mendaftarkan kes, pegawai dikaunter pertanyaan menyatakan tidak jatuh talak kerana suami telah menarik semula taklik tersebut dengan menyatakan dia izinkan saya keluar dari bilik (tetapi saya tidak dengar / tidak pasti). 3. Suami telah menceraikan saya dengan talak satu pada 12 April 2020. Tiada saksi pada ketika itu kecuali anak berumur 9 tahun dan 3 tahun. Suami menyatakan dia tiada niat untuk melafazkan cerai walaupun lafaz itu jelas dan terang (aku ceraikan kau dengan talak satu). Ini merupakan kali pertama lafaz cerai talak satu dilafazkan oleh suami. Sebelum itu suami telah menuduh saya mempunyai hubungan sulit dan dia menyatakan jika saya mempunyai hubungan sulit maka jatuh talak kepada saya. Beliau kemudian telah menyuruh saya untuk bersumpah dan menjunjung Al-Quran (saya tidak mahu berbuat demikian) lalu dia terus melafazkan cerai. 4. Suami beranggapan tidak jatuh talak kerana dia menyatakan tiada niat di pihak beliau. Suami masih ingin pulang ke rumah setelah keluar pada hari kejadian. Tiada lafaz rujuk kecuali beliau menyatakan dia masih ingin bersama dengan saya dan anak-anak. Tempoh perkahwinan 16 tahun dan mempunyai 3 orang anak lelaki berusia 15 tahun, 9 tahun dan 3 tahun. Bagaimana status saya ketika ini? 5. Suami mengalami krisis kewangan dan perniagaan merosot. Bilamana suami tertekan, saya dan anak-anak menjadi emotional punching bag untuk beliau. Saya sering disalahkan dalam semua hal, dituduh macam-macam perkara. Saya menanggung semuanya dan sejak beliau kehilangan sumber pendapatan sejak 3 tahun lalu, sikap beliau semakin teruk kepada saya dan anak-anak. Setiap kali suami mengalami krisis, saya dan anak-anak akan menjadi korban. Kali ini lebih teruk kerana nama saya bakal disenaraihitam kerana digunakan untuk pendaftaran syarikat oleh sebab suami telah bankrupt sebelum ini. Semua hutang-hutang yang dibuat oleh beliau adalah atas nama saya. Saya risau akan hilang pekerjaan jika disaman oleh pihak bank, duit simpanan saya dan anak-anak telah habis digunakan untuk membayar hutang, malah terpaksa meminjam kepada ibubapa dan kakak saya. Macam mana masa depan saya dan anak-anak jika ini berterusan kerana ini bukanlah pergaduhan kali pertama sehingga menyebabkan bercerai berai. Boleh dikatakan sudah menjadi pattern akan berlaku pergaduhan besar setiap 4-5 tahun. Semasa beliau masih bekerja (makan gaji), pergaduhan seperti ini turut berlaku kerana beliau sering merasa rendah diri, terhina, powerless dan sebagainya dan sering menyalahkan saya untuk segala masalah dan kesulitan beliau. Saya rasa sangat tertekan dengan keadaan seperti ini. Selama ini saya bersabar kerana sayangkan hubungan dan memikirkan masa depan anak-anak yang masih kecil, namun saya juga tidak mahu perkara yang sama berulang dan dipergunakan untuk kepentingan beliau. Anak-anak juga turut terkesan dalam situasi yang tidak sihat begini. 6. Suami juga pernah mengugut jika bercerai, saya tidak akan dapat berjumpa dengan anak-anak, malah dia akan membuat proses penceraian jadi sulit dan akan menyusahkan saya. Beliau juga pernah mengugut akan menyatakan saya tidak layak untuk mendapat hak penjagaan kerana emosi dan mental tidak stabil.

message user image

Soalan: Semasa perut saya 6 bulan saya diceraikan, keesokan hari suami cakap nak rujuk balik, selama dia ceraikan saya sehingga anak sekarang 7 bulan.. Kami belum bersama. Apakah status kami skrang?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai Zihar. Pada suatu petang, sewaktu isteri saya sedang memeriksa perutnya dan mengomel bahawa perutnya tidak lagi kelihatan seperti dahulu, saya secara spontan telah melafazkan ‘macam perut mama’ tanpa ada sebarang niat untuk bergurau atau melakukan Zihar. Setelah melafazkan perkataaan tersebut, saya terfikir adakah saya sudah melakukan Zihar dan terus beristigfar kepada Allah. Perkataaan ‘mama’ itu merujuk kepada ibu kandung saya. Adakah lafaz saya itu adalah lafaz soreh dan saya perlu melakukan kafarah zihar? Saya masih belum bersama dengan isteri saya selepas kejadian tersebut. Minta nasihat dari pihak tuan. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah terdapat iddah bagi seorang wanita yang baru peluk Islam, yang belum bercerai sivil dengan suami bukan Islamnya tapi sudah lama tidak hidup sebumbung serta mempunyai anak? Adakah wanita tersebut boleh terus kahwin lelaki Muslim selepas memeluk Islam tanpa bercerai dengan suami bukan Islamnya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya Ada mempunyai berapa soalan. 1. Apakah hukum seorang isteri keluar dari rumah tanpa pengetahuan suami. Tujuan dia keluar kerana ingin menghantar kawan utk pulang ke kampung di terengganu selama berapa hari. Dia tidak memberitahu suaminya langsung. Suaminya Hanya mengetahui setelah berapa Hari. Kemudian apabila dia tel. Isterinya, isterinya memberitahu tidak meminta izin Dr suami kerana takut suami Tak bagi. 2. Apakah hukum isteri selalu berbalas wassap dengan kawan (Tak pasti lelaki atau perempuan). Sedangkan dia blok wassap suami kerana Tak mahu suaminya mengetahui yg dia tgh online wassap. 3. Apakah hukum seorang isteri upload gambar dia dengan lelaki lain dlm Facebook. 4. Apakah hukum seorang isteri menyimpan gambar lelaki lain selain dari gambar suami dalam dompetnya. 5. Apakah yg harus dilakukan oleh suami setelah dia mendapati yg isterinya Ada melakukan perkara2 Kat atas. Suaminya masih sayangkan isterinya tetapi isterinya berterusan dengan perangai tersebut. Malah isterinya sanggup berhabis duit semata mata utk nampak cantik di mata lelaki lain selain suaminya. Isterinya sanggup mengadaikan rantai perkahwinan yg dihadiahkan oleh suaminya utk dptkan duit.

message user image

Soalan: Sekiranya suami berkata ekpada isteri, "jika engkau keluar rumah, maka jatuh talak" ieteri telah keluar rumah dan talak telah jatuh dan kedua-dua pasangan ini menyesali dan ingin rujuk, adakah perkahwinan mereka ini dibenarkan untuk ruju semula

message user image

Assalamualaikum.... saya ingin tahu : adakah jatuh hukum Zihar jika saya samakan anggota badan isteri dengan anak perempuan kandung, tp berlainan tempat , contoh : “lengan awak tembam sama dengan pipi baby” ... jika jatuh hukum : bagaimana saya perlu membayar kaffarah ?

message user image

Pertanyaan: assalammualaikum tumpang tanya .... jikalau saya lafaz takliq dekat isteri saya seperti demikian. "kalau kau keluar aku cerai kau" tapi isteri saya tidak melanggarnya lagi adakah boleh saya tarik balik takliq saya itu dan kalau tidak boleh bagai mana kami nak pergi hospital or klinik satu hari nanti...adakah sah dari segi takliq saya...dan kami ingin keluar untuk pergi ke klinik walaubagaimana pun kami tetap tunggu jawapannya

message user image

Soalan: Salam ustaz, Saya nak bertanya soalan mengenai zihar.Pada suaru hari suami saya bergurau dengan isaya sambil memegang rambut anak saya.Suami saya mengatakan rambut kerinting anak saya menyerupai bulu kemaluan isaya tapi niat beliau hanya bergurau.Mohon jawapan ustaz, kerana suami saya tiada niat yang serius.tkasih ustaz

message user image

Soalan: Assalamualaikum .tuan/puan sy Ada perkara nk minta penjelasan tuan /puan berkenaan masaalah rumah tangga .baru baru ni sy berkata kepada isteri dengan niat untuk menakutkan seandainya dia berpindah ke rumah lain tanpa izin sy akan jatuh talak satu ke atas nya .masaalah rumah tangga kami berpunca dari perasaan tidak puas Hati isteri Saya terhadap adik -beradik saya yg dh berlanjuatan sekian lama.yg jadi mangsa Saya tempat dia melepas kan emosi .dia sy dah Cuba nasihat kan tapi maaf lah Saya kata kan isteri Saya sememang nya Jeni's yang panas baran .dah berkali meminta cerai dari Saya...buat pengetahuan tuan/puan .isteri sy dah pun menyewa lain rumah tanpa pengetahuan Saya .anak sy pun merahsiakan hal ni dari saya..atas desakan Saya akhirnya anak Saya mengaku .yang ibunya telah menyewa lain kediaman.secara jujurnya Tak pernah terlintas dari hati Saya menceraikan isteri Saya .Saya beritahu Kat keluarga Saya agar lupakan hasrat untuk berpindah dan Tak kesah atas bayaran sewa rumah baru tu biarlah Tak dapat balik.tapi sebalik nya isteri Saya tetap dengan pendiriannya.buat pengetahuan tuan/puan kami dah berkhawin hampir 23 tahun .sy dah Cuba bahgiakan keluarga saya .atas apa yang Saya mampu .makan minum tempat tinggal (sewa ) pakaian kenderaan alhamdulillah ALLAH beri lebih dari cukup minta nasihat dari pihak tuan /puan apa yang perlu Saya. .Saya masih memerlukan keluarga .Saya .dan alhamdulillah masih mampu menanggung keluarga Saya ...

message user image

Soalan: Sekiranya si isteri meminta talaq contohnya: Isteri : ceraikan aku suami : pergi kau balik rumah mak bapak kau Isteri : cakap lah kalau aku keluar jatuh talaq Suami : pergi kau balik rumah mak bapak kau Soalan : 1 - Adakah jatuh talaq sekiranya isteri hanya keluar ke kedai dan masih lagi tak rujuk sesama sendiri sehingga keesokkan harinya. 2 - sekiranya isteri dan suami sudah berbaik akan tetapi tidak melakukan rujuk sesama sendiri dan isteri pulang ke rumah keluarga sendiri atas izin suami sekalipun tidak rujuk semula atas pertengkaran tersebut adakah talaq nya jatuh?

message user image

Soalan: assalamualaikum. saya dan pasangan saya telah terlanjur dan kami ingin berkahwin. saya mengandung 2bulan sekarang. tetapi ibu belah lelaki tidak mengizinkan dia berkahwin atas faktor usia. ibunya minta saya gugurkan budak ini dan buat taubat nasuha. saya buntu. saya tak mahu gugurkan. saya dan pasangan mahu besarkan budak ini. jadi psangan saya terpaksa buat keputusan untuk kahwin di belakang ibu dia. jadi dalam hal ni, adakah pasangan saya itu anak durhaka? kami cuma ingin betulkan kesilapan yang kami buat. minta penjelasan ya terima kasih

message user image

Soalan: SUAMI BURUK SANGKA TERHADAP ISTERI SELEPAS LIHAT KEADAAN PEJABAT YG KADANG-KADANG ADA PEKERJA LELAKI SEORANG SAHAJA DI RUANG PEJABAT DAN ISTERI SEBAGAI KETUA BERADA DI DALAM BILIK KECIL DI DALAM PEJABAT.PD WAKTU SUAMI DATANG KE PEJABAT. UNTUK MAKLUMAN TUAN, PEJABAT HANYA ADA SATU PEKERJA LELAKI DAN SATU PEREMPUAN. BILA STAF PEREMPUAN CUTI MAKA TINGGAL LE STAF LELAKI BERSAMA BOS PEREMPUAN IAITU ISTERINYA TETAPI ISTERINYA BERADA DI DLM BILIK SELAKU BOS TERUTAMA WAKTU LPS ZOHOR HINGGA WAKTU BALIK PEJABAT. DI WAKTU PAGI, ADA HINGGA TENGAH HARI ADA PEKERJA LAIN. MOHON RESPON. TK

message user image

Soalan: Assalam. Saya ada satu soalan. Saya dengan kakak saya adalah sama mak dan lain bapak. Bagaimanakah hubungan saya dengan anak kakak saya (anak sedara saya). Adakah perlu menjaga aurat? Sbb saya keliru, apabila saya melawat ke rumah kakak saya, anaknya disuruh pakai tudung kerana kena menjaga aurat apabila dengan saya. Mcm mana tu? Sila bantu. Satu keluarga sedang buntu

message user image

Soalan: Assalam ustaz Pertanyaan sya.. Bolehkah isteri mohon cerai kerana sikap suami yang suka layari laman lucah ? Untuk elakkan perangai ini menjadi ikutan kat anak. Adakah isteri jatuh berdosa kerana berasa jijik untuk bersama setelah tahu perbuatan itu. Trima kasih ustza atas pencerahan

message user image

Soalan: Saya baru 2 minggu akad nikah. Seperti yang dijanjikan pihak lelaki memberi RM 10k tunai pada mak ayah saya tapi mereka tidak mahu membuat kenduri kerana corona virus. Dan saya bertanya tentang wang hantaran tersebut. Tapi mak saya kata saya tiada hak langsung keatas wang hantaran tersebut.. Jadi, dalam situasi saya, siapa yang berhak menyimpan dan menguruskan wang hantaran tersebut? Adakah pengantin perempuan langsung tiada hak keatas wang tersebut?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya memounyai 3 adik beradik. saya yang bongsu.saya mempunyai 2 orang kakak. saya mengetahui yang 2 orang kakak saya bukan kakak kandung. kakak yang pertama adalah sepupu mak saya dan kakak yang kedua adalah anak buah mak saya (anak kakak kepada mak saya) namun kedua2 nya dibela sejak lahir oleh ibu bapa saya. saya pula tidak tahu status saya kerana ibu bapa saya tidak pernah cerita mengenai waktu saya lahir tetapi saya dijaga sejak saya lahir. semasa kecil juga saya sering diejek rakan sebaya yang saya anak angkat. untuk pengetahuan, kedua2 kakak saya tahu tentang status anak angkat mereka dan kakak yang sulung kini berumur awal 50an dan kakak kedua lewat 40an. manakala saya berumur 39tahun. Soalan saya ialah: 1). apakah hukum diantara saya dengan mak saya dan juga kakak-kakak saya? maksud saya dari segi aurat dan batas2 contohnya bersalaman. 2) Bagaimanakah caranya untuk saya tahu status sebenar saya samaada anak kandung atau anak angkat tanpa mengecilkan hati mak saya (arwah bapa sudah meninggal).

message user image

Soalan: SAYA MEMPUNYAI KEINGINAN NAFSU SEKSUAL YANG TINGGI SEHINGGA KADANG KALA MENJILAT DUBUR ISTERI..APAKAH HUKUM MENJILAT DUBUR ISTERI ATAU MENIKMATI SECARA SEKSUAL TANPA ADA PENEMBUSAN ZAKAR ATAU JARI

message user image

Soalan: Salam, sy nak tanya. Sy menonton drama bersama suami dan dalam drama tersebut suami nya melafazkan cerai kepada isterinya.jadi suami sy terus cakap dalam dialek kelantan"cerai slaluhhhh" Yang bermaksud "terus cerai" . Suami sy maksudkan dalam drama tersebut yg lelaki itu terus menceraikan isterinya. Adakah jatuh talak?

message user image

Soalan: Apakah hukum dan batas aurat di antara anak angkat lelaki dari sebelah suami yg berumur 18 tahun yang akan tinggal bersama kami sekeluarga dengan saya selaku ibu angkat kepada anak lelaki berkenaan di mana saye memiliki 2 orang anak perempuan yg berumur 8 dan 5 tahun

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Bapa saya telah lama sakit dan dijaga oleh abang saya dirumahnya. Emak saya juga menetap disitu tetapi emak saya akan berziarah ke rumah anak-anaknya yang lain sekiranya beliau merasa bosan. Kini bapa saya telah pun meninggal dunia dan emak saya telah menjalankan kewajiban iddahnya di rumah abang saya ini. Persoalannya, bolehkah emak saya pergi berziarah ke rumah anak-anaknya yang lain ketika dalam iddah ini?

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Adik saya lelaki telah meninggal 3 tahun yang lepas. Balu arwah akan berkahwin lain pada bulan Ogos 2020. Arwah mempunyai sebuah rumah sepencarian. Sewaktu di Mahkamah Syariah, hakim telah memohon supaya nama arwah diganti dengan ibu atau ayah. Tetapi balu arwah tidak mahu menggantikan nama arwah dengan nama ibu atau ayah arwah dan mengekalkan nama beliau seorang. Setelah berkahwin nanti, bolehkah ibu dan ayah saya datang ke rumah arwah seperti biasa? Atau bolehkah ibu dan ayah saya menuntut hak ke atas rumah tersebut? (sekiranya suami yang baru tidak benarkan kunjungan ke rumah tersebut)

message user image

Soalan: Sy dengar suami kata kalau awk menjerit, sy ceraikan awk. Tp bila sy tya suami, dia kata waktu tu dia dalam keadaan marah dan kata kalau awk mencarut, sy ceraikan awk. Jatuh ke talak bila sy dgr dia kata menjerit, dan sy terus menjerit.. sedangkan suami kata jika sy mencarut. Sy yakin sy cuma menjerit dan tidak mencarut.

message user image

Soalan: salam..sy ingin jawapan atas kemusykilan sy..baru baru ini suami sy ada mengatakan kepada seseorang yg dia telah menceraikan sy dan kami tidak lg tinggal sebumbung..dan disini sy ingin tahu adakah kata2 tersebut akan menyebabkn jatuh talak ke atas diri sy?

message user image

Dari hukum faraid setelah di bahagi harta pusaka , untuk tambah harta boleh kah seorang isteri menuntut harta sepencarian dari waris walaupun dia tidak pernah kerja dan tak pernah menyumbang pada perbelanjaan arwah suami untuk rumah dan kenderaan ? Terima kasih

message user image

Soalan: Apakah hukumnya bila isteri tidak buat puasa sunat yg di suruh oleh suami. Adakah isteri dikira nusyuk sebab tidak buat puasa sunat yg disuruh oleh suami seperti puasa sunat Isnin Khamis

message user image

Soalan: Jika isteri memberitahu pada suami hendak memfailkan tuntutan fasakh semasa bergaduh dan suami menjawab "boleh"....adalah talak sudah jatuh kepada isteri.

message user image

Soalan: Sy ada lafaz takliq berbunyi mcm ni klu kau call Dia(tidak sebut nama) jatuh talak 3..adakah sah takliq itu

message user image

Soalan: Pengantin perempuan seorang janda yg bmastautin di Pulau Pinang selama 15 thn ada 2 wali sedarjat. Dia memilih abg sulung sbgai wali yg tinggal di Sg Petani krn lebih alim dari wali keduanya. Wali sedarjat abg no 2 berada di Perlis tetapi wali enggan. Pengantin ingin memilih berkahwin di Thailand. Adakah sah pernikahannya sekiranya tmpt blgsgnya nikah tsebut kurg dr 2 marhalah dr wali kedua yg enggan? Tetapi lebih 2 marhalah dari wali abg sulung yg tinggal di Sg Petani.

message user image

Soalan: Malam semalam saya bersama isteri berjimak.. usai berjimak kami terus tidur.. nak dekat waktu azan subuh kami tersedar.. lalu kami berjimak sekali lagi.. selepas berjimak kami ingin mandi junub tetapi saya dapati isteri saya haid.. dan darah haid tuu ada sedikit kesan pada alat sulit saya.. apa hukum menurut islam? Demi Allah Yang Maha Melihat Dan Maha Mendengar.. saya tak tahu langsung isteri saya haid masa tuu.. dan isteri saya pun kata dia tak tahu.. saya tidak melihat terus ke alat sulit isteri saya.. lalu kami berjimak..

message user image

Soalan: Boleh kah akad nikah di lakukan oleh abang sulung pihak perempuan selain dari bapa pihak perempuan atas sebab bapa pihak perempuan sakit.

message user image

Soalan: Isteri bekerja: 1. Adakah pendapatan isteri boleh di ambil suami atas alasan bekerja ingin meringankan beban suami 2. Bagaimana isteri yang mengeluh kepenatan bekerja dan tidak mampu menjalankan tanggungjawab rumahtangga sedangkan suami tidak menuntut untuk isteri itu bekerja. 3. Apakah tuntutan sebenar hak2 suami isteri yang sama2 bekerja?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Ustaz, Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan status lafaz cerai. Tempoh hari saya telah bergaduh dengan isteri kerana isteri enggan membawa bersama anak kami yang masih kecil untuk pulang ke kampung saya. Saya berasa kesal dan marah kerana anak kami tersebut masih belum ditemukan dangan bapa saya di kampung dan dalam kemarahan tersebut saya telah mengeluarkan kata kata yang berbunyi lebih kurang 'kalau sampai ayah aku tak sempat jumpa cucunya nanti aku cerai kau'. Maksud saya dalam lafaz berkenaan adalah kalau ayah saya ditakdirkan meninggal 1 hari nanti tanpa sempat berjumpa anak kami, saya akan ceraikan isteri saya. Soalan saya, jatuhkah talak disebabkan saya lafazkan kata kata tersebut? Mohon pihak tuan agar dapat menjawab kekeliruan saya ini.

message user image

Soalan: Assalammualaikum, saya ingin tanya adakah jatuh talak jika katakanla ada seorang budak remaja umur 13-14 main main bergurau sewaktu sembang sebut "kalau nanti aku kahwin, isteri aku dah tak cantik lepas 5 tahun, aku cerai talak 3". Walaupun ternyata budak remaja ni belum berkahwin tapi adakah akan jatuh talak lepas dia berkahwin satu hari nanti?

message user image

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya kalau anak luar nikah tidak boleh di walikan dengan bapa kandungnya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tn/pn sy Ada pertanyaan .baru baru ni saya Dan isteri bercerai talak satu .boleh ke dalam tempoh iddah Saya rujuk balik dengan isteri ..perlu ke Saya dengan isteri .bernikah semula atau cukup .dengan ucapan jelas rujuk .semula kepada isteri.. terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sikit persoalan agama nk tanya. Kakak saya baru saja kehilangan suami pada Sabtu lepas. Arwah ada 4 org anak, 2 laki dan 2 perempuan. Masing2 umur 10(P), 8(L), 4(L) dan 2(P)...senang cerita semua belum baligh lagila. Jadi saya ada sikit kemusykilan berhubung dengan kewajiban/tanggungjawab ke atas kakak saya dan anak2 arwah. Sebelum tu, ni sedikit info berkaitan. Info bagi kakak saya: a. Bapa (meninggal) b. Ibu (masih hidup) c. Datuk sebelah bapa (meninggal) d. 1 x abang, 2 x adik lelaki seibu sebapa (masih hidup) Nota: Kakak merupakan seorang kakitangan kerajaan dan masih menerima gaji bulanan Info bagi anak2 arwah: a. Bapa (meninggal) b. Ibu (masih hidup) c. Datuk sebelah bapa (meninggal) d. Nenek sebelah bapa (masih hidup) e. Bapa saudara sebelah Bapa (7 orang masih hidup) Soalan: 1. Bagi urusan zakat fitrah, siapa yang wajib membayar zakat fitrah untuk kakak saya dan anak2 arwah? 2. Siapakah wali kepada kakak saya dan anak perempuan arwah? 3. Kakak saya menerima nafkah dari suaminya ketika masih hidup. Bagi situasi sekarang, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada kakak saya untuk meneruskan kelangsungan hidup?

message user image

Soalan: Adakah jatuh talak sekiranya seorg suami mencadangkan kpd isterinya utk mereka berpisah (bercerai) utk tempoh beberapa bulan dan akan rujuk semula bila tiba masa yg sesuai.

message user image

Soalan: Salam Sejahtera.. Saya ingin menanya, bapa saya sudah meninggal dalam keadaan Islam. Manakala isteri ayah yang pertama serta anak² perempuannya belum memeluk Islam. Adakah secara automatik isteri pertama ayah sudah diceraikan kerana dia bukan islam?

message user image

Soalan: Soalan: Assalamualaikum.. saya & suami ade bergaduh sebab suami saya layan porn. Lepas tu saya minta suami berjanji & lafaz kan begini Kalau abang buat lagi, jatuh talak satu ke atas sayang. Suami ikut lafaz secara lisan. Selepas itu, saya pun remind suami di dalam whatsapp tentang apa yang dilafazkan. Begini di dalam whatsapp ✔️ Done lafaz kalau abg buat lagi (tengok porn, video & gambar dgn sengaja) jatuh talak 1 kt syg. Dan suami reply : Kalau abang buat lagi (tengok porn, video & gambar dengan sengaja) jatuh talak satu ke atas sayang. Video & gambar yg dimaksudkan adalah video & gambar porn. Baru-baru ini saya telah menyatakan kerisauan kepada suami. Takut talak jatuh dua. Jadi saya berkata, "takut jatuh dua'. Suami saya yg tidak paham kenapa tiba2 saya kata jatuh dua, terus bertanya "jatuh dua?" Dan saya berkata saya bertanya tentang lafaz sebelum ini. Suami pun "ooh. Abang blur, pagi-pagi ni mengantuk". Dan selepas itu kami berbincang didalam whatsapp. Suami kata tidak paham kenapa saya kata jatuh dua. Ayat suami begini: "Jatuh dua kali tu maksud sayang macam mana? Kalau abang tengok, jatuh sekali. Lepastu nikah tengok lagi, jatuh lagi sekali. Selepas itu kalau nikah balik, baru clear? Macam tu?" Begitulah ayat suami didalam whatsapp. Soalan saya disini sekiranya suami melayan kembali video dan gambar lucah dengan sengaja, adakah jatuh talak 3 ke atas saya? Kerana yg kali pertama adalah lisan, kali kedua beberapa jam selepas lafaz lisan, iaitu didalam whatsapp untuk mengiyakan ayat "done lafaz..." yang saya remind didalam whatsapp. Ayat adalah seperti saya tulis diatas. Manakala kali ketiga ialah selepas sebulan kami berbincang semula tentang ini, tentang kerisauan saya jatuh talak 2, suami taip ayat dalam soalan seperti ayat diatas. Harap pihak tuan dapat jawab kemusykilan ini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ada pertanyaan tentang cerai. Kisahnya begini, isteri saya bertanya kepada saya tajuk cerita drama kat saya. Kemudian saya memberikan tajuk cerita itu adalah “i’m not your husband” dengan nada bergurau. tapi tajuk yang betul adalah “i’m not a robot”. Adakah dengan ini terjatuh nya cerai?

message user image

Soalan: suami sy mentaklik kan sy dengan lafaz " sekali lagi abg tipu, abg ceraikan syg " waktu tu sy sdg mengandungkan anak sulung kami 2019.. kejadian terjadi kerana sy mendapati suami sy menipu sy bergegas nak pulang ke kuala lumpur sebab tugasan.. tapi sebenarnya nak ke perak nak jalan2 dengan kawan2.. sedang sy sarat mengandung dan kami Pjj.. soalan saya : - adakah lafaz taklik masih berjalan seprti biasa sehingga kini ? - adakah sy masih bergelar isteri ? kerana kerap kali dah suami sy menipu meskipun hal remeh2 temeh..

message user image

Soalan: semasa bergaduh dengan isteri, saya cakap "tak boleh dah kita ni" maksudnya saya dengan isteri sudah tak boleh teruskan lagi. adakah jatuh talak dengan ucapan begitu?

message user image

Soalan: Saya ingin bertanya tentang urusan iddah wanita yang kematian suaminya. Atas faktor keselamatan dan kesihatan wanita tersebut perlu menjalani iddah di rumah anaknya yang jaraknya 500 meter dari rumah asal wanita tersebut. Soalannya, bolehkah pada hari hari tertentu (hujung minggu), ibu tersebut dibawa ke rumah asalnya untuk seketika kerana menerima lawatan anak anaknya yang pulang dari luar daerah, dan kembali di bawa ke rumah anaknya untuk menyambung proses iddah.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Saya telah berkahwin dengan gadis A dan sebelum berkahwin saya telah terlanjur dengan Gadis B. Gadis B tersebut hamil dan lahirkan anak tetapi saya hanya mengetahui hal ini selepas berkahwin dengan gadis A. Apakah yang saya perlu buat? Macam mana boleh betul kan keadaan ini, saya hanya mampu bertaubat atas segala kesalahan saya. Tetapi saya ingin tahu adakah wajib bagi saya untuk berkahwin dengan gadis B? Sebab kami tidak pernah bercinta and saya tiada niat untuk berkahwin dengan gadis B begitu dengan gadis B, dia tidak mahu berkahwin dengan saya and dia masih lagi bujang. Mohon , harap dapat membantu.

message user image

Soalan: Assalamualaikum...sy ada kemusykilan mengenai talak.. jika semasa marah, seseorang isteri bertanya kepada suami berkenaan "awak nak ceraikan saya atau tidak" dan suami menjawab "aah" dalam keadaan terlepas cakap dan tidak sengaja jadi adakah telah jatuh talak? Saya perlukan jawapan sama ada suami berniat atau tidak.

message user image

Soalan: suami ada bertaklik utk tidak berjumpa dgn scandal nya sebagai syarat utk sy menarik balik permohonan fasakh di mahkahmah lafaz taklik tersebut hanya bersaksikn saya seorang adakah jatuh talak jika dia melanggar taklik tersebut wlpn tiada saksi

message user image

Soalan: saya ingin bertanya adakah perlu pasangan ( wanita hamil luar nikah y ketika usia kandungannya 6 bulan berkahwin setelah hamil dengan pasangan terbabit) berkahwin semula dengan pasangan itu, setelah lahirnya anak tersebut? kerana ada pendapat menyuruh berkahwin semula setelah lahirnya ank tidak saf taraf tersebut..

message user image

Soalan: Assalammualaikum, Saya ingin bertanya..adakah jatuh talak jika suami berkata begini, "Klau dh xske b leh kata ape..slesai cra elok la" "Cm mna b ambil ayg ..cm tu la b pulangkn nnti" Mohon pencerahan.Terima Kasih.

message user image

Pertanyaan: Assalammualaikum ustaz Untuk makluman ustaz...anak prerempuan kami 2 orang kan melangsungkan perlahwinan dlm bulan november ini. Suami saya sebagai ayah kpd anak saya ingin menjadi wali nikah kpd anak2 kami. Masalah yg saya menjadi khuatir adakah boleh suami saya menjadi wali nikah kpd anak2 saya sedangkan saya tahu bahawa suami saya ada bermain judi ekor dan toto haram .. Saya sangat2 berharap ustaz dapat memberi balasan atas kekhuatiran ni sebab ia melibatkan masa depan dan kebahagian rumah tangga anak2 saya. Terima kasih

message user image

Soalan: assalamualaikum , sy nk tnya , adakah jatuh talak , jika seorang suami berkata " kau yg nk kan , ok dah cerai dah "

message user image

Soalan: Jika suami lafazjan cerai selepas diprovok isteri, dalam keadaan marah, dan tiada seorang saksi pun yg ada melainkan isteri ditempat kejadian, kemudian si isteri yang panik pergi memberitahu tentang perkara tersebut kepada seseorang, adakah talak tersebut jatuh, terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah, Saya nak tanya.. Kalau saya mengandung anak luar nikah usia dalam 8 minggu dan bernikah.. Tetapi janin dalam rahim saya tidak bernyawa nak dikatakan dah mati. Adakah pernikahan kami sah?

message user image

Soalan: Soalan 1 Saya sudah berumahtangga 17 tahun,pada tahun ke 2(ketika iti isteri saya tengah mengandung anak kedua) pernikahan saya pernah bergaduh dan seingat saya,terlepas cakap "SUSAH SANGAT AKU CERAI LA" pada ketika itu saya rujuk mereka yg lebih dewasa dan mereka kata tidak jatuh talak. Waktu itu saya berusia 23 tahun,tapi kini bila saya berusia 40 tahun,perkara tersebut menyebabkan saya sering was-was dan sangat menggangu fikiran saya. Apa yang patut saya lakukan tuan? Soalan 2 Adakah solat berjemaah saya diterima sekiranya imam mempunyai tatu/cacah dibadan sedangkan ada lagi orang yang layak jadi imam dan tidak mempunyai tatu.Ketika itu sya ditahan reman dipenjara.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Ustaz/ Ustazah, saya nak bertanya perihal isteri yang kematian suami. Boleh ke isteri yang dalam iddah balik ke kampung halaman (rumah peninggalan arwah suami)? Arwah ayah baru meninggal awal Ogos lepas, dan mak saya skrg tinggal bersama kakak saya di Putrajaya, rumah pusara yang ayah tinggalkan di Negeri Sembilan. Boleh ke mak mengikuti kami balik ke kampung, atas alasan untuk menjenguk rumah peninggalan arwah? Terima kasih.

message user image

Soalan: Berkenaan dengan nikah kawin. Saya dan isteri ada bertengkar masa bertengkar saya sebagai suami ada lafazkan "sekiranya awk hina mak dan keluarga saya sekali lagi jatuh talak" Dlm pertengkaran yg sama selepas itu isteri saya dgn jelas masih hina mak dan keluarga saya. Persoalan sy adalah. Apakah jatuh talak sekiranya saya dan isteri bertindak dlm keadaan marah? Dan apa yg perlu saya dan isteri sy lakukan?

message user image

Soalan: Apabila ketika bergaduh tiba2 suami berkata "kalau nak bercerai saya boleh bagi. Sekarang pun boleh." Adakah jatuh talak?

message user image

Soalan: Asalamualaikum.. Saya nak bertanya, apakah yang perlu di lakukan oleh ibu atau bapa sekiranya ingin mengahwinkan anak perempuan (anak yang telah di kandungkan selama 6 bulan, kemudian baru ibu dan bapanye berkahwin / bermaksud ank luar nikah)? Adakah bapa nya boleh menjadi wali kepada anak perempuan tersebut? Boleh tuan beri cadangan kepada saya untuk mnguruskan cara pernikahan tersebut ikut prosedur agama islam.. Terima kasih..

message user image

Soalan: Salam. Saya nak tanya tentang situasi seperi berikut. Ayah saya punyai dua orang isteri. ISTERI 1 ada anak lelaki & ISTERI 2 ada anak lelaki dan wanita. Kemudian, ayah saya ambil anak angkat perempuan menetap bersama ISTERI 1 dan ISTERI 2 menyusukan bayi itu (cukup syarat jadi anak susuan). Soalan saya, apakah hukum anak lelaki ISTERI 1 dan anak susuan ISTERI 2? Adakah muhrim atau tidak dan bolehkah anak lelaki ISTERI 2 menjadi wali nikah kepada anak susuan ini. Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum..Saya terbaca kenyataan pada laman web dibawah: http://www.yadim.com.my/v2/soal-jawab/perkahwinan-anak-luar-nikah/ "Jika anak luar nikah itu memang betul berasal dari lelaki yg kemudiannya bernikah dgn perempuan yg dizinainya dan kemudian anak itu lahir selepas 6 bulan atau lebih dari tarikh nikah, maka statusnya sama seperti anak yg lain selepas itu. Ia dianggap anaknya yg sah dan merupakan anak sulung kpd pasangan itu. Ia tidak termasuk anak luar nikah." Soalan saya adakah ini betul? Anak zina tersebut adalah anak sah taraf walaupun lahir selepas 6 bulan dari tarikh nikah pasangan berzina tersebut?

message user image

Assalamualaikum Ustaz, 

Seperti penama di atas saya mempunyai soalan berkait talak.Baru-baru ini saya dan suami telah bergaduh dan di dalam pesanan ringkas whatsapp suami telah memberi amaran jika berlaku lagi kesalahan yang sama maka dia akan kabulkan hajat saya untuk tidak bersuami lagi.Soalan saya apakah talak telah jatuh dalam keadaan seperti ini? Jika tidak, apakah talak itu akan jatuh secara automatik sekiranya kesalahan yang sama berulang lagi selepas ini?

Mohon pencerahan.Sekian,terima kasih.

message user image

Assalammualaikum w.b.t

Disini ingin saya mengajukan persoalan mengenai seorang hamba Allah(kawan).Soalannya ialah beliau dengan pasangan telah bercinta dalam bahasa mudahnya belum ada apa2 ikatan sah sebagai suami isteri lebih kurang 7 tahun,dalam jangka masa itu beliau telah melakukan lebih daripada 1 kali penzinaan.Dan sekarang beliau telah menyesal akan perbuatan tersebut.Perlukah beliau sebagai seorang lelaki meninggalkan perempuan tersebut untuk memperbetulkan diri kearah y lebih baik,walaupun perempuan tersebut masih menyayangi beliau?Apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini?

message user image

Assalammualaikum

Saya telah bernikah 2 kali dan sekrg masih dalam status pernikahan dengan suami kedua. Hasil pernikahan pertama saya dikurniakan 3 org anak 2 lelaki & seorg perempuan manakala pernikahan ke 2 seorg anak perempuan berusia 9 bulan. Bapa kandung 3 org anak saya masih hidup dan sepjg perceraian tiada nafkah diberikan ke atas anak2, hak hadhanah adalah atas saya utk 3 org tersebut dan bekas suami ada mengambil anak2 apabila perlu. Sebelum bernikah utk kali kedua, saya sudah menerangkan status saya & anak2 kepada bakal suami ketika itu dan menetapkan syarat bahawa jika ingin menikahi saya perlu juga menerima anak2 saya & beliau telah bersetuju dengan syarat tersebut. Suami juga mempunyai anak perempuan dr hasil pernikahan pertama. Soalan saya disini:

1. Suami tidak mahu menerima anak2 tirinya dan meminta saya memberikan hak kepada bapa kandung mereka & saya tidak mahu. Apakah hukumnya?

2. Suami ada beberapa kali menyatakan mahu bercerai tetapi dengan syarat dia tidak akan menuntut hak sepencarian dengan saya tetapi hendak hak hadhanah anak perempuan kami 9 bulan. 

3. Anak2 saya yg 3 org tu seperti jauh hati dengan bapak tiri mereka & saya. Saya masih ingin menjaga mereka. Mereka ada menyatakan bahawa ingin duduk dengan saya tapi bukan sekali dgn bapa tiri mereka. Percakapan dan bahasa bapa tiri mereka juga agak kasar dengan anak sendiri, saya & anak tirinya.

4. Adakah anak lelaki saya boleh menikahkan adik perempuannya yang berlainan bapa? Apakah hukum aurat di antara mereka.

 

Apa yang harus saya lakukan? Saya sudah lakukan solat istiharah, tahajud & doa kepada Allah tapi masih tidak menemukan jawapannya.

message user image

Assalamualaikum

Adakah rujuk sah sekiranya isteri tidak pernah disetubuhi?

message user image

Assalamualaikum warahmatullah. 

Saya ingin bertanyakan status persyaratan yang dikeluarkan oleh seorang suami setelah rujuk dengan si isteri.

Untuk pengtahuan tuan, pasangan telah bercerai talaq 1 dan bersetuju rujuk semula pada hari yang sama. Namun setelah beberapa waktu, si suami menghantar kiriman nota melalui "whatsapp" yang  berjudul "Terma & syarat yang kamu harus ikut sebagai isteri saya"

Soalan saya, adalah terma & syarat tersebut dikira sebagai takliq tambahan? 

Barakallahufik

Terima kasih

message user image

Soalan: Suami saya seorang yang panas baran baru-baru Ini kami bergaduh dan dia berkata jatuh talak jika saya Telefon ibu saya soalannya Adakah saya tidak boleh Telefon ibu saya selama-lamanya kerana bimbang jatuh talak ataupun maksud dia hanya pada waktu itu sahaja Saya sangat susah hati dan menderita kerana situasi Ini kami juga sering bergaduh dan rumahtangga kami tidak aman dan tenteram saya tidak boleh mengadu kepada keluarga saya kerana ibu saya sakit jantung yang dapat saya juga sudah tua Saya sangat penat dan menderita menghadapi situasi ini

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. 1) Sekiranya suami mempunyai lintasan fikiran contohnya, 'Sekiranya isteri ku berhubung dengan bekas tunang maka jatuh talak' namun sang suami tidak melafazkannya dan isteri melakukannya, adalah dikira jatuh talak? 2) Adakah lintasan di dalam fikiran dan hati menceraikan isteri dikira jatuhnya talak?

message user image

Soalan: 1.semasa bergaduh suami berkata sedemikian ' jika berhubung lagi org tu jatuh talak satu" adakah jatuh talak taklik jika sya berhubung dengan org tu selepas suami tarik balik lafaz taklik tersebut 2. Setelah mndapat rawatan islam kmi di beritahu telah terkena sihir pemisah...pernah semasa bergaduh bersama suami saya ada bertanya pada suami ' betul ke nak bercerai " dan suami jawab "ya" dlm keadaan marah hngga hilang kawalan disebabkn sihir ni...sedangkn dia x berniat apa2 dan tidak ingat masa kejadian ..adakah jatuh talak pada sy..?

message user image

Soalan: as salam.. adakah perlu seorang ayah yang telah mengabaikan tanggungjawab terhadap istri dan anak ketika anak berusia 3 bulan untuk memberi nafkah setelah 20 tahun terpisah? kali terakhir suami memberi nafkah ketika anak berusia 3 tahun dan bapa mertuanya pula telah bepesan pada suami.. "tak payah la susah payah bagi nafkah.. kami pandai la besarkan anak ne sendiri." sejak itu tanggungjwb untuk bagi nafkah tidak di endah oleh si ayah td.. bapa mertua si suami tidak menyukai suami tersebut kerana si anak tadi telah mengandung sebelum berkahwin.. dan pada kandungan 3 bulan baru mereka berkahwin..

message user image

Soalan: Assalamualaikum, adakah jatuh hukum talaq sekiranya suami menyatakan seperti berikut “menyesal aku berkahwin dengan kau, lebih baik aku berkahwin dengan xxx (perempuan lain yang tiada pertalian darah dgn suami)”

message user image

Soalan: Adakah jatuh talak sekiranya suami mengatakan 1) macam ni la, tak guna kalau awak duduk dengan saya kalau awak masih tak percaya pada saya 2) saya doakan awak dapat berjumpa dengan orang Yang lebih baik Dan patuh pada awak. Adakah jatuh talak dengan ayat suami begini.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Isteri saya terkena minyak pengasih Di penghujung tahun 2016 n pada hujung tahun tersebut dia ter Amat suka n ter Amat sayang pada lelaki yg sapa minyak pengasih tuh sehingga lakukan zina sehingga bulan 11 2019 tanpa pengetahuan saya. Persoalannya 1) adalah isteri saya jatuh hukumnya berzina? 2) adalah saya jatuh hukum dayus? Saya tak tau perkara tersebut terjadi? 3) adalah jatuh hukum dayus bila saya dah mengetahui? Saya cuma menasihat jangan ulangi n saya suruh taubat nasuha

message user image

Soalan: assalammualaikum, ustaz saya nak tnya..sya gaduh dengan suami..gaduh besar..saya paksa dia ceraikan saya..saya paksa walau pun dia tengah makan saya baling dia bantal..sbb saya terlalu marah..hingga saya sebut hal arwah mak dia..saya paksa sehingga la dia lafaz talak kepada saya..saya tahu saya berdosa..sya mengaku silap saya yg tak boleh mengawal marah hingga memaksa dia untuk lafazkan talak pada saya..jadi adakah talak itu sah ustaz?? terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Apa hukumnya seorang suami mengambil sebahagian duit mas kahwin isterinya secara senyap2 tanpa pengetahuan isterinya? Sehingga kini, suami masih belum menggantinya semula. Apakah status pernikahan kami tergugat kerana mas kahwin adalah wajib dan disebut semasa aqad. Mohon pencerahan.

message user image

Soalan: Assalammualaikum ustaz. saya nk bertanya..mengenai anak luar nikah..kawan saya telah terlanjur bersama seorang lelaki..dan dia mnyedari kandungan nya sudah 5 bulan..tetapi dalam masa itu..dia tidak berhubung lagi dengan lelaki tersebut..dia bersama lelaki yang lain..dan lelaki yang baru ini..mahu bertanggungjawab dan menerima kawan saya seadanya...mereka telah pun dinikahkan..Apakah hukum bagi ank luar nikah itu jika bayi itu perempuan dari segi aurat..kalau di bintikan dan semua yg berkaitan lah dengan bukan bapa kandungnya..bukan bapa biologinya?

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Apakah syarat / keadaan yang membolehkan Seorang perempuan yang sedang iddah (kematian suami) bermalam di rumah mak dia.

message user image

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Saya merupakan seorang warganegara Malaysia dan berkahwin dengan suami yang merupakan bukan warganegara Malaysia. Saya menetap di negara beliau selepas berkahwin. Sebelum berkahwin, saya telah berterus-terang akan keadaan kesihatan saya. Saya mempunyai kemurungan dan menerima rawatan psikiatri atas sebab tersebut. Beliau menyatakan kesudian menerima keadaan diri saya dan atas sebab itu juga, saya bersetuju untuk berkahwin. Sepanjang tempoh perkahwinan, keadaan kesihatan mental dan psikologi saya agak terjejas disebabkan beberapa faktor. Saya meminta izin untuk mendapatkan rawatan psikiatri di hospital negara beliau namun tidak dibenarkan atas alasan bimbang aibnya akan terbuka. Beliau bimbang akan penerimaan orang sekeliling dan sekiranya ada yang mengenali dirinya serta keluarga. Sejujurnya, saya sangat kecewa. Soalan saya: 1.Didalam situasi sebegini, adakah saya berdosa sekiranya saya meneruskan juga rawatan tanpa keizinan dan pengetahuan beliau? 2. Didalam situasi ini juga, apakah yang sepatutnya diutamakan - Menurut perintah suami atas sebab menutup aib meskipun kesihatan semakin terjejas ATAU mengutamakan kesihatan diri sendiri? 3. Berdosakah saya sekiranya saya meminta untuk diceraikan kerana faktor kesihatan mental yang terjejas dan merosot disebabkan kurang kefahaman dan sokongan dari suami?

message user image

Soalan: Jatuhkah talak jika suami berkata: 1)Kalau aku ceraikan kau,kau dapat kahwin dengan lelaki yang musibat pun tak selesai masalah juga. 2)Aku ceraikan kau tak selesai masalah pun. 3)Kalau bercerai tu pilihan terbaik dah lama aku ceraikan kau tapi kita ni ada ank2 kecil cerai bukan pilihan terbaik.

message user image

Soalan: Assalamaualaikum dan selamat sejahtera, Saya ingin bertanyakan beberapa soalan tentang hukum. Pada peringkat usia 20 - 35 tahun adalah jangka masa sangat baik dan penting bagi kaum wanita yang kelihatan cantik atas menjaga penampilan diri dari ciri faktor bersekolah diperingkat universiti, berkerja mahupun ingin meningkatkan kecantikan pada diri untuk mendirikan rumahtangga. soalan yang saya ingin bertanya adalah:- 1. Apakah hukum seseorang wanita sama ada sudah berkahwin ataupun masih bujang yang mempamerkan gambar dirinya pada umum di sosial-media seperti facebook, instagram dan sebagainya terutamanya wanita yang berpakaian labuh dan longgar? 2. Apakah hukum seseorang wanita yang sudah menutup auratnya dengan sempurna dengan memakai purdah, niqab dan burqa tetapi berhias pada mata seperti memakai contact lens (kanta lekap) berwarna, memakai celak mata, adakah ia termasuk pada sifat tabarruj? 3. Apakah hukum seorang wanita memakai cincin pada jari telunjuk? Berdasarkan soalan yang saya tujukan adalah merujuk pada pandangan saya yang merasakan hairan dan sangat musykil pada pengedaran zaman dengan teknologi yang serba canggih, saya melihat terlalu ramai kaum wanita yang menutup auratnya dengan sempurna, yang memakai purdah dan sebagainya, memuat naik gambarnya di media sosial sehinggakan ramai ajnabi memuji. Tidaklah saya iri hati pada kecantikan kaum wanita yang lain kerana Allah SWT telah mencipta setiap hambaNya dengan kecantikan yang tersendiri, bagi saya, sepatutnya mereka yang menutup aurat dengan sempurna ini ada sifat rasa malu dalam diri mereka dengan hanya bercantik pada suami mereka. Saya rasa sangat sedih, malu dan marah dalam diri dengan menyatakan mengapa mereka tidak simpan kecantikan mereka hanya untuk orang yang halal bagi mereka, adakah mereka ketagihkan kepujian? maafkan saya jika apa yang saya katakan ini jauh tersasar dari hukum yang betul. Saya mengharapkan pencerahan dari pihak tuan, supaya dapat memperbetulkan pandangan saya dan dapat saya menambah dan mempertingkatkan lagi pengetahuan ilmu agama islam.

message user image

Soalan: Saya telah berkahwin dgn seorang wanita yang telah ditinggalkan suaminya yg terdahulu selepas suaminya terdahulu meninggalkannya tanpa beri nafkah zahir dan batin selama hampir 3 tahun.Akan tetapi isteri saya tidak memohon cerai taklik di mahkamah syariah kerana perkahwinan mereka sebelum ini tidak pernah didaftarkan dan untuk pengetahuan tuan saya bernikah dengannya ketika dia masih status bujang oleh sebab perkahwinan sebelum ini yg tidak pernah didaftarkan. Soalan pertama, adakah sah perkahwinan saya dengan isteri sekarang dan jika ada anak bagaimana statusnya?Mohon pencerahan.Terima kasih

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada 2 soalan yang ingin bertanya berkenaan hukum nikah kahwin. Soalan yang pertama. Saya dan isteri telah bercerai. Semasa proses penceraian dan menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah syariah, saya telah memujuk bekas isteri untuk memberi saya peluang dan membatalkan penceraian. Saya melafazkan yang saya akan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami sebaiknya sekiranya dia bersetujuk untuk membatalkan penceraian dan memberi saya peluang. Dalam lafaz juga, untuk meyakinkan dia, saya telah menyatakan yang saya akan menceraikan dia dengan talak 3 selepas ini sekiranya peluang yang dia beri kali ini saya gagal juga untuk memikul tanggungjawab. Semasa tempoh iddah, saya cuba untuk merujuk kembali bekas isteri tetapi dia risau tentang lafaz talak 3 saya itu. Soalan saya, sekarang kami telah bercerai, dan sekiranya kami bernikah semula adakah lafaz tu masih sah atau terbatal kerana kami sudah bercerai ?Soalan kedua. Semasa tempoh iddah bekas isteri, saya beberapa kali memujuk dia untuk rujuk. Kerana dia tidak setuju saya tidak memaksa dia dan memberi dia masa. Pada 1 hari, kerana terlalu sayangkan dia dan anak. Saya telah menemui dia dan menyatakan hasrat saya untuk rujuk kembali. Berlaku pertingkaran antara kami, dan saya telah melafazkan " xxxx ( nama bekas isteri ) , saya rujuk awak menjadi isteri saya " dan dia membalas aku tidak terima.

message user image

Soalan: Ibu saya anak tidak sah taraf berkahwin dengan bapa saya berwalikan datuk saya. Adakah saya boleh berkahwin dengan pasangan saya berwalikan bapa saya.

message user image

Soalan:Assalam tuan/puan Situasi..Seorang isteri telah terlanjur bersama lelaki lain sehingga melahirkan 3 org anak.Sejak menjalinkan hubungan bersama lelaki lain isteri Sudah tidak bersekedudukan dgn suami pertama.Setelah anak ketiga lahir baru bercerai secara sah di mhkamah. Saya ingin bertanya kan dua soalan: 1: Apakah hukum 3 orang anak luar nikah itu dibin dan dibinti menggunakan nama suami yang pertama? (bukan ayah mereka) Situasi 2 Beberapa tahun kemudian Bekas suami pertama sudah meninggal..2. Apakah hukum jika menipu orang mengatakan anak itu anak yatim walaupon sebenarnya bapa kandung nya hidup lagi ? Harap dapat penjelasan tepat.

message user image

Soalan: Anak saya telah melafazkan Takliq dengan menyatakan KALAU DIA PERGI MEMANCING LAGI AKAN JATUH TALAK 3 kepada ibunya dalam keadaan marah dan bagi memuaskan hati ibunya yang dia tidak akan pergi memancing lagi. Semasa kejadian isterinya turut berada ditempat kejadian. Mohon pandangan ustaz. 1. Semasa kejadian suami dalam keadaan marah. 2. Suami sememangnya tidak berniat untuk menceraikan isterinya sekadar memuaskan hati ibunya yang sering berleter memarahinya pergi memancing. 3. Sah atau tidak sah lafaz taklik tu. 4. Sekiranya sah dan suami telah melanggar syarat takliq tersebut adakah akan jatuh talak Tiga atau Talak Satu.

message user image

Soalan: Assalamulaikum. 1) Adadakah jatuh talak kalau suami menulis di kertas dan lafazkan seorang cth " Aku ceraikan kau talak 1 "tanpa sebarang saksi yg mendengarnya 2) Selepas lafaz tersebut , suami menyesal dan lafaz rujuk seorang diri " aku rujuk balik" tanpa sebarang saksi yg mendengarnya .. adakah sah rujuk tersebut? Kedua situasi di atas berlaku seorang diri sahaja ...tanpa isteri dan org ketiga mendengar lafaz tersebut

message user image

Assalamualaikum.. saya ada pertanyaan berkaitan hal rujuk.. Ada lafaz khusus ke bagi proses rujuk itu berlaku? Dan sekiranya suami memang berniat untuk rujuk dan melafazkan ayat lebih kurang berbunyi begini "kita rujuk sebab masih dalam iddah, macam mana? Jika tidak iddah tamat perlu akad yg baru" Adakah ini dikira berlakunya proses rujuk atau bagaimana? Mohon pencerahan..

message user image

Assalamualaikum wbt. Saya ada persoalan persoalan Penting yg perlu penjelasan Segera dari pihak Tuan. Seorang Anak Tidak Sah Taraf itu : 1. Adakah beliau perlu Hormat dan Taat kpd ayah biologi nya ? 2. Apakah bentuk hubungan yg disarankan Islam dgn ayah biologi si anak ? 3. Adakah beliau perlu bersilaturrahim dgn keluarga sebelah ayah nya spt ibu saudara, sepupu dan sebagainya ? Apakah bentuk hubungan yg disarankan Islam ? 4. Adakah istilah itu 'Silaturrahim' relevan buat si anak dan keluarga ayah ?  5. Jika tidak bersilaturrahim dgn keluarga ayah nya adakah jatuh berdosa ? 6. Jika beliau anak sulung, Apakah bentuk hubungan yg disarankan dgn adik beradik seibu sebapanya ? Adakah istilah silaturrahim juga terpakai dgn adik beradik nya ?

message user image

Soalan: Assalammualaikum wbt....Bagaimana anak perempuan yang di lahirkan sebelum pernikahan hendak di nikahkan dan anak itu tidak mengetahui akan pekara tersebut.Untok makluman saya & ayah nya telah berpisah.Kini anak saya ingin menikah tidak lama lagi.Apa yang harus saya lakukan?Saya sebelum ini tak sampai hati untuk menceritakn pekara itu kepadanya dan saya risau sekiranya ayahnya nanti juga tidak berterus kepada yang berwajib.Untok pengetahuan ayah nya berniat untok mengunakan khidmat wali hakim.Saya mohon pencerahan....Terima kasih

message user image

Soalan: berlandaskan suruh An-nisa ayat 24, ada menceritakan tentang boleh mengahwini isteri oranng lain yang telah menjadi hamba kita (tawaran perang). boleh tolong perinciakan tentang ini walaupun ia nya tidak lagi releven pada masa kini namun ainya menjadi tanda tanya kepada saya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya selepas suami menceraikan isteri, suami meminta isteri keluar daripada rumah (milik suami isteri)? Adakah perlu isteri mengikut sahaja atau isteri berhak tinggal dirumah berkenaan?

message user image

situasi pertama : sy sdng menonton tv bersama suami.dan movie yg sy tonton itu melibatkan isteri yg curang. suami sy berkata:kenape perlu curang,mintak cerai. adakah jatuh talak bila suami kata begitu?Situasi kedua: Sy nak tanya.Sy bergaduh dengan suami sya pasal masalah kewangan. dan dia cakap Kita pisah sajalah. Lagipun kita tak kan kekal lama. Pergi la kalau nak pergi dengan jantan lain.Bila sy tanya dia apa maksud dengan kata berpisah. Dia cakap dia tidak berniat untuk cerai. Dia hanya suruh sy pergi kalau sy nak pergi. Sebab dia bukan berduit. Sy banyak kali tanya apa niat dia. Dia cakap tak ada niat cerai.Suami sy cakap kalau dia nk cerai. Dia sudah sebut perkataan "cerai". Sebab dia masih boleh fikir dan waras. Adakah jatuh talak? Mohon penjelasan. Adakah jatuh talak?

message user image

Soalan: Adakah jatuh talak sekiranya saya menyuruh isteri membuat pilihan samada saya atau ibunya tanpa saya melafazkan akan menceraikannya.

message user image

Soalan: Assalamualaikum Ustaz.. Sy nak tanya apa hukumnya jika seorang suami cakap pada isterinya kalau nak buat apa2 lepas nie nak keluar ke apa ke tak perlu bagitau dia, tak perlu minta izin dia, buat la apa nak buat. Ikut la. (*cakap dalam keadaan marah disebabkan sedikit pergaduhan. Suami isteri tinggal berasingan) Dan apa pula hukumnya jika isteri mentaati ikut je apa yang suami cakap tu? Contohnya keluar bekerja atau ke mana2 tak inform dan tak minta izin dari suami terlebih dahulu disebabkan suami dah cakap macam tu pada dia? Harap Ustaz dapat berikan jawapan dan penjelasan yang jelas. Terima kasih banyak, Ustaz. Assalamualaikum..

message user image

Soalan: Adakah talak yang dilafazkan secara jelas dianggap sah sekiranya dilafazkan dengan contoh ayat seperti berikut : "Aku ceraikan kau dengan talak sepuluh " lafaz talak itu dilafazkan oleh seorang suami kepada isterinya secara bersemuka dan apabila ditanya kepada suami tersebut, dia menjawab bahawa dia hanya main-main. Terima Kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang kafarah berjimak di bulan puasa. Berdasarkan laman web JAIS kafarah mengikut turutan iaitu 1. Memerdekakan hamba 2.Berpuasa 2 bulan berturut 3.Memberi 60 orang miskin makan. Soalan pertama. Apakah yang menyebabkan seseorang dikategorikan tidak mampu untuk berpuasa dua bulan berturut-turut? Soalan kedua. Sekiranya seseorang perlu bermusafir memandu jauh semasa berpuasa dua bulan berturut-turut boleh dikategorikan tidak mampu untuk berpuasa dua bulan berturut turut dan membayar kafarah dengan memberi 60 orang miskin makan?

message user image

Soalan: Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya apa kah hukum sekiranya isteri menolak setiap kali saya minta untuk bersetubuh kerana berasa sakit di alat sulit selepas beranak.. Sudah setahun tidak setubuh.. Hmm

message user image

Soalan: Assalammualaikum w.b.t, Sedikit pengenalan tentang diri saya, saya dan suami telah berkahwin selama 5 tahun dan Alhamdulillah telah dikurniakan sepasang cahaya mata,berumur 4 dan 1 tahun. Suami adalah seorang Muallaf ( sebelum ini Kristian Sabahan - Murut ) . Suami telah memeluk agama Islam pada 03/08/2012 di Selangor dan telah menukar nama baru di JPN pada 19/07/2013 ( tanpa pengetahuan keluarganya di Sabah ). Pada Ogos 2019 saya dikejutkan dengan satu berita dimana suami memaklumkan pernah berkahwin dengan seorang wanita kristian ( Sarawak - Iban ) pada 28.12.2014 atas saranan keluarga suami. Untuk makluman, suami memaklumkan perkahwinan itu tidak didaftarkan di JPN atau mana-mana pejabat pendaftar kerana soal isu agama yang berlainan. lagi mengejutkan,wanita tersebut telah bersalin seorang anak lelaki pada 21/02/2020. Soalan saya :1. Apakah status perkahwinan mereka tersebut ? 2. Sekiranya mereka mempunyai anak hasil hubungan perkahwinan tersebut,adakah itu dikira anak luar nikah atau anak tidak sah taraf ?3. Adakah selama ni mereka telah berzina dan bersekedudukan sehingga mempunyai anak luar nikah ?4. Adakah suami perlu bertanggungjawab terhadap anak itu ?

message user image

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan..sya ingin bertnya 1 soalan..baru2 ini sya de bertengkar dgn suami sya..disebabkan slh fhm,sya telah mnghalau dia kuar dr umah sya..selepas itu,suami sya telah berkata begini 'keluar je selangkah dr umah ni gugurlah talak'..adalah jatuh talak itu? Harap boleh jelaskan pasal talak itu jatuh@x?

message user image

Soalan: Boleh kah anak kepada kakak saya di kahwin kan dengan anak abang saya?

message user image

Soalan: assalamualaikum..sy bercerai dgn suami talak 1 di makamah syariah pada 12.10.2020.. pada 31.10.2020 sy di sahkan hamil 4 minggu oleh doktor..beberapa hari sebelum bercerai sy dan suami ada melakukan hubungan suami isteri..dan pada tarikh 16.12.2020 sy keguguran..soalan sy.. bilakah tarikh iddah sy berakhir? adakah iddah sy berakhir selepas sy suci dr nifas? atau adakah iddah sy berakhir selepas sy 3 kali suci dr haid selepas habis nifas? mohon penjelasan..terima kasih..

message user image

Soalan: Katakanlah saya sedang berbual dengan isteri & isteri minta saya ceraikan dia seandainya saya ada hubungan dengan wanita lain, tetapi sebaliknya saya lafazkan “Kalau saya ada hubungan dengan orang lain, saya ceraikan awak”, adakah jatuh talak walaupun tiada spesifikasi hubungan yang saya sebutkan? Sebagai contoh, hubungan teman sekerja ataupun hubungan kekeluargaan?

message user image

Soalan: Isteri saya telah memohon cerai dan mahkamah telah menerima permohonan tersebut. Kami mempunyai 4 orang anak yang tingal bersama bekas isteri dan suami baharunya. Saya juga telah berkahwin semula dan mempunyai 3 orang anak. Soalan saya ialah mengapa mahkamah masih meminta nafkah anak2 daripada saya sedangkan anak2 saya itu telah mempunyai bapa tiri yang sanggup menyara mereka. Sekian terima kasih ustaz

message user image

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, adakah sah pernikahan yang dilakukan di Thailand tanpa pengetahuan ayah kandung wanita tersebut (wali)? Perkahwinan yang dijalankan memang benar-benar mengikut rukun nikah iaitu 2 orang saksi, pengantin lelaki, pengantin wanita, ijab dan kabul, wali hakim. Adakah sah pernikahan tersebut menggunakan wali hakim sedangkan bapa kandung wanita tersebut masih hidup dan tempat tinggalnya melebihi 2 marhalah dari jarak tempat pernikahan tersebut? Terima kasih.

message user image

Soalan: Assalamualaikum ustaz nak tanya, apa hukum suami cakap "kita berpisah la" semasa gaduh dengan isteri? Tiada niat tp sebab terlalu marah sangat

message user image

Soalan: Assalamualaikum, Boleh atau tidak seorang balu yang kematian suami untuk pulang ke rumah mertua di Johor kerana ada kenduri tahlil 40hari arwah suami. Buat masa ini balu arwah dan anaknya tinggal dirumah mereka di Selangor dan hanya keluar rumah untuk pergi bekerja sahaja. Pembelian bahan dapur dan makanan juga dilakukan secara online delivery. Urusan arwah suami juga dilakukan secara online kecuali urusan yang memerlukan balu untuk datang kebank.

message user image

Soalan: Jika seseorang itu cacat keinginan1. orientasi seksual (cenderung seorang gay) 2. Nafsu 0% kepada wanita 3. Alat kelamin berfungsi lelaki tetapi lemah syahwat dan tidak mampu memenuhi kepuasa kepada sesiapa. Soalan : 1. Bolehkan dia membuat rawatan pemindahan benih kepada wanita yg bukan isteri bagi tujuan ingin mendapat zuriat? Utk beri doa bila kita mati kelak 2. Tidak memilih untuk berkahwin disebabkan tidak mampu memberi nafkah batin selain akan mengecewakan pihak perempuan 3. Jika 2 tidak dibolehkan, adalah dibenarkan kahwin kontrak? Tamat ikatan setelah mendapat zuriat

message user image

Soalan: Sekiranya seorang lelaki telah berkahwin lalu kemudian dia mendapati bahawa dia merupakan anak luar nikah, adakah perkahwinannya masih sah?

message user image

Assalamualaikum. Saya mempunyai sedikit keraguan mengenai jatuh talak atau tidak .Saya pernah bergurau dengan suami dengan bertanya soalan begini, "Kalau saya pakai seksi macam ni dekat luar apa reaksi awak?" Suami menjawab "Cerai lah". Apabila saya bertanya kepada suami mengenai maksudnya, suami berkata dia tidak berniat sedemikian sebaliknya mungkin merasa tidak gemar dengan gurauan saya. Saya bukanlah seorang wanita yang berpakaian menjolok mata. Namun, saya khuatir sekiranya berlaku apa-apa perkara bahaya di dalam rumah hingga menyebabkan saya keluar rumah tanpa sempat menutup aurat sempurna seperti rumah terbakar dan sebagainya. Adakah jatuh talak apabila berlaku situasi sedemikian? Seterusnya, adakah jatuh talak sekiranya saya tidak menutup aurat sempurna ketika keluar di hadapan rumah untuk melakukan kerja tertentu seperti menjemur pakaian dan lain-lain dalam keadaan tidak berstoking, memakai sweater yang mempunyai hoodie bagi tujuan menutup kepala dan kadang-kadang terdedah sedikit bahagian tengkuk tanpa dilihat orang kerana rumah saya terletak dibahagian hujung. Bagaimana pula sekiranya saya sengaja berpakaian menjolok mata ketika di luar rumah? (Sekadar ingin tahu walaupun saya bukanlah wanita yang berpakaian sedemikian) 

message user image

Berlaku sedikit salah faham antara saya dan suami dan suami mengeluarkan penyataan berbunyi "If you want to divorce the we go to the court".... Persoalannya disini sudah jatuhkan talak ke atas isteri....? 

message user image

Hi assalamualaikum nak tanyaa  , kenapa islam menwajibkan orang yang bukan islam untuk bertukar agama dahulu sebelum berkhawin dengan orang islam ? Sekiranya ada dalil  saya minta tolong kemukakan. Mohon pencerahan ya terima kasih .

message user image

assalamualaiku, maaf saya nak bertanya berkenaan perempuan yang dah berzina dengan seorang lelaki

1.adakah dia perlu untuk berkahwin dengan lelaki tersebut 

2. bolehkah seorang perempuan zina tersebut berkahwin dengan lelaki lain seperti lelaki beragama.

3. jika seseorang itu sudah berzina tetapi rakannya tahu mengenai hal tersebut dan menyebarkan aib dia, apakah yang perlu dia buat?

4. bagaimana cara untuk menasihati seorang rakan yang membuka aib kita itu tadi

message user image

Assalamualaikum.

Saya berkahwin dengan suami yang dianggap duda anak 3. Dokumen Perkahwinan kami itu dilampirkan dengan surat akuan cerai si suami dengan isteri yg terdahulu.

1) Sewaktu belum berkahwin saya cuma diberitahu dia sudah lama bercerai dengan isteri pertamanya. Dan dia bersumpah tentang hal itu..

2) Tetapi saat 2 minggu lagi majlis perkahwinan kami, dia serahkan sijil akuan cerai (diperlukan untuk hantar dokumen) yang bertarikh kurang 3bulan dari tarikh pernikahan kami (rupanya mereka bercerai secara takliq). Saya nekad membatalkan majlis kami tetapi dia bersungguh2 berkata yang penceraian bersama isteri pertama itu baru diselesaikan tetapi hubungan mereka sudah lama tidak baik dan tidak tinggal bersama (bohong). Dan katanya pada tarikh perkahwinan kami nanti edah isterinya sudah habis. Setelah perbincangan dibuat saya menikahi dia.

3)Sebulan selepas menikah baru saya tahu yang mereka telah rujuk kembali sebulan sebelum pernikahan kami .Jadi saya minta penjelasan dan kebenaran. Disitu dia menyatakan dan bersumpah dengan menyebut nama penuh isterinya serta i/c isterinya yang dia tidak pernah rujuk. berkali2 dia membuat pengakuan itu.

Jadi apakah status suami saya dengan isteri pertama nya? Saya dibelenggu rasa was-was dan tidak mahu bersubahat sekiranya mereka sudah tiada ikatan. kerana mereka masih lagi hidup sebagai suami isteri. Saya pernah suarakan pada mereka supaya merujuk pada yang lebih arif tetapi mereka cuma mendiamkan diri. Suami juga enggan melepaskan saya. 
ketiga2 situasi itu berlaku pada tahun yg berlainan (2014,2015 & 2016) 

Kali pertama mengaku dan bersumpah sudah bercerai.

tetapi katanya rasa bersalah dan balik menggauli isterinya dengan niat jika jatuh talak maka merujuk kembali.

kedua bercerai secara takliq tapi rujuk selepas 2bulan.

ketiga mengaku bersumpah tidak pernah rujuk dengan isteri pertama sebelum perkahwinan kami dan hanya saya isterinya ketika itu.

apakah hukum nya lafas suami kepada isteri pertamanya?

terima ksih.

message user image

Adakah jatuh talak jika cakap "kejap lagi sampai rumah abang saya ceraikan awak" dengan niatnya akan lafaz cerai bila sampai dirumah abang. Tapi tak lafaz cerai bila dah sampai rumah abang.

message user image

Assalamu'alaikum.

Adakah menjadi satu kesalahan bagi seorang anak yang mumaiyiz jika dia memilih untuk tinggal bersama dengan bapanya, dan ini membuat ibunya berasa sedih? Jika dia sudah baligh, adakah dia akan menanggung dosa? Adakah hadis tentang berbuat baik kepada ibu 3 kali dan kepada bapa 1 kali bermakna mereka tidak boleh memilih untuk tinggal dengan bapa mereka?

Saya mempunyai 2 orang anak dari perkahwinan pertama saya. Saya menceraikan bekas isteri selepas dia bercinta dengan lelaki lain, dan kelakuan-kelakuan buruk yang lain. Semasa kami berpisah, anak-anak berumur 4 dan 6 tahun. Saya tidak yakin yang bekas isteri mampu menjaga anak-anak dengan baik. Jadi untuk memastikan kebajikan anak-anak terjaga, saya berunding dengan bekas isteri dan mendapat perintah perkongsian hadhanah dari mahkamah.

Sejak perceraian saya cuba sebaik mungkin untuk menjaga dan mendidik anak-anak. Sebaliknya bekas isteri terus berkelakuan buruk dan kurang mengendahkan anak-anak, sebaliknya sibuk bekerja dan menyertai aktiviti sampingan lain. Sekarang anak-anak telah berumur 9 dan 11 tahun, dan mereka ingin terus tinggal dengan saya. Jadi saya telah memfailkan tuntutan hadhanah penuh.

Bekas isteri memberitahu anak-anak bahawa mereka akan disoal oleh Allah kenapa mereka derhaka kepada ibu mereka dengan memilih untuk tinggal dengan saya. Dia menggunakan hadis yang tersebut di atas untuk menghalang anak-anak dari memilih untuk tinggal dengan saya.

Mohon jasa baik tuan/puan untuk memberi pencerahan tentang hal ini. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, Bismillahirrahmannirrahim.. Saya ada soalan yang berkaitan hal rumah tangga.. Jatuhkah talak tiga yang dilafazkan oleh si suami yang cetek dalam ilmu agama dalam keadaan yang baran yang sangat tinggi.. Dan dia tidak faham apa yang dilafazkan olehnya.. Dan bila di soal balik dengan niat apa dia lafazkan begitu, dia mengaku dengan tidak sengaja dan atas dasar kemarahan dia lafazkan sebegitu, dia juga berkata dia tidak ada niat begitu hanya terlafaz sahaja.. Sebenarnya, si suami ini memang tidak ada ilmu agama dan kurang kefahaman mengenai bab ini, dia berkata talak akan jatuh jika dilafazkan banyak kali(dalam hal ini telah difahami bahawa si suami ini tidak faham mengenai apa yanh islam kemukakan tentang penceraian atau talak).. Banyak kali, si suami telah berkata bahawa dia tidak ada niat untuk melafazkan talak itu, tetapi hanya kerana baran yang tidak dapat dikawal.. Mohon penjelasan yang dapat membantu saya menyelesaikan keraguan ini.. Wassalam..

 

message user image

Assalamualaikum,

 

Berikut beberapa soalan yang ingin di tanya untuk mendapat pencerahan yang jelas berkaitan ''harta sepencarian''.  

 

Soalan pertama: Apakah yang di maksudkan dengan harta sepencarian,

Soalan kedua: Apakah kelayakan untuk seorang isteri mendapatkan hak sebagai tuntutan untuk harta sepencarian?

Soalan ketiga: Setelah bercerai isteri telah membuat tuntutan bahawa segala sumbangan nya sewaktu dalam rumahtangga sebagai hutang dan telah di luluskan oleh mahkamah untuk di bayar oleh si suami, Adakah isteri masih layak untuk membuat tuntutan harta sepencarian. mohon penjelasan?

Soalan ke empat: sebuah rumah yang di beli oleh suami dan di bayar sepenuh nya oleh suami dengan cara potongan gaji. Rumah tersebut masih lagi dalam pinjaman. bolehkah rumah ini di tuntut sebagai harta sepencarian. ini kerana si isteri telah pun menuntut sumbangannya sebagai hutang sebelum ini dan perlu di bayar. adakah isteri masih layak untuk menuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian. jika boleh adakah jumlah nya telah di tetapkan dalam syariah.

Soalan Kelima: Rumah yang di beli secara pinjaman kerajaan sebanyak RM153,000.00 dan ptongan bayaran selama 20 tahun iaitu sebanyak RM1.028.00 setiap bulan. Jika di kira sehingga habis bayar jumlah tersebut telah menjangkau RM247,000.00 iaitu bayaran yang di potong gaji suami selama 240 bulan dan kini masih berbaki lebihkurang 55 bulan untuk di jelaskan. Jumlah ini termasuk faedah pinjaman yang perlu di bayar selain pinjaman pokok iaitu RM153,000.00 bagi harga rumah tersebut. Soalan nya jika rumah ini di tuntut sebagai harta sepencarian, adakah hanya harga pokok RM153,000.00 sahaja yang dikira dan berapa peratus yang layak di tuntut oleh isteri. Sedangkan suami telah bayar faedah pinjaman sebanyak lebihkurang RM94,000.00 (siapa yang perlu tanggung kos faedah ini).

Soalan Ke enam: Adakah rumah ini perlu di jual untuk di selesaikan tuntutan harta sepencarian sedangkan rumah ini masih lagi dalam hutang dengan pinjaman kerajaan?

Terima kasih.

message user image

Suami ada berkata jika berhubung lagi dengan dia jatuh talak 1(dalam keadaan marah dan kami terkena sihir pemisah masa tu)..setelah beberapa lama masalah selesai sy ada bertanya pada suami apa maksud berhubung lagi dengan dia...suami jawab berhubung pada waktu itu sahaja..pada hari itu shaja kerana dia serabut dan tak nak keruhkan lagi keadaan..setelah semua masalah selesai dia tidak kisah jika sy berhubung kembali dengan orang itu..adakah talak sy jatuh jika berhubung dengan orang tu kembali...terima kasih

message user image

salam , saya ingin bertanya tahun lepas saya ada krisis dengan suami disebabkan dia ada berhubung dengan perempuan lain. tapi disebabkan saya tengah sarat mengandung, kami buat keputusan untuk teruskan hubungan. tapi sewaktu bergadoh saya ada mntk cerai, dia ade sebut tnggu lepas bersalin. adakah jatuh talak? selepas habis pantang , di sebabkan hati masih sakit , kami ada bergaduh disebabkan isu ni lagi. suami naik angin dan ade lafaz kan 'aku tknak kau korek2 mencari2 lagi crta lama cerita2 yang dah lepas, kalau buat lg lepas ni aku ceraikan kau. sebab sekarang saya masih cek phone , media sosial dia untuk tahu aktiviti dia sekarang , ada jugak la cuba2 untuk mencari siasat mungkin dulu ada account media sosial lama yang pernah digunakan untuk berhubung dengan pmpuan lain yang saya tidak pernah tahu .tp tujuan utama saya untuk pastikan yg smua tu tidak di gunakan lagi sekarang sebab sangat trauma dengan apa yang dah jadi. jadi soalan saya , adakah jatuh talak?

message user image

Assalamualaikum, 

Saya ingin bertanya adakah jatuh talak jika suami saya membalas sms mengatakan said whatever you want, im done!! Saya mengatakan yang suami tidak bertanggungjawab dengan menyakitkan hati saya dan lari dari rumah ketika saya tengah berpantang dari keguguran. Minta dijelaskan dengan secepat mungkin. Terima kasih
 


 

 

message user image

ASSALAMUALAIKUM.

SAYA INGIN KAN KEPASTIAN ATAS MASALAH YANG SAYA TENGAH HADAPI SEKARANG INI.

SEBELUM NI,SAYA PERNAH BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 7 ORANG ANAK.SEKARANG SAYA DAH PUN BERKAHWIN BARU DENGAN SEORANG IBU TUNGGAL YANG MEMPUNYAI 3 ORANG ANAK.

SOALAN SAYA,SEBELUM SAYA BERKAHWIN BARU,ISTERI SAYA BEKERJA,SEMUA HUTANG² UNTUK DIRI DIA SENDIRI CONTOHNYA MACAM PERSONAL LOAN, KERETA,SEGALA HUTANG ATAS NAMA DIA,DIA BAYAR SENDIRI.SEKARANG,ISTERI SAYA DAH TAK BEKERJA. PATOT KE SAYA BAYAR HUTANG² ISTERI SAYA TU?ADAKAH JADI TANGGUNGJAWAB SAYA UNTUK BAYAR?

ANAK TIRI SAYA MASIH BELAJAR,ADAKAH SAYA KENA TANGGUNG JUGA ANAK² TIRI SAYA TU,WALAUPUN AYAH MEREKA MASIH HIDUP?TAPI,AYAH KANDUNG MEREKA TAK PERNAH AMBIL TAHU PASAL ANAK² TIRI SAYA.SEMUA KEPERLUAN ISTERI SAYA YANG BANYAK BERKORBAN.SAYA PUN TAK PERNAH NAK AMBIL TAHU.PATUT KE BEGITU?

ANAK² KANDUNG SAYA SEMUA DAH BESAR²,SEORANG SAJA LAGI MASIH BERSEKOLAH. DENGAN DUIT SEWA RUMAH BULANAN SAYA SERAHKAN PADA ANAK SAYA SEBAGAI TANGGUNGJAWAB SAYA TERHADAP ANAK KANDUNG SAYA.TAPI,UNTUK ANAK TIRI,SAYA TAK AMBIL PEDULI?PATUT KE SAYA BUAT BEGITU?

SAYA MASIH LAGI BERHUTANG DENGAN ISTERI SAYA BATAL AIR SEMBAHYANG. SUDAH 2 TAHUN KAMI BERKAHWIN TAPI,SAYA MASIH ABAIKAN NAFKAH TERHADAP ISTERI SAYA.PATUT KE SAYA BIARKAN SAJA HUTANG² NAFKAH DAN BATAL AIR SEMBAHYANG TU PADA ISTERI SAYA.

BARU² NI,ISTERI SAYA ADA BERCAKAP DENGAN SAYA,DIA NAK PINJAM DUIT KWSP SAYA UNTUK SELESAIKAN SEMUA HUTANG² DIA.TAPI,DENGAN EGO SAYA,SAYA BUAT TAK TAHU SAHAJA SAMPAI KAMI BERGADUH MULUT.

SAYA AKUI,ADA TERKILAN NYA PADA ISTERI SAYA,SEBAB SAYA NAK JUMPA ANAK² KANDUNG SAYA,TAPI DIA MENGHALANG.DENGAN ALASAN,SAYA LEBIHKAN ANAK² KANDUNG SAYA DARIPADA DIA.MUNGKIN BETUL.BILA ANAK² SAYA MINTA APA² SAYA BAGI SAJA.TAPI,BILA ISTERI SAYA SENDIRI MINTA EMAS,MINTA DUIT,SAYA BERKIRA DENGAN ISTERI SAYA SENDIRI.DIA CAKAP,SAYA BANYAK BERHUTANG DENGAN DIA.SALAH SATU NYA,NAFKAH,BATAL AIR SEMBAHYANG. ISTERI SAYA CAKAP,SAYA KENA SELESAIKAN SEMUA HUTANG² TU DULU,BARU SAYA BOLEH JUMPA DENGAN ANAK² SAYA.LAGI PULA,ANAK² SAYA TAK BOLEH TERIMA SAYA KAHWIN LAIN.SAMPAI KAN ANAK² SAYA PANGGIL ISTERI SAYA PEREMPUAN SAMPAH,SUNDAL,JALANG,PUKIMAK.ISTERI SAYA KENA HINA,DI CAKAP MACAM² ,TAPI SAYA CAKAP PADA ISTERI SAYA TU BUKAN MASALAH SAYA.TU MASALAH ISTERI SAYA DENGAN ANAK² SAYA.PATUT KE SAYA CAKAP MACAM TU?

BANYAK SAYA MUSYKIL PASAL SEMUA SOALAN DI ATAS.HARAP DAPAT MEMBANTU.

TERIMA KASIH.

message user image

Assalammualaikum.. 

Saya mohon bantuan dan pencerahan mengenai perkara dibawah:

Saya pernah memfilekan tuntutan Fasakh pada tahun 2018 terhadap suami kerana tidak tahan dengan sikap panas barannya yang suka marah - marah, memaki hamun dan memukul saya dan anak  - anak. Tetapi saya telah menarik balik tuntutan tersebut dengan meletakkan syarat sendiri kepada suami "Jika suami ingin saya menarik balik tuntutan Fasakh tersebut dia tidak akan memukul saya lagi dan jika dia memukul saya juga, jatuh  talak" Dia bersetuju dengan hanya berkata "Ya" melalui perbualan telephone. Saya pun menarik balik permohonan tuntutan Fasakh.

Setelah beberapa ketika kami berbaik. Perangai panas barannya kembali lagi dan dia melepaskan kemarahan dengan memukul saya lagi. Selepas kejadian dia memohon maaf dan berkata  "Dia tidak sedar" dan memaklumkan yang terdahulu semasa berkata "Ya" untuk bersama saya semula itu adalah tidak ada apa - apa dan bukan atas kerelaan dirinya. 

Persoalannya, saya risau dengan status hubungan suami/isteri kami sekarang. Kami telah berkahwin selama 7 tahun. Adakah talak itu jatuh atau pun tidak dari hukum Islam dan apa yang perlu saya buat seterusnya. Mohon bantuan, penjelasan dan nasihat daripada pihak tuan/puan.

Terima kasih.

Wassalam.

message user image

Saya dan suami pernah bertengkar kerana perempuan lain. Dimana si suami pernah berchating dan bermesej dengan perempuan lain untuk berkenalan ,  berbual mesra dan bergurau senda. Tetapi saya telah dapat tahu dan kami bergaduh besar kerana dari awal perkahwinan kami memang ok tetapi bila meningkat matang dan berumur si suami menjadi lebih (miang) boleh dikategeri kan pantang nampak dahi licin. Sudah berkali-kali saya mengatakan jangan berbuat demikian kerana anak semakin membesar dan akhirnya anak pun dapat hidu tentang kecurangan suami. Kerana anak ada mendengar perbualan antara suami dan perempuan lain itu. Terus saya diberitahunya. Kami gaduh besar lagi sehingga la si suami bersumpah tidak akan melakukan nya lagi didepan anak2 dan saya. Dan beliau memohon maaf yang benar2 nampak insaf.

Tetapi beberapa tahun berselang hingga agak lama kami tidak bergaduh tentang perempuan , tiba2 si suami buat lagi perkara lama dengan berchating dengan perempuan yang lain pula dan meminta gambar perempuan tersebut yang agak lucah bagi saya dan si suami pun ada mengeluarkan kata2 " buat servis ke " dan dia memang sukakan perkara itu saya tahu. Saya pun dapat tahu dari telefon bimbitnya dan kami bertengkar lagi. Kali ini anak tidak tahu. Akhirnya saya nekad ambil Al-Quran beri padanya dan menyuruh beliau bersumpah sambil pegang al-quran tersebut agar si suami tidak ulang perbuatan nya itu. Ini adalah kerana beliau sendiri yang mengatakan maaf dan tidak akan mengulanginya lagi tetapi saya lebih kenal si suami dan terus berkata saya tidak percaya. Itu la puncanya kami sama2 tekad ambil Al-Quran bagi suami menyakinkan saya yang beliau tidak akan melakukannya lagi dan dengan berkata " sumpah jika  beliau buat juga jatuh la talak ". Selang beberapa tahun berlalu namun janji2nya tidak ditepati di sini beliau memang buat lagi perangai lamanya itu masih berchating dan berbual mesra dengan mana-mana perempuan yang di langgan nya melalui Michat kerana setahu saya di dalam Michat boleh cari perempuan2 seksi dan berbogel pun ada untuk berbual mesra dan melakukan " servis ".  Sekarang bukan satu perempuan tapi ramai perempuan2 yang di layannya melalui chating. Saya dapat tahu ini pun sebab ternampak lagi dalam telefon bimbitnya. 

Jadi persoalan saya sekarang adakah jatuh talak ke atas saya iaitu isterinya dan sumpahnya itu dikira bagaimana? Minta pencerahan dari Ustaz. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai zihar. Pada suatu hari, ketika itu suami ingin mengurut badan isteri (saya), suami menyuruh anak perempuan kami yang berumur 2 tahun untuk beralih ke tempat lain. Ketika itu anak perempuan kami sedang baring disofa yang saya ingin duduk. Suami kata begini "Tepi sikit. Rata kau nanti kalau mama duduk."

Saya pula berpura-pura merajuk, saja ingin bergurau, saya kata "Yela, nampak sangat mama berat (gemuk), sampai kalau mama duduk, boleh rata si anak." Saya seorang yang berbadan gempal dan berat badan berlebihan. Waktu suami kata begitu, saya sedang hamil 7 bulan. 

Selepas saya bergurau kata begitu, suami balas "Yela, punggung mama je dah sama saiz dengan anak". Maksudnya disini suami samakan saiz punggung saya yang besar dan lebar ini dengan saiz & tinggi badan anak perempuan kecil kami yang baru berumur 2 tahun lebih, sehingga jika saya terduduk ke atas badan anak, anak boleh jadi leper. Adakah kata-kata suami dikira zihar?

message user image

Apakah hukum , pihak suami isteri ni tak pergi ke mahkamah untuk buat pengesahan lafaz cerai dan hanya bertanya pada ustaz, mufti atau ahli agama sahaja tentang sesuatu hukum dan mereka kata talak tidak jatuh, jadi pasangan tersebut teruskan hidup seperti biasa... Apa hukumnya?

message user image

Saya dan isteri ada bergaduh teruk beberapa bulan lepas. Dalam kehangatan tu, saya nak suruh dia berhenti, saya sebut "kalau kau macam ni lagi aku ceraikan kau" meletakkan syarat supaya dia berhenti. Tetapi isteri saya yakin dan kata yang sy tidak meletakkan syarat. Macam mana tuan. Saya sangat bingung memikirkan hal ini. Isteri tak mahu terima yang saya ada meletakkan syarat disitu. Dia kata kalau dia yakin, dia perlu jauhkan diri dari saya. Apakah hukum sebenarnya.

 

Saya cuba mengajukan soalan ke jabatan hal ehwal keluarga dan diminta untuk merujuk ke pejabat Mufti.

message user image

Dalam Islam, seorang suami bertanya kan masa lalu istri, kalau istri enggan menjawab apakah istri termasuk dalam golongan istri yang durhaka?

Wajibkah seorang istri menceritakan masa lalu sebelum menikah dengan suami? 

message user image

Assalamualaikum, saya ada 2 persoalan

1) Pada tahun 2018, saya ada buat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah namun saya dan suami tidak dapat hadir waktu bicara dan kes telah digugurkan kerana tidak hadir. Namun kami telah rujuk semula di pejabat agama sejurus selepas mendaftar pengesahan lafaz cerai waktu itu. 

2) Tidak silap saya pada bulan November/Disember 2020, saya dan suami bergaduh dalam wassup dan suami marah dan mengatakan ayat seperti " tak payah bagitahu saya apa-apa, saya bukan suami awk lagi, jadi tidak perlu bagitahu saya". Pada waktu, saya ingat tentang ayat itu seperti lafaz kinayah, namun saya lupa apa yang terjadi selepas itu disebabkan telah tukar hp dan wassup tersebut hilang. Saya dan suami berbaik semula selepas itu dan saya tidak ingat langsung pasal ayat itu. Namun, baru-baru ini, saya teringat balik perkara itu dan bertanyakan kepada suami saya dan dia cakap dia langsung tak ingat pasal wassup itu dan dia mengatakan tiada niat langsung untuk bercerai walaupun kami bergaduh.

Adakah tidak jatuh talak disebabkan suami saya tiada niat waktu itu dan perlu ke saya daftar pengesahan lafaz cerai bagi soalan pertama dan kedua..

Terima kasih.

message user image

Saya baru melahirkan seorang anak perempuan. Suatu hari saya dan suami berbual dan suami menyatakan bahawa anak perempuan kami mirip wajahnya dari segi mata, hidung, telinga dan semua bentuk fizikalnya. Sambil bergurau suami menyatakan cuma satu sahaja yang anak perempuan saya sama dengan saya iaitu kemaluan sahaja. Saya kemudian bertanya pada suami adakah suami bermaksud menziharkan anak kepada saya tetapi suami menyatakan bahawa dia tidak bermaksudkan zihar. Soalan saya adakah kenyataan suami saya dianggap zihar? 

message user image

Assalamualaikum.. saya ingin bertanya.. ADAKAH SUSU IBU ANGKAT YANG TIDAK HABIS DIMINUM OLEH SI ANAK ANGKAT, TIDAK BOLEH DISIMPAN KEMBALI UNTUK KALI KEDUA PENYUSUAN DALAM TEMPOH YANG SINGKAT (susu tidak berubah warna, bau, dan rasa) dan SUSU tersebut haruslah di buang kerana kualitinya kurang. 

Ada yang berpendapat, susu yang tidak habis diminum oleh si anak ini TIDAK LAYAK digunakan untuk mahramkan si anak tersebut kerana susu tersebut kualiti seperti air masak. 

Mohon penjelesan di atas kemusykilan ini. 

message user image

Assalamualaikum wbt,

Saya mengambil anak angkat lelaki dan gagal mengeluarkan susu selepas pelbagai usaha, baby masih bawah 2 tahun.

Soalan saya, siapakah antara berikut yang boleh menjadi ibu susan anak tersebut utk menjadikan saya mahramnya?

1. Sepupu perempuan saya (anak kepada makcik selah ibu saya)

2. Adik Ipar saya (isteri kepada adik saya)

3. Isteri kepada adik beradik suami saya

Moga ada pencerahan buat saya, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz / ustazah, saya mempunyai soalan mengenai hukum membesarkan / tinggal serumah dengan anak tidak sah taraf. Saya dan bekas isteri pernah melakukan dosa dan bernikah pada 28 April 2011 dan anak perempuan saya dilahirkan pada 1 August 2011. Kami telah bercerai selepas kelahiran anak kedua. Persoalannya apakah hukum dari segi syarak mengenai aurat anak tersebut. Bekas isteri juga sempat menyusukan anak ini melebihi 3 kali kenyang ( anak susuan ) semasa menjadi isteri saya. Adakah haram bagi anak ini tinggal serumah bersama saya dan juga isteri baru saya? Adakah haram bagi saya menyentuh anak ini dan juga adakah haram jika saya melihat aurat anak ini jika dia tinggal serumah dengan saya? Umur anak perempuan saya ini sekarang 10 tahun. ( Belum akil baligh ) Saya inginkan kepastian kerana saya ingin bertanggingjawab dengan membesarkan anak ini sama seperti anak2 saya yang lain dan menjaga kebajikan anak ini. Saya harap pihak Ustaz / Ustazah dapat membantu saya dalam mencari jawapan atas kemusykilan tersebut. Sekian terima kasih

message user image

assalamualaikum ustaz..

saya ingin bertanya apakah hukum jika seorang istri tidak melaksanakan tempoh iddah kematian suami? kemudian mengajak anak-anak nya untuk keluar berjalan tanpa keperluan sedangkan dalam Islam menyatakan tempoh iddah 4 bulan 10 hari dan keluar hanya atas keperluan.. adakah berdosa jika anak mengikut kemahuan si ibu tadi? sedangkan si anak sudah menyatakan tentang iddah... mohon pencerahan ustaz..

terima kasih 

message user image

Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya, saya telah berkahwin dengan suami selama setahun. Namun, 8 bulan dalam tempoh perkahwinan kami adalah Pasangan Jarak Jauh yang memang tidak berjumpa langsung sehingga kehari ini.. suami ada melafazkan cerai seminggu yang lalu kerana bertengkar, soalan saya, sekiranya sepanjang awal perkahiwnan suami hanya mengosokkan zakarnya di kawasan faraj,dan kemudian mengeluarkan air mani di kawasan lubang faraj isteri tanpa melakukan penetrasi ke dalam faraj isteri, adakah perkara tersebut dikira sebagai berjimak? Dan sekiranya suami melafazkan cerai, adakah isteri tersebut beriddah dan sekiranya ingin rujuk, adakah perlu akad nikahh yang baharu?

 

 

Mohon pencerahan :'(

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai lafaz taklik saya . . .

1) Saya telah menulis pesanan ringkas kepada isteri jika beliau mahukan perpisahan maka beliau perlu melafaz kan mahu perpisahan  serta sebab untuk perpisahan dihadapan saya serta kedua ibu bapa beliau . .  Kemudian dengan copy sms yg pertama kemudian saya tambah klausa baru iaitu dan jika di izin kan  oleh kedua ibu bapa beliau baru jatuh talak 1 . . .soalan nya adakah sebenar nya saya telah lafaz kan 2 taklik atau saya hanya lafaz 1 . . . .

2) Adakah kah saya berhak membatal kan lafaz taklik selagi belum jatuh talak

 

 

 

message user image

Semalam balik kampung, anak lelaki kami umur 1 tahun 4 bulan baru lepas mandi, saya pakaikan pampers dan seluar. Tiba-tiba anak saya garu-garu punggungnya, mungkin gatal, maka nampak lah punggung nya, jadi saya ambil gambar sebab nak tunjuk pada ayah nya, lucu lah pada saya sebab dia garu sampai pampers nya turun sikit nampak punggung. 

 

Lepas balik rumah kami, saya terfikir nak tunjuk gambar punggung anak tu, kemudian suami kata “macam bentuk tu.. sambil jari tunjuk pada saya (bahagian bawah depan wanita)” sambil sengih-sengih . Saya faham suami tunjuk apa. Saya terus cakap kat suami mana boleh cakap macam tu. Suami kata “betul lah macam bentuk tu”. Tak baik lah cakap macam tu. Lepas tu saya pulak rasa bersalah tunjuk gambar tu. Allahu akbar, pening memikir nya.  

 

Soalan saya,

adakah itu zihar?  Suami saya perlu bayar denda? Terima kasih banyak-banyak ya. 

message user image

Assalamualaikum tuan/puan saya ingin bertanya berkenaan lafaz cerai taklik, adakah dibolehkan untuk seorang suami yang melafazkan cerai taklik untuk menarik semula lafaz tersebut?? Saya ada menonton sebuah ceramah seorang ustaz yang memberitahu bahawa terdapat 1 mazhab(hambali) yang membolehkan suami untuk menarik semula lafaz taklik tersebut.. harap sudi membantu..

message user image

Assalamualaikum.Saya ingin bertanya tentang ibu susuan. Abang ipar saya iaitu abang kepada suami saya ada mengambil anak angkat lelaki usia 3 bulan dan perempuan usia telah berusia 1tahun ++.. Baru² ini saya melahirkan bayi perempuan dan mereka meminta saya untuk menyusukan bayi lelaki tersebut. Saya ada menyusukan 1x bayi tersebut tapi dalam jumlah yang sedikit.

Jarak kami jauh iaitu saya di Selangor dan abang ipar di Johor. Waktu mereka balik ke Selangor, bayi lelaki itu telah diserahkan kepada saya untuk disusukan semalam. Seingat saya dari jam 5ptg sehingga 6pg sahaja bayi itu bersama saya. Saya ada beri susu dalam 3@4 kali tapi saya rasa bayi itu tidak kenyang... Sebabnya dia hanya hisap pada awalnya shj kemudian melepaskan... Saya telah cuba beberapa kali supaya dia menyambung susuan tapi dia menolak sambil menangis semahu²nya. Lalu suami membuat susu formula dan bayi itu tidur dengan sangat lena kekenyangan.. Soalan saya.

1.Adakah bayi ini sah sebagai anak susuan saya kerana menolak untuk terus disusukan dan kenyang kerana susu formula ?

2.Jika dia anak susuan saya, bermakna dia haram berkahwin dengan saya, anak perempuan saya, ibu saya, adik bradik perempuan saya..selain yang saya nyatakan siapakah lagi yang haram dikahwini??

3.Bagaimana pula dengan keluarga bayi tersebut.. adik bradik seibunya, saudaranya, bolehkah berkahwin dengan keluarga dari saya?

4.Apakah pula status aurat/perkahwinan biras(isteri abg ipar) saya dan bayi lelaki tersebut? 

Terima kasih. Saya mohon penjelasan dan pencerahan.

message user image

Assalamualaikum,

Boleh bagi pencerahan tak?

Saya bercerai dengan ex suami pada feb 2020..mempunyai 2 anak perempuann

 Dan pada 7 nov 2021 kami bernikah semula. Bulan 12 saya dapati saya hamil dan saya jangka hamil sebelum nikah. Sebab due date pada 12 may 2022...

Memang kami ada terlanjur sebelum nikah tu dan kami telah bertaubat nasuha. Persoalannya adakah nikah kami sah?

Dan adakah anak yang bakal lahir tu boleh berbin / bintikan suami saya?

message user image

Seorang isteri mendakwa mendengar suaminya melafazkan cerai. Terapi suami tidak ingat dan menafikan kerana tidak pernah mengeluarkan nya . Suami hanya melafazkan bercerai sekiranya kamu berbuat sesuatu. Mohon penjelasan status cerai tersebut.

message user image

Assalamualaikum, moga Allah merahmati mereka yang menegakkan agamanya. Pernikahan misyar merupakan satu trend baharu di Malaysia. Apakah kedudukan nikah misyar di sisi agama Islam dan adakah pernikahan misyar ini boleh dipraktikkan di malaysia?

message user image

 Assalamualaikum wbr SS Datuk Dr, terima kasih sudi membaca soalan saya..Saya Nurul 'Ain Md Nasir dari Melaka.

Sy ingin bertanya adakah wujud Tuntutan Nafkah Iddah bagi isteri yang kematian suami? Isteri ini adalah dari perkahwinan kedua suami, isteri dari perkahwinan pertama telah meninggal dunia dan mempunyai 4 orang anak perempuan. Isteri ini tiada anak bersama suami dan seorang yang berkerjaya dan tidak miskin. Isteri juga telah mengeluarkan sebahagian wang dalam akaun bank peninggalan arwah suami dan menerima pencen bulanan arwah suami. Jika benar wujud tuntutan nafkah ini,kepada siapakah ianya boleh dituntut?

Isteri juga telah melanggar peraturan di dalam tempoh iddah, iaitu keluar dari rumah bukan hanya utk tujuan ke tempat kerja (bercuti), yang bagi saya ini adalah tidak wajar dilakukan. Adakah dosa ini akan ditanggung oleh arwah suami di akhirat kelak?

Mohon jasa baik pencerahan dan pandangan SS Datuk Dr utk tindakan saya selanjutnya. Kerjasama dan perhatian SS Datuk Dr. amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum.!Saya ingin bertanya berkenaan wali. Saya ingin berkahwin tetapi wali nasab saya iaitu ayah kandung mempunyai masalah penyakit amnesia, bolehkah wali berpindah kepada abang kandung?

message user image

Salam, boleh tak saya nak gugurkan hak ayah saya sebagai wali ? disebabkan ayah kandung dan ibu tiri  saya telah berlaku zalim kat dalam hidup saya . Saya dah paksa hati saya untuk terima dan hormat mereka sebagai ibu dan abah saya .Saya dah cuba . Tetapi apa yang saya lalui dalam hidup ini disebabkan mereka ,terlalu perit untuk saya telan . Saya yakin islam merupakan  agama yang adil dan agama yang tidak menindas .Saya tak boleh terima kalau ayah saya yang jadi wali saya . 

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ingin bertanya.Pada 25Feb2022 yang lepas saya dan suami ada bertengkar dan pada saat itu suami hendak keluar dari rumah sambil mengemas pakaian2 nya. Semasa itu jugak kami sekeluarga disahkan positif covid19 (Kuarantin hari kedua). Saya cuba melarang dan memegang kakinya tanpa lepas.saya berkata jangan keluar tinggalkan saya dan anak2. Sebab sebelum ni dia pernah buat seperti itu, selama 2minggu berturut2 tanpa khabar berita. Setelah lama bergelut dalam keadaan itu, dia minta saya lepaskan pegangan kaki nya tapi saya enggan,saya cakap kita kuarantin, jangan sebab kita orang lain terima akibat. Jdi dia cakap dia tak jadi keluar namun saya tidak percaya. Sehinggalah dia ber taklik dan berkata dengan nada dan keaadaan tenang, 'Ok kalau saya keluar,jatuh talak keatas awak' .

Soalan saya, suami tidak nyatakan 'keluar' itu cuma malam itu atau bila. Tidak jelas.Tapi saya rasa musykil. Pada 27/2/2022, saya tidak pasti waktunya tapi saya sedar suami ada keluar dari rumah.(mungkin cuma membeli rokok dia kedai dan buang sampah sahaja). Jadi apakah taklik tersebut sah ataupun cuma waktu dia lafazkan itu sahaja? 

Mohon pencerahan.

Terima kasih atas bantuan . Assalamualaikum.

message user image

Masalahnya begini, sy & suami pernah bercerai 2 kali. Sebelum itu kami bernikah di songhkla & telah mendaftarkan pernikahan di jabatan agama negeri selangor. Kami menggunakan wali hakim disana. Berlaku perceraian pd 2014, dan setelah habis eddah 5 bln kemudian kami sepakat utk menikah semula. Semasa itu kami ada berjumpa dgn ayah kandung sy & bagitahu nak menikah...ayah tiada halangan, cuma kami tidak menyatakan bila tarikh nak menikah semula ( jarak tempat tinggal ayah lebih 2 marhalah). Seminggu kemudian, kami dinasihatkan oleh abg kandung (jarak rumah abg & rumah sy kurang 2 marhalah) sy utk segera bernikah demi mengelak cakap2 buruk jiran tetangga. Selang beberapa hari kami dinikahkan oleh abg kandung sy bersaksikan ahli keluarga tanpa kehadiran ayah kandung sy (ayah sy tidak dimaklumkan tentang pernikahan ini). Untuk pengetahuan ustaz, suami saya berpoligami, sy isteri ke-2, jadi urusan pernikahan semula ini menjadi rahsia & tidak didaftarkan. Sy ada terbaca & pernah menonton beberapa petikan video tentang turutan wali. Sejak itu hati sy tak tenteram. Baru2 ini sy menunaikan umrah & sekembalinya sy dr Makkah, sy mohon suami check status pernikahan kami. Kerana sy sgt ragu2, & sy juga rasa sgt menyesal tidak mengambil berat isu turutan wali. Abang sy melafazkan 'saya nikahkan adinda sy.....' tanpa menyebut wakil wali bapa. Adakah sah nikah sy ustaz? Klu tak sah, maksudnya perlu difaraqkan, adakah boleh kami bernikah semula? Kerana kami dh 2 kali bercerai....adakah yg difaraqkan ini dikira cerai kali ke-3? Semoga dpt merungkai persoalan, terima kasih.

message user image

AAsalamualaikum..

Mudah mudahan pertanyaan saya ini,dipihak Tuan puan dapat menjelaskan dengan persoalan saya ini..

  • emak dan bapak saya dah lebih 20 tahun bercerai hidup dan saya mempunyai 3abang 1adik perempuan..
  • Abang saya yang sulung,ada penyakit skizofrenia..dan dia Duduk dengan bapa saya selepas bercerai dengan emak saya.bertahun lamanya sebelum ni penyakit tak ada mengganggu fikiran dan mental abang saya,cuma sejak akhir akhir ini diipenghujung tahun 2021..penyakit agak mengganggu,sampai kan tahap kesabaran menguji..
  • Emak saya mentah2 menolak untuk menjaga abang saya..Dengan keadaan usia bapa saya yang agak dah berusia,tak mampu untuk melayan kerenah serta bila penyakit datang..
  • abang yang nombor dua anak ramai dan dia pun mempunyai anak syurga,hanya yang dia mampu sahaja.
  • abang yang ketiga jauh jugak duduk dengan keadaan pendamik sekarang,agak susah untuk datang menziarah..
  • Dan adik bongsu pula duduk sekali dengan bapa,abang num 1 dan adik sudah menikah...
  • Rumah saya dengan bapa tak begitu jauh,cuma beza Saya rumah paling hadapan dan bapa pula dipertengahan.
  • Disini saya,pening dengan kedudukan sekarang..emak asyik mintak2 duit yang bapa saya pernah pinjam sedangkan abang saya yang pertama tak pernah tanya keadaan,dan adik perempuan saya bila dia tak boleh untuk handle abang saya.contoh lambat makan ubat,dia akan telefon saya seolah2 macam teruk sangat,bagi saya lah.saya sampaikan berselisih faham dengan suami,terkejar2 pergi tengok..dan adik saya pula seolah2 dia yang masak,dia yang membasuh dan lain2 sedangkan tidak ada apa2 yang dibuat..
  • Diseketika tadi bertekak mulut,seolah2 dia yang penat..dan yang paling saya sedih,dia sanggup bagi tahu bapa saya supaya tak payah pergi jumpa doktor untuk amik ubat.menguasai fikiran bapa saya,kalo pergi jumpa doktor kena bayar rm200.
  • Saya,disini penuh dengan persoalan adakah sekarang saya diuji dengan kental nya.saya mendirikan rumah tangga dengan duda anak1 dan saya belum punyai anak..
  • Harus ke wajib ke,saya yang sudah mendirikan rumah tangga tapi kadang2 saya terpaksa berlebihan menjaga abang saya sehingga keizinan suami saya tidak minta

message user image

ASSALAMUALAIKUM

SAYA ADA MENGAMBIL ANAK ANGKAT DAN SEKARANG BERUSIA 9 TAHUN

SAYA TIDAK BERJAYA MENYUSUKAN ANAK ANGKAT SAYA

ISTERI KEPADA ABANG SAYA (KAKAK IPAR) BERJAYA MENYUSUKAN ANAK ANGKAT SAYA MENGIKUT SYARAT YANG DI TETAPKAN

ADAKAH SAYA DAN ANAK DIKIRA MAHRAM DENGAN ANAK SAYA?

 

message user image

Assalammualaikum ustaz, mohon pencerahan.

Suami pernah melafazkan cerai & kami telah rujuk.

Setelah beberapa bulan saya & suami bergaduh ketika saya mengandung 8 bulan. Dia lafaz "Kita cerai lepas bersalin nanti."  kami telah ke mahkamah Syariah untuk daftarkan cerai. Namun beberapa minggu selepas itu kami bergaduh dan saya mengugut untuk lari dari rumah, suami saya lafaz "ko keluar rumah ni kita cerai". Adakah terjatuh talak itu sedangkan kami dalam tempoh Iddah?

Mohon jelaskan ustaz. Terima kasih

message user image

Assalamualaikun...

 

Saya nak tanya.... Ada sekali saya terlalu marah kepada isteri saya dan kami bergaduh dalam whatapp... Kemuadian isteri block saya dan unblock saya balik... Kerana terlalu marah saya kata "kalau block lagi sekai aku ceraikan kau"... Kemudian isteri block saya semula.. dan selang beberape minit dia unblock kembali... Saya menyatakan lafaz dalam keadaan yang saya tidak boleh kawal perasaan saya dan saya tidak ada niat untuk ceraikan isteri saya .. 

 

Mohon penjelasan dan apa yang perlu saya lakukan

 

message user image

Assalam...tuan sy telah membuat larangan ke atas isteri sy...ketika itu sy tengah marah...sy telah melarang isteri pulang ke kampung dia tanpa izin sy...jika dia langgar larangan sy maka jatuh talak 1 sy cakap pada isteri.... Tapi selepas sy dah tenang,sy meminta maaf pada isteri dan menarik balik kata2 sy dengan mengizin kan dia pulang ke kampung seikhlas hati kerana Allah....Adakah dgn menarik balik kata2 sy sebelum ni terbatal sudah ke larangan yg sy buat tuan....

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Sy nk bertanya, dlm tempoh iddah (bercerai hidup)

bolehkah suami dan bekas isteri duduk berlainan rumah?

Tambahan pula seseorang itu akan stress, tidak selesa dan mempengaruhi 'mental health' disebabkan sikap masing2. 

Terima kasih ustaz 

message user image

Assalamualaikum tuan.. 

Suami saya baru sahaja meninggal 2 bulan lepas akibat kemalangan jalan raya...

sebelum kami bernikah, kami pernah bergaduh dan arwah suami ada nyatakan yg dia tidak akan bernikah dengan saya sampai dia bersumpah laknat.. 

"wallahi watallahi wabillahi.. aku tak akan nikah dengan kau walau apa pun jadi... mati pun aku sanggup dari nikah dengan kau"

kemudian kami berbaik semula dan akhirnya  bernikah.. selepas bernikah saya lupa nak tanya mengenai sumpah yg dia buat dahulu samaada dia ada tarik balik atau tidak... selepas 2 bulan kami bernikah arwah suami meninggal dunia..

apa hukum nya tuan, berdosa ke kami?. saya tak nak arwah suami disiksa di sana.apa yang perlu saya lakukan sebagai isteri untuk membantu suami saya di sana?

message user image

Assalamualaikum ustaz , saya nak bertanya . Kalau kita buat majlis perkahwinan , dan ada tetamu yang memberi sumbangan duit, duit itu hak siapa ? Ibu bapa atau pengantin? Saya konfius soal.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin mengajukan soalan tentang pernikahan. Adakah sah pernikahan sekiranya sebutan nama kurang jelas semasa akad nikah? Akad nikah telah disahkan oleh tok kadi di jabatan agama islam. Tetapi semasa melihat ulang tayang video pernikahan, sebutan nama pengantin perempuan semasa akad nikah agak kurang jelas. Contoh nama pengantin perempuan Farhana jadi Farhanah.

message user image

saya ingin bertanya mengenai status lafaz talak.

begini ustaz, saya bertengkar dengan suami  dan banyak isu berbangkit. dua-dua dalam keadaan marah. saya memaksa suami bersumpah dengan nama Allah yang betul suami saya tak cakap ayat yang saya maksudkan. lepastu saya ulang dan suami ikut

ayat lafaz macam ni

"demi Allah kalau kau cakap macam tu(saya maksudkan time bertengkar) jatuh talak 3. suami ikut ayat tu. dan suami memang pasti dia tiada cakap seperti yang saya maksudkan . dan bila saya suruh suami keluar rumah. suami cakap. "kenapa pula memang betul abang tak cakap macam tu pun" adakah dah jatuh  talak3?

message user image

1.Asslamualaikum kepada pihak berkenaan saya ingin menanya mengenai anak yang boleh di "BIN "kan dengan nama bapanya atau  "Abdullah". Saya telah megandung anak luar nikah tapi tempoh sebelum saya 3 bulan  mengandung saya sudah nikah secara sah apakah anak yang dilahirkan nanti sewaktu buat surat beranak boleh di "BIN "kan nama bapanya dalam surat beranak???

message user image

Salam, Isteri saya sekiranya marah selalu mengeluarkan kata 'ceraikan aku'. Jadi saya telah menetapkan sekiranya dia mengeluarkan kata itu sekali lagi dia perlu membeli saya komputer riba. Satu hari, saya dan isteri ada pertenglikahan melalui telefon. Dia mengeluarkan kata di atas 'ceraikan aku' dengan nada marah. Saya berniat ingin menjawab 'ok kena beli laptop la macam tu', belum sempat saya menghabiskan ayat saya seperti di atas, dia telah menutup telefon di saat saya berkata 'ok'. Adakah jatuh talak? Terima kasih menjawab kemusykilan saya

message user image

Salam,

Saya ingin bertanyakan utk status ini. 

Saya mempunyai seorang kenalan lelaki, beliau telah pun berkahwin.  Selepas beberapa tahun berkahwin beliau dan juga isteri tidak lagi tinggal bersama dan segala nafkah mahupun tanggungjawab samada si isteri mahupun beliau sendiri tidak pernah berlaku seperti sepasang suami isteri, dan untuk pengetahuan juga masing-masing tau dimana tinggal, maksud saya isterinya juga tau dimana beliau tinggal dan beliau juga tau dimana si isteri tinggal, boleh dikatakan mereka tidak pun bergaduh, tidak juga ada masalah lain. Boleh dikatakan macam masing-masing membawa haluan masing-masing tanpa berlaku tjawab zahir atau batin seperti org yg dh nikah. Hal ini berlarutan sehinggalah sampai ke hari ini. Diam tidak diam tahun ni (2022) telah pun hampir 6tahun perkara ni berlarutan. 

Saya ada menegur beliau, kerana si isteri agak berpakaian yg menjolok mata. 

Pertanyaan saya ialah :-

1.   Apakah status beliau dan juga isterinya? Adakah masih sah sebagai suami isteri?

 

2.   Adakah beliau tetap menanggung segala dosa yg dibuat oleh si isteri setiap kesalahan yg melanggar hukum hakam agama? (salah satu ialah sperti tak tutup aurat)

 

3.   Pada 2tahun lepas beliau ada berhubung dgn si isteri dan menyatakan untuk failkan penceraian, dan si isteri tlh pun bersetuju, namun masih lagi tidak berlaku kerana disebabkan PKP dan tangguh2. Adakah beliau & isteri  masih sah walaupun penceraian ini belum lagi dilafazkan di makhamah mahupun diluar makhamah. Maksud saya, mereka cuma berbincang dan masing2 bersetuju..

Mohon untuk ustaz & ustazah untuk menjawabnya.

Sekian, terima kasih.

message user image

Saya ada menceraikan isteri pada 20.2.2021 dengan talak 1. Selepas itu, kami masih duduk bersama dan kami ada melakukan jimak. Adakah dikira kami sudah rujuk walaupun tiada lafaz rujuk dari saya?

message user image

Assalamualaikum,

Ketika melalui iddah disebabkan kematian suami, adakah balu boleh keluar rumah untuk menghadiri kelas al-Quran? Balu berusia 75 tahun dan boleh menjaga adab.

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum wbt,

Tuan, saya ingin bertanya bagi pihak kawan perempuan yg ada kemusykilan berkenaan perkara di atas. Detail kes adalah seperti berikut di bawah:

•  Menikah di Thailand pada 2017 1439H, sbgai isteri ke 2, tanpa pengetahuan isteri pertama.

•  Selepas akad nikah, tak pernah duduk sekali sebagai suami isteri

•  Selepas 1 tahun akad nikah, pihak isteri mohon dilepaskan suami kerana suami tak dpt jalankan tanggung jawab dan tidak adil..  Proses penceraian dilaksanakan melalui Imam di Thailand.

•  Selepas itu (slps 2 tahun), suami hantar whatsapp kata “walaupun hubungan kita bukan lagi sebagai suami isteri, abg berharap sangat supaya hubungan silaturahim kita akan berterusan”

•  Ditinggalkan mcm tu saja tanpa ada nafkah zahir batin almost 3 years slps menghantar msj seperti di atas,


Soalan: Adakan sah penceraian cara begini? Mohon pejabat tuan mufti beri kata putus status kawan perempuan saya ini .. Samada sah penceraian dia ni ... 

Jazakallah hu khoiron atas pertolongan pihak tuan .. 

 

 

message user image

Assalamualaikum..saya mohon pencerahan mengenai situasi di bawah..

Suami kerja di perantauan berjauhan dengan isteri2 dan anak2..isteri pertama masih belum dikurniakan rezeki anak..isteri kedua sudah mempunyai anak yg bersekolah & sekarang sedang mengandung..

Persoalannya adakah salah di sisi agama sekiranya isteri pertama melawat suami yg di perantauan, bermalam di sana, setiap bulan, manakala isteri kedua tidak dapat berbuat demikian disebabkan kekangan anak yg bersekolah & sekarang sedang mengandung..

Adakah haram di sisi undang2 bg isteri pertama melawat suaminya pada setiap bulan, dengan tujuan usaha untuk mendapatkan zuriat juga..

Sekian terima kasih

message user image

Assalamualaikum w.b.t, saya nak tanya adakah jatuh talak? Apabila seorang suami menghantar mesej " AKU NAK CERAI"  melalui applikasi Whatsapp di dalam group keluarga dan didalam group itu juga ada si isteri. Mohon pencerahan berkenaan persoalan ini. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ada kemusykilan disini. Bagaimana anak luar nikah perempuan ingin berkahwin tetapi berbintikan bapa biologinya. adakah wanita tersebut perlu tukar bintinya dahulu atau boleh terus daftarkan perkahwinannya dengan menggunakan nama yang berbintikan bapa biologinya??

message user image

 

Seorang wanita telah putus haid selama 2 tahun akibat dari suntikan perancang. Beliau telah putus haid semenjak dari bulan 10/ 2019. Pada bulan 9 / 2021 beliau telah diceraikan dan masih tidak mempunyai haid. Apakah tempoh beriddah beliau?

Jika beliau telah melangsungkan perkahwinan selepas dari 5 bulan perceraian beliau adakah hukum pernikahan tersebut dari hukum syarak? Semasa pernikahan berlaku haid beliau masih tidak ada.

message user image

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Saya dan ahmad adalah sepupu sebelah ayah.

Seorang wanita bernama siti merupakan janda ada anak bernama aminah.

Jika saya berkahwin dengan siti, maka aminah akan jadi anak tiri saya. 


Bolehkah ahmad berkahwin dengan aminah?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz.

Saya sgt memohon agar mendapat penjelasan dan jalan penyelesaian ttg masalah saya hadapi. 
masalah ini membuatkan saya hampir2 kemurungan atau putus asa hidup. 
 

saya seorang suami mempunyai isteri dan seorang anak 8 bulan. kedua ibu bapa saya masih hidup dan ayah saya masih berkerja (gaji boleh tahan besar) . 

saya & isteri dua2 kerja, tetapi gaji kami mmg cukup2 makan sampai hujung bulan, kdg2 saya kene buat part time utk kelansungan hidup keluarga kecil kami ni. 
 

masalah saya adalah, mak saya demand duit bulanan dari saya sebanyak rm1000 setiap bulan, yg mmgnya saya tak mampu, tetapi mak saya tidak peduli dan dia menuduh isteri saya mengawal duit saya sehingga dia tidak dpt rm1000 sebagai bulanan. 
 

Mak saya sampai menyerang kedua mertua saya serta mengatakan bahawa isteri saya anak menantu yg tidak baik. Mak saya juga berkata ikut hukum agama 100% duit gaji saya sepatutnya diutamakan kepada dia baru isteri serta anak saya. Dan dia berkali2 mengatakan saya anak derhaka. 

soalan saya ustaz, adakah saya mmg anak derhaka? Kerana tidak dpt memberi duit bulanan seperti yg diminta oleh ibu saya? Dan apakah keutamaan dlm agama islam dlm kes saya ini berkaitan gaji bulanan saya, siapakan yg saya harus utamakan gaji saya setiap bulan? 

Dan mcm mana jalan penyelesaian terbaik utk keadaan saya ustaz? Skrg Saya sampai satu tahap saya dah hilang arah , saya hampir nak gila ustaz. Saya sgt mohon2 penjelasan daripada ustaz. Terima kasih saya dahulukan kepada ustaz kerana sudi mengambil kes saya. Assalamualaikum 

 

message user image

Assalaumualaikum .....Sya ingin bertanya...tentang iddah seorang isteri yg telah kematian suami adalah selama 4 bln 10 hari. Baru baru ini ibu saya telah kematian suami ...umur ibu sya sekarang 75 thn ..semasa hayat bapa sya  kedua org tua saya tinggal bersama sama sya. adakah ibu sya wajib tinggal di rumah saudara lain yg berhampiran dangan kubur bapa saya ( cth: bapa saya dikebumikan di perak dan saya tinggal di selangor maka ibu sya wajib tinggal di perak sehingga tempoh edah selesai )maksudnya ibu sya tidak blh keluar dari perak selama tempoh idah tersebut...mohon penjelasan...memandangkan ibu sya ingin tinggal dangan saya tetapi terpaksa menunggu sehingga eddah selesai.ibu sya tidak selesa tinggal bersama anak yg lain.

 

message user image

Assalamualaikum...Saya dan suami telah berkahwin selama 15 tahun dan selama 15 tahun ini kami tinggal berasingan kerana saya bekerja di Selangor dan dia di Kelantan. Sesekali kami akan berjumpa samada dia dtg ke Selangor atau saya balik ke Kelantan. Setahun mungkin 2-3 kali. Kami mempunyai seorang anak yang kini berusia 14 tahun, saya jaga sepenuhnya. Sepanjang perkahwinan, suami tidak memberikan sebarang nafkah zahir kecuali RM200 kepada anak setiap kali berjumpa (2-3 kali setahun) dan dia akan memberitahu pada anak secara jelas yang duit itu untuk anak saya. Nafkah batin pula telah terhenti semenjak kelahiran anak 14 tahun yang lalu. Perbelanjaan saya di Selangor termasuk perbelanjaan anak semuanya menggunakan duit saya. 

Kami berdua berkerja sebagai guru dan tiada masalah kewangan. Saya redha dengan apa yang berlaku dan tidak pernah merungut atau meminta apa2 dgn suami cuma saya mengaku yang sesekali saya berasa agak kecewa dgn sikap suami yang lepas tangan dan saya akui juga yang perasaan kasih pada dia juga sudah seakan hilang. Namun saya teruskan perkahwinan kerana kasihankan anak dan sedar yang saya sendiri tidak melaksanakan tanggungjawab saya sebagai isteri kerana duduk berjauhan.

Namun baru2 ini ada seorang saudara saya menasihatkan saya supaya merujuk kepada pejabat agama mengenai satus perkahwinan kami kerana dia rasa telah jatuh talak berdasarkan lafaz taklik negeri Kelantan yang berbunyi: 

“Bahawa adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama masa yang tersebut pada hal ia taat kepada saya.

Atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya tidak mengambil tahu mengenainya selama 4 bulan atau lebih atau (nama isteri) kemudian ia mengadu kepada mana-mana kadi/hakim Syarak jika disabitkan oleh kadi/hakim Syarak ini akan aduannya maka gugurlah talak saya dan dan tiap-tiap kali saya rujuk akan isteri saya tersebut tanpa redanya maka gugurlah pula satu talak lagi.”

Persoalan saya: Adakah betul jatuh talak walaupun saya redha dan saya tidak pernah mengadu kepada mana2 kadi/hakim syarak?

message user image

assalamualaikum....

saya telah di ceraikan oleh suami saya dengan meletakkan kan sesuatu tarikh pada malam tarikh jatuh talak itu...saya dan suami tengah bersetubuh saya dalam keadaan masih haid belum mandi wajib lagi..apakah status saya dan suami.

terima kasih..

 

message user image

Salam,

1. Apakah hukum seorang isteri yang memburukkan suami kepada anak, adik-beradiknya, iparnya  dengan tujuan untuk mendapat simpati dan sokongan dari orang lain dan memastikan anak2nya membenci ayahnya?

2. Jika contohnya satu keluarga telah bercerai dan anak-anak mengikut ibunya, adakah betul ayah wajib memberi nafkah anak2nya sehingga berumur 21 tahun?

3. Sekiranya seorang isteri tidur tidak sebilik dengan suaminya  dalam rumah yang sama selama lebih 1 minggu, dengan berbagai alasan contohnya dengan berkata ia tidak mencintai suaminya, adakah dikategorikan sebagai nusyuz?

 

message user image

Assalamualaikum,

saya pernah melafazkan seperti ini kepada isteri di whatsapp, 'Aku nk je suruh kau sumpah tapi kalau kau tipu suMpah kau tu, jatuh talak ke apa ke kn. nak je buat mcm ni'. Adakah ucapan tersebut jelas jika isteri menipu akan terjatuh talak?

Ataupun sebenarnya ucapan itu tidak sah walaupun ditakdirkan isteri secara sengaja atau tidak menipu, kerana lafaz tersebut bukan bersifat jelas seperti 'kau tipu aku lepas ni terus jatuh talak' dan saya tidak berniat pun ketika itu untuk melafazkan secara jelas.

message user image

Asssalammulaikum ustaz,

 

Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya.

 

Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? Suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia.

 

Kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik.

 

Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata ‘aku ceraikan kau’.

 

Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami.

 

Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri)

 

Soalan: 1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)

 

2. Saya ada bertanya kepada suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri ).. abang (suami) tujukan kepada orang dalam TV tu ( hantu perempuan yg kahwin dgn manusia lelaki )

 

3. Saya ada ajak suami ke mahkamah, tapi suami tak nak dan anggap tiada penceraian yang berlaku.

 

4. Apa pandangan tuan mengenai masalah dan situasi saya ini? Saya risau sebab perkara ni dah terjadi 9 tahun lepas, sampai sekarang saya fikir..Dan suami tidak pernah lafaz rujuk tapi kami ada berjimak..

 

Ada juga saya bertanya kepada pihak tertentu, mereka mengatakan talak Tidak jatuh.

message user image

Assalamualaikum.  Saya telah pergi ke Betong Thailand pada tahun 2014 bersama isteri saya dan bernikah di pejabat kadi Betong. Tetapi kami masuk ke Thailand secara  haram tampa surat perjalanan yg sah dan kami juga tidak pergi mendaftar pernikahan kami di konsulat Malaysia di Songkla. Kami hanya perlu bayar kepada agen untuk uruskan hal tersebut dan mereka akan post kepada kami. Kami telah bayar rm1800 kepada agen untuk bernikah tetapi untuk urusan pendaftaran di konsulat melalui agen kami mesti tambah lagi rm1000. Tetapi bila saya ada baca bahawa untuk pendaftaran pernikahan di konsulat Malaysia di Songkla adalah suami isteri wajib hadir di pejabat konsulat dan tidak boleh melalui agen dan saya juga ada baca bahawa Jakim hanya beri kebenaran bernikah di jabatan islam di Yala dan bukan di cawangan Betong. Kami juga di saksikan oleh agen kami yg kami tidak kenal rakyat Thailand. Isteri saya pada ketika itu seorang janda dan tidak bawa sijil cerai beliau tetapi tiada masalah dan jurunikah tersebut tetap menikahkan kami. Saya masih belum mendaftar pernikahan kami di Malaysia. Jadi saya ragu ragu dengan pernikahan kami adakah SAH atau tidak. Adakah kami perlu di akad nikah lagi di Jais . Harap tuan dapat membantu . Terima kasih

message user image

Lafaz talak dalam keadaan marah. Dalam dua saat menyesali perbuatan. Betul ke talak itu tidak jatuh kerana pasangan tidak terus lapur ke pejabat agama? Adakah perlu akad nikah semula?

message user image

Assalamualaikum wth.

Saya berkahwin dengan duda anak 4. setelah 5 tahun berkahwin saya baru sahaja dikurniakan anak lelaki berusia 5 bulan. namun baru-baru ini anak tiri perempuan (1) mohon tinggal dengan ayahnya (suami) sebelum ini dijaga oleh mama mereka di negeri sembilan. saya takut suami mengungkit jadi saya setuju. namun setelah 7bulan tinggal sebumbung saya semakin tidak ikhlas menjaga anak tiri kerana perbezaan sifat dan sikap yang ketara. saya jenis yang rajin mengemas rumah, tersusun, mesra serta peka pada orang lain.

soalan saya :

1) saya dianggap derhaka pada suami jika saya menolak tidak dapat terus mejaga anak tiri di rumah kami kerana saya semakin jadi takut mahu balik ke rumah sendiri. hanya anak kecil menjadi penguat semangat saya.

2) apakah hukum ibu tiri dan wajibkah menjaga anak tiri? bagaimana cara terbaik untuk saya menolak menjaga anak tiri tersebut yang sedang belajar tingkatan 4?

3) adakah saya akan terima kifarah jika saya menolak menjaga anak tiri, benarkah balasan akan terjadi kepada anak kandung saya seperti menjadi anak yang tidak solleh dan nakal?

sekian, terima kasih

message user image

Asalammualaikaum.

Saya dan suami ada seorang lelaki anak luar nikah sebelum kami berkahwin. Jadi siapakan yang berhak sepenuhnyaa pada anak ini. Suami atau isteri. ???? Saya perlukan jawapan yan segera. 

message user image

Assalamualaikum. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Pihak Jabatan Mufti Selangor kerana membaca dan sudi menjawab soalan saya.

Soalan saya, adakah taklik terpakai & perceraian berlaku sekiranya suami terlupa lafaz taklik dan melakukan kesalahan? 

Isteri yakin dengan lafaz taklik yang diucapkan suami dan berkeras untuk bawa perkara ni ke mahkamah, namun suami bertegas yang perkara dia lakukan tak disebut dalam lafaz taklik.

Contoh, suami lafaz taklik di hadapan isteri sekiranya suami melakukan perkara A, B, C dan D, maka kami akan bercerai. Setelah beberapa bulan, suami melakukan kesalahan A dan isteri menegur. Namun suami bertegas bahawa dia hanya melafazkan sekiranya dia melakukan kesalahan B, C dan D maka kami akan bercerai. 

Mohon pencerahan.

message user image

Assalamualaikum, saya nak bertanya apa hukum sekiranya pihak pasangan lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkongsi mas kahwin contohnya seutas rantai tangan. Sefahaman saya mas kahwin adalah hak isteri, sah ke akad nikahnya?

message user image

Saya ingin bertanya , Berapakah talak akan jatuh , semasa suami melafazkan talak lebih 3 kali pada waktu yang sama . 

Semoga kemusykilan saya terjawab , Terima kasih 

message user image

Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanyakan perihal jodoh. Jodoh merupakan antara takdir yang boleh diubah melalui usaha dan doa. Jadi adakah wajar untuk kita mendoakan seseorang itu secara spesifik untuk menjadikan dia sebagai suami atau isteri kita, seolah-olah kita hanya inginkan dia sebagai jodoh kita?

message user image

Saya ingin bertanya , Adakah jatuh talak jika suami mengatakan semasa bergaduh , Kau bukan sesiapapun bagiku , dan isteri jawab , aku anggap ini jatuh talak . Suami pun balas , ya , kau mahu sangat bercerai kan . 

Soalan kedua , Adakah jatuh talak jika suami berjanji menceraikan isteri kedua selepas isteri pertama bersalin ? , Kerana isteri pertama merupakan pesakit deppression dan sedang makan ubat .

 

 

message user image

Assalamualaikum w.b.t,

Tuan/Puan,

Saya telah kematian suami pada 8 November 2022 yang lalu. Saya ambil maklum perkara-perkara yang boleh dan tak boleh dalam tempoh iddah. Bagaimanapun, saya memerlukan pencerahan bagi perkara di bawah supaya saya tidak melakukan perkara yang salah.

1. Wanita yang kematian suami boleh bekerja kerana mencari rezeki. Bagaimanapun, wanita yang kematian suami tidak dibenarkan bermusafir termasuk menunaikan haji dan umrah. Pekerjaan saya memerlukan saya bermusafir (outstation) di luar negeri untuk beberapa tempoh. Adakah saya boleh pergi outstation?

2. Wanita yang kematian suami boleh keluar untuk keperluan-keperluan penting dan mendesak. Situasi saya seperti di bawah:

   - Sekiranya keluarga mentua saya yang duduk tidak jauh dari kawasan rumah ingin membuat majlis doa selamat dan tahlil, boleh ke saya menghadirinya atas permintaan keluarga mentua?

   - Saya dalam proses menguruskan harta pusaka arwah suami dan saya perlu pergi ke beberapa pejabat untuk menyelesaikannya. Adakah dibenarkan?

3. Keadaan rumah saya memerlukan pembaikan yang sekiranya tidak buat pembaikan akan lebih teruk. Boleh ke saya panggil kontraktor datang ke rumah untuk membaikinya. 

Saya mengharapkan pihak tuan/puan dapat mengemukakan maklum balas dengan kadar segera. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

message user image

Assalamualaikum Ustaz

Apakah hukum suami tinggalkan tempat tidur isteri, dan tidur bilik berasingan kerana hendak bangun tengah malam untuk solat sunat. Alasan diberikan ialah dia hendak pasang lampu pada tempoh waktu yang agak lama, dan tidak mahu mengganggu isteri tidur. Kekerapan dia buat begini adalah dalam 4-5 hari seminggu. Oleh kerana suami sedang tak bekerja, waktu tidur/ bangun dia lebih fleksibel berbanding dengan saya. 

Saya rasa kemungkinan besar ini akan memudaratkan hubungan kami sebagai suami isteri dalam jangka waktu panjang. Tetapi berjaga malam untuk beribadat adalah sangat afdhal. Jadi saya ingin mendapatkan pendapat ustaz.

Perhubungan kelamin pun berlaku sekali dalam satu atau 2 bulan. Saya memang akan ingatkan dia tentang kewajipan nafkah batin, tetapi saya pun dah naik segan untuk tegur dia selalu.

Terima kasih,

Puan Masniza

message user image

salam ustaz saya memerlukan pencerahan

harap ustaz boleh bagi saya keyakinan

malam tadi suami saya ada melafazkan talik jika saya tidak percaya apa yg dikatakan jatuh talak 3….

Jika lafaz taklik dibuat bukan bertujuan mentalakkan isterinya, tapi cuma memberi keyakinan yang dia membenci kelakuan itu, dan jika isteri melanggarnya: tak jatuh talak.

benarkah yang dinyatakn seperti diatas kerana  hanya suami sy tidak suka sebab saya kadang2 dia rasa tidak percaya pada nya

dan jika kadang2 yg diperkatakan tidak logik dan saya tidak percaya adakah talak masih tidak jatuh?

suami saya jugak ada menarik balik talak tersebut sah ke ustaz?

sy harap  ustaz dapat membalas secepat mungkin sebab kami sayang antara satu sama lain

 

message user image

Assalamualaikum

Sy ingin minta pendapat para ilmuwan utk tindakan yg selanjutnya. Kami bertengkat bertegang urat sehaarian Dan hilang kesabaran suami Dan isteri

Isteri telah melakukan Hal yg tidak disukai Dan berlakunya suami terlepas cakap mentalakkan isteri tanpa niat tetapi lebih pada mengugut supaya isteri faham tidak sepatutnya issue yg di gaduhkan itu timbul 

Keadaan suami yg sgt marah Dan binggung selepas kejadian

Suami meragui akan kata2 nya da apakah status talak tersebut.  

Minta nasihat 

Terima kasih

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum ustaz.. maaf mengganggu.. saya dah setahun berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan anak lelaki yg berusia 2 bulan lebih.. saya nak tanya, saya pernah beritahu secara wassap pada isteri saya, "kalau rasa tak bahagia, dan tak boleh teruskan, fail kan permohonan dan abg akan turuti".. soalan saya adakah jatuh talak di situ? Ada beberapa kali saya katakan begitu pada isteri saya dalam keadaan marah (kami ada bertengkar) dan bila saya bertenang, saya menyesal atas kata2 saya.. mohon pencerahan dari ustaz.. terima kasih

message user image

Assalammualaikum, nak tanya, saya seorang isteri..

Saya gaduh dgn suami .

Saya mesej suami dan dlm mesej saya berkata, ” hati saya berbelah bagi,minta maaf sangat²”.

Suami jawab : ok

Kemudian saya mesej lagi:

” saya tak boleh ( maksud hati saya kata,xboletak boleh nak teruskan pernikahan ini), maaf sangat²,

Suami jawab :”ok.

 

Situasi diatas ,boleh dianggap sudah terjadi talak ke, sudah jatuh talak ke?

Terima kasih, harap dpt membantu.

message user image

Assalamualaikum

Anak lelaki baru berkahwin dan duduk bersama keluarga mertua. Apakah mahram untuk anak lelaki dengan nenek si isteri? Perlukah nenek si isteri menutup aurat ketika mereka didalam rumah?

message user image

salam. saya ingin bertanya tentang status perkahwinan saya.. beberapa tahun dahulu saya pernah meminta untuk suami bersumpah akan jatuh talak sekiranya dia curang dengan saya.. dan seingat saya suami hanya menyebut hurmm sahaja.. harini saya bertanya kembali kepada suami tentang itu.. dan suami tidak ingat akan hal itu.. suami berkata seingat dia sepanjang perkahwinan kami dia tak pernah berniat atau melafazkan talak kepada saya.. apa pendapat tuan?jatuh juga ke talak tu walaupun dia tak ingat?terima kasih.. 

message user image

Assalamualaikum ustaz.

Apakah hukumnya seorang isteri yg secara sengaja merakam perbualan telefon dgn suami bercakap hal2 yg tidak sepatutnya (hal2 ditempat tidur) kemudian menghantar rakaman perbualan itu kepada madunya(isteri muda)? 

Kejadian itu menimpa saya (isteri muda) walaupun telah lama berlalu (hampir 4tahun) tapi saya tidak dapat melupakan dan masih terngiang2 ditelinga perbualan mereka (lebih kurang 1jam) sungguh menjijikkan.

Adakah saya berdosa kerana tidak dapat memaafkan mereka terutama madu saya kerana dia yg merancang unt merekod tanpa pengetahuan si suami. Niat dan tujuan dia hanya Allah yg tahu. Bukan itu saja suami saya juga telah berkata jika saya mendengar lagi rakaman itu maka jatuhlah talak ke atas saya! Saya yg tidak bersalah akan menerima hukum an tapi si pesalah bebas, tiada keadilan buat saya. 

Adakah jatuh talak sekiranya saya mendengar rakaman yg masih tersimpan dalam telefon bimbit saya?

Setelah kejadian itu saya berdoa semoga Allah turunkan bala buat dia dan saya tidak redha jika duit hasil pencarian saya diberi kepada dia walau dalam bentuk apa sekali pun. Tapi kini suami saya bekerja dgn saya, bagaimana ye ustaz?

Adakah saya berdosa kerana mendoakan keburukan buat dia diatas perbuatannya?

Mohon jawapan dari ustaz.

Terima kasih. Assalamualaikum. 

message user image

Apa hukum anak tiri perempuan saya tinggal dengan saya selepas saya bercerai dengan ibunya.Anak tiri berumur 18tahun.Tinggal bersama kami anak lelaki saya berumur 7tahun hasil perkahwinan saya bersama bekas isteri tersebut iaitu ibu kepada anak tiri tersebut.bagaimana jika saya hantar anak lelaki saya di kampung dan tinggal saya berdua dengan anak tiri saya.bolehkah ditangkap khalwat sedangkan dia adahlah mahram saya selamanya

message user image

salam.. saya ingin bertanya.. beberapa tahun dahulu. saya  (isteri) pernah menyuruh suami bersumpah sekiranya suami curang maka jatuhlah talak..tetapi kami benar- benar tidak ingat apa yang berlaku selepas itu samada suami bersetuju atau tidak..suami berkata dia sangat pasti tidak pernah berniat untuk bercerai atau melafazkan talak sepanjang perkahwinan kami.. tolong saya.. saya buntu.. terima kasih

message user image

Assalammualaikum ustaz. Jika seorang isteri sudah mandi wajib selepas habis haid, sebelum mandi wajib isteri sudah seluk dengan kain untuk pastikan tiada darah lagi. Keesokkannya ada keluar tompokan darah, jadi isteri belum mandi wajib untuk kali kedua kerana tidak pasti samada itu darah haid atau tidak. Lalu berjima bersama suami. Adakah suami perlu membayar kaffarah? Jika perlu bayar, boleh atau tidak ditangguhkan bayaran kaffarah sehingga ada duit?

message user image

Assalammualaikum..... Saya ingin bertanya... Saya dan bekas suami sudah bercerai secara fasakh.. saya ada mendengar 1 ceramah seorang ustaz.. isteri yang nusyuz tidak layak dapat nafkah... Semasa tempoh kami berkahwin saya duduk di rumah keluarga saya..sebab suami tiada rumah...selepas melahirkan anak kami duduk di rumah keluarga suami selama sebulan...tetapi saya tidak tahan duduk disitu...saya pulang kerumah keluarga saya tanpa mintak izin suami...tidak lama suami Pon bagi izin saya tinggal di rumah keluarga saya...dan kami duduk asing..setiap Sabtu Ahad saya akan pulang ke rumah keluarga suami...dan 1 hari ibu suami ada memberi 1 rumah untuk kami suami isteri duduk...tetapi malam itu kami suami isteri ada bertengkar sebab bagi nafkah tidak cukup..suami seorang penagih..malam to die telah mengacu kan pisau dekat saya dan anak sampai saya trauma... kerana saya mintak cerai.dan keluarga saya membawa saya pulang..start dari malam to saya sudah tiada lagi hati dengan bekas suami..dan saya tidak membuat report polis..kerana malas nak panjang kan kes..selepas kes itu suami Pon selalu tidak memberi nafkah..kalau bagi Pon tidak cukup .adakah saya dikira nusyuz? 

2) seorang yang nusyuz boleh ke meminta  fasakh ?

3) kalau ada kesalahan sedikit dekat tarikh kenyataan isteri masa dlm tuntutan fasakh penceraian itu dan suami Pon mengaku salah kira  sah ke pembubaran itu?

4) ada ke pembubaran perkahwinan tidak sah?dan atas sebab apa jadi tidak sah?

 

 

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum Tuan,

Di sini saya ingin bertanyakan soalan mengenai tanggungan kewajipan bagi suami terhadap isteri yang bekerja. Buat pengetahuan tuan, saya ada menyediakan perbelanjaan kewangan di setiap bulan untuk isteri saya bagi tujuan bayaran sewa rumah, pembayaran bil-bil utiliti rumah, pembelian barang-barang keperluan dapur dan pembelian keperluan barangan rumah. 

Mengikut perkiraan saya jumlah kewangan yang saya berikan bagi tujuan perbelanjaan atau nafkah yang saya berikan kepada isteri saya mencukupi dan ianya masih mempunyai baki untuk tujuan perbelanjaan peribadi beliau. 

Selain dari itu, saya juga turut membayar plan insurans bulanan buat isteri saya untuk tujuan perubatan dan perlindungan diri isteri saya yang mana ianya turut disertakan dengan sejumlah simpanan yang dikhususkan buat isteri saya. Saya tidak meminta isteri saya untuk menanggung perbelanjaan yang berkaitan seperti yang telah saya nyatakan di atas walaupun saya mengetahui yang beliau bekerja. Persoalan dari saya ialah;
 
(1) Adakah suami perlu menanggung segala perbelanjaan isteri yang keluar bekerja seperti kos pengangkutan, kos makan dan minum untuk isteri sewaktu bekerja.

(2) Adakah suami perlu menanggung setiap komitmen peribadi isteri seperti hutang kereta dan hutang peribadi memandangkan segala komitmen dari pihak isteri ini ada yang dibuat sebelum atau sesudah berkahwin.

Mohon pencerahan buat pertanyaan di atas. Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum

saya ingin bertanya tentang  jatuh talak. berlaku pergaduhana antara saya dan suami. suami ada mengatakan "selepas aku sihat aku akan ceraikan". adakah kata-kata ini dikategorikan jatuh talak kepada saya.

semasa pergaduhan saya sekeluarga mengalami demam. saya terasa hati dengan suami kerana tidak membantu hal-hal rumahtangga, dan dengan perasaan marah saya meminta suami melepaskan saya kerana semua kerja-kerja dan menjaga anak saya yang lakukan sendiri . disebabkan kata-kata saya suami dalam keadaan marah mengeluarkan kata-kata tersebut.

Mohon pihak tuan/puan memberikan pencerahan.

Terima kasih

 

 

message user image

Baru-baru ni adik saya meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri (adik ipar saya) dan 4 orang anak. Isteri arwah tidak bekerja dan kesemua anaknya telah berkahwin dan bekerja. Ada anaknya tinggal bersama arwah dan isterinya. Hidup sederhana sahaja. Tidak senang dan tidak susah. Arwah ada se-ekar kebun sawit dengan sedikit hasil.

Persoalan saya, adakah saya wajib memberi nafkah kepada isteri arwah semasa dalam edah walaupun beliau mampu menyara hidupnya dan tiada anak kecil? Jika isteri arwah menolak daripada menerima nafkah semasa dalam edah, apa yang perlu saya lakukan dan adakah saya dikira berdosa?

Terima kasih. Assalamualaikum

message user image

Assalamualaikum . Saya telah bernikah dgn isteri saya pada tahun 1983 di Petaling Jaya Selangor.Pada tahun 1996 saya telah meninggalkan isteri saya tetapi tidak pernah melafazkan lafaz cerai samada bersaksi atau tanpa saksi. Dari tarikh tersebut isteri saya tidak pernah (setahu saya) mengadu di mana mana Jabatan Ugama Islam . Walaupun kami telah tidak tinggal sebumbung dan telah tidak menjalankan kehidupan suami isteri (saya telah tidak menunaikan nafkah zahir dan bathin sejak tahun 1996. tetapi tetap memberi nafkah anakx2 seadanya) , hubungan kami tetap baik. sehingga sekarang. Sekarang saya telah tidak bekerja atas faktor kesihatan, isteri saya dan anak yang menanggung kehidupan saya.Saya sering ke Sg Buloh melawat anakx2 dan isteri saya (isteri saya tinggal dgn anak)

Pertanyaan saya.

Adakah telah jatuh talak taklik keatas isteri saya ? Mengikut lafaz taklik (kalau tak silap saya) talak hanya akan jatuh jika isteri mengadu ke pihak berkuasa ugama islam.

Atau 

Pernikahan kami masih sah.

Mohon pencerahan dari pihak tuan

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Bolehkah bakal suami menggunakan mata wang dari negara lain untuk mas kahwin ? contohnya dollar singapore atau thai baht. jumlah itu akan disebut semasa akad. adakah dibenarkan di Malaysia.

Terima Kasih

message user image

Assalamualaikum,

Apakah hukumnya memohon cerai jika suami tidak solat,tidak puasa dan bercakap kasar dengan keluarga? Adakah saya masih memohon cerai atas alasan ini?

Terima kasih

Ayu

message user image

Assalamualaikum w. b. t, tuan/puan saya ingin bertanya tentang hukum berkawan dengan lelaki yang bertujuan untuk dijadikan pengganti setelah bercerai namun masih dalam tempoh iddah. Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum, 

Ahmad menyatakan bahawasanya ibunya akan mengalami gangguan emosi dan stress kerana tinggal bersendirian selepas kematian ayahnya. adakah dibolehkan untuk ahmad mengambil ibunya untuk tinggal bersamanya sedangkan ibunya masih dalam iddah kematian ayahnya? dan apakah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh ibunya ketika dalam iddah di rumah anaknya? jika dibenarkan untuk tinggal bersama dengan ahmad, ada tak garis panduan atau parameter setakat mana gangguan emosi yang diperakui dalam syarak sehingga dibenarkan untuk keluar rumah. adakah perlu pengesahan daripada doktor atau cukup sekadar pemerhatian orang di sekelilingnya (anak/ jiran/ dll). Terima kasih. 

 

 

message user image

Salam.baru baru ini kami suami istri bergaduh.suami cakap kalau macam ni kita berdua ni berlepas la.adakah jatuh talak sebab dia cakap macam tu.setelah hilang marah dia kata dia tak de niat pun nak becerai tadi sebab tengah marah.untuk pengetahuan ustaz sebelum ni dia pernah jatuh kan talak 1.kami sudah rujuk semula.baru baru ni pula dia jatuh kan taklik kepada saya jika saya berjumpa dengan lelaki di luar sana dan saya curang jatuh talak 1.jika saya ada berlaku curang adakah telah jatuh semua talak.minta pencerahan ustaz.saya takut telah jatuh talak 3

message user image

Saya telah bertelingkah dengan suami saya dan suami saya melafazkan 'saya bukan suami awak'. Adakah jatuh hukum talak dengan lafaz tersebut?

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada 1 kemusykilan.

Saya dan isteri bergaduh mulut beberapa hari lepas. Dan dalam perbalahan tersebut saya ada menyebut perkataan ' Ikutlah, buat lah apa yang kamu suka '

Saya musykil samada ianya lafaz talak kinayah ataupun tidak, kerana saya dalam keadaan was was samada saya mempunyai niat ataupun tidak untuk menceraikan.

Saya tidak dapat pastikan niat yang sebetulnya. Kerana saya marah.

Alhamdulillah saya dan isteri dah berbaik, kami berdua dan memaafkan satu sama lain.

Harap boleh maklumkan pada saya penerangan kepada kemusykilan saya. Terima kasih.

message user image

Assalamulaikum. Saya ada dua persoalan

1. Adakah anak di luar nikah itu perlu di nasabkan kepada Bin/Binti Abdullah atau nama ibunya seteleh bayi mencapai 4 bulan atau tidak mengira bulan ?

2. Apakah anak orang bukan islam itu dikira anak di luar nikah juga 

Terima kasih

 

message user image

Assalamualaikum, 

Saya nak menanya mengenai tempoh iddah kematian suami, 
Baru-baru ini ayahanda saya telah kembali kerahmatullah, segala permergiaannye diurus di Negeri sembilan kerana meniaga di sana. Dan rumah asalnye di Johor. Rumah di negeri sembilan adalah rumah anaknya. 

Sekarang ibu saya duduk bersama anak perempuannya dah menantu. 
Di sini saya kurang arif. Apakah ibu saya boleh meneruskan iddah nya di pulang ke Johor di mana rumah arwah yang sediakan atau mesti menetap di rumah anak perempuan yang sudah berkahwin.
tetapi ibu saya berasa janggal duduk serumah dengan menantu lelakinya.
Apakah Hukum dan Pandangan yang dibenarkan dalam islam. 


 
 

message user image

Assalamualaikum.

Saya nak tanya, situasinya begini. Si Suami cakap "kalau kau ugut lagi, aku ceraikan kau" . Lepas beberapa hari. Si isteri ugut suami dengan perkara yang sama lagi. Jadi macam mana ye? Jatuh ke ye talak? Talak berapa ye? Kalau isteri ugut perkara yang sama itu berkali-kali, maknanya macam mana pula ye? 

Sekian. Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum.

Saya pernah berguru dengan almarhum Us Ashaari Muhammad tapi dah tinggalkan semua ajaran dan amalan yang tak betul. Tapi suami saya masih menganggap dia tuan guru dan masih meyakini beberapa ajaran almarhum yang tidak betul seperti  meminta tolong kepada roh para wali, saidi syeikh itu imam mahdi dan seumpamanya. Cara dia amalkan poligami pun tak berapa ikut syarak.

Soalannya bolehkah dan wajarkah saya minta cerai atas alasan ini? 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Saya mahu bertanya mengenai permasalahan nama bapa saya. Abang, Kakak dan Adik saya dibinkan dan dibintikan nama ayah saya seperti di surat nikah. Tetapi sya dibintikan dgn nama lain atas kerana kesilapan bapa saya. Untuk pengetahuan bapa saya warganegara Indonesia manakala ibu warganegara Malaysia. Semasa saya dilahirkan bapa dalam proses memohon kewarganegaraan Malaysia dan telah memilih untuk menukar nama kepada Rahman (dokumen permohonan masih disimpan oleh ibu). Oleh sebab itu saya dibintikan dengan nama Rahman tetapi permohonan tersebut tidak berjaya dan semasa ibu saya mengandungkn adik saya, bapa telah meninggalkn kami dan pulang ke negara asalnya. Ini menyebabkn urusan pendaftaran kelahiran adik didaftarkn oleh keluarga ibu sendiri dan namanya bapanya sama seperti abang dan kakak dan hanya saya dibintikan dengan nama Rahman.

Saya ingin menanyakan mengenai isu wali saya. Bolehkan Abang atau adik saya menjadi wali saya?

message user image

Assalamalaikum Ustaz, saya ingin bertanya. Semalam saya bergaduh dengan isteri. Saya tidak bersetuju untuk membenarkan isteri saya melanjutkan pelajaran atas sebab - sebab yang tertentu.

Kemudian akibat tidak tahan saya melafaz ayat berikut:

“Kalau awak pergi juga melanjutkan pelajaran, kita berpisah”

Adakah jatuh cerai antara kami ustaz? Sebab saya tidak ada niat bercerai ketika itu, sebaliknya niat saya hanyalah untuk menghalang isteri saya dari meninggalkan saya dan anak untuk melanjutkan pelajaran. Mohon pencerahan, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum WBT.

Tuan,

Ibu & ayah saya telah bercerai lama. Ayah saya juga telah berkahwin lain & tinggal di tempat lain bersama isteri baru beliau. Walaubagaimanapun, kami anak-anak masih berhubung dengan ayah & tidak memutuskan ikatan silaturrahim walaupun ayah telah berpisah/bercerai dengan ibu. Kami anak-anak semua telah besar semua telah melebihi 25 tahun keatas.

Baru-baru ini ayah sakit dan meminta bantuan anak yg masih bujang (saya & adik saya) untuk bergilir-gilir menjaga beliau dihari minggu. Ayah tidak mahu menggangu adik beradik lain atas alasan mereka sudah berkeluarga. Saya dan adik saya sudah bekerja & masih menetap bersama ibu saya manakala adik beradik yg lain yg telah berkahwin serta tinggal dirumah mereka sendiri. Diatas beberapa faktor seperti rumah ibu yg jauh dengan rumah ayah (pergi balik dalam +-120km), komitmen bekerja dihari minggu yg tidak menentu, kekangan kenderaan iaitu kami hanya ada motorsikal shj jika mahu berulang-alik hujung minggu untuk menjaga & pergi ke rumah ayah.

Disebabkan saya & adik tidak dapat memberikan komitmen untuk menjenguk & menjaga ayah pada hujung minggu itu, dia marah dan berkecil hati. Sikap ayah sebelum ini yg panas baran, pernah memukul ibu, suka memaki hamun, merasakan diri beliau shj yg betul, pernah mengabaikan tanggungjawab kpd anak-anak, membuatkan kami trauma & terkesan sehingga kami dewasa. Itu juga salah satu faktor kami berat untuk menjenguk & menjaga ayah selain daripada faktor-faktor diatas. Kami masih sayangkan ayah walaupun kami trauma. Saya & adik saya risau jika kami digelar anak derhaka dan sebagainya sebab tidak memenuhi kehendak ayah utk dtg menjenguk & menjaga beliau.

Oleh itu, saya ingin memohon jasa baik pandangan serta pencerahan pihak tuan, adakah bila ayah telah bercerai dengan ibu, tanggungjawab anak-anak kepada ayah juga telah terputus? Apakah hukumnya jika saya & adik saya tidak menuruti arahan ayah itu walaupun ayah telah bercerai dengan ibu saya? Adakah kami wajib mendengar arahan & perintah daripada ayah walaupun dia telah bercerai dengan ibu? Adakah kami berdosa & dikategorikan sebagai anak derhaka? Mohon pandangan & pencerahan tuan.

Kemudian, jika saya ingin berkahwin, adakah ayah saya wajib utk menjadi wali? Kerana saya mempunyai 2 orang abang.

Maklum balas jawapan, pandangan & pencerahan pihak tuan amat saya harapkan. Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya mempunyai 2 soalan.

  1. Saya ingin bertanya adakah sah pernikahan seorang lelaki penzina dan seorang perempuan penzina yang belum bertaubat? Kami masih belum bertaubat dari kami mula bernikah yakni 2019, hingga kini. Namun kami ingin berubah. 
  2. Sejak kecil saya boleh kira beberapa kali sahaja saya mendirikan solat dan suami pula solat tapi tidak penuh. Adakah sah pernikahan saya yang tidak solat dan suami yang kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak? Perkara ini berlaku sebelum kami bernikah hingga lah bertahun-tahun sehingga hari ini. 

message user image

Assalamualaikum.Saya mempunyai 3 soalan

  1. Adakah sah perkahwinan seorang penzina wanita & penzina lelaki yang belum bertaubat? Si Isteri langsung tidak pernah mengerjakan solat sepanjang hayatnya manakala si suami solat kadang-kadang. Namun mereka ingin bertaubat. Adakah mereka telah murtad? Adakah sah akad nikah mereka? Adakah mereka perlu akad nikah semula?
  2. Adakah sah perkahwinan seorang penzina wanita yang belum bertaubat dan wanita tersebut langsung tidak pernah solat sepanjang kehidupanya. Manakala si suami bukan seorang penzina namun dia kadang kala solat kadang-kadang tidak. Adakah sah pernikahan mereka? Adakah mereka telah murtad? Adakah mereka perlu akad nikah semula?
  3. Adakah sah pernikahan seorang wanita yang tidak pernah solat dengan lelaki yang kadang-kadang solat kadang-kadang tidak solat? Adakah mereka telah murtad? Adakah mereka perlu di akad nikah semula? 

message user image

Asalamualaikum wbt, saya ada pertanyaan mengenai berbin/binti kan anak tidak sah taraf. Abang saya telah mendapat anak tidak sah taraf dengan kelakuan terkutuk. Dan mereka berdua telah pun berkahwin dengan keadaan orang yang menikahkan tidak mengetahui tentang kandungan tersebut termasuklah ahli keluarga. Justeru setelah lahirnya bayi lelaki tersebut, abg saya dan isterinya telah sepakat untuk meletakkan nama anak lelakinya berbinkan nama saya. Dan ini telah mengundang kemarahan ahli keluarga. Jadi persoalan saya adakah boleh anak tidak sah taraf dari abang saya berbinkan/berbintikan adik beradik kandung bapa biologi anak tidak sah taraf tersebut? Jika ya mengapa dan jika tidak apakah solusi yang boleh saya buat untuk menyelesaikan permasalahan ini? Kerana bagi saya Ia melibatkan nasab keturunan. 

message user image

Assalamualaikum wbt, saya baru sahaja bercerai talak 3 (bain) dengan isteri disebabkan dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Sebelum bercerai kami bermaafan kerana saya sayangkan dia tetapi kami tidak bersefahaman lagi untuk terus kan hidup bersama. Saya ada nasihatkan dia bahawa perbuatan dia adalah dosa besar dan di laknat Allah swt, dia bertaubat dan insaf katanya. Beberapa hari selepas bercerai saya lihat di status FB nya dia telah up load gambarnya yg jelas bermake up dan kelihatan gembira. Apakah hukumnya kerana dia masih dalam eddah. Saya juga tahu yang dia masih berwhatsap dgn teman lelakinya itu. Apakah hukumnya kerana dia masih dalam eddah? Saya kasihan padanya kalau dia berdosa. Terima kasih.

 

 

message user image

Assalammualikum ustaz,
 

Saya ingin bertanya dan meluahkan sedikit masalah. Saya Helmy berumur 36 tahun dan masih tidak berkahwin. Saya hanya dua beradik kandung (sama mak & ayah) iaitu seorang kakak (umur 39) juga belum berkahwin. Ayah dan mak saya telah bercerai pada tahun 1994 ketika saya 6 tahun. Kemudian ayah saya kahwin pada 1996 dan bercerai dengan pasangannya pada 2001. Ayah saya kahwin lagi pada 2004 dan bercerai lagi pada 2008. Ketika itu hasil perkahwinan nya dikurniakan 2 anak lelaki ( lahir tahun 2005 & 2007). 

Soalan 1 : 
Adakah menjadi tanggungjawab saya untuk menanggung 2 anak lelaki nya? Kerana ketika ini ayah saya tidak mampu bekerja disebabkan menghidap strok dan umur nya pun sudah 63 tahun.

Ibu kandung saya pula berumur 72 tahun. Setelah diceraikan oleh ayah saya pada 1994, dia berkahwin semula pada 2003 dengan duda anak 12 orang. Ayah tiri saya tidak bekerja. Hanya mengharapkan pencen ibu saya dan gaji saya untuk duit makan, bil api air dan sebagainya. 

Soalan 2

Saya tidak mempunyai niat untuk kahwin kerana memikirkan tanggunjawab saya yang besar untuk menyara keluarga. Kadang-kadang saya rasa tertekan kerana memikirkan ayah saya yang strok walaupun dari kecil saya tidak duduk dengan ayah tetapi soal perubatan & hospital kini dikendalikan oleh saya. Adakah saya ini kira berdosa & nabi Muhammad tidak akan mengaku umat kerana saya tidak ada keinginan untuk berkahwin.?

message user image

Assalamualaikum.

Tajuk..nikah gantung

Saya ingin nikah gantung dengan pasangan saya anggaran selama 3-4 bulan...alasan sebab selalu keluar bersama jadi kami takut terjadinya maksiat @ bual mulut orang dalam masa kami tengah bertunang.

Saya ingin bertanya tentang hukum nikah gantung @ nikah khitbah..apakah syarat nikah gantung,bila terbatalnya nikah gantung,adakah nikah gantung sama seperti nikah biasa (batas aurat,halal bersentuhan dan bersama),dan nafkah..

 

Mohon pencerahan dari jabatan mufti selangor

Sekian terima kasih..

message user image

Assalamualaikum.

Saya perempun bujang umur 30+tahun, sudah lama hidup berdikari. Saya tak suka dikongkong atau disuruh², oleh itu saya ragu² untuk berkahwin kerana saya tak mahu masuk neraka disebabkan tidak taat suami . Pada masa yang sama, saya masih berkeinginan kearah nafsu batin.

Soalan saya: 

1. Apakah makruh untuk saya berkahwin kerana tujuan saya hanya inginkan hubungan intim?

2. Bolehkan buat perjanjian perkahwinan bertulis (seperti pre-nuptial) supaya suami tidak mengongkong atau suruh isteri macam-macam?

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum. Sejak kecil lagi saya dibesarkan oleh keluarga angkat saya. Setelah dewasa saya bercinta dengan seorang lelaki selama 10 tahun tanpa pengetahuan keluarga angkat saya. Mereka cuma mengetahui lelaki terbabit adalah rakan baik saya sahaja. Kemudiannya saya telah berpisah dengan lelaki terbabit. 

Keluarga angkat saya ingin saya bernikah dengan lelaki lain yang menjadi pilihan mereka. Saya rasa seperti dipaksa dan saya cuba berdolak dalik namun gagal. Saya tidak menyatakan hasrat saya yang tidak setuju dengan jelas. Saya cuma meminta pernikahan kami ditangguhkan setiap kali keluarga angkat atau pihak lelaki memberi tarikh baru. Kini setelah 4 tahun usia pernikahan saya dan suami, saya ikhlas menerima suami dan redha dengan pernikahan ini.

Soalan saya, adakah sah pernikahan saya? Kerana pada awal pernikahan dan perkahwinan saya rasa seperti dipaksa? 

message user image

 

Assalamualaikum WBT,

 

Saya ingin bertanyakan satu soalan kepada pihak jabatan. Saya sudah berkahwin, dan baru- baru ini terdapat pertelingkahan antara saya dan isteri saya disebabkan oleh pihak ketiga yang sudah berkahwin juga. Saya berjanji kepada isteri saya saya tidak akan curang lagi dan suami wanita tersebut juga membuat satu surat yang mengandungi talak taklik yang mengatakan jika saya curang semula akan gugur talak satu dan meminta saya menandatanganinya. Namun ke esokan hari nya saya ada menghubungi wanita itu semula tetapi bukan untuk meneruskan hubungan tetapi hanya untuk memberitahu lanjut mengenai perkara ini. Persoalannya, adakah jatuh talak tersebut jika saya menghubungi wanita tersebut hanya untuk memberi penjelasan, bukan untuk menyambung hubungan?. Adakah itu dikira sebagai curang semula?. Apakah perkara yang harus saya lakukan bagi perkara tersebut? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Maaf kerana menganggu pada waktu malam.

message user image

Assalamualaikum ustaz. Maaf sy nk bertanya berkenaan wali utk kahwin. Contoh jika ank perempuan berhasrat utk berkahwin. Tpi bapa kandung xsetuju. Dan automatik mmg xsetuju utk jadi wali. Tapi alasan dia xsetuju bukan kerana si lelaki tidak beragama, tidak bekerja. Tapi alasan dia xsuka hanya kerana kerja askar. bapa kata dia xsuka askar. Tiada alasan yg kurang pun pd si lelaki. Jadi boleh ke kami berkahwin jika si bapa xsetuju dan xnk jd wali. Mcm mana kami nk halalkan hubungan ni utk elak maksiat. Lgpun sampai bila nk mcm ni lebih baik halalkan. Lagipun dua2 mampu. Sy dan lelaki juga dua2 bekerja.

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin memohon pencerahan dan nasihat. Apakah hukum isteri yang tidak pernah mahu bersama (bersetubuh) sejak hari pertama berkahwin sehingga sekarang, usia perkahwinan yang mencecah tempoh 1 tahun? Sepanjang tempoh perkahwinan tidak pernah bersama langsung. 

Penolakkan isteri dengan alasan takut dan penat walaupun telah banyak kali di ajak, dipujuk dan dinasihat. Apakah yang perlu dilakukan seterusnya? Apakah hak yang boleh dituntut suami?

Diharapkan pihak tuan yang arif dan pakar dalam bidang seperti ini boleh memberi pencerahan dan nasihat serta pandangan untuk mencari jalan penyelesaian. 

Sekian, terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum wbt, 

Saya ingin bertanya mengenai soal nafkah suami kepada isteri.

Adakah tidak jatuh hukum wajib bagi suami untuk memberi nafkah kepada isteri selagi mereka tidak tinggal sebumbung? Sebagai contoh, selepas nikah, isteri menetap di Selangor dan suami pula di Singapore kerana masing-masing bekerja.

Isteri: Bekerja dan menetap di Selangor. Tinggal bersama abang dan kakak di rumah pusaka keluarga sendiri. 

Suami: Bekerja dan menetap di Singapore. Tinggal bersama datuk dan nenek di rumah mereka. 

Disini, si isteri tidak memerlukan nafkah untuk tempat kediaman kerana menetap di rumah keluarga. Bagaimana dengan nafkah yang lain seperti makan/minum dan pakaian? 

Sekian, 

Terima Kasih.

Nur Aqilah Jabat

message user image

Assalamualaikum

Berkenaan soalan saya yang lepas saya ada soalan tambahan seperti dibawah.

Apakah hukumnya lafaz cerai yang terlepas tanpa sedar akibat was was(lafaz yang ini pun saya tak dapat ingat cuma perkataan yang belakang sahaja saya perasan) , mengulang didalam hati sesuatu lafaz akibat hendak mengingat adakah ia terlafaz atau tidak?

Perkara ini membuatkan saya betul2 tertekan.

Apakah amalan2 yang sesuai bagi menghilangkan was was ni ustaz?

 

message user image

Assalamualaikum.

Saya memohon pencerahan berkenaan pengesahan perkahwinan saya. Saya berkahwin pada 2018 dan berwalikan bapa isteri dan mendaftarkan perkahwinan di negeri Selangor. Tambahan itu, saya juga sudah mendapat seorang anak pada tahun 2021. Baru-baru ini timbul cerita dari keluarga sebelah isteri mengatakan isteri saya sebenarnya anak tidak sah taraf dan perkahwinan kami sebenarnya memerlukan wali hakim dan bukan wali bapa. Isteri tidak mengetahui perkara ini dan untuk makluman, isteri dilahirkan selepas 7 bulan perkahwinan dan ber bin kan nama bapa (wali), dan pada fahaman saya bapa mertua saya tidak menceritakan hal sebenar ataupun berbohong pada jurunikah dalam masa proses dokumentasi perikahan saya dibuat. Buat masa ini bapa mertua (wali) masih tidak memberi sebarang penerangan dan membisu berkenaan perkara. Sumber maklumat yang didapati ini boleh dikatakan sahih dan boleh dipercayai. Persoalan saya;

1. Apa status hubungan saya dengan isteri sekarang? Bolehkah kami bersama pada waktu ini?

2. Jika tidak sah, perlukah kami bernikah semula menggunakan wali hakim?

3. Apakah status anak saya jika perkahwinan ini dianggap tidak sah?

4. Jika perkara ini dianggap tidak sah, perlukah saya berurusan dengan Majlis Agama Islam Negeri Selangor atau tempat yang mudah kami berurusan bersama dengan ibu bapa isteri? 

Bagi mengelakkan aib keluarga sebelah isteri diketahui keluarga sebelah saya dan ditakuti boleh mendatangkan kemudaratan, perlukah keluarga sebelah saya sebagai suami terlibat dalam proses pembetulan masalah ini.

Mohon pencerahan serta bantuan pihak tuan,

Sekian, terima kasih

message user image

Assalamualaikum w.b.h .

Tuan / Puan,

1) Saya telah melakukan kesilapan berzina dan mengandung juga telah berkahwin dengan lelaki yang tersebut setelah anak di dalam kandungan berusia 2bulan ++.. Saya telah melahirkan dan mendaftarkan anak tersebut dengan nama suami walaupun tahu anak tersebut tidak sah taraf. 

2) Telah berlaku perceraian antara kami dan saya telah menuntut nafkah anak tersebut di mahkamah dan mahkamah meluluskan. Dari segi hukum adakah saya bersalah kerana tidak berterus terang dengan mahkamah tentang status anak tersebut sehinggakan mendapat duit tersebut. Adakah duit tersebut halal utk digunakan. Sedangkan saya tahu hukum menafkahi anak tersebut jatuh ke atas saya?

3) Anak tersebut perempuan dan telah dijaga oleh bekas suami (bapa biologi) anak tersebut. Apakah hukum aurat diantara anak tersebut dgn bekas suami (bapa biologi)? Apakah aurat diantara anak tersebut dengan adik beradik lelaki bekas suami dan ayah bekas suami (atuk)?

4) Anak perempuan tersebut tidak dijaga (terlalu dimanjakan dan dibiarkan berlaku bebas dalam pergaulan). Adakah saya berdosa membiarkan anak tersebut dijaga oleh pihak yg tidak sepatutnya?

5) Benarkah anak tersebut dijaga atas dasar ihsan semata oleh bekas suami dan keluarganya dan mereka tidak boleh disalahkan andai terjadi sesuatu yang buruk terhadap anak tersebut?

Harap tuan / puan dapat menjawab persoalan saya. terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan soalan. Kisahnya, kawan saya merasakan tertekan dengan isterinya kerana sudah lebih 2 tahun dia ditolak oleh isterinya apabila dia mengajak untuk melakukan hubungan intim bersama dengan alasan isterinya penat. Apakah hukumnya ? Adakah isterinya ada hak menolak dengan alasan penat badan ? Apakah cara lain bagi suami ?

message user image

Saya ada sedikit kemusykilan di sini tentang perkahwinan saya.

Saya baru 2 tahun berkerja dalam perkhidmatan awam, tapi terpaksa pjj kerana jarak jauh untuk saya berulang balik rumah, suami saya sebenarnya tidak mengizinkan saya berkerja, tapi saya tetap ingin berkerja sebabnya adalah suami saya menganiaya saya sebelum ni, dia pernah memukul saya sampai lebam- lebam, mengeluarkan kata kesat & sebagainya, saya sabar menahan perangai nya kerana anak masih lagi kecil, 

Tapi bila saya diterima berkerja di perkhidmatan awam memang saya tidak menolak, itu peluang saya untuk memiliki duit sendiri & saya tidak terbelenggu dengan sikap suami saya yang sememangnya sangat baran, silap sikit je habis kena maki hamun, tidak kira isteri atau anak.

Persoalannya di sini yang saya ingin ajukan berdasarkan cerita tadi, dia langsung tidak memberi saya nafkah selama saya berkerja kerana katanya saya nusyuz kerana tetap berkerja walaupun dia tidak izinkan, adakah betul tindakannya? Saya berkerja kerana alasan tersebut di atas penganiayaannya, tetapi bila balik setiap minggu saya tetap buat kerja rumah yang ditinggalkan kerja selama 1minggu, banyak kerja rumah, kemudian saya juga melayani dia diranjang adakah tetap nusyuz begitu? 

 

& bukan kah nusyuz boleh disabitkan jika ada perintah mahkamah? & bukan suka hati tentukan nusyuz?

Jadi itulah persoalan saya adakah berdosa suami saya tidak memberi nafkah, & adakah saya berdosa kerana berkerja tanpa izin suami tapi bersebab, untuk maklumam saya pernah membuat repot polis & medikal.checkup selepas dia memukul saya untuk rujukan mahkamah syariah, tapi saya tidak meneruskan untuk.fail cerai memandangkan anak masih kecil, cuma sekarang saya ingin tau saya & suami saya berdosa atau tidak dia atas perbuatan tersebut, saya sangat keliru.

message user image

Assalamualaikum, saya nak bertanya mengenail sah ke suami lafaz cerai " Kau melangkah keluar dari rumah ni jatuh talak dekat kau". Suami dah lafaz dua kali masa gaduh.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanyakan perkara mengenai lafaz cerai diantara ibu dan ayah saya. Pada awalnya ayah saya berselisih faham dengan adik saya dan telah menampar adik saya yang hanya berumur 4 tahun dengan alasan kurang ajar. Adik saya menangis dengan lantang dan ibu saya mula bertanya apa yang terjadi. Jadi bermula lah perang mulut antara ayah dan ibu sehingga membawa kepada perkara adik beradik ayah saya. Ayah saya begitu berang dan ingin menampar ibu tetapi dihalang saya. Tidak semena-mena ayah saya menjerit-jerit seperti tidak siuman berkata 'panggil abang-abang kau, aku boleh lempang kau. Selepas itu ayah saya mengamuk dan mengatakan 'aku cerai talak dua' dihadapan saya tetapi ibu masih tidak sedar kerana adik masih menangis. Saya begitu terkejut terus kata 'ayah sedar tak apa ayah cakap?'. Langsung dia diam dan membebel perkara lain. Bersiap dan ingin keluar rumah. Larut malam balik rumah saya tanyakan pada ayah sedar atau tak apa yang dikatakan tadi dia hanya jawab 'biarlah sedar ke tak' saya tanya lagi 'tahu tak apa cerai' dia pun diam. Tanya berapa banyak talak boleh bagi pun dia tidak tahu.
 

Boleh ke saya anggap ayah saya tidak waras ketika itu kerana ayah saya seorang yang tidak berpengetahuan agama dan tidak dapat beza apa betul apa salah. Untuk pengetahuan dia tidak boleh membaca rumi dan hanya mengenal nombor. Saya bukan hendak membuka pekung di dada tapi saya perlu jelaskan bahawa ayah saya sememangnya jahil tentang ilmu agama sehingga tidak dapat bezakan halal dan haram sesuatu perkara (jika ditegur melenting). Saya pasti ayah saya tidak faham langsung tentang penceraian dan apa akibat daripada lafaz tersebut. Sisi lain, seringkali ayah saya bersikap kebudak-budakan sekiranya marah. Bayangkan ayah yang dah berusia 57 tahun jika tidak puas hati  meludah merata, kuatkan volume tv maximum, sepahkan kain dalam bilik dan keluar rumah menjerit kata diri bodoh. Bukan sekarang tapi dah hampir puluhan tahun begitu sampai kami semua dah lali termasuk jiran tetangga. Adakah dikira sah lafaz cerai tersebut jika dilafazkan oleh ayah saya yang berkeadaan sebegitu?
 

Saya faham bahawa perkara sebegini perlu dirujuk terus ke mahkamah syariah tetapi saya memerlukan penjelasan untuk menerangkan  kepada kedua ibu ayah supaya dapatkan rujukan kerana perkara ini bukan lah main-main. Saya mahu yang terbaik dan selamatkan semua daripada terjebak dengan dosa akibat sekiranya perkara ini berlaku.  
 

Terima kasih kerana sudi membalas pertanyaan saya yang panajng dan saya dahului dengan ucapan terima kasih kepada pihak Mufti Selangor.

Assalamualaikum wbt.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai hal penceraian. Saya telah berkahwin hampir 10 tahun. Isteri saya meminta untuk diceraikan kerana sudah tiada perasaan sayang (tawar hati) pada saya lagi. Saya masih memujuk dia untuk terus bersama saya lagi dalam perkhawinan kami. Namun dia dengan tegas tidak mahu meneruskan dan minta diceraikan dengan segera. Jika tidak menceraikan dia, dia menyatakan tidak akan patuh pada saya, melayan saya dan akan terus memberontak untuk diceraikan, sehingga sanggup mengatakan untuk tidak berbuat baik dibelakang saya. Apakah hukum kepada saya untuk menceraikan nya adalah Harus atau wajib keatas saya? Dan apakah boleh isteri saya meminta cerai seperti ini?

Alasan dia tawar hati kepada saya, kerana sikap/layanan saya pada 4-5 tahun sebelum ini yang dia rasa kan saya tidak sayang pada nya. Dia kerap mengunakan alasan kesalahan/kelemahan saya pada 4-5 tahun lepas yang mana kami telah saling meminta maaf atas kesalahan/kelemahan itu.

Diharap pihak mufti dapat menjawab persoalan saya. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada sedikit pertanyaan,

1) Apa hukum percikan air dari mangkuk tandas semasa tengah flush terkena pada lantai? Tak pasti masa tu sikit atau banyak percikan tu sebab mmg lantai tengah basah, nampak sekali lalu je, lupa nak basuh lantai tu dulu, terus ambil wuduk dekat paip yang ada atas lantai tu dan solat, apa hukum pakaian yang saya pakai masa solat?

2) Saya pernah terbaca seorang lelaki yang berpakaian tidak menutup aurat, sebagai contoh berseluar pendek di hadapan ajnabi, kemudian ketika dia nak walikan kakak/adik perempuan semasa nikah, nikah boleh jadi tidak sah. Apakah sebenarnya hukum bila mereka ini menjadi wali, adakah sah atau tidak?

 

Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum. Soalan saya adalah seperti berikut:

Apakah hukum / adakah jatuh talak apabila seorang lelaki telah mengakui dia sudah bercerai selama 3 tahun dengan isterinya dengan niat untuk mengahwini seorang janda yang tidak menerima poligami. Namun, si isteri lelaki tersebut tidak pernah menerima apa-apa lafaz cerai daripada suaminya.

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya seorang suami dan mempunyai ibu yang tinggal bersama di rumah saya. Akan tetapi sejak berkahwin, ibu saya sering mencari kesalahan isteri walaupun atas perkara yang tidak munasabah, dan mengatakan isteri saya seorang isteri yang tidak baik. Contohnya saya ingin bersama-sama isteri melawat ibubapa isteri saya, tetapi tiap kali itu juga ibu saya menunjukkan ketidakpuasan hati dan ibu saya menuduh saya dipaksa meninggalkan dirinya. Saya juga mempelawa untuk membawa ibu saya bersama, tetapi ibu saya menolak dan enggan berbaik dengan ibubapa mertua saya walaupun mereka telah cuba berbaik dengan ibu saya. Contoh lain, Isteri saya juga meminta izin dari ibu saya untuk menjemput ibu bapa isteri saya datang ke rumah saya, tetapi ibu saya menuduh isteri saya cuba menghalau dirinya dan membenci isteri saya.

 

Kami telah cuba pelbagai cara untuk membaiki hubungan antara ibu saya dengan isteri saya & ibubapa isteri saya, tetapi ibu saya enggan bekerjasama dan memaki hamun kami. Ibu saya berkeras tanpa kompromi bahawa anak lelaki wajib mentaati segala kehendak ibu dan tidak boleh mempersoalkan tuntutan itu walau seperti berlaku tidak adil tanpa mempedulikan isteri saya.  Ibu saya juga memburuk burukkan isteri saya dengan bercerita kepada ibu-ibu saudara saya dan mereka kini turut membenci isteri dan ibu bapa isteri saya yang tidak bersalah, sehingga sanggup menghina keturunan contohnya "keling beranak jumaat maka taruklah nama syed sharifah".. 

 

Persoalannya, adakah ibu saya berlaku zalim terhadap saya, isteri saya atau ibubapa isteri saya, atau saya masih perlu patuh pada kehendaknya (tidak melawat mertua, tidak membaiki hubungan ibu dengan mertua, dan sbg nya).

 

Apakah tindakan yang wajar untuk saya ambil. Adakah saya perlu berpindah dari rumah saya supaya dapat hidup aman dengan isteri, atau bercerai atau teruskan tinggal bersama isteri dan ibu, atau apa apa tindakan lain.

 

Saya telah cuba mencari jawapan untuk persoalan ini bertahun (hak isteri kepada suami apabila ibu berlaku tidak adil dan kejam kepada anak dan menantu) tetapi tidak mendapat jawapan yang jelas. Saya meminta jasa baik pihak mufti untuk khidmat nasihat kerana saya telah kebuntuan. Saya cuma ingin keluar dari perbuatan berdosa & mencari kebahagian dalam hidup. Terima kasih. Assalamualaikum.

message user image

Assalamualaikum,saya nak tanya kalau suami saya lafaz talak kinayah,maksud jatuh ke talak pada saya?contoh mcm 'kita berpisah je la/kita buat haluan masing2'..kalau mcm ni dikira jatuh talak atau tidak..lagi satu tuduhan berat..contoh nya 'kau pegi keje mngangkang depan boss la tu/ntah2 kau tido dengan laki lain belakang aku'..saya buntu sama ada sah bergelar suami istri atau pun dah jatuh talak..

message user image

Assalamualaikum wbt. ustaz\ustazah.

Adakah jatuh nusyuz isteri yg dalam keadaan letih mental fizikal menolak ajakan suami untuk bersama?

Keadaannya begini, suami sihat tubuh badan tapi tidak mahu berkerja menyara keluarga. Isteri terpaksa berkerja 12jam setiap hari (7am-7pm). Selepas balik dari kerja, isteri terpaksa lagi mengurus urusan rumah (mengemas, membersih, memasak) kerana suami tidak mahu membuat kerja di rumah.

Adakah dalam situasi keadaan isteri yang seperti ini menolak ajakan suami untuk bersama tetap dikira nusyuz?

Mohon penjelasannya ustaz\ustazah. Terima kasih

message user image

Assalammualaikum

saya ingin membuat pertanyaan dan penjelasan berkenaan dengan Iddah kematian suami.

boleh ke seorang isteri menghadiri majlis convocation dalam tempoh iddah dan mengadakan majlis keraian seperti harijadi?

sekian terima kasih

 

 

message user image

Assalamualaikum ustaz,

 

Saya ingin bertanya:

Apabila suami isteri bergaduh, si isteri mintak cerai. Tetapi suami berdiam tidak mahu lafaz cerai Dan pekik kepada isterinya untuk keluar bilik. Isterinya menyerang si suami Hingga pukul Dan cekik suaminya. Suaminya terus melafazkan aku ceraikan kau tanpa niat untuk bercerai tetapi untuk mengelak dari terus dicekik. Apakah sah talak ini jika dipaksa lafaz cerai ketika dipukul? 

 

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum..

Saya ada soalan ingin bertanya. Apakah boleh seorang anak luar nikah di bin/ binti kan pada bapa zina dia?. Walaupun bapa zina dia sudah menikahi ibunya sewaktu anak ni dalam kandungan 6 bulan ? Bermakna anak ini lahir sebelum 6bulan usia pernikahan mereka. 

Bagaimana pula jika dalam surat beranak letak nama bapa dia di bin/.binti kan bapa zina nya? Adakah di boleh kan ?

 

 

message user image

assalamualaikum.. saya nak bertanya apakah jatuh talak apabila suami sya cakap "awak pergi laa balik rumah mak awak bawak semua barang dan dduk ngan mak awak" melalui whatsapp.. masatu kami sedang bergaduh dlam whatsapp.. dan selepas itu dia hantar sya ke rumah mak sya tapi barang2 sya tak bawak dan dalam brapa hari kami berbaik semula.. mohon perjelasan apakah hukum dan apakah jatuh talak ? mohon balas kerana hati sya tidak tenang sbb sya ada bada brapa2 di media sosial pasal talak kias

message user image

Assalam ustaz, saya ada soalan. Saya ada perselisihan faham dengan suami. Dalam pertengkaran yang telah berlaku, suami menyebut "pergilah balik sana. Ayah awak boleh tolong jagakan". Adakah sah jatuh talak? terima kasih ustaz.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya bagi pihak kawan saya. Dia malu bertanya sendiri.

Kawan saya mempunyai cucu tidak sah taraf(budak lelaki) daripada anak lelakinya, dia ingin menjadikan budak tersebut anak susuannya untuk menghalalkan kepada keluarga sebelah dia. Anak lelakinya telah berkahwin dengan ibu budak tersebut.

Tetapi ada pendapat mengatakan walaupun dia telah mejadikan anak tersebut sebagai anak susuannya, anak tersebut tetap tidak halal kepada anak2 yg lain iaitu abang dan kakak susuannya. Anak tersebut halal kepada adik2 susuannya sahaja.

Maksudnya, sekarang kawan saya ada anak lelaki dan anak perempuan yang lain, bila budak tersebut sah sebagai anak susuannya, dia tidak halal kepada abang dan kakaknya. Dia hanya halal kepada adik susuannya sahaja, iaitu jika kawan saya mempunyai anak lain selepas budak tersebut disusukan(anak susuan). Betul kah begitu?

Ribuan terima kasih jika pihak tuan/puan sudi menjawap kemusykilan kawan saya ini. 

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, ibu saya didalam iddah diatas kematian bapa. Soalan saya, bolehkah ibu saya hadiri majlis nikah saya di negeri yang sama ketika tempoh iddah. Hanya hadiri nikah dan balik sejurus nikah tanpa hadiri majlis sanding. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, terima kasih kerana menyediakan ruang ini untuk kami bertanya. Saya seorang perempuan yang sudah mempunyai kerjaya dan ingin mengahwini seorang lelaki bujang yang lebih muda 4 tahun tapi tidak tahu bagaimana untuk menyatakan hasrat tanpa membuka aib atau jalan zina. Saya tidak dapat menyuruh org tua ada sedara saya untuk menanyakan atas faktor kesihatan mereka. Jadi boleh ke saya whatsapp terus ke lelaki yang saya suka dan menyatakan niat saya?

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum tuan/puan,

Saya ingin bertanya tentang prosedur untuk saya bernikah. Terlebih dahulu saya ingin menerangkan keadaan diri saya yang membuatkan saya bertanya ke pejabat mufti ini. Saya merupakan anak luar nikah. Ibu saya telah dianiayai (disihir) sehingga mengandung oleh bekas majikannya(ayah kandung)sendiri pada ketika dahulu sewaktu ibu saya masih lagi isteri kepada ayah saya( bukan ayah kandung) dan setelah melahirkan saya nama saya telah dibintikan dengan ayah (bukan ayah kamdung) yang merupakan suami kepada ibu saya kerana ibu saya merupakan isteri kepada ayah itu. Setelah itu ibu saya pergi berubat dan meyedari bahawa kejadian yang membuatkan saya ada bukan dalam kesedaran waras ibu saya. Tetapi sekarang masalah yang sedang saya hadapi ialah saya ingin menikah tetapi nama saya dibintikan dengan nama suami ibu saya yang merupakan bukan ayah kandung saya ataupun Abdullah. Ayah saya yang bukan kandung ini telah menjaga saya dan memberi kasih sayang penuh sama seperti anaknya yang lain. Situasi saya sekarang ini ibu saya sudah berkahwin lain dan suami barunya tidak boleh tau kisah lampau ini. Saya ingin menikah tetapi tidak tau bolehkah ayah yang saya guna namanya dibinti itu boleh menjadi wali saya ataupun saya perlu menggunakan wali hakim dan bernikah di pejabat agama? Saya dan ibu bersetuju untuk menutup aib ini dan betul2 ingin mengetahui cara untuk saya bernikah jika nama saya ini dibintikan dengan ayah bukan kandung bolehkah nikah pakai nama ini dan bolehkah nikah walinya ayah bukan kandung saya atau perlu wali hakim? Ayah kandung saya masih hidup dan saya juga ada berhubung dengan dia.Saya betul2 tidak tau cara untuk prosedur nikah saya ini.Harap pihak tuan/puan dapat menjawab soalan saya. Terima kasih.

message user image

Saya telah berkahwin 10 tahun lepas berwalikan adik lelaki kerana ayah saya telah meninggal dunia. 

Adik lelaki yang menjadi wali saya itu telah meninggal dunia pada tahun 2022 . Selepas kematiannya baru saya tahu yang arwah seorang yang fasik. 

Apa yang harus saya lakukan sekarang.

 

message user image

Assalamualaikum w.b.h

Tuan / Puan,

Saya ada pertanyaan mengenai isu anak tidak sah taraf. Saya banyak membaca fatwa² setiap negeri mengenai anak tidak sah taraf yang mana ada perbezaan pendapat mengenai hal tersebut. 

1) Anak perempuan telah diberitahu oleh ibunya bahawa dia adalah seorang anak luar nikah dan perkara yersebut tidak dinafikan oleh bapa. Pada sijil kelahiran anak, ada nama bapa tersebut kerana anak tersebut dilahirkan selepas 6 bln. Adakah bapa tersebut boleh mewalikan anak tersebut apabila anak tersebut berkahwin kelak?

2) Adakah perlu si bapa membuat pengesahan anak  tidak sah taraf di mahkamah bagi mengelakkan masalah nasab dan urusan harta pusaka dan masalah² berkaitan kelak?

3) Si bapa dan ibu anak tersebut telah bercerai. Dan ada perintah mahkamah berkaitan nafkah anak tidak sah taraf tersebut. Adakah boleh bapa tersebut kembali ke mahkamah dan menggugurkan perintah mahkamah yang telah ada

4) Andai kata si bapa tidak membuat pengesahan anak tidak sah taraf, dan bapa tersebut meninggal dunia.. apabila urusan faraid dilakukan, anak tersebut menerima bahagian harta pusaka adakah haram harta tersebut di gunakan oleh anak tersebut. Sedangkan hal tersebut diketahui oleh anak, nenenk dan ibu tersebut?

Terima kasih tuan.

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum.. saya nk bertanya.. semasa saya sebelum berkahwin dengan suami.. saya ada bergaduh besar sehinggakn terlepas perkataan 'kalau aku dengan kau lg aku kafir' .. persoalannya adakah sah perkahwinan saya..lafaz itu hanya kerana amarah yg terlampau dan tidak beniatkn apa apa.. saya tidak mengingati sempat bertaubat sebelum berkahwin.. adakah sah perkahwinan saya

message user image

Salam 

Saya pernah berselisih pendapat tentang pekerjaan dengan suami. Suami saya tidak membenarkan saya menjadi seorang tukang cuci ( cleaner). Nada suami saya biasa sahaja ketika itu menyatakan begini, "kalau kamu menjadi cleaner, aku ceraikan kamu." Adakah lafaz tersebut dikira taklik. Adakah jatuh talak sekiranya saya menjadi cleaner. 

message user image

Saya ada persoalan. Andai kata semasa pergaduhan suami isteri melalui whatsapp dan isteri ada menyatakan "tengok apa saya buat dekat duit dan rumah sewa yang saya cari" kemudian suami membalas whatsapp dengan "kalau usik tu anggap cerai jelah". Adakah ini dikira taklik? Jika ini taklik, usik bagaimana yang dimaksudkan? duit apa yang dimaksudkan juga? Adakah ini bergantung kepada niat suami? Adakah perlu bertanya kepada suami dengan jelas apakah yang dimaksudkan?

Terima kasih atas jawapan.

message user image

Assalamualaikum.

Apakah implikasi dari segi syarak dan perundangan sekiranya saya sebagai wali iaitu ayah kandung kepada anak perempuan melaksanakan akad nikah terhadap lelaki pilihan anak perempuan mengikut rukun dan syarat-syarat sah nikah tanpa melalui prosedur undang-undang terlebih dahulu. Ini kerana masa yang agak panjang diperlukan bagi memenuhi prosedur yang ditetapkan.

Ini sebagai langkah awal mendapatkan ikatan secara sah secara syarak memandangkan anak saya dan bakal suaminya bekerja di luar negara dan merancang untuk berkawin tahun 2024. Mereka akan pulang ke Malaysia untuk urusan kursus kawin dan sebagainya pada hujung Disember 2023. Ianya juga sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini yang ditegah oleh agama Islam dari berlaku. 

Pohon nasihat dan pandangan segera dari tuan .

Sekian. Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya ada persoalan mengenai talak. Adakah jatuh talak sekiranya ketika pertengkaran isteri ada mintak cerai tapi suami jawab "boleh nak cerai tapi hak penjagaan anak dia nak" dan "kalau betul nak cerai, uruskan semua sendiri". Suami cakap dia takde niat menceraikan langsung. Harap pihak mufti sudi menjawab persoalan saya. 

message user image

Adakah jatuh talak jika suami berkata " bila berlaku perselisihan, saya tertanya tanya adakah betul keputusan saya mengahwini awk " ?

message user image

Assalamualaikum,

Di sini saya ada dua soalan yang pertama apa hukum bekas isteri mengambil barang kemas (harta pusaka) milik bekas suami yang diberi pakai? Bila bercerai bekas suami minta dikembalikan barang tersebut tetapi bekas isteri enggan memberikannya semula dengan alasan ingin mengadaikannya. Dan soalan kedua saya, apa hukum bekas isteri menggadaikan barang kemas tersebut tanpa izin bekas suami, sekian terima kasih.

message user image

assalamualaikum. saya ada timbul keraguan dalam rumah tangga saya. baru-baru ini berlaku pertengkaran antara suami dan saya, disebabkan dari perbuatan suami. akibat dari itu, saya amat marah. kami bertengkar & saya memarahi suami. semasa kami bertengkar, suami ada mengeluarkan ayat "abang tak ada isteri macam ni & ini bukan isteri kalau macam ni, ini syaitan". apakah statusnya jika suami berkata begini? adakah ia suatu lafaz berupa talak.

message user image

Assalamualaikum tuan,disini saya ingin bertanyakan satu masalah dimana saya dan bekas isteri saya telah berpisah hampir selama 10 tahun yang lepas.ada seorang anak berusia 9 tahun.Setahun lebih yang lepas,bekas isteri saya telah melahirkan anak tidak sah taraf hasil hubungannya dengan seorang lelaki Kelantan dan tidak berkahwin.Setelah itu bekas isteri saya tiada sumber pendapatan yang tetap kerana menjaga anak itu.

soalan saya yang pertama: Apakah menjadi satu kesalahan bila mana saya merasa terpanggil untuk menyara anak itu sedangkan lelaki yang telah menyebabkan kehamilan itu lepas tangan begitu sahaja?

soalan kedua: Apakah saya berhak untuk mengambil anak itu jika ibu nya ada masalah dalam menguruskan diri sendiri dalam soal keewangan walaupun pada dasarnya dia mempunyai abang2 kandungnya setelah kematian kedua ibubapanya,tapi abang2 kandungnya  tidak selalu membantu dia dan dalam masa yang sama kadang2 memeningkan diri saya sebab bekas isteri saya selalu meminta saya menolongnya bukan2 terutama dari segi keewangan.Niat saya pada asalnya hanya menyara anak yang dia miliki itu..

Dari itu saya inginkan maklum balas dari pihak tuan tentang pekara ini.Adakah saya ada cara untuk mengambil anak itu sebagai anak angkat?

sekian persoalan dari saya.Diharap jawapan dari pihak tuan dapat membantu memberikan pejelasan.

sekian terima kasih.

message user image

assalamualaikum,

saya nak bertanyakan soalan bekenaan taklik.

saya pernah menonton video lucah sebelum bernikah dan isteri ketahui tentang perkara itu.

dan selepas nikah.

isteri minta buat taklik berkali kali sampai bergaduh.dia tulis di telefon untuk saya baca.taklik nya seperti ini.

jika saya menonton video lucah dengan nafsu maka jatuh talak satu.

saya lafaz kan taklik sebab nak redakan keadaan dan memang tak nak talak atau cerai pon masa tu.

dan saya dah langgar taklik pertama,

kemudian saya lafaz rujuk sendiri dengan isteri.

dan selepas lafaz rujuk,

isteri mintak berkali kali supaya buat lagi taklik yang sama.

saya pon buat la taklik yang sama kali yang kedua.taklik kedua seperti ini.

jika saya menonton video lucah dengan bernafsu maka jatuh talak dua.

soalan saya adakah sah taklik yang dibuat.sebab saya memang taknak lafaz taklik pon.tapi nak redakan isteri dan saya memang dalam hati tak nak langsung talak atau cerai berlaku.

message user image

Asalam. Saya ingin bertanya, saya telah bernazar jika saya berkahwin saya akan sedekahkan seekor kambing kepada rumah anak yatim. Adakah sah jikalau kambing tersebut disedekahkan kepada rumah anak yatim dan asnaf. Atau perlu disedekahkan ke rumah yang ada anak-anak yatim sahaja? Mohon pencerahan. 

message user image

Assalamualaikum tuan/encik..,saya yang bernama di atas ingin bertanyakan tentang kes penceraian saya baru baru ini,di mana pihak tuan hakim telah mensabitkan sah jatuh talak terhadap isteri saya,sedangkan tanpa persetujuan dan niat serta meminta apa apa bukti dari saya,tuan hakim ada bertanyakan tentang kesedaran saya semasa lafaz tersebut tepapi saya hanya mampu menjawab wallahuaklam atas sebab sebab tertentu..jika saya imbas kembali sebelum kejadian lafaz itu,banyak perkara perkara pelik yang berlaku,saya hanya mengesyaki ada unsur unsur sihir,kerana saya pernah membuat perubatan di kampung,dan dia ada menyatakan hal itu,jika hendak dicerita di sini kejadian kejadian yang berlaku agak panjang.. cuma di sini saya betul betul terkilan dengan cara tuan hakim semasa perbicaraan,serta keputusan itu bagaimana kah untuk membetulkan keadaan ini?ataupun saya hanya perlu berdiam sahaja dan mengikut sahaja hukuman yang di jatuhkan oleh tuan hakim bicara?

message user image

Assalammualaikum WBT

Saya ingin dapatkan penjelasan.. baru2 ni saya ada bergaduh dgn suami.. selepas selesai bergaduh suami menyatakan yg dia minta maaf telah berniat menceraikan saya.. namun tiada lafaz yg diperkataan ketika kami bergaduh.. Adakah jatuh talak untuk situasi kami?

message user image

Assalamualaikum tuan. Harap tuan sudi menjawab beberapa persoalan saya untuk menghilangkan keraguan dalam diri saya.

 

1. Taklik untuk perkara yang akan datang dan mungkin akan terjadi kan? Sekiranya suami melafazkan taklik untuk perkara yang dah bertahun lepas dikira macam mana ya? Contoh, saya berkahwin pada 2018. Suami telah melafazkan ayat sebegini 'kalau abang tipu apa apa pasal kenduri nad tu jatuh talak'. Ataupun 'kalau abang pergi mana mana masa kenduri nad tu jatuh talak'. Saya tak pasti mana lafaz yang betul. Sebab saya pun sudah lupa. Persoalannya sekarang, kenduri nad tu pada 2013, sebelum kami berkahwin lagi. Hal ini berbangkit sebab saya ada bukak fb dia. Saya scroll sampai terkeluar feed gambar dia dengan kawan kawan dia dekat kenduri kawen (2013). Saya kejut dia dari tido, saya tanya pergi mana, dengan siapa, ada pergi tempat lain tak selain kenduri tu, lepak lepak kat kedai ke, tengok wayang ke. Suami terus cakap tiada. Dia sekadar pergi kenduri nad tu je, tiada kemana mana dah selepas itu. Terus balik rumah. Dia lafaz begitu untuk meyakinkan saya bahawa dia memang tiada ke mana mana masa kenduri tu. Adakah taklik tu masih valid untuk perkara yang dah lepas? 

2. Adakah lafaz 'aku lepaskan kau' dikira kinayah? Niat lafaz ayat ni untuk isteri berhenti desak dan untuk isteri bertenang. Tiada niat cerai. 

3. Kalau lafaz 'kalau sayang nak sangat cerai, jum abang hantar sayang balik rumah mak dulu, baru jatuh. Abg lepaskan syang'. Adakah dikira kinayah jugak?

4. Lafaz 'kalau itu yang sayang nak, abang boleh lepaskan sayang, tapi biar abang hantar balik rumah mak dulu baru jatuh'. Adakah ini juga kinayah?

5. Suami ada lafazkan didalam whatsaap 'kalau abg salam kawan pondok TADI, jatuh talak'. Ceritanya, kami balik kg sebab ada kenduri. Tapi masa tu kes covid terlalu tinggi. Jadi saya takut kalau virus berjangkit  melalui sentuhan. Sblum balik saya dah pesan pada suami, pakai mask, dan jangn salam2 orang. Suami ckp ye. Bila dah sampai kampung, kawan kwan pondok suami pon datang. Saya ad chat suami saya pada masa tu, ada salam ke? Suami balas tiada. Saya tidak percaya. Saya balas chat suami 'kalau salam jatuh talak'. Suami ckap dia taknak main main dengan talak ni. Saya ckap saya nak lari kalau dia taknak cakap. Kalau betul tak salam kenapa taknak ckap. Pastu suami balas 'kalau abang salam kawan pondok tadi jatuh talak'. TapI tadi tu dia betul2 tak salam. Persoalan saya, adakah jatuh talak kalau dia salam kawan pondok dia beberapa bulan kemudian?

 

6. 2021 suami kantoi dengan saya yang dia ada block sorang perempuan ni. Suami block pada tahun 2020. Waktu block tu, dia tiada balas 1 mcg dari prempuan tu pun. Dia cuma baca dan block. Waktu kantoi dngan saya (2021) tu. Dia ada melafazkan 'kalau betul abang ada balas mesej dia waktu block no dia haritu jatuh talak, abang berani cakap ni sebab memang abang tak buat). Persoalan saya andaikata masa akan datang ni dia ada mesej perempuan tu lagi jatuh talak atau lafaz tu tak valid ya?

 

Soalan 1,4,5 dan 6 semua taklik untuk perkara yang dah lepas, bukan yg akan datang. Adakah taklik itu valid ya? Saya sudah buat pengsahan, dan hakim sahkan masih suami isteri dan tak sabit. Tapi hakim tiada bagi tahu sebab. Hakim cuma bgtau lafaz untuk perkara yang dah lepas (jadi) tak valid, itu bukan lafaz taklik(syarat yg digantungkan). Itu sekadar lafaz sumpah dan lafaz untuk meyakinkan saya sahaja. Saya pun tidak bertanya. Tapi sampai sekarang, saya masih keliru dan was2. Bantu saya. Harap tuan dapat menjawab dengan lebih detail. Sekian lama saya memikirkan hal ini. Sehingga saya kemurungan.

 

Terima kasih. Semoga tuan sntiasa dirahmati Allah selalu.

 

message user image

Assalamualaikum wbt,

Tuan, saya ingin tanya berkenaan nafkah kepada anak-anak arwah abang kandung saya. Selama ini anak-anak arwah tinggal bersama ibu bapa (atuk & opah) di kampung daripada (2017) kecil menyusu & pakai pampers sehingga kini bersekolah. pihak kami membela anak-anak arwah atas kasih sayang dan ehsan dan ingin meringankan beban isteri kepada arwah. Kesemua anak-anak tersebut diserah secara sukarela tanpa bantahan oleh si ibu dan keluarga si ibu. Untuk makluman juga, bekas isteri arwah sudah berkahwin lain pada awal tahun 2021 dan telah bercerai sekitar awal tahun 2022.

Sekarang, ibu kepada anak-anak tersebut ingin mengambil kembali anak-anak setelah semua telah besar (masih bersekolah rendah). Pihak kami agak keberatan untuk melepaskan anak-anak dengan keadaan kewangan dan kehidupan si ibu yang masih belum stabil berdasarkan pemerhatian kami.

Soalan saya kepada pihak tuan adalah seperti berikut:

  1. Sefaham saya, nafkah kepada isteri arwah bukan lagi wajib kepada pihak kami (keluarga lelaki/ arwah bapa) setelah dia bekahwin lain. Adakah benar?
  2. Kami faham bahawa hak penjagaan anak-anak jatuh kepada ibu dan keluarga si ibu. Tetapi adakah pihak majlis atau mahkamah syariah menetapkan syarat-syarat tertentu yang mebolehkan waris-waris sebalah arwah suami untuk menjaga anak-anak tersebut sehingga syarat-syarat tertentu dipenuhi oleh ibu dan keluarga si ibu?
  3. Selama ini, disebabkan anak-anak tersebut dibawah jagaan pihak kami (keluarga lelaki) segala perbelanjaan dan makan minum dikeluarkan terus kepada anak-anak tersebut tanpa melalui ibu mereka. Jika ibu mereka mengambil mereka semula, berapakah jumlah yang minima atau sepatutnya pihak kami perlu beri setiap bulan untuk nafkah anak-anak tersebut? Kenapa kami ingin memberi jumlah minima adalah disebabkan supaya wang nafkah tersebut digunakan betul-betul hanya untuk anak-anak dan mengelakkan daripada pihak ibu menagambil kesempatan diatas duit nafkah tersebut. Sebarang perbelanjaan yang melebihi jumlah nafkah tersebut pihak kami akam memberi atas ehsan kepada anak-anak.
  4. Bagi menjaga sebarang kemaslahatan dimasa akan datang, adakah boleh untuk pihak keluarga lelaki dan ibu kepada anak-anak tersebut menandatangani sebarang perjanjian bertulis dibawah mahkamah syariah berkaitan dengan nafkah dan juga tanggungjawab kepada anak-anak tersebut?

Perhatian dan maklum balas dari pihak tuan amat saya hargai.

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya nak tanya. Saya sudah berkahwin. Mahar rantai emas (dibayar secara ansuran bulanan kad kredit selama 12 bulan). Lafaz akad saya "Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwinnya seutas rantai emas tunai". Soalan saya, sah ke pernikahan saya sebab mas kahwinnya saya bayar secara ansuran, sedangkan lafaz akadnya tunai. Mohon pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih.

message user image

Tuan, saya nak bertanya apa hukum hibah setelah meninggal baru hadiah/harta tersebut dipindah milik? Hibah ini membatasi faraid ke?

message user image

Sy dan suami bertengkar. Bergaduh disebabkan suami kantoi menghisap vape. Sy telah memukul suami dalam pertengkaran tersebut. dan pertengkaran berlaku di rumah Ibu Suami sy. 

Suami sy berjanji tidak akan mengulanginya lagi tapi utk sy yakin, sy cabar dia untuk lafaz taklik. Tapi dy enggan. Dia suruh sy meminta maaf terlebih dahulu pada ibunya yang dengar pertengkaran kami. Kami ada berbalas kata, suami sy menangis tetapi tidak menyakiti fizikal sy. Malah, sy bertindak lebih agresif dan memukulnya sehinggakan dia melafazkan taklik seperti yang saya pinta.

"sekiranya saya hisap rokok, vape dan pod, saya ceraikan awak talak 3"

tapi katanya, dia tiada niat dan tak sedar apa yang dia lafazkan. Adakah jatuh talak sekiranya dia melanggar? atau adakah lafaz taklik ini tidak sah kerana terdapat unsur paksaan disebabkan kekerasan? Mohon pencerahan. 

message user image

Salam ustaz/ustazah,

Scenario:

Saya selaku suami, selalu berfikir kenapa seorang suami perlu berjaga-jaga dalam melafazkan sesuatu yang boleh membawa maksud kepada penceraian (lafaz kinayah) sehingga saya jadi stress dan risau sekiranya saya ada lafazkan ayat yang boleh menyebabkan perkahwinan kami terbatal kepada isteri saya. 

Disebabkan saya serabut, saya pun berbisik secara bersendirian.

"Cerai pun cerai la aku kisah apa" , 

Ayat ini dilafazkan secara bisikan, ketika saya sedang bersendirian di ruang tamu dan isteri saya berada di dalam bilik tidur. Saya TIADA NIAT langsung untuk ceraikan isteri saya, saya sebut ayat tersebut disebabkan serabut dan malas untuk fikir lagi tentang perkara yang lepas. 

Soalan saya:
1. Adakah ayat tersebut dikira jatuh talak? 

2. Adakah ayat tersebut merupakan lafaz talak yang sah dalam islam?

3. Perlu ke saya buat pengesahan? 

Terima kasih. 

message user image

ASSALAMUALAIKUM.

SAYA INGIN BERTANYA BERKENAAN STATUS TALAK JIKA BERCERITA HAL BERKENAAN BERPISAH BERSAMA ISTERI KEPADA ANAK ANAK YG MASIH KECIK. ANAK-ANAK YANG MASIH KECIL PULA BERCERITA KEPADA NENEK MEREKA. ADAKAH JATUH TALAK JIKA HAL YANG DEMIKIAN BERLAKU?

TERIMA KASIH.

message user image

Saya ada kemusykilan berkenaan tanggungjawab menjaga dan memberi nafkah kepada isteri yang kematian suami. Siapa yang bertanggungjawab untuk menjaga dan memberi nafkah kepada isteri yang kematian suami jika mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata? siapa yang bertanggungjawab ketika balu dalam tempoh idah dan selepas tempoh idah?

Terima kasih

message user image

saya nak tanya kalau suami saya lafaz kan macam ni..

.. Kalau Awk rase awk seronok bila dgn dia terus kan je Sye tak marah Sye tak larang

... Jangan kacau Saye harini awk seronok la dengan dia dlu

apa perlu sya buat

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya,pada april 2022 suami telah melafazkan jika dia berhubung @ berkomunikasi melalui apa saja media sosial@panggilan telefon@bermesej dengan perempuan tersebut maka jatuh talak 1 atas diri saya.Pada petang itu saya telah menghubungi wanita tersebut untuk meminta supaya berhenti mencari suami dan dia tidak percaya percakapan saya.saya serah telefon kepada suami dan suami memberitahu apa yang saya sampaikan adalah benar.Mereka telah tidak berhubung bermula saat itu. Untuk maklumat, suami saya telah menjalin hubungan terlarang dengan wanita tersebut hingga telah melakukan zina.Diri saya sendiri sehingga kini hati masih sakit dan hampir setiap malam mimpi suami curang,dan mimpi kami bercerai.Saya juga bertahan walau jiwa sakit hanya kerana keluarga dan kasihan pada suami.Kami juga masih tiada anak.Persoalan saya,adakah talak jatuh atas diri saya.suami mengatakan talak tidak jatuh tetapi saya masih ragu² dan bimbang andai ditakdirkan ada zuriat. Terima kasih.

message user image

Arwah abang ipar (abang isteri saya) ada membesarkan seorang anak angkat perempuan yang diambil secara sah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2001. Memang diketahui yg anak tersebut merupaka ANAK LUAR NIKAH .

Alhamdulillah....Anak tersebut kini sudah berumur 23 tahun, bekerja dan ada menyatakan hasrat untuk berkahwin. Saya telah diamanahkan oleh isteri abg ipar (biras) saya utk menjadi jurucakap bagi pihaknya.

Soalan saya ;

1. Adakah menjadi kewajipan untuk menyatakan status sebenar anak tersebut kepada keluarga bakal suaminya? Maksud saya statusnya sebagai anak luar nikah.

2. Atau...adakah cukup memberitahu yang ianya sekadar anak angkat dan perlu berwalikan Hakim??

Ssya tidak pasti sejauh mana pengetahuan bakal suami beliau tahu tentang status dirinya. Mungkin sekadar seorang anak angkat yg perlu berwalikan Hakim.

Yang menjadi KEMUSYKILAN saya ialah.....apakah pihak keluarga lelaki boleh menerima belisu sekiranya pihak keluargs lelaki mengetahui STATUS SEEBENAR sebagai seorang anak luar nikah

Mohon penjelasan. Terima kasih

 

 

 

 

 

message user image

Assalamualaikum ustaz/ustazah.

Saya ingin bertanya soalan berkenaan anak angkat. Saya mempunyai seorang anak angkat perempuan yang tidak sah taraf. Saya sedia maklum bahawa tidak boleh menasabkan nama anak angkat dengan bapa angkat. Soalan saya ;

Boleh kan nama anak angkat saya berbinti kan Abdul Hafiz (nama2 Allah) dan nama bapa angkat (suami saya) adalah Mohd Hafiz. 

Harap ustaz/ustazah sudi menjawab persoalan saya. Saya sangat memerlukan jawapan atas kebuntuan saya. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum ustaz...saya ingin bertanya...saya baru berkahwin dengan isteri ke 2...selepas itu isteri ke 2 minta saya bertaklik untuk dua perkara...1. Tidak boleh bersetubuh dengan isteri pertama. 2. Tidak boleh kahwin untuk yang seterusnya atau ada hubungan dengan mana2 perempuan.

Adakah saya boleh bertaklik seperti itu, terutama taklik yang pertama tu...mohon sangat2 penjelasan pihak jabatan mufti selangor...isteri saya orang selangor.

Terima kasih banyak banyak.

message user image

saya ingin bertanya, apakah hukum sekiranya suami/isteri tidak begitu ingat lafaz/ayat kinnayah yang telah dikatakan oleh suami ketika pertengkaran 1 tahun yang lalu. Namun begitu, si isteri merasakan ada dan juga merasakan tiada, seperti tidak pasti.

message user image

Bismillahirahmanirohimm.. Assalamualaikum.. tuan/puan/en. saya selaku penama di atas ingin mendapat pandangan serta pendapat tentang status perkahwinan saya.di mana saya telah di sabitkan oleh mahkamah sah talak 3 dengan lafaz sorih terhadap isteri saya dengan talak bain qubra,dan sijil telah di keluarkan,walau bagaimana pun selepas perbicaraan saya merasa sangat terkilan dengan cara dan keputusan hakim tersebut,saya tidak pula membuat rayuan selepas itu kerana faktor kesihatan dan isteri saya pula telah mengambil keputusan mahkamah itu sebagai muktamad oleh sebab2 tertentu.dalam sesi perbicaraan itu hakim tersebut hendak menyamakan situasi ketika itu dengan situasi semasa lafaz di luar yang berlaku,apabila pihak hakim bertanyakan tentang niat,saya menyatakan memang tidak berniat,dan tentang kesedaran di jawab wallahuakhlam kerana banyak faktor,antaranya faktor kesihatan melibatkan pendarahan di kepala akibat berberapa kali  kemalangan motorsikal yang berlaku,dan faktor kedua melibatkan angkara sihir yang telah di nyatakan oleh peramal perubatan tradisional di kampung yang telah merawat saya sebelum kejadian lafaz tersebut.apa yang ia nyatakan adalah seseorang telah menyapu sesuatu pada motorsikal milik saya bertujuan untuk memisahkan saya dengan isteri(Wallahuakhlam)..dan sebelum saya mendapatkan rawatan tradisional tersebut,saya telah pun terlibat dalam 4 kemalangan melibatkan motorsikal saya,dan diantara kemalangan tersebut ada di antaranya berlaku tanpa saya sedari dimana dan bagaimana ia berlaku,dan ada juga yang saya tidak tahu dari mana dan hendak kemana sebelum berlaku kemalangan,hanya menyedari sudah berada di hospital(Lillahhitaala) seterusnya ada lagi perkara pelik yang berlaku kepada saya sebelum berberapa hari sebelum kejadian lafaz cerai tersebut berlaku,iaitu saya mengalami lemah dan panas tubuh badan pada suatu malam,dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta(kos RM300),apa yang mengejutkan ketika itu,doktor telah mengesahkan saya demam denggi,dan pihak doktor telah mengeluarkan satu surat serta mengarahkan saya ke hospital besar kajang atau serdang,tetapi saya telah pun engkar atas sebab terasa seperti tidak mengalami denggi,akan tetapi selang sehari selepas itu badan saya terasa kembali lemah dan mengambil keputusan untuk ke hospital kajang. setelah mendapatkan rawatan di hospital kajang dengan menggunakan surat dari pihak klinik swasta yang mengesahkan saya mengalami demam denggi tersebut,apa yang doktor hospital kajang tersebut telah memberitahu keputusan saya tidak mengalami demam denggi,apa yang di pertikaikan adalah bagaimana berat badan saya susut 8kg dan diarahkan menjalani rawatan di klinik 1malaysia yang berhampiran rumah saya.saya berasa buntu tentang hal ini.

oleh yang demikian segala cerita di atas benar2 berlaku kepada saya(Lillahitaala) sebelum berlaku kejadian lafaz cerai terhadap isteri saya yang pada masa itu saya dalam keadaan tidak normal dan benar2 tidak mengetahui apa puncanya,tetapi pihak hakim mahkamah syariah tidak meneliti keadaan dan situasi serta tidak meminta apa2 bukti yang menyatakan saya mengalami pendarahan di kepala, pihak hakim hanya bertanya pada isteri saya apakah ubat yang di beri oleh pihak hospital dan isteri saya menyatakan (paracetamol) yang ianya dianggap oleh hakim bicara adalah ubat sakit kepala biasa dan menyatakan saya perlu makan ubat sakit otak, ya pihak hakim mahkamah perlu tahu ubat yang isteri saya nyatakan (paracetamol) ni lah salah satu ubat untuk sakit tersebut.walau bagaimanapun inilah sedikit perkongsian dari saya di sini.

Dengan itu saya ingin mendapatkan pandangan dari pihak tuan adakah saya perlu mengemukakan perkara ini kepada pihak jabatan agama islam yang terbabit  atau pun meneruskan sahaja keputusan perintah mahkamah itu walau tanpa persetujuan saya mengenai situasi ketika kejadian lafaz cerai itu dan bekas isteri saya perlu menjalani hukum talak 3 mengikut hukum islam,saya telah berpisah tempat tiggal dengan isteri selepas keputusan mahkamah iaitu telah pun 4 bulan berlalu,saya berharap pihak tuan dapat memberi pandangan,dan saya sudi menerima apa jua pandangan dari pihak tuan. sekian terima kasih..

message user image

Assalamualaikum

Adakah jatuh talak atau maksud tersirat Jika seorang suami ketika Ada perselisihan faham dengan isteri tanpa sengaja berkata " awak (isteri) jangan balik sini lagi ( Rumah suami )"

adakah yang perlu dilakukan Oleh si isteri?

Minta pencerahan.

 

terima kasih

 

message user image

Assalamualaikum wbt

Saya ada beberapa soalan.

1) Apa hukum apabila seseorang menyatakan bahawa dia telah naik ke "atas" dan tengok luh mahfuz kehidupan anak-anaknya? 

2) Saya bakal mendirikan rumahtangga dalam tahun ini. Berdasarkan soalan di atas, beliau mengatakan bahawa bakal saya bukanlah jodoh saya. Bahkan pernah mengatakan yang bakal pernah pergi berjumpa bomoh siam, and beliau merawat saya dari jauh. Abang saya experienced benda yang similar dahulu, mengatakan isterinya adalah pembawa hantu raya. Adakah derhaka jika saya teruskan perkahwinan tanpa restu beliau? 

Saya masih belum bagitau beliau tentang perkahwinan yang bakal berlangsung. Hal untuk mendirikan rumahtangga diuruskan oleh abang sebagai wali saya dan juga keluarga pihak lelaki.

Diharapkan segala maklumat dan soalan ini dirahsiakan dari mana2 sosial media.

message user image

Soalan : Si isteri mengharapkan sebuah perkahwinan memberinya pahala ke syurga. Malang nya perkahwinan itu membuatkan si isteri kerap bergaduh dan meninggikan suara dengan suami dan ini berdosa pada si isteri.

Si isteri, berfikir seandainya dia mengambil jalan bercerai dengan suami, itu lebih baik agar dia tidak berdosa melawan dan meninggikan suara dengan suami. Tetapi, perceraian itu juga satu dosa. 

Macam mana tu ustaz untuk merungkai masalah ini?

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang nafkah dalam hidup berumahtangga.

Usia perkahwinan saya baru masuk tahun ketiga dan telah mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Namun, saya dan suami sering bergaduh berkaitan nafkah. Apa yang saya faham seorang suami perlu menyediakan 4 perkara iaitu  pakaian, tempat tinggal, minuman dan perubatan. Suami saya cuma menyediakan RM150.00 sebulan untuk kegunaan saya tetapi tidak menyediakan 4 perkara yang tersebut diatas kerana kami tinggal berasingan atas tuntutan kerja.

Soalan saya adakah selesai tanggungjawab suami saya dengan memberi saya nafkah RM150.00 itu sahaja? Suami saya juga ada menyatakan hasrat nya untuk mengurangkan jumlah RM150.00 itu kepada RM100.00 sebulan kerana dia ingin menyimpan wang simpanan selepas ini.

Saya rasa ini tidak adil bagi saya kerana RM100.00 itu nilainya kecil dan 4 perkara wajib tersebut pun tidak ditunaikan sepenuhnya kepada saya. Malah keperluan anak juga tidak sepenuhnya ditanggung suami kerana kami berkongsi duit untuk keperluan anak.

Dia juga sering menyatakan bahawa saya isteri derhaka kerana tidak menyediakan makan minum seorang suami sedangkan saya hanya tahu meminta duit sahaja. Dia juga menyatakan bahawa nilai RM150.00 yang diberi hanyalah atas ikhsan seorang suami kepada isteri jadi saya tidak berhak untuk meminta lebih.

Mohon penjelasan pihak tuan untuk menjawab soalan saya. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum panel Jabatan Mufti. Saya ada persoalan berkaitan penceraian. Beberapa tahun yang lalu saya ada bertaklik terhadap isteri saya bahawa sekiranya saya mencarut terhadapnya maka jatuh talak 1. Selepas beberapa tahun, kami telah bercerai talak 1 disebabkan saya telah melanggar taklik atas sebab yang lain. Baru-baru ini kami bergaduh dan saya telah mencarut terhadapnya dengan yakin bahawa taklik yang sekiranya saya mencarut itu telah terbatal disebabkan kami telah pun bercerai talak 1. Persoalanya adakah taklik mencarut itu masih sah walaupun saya telah bercerai talak 1? Apakah saya dan isteri sekarang telah bercerai talak 2? Apakah langkah yang perlu kami lakukan.

Sejujurnya saya sangat sayangkan isteri saya apatah lagi kami sudah mempunyai anak-anak. Masalahnya ialah apabila isteri saya sering kali berkata yang saya terlalu lebihkan keluarga saya dan dia berkata dia menyesal memilih berkahwin dengan saya, sehinggakan dia teringatkan kawan lelakinya ketika dulu yang mempersoalkan dia memilih saya. Dia sehinggakan pernah mencarut terhadap ibu bapa saya (dibelakang ibu bapa saya) ketika dia sangat marah. Dia seorang isteri yang baik (menjaga maruah) dan pergaulan. Dia memnyalahkan saya sekiranya kami bercerai, sudah tiada apa yang dapat dia lakukan kerana dia sudah berhenti bekerja beberapa tahun yang lalu. Sekiranya kami tidak bercerai, kami hanya akan berbaik sementara dan bergaduh semula disaksikan anak-anak kecil. Mohon nasihat pihak panel.

message user image

Assalamualaikum. Saya berada di luar negara dan kami suami isteri berada dalam perkahwinan jarak jauh disebabkan beberapa komitmen yang perlu diselesaikan dan pada awalnya di persetujui kedua dua pihak. Namun begitu, ada berlaku perselisihan dan suami mengucapkan ungkapan seperti di bawah dan beberapa lagi ungkapan yang kurang jelas jika ia nya bermaksud cerai.  

Apabila ditanya niat suami tentang beberapa ungkapan nya, suami kata tiada niat bercerai. Boleh kah saya berpegang kepada apa yang suami maklumkan kepada saya (tentang niat nya) dan yakin bahawa tidak berlaku talak? 

Antara ungkapan nya : 

Duduk lah nak duduk sana, tak payah balik

Pergi lah nak pergi mana mana pun, saya taknak limit kan awak, mungkin awak lebih happy

message user image

Saya nak tanya soalan jika selama ini si suami mati-mati percaya yang si isteri sudah meninggal, tetapi rupanya masih hidup dan tiba tiba si isteri memunculkan diri setelah beberapa tahun, apakah status perkahwinan mereka?

message user image

Assalamu'alaikum,

Satu situasi dimana, telah berlaku pertengkaran/pergaduhan suami dan isteri dimana suatu kenyataan telah dibuat oleh suami kepada isteri menyatakan "balik duduk di Tawau (kampung) la bersama anak-anak". 

Jadi saya ingin bertanya, apakah hukum serta adakah telah jatuh talak atau sebaliknya. Mohon penerangan serta penjelasan tuan/puan jua. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.

Saya seorang menantu perempuan. Ibu mertua banyak menyinggung perasaan saya sejak awal perkahwinan oleh disebabkan mulutnya dan perbuatan nya terhadap saya. Saya pernah duduk dengan ibu mertua masa awal perkahwinan sehingga melahirkan anak. Dalam tempoh itu banyak pekara yang saya memendam rasa atas perbuatan2 dia yang saya sendiri tak tahu sama ada ia pekara yang disengajakan atau diluar kesedaran dia. Sehingga lah pada tahun 6 perkahwinan ibu mertua maklumkan pada suami untuk berpindah duduk bersama mereka atas sebab masalah kewangan kami pada masa itu. Suami hanya ceritakan apa yang dah diberitahu oleh mereka kepada saya dan atas dasar kata sepakat kami buat keputusan masih berdiri atas kaki sendiri. Selang seminggu ibu mertua mesej saya untuk suruh pindah segera. Ibu mertua berbagikan berbagai cadangan itu dan ini untuk kami segera berpindah. Dan minta suami jelaskan kepada org tua nya keadaan yang sebenar supaya mereka lebih faham. Dan ibu mertua tak perlu mesej saya lagi untuk memujuk dan berikan tekanan pada saya dalam kehidupan seharian. Tapi setelah selesai ibu mertua masih lagi memujuk suami Sejak dari itu saya rasa had saya sudah sampai sini .Saya dah terlalu berlembut. Selama ni segala apa katanya mesti nak dituruti. Jadi hampir setahun saya menjauhkan diri bila bersua muka saya hanya bersalam dan bertanya kabar sekadar itu sahaja. Ibu mertua kerap mesej suami untuk mengadu atas perbuatan zalim saya kepadanya katanya saya dah tak macam dulu lagi. Dah kali ketiga saya bertengkar dengan suami hal ini. Suami dah sedia maklum hati saya masih kecewa dan tawar atas segala perbuatan ibunya. Sehinggakan saya ajak suami untuk pergi kaunseling. Sbb saya rasa saya amat memerlukan nasihat dari orang yang lebih tahu. Atau saya dapat perbaiki diri saya yang terlalu berdendam. Setiap kali teringat segala kata kata n perbuatan dia saya cuba maafkan dan bermohon supaya Allah lembutkan hati ini untuk berbaik semula. Tapi tak semudah yang dijangkakan. Jadi apa yang perlu saya buat? Boleh ke berikan sedikit pandangan dan nasihat untuk diri saya. Terima kasih. Assalamualaikum.

message user image

ASSALAMUALAIKUM WBT,

 

APAKAH HUKUM PERCERAIAN FAST TRACK YANG DIPERKENALKAN DI NEGERI SELANGOR?

ADAKAH TERDAPAT PENDAPAT ATAU HUJAH KONTEMPORARI YANG MEMBENARKAN SISTEM PERCERAIAN MELALUI JALAN PANTAS INI?

 

message user image

Assalamualaikum saya ingin bertanya...

Situasi nya begini.

 

Saya dan suami menonton drama melayu...

Sedang menonton kami berbual2 dan ada part lakonan yang tidak dapat didengari..

Saya bertanya kepada suami " apa dia cakap" 

Suami saya terus cakap " aku ceraikan kau"  ( muka mengadap laptop sambil nak undo balik part yang tidak didengari tadi)

Dia terus berkata begitu...Sedangkan dia pon tak dengar .

Bila dia undo balik part yang tak dengar tu ( past lakonan yang tidak didengari tadi ) tiada pon skrip "aku ceraikan kau"

 

Jadi macam mana ya?

 

Saya tanya suami...dia cakap dia tak ada niat kata dekat saya pon..

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, tahun lepas bulan 12 suami saya ada melafazkan ayat lebih kurang "kalau betul ada isi dalam perut kau, kasih jatuh, kita cerai." sedangkan waktu itu dia tahu saya tengah mengandung tapi belum tahu usia kandungan kerana masih dalam awal kandungan. Suami saya juga telah mengugut ingin membakar rumah keluarga saya dan ingin datang ke tempat kerja saya. Dan pada bulan Januari, dia telah datang ke tempat kerja saya sehingga berlaku pergaduhan dan kedua-dua lengan saya ada kesan lebam akibat dari dia menarik tangan saya. Saya ingin tahu kalau lafaz tersebut sudah termasuk jatuh talak atau tidak. Saya dan suami saya sudah tinggal berasingan dari bulan 12.

message user image

Assalamualaikum. Saya dan suami sudah berkahwin 4 tahun dan dikurniakan dua orang cahayamata. Baru-baru ini ayah mertua saya sudah pergi menghadap pencipta-Nya. Semasa urusan harta di buat, saya dan suami baru mengetahui bahawa ibu mertua saya mempunyai nama "binti" yang berbeza di Surat Beranak, Kad Pengenalan dan Sijil Nikah ibu dan ayah mertua. Soalan saya, adakah melanggar apa apa hukum syarak terhadap perkahwinan saya dan suami atau apa status anak anak kami? Maaf kalau soalan saya agak mengelirukan. Terima kasih kerana sudi luangkan masa.

message user image

Salam. Apa kah jatuh talak apabila suami berkata :

" Kalau dah tak nak perkahwinan ini, dah tiada apa apa lagi yang perlu kita discuss. I am tired and I want to get out "

Mengikut maksud yang difahami isteri,  suami dah penat dan dia nak keluar dari perkahwinan ini.

Apabila ditanya, katanya tiada niat cerai. Namun bila ditanya beberapa kali adakah betul tiada niat, dia pun seolah ragu ragu dengan ucapan nya. Kemudian, selepas itu, dia berkata semula kepada isteri dia yakin tiada niat. Dan dia yakin kami masih suami isteri. 

message user image

Assalamualaikum.

Adakah jatuh talak kepada isteri sekiranya suami berkata 'Jika kau nak aku ceraikan kau, aku ceraikan sahaja kau'. Perbalahan hanya terhenti disitu.

Terima kasih.

message user image

Assalamuaikum, saya ingin meminta penerangan dan nasihat apa perlu saya buat di atas situasi saya sekarang. Saya seorang lelaki berumur 32 tahun belum berkahwin. Saya ada berkenalan dengan seorang wanita berumur 33 tahun dan mempunyai anak 1 lelaki. Pada permulaan kenalan kami menjalinkan hubungan seperti pasangan lain, sampai satu masa saya bersama pasangan lalai dan lupa diri dan telah melakukan dosa terlalu besar buat saya iaitu berzina bersama pasangan saya. Terlalu banyak kali saya sudah terlanjur bersama pasangan saya yang belum ada ikatan suami isteri. Selang beberapa tahun, saya mendapat berita mengejutkan bahawa pasangan saya rupanya masih berstatus isteri orang. Saya tidak sangka pasangan saya menipu diatas status beliau. Saya sangka kan sebelum itu dia seorang ibu tunggal. Akan tetapi saya sedar atas perbuatan berzina yang telah saya lakukan. Wanita tersebut telah mengaku kepada saya dimana betul dia masih isteri orang yang sah. Dalam masa yang sama suami wanita tersebut telah mendapat tahu tentang hubungan kami akan tetapi suami wanita tersebut tidak tahu kami sudah terlanjur berzina. Saya bersama wanita itu telah memutuskan hubungan. Wanita tersebut tidak berani untuk memberi tahu kepada suami disebabkan faktor jika dia memberitahu suaminya, dia risau jika suaminya tahu, dia akan diceraikan dan paling dia risaukan ialah kehilangan hak penjagaan anak. Jadi persoalan saya disini, perlukah si wanita tersebut berterus terang pada suami dia. Dan perlukah saya berterus terang juga pada suami wanita tersebut. Sebab jika wanita tersebut tidak ingin memberi tahu pasal salahlaku kami sepanjang bersama pada suaminya, saya seperti bersubahat membuat dosa besar jika saya juga tidak memberitahu kepada suami wanita itu. Saya perlukan pandangan dan nasihat dari pihak yang lebih arif . Terima kasih

message user image

 Assalamualaikum ustaz saya ingin bertanya, Saya ada mengatakan begini kepada suami " kalau awak mesej lagi perempuan tu awak ceraikan saya" Kemudian suami hanya menjawab ya okey baik, Janji. Kemudian saya bertanya semula kepada suami dia berkata tiada niat untuk ceraikan saya. Dia menjawab ya kerana tidak mahu saya bising lagi. Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum ustaz...saya ada sedikit kekeliruan berkenaan onani..isteri saya selalu onani sebelum kami melakukan jimak.maksudnya ketika dengan saya,sambil saya merangsang payudara dan mencumbui dia.saya pernah cuba menolong dia onani agar puas dengan tangan saya sendiri tapi dia jadi kurang selesa.sebaliknya lebih suka memuaskan diri nya dengan tangan sendiri terlebih dahulu.selepas itu baru kami melakukan jimak,jika dia tidak onani,faraj dia akn sedikit kering.minta bantuan,nyatakan hukumnya ustaz.

message user image

Assalamualaikum,

Pada 27/3/2024 saya dan suami telah berselisih faham dan saya telah menuduh suami mempunyai hubungan dengan wanita lain kerana saya pernah ternampak suami melihat foto seorang wanita dan juga suami juga ada membalas mesej dengan wanita tersebut, tetapi suami saya marah dan menafikan.Pada waktu itu suami telah menghantar mesej rakaman suara mengatakan menyuruh saya membuktikan yang dia mempunyai hubungan dengan perempuan lain, dia menyatakan jika terbukti dia ada hubungan dengan perempuan lain maka jatuh talak 1 terhadap saya dan suami mengulang perkataan akan menjatuhkan talak 1 sebanyak 3 kali kepada saya jika terbukti dia mempunyai hubungan dengan wanita lain. Adakah talak itu dianggap sah dan adakah telah jatuh talak ke atas saya walaupun suami mengatakan talak akan jatuh jika dia mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Terima kasih

message user image

Ibu saya lahir tahun 1972. Berkahwin kali pertama pada tahun 1992 diwalikan datuk. Ibu melahirkan saya pada tahun 1993. Ibu bercerai pada tahun 1995. Ibu bernikah kali kedua di beijing di wakil walikan datuk pada tahun 1995/1996. Mendapat 5 org anak (satu meninggal sewaktu lahir dan satu keguguran). Ibu dan bapa tiri ada bernikah semula di Perak pada tahun 2004 atas nasihat pejabat agama kerana masalah pendaftaran nikah di beijing tidak didaftarkan secara betul di malaysia dan diwalikan datuk. Pada tahun 2021 ibu mendapat tahu bahawa dia bukan anak sah taraf. Datuk dan nenek telah terlanjur dan mereka bernikah semasa nenek mengandungkan ibu. Mengikut kiraan dari tarikh nikah dan tarikh lahir ibu memang tidak cukup 6 bulan. Hal ini diketahui oleh adik beradik belah nenek semasa ibu nikah kali pertama dan kedua tapi seorang pun tidak menegur mengatakan ibu tak boleh diwalikan datuk. Ibu disuruh senyap oleh nenek dan adik beradik seibunya yang telah tahu rahsia ini selama lebih 10 tahun selepas kematian datuk. Atas alasan menjaga aib nenek. Saya dan adik perempuan dpt tahu rahsia ini sebulan selepas ibu tahu pada tahun 2021. Kerana ibu dalam keadaan depresi menangguh nasib ini. Waktu itu kami berlapang dada dan tidak berfikir panjang. Tahun 2022 adik perempuan saya bernikah diwalikan bapa tiri dan kini mempunyai seorang anak perempuan. Kedua dua bapa dan bapa tiri tidak tahu tentang hal ini. Pertanyaan saya:
1. Sah atau tidak nikah ibu yg pertama dan apa status saya yg merupakan anak perempuan. Bolehkan saya nikah berwalikan bapa saya?
2. Sah atau tidak nikah ibu yg kedua dan apa status 3 org adik seibu saya  (seorang perempuan dan 2 orang lelaki)?
3. Sah atau tidak nikah adik perempuan saya yg diwalikan bapa tiri tanpa mengetahui status ibu dan apa status anak perempuannya?
4. Perlukah bapa dan bapa tiri saya tahu tentang hal ini?
5. Bolehkah kami mewarisi apa2 harta dari bapa kami?

message user image

Apakah hukum bernikah menggunakan wali hakim? 

tetapi wali nasab masih ada ? 

saya yatim piatu,ayah meninggal dari kecik dan mak meninggal umur 11 tahun.

mak dan ayah dulu bernikah di songkla dan tidak daftar di Malaysia (tidak sempat sebab ayah meninggal) *nenek saksi pernikahan dan dah buat carian pendaftaran nikah tapi tiada hasil,sijil nikah yg di songkla pula rosak sebab banjir 

mak meninggal di usia saya 11 tahun 

saya telah menikah menggunakan wali hakim,tetapi saya masih ada abang kandung(sama bapa lain mak) beliau di singapore

dan saya ada pakcik juga belah ayah di sini(selangor,malaysia)

semasa proses untu dapatkan wali hakim saya beritahu pihak jais yg saya dah lost contact dengan family belah ayah tetapi sebenarnya saya masih boleh hubungi mereka 

 

persoalan saya adakah nikah saya menggunakan wali hakim sah ? sedangkan saya masih mempunyai ahli keluarga lelaki disebelah ayah ? 

 

 

message user image

Saya ingin bertanya tentang harta sepencarian ibu bapa saya. 27 tahun dahulu ibu saya telah bernikah dengan lelaki lain (suami kedua) dan perkahwinan hanya bertahan selama 3 tahun sahaja dan tiada anak dari suami kedua. Sewaktu berkahwin dengan suami kedua ibu saya tidak menuntut harta sepercarian beliau dengan bapa saya dan tiada tuntutan yang lain. Ibu bapa saya tidak merujuk semula sehingga sekarang.

Perkahwinan pertama adalah dengan bapa saya selamat selama 22 tahun. Di sini saya ingin bertanya kepada Sahibus Samahah Tuan Mufti,

1)Adakah jika bapa saya meninggal dunia, ibu saya layak da berhak menuntut semua wang faraid daripada bapa saya sewaktu perkahwinan dia dengan bapa saya (dalam tempoh perkahwinan mereka itu iaitu dalam 22 tahun);

2)Bagaimana status harta tidak alih (kereta, rumah dan tanah) adakah ibu saya berhak mendapat bahagian disitu (sewaktu perkahwinan dengan bapa saya).

3)Adakah bapa saya masih perlu menafkahkan ibu saya seperti memberi duit bulanan, duit bantuan atau perkara yang melibatkan duit kepada ibu saya. Adakah salah jika bapa saya tidak membayar atau memberi duit kepada ibu saya.

4)Adakah wang pencen setelah bapa saya meninggal dunia, ibu saya berhak untuk menerimanya.

Untuk pengetahuan Sahibus Samahah Tuan Mufti, ibu saya tidak pernah memberitahu kepada bapa saya yang beliau pernah berkahwin dengan lelaki lain. 

Sewaktu ibu saya berkahwin dengan suami kedua, beliau tidak menuntut harta sepencarian dengan bapa saya ketika itu dan sehingga 2-3 tahun kebelakangan ini perkara ini ditimbulkan.

Ketika ini bapa saya kurang sihat dan saya sebagai anak sulung ingin mengetahui dari segi Hukum Allah terutama bab faraid ibu saya. Adakah dalam islam ibu saya layak menerima atau tidak.

Mohon penjelasan daripada pihak Sahibus Samahah Tuan Mufti.

message user image

Assalamualaikum saya nak tanya jika suami saya hantar mesej seperti berikut " jika engkau download semua yang aku benci jatuh talak engkau". Soalan saya adakah jatuh talak jika saya tidak perasan mesej itu atau tidak ingat. Hal ini kerana saya telah download yang dia benci seperti aplikasi instagram. Tapi saya baru perasan hari ini kerana saya baru semak mesej talak beliau. Adakah sudah jatuh talak? Terima kasih

message user image

Assalamualaikum.

Ustaz,

Saya isteri kedua dan mempunyai seorang anak bersama suami. Suami tiada anak dengan isteri pertama. Anak diletakkan di rumah isteri pertama kerana dia telah berpencen dan hanya pulang ke rumah saya pada hujung minggu.  Untuk makluman Ustaz, pada hari suami pulang ke rumah isteri pertama, suami baik sahaja dengan saya tetapi keesokkan harinya bila nak ambil anak, dia terus masam muka sehingga seminggu lamanya dan bila saya tanya dia marah. Suami akan pulang ke rumah saya pada hari selasa dan jumaat tetapi semalam (selasa) dia tidak pulang dan sudah 3 hari tidak berhubung dan bercakap dengan saya. Soalan saya, saya tidak mahu telefon dia kerana nanti saya akan bertanya dan dia tak suka dan akan marah. Dalam bulan Ramadhan ni, saya tidak mahu bergaduh. Apa jalan terbaik untuk saya buat? Dah lima tahun berkahwin dan suami selalu buat macamni..ikut angin dia. kalo baik dia baik dan kalau dia tak suka, dia tunjuk muka. Tapi kali ni lain. Sebab sebelum ni ada juga dia akan mesej perli atau nasihat sebagainya. Kali ini dia terus diam. Mohon pencerahan Ustaz. Terima kasih.

message user image

Barang kemas ibu kepada suami telah dibahagikan tanpa mengikut faraid atau persetujuan setelah kematiannya pada tahun 2003. Pada tahun 2023, kesilapan baru disedari dan anak-anak bersetuju untuk mengumpul semula barang kemas yang telah dibahagikan 20 tahun dahulu untuk difaraidkan atau mengikut persetujuan.

Soalan 1) Bagaimana jika sebahagian barang kemas yang telah dibahagikan pada tahun 2003 itu telah dijual oleh waris dalam tempoh 20 tahun tersebut? Adakah waris perlu menggantikan semula untuk difaraidkan? bagaimana dengan nilaian yang perlu diganti kerana harga emas berubah sepamjang tempoh 20 itu.

Soalan 2: Jika warisnya lelaki dan telah menggadaikan barang kemas tersebut dalam tempoh 20 tahun itu dan isteri waris lelaki itu yang menebus kembali barang kemas itu menggunakan duit isteri sendiri, siapakah pemilik barang kemas tersebut selepas ditebus? Masih milik suami (waris lelaki) atau milik isteri?

Soalan 3: Merujuk kepada soalan 2, adakah isteri perlu memulangkan kembali barang kemas yang telah dia tebus apabila anak-anak si mati membuat keputusan untuk membahagi mengikut hukum?

message user image

Hukum Jika lafaz taklik suami kepada isteri diragui sebutannya..Sama Ada Jika isteriku Ada Urut lelaki sebelum ini jatuh talak 1..atau Jika isteriku Ada Urut lelaki jatuh talak 1..Saya tidak pasti Sama Ada Saya ucapkan sebelum ini atau Ada Urut lelaki..perbezaannya sebelum ini atau Ada Urut lelaki yang diragui oleh Saya...untuk makluman isteri Saya Ada Urut lelaki sebelum ini iaitu sebelum Saya mengucapkan lafaz taklik..Mohon pencerahan

message user image

BOLEHKAH KAKAK MENYUSU ANAK SAUDARA TAK SAH TARAF? 

Assalamualaikum, pertanyaan ini berwakilkan sahabat saya, kakak kepada adik lelaki. 

Kisah : Isteri kepada adik lelaki melahirkan anak tak sah taraf hasil daripada mereka berdua selepas 3 bulan perkahwinan berlangsung. 

1. Bolehkah anak tak sah taraf itu bernasabkan/ber bin kan bapanya (adik lelaki tersebut) ? 

2. Bolehkah kakak/ibu (lelaki) menjadi ibu susuan untuk anak tak sah taraf demi nasab? 

3. Setelah kakak/ibu (lelaki) menjadi ibu susuan, apa hubungan & aurat di antara anak tak sah taraf dengan kakak, ibu, adik perempuan dan anak saudara perempuan (lelaki) tersebut? 

4. Setelah menjadi ibu susuan adakah anak tak sah taraf itu boleh mendapat hak perwarisan sebelah lelaki? 

 

 

 

 

message user image

JIKA dalam eddah ( kematian suami ), untuk pulang ke kampung dari KL ke Perak,adakah dibenarkan sekiranya balik atas sebab tertentu. Contohnya, si balu sekarang menjaga ibunya yang sedang uzur,tetapi hari raya puasa ibu si balu hendak pulang ke rumahnya dikampung. Adik sibalu yang akan menguruskan untuk bawa ibu mereka pulang ke kampung. Tetapi untuk menjaga si ibu di kampung selepas adik beradik pulang ke tempat masing², si ibu tiada siapa jaga, dan si ibu mahu duduk kampung lama untuk beraya di rumahnya. Soalannya, BOLEH KAH SI BALU PULANG KE KAMPUNG UNTUK MENGAMBIL ALIH MENJAGA IBUNYA DI KAMPUNG SEHINGGA IBUNYA MAHU BALIK KERUMAHNYA SEMULA DAN PADA MASA YANG SAMA SI BALU DAPAT MENGURUSKAN HARTA PUSAKA ARWAH SUAMINYA DI KAMPUNG. APA HUKUM NYA. 

message user image

Assalamualaikum. Betul ke kalau perempuan sudah berkahwin, memang seboleh-bolehnya kena kurangkan berjumpa dgn kawan-kawan? Saya seorang yang extrovert jugak, suka berkawan, suka keluar dgn kawan-kawan buat aktiviti dan saya ada circle of friends yang berlainan. Saya baru 3 tahun berkahwin tapi setahun LDR sebab saya sambung belajar di luar negara & baru balik September lepas. Suami saya memang opposite saya, seorang yang introvert dan muda 3 tahun dari saya. Saya bersyukur sebab dia tak pernah kongkong/halang saya kalau saya nak keluar berjumpa kawan-kawan (kadang-kadang dia join, kadang-kadang tidak, ikut mood dia). Tapi mak ayah saya selalu tegur dan marah saya sebab nampak saya macam lebihkan kawan-kawan (pada mereka saya membawa perangai dari bujang), sedangkan saya memang jaga rumahtangga saya, jaga hati suami sebaik boleh. Kalau dia tak bagi saya ikut je. Saya memang make sure dia okay kalau saya nak keluar. Contohnya sebelum keluar, saya make sure makanan dia dah siap masak. Saya pun tidaklah setiap minggu keluar dan cuba untuk tidak lama berada di luar. Sebab saya fikir kami belum ada anak, jadi tak nak sia-siakan masa jugak. Yelah sebab bila dengan suami lain, bila dengan kawan-kawan lain. Kami pun selalu je dating, cuma parents saya tak tahu sebab saya jarang post di sosial media sebab suami tak suka (parents follow di IG). Sebab saya sayang friendship kami esp. yang dari sekolah, uni, jadi kalau boleh nak cuba jaga jugak slps family. Cuma ayah saya cakap, bila orang sebut jaga silaturrahim, bukan jaga hubungan dengan kawan, tapi hubungan dengan keluarga sebab rahim tu bermaksud orang-orang yang berkongsi rahim ibu. Kawan-kawan tu nanti lama-lama akan tinggalkan kita jugak. Salah ke apa yg saya buat? Sebab kalau memang salah, saya akan cuba kurangkan. Saya harap pihak mufti dapat bagi pandangan & nasihat. Terima kasih banyak.

message user image

Assalamualaikum. Saya baru kehilangan suami pada 29/2/24. Saya ingin bertanya, bolehkah saya pulang ke kampung, Pahang pada hari raya nanti? Ini kerana, anak2 saya ingin balik ke kampung. Saya mempunyai 4 org anak yg masih di bawah jagaan saya. Mereka ingin pulang ke kampung kerana di sini saya tiada sesiapa. Saya juga baru kehilangan ibu dan ini merupakan kali pertama saya beraya tanpa ibu bapa. Oleh itu, adik beradik saya bercadang untuk berkumpul di kampung. Saya bercadang ingin balik pada hari kedua dan kembali semula ke Selangor pada raya ke 3 sekadar untuk gembira kan anak2 saya sahaja tanpa pergi ke mana mana. Hanya berada di rumah ibu bapa saya sahaja. Tapi saya keliru sebab masih dalam iddah. 

message user image

Assalamualaikum... Mohon pencerahan... Saya dan suami dh melangsungkan rumahtangga selama 6tahun.. 6tahun tak pernah tidur rumah keluarga saya, raya pun balik tak sampai 2jam dah kene balik rumah keluarga suami dan suami pernah melarang saya membantu keluarga saya yg susah... Alasan suami adalah saya hak dia selepas berkahwin... Keluarga tidak ada hak lagi atas saya.. Sekarang ibubapa dan keluarga saya terasa hati dan tak bertegur sapa mesra dgn saya seperti dulu atas kelakuan suami... Suami juga lebihkan keluarganya sahaja berbanding keluarga saya.. Tanya khabar ibubapa saya pun susah.. Saya berniat untuk bercerai dgn suami kerana dah terlalu lama beri peluang... Saya pernah ajak suami ke kaunseling tapi ditolak dgn alasan tiada faedah.. Kalau begini salahkah tindakan saya? 

message user image

Assalamualikum,

apa hukumnya jika ketika bergaduh dgn isteri, saya beritahunya jika saya buat lagi perkara sedemikian, jatuh talaqnya, tetapi sebutan talaq tidak jelas , hanya pergerakkan bibir/lidah dan sebutan angin "talaq" , tetapi difahmi oleh isteri kerana dapat lihat pergerakkan mulut . Jatuh ke talaq jika saya langgar perlara tersebut?

message user image

Assalamualaikum. Sy nak bertanya,saya dan suami ade bergaduh di sms. Dan suami saya telah mengatakan 'kau bukan bini aku lagi' . Tapi malamnya kami berbaik dan suami ade bgtau yang dia tidak ingin berpisah dan dye melafazkan 'kau bukan bini aku lagi' tanpa niat adakah jatuh talak ? Dan bagaimana kalau jatuh talak dan kami ingin rujuk?. Adakah kami perlu akad.

message user image

Assalamualaikum, saya pernah berkahwin kira-kira 20 tahun dahulu. Perkahwinan itu hanya bertahan dalam 2 tahun lebih. Secara amnya bekas suami saya itu tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai suami, culas bab ibadat, serta percaya perkara-perkara khurafat. Dia juga tidak menghormati orang tua saya. Maka saya pun berbincang dengan dia baik-baik, eloklah berpisah saja sebab saya tidak boleh ikut cara kehidupan dia. Dia sendiri keluar rumah lepas itu dan tak balik-balik. Akhirnya setelah mengadu kepada mahkamah syariah, saya dapat perintah cerai taklik. Masalahnya di sini, saya ingin meminta maaf dengan dia, andai kata saya ada dosa sewaktu menjadi isterinya. Tapi saya takut dengannya, takut dia akan melakukan sesuatu yang buruk kepada saya. Juga, saya tidak tahu dia di mana. Namun, saya rasa tanggungjawab saya untuk meminta ampun itu penting. Bagaimana harus saya meminta ampun, jika saya tidak mahu berjumpa dengannya disebabkan takut? Mohon pencerahan tuan, sekian, terima kasih.

message user image

Salam ustaz, saya ada soalan. Saya sudah berkahwin dengan isteri lebih 3 tahun, tapi saya ada masalah rumah tangga. Setiap kali saya ajak isteri saya, dia mesti tolak sebab letih, kadang2 sebab buat kerja jaga anak, kadang2 jaga keluarga. Perkara yang bagus.

Dan kami ada masalah komunikasi sikit, kadang2 saya ok kalau dia nak tolong keluarganya semua.. tapi kalau kerap sekali sampai kadang-kadang 3-4 hari tangguh. 

 

Bagaimana hukumnya adakah saya ini yang salah sebab masalah komunikasi atau isteri saya ini terlalu jaga perihal keluarga berbanding suami? 

message user image

Salam...saya mohon pencerahan...sy ada perselisihan faham dgn isteri...dan tidak duduk bersama selama 4 tahun...tetapi sekarang sudah baik semula.

Jadinya ...adakah boleh saya dan isteri saya jadi seperti biasa walaupun 4 tahun tidak bersama atau saya perlu nikah semula dgn isteri saya bagi membolehkan kami hidup bersama semula.

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Mohon pencerahan berkenaan hukum kaffarah bagi suami isteri yang bersetubuh di siang hari dalam bulan ramadan. Penerangan situasinya adalah seperti berikut:

1) Suami isteri dalam keadaan bermusafir.
2) Suami isteri tidak terlebih dahulu berbuka puasa dengan makan atau minum. Puasa dibatalkan dengan jimak.
3) Suami isteri tahu mengenai hukum haram jimak di siang hari bulan Ramadan dan tahu mengenai perlu mengganti puasa tetapi terlupa/tidak mengetahui tentang hukum kaffarah keatas suami.

 

Mohon pencerahan ustaz/ustazah. Terima kasih, wassalam.

message user image

Assalamualaikum .

Saya ingin bertanyakan soalan tentang bagaimana proses untuk wali hakim .  saya ingin berkahwin pada bulan 6 atau 7 dan tarikh tidak confirm lagi sebab saya nk selesaikan untul wali hakim . Tujuan saya untuk mengunakan wali hakim kerana ayah saya sudah meninggal di indonesia dan saya tiada lagi wali kerana anak tunggal perempuan .Soalan saya adakah saya perlu isi sppim dulu atau boleh terus file kan untuk wali hakim dan proses nya bagaimana  .seterusnya , dan saya menetap di cyberjaya di manakah mahkamah patut saya file kan . 

message user image

Assalamualiakum,

Saya ingin mendapatkan sedikit pencerahan mengenai Lafaz Kinayah, apa yang saya faham akan lafaz ini sekiranya tidak bersama niat maka tiada talak yang jatuh dan tidak perlu dirujuk.

Bagi cerita saya, kehidupan sebagai suami isteri selama 22 tahun sememangnya ada pasang surutnya lebih lebih lagi dalam pertengkaran yang mana saya memiliki isteri yang hati keras sama sekali. Kadang kadang saya terpaksa menakut nakut dia dengan lafaz kinayah dalam keadaan marah supaya dia boleh berfikir. Persoalan nya sekarang isteri saya telah mengambil serius perkara ini dan telah mencatitkan beberapa kali sehingga dia beranggapan saya telah menjatuhkan talak sehingga talak 3, sedangkan lafaz lafaz tersebut bagi tujuan menyedarkan diri tanpa niat (Demi Allah) untuk berpisah dengan isteri tercinta kerana Allah Taala sentiasa menguji kesabaran hambanya.

Jadi sekarang adakah pernikahan saya ini masih sah atau sebaliknya?

message user image

Assalamualaikum.

 

Tuan/Puan,

 

Saya ingin bertanya beberapa soalan.

Sebelum itu saya ceritakan dari awal, suami saya mempunyai seorang adik perempuan, yang nakal dan tidak mendengar kata dari zaman persekolahan lagi, ketika itu suami saya, adik lelaki suami (kini sudah arwah) dan bapa banyak menjaga , menegur adik perempuannya itu, adik perempuannya juga kerap curi-curi keluar dengan lelaki, suami, arwah adik lelaki dan bapanya sentiasa berwaspada dan mencari kemana adiknya pergi dan membawa balik kerumah, pelbagai nasihat dan cara mereka gunakan supaya adik perempuannya berubah, sehinggakan bapanya mengikat kaki adik perempuamnya dengan tali di dalam bilik , berharap dia berubah dan insaf, namum tiada keinsafan dan perubahan berlaku, dia tetap dengan cara dan tingkahlakunya.

Setelah dewasa dan tamat belajar suami berhijrah ke bandar untuk bekerja dan hanya arwah adik lelaki suami & bapanya yang ada di kampung mengawal & menjaga tindak tanduk adik perempuanya, tetapi suami masih lagi mengawal dan menjaga secara jarak jauh begitu juga ketika suami menyambung pelajar, sentiasa menjaga dan berwaspada akan tindak tanduk adik perempuannya. Seteleh kematian arwah adik lelaki suami lebih kurang setahun , adik perempuannya meminta izin bapanya untuk duduk dirumah sewa untuk memudahkannya berkerja, rumah sewa terletak di dalam negeri yang sama yang keluarga suami tinggal, tetapi dibandar. Lebih kurang setahun adik perempuannya menyewa suami mendapati adik perempuannya hamil anak luar nikah, kehamilan ini pada awanya disorok oleh ibu mertua, tetapi ketika kami pulang ke kampung kami medapati adik perempuan suami telah hamil dalam usia kandungan lebih kurang 7-8 bulan, Untuk pengetahuan pihak tuan setelah dia hamil dia berpindah dari rumah sewa ke rumah mertua dalam usia kandungan 6-7 bulan, ketika ini usia adik perempuannya awal 20-an. Mengikut kata adik perempuannya lelaki yang menyebabkan kehamilannya telah meniggal dunia.

Setelah mendapat tahu kehamilan itu, keluarga suami mencari pusat perlindungan sementara untuk dia melahirkan anaknya. Ketika menempatkannya di pusat itu keluarga sudah berbincang  selepas dia melahirkan anak tersebut , anak itu diberikan kepada keluarga angkat (sudah ada keluarga yang ingin menjadikan anaknya sebagai anak angkat) dan adiknya boleh memulakan hidup baru. Pihak keluarga berusaha untuk menutup aib atas apa yang terjadi.

Akan tetapi setelah melahirkan anak (anak perempuan) tersebut adiknya, tidak mahu menyerahkan anaknya untuk dijadikan anak angkat, semuanya nasihat tidak diikuti dan ditolak sepenuhnya. Ketika keluarga memberi nasihat untuk meyerahkan anaknya itu adiknya tidak mahu mengikut malah tidak mengaku suami dan kakaknya (adik prempuan suami yang lain) sebagai ahli keluarganya, hanya kerana menasihati dan  menyuruhnya meninggalkan anak itu dan membina kehidupan baru.  Dan sehingga kini adiknya membesarkan anak tersebut di pusat perlindungan / jagaan itu dan dia turut berkerja di pusat jagaan itu (kini anak itu sudah berumur 5-6 tahun).

 Setelah beberapa tahun (dalam setahun atau setahun lebih) dari kelahiran itu ibu mertua menghubungi dan berhubung dengan adik perempuannya, dan mereka kerap berhubung. Setahun dua ini,  ibu bapa suami kerap berhubung dengan adik perempuan itu dan anaknya melalui telefon. Adiknya juga pulang ke kampung seperti menyambut hari raya dan sebagainya dan tidak dibolehkan untuk membawa anak luar nikahnya.

Isunya sekarang, baru-baru ini adik perempuannya  memohon izin (seolah-olah tiada apa yang berlaku) untuk bermalam di rumah kami untuk beberapa hari bersama-sama anak luar nikahnya itu (sebelum ini suami mengizinkan dia bermalam dirumah kami dengan syarat tidak membawa anak luar nikah itu). Suami masih tidak boleh menerimanya apa yang dilakukan oleh adiknya setelah pelbagai cara dan nasihat diberikan sebelum ini tidak diendahkannya, malah tidak mengaku itu adalah abangnya atas nasihat yang diberikan demi menjaga kehormatan dan maruah keluarga.

 Ini persoalan-persoalan saya. 1) Adakah berdosa untuk menolak permintaanya untuk menbawa anak luar nikahnya bermalam di rumah kami, setelah adiknya membuang suami daripada hidupnya dan suami dan keluarga sudah menasihati dan menegurnya dari awal? 2) Adakah berdosa suami dan keluarga tidak mempedulikkan anak luar nikah tersebut (setelah nasihat diberikan dari awal, sebab suami dan keluarga sedar tidak mudah untuk membesarkan anak luar nikah). 3) Adakah berdosa suami tidak membenarkan perjumpaan secara fizikal antara anak luar nikah itu dan datuk neneknya (ibu bapa suami).  4) Adakah berdosa suami dan keluarga tidak mempedulikan adiknya dan anak luar nikah itu?

Sejujurnya suami sangat-sangat kecewa dan hancur lulur hatinya setelah sekian lama dia menjaga, menegur dan menasihati adiknya tetapi tidak dihiraukan dan diendahkan langsung, hingga terjadi kejadiaan yang tidak sepatutnya berlaku (melahirkan anak luar nikah).

Kerjasama daripada pihak tuan saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

Sekian Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum. seperti yang saya tahu, anak saudara tiri lelaki dan ibu saudara tiri ialah bukan mahram. jadi soalan saya adakah dibolehkan mereka untuk berkahwin? terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Tuan/Puan,

Saya Hajah Nazirah binti Sulaiman dari Ampang, Selangor sebelum ini ada menghantar emel bertanyakan beberapa soalan kepada Pejabat Mufti Negeri Selangor.

Tuan/puan, ini merupakan sambungan soalan iaitu soalan yang telah tertinggal daripada emel saya sebelum ini.  (Mohon tuan/puan rujuk soalan atas nama saya sebelum ini).

Soalan:

Bagaimana hukumnya saya menjalani kehidupan bersama Ibu Saudara yang mana suami kepada Ibu Saudara itu bekerja di syarikat Skim Cepat Kaya tersebut daripada gaji suaminya itu saya yang tinggal bersamanya turut makan, minum dan menjalani kehidupan menggunakan duit gaji suami Ibu Saudara itu selama lebih kurang 1 tahun 8 bulan tinggal bersama mereka. Suaminya itu tidak ada pendapatan lain selain duit yang diperolehi dari bekerja di syarikat itu yang dikatakan 'keuntungan' dari aktiviti pelaburan haram mereka.  Apa yang perlu saya lakukan kerana telah menjadi darah daging saya?.    

Sekian, mohon penjelasan daripada tuan/puan.  Terima kasih.

 

(NAZIRAH BINTI SULAIMAN)

 

 

 

message user image

assalamualaikum , minta sorok identiti saya kerana saya ingin bertanya ini berdasarkan lakonan di televisyen sahaja . jika seorang isteri mendesak suaminya untuk bercerai selepas itu , suami berkata "kau bayar balik 20k duit hantaran dan aku ceraikan kau" . tetapi sang isteri tiada 20k tersebut . Bolehkah saya tahu hukumnya macam mana ?

message user image

Assalamualaikum izinkan saya bertanya. 
 

Kes cerai 
Suami tak lafaz , org lain yg tlong lafazkan di sbbkan suami tu struk suami tu angguk ja. Adakah kuasa lafaz cerai itu diguna pakai sbb org lain yg melafazkan dan suami angguk . Berkaitan dngn lafaz cerai oleh suami. 

Pastu kan ustaz , dia ada dua isteri pastu anak isteri pertama pernah mendakwa ayah dia pernah lafaz cerai dan ayah dia filekan penceraian dkat mahkamah dngn keadaan suami tak lafaz , lafaz kinayah . Anak dia tulis dan anak dia tlong baca dkat ayah dia dan ayah dia angguk 
Jadinya itu di kira lafaz ataupun tidak ? Lafaz itu bleh jadi cerai ataupun tidak.

boleh ka sertakan dalil dan hujah. 

message user image

Appeal/Question

 

 Title: Shariah Ruling of Gold Ornaments (Chadhawa) Ceremonially Borrowed/Weared/Presented for merely use (Lending - عاریۃ) to the Bride on the Occasion of Marriage in Community Rituals and Customs

 

 My name is Anas Chohan. I am a resident of Gazdarabad, Karachi. I belong to Muslim Marwari Silawat Jamaat. My wife Hadiqa Maqsood also belongs to our community and my wife is also a resident of Gazdarabad, Karachi. My wife Hadiqa took a Khula Decree from City Court Karachi on 25th August 2023, without my consent.

 

 In our community Muslim Marwari Silawat Jamaat, it is a tradition that the boy wears gold jewelry for merely use to the girl. The girl is not made the owner of these ornaments, but those ornaments are the property of the boys. In the same way, gold is given to the boy by the girls.

 

 The problem is that my wife Hadiqa has already taken back the gold presented by her family from me, but at the same time, the gold of my mother Nasreen Sadaqat, which is presented to merely use with my wife Hadiqa, is to be returned. It is denied. My wife Hadiqa says that this gold is my gift and my right, whereas we never gifted this gold to my wife, nor did I give this gold to my wife as dowry. (It should be noted that we have no children.)

 

 Now my question is, in the current situation, 

 

 Is it legally permissible for my wife Hadiqa bint Maqsood to keep the gold of my mother Nasreen Sadaqat while she has already taken the Khula Decree from the Court?

 

 Is our demand for the return of gold from my wife Hadiqa correct?

 

 Is it right for my wife Hadiqa to refuse to return my mom's gold ornaments when she has also returned her gold? 

 

 Also, who is the real rightful heir and owner of our gold jewelry according to the Sharia Law?

 

 Questioner: Anas Chohan (Gazdarabad, Marwari Line, Saddar Town, Karachi South, Pakistan)

 Phone Number: +923222203174

 Email: anas_chohan@hotmail.com

 

(This question requires a written fatwa from Dar al-Ifta).

message user image

Appeal/Question

 

 Title: Shariah Ruling of Gold Ornaments (Chadhawa) Ceremonially Borrowed/Weared/Presented for merely use (Lending - عاریۃ) to the Bride on the Occasion of Marriage in Community Rituals and Customs

 

 My name is Anas Chohan. I am a resident of Gazdarabad, Karachi. I belong to Muslim Marwari Silawat Jamaat. My wife Hadiqa Maqsood also belongs to our community and my wife is also a resident of Gazdarabad, Karachi. My wife Hadiqa took a Khula Decree from City Court Karachi on 25th August 2023, without my consent.

 

 In our community Muslim Marwari Silawat Jamaat, it is a tradition that the boy wears gold jewelry for merely use to the girl. The girl is not made the owner of these ornaments, but those ornaments are the property of the boys. In the same way, gold is given to the boy by the girls.

 

 The problem is that my wife Hadiqa has already taken back the gold presented by her family from me, but at the same time, the gold of my mother Nasreen Sadaqat, which is presented to merely use with my wife Hadiqa, is to be returned. It is denied. My wife Hadiqa says that this gold is my gift and my right, whereas we never gifted this gold to my wife, nor did I give this gold to my wife as dowry. (It should be noted that we have no children.)

 

 Now my question is, in the current situation, 

 

 Is it legally permissible for my wife Hadiqa bint Maqsood to keep the gold of my mother Nasreen Sadaqat while she has already taken the Khula Decree from the Court?

 

 Is our demand for the return of gold from my wife Hadiqa correct?

 

 Is it right for my wife Hadiqa to refuse to return my mom's gold ornaments when she has also returned her gold? 

 

 Also, who is the real rightful heir and owner of our gold jewelry according to the Sharia Law?

 

 Questioner: Anas Chohan (Gazdarabad, Marwari Line, Saddar Town, Karachi South, Pakistan)

 Phone Number: +923222203174

 Email: anas_chohan@hotmail.com

 

(This question requires a written fatwa from Dar al-Ifta).

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya berkenaan lafaz taklik. Pada bulan JULY 2023 saya telah lafaz taklik pada isteri saya.Lafaz taklik saya seperti berikut "Kalau kau kerja urut badan lelaki "urut batin" lagi , tak payah la nak jadi isteri aku lagi".Saya sebenarnya tidak betol2 berniat untuk lafaz taklik Dan ketika itu fikiran saya kusut memikirkan perkara tersebut kepada isteri saya.Tapi saya benar2 terpaksa buat begitu agar isteri saya tak kembali kepada pekerjaan lamanya.Ini kerana isteri saya sebelum nie seorang tukang urut lelaki "urut batin".Dan saya seberapa nekad Dan keras kepala isteri saya kalau terjadi perselisihan faham.Dan isteri saya pernah bawak anak saya pergi ke tempat pusat urut Haram tu Dan tinggal disana Dan menyebabkan anak saya demam Dan hampir2 akan ditahan hospital kerana demam yang dialami.Saya tahu pekerjaan yang isteri saya lakukan tu amatlah Salah dari sisi agama Dan undang2.ini kerana pekerjaan tersebut melibatkan banyak perkara yang tidak elok.ini kerana isteri saya bukanlah kerja di kedai urut rasmi yang berlesen.isteri saya Dan kawan2nya bukak pusat urut Haram.Saya terpaksa lafaz taklik tersebut untuk melindungi isteri saya dari kembali kepada pekerjaan lama tersebut.ini kerana pekerjaan tersebut amat lah berbahaya,berkemungkinan isteri saya boleh dirompak dan dirogol dan mungkin lebih teruk boleh kehilangan nyawa atas kejadian rompak atau samun yang akan terjadi pada kedai tersebut.Seandainya sampai terjadi korban jiwa Dan terbukak aib saya sekeluarga,saya akan kehilangan isteri,anak saya kehilangan seorang ibu.dan pekerjaan yang isteri saya lakukan adalah Haram di sisi agama Dan undang undang.dan semestinya isteri saya akan ditangkap polis dan dipenjarakan atas kesalahannya jika pusat urut Haram tu diketahui pihak polis. Dan tambahan isteri saya pemegang passport Indonesia bukan warganegara malaysia, Dan lebih teruk berkemungkinan akan diberkaitan dengan imigeresen Dan menyebabkan dia akan kehilangan visa jaminan suami isteri Dan dia terpaksa dihantar balik ke Indonesia meninggalkan saya Dan anak yang Masih berusia 3tahun. Banyak perkara yang bermain difikiran saya kadang saya rasa hampir hilang akal memikirkan perkara buruk yang boleh terjadi sampai saya terpaksa lafaz taklik tersebut demi keselamatan Dan kesejahteraan kami sekeluarga bersama.ini jugak demi menjaga maruah , nyawa Dan aib isteri saya sebagai seorang isteri dn seorang ibu.tambahan pula kami mempunyai cahaya mata yang baru berusia 3 tahun pada tahun ini.sekali lagi saya sampaikan saya terpaksa lafaz taklik tersebut demi menjaga maruah nyawa Dan hubungan antara suami isteri Dan anak.Seandainya isteri saya telah langgar lafaz taklik tersebut secara diam2 atau terang terang, adakah isteri saya itu Masih sah sebagai seorang isteri?Dan adakah sah lafaz taklik yang saya lafazkan pada isteri saya dalam keadaan terpaksa begitu?

 

 

Saya harap jabatan mufti Selangor dapat menjelaskan kekusutan ini.Sekian Terima Kasih

message user image

Assalamualaikum , saya ingin memohon maaf andai soalan saya peribadi sedikit tapi saya harap ustaz boleh menjawab soalan saya ,  saya ingin bertanya berkenaan saya punya kawan (zara) macam ni cerita nya , suami mak saudara zara telah mengambil kesempatan atas diri nya ( mencabul ) sudah beberapa kali dia kena , dia mahu memberitahu mak saudara nya tapi dia takot akan merosakkan rumah tangga mereka andai terjadi nya penceraian adakah itu satu dosa buat zara ? 
Dan sampai skrg zara tidak memberi tahu kepada mak saudaranya , apakah perlu dia memberi tahu kepadanya ? Dan apakah berdosa kalau dia berdiam diri ? Mohon perjelasan ustaz terima kasih 

message user image

assalammualaikum tuan, saya ada persoalan jika pasangan itu terlanjur dan si lelaki meminta untuk memutuskan hubungan tersebut kerna ibunya tidak bersetuju dengan hubungan mereka lalu si lelaki terpaksa mengikut kehendak si ibu kerna takut akan kutukan yang bakal terjadi jika melanggar perintah si ibu. adakah si lelaki perlu mengikut kata ibunya dengan mereka berpisah atau si lelaki perlu bertanggungjawab atas ketelanjuran tersebut tanpa mengikut perintah ibunya? adakah si lelaki derhaka dengan ibunya? mohon pencerahan tuan.

message user image

Assalammualaikum tuan, saya ada sedikit kekeliruan mengenai jika seorang lelaki melafazkan sudikah awak menjadi teman hidup atau seumpamanya adakah di kira sudah bertunang mengikut agama islam?

message user image

Assalamualaikum tuan Mufti, izinkan saya bertanya ... Sahabat saya ingin bernikah dengan seorang hamba Allah yang berkerja di sektor government ... Namun ibunya tidak merestui kerana sahabat saya itu berkerja swasta... Antara alasan ibunya ialah :

Tidak Sekufu & takut menjadi beban kepada isterinya & tidak terjamin masa depan dan lain lain lagi.. Ibunya hanya ingin pekerja government sahaja yg menikah dengan anaknya kerana masa depan yg terjamin

Soalan saya ,apakah dibolehkan seseorang itu menolak lamaran dengan alasan begitu dan apakah ciri2 sekufu yang dimaksudkan sebenarnya ?

Sahabat saya seorang yang baik dan menjaga solat 5 waktu &di masjid & seorang yang sangat tapi hakikatnya si perempuan gajinya agak lebih besar berbanding si dia.. Jadi adakah memang tidak layak si lelaki untuk bernikah dengan perempuan yg bergaji mewah dari dia?.. Assalamualaikum 

 

 

message user image

Assalamu alaikum,

Saya ada kekeliruan dalam persoalan munakahat.

Adakah perceraian termasuk dalam sunnah Nabi Muhammad SAW?

 

Saya terbaca dalam sirah nabi, Rasulullah pernah menceraikan isterinya bernama Hafsah RA.

Manakala sunnah bermaksud sesuatu yang bersumberkan daripada Nabi Muhammad SAW dalam bentuk ucapan, perbuatan, sifat serta akhlak yang diberitakan oleh sahabat baginda.

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum..saya sudah berkahwin hampir 11 tahun .. selama berkahwin suami saya tidak pernah bertanya kepada saya untuk halalkan nafkah yang tidak sempurna dari dia.. suami saya tidak mampu utk beri set pakaian  kepada saya ..kebanyakan saya terima pakaian dari pemberian orang . sekarang suami dalam perancangan utk berkahwin lain .. soalan saya apakah hukum suami berkahwin tanpa izin saya? ..dan boleh ke saya tuntut nafkah yang tidak sempurna sebagai hutang sekiranya saya tidak halalkan? dan apakah hukum suami menceraikan isteri dan berkahwin dgn orang lain tetapi hutang nafkah tidak dibayar?

message user image

Assalamualaikum Dato Mufti,

Di sini saya ada beberapa persoalan yang memerlukan pencerahan dari Dato Mufti mengenai:

1) Apa hukumnya seorang isteri meninggalkan rumah tanpa izin suami dan tidak taat kepada suami?

2) Apa hukumnya seorang isteri memberikan kunci rumah kepada orang luar dan mereka tidak diizinkan oleh suami masuk ke rumah?

3) Apa hukumnya seorang isteri berpakat dengan saudaranya dengan tujuan menganiaya suami hingga ditangkap polis dan dimasukkan ke dalam lokap?

4) Apa hukumnya seorang isteri menyamar sebagai seorang pelacur dengan tujuan bagi memerangkap suaminya?

5) Dan apakah menjadi dosa jika suaminya yang telah dianiaya menceraikannya?

Sekian soalan saya, terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum. Saya ada beberapa perkara yang ingin saya tanyakan kepada mufti. 

1. Apakah hukum mengumpul sumbangan infaq orang ramai untuk agihan makanan kepada masjid atau rumah anak yatim. Contohnya ada yang buat macam ni;

1A. Pemilik kedai mencari dana dari orang ramai untuk kutipan infaq. Makanan akan diagihkan di sekian-sekian tempat. Pemilik kedai mengambil upah memasak dari kutipan tersebut. Maksudnya bukan semua yang di infaqkan dari orang ramai sampai kepada tujuan.  Apakah hukumnya?

1B. Satu individu, menempah 50 pax makanan di kedai makan untuk di agihkan kepada orang ramai pada hari Jumaat. Pemilik kedai memberikan harga dan persetujuan tercapai. Dari harga tersebut pemilik kedai juga mengambil upah. Apakah hukumnya?

2. Apakah hubungan antara mak dan bapa saudara kepada anak yang lahir diluar nikah. Contoh:

2A. Kakak kepada si polan melahirkan anak lelaki/perempuan luar nikah. Apakah adik perempuan/lelaki kepada si polan boleh menyentuh anak lelaki/perempuan kakaknya seperti anak buah lelaki/perempuannya yang lain yang lahir dari hubungan yang sah di sisi Islam?

2B. Kemudian, jika kakaknya melahirkan anak perempuan/lelaki di luar nikah, apakah hukum antara suami/isteri kepada adiknya dengan anak perempuan/lelaki luar nikah kakaknya?

Sekian, terima kasih. 

message user image

Assalammualaikum, disini saya ingin bertanya mengenai lafaz taklik, saya telah meminta kepada suami saya untuk melafazkan taklik jika dia mengulangi perbuatan yang mendorongkan dirinya ke arah maksiat secara disengaja atau tidak disengaja akibat tidak dapat melawan nafsu sama ada dia telah melakukan zina bersama wanita lain di belakang saya, atau dia menyimpan dan merakam mana mana video lucah hingga timbulnya nafsu maka dia pun sudah mendorongkan dirinya ke arah kemaksiatan, dan perbuatan itu mendatangkan mudarat terhadap saya, seperti tidak lagi taat kepadanya, dan perbuatan itu pun telah menyebabkan saya nuzyuz kepadanya, maka jatuhlah talak 3 keatas saya secara sah. persoalannya disini saya telah mendapati suami saya melanggar taklik tersebut kerana saya menjumpai bukti dia menyimpan dan merakam video lucah dan video tersebut didalam folder tersembunyi telefon bimbitnya, namun suami saya tidak sama sekali mengakui telah melanggar taklik dengan memberi alasan bahawa semasa itu dia sedang melihat gambar dan tanpa sengaja dia terjumpa video lucah tersebut dan berniat untuk menghapusnya, namun katanya sewaktu dia hendak melakukan itu saya tiba tiba bertanya kepadanya sedang berbuat apa, menyebabkan video lucah itu tidak jadi dihapuskan tetapi dia telah menyembunyikannya, suami saya juga berkata bahawa video lucah itu adalah video lama sebelum lafaz taklik itu dibuat namun melalui bukti tarikh pada rakaman video itu adalah jelas setelah taklik itu dilafazkan. namun suami saya tidak ingin melepaskan saya dengan menyatakan dia sama sekali tidak melanggar taklik, disini saya perlukan pengesahan saya ingin bertanya apakah talak itu sebenarnya sudah jatuh keatas saya ? kerena suami saya telah menafikan dan tidak mengakui telah melanggar taklik namun bukti ditelefon bimbitnya menunjukkan sebaliknya dan perkara ini menimbulkan kekeliruan kepada diri saya. 

message user image

Saya nak tanya saya ad masalah bisikan hati pernah gaduh dengan isteri keluar la ayat cerai. Selang beberapa hari tiba2 fikiran tu datang betul ker aku niat tanpa lafaz atau lafaz..situasi ini membuatkan saya haru biru ad tu sampai lupa aku niat ker lafaz macam mana tu ustaz mohon penjelasan

message user image

Assalamualaikum saya ingin bertanya, bolehkah saya bernikah dengan seorang lelaki yang saya telah menyamakan atau membandingkan badannya dengan ayah saya. lelaki tersebut bukanlah keluarga dan halal untuk saya nikahi. 

message user image

Assalamualaikum tuan/puan, saya ingin bertanya beberapa soalan berkenaan talak bagi mendapatkan kepastian.

1. Saya mempunyai masalah dengan isteri saya sebelum ini. Ketika kami bergaduh saya ada meminta supaya isteri saya mengemas semua bajunya dan keluar daripada rumah. Tetapi saya tiada niat untuk menghalau dia atas niat untuk berpisah. Soalan saya adakah situasi berkenaan boleh jatuh talak ?

 

2. Selepas isteri saya mengemas pakaian, isteri saya ingin keluar daripada rumah, saya cuba menghalangnya dan dalam masa yang sama saya mengatakan kepada dia "Kalau kau keluar daripada rumah jatuh talak satu" (saya bagi tahu macam tu sebab saya nak halang dia keluar daripada pada rumah malam tu dan niat saya bukan dia tak boleh keluar langsung daripada rumah). Semasa tu isteri saya akur dan dia tidak keluar rumah pada malam tu dan esok saya membenarkannya pergi bekerja seperti biasa. Soalan saya adakah talak takliq itu terpakai sepanjang masa atau ia akan terbatal selepas keesokkan harinya?

 

3 Dalam masa yang sama juga saya ada kata pada isteri "kalau "kau tak patahkan sim kad tu jatuh talak satu" selang beberapa minit selepas itu saya telah meminta isteri saya logout Whatsapp dan delete akaun facebooknya. Isteri saya juga akur dengan permintaan saya, dia patahkan simkad pada malam tu. Cuma malam tu, isteri saya tak logout aplikasi Whatsapp dia dan akaun Facebook dia tak delete. Saya jadi ragu -ragu pada keesokkan harinya adakah saya cakap malam kejadian sekiranya tak delete Facebook dan logout Whatsapnya jatuh talak satu. Kemudian saya cuba untuk dapatkan kepastian pada isteri, saya tanya semula isteri saya adakah saya berkata sekiranya tidak logout Whatsapp dan delete akaun Facebooknya jatuh talak satu. Isteri saya sahkan saya tak berkata begitu. Isteri saya kata, beliau berani tak delete akaun Facebooknya dengan logout whatsaap sebab dia tidak ada mendengar saya cakap macam tu. Soalan saya adakah situasi ini boleh jatuh talak?

 

Untuk makluman saya dan isteri sudah berbaik semula. Saya dan isteri bertanya soalan ini pada ustaz sebab kami mahu kepastian dan takut akan jadi haram sekirannya kami tinggal dan tidur bersama.

message user image

Assalammualaikum...

Saya ada persoalan yg membelengu dikepala saya sehingga sekarang.

1)Situasi: Suami (A) berkahwin dengan isteri ke dua (B) tanpa pengetahuan sy. Pada borang pendaftaran perkawinan A telah menipu bujang.

Persoalan: Bagaimana seseorang mengaku bujang boleh dilepaskan kebenaran sedangkan didalam system terdapat maklumat isteri?

2)Situasi: Sijil nikah A dan B masih tidak dikeluarkan sehingga hari ini (5bulan dari tarikh nikah) kerana ingin mendapatkan kenyataan dari A.A takut hadir kerana masalah kewangan.

Selagi tidak selesaikan ini saya tiada hak sebagai isteri pertama dan cerai yang ingin dilakukan A kepada B jugak tidak dapat dilakukan.

Persoalan:Adakah patut saya menuntut hak saya sebagai isteri pertama?? Atau memaksa dulu A untuk beri kenyataan dan memohon poligami?

3)Persoalan: Jika A memohon poligami dan saya selaku isteri pertama tidak menerima, adakah saya boleh menuntut fasakh jika suami tidak mahu menceraikan saya?

4)Persoalan: Jika mahkamah menyatakan yg suami tidak layak berpoligami, adakah masih diteruskan pernikahan A dan B, or mereka dikenakan denda?

Sekian, Terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum, 

Suami saya tidak boleh bekerja yg memerlukan gerakan fizikal yg berat seperti mengangkat beban, pemandu lori atau pemandu bas kerana masalah kecederaan tulang belakang yg agak serius tetapi tidak lumpuh. Banyak peluang pekerjaan yang dicuba tetapi majikan tidak terima pekerja yang mempunyai keupayaan fizikal yg terhad. 3 minggu lepas ini suami saya mendapat pekerjaan sebagai pemungut hutang (debt collector) di sebuah syarikat pinjaman wang berlesen. Memandangkan pekerjaan lain tidak sesuai dengan keadaan kesihatannya, suami terpaksa bekerja di syarikat tersebut setelah 4 tahun tidak bekerja. Emosi suami semakin stabil kerana akhirnya mendapat pekerjaan untuk menanggung nafkah keluarga. Walau bagaimanapun, suami rasa serba salah kerana hukum pekerjaan yang melibatkan riba. Apa pandangan ustaz berkaitan hal suami saya ini? Bagaimana beliau hendak melunaskan hutang2nya sekiranya tidak bekerja 

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan sy mohon penjelasan kepada lafaz ta'liq di bawah. 

Adalah disahkan bahawa Pengantin lelaki telah berta'liq seperti berikut:

Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya ................  selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Syariah dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit, maka pada ketika itu tertalaq ia dengan cara talaq khulu'.

1)Sekiranya pihak isteri tidak membuat aduan di mahkamah syariah. Adakah jatuh talak? 

2)Jatuh talak atau tidak secara khuluk sekiranya pihak isteri tidak membuat aduan di mahkamah syariah? 
 

 

message user image

Assalamualaikum..Saya ingin bertanya tentang ciri ciri isteri yang wajib diceraikan mengikut hukum syarak Jika tidak diceraikan Akan menbuatkan Saya tanggung dosa besar yang dilakukan isteri di akhirat..untuk makluman Saya telah berkali Kali mendapatkan kauseling di pejabat agama..sekarang dalam proses mahkamah syariah untuk pengesahan 3 lafaz taklik..dan mendapatkan kauseling Dari Peguam mahkamah syariah..isteri Saya teramat derhaka dan nusyuz serta amat zalim kepada suami demi memuaskan Hatinya..isteri seorang yang tidak peduli hukum agama demi memuaskan hatinya Hatinya lebih penting Dari hukum agama..tidak Kira dengan apa Cara sekalipun..Saya bimbang tergolong dalam kalangan suami dayus kerana tidak mampu mengawal isteri dan hanya mampu mendiamkan diri dan mengalah..bolehkan teruskan perkahwinan yang di mana Saya tahu isteri curang bersama lelaki lain tetapi Saya hanya mampu mendiamkan diri dan mengalah..Jika Dia berlaku curang bersama lelaki lain Saya tidak dapat berbuat APA hanya mampu mendiamkan diri dan berserah kepada allah..nasihat dan teguran isteri tidak diendahkan..Dia beritahu Saya kalau Saya buta Baru sakit Hatinya hilang..atau Saya ceraikan Dia Baru Dia Akan tenang tanpa sebab..Dia Nak Saya ceraikan Dia tanpa sebab dan kejahatan

message user image

Assalamualaikum, 

Dan salam hormat, disini saya ada satu pertanyaan mengenai hukum faraid, terhadap bekas ibu tiri.Arwah ayah saya dan ibu tiri telah bercerai pada bulan julai 2017 dan ayah saya pula telah meninggal pada september 2017. Dalam perbicaraan pembahagian pusaka di pusaka kecil telah memutuskan ada hak utk bekas ibu tiri saya (dalam tempoh iddah) dan mengatakn urusan pembahagian adalah selagi mana arwah hidup. Persoalan saya baru2 ini bekas ibu tiri saya telah berkahwin lain. Adakah pembahagian harta pusaka ini masih perlu diteruskan..memandangkan ada hasil atau gaji bulanan yg perlu diuruskan oleh saya selaku pentadbir. 

Terima kasih

message user image

Asalamualaikum,  saya nak bertanya .. suami pernah cakap .. masa awal kahwin , ada dimana 1 situasi dia sangat marah .. masa itu saya sedang tidur .. dia sedang memandu kenderaan .. dalam hati dia cakap mengenai cerai tapi dia tak ada niat sebab dia masa itu dalam keadaan marah terlalu dan tidak lafazkan (hanya dalam hati) .. adakah tetap jatuh talak?

message user image

Assalamualaikum..saya mohon pencerahan berkenaan situasi berikut:

Seorang wanita kematian suami.

Arwah suami ada 2orang anak dewasa, seorang lelaki & 2 orang perempuan.

Wanita tersebut hanya ada adik beradik seorang lelaki & seorang perempuan.

Dalam hal ini siapakah yang wajib beri nafkah dan jaga kebajikan wanita tersebut?

terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,

Seorang perempuan telah mengandung dan bernikah dengan pasangan zinanya sewaktu kandungannya berusia 3 bulan. Anak yang lahir telah dibintikan kepada suaminya seperti yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Apakah bapa biologi ini boleh menjadi wali nikah kepada anak luar nikahnya?

message user image

Anak tidak sah taraf 6 bulan selepas perkahwinan boleh di walikan oleh bapa kandung ke? Dan apakah anak itu masih mahram kepada bapa kandung jika berkahwin dengan ibu kandung.

message user image

Assalamualaikum .

Saya ada soalan . Kawan saya nak bertunang hujung bulan 8 tahun ni . Dalam masa yang sama , keluarga dia buat keputusan nak buat sekali kenduri tahlil arwah ayah yang dah meninggal tahun lepas . Ada sesetengah orang membantah keputusan kawan saya sekeluarga dengan pendapat mereka sepatutnya asingkan dua majlis ni pada tarikh yang lain . Tak kurang juga ada yang menyokong keputusan kawan saya dengan menyatakan kalau dah berniat , teruskan atau mesti dilakukan . Jadi , dalam kes ni , saya juga buntu pendapat manakah yang patut diikut . Saya harap pihak pihak Jabatan Mufti Selangor dapat memberikan pandangan patutkah teruskan majlis bertunang & kenduri tahlil ini serentak atau asingkan ?

Sekian .

message user image

Assalamualaikum, saya nak tanya berkenaan wang hantaran, wang hantaran sebanyak 7ribu adalah dari duit kumpul antara saya dan tunang lelaki, jadi persoalannya, bolehke wang hantaran tersebut tidak dikira sebagai maskahwin sebab dengar makluman dari imam yang akan nikahkan, katanya akan masuk kan skli sbg maskahwin, tapi mcm mana sbb wang hantaran tu duit antara dua pihak. Bukan yang wajib hanya rm300 ke untuk selangor?

message user image

Assalamualaikum, 

Saya ingin bertanya mengenai status perkahwinan jika berada dalam situasi seperti berikut : 

Suami pernah bersumpah taklik, "jika saya tengok lucah, maka akan jatuh talak". Dan tidak lama kemudian, kami memang bercerai di atas sebab lain dan bukan disebabkan sumpah taklik tersebut. Kami telah pun rujuk semula. Jadi adakah sumpah taklik tersebut masih sah diguna pakai selepas kami rujuk?

Terima Kasih. 

message user image

Assalamualaikum 

 

Sayq ada soalan..saya pernah bertanya pada suami saya kenapa dia ceraikan isteri lama dia..jadi dia bercerita semuanya..pada masa yang sama semasa dia cerita itu,dia ada cakap kau nak cerai sangat,jadi aku ceraikan kau..tapi dia merujuk kpd bekas isteri dia,bukan saya..adakah jatuh talak pada saya juga bila dia cakap mcm tu?sebab dia tak berniat ckp macam tu pada saya.itu sahaja soalan saya.terima kasih 

message user image

Assalamualaikum, saya dah berkahwin 5 tahun dan dikurniakan  3 orang anak. Yg sulung 4 tahun yg kedua 3 tahun yang ketiga 9 bulan. Isteri saya seorang suri rumah dan Bulan 4 baru ni isteri saya mengandung. Boleh ke kami nak gugurkan anak dalam kandungan atas alasan merancang keluarga dan isteri saya penat hendak menguruskan 3 orang anak semasa dalam keadaan mengandung.

message user image

Assalamualaikum,ustaz say ingin bertanya tentang perkahwinan saya y tidak sah mengikut hukum syarak setelah sya bertanya kpd para imam.sya melangsungkan pernikahan ckup syarat ijab Kabul...cuma,sya berwali kan bapa saudara adik kpd bapa sya.sdgkn panda waktu itu bapa sya jga mnjadi saksi pernikahan tersebut...Dan saya baru mengerti kenapa bapa sya tidak mewalikan sya Dan wali itu d berikan kpd bp saudara saya,kerana sya anak x sah taraf.dan apakah sya waji. bernikah semula mengikut hukum syarak atau pun sya hanya boleh bertaubat sja...kerana sya Dan pasangan suda tidak sependapat Dan tidak sefahaman utk meneruskan hubungan Dan kehidupan bersama utk kedepan hari...Dan memutuskan utk mengikut haluan masing2.(mohon pencerahan ustaz...terima kasih Dan assalamualaikum .sekian

 

message user image

Assalamualaikum, Saya begaduh dengan isteri saya kerana isteri saya telah membuka fon saya tanpa pengetahuan saya (ketika saya terlena) dan membuka aplikasi whatapps . Dalam msg whatsapps tersebut ada mesej tertulis satu ayat dan ada tulis  syg dr rakan sekerja (sudah bersuami) saya..membuatkan isteri saya sangat marah.padahal saya tiada hubungan pun dgn rakan sekerja itu..lalu isteri sy pun mesej kepada rakan sekerja saya  mnggunakan fon saya untuk marah..selepas saya terjaga tidur, sy cek fon saya dan dapati isteri saya berperangai pelik dan bermasam muka dgn saya..menyebabkan sy bergaduh teruk kerana isteri saya berkata , bagi la no fon laki dia, aku nak tidur dgn laki dia plak..sebab hang kawan dgn bini dia..lalu saya bagi penampar dua kali sebab dia ulang ckp nk tidur dua kali..lepas tu sy bagitaw isteri saya..lepas ni lagi sekali dok amik bukak fon aku dok cek²  , aku cerai hang terus..lepas beberapa hari kejadian..sy bg fon pada isteri sy untuk di cas..adakah jatuh talak..sebab skrg isteri sy berasa saya sebut (pegang fon )..maksud saya jika dia amik fon sy dok buka  dan cek² semua..itu saja soalan saya..harap Tuan dapat beri penjelasan..terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, Saya begaduh dengan isteri saya kerana isteri saya telah membuka fon saya tanpa pengetahuan saya (ketika saya terlena) dan membuka aplikasi whatapps . Dalam msg whatsapps tersebut ada mesej tertulis satu ayat dan ada tulis  syg dr rakan sekerja (sudah bersuami) saya..membuatkan isteri saya sangat marah.padahal saya tiada hubungan pun dgn rakan sekerja itu..lalu isteri sy pun mesej kepada rakan sekerja saya  mnggunakan fon saya untuk marah..selepas saya terjaga tidur, sy cek fon saya dan dapati isteri saya berperangai pelik dan bermasam muka dgn saya..menyebabkan sy bergaduh teruk kerana isteri saya berkata , bagi la no fon laki dia, aku nak tidur dgn laki dia plak..sebab hang kawan dgn bini dia..lalu saya bagi penampar dua kali sebab dia ulang ckp nk tidur dua kali..lepas tu sy bagitaw isteri saya..lepas ni lagi sekali dok amik bukak fon aku dok cek²  , aku cerai hang terus..lepas beberapa hari kejadian..sy bg fon pada isteri sy untuk di cas..adakah jatuh talak..sebab skrg isteri sy berasa saya sebut (pegang fon )..maksud saya jika dia amik fon sy dok buka  dan cek² semua..itu saja soalan saya..harap Tuan dapat beri penjelasan..terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. 

Saya ada kemusykilan untuk ditanya

TAJUK : STATUS ANAK TIDAK SAH TARAF DENGAN BAPA BIOLOGI.

Seoarang wanita yang mengadung anak luar nikah telah dikahwinkan dengan lelaki yang mengandungkannya. Berkahwin kandungan telah melebihi 6 bulan.

Apakah taraf anak yang  dilahirkan oleh wanita tersebut dengan bapa biologinya? Anak yang dilahirkan adalah anak perempuan. Adakah dari segi hukumnya seperti bapa tiri?

Mohon pencerahan, terima kasih.

message user image

Suami saya pernah curang berkali2 , dan satu hari saya tk tahan untuk cerai . Tapi suami masih meminta untuk peluang , dia berkata " i janji i akan berubah , kalau dalam masa terdekat i tk berubah , i janji i akan lepaskan you " 

message user image

Saya telah berkahwin hampir 19 tahun.suami saya seorg yang panas baran sehingga sering memukul saya sekiranya ade pertengkaran,walaupun dimanana mana.pada tahun 2023,kami ada bertengkar, dan selepas beberapa hari,dia memujuk saya.disebabkan saya tidak mampu bertahan lagi,saya meminta dia berjanji supaya tidak memukul saya lagi,sekiranya dia memukul saya lagi,KAMI TIADA APA APA LAGI PERHUBUNGAN.DAN DIA SETUJU.dan baru baru ini,dia ade memukul saya lagi di depan anak anak.Adakah sah talak ke atas saya sekarang?perlu ke saya merujuk pejabat agama untuk sahkan talak saya ini?

 

 

message user image

Assalamualaikum Tuan Mufti,saya ada sedikit kemusykilan, Pada satu hari saya ingin bertanyakan soalan pada seorang ustaz berkenaan soalan was was cerai,kemudian saya susun ayat dalam hati,maksudnya soalan yang saya nak tanyakan saya susun dulu ayatnya di dalam hati saya,kemudian setelah beberapa jam saya jadi was was adakah saya ada terlafaz cerai di mulut,saya cuba ingat dan saya yakin saya tidak ada lafaz tapi saya tetap was was kerana saya seorang yang kadang suka tersebut apa yang terlintas di hati saya. Saya cuba ingat tapi saya memang rasa tidak ada lafaz..saya agak agak was was. Kalau jadi begini apa perlu dilakukan?

message user image

Assalammualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya Ibu mertua saya telah kematian suami dan perlu menjalani temph iddah selama 4 bulan.

Saya ingin mengetahui adakah tidak dibenarkan untuk melawat adiknya yang sedang sakit di hospital selama tempoh iddah ini?

Adakah tidak diberi kelonggaran untuk menziarahi untuk sekali sahaja. Yang  mana hajatnya Cuma untuk melihat adiknya yang terlantar dihospital dan tidak akan pergi ke tempat lain setelah selesai, akan segara pulang ke rumah. Diharapkan kehadiran ibu mertua saya dapat memberikan semangat kepada adiknya untuk segera pulih. Terima kasih atas penjelasan.

message user image

Assalamualaikum..saya mohon pencerahan berkenaan situasi berikut:

Seorang wanita warga emas kematian suami.

Beliau tiada anak sendiri tetapi ada anak tiri dari arwah suaminya seorang lelaki dan 2 orang perempuan.

Wanita tersebut hanya ada seorang abang dan seorang kakak.

Dalam hal ini siapakah yang wajib menanggung keperluan & kebajikan wanita tersebut memandang beliau tiada sumber pendapatan sendiri.

Terima kasih. 

 

message user image

Assalammualaikum,cik saya nak tanya dalam beberapa bulan lepas,saya pernah ada pergaduhan dengan isteri saya...namun selepas pada itu isteri saya keluar dari bilik dan saya berseorangan dalam bilik dan dalam saya keadaan agak emosi pada masa itu saya bercakap dengan diri sendiri.saya ada cakap perkataan "lepaskan" dan sekarang saya cuba untuk ingat kembali apa situasi yang berlaku dan apa yang keluar dari mulut saya waktu pada itu dan hari ini saya teringat balik.saya kurang pasti setahu saya yang saya ingat skrg hnya cakap perkataan "lepaskan" sahaja dan lagi satu saya cuba ingat kembali sama ada waktu itu saya bercakap "aku tak nak lepaskan" atau "aku nak lepaskan" dan lagi satu pada waktu itu saya hanya nak luah perasaan yang dipendam selama ini itu niat saya akan tetapi saya agak ragu - ragu dan was was dalam pada masa yang sama niat saya sama ada saya nk ceraikan isteri saya atau tidak ataupun hanya lintasan dan bisikan sahaja.bila saya ingat balik saya jadi ragu - ragu adakah betul apa yang saya niatkan ataupun hanya lintasan dan bisikan dari syaitan sahaja dan setahu saya nak luah sahaja dan tkda niat pa ii untuk menceraikan isteri saya.dan pada waktu itu hanya saya berseorangan di dalam bilik tanpa ada siapa ii hanya saya sahaja . mohon penjelasan daripada cik terima kasih.

message user image

Soalan saya..Semasa bertengkar dengan suami dalam keadaan sangat marah sy tertolak kepala nya..dan suami dalam keadaan marah mengatakan "lagi sekali kau tolak kepala aku jatuh talak satu"dan pada masa yg sama sy tdk menolak lagi.. apakah hukum talak pada masa itu dan seterusnya ..terima kasih

message user image

as'salamualaikum.. saya nak tanya beberapa tahun lepas saya dan suami ada bergaduh atas beberapa sebab . lepastu suami ada lafazkan taklik 'kalau ada orang boleh jaga kau lebih baik dari aku jatuh talak' .. macam mana status sekarang ya sebab tak pernah pn ada lelaki lain ke apa cuma 'orang' yg dimaksudkan suami tu tak pasti macam mana . dan baru2 ni kami ada bergaduh lagi dan saya cabar suami talakkan saya kerana saya tuduh dia ada skandal dengan perempuan lain lalu dia talakkan saya 'kalau aku skandal dengan dia jatuh talak 1' . suami kata dia berani sebab dia memang tak ada apa2 dgn perempuan tu cuma kawan sahaja.. tapi skandal ni dalam kategori apa ? bercinta ? pernah berhubungan badan atau teman tapi mesra ? atau kawan perempuan pn dikira skandal ?

message user image

Saya ada lafaz rujuk dekat isteri mcm ini..(ayh rujuk mama semula jadi isteri ayh)

Dia terima rujukkan saya.. tiba² besok pagi dia ckp tknk rujuk... Semasa saya lafaz rujuk saya berdepan dengan dia bersua muka....

Jadi lafaz rujuk saya tadi itu sah ke tidak??? 

message user image

Assalammualaikum cik,saya nak tanya apa hukum jika kita ragu - ragu dan was was dalam bab cerai ?

1.saya nak tahu mengenai bab ini sebab dulu saya macam pernah lafaz tapi saya tak seberapa nak ingat sama ada ia berlaku sebelum saya kahwin atau selepas dan bila saya cuba untuk mengingati balik untuk kepastian diri saya sendiri sama ada saya pernah lafaz atau tidak dia jadi macam samar - samar dan saya pun jadi kurang yakin atas perkara ini.

2.apa hukum jika kita lafaz berseorangan diri tanpa ada siapa - siapa disekeliling kita akan tetapi hanya mengerakkan bibir dan lidah tanpa mengeluarkan suara kita sendiri dan didengari oleh diri sendiri adakah perkara ini dikira jatuh talak ?

mohon penjelasan daripada cik terima kasih 

message user image

Assalamualaikum. 
 

apakah hukum suami ditengking isteri bilamana emosi isteri tidak stabil selepas bersalin?

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya Syahiran ingin bertanya berkenaan dengan status dan hukum dalam rumah tangga. Saya dan isteri telah lama tinggal beransingan hampir setahun. Ini kerana isteri saya tinggal di rumah adiknya. Puncanya adalah kelalaian saya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami (nafkah zahir). Sekarang kami suami isteri ingin berbaik semula selepas. hampit setahun. Saya nak tanya apakah status kami suami isteri dan hukum dalam Islam? 

message user image

Assalammualaikum cik,

saya minta maaf jika bertanya soalan ini secara berulang kali kepada cik.

saya nak bagitahu tentang lafaz cerai saya kerana saya mengalami ragu - ragu terhadap lafaz saya sendiri.

saya nak menerangkan kepada cik atas situasi yang saya alami semalam dan juga beberapa hari kebelakangan ini.saya tengah basuh pinggan isteri saya di bilik dan saya berseorangan di dapur.sambil saya basuh pinggan tersebut saya cuba lafaz dan akan tetapi saya hanya menggerakkan bibir dan lidah tanpa mengeluarkan suara dan atas saya tujuan saya buat kerana saya nak ingat balik adakah saya pernah lafaz selama ini dan dalam masa itu juga saya ada rasa macam saya keluarkan suara saya tapi seingat saya .saya tak keluarkan suara selepas pada itu saya cuba macam kuatkan suara tapi tidak sama apa macam yang saya buat tapi masa saya kuatkan suara tersebut saya tidak ada sampai tahap saya lafaz cerai tersebut sebab saya tahu jika secara bersengaja pun boleh jatuh. cuma yang saya nak terangkan pada cik adalah betul ka lafaz cerai ini memerlukan lafaz yang jelas sampai boleh didengari diri sendiri ataupun macam sikit-sikit pun boleh jatuh juga ? maksud saya dia macam saya cakap itu tetapi tak seberapa jelas sehingga macam saya nak keluar suara atau tidak keluar suara  macam saya alami ini saya macam seolah olah cakap dan saya tak ingat sama ada betul atau tidak saya lafaz sebab pada waktu itu setahu saya hanya gerakkan bibir dan lidah tanpa didengari suara saya sahaja akan tetapi saya rasa macam saya keluarkan suara saya dan saya nak tahu sangat - sangat adakah perkara yang berlaku dekat saya ini boleh di ambil hukum ragu - ragu jika saya was was dalam lafaz saya ini sebab saya cuba ingat balik saya jadi lupa dan bila saya cuba elak diri saya untuk mengingati dia datang dengan bisikan dan juga rasa lintasan di hati tersebut 

mohon pencerahan dari cik sebab saya jadi ragu ragu bila ingat balik saya jadi macam "aku yakin aku cakap","aku tak yakin aku cakap" dan "aku rasa aku tipu diri sendiri" ini yang saya berasa sewaktu saya cuba ingat balik dan saya cuma nak minta kepastian sahaja dari cik 

saya minta maaf jika saya tanya ini secara berulang kali sebab saya rasa ragu ragu.

message user image

Assalamualaikum, saya ada dua soalan yang ingin ditanya.

Soalan 1: adakah lafaz taklik suami kepada isteri ini sah?

Lafaz : lepas saya bayar hutang awak kita berpisah

(Si suami telah berhutanh dengan isteri dan sedang membayar hutangnya secara beransur ansur)

Soalan 2: jika lafaz taklik itu sah, sekiranya isteri menghalalkan hutang tersebut agar suami tidak perlu membayar kepadanya hutang itu lagi, adakah taklik itu akan jatuh serta merta?

Mohon penjelasan lanjut dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, soalan saya apa status akad nikah pengantin lelaki lafaz "aku terima nikahnya secara tunai" sedangkan mas kahwin tersebut pengantin lelaki bagi selepas akad nikah. Pengantin perempuan sudah setuju mas kahwin diberikan selepas akad. Dan memang pengantin lelaki bagi secara lumpsum selepas 2 hari kahwin. Mohon pencerahan

 

message user image

Assalamualaikum Ustaz,saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai talak yang menyebabkan saya waswas.Sudah hampir 2tahun saya waswas mengenai talak dan kerap kali terlintas cerai ketika saya bercakap hinggakan saya takut untuk bercakap.Saya cuba untuk menghindarinya namun masih gagal Ustaz.

1.Apakah hukum menyanyikan lagu yang mengandungi lirik "didalam resah engkau kupisahkan" jika dinyanyikan depan isteri tanpa niat talak?

2.Adakah jatuh talak jika terpacul/terlafaz perkataan "aku cerai" dan "cerai" akibat waswas tanpa niat talak?

3.Saya ada menyanyikan lagu yang berlirik "oh sayangku hulurkan tanganmu bersama kita bergandingan berdua" didepan anak saya. Saya menyanyi dengan mulut  tertutup dan mengangkat suara sahaja kerana takut terlintas cerai dan ketika sampai di lirik berdua itu terlintas cerai mama dalam kepala dan saya terus berhenti menyanyi. Adakah lirik itu boleh jadi lafaz kinayah?

4. Saya terbangun dari tidur dan saya cuba tidur semula kerana mengantuk,tiba-tiba terlintas lafaz soreh,saya cuba untuk tidak layan dan saya buka mata tengok isteri yang sedang tidur saya pun cuba tidur dan lintasan itu semakin kuat dan saya buka mata semula melihat isteri dan ketika melihat isteri yang sedang tidur saya merasakan mulut saya seakan mengikut lafaz tersebut dan merasakan saya telah melafazkannya namun saya ragu ragu samaada betul atau tidak telah melafazkannya kerana saya ragu ragu kerana saya rasa macam keluar suara,bila difikir balik macam tidak keluar suara. Saya betul betul ragu samaada lafaz atau tidak.Saya cuba ingat semula tapi masih ragu ragu dan tidak ingat dengan pasti samada keluar suara atau tidak. Apakah hukum bagi situasi begini Ustaz?.Saya betul betul runsing memikirkannya,saya bimbang bagaimana jika saya betul betul melafazkannya. 

 

message user image

Assalamualaikum wbt, saya nak tanya, sekiranya pasangan non-muslim bercerai kemudian si suami memeluk Islam, adakah hak jagaan diberikan kepada bapa tersebut? dan adakah agama anak-anak juga bertukar kepada agama Islam?

message user image

Assalamualaikum .. maaf jika jalan cerita saya agak panjang. tapi saya tak tahu nak buat apa sekarang. saya dalam keadaan tertekan sangat bila arwah meninggalkan saya. saya seorang ibu tunggal dan mempunyai 3 orang anak perempuan yang masih bersekolah. arwah suami saya telah bernikah dengan saya pada 27/04/2024. tujuan suami nak bernikah atas faktor umur dia yang telah berusia 59 tahun dan mempunyai sakit yang berkaitan paru-paru, kencing manis, darah tinggi. arwah ingin seseorang menjaganya dan mengisi masa lapangnya bila dia pencen pada umur 60 tahun . tarikh pencen arwah sepatutnya adalah 1/06/2024. saya ada tanya arwah adakah anak-anak arwah bersetuju dengan keputusan yang dia buat, arwah cakap anak-anak dia semua dah besar dan buat hal masing-masing dan mereka tiada masa untuk bersama dia 24jam. kami hanya sempat bersama 20 hari. pada 17/05/2024 arwah meninggal dunia akibat jantung, paru-paru dah penuh dengan air. selepas kematian arwah suami, anak2 arwah menunjukkan rasa tidak puas hati , saya dapati bahawa arwah akan mendapat wang ganjaran @ ganjaran terbitan dengan sekali bayaran selepas 1/06/2024 , sebelum saya belajar dan meneliti akta-akta, saya ingat duit ganjaran itu akan masuk pada akaun arwah dan faraid, tapi saya salah, selepas meneliti segala akta-akta , duit ganjaran itu tidak boleh di faraidkan dan waris yang layak sahaja akan menerimanya . arwah mempunya 4 orang anak lelaki yang sudah berumur lebih 21 tahun dan seorang anak perempuan yang berumur 19 tahun. saya ada menghubungi jabatan pencen dan mengesahkan bahawa balu dan anak bawah umur 21 tahun sahaja layak menerima wang ganjaran tersebut. anak-anak lelaki arwah tidak berpuashati dan meminta saya bahagikan semua duit ganjaran itu sama rata. selepas itu mereka memaksa saya untuk menerima keputusan mereka termasuk adik perempuan mereka iaitu menyuruh saya menggunakan duit ganjaran tersebut untuk membayar semua hutang yang arwah ada, serta bayar upah haji dan fidiyah arwah , juga membayar segala jenis hutang arwah. hutang arwah pada bank rakyat sudah hampir rm32k. saya dilemparkan dengan pelbagai tomahan oleh anak2 arwah, seperti " malaysia ada undang-undang, tapi undang-undang malaysia kejam , sepatutnya yang tinggal lebih lama dengan arwah( isteri lama arwah yang telah diceraikan) yang dapat ganjaran terbitan ini"  saya sangat terkilan, jika saya tahu saya akan kematian suami macam ini jadinya, saya taknak bernikah dengan arwah supaya tiada pergaduhan dan saya tak perlu sakit hati. tapi Allah sebaik-baik perancang, saya ingat saya boleh bergembira dengan arwah lebih lama lagi, tapi apakan daya , Allah lebih sayangkan suami saya. saya dah redha akan beri semua bahagian harta pusaka yang saya akan dapat kepada semua anak arwah, saya ikhlas nak lepaskan hak saya yang itu sebab itu adalah hasil titik peluh arwah semasa arwah hidup dan harta pusaka arwah ada banyak tanah dan kereta. tapi wang ganjaran ni saya tak boleh nak bahagikan sama rata, sebab saya bercadang nak guna duit tu ke arah yang lebih baik, jabatan pencen menjelaskan jika arwah tiada isteri, duit ganjaran ini akan lenyap begitu sahaja, tiada siapa boleh tuntut memandangkan arwah tiada ibu dan ayah lagi di dunia ini. saya nak pertahankan hak saya untuk wang ganjaran tersebut,

1) disini adakah saya berdosa dan dihukum jika mempertahankan hak saya tak mahu berkongsi sama rata ganjaran terbitan tersebut ? 

2) adakah saya berdosa jika saya tak bersetuju untuk menggunakan ganjaran terbitan ini untuk membayar hutang arwah, upah haji, fidiyah arwah? 

3) bolehkah saya enggan menerima harta pusaka tersebut dan memberikan semua hak saya pada semua anak arwah? 

 

message user image

Salam. Saya ingin bertanya, jika pasangan ada menyatakan (semasa dlm keadaan beremosi): "adakah mahu berpisah?" atau "kita berpisah ya?", adakah terjatuhnya talak?

message user image

Saya ingin bertanya kalau contoh saya terlepas cakap tanpa niat dalam keadaan marah dan hanya seperti ingin isteri mengikut arahan kita seperti "kalau awak tak sediakan makan untuk saya ni kiranya awak bukan isteri saya lagi" dan ketika itu isteri tidak menuruti apa yang saya suruh itu. Jadi adakah jatuh talak atau tidak ya?

dan soalan kedua adalah kalau kita terlepas cakap tanpa niat juga seperti "kalau awak tidak ikut saya balik malam ni kira jatuh tiga"  tapi tidak disebut cerai atau talak. Dan ketika itu isteri juga tidak ikut saya balik. Apakah jatuh talak harap soalan saya ini dapat dijawab oleh pihak tuan. Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh. Saya ada pertanyaan. Kakak saya kematian suami. Mereka tinggal di rumah atas nama ibu ayah si suami. Selepas habis iddah adakah perlu kakak saya keluar dari rumah tersebut? Terima kasih

message user image

Sejak hari pertama perkahwinan, isteri bersikap kasar dengan saya..kini usia perkahwinan menjangkau 11 tahun..

Isteri tidak pernah menyediakan makan pakai saya dari awal perkahwinan..

Bahkan saya selalu dimaki hamun dihadapan anak2 hinggakan anak2 juga tiada rasa hormat kepada saya..

Puas sudah saya buat itu ini bagi membaiki keadaan rumahtangga..

Hinggakan adakala saya berasa ingin melaknat perbuatan anak & isteri..

Mohon pencerahan berserta dalil agar dapat saya sampaikan kepada anak & isteri..

message user image

Saya Fatin berumur 23 tahun. Saya ada kemusykilan berkenaan dengan rumah tangga saya. 

saya berkahwin dah hampir 2 tahun. Selepas 1 bulan pjj dengan suami, kami mengambil keputusan untuk menyewa rumah di kuantan disebabkan suami saya bekerja di kuantan. Jadi kami pulang ke kampung halaman, biasanya dalam 1 bulan sekali atau 2 bulan sekali. 

Rumah saya dengan mertua lebih kurang 15km je. Dan saya kurang selesa untuk tidur di rumah mertua kerana adik beradik suami saya ada 6 orang lelaki dan yang bongsu perempuan. Bilik suami saya digunakan oleh adik beradik lelaki, tak kira saya tidur di sana atau pun tidak. Saya terasa tak selesa berkongsi katil yang sama walaupun kalau saya ada dalm bilik adik ipar tidak masuk ke dalam bilik. Adik ipar saya semua dah ada bilik mereka sendiri. Untuk pengetahuan, ibu bapa mertua saya adalh seorang yang alim.

Selain itu, saya kurang selesa kerana ibu mertua saya seorang yang tidak sukakan kebersihan. Saya sangat tidak suka dengan kucing kalau tidur merata2 di dalam rumah sambil kencing dan berak. Makanan yang kami makan pun kadang2 kucing makan, dan mertua tetap makan maknan tersebut. Kadang lauk tumpah di dapur, di ruang tamu dibiarkan berhari2. Keluarga suami saya mengganggap bende itu perkara biasa. Baju yang terlalu banyak tidak dilipat hanya dibiarkan dilantai dan orang yang lalu lalang akan pijak baju tu sedangkan dah ada almari tapi tak digunakan. Ada juga baju yang dipakai hari2 dijadikan tempat tidur kucing. bukan saya tak kemaskan rumah, tetapi penat saya seorang yang kemas tetapi diorang biasakan diri dengan mengotorkan rumah.

 

Dari awal perkahwinan saya, mertua terlalu mengongkong hidup saya dan suami. Duit yang tetamu datang berjumpa dengan saya semasa majlis sambut menantu, ibu mertua saya ambil tak bagitau saya. Saya agak terkilan. Selepas itu, hidup suami saya dikongkong. Ape yang kami buat, perlu beritahu dia. Setiap kali berjumpa, ibu mertua dan ayah mertua akan soal siasat suami tentang kehidupan kami di rumah sewa seperti gaji, berapa lama kerja, bulan ii bayar ape, hujung minggu dan lebih2 lagi berkaitan kerja.

 

bukan saya tak mengadu dengan suami, tetapi suami saya anak mak. Susah untuk saya luah ape yang saya kurang selesa. Setiap kali nak balik kampung kami akan bergaduh untuk balik ke rumah siapa. Saya tak pernah pun bgitau untuk taknak jengguk ibu dengan ayah mertua. Saya hanya minta untuk tidur di rumah saya kerana saya selesa di situ. Saya tak rasa terkongkong dan aurat saya terjaga. Kalau saya tidur di rumah saya, lepastu kami pergi ke rumah mertua, kami akan diperli depan adik beradik yang lain kerana tidak tidur di sana sama juga dengan mertua yang akan marah2 dan buat saya kecik hati. Saya dah puas minta suami bagitau kepada mertua untuk bilik kami tidak digunakan oleh adik2 tetapi tetap sama. Mana mungkin saya tidur dalm keadaan yang berjaga2 kerana risau adik beradik masuk ke bilik. Privacy kami suami isteri pun terganggu kerana mertua tak suka saya dengan suami duduk didalam bilik lama2 dan berdua.

 

Jadi disini saya nak mintak pandangan tuan/puan, ape lagi yang patut saya lakukan. Banyak kali saya berfikir untuk berpisah oleh kerana tak tahan dengan sikap mertua yang sangat mengongkong hidup saya dan suami. Mereka tak tanya pun kehidupan kami bahagia ke tak, sihat ke tak. Yang diorang nak tahu dan setiap kali berjumpa psti berckap mengenai duit. Nak bandingkan menantu org lain yang kaya sedangkan saya tak kaya. Anak nya pun baru nak membina kerjaya. Kami percaya rezeki itu ada tapi bukan dengan membandingkan saya dengan orang lain yang dari keluarga yang kaya.

 

 

Saya pun belum memberikan zuriat kepada suami. Itu pun menjadi salah satu kelemahan saya yang membuatkan saya tersungkur akibat terlalu sakit hti oleh orang sekeliling. Keluarga mertua selalu bertnya suami kenapa saya belum boleh beri mereka cucu. Siapa lah dalam dunia ni yang taknak kan anak. 

 

Mohon tuan/puan, beri pandangan kepada saya adakah saya salah dan terlalu ikutkan emosi saya? Tolong beri nasihat kepada saya jikalau saya salah. Terima kasih kerana sudi mendengar.

 

message user image

ASSALAMUALAIKUM,

SAYA INGIN BERTANYA BERKENAAN ISU SEKIRANYA SEORANG ISTERI PERNAH TERLANJUR BERSAMA ADIK IPAR DAN SEKARANG SUDAH TIDAK LAGI,TAPI MERAHSIAKAN DARI SUAMI KERANA TAKUT DITINGGALKAN DAN AKAN MENJADI MASALAH ATAU SEBAGAINYA DALAM RUMAH TANGGA,UTK MENGGELAKKN DARI BERGADUH DAN BERCERAI.ATAU ADAKAH KENA BG TAHU JUGAK DAN BAGAIMANA JIKA SUAMI MENCERAIKANNYA

message user image

Assalamualaikum, saya ada kemusykilan, pada 3 minggu yang lepas saya dan isteri bergaduh, dan saya ada cakap pada nya, " kau kemas kain baju kau sekarang, aku hantar kau balik rumah opah kau" . Adakah talak itu jatuh pada isteri saya?? Apa yang saya cakap kan itu hanyalah marah tanpa ada niat untuk menceraikan isteri saya.. harap dapat menjawab persoalan ini.. terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum

Mohon pencerahan.

Seandainya, hamil sebelum berkahwin (1-2 bulan). Dan berkahwin dengan bapa biologi kandungan.

Kandungan dilahirkan melebihi 6 bulan.

Bolehkah di bin/bintikan kepada bapa biologi?

Bagaimanakah nasab, wali dan pembahagian harta?

Sekian terima kasih.

message user image

Saya ada bergaduh dengan isteri saya beberapa hari lepas dan melafazkan ayat seperti ini ," kau keluar, aku ceraikan kau , harini"

Persoalan saya

Adakah lafaz taklik yang saya buat itu habis pada hari berikut ataupun lafaz itu akan hidup sampai bila bila kerana saya memberitahu isteri saya "hari ini" selepas melafazkan ayat "kau keluar, aku ceraikan kau" dan memang niat saya untuk hari ini sahaja

message user image

Assalamualaikum, 

Maaf saya cuma nak bertanya dan mendapatkan pengesahan. 

Baru baru ini saya telah bergaduh dengan suami. 

Dan dalam keadaan marah, suami berkata,

- "berambus kau keluar aku dah taknak tengok dah muka kau. Esok pun aku boleh cari perempuan lain bawa balik rumah ni" 

- "dah dah kau keluar, pergi umah abg kau ke mak kau ke keluarga kau ke, suruh dorang bela kau." 

- "anak anak kau bawak sekali sebab dorang nak ikut kau" 

- "kau nak jadi macam kawan kau kan (janda), kau cakap bila anytime aku boleh bagi. Bila, sekarang, nak? Cakap bila."

 

Begitu la ungkapan yang dikatakan. Punca bergaduh kerana saya mengajak nya pergi ke kenduri di rumah abg saya. Sempena hari jadi anak buah saya dan suami tidak berminat dan menyatakan bahawa saya lebih mengutamakan keluarga saya berbanding diri nya. 

 

Tetapi setelah didesak keluar dan untuk tidak terus bergaduh dan makin melarat, saya tetap keluar dengan anak2 tanpa hala tuju. Dan pulang semula lewat malam terus masuk ke bilik anak2 dan tidur. 

Soalan saya, adakah telah jatuh talak keatas saya, ketika suami berkata sedemikian? 

message user image

Assalamualaikum ustaz,

 

Saya wanita bujang yang menetap bersama ayah saya dan kakak saya yang sudah berkahwin yang mempunyai 2 orang anak perempuan. Rumah ini adalah rumah kedua ibubapa saya, selepas arwah ibu saya meninggal rumah yang didiami sekarang diberikan kepada saya. 

Selepas ketiadaan ibu saya, keadaan di rumah menjadi lebih tidak selesa untuk saya walaupun semasa arwah ibu saya masih ada saya sendiri sudah tidak selesa dengan keberadaan abang ipar saya. Adakalanya abang ipar/suami kakak saya dan saya hanya berdua di dapur sedangkan ayah saya dan kakak saya berada di tingkat atas di bilik masing masing. Abang ipar saya lebih bebas bergerak berbanding saya. Ada juga keadaan bila ayah saya pulang ke kampung saya terpaksa tinggal bersama kakak saya dan suaminya.

Saya sentiasa perlu menjaga aurat dan tiada kebebasan untuk bergerak walaupun di rumah sendiria dan sangat menimbulkan stress pada saya.

Saya pernah menyuarakan ketidakselesaan pada ayah saya tetapi ayah saya tidak menyebelahi saya dan mengatakan tidak apa serumah dengan kakak saya yang sudah berkahwin.

Persoalan saya, apakah hak saya sebagai adik, anak dan pemilik rumah tersebut, walaupun rumah itu adalah rumah keluarga tempat untuk berkumpul bersama adik beradik saya yang lain.

message user image

Assalamualaikum ustaz..sy nurul..sy ada pertanyaan dan perlukan pendapat dari ustaz..apakah hukum sekiranya bakal pengantin perempuan meminjamkan duit hantaran mas kahwin kepada bakal pengantin lelaki untuk dijadikan mas kahwin?adakah perlu disebut dalam akad mas kahwin tersebut adalah hutang?pengantin akan berkahwin di kelantan di mana keseluruhan hantaran mas kahwin disebut semasa akad..cthnya,hantaran mas kahwin yang dipersetujui adalah rm10 ribu..jadi rm10 ribu tersebut akan disebut dalam akad..cthnya:"aku terima nikahnya nurul binti mohd dgn mas kahwinnya 10 ribu ringgit tunai".

jadi,sekiranya rm 10 ribu tersebut adalah hutang yang diberi pinjam oleh bakal pengantin perempuan,adakah perlu disebut sebagai hutang?atau boleh dikatakan tunai utk mengelakkan dr pengantin lelaki malu?adakah sah disebut tunai walaupun ia adalah pinjaman?

Pada pendapat ustaz,adakah wajar perbuatan perempuan tersebut memandangkan kedua-dua pihak pada awalnya merancang utk berkahwin pd feb 2025..namun,atas persetujuan dan memikirkn utk menjaga batas pergaulan kedua-dua bersetuju berkahwin lebih awl pd bulan sept..namun,dgn bantuan dr pengantin perempuan untuk memberi pinjaman wang hantaran..adakah hal tersebut wajar pada pandangan ustaz?

message user image

Assalamualaikum ustaz/ustazah.sy ada soalan yang ingin diajukan.Baru-baru ini ibu mertua saya ada terasa hati dengan anak-anak dia termasuk juga dengan suami saya.Suami saya pernah mengajukan soalan kenapa dia sahaja yang bagi duit belanja sedangkan anak-anak yang lain tak bagi.Jadi mak mertua sy merajuk dan mengatakan suami saya tak ikhlas.Suami saya cuma rasa kurang adil di situ sebab mak mertua macam selalu melebihkan adiknya.Dan mak mak mertua saya nak pulangkan balik semula semua duit-duit yang pernah suami saya bagi.Jadi nak tanya perlukah suami saya ambil balik semua duit tu sebab takut akan hilang keberkatan seorang ibu pada dia?Mak mertua saya cakap dia da serik nak terima duit dari anak-anak dia.Jangan paksa dia terima lagi.Untuk pengetahuan ustaz/ustazah,mak mertua saya ini jenis kalau itu keputusan dia,semua kena ikut.Kalau tak dia akan lagi marah.Anak-anak dia semua da minta maaf berkali-kali tapi dia macam tak boleh terima dan masih menyimpan dendam.Macam mana tu ye ustaz?Adakah berdosa seorang anak itu jika mereka da minta maaf tapi si ibu masih keras hati?Mulut cakap memaafkan tapi hati masih menyimpan amarah.Itu sahaja soalan saya.Harap pihak ustaz/ustazah dapat memberikan jawapan.terima kasih

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang isu rumah tangga. Suami kepada kawan saya adik beradiknya selalu minta pinjam duit beribu-ribu bukan kerana kesempitan wang tetapi selalu berbelanja.  Adik beradik suami kawan juga saya tak sukakan kawan saya sejak dahulu lagi diorang sering fitnahnya dan anggapnya seperti orang luar yang datang dari keluarga yang susah merampas abang mereka. Diorang sering menghilang apabila kawan saya dan suami dalam kesusahan dan hanya datamg bila nak duit sahaja. Kawan saya dia sudah tak larat rumah tanganya dingangu dan sering bergaduh dan ingin bercerai kerana hal itu sahaja, dia tak bagi suaminya tolong mereka kawan saya suruh diorang usaha sendiri dan jangan hnya mengharapkan abang mereka . Mereka sering bergaduh kerana isu ini. Apa yang patut diorang buat agar hubungan rumah tangga diorang  tak bepecah belah? Apa patut suaminya buat? Adakah suaminya berdosa kerana tak menolong menghulurkan wang ke adik beradiknya yang sering meminta wang ribu riban? Boleh berikan nasihat. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Ustaz, maaf saya nak bertanya tentang perkara Yang mengganggu fikiran saya sejak kebelakangan ni.. baru2 ni Cermin Mata isteri saya patah.. kemudian saya berkata kepada dia "goodbye" Dalam Hati Ada niat cerai kemudian Dalam 1-2 saya  saya sambung "Cermin Mata awak" Yang membawa maksud "goodbye Cermin Mata awak". Persoalaan saya sekarang Adakah telah jatuh Talak 1 ataupun belum jatuh lagi?

message user image

ASSALAMMUALAIKUM USTAZ ..

SAYA NAK TANYA ,MAAF YE..JIKA ISTERI DATANG HAID , SUAMI TAHU DAN SUAMI MEMINTA PUASKAN IA DENGAN MENGUNAKAN MULUT , AKAN TETAPI SI ISTERI MENOLAK PERMINTAAN SI SUAMI....APA HUKUM NYA DAN WAJIB ATAU TIDAK...BERDOSA KAH ISTERI JIKA MENOLAK PERMINTAAN SUAMI ? TERIMA KASIH

message user image

Assalamualaikum,

Tuan/Puan.. saya nak mintak pencerahan tentang isu taklik yang dilafaz oleh saya iaitu (isteri) kpd suami saya sama ada sah atau tidak.

Saya ada bagitahu suami saya sewaktu tu saya dalam keadaan marah dan emosi tidak stabil. Saya bagtahu " kalau awak buat lagi, awak akan hilang saya dan anak2 " tapi suami saya diam. kemudian saya bertanya kembali " boleh tak?" lalu suami saya menjawab " iya " bermakna suami saya setuju? dan adakah lafaz tersebut sah? dan jika suami saya melalukan perkara yang saya larang itu lagi bermakna jatuh talak kepada saya ke? 

Tapi sejujurnya saya tiada niat untuk berpisah saya berkata sebegitu kerana saya terlalu marah dan kecewa.  

Terima kasih kpd Tuan/Puan yg menjawab soalan saya ini. 

message user image

Assalamualaikum, apakah hukum bagi bekas  suami isteri yang telah sah bercerai, lebih dari 2 tahun, di mana, bekas isteri telah bernikah lagi dan mempunyai anak, tetapi bekas suami telah datang melawat dan mereka bersama sama berada didalam satu rumah(milik keluarga bekas isteri) tetapi hanya ditemani mahram( anak bekas isteri bersama suami lain berumur kurang dari 1tahun) tanpa ada mahram yang dewasa atau mereka yang boleh mengcegah berlaku fitnah atau khalwat? 

message user image

Apakah hukum jika seseorang tu melafazkan sebegini " Tidak perlu berdoa. Allah dah tetapkan takdir. Buang masa berdoa. Pergi Mekah berdoa pon tak makbul. Palestin tetap macam tu juga walaupon satu dunia berdoa. "
Jika yang melafazkan itu seseorang yang telah berkahwin, adakah perkahwinannya terbubar.

message user image

Assalamualaikum ustaz/ustazah, saya ada pertanyaan. Jika seorang perempuan pernah terlanjur sebelum berkahwin dan mempunyai anak luar nikah dan perkara tersebut tanpa pengetahuan keluarga perempuan itu. Kemudian beberapa tahun selepas itu, dia berjumpa lelaki lain dan ingin berkahwin. Perempuan itu juga telah memberitahu tentang kesilapan yang dia pernah lakukan sebelum berkahwin kepada bakal suaminya. Apabila mereka berkahwin, adakah suaminya akan 'MENANGGUNG DOSA' si isteri atas sebab isteri tersebut kekal merahsiakan perbuatan dia yang pernah terlanjur dahulu daripada pengetahuan keluarga.. Adakah perlu rahsia tersebut diceritakan juga kepada keluarga perempuan tersebut? Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum tuan/puan,

sy pjj dengan suami, hujung minggu sy akan balik ke rumah ibu mertua saya kerana suami tinggal bersama ibu nya.

soalan sy: suami tidak mengizinkan sy balik ke rumah (iaitu rumah ibu mertua saya). tetapi ibu mertua sy meminta sy balik kerana ibu mertua sy berkata itu rumah nya bukan rumah anaknya kerana anaknya pon dikira menumpang rumahnya selepas berkahwin. jika sy balik ke rumah ibu mertua sy adakah sy dikira berdosa kerana melanggar kata suami sy. sekian.

 

Terima kasih.

message user image

TUAN/PUAN,

SAYA ADA PERSOALAN BERKENAAN LAFAZ CERAI.

SUAMI SAYA SETIAP KALI ADA PERGADUHAN BESAR, SUAMI SAYA SELALU AKAN CAKAP SAYA ADA LELAKI LAIN, SEDANGKAN SAYA TAK ADA LELAKI LAIN. KESALAHAN BERPUNCA DARIPADA DIA SENDIRI, KERANA SAYA TELAH PENAT MENGURUSAN RUMAH, ANAK LELAKI 4 ORANG, MEMASAK, MENGAJAR ANAK ILMU AGAMA & PENDIDIKAN DAN SAYA JUGAK BEKERJA. BILA SAYA PENAT, SAYA MENOLAK UNTUK BERSAMA, SAYA TAHU ITU SALAH. TAPI KADANG HATI, MINDA & FIZIKAL PENAT.

PERSOALANNYA, DIA PERNAH MENGATAKAN SAYA AKAN HANTAR AWAK RUMAH MAK AYAH AWAK MACAM MANA SAYA AMBIL DULU. HUJUNG BULAN NI KITA PERGI PEJABAT AGAMA. ADAKAH JATUH TALAK KEPADA SAYA?

TERIMA KASIH ATAS BANTUAN TUAN/PUAN.

message user image

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya beberapa soalan , tapi sebelum tu saya perlu ceritakan situasi . Ibu bapa kepada tunang saya pernah berkhawin di Thailand , dan sudah bercerai di Thailand juga . Tunang saya pernah berkhawin tanpa surat perkhawinan ibu bapa tunang saya. Hanya menggunakan surat cerai ibu bapanya sahaja. Tunang saya sudah bercerai dengan bekas suaminya. Dan sekarang apabila tunang saya ingin menghantar borang kebenaran, dia tidak dapat kebenaran kerana tidak mempunyai tarikh perkhawinan ibu bapanya.

 

Soalan saya :

Mengapakah tunang saya tidak dapat kebenaran berkhawin kali ini sedangkan tunang saya pernah berkhawin dan mendapat kebenaran untuk berkhawin menggunakan kaedah yang sama ya ?

 

message user image

Sebagai seorang lelaki , adakah saya tetap mahram dengan ibu saudara saya yang telah meninggal suaminya ?

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya mengenai talak. Jika suami penah berkata begini, ' aku nak isteri yang patuh pada suami,kalau kau tidak boleh ikut dan patuh cakap suami, aku ceraikan kau. Suami berkata hanya sekadar ugutan supaya patuh cakap dia dan tidak berniat langsung untuk bercerai,adakah talak jatuh? 2. Isteri ada tersedar suami pernah lafaz taklik pada isteri,ayat tidak berapa ingat tetapi suami mengatakan yang dia langsung tidak ingat ayat tersebut,bagaimana dengan lafaz taklik tersebut?

message user image

Assalamualaikum Ustaz, saya nak bertanya

 

Isteri saya sebelum ni bekerja kemudian bila mengandung anak pertama dia berhenti kerja atas persetujuan bersama. Selepas 2 tahun, dia nak bekerja semula tapi saya bagitahu boleh dengan syarat dia bayar tempat asuhan anak

 

Apa hukum bagi saya sebagai seorg ayah dan suami dalam hal ni? Adakah saya dikira mengabai tanggungjawab kerana tidak ingin membayar tempat asuhan anak? (Pemikiran saya, isteri saya sepatutnya menjaga anak kami tapi jikalau dia nak bekerja, dia yang patut menanggung komitmen tambahan ini)

message user image

Assalamualaikum, 

Saya ingin bertanya mengenai situasi yang berlaku dalam keluarga saya. Situasinya adalah, adik ipar telah terlanjur dengan seorang wanita. Mereka telah berkahwin secara sah di Malaysia semasa kandungan berusia 7 bulan. Setelah anak(bayi perempuan) tersebut lahir, seperti saya dengar ceramah agama nasabnya disebelah ibu sahaja. Ayahnya telah menjadi ayah tiri (walaupun DNA adalah ayahnya yang sebenar). Jadi, anak tersebut mahramnya dngn ayah tiri tersebut. 

1. Bagaimana perhubungan anak(bayi perempuan) tersebut dengan datuk tiri dan nenek tiri ? 

2. Jika mereka adalah bukan mahram, bolehkah nenek tiri menjadi ibu susuan kepada cucu yang tidak sah taraf tersebut dengan alasan untuk menjadi mahram kepada cucu tersebut ? 

Terima kasih dan perbetulkan fahaman saya jika saya salah.

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanyakan berkaitan penyusuan susu ibu kepada anak angkat. Untuk makluman saya telah mengambil anak angkat daripada JKM seorang bayi perempuan berusia 2 bulan. Saya bercadang bersama isteri untuk menjadikan dia anak susuan kepada isteri saya. Namun, penyusuan kepada anak ini sedikit terganggu kerana kurangnya susu yang dikeluarkan oleh isteri saya (1 ke 2 titis sekali pam). Pelbagai kaedah rawatan yang telah digunakan namun masih menjumpai jalan buntu.

 

Pembacaan saya menjumpai pemberian susu ibu bagi mengangkat anak tersebut sebagai anak susuan adalah penyusuan 5 kali tidak kenyang dalam tempoh 2 tahun. (Rujukan saya : https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1138-bayan-linnas-siri-70-isu-berkenaan-ibu-susuan-pelbagai-hukum-kad-atau-sijil-susuan) Persolan saya, adakah dengan pemberian susu (titisan tersebut) walaupun tidak banyak namun kerap dalam 4-5 kali sehari boleh mengangkat anak ini sebagai anak susuan sehinggalah tempoh 2 tahun.

 

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, 

Suami sedang mengurut betis isteri dan berkata, '  betis isteri kalau dilihat memang tahu tu jenis/bentuk betis wanita, sama macam seperti betis ibu dan mak saudara '. 

Penyamaan jenis dan bentuk betis isteri itu dilakukan kerana suami pernah mengurut betis ibu dan mak saudaranya sebelum ini. Ketika lafaz dilakukan, suami tiada niat zihar. 

Soalan : Adakah perbuatan tersebut dikira zihar?

message user image

Assalamualaikum ustaz/ustazah. Sy ada soalan, nak tanya apakah hukum kalau saya guna duit anak saya? Sy suri rumah, suami bagi nafkah dekat rm100 shj. Kadang rm100 tu tak mnckupi, jadi sy guna duit anak saya. Apakah hukumnya? Terima kasih. 

message user image

PER: MENGENAI PERMASALAHAN ANAK LUAR NIKAH.

Assalamualaikum, saya merupakan anak tak setaraf, saya dapat tahu akan hal ini semasa berumur 26 tahun. Ibu bapa saya bernikah pada 3 Januari 1994 mereka bernikah di Kuala Terengganu ,manakala saya lahir 25 Februari 1994 di Johor.Menjadi permasalahan di sini walaupun saya kena bernikah menggunakan wali hakim masalahnya nama saya berbinti kan ayah saya bukan Abdullah, saya tahu tindakan ayah saya tak nak saya dapat malu sama ada dalam masyarakat mahupun di sekolah namun menjadi tanda tanya adakah jika wali hakim nikahkan saya boleh menggunakan nama saya seperti dalam surat beranak dan kad pengenalan atau saya perlu menukar nama di pejabat pendaftaran atau bagaimana hendak saya lakukan dan ini akan menjadi banyak permasalahan kerana nama saya.

Namun, saya lebih memikirkan soal hukum agama adakah sah pernikahan saya walaupun menggunakan wali hakim kerana saya berbintikan ayah saya bukannya Abdullah....

 

   2.Sehubungan itu, saya harap dapat pihak Tuan/Puan menjawab persoalan ini sesuai dengan hukum hakam Allah SWT dan undang-undang di Malaysia ini.

 

Sekian.Terima Kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ada pertanyaan berkenaan anak tidak sah taraf. Saya dan suami terlanjur sebelum berkhawin & saya melahirkan anak setelah 2bulan kami bernikah. Jadi anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada bapa kandungnya. Adakah betul sekiranya anak saya menyusu badan dengan ibu saudara iaitu kakak kepada bapanya akan menjadikan dia nasab kepada keluarga suami? Dan adakah berdosa sekiranya saya tidak mengizinkan anak saya menyusu dengan ibu saudaranya dengan alasan untuk menasabkan anak saya?

message user image

Assalammualaikum. Saya akan berkahwin tak lama lagi. Apa hukumnya memakai false lashes semasa sanding? (Yang natural looking dan tidak keterlaluan, diperbuat dari bahan sintetik). Bakal suami membenarkan dan diketahui awam itu memang palsu. Hanya pakai beberapa jam sahaja dan akan dibuka sebelum mengambil wudhuk dan solat. Terima kasih

message user image

ASSALAMUALAIKUM

KAWAN SAYA MENANYA KAN ADAKAH SUDAH BALIGH BUDAK BAWAH UMUR 9 TAHUN BERZINAR(KEMALUAN BERTEMU KEMALUAN)DAN TIDAK KELUAR MANI ADAKAH IA DIKIRA BALIGH SELEPAS MELAKUKAN ITU? 

MOHON PENCERAHAN DARI MUFTI 

TERIMA KASIH

message user image

Assalammualaikum Tuan..

Saya ingin bertanya, jika waktu saya bersetubuh, saya mengatakan kemaluan saya seperti anak lelaki saya, adakah ia dikira zihar?

message user image

Assalamualaikum tuan, saya nak bertanya berkaitan tentang lafaz-lafaz yang diucapkan oleh suami dalam keadaan marah dan ketika kami bertengkar.

Pada tahun lepas, suami pernah mengucapkan lafaz demikian iaitu "kau keluar dari rumah ni, jatuh talak nanti!" Untuk makluman tuan, ketika itu saya tidak berani keluar ke rumah selama 2 hari. Tetapi selepas pertengkaran tersebut, kami sudah berbaik. dan saya telah pun keluar ke rumah atas urusan kerja bersama suami. Soalannya, adakah talak itu jatuh sebaik sahaja saya keluar ke rumah walaupun sudah berbaik semula bersama suami? 
 

seterusnya, suami melafazkan "jika pada umur sekian, kau tidak mempunyai apa-apa. Aku ceraikan kau". Soalannya, jika umur saya telah lanjut pada ke umur yang dimaksudkan, adakah talak itu jatuh? 

saya ingin memaklumkan dua lafaz diatas berlaku sebelum saya mengandung, jika ianya jatuh, apakah status taraf anak saya sekarang? 
 

pada malam semalam, kami bertengkar dan suami mengucapkan lafaz sebanyak 3 kali.

"Kemas barang awak, saya hantar awak ke rumah awak sekarang"

"pergi balik ke rumah mak awak sana!"

"(lafaz nama) kau keluar dari rumah ini seorang diri!"

untuk pengetahun tuan, ketika situasi lafaz ketiga itu berlaku, saya telah mencelah untuk memastikan suami berkata dengan niat. Dan sambungannya, 

"Tapi, anak tinggal dengan saya" 

sebaik sahaja pertengkaran tu berlaku, dan kami berbaik semula dan suami ajak bersama.

soalannya, adakah ia jatuh talak? merujuk kesemua lafaz-lafaz yang diucapkan berapakah talak itu berlaku dan jatuh pada talak ke berapa? Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum Tuan

Saya nak dapatkan pencerahan pada tuan.saya seorang balu yang dimana suami saya telah meninggal.Hasil perkahwinan bersama suami saya dapat seorang anak lelaki yang masih bersekolah darjah3 .Sebelum berkahwin suami telah berkahwin dan isteri nya meninggal dan ada anak seramai 4 orang.2 sudah berumah tangga dan 2 masih belum.Dan saya pula mempunyai 5 orang anak hasil perkahwinn sebelum ini.

Masalah saya sekarang ialah, saya dapat pencen terbitan dari arwah suami.saya tanggung anak anak yang bersekolah seramai 3 orang.seorang anak kepada arwah suami dan lagi 2 anak kepada arwah suami saya yang dulu.jadi duit pencen saya guna untuk sara hidup saya dan anak2.Baru2 ini anak tiri saya itu anak bujang pada arwah ada menyatakan rasa kurang enak dia meminta pula duit pencen arwah ayahnya.anak arwah sudah berumur lebih pada 21 tahun.abag dan kakak2 dia juga ada.Jadi patut ke saya setiap bulan tanggung anak tiri saya.walaupun saya bekerja tapi sekarang kos amat tinggi lebih lagi jika anak masih belajar dan anak saya ada yang di IPT begitu banyak perbelanjaan.Sekarang disebabkan keadaan yang begini anak2 tiri dah mula tarik muka dengan saya.saya tak tau nak buat apa dalam keadaan yang macam ni tuan.Ini belum lagi termasuk dengan harta peninggalan arwah suami.saya dah buat keputusan bahawa saya tolak benda2 itu semua walaupun anak saya hasil perkahwinan dengan arwah berhak dapat.itu saja tuan yang saya nak sampaikan.Terima kasih tuan

message user image

Assalamualaikum,

Saya mohon pencerahan. Sebelum berkahwin dengan suami sy sekarang, sy seorang ibu tunggal. Baru-baru ini saya dan suami  bertengkar. Dalam pertengkaran itu, suami telah bertanya dengan nada sinis kepada saya, "jika nak hidup macam dulu bagi tahu, senang" beberapa kali. Adakah jatuh talak apabila suami berkata begitu kepada saya. Jawapan dari pihak tuan amatlah saya hargai. Sekian. terima kasih. Assalamualaikum

message user image

Saya telah meminta cerai tanpa sedar. Dalam keadaan marah, suami telah melafazkan "aku ceraikan kau xxxx dengan talak 3". Suami tidak menyebut nama penuh saya. Adakah lafaz tersebut sah atau tidak?

message user image

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanyakan soalan.
Jika saya sebagai seorang suami pernah memberikan mesej bertulis kepada isteri saya seperti ini, "Esok kita pergi ke mahkamah syariah, selesaikan semuanya depan hakim melalui proses fast track".
Adakah berlakunya talak secara tak langsung? Utk info, saya tidak pernah melafazkan talak kpd isteri dan kami tidak pergi pon ke mahkamah syariah. Mohon pencerahan.

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum saya ingin menanyakan 1 soalan berkaitan harga emas arwah ibu saya. Ibu saya ada emas yang pajak dekat ar-rahnu dan emas sekarang tebus oleh kakak saya selepas kematian ibu saya. Soalannya adakah emas yang ditebus itu menjadi sepenuhnya hak milik kakak saya atau emas itu perlu difaraidkan?

 

Terima kasih

message user image

Salam

Saya dan adik perempuan saya sedang menjaga ibu yang sakit nyayok di kuala lumpur.  Ibu saya serba serbi harus dibantu, makan minum, mandi, buang air kecil dan besar pendek kata seperti menjaga anak kecil. Tiada sebarang isu kami  bersama sama menjaga ibu.

Saya perlukan bantuan dan penjelasan agar faham, isu menjaga ibu yang sakit.

Adik ipar suami kepada adik perempuan saya, ingin menghantar ibu saya pulang ke kampug di perak untuk dijaga oleh adik lelaki saya yg tinggal di rumah pusaka. Adik lelaki berumur 49thn dan tidak berkahwin. Adik saya seorang penagih dadah dan masih menagih.  Saya rasa bersalah, muskhil, risau kalau ibu dihantar pulang dijaga oleh adik dikampung.

Saya faham niat adik ipar baik, dan adik ipar saya juga seorang yang baik dan bertanggungjawab. Saya sudah bberbincang dengan adik ipar menerangkan baik buruk/ bahaya untuk menghantar ibu kekampung untuk dijaga oleh adik lelaki dikampung. Dengan alasan dia mahu anak2 lelaki ibu dikampung juga diberi peluang menjaga ibu. Tapi adik ipar masih bertegas ingin mencuba ibu dijaga dikampung oleh adik lelaki disana. Untuk makluman tuan bapa kami telah meninggal dunia.

Adakah masih relevant hukum anak lelaki wajib menjaga ibu dalam keadaan adik saya yang masih menagih?

Mohon penjelasan dan bantuan.

Terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum...soalan saya,adakah bercakap cakap seorang diri itu dinamakan was was?sebab saya ada penyakit bercakap cakap seorang diri,dan perkara ni susah untuk saya elak..kadang kadang berkata kata dalam hati..sampaikan saya bercakap cakap soal akidah..contoh saya berkata "aku nak keluar Islam" dan sementara tu, "saya berkata pula,saya tak nak keluar Islam" dan saya mengucap dua kalimah syahadah..perkara ni terjadi di hari perkahwinan saya..saya cuba elak perkara ni..sejujurnya saya tak nak..sampai sekarang saya cuba elak perkara ni..soalan saya adakah sah perkahwinan saya?tolong saya ustaz.

message user image

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, adakah sebutan "Saya telah menjandakan awak" dikira lafaz talak kinayah? Jika benar iya lafaz kinayah, maka jika suami menyebutnya tanpa niat, maka tidak jatuh talak? Benarkah ini? 

Harap saya mendapat penjelasan yang dapat merungkai persoalan ini

message user image

Assalamualaikum ustaz. Pada suatu hari, saya telah bergaduh dengan suami. Selepas itu suami telah keluar rumah dan menelefon adik ipar dan memberitahu adik ipar akan jatuh talak jika saya keluar rumah. Adik ipar saya menelefon saya dan memberitahu tentang apa yang suami saya katakan. Saya bertanya pada suami, dia cakap lafaz taklik itu jika saya keluar rumah untuk ke mana-mana pada hari itu sahaja. Jadi saya tidak keluar rumah untuk ke mana-mana pada hari itu. Pada keesokkan harinya, kami keluar bersama ke kedai makan. Saya ingin bertanya, apakah status lafaz taklik tersebut? Terima kasih ustaz.

message user image

Assalamualaikum ustaz,

Apakah batasan seorang abang ipar dengan adik ipar perempuan bujang yang duduk serumah sedangkan rumah yang diduduki adalah milik adik ipar yang telah ditukar hakmilik selepas ibunya meninggal? 

Adakah sesuai untuk seorang abang ipar meminta permohonan kecil drpd adik ipar perempuannya spt menyediakan air untuk tetamu sedangkan dia mempunyai isteri dan anak perempuan? Adakalanya abang ipar mengharapkan adik ipar untuk menjalankan tugas di rumah tanpa menyuruh anak perempuan mahupun isterinya sendiri. 

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum,

aya ingin ajukan 2 soalan :

1. Adakah jatuh talak sekiranya ada seseorang suami menggunakan/lafaz ayat "saya lepaskan awak" sewaktu dia seorang diri ?. Tanpa ada niat sedikit untuk ditujukan pada isterinya. Tanpa ada niat untuk bercerai dan tiada kena mengena sedikit pun dengan isterinya.

(Puncanya adalah kerana Dia terlalu risau & takut berkenaan perkataan "lepaskan" sehingga terasa dirinya terlalu was-was. Walaupun tidak ditujukan pada isterinya sama sekali)

Dia ada bermonolog dalam hati dia untuk memberi penerangan dan keyakinan kepada dirinya sendiri bahawa tidak semua perkataan "lepaskan" itu adalah menjatuhkan talak.

Dengan ingin menceritakan pada diri sendiri di dalam hati tentang satu contoh situasi di mana ada sepasang suami & isteri sedang bercakap, si suami ada menggunakan ayat "saya lepaskan awak" pada situasi yang tidak bermaksud untuk bercerai. Semasa ingin menyatakan ayat "saya lepaskan awak" itu di dalam hati, didapati bibir/mulutnya turut bergerak mengikut ayat tersebut. ( Suami & isteri yang diceritakan dalam hati tersebut bukanlah bermaksud Dia dan Isterinya).

2. Ayat "saya lepaskan awak" adalah lafaz sorih atau kaniyah ?

*Sila balas malalui email ini. TERIMA KASIH

message user image

Saya ingat bertanya berkenaan  ANAK LAUR NIKAH ATAU TIDAK SAH TARAF. Setahu saya anak anak luar nikah ini jika lelaki, dia tidak boleh menjadi wali bagi adik adik perempuannya. Soalan saya ialah jika anak luar nikah tersebut adalah LELAKI, setelah dia berkahwin secara sah dan halal kemudian mendapat anak , dan anak tersebut adalah perempuan, boleh kah dia menjadi wali bagi anak kandungnya. Anak kandungnya lahir selepas LELAKI tersebut berkahwin secara sah dah halal.

 

message user image

Assalamualaikum. Saya ada persoalan tentang taklik. Berikut ialah skrip pergaduhan antara saya dan suami semalam. (I=Isteri. S=Suami)

I: You berani taklikkan (kalau suami menipu saya lagi maka jatuh talak)(Asal niat saya ialah jika suami kata "Berani" barulah saya akan suruh dia lafaz taklik)

S: Berani

I: You berani?? (Niat saya sudah kabur tak pasti samada jawapan suami bermaksud taklik sudah terkota atau tidak)

S: Berani

I: Ini kira taklik ke? You betul berani? Ini kira seal taklik?

S: Berani tapi tak nak. I taknak buat taklik sebab takut tak sengaja tertipu takut terjatuh taklik

I: Apa yang you faham bila you cakap "Berani"?

S: Berani maksudnya I ada kemampuan untuk buat taklik. I boleh buat taklik. Cuma I taknak

Persoalan saya, adakah kiranya taklik tersebut sudah terkota? Setakat ini suami belum ada menipu lagi selepas pertengkaran itu. Jika taklik terkota, setelah berlaku pelanggaran, dan kami segera ruju' adakah taklik sudah terbatal? Atau adakah taklik tersebut sah seumur hidup kami selagi berkahwin?

 

Saya sangat gusar kerana takut jika taklik terkota dan berlaku pelanggaran tanpa kami sedar dan kami tidak merujuk kerana tidak tahu taklik terkota pun dari awal

message user image

Adakah jatuh talak jika suami berkata " Perkahwinan ini tidak dapat bertahan (This marriage is not sustainable). Perkahwinan ini takkan kekal kalau bergaduh berterusan "

message user image

Assalamualaikum..Sy nak bertanya ..suami ada lafazkan taklik kepada Sy dlm keadaan terpaksa..dalam perbalahan tersebut ..sy mencederakan diri Sy dan acukan pisau kepada semua..adakan sah talak tersebut?

message user image

Maaf..ayat taklik suami Sy..kalau abg buat kerja dengan perempuan tu tak bagitau .. jatuh talak 1.. maaf ..Sy ada sikap cemburu yg terlalu teruk.. Sy jadi lupa diri kalau berkaitan dgn perempuan( seorang je perempuan kat tempat  tempat kerja suami.. dah banyak Kali gaduh dengan suami Sy kelar lengan sendiri 

message user image

Assalamua'laikum tuan/puan/ustaz/ustazah.

 

 Saya ada pertanyaan tentang rumah tangga saya.

 

Baru baru ini saya ada sedikit salah faham dengan isteri dan dalam keadaan marah dan tidak sengaja telah melafazkan ayat seperti ini, -" takpa takpa,aku lepaskan hang"-.

 

Adakah sah jatuh talak walaupun saya dalam keadaan tidak berniat.

 

Dan setelah itu saya bersama isteri ada melakukan bersetubuh dengan rela dan saya sempat melafazkan rujuk seperti ayat ini, "DENGAN NAMA ALLAH,AKU INGIN MERUJUK MU KEMBALI (-NAMA ISTERI-) UNTUK MENJADI ISTERIKU SEMULA.

 

Adakah sah rujuk kami suami isteri walau tiada kerelaan isteri

 

Mohon pencerahan dan jawapan dari pihak tuan/puan/ustaz/ustazah

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan tentang status kenyataan daripada suami.

Suami

"Kalau syg nak marah b sebab mak tu terpulang kat syg...

kalau syg tidak suka syg boleh pergi b tiada masalah."

 

Isteri

"Ayat ni maksudnya bie pulangkan syg pada family syg ke?"

 

Suami

"Kalau sebab mak b syg nak marah xpe angkat kaki..."

 

Jujurnya saya marahkan suami. Mak dia pula banyak kepada terasa hati dan pada hari keluarnya kenyataan tu, saya ada rasa sedikit marah pada mak suami. Tapi marah yang banyaknya kepada suami.

 

Jadi bagaimana ya? Suami kata kalau saya marahkan mak dia, saya boleh pergi tanpa ada masalah pun bagi dia dan boleh angkat kaki.

 

Adakah bermaksud suami lepaskan saya atau ada niat untuk lepaskan saya? 

 

Ini jawapan suami selepas saya tanya maksud yang disampaikan

 

"kalau sebab family b syg tidak suka syg tinggalkan je b...tak apa b tiada masalah

bagi b mak lagi penting dari orang lain

Bagi b mak no 1 dalam hidup b..."

 

Saya bertanya untuk ambil langkah seterusnya sebab dalam perkahwinan, jika tiada lagi kasih sayang, rasa tanggungjawab, ianya membawa kepada dosa sahaja. Maksudnya kadang bukan pahala yang diterima, malah lebih kepada dosa. Sebab bila suami berkata begini menunjukkan memang dia sudah tidak berniat untuk pertahankan hubungan keluarga ini. Jujurnya niat seorang isteri tidak diambil kira akan tetapi kenyataan tersebut dikeluarkan oleh suami bila mana dia tahu saya marahkan mak dia.

message user image

Salam, saya isteri dan mempunyai 2 orang anak.. sejak anak kedua lahir dan kini usia memasuki 2 tahun, saya sudah tidak ada rasa untuk bersama dengan suami dan saya sering menolak jika suami ingin bersama.. dan sudah 2kali suami berlaku curang dengan 2 wanita lain dan perkara itu membuatkan saya lagi tidak ada rasa untuk bersama dengannya. Dan jika kami bersama pun, saya akan rasa seperti terpaksa.

Ada berlaku pertengkaran antara kami dan ingin bercerai.. Dan disebabkan saya kata saya sudah tidak ada rasa untuk bersama, suami menuduh saya ada berzina dengan lelaki lain. Saya bertanya benarkah dia menuduh saya begitu dan beliau mengiyakan tuduhan beliau itu..

Soalan saya, adakah sudah jatuh talak jika suami menuduh isterinya berzina ? Dan apa saya perlu buat untuk memastikan perkara tersebut ?

 

Terima kasih.

 

message user image

Berapakan tempoh iddah bagi wanita yang sedang mengalami perimenopause (tempoh sebelum mengalami menopause) yang mana haidnya tidak teratur (4 bulan sekali) ? Sekiranya bercerai, bagaimanakah pengiraan tempoh iddah wanita tersebut? Apakah penerangannya dan apakah Matan yang berkaitan dengan jawapan. Terima kasih :D

message user image

Assalamualaikum...

Saya ingin bertanya utk anak lelaki saya untuk berbinkan ayah kandung iaitu saya sendiri(melalui Zina) kerana sekarang anak lelaki saya berbinkan 99 nama Allah. Apa yang saya faham jika anak dilahirkan sebelum cukup 6 bulan perkahwinan anak dikira anak tidak sah taraf. Tetapi saya sebagai ayah kandungnya saya  ingin berbinkan saya sendiri walaupun saya tahu tidak boleh dinasabkan. Cuma saya mahu berbinkan saya sebagai bapa kandungnya kerana mahu menjaga maruah anak saya yang semakain hari semakin membesar.  Saya berkahwin 19/8/2009 dah isteri saya telah melahirkan anak saya pada 28/1/2010.

Adakah ada sebarang cara atau penyelesaian untuk saya mendaftar untuk berbinkan saya sama ada melalui mahkamah/JPN? Jika boleh saya sendiri akan uruskan pendaftarannya untuk berbinkan saya sebagai ayah kandungnnya dengan kehendak dan kerelaan saya sendiri.

 

Mohon penjelasan dan terima kasih.

message user image

Assalamualaikum

 

Saya nak bertanya tentang isu rumahtangga yang saya hadapi baru-baru ni bertarikh 21.5.2024. Saya dapat tahu suami saya curang melalui suami kepada perempuan yang curang dengan suami saya. Dan perempuan tersebut telah pun bercerai dengan suaminya pada 9.6.2024. Antara sebab berlakunya penceraian adalah sememangnya masalah suami isteri tersebut dan tercuit sikit dari suami saya. Makna kata sebab rasa ada orang yang boleh bagi kasih sayang pada dia iaitu suami saya dan suami saya ingin menghalalkan perempuan tersebut dan sudah pasti saya tak mengizinkan perkahwinan tersebut. Perempuan tersebut ada bercerita masalah rumahtangganya pada suami saya dan mereka satu tempat kerja. ustazah..

persoalan saya.

1. Hukum saya menolak berpoligami atas sebab saya tak mampu menerima dan lemah. saya takut derhaka pada Allah dan derhaka pada suami. sebab saya memang tak mampu menerima. dan hukum saya memohon penceraian

2. Apakah hukum wanita tersebut dan suami saya? setelah berbuat sedemikian? ya Allah ustazah.. kadang malu saya. sebab saya ada waktu dan ketika hilang sabar. sehinggakan saya mesej perempuan tersebut. 3 minggu sebelum ni saya dapat tahu suami saya ade keluar dengan perempuan tu bertemankan seorang lagi rakan pejabat. sebab itulah saya makin hilang sabar. sedangkan perempuan itu masih dalam eddah. 

3. Apakah dosa saya yang terlalu mengikut perasaan. dan tidak brsabar. ada waktu saya tenang. ada waktu saya tak tenang. adakah saya dianggap tidak menerima ujian? saya takut sangat ustazah, takut tidak dipandang oleh Allah. sungguh.. saya selalu merasa bersalah selepas sesuatu benda yang saya buat. saya nak Allah bantu tapi saya macam ni. normal ke saya bersikap begini ataupun sy sepatutnye lebih bersabar.

4. Seandainya mereka berkahwin apakah hukum perkahwinan mereka? 

TERIMA KASIH

 

message user image

Assalamualaikum .. pada bulan JULAI 2024 saya ada masalah dengan isteri saya disebabkan soal tugasan saya bawa seorang pegawai perempuan ke luar negeri .. dan lepas selesai tugasan itu , isteri saya ragu-ragu akan saya dan pegawai itu semasa saya berada di luar negeri pada hari itu .. dan isteri saya suruh saya melafaz taklik jika saya masih ambil tugasan membawa pegawai itu ke luar negeri lagi atau saya makan satu meja dengan pegawai itu atau beramai ramai sekalipun tapi tetap ada pegawai tu akan jatuh talak 1 .. dan saya terpaksa ikut kehendak isteri saya dan saya baca lafaz taklik itu .. dan pada 2 OGOS 2024 sy dapat tugasan bawa pegawai lain ke luar negeri .. dan tiba di destinasi tersebut , pegawai itu ada juga bersama pegawai lain dalam program itu dan menaiki kereta berasingan dengan saya .. pada makan malam pada malam tersebut , pegawai itu juga ada makan malam bersama saya dan pegawai2 lain .. adalah jatuh talak saya dalam taklik itu ??

message user image

Masalah.

Seorang perempuan yang kematian suaminya, yang mana suaminya ketika akhir usianya sudah terlantar atau sakit mental sejak beberapa tahun dan tidak pernah melakukan hubungan dan tidur bersama.* Masalahnya:

1. Wanita tersebut terpaksa keluar rumah untuk menghantar anak kesekolah pada waktu siang dan malam.

2. Wanita tersebut merancang untuk pergi menghantar rombongan pengantin anak perempuannya di tempat yang memerlukan penginapan selama beberapa malam.

*Soalan 1 & 2 berkaitan cerita diatas.

Persoalan.

1. Adakah illah/kelonggaran yang boleh mengharuskan.

2. Apakah hukum keatas perubatan tersebut.

message user image

Assalammualaikum... Saya nk tanya satu soalan...dalam Islam. boleh kah suami ini mencurigai kepada isterinya... Adakah curiga ini jatuh kepada fitnah. 

message user image

Assalamualaikum..... Saya keliru......

Soalan saya....

Saya bernikah dgn isteri saya dahulunya berstatus ibu tinggal anak 4...... 3 lelaki umur antara 20 ke 30 tahun Dan perempuan Masih bersekolah tingkatan 4. Jika isteri saya lebihkan pada anak sampai saya terasa hati Ada kah dia berdosa pada saya atau mcamana ..... Jawapan yg salalu dia bagi anak² dr kecik dah Sama dia... (Saya akur apa kata dia mmg betul) Kadang² Ada selisih faham saya dgn isteri kerana anak²

Jadi saya makan kepastian dr ustaz/ustazah sekianterima kasih

message user image

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Mohon pencerahan bagi situasi yang saya alami. Saya mengajak suami berbincang mengenai masalah rumah tangga kami. Semasa dalam perbincangan, suami ada menyebut ayat lebih kurang begini :-

"awak carilah orang lain. awak tinggalkanlah saya. saya ni lelaki yang teruk" dan "kita masing-masinglah (haluan). nanti saya jumpa ayah awak"

Apabila saya bertanyakan sama ada suami saya berniat untuk menceraikan saya semasa menyebut ayat tersebut, jawapan suami saya adalah tidak. Suami saya menyatakan bahawa dia kasihankan saya dan tidak sanggup untuk terus memperlakukan saya dengan tidak baik.

Adakah jatuh talak dengan lafaz tersebut? Sekiranya suami berkata tidak berniat untuk menceraikan, adakah perlu untuk membuat permohonan pengesahan lafaz di mahkamah? 

Sekian. 

message user image

Saya ada melafazakan taklik kepada isteri saya pada tahun 2020 yang menyatakan "kalau lelaki tersebut menghubungi isteri saya atau isteri saya menghubungi lelaki tersebut lalu isteri saya tidak memberi tahu saya tentang hal ini, saya ceraikan talak 1". Niat saya melafaz taklik tersebut hanyalah untuk mengugut isteri saya supaya dia tidak berhubung dengan lelaki tersebut tanpa pengetahuan saya. Tiada niat sy untuk betul2 menceraikan isteri saya.

Pada 11 Ogos 2024 sekitar jam 9 malam, isteri saya ada menghubungi lelaki tersebut melalui telefon, dan isteri saya ada memberitahu pada 12 ogos 2024 sekitar pukul 4 pagi yg dia ada menghubungi lelaki tersebut.

Selepas itu, pada 12 ogos 2024 sekitar pukul 10malam, isteri sy ada membuat pengakuan selepas saya bertanya beberapa kali yang dia ada cuba menghubungi lelaki tersebut pada 9 ogos 2024 tetapi panggilannya tidak di sambut oleh lelaki tersebut.

Persoalan saya, adakah jatuh talak terhadap isteri saya? Jika ya, bolehkah saya merujuk kembali isteri saya tanpa perlu ke mahkamah syariah untuk pengesahan lafaz talak?

Terima kasih ustaz.

message user image

Assalamualaikum w.b.t, saya nak bertanya pandangan dari pihak tuan yang mana saya rasa lebih arif. 

Ada pasangan suami isteri, asalnya tinggal di rumah ibu mertua (flat). Lalu selepas menerima cahaya mata pertama, suami dapat membeli sebuah rumah teres yang selesa dan bawa ibu dan kakak nya tinggal bersama. Lalu menjual rumah flat milik ibu nya. Tetapi mereka masih punya 2 biji flat yang lain 

Tetapi hubungan isteri dan ibu suami tidak baik. Keberadaan ibu mertua selalu membuatkan si suami panas pada isterinya. Lalu si isteri minta untuk tinggal asing dari keluarga suami. 

Oleh kerana ibu mertua terlalu sayangkan rumah itu ( rumah teres yang dibeli suami) jadi isteri mengundurkan diri berpindah keluar ke rumah flat milik bapa si suami. 

Awal nya si isteri bahagia dan reda kerana anak2 masih kecil dan si isteri mampu menjaga dan mendidik anak2 tanpa campur tangan yang lain lagi.

Tapi semakin hari bila anak2 sudah mula bersekolah, isteri manghadapi beberapa kesusahan. Setiap pagi nak menghantar dan jemput anak2 ke sekolah terpaksa meredah hujan panas berlari ke parking kereta yang jauh dari pintu rumah, dengan menggendong bayi sambil memimpin kakak2 nya. Dan setiap petang anak2 tidak dapat bermain di luar rumah kerana tidak ada halaman. Nak berbasikal di bawah sekitar flat suami tak izinkan. Dan nak buang sampah pon jauh pusing ke belakang blok dan terpaksa berlari kerana terpaksa meninggalkan bayi di rumah untuk membuang sampah. Apa lagi kalau membeli barang dapur si isteri perlu meninggalkan bayinya di atas dan ulang alik turun ke parkir kereta untuk mengambil barang.

 

Oleh kerana beberapa kesusahan ini, isteri mula tak redha dengan rumah teres yang dibeli suami didiami ibu nya. Kerana fikir jika aku tinggal di rumah teres itu pasti semua kesusahan ini lebih mudah untuk aku, tetapi isteri tak sanggup pindah semula kerana ada ibu mertuanya dalam rumah itu. Mereka suami isteri pernah hampir2 bercerai kerana si ibu mertua.

 

Adakah layak si isteri untuk tidak meredhokan perkara ini? Isteri takut urusan suami nya semakin susah tapi kerana kesusahan seperti berikut agak susah untuk isteri ini meredhokan nya. Mohon pandang dari pihak tuan agar si isteri faham apa yang sepatutnya. Terima kasih

message user image

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Saya ingin bertanya perihal status lafaz cerai saya tadi akibat daripada pertengkaran antara isteri saya dan diri sendiri.

Saya dan isteri bertengkar melalui percakapan menerusi telefon. Bagi mengelakkan diri saya melakukan apa apa tindakan yang dipengaruhi emosi, iaitu perkara yang boleh mengeluarkan kata-kata tidak sopan atau lebih teruk, lafaz cerai, saya memberitahu isteri saya ingin matikan perbualan kami berdua dengan alasan yang disebutkan.

Setelah tamat perbualan di telefon, isteri saya masih menghantar mesej-mesej yang berbaur ketidakpuashatian dirinya seolah-seolah saya ingin meninggalkan nya.

Selanjutnya, saya mengendahkan hantaran teks mesej whatsapp isteri saya untuk menamatkan pertengkaran. Semasa saya sedang sendirian di ruang tamu tanpa ada kehadiran susuk tubuh orang lain, saya membayangkan dalam fikiran saya berada dalam keadaan melafazkan cerai talak tiga kepada isteri. 

Tanpa menyedari, mulut saya melafazkan kata kata tersebut seolah-seolah lisan mengikuti bayangan fikiran tersebut. Apabila tersedar, saya memberhentikan lisan saya dan berasa was-was sama ada jatuh talak atau tidak.

 

Maaf atas taipan panjang bagi memudahkan pihak Tuan/Puan memahami apa yang saya ingin sampaikan.

 

message user image

Assalamuaalaikum. Saya pernah memaksa suami untuk meletakkan taklik sekiranya dia menyakiti hati dengan teruk saya akan terjatuhlah talak 1, suami telah pun melafazkan taklik tersebut dengan ikhlas, lalu pada satu ketika pergaduhan berlaku dengan sangat teruk hingga menyakiti hati saya. Lalu kami bersetuju untuk rujuk semula. Jadi persoalan, adakah taklik tersebut telah gugur setelah rujuk kembali? Adakah jika perkara sama berulang suami menyakiti hati saya, saya pun terjatuh talak lagi?

 

 

message user image

Saya ada soalan , baru-baru ini saya mendapati suami saya seorang penagih dadah dan saya ingin meminta cerai tetapi suami saya berjanji ingin berubah dan berubat . Pada saat itu saya bertanya jika hal ini terjadi lagi apa yang akan berlaku . Dan suami menjawab pisah . Soalan saya adalah adakah ini termasuk talak taklik ? 

message user image

Assalamualaikum. 

Saya nak tanya, macam mana nak maafkan mak dan ayah sendiri. Baru-baru ni dapat tahu anak sulung mereka merupakan anak tak sah taraf. 

Setelah mengetahui perkara ini, perasaan saya bercampur baur, marah kecewa dan sedih. Saya tak dapat nak hadam. Saya berusaha nak lupakan, tapi terngiang-ngiang perkataan anak luar nikah tersebut. 

Mereka berkahwin ketika abang dalam kandungan, dan ayah telah meninggal. Saya sedih kerana saya merasakan tidak ada lagi wali yang sah untuk saya. Saya juga tidak mahu aib ini tersebar kerana takut orang ramai bertanya kenapa bukan abang yang walikan saya nanti. 

message user image

Assalamualaikum. Saya nak tanya. Saya dibiarkan oleh suami hanya kadang2 sahaja suami balik. Bukan suami tak sayang tapi die tidak mampu menafkahi saya . Dari segi 3 utma kecuali nafkah batin. Jadi suami hanya balik jika dahhh terlalu lama tidak dilayani. Bab nafkah tempat tinggal dan makan semua  suami tidak mampu. Dan saya menumpang keluarga saya. Walaupun banyak kali pujuk cari kerja yg elok. Tidak berjaya semua. Kira saya jaga diri saya sendiri. Keluarga saya jaga saya dan suami hanya balik kadang2 bila die rindu. Dan selalu banyak alasan supaya die balik ke kampung. Jadi saya tawar hati. Hmpir 3 tahun berkawin. Jadi adakah saya berdosa juga jika tolak ajakan suami. Kerana saya dah tawar hati   saya tengok die dan die hanyala baik pada saya bila nak kan layanan saya. Adakah berdosa saya untuk minta dilepaskn kerana suami tak mampu jaga saya  . Suami ada beritahu nak bawa saya balik rumah ibunya. Tapi dirumah itu  tiada privasi saya . Rumah bercampur adik ipar semua. Saya tak mampu jaga aurat saya dan suami saya susah kerja. Saya perlu kerja untuk settelkan bil2 saya. Di kampunhnya tiada peluang pekerjaaan yg baik. Apa yang patut saya buat? Suami saya hanya la contact saya bila perlu sahaja. 

message user image

sy ada persoalan, sy sudah bercerai, semasa iddah bekas suami sy bertanya "awak nak rujuk balik tak?" sy menjawab "tak nak". dan perbualan kami tamat disitu, persoalan sy, adakah sy dikira telah rujuk kembali bersama bekas suami sy? mohon beri bantuan..kejadian berlaku 6 tahun yg lepas, sy baru tahu harini hukum suami lafaz rujuk tanpa persetujuan isteri itu adalah sah, dan sy risau akan status sy sekarang.. adakah pertanyaan bekas suami sy pada ketika itu dikira lafaz rujuk...? atau ianya dikira sebagai pertanyaan sahaja?

message user image

sy ada persoalan, sy sudah bercerai, semasa iddah bekas suami sy bertanya "awak nak rujuk balik tak?" sy menjawab "tak nak". dan perbualan kami tamat disitu, persoalan sy, adakah sy dikira telah rujuk kembali bersama bekas suami sy? mohon beri bantuan..kejadian berlaku 6 tahun yg lepas, sy baru tahu harini hukum suami lafaz rujuk tanpa persetujuan isteri itu adalah sah, dan sy risau akan status sy sekarang.. adakah pertanyaan bekas suami sy pada ketika itu dikira lafaz rujuk...? atau ianya dikira sebagai pertanyaan sahaja?

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin berkahwin dengan seorang gadis dan kami telah bersetuju untuk menikah. Permasalahannya ialah gadis ini sedang belajar dan ditaja oleh biasiswa. Syarat biasiswa, tidak membenarkan pelajar dalam tajaan untuk berkahwin semasa tempoh belajar. Sekiranya didapati berkahwin, kemungkinan biasiswa akan ditarik. Apakah hukumnya sekiranya kami meneruskan niat untuk berkahwin secara rahsia atau senyap-senyap tanpa pengetahuan pihak penaja biasiswa atau universiti tersebut? Mohon penjelasan, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum wbt..tuan/puan saya ada satu pertanyaan..haritu kami bergaduh suami isteri kerana isteri ternampak saya hisap vape dlm toilet..pastu isteri saya memarahi saya dan suruh saya berjanji jangan hisap lagi dan isteri saya berkata lagi kalau saya hisap jugak akan jatuh talak dan saya pon berkata 'YEE'. Soalan nya adakah jatuh talak kalau sy terhisap jugak?

message user image

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah, semuga sentiasa didalam lindungan Allah. 

Saya berkahwin dgn suami saya 5 tahun lepas setelah isteri pertama beliau meninggal. Beliau seorang yg bertanggung jawab & baik agamanya.
Semasa bersama arwah isteri pertama, mereka mempunyai seorang pembantu rumah yg datang membuat kerja rumah beberapa jam,  3 kali seminggu. Kami berkahwin 2 thn selepas kematian isteri beliau. Setelah kami berkahwin, saya menetap dirumah saya, dan suami bergilir duduk di rumah lama beliau bersama anak2, & di rumah saya. Pembantu rumah masih bekerja seperti biasa di rumah beliau. Anak2 beliau sudah dewasa & bekerja, & suami telah bersara. Dua anak pertama ialah perempuan, berumur 30++, dan yg sulung belum berkahwin & tinggal bersama dirumah tersebut.
Saya ingin minta nasihat, bukan berkaitan perasan saya sebagai isteri, tapi berdasarkan agama & adab pergaulan. Pembantu rumah  sudah bersuami & mempunyai anak2. Beliau memanggil suami saya 'abang'. Bila beliau ada masaalah, walaupun berkaitan 'masaalah perempuan', beliau akan menalipon & mengadu pada suami saya. Bila beliau talipon suami, suami akan minta saya diam supaya pembantu rmh (PR) tak tahu saya ada, sbb tak mahu PR itu 'tak selesa bercerita'. Akhir2 ini PR menghadapi masaalah kesihatan. Beberapa kali saya tgk dia menalipon suami saya untuk bercakap. Hari ini saya tgk suami saya bercakap dgn PR tersebut dgn nada sgt rendah dan bergelak dgn PR melalui talipon lebih 15 minit. Bila saya tanya, & tidak setuju, dia tersinggung & ckp PR sedang bermasalah & dia nak membantu. Saya tak kisah & galak kan dia membantu, tapi saya rasa cara & adab pergaulan itu tidak betul. 
Saya mohon nasihat ustaz, untuk saya  faham & share dgn  beliau memandangkan beliau tidak setuju dgn pandangan saya. Saya terima jika saya yg salah. 
 

saya dahulukan dgn ucapan terima kasih.

message user image

Assalamualaikum, saya ada persoalan. Persoalan saya adalah adakah terbatal pernikahan jika si suami yang merupakan seorang mualaf enggan mendirikan solat selepas berkahwin? Namun begitu, beliau masih solat mengikut cara agama beliau yang dahulu kerana ingin menghormati nenek moyang agamanya yang dahulu dan juga takut akan dimarahi/dibenci oleh kedua-dua ibu bapanya walaupun sudah ditegur oleh si isteri. Jadi, bagaimana dengan pernikahan mereka, terbatal atau masih diiktiraf? 

message user image

Assalamualaikum. Suami saya pernah mengaku bujang semasa tahun 2021. Waktu itu saya sedang mengandung. Saya hubungi wanita tersebut dan dia menyatakan Suami saya bujang. Dan suami saya mengaku perempuan disebelah dia (gambar whatsapp) iaitu saya adalah kawan sahaja. Apa status kami ya? Terima kasih 

message user image

Assalammualaikum , saya nak tanya . Syarat sah wajib cerai kena suci ke ? Atau hanya undang2 sahaja x wajib? 
 

sebabnya saya dari sabah hadir cerai kt sepang , tapi tarikh yg booking saya dalam period tapi kami dah x duduk bersama lebih 5bulan . Adakah sah kalau lafaz cerai dalam mahkamah ketika haid? Terima kasih

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada satu situasi soalan yg ingin perlukan pencerahan. 

Situasinya begini. Saya seorang bapa tinggal yg kematian isteri dimana ada mempunyai seorang anak istimewa(oku/autism) yang kini berumur 5 tahun. Saya tidak mempunyai kerja tetap kerana anak perlukan penjagaan tambahan. 

Saya kini tinggal dirumah keluarga arwah isteri. Saya tidak kemampuan Dari segi kewangan kerana tidak dapat bekerja.

Pertanyaan saya. Apakah keutamaan saya sabagai bapa. Adakah saya wajib meninggalkan anak saya kerana tujuan mencari nafkah atau mencari nafkah sekadar yg mampu Dan mengutamkan penjagaan anak istimewa.

Mohon pencerahan.

Terima kasih.

message user image

Assalammualaikum,

 

Tuan,

Pertanyaan saya adakah saya berdosa apabila menghalang suami saya daripada pulang ke rumah yang saya duduki sekarang. Saya berbuat demikian kerana saya khuatir akan keselamatan saya dan anak saya kerana telah beberapa kali rumah saya didatangi oleh beberapa orang yang berbeza (ah long) untuk menuntut hutang daripada suami saya.  Mereka juga telah menampal poster (ic suami saya - sila bayar hutang) di depan rumah saya (pintu & dinding). Untuk makluman, saya dan suami adalah pasangan jarak jauh memandangkan saya adalah isteri yang ke2. Saya takut sekiranya kami  (saya dan anak) diapa-apakan oleh mereka.  Suami saya memang ada berhutang dengan mereka semua dan dengan ramai orang lagi.  Mohon pencerahan tuan.

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum ustaz saya mempunyai soalan berkait harta pusaka. 

Saya anak sulung dari ibu pertama kami 3 beradik 2 laki sorang perempuan . Arwah ayah kawin lain dan ada anak 8 orang sorang laki. Sebelum arwah meningal arwah telah ubah nama sebahagian tanah yang ada rumah berkelusan saiz rumah taman . Ada lagi 2 buah rumah atas tanah tersebut  yang tidak termasuk bahagia yang diaubah. Tanah tersebut berada tepi jalan besar yang strategik semestinya nilai tidak sama dengan tanah dalam kampung yang berpaya. Sebelum arwah meningal arwah ada bercerita kepada saya yang tanah dalam kampung dibagi kepada kami 3 beradik yang keluasan nya sama seperti tanah luar tepi jalan tetapi kami 3 beradik tidak setuju sebabnya tanah tersebut nilai tak sama dan antara kami 3 ada yang berhasrat bila pulang kampung kelak ingin berniaga kecil di atas tanah tersebut. Setelah arwah tiada sebagai anak lelaki sulung dan Kami buat keputusan bahagi tanah pusaka mengikut hukum faraid semua telah selasai cuma setelah itu kami tiga beradik seolah-olah seperti tidak dibenar menumpang di tanah tersebut sedangkan nama kami juga ada dalam tanah pusaka tersebut dengan pelbagai alasan mak tiri dan anak-anak beliau. Setelah pelbagai alasan dan helah mereka akhir sekali kami akur dengan kehendak mak tiri dan anak-anak beliau turun semua ke pejabat tanah dan ubah balik kepada asal sepertimana mereka mahu tanah tepi jalan untuk mereka tanah dalam kampung kami 3 beradik walaupun tak setuju tapi kami terpaksa disebabkan lakonan mak tiri dan anaknya. Untuk makluman ustaz kami 3 beradik tidak dibesarkan di kampung tersebut saya tinggal dengan atok lagi sorang tinggal dengan pak sedara yang perempuan dengan ayah walapun sejak kecilan layanan yang diberi tak sama dengan anak mak tiri yang 8 orang tu contoh makan kami bahagia kepala untuk kami bahagia ekor utuk mereka.anak mak tiri nak apa semua dapat nak kawin takde duit pun boleh dikawinkan mereka semua membesar dalam kampung tersebut sedangkan kami tinggal dengan orang setelah belajar kerja luar cari kehidupan sendiri d luar tampa berharap tanah pusaka. Bukan mengungkit cuma terkilan sikap mereka sedangkan masa kecil kami yang tua banyak berkorban wang ringgit utk sekolah adik-adik bila dah besar dan berkejaya  begitu balasan mereka kepada kami. Tujuan awal saya buat faraid adalah  yakin hukum Allah adalah yang terbaik  dan ingin tingal bersama sama semua adik-adik dalam keluasan tanah yang tak seberapa tu. Disebabkan itu kami seperti berpecah masing-masing dengan ego masing bila sudah besar dan berkejaya... Walaupun tak serapat dulu namun doa takpernah lupa pada mereka... Mohon ulasan dari ustaz adakah patut kami diperlakukan sedemikian dan Kami redo dengan ketentuan Allah 

message user image

Assalamualaikum..

Saya nak bertanya yang arif. Baru-baru ni saya dan suami ada bergaduh. Suami baru bangun tidur pada masa itu. Semasa bertengkar tentang saya penat urus semua kerja rumah termasuk persekolahan anak-anak. Dan saya marah-marah anak-anak. Suami marah kerana saya selalu marah anak. Saya berkata, selepas ni saya minta suami uruskan semua urusan yang saya buat selama ni. Suami menjawab "kalau aku tau buat semua ni, aku dah ceraikan kau". Selepas itu suami sambung tidur semula. Suami memang tak tahu uruskan kerja-kerja rumah. 

Soalan saya, adakah talak jatuh? Saya berharap dapat jawapan atas status saya. Saya keliru dan terkejut 

message user image

Apakah proses melafaz taklik?

message user image

Setahun lalu suami lafaz kinayah. Tapi keliru dan ragu dengan niat nya..setiap kali di tanya niat suami kata (ada niat) tapi dia kesal dan bukan itu yang dia inginkan. Suami kata dia keliru dan tidak pasti dengan niat sendiri. Itu bukan keputusan normal dia. Dia ragu dengan niat dia. Tidak yakin dan pasti dengan niat dia sendiri.

baru2 ini suami mengambil masa fikir dengan betul niat kinayah nya setahun lalu itu. Suami kata dia sangka kan dia ada niat waktu itu untuk cerai tapi niat sebenarnya hanya ingin keluar dari pergaduhan saja. Suami kurang faham dengan niat dia waktu itu sehingga la baru2 ini dia fikir dengan betul dia tidak ada niat untuk cerai sama sekali.

Suami kata selama 1 tahun dia ragu dan tidak pasti dengan niat nya sendiri. Kerana ragu dengan niat nya..setiap kali saya tanya ke suami dia kata (ada niat) walaupun dia kata dia ada niat tapi sebenarnya dia tidak yakin dengan niat nya itu.. dan baru2 ini dia sudah berfikir dengan masak bahawa dia suda yakin yang dia tak ada niat cerai hanya niat keluar dari pergaduhan sewaktu lafaz kinayah.

kalau mcm ini jatuh ka talak terhadap kami? 

message user image

Assalamualaikum tuan..saya ingin bertanya adakah jika kita rasa terangsang terhadap sesuatu itu tetapi ia tidak menyebabkan kita rasa ia  sampai menaikkan nafsu seks adakah dianggap naik syahwat?

message user image

Assalamualaikum. Saya ada soalan berkenaan lafaz taklik. 
Suami saya lafazkan seperti di bawah.
"Macam awak cakap sebelum ini. Jangan awak buat sepertimana yang saya buat sebelum ini, sebab awak pun boleh buat perkara yang sama. Tidak kira dengan pengetahuan saya atau tidak, akan jatuh talak"

Untuk hal suami saya di belakang saya, tidak semua perkara saya tahu kerana kami perkahwinan jarak jauh. Adakah dengan syak atau pandangan logik memberi makna di atas lafaz suami saya. Bila saya kongsikan tentang artikel talak dan cerai, dia mempersoalkan saya berkaitan mesej di atas dengan mengatakan "adakah saya sebut CERAI tersebut?"

Adakah sah taklik di atas walaupun suami tidak menjelaskan dengan terang perbuatan tersebut?

Semoga tuan/puan dapat merahsiakan identiti saya serta persoalan saya dari dipaparkan pada khalayak.

Terima kasih.

message user image

5bulan lepas...ada pergaduhan antara saya dan suami...ketika bergaduh saya plan nak keluar dari rumah dan suami saya dalam keadaan marah tengok saya nak keluar dari rumah terus mengugut saya jika saya keluar dari pintu tu, jatuh talak...saya tak keluar dari rumah pada malam tu. Pada keesokannya kami berbaik dan suami ajak sy makan diluar, dan saya takut nk keluar sebab takut jatuh talak.. tapi suami cakap niat dia jika saya keluar malam itu sahaja sebab dia tak nak saya keluar pada malam itu. Boleh beri pencerahan tak untuk kes saya. Terima kasih

message user image

Assalamualaikum. saya dan suami bertengkar. saya berkata kepada suami "kalau kamu tipu, talak jatuh" dan suami mengiyakan. apakah talak sudah jatuh sekiranya benar suami saya menipu?

message user image

Assalamualaikum.

ingin bertanya mengenai adakah terjadinya taklik dan jatuh talak..

suami isteri bergaduh kerana suami berhubung online dengan perempuan lain, dlm keadaan marah isteri lafaz sekali kau hantar gambar dekat perempuan lain ceraikan aku. Dan suami menafikan tidak hantar gambar seumpama dan tidak bersetuju dengan lafaz tersebut. Dan suami pernah hantar gambar selepas lafaz tersebut

message user image

Assalamualaikum saya nak bertanya soal cerai.. seandainya suami bergurau tanpa niat "kalau isteri bagi 10ribu kepada suami, suami akan ceraikan isteri" adakah akan akan jatuh talak sekiranya isteri bagi suami pinjam duit?? 

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan

Soalan saya berkaitan hal rumah tangga, walaupun saya belum berkahwin cuma nak tau jawapannya sebab dah lama tertanya-tanya.

Isteri memfailkan cerai terhadap suaminya di mahkamah, dan belum ada lafaz cerai lagi dari mulut suaminya.

Persoalannya, "apakah hukum jika isteri mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri  seperti berada disamping suami memandangkan belum bercerai lagi. Zaman sekarang ramai kita tengok isteri² bila dah minta cerai terus larikan diri dari suami seperti tidak duduk serumah seakan sudah bercerai."

Persoalan kedua " jadi disini adakah suami juga perlu untuk tegas membawa isteri pulang kepangkuan dirinya memandangkan dia masih ada hak sebagai suami"

Itu sahaja soalan dari saya, maaf kalau kurang jelas susunan ayat dari saya. Sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan, tiada kena mengena dengan isu semasa.

message user image

Assalamualaikum..

semalam ada berlaku pergaduhan besar antara saya dan suami, di pendekkan cerita yang mana sehingga saya ada mengatakan "kalau begini lah sikap awak, yang selalu menyebelahi mengutamakan kluarga awak sebelum saya dan ank awak ni, membuat keputusan sesuka awak tanpa cakap/berbincang dengan saya dulu. ini seakan awak memaksa saya untuk terima segala pengaturan kluarga awak terhadap kita, awak tak pernah matang untuk handle rumahtangga awak sendiri, dan awak selalu sambil lewa soal hati perasaan saya selalu bagi saya "silent treatment" selama perkahwinan ni.nampaknya kita boleh di ambang perceraian"

kemudian suami hanya respond dengan mengatakan 

"saya cukup 7 tahun saja bertahan. cerai"

adakah ini taklik? mohon pencerahan. pernikahan kami adalah pada 3 December 2018, sudah nak masuk 6 tahun perkahwinan.

Terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum, saya nak bertanya sedikit dan saya berharap persoalan saya menjawab kerungsingan dan ketidakfahaman. Saya nak bertanya, saya dan suami sempat bersama sebelum sempat mandi wajib. Jikalau saya hamil bagaimanakah status anak? Adakah haram anak yang dikandung? Bolehkah berbin atau binti bapanya? Kerana setelah mencari tahu ilmu, tidak boleh bersama walaupun isteri sudah habis haid tetapi belum mandi bersih. Saya berharap sangat jawapan yang diberikan dapat membantu saya. 

message user image

Salam ustaz

 

Saya nak tanya soalan

Saya telah bercerai secara fasakh dengan suami saya di mahkamah syariah Johor dan dah dapat sijil cerai. 

Soalan saya, adakah saya yang bercerai secara fasakh ni boleh bernikah semula dengan lelaki lain, kerana saya bercerai secara fasakh (dibubarkan oleh hakim mahkamah syariah) dan bukannya diceraikan secara lisan oleh bekas suami saya. Maknanya bekas suami tak jatuhkan talak pada saya, tapi dibubarkan perkahwinan oleh hakim mahkamah syariah. Jadi, bolehkah saya bernikah lain.

 

Terima kasih ustaz

message user image

Assalamualaikum,

Saya nak tanya berkaitan taklik sebab kurang jelas maksudnya.. mungkin masa to husband tengah bengang dia ada cakap " kalau nak buat perangai pergi balik rumah mak kau" Lepas outstation to selang 2 hari saya ada pergi ke rumah parent saya untuk kuar bejalan. Adakah itu taklik kias ? Dah jatuh taklik atau tiada apa? Kalau dah terjatuh apa yang perlu dibuat? Harap dapat membantu.. mungkin ramai juga yang kene macam ni dan mencari jawapan yang tepat. Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum saya ingin bertanya. Saya tahu ini mungkin kedengaran pelik dan sekarang saya cuba menghentikan tabiat ini. Adakah membuat senario palsu di kepala saya, di mana terdapat watak yang saya bayangkan bukan Islam, dan mengamalkan perkara seperti perkahwinan sivil sahaja tanpa melaksanakan akad nikah boleh menyebabkan saya menjadi kafir? Kerana saya sudah tahu membayangkan perkara yang melibatkan maksiat sahaja sudah berdosa namun saya melakukannya juga namun dahulu tidaklah terlintas di dalam fikiran saya sekiranya membayangkan perkara seperti ini dapat membuatkan saya menjadi kafir ataupun tidak. Sekarang ini saya mula menyedari betapa salahnya perkara ini dan perlahan-lahan mula berhenti mereka-reka senario seperti ini. Dan apakah yang harus saya lakukan untuk bertaubat dari dosa ini? Adakah haram untuk saya menonton rancangan tv yang mengandungi watak bukan Islam kerana perkara seperti ini boleh mempengaruhi saya?

message user image

Assalammualaikum.

Saya telah berkahwin selama 25thn dan berkahwin di Johor. Sepanjang perkahwinan, saya yg byk menanggung keluarga. Sejak suami saya berhenti kerja dan bekerja sendiri dan statusnya muflis, saya menanggung keluarga sepenuhnya. Kini hampir 10 thn saya membayar segala perbelanjaan.

Saya dah penat dan rasa tertekan sangat. Saya pun ada adik dan mak tiri yg perlu saya jaga dan beri duit setiap bulan. Saya dah rasa tawar hati dan bosan dengan perkahwinan saya. Apa perlu saya buat?Macamana cara kalau saya nak tuntut cerai?

message user image

Salam saya nak bertanya mengenai hukuman kepada orang yang telah berzina?

saya telah berzina banyak kali tak terhitung bilangannya. 

teman lelaki apabila diajak untuk bertanggungjawab, dia mengata tidak bersedia untuk berkahwin kerana alasan saya mempunyai penyakit mental yang menyebabkan saya mempunyai sifat yang sukar dikawal.

dia juga telah mengatakan bahawa dia jika berkahwin, selepas akad, dia akan terus menceraikan saya sejurus akad selesai

adakah orang yang berzina wajib berkahwin dengan pasangan yang telah dia berzina?

adakah ini semua balasan dari Allah kerana saya ini pendosa yang tidak taat kepadanya dan saya jugak tidak menjaga solat lima waktu?

apakah hukum dan hukuman kepada kami?

 

 

message user image

Assalamualaikum,

Saya nak bertanya, apakah hukumnya seorang lelaki berkata bahawa dia telah bercerai dengan isterinya yang telah dinikahi tanpa berdaftar di Malaysia. (Merupakan isteri kedua pada masa tersebut)

 
Dia mengaku bahawa dia adalah lelaki bujang dan telah menceraikan isterinya yang tidak berdaftar di mana2 jabatan agama Islam di Malaysia. Dalam borang perkahwinan nya juga telah disahkan bahawa dia adalah lelaki bujang (telah bercerai dengan isteri pertama yang didaftarkan di Malaysia) kerana tiada rekod perkahwinan kedua beliau di dalam sistem perkahwinan di Malaysia. Sebelum berkahwin saya ada meminta untuk melihat surat menyatakan perceraian mereka tetapi beliau menyatakan tidak ada kerana perkahwinan mereka tidak pernah di daftarkan. Dia juga mengaku dengan seluruh ahli keluarga saya bahawa dia telah bercerai dengan isteri nya ketika itu. 

Persoalan saya, adakah lafaz cerai itu berlaku? Kerana setelah 5 bulan berkahwin, saya dapat tahu bahawa suami masih bersama dengan isterinya sehingga sekarang. 

message user image

Soalan saya ialah ibu saya telah kematian suami iaitu ayah saya 3 tahun yang lepas, kemudian ibu ada berniat untuk berkahwin lagi tetapi kesemua adik beradik saya tidak setuju, apakah hukum jika diteruskan perkahwinan itu? Disebabkan kesemua adik beradik saya tidak bersetuju ia akan mendatangkan kemudaratan kepada keharmonian keluarga kami, apakah hukum kami sebagai anak anak dan hukum bagi seorang ibu yang mungkin mengabaikan pendapat anak anak nya.

message user image

Assalamualaikum.. suami saya telah melafazkan lafaz taklik melalui whatsapp sebegini "Mulai hari ini, i nk u delete semua gambar/video i (xkira yg cropped, blurred, dr blakang, dr tepi) kt mana2 media social platform u. 
I haramkan u pakai or simpan sebarang gmbr/video i utk wallpaper ke, profile picture etc.. Dan kalau u gagal berbuat demikian..maka i ceraikan u dengan talak 1". Kemudian di whatsapp seterusnya dia menambah "yang dalam phone pun delete, jangan tinggal satu pun".

Pertanyaan saya: 

1) Adakah perkataan yang kedua "yang dalam phone pun delete, jangan tinggal satu pun" dikira dalam lafaz taklik.

2) Sekiranya pada hari tersebut saya yakin telah memadam kesemua gambar/video seperti yang diminta, namun beberapa hari selepas itu terjumpa satu video yang tidak dipadam dan cepat2 memadam video tersebut apabila sedar adakah sudah terjatuh taklik?

Harap pihak tuan dapat membantu.  

message user image

Assalamulaikum W.B.T.

Saya ingin bertanya, saya mengetahui bahawa suami saya berbinkan kepada bapa saudaranya. Namun begitu, saya baru terdetik untuk mencari tahu hukum mengenainya dan saya dapati haram untuk berbinkan kepada bapa saudaranya @ ayah angkat. Saya merasakan perkara ini tersangat rumit untuk saya hadamkan dan saya faham bagi pihak suami saya dia sendiri kurang ilmu berkenaan perkara ini dan juga perkara ini berlaku bukanlah dibawah kehendak dia. 

Pertama sekali saya ingin mengetahui berkenaan status pernikahan saya bersama suami. Dan pada yang sama saya juga merisaukan adik perempuannya. Bagaimanakah dia ingin bernikah kelak? Saya juga risau untuk akan datang sekiranya suami meninggal, adakah nasabnya akan kepada ibu angkatnya seperti di dalam dokumen sijil lahir atau kami boleh mengubahnya kepada ibu kandungnya? saya risau sekiranya doa yang dibacakan tidak sampai kepadanya. 

Adakah masalah ini boleh diperbetulkan. Hukum haram dan dosa tersebut jatuh pada suami atau keluarganya? 

Saya berharap agar segala kekeliruan ini dapat diperjelaskan. saya berharap agar perkara ini tidak disebarkan untuk khalayak ramai. 

Terima Kasih. Assalamualaikum.

message user image

Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanyakan soalan. Baru-baru ni berlaku pertengkaran suami isteri kerana isteri dapat tahu yg suaminya melihat benda-benda lucah dan melakukan onani. Dipendekkan cerita, untuk mengelakkan isteri daripada merajuk, si suami berkata (Sekiranya aku melakukan dan melihat benda-benda tersebut, maka jatuh talak). 

Si suami tiada menyebut dengan perkataan berkenaan onani atau melihat benda-benda lucah semasa lafaz tersebut. Hanya berniat dalam hati untuk menenangkan isteri dan dan berniat untuk tidak melihat dan melakukan benda-benda tersebut. 

 

Persoalanya, adakah perbuatan ini dikira jatuh talak ataupun lafaz tersebut tidak jelas atau macamana? 

message user image

Assalammualaikum... Saya ingin meminta pandangan Ustaz dalam kes tuntutan perceraian oleh isteri. Isteri saya telah menuntut kerana saya bekerja sebagai rider penghantar makanan dan isteri bekerja sebagai pengurus besar disebuah syarikat. Beza pendapatan kami terlalu jauh jika dibandingkan. Saya akui pemberian nafkah yang saya berikan kepada isteri hanya menyediakan barangan keperluan serta barang dapur dan hanya sesekali memberi nya duit belanja setiap bulan tidak semewah yang dia harapkan. Kami tidak mempunyai anak. Saya buntu dan tidak mahu bercerai dan masih sayangkan isteri namun bapa mertua saya telah mempengaruhi isteri dengan merendahkan dan memburuk-burukkan saya sehingga isteri sudah hilang hormat pada saya dan memaksa saya untuk bercerai. Didalam tuntutan beliau, saya dapati alasan untuk bercerai juga direka dan sama sekali tidak benar. Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk menyelamatkan rumahtangga saya? Terima kasih...

message user image

Asalamualaikum Tuan/Puan saya mahu bertanya,saya ada bercakap telefon dengan ibu saya mengenai sepupu saya yang baru saja bercerai.ibu saya menceritakan semuanya mcm mana jatuhnya talak pada isteri sepupu saya.ibu cakap si isteri sepupu saya memaksa suami dia melepaskan nya dengn keaadaan marah suami nya cakap "aku ceraikan kamu" dan jatuh laa talak dan bercerai lah diorang.saya pulak menceritakan perkara ni pada isteri saya apa yang ibu saya cerita semuanya tu..Saya cakap begini "diorang dah bercerai awak lepas tu talak diorng jelas iaitu aku ceraikan kamu so jatuh la talak sbb dy jelas dan nyata" saya bercerita lah kepada isteri saya mcm mana ibu saya ckpkan. pertanyaan saya,adakah jatuh talak jugak bagi saya kerana bercakap demikian kepada isteri saya sedangkan tujuan tu bukan untuk isteri saya

message user image

Assalamualaikum, mohon bertanya, saya malam tadi bertengkar dengan isteri saya dan saya maklumkan kalau pergi travel (7/11/2024) bulan depan bersama kawan2 die akan gugur talak. boleh ke saya tarik balik kenyataan saya dan benarkan die travel. mohon pencerahan. terima kasih

message user image

Assalam,

Saya mahu bertanya pendapat, umur saya 23. Saya bercadang untuk kahwin pada hujung tahun depan dengan pasangan saya. Tapi saya juga sudah merancang untuk kerja sehingga 2025 Dec dan seterusnya akan belajar Degree. Niat saya kahwin adalah untuk mengelakkan terjerumus ke dalam dunia maksiat. Tapi sebagai lelaki, saya faham tanggungjawab sebagai pemimpin dalam rumah tangga untuk memberikan nafkah lagi lagi perkara asas nafkaf tempat tinggal, pakaian & makanan. Saya sudah berbincang pasangan yang sekufu pemikiran bahawa mahu kahwin dan akan sambung belajar kemungkinan 4 tahun dan dia pula bekerja dalam tempoh itu, kami sudah bincang dalam keadaan yang waras dan realistik. Saya sambung belajar atas sebab mengejar ilmu dan mahu tingkatkan taraf hidup saya. Soalan saya adalah berikut

Apakah hukum jika saya tak dapat sediakan asas nafkah itu pada tempoh saya belajar mungkin akan berikan nafkah wang sahaja kerana saya akan bekerja "part time" dalam waktu belajar itu mungkin tidak banyak tetapi ada. Patutkah saya hentikan niat belajar supaya boleh sediakan asas nafkah atau kejar impian saya dahulu atau kahwin serta teruskan impian belajar saya.

Saya harap dapat jawapan yang sangat membantu kerana saya perlukan jawapan daripada sisi agama. Harap jua boleh berikan cara cara untuk mendapat hidayah daripada allah swt supaya saya dapat buat keputusan yang terbaik. 
 

 

message user image

Assalamualaikum..

Saya yang bernama seperti diatas ingin mengajukan soalan berkenaan pembahagian harta pusaka setalah ibu saya meninggal dunia.Pertama sekali ayah saya telah meninggal dunia hampir 30 tahun dan ibu saya telah berkahwin baru setelah 12 tahun pemergian ayah saya..saya mempunyai 7 beradik,3 laki2 dan 4 perempuan.Adakah ayah tiri saya berhak keatas rumah pusaka ibu saya yang dimiliki sebelum ia berkawin dengan bapa tiri saya kerana rumah itu ibu saya perolehi dari pemberian arwah nenek saya.Kedua,bagaimana dengan barang kemas peninggalan ibu saya,yang mana semua nya didapati dari hasil titik peluh ibu saya sendiri dan ada juga hadiah dari kami adik beradik,adakah ayah tiri saya juga berhak keatas barang kemas itu mengikut Faraid?Sedangkan selama ibu saya hidup kami adik beradik yang menyediakan tempat tinggal (kos memperbaiki rumah jika rosak) dan urusan menjaga ibu kami yang mana ayah tiri tidak menyediakan apatah lagi untuk menjaga ibu saya semasa beliau sedang sakit..Mohon memberikan jawapan yang tepat supaya kami adik beradik tidak termakan harta Batil..sekian terima kasih.

message user image

Talak Dan Rujuk. 

Tuan/Puan, saya ingin bertanya. Adakah jatuh talak dan sah rujuk selepas dilafaz berbisik (kerana bisikan lintasan hati) begini, situasi berseorang di dapur. Hati berbisik supaya ceraikan isteri. Secara tak sengaja lidah dan bibir juga bergerak "aku ceraikan kau beserta nama" tapi tidak didengari telinga kerana bisikan terlalu halus.

Selepas buat research talak tidak jatuh, kerana tidak didengari telinga, masa itu lah was was timbul, dan hati berbisik dengar di telinga juga tapi terlalu perlahan kerana tidak mengangkat suara.

Disebabkan was was malam hari cerita situasi pada isteri, dan melakukan lafas rujuk, Aku rujuk kau kembali menjadi isteri ku semula.

Persoalan adakah jatuh talak, dan rujuk sah. 
Atau talak tidak jatuh dan rujuk pun tidak sah kerana tidak tertalak.

message user image

Assalammualaikum ustaz/ustazah.

Saya Pn Ummu Amir dari Kuching, Sarawak.

 

Soalan saya : Adakah ibu mertua saya mempunyai hak atas nafkah (rumah yang dibeli oleh suami)?. Contohnya dia tidak membenarkan orang-orang tertentu (yang dia tak suka) masuk dalam rumah kami kerana katanya itu adalah rumah anaknya.
Untuk makluman, ibu mertua saya duduk di kampung.

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum saya ingin bertanya, pada suatu hari saya rasa tercabar dan marah.Saya telah limitkan isteri saya balik ke rumah ibunya atas faktornya ibu beranggap isteri saya seperti tiada suami dan janda berhias sebab ketiadaan saya datang ke rumah ibunya dan rumah neneknya. Pada masa sama saya ada menelefon ibu mertua saya dan mengatakan bahawa saya akan limitkan pergerakan isteri untuk balik kecuali ibunya rindu atau mahu meminta tolong daripada anak nya baru lah saya akan izinkan isteri balik ke rumah ibunya. Sekarang ini saya telah mengizinkan isteri saya untuk balik rumah ibunya atas faktor anaknya rindu tetapi ibu mertua saya kata ada berlaku pelanggaran disebabkan sifat talik sebab ibunya tidak bermesej kepada si isteri dan saya suruh balik ke rumahnya. Saya punya niat untuk limitkan pergerakan si isteri cuma nak jauhkan dari fitnah orang. Pada masa sama saya tidak lafazkan "" jikalau dia balik maka berlaku nya t****"" ..  adakah ini akan jatuh hukum seperti mana ibu mertua saya cakap? 

 

message user image

Assalamualaikum kepada Pihak Panel Jabatan Mufti Negeri Selangor yang dirahmati Allah.

Izinkan Saya bertanyakan beberapa soalan untuk pencerahan bagi mencari jalan penyelesaian sebaiknya.

Almarhum abah saya baru meninggal Dunia pada 27/6/2024. Setelah kematian arwah abah, saya telah dimaklumkan oleh sepupu yang pernah duduk serumah dengan arwah abah, dimana semasa hayatnya arwah abah ada membayar hutang kepada kawannya. Tetapi sepupu tersebut tiada maklumat lengkap berkaitan berapa jumlah hutang dan siapakah  pemiutang yang dimaksudkan tersebut. Dimaklumkan kepada Saya, arwah abah menerima duit pencen rm700. Sebahagian jumlahnya iaitu Rm400 untuk membayar hutang kepada kawan tersebut dan selebihnya untuk digunakan untuk perbelanjaan semasa hayatnya.

Sehingga hari ini, saya sebagai waris iaitu anaknya tiada menerima sebarang tuntutan hutang piutang daripada mana-mana pihak.

Saya ingin bertanyakan, bagaimanakah dengan status hutang tersebut?

Bolehkah dengan cara saya menginfak dimana-mana Surau/masjid/pusat tahfiz dengan niat untuk melangsaikan hutang arwah abah?

Bolehkah juga dengan cara saya membeli makanan kucing iaitu haiwan kesayangan peninggalan arwah abah dengan niat untuk melangsaikan hutang arwah tersebut.

Ini disebabkan tiada maklumat lengkap berkaitan jumlah hutang dan siapa pemiutang yang dimaksudkan.

Mohon pihak panel Jabatan Mufti Negeri Selangor membantu saya untuk menyelesaikan isu yang berkaitan ini. Terima kasih semuanya.

message user image

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Dr Mohd Asri, Tuan/Puan, Pada satu malam terjadinya pertengkaran di antara saya dan isteri melalui perbualan telefon. Kelemahan saya adalah saya akan cepat mengeluarkan kata kata yang kesat dan perkataan yang menyakitkan hati isteri apabila berada dalam keadaan marah. Oleh sebab itu, semasa kami mula bertengkar dalam perbualan telefon, saya memaklumkan kepada isteri bahawa saya ingin memberhentikan perbualan kerana risau jika saya mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya ( dalam hal ini, risau jika terkeliar lafaz cerai). Isteri tetap berdegil untuk teruskan perbualan. Setelah perbualan gagal dihentikan secara persetujuan bersama, saya memilih keputusan untuk mematikan perbualan telefon begitu sahaja. Kemudian, isteri saya terus menghubungi saya melalui sosial media whatsapp. Saya tetap memberitahu isteri bahawa saya tidak mahu berbual dalam keadaan marah kerana saya risau tercakap apa apa yang tidak sepatutnya. Setelah beberapa minit, kami hentikan perbualan di whatsapp. Selepas itu, saya duduk bersendirian di ruang tamu rumah sewa saya tanpa kehadiran sesiapa pun sambil cuba menenangkan diri. Ketika itulah, saya membayangkan perkara-perkara yang tidak elok untuk menyakiti isteri saya kerana terlampau geram sehinggakan membayangkan diri saya melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri. Saya tahu ketika itu jika hanya berimaginasi ( tidak lafaz secara lisan) tidak akan jatuh talak kerana saya memang tiada niat untuk ceraikan isteri. Cuma membayangkan diri saya lafaz cerai sahaja untuk sakitkan hati isteri tanpa melafazkan secara lisan. Semasa kejadian membayangkan lafaz cerai itu, saya terlepas cakap "Aku ceraikan kau..". Tapi semasa saya sedar mulut saya seolah berkata seperti itu, saya terus cuba menahan mulut saya daripada terus bercakap. Sampaikan saya was-was jika saya hanya tergerakkan bibir ataupun betul-betul melafazkan. Adakah jatuh talak tersebut Tuan/Puan kerana saya memang dari awal tiada niat nak ceraikan isteri kerana jika benar ada niat untuk ceraikan pasti semasa perbualan di telefon dan whatsapp lagi saya dah lafazkan tetapi saya tidak berbuat sedemikian rupa. Dengan harapan tinggi agar Tuan/Puan bersetuju serta tidak terbeban dalam membantu saya mendapatkan jawapan kepada persoalan saya. Terima kasih.

message user image

assalamualaikum.

mohon bertanya, sekiranya suami ceraikan isteri, hukum tidak membenarkan isteri keluar dari rumah. sekiranya suami tidak mampu untuk keluar tinggal di tempat lain dan terpaksa tinggal bersama dlm waktu iddah, jadi suami tidak dibenarkan mendekati isteri melainkan rujuk, betul? sekiranya rumah yg kami diami ada satu bilik shj, dan segala pakaian dan brg ada di dalam bilik yg isteri duduk sewaktu dalam iddah, bolehkan suami masuk? 

Dan bagaimana selepas tempoh iddah dah selesai? adakah isteri kena simpan duit untuk berpindah selepas 3 bulan? kalau tidak mampu utk menyewa tempat lain, apa perlu buat ya? mohon diberi pencerahan. terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum. Persoalan saya berkenaan zihar.
Saya isteri tinggal bersama keluarga kecil saya dan ibu mertua.
Situasi: Saya dandan rambut / menukar gaya rambut. Tiga hari selepas itu, ibu mertua pergi buat dandanan rambut.
Selepas ibu mertua pulang, saya melihat rambut ibu mertua, terdetik dihati saya (eh sama macam rambut saya) mungkin paras potongnya sama, tapi perkataan itu terpancul dari mulut suami.
Suami berkata seperti ini ~~
sama macam rambut lia/dah sama macam rambut lia/macam rambut lia dah (saya tidak dapat ingat setepatnya butiran perkataan yang keluar dari mulut suami tapi adalah seperti yang dinyatakan).
Persoalan saya, adakah ini zihar atau tidak? Jika ya, apa langkah yang perlu saya/suami ambil.
Mohon bantuan dan pencerahan.
Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin memohon pencerahan daripada pihak tuan.

Pada 24 September 2024, suami saya telah menyatakan kepada saya agar mencari bahagia sendiri. Menurutnya, saya tidak memerlukan dia lagi. Rujuk gambar Perbualan WhatsApp 24 Sept 2024

Pada 17 Oktober 2024, saya bertanya semula kepada suami saya, apa yang dimaksudkan suami saya berkenaan perbualan pada 24 Sept 2024 tersebut. Jawapan suami saya ialah seperti berikut Perbualan WhatsApp 17 Okt 2024. Dia telah melepaskan saya dari semua tanggungjawab ke atas dia dan anak perempuannya.

Soalan saya ialah, apakah implikasi tutur kata suami saya di dalam kedua-dua perbualan ini? Adakah telah jatuh talak?

Maaf, suami saya jenis yang cakap berkias. Saya cuma tak mau salah faham. Untuk makluman, kami tak pernah hidup sebumbung sejak berkahwin 3 tahun lepas atas sebab-sebab tertentu.

Terima kasih atas bantuan pihak tuan.

message user image

Assalammualaikum,saya mohon pencerahan dan penjelasan dari pihak tuan berhubung dengan status perkahwinan sya.

Suami sya ada meletakkn syarat "jika sya menipu akan jatuh talak" kmi ada persilisihan faham dan berlaku pertengkaran .Saya  tiada niat utk mnipu suami sya dan keliru dgn jwapan sya pda suami.Tp suami kta sya mnipu.

 

Adakah talak  terssbut jtuh dan di kira sah.Saya dan suami msih ragu tentang hubungan kami.

 

Mohon penjelasan ustaz @ ustazah secepat mungkin.saya  dalam situasi yg buntu dan ragu2.

Terima kasih

message user image

Assalammualaikum tuan/puan,

Saya mempunyai sedikit kemusykilan tentang hukum faraid. Sebelum saya bertanya lebih lanjut saya ingin membuat penerangan sedikit.

Begini, ibu dan ayah suami membeli rumah kos rendah dan unit tersebut berada di tingkat 3. Pada masa suami juga membeli rumah yang sama tetapi unit bawah dan berlainan blok. Ibu dan ayah meminta suami utk bertukar rumah kerana suami mendapat unit di bawah. (Unit rumah diperolehi melalui sistem undian)Suami setuju kerana kasihankan kepada kedua ibu bapanya.. tetapi Masing2 membayar loan rumah masing2.

Setelah ayah suami bersara dan tidak mempunyai pendapatan, ayah/ibu meminta anak perempuannya tolong sambung bayar. Ibu suami berjanji selesai habis bayar rumah tersebut menjadi milik beliau.

Selesai habis bayar rumah ayah, anak perempuan menuntut hak beliau. Namun dia berkehendakkan rumah yg ayah /ibu duduk di mana rumah tersebut milik suami. Suami juga ada mengatakan sesudah habis bayar loan beliau bersetuju utk menukar nama, rumah yg diatas akan menjadi milik suami manakala rumah bawah menjadi milik anak perempuan.

Namun, pertukaran nama tidap dpt dilakukan disebabkan batasan masa dan wang. Kemudian ayah suami meninggal . Tidak lama lepas itu anak perempuan ingin menjual rumah suami dgn anggapan sudah menjadi milik dia tetapi ibu tidak bersetuju kerana masih duduk di situ.. unit rumah atas telah disewakan sebagai sumber pendapatan suami sebelum ayah meninggal lagi. 

Anak perempuan telah marah dan merajuk dan telah memutuskn silaturrahim. Kerana beranggapan telah menidakkan haknya.

Soalan saya:

1. Apakah hak anak perempuan terhadap harta ayah suami kerana ibu berjanji utk memberikan kepadanya jika dia sudah habis bayar. Ibu seakan menarik balik pemberiannya kerana anak perempuan tidak lagi menghiraukannya dan ibu ingin faedah drp rumah tersebut utk kelangsungan hidupnya cth hasil sewa rumah.

2. Perlukah sewa rumah tersebut difaraidkan (bhgn ayah) kerana suami beranggapan sewa tersebut merupakan milik dia kerana dia kerugian tidak dpt sewakan rumahnya kerana ibu masih duduk di rumah tersebut. Dan perkara ini dipersetujui oleh ibu /ayah suami kerana mereka telah bertukar rmh.

3. Ibu dan suami bercadang utk menjual rumah milik ibu dan ayah dan membayar ganti rugi anak perempuan sebanyak mana yg telah anak perempuan keluarkan utk membayar loan dan balance di bahagikan secara faraid. Namun anak perempuan menuntut keseluruhan rumah tersebut. Apa yg perlu dilakukan utk masing2 mendapat hak masing2.

Sekian, terima kasih.

 

 

message user image

Assalamualaikum, saya hendak berkahwin, selepas saya berbincang dengan ibu saya, ibu saya mengatakan dalam islam nikah perlu buat di belah lelaki. Sya pernah dengar yang majlis perlu buat di belah lelaki tapi nikah apa yang saya tahu perlu dibuat di belah perempuan atas sebab kita hendak ambil anak orang jadi kenapa perlu wali datang ke rumah pihak lelaki? Saya berdebat di situ dengan ibu saya. Soalan saya nikah dalam islam sepatutnya di belah perempuan atau lelaki? 

message user image

Assalamualaikum.

Anak perempuan saya telah meninggal dunia. Menantu saya berkahwin lain dan telah mendapat seorang anak perempuan dengan isterinya itu. Apakah hukum aurat di antara saya dengan anak tersebut? Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan kepada pihak tuan, suami saya telah melafazkan lafaz taklik keatas saya untuk membuang/ tidak menyimpan semua gambar2nya di dalam telefon saya mulai hari yang dulafazkan. Sekiranya saya gagal saya akan dijatuhkan talak satu.

Sekiranya saya yakin telah memadam semua gambar2nya di telefon seperti yang diminta, adakah perlu saya ke mahkamah lagi? Concern saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan membesarkan isu ini. Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum..saya ingin bertanya soalan tentang lafaz taklik talak . Semasa bergaduh saya ada menyuruh suami melafazkan taklik talak seperti "kalau aku tipu kau lagi jatuh talak" . Baru2 ni suami ada tipu sesuatu bila saya bertanya dia cakap tak tipu. Tetapi sy dah tau tipu dan sy tanya 3x kali ke 4 baru dia mengaku dia ada tipu. Soalan saya jatuh talak ke percakapan dan perbuatan tu ye? 
terimakasih

message user image

Assalamualaikum Tuan,

Saya ingin pencerahan berkaitan tanggungjawab/nafkah sebagai seorang suami.

Soalan saya :

Adakah menjadi tanggungjawab saya untuk menyelenggara kereta isteri ulang-alik bekerja?

Sebagai seorang suami, keperluan rumah, makan minum, belanja anak-anak sekolah, nafkah isteri termasuk utiliti semua saya bayarkan.

Saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi pencerahan kepada persoalan saya ini.

Terima kasih.

message user image

Baru2 ni saya bergaduh dengan suami dan saya ingin keluar dari rumah untuk menenangkan fikiran . tapi saya bagitahu suami saya nak balik rumah ibu saya . sewaktu saya di dalam kereta suami melarang saya untuk pergi dan dia cakap "kalau saya keluar saya dan dia tak ada apa2" selepas itu saya pun masuk . tapi selepas kejadian itu esok nya saya ada keluar dgn kawan dgn izin suami . saya ada kerisauan sama ada jatuh atau tidak talak kerana slepas itu saya ada kluar dgn kawan saya . tapi suami cakap dia cakap " tak ada apa2" tu dia tk maksudkan nak cerai dia hanya ugut saya supaya saya tak kluar .

message user image

Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanyakan tentang keizinan saya sebagai isteri terhadap suami. Sekiranya saya telah meminta izin suami untuk keluar rumah pergi ke majlis tertentu melalui whatsapp, namun setelah beberapa hari suami masih tidak menjawab whatsapp tersebut sehingga hari majlis, dan saya hadir majlis tersebut adakah saya telah berlaku nusyuz? Saya dan suami PJJ, saya di Malaysia dan suami diluar negara. Suami sentiasa tidak membalas mesej saya tetapi saya risau untuk membiasakan perkara ini. Mohon penjelasan.

message user image

Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya, Apakah hukum  seorang isteri yang tidak mahu mengikut suaminya pulang kekampung untuk bertemu dengan ibu dan bapa suaminya dengan alasan isteri sakit tetapi masih boleh berjalan. Maka sisuami puaalang bersendirian. Dan apabila suami pulang dari kampung siisteri tidak menegur suami sehingga berlarutan ke 4 hari dan bila masa makan siisteri tidak mempelawa suami. Lagi satu isteri suka melayari media sosial seperti facebook dan tiktok sehinggakan masa untuk bermesra sudah tidak ada, sisuami pernah menegur dan siisteri  menjawab dengan nada yang tidak puashati.
Minta penjelasan ustaz....
Dari Hamba Allah 

message user image

Assalamualaikum. 

Suami sy ada isteri lain tapi mereka tiada anak.

Sy ada anak lelaki. Sy nak tahu mcm mana aurat isteri suami sy tu dgn anak2 lelaki sy.

message user image

Assalamualaikum

Saya ada sedikit keraguan berkenaan dengan nikah. Sebelum akad nikah, saya telah mengambil wudhuk. Ketika sampai ke rumah pengantin perempuan untuk proses akad nikah, wakil pengantin perempuan memanggil saya untuk membuat sedikit "touch up" pada muka saya. Ketika itu, wakil pihak perempuan yang juga seorang perempuan telah menyentuh wajah saya yang menyebabkan wudhu saya terbatal.

Saya menjadi serba Salah ketika itu. Untuk berwudhu semula adalah tidak sempat kerana jurunikah telahpun sampai dan menunggu saya. Saya dalam keadaan was-was sama ada nak teruskan melalui proses ijab Kabul dalam keadaan berwudhu ataupun tidak. Lalu saya nekadkan dalam hati untuk teruskan proses akad nikah dan nekad untuk menyemak semula hukum akad nikah tanpa wudhu selepas tamat proses pernikahan (saya sebenarnya was-was sama ada boleh atau tidak akad nikah tanpa wudhu walaupun dalam hati kecik saya ada merasakan yang wudhu tidak termasuk dalam syarat sah nikah)

Soalan saya:

Dalam syarat sah nikah bagi pengantin lelaki, terdapat syarat yang mengatakan bahawa pernikahan hendaklah dalam kerelaan. Adakah keadaan saya ketika melakukan akad nikah itu dianggap bukan dalam kerelaan disebabkan terpaksa melakukannya disebabkan jurunikah sudah menunggu. 

Mohon jasa baik untuk memberikan jawapan. Saya kini agak tertekan berkenaan hal ini. Saya risau perkara ini menyebabkan saya melanggar syarat sah pernikahan

Untuk pengetahuan, saya memang mempunyai penyakit was-was.

Sekian, terima kasih.

message user image

Assalamualaikum.. apa hukum isteri minta cerai pada suami yang selalu melakukan dosa yang selalu dianggap ringan seperti merokok dan sebagainya?

message user image

Assalamualaikum.. saya ingin bertanya tentang lafaz yang saya buat berbentuk tulisan didalam wassap...

Saya ade bertengkar dengan isteri semasa saya berada di tempat kerja dan isteri dirumah..isteri ingin datang berjumpe saya di tempat kerja tapi saya tak benarkan..

Dan saya ade tulis didalam wassap kalau kau datang jatuh talak.. saya hanya tulis dengan niat hanya untuk mengugut sahaja dan bukan niat untuk menceraikan die.. 

Adakah lafaz ni masih terpakai sampai bila2 atau boleh di tarik balik atau pun terbatal memandang saya sudah berbaik dengan isteri..... Dan saya juga selalu bawak isteri datang ke tempat kerja..  buat mase ni saya tak berani lagi nak membawa isteri datang ke tempat kerja...

Mohon pandangan

message user image

Assalamualaikum. soalan ini minta dijawab oleh ustazah. saya segan nak berurusan dengan ustaz. saya ada masalah mak mertua suka masuk campur urusan hal keluarga kami suami isteri. dah 2 kali mak mertua call mak saya. 1) kata saya ada masalah ke dengan suami saya. 2) mertua agak bagi amaran berbaur " kalau nak hidup lama dengan suami saya kena ada lesen". ustazah... memang saya ada kelemahan iaitu tak boleh nak naik kenderaan motor dan kereta. tapi saya tak pernah pun susah kan keluarga belah suami. tapi saya di kata seperti itu melalui mak saya sedangkan saya tak pernah usik2 keluarga mertua atau ipar duai sekalipun. saya dah pernah ambil lesen tapi sering gagal. kalau suami free dayshift dan tak ot dia ambil dan hantar saya. jika suami ada hal atau ot atau nightshift ayah saya akan ambil saya. apa patut saya buat ustazah.. saya tak nak rumah tangga saya hancur dan saya juga tak berapa gemar dengan sikap mertua asyik call mak saya jika dia tak berapa senang dengan saya. semua pertanyaan atau luahan hati mak mertua atau keluhan beliau tak pernah direct whatsapp atau tanya direct kepada saya. semua tu melalui mak saya. sila beri kan saya cadangan dan pendapat untuk saya teruskan hidup dan membangunkan diri saya.

 

Terima kasih. 

message user image

Assalamualaikum Tuan/Puan, saya ingin mohon pencerahan mengenai cerai taklik. 

Bagaimana kalau si suami tulis melalui whatsapp ‘kalau kau maki aku lagi, aku ceraikan kau’. 

Soalan pertama saya;
Apakah langkah seterusnya yang perlu si isteri lakukan ? Perlukah dia pergi ke pejabat agama untuk pengesahan atau rekodkan cerai taklik ni? 

Soalan kedua saya;
Bolehkah si isteri mohon batalkan cerai taklik ini pada si suami & kes ini boleh diselesaikan antara mereka berdua sahaja atau perlu pergi ke pejabat agama untuk tindakan selanjutnya ?

Maklumbalas dari pihak Tuan/Puan amatlah saya hargai. 

message user image

Assalamualaikum. Soalan saya adalah seperti berikut:

Apakah hukum / adakah jatuh talak apabila seorang lelaki telah mengatakan akan jatuh talak jika datang ke sini (sini merujuk kepada tempat kerja suami) tapi tidak dinyatakan tempat bekerja, adakah lafaz talak hanya boleh diguna pakai di tempat kerja suami semasa, bagaimana jika suami bertukar tempat kerja adakah lafaz talak masih boleh diguna pakai?

 

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum WBT,

Saya ingin bertanyakan soalan tentang poligami. Patutkah kita sebagai ibu melarang anak-anak dari menghubungi bapa mereka pada ketika bapa mereka dalam giliran isteri lain? Anak-anak yang saya maksudkan adalah yang belum baligh. Adakan lebih baik melerang mereka menghubungi bapa mereka saat bapanya di giliran isteri lain?

Mohon pencerahan. 

Terima kasih.

 

message user image

Adakah dikira zihar apabila saya berkata punggung anak lelaki saya besar macam punggung ibunya?

message user image

Assalamualaikum , saya disini ingin bertanyakan soalan mengenai lafaz taklik .

 

1. Si isteri baru lepas melahirkan dan dalam keadaan berpantang ketika itu dan mendapati suaminya sudah menipu dan berahsia banyak kali sehingga isterinya meroyan tak tentu arah dan berbalah dengan suaminya dari pagi buta hingga esok hari . keluarga si suami juga ada untuk tenangkan si isteri . Di hari yang sama si isteri meminta dan memaksa suaminya untuk membuat lafaz taklik secara lisan seperti ( saya berjanji tidak akan menipu lagi , tidak akan berahsia tentang benda yang menyakitkan hati , tidak akan curang , tidak akan chat perempuan lain , jika saya langgar maka jatuh talak 1 ) . Tetapi si suami mengaku dia terpaksa dan tidak ada niat untuk lafaz taklik kepada isterinya dan ingin tenangkan isterinya .

Soalannya di sini , adakah taklik itu sah kerana suami melafazkan taklik itu dalam keadaan terpaksa ?

 

2. Adakah talak akan jatuh jika melanggar semua janji taklik itu atau salah satunya sahaja ? Contoh taklik : ( saya berjanji tidak akan menipu lagi , tidak akan berahsia tentang benda yang menyakitkan hati , tidak akan curang , tidak akan chat perempuan lain , jika saya langgar maka jatuh talak 1 ) .

 

3. Si suami membuat lafaz taklik secara lisan seperti (saya tidak akan chat perempuan lain , tidak akan jumpa perempuan lain , jika saya langgar maka jatuh talak 1 ) . Jika si suami chat atau berjumpa dengan ibu atau keluarga perempuannya adakah tetap dikira "perempuan lain" dan jatuh talak 1 itu ?

 

4. Jika si suami pernah melafazkan taklik tetapi si suami dan isterinya tidak ingat tentang apa taklik yang dilafazkan itu , adakah tetap jatuh talak jika dilanggar ?

 

5. Si isteri dapat tahu suami melihat video perempuan seksi di telefonnya , dan mereka berbalah hebat sehingga si isteri memaksa suami nya untuk membuat lafaz taklik sebegini (saya janji tidak akan tengok video perempuan dengan sengaja, jika saya langgar maka jatuh talak 1) . Si suami terpaksa melafazkan taklik tersebut atas desakan isterinya kerana tidak mahu berbalah lebih panjang lagi . Tidak lama itu si suami ada tengok drama atau video yang ada perempuan , adakah jatuh talak 1 tersebut ?

 

6. Jika si suami membuat lafaz taklik seperti (saya janji tidak akan menipu lagi jika saya langgar maka jatuh talak 1) . Selepas itu si suami menipu tiga kali , adakah jatuh talak 1 tiga kali juga ?

Sekian itu sahaja soalan yang ingin saya tanya , saya amat mengharapkan balasan jawapan untuk saya ketahui , terima kasih , assalamualaikum .

message user image

Assalamualaikum, saya seorang yang berpenyakit was-was dan sering terlintas perkara atau kata2 yang tidak baik dalam fikiran saya akibat dari penyakit was-was ini. Pada beberapa hari lalu, saya sedang bergurau dengan isteri saya dan terjadi perkara yang menimbulkan persoalan. keadaannya adalah seperti berikut:

Isteri saya sedang menyanyi lagi yang terdapat lirik "biarkan aku pergi", lalu saya bergurau dengannya mengatakan "haa pergilah kalau nak pergi sangat, pergi." Maka pada ketika perbualan itu berlaku, terdetik satu lintasan hati mengatakan " kerana awak bukan lagi isteri saya/kerana kita dah bercerai". Saya tidak pasti antara dua ayat tersebut tetapi lebih yakin dengan ayat yang pertama.

Persoalan saya, adakah telah berlaku lafas cerai secaya kinayah yang berserta niat dan menyebabkan jatuh talak pada isteri saya. Saya sememangnya tidak langsung berniat atau betul2 mahu ceraikan isteri saya. lintasan itu berlaku akibat penyakit was2 yang melanda diri saya yang di mana lintasan2 seperti ini berlaku pada ketika ada ruang untuk menyebabkan perkara buruk contohnya seperti lintasan mahu kufur atau lain2. Jadi saya mohon penjelasan perkara ini sebab ini menimbulkan masalah dalam kehidupan harian saya. Adakah boleh untuk menganggap perkara ini tidak menyebabkan jatuh talak kerana ini bukan apa yang saya betul2 mahukan bahkan hanya lintasan hati atas sebab gangguan syaitan atau mental yang tak dikira sebagai niat?

message user image

Assalamualaikum. Suami saya meninggal dunia pd 31hb Ogos 2024.  Saya ade satu kemushkilan. Anak2 saya akan ke Johor Bharu pd 25hb Oktober 2024 utk menghadiri majlis kahwin sepupunye . Mereka akan balik semula kerumah pada 27hb Oktober. Saya rasa saya x boleh tinggal seorang dirumah. Boleh kah sekiranye saya ikut mereka tetapi tidak menghadiri majlis. Cuba menginap di hotel saja. Harap pihak tuan dapt bagi saya pencerahan.

Wassalam.  

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. 

Tuan/Puan,

Suami saya memberitahu saya di akhirat nanti dia tidak mahu saya menjadi isterinya. Dia hanya inginkan bidadari dan tidak mahu isteri. Saya musykil adakah ini menjejaskan status perkahwinan saya sekarang. Adakah jatuh talak ? Perlukah saya melaporkan pada Jabatan Agama untuk pengesahan lafaz cerai secara kinayah? Saya harap pihak tuan/puan dapat menjawab dengan segera kerana khuatir hubungan kami tidak lagi sah di sisi syarak

message user image

Assalamualaikum, saya sedang mengandung dua bulan. Baru-baru nie saya bergaduh dengan suami dalam whatsapp dan saya cakap 'aku nak cerai' 'ceraikan aku' .. selepas itu, suami cakap  'Ank lahir kita cerai' . Bila saya tanya suami, 'tu lafaz taklik ka?' Apa niat dia? Memang dia nak cerai ka' . Suami jawab saya yang minta , saya yang nak. Saya tanya lagi dia memang cakap macam tu berniat nak cerai saya atau tak. Suami jawab 'dia tak ada niat nak ceraikan saya' ..

persoalan saya.

1) dah jatuh talak ke selepas saya lahirkan anak kami nanti?
2)betul ke sijil kahwin akan diambil sekiranya cerai tu sah dan cuma ada surat rujuk saja? Saya risau anak nanti tahu kami pernah bercerai. 
mohon penjelasan.

message user image

Situasi: Ibubapa tinggal berdua di kampung. Bapa mengalami sakit darah tinggi, kencing manis serta sakit lupa dan sukar untuk uruskan diri. Ibu yang juga sudah menjangkau usia tua dan mempunyai sakit darah tunggi mnguruskan bapa seorang diri.

saya sebagai anak lelaki yang mempunyai anak dan isteri yang berkerja tinggal di bandar. Saya dan adik beradik yang lain sudah mengajak ibubapa untuk tinggal bersama kami akan tetapi, ibu enggan menerima pelawaan kami.

Sejak kebelakangan ini saya ade pelbagai masalah di tempat kerja dan berhasrat untuk berhenti kerja dibandar dan mencari pekerjaan di kampung. 

permasalahan pertama : adakah berdosa bagi saya untuk meninggalkan anak yang masih bersekolah dan isteri yang masih bekerja di bandar sebaliknya saya pulang ke kampung seorang diri dan mencari pekerjaan di kampung disamping dapat menjaga ibubapa saya?

 

permasalahn kedua : adakah berdosa bagi saya membiarkan ibubapa berdua yang sudah tua di kampung dengan mencari pekerjaan yang lain di bandar kerana peluang pekerjaan yang lebih banyak dari sudut pandangan saya.

 

apakah penyelesaian terbaik yang lebih sesuai bagi saya?

message user image

Assalamualaikum wbt

Saya ibu kpd 6 org anak 1 perempuan 5 lelaki . Bermula tahun ini selepas suami menarik balik kemudahan kad kredit dan hanya menyediakan brgn keperluan dapur yg pd fikirannya perlu sebelum bertugas 2 minggu di plantar. Tiada meninggalkn duit blnja kperluan anak2 sekolah dan seumpanya. Walaupyn saya bekerja, sy merasakan itu adalah tanggungjawab yg perlu disediakan oleh suami. Untuk saya dia x beri x kisahlah tp utk anak??? Saya bukan nak berkira Tapi sy rasa sy perllu bersuara. Hak anak2.. sy tak nak dia lebih bazirkan ke 5 biji motor yg boleb dikatakan melbihi dr keperluan . Dia menanggung 6anak 5biji moto dua biji kereta tidak termasuk kereta saya dan sebiji rumah tak termasuk bil air n makan pakai spnjg ketidaan n sy dipejabt. Mohon penjelasan tuan/puan . Bolehkah saya mengisukan soal hak nafkah ini. Saya tak nak jd manusia yg takberperikemanusiaan dan tak nak juga diri merasakan ada pengabaian...

message user image

Assalamualaikum,

Saya ada pertanyaan untuk pihak panel berkenaan situasi di bawah:

Suami saya ada membuat perkongsian hak milik hartanah dengan adik ipar saya. Iaitu berkongsi sebuah rumah yang pada asalnya adalah milik suami saya dan kemudian adik ipar saya membayar separuh dari nilai rumah (iaitu sebanyak RM230k kepada suami saya. Atas dasar percaya, suami telah meletakkan nama adik ipar saya sebagai pemilik rumah tanpa diletakkan nama suami saya di dalam geran tersebut. Rumah tersebut telah disewakan dan hasilnya dibahagi antara suami dan adik ipar saya. Namun, adik ipar telah gagal membayar hutang bank yang dibuat olehnya untuk pembelian rumah tersebut dan ada mengaku kepada penyewa rumah bahawa suami saya bukanlah pemilik rumah tersebut kerana hanya nama adik ipar di dalam geran. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak percaya kepada adik ipar saya dan kerisauan di pihak suami saya. Kerana suami saya risau jika beliau meninggal dunia adik ipar akan mengambil hak rumah itu sepenuhnya atau sekiranya adik ipar berterusan gagal untuk membayar hutang bank berkemungkinan rumah akan dirampas oleh pihak bank. Suami saya telah memutuskan untuk membeli semula rumah tersebut dengan adik ipar saya (iaitu dengan membayar semula RM230k yang dibayar oleh adik ipar sebelum ini). Suami saya telah membayar kesemua hutang adik ipar yang dibuatnya di bank dahulu berjumlah RM280k. Untuk pengetahuan pihak panel, adik ipar telah membuat pinjaman peribadi sebanyak RM280k dan membayar RM230k kepada suami saya. Baki RM50k dipakai oleh adik ipar untuk kegunaan peribadinya. Jadi hutang adik ipar kepada suami saya adalah RM50k. Pada asalnya adik ipar saya bersetuju untuk membuat bayaran semula baki RM50k secara ansuran setiap bulan kepada suami. Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila adik ipar saya mula mendiamkan diri dengan cara tidak menjawab panggilan telefon atau whatsapp apabila suami saya mula membuat tuntutan hutang tersebut.  Suami juga ada berjumpa ibu bapa adik ipar dan isterinya untuk menyelesaikan masalah ini. Namun tidak berhasil. Keadaan ini menyebabkan suami saya mengupah peguam supaya kes ini diadili. Kes ini berterusan sehinggalah pada suatu hari mereka membuat keputusan untuk berunding di luar mahkamah. Semasa sesi tersebut, adik ipar saya telah menipu di hadapan wakil mahkamah dengan mengatakan bahawa nilai rumah itu adalah RM400k seperti yang tertulis di dalam agreement (sepatutnya RM460k, RM230k setiap seorang). RM400k hanya ditulis di dalam agreement untuk mengelak cukai yang tinggi tetapi sebenarnya mereka berdua bersetuju dan telah membayar pada harga RM460k (RM230k setiap seorang). Kami berpendapat mungkin adik ipar saya menipu harga tersebut supaya beliau boleh membayar hutang kepada suami saya dengan nilai yang lebih rendah daripada yang dituntut oleh suami. Selain itu, adik ipar saya juga ada menggunakan duit suami saya untuk membuat pelaburan di internet (duit ini adalah duit lain dari hartanah yang saya ceritakan di atas). Duit ini juga telah lenyap dan adik ipar saya tidak mengotakan janjinya untuk memberi laporan kepada suami saya pada setiap minggu tentang status pelaburan tersebut (pada masa ini suami saya belum tahu pelaburan itu adalah Forex). Suami saya juga menuntut semula duitnya untuk pelaburan ini melalui mahkamah.

Selepas beberapa lama kes di luar mahkamah ini selesai, suami ada bercerita semula ketidakpuasan hatinya terhadap adik ipar saya mengenai sikapnya dalam perkara ini. Dalam dialog itu suami berkata lebih kurang begini:

"Siti(isteri adik ipar) tak malu ke ada suami macam si Mamat(adik ipar saya). Sebab si Mamat perangai macam tu. Memalukan keluarga. Abang bayangkan kalau abang ditempat Siti dan isteri abang (yakni saya) di tempat Mamat. Kalau isteri abang (yakni saya) buat perangai macam si Mamat, abang rela berpisah. Tapi abang pelik kenapa Siti masih lagi bertahan dan setia dengan si Mamat. Patut berpisah dan cari suami lain. Tapi kebanyakan orang memang selalu jawab nak buat macam mana dah takdir. Patut berpisah supaya anak-anak tidak ikut perangai bapak yang macam tu".

Untuk pengetahuan pihak panel, saya tidak pasti perangai Mamat yang macam mana dimaksudkan suami. Cuma saya tahu pada ketika dialog ini diucapkan memang berkisar tentang perangai Mamat tentang kes luar mahkamah ini. Dan saya juga tidak berapa ingat ayat yang dilafazkan suami saya sepenuhnya kerana terlalu banyak dialog ketika itu. Ada yang saya ingat. Ada yang saya hanya main rasa dialog macam tu. Cuma berdasarkan pemahaman saya ketika itu, suami saya sedang memberi pendapat jika dia ditempat isteri adik ipar saya dia akan berpisah jika pasangan membuat perangai yang memalukan keluarga begitu. Saya juga lupa ayat manakah yang dipakai oleh suami sama ada:

i. Kalau isteri abang buat perangai macam si Mamat, abang rela berpisah;

Atau

ii. Kalau isteri abang buat perangai macam si Mamat, rasanya abang lebih rela berpisah

Saya lupa ayat ini kerana perkara ini hanya terdetik selepas beberapa hari kemudian. Bila saya cuba untuk fikir semula saya rasa was was pada ayat mana yang dipakai dan fikiran saya menjadi kosong kerana tidak mampu untuk mengingat kembali ayat yang sebenarnya. Saya lebih cenderung kepada ayat (i). Namun bila difikir betulkah ayat (i) saya rasa macam betul dan kadang-kadang rasa macam tidak kerana saya betul-betul lupa. Bila saya fikir kembali saya menjadi was was semula. Bila saya bertanya kepada suami, beliau berkata beliau juga lupa ayat sebenarnya yang telah dilafazkan kerana semasa mengucapkan ayat itu suami saya tidak ada niat untuk bertaklik kepada saya. Beliau tiada niat dan hanya cakap kalau.

Soalan saya: 

1. Adakah telah jatuh taklik kepada saya?

2. Sekiranya jatuh taklik apakah larangan yang saya kena patuhi supaya tidak melanggar taklik tersebut.  Kerana pada pendapat saya yang kurang ilmu, ayat perangai macam Mamat adalah khusus kepada perangai Mamat iaitu menipu bab duit(mengurangkan harga rumah), menafikan hak orang lain, berjudi Forex dan tidak mahu bayar hutang berjumlah RM50k. Adakah sekiranya saya menipu anak supaya tidur awal nanti ada nenek kebayan datang itu juga sudah jatuh taklik?atau jika saya menipu exactly macam kes Mamat yakni menipu bab duit dengan mengurangkan nilai rumah  baru dikira jatuh taklik?

3. Sekiranya jatuh taklik adakah salah satu syarat ini bila dilanggar sudah jatuh taklik atau bila kesemua dilanggar baru jatuh taklik?

Mohon penjelasan dari pihak panel agar membantu saya. Kerana saya tidak sedap hati tiap kali memikirkan hal ini. Sehingga menjejas kegiatan harian dan ibadat kerana saya hanya fikir tentang hal ini.

 

Sekian terima kasih.

 

message user image

Assalamualaikum, saya adalah seorang seorang suami yang sudah berkahwin selama 3 tahun, tetapi dalam masa 1 bulan ni terjadi pertelingkahan besar antara kami disebabkan oleh kesalahan besar dari saya yang telah saya lakukan sebelum saya berkahwin dengan isteri saya lagi, perkara ini telag membuat isteri rasa sudah tidak percaya dan rasa tidak ada harapan untuk bersama dengan dia. Sebagai seorang suami saya akan cuba sedaya upaya yang boleh untuk tidak melepaskan isteri saya.

Cuma pertanyaan saya, apa yang patut saya lakukan dalam hal ini? Patutkah saya cari kaunselor atau bimbingan nasihat dari ibu bapa saya tentang ini. Saya perlukan pencerahan tentang ini.

Terima kasih

message user image

Assalammualaikum,

Sebelum ni saya pernah ‘bermesra’ dgn ex saya, saya dah pandai beberapa perkara hubungan intim, cuma saya masih dara.

Soalannya, bila dh kahwin nnt (dgn org lain), patut ke saya pura-pura itu first time utk saya? Macam tak pandai apa-apa utk elak suami syak kisahsilam saya?

Tak berdosa ke bila berpura-pura dengan suami?

Tq sudi jawab.

message user image

Salam, saya ingin bertanya. Nanti saya akan bernikah, sah kah akad nikah saya jika pengantin lelaki namanya berbinkan ayah angkat. Sedangkan ayah kandungya masih hidup, dan perkahwinan ayah dan ibu kandungnya sebelum ini adalah sah disisi syarak (sebelum lahirnya dia). Cuma nama pengantin lelaki di dalam ic sahaja berbinkan ayah angkat. Adakah perlu semasa akad disebutkan nama pengantin lelaki berbinkan ayah kandung?

message user image

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya berkaitan ayat yang saya lafazkan itu dikira sah ataupun tidak.

Pada masa tu, isteri berada dalam keadaan marah dan sangat tak stabil. Dia meminta untuk ceraikannya talak 3, dia juga ada kata tidak mahu talak 1 dan 2.

Saya pun dengan keadaan yang sangat tertekan sebab dipaksa dan mati akal untuk tenang kan keadaan tersebut, lalu saya sebut "okay lah begitu, aku akan lepaskan kau". Tetapi hakikatnya saya sedikit pun tidak berniat dan ingin pertahankan keluarga saya daripada berpisah.

Sebelum tu, apa yang saya ingat sewaktu lafaz tu ayatnya berbunyi "aku akan lepaskan kau" akan tetapi dari pihak isteri kata yang dia dengar "aku lepaskan kau". Jadi ada sedikit keraguan dan bercanggah disitu.

Mohon bantuan atas keraguan saya dan isteri, setiap hari saya memikirkan berkaitan ni dan membuatkan saya tidak tenang.

1) Adakah jatuh talak 3 disebabkan isteri meminta talak 3 walaupun saya tidak sebut sebarang talak?

2) Apa perlu saya buat dengan percanggahan ayat yang "saya ingat" dan yang "isteri dengar" sekiranya berada di depan Hakim bagi pengesahan tersebut?

Terima kasih atas bantuan jawapan dari pihak tuan/puan, sedikit sebanyak dapat hilangkan keraguan dan menenangkan hati saya.

 

message user image

Assalamualaikum

Bekas Isteri saya telah melanggar ta'liq semasa dia dalam keaadaan haid dan menyebabkan talak 1 terjatuh keatas isteri saya. Saya dan isteri telah membuat pengesahan penceraian di mahkamah rendah syariah KL dan mahkamah mengesahkan saya dan isteri saya telah bercerai talak 1 dan talak tersebut jatuh ketika perlanggaran ta'liq ketika isteri saya sedang haid.

Persoalaannya, bagaimana perhitungan tempoh iddah untuk bekas isteri saya bermula dan berakhir? Adakah iddah bermula ketika dia sedang haid dan berakhir pada haid yang ketiga? Atau iddah bermula ketika dia suci dari haid pertama talak jatuh, dan berakhir pada haid ke-empat?

Terima kasih

message user image

Assalamualaikum. Saya nak tanya, adakah sah nikah apabila pengantin wanita menggunakan nama orang lain semasa akad dan menggunakan wali hakim sedangkan saudara kandung lelaki masih hidup dan mereka masih duduk serumah. Pengantin perempuan membeli surat beranak orang lain. Oleh itu mereka memilih untuk menggunakan wali hakim supaya sah disisi undang2. Tapi adakah sah disisi agama ?

message user image

Assalamualaikum. Saya ada soalan berkenaan family planning. Sebagaimana yang menjadi tular sebelum ini, hukum child free adalah haram. Persoalan saya, untuk pasangan yang baru berkahwin dan membuat keputusan untuk Long Distance Relationship (LDR) selama beberapa bulan bahkan mungkin setahun, adakah mereka dibenarkan untuk merancang kehamilan hanya selepas mereka mula tinggal bersama? Ini adalah atas sebab-sebab tertentu antaranya sukar untuk bertemu dan membantu sewaktu kehamilan ketika berjauhan.

Selain itu, adakah dibenarkan untuk pasangan merancang untuk mendapatkan anak setiap 3-5 tahun? Selain mengehadkan jumlah anak kepada 3-5 orang dan mengehadkan umur isteri untuk mengandung kepada hanya 35-40 tahun sahaja. Alasannya, walaupun pasangan ini amat yakin akan rezeki yang akan diperoleh selepas mempunyai anak yang ramai, mereka juga membuat perancangan dari segi kewangan keluarga dan kesihatan isteri itu sendiri.

Terima kasih.

message user image

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya soalan berkaitan nazar. Ketika baru berkahwin dan mempunyai anak baru seorang, suami belum direzekikan pekerjaan yang tetap.

Saya yang pada ketika itu bekerja dan menghadapi tekanan kerja, mahu berhenti kerja. Tapi suami tak izinkan, dengan alasan agar saya pertimbangkan keadaan kewangannya yang belum stabil.

Jadi, dalam keadaan tertekan dan berhajat serta agak jahil. Saya bernazar akan berpuasa 1 hari jika suami direzekikan dapat kerja tetap. Saya juga berniat untuk sanggup berhenti kerja jaga anak jika suami dapat kerja kerajaan.

Cuma saya sudah tidak ingat, sama ada berhenti kerja jaga anak ini, termasuk nazar atau sekadar azam sahaja pada ketika itu.

Alhamdulillah suami dapat kerja kerajaan tak lama dari tempoh saya bernazar. Dan puasa nazar sehari telah saya tunaikan, sebaik sahaja Allah tunaikan hajat tersebut. Saya sangat bersyukur.

Namun. Setelah berhenti kerja, saya yang dah biasa bekerja mula rasa rendah diri dan mulai kemurungan. Dengan keadaan Suami pula banyak ikut nasihat kewangan dari kedua orang tuanya untuk membuat pinjaman di luar kemampuan. 

Setelah masuk kerja kerajaan, saya dapati habit berhutang mula ada pada suami. Saya sudah cuba 'selamatkan kewangan' beberapa kali dengan bantunya manage kewangan setiap kali sampai tahap 'susah nak beli makanan'. 

Tetapi setiap kali ada lebihan. Pasti dia berhutang lagi. Walaupun sebelum ini berazam untuk tutup hutang seperti kad kredit.

Soalan saya, saya dah cuba hidup seadanya tanpa meminta-meminta duit untuk pakaian, atau belanja lain. Kerana tahu suami tidak mampu walau gaji semakin naik. Ada sahaja komitmen dan ujiannya.

Tapi adakalanya, saya teringin nak pegang duit sendiri macam dulu dan berbelanja keperluan yang saya perlukan, memberi, belanja keluarga dengan duit sendiri. Jadi saya cuba berniaga online.

Namun saya merasakan hidup saya semakin miskin, emas hampir habis dijual, dengan hutang belajar pun belum habis bayar dan sedikit depression kerana sejak berhenti kerja, seringkali didesak untuk bekerja kembali oleh keempat orang tua kami 

Saya sudah cuba bertahan hampir 10 tahun sambil jaga anak, hanya berbisnes secara atas talian. Tetapi tidak berjaya seperti orang lain. Kebanyakan masanya saya tiada duit untuk berbelanja.

Ada masanya, saya terpaksa guna duit anak untuk keperluan mereka sendiri. Saya sangat sedih. Sampai bila harus begini. Saya sedar, saya tidak lagi boleh berharap suami berubah. Saya perlu cari jalan sendiri untuk langsai hutang belajar dan hutang dengan anak. Saya kesuntukan masa kerana umur sudah hampir 40 tahun.

Soalan saya, jika 'tidak bekerja' itu adalah salah satu nazar yang saya perlu tunaikan, bolehkah saya membatalkan ia?

Bolehkah saya kembali bekerja atau mencari pendapatan sendiri. Adakah saya telah dikira melanggar janji dengan Allah dalam situasi saya ini? 

Adakah saya perlu berpuasa 3 hari untuk membatalkan nazar. Mohon penjelasan dan tidak sebarkan soalan saya ini kerana bimbang mengaibkan suami dan keluarga.

Terima kasih.

 

 

 

message user image

Assalamualaikum,

Saya rasa tidak sedap hati dan rasa sangat bersalah sekarang. 

Ketika saya bermandi semalam, saya terdetik memikir perkara yang saya tidak mahu dan dalam hati memikirkan tentang "perkara" tersebut. Saya masih sayang pada isteri saya dan sekarang, saya rasa sangat was was adakah ia hanya berlaku dalam hati atau saya telah melafazkannya. Seingat saya, saya tidak melafazkannya tetapi saya jadi terlalu musykil dengan ingatan saya, saya selalu tanya soalan pada diri saya sama ada saya lafaz atau tidak. Waktu itu, saya keseorangan di rumah dan tiada siapa pun dapat tahu sama ada saya telah lafaz atau tidak. Seingat saya, saya tidak lafazkan. Allahuakbar saya terlalu takut dan saya baru sahaja nikah. Saya masih sayang pada isteri saya. Perkara tersebut mungkin berlaku disebabkan gangguan atau bisikan syaitan. 

Saya terlalu takut sekarang dan saya perlukan pertolongan. Saya mahukan perkahwinan kami dalam keadaan yang masih sah. 

message user image

Assalamualaikum Ustaz,

Saya nak bertanya, insyaAllah dalam masa terdekat ini saya akan bernikah. Permasalahan sekarang adalah, bakal suami adalah suami orang & dia juga telah menyatakan bahawa akan bernikah dengan saya di Thailand. Saya masih mempunyai bapa yg masih hidup. Oleh itu, saya ingin bertanya, adakah pernikahan saya nanti akan sah disebabkan saya tidak akan memaklumkan kepada bapa saya bahawa saya akan bernikah di Thailand? Dan sekiranya selepas pernikahan, setelah saya & bakal suami mendaftar di Malaysia, adakah pernikahan ini akan sah taraf? Adakah pendaftaran di Malaysia perlu mendapatkan persetujuan wali juga? Bagaimanakah prosedur tersebut? 
 
Mohon penjelasan dari pihak berilmu tentang urusan nikah ini.

Terima kasih.

message user image

jika suami melafazkan lafaz cerai secara taklik dengan mengatakan " jika kau langkah keluar dari kawasan rumah jatuh talak" tanpa menyatakan masa kemudian isteri bertanya , untuk berapa lama , dan suami menjawab, "sampai pukul 10 malam besok" . Adakah lafaz cerai taklik itu masih sah dengan masa yang ditetapkan suami? 

message user image

Assalamualaikum saya ada 2 soalan

1. Apakah status bila suami lafaz taklik bila awak jumpa kawan baik awak (dengan lafaz nama) akan jatuh talak 1 tetapi ada situasi yang saya memerlukan jumpa kawan baik saya tu dan sebelum saya jumpa saya minta izin suami dan minta dia tarik balik taklik itu. Adakah talak itu masih jatuh? Dan sekiranya selepas itu kami bersama seperti biasa adakah kami telah melakukan kesalahan?

2. Saya mohon nasihat untuk suami culas bab agama, tanggungjawab dan pernah minta isteri tinggalkan keluarga isteri sehingga hari ini membuatkan isteri berada dalam keadaan tekanan dan perasaan sayang semakin hilang.

message user image

Assalamualaikum wbt

Saya ibu kpd 6 org anak 1 perempuan 5 lelaki . Bermula tahun ini selepas suami menarik balik kemudahan kad kredit dan hanya menyediakan brgn keperluan dapur yg pd fikirannya perlu sebelum bertugas 2 minggu di plantar. Tiada meninggalkn duit blnja kperluan anak2 sekolah dan seumpanya. Walaupyn saya bekerja, sy merasakan itu adalah tanggungjawab yg perlu disediakan oleh suami. Untuk saya dia x beri x kisahlah tp utk anak??? Saya bukan nak berkira Tapi sy rasa sy perllu bersuara. Hak anak2.. sy tak nak dia lebih bazirkan ke 5 biji motor yg boleh dikatakan melbihi dr keperluan . Dia menanggung 6anak 5biji moto dua biji kereta tidak termasuk kereta saya dan sebiji rumah tak termasuk bil air n makan pakai spnjg ketidaan n sy dipejabt. Mohon penjelasan tuan/puan . Bolehkah saya mengisukan soal hak nafkah ini. Saya tak nak jd manusia yg takberperikemanusiaan dan tak nak juga diri merasakan ada pengabaian...

message user image

Assalamualaikum ustaz.. saya ingin bertanya suatu kemusykilan

Seorang wanita telah mengambil seorang anak angkat lelaki dan tidak dapat menyusukan anak itu atas faktor usianya ketika itu. 

Wanita tersebut meminta isteri kepada anak saudaranya (anak kakaknya) untuk menyusukan (mengikut syarat ibu susuan) dan isteri anak saudaranya pun telah menjadi ibu susuan anak angkat itu 

Soalan saya..adakah anak angkat itu boleh bersalam/tak batal air sembahyang dengan wanita yang ambil anak angkat tu..dengan alasan anak saudaranya sudah menjadi ibu bapa susuan anak itu?

Terima kasih ustaz

 

message user image

Assalamualaikum..saya dan suami dah berkahwin selama 17 tahun..awal bulan 1 suami kantoi ada berwasap dengan kerani tempat kerja dia mereka suka brgurau tidak selayak nya sebagai rakan kerja..saya dah menegur mereka berdua..tapi suami beli nombor telefon lain untuk mereka berdua berwasap dibelakang saya..pada suatu hari ketika suami marah suami da terlafaz ta'liq kepada saya..dia cakap kalau saya masih mengungkit hal dia dengan kerani tu maka jatuh talak 1..hari isnin yang lepas saya bergaduh dengan suami..saya sebut di tempat kerja suami ada yang bagi dorongan dan suami lebih suka berwasap guna nombor yang 1 tu..ada ka talak dah jatuh? Tapi sya tak sebut pasal kerani tu..terima kasih

message user image

Assalamualaikum,saya ada persoalan,kenalan perempuan saya,mak dan ayahnya bernikah secara sah tetapi tiada sijil di sebabkan oleh di tipu oleh seseorang,mereka nikah secara normal dan mengikut syarak,ada saksi,ada wali,ada ijab dan qabul dan segalanya,tetapi sijil nikah itu sahaja yang tiada,jadi saya dan kenalan perempuan saya itu ingin berkahwin,jadi boleh kah kami untuk berkahwin?

message user image

assalamulaikum, saya nak tanya . minggu lepas saya bergaduh dengan suami .disebabkan dia menipu dan tidak jujur ..

dalam keadaan marah saya mencabar suami seandai nya dia betul2 tidak akan melakukan lagi saya suruh suami melafazkan cerai .bermunyi begini " 

"klau i menipu and tidak jujur  jatuh talak !"

 adakah seandai nya suami menipu lagi akan jatuh talak ?

 sekian terima kasih

message user image

Salam.. 

ingin bertanya.. isteri perlu minta izin untuk sesuatu perkara sebelum melakukan atau setelah melakukan perkara tersebut.. contoh.. isteri ingin berpuasa sunat isnin.. perlu minta izin sebelum berpuasa ke? Sebab kebiasaan bangun esok pagi isteri beritahu harini saya puasa sunat.. 

atau isteri bagitahu petang ni nak keluar jumpa kawan.. perlu ke isteri bagitau atau minta izin dulu untuk jumpa kawan sebelum merancang berjumpa kawan.. sebab biasa isteri dah rancang jumpa kawan tapi hanya bagitau pada sebelum pergi.. 

maksud saya keizinan itu perlu ketika merancang atau boleh selepas melakukan atau sudah memang menetapkan rancangan itu.